laporan cadangan projek - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/306/1/sitinoorsakilabc070099d09ttp.pdf ·...

24
SISTEM PENGURUSAN KONVOKESYEN UTM ATAS TALIAN SITI NOORSAKILA BINTI ZAKARIA Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Komputer) Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat Universiti Teknologi Malaysia MEI, 2009

Upload: lamthien

Post on 07-Feb-2018

237 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN CADANGAN PROJEK - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/306/1/sitinoorsakilabc070099d09ttp.pdf · sentiasa memberikan semangat dan sumber kewangan dalam penghasilan projek ini. Akhir

SISTEM PENGURUSAN KONVOKESYEN UTM ATAS TALIAN

SITI NOORSAKILA BINTI ZAKARIA

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Komputer)

Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat

Universiti Teknologi Malaysia

MEI, 2009

Page 2: LAPORAN CADANGAN PROJEK - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/306/1/sitinoorsakilabc070099d09ttp.pdf · sentiasa memberikan semangat dan sumber kewangan dalam penghasilan projek ini. Akhir
Page 3: LAPORAN CADANGAN PROJEK - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/306/1/sitinoorsakilabc070099d09ttp.pdf · sentiasa memberikan semangat dan sumber kewangan dalam penghasilan projek ini. Akhir
Page 4: LAPORAN CADANGAN PROJEK - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/306/1/sitinoorsakilabc070099d09ttp.pdf · sentiasa memberikan semangat dan sumber kewangan dalam penghasilan projek ini. Akhir
Page 5: LAPORAN CADANGAN PROJEK - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/306/1/sitinoorsakilabc070099d09ttp.pdf · sentiasa memberikan semangat dan sumber kewangan dalam penghasilan projek ini. Akhir

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya Laporan

Projek Sarjana Muda 1 ini dapat disiapkan dengan jayanya. Ribuan terima kasih

diucapkan kepada Dr. Mohd Murtadha Bin Mohamad selaku penyelia dalam

memberi pandangan dan bimbingan sepanjang tempoh menyiapkan projek ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat seperti Pejabat

Pendaftar (Bahagian Akademik), pihak fakulti FKSM, Kelab FotoKreatif serta pihak-

pihak lain yag terlibat secara langsung atau tidak langsung kerana memberikan

kerjasama yang sebaiknya sepanjang projek ini dijalankan.

Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada keluarga tersayang yang

sentiasa memberikan semangat dan sumber kewangan dalam penghasilan projek ini.

Akhir sekali tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang membantu

dalam menyiapkan projek ini. Jasa baik pihak yang terlibat amat dihargai.

Page 6: LAPORAN CADANGAN PROJEK - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/306/1/sitinoorsakilabc070099d09ttp.pdf · sentiasa memberikan semangat dan sumber kewangan dalam penghasilan projek ini. Akhir

ABSTRAK

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi pada masa kini

menjadikan sistem pendidikan pengajian tinggi di Malaysia melahirkan lebih ramai

graduan universiti yang cemerlang, berkualiti dan celik IT. Malahan, lebih banyak

sistem manual telah dilaksanakan secara atas talian. Sistem Pengurusan

Konvokesyen UTM Atas Talian yang telah dibangunkan ini bertujuan untuk

membaiki sistem sedia ada bagi memudahkan pra dan pasca graduan untuk

menguruskan hari yang bersejarah mereka sebagai seorang graduan universiti dengan

lebih sistematik. Sistem ini membenarkan graduan memohon pengijazahan,

menyemak status permohonan serta membuat penempahan gambar graduan secara

atas talian. Sistem ini juga menggunakan teknologi pesanan ringkas bagi

menyebarkan status permohonan pengijazahan dan sesi penganugerahan kepada

graduan yang layak menghadiri Majlis Konvokesyen. Teknik-teknik yang digunakan

untuk menjalankan kajian terhadap sistem sedia ada termasuklah teknik temubual,

pemerhatian dan analisa dokumen. Sistem ini dibangunkan dengan menggunakan

perisian ASP.NET dan Microsoft SQL Server 2000. Metodologi yang digunakan

ialah Model Prototaip Evolusi yang menggunakan teknik yang berorientasikan objek.

Dengan perlaksanaan sistem ini, ia dapat meringankan Pihak Pengurusan

Konvokesyen dan dapat melicinkan pengurusan konvokesyen pada tahun akan

datang.

