kertas cadangan kemahiran belajar

6
KERTAS CADANGAN KURSUS KEMAHIRAN BELAJAR BAGI PELAJAR TINGKATAN 3 DAN 5 TAHUN 2011 SMK SEBERANG PERAK PENDAHULUAN Kebanyakan pelajar tidak tahu cara belajar yang berkesan menyebabkan mereka begitu tertekan apabila mereka akan menghadapi sesuatu peperiksaan. Ini tidak akan membantu mereka dalam meningkatkan pencapaian mereka dalam bidang akademik. Cara belajar yang tidak menekankan kepada konsep `smart learning’ menjadikan pelajar rasakan terlalu banyak aspek yang perlu diketahui dan ditelaah oleh mereka. Mereka ini perlu dibantu supaya mereka akan lebih meyakini diri serta seronok dengan proses pembelajaran yang mereka lalui. Pendek kata pembelajaran bukan membebankan tetapi amat selesa dan satu cabaran yang dinantikan oleh pelajar. Pendekatan yang akan ditekankan dalam konteks kemahiran belajar ini ialah berkonsepkan SINERGY, NETWORKING dan TUTORIAL. Pelajar akan merasakan begitu tertekan apabila mereka harus membaca dan perlu pula menulis nota untuk 14 atau 15 bab dalam sesuatu matapelajaran. Sekiranya di ambil purata satu matapelajaran ada 10 bab, maka jika mereka mengambil 8

Upload: syikhin-osman

Post on 01-Jul-2015

859 views

Category:

Documents


34 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS CADANGAN KEMAHIRAN BELAJAR

KERTAS CADANGAN

KURSUS KEMAHIRAN BELAJAR

BAGI PELAJAR TINGKATAN 3 DAN 5 TAHUN 2011

SMK SEBERANG PERAK

PENDAHULUAN

Kebanyakan pelajar tidak tahu cara belajar yang berkesan menyebabkan mereka begitu

tertekan apabila mereka akan menghadapi sesuatu peperiksaan. Ini tidak akan membantu mereka

dalam meningkatkan pencapaian mereka dalam bidang akademik. Cara belajar yang tidak

menekankan kepada konsep `smart learning’ menjadikan pelajar rasakan terlalu banyak aspek

yang perlu diketahui dan ditelaah oleh mereka. Mereka ini perlu dibantu supaya mereka akan

lebih meyakini diri serta seronok dengan proses pembelajaran yang mereka lalui. Pendek kata

pembelajaran bukan membebankan tetapi amat selesa dan satu cabaran yang dinantikan oleh

pelajar. Pendekatan yang akan ditekankan dalam konteks kemahiran belajar ini ialah

berkonsepkan SINERGY, NETWORKING dan TUTORIAL.

Pelajar akan merasakan begitu tertekan apabila mereka harus membaca dan perlu pula

menulis nota untuk 14 atau 15 bab dalam sesuatu matapelajaran. Sekiranya di ambil purata satu

matapelajaran ada 10 bab, maka jika mereka mengambil 8 matapelajaran bermakna mereka perlu

membaca dan menulis nota untuk lebih kurang 80 bab. Ini adalah sesuatu yang agak mustahil,

lebih-lebih lagi kebanyakan pelajar tidak mengamalkan cara belajar mengikut tempoh yang

konsisten. Mereka lebih banyak mengamalkan sistem `last minute study’. Dengan cara sinergy,

networking dan tutorial, pelajar akan merasai nikmat belajar yang sebenar dan dapat mengatasi

masalah-masalah semasa study iaitu boring, menyiksakan, mengantuk, tidak melekat ingatan di

kepala, masalah kebisingan dan banyak lagi. Yang penting mereka akan bergembira dengan

caragaya belajar yang baru.

OBJEKTIF KURSUS

Page 2: KERTAS CADANGAN KEMAHIