kertas kerja big sem 5

15
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN KERTAS KERJA PROGRAM BINA INSAN GURU FASA IV TAJUK : “SAYANGI KAWASAN SEKOLAH ANDA” TARIKH : 22 FEBRUARI 2014 (SABTU) MASA : 8.00 PAGI – 6.00 PETANG TEMPAT : SK PASIR AMBOR ANJURAN : GURU-GURU PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) 1

Upload: nas-fellah-kalika

Post on 29-Dec-2015

441 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BIG FASA 3

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Big Sem 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJAPROGRAM BINA INSAN GURU

FASA IV

TAJUK :“SAYANGI KAWASAN SEKOLAH ANDA”

TARIKH : 22 FEBRUARI 2014 (SABTU)MASA : 8.00 PAGI – 6.00 PETANG

TEMPAT : SK PASIR AMBOR

ANJURAN :

GURU-GURU PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

UNIT PENDIDIKAN SENI VISUAL AMBILAN FEB 2012

SEMESTER 5

1

Page 2: Kertas Kerja Big Sem 5

IPG KAMPUS RAJA MELEWAR, SEREMBAN

BIL ISI KANDUNGAN

1 1.0 Nama Program

2 2.0 Pengenalan

3 3.0 Rasional

4 4.0 Tujuan

5 5.0 Objektif

6 6.0 Tarikh Cadangan Program/Aktiviti yang dijalankan

7 7.0 Kumpulan Sasaran

8 8.0 Cadangan Aktiviti dan Skop Tugas

9 9.0 Jawatankuasa Pelaksana

10 10.0 Jawatankuasa Aktiviti dan Kumpulan Mengikut Kawasan

11 11.0 Agihan Tugas Murid Mengikut Kelas

12 12.0 Tentatif Program

13 13.0 Anggaran Perbelanjaan

14 14.0 Penutup

2

Page 3: Kertas Kerja Big Sem 5

1.0 NAMA PROGRAM

Program Sayangi Kawasan Sekolah Anda

2.0 PENGENALAN

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan suatu program yang dirangka

khas untuk memenuhi syarat guru-guru Program Pensiswazahan Guru (PPG)

bagi memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Program ini diletakkan di

bawah komponen Asas Dinamika Guru (ADG), pelaksanaan program Bina

Insan Guru merupakan suatu mekanisme tambahan dalam pembentukan nilai

jati diri guru-guru PPG ke arah membentuk insan guru yang menepati

keperluan negara dan juga senada dengan Falsafah Pendidikan Negara dan

juga mematuhi prinsip-prinsip yang dijunjung dalam Rukun Negara.

Proses pembinaan insan guru dibina berlandaskan kepada aspek

kesedaran bahawa profession perguruan adalah profesion yang mulia dan

memerlukan sikap dan tanggungjawab yang tinggi. Insan guru juga dilihat

sebagai golongan yang dapat membina generasi yang cemerlang dan

gemilang di samping menjadi ‘insan contoh’ kepada masyarakat.

Pada kali ini, program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4 ini berteraskan

kepada program “Sayangi Kawasan Sekolah Anda”. Fokus program ini

bertumpukan kepada kawasan sekolah sebagai kawasan anak angkat. Ia

meliputi pelbagai aktiviti yang boleh dilaksanakan di sekitar kawasan sekolah

untuk diceriakan bersama-sama warga sekolah.

Persekitaran sekolah yang ceria dan bersih memberi keselesaan dan

mengambarkan kecintaan serta kerjasama yang tinggi dalam kalangan warga

sekolah. Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah adalah penting bagi

meningkatkan mutu pendidikan. Mempunyai iklim sekolah yang ceria, tenang

dan selesa penting ke arah tercapainya visi dan misi sekolah serta Falsafah

Pendidikan Kebangsaan. Suasana dan persekitaran sekolah yang bersih,

ceria, tenteram amat perlu bagi meningkatkan keselesaan pelajar bagi

melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani, jasmani dan intelek.

