kertas kerja big final

20
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN, 22200, BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN. KERTAS KERJA PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) PISMP SEMESTER 5 PRASEKOLAH 3 LAWATAN PENANDA ARAS TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN KAMIL 3, 16800 PASIR PUTEH, KELANTAN DARUL NAIM. TARIKH :

Upload: akhtar-othman

Post on 16-Nov-2015

15 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

kerta kerjacontoh kertas kerja

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN, 22200, BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN.

KERTAS KERJA PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)PISMP SEMESTER 5 PRASEKOLAH 3LAWATAN PENANDA ARAS

TEMPAT :SEKOLAH KEBANGSAAN KAMIL 3, 16800 PASIR PUTEH,KELANTAN DARUL NAIM.

TARIKH :15 FEBRUARI 2015

1.0 PENGENALANProgram Bina Insan Guru merupakan suatu program yang dirangka khas untuk memenuhi syarat guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bagi memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Program ini diletakkan di bawah komponen Asas Dinamika Guru (ADG), pelaksanaan program Bina Insan Guru merupakan suatu mekanisma tambahan dalam pembentukan nilai jati diri guru-guru pelatih ke arah membentuk insan guru yang menepati keperluan negara dan juga senada dengan Falsafah Pendidikan Negara serta mematuhi prinsip-prinsip yang dijunjung dalam Rukun Negara. Proses pembinaan insan guru dibina berlandaskan kepada aspek kesedaran bahawa profesion perguruan ialah profesion yang mulia dan memerlukan sikap dan tanggungjawab yang tinggi. Insan guru juga dilihat sebagai golongan yang dapat membina generasi yang cemerlang dan gemilang di samping menjadi insan contoh kepada masyarakat.Pada kali ini Bina Insan Guru berteraskan kepada pengurusan dan budaya sekolah. Lawatan Benchmarking menjadi tugasan BIG yang merupakan lawatan yang menumpukan kepada sekolah cemerlang dan juga sekolah harapan. Selain daripada sekadar lawatan, program ini juga turut menekankan kepada pemerhatian terhadap kepimpinan, pengurusan, iklim, infrastruktur dan infostruktur di sekolah tersebut. Penekanan kepada aspek-aspek di atas amat penting sebagai hasil pemahaman insan guru terhadap tanggungjawab dalam profesion perguruan.Oleh itu, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri dari aspek yang lengkap iaitu jasmani, emosi, rohani atau intelek. Sebagai insan yang bergelar guru adalah menjadi suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati diri yang baik di samping meningkatkan kualiti dan ketrampilan diri. Oleh itu, pengisian-pengisian positif, penerapan nilai-nilai murni dan pengamalannya juga perlu disemai dalam diri guru agar ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik khususnya dan masyarakat amnya dalam mengharungi cabaran di era globalisasi.

2.0 RASIONAL

Program ini dilaksanakan dengan harapan dapat membina insan guru yang berkualiti dan efektif bertepatan dengan tema lawatan yang ingin diadakan berorientasi kepada pengurusan dan budaya sekolah. Program ini merupakan batu asas kepada penterjemahan makna tugas guru yang lebih efisien. Menurut Stephen Covey di dalam bukunya yang berjudul Stephen Covey's Seven Habits of Highly Effective People yang menekankan ke arah pembentukan manusia yang efektif berlandaskan nilai-nilai dan prinsip-prinsip di antaranya adalah seperti proaktif, fokus kerja dan keutamaan kepada perkara yang lebih penting. Hal ini selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang mana berhasrat untuk melahirkan rakyat yang menghayati nilai sejajar dengan program pembangunan modal insan.Justeru, lawatan ini akan memberi pendedahan kepada bakal guru tentang gerak kerja dalam pengurusan di sekolah dengan lebih jelas yang mana anjakan keempat dalam PPPM menekankan transformasi profesion keguruan. Hal ini dapat memberi gambaran awal tugas guru supaya dapat membina suatu stigma bahawa guru perlu lebih efisien di dalam pengurusan di sekolah. Guru efektif merupakan guru yang cemerlang di dalam pengurusan di sekolah seiring dengan pengajaran dan pembelajaran di kelas serta bertepatan dengan anjakan kelima PPPM iaitu memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.Di samping itu, guru-guru pelatih PISMP Prasekolah 3 dapat membina keyakinan diri dalam menghadapi cabaran semasa, menimbulkan kesedaran dan keinsafan dalam membentuk jati diri sebagai seorang guru. Ini bertujuan untuk mencapai cita-cita murni membentuk peribadi seorang insan yang berwawasan seterusnya membantu membina realiti wawasan negara.

3.0 MATLAMAT Selepas mengikuti program Bina Insan Guru, para guru pelatih PISMP Prasekolah 3 diharapkan dapat :3.1. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan dan patuh kepada tuntutan agama.3.2. Memiliki semangat berpasukan, semangat juang yang tinggi serta sikap muhibbah di antara satu sama lain.3.3. Mempunyai disiplin dan komitmen yang tinggi dalam apa jua keadaan.3.4. Menyesuaikan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran sebagai seorang pendidik.3.5. Memperkembangkan potensi diri sebagai pendidik dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan.

4.0 OBJEKTIFSasaran kepada guru pelatih PISMP Prasekolah 3 Semester 5 ambilan Januari 2013 selepas mengikuti lawatan agar dapat:4.1 Menghayati nilai-nilai dan sifat-sifat kepimpinan.4.2 Mendalami pengurusan sekolah secara lebih efektif dan terancang.4.3 Membudayakan elemen sekolah cemerlang dan penyesuaian iklim di sekolah.4.4 Mengetahui kepentingan infostruktur dan juga pengendaliannya.4.5 Memahami perlaksanaan infrastruktur di sekolah dengan lebih efisien.

5.0 TARIKHProgram Bina Insan Guru PISMP Prasekolah 3 Semester 5 ambilan Januari 2013 ini akan diadakan pada hari Ahad, 15 Februari 2015.

6.0 TEMPATProgram ini akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Kamil 3, 16800 Pasir Puteh, Kelantan.

7.0 PESERTA KURSUSSeramai 18 orang guru pelatih menyertai Lawatan Penanda Aras ini. Para pelatih terdiri daripada pelajar-pelajar PISMP Prasekolah 3 Semester 5 yang terdiri daripada 3 orang guru pelatih lelaki dan 15 orang guru pelatih perempuan. *Sila rujuk LAMPIRAN I, senarai nama peserta kursus.

8.0 MENTORMentor yang dilantik dan dipertanggungjawabkan oleh pihak pentadbiran IPG Kampus Sultan Mizan adalah Encik Azmi bin Ibrahim.

9.0 AHLI JAWATANKUASA BINA INSAN GURU LAWATAN PENANDA ARAS PISMP PRASEKOLAH 3 SEMESTER 5 AMBILAN JANUARI 2013.Ahli jawatankuasa Bina Insan Guru Lawatan Penanda Aras ini adalah seperti di LAMPIRAN II.

10.0 ANGGARAN KEWANGAN

BILPERBELANJAANJUMLAH

1

Guru Pelatih IPG KSM PISMP Prasekolah 3 Semester 5i. (RM 10 x 18 orang x 1 hari)

RM 180.00(Peruntukan IPG)

2i. Cenderamata kepada pihak Sekolah Kebangsaan Kamil 3, ii. Cenderamata kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh.Peruntukan IPG

JUMLAHRM 180.00

11.0 PENGANGKUTANPengangkutan peserta IPG Kampus Sultan Mizan akan disediakan oleh pihak pentadbiran institut sendiri dan maklumat pengangkutan adalah seperti berikut :a) Bas IPG Kampus Sultan Mizan

12.0 JADUAL PROGRAM Program Bina Insan Guru PISMP Prasekolah 3 Semester 5 ambilan Januari 2013 ini akan mengambil masa sehari yang melibatkan aktiviti berunsurkan ilmiah, interaksi sosial serta pengurusan seperti yang tertera di dalam jadual program di LAMPIRAN III.

13.0 PROFORMA KURSUSProgram ini dijalankan bagi memenuhi kandungan yang terdapat di dalam proforma kursus seperti di LAMPIRAN IV.

14.0 PENUTUPSecara tuntasnya, kerjasama dan komitmen yang jitu daripada semua pihak yang terlibat dapat menjayakan program Lawatan Penanda Aras ini dengan sempurna. Hasil daripada program ini dapat melahirkan guru yang memahami dan mendalami pengurusan yang lebih sistematik, mempraktikkan nilai-nilai kepimpinan dan pemahaman terhadap keperluan infrastruktur dan infostruktur sekolah. Selain itu, membentuk guru yang efektif dalam bidang tugasnya serta mempunyai nilai tambah dan dalam masa yang sama memenuhi keperluan modal insan negara.

Disediakan oleh,

.............................................................(KANMANIE A/P SANKER)Setiausaha,Program Bina Insan Guru Semester 5,PISMP Prasekolah 3,Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.

Disokong oleh,

(EN. AZMI BIN IBRAHIM) Tutor 5 PISMP Prasekolah 3, Ambilan Jan 2013,Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.

Disemak oleh,

...................(EN. MOHD YUSOFF BIN AWANG TO)Penyelaras Program BIG, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.

Melalui,

........................................(EN. MOHAMAD BIN AB. LATIFF)Ketua Unit Kokurikulum, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.

Diluluskan oleh,

............................................(Dr. HJ. MOHD AZIZ BIN MOHD DIN)Pengarah,Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.

Ulasan:____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

LAMPIRAN I

SENARAI NAMA PESERTA PROGRAM BINA INSAN GURU PISMP PRASEKOLAH 3 SEMESTER 5 AMBILAN JANUARI 2013

TUTOR: EN. AZMI BIN IBRAHIM

BILNAMANO.KP

1AMIRA FARHANAH BINTI MOHD SERUPA931111-11-5798

2CHEW LE YEE930911-08-6302

3CHUA HOOI LING911007-02-5532

4KANMANIE A/P SANKER931007-10-5610

5LEE KAH CHIAN930308-02-5708

6LOW SIN YEE930314-04-5238

7MUHAMMAD FAIZAL BIN ABDULLAH920304-11-5651

8NIK NURHANANI BINTI NIK DAUD931005-03-6228

90NURANIS SYAZWANI BINTI MOHD JAIS930316-14-6024

10SHOBANA A/P VIJAYAKUMAR931030-01-5680

11SITI NOR FATIMAH BINTI MOHD SAPAIE930215-13-6230

12TIN MEI YIN911005-11-5112

13TUAN AKHTAR BIN TUAN OTHMAN930321-12-5228

14VIGNES A/P ANNADURAI930909-10-5666

15VIJAYALECHUMI A/P LACHUMANAN931006-06-5530

16YEAP WEN ZHUO930524-07-5419

17YEOW YI SHAN931006-07-5552

18ZAINOL HARITH BIN MUHAMAD921112-02-5437

LAMPIRAN II

AHLI JAWATANKUASA BINA INSAN GURU LAWATAN PENANDA ARAS PISMP PRASEKOLAH 3 SEMESTER 5.

Pengerusi : Tuan Akhtar Binti Tuan OthmanNaib Pengerusi : Siti Nor Fatimah Binti Mohd SapaieSetiausaha : Kanmanie A/P SankerNaib Setiausaha : Chew Le YeeBendahari : Lee Kah Chian

Jawatankuasa 1. Makanan : (i) Shobana A/P Vijayakumar (ii) Zainol Harith Bin Muhamad2. Cenderahati : (i) Vijayalechumi A/P Lachumanan (ii) Vigness A/P Annadurai3. Perhubungan : (i) Nuranis Syazwani Binti Mohd Jais4. Dokumentasi : (i) Chua Hooi Ling (ii) Low Sin Yee5. Pengangkutan : (i) Tin Mei Yin (ii) Nik Nurhanani Binti Nik Daud (iii) Yeap Wen Zhou6. Pengacara Majlis : (i) Muhammad Faizal Bin Abdullah (ii) Amira Farhanah Binti Serupa

LAMPIRAN IIITENTATIF PROGRAM

MasaAktiviti

7.00 amBertolak dari IPGKSM

8.45 amSampai di SK Kamil 3

9.15 amKudapan Pagi

9.30 amTaklimat Lawatan Penanda Aras Pemerolehan maklumat sekolah Ciri-ciri kepimpinan Sistem pengurusan sekolah Iklim dan budaya sekolah Infrastruktur dan infostruktur kurikulum

11.45 amSesi lawatan di kawasan sekolah

12.45 pmSesi ramah mesra bersama murid

1.45 pmMakan Tengahari

2.15 pmSolat Zohor

2.30 pmMajlis Penutup Ucapan oleh Guru Besar Ucapan oleh Encik Azmi bin Ibrahim

3.30 pmMinum Petang

4.00 pmSolat Asar / Slot Moral

5.00 pmBertolak pulang ke IPGKSM

LAMPIRAN IVPROFORMA KURSUSPro Forma KursusProgram Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian(Bina Insan Guru)Nama KursusBINA INSAN GURU ( BIG ) Fasa V(Character Building forTeachers )

Kod KursusWAJ 3114

Kredit3 Kredit ( Kredit Terkumpul )

Jam Kontak10 Jam

Bahasa PengantarBahasa Melayu

PrasyaratTiada

SemesterLima

Hasil Pembelajaran1. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi komplek untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan1. Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti.1. Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya.1. Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.1. Merancang, melaksana, memimpin program, berkerjasama dan mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan.1. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial.

SinopsisKursus ini bertujuan memupuk kesedaran tentang perkembangan kemahiran latihan dan penandarasan. Pelajar didedahkan dengan guru dan perundangan, mandat, Akta 550 (1986), Surat Pekeliling Ikhtisas, Pekeliling Perkhidmatan, fungsi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan sektor-sektor serta fungsi dan peranan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) / Zon / Bahagian dan PKG. Lawatan benchmarking. Ciri-ciri kepimpinan, pengurusan sekolah, iklim sekolah infrastruktur sekolah serta Infostruktur kurikulum di sekolah.

This course aims to nurture the awareness of training development skills and benchmarking . Students are exposed to teachers and law mandate, Act 550 (1996), profesional circulars, service circulars, state education department functions and sectors and functions of the role of education district officers, benchmark leadership characteristics, school organisation, school climate, infrastructure and school curriculum infostructure. .

TajukKandunganJam

1. BengkelTema Bengkel;Pengurusan Pendidikan Guru dan Perundangan Mandat Akta 550 ( 1996 ) Surat Pekeliling Ikhtisas Pekeliling Perkhidmatan Fungsi JPN dan sektor-sektor Fungsi dan peranan PPD / Zon / Bahagian dan PKGMenghadiri bengkel berkaitan tema-tema berikut dan menyediakan satu catatan reflektif mengenainya. Perlu mengambil kira domain kandungan kurikulum kursus di bawah sepanjang pelaksanaan.

Berjiwa merdeka dan perkasa Membina kemahiran mengurus perubahan diri, organisasi dan persekitaran pendidikan

Kerohanian dan akhlak keguruan Mengenali dan menilai potensi diri insan guru- Potensi diri - Personaliti kerjaya Citra diri insan guru Membina pemikiran dan motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan.

Berilmu, beramal dan berbakti Menghayati konsep kerja sebagai satu ibadat dan hidup berbakti

Berakauntabaliti dan amanah Memahami realiti dan tanggungjawab seorang guru.

Kreatif dan inovatif Membuat refleksi secara kritikal keatas bentuk peraturan, dan fungsi-fungsi JPN, PPD dalam pengurusan pendidikan.

3

2. Lawatan BenchmarkingLawatan ke Sekolah Cemerlang / sekolah harapan Negara / Sekolah Inovasi Ciri-ciri kepimpinan - Jenis kepimpinan Pengurusan - Sistematik- Misi sekolah- Visi sekolah Iklim sekolah / Budaya Sekolah Infrastruktur / Infostruktur kurikulum- Makmal:bahasa, sains,biologi,fizik- Pusat sumber- Pembelajaran kendiri- Bilik-bilik khas matapelajaran- Kios PembelajaranMerancang dan mengadakan lawatan benchmarking dan menyediakan satu catatan reflektif mengenainya. Perlu mengambil kira domain kandungan kurikulum kursus di bawah sepanjang pelaksanaan.

Berjiwa merdeka dan perkasa Membina kemahiran pengurusan diri dan kumpulan. Membina kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah

Kerohanian dan akhlak keguruan Mengenali dan menilai potensi diri insan guru- Potensi diri - Personaliti kerjaya- Citra diri insan guru Membina pemikiran dan motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan.

Berilmu, beramal dan berbakti Menghayati konsep kerja sebagai satu ibadat dan hidup berbakti Mengamalkan semangat kerja berpasukan, kerjasama dan bertanggungjawab.

Berakauntabaliti dan amanah Memahami realiti dan tanggungjawab seorang guru.7

Jumlah10

Pentaksiran dan Penilaian100% berdasarkan kerja kursus

RujukanAsasAbdul Rahman Bin Ahmad (1992). Bimbingan dan Kaunseling dari perspektif Islam. Human Resource Enterprise: Sri Kembangan, Selangor.

Bahagian Pendidikan Guru (2000). Etika Pelajar Pendidikan Guru. Kementerian Pendidikan Malaysia: Kuala Lumpur.

Hisham Altalib (1994). Panduan Latihan Bagi Gerakan Islam. Media Dakwah: Jakarta.

Holland, J.L, (1973). Making vocational choices. New Jersey: Printice Hall, Inc.

West Edie (1994). 201 icebreakers: New York:McGraw Hill.

Steven, J. Stein (2001). The EQ edge. Canada: Multi-Health Systems Inc.

RujukanTambahanMohd. Nashuha Jamidin dan rakan-rakan (1996). Kemahiran berfikir dan belajar. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd: Shah Alam

Mohd Taib Haji Hassan, Dato Haji (1993). Panduan hidup seorang Islam. Percetakan Watan: Kuala Lumpur.

Mustapha Haji Daud (1995). Budi bahasa dalam tamadun Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Mustafa Haji Daud (1994). Pengurusan Islam. Utusan Publications: Kuala Lumpur.

Rashid Haji Mohamad (2000). Bimbingan dan Kaunseling. Pearson Education Malaysia Sdn.Bhd: Petaling jaya.

Spart-Langer, Simmon dan Pasch (1992). Reflective Pedagogical Thinking : How can we promote and measure it? Journal of Teacher Education.