kertas cadangan projek inovasi

8
KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA, KUALA LUMPUR PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN FEB 2012-2016 SEMESTER 8 KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI NAMA : HASNIZIA BINTI ABDUL HAMID NO. KAD PENGENALAN : 810902-02-5886 NO. MATRIKS : 2012211360029

Upload: luffy-chan-miz

Post on 24-Jan-2016

143 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

ppg

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Cadangan Projek Inovasi

KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA, KUALA LUMPUR

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

FEB 2012-2016

SEMESTER 8

KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI

NAMA : HASNIZIA BINTI ABDUL HAMID

NO. KAD PENGENALAN : 810902-02-5886

NO. MATRIKS : 2012211360029

Page 2: Kertas Cadangan Projek Inovasi

1.0 Tajuk

Pengunaan kaedah permainan kecil “ Play and Learn” berdasarkan pendekatan

TGfU dalam manipulasi alatan.

2.0 Pengenalan

Pendidikan Jasmani merupakan subjek teras di setiap sekolah yang mana ianya

tidak diabaikan kerana subjek ini melibatkan ketahanan fizikal dan mental malahan

kita juga boleh melibatkannya dengan pendekatan rohaniah. Lingkungan umur

tersebut merupakan lingkungan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Ketika ini

kanak-kanak suka akan sesuatu yang baharu malahan mereka juga akan lebih dekat

dengan alam jika dipupuk. Hal ini disebabkan pertumbuhan mereka seiring dengan

perkembangan otak dan minda mereka yang ingin mengenali dunia.

Permainan kecil amat penting dalam pertumbuhan kanak-kanak. Ianya

merupakan hal yang mnyeronokkan dan mencergaskan minda. Hal ini kerana

program seperti permainan kecil ini menolong dalam pembangunan kemahiran asas

motor seperti berlari dan melompat. Ianya juga meningkatkan daya kemahiran

khusus sukan seperti melontar, menangkap dan menyepak.Tambahan pula, menurut

Eisen (1998), kanak-kanak jika ditinggal akan bersendirian dengan apa sahaja alat

permainan, mereka akan bermain dengan alat-alat tersebut. Permainan kecil ini

perlu diawasi oleh guru dan ianya juga berlaku dalam keadaan berkelompok.

Maka, oleh itu, permainan kecil amat sesuai untuk mereka kerana ianya tidak

melibatkan terlalu banyak pergerakan malahan ianya bertujuan untuk menyihatkan

tubuh badan dan otak selain ianya juga menyeronokkan. Aplikasi permainan kecil ini

melibatkan penggunaan bahan dan juga hanya menggunakan tempat yang

sederhana sahaja.

Setiap permainan kecil tersebut hendklah berasaskan TGFU iaitu Teaching

Games For Understanding. TGFU mempunyai empat asas yang mana telah

diterokai oleh Rod Thorpe dan David Bunker sekitar tahun 1970-an dan awal 1980-

1

Page 3: Kertas Cadangan Projek Inovasi

an. Perkembangan penggunaan asas TGFU ini semakin berkembang hingga ke hari

ini setelah beberapa kajian dan sebab relevan dalam aplikasi TGFU.

Maka, pendidikan jasmani yang sesuai untuk kanak-kanak ialah permainan kecil.

Namun, permainan tersebut hendaklah berasaskan Teaching Games For

Understanding yang mana ianya boleh membantu pertumbuhan dan perkembangan

fizikal dan mental kanak.Inovasi ini dibuat adalah untuk memperkenalkan modul

aktiviti pendekatan TGFU yang fokus kepada permainan kecil dalam P & P

Pendidikan Jasmani di sekolah rendah.

3.0 Objektif

3.1 Meningkatkan minat murid terhadap aktiviti Pendidikan Jasmani.

3.2 Membanding beza perubahan tingkahlaku murid terhadap aktiviti Pendidikan

Jasmani mengikut Pendekatan TGFU berdasarkan Sukatan Pelajaran

Pendidikan Jasmani.

3.3 Memperkembangkan kemahiran berfikir dan membuat keputusan sendiri

semasa aktiviti p & p PJ.

3.4 Membina motivasi intrinsik dan penghayatan PJ melalui pendekatan Tgfu.

3.5 Mengasah minda murid merancang strategi serta berfikir secara

bersama/sepakat.

3.6 Supaya murid sentiasa bekerjasama dalam pasukan begi mempertahankan

pihak masing-masing.

3.7 Membantu murid menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan

mengikut kemampuan diri mereka.

3.8 Membentuk sahsiah,disiplin serta jati diri murid.

3.9 Memupuk semangat kesukanan dalam diri murid.

3.10 Mempertingkatkan dan mengekalkan kecerdasan berasaskan kesihatan

dan perlakuan motor.

4.0 Rasional Projek

Rasionalnya Inovasi ini dibuat adalah untuk memperkenalkan modul aktiviti

pendekatan TGFU yang fokus kepada permainan kecil dalam P & P Pendidikan

2

Page 4: Kertas Cadangan Projek Inovasi

Jasmani di sekolah rendah. Permainan yang mempunyai peranan dalam PJ, bagi

murid-murid sekolah rendah .Objektif jangka pendek adalah untuk keseronokan dan

hiburan , tetapi permainan ini dapat memberi sumbangan yang baik dan berkesan

terhadap perkembangan kognitif ,psikomotor dan sosial.

Permainan kanak-kanak semasa Pendidikan Jasmani disekolah merupakan

kegiatan yang dipimpin dan sentiasa di awasi oleh guru dengan kawalan yang rapi.