3

Page 4: Kertas Kerja Big Sem 5

Sehubungan dengan itu, guru-guru Program Pensiswazahan Guru

(PPG) IPG Kampus Raja Melewar melalui program Bina Insan Guru (BIG)

dengan kerjasama pihak sekolah dan jawatankuasa 3K telah merancang

untuk menganjurkan satu aktiviti gotong-royong bersama semua warga

Sekolah Kebangsaan Pasir Ambor. Ia bagi syarat wajib lulus BIG bagi guru-

guru PPG yang melibatkan kerjasama antara guru dan murid. Fokus utama

aktiviti yang akan dilaksanakan meliputi aspek keceriaan kawasan sekolah

iaitu dengan membuat lukisan mural pada bangunan sekolah.

Persekitaran yang bersih dan ceria dapat membantu

mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih

berkesan dan efektif. Persekitaran kawasan sekolah perlulah kondusif bagi

mewujudkan semangat untuk belajar dalam kalangan murid.

Adalah diharapkan agar program ini dapat menjadi platform kepada

warga sekolah SK Pasir Ambor memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan

seterusnya memenuhi serta mencapai matlamat 3K.

3.0 RASIONAL

Program Bina Insan Guru bagi Program Pensiswazahan Guru (PPG)

diperkenalkan oleh BPG selaras dengan hasrat bekas Perdana Menteri YAB

Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi pembangunan ilmu pengetahuan,

kemahiran, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif serta nilai etika

yang tinggi.

Selaras dengan hasrat itu, unit BIG, Jabatan Kokurikulum, IPG

Kampus Raja Melewar berasa bertanggungjawab melaksanakan program

BIG kepada pelajar PPG bagi membentuk, memupuk dan melahirkan insan

guru yang berkualiti.

4.0 TUJUAN

Tujuan program ini dicadangkan untuk memenuhi kursus wajib BIG serta

dapat melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai

kerohanian dan keguruan, daya tahan diri yang tinggi serta aura keguruan

yang selaras dengan Prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insan guru

4

Page 5: Kertas Kerja Big Sem 5

merupakan usaha berterusan sepanjang program pendidikan keguruan

adalah pembinaan generasi negara.

5.0 OBJEKTIF.

5.1 Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi

yang bersih, indah, selamat dan ceria.

5.2 Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang

maksimum.

5.3 Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara

pelajar, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang

berkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan

sekolah.

5.4 Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa

terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai

kemudahan yang telah disediakan.

5.5 Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan

keberkesanan aktiviti.

6.0 TARIKH CADANGAN PROGRAM / AKTIVITI YANG DIJALANKAN.

Tarikh : 22 Februari 2014 (Sabtu)

Tempat : SK Pasir Ambor

Masa : 8.00 pagi – 6.00 petang

Pakaian : Sukan

7.0 KUMPULAN SASARAN

i. Guru-guru SK Pasir Ambor

ii. Murid SK Pasir Ambor

iii. AJK PIBG SK Pasir Ambor

iv. Pelajar PSV (Ambilan Februari 2012) IPG Kampus Raja Melewar

5

Page 6: Kertas Kerja Big Sem 5

8.0 CADANGAN AKTIVITI DAN SKOP TUGAS

8.1 Aktiviti :

Menceriakan dinding bangunan di kawasan Pusat Sumber Sekolah

(PSS), surau, makmal Sains, makmal komputer dan kantin SK Pasir

Ambor dengan menghasilkan mural.

8.2 Skop tugas :

Setiap kumpulan diberi kawasan untuk menghasilkan mural seperti di

kawasan Pusat Sumber Sekolah (PSS), surau, makmal Sains, makmal

komputer dan kantin. Usaha ini adalah bertujuan bagi meningkatkan

keceriaan sekolah serta mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti

sekolah sebagai institusi yang bersih, indah, selamat dan ceria. Melalui

aktiviti ini, ia juga dapat meningkatkan semangat kerjasama yang padu

antara pelajar, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan

aktiviti yang berkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam

program kebersihan sekolah.

