kertas kerja biskut raya

15
SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI HASSAN ITAM SIMPANG EMPAT, 06650 ALOR SETAR KEDAH DARUL AMAN. KERTAS CADANGAN “PROGRAM BISKUT RAYA” TARIKH: 23 JULAI 2013 TEMPAT: BILIK PENDIDIKAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN ANJURAN: GURU PELATIH

Upload: cikgushifa

Post on 28-Oct-2015

972 views

Category:

Documents


53 download

DESCRIPTION

kertas kerja untuk internship

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Biskut Raya

SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI HASSAN ITAM

SIMPANG EMPAT, 06650 ALOR SETAR

KEDAH DARUL AMAN.

KERTAS CADANGAN “PROGRAM BISKUT RAYA”

TARIKH:

23 JULAI 2013

TEMPAT:

BILIK PENDIDIKAN

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN

ANJURAN:

GURU PELATIH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

Page 2: Kertas Kerja Biskut Raya

1.0 PENGENALAN

Murid-murid Bermasalah Pembelajaran dapatlah ditakrifkan sebagai

kanak-kanak yang mengalami kelewatan dalam pembelajaran serta memerlukan

kaedah pembelajaran yang sedikit berbeza daripada kanak-kanak normal bagi

mencapai objektif Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Selain daripada

masalah pembelajaran yang dihadapi mereka, kebanyakan murid-murid

berkeperluan khas ini mengalami masalah motor kasar dan halus yang agak

teruk. Kebanyakan mereka tidak dapat memegang sesuatu dengan cara yang

betul seterusnya menyukarkan aktiviti-aktiviti seharian mereka.

Oleh sebab itu, kami telah merancang Program Biskut Raya bagi

meningkatkan lagi kefungsian motor halus murid PPKIBP melalui langkah-

langkah penyediaan biskut raya. Selain dapat memperbaiki kemahiran motor

halus, murid juga dapat merasai kemeriahan dan keseronokan persediaan

menyambut Hari Raya bersama-sama rakan dan guru. Program ini juga dilihat

dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara guru dan murid sempena

bulan Ramadhan yang mulia ini.

2.0 RASIONAL

Program Biskut Raya bagi Program Pendidikan Khas Integrasi

Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP) bertujuan meningkatkan kemahiran motor

halus murid PPKIBP SK Haji Hassan Itam. Kemahiran motor halus ini dapat

dilatih melalui langkah-langkah penyediaan biskut raya iaitu semasa memotong

kepingan kulit popia dalam bentuk segi empat, mengulung kulit popia dan

mengunting secara menyerong, mengisar gula, susu tepung dan nestum,

menggoreng kulit popia, dan mengaul kepingan kulit popia yang telah digoreng.

Page 3: Kertas Kerja Biskut Raya

Kemahiran motor halus adalah ini sangat penting untuk memudahkan

murid PPKIBP menjalani aktiviti seharian dengan lebih baik den mengurangkan

kebergantungan kepada orang sekeliling. Oleh itu, saya merasakan program ini

adalah sangat sesuai dilaksanakan bagi membantu dan melatih perkembangan

motor halus mereka.

Program Biskut Raya ini juga dapat memberi pengalaman langsung

kepada murid untuk membuat sendiri biskut raya serta memberi kesempatan

merasa biskut yang telah dibuat hasil air tangan sendiri. Program ini juga dilihat

mampu menjadi platform yang baik dalam mencungkil minat murid dalam

penyediaan kek dan biskut. Hal ini kerana, murid-murid berkeperluan khas ini

sangat memerlukan kemahiran-kemahiran sampingan untuk memastikan

jaminan pekerjaan pada era globalisasi yang makin mencabar pada masa kini.

3.0 MATLAMAT

3.1 Melatih murid-murid khas bermasalah pembelajaran menguasai

kemahiran- kemahiran tertentu yang bersesuaian dan berkaitan dengan

kehidupan seharian seperti urusan berjual beli.

3.2 Memberi pengalaman secara langsung kepada murid dalam penyediaan

biskut raya.

3.3 Memberi peluang kepada murid PPKIBP membuat persediaan

menghadapi Hari Raya.

