kertas kerja big bengkel fasa 6

Upload: darran-wong

Post on 07-Jan-2016

234 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

kertas kerja

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN, 22200, BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN.

KERTAS KERJAPROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)2015 FASA 6 (BENGKEL)

ANJURAN:PELAJAR PISMP AMBILAN JANUARI 2013 SEMESTER 6 (2015)

TARIKH:12 JULAI 2015

TEMA:CIRI-CIRI GURU INOVATIF

1.0 Pendahuluan

Program bengkel Bina Insan Guru (BIG) merupakan salah satu komponen dalam pendidikan keguruan bagi memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Negara ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi menghadapi cabaran dalam bidang profesion perguruan. Para guru yang bakal dihantar ke sekolah-sekolah di seluruh negara bakal menempuh pelbagai cabaran seperti kejutan budaya dan perubahan persekitaran. Justeru, mereka ini perlu dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan di luar bilik darjah bagi memudahkan mereka untuk menyesuaikan diri dalam apa jua suasana persekitaran yang bakal ditempuhi.Program Bina Insan Guru ini juga merupakan suatu program yang dirangka khas untuk memenuhi syarat guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bagi memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Program ini diletakkan di bawah komponen Asas Dinamika Guru (ADG), pelaksanaan program Bina Insan Guru merupakan suatu mekanisme tambahan dalam pembentukan nilai jati diri guru-guru pelatih ke arah membentuk insan guru yang menepati keperluan negara dan juga senada dengan Falsafah Pendidikan Negara serta mematuhi prinsip-prinsip yang dijunjung dalam Rukun Negara. Program BIG pada kali ini merupakan siri ke-6 berbentuk bengkel yang bertajuk ciri-ciri guru inovatif. Seorang guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri dari aspek yang lengkap iaitu jasmani, emosi, rohani atau intelek. Sebagai insan yang bergelar guru adalah menjadi suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati diri yang baik di samping meningkatkan kualiti dan ketrampilan diri. Oleh itu, pengisian-pengisian positif, penerapan nilai-nilai murni dan pengamalannya juga perlu disemai dalam diri guru agar ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik khususnya dan masyarakat amnya dalam mengharungi cabaran di era globalisasi.

2.0 Rasional

Program ini dilaksanakan dengan harapan dapat membina insan guru yang berkualiti dan efektif bertepatan dengan tema bengkel yang ingin diadakan berorientasi kepada pembinaan guru cemerlang. Program ini merupakan batu asas kepada penterjemahan makna tugas guru yang lebih efisien. Menurut Stephen Covey di dalam bukunya yang berjudul Stephen Covey's Seven Habits of Highly Effective People yang menekankan ke arah pembentukan manusia yang efektif berlandaskan nilai-nilai dan prinsip-prinsip di antaranya adalah seperti proaktif, fokus kerja dan keutamaan kepada perkara yang lebih penting. Hal ini selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang mana berhasrat untuk melahirkan rakyat yang menghayati nilai sejajar dengan program pembangunan modal insan. Justeru, bengkel ini akan memberi pendedahan kepada bakal guru tentang gerak kerja seorang guru inovatif di sekolah dengan lebih jelas yang mana anjakan keempat dalam PPPM menekankan transformasi profesion keguruan. Hal ini dapat memberi gambaran awal tugas guru supaya dapat membina suatu stigma bahawa guru perlu lebih efisien di dalam pengurusan di sekolah. Guru efektif merupakan guru yang cemerlang di dalam pengurusan di sekolah seiring dengan pengajaran dan pembelajaran di kelas serta bertepatan dengan anjakan kelima PPPM iaitu memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. Di samping itu, guru-guru pelatih PISMP ambilan januari 2013 juga dapat membina keyakinan diri dalam menghadapi cabaran semasa, menimbulkan kesedaran dan keinsafan dalam membentuk jati diri sebagai seorang guru. Ini bertujuan untuk mencapai cita-cita murni membentuk peribadi seorang insan yang berwawasan seterusnya membantu membina realiti wawasan negara.

3.0MatlamatBengkel bagi Program Bina Insan Guru (BIG) semester 6 berfokus kepada memberi kefahaman yang menyeluruh berkaitan dengan penerapan unsur atau sifat-sifat positif dalam diri guru bagi melahirkan pendidik yang berinovatif. Selain itu untuk memudahkan pihak pengurusan dan pembuat keputusan melaksanakan inovasi dan lonjakan kecemerlangan dalam bidang pendidikan di mana kini guru-guru berada pada alaf ke-21. Dan untuk itu, guru haruslah sentiasa bersedia menghadapi sebarang cabaran semasa dan perlu berusaha menggerakkan peranan sebagai pencetus kreativiti dan inovasi serta penjana kecemerlangan diri.