9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pensyarah : En Awang Abdullah bin YaakobPenasihat : En. Nasarudin bin Zainal

(Guru Besar SK Pasir Ambor)Pengerusi : Pn Ruzimah binti Zainal

(Guru penolong Kanan Kurikulum SK Pasir Ambor)Naib Pengerusi

: Pn Zakiah binti Dol Rahman(Guru Penolong Kanan HEM SK Pasir Ambor)

: Pn Noor Idiana binti Adnan(Guru Penolong kanan Kokurikulum SK Pasir Ambor)

Setiausaha : Pn Nasurah bt MazlanBendahari : Pn Khatijah bt Bongkek

Ahli Jawatankuasa

: Kumpulan 1 : Mohamad Faizal bin Ghazali (Ketua) Fahariah binti Mohd Amin Mohd Eizaruddin bin Abd Rahman Siow Voon Foo Norhidayah binti Sapuan

6

Page 7: Kertas Kerja Big Sem 5

: Kumpulan 2 : Mohd Razali bin Abu Bakar (Ketua) Naizah binti Abd Ghani Samarina binti Samon Noraini binti Mohamad Junaina binti Basiran

: Kumpulan 3 : Nasurah binti Mazlan (Ketua) Khatijah binti Bongkek Norijah binti Lok Mat Siti Asbah binti Bahraldin Siti Rohayu binti Rohan

: Kumpulan 4 : Zurriatina binti Zulkifli (Ketua) Rosniza A/P Gour Mahniza binti Mahamod Kamariani Suati binti Tapah Rosnah binti Manap

: Kumpulan 5 : Zakiah binti Dol Rahman (Ketua) Tan Bee Ching Chin Wee Yaw Chong Meewan Ruhaizah binti Pekeh

10.0 JAWATANKUASA AKTIVITI DAN KUMPULAN MENGIKUT KAWASAN

Bil Kawasan Mural Kumpulan

1 Pusat Sumber Sekolah (PSS)

Kumpulan 1 :

Mohamad Faizal bin Ghazali (Ketua) Fahariah binti Mohd Amin Mohd Eizaruddin bin Abd Rahman Siow Voon Foo Norhidayah binti Sapuan

2 SurauKumpulan 2 :

Mohd Razali bin Abu Bakar (Ketua) Naizah binti Abd Ghani Samarina binti Samon Noraini binti Mohamad

7

Page 8: Kertas Kerja Big Sem 5

Junaina binti Basiran

3 Makmal Sains

Kumpulan 3 :

Nasurah binti Mazlan (Ketua) Khatijah binti Bongkek Norijah binti Lok Mat Siti Asbah binti Bahraldin Siti Rohayu binti Rohan

4 Makmal Komputer

Kumpulan 4 :

Zurriatina binti Zulkifli (Ketua) Rosniza A/P Gour Mahniza binti Mahamod Kamariani Suati binti Tapah Rosnah binti Manap

5 Kantin

Kumpulan 5 :

Zakiah binti Dol Rahman (Ketua) Tan Bee Ching Chin Wee Yaw Chong Meewan Ruhaizah binti Pekeh

11.0 AGIHAN TUGAS MURID MENGIKUT KELAS

Bil Aktiviti Ahli murid

1 Pusat Sumber Sekolah (PSS) PBSM

2 Surau Pandu Puteri Tunas

3 Makmal Sains Kadet

4 Makmal Komputer Pengakap

5 Kantin Pandu Puteri Tunas

12.0 TENTATIF PROGRAM

8

Page 9: Kertas Kerja Big Sem 5

MASA AKTIVITI8.00 pagi – 8.15 pagi Ucapan Guru Besar SK Pasir Ambor

: En. Nasarudin bin Zainal Perasmian program oleh Guru Besar

SK Pasir Ambor: En. Nasarudin bin Zainal

8.15 pagi – 8.30 pagi Taklimat kepada peserta program tentang kawasan mural

8.30 pagi – 10.30 pagi Pembahagian kumpulan dan skop tugas

Mengagihkan alat dan bahan untuk mural

Aktiviti mural gotong royong dijalankan mengikut kumpulan dan kawasan yang ditetapkan.