Page 7: LAPORAN CADANGAN PROJEK - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/306/1/sitinoorsakilabc070099d09ttp.pdf · sentiasa memberikan semangat dan sumber kewangan dalam penghasilan projek ini. Akhir

ABSTRACT

Through the evolution of Communication and Information Technology

nowadays, the sector of high level education in Malaysia has produced many

excellent graduates with high quality and IT-savvy. Furthermore, many manual

systems have been developed based on online system. The aim of this project is to

develop the UTM Convocation Management Online System which will upgrade the

current system to ease the pre and post graduates in systematically managing their

important day as the university student. This system allows the graduates to apply

the graduation, checking the status of graduation and placing the order of the

graduation photo through online system. Moreover, the status of graduation and the

graduation session will be informed by short messaging technology to the graduates

who are qualified to attend the Convocation Ceremony. The techniques that have

been used towards the current system in this study including the interview,

observation and document analysis. This system has been developed using the

software likes ASP.NET and Microsoft SQL Server 2000. The methodology that has

been used is Evolution Prototype Model which is using the object-oriented

techniques. It is hoped that this system will assist the Management of Convocation

Group and the convocation management for the future year.

Page 8: LAPORAN CADANGAN PROJEK - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/306/1/sitinoorsakilabc070099d09ttp.pdf · sentiasa memberikan semangat dan sumber kewangan dalam penghasilan projek ini. Akhir

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGAKUAN PENILAI

JUDUL

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI ISTILAH xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Pernyataan Masalah 2

1.3 Matlamat Projek 3

1.4 Objektif Projek 4

1.5 Skop Projek 4

1.6 Kepentingan Projek 5

Page 9: LAPORAN CADANGAN PROJEK - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/306/1/sitinoorsakilabc070099d09ttp.pdf · sentiasa memberikan semangat dan sumber kewangan dalam penghasilan projek ini. Akhir

1.7 Kesimpulan 5

2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 7

2.2 Struktur Organisasi 8

2.2.1 Fungsi Organisasi 8

2.3 Pengumpulan Maklumat 9

2.3.1 Teknik Temubual 10

2.3.2 Teknik Pemerhatian 12

2.3.3 Teknik Analisa Dokumen 12

2.4 Kajian Terhadap Sistem Sedia Ada 13

2.4.1 Prosedur-Prosedur Permohonan Graduan

Bagi Setiap Fakulti 14

2.4.2 Kajian Terhadap Sistem Pengurusan

Konvokesyen Utm Atas Talian 16

2.4.2.1 Analisis Terhadap Sistem Sedia Ada 16

2.4.2.2 Analisis Berkaitan Proses Pengurusan

Konvokesyen 16

2.4.2.3 Analisis Terhadap Individu-Individu

Yang Terlibat 16

2.4.2.4 Analisis Terhadap Proses Penyimpanan

Data 17

2.5 Analisis Masalah Terhadap Sistem Sedia Ada 17

2.5.1 Permohonan Penganugerahan Secara Manual 17

2.5.2 Status Permohonan Atas Talian Tetapi Tidak

Menggunakan Teknologi SMS 18

2.5.3 Penempahan Gambar Dan Jubah Secara Manual 18

2.6 Kajian Terhadap Teknologi SMS 19

2.6.1 SMS 19

2.6.2 NowSMS Gateway 20

2.7 Bahasa Pengaturcaraan Yang Akan Digunakan 21

Page 10: LAPORAN CADANGAN PROJEK - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/306/1/sitinoorsakilabc070099d09ttp.pdf · sentiasa memberikan semangat dan sumber kewangan dalam penghasilan projek ini. Akhir

