kertas kerja gotong royong(big 2)

22
[Type text] SEKOLAH KEBANGSAAN MERANG 21010 Setiu, Terengganu Darul Iman Kertas Kera K!i"mat Mas#ara$at G%t%ng R%#%ng Di tana! &er$u'uran Kg( Merang Setiu, terengganu Disediakan oleh : MOHD NOR BIN HAMID

Upload: yusoff-zaki-b-abdullah

Post on 04-Oct-2015

564 views

Category:

Documents


23 download

DESCRIPTION

BIG

TRANSCRIPT

[Type text]

PENGAKUAN PELAJARKami akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : ........................................................

Nama Penulis: MOHD NOR BIN HAMIDTarikh

: 10 OKTOBER 2013

(i)

PENGHARGAANAlhamdulillah hirrabbilalamin, saya merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya, dapat saya menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya.

Saya merakamkan sepenuh penghargaan kepadaEn.Zarizi bin Abd.Rahman , Tutor Unit Pendidikan Jasmani , di atas kesudianbeliau memberi tugasan ini kepada saya. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Tidak lupa juga saya mengucapkan setinggi penghargaan kepada isteri dan anak-anak yang telah memberi sokongan moral kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Pelaksanaan Program khidmat masyarakat ini merupakan satu aktiviti yang sangat berfaedah kepada kepada saya dan pelajar sekolah saya. Program gotong royong di Tanah Perkuburan Islam, Merang ini merupakan program yang julung kali di adakan. Sebelum ini program gotong royong ini hanya diadakan dikawasan sekolah sahaja.

Sebagai guru sudah tentu memerlukan hubungan yang baik dengan masyarakat setempat. Guru haruslah menunjukkan satu sikap dan keperibadian yang tinngi. Gotong royong ini sudah tentulah akan memberi persepsi yang baik masyarakat kepada profesion keguruan khususnya kepada pendidik yang bergelar guru.

Sebelum saya mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari saya sebagai renungan dan selamat beramal. Sesuatu yang pahit itu tidak semestinya duka manakala sesuatu yang manis itu tidak semestinya indah. Begitulah ibaratnya hidup kita untuk memperolehi sesuatu kejayaan itu bukanlah semudah yang kita sangka, namun penuh ranjau dan durinya.(ii)

A. PENDAHULUAN

Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran sekolah dan persekitaran hidup masyarakat kita merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut. Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi kemasayarakatan dan pendidikan juga memainkan peranan yang amat penting bagi . Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan kehidupan setempat dan sekolah melalui pertandingan 3K. Persekitaran sekolah dan kehidupan pelajar yang bersih dan ceria dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui Jawatankuasa 3K (Keselamatan,Kesihatan dan Kebersihan) telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti kemsyarakatan iaitu Gotong-royong di Masjid As Syakiren bersama pihak PIBG bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada pelajar tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan persekitan mereka serta dapat menjalinkan hubungan silaturrahim antara pihak sekolah dengan komuniti setempat, terutamanya tempat-tempat ibadah. Di samping itu, aktiviti ini akan membolehkan pelajar menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka.Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek pembersihan kawasan longkang, tandas, keceriaan kawasan sekitar masjid, tandas, lantai dalam dan lantai luar, kipas , kebersehan karpet dan lain . Adalah menjadi harapan agar para pelajar, ibu bapa, guru serta komuniti setempat akan memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai matlamat 3K serta kehidupan yang lebih sempurna.

1B . LATAR BELAKANG

Sekolah Kebangsaan Merang melalui JK Pasca UPSR menganjurkan aktiviti Gotong Royong dengan hasrat memberi peluang kepada pelajar menyertai aktiviti khidmat kemasyarakatan secara terancang dan sejajar dengan cita cita melahirkan generasi pelajar yang dinamik dan berkualiti serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Program ini juga diharapkan dapat memberi peluang kepada pelajar untuk membina dan memupuk integrasi dikalangan pelajar dan masyarakat setemapat dalam usaha membentuk generasi alaf baru yang berkemahiran membina dan mengembangkan jaringan hubungan harmonis dalam kehidupan seharian.C. OBJEKTIF1 Mewujudkan hubungan yang baik dengan masyarakat setempat.2Menyemai rasa insaf kepada murid agar sentiasa mengingati saat kematian dan bersedia untuk menghadapinya.3Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara pelajar, ibu bapa, pendidik , warga sekolah dan komuniti setempat dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan tanah perkuburan.

4Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan masyarakat setempat terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan.5Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan aktiviti.2

D. RASIONAL1. Unsur- unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk secara hands on dengan para peserta dipupuk dengan sifat mulia seperti bertoleransi, bertolak ansur, tolong menolong, berdisiplin dan lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan peribadi.2. Aktiviti gotong royong juga mendedahkan para pelajar kepada cabaran- cabaran fizikal dan mental yang secara tidak langsung memantapkan semangat tolong menolong , bekerjasama dan persaudaraan yang dituntut dalam agama.3. Memberi pengalaman dan peluang kepada para peserta meningkatkan kebolehan dan kemahiran kognitif, afektif dan psikomotor masing masing. Secara tidak langsung membina kematangan diri dalam bermasyarakat.E. MATLAMAT

1. Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu suatu usaha berterusan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan intelek serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, Negara dan agama.

2. Untuk membantu merealisasikan matlamat utama di atas, maka pelaksanaan gotong royong ini adalah bertujuan unuk melahirkan generasi pelajar yang berwawasan, mempunyai imej kendiri positif, berakhlak mulia serta berfikiran matang sehingga mampu menangani masalah dan pancaroba hidup seterusnya.33. Memupuk kesedaran dan kefahaman perlunya mengamalkan prinsipprinsip berorganisasi ke arah mencapai matlamat diri dan organisasi, membina sahsiah yang berdaya saing, berdaya tahan dan berdaya juang yang tinggi, menghargai dan mencintai nilai nilai budaya bangsa yang relevan dengan perkembangan semasa.

F. KONSEP PELAKSANAAN

Gotong royong ini akan dilaksanakan berdasarkan konsep Pembelajaran melalui aktiviti. Untuk mempraktikkan konsep ini, beberapa aktiviti khusus telah dirangka dengan menggabungkan unsur-unsur berikut:-

1Pemupukan semangat kerjasama antara sekolah dan masyarakat setempat.

2Penerapan nilai nilai murni kemanusiaan.

3Pemupukan ketahanan mental dan pengawalan emosi

4Pengukuhan disiplin kendiri

5Pengukuhan disiplin berpasukan

6Pengukuhan keimanan dan ketakwaan

7Pembinaan persaudaraan sesama Islam dan masyarakat.8Penyemaian ciri ciri kepimpinan berwibawa.

9Menjana keriangan dan keseronokan bersama secara integratif dan

harmonis

10Memupuk cita- cita kerjaya melalui aktiviti kemasyarakatan.4 G. BUTIRAN PROGRAMTarikh : 02 Oktober 2013 (Sabtu)Masa

: 8.00 pagi 12.00 tengah hari.Sasaran : Murid tahun 6, guru dan komuniti setempat.

Tempat : Tanah Perkuburan Islam, Merang.Pakaian pelajar : Pakaian sukan

H. CADANGAN DAN SKOP AKTIVITI :KUMPULAN

AKTIVITI

IBNU SINA

1. Memungut dan membersihkan sampah di dalam pagar tanah perkuburan

IBNU BATTUTA

1. Mencabut rumput 2. Mengumpul rumput yang telah dipotong dan membawa tempat

Pembuangan sampah.

AL-KHAWARIZMI1. Menyangkul tanah disekitar batu nesan.

IBNU-KHALDUN1. Memungut sampah di luar pagar tanah perkuburan.

GURU-GURU1. Memotong rumput di dalam pagar

5I. TENTATIF PROGRAMMASAAKTIVITI

8.00- 8.30 pagiBerjalan menuju ke Tanah Perkuburan Merang.