3.4 Memberi peluang kepada murid mengenali jenis-jenis biskut raya.

3.5 Mengeratkan hubungan antara guru dan murid Pendidikan Khas melalui

aktiviti penyediaan biskut raya.

Page 4: Kertas Kerja Biskut Raya

4.0 OBJEKTIF

4.1 Memenuhi keperluan individu yang mempunyai pelbagai tahap keupayaan

ke arah kehidupan yang lebih bermakna selaras dengan kehendak

Falsafah Pendidikan Khas.

4.2 Memberi peluang kepada murid-murid istimewa berkomunikasi dengan

masyarakat sekeliling dan persekitaran.

4.3 Melahirkan perasaan yakin dan mewujudkan perasaan gembira pada

murid-murid istimewa.

4.4 Murid-murid dapat didedahkan dengan persekitaran dunia luar supaya

mereka dapat menyesuaikan dalam apa jua keadaan.

4.5 Program ini bertujuan agar murid dapat memenuhi keperluan individu dari

segi jasmani, sosial, emosi dan rohani.

5.0 TARIKH

23 Julai 2013

6.0 TEMPAT

Bilik Pendidikan Khas Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.

7.0 AHLI JAWATANKUASA

Rujuk Lampiran A

8.0 PESERTA

Rujuk Lampiran B

9.0 JADUAL PROGRAM

Rujuk Lampiran C

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Page 5: Kertas Kerja Biskut Raya

Rujuk Lamipran D

11.0 PENUTUP

Akhir sekali, dengan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bagi

daripada semua pihak yang terlibat, adalah amat diharapkan semoga program ini

akan dapat dilaksanakan dengan sempurna dan tercapai objektifnya. Diharapkan

juga program ini dapat meransang murid untuk bergerak balas secara positif

terhadap sesuatu kemahiran disamping mengukuhkan hubungan di antara

murid, guru dan masyarakat luar.

Disediakan Oleh :

………………………….

(NOORHAYATI BINTI NANYAN)

Setiausaha,

Program Biskut Raya.

Disemak Oleh :

………………………….

(EN. AZMIZAM BIN IBRAHIM)

Penyelaras Pendidikan Khas,

SK Haji Hassan Itam.

Disahkan Oleh :

………………………….

(EN. MOHD RAFIDI BIN MOHAMMED)

Penolong Kanan Pentadbiran,

SK Haji Hassan Itam.

Page 6: Kertas Kerja Biskut Raya
Page 7: Kertas Kerja Biskut Raya

LAMPIRAN A

JAWATANKUASA INDUK PROGRAM BISKUT RAYA

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN

SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI HASSAN ITAM

PENGERUSI

EN. MOHD RAFIDI BIN MOHAMMED

(PENOLONG KANAN PENTADBIRAN)

PENYELARAS

EN. AZMIZAM BIN IBRAHIM

(PENYELARAS PENDIDIKAN KHAS)

SETIAUSAHA

CIK NOORHAYATI BT NANYAN

PEN. SETIAUSAHA

PUAN EDURA BT ELHAM

BENDAHARI

EN. RUSDIN BIN SUTAN

Page 8: Kertas Kerja Biskut Raya

JAWATANKUASA PELAKSANAAN

EN. AZMIZAM BIN IBRAHIM

Penyelaras

EN. RUSDIN BIN SUTAN

Keselamatan & Disiplin

PUAN ASMAWATI BT AHMAD HASANI

Pengangkutan

PN. SHATIROH BT AHMAD

Kawalan Murid

PUAN EDURA BT ELHAM

PUAN HASNIDA BT HASSAN

Aktiviti

CIK ASHIFA BT MD NOZMI

CIK NOORHAYATI BT NANYAN

Dokumentasi

PN. ZAHARAH BT JASMAN

PN. NURUL HUDA BT MOHD KASTERIA

Kawalan Murid & Makanan

Page 9: Kertas Kerja Biskut Raya

LAMPIRAN B

SENARAI NAMA MURID, GURU DAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID

SENARAI NAMA MURID

Bil Nama No. OKUNo.