10.30 pagi – 11.30 pagi Kudapan11.30 pagi – 12.30 tengah hari Sambungan aktiviti mural gotong

royong dijalankan mengikut kumpulan dan kawasan yang ditetapkan.

12.30 tengah hari – 1.00 petang Makan tengah hari1.00 petang – 2.00 petang Solat Zohor2.00 petang – 4.00 petang Sambungan aktiviti mural gotong

royong dijalankan mengikut kumpulan dan kawasan yang ditetapkan.

4.00 petang – 4.30 petang Minum petang4.30 petang – 5.00 petang Solat Asar5.00 petang – 5.30 petang Majlis penutupan program

Ucapan wakil pelajar PPG unit PSV5.30 petang – 6.00 petang Penyerahan sijil penghargaan

kepada peserta program Perasmian penutup oleh YDP PIBG

SK Pasir Ambor: En Mohamad bin Saji

Bersurai

13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA ANGGARAN PERBELANJAAN

9

Page 10: Kertas Kerja Big Sem 5

1. BAHAN DAN ALATi. Berus warna

ii. Warna mural/pelakaRM 60.00RM 100.00

2. MAKAN DAN MINUMi. Kudapan pagiii. Makan tengahariiii. Kudapan petangiv. Air mineral

RM 2.00 X 35 = RM 70.00RM 5.00 X 35 = RM 175.00RM 2.00 X 35 = RM 70.00RM 20.00

3. SIJIL RM1.00 X 25 = RM 25.00

4. LAIN-LAIN RM 25.00

JUMLAH RM 520.00

14.0 PENUTUP

Dengan adanya program Sayangi Kawasan Sekolah Anda ini diharapkan

semua pihak yang terlibat seperti guru, murid dan masyarakat setempat

mendapat manfaat yang berguna dalam menimba ilmu pengetahuan di

samping dapat menjalankan aktiviti dalam suasana yang menyeronokkan.

Banyak pengalaman dapat diperoleh di dalam program ini. Semangat

silaturrahim antara guru dan masyarakat setempat juga dapat dieratkan. Ibu

bapa juga dapat menggembelengkan tenaga bersama-sama guru dan murid-

murid di sekolah demi menyediakan persekitaran kawasan pembelajaran

yang ceria dan kondusif.

Jutaan terima kasih dihulurkan buat semua warga SK Pasir Ambor,

bermula daripada peringkat pentadbiran, guru-guru, kakitangan sokongan,

pekerja-pekerja swasta sehinggalah kepada murid-murid yang telah terlibat

sama secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program

Sayangi Kawasan Sekolah Anda ini.

Secara tuntasnya, kerjasama dan komitmen yang jitu daripada semua pihak

yang terlibat dapat menjayakan program ini dengan sempurna. Hasil daripada

program ini dapat membentuk insan guru yang menepati keperluan negara

10

Page 11: Kertas Kerja Big Sem 5

dan juga senada dengan Falsafah Pendidikan Negara dan juga mematuhi

prinsip-prinsip yang dijunjung dalam Rukun Negara serta mempraktikkan

nilai-nilai kepimpinan dan pemahaman terhadap keperluan infrastruktur

sekolah. Justeru, membentuk guru yang efektif dalam bidang tugasnya serta

mempunyai nilai tambah dan dalam masa yang sama memenuhi keperluan

modal insan negara.

Disediakan oleh,

...............................................(NASURAH BINTI MAZLAN)Setiausaha Program BIG Fasa IV,Unit PPG PSV Ambilan Feb 2012,IPG Kampus Raja Melewar,

Disemak oleh,

.............................................(PN ZAKIAH BT DOL RAHMAN)Guru Penolong Kanan HEMSK Pasir Ambor,Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Seremban, Negeri Sembilan.

Setelah membaca dan meneliti objektif pelaksanaan program, maka dengan ini saya

Diluluskan / Tidak diluluskan

Disahkan oleh,

.....................................................(EN NASARUDIN BIN ZAINAL)

Guru BesarSK Pasir Ambor,

Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

11