8.30 9.00 pagiTaklimat kawasan dan pembahagian kumpulan

9.00 10.30 pagiGotong royong sesi pertama

10.30 11.00 pagi Rehat dan Minum pagi

11.10 pagi 12.00 tengah hariGotong royong sesi ke dua

Mengemas alatan

12.00 12.30 tengah hariBertolak pulang ke sekolah

J. SUMBER KEWANGAN.1. Sumbangan Stesen Minyak Petronas Merang RM 300.002. Sumbangan perseorangan

RM 47.00

Jumlah kewangan

RM 337.00K. PERBELANJAAN BILPERKARAKEWANGANJUMLAH

1Air Kotak70 X RM 1.30RM 91.00

2Nasi Lemak70 X RM 1.50RM 105.00

3Roti70 X RM0.80RM 56.00

4Air Mineral70 X RM1.00RM 70.00

5

Petrol dan Plastik SampahRM 25.00

JumlahRM 347.00

6

L. JAWATANKUASA PELAKSANA AKTIVITI

Pengerusi : Encik Abd.Halim bin Mohamed (Guru Besar )Timbalan Pengerusi 1 : Ustaz Azwi bin Jusoh (GPK Kurikulum)Timbalan Pengerusi 2En. Zultalmizi bin Ahmad (GPK HEM)Timbalan Pengerusi 3 Puan Fazida Asma binti Othman.Penyelaras:Cik Zariah binti Museh

Setiausaha:

Mohd Nor bin HamidBendahari: Puan Rosmawati binti HasanBuku Program: Mohd Rizlan bin DagangJK Makanan/Minuman: 1. Pn. Nur Jannah binti Abd. Majid2. Ustazah Zakiah binti Tahar

3. Pn. Fazliah binti OthmanJK Peralatan:1. Sukayat bin Yeop2. Kamal Syahrim bin Omar

3. Nasaruddin bin Muda7Keselamatan1. Ustaz Syed Kamil Al Idrus2. Sulaimi bin Ngah

Rakaman dan dokumentasi

1. YM Tengku Kamal bin Tengku Ahmad Disediakan oleh

(MOHD NOR BIN HAMID)

Setiausaha,

Program Gotong-Royong Pasca UPSR,

SK Merang, Setiu

Terengganu.

8Laporan Gotong Royong

JK Program Pasca UPSR Sekolah Kebangsaan Merang, Setiu, Terengganu telah menganjurkan satu program kemasyarakatan dengan kerjasama PIBG dan JKKK telah mengadakan gotong royong membersihkan kubur sebagai sebahagian daripada aktiviti selepas UPSR.

Walaupun tidak semua kawasan tanah perkuburan dapat dibersihkan dan dipotong rumput tetapi sebahagian telah berjaya dibersihkan. Apa yang penting program yang julung kali diadakan ini dapat dijadikan satu permulaan yang baik. Ia juga dapat memberi kesan yang baik apabila program ini telah mendapat pujian daripada masyarakat setempat.

LAPORAN REFLEKTIF

KEKUATAN (S)

Kerjasama

Keberanian

Keikhlasan

KesungguhanKELEMAHAN (W)

Peralatan tidak mencukupi

Masa Terhad

Jarak dari sekolah

Kehadiran

PELUANG (O)

Prihatin

Membuat kerja amal

Belajar tentang adab

Menonjolkan bakatANCAMAN (T) Binatang berbisa

Cuaca

Terjatuh

Program gotong royong ini diadakan sebagai sebahagian daripada aktiviti pasca UPSR SK Merang. Program ini merupakan program yang sulong yang dianjurkan oleh pihak jawatankuasa Pasca UPSR SK Merang dengan kerjasama PIBG SK Merang.

Sebelum aktiviti ini diadakan beberapa kali perbincangan telah diadakan untuk membincangkan mengenai skop kerja dan peralatan yang diperlukan. Akhirnya program ini telah berjaya diadakan.KEKUATAN (S)

Sepanjang program ini berlangsung terdapat beberapa kekuatan yang telah dikenalpasti antaranya ialah murid telah menunjukkan kerjasama yang baik dengan melakukan tugasan mangikut kumpulan seperti yang telah diarahkan. Walaupun ada murid yang cuba menjadi penonton tetapi setelah ditegur oleh rakan sekumpulan mereka kembali melakukan tugas.