Menerusi permainan kanak-kanak, murid-murid dapat membina sifat jasmani dan

sosial seperti yang diinginkan.Kepantasan daya tenaga , kekuatan,ketangkasan,

kemahiran dan ‘game sense’ adalah beberapa contoh sifat jasmani yang

diperlukan.Ini dapat membantu murid dalam mengenal pasti bakat kebolehan

mereka. Pendekatan ini juga memudahkan untuk menguruskan dan mengelokan

murid.

Melalui penglibatan murid-murid dalam aktiviti yang dilakukan dapat

meningkatkan kebolehan fizikal, meningkatkan keyakinan diri, dan dapat

melepaskan emosi mereka . melalui pendekatan ini juga murid dapat

mengembangkan kebolehan kreatif murid dan mampu mengurangkan masalah

murid untuk berkaomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain.

5.0 Skop Dan Limitasi Projek

5.1 Kurangnya penglibatan aktif murid dalam Pendidikan Jasmani.

5.2 Sikap murid yang tidak menumpukan perhatian terhadap P & P Pendidikan

Jasmani.

5.3 Murid hanya berminat untuk bermain bola sepak dan badminton.

3

Page 5: Kertas Cadangan Projek Inovasi

5.4 Kurang pengetahuan dan dedahan terhadap modifikasi permainan mengikut

pendekatan Tgfu.

6.0 Kepentingan Dan Impak Projek

Permainan kecil “ play and learn” berasaskan pendekatan TGfU telah

menawarkan suatu cara yang mampu menarik perhatian dan minat murid untuk

menghayati PJ dan keseronokan bermain sehingga mendorong keinginan murid

untuk melibatkan diri dalam kelas P & P Pendidikan Jasmani. Dalam pada masa

yang sama mereka belajar untuk menguasai kemahiran permainan dengan betul dan

mengetahui tentang peraturan asas permainan.

Menerusi kaedah inovasi ini, murid-murid dapat membina sifat jasmani dan sosial

seperti yang diinginkan.Kepantasan daya tenaga , kekuatan,ketangkasan,

kemahiran dan ‘game sense’ adalah beberapa contoh sifat jasmani yang diperlukan

oleh murid .

7.0 Anggaran Kos

8.0 Tinjauan Dan Kajian Literatur

Program Pendidikan Jasmani memberi sumbangannya yang tersendiri terhadap

kesejahteraan pelajar (Cai, 1998; Darst dan Pangrazi, 2006; dan Wuest dan

Butcher, 2006). Matlamat program pendidikan jasmani di sekolah rendah adalah

untuk membangunkan dan meningkatkan hasil pembelajaran pelajar. Hasil

pembelajaran ini termasuklah domain kognitif, afektif, dan psikomotor dengan

menyediakan pelajar dengan program-program yang seuai ( Butcher dan Wuest ,

1999; Griffin dan Sheehy, 2004. Memetik kenyataan ( Richard dan Wailian, 2005;

Pangrazi dan Casten, 2007; dan Sanmuga 2008),melalui permainan, pelajar boleh

membangunkan kesedaran taktikal, memahami kaedah-kaedah, had, strategi, dan

kewaspadaan untuk berkelakuan dengan yang sewajarnya dalam pelbagai situasi

yang kompetitif. Pengkaji terdahulu telah menunjukkan bahawa permainan adalah

satu komponen penting dalam kurikulum Pendidikan Jasmani di seluruh dunia dan

boleh digunakan sebagai pendekatan pedagogi untuk memotivasikan pelajar dalam

hasil prestasi permainan (Mauldon dan Redfern, 1981; Werner dan Almond, 1990;

4

Page 6: Kertas Cadangan Projek Inovasi

Werner, Thorpe dan Bunker, 1996; Light , 2006 ) Kajian sebelumnya dalam

permainan pendidikan jasmani telah memberi tumpuan kepada domain psikomotor,

aspek tenikal, hasil pembelajaran permainan (Bunker dan Thorpe, 1986; Holt,

Stream dan Begoechea, 2002; Hopper, 2002;dan Tan, 2005).

Almy (1984, Fagen) menyatakan kanak-kanak bermain dengan di arah oleh diri

mereka sendiri tanpa mengambil-kira tujuan bermain. Semasa bermain, mereka,

bebas dari segala peraturan. Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah

laku yang baru. Kanak-kanak melibatkan diri dalam permainan secara aktif. Apa

yang dikemukakan oleh Almy bersesuaian dengan pandangan Rubin, Fein, dan

Vendenberg (1983).Mereka berpendapat bahawa, dalam sesuatu permainan,kanak-

kanak haruslah diberi kesedaran tentang „Mengapa‟ dan „Bila‟ sesuatu kemahiran

perlu diaplikasikan dan bila ia patut ditunjukkan dalam sesuatu permainan tertentu.

Dengan itu,kanak-kanak akan memberi respons yang lebih baik dan peka jika

mereka tahu bagaimana sesuatu teknik atau kemahiran harus dilakukan.

Teaching Games for Understanding merupakan suatu konsep pengajaran

dan pembelajaran yang dihasilkan oleh David Bunker dan Rod Thorpe pada tahun

1982 di Universiti Loughboroungh. TGFU merupakan suatu pengajaran permainaan

untuk kefahaman yang dapat menarik minat dan perhatian kanak-kanak di dalam

atau di luar bilik darjah supaya mereka tidak berasa bosan. (rujuk kepada buku

Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani yang ditulis oleh Mohd Sofian Omar Fauzee)

TGFU ini adalah lebih berfokus terhadap pemahaman yang meyeluruh pada setiap

permainan. Murid-murid dapat memahami sesuatu prinsip atau konsep dalam

permainan tertentu. TGFU juga menekankan kepada peningkatan tahap aktiviti

fizikal. Waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di dalam sekolah rendah .

9.0 Kaedah Dan Metodologi Projek

10.0 Pelan Perancangan Projek

11.0 Kesimpulan

5