2.7.1 ASP.NET 22

2.8 Pangkalan Data Yang Akan Digunakan 23

2.8.1 Microsoft SQL Server 2000 23

2.9 Kesimpulan 23

3 METODOLOGI PROJEK

3.1 Pengenalan 25

3.2 Pengurusan Projek 26

3.2.1 Microsoft Project 2003 26

3.2.2 Rational Rose Enterprise Edition 26

3.3 Pembangunan Sistem 27

3.3.1 Model Prototaip Evolusi 27

3.4 Pelaksanaan Setiap Fasa 28

3.4.1 Fasa Perancangan 29

3.4.2 Fasa Analisa 29

3.4.3 Fasa Rekabentuk 30

3.4.4 Fasa Pembangunan Prototaip 31

3.4.5 Fasa Pengujian dan Penilaian 31

3.5 Justifikasi Pemilihan Metodologi 32

3.6 Perancangan Kerja 33

3.6.1 Perancangan: Projek I 33

3.6.2 Perancangan: Projek II 34

3.7 Spesifikasi Keperluan 34

3.7.1 Spesifikasi Keperluan Perkakasan 34

3.7.2 Spesifikasi Keperluan Perisian 35

3.8 Kesimpulan 36

Page 11: LAPORAN CADANGAN PROJEK - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/306/1/sitinoorsakilabc070099d09ttp.pdf · sentiasa memberikan semangat dan sumber kewangan dalam penghasilan projek ini. Akhir

4 REKABENTUK

4.1 Pengenalan 37

4.2 Rekabentuk Rajah Kes Guna 37

4.3 Rajah Jujukan 40

4.4 Rekabentuk Senibina Sistem 46

4.5 Rekabentuk Antaramuka Pengguna 47

4.6 Rekabentuk Pangkalan Data 53

4.7 Kesimpulan 53

5 IMPLEMENTASI DAN PENGUJIAN SISTEM

5.1 Pengenalan 54

5.2 Persekitaran Pembangunan 54

5.2.1 Persekitaran Pembangunan Aplikasi Web dan SMS 55

5.3 Implementasi 55

5.3.1 Modul Pentadbir Sistem 56

5.3.2 Modul Pentadbir Konvokesyen 60

5.3.3 Modul Pentadbir Gambar 68

5.3.4 Modul Graduan 70

5.4 Fasa Pengujian 73

5.4.1 Pengujian Sistem 74

5.4.2 Pengujian Terhadap Submodul Penghantaran SMS

Status Permohonan 75

5.4.3 Pengujian Terhadap Submodul Rekod Tempahan

Gambar Graduan 76

5.4.4 Pengujian Terhadap Submodul Semak Status

Permohonan 78

5.4.5 Pengujian Terhadap Submodul Penempahan Gambar 78

5.4.6 Pengujian Integrasi Modul 79

5.5 Kesimpulan 80

Page 12: LAPORAN CADANGAN PROJEK - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/306/1/sitinoorsakilabc070099d09ttp.pdf · sentiasa memberikan semangat dan sumber kewangan dalam penghasilan projek ini. Akhir

6 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

6.1 Pengenalan 81

6.2 Kelebihan Sistem 81

6.3 Kelemahan Sistem 82

6.4 Kekangan Yang Dihadapi 83

6.5 Cadangan Pembaikan Sistem 84

6.6 Kesimpulan 84

RUJUKAN 86

LAMPIRAN A 88

LAMPIRAN B 90

LAMPIRAN C 95

LAMPIRAN D 99

LAMPIRAN E 113

LAMPIRAN F 115

LAMPIRAN G 117

LAMPIRAN H 120

LAMPIRAN I 123

LAMPIRAN J 132

LAMPIRAN K 145

LAMPIRAN L 151

Page 13: LAPORAN CADANGAN PROJEK - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/306/1/sitinoorsakilabc070099d09ttp.pdf · sentiasa memberikan semangat dan sumber kewangan dalam penghasilan projek ini. Akhir

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.3 Keperluan Perisian 35

Page 14: LAPORAN CADANGAN PROJEK - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/306/1/sitinoorsakilabc070099d09ttp.pdf · sentiasa memberikan semangat dan sumber kewangan dalam penghasilan projek ini. Akhir

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Carta Alir Prosedur Permohonan Graduan

