kertas cadangan - perdim.orgperdim.org/uploads/1/1/7/4/117404243/proposalmytpa.pdfkertas cadangan...

18
KERTAS CADANGAN PENSTRUKTURAN PENGURUSAN PROJEK MYTPA Cadangan ini disediakan khas bagi memastikan segala operasi berkaitan projek MyTPA berjalan lancar mencapai matlamatnya. DISEDIAKAN KHAS UNTUK YBHG. DATO’ IR. DR. MOHD ABDUL KARIM B. ABDULLAH (P.ENG) KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN SERBA DINAMIK HOLDINGS BERHAD 2018 SHAMSUL ANUAR IBRAHIM PENGURUS BESAR, PEMBANGUNAN PERNIAGAAN 1/1/2018

Upload: doandieu

Post on 11-May-2019

423 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

KERTAS CADANGAN PENSTRUKTURAN PENGURUSAN

PROJEK MYTPA

Cadangan ini disediakan khas bagi memastikan segala operasi berkaitan projek MyTPA berjalan lancar mencapai matlamatnya.

DISEDIAKAN KHAS UNTUK

YBHG. DATO’ IR. DR. MOHD ABDUL KARIM B. ABDULLAH (P.ENG)

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN SERBA DINAMIK HOLDINGS BERHAD

2018

SHAMSUL ANUAR IBRAHIM PENGURUS BESAR, PEMBANGUNAN PERNIAGAAN

1/1/2018

~SULIT & TERHAD~ KHAS UNTUK YBHG DATO’ IR. DR. MOHD ABDUL KARIM B. ABDULLAH

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN.

Disediakan Oleh: Serba Dinamik IT Solutions Sdn Bhd

M/S | 1

DUNGAN

Perkara Muka-Surat

1.0 Pengenalan 2

2.0 Rasional Cadangan 2

3.0 Objektif 3

4.0 Rancangan Pengurusan 4-8

5.0 Rancangan Pemasaran 8-11

6.0 Rancangan Kewangan 12-13

7.0 Ramalan Pulangan Pelaburan 14-15

8.0 Analisa SWOT 15-16

9.0 Rumusan 16

10.0 Ulasan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan 17

~SULIT & TERHAD~ KHAS UNTUK YBHG DATO’ IR. DR. MOHD ABDUL KARIM B. ABDULLAH

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN.

Disediakan Oleh: Serba Dinamik IT Solutions Sdn Bhd

M/S | 2

Komen/Cadangan

1.0 PENGENALAN Seperti kita sediakan maklum bahawa SDIT telah dapat menggerakkan projek MyTPA dan menjalinkan kerjasama strategic dengan pihak PERDIM. Kami di SDIT mendukung sepenuh perhatian dan tanggungjawab dalam usaha memastikan projek ini dapat berjalan lancar mengikut perancangannya. Justeru itu kertas cadangan ini adalah gerak-kerja dan perancangan menyeluruh bagi perlaksanaan projek ini untuk tempoh masa 3 tahun daripada ia bermula. Diharapkan YBhg. Dato’ GCEO dapat memberikan pertimbangan sehabis baik merujuk cadangan ini. Bersama dengan kertas cadangan ini disediakan ruangan komen/cadangan dan ulasan yang boleh diisikan bagi tujuan memastikan cadangan ini dapat memberikan terbaik untuk pengoperasian projek MyTPA.

2.0 RASIONAL CADANGAN Cadangan ini diperbuatkan mengambil-kira segala aspek positif dan negative dalam usaha mengendalikan projek ini. Secara amnya SDIT mempunyai pengalaman luas dalam pengendalian projek-projek bernilai sehingga jutaan ringgit sebelum ini akan tetapi kebanyakan projek-projek tersebut adalah lebih tertumpu kepada kontrak yang khusus kepada pelanggan perkhidmatan dan tidak melibatkan secara terus kepada kepentingan umum. Namun bagi projek-projek penswastaan seperti projek MyTPA ia amat berbeza kerana ia melibatkan beberapa pihak seperti para panel klinik, pelanggan korporat, pesakit, makmal, tenaga pakar, hospital, farmasi dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Dalam keadaan ini adalah semestinya kita perlu mewujudkan satu ‘team pengurusan yang dedikasi’ yang bakal memberikan tumpuan sepenuhnya kepada projek memandangkan ia melibatkan urusan tuntutan kewangan daripada pelbagai pihak hampir sepanjang masa dalam setahun. Jika kita masih lagi meletakkan harapan dan tanggungjawab kepada kakitangan sediaada di SDIT seperti para ‘programmer’, eksekutif pemasaran, eksekutif ‘network’ dan pengurus-pengurus untuk melakukan tugasan ‘multi-tasking’ sampingan bagi membantu menjayakan projek MyTPA kita telah memperjudikan masa depan dan imej SDIT di mata umum. Jika kita perhatikan majoriti pengendali TPA di Malaysia mempunyai kakitangan khusus dan berdedikasipun masih juga gagal memberikan yang terbaik untuk menangani segala urusan berkaitan, jadi kami pohon agar YBhg Dato’ mengambil serius cadangan ini agar pelaburan besar dan imej SDIT khasnya SDHB akan sentiasa terpelihara dan mendatangkan pulang lumayan kepada SDHB di masa hadapan.

~SULIT & TERHAD~ KHAS UNTUK YBHG DATO’ IR. DR. MOHD ABDUL KARIM B. ABDULLAH

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN.

Disediakan Oleh: Serba Dinamik IT Solutions Sdn Bhd

M/S | 3

3.0 OBJEKTIF

Memastikan SDIT dapat menyelia dan mengurus projek MyTPA sebaik mungkin.

Memastikan bahawa kakitangan khas bakal menyelia segala hal ehwal berkaitan tuntutan/invois dan bayaran samada kepada Panel Klinik atau tuntutan/invois kepada Pelanggan Korporat.

Memastikan segala urusan aduan, penyiasatan, pengurusan data, pemasaran, promosi pemasaran dan urusan kerajaan berjalan dengan lancar.

Memastikan segala apa yang telah menjadi polisi perkhidmatan MyTPA dilaksanakan dengan jayanya.

Menyelia segala aset, cawangan dan peralatan sokongan diselenggarakan dengan sebaik-mungkin.

Memastikan khidmat teknikal bagi pengendalian penyelenggaraan sistem, penambah-baikan, ‘trouble-shooting’ dsbnya dapat dilaksanakan sebaik mungkin dan seberapa segera.

Memastikan kepentingan pelaburan daripada syarikat holdings mencapai matlamat serta mewujudkan sistem pelaporan sistematik dan telus.

Memastikan peruntukkan sumber kewangan mencukupi bagi menampung segala aktiviti melibatkan projek MyTPA untuk tempoh 1 tahun pertama.

4.0 RANCANGAN PENGURUSAN Dalam usaha memastikan projek MyTPA berjalan lancar kami mencadangkan untuk menambahkan kakitangan khusus untuk tujuan pengurusan projek ini. (Sila rujuk lampiran – kerangka team pengurusan MyTPA)

4.1 Ketua Pegawai Teknologi SDIT / NP IT SDHB (Status -sediaada) En. Kalaikovan Antony (Merangkap Pengarah Projek MyTPA) Fungsi

o Menerajui pengurusan keseluruhan operasi MyTPA. o Melaporkan ‘progress bulanan’projek MyTPA kepada

pengurusan atasan SDIT & SDHB.

~SULIT & TERHAD~ KHAS UNTUK YBHG DATO’ IR. DR. MOHD ABDUL KARIM B. ABDULLAH

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN.

Disediakan Oleh: Serba Dinamik IT Solutions Sdn Bhd

M/S | 4

o Menerajui unit Teknikal dan Penyelenggaraan Sistem Pengoperasian MyTPA.

o Mengetuai Panel Audit Dalaman MyTPA. o Mengetuai Panel Penasihat MyTPA o Membentangkan Laporan Tahunan Prestasi Projek MyTPA di

AGM SDIT, SDGB dan SDHB. o Menerajui unit R & D MyTPA.

4.2 Pengurus Besar (Status -sediaada) En. Shamsul Anuar B. Ibrahim (Merangkap Timbalan Pengarah Projek MyTPA) Fungsi

o Membantu Pengarah Projek menyelia dan menguruskan segala hal berkaitan operasi keseluruhan projek MyTPA.

o Menyediakan laporan bulanan kepada Pengarah Projek iaitu En. Kalaikovan Antony, Ketua Pegawai Teknologi (CTO) SDIT yang kemudiannya akan mengangkat laporan beserta komen/cadangan kepada YBhg Dato’ Ir Dr. Mohd Abdul Karim B. Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SDHB.

o Merangka ‘Standard Operating Procedur – S.O.P. bagi pengoperasian dan pengurusan keseluruhan unit-unit bagi projek MyTPA.

o Menetapkan tugasan-tugasan dan ‘indeks prestasi utama –KPI’ setiap kakitangan sentiasa dipantau dan merangka kaedah pelaporan prestasi samada secara manual atau ‘online’.

o Mempengerusikan sebarang mesyuarat dalaman unit MyTPA dan mewakili pihak SDIT dalam mesyuarat melibatkan pihak Kerajaan, Pelanggan Korporat, PERDIM, Panel Klinik, Panel Makmal, Panel Pakar, Panel Farmasi, Panel Penasihat & Panel Hospital.

o Mengetuai unit penyelarasan aduan dan cadangan bagi projek MyTPA.

o Mengurus-tadbir asset dan pejabat cawangan (region office) di wilayah utara (Penang/Ipoh), di wilayah timur (Kuantan), di wilayah selatan (Johor Bahru) & di wilayah barat (Shah Alam).

o Mengetuai unit penambah-baikan perkhidmatan MyTPA. o Menganggotai Panel Penasihat MyTPA. o Menganggotai Panel Audit Dalaman MyTPA.

