242764509 227616907-kertas-kerja-projek-inovasi-matematik-s-k k

13
KERTAS KERJA ____________________________________________________________ ____ Nama Program : Program ”Mari Mengenal Hari dalam Seminggu” Tahun 1 PROJEK INOVASI MULTIMEDIA INTERAKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK (Perancangan Projek) ____________________________________________________________ ____ NAMA PELAJAR: FREADY FOOK LIEW

Upload: kamal-ludin

Post on 24-Jul-2015

135 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 242764509 227616907-kertas-kerja-projek-inovasi-matematik-s-k K

KERTAS KERJA

________________________________________________________________

Nama Program :

Program ”Mari Mengenal Hari dalam Seminggu”

Tahun 1

PROJEK INOVASI MULTIMEDIA INTERAKTIF

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MATEMATIK

(Perancangan Projek)

________________________________________________________________

NAMA PELAJAR: FREADY FOOK LIEW

MATRIK NO: CT10210213

PENSYARAH:

PM. Dr. Ch ristina Peter Liwagu

Page 2: 242764509 227616907-kertas-kerja-projek-inovasi-matematik-s-k K

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan bertujuan untuk menjalankan satu Projek Inovasi

yang melibatkan warga sekolah bagi memenuhi syarat Latihan Mengajar (LM)

Program pensiswazahan Guru , Pelajar Bacelor Pendidikan (Pendidikan Sekolah

Rendah) Dengan Kepujian Ambilan Mac 2011 ( Kohort 1).

2.0 PENGENALAN

Sistem Bahasa merupakan sebahagian komponen yang terdapat dalam sukatan

kurikulum KBSR Sekolah rendah. Komponen ini perlu dikuasai oleh murid. dalam

matapelajaran matematik pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada tajuk

masa dan waktu dan salah satu bahagian yang perlu dipelajari oleh murid-murid

tahun 1 adalah topik mengenal nama hari dalam seminggu.

Corak dan budaya pembelajaran di dalam bilik darjah menjadi kebiasaan bagi

murid dan suasana ini kurang merangsang minat dan kehendak naluri mereka.

Pada peringkat 7 hingga 12 tahun, kanak-kanak bertindak aktif dan naluri suka

bermain. Namun cabaran untuk mendidik golongan ini memerlukan kreativiti dan

teknik yang menarik.

Program “Mari mengenal Hari dalam seminggu” dalam bab Masa dan waktu bagi

tahun 1 ini merupakan aktiviti yang menjadi platform kepada pencapaian kendiri

murid selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan

yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Sifat kepimpinan juga dapat dipupuk dalam aktiviti berkumpulan dengan melihat

kerjasama yang diberikan setiap murid bagi menjayakan aktiviti yang dijalankan.

Selain itu, ia juga memberi peluang kepada murid-murid untuk menunjukkan

bakat dan kebolehan mereka dalam kemahiran matematik

Page 3: 242764509 227616907-kertas-kerja-projek-inovasi-matematik-s-k K

3.0 OBJEKTIF

Objektif program ini adalah untuk:-

Mendapatkan strategi-strategi mengajar yang boleh menolong serta

menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pelajaran khasnya

dalam mata pelajaran Matematik;

Mengubah suasana pengajaran dan pengajaran dengan mengalakkan

penggunaan ICT bagi menarik minat murid-murid khususnya murid tahun

1 dalam mengenal dan mengingat nama-nama hari dalam seminggu

Pendedahan Dunia ICT kepada murid-murid tahun 1

Menunjukkan semangat kerjasama antara guru mata pelajaran Matematik

Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah,

mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara;

Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat

patriotik, dan semangat kewarganegaraan.

4.0 Kumpulan sasaran

Bagi projek ini kumpulan sasaran saya adalah murid-murid tahun satu

sekolah saya memandangkan saya mengajar matematik tahun satu dan

kebanyakkan murid saya masi kurang mahir membaca dan mengeja maka saya

memilih mereka sebagai kumpilan sasar.

Page 4: 242764509 227616907-kertas-kerja-projek-inovasi-matematik-s-k K

5.0 Format

Bagi projek nie, pemilihan bahan projek dalam bentuk powerpoint digunakan

memandangkan bahan dalam bentuk ini mudah digunakan dan dari segi bajet

pula sesuai memandangkan tiada peruntukkan bajet yang disediakan maka

format ini sesuai digunakan.

6.0 Bajet

Tiada bajet digunakan memandangkan projek ini menggunakan powerpoint

sepenuhnya.

6.0 Jangka masa

Tarikh : 30 Jun sehingga 29 0gos

Tempoh: 8 minggu

Page 5: 242764509 227616907-kertas-kerja-projek-inovasi-matematik-s-k K

KERTAS KERJA

________________________________________________________________

Nama Program :

Program ”Mari Mengenal Hari dalam Seminggu”

Tahun 1

PROJEK INOVASI MULTIMEDIA INTERAKTIF

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MATEMATIK

(Pelaksanaan Projek)

________________________________________________________________

NAMA PELAJAR: FREADY FOOK LIEW

MATRIK NO: CT10210213

PENSYARAH:

PM. Dr. Ch ristina Peter Liwagu

Page 6: 242764509 227616907-kertas-kerja-projek-inovasi-matematik-s-k K

1.0 Langkah Pertama

1.1 Tentukan kandungan

Di dalam projek inovasi bbm ini akan diselitkan kandungan pengajaran dan

pembelajaran dalam bab Masa dan waktu bagi Tahun 1 yang akan di ajar

berkaitan ”Hari dalam seminggu”. Dalam topik ini murid diajar untuk mengenal

dan mengingat nama hari-hari yang terdapat dalam seminggu.

1.2 Aktiviti- aktiviti

Aktiviti yang terdapat di dalam inovasi ini adalah seperti berikut

Nyanyian Lagu ”Hari dalam seminggu”

Turutan hari

Menyusun hari mengikut urutan

Hari sebelum dan selepas

Tugasan berpasangan

1.3 Strategi penilaian

Strategi yang digunakan adalah melalui penggunaan ujian pra dan

ujian pos untuk mengetahui keberkesanan BBM

Menggunakan persepsi pelajar

Pemerhatian secara langsung

Temubual dengan pelajar.

2.0 Langkah kedua

2.1 Rancangan strategi penilaian

Seperti yang telah dijelaskan pada strategi penilaian, strategi yang digunakan

adalah ujian pra dan ujian pos. Lembaran kerja pada mulanya diberikan kepada

Page 7: 242764509 227616907-kertas-kerja-projek-inovasi-matematik-s-k K

murid-murid sebelum memulakan pengaoljaran dan pembelajaran bagi

mengetahui tahap pengetahuan mereka.

3.0 Langkah ketiga

Jika dilihat dari keefisyenan penggunaan BBM disekolah adalah amat

kurang disebabkan kekangan masa kerana masa guru yang padat menyebabkan

penajaran dan pembelajaran membosankan. Dengan inovasi ini berharap dapat

menarik minat tahun 1 untuk mempelajari pengajaran dan pengajaran yang lebih

bermakna

4.0 Langkah empat

4.1 Membangunkan prototaip

Saya telah membangunkan prototaip dengan menggunakan perisian

power point memandang saya hanya mempunyai sedikit kemahiran

menggunakan powerpoint sebagai platfom untuk membina program bbm ”Hari

dalam seminggu”

Page 8: 242764509 227616907-kertas-kerja-projek-inovasi-matematik-s-k K

5.0 Langkah lima

5.1 Perlaksanaan penilaian formatif

Perlaksanan penilaian formatif dilakukan selepas ditayangkan kepada

murid-murid tahun 1 untuk melihat keberkesanan projek ”Hari dalam seminggu”.

Soalan yang sama digunakan seperti soalan yang mula-mula mereka jawab iaitu

soalan pra .

6.0 Langkah 6

6.1 Lengkapkan rekabentuk

Berikut adalah beberapa gambaran bentuk inovasi

6.1.1 Slide lengkap mengambarkan turutan hari

Page 9: 242764509 227616907-kertas-kerja-projek-inovasi-matematik-s-k K

6.1.2 Slide yang menunjukkan lagu ”Hari dalam seminggu” dinyanyikan sebagai

set induksi.

7.0 langkah 7

7.1 Perlaksanakan penilaian sumatif

Page 10: 242764509 227616907-kertas-kerja-projek-inovasi-matematik-s-k K