S.LahirAlamat Rumah

1 Chong Chin Huat LD002649 AW65657No.33, Jln Kangkong, Simpang Empat, 06650 Alor Setar, Kedah.

2Nur Fatin Shahira Bt Mohamad Hamimi

LD002882 AV64850F94, Kg Sg Nonang, Mukim Tebengau, 06600 Alor Setar, Kedah.

3 Fatin Najwa Bt. Ridzuan LD004884 AW65580Kg Gelam 2, Kota Sarang Semut, 06800 Alor Setar, Kedah.

4Muhammad Shamsuri B. Izhar

LD000933011225020

955

No. 289, Batu 6, Simpang Empat, 06650 Alor Setar, Kedah.

5Muhammad Afifi B Muhammad Khairol Nizam

LD0007110409180

20475BT.7 1/8 JLN Kangkong, Simpang Empat 06650 Alor Setar, Kedah.

6. Muhammad Fitri B. Subri LD003275AT51869 Kg. Pisang, Mukim Sala

Kechil, 06800 Alor Setar, Kedah.

7.Muhammad Ikhwan B. Zakaria

LD0045670207270

20749No.11, Jln Kangkong, Simpang Empat, 06650 Alor Setar, Kedah.

8. Siti Maryani Bt Adely LD005908BC35952

114, Tmn Impian, Kota Sarang Semut, 06800 Alor Setar, Kedah.

Page 10: Kertas Kerja Biskut Raya

9.Muhammad Asyraf B. Mohammad Fadzil

LD0013290111280

20961No.362, Lrg Lawang 61, Tmn Simpang Empat, 06650 Alor Setar, Kedah.

10. Arif Aiman B. Andalan LD0011960411280

20029No.45, Batu 8, Jalan Tokai 06650 Alor Setar, Kedah.

11. Siti Sabariah Bt Sahfiee SD0000170503100

21022299. KM 14, Kota Sarang Semut, 06650 Alor Setar, Kedah.

12.Muhammad Ezuan B. Mohd Rajesh

LD0017100110060

21085No. 68, Batu 7 Belakang Dewan Simpang Empat, 06650 Alor Setar, Kedah.

13.Muhammad Alias B. Mohd Rajesh

LD0017180110060

21007No. 68, Batu 7 Belakang Dewan Simpang Empat, 06650 Alor Setar, Kedah.

14. Khor Sheng Gee -BD01318 No.7, Sg Baru Tokai, 06660

Alor Setar, Kedah.

15.Muhammad Faiz Izwan B. Muhammad Radzi

LD020712003377

AY73750 Kg. Padang Jambu, Jln Kangkong, 06650 Alor Setar, Kedah.

16.Mohd Adip Naufal B. Muhamad Fairuz

LD020312003325

BP41349 No 239, Lrg 4 Tamam Orkid, Simpang Empat, 06650 Pendang, Kedah.

17. Muhamad Asyrof B. Ayub LD003809BV20349 33 Kampung Sala Kechil,

Mukim Kangkong, 06650 Alor Setar, Kedah.

Page 11: Kertas Kerja Biskut Raya

SENARAI NAMA GURU DAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID

BilNama

Umur No. K/P Alamat Rumah

1. En.Azmizam b. Ibrahim 35 thn781126-02-

5241No.82, Taman Setia Jaya, Jalan Perigi, Yan, Kedah.

2. En. Rusdin b. Sutan 33 thn801110-02-

5443Kg. Hj Jamal, Bt 12, Jln Yan, 06650 Alor Star, Kedah.

3. Cik Asmawati bt Ahmad Hasani

35 thn780805-02-

5978

Kampung Pendang Jambu, Mukim Kangkong, 06650 Alor Setar, Kedah.

5. Pn Hasnida bt Hassan 43 thn701102-02-

5324No 93, KM 17, Jalan Tokai 06660 Alor Setar, Kedah

6. Pn Zaharah bt Jasman 49 thn640308-08-

6388

Berek Balai Polis Simpang Empat, 06650 Alor Setar, Kedah

7. Pn. Edura Bt Elham 30 thn830302-02-

5100

14, Tmn Seri Kota, Jalan Kuala Kedah, 05400 Alor Setar, Kedah.