Selain itu keberanian yang ada pada murid untuk melakukan kerja gotong royong dikawasan perkuburan patut dipuji. Memang menjadi satu trauma kepada kanak-kanak mengenai istilah kubur. Pada mereka kubur suatu tempat yang menakutkan tetapi dengan keberanian yang ada pada murid mereka telah berjaya melepasi halangan psikologi tersebut.

Disamping itu atas rasa keikhlasan dan tanggungjawab yang ada dalam diri murid mereka telah telah melakukan aktiviti ini dengan bersunguh-sungguh. Motivasi yang diberikan oleh saya mengenai tanggongjawab kita sebagai umat Islam dan anak cucu si mati yang telah bersemadi di tanah perkuburan ini.KELEMAHAN (W)

Terdapat beberapa kelemahan telah dapat dikesan sepanjang program gotong royong ini diadakan antaranya ialah peralatan yang tidak mencukupi seperti cangkul. Mesin rumput dan sebagainya. Hal sedemikian menyebabkan kerja-kerja membersihkan kawasan tanah perkuburan tidak dapat disiapkan mengikut jadual.

Selain itu masa pemilihan masa juga tidak sesuai. Memandangkan program ini dilaksanakan pada hari bekerja maka kehadiran ahli dari kalangan ibu bapa agak kurang memuaskan. Masa yang agak singkat iaitu dari pukul 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari tidak mencukupi untuk membersihkan keseluruhan kawasan tanah perkuuran yang agak luas.

Jarak dari tanah perkuburan dari sekolah agak jauh maka perjalanan ke tempat program dengan berjalan kaki memakan masa yang agak lama. Ini merugikan masa.dan samping sudahpun penat sebelum aktiviti gotong royong diadakan.

PELUANG (O)Terdapat beberapa peluang telah diperolehi oleh pelajar semasa melakukan aktiviti ini antaranya ialah mereka telah melahirkan rasa prihatin diri mereka terhadap kemudahan dan rasa bertanggong jawab untuk melakukan kerja-kerja amal tanpa mengharapkan balasan.

Seterusnya dengan menyertai program ini secara tidak langsung telah membolehkan pelajar-pelajar mengetahui tentang adab-adab ketika menziarahi kubur. Ini kerana sebelum mereka memulakan tugas mereka telah diberi tazkirah oleh ustaz yang bertugas mengenai adab menziarahi kubur dan betapa perlunya kita menghormati kawasan tersebut.Dengan menyertai program ini pelajar-pelajar SK Merang telah berpeluang menunjukkan kemahiran. Mereka menggunakan peratan tangan seperti cangkul pongkes malahan adajuga pelajar yang mampu menggunakan mesin rumput.

ANCAMAN (T)Walaupun demikian terdapat beberapa ancaman sepanjang melakukan aktiviti ini antaranya penemuan beberapa jenis spesis binatang berbisa seperti lipan, dan kala jengking. Walaupum demikian Alhamdulillah tidak ada seorangpun daripada para peserta yang digigit atau disengat.

Keadaan cuaca yang agak panas menjadi ancaman dan halangan kepada para pelajar untuk bekerja. Kelewatan tiba di tanah perkuburan Merang yang agak lewat akibat daripada factor jarak telah menyebabkan keadaan telah menjadi agak panas.

Secara keseluruhannya program ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Walaupun terdapat beberapa halangan terpaksa dihadapi tetapi atas semangat kental yang dimiliki oleh para peserta telah memberi semangat kepada saya selaku individu yang bertanggongjawab memastikan program pasca UPSR tahun 2013 berjalan dengan lancer dan sempurna.

Beberapa kelemahan yang telah dikesan akan dijadikan bahan kajian untuk sessi post mortem bagi menambahbaik program pada masa akan dating.

.

SEKOLAH KEBANGSAAN MERANG

21010 Setiu, Terengganu Darul Iman

Kertas Kerja Khidmat Masyarakat

Gotong Royong

Di tanah perkuburan

Kg. Merang

Setiu, terengganu

Disediakan oleh :

MOHD NOR BIN HAMID