4.3 Pengurus Admin & Sumber Manusia (AHR) (Status -Kekosongan) Fungsi

~SULIT & TERHAD~ KHAS UNTUK YBHG DATO’ IR. DR. MOHD ABDUL KARIM B. ABDULLAH

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN.

Disediakan Oleh: Serba Dinamik IT Solutions Sdn Bhd

M/S | 5

o Menyelia dan menguruskan segala hal berkaitan kakitangan terlibat dalam projek MyTPA.

o Menguruskan aspek penggajian dan tuntutan berkaitan kerja kakitangan kepada pihak pengurusan atasan SDIT.

o Menyelia dan memantau segala pelaporan harian (‘job-sheet’) yang diisikan oleh setiap kakitangan projek MyTPA.

o Menyediakan pelaporan mingguan kepada Pengurus Besar berkenaan segala aktiviti melibatkan semua kakitangan projek MyTPA.

o Mengaudit kehadiran dan prestasi (KPI) kakitangan projek MyTPA dan seterusnya menyediakan laporan analisa KPI kakitangan MyTPA kepada Pengurus Besar secara bulanan.

o Menyediakan cadangan penambah-baikan atau permohonan penambahan asset, kakitangan atau kenderaan kepada Pengurus Besar.

o Menyeliakan ‘Agen Pemasaran Persendirian MyTPA’ yang dilantik secara kontrak berteraskan pengagihan insentif pengenalan atau bulanan.

4.31 Eksekutif Admin & Sumber Manusia (AHR) (Status- 1 Kekosongan) Fungsi

o Membantu secara keseluruhan tugasan Pengurus Admin & Sumber Manusia khususnya dalam kerja-kerja menyediakan laporan, semakan, pemantauan dan kerja-kerja perkeranian.

o Mewakili Pengurus Admin & Sumber Manusia dalam lawatan audit dalaman ke cawangan operasi peringkat (region) bagi projek MyTPA.

4.5 Pengurus Pemasaran (Status – Kekosongan) Fungsi

o Menyediakan perancangan pemasaran efektif daripada segala bentuk teknik pemasaran termasuk pemasaran korporat, pemasaran langsung, media cetak, media elektronik dan internet.

o Mereka-bentuk iklan, risalah dan konsep pemasaran. o Mengendalikan seminar MyTPA dan segala urusan berkaitan. o Mengetuai team pemasaran dalam mana-mana pameran,

expo atau pembentangan MyTPA kepada pihak pelanggan korporat, panel klinik dan pertubuhan pengamal perubatan swasta. (GP).

o Memastikan KPI team pemasaran MyTPA mencapai matlamatnya.

~SULIT & TERHAD~ KHAS UNTUK YBHG DATO’ IR. DR. MOHD ABDUL KARIM B. ABDULLAH

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN.

Disediakan Oleh: Serba Dinamik IT Solutions Sdn Bhd

M/S | 6

o Menyelia dan mengendalikan latihan kepada Agen Pemasaran Persendirian MyTPA.

o Menyediakan laporan prestasi Team Pemasaran MyTPA kepada Pengurus Besar secara mingguan.

o Menyediakan jadual promosi dan pemasaran MyTPA secara bulanan.

o Membantu Pengurus Admin & Sumber Manusia dalam menyelia tuntutan insentif pengenalan Agen Pemasaran Persendirian MyTPA secara bulanan

4.51 Eksekutif Pemasaran (Status – 2 Kekosongan) Fungsi

o Mengatur sessi perjumpaan atau pembentangan prospek MyTPA kepada bakal pelanggan korporat.

o Membuat ‘follow-up’ bagi semua senarai bakal pelanggan perkhidmatan.

o Mengenal-pasti senarai baru bakal pelanggan korporat. o Mengurus-selia Agen Pemasaran Persendirian. o Membantu Pengurus Pemasaran mengadakan taklimat

promosi MyTPA kepada bakal pelanggan korporat dan taklimat latihan kepada Agen Pemasaran Persendirian MyTPA.

o Menyelia rekod prestasi pelanggan korporat MyTPA.

4.6 Pengurus Kewangan (Status – 1 Kekosongan) Fungsi

o Menyediakan format pengurusan tuntutan invois daripada Panel Klinik dengan kerjasama Unit Teknikal MyTPA.

o Menyeliakan tuntutan invois Panel Klinik dan memantau proses tuntutan tersebut kepada pihak Pelanggan Korporat.

o Memastikan kesahihan segala tuntutan invois Panel Klinik. o Menyeliakan urusan tuntutan lain daripada Panel Makmal,

Hospital dan Farmasi di masa hadapan apabila diperlukan. o Membuat tuntutan caj perkhidmatan MyTPA kepada

Pelanggan Korporat. o Memastikan segala urusan tuntutan daripada Panel Klinik dan

tuntutan kepada Pelanggan Korporat menepati masa ditetapkan diselesaikan.

o Mengaturkan mesyuarat khas dengan pihak Panel Penasihat MyTPA apabila diperlukan sekiranya terdapat kes-kes tuntutan invois meragukan atau luar biasa. Seterusnya melaporkan status keputusan kes kepada Pengurus Besar untuk tindakan susulan.

~SULIT & TERHAD~ KHAS UNTUK YBHG DATO’ IR. DR. MOHD ABDUL KARIM B. ABDULLAH

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN.

Disediakan Oleh: Serba Dinamik IT Solutions Sdn Bhd

M/S | 7

o Mengaudit secara mingguan segala tuntutan invois daripada Panel Klinik dan seterusnya menyediakan laporan mingguan kepada Pengurus Besar.

o Menyeliakan rekod prestasi kewangan Panel Klinik dan Pelanggan Korporat dalam hal melibatkan MyTPA.

4.61 Eksekutif Kewangan (Status – 2 Kekosongan) Fungsi

o Membantu segala urusan Pengurus Kewangan melibatkan projek MyTPA.

o Membuat pemantauan dan lawatan ke Panel-Panel Klinik berdaftar secara berkala.

o Menangani secara terus segala aduan dan permasalahan Panel Klinik melibatkan tuntutan invois.

o Menangani secara terus segala rungutan, aduan dan keraguan Pelanggan Korporat terhadap kesahihan tuntutan invois daripada Panel Klinik. Seterusnya melaporkan kepada Pengurus Kewangan untuk dirujuk kepada Panel Penasihat MyTPA.

o Menyeliakan rekod prestasi Panel Klinik dan Pelanggan Korporat.

4.7 Pengurus Teknikal (Status – Sediaada) En. Balasurenderan Marimuthu Fungsi

o Membangunkan keseluruhan system MyTPA dan system sokongannya.

o Menyeliakan segala operasi system termasuk penyelenggaraan, kerosakan, keselamatan dan penambahbaikan system.

o Bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengendalikan system secara online dan menyediakan ‘manual operasi lengkap’ untuk kegunaan pelanggan korporat dan panel klinik.

o Memastikan aspek keselamatan system (internet security) ditahap terbaik dan senantiasa ditingkatkan agar tidak berupaya diceroboh atau dirosakkan oleh anasir pengodam system.

o Mengadakan mesyuarat teknikal bulanan dengan Pengurus Besar dan Pengurus Kewangan dalam menangani segala hal berkaitan teknikal MyTPA.

4.71 Executive Teknikal (Status – Sediaada) En. Karuppaiah Karthikeyan Fungsi

~SULIT & TERHAD~ KHAS UNTUK YBHG DATO’ IR. DR. MOHD ABDUL KARIM B. ABDULLAH

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN.

Disediakan Oleh: Serba Dinamik IT Solutions Sdn Bhd

M/S | 8

o Membantu secara keseluruhan aspek pembangunan,

pengoperasian dan pemantauan system MyTPA. o Menyelenggaraan system MyTPA dan bersedia untuk segala

urusan kecemasan melibatkan system MyTPA. o Membantu Pengurus Teknikal dalam aspek penambah-baikan

system MyTPA. 4.8 RUMUSAN RANCANGAN PENGURUSAN Kami berpendapat bahawa sememangnya banyak perkara perlu diambil-kira dalam mengurus-tadbir pengoperasian projek MyTPA justeru dengan cadangan bagi mewujudkan jawatan-jawatan baru iaitu berjumlah; 8 orang keseluruhannya, termasuk

1. 3 orang diperingkat Pengurus 2. 5 orang diperingkat Eksekutif

Kehadiran kewujudan team lengkap MyTPA ini bakal memastikan segala perjalanan operasi MyTPA mencapai tahap terbaiknya.

5.0 RANCANGAN PEMASARAN Dalam usaha memastikan bahawa perlaksanaan projek MyTPA mencapai matlamatnya pelbagai usaha akan dirangka dalam mempromosikan perkhidmatan MyTPA agar dapat mencapai penerimaan pelanggan ke seluruh Malaysia. Justeru pihak kami telah merangka strategi promosi pemasaran seperti berikut:- 5.1 Pemasaran Korporat 5.2 Pemasaran Menerusi Rakan Strategik 5.3 Pengiklanan Media Cetak dan Elektronik 5.4 Pemasaran Menerusi Tele-Internet Marketing 5.5 Seminar & Pameran

5.1 Pemasaran Korporat Kaedah ini akan dilaksanakan samaada dengan mengatur sessi perjumpaan diantara unit pemasaran MyTPA dengan bakal pelanggan korporat. Untuk tujuan ini, satu pangkalan data senarai pelanggan korporat berpotensi akan disediakan oleh unit Pemasaran MyTPA dan seterusnya mereka akan mengatur sessi promosi pengenalan perkhidmatan tersebut kepada bakal pelanggan korporat. Mereka juga akan memastikan setiap bakal pelanggan ini senantiasa dihubungi secara berjadual (follow-up) dalam usaha menarik minat mereka melanggan perkhidmatan MyTPA.