8. Pn. Shathiroh Binti Ahmad 29 thn841014-02-

5660

Kampung Kota Teduh, Mukim Gunung, 06570 Alor Setar, Kedah.

9.Cik Siti Farhana Bt Mad Isa

27 thn860302-26-

5486

B-2, Kampung Sungai Nonang, Mukim Tebengau, 06600 Alor Setar, Kedah.

10.Cik Nor Ashifa Binti Md Nozmi

23 thn900423-02-

5052

No.39, Kampung Hilir Tandop, Mukim Kubang Rotan, 06250, Alor Setar, Kedah.

11. Cik Noorhayati Binti Nanyan

23 thn900801-02-

5114

No.175, Kampung Sematang Gunong, Alor Janggus, 06250, Alor Setar, Kedah.

12.Pn.Nurul Huda Bt. Mohd Kasteria

28 thn851001-02-

5580No.41, Kg Pegawai, 05400 Alor Setar, Kedah.

Page 12: Kertas Kerja Biskut Raya

LAMPIRAN C

JADUAL PROGRAM

PROGRAM BISKUT RAYA

PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI HASSAN ITAM

10.00 pagi Berkumpul di kelas Program Pendidikan Khas, Sek.Keb. Haji Hassan

Itam

10.15 pagi Taklimat ringkas mengenai program membuat biskut raya

10.30 pagi Proses membuat biskut raya dimulakan

- Potong kulit popia bentuk segi empat

- Kisar susu tepung, nestum,gula dan horlick

- Goreng kulit popia

- Gaul kulit popia dengan ramuan yang telah dikisar

11.15 pagi Proses membungkus biskut ke dalam bekas

12.00 tengah

hari

Pembahagian biskut raya kepada murid PPKIBP dan para guru

12.15 pagi Program biskut raya ditamatkan

Page 13: Kertas Kerja Biskut Raya

LAMPIRAN D

ANGGARAN KEWANGAN DAN PERBELANJAAN

PROGRAM BISKUT RAYA

PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI HASSAN ITAM

BIL PERKARA JUMLAH

1 Kulit popia segera (RM6 x 3) RM 18

2 Susu Tepung (RM25 x 1) RM 25

3 Nestum (RM 15 x 1) RM 15

4 Gula (RM2.50 x 1) RM 2.50

5 Horlick (Rm 25 x 1) RM 25

6 Bekas Plastik RM 20

JUMLAH RM 105.50

Sumber Kewangan : Guru Pelatih

Page 14: Kertas Kerja Biskut Raya

BHG. A : GURU PEMBIMBING

Data / maklumat yang diberikan adalah betul.

Butiran kewangan yang diberikan adalah betul.

Telah disemak dengan teliti.

DISOKONG / TIDAK DISOKONG

…………….. ………………………………

( Tarikh) ( Tandatangan/ Cop )

BHG. B : GURU BESAR

Disahkan betul.

DISOKONG / TIDAK DISOKONG

Ulasan ( jika ada ) :

………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………...............................

………….. ………………………………

( Tarikh) ( Tandatangan / Cop )

Page 15: Kertas Kerja Biskut Raya

PK Pentadbiran,Sekolah Kebangsaan Haji Hassan Itam,Simpang Empat,06650 Alor Setar,Kedah Darul Aman.

Tuan,

PELAKSANAAN PROGRAM BISKUT RAYA

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa guru-guru Program Pendidikan Khas, Kelas Integrasi Bermasalah Pembelajaran, Sekolah Kebangsaan Haji Hassan Itam akan menjalankan Program Biskut Raya di kelas Pendidikan Khas. Butiran untuk aktiviti tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh : 23 Julai 2013Masa : 10.00 pagi – 12.15tengah hariPeserta : 25 orang murid, 8 orang guru, 3 orang PPM

3. Tujuan program ini dijalankan adalah memberi pengalaman secara langsung kepada murid dalam penyediaan biskut raya dan membolehkan murid membuat persiapan untuk Hari Raya.

4. Sehubungan itu, kami amat berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini. Segala kerjasama dan keperihatinan puan berhubung dengan perkara di atas sangat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Yang menjalankan tugas,

(NOORHAYATI BINTI NANYAN)Setiausaha, Program Biskut Raya.