kertas cadangan projek 3 k sekolah

5
KERTAS CADANGAN MELAKSANAKAN PROGRAM KECERIAAN SEMPENA 3 K PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2011 ANJURAN UNIT 3K DENGAN KERJASAMA PERSATUAN IBU BAPA-GURU ____________________________________________________________________ __ 1. TUJUAN Kertas Cadangan ini bertujuan memohon Yang Dipertua,melalui Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa-Guru untuk menimbang dan bersetuju: 1.1 Mengadakan Program Keceriaan sempena Bulan 3K peringkat sekolah; dan 1.2 Dengan anggaran peruntukan sebanyak RM 2. LATAR BELAKANG 2.1 Merujuk kepada Rancangan Tahunan Jawatankuasa 3K,memutuskan untuk melaksanakan Program Keceriaan sempena Bulan 3K peringkat sekolah pada tahun 2011 dan meminta kerjasama daripada PIBG sekolah. 2.2 Sehingga kini SKSK memerlukan penambahbaikan melalui projek-projek keceriaan bagi menggantikan pintu kelas yang rosak,mengecat tiang besi dan pintu yang telah lusuh, dan memasang sinki di Bilik Operasi Kesihatan.

Upload: jurimi-kasran

Post on 19-Jun-2015

3.536 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas cadangan projek 3 k sekolah

KERTAS CADANGANMELAKSANAKAN PROGRAM KECERIAAN

SEMPENA 3 K PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2011 ANJURAN UNIT 3K DENGAN KERJASAMA PERSATUAN IBU BAPA-GURU

______________________________________________________________________

1. TUJUAN

Kertas Cadangan ini bertujuan memohon Yang Dipertua,melalui Mesyuarat Ahli

Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa-Guru untuk menimbang dan bersetuju:

1.1 Mengadakan Program Keceriaan sempena Bulan 3K peringkat sekolah; dan

1.2 Dengan anggaran peruntukan sebanyak RM

2. LATAR BELAKANG

2.1 Merujuk kepada Rancangan Tahunan Jawatankuasa 3K,memutuskan untuk

melaksanakan Program Keceriaan sempena Bulan 3K peringkat sekolah

pada tahun 2011 dan meminta kerjasama daripada PIBG sekolah.

2.2 Sehingga kini SKSK memerlukan penambahbaikan melalui projek-projek

keceriaan bagi menggantikan pintu kelas yang rosak,mengecat tiang besi dan

pintu yang telah lusuh, dan memasang sinki di Bilik Operasi Kesihatan.

2.3 Unit Hal Ehwal Murid memerlukan sedikit suntikan kewangan atas kekangan

dan implikasi kewangan yang dialami atas ketiadaan bajet khas bagi unit

tersebut.

3. OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Objektif program adalah seperti yang berikut:

Page 2: Kertas cadangan projek 3 k sekolah

i) Menjadikan suasana bangunan dan gambaran bilik darjah supaya

lebih efektif dan kondusif bagi meningkatkan keberkesanan P&P di

sekolah.

ii) Meningkatkan kemudahan prasarana sekolah dengan adanya

penunjuk aras dalam SPSK.

iii) Memupuk dan membangkitkan semangat cintakan sekolah di

kalangan warga guru,PIBG,ibu bapa dan murid.

4. ASAS PERTIMBANGAN

4.1 Dengan bertambahnya fungsi dan peranan Unit 3K kepada kumpulan

sasar,maka pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan kualiti

perkhidmatan yang baik.Justeru,program murni ini perlu dijalankan bagi

kebaikan bersama.

4.2 Pihak sekolah memerlukan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak.

5. IMPLIKASI KEWANGAN

5.1 Peruntukan kewangan bagi melaksanakan Program Keceriaan sempena

Bulan 3K peringkat sekolah berjumlah RM .Maklumat terperinci dalam

LAMPIRAN A.

6. CADANGAN PELAKSANAAN PROGRAM

6.1 Program ini akan dijalankan oleh pekerja sekolah,guru atau orang luar yang

difikirkan sesuai.

6.2 Program akan dijalankan pada bulan April 2011 dengan dipantau oleh

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Jawatankuasa 3K sekolah.

6.3 Cadangan Program Keceriaan ini meliputi aspek seperti berikut:

i) Mengecat Tiang besi bangunan sekolah

ii) Mengecat daun pintu kelas dan bilik khas

Page 3: Kertas cadangan projek 3 k sekolah

iii) Menggantikan dan membaik pulih sebilangan daun pintu yang rosak

iv) Memasang dua sinki di Bilik Kesihatan

7. PENUTUP

7.1 Kertas Cadangan untuk mengadakan Program Keceriaan sempena Bulan 3K

peringkat sekolah tahun 2011 dikemukakan untuk pertimbangan dan

kelulusan.

8. ULASAN GURU BESAR/YANG DIPERTUA PIBG

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

9. SYOR

Guru Besar dipohon menimbang dan bersetuju:

9.1 mengadakan Program Keceriaan sempena Bulan 3K peringkat sekolah tahun

2011 ; dan

9.2 dengan anggaran peruntukan sebanyak.

PERMOHONAN INI DIPERSETUJUI / TIDAK DIPERTUJUI

.............................................................

(AZHAR B. AHMAD)

Guru Besar,

SK. Sungai Kertas.

Page 4: Kertas cadangan projek 3 k sekolah

LAMPIRAN A

KOS PELAKSANAAN PROGRAM

BIL ITEM HARGA

(RM)

KUANTITI JUMLAH

KOS

(RM)

1 Cat Minyak “5 liter”

Colourland-Blue Black

2 Berus Cat

3 Kertas Pasir

4 Thinner Bottle

5 Kos Baik Pulih

Daun Pintu Kelas

6 Sinki Bilik Kesihatan

7 Kos Buruh

JUMLAH BESAR