~SULIT & TERHAD~ KHAS UNTUK YBHG DATO’ IR. DR. MOHD ABDUL KARIM B. ABDULLAH

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN.

Disediakan Oleh: Serba Dinamik IT Solutions Sdn Bhd

M/S | 9

Dalam usaha menjimatkan kos pemasaran ini pihak kami juga bakal melantik agen-agen pemasaran persendirian yang akan menerima ganjaran insentif (one-off) daripada pihak kami bagi setiap pelanggan korporat yang berjaya didaftarkan menjadi pelanggan MyTPA. Kami menumpukan khususnya kepada para siswazah menganggur, agensi pemasaran persendirian atau organisasi besar seperti Koperasi untuk menjadi Agen Pemasaran Persendirian ini. Kami akan menyediakan ‘kits pemasaran’ dan latihan/bimbingan bagi melengkap pengetahuan para agen berkenaan perkhidmatan MyTPA ini. Kami juga akan mengadakan rundingan dengan pihak seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA), PERDIM, MMA, MPCM dan DPMM dalam usaha untuk mendapatkan pelanggan korporat dikalangan ahli-ahli organisasi tersebut.

5.2 Pemasaran Menerusi Rakan Strategik Pihak seperti PERDIM, MMA, MPCM dan ANGKASA mempunyai prospek pasaran yang amat luas justeru itu pihak kami juga akan menawarkan insentif perkongsian perolehan dengan pihak yang terlibat. Pada ketika ini kami telah memeterai persefahaman dengan pihak PERDIM dan organisasi ini akan menerima agihan insentif bulanan pada satu kadar dipersetujui bersama bagi setiap pelanggan korporat yang diperkenalkan.

5.3 Pemasaran Menerusi Media-Cetak, Elektronik & Internet. Kami akan menyediakan risalah-risalah berbentuk digital yang boleh disebarkan menerusi hebahan media-sosial seperti facebook, whatsapp, instagram dsbnya bagi memberikan maklumat berkenaan perkhidmatan MyTPA kepada bakal pengguna perkhidmatan. Kami juga akan menyediakan laman web interaktif dihubungkan dengan semua aplikasi media-sosial ini. Selain itu, kami akan mengisi slot-slot di media arus perdana seperti TV3, RTM, TV9, TV Al-Hijrah, Bernama TV dan Astro Awani seperti Selamat Pagi Malaysia (RTM), Malaysia Hari Ini (TV3) dan Nasi Lemak Kopi ‘O’ (TV9). Kami akan juga mengiklankan perkhidmatan di akhbar seperti Berita Harian, Utusan Malaysia, Kosmo. Majalah berkaitan Perubatan dan sebagainya.

5.4 Pemasaran Menerusi Tele-Internet Marketing Satu unit juga akan ditubuhkan untuk membuat promosi secara dalam talian samaada menerusi telefon atau promosi internet. Para eksekutif pemasaran atau agen pemasaran persendirian akan

~SULIT & TERHAD~ KHAS UNTUK YBHG DATO’ IR. DR. MOHD ABDUL KARIM B. ABDULLAH

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN.

Disediakan Oleh: Serba Dinamik IT Solutions Sdn Bhd

M/S | 10

menghantar tawaran pengenalan perkhidmatan kepada bakal pelanggan korporat.

5.5 Seminar & Pameran Dalam proses permulaan pengenalan perkhidmatan kami ini, kami merangka untuk mengadakan promosi seminar jelajah Malaysia yang akan menumpukan kepada 4 wilayah iaitu Wilayah Timur, Wilayah Barat, Wilayah Utara dan Wilayah Selatan. Para bakal pelanggan korporat akan dijemput untuk menghadiri sessi seminar yang bakal berlangsung selama 2 jam di lokasi yang bakal ditentukan kelak. Pada ketika ini kami telah mengenal-pasti tarikh sesuai untuk seminar di 4 wilayah ini iaitu;

1. 15/02/2018 – Wilayah Barat di Blue Wave Hotel, Shah Alam, Selangor DE.

2. 22/02/2018 – Wilayah Timur di Zenith Hotel, Kuantan, Pahang DM.

3. 2/03/2018 – Wilayah Utara di Pulau Pinang. 4. 8/03/2018 – Wilayah Selatan di Johor Bahru.

Namun begitu tarikh dan lokasi disebutkan di atas ini boleh diubah mengikut kesesuaian keadaan dan persediaan unit promosi pemasaran MyTPA.

5.6 Sasaran Pelanggan Korporat (Berikut adalah sasaran jumlah Pelanggan Korporat bagi tempoh 3 tahun operasi MyTPA. Untuk makluman bahawa pada peringkat awalan ini SDIT hanya menawarkan perkhidmatan ini kepada syarikat persendirian yang mempunyai jumlah pekerja tidak kurang daripada 100 orang sahaja). Kami juga mensasarkan untuk mendapat sekurang-kurangnya 1,000 syarikat multi-nasional (MNC) yang bilangan pekerja melebihi 5,000 pekerja untuk 3 tahun pertama operasi. Justeru sasaran kami terbahagi kepada 2 kategori iaitu:-

1. Pelanggan Korporat Swasta (PKS) (Saiz pekerja 100 orang ke atas)

2. Pelanggan Korporat MNC (PKMNC) (Saiz pekerja 5,000 orang ke atas)

Tahun Jumlah Pekerja

(PKS+PKMNC) Pelanggan PKS Pelanggan

PKMNC

2018 600,000 1,000 100

2019 1,200,000 2,000 200

2020 1,700,000 3,000 300

~SULIT & TERHAD~ KHAS UNTUK YBHG DATO’ IR. DR. MOHD ABDUL KARIM B. ABDULLAH

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN.

Disediakan Oleh: Serba Dinamik IT Solutions Sdn Bhd

M/S | 11

Anggaran bilangan pekerja menggunakan perkhidmatan MyTPA

Tahun Jumlah Pekerja % Ramalan Pengguna

Jumlah Ramalan Pengguna

2018 600,000 30% 180,000

2019 1,200,000 30% 360,000

2020 1,700,000 30% 510,000

6.0 RANCANGAN KEWANGAN Dalam merencana kejayaan operasi projek MyTPA tidak dinafikan aspek kewangan juga memainkan peranan yang amat penting kerana tanpanya bagaimana mungkin projek ini dapat digerakkan dengan jayanya. Bersama dengan ini dilampirkan butiran kewangan, ramalan aliran tunai, ramalan untung-rugi projek MyTPA untuk jangka masa 3 tahun perlaksanaan awal ini. Pada peringkat awalan ini tidak dicadangkan untuk penubuhan pusat operasi cawangan di 4 wilayah di Semenanjung Malaysia, memadailah unit Pemasaran mengadakan promosi bergerak ke wilayah-wilayah ini dan mengaturkan temujanji dengan bakal pelanggan korporat atau melantik agen pemasaran persendirian mengendalikan urusan pemasaran di 4 wilayah ini. Dalam perancangan kewangan ini kami tidak akan memasukkan peruntukkan gaji bagi kakitangan sediaada kerana mereka telahpun menerima struktur gaji daripada SDIT. Kami juga hanya melampirkan peruntukkan bagi kos promosi, petty cash, gaji kakitangan baru, kwsp dan kos-kos lain untuk melengkapkan rancangan kewangan, walaubagaimanapun kami masih tertakluk kepada prosedur amalan biasa pengurusan dalaman SDIT iaitu menggunakan borang petty cash, borang PR dan borang ‘claim’ bagi memastikan bahawa segala perbelanjaan projek MyTPA tetap kekal ‘telus’ dan ‘terkawal’. Berikut adalah lampiran pecahan peruntukkan kewangan untuk projek MyTPA;

1. Peruntukkan Gaji & Caruman KWSP (Kakitangan baru) 2. Peruntukkan Promosi Pemasaran 3. Peruntukkan Petty Cash

~SULIT & TERHAD~ KHAS UNTUK YBHG DATO’ IR. DR. MOHD ABDUL KARIM B. ABDULLAH

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN.

Disediakan Oleh: Serba Dinamik IT Solutions Sdn Bhd

M/S | 12

1. Peruntukkan Gaji & Caruman KWSP (Bulanan)

Jawatan Bilangan Tangga-Gaji

Caruman KWSP

Jumlah (Bulanan)

Pengurus AHR 1 RM3,800 RM418 RM4,218 Pengurus Pemasaran 1 RM3,800 RM418 RM4,218 Pengurus Kewangan 1 RM3,800 RM418 RM4,218

Eksekutif AHR 1 RM1,800 RM198 RM1,998

Eksekutif Kewangan 2 RM1,800 RM396 RM2,196

Eksekutif Pemasaran 2 RM1,800 RM396 RM2,196

Jumlah RM19,044

2. Peruntukkan Promosi Pemasaran (3 Bulan pertama)

Bil Jenis Pemasaran Kos/Unit Kuantiti Jumlah

1 Seminar RM10,000 4 RM40,000

2 Kits Promosi Agen RM3.00 5,000 RM15,000

3 Pengiklanan Internet RM10,000 Lump Sum RM10,000

4 Pengiklanan Akhbar RM10,000 Lump Sum RM10,000

5 Prospektus MyTPA RM10 1,000 RM10,000

Jumlah RM85,000

3. Peruntukkan Petty Cash (Bulanan)

Bil Perkara Kos/Unit Kuantiti Jumlah

1 Penginapan Lump Sum RM5,000

2 Minyak Kenderaan Lump Sum RM2,000

3 Pelbagai Lump Sum RM1,000

4 Tol Lump Sum RM1,000

5 Bil Telefon Lump Sum RM1,000

Jumlah RM10,000

7.0 RAMALAN PULANGAN PELABURAN (ROI) Projek MyTPA mempunyai strategi perniagaan yang unik dan mempunyai ramalan pemerolehan jangka pendek dan jangka panjang. Namun begitu, di dalam cadangan ini kami hanya akan menampilkan ramalan perolehan jangka pendek iaitu berpandukan kepad aktiviti utama MyTPA iaitu perkhidmatan utamanya menyediakan kemudahan pengurusan tuntutan invois dan bayaran kepada panel klinik. Kami akan mempertingkat perolehan SDIT menerusi perkhidmatan tambahan seperti pengiklanan dan e-bisnes di masa hadapan apabila pangkalan data MyTPA mencapai tahap bersesuaian

7.1 RAMALAN SUMBER PEROLEHAN 7.11 CAJ PERKHIDMATAN (‘DEFAULT PAYMENT’) Kami menawarkan perkhidmatan ‘bayaran dahulu’ tuntutan invois daripada Panel Klinik dalam jangka masa 30 hari selepas tuntutan invois dibuat dan mengenakan caj perkhidmatan kepada Pelanggan

~SULIT & TERHAD~ KHAS UNTUK YBHG DATO’ IR. DR. MOHD ABDUL KARIM B. ABDULLAH

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN.

Disediakan Oleh: Serba Dinamik IT Solutions Sdn Bhd

M/S | 13

Korporat bagi tuntutan bayaran balik jumlah keseluruhan tuntutan Panel Klinik ditambah dengan caj perkhidmatan. Kadar caj perkhidmatan ini pada ketika ini dicadangkan mempunyai 3 nilai bergantung kepada tempoh masa bayaran balik pendahuluan tuntutan Panel Klinik. Caj purata bagi satu perkhidmatan rawatan di Panel Klinik adalah sekitar RM50.00. Berikut adalah nilai Caj Perkhidmatan. (Jumlah caj yang dikenakan adalah dalam bentuk peratusan mengambil-kira atas nilai bayaran yang telah diperbuat kepada Panel Klinik)

Bil Tempoh Masa Caj dikenakan

1 3 bulan 6.0%

2 6 bulan 6.5%

3 9 bulan 7.0%

Daripada jumlah ini kita perlu memperuntukkan sebahagiannya iaitu kira-kira 2% kepada;

Bil Agihan Royalti/Insentif Peratusan %

1 Perunding Idea Asal MyTPA 1%

2 PERDIM 0.3%

3 Panel Penasihat 0.2%

7.12 RAMALAN PEROLEHAN KASAR

Bil Jumlah Pengguna (30%) Kos/Rawatan Perolehan Caj (4.5%)

2018 180,000 RM50.00 RM405,000.00

2019 360,000 RM50.00 RM810,000.00

2020 510,000 RM50.00 RM1,147,500.00

Nota Penting:-

Jumlah ini telah dipersetujui oleh pihak Perunding Idea Asal MyTPA terdiri daripada kumpulan Dato’ Dr Ahmad Shukri Hj. Ismail.

Peruntukkan Panel Penasihat juga boleh digunakan untuk pembayaran insentif/komisen pengenalan kepada Agen Pemasaran Persendirian.

~SULIT & TERHAD~ KHAS UNTUK YBHG DATO’ IR. DR. MOHD ABDUL KARIM B. ABDULLAH

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN.

Disediakan Oleh: Serba Dinamik IT Solutions Sdn Bhd

M/S | 14

7.12 Ramalan Aliran Tunai Bagi Tahun 2018 – 2020

Butiran Urusniaga 2018 2019 2020

Baki Awal b/b RM16,618,456.00 RM17,979,412.00

Pembiayaan RM16,000,000.00

Pendapatan

Perolehan Bayaran PKMNC RM15,000,000.00 RM30,000,000.00 RM45,000,000.00

Perolehan Bayaran PKS RM1,500,000.00 RM3,000,000.00 RM4,500,000.00

Caj Perkhidmatan RM742,500.00 RM1,485,000.00 RM2,227,500.00

Jumlah RM33,242,500.00 RM51,103,456.00 RM69,706,912.00

Perbelanjaan

Bayaran Tuntutan Panel Klinik PKMNC RM15,000,000.00 RM30,000,000.00 RM45,000,000.00

Bayaran Tuntutan Panel Klinik PKS RM1,500,000.00 RM3,000,000.00 RM4,500,000.00

Kos Gaji & KWSP RM19,044.00 RM19,044.00 RM19,044.00

KosPromosi Pemasaran RM85,000.00 RM85,000.00 RM85,000.00

Kos Petty Cash RM10,000.00 RM10,000.00 RM10,000.00

KosPenyelenggaraan RM10,000.00 RM10,000.00 RM10,000.00

Jumlah RM16,624,044.00 RM33,124,044.00 RM49,624,044.00

Aliran Tunai Bersih RM16,618,456.00 RM17,979,412.00 RM20,082,868.00

Nota: Ramalan Aliran Tunasi ini mengambil-kira hanya 30% daripada kakitangan daripada Pelanggan Korporat mendapatkan rawatan.

7.13 Ramalan Untung-Rugi Bagi Tahun 2018-2020

Butiran Urusniaga 2018 2019 2020

Pendapatan

Perolehan Bayaran PKMNC RM15,000,000.00 RM30,000,000.00 RM45,000,000.00

Perolehan Bayaran PKS RM1,500,000.00 RM3,000,000.00 RM4,500,000.00

Caj Perkhidmatan RM742,500.00 RM1,485,000.00 RM2,227,500.00

Jumlah RM17,242,500.00 RM34,485,000.00 RM51,727,500.00

Perbelanjaan

Bayaran Tuntutan Panel Klinik PKMNC RM15,000,000.00 RM30,000,000.00 RM45,000,000.00

Bayaran Tuntutan Panel Klinik PKS RM1,500,000.00 RM3,000,000.00 RM4,500,000.00

Kos Gaji & KWSP RM19,044.00 RM19,044.00 RM19,044.00

KosPromosi Pemasaran RM85,000.00 RM85,000.00 RM85,000.00

Kos Petty Cash RM10,000.00 RM10,000.00 RM10,000.00

KosPenyelenggaraan RM10,000.00 RM10,000.00 RM10,000.00

Jumlah RM16,624,044.00 RM33,124,044.00 RM49,624,044.00

Untung Awal(b/b) RM618,456.00 RM1,979,412.00

Untung Kasar RM618,456.00 RM1,360,956.00 RM2,103,456.00

Untung Akhir(b/h) RM618,456.00 RM1,979,412.00 RM4,082,868.00

~SULIT & TERHAD~ KHAS UNTUK YBHG DATO’ IR. DR. MOHD ABDUL KARIM B. ABDULLAH

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN.

Disediakan Oleh: Serba Dinamik IT Solutions Sdn Bhd

M/S | 15

8.0 ANALISA S.W.O.T.

8.1 Kekuatan (S) Projek MyTPA mempunyai segala ramuan yang diperlukan bagi memberikan kemudahan terbaik kepada pelanggan perkhidmatan dan diyakini bahawa sekiranya pentadbiran operasi keseluruhan dilaksanakan secara sistematik, telus dan professional maka ia akan menjana pendapatan lumayan kepada Serda Dinamik.

8.2 Kelemahan (W) Tanpa tadbir-urus professional dan berdedikasi bakal mengakibatkan perkhidmatan MyTPA bakal berdepan dengan pelbagai masalah dalaman, masalah komunikasi dengan panel klinik, pelanggan dan kerajaan. Ini akan menjejaskan projek dan seterusnya memburukkan imej Serba Dinamik di mata umum.

8.3 Peluang (O) Projek MyTPA ini berupaya dikembangkan ke peringkat lebih luas merangkumi negara jiran dan dari semasa ke semasa berupaya menambahkan perkhidmatan di dalamnya seperti e-pembelajaran sepanjang hayat (Continuos Medical Education-CME), e-dagang, pengiklanan global dan lain-lain.

8.4 Ancaman (T) Sekiranya daripada peringkat awal lagi projek MyTPA ini tidak ditadbir-urus secara sistematik ia bakal mengundang padah kerana pabila ia meningkatkan keupayaan operasi, ia bakal berdepan dengan pelbagai masalah pengurusan, tuntutan bercelaru dan kegagalan operasi.

9.0 RUMUSAN Projek MyTPA merupakan satu pengembangan era digital Kumpulan Serba Dinamik yang bakal memacu ekonomi berteraskan Industri 4.0 yang bakal menjadi permulaan kepada penerokaan pasaran digital awam. Menerusi pengalaman ini, pelbagai bentuk perkhidmatan digital awam dapat direncanakan untuk memberikan prospek baru kepada ekonomi Serba Dinamik khasnya dan Malaysia amnya. Transformasi Digital ini bakal memperlihatkan satu anak syarikat milik penuh Serba Dinamik Holdings Berhad bakal disenaraikan dalam Bursa Malaysia untuk beberapa tahun mendatang sekiranya semua berjalan lancar.

~SULIT & TERHAD~ KHAS UNTUK YBHG DATO’ IR. DR. MOHD ABDUL KARIM B. ABDULLAH

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN.

Disediakan Oleh: Serba Dinamik IT Solutions Sdn Bhd

M/S | 16

Tandatangan Pengesahan:

Disediakan Oleh Disahkan Oleh

Shamsul Anuar B. Ibrahim Pengurus Besar (Pembangunan Perniagaan)

Kalaikovan Antony (Ketua Pegawai Teknologi)

Tarikh : 15/01/2018 Tarikh : 15/01/2018

ULASAN DARIPADA YBHG. DATO’ IR. DR. MOHD ABDUL KARIM B. ABDULLAH, KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN SERBA DINAMIK HOLDINGS BERHAD

Tandatangan GCEO SDHB Tarikh

~SULIT & TERHAD~ KHAS UNTUK YBHG DATO’ IR. DR. MOHD ABDUL KARIM B. ABDULLAH

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN.

Disediakan Oleh: Serba Dinamik IT Solutions Sdn Bhd

M/S | 17

(Lampiran Struktur Perlaksanaan Pengoperasian Projek MyTPA)