4.0Objektif Pengisian kurikulum BIG semester 6 ialahberkaitan Ciri-ciri GuruInovatifyang bertujuan memberikan pendedahan awal kepada pelajar tentang ciri-ciri insan guru yang unggul di mana seorang pendidik akan bersedia membantu dan mencurahkan khidmat dan baktikepadamasyarakat. Fokus utamabengkelini adalah untuk memberi peluang kepada guru pelatih : 1. Mengenalpasti ciri-ciri guru yang berinovatif.2. Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti. Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya.3. Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan. 4. Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan.5. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial. 6. Meningkatkan profesionalisme kendiri secara berterusan.

5.0Kumpulan Sasaran Sepuluh unit daripada PISMP Ambilan Januari 2013 Semester 6 (2015)

6 PISMP Pengajian Prasekolah 16 PISMP Pengajian Prasekolah 26 PISMP Pengajian Prasekolah 36 PISMP Pendidikan Jasmani 16 PISMP Pendidikan Jasmani 26 PISMP Pendidikan Seni Visual 16 PISMP Pendidikan Seni Visual 26 PISMP Pendidikan Seni Visual 36 PISMP Pengajian Bahasa Inggeris6 PISMP Reka Bentuk dan Teknologi

6.0Butiran Programi) Tarikh/hari 12 Julai 2015 (Ahad)ii) Masa 2.00- 4.30petangiii) Tempat DewanAl- Khindi, IPG Kampus Sultan Mizan

7.0 Penceramah Jemputan

Nama PenuhRuzinar binti Ibrahim

Gred JawatanDG 44

Jawatan Guru cemerlang matapelajaran Sains di Sekolah Kebangsaan Kerandang

8.0Tentatif ProgramMasaAktiviti

2.00 pm 4.15 pmCeramah Ciri-ciri Guru Inovatif

4.15 pm 4.30 pmPenutup, penyampaian cenderahati kepada penceramah

9.0Anggaran Kos

Bil.PerkaraKuantiti / HargaSeunit (RM)Pembiayaan

1.Plak 1IPG Kampus Sultan MIzan

2. Sijil Penyertaan 200

3. Sijil Penghargaan25

4.Minum petang RM3 x 200

JUMLAHRM 600.00

10.0 Senarai Jawatankuasa Pelaksana Bina Insan Guru Fasa 6

Penaung : Dr. Haji Mohd Aziz bin Mohd Din (Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan)Penasihat : Mohamad bin Ab. Latiff (Ketua Unit Ko-Kurikulum)Pengerusi : Mohamad Harman Faiz bin HassinNaib Pengerusi : Nor Aqila Asyikin binti ZulkifliSetiausaha : Siti Nur Aishah binti AbdullahNaib Setiausaha: Kanmanie a/p SankerBendahari : Wan Nurzaleha binti Wan Zaidi

JawatankuasaJk Perhubungan/ Sambutan : Ahmad Syadiduddin bin ZamrudinJk Protokol: Ahmad Fakhrurrazi bin Che Daud: Muhammad Ariffuddin bin SukiatJk Penyampaian hadiah : Pang Chui Hong : Ong Seng TeckJk Dokumentasi : Nurain Basyirah bt Mohd Khalid: Kong Lee MeiJk Persiapan Tempat : Muhammad Hidhir bin Abd GhaniJk Buku Program : Chua Su San : Lee Joo HaaJk Jemputan : Nur Adilah binti Ab Hamid : Syafiqah binti KamarudinJk Makanan : Adrian Chai Pin Jian : Yeap Qian YuJk Multimedia : Mohd Ikhwan bin Mohd Sabies : Mohamad Hanif bin MamatJk Tugas-tugas Khas : Farah Wahibbah binti Hilaluddin : Tharisshni a/p Thuraisamy11.0 Penutup

Pihak jawatankuasa berharap agar program yang dirancang ini akan berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Semoga program ini dapat menjadi panduan kepada semua peserta untuk mengamalkan ciri-ciri guru inovatif ketika di sekolah nanti.

Disediakan oleh :

........................SITI NUR AISHAH BINTI ABDULLAHSetiausaha,Program Bina Insan Guru (2015)Institut Pendidikan Guru, Kampus Sultan Mizan.

Disemak oleh,

...................MOHD YUSOFF BIN AWANG TOPenyelaras Program BIG,Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.

Melalui,

..MOHAMAD BIN AB. LATIFFKetua Unit Kokurikulum,Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.

Diluluskan oleh:

.Dr. HAJI MOHD AZIZ BIN MOHD DINPengarah,Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.

Dengan ini saya MELULUSKAN / TIDAK MELULUSKAN program ini

Ulasan :

_________________________________________________

______________________________________________________

______________________________________________________ ______________________________________________________