(Pejabat Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat) 15

2.2 NowSMS/MMS Gateway 21

3.1 Proses metodologi Model Prototaip Evolusi 28

4.1 Gambarajah Kes Guna Pentadbir Sistem 38

4.2 Gambarajah Kes Guna Pentadbir Konvokesyen 38

4.3 Gambarajah Kes Guna Pentadbir Gambar 39

4.4 Gambarajah Kes Guna Graduan 39

4.5 Aliran Senibina Sistem Pengurusan Konvokesyen

UTM Atas Talian 46

4.6 Senibina Sistem Pengurusan Konvokesyen UTM

Atas Talian 46

4.7 Antaramuka Laman Utama Sistem Pengurusan

Konvokesyen UTM Atas Talian. 47

4.8 Antaramuka Daftar Pentadbir bagi Pentadbir Sistem 48

4.9 Skrin Telefon Bimbit bagi Pentadbir Konvokesyen Selepas Klik

Butang Hantar SMS 49

4.10 Skrin Telefon Bimbit bagi Pentadbir Gambar Selepas Klik

Butang Hantar SMS 49

4.11 Antaramuka Hantar SMS Status Permohonan Pengijazahan

Kepada Graduan Yang Layak bagi Pentadbir Konvokesyen 50

4.12 Antaramuka Maklumat Akaun bagi Pentadbir Gambar 51

4.13 Antaramuka Borang Tempahan Gambar bagi Graduan 52

5.1 Keratan Aturcara Log Masuk bagi Pentadbir Sistem 56

Page 15: LAPORAN CADANGAN PROJEK - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/306/1/sitinoorsakilabc070099d09ttp.pdf · sentiasa memberikan semangat dan sumber kewangan dalam penghasilan projek ini. Akhir

5.2 Keratan Aturcara Kemaskini Maklumat Akaun bagi Pentadbir

Sistem 57

5.3 Keratan Aturcara Daftar Pentadbir bagi Pentadbir Sistem 59

5.4 Keratan Aturcara Penghantaran SMS Kepada Pentadbir Yang

Telah Didaftarkan oleh Pentadbir Sistem 60

5.5 Keratan Aturcara Carian Rekod Graduan oleh Pentadbir

Konvokesyen 61

5.6 Antaramuka Carian Rekod Graduan bagi Pentadbir Konvokesyen 62

5.7 Keratan Aturcara Hantar SMS Status Permohonan Kepada

Graduan Yang Layak bagi Pentadbir Konvokesyen 63

5.8 Antaramuka Hantar SMS Status Permohonan Kepada Graduan

Yang Layak bagi Pentadbir Konvokesyen 64

5.9 Keratan Aturcara Muatnaik Dokumen Ke Dalam Folder dan

Pangkalan Data bagi Pentadbir Konvokesyen 66

5.10 Keratan Aturcara Paparkan Dokumen Yang Telah Dimuatnaik

bagi Pentadbir Konvokesyen 66

5.11 Antaramuka Muatnaik Dokumen bagi Pentadbir Konvokesyen 66

5.12 Antaramuka Muatnaik Dokumen Selepas Butang Muatnaik

ditekan bagi Pentadbir Konvokesyen 67

5.13 Rekod Tempahan Gambar Graduan bagi Pentadir Gambar 68

5.14 Keratan Aturcara Rekod Tempahan Gambar Graduan bagi

Pentadbir Gambar 70

5.15 Keratan Aturcara Daftar Akaun bagi Graduan 72

5.16 Keratan Aturcara Status Permohonan bagi Graduan 73

5.17 Pengujian Submodul Penghantaran SMS Status Permohonan 75

5.18 Skrin Telefon Bimbit Graduan Yang Layak Menghadiri

Konvokesyen 76

5.19 Pengujian Submodul Rekod Tempahan Gambar Graduan 77

5.20 Kekotak Mesej Bagi Butang Kemaskini 77

5.21 Kekotak Mesej Bagi Butang Hapus 77

5.22 Pengujian Terhadap Submodul Semak Status Permohonan 78

5.23 Pengujian Terhadap Submodul Penempahan Gambar 79

Page 16: LAPORAN CADANGAN PROJEK - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/306/1/sitinoorsakilabc070099d09ttp.pdf · sentiasa memberikan semangat dan sumber kewangan dalam penghasilan projek ini. Akhir

SENARAI SINGKATAN

SMS - Short Message Service

FSKSM - Fakulti Sains Komputer Dan Sistem Maklumat

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

MSC - Multimedia Super Coridor

ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi

UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia

UPM - Universiti Putra Malaysia

HTML - HyperText Markup Language

ASP - Active Server Pages

SMSC - Short Message Service Center

MSC - Mobile Switching Center

OLAP - On-Line Analytical Processing

SDLC - System Development Life Cycle

UML - Unified Modeling Language

PSM 1 - Projek Sarjana Muda 1

PSM 2 - Projek Sarjana Muda 2

MMSC Multimedia Messaging Centre

Page 17: LAPORAN CADANGAN PROJEK - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/306/1/sitinoorsakilabc070099d09ttp.pdf · sentiasa memberikan semangat dan sumber kewangan dalam penghasilan projek ini. Akhir

SENARAI ISTILAH

ISTILAH KETERANGAN

Gantt Chart - Carta Gantt

Smart School - Sekolah Bestari

Asynchoronous Message - Mesej Tak Segerak

Store - Disimpan

Forward - Dihantar

Runtime Environment - Persekitaran Larian

Class Library - Perpustakaan Kelas

Clear - Padam

Validation - Pengesahan

Cancel - Batal

Insert - Masukkan

Delete - Hapus

Updtae - Kemaskini

Admin - Pentadbir Sistem

Gateway - Get Laluan

JavaScript - Skrip Java

Folder - Tempat Simpanan Fail

Browse - Melihat

Page 18: LAPORAN CADANGAN PROJEK - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/306/1/sitinoorsakilabc070099d09ttp.pdf · sentiasa memberikan semangat dan sumber kewangan dalam penghasilan projek ini. Akhir

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Carta Organisasi 88

B Soalan-Soalan Temubual 90

C Dokumen-Dokumen Berkenaan Permohonan Pengijazahan 95

D Panduan Graduan 99

E Perbandingan Sistem Sedia Ada Dan Sistem Yang Akan

Dibangunkan 113

F Manual Penempahan Gambar Graduan 115

G Carta Gantt Projek 1 117

H Carta Gantt Projek 2 120

I Rajah Jujukan 123

J Rekabentuk Antaramuka Sistem 132

K Rekabentuk Pangkalan Data 145

L Manual Pengguna 151

Page 19: LAPORAN CADANGAN PROJEK - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/306/1/sitinoorsakilabc070099d09ttp.pdf · sentiasa memberikan semangat dan sumber kewangan dalam penghasilan projek ini. Akhir

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berupaya

menjana perkhidmatan pantas dan efisien kepada masyarakat moden menggunakan

medium Internet untuk memudahkan segala urusan di hujung jari sahaja.

Perkembangan teknologi juga memainkan peranan penting dalam sektor pendidikan.

Penyediaan MSC (Multimedia Super Coridor) adalah salah satu langkah yang telah

diambil oleh pihak kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Di

bawah projek MSC, terdapat tujuh aplikasi telah diperkenalkan dan salah satunya

adalah untuk meningkatkan sistem pendidikan negara dengan memperkenalkan

teknologi maklumat sebagai satu komponen dalam persekitaran dan pembelajaran.

Dengan sebab ini Sekolah Bestari (Smart School) yang berkonsepkan nilai

bestari iaitu, memupuk pemikiran yang baharu dalam mengembangkan minda pelajar

melalui pengajaran dan pembelajaran yang dapat memanfaatkan dan

mempertingkatkan penglibatan dalam teknologi maklumat dalam usaha melahirkan

pelajar yang berpendidikan dan berfikiran bijak, melahirkan tenaga kerja yang

bermotivasi dan berdisiplin serta rakyat yang maju dan progresif (Zaid Ahmad, Ho

Hui Ling, 2006). Melalui Program Sekolah Bestari ini, sekolah-sekolah dibekalkan

dengan pelbagai kemudahan yang canggih seperti komputer multimedia yang dapat

membantu para guru mewujudkan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang

lebih berkesan dan menarik.

Page 20: LAPORAN CADANGAN PROJEK - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/306/1/sitinoorsakilabc070099d09ttp.pdf · sentiasa memberikan semangat dan sumber kewangan dalam penghasilan projek ini. Akhir

Di samping itu, ledakan teknologi maklumat masa kini telah meringankan

beban pelbagai pihak kerana maklumat hanya dapat dicapai dengan mudah.

Maklumat juga mempunyai tahap keselamatan yang tinggi berbanding sistem

manual. Bukan sahaja capaian atas talian malah menggunakan perkhidmatan telefon

mudah alih yang kini berkembang pesat dan menjadi pusat maklumat pertama

menjadikan sesuatu maklumat tersebut dapat dicapai dan diterima oleh pengguna

dengan lebih sistematik.

Kesan daripada penggunaan telefon mudah alih secara meluas yang

merupakan keperluan utama pada masa kini, kerajaan telah mengambil langkah

proaktif dengan membangunkan Gerbang SMS bagi memudahkan orang ramai.

Melalui teknologi pesanan ringkas (SMS) ini, segala maklumat dapat dicapai dengan

lebih mudah dan cepat. Gerbang SMS telah dilancarkan pada Persidangan CIO 2008

oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan. Ini sejajar dengan tema

persidangan yang mahu menjadikan ICT sebagai gaya hidup masyarakat hari ini.

Dengan pelancaran Gerbang SMS ini kelak, ia secara tidak langsung memudahkan

orang ramai untuk berurusan dengan kerajaan berbanding melalui kaunter, telefon,

internet dan sebagainya (http://www.mampu.gov.my, 11 September 2008).

Sistem yang akan dibangunkan adalah Sistem Pengurusan Konvokesyen

UTM Atas Talian. Kaedah pengurusan ini digunakan untuk memudahkan dan

mempercepatkan langkah-langkah pengurusan konvokesyen kepada pihak

pentadbiran sekaligus kepada graduan.

1.2 Pernyataan Masalah

Antara masalah-masalah sistem semasa yang telah dikaji adalah permohonan

untuk penganugerahan Konvokesyen masih dilakukan secara manual. Pelajar perlu

mendapatkan borang Audit Pengijazahan Sarjana Muda Sains (Sains Komputer) dan

borang permohonan penganugerahan Ijazah serta mengembalikannya semula kepada

pejabat fakulti masing-masing. Borang tersebut mestilah mendapat semakan dan

Page 21: LAPORAN CADANGAN PROJEK - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/306/1/sitinoorsakilabc070099d09ttp.pdf · sentiasa memberikan semangat dan sumber kewangan dalam penghasilan projek ini. Akhir

pengesahan daripada Penasihat Akademik. Dengan ini, pelajar terpaksa terikat

dengan waktu pejabat beroperasi.

Selain itu, sistem semasa hanya membenarkan pelajar menyemak status

permohonan pengijazahan. Bagi pelajar yang layak, nama, kursus dan tarikh sesi

penganugerahan akan dipaparkan dan set jemputan boleh dimuat turun. Selain itu,

segala maklumat hanya dipaparkan di laman web tersebut. Bagi pasca graduan,

mereka sukar untuk mengetahui tarikh konvokesyen berlangsung, membuat

penempahan jubah dan gambar. Mereka terpaksa mengakses sistem konvokesyen

yang sedia ada dan menghubungi serta meminta pertolongan daripada rakan untuk

mendapatkan maklumat dan melakukan penempahan tersebut sekaligus

menyusahkan pihak lain. Penempahan gambar yang dibuat secara manual

menyebabkan keadaan sebelum dan semasa Hari Konvokesyen sesak dan graduan

terpaksa berebut-rebut untuk membuat penempahan.

Bagi pihak pengurusan konvokesyen pula, mereka perlu menyimpan borang-

borang permohonan tersebut. Mereka juga terpaksa mengambil masa yang lama

untuk memproses borang-borang permohonan bagi menghantar surat pengesahan

kehadiran dan borang-borang yang berkenaan kepada graduan yang layak. Ini dapat

membebankan pihak berkenaan (Pihak Pengurusan Konvokesyen). Melalui cara ini

juga, borang yang dilakukan secara manual kemungkinan terdapat kesilapan dan

boleh menyebabkan pelajar tidak layak untuk menerima penganugerahan ijazah. Di

samping itu, sistem sedia ada tidak menyediakan set jemputan yang dapat diisi oleh

graduan secara atas talian bagi menggantikan sistem manual.

1.3 Matlamat Projek

Matlamat bagi projek ini adalah untuk membangunkan satu Sistem

Pengurusan Konvokesyen UTM Atas Talian dengan penambahan perkhidmatan SMS

untuk menyebarkan jadual sesi pengijazahan dan status permohonan bagi pra dan

Page 22: LAPORAN CADANGAN PROJEK - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/306/1/sitinoorsakilabc070099d09ttp.pdf · sentiasa memberikan semangat dan sumber kewangan dalam penghasilan projek ini. Akhir

pasca graduan serta mempunyai fungsi pengurusan konvokesyen yang lebih

sistematik.

1.4 Objektif Projek

i) Mengkaji dan menganalisis proses Sistem Pengurusan Konvokesyen

UTM Atas Talian.

ii) Merekabentuk Sistem Pengurusan Konvokesyen UTM Atas Talian

berdasarkan kepada keperluan graduan, Pentadbir Konvokesyen dan

Pentadbir Gambar serta Pentadbir Sistem bagi menguruskan keselamatan

sistem.

iii) Membangunkan Sistem Pengurusan Konvokesyen UTM Atas Talian yang

menyediakan perkhidmatan SMS bagi menyebarkan status permohonan

pengijazahan kepada graduan serta menyediakan fungsi penjanaan borang

permohonan pengijazahan yang boleh dicetak.

1.5 Skop Projek

Skop projek ini adalah seperti berikut:

i) Kajian telah dijalankan di Pejabat Pendaftar (Bahagian Pengurusan

Akademik), pejabat Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat

(FSKSM), Kelab FotoKreatif dan Stor Jubah di kampus induk UTM,

Skudai, Johor Bahru.

ii) Sistem ini meliputi pemilihan pra dan pasca graduan bagi

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda yang menghadiri Hari

Konvokesyen ke-41 UTM.

Page 23: LAPORAN CADANGAN PROJEK - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/306/1/sitinoorsakilabc070099d09ttp.pdf · sentiasa memberikan semangat dan sumber kewangan dalam penghasilan projek ini. Akhir

iii) Sistem ini dikawal dengan nama pengguna dan kata laluan oleh Pentadbir

Sistem, Pentadbir Konvokesyen, Pentadbir Gambar dan Graduan.

1.6 Kepentingan Projek

Sistem ini telah dibangunkan bagi memperbaiki sistem manual sedia ada. Ini

adalah bagi memudahkan pengurusan konvokesyen dilakukan secara sistematik,

tepat dan cepat. Sistem ini juga dibangunkan untuk memperbaiki sistem semasa iaitu

bagi status permohonan pengijazahan di mana akan dihantar kepada graduan yang

layak menggunakan perkhidmatan pesanan ringkas. Keputusan semakan

permohonan konvokesyen dapat dilaksanakan dengan mudah melalui sistem

berasaskan web dan perkhidmatan pesanan ringkas ini. Segala dokumen yang

berkenaan dengan konvokesyen juga dapat dicapai dengan mudah melalui sistem ini.

Sistem ini juga dapat meminimumkan beban pihak pengurusan konvokesyen bagi

memasukkan data pelajar di dalam sistem ini. Dengan adanya sistem ini, segala

perkara berhubung dengan konvokesyen dapat dilaksanakan dengan lancar dan

mudah. Segala proses pengemaskinian dan penyimpanan serta capaian maklumat-

maklumat dapat dilaksanakan dengan mudah dengan wujudnya sistem berkomputer

atas talian ini dengan perkhidmatan telefon mudah alih.

1.7 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, Bab 1 membincangkan pernyataan masalah,

matlamat, objektif, skop dan kepentingan terhadap sistem yang akan dibangunkan

iaitu Sistem Pengurusan Konvokesyen UTM Atas Talian. Dalam Bab 2 pula akan

dibincangkan mengenai kajian literatur bagi mengkaji latarbelakang sistem yang

akan dibangunkan dan kajian terhadap sistem manual yang sedia ada. Teknik-teknik

pengumpulan maklumat iaitu teknik temubual, pemerhatian, borang soal-selidik dan

analisa dokumen serta kajian terhadap teknologi SMS, bahasa pengaturcaraan dan

pangkalan data yang akan digunakan juga turut dibincangkan.

Page 24: LAPORAN CADANGAN PROJEK - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/306/1/sitinoorsakilabc070099d09ttp.pdf · sentiasa memberikan semangat dan sumber kewangan dalam penghasilan projek ini. Akhir

Metodologi pembangunan akan dibincangkan dalam Bab 3. Metodologi

merangkumi fasa perancangan, analisa, rekabentuk, pembangunan prototaip serta

fasa pengujian dan penilaian. Pemilihan metodologi mestilah berdasarkan kepada

keperluan projek bagi memastikan projek dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan

berkesan mengikut keperluan pengguna. Bab 4 akan membincangkan aliran proses

bagi setiap modul yang terlibat, rekabentuk antaramuka pengguna dan pangkalan

data yang terlibat. Dalam bab 5 akan dibincangkan mengenai implementasi dan

pengujian terhadap sistem yang telah dibangunkan bagi memastikan sistem yang

dibangunkan memenuhi keperluan pengguna dan bebas daripada sebarang ralat. Bab

6 akan membincangkan hasil dan pencapaian, masalah atau kelemahan sistem ,

kekangan yang dihadapi dan cadangan pembaikan terhadap sistem yang telah

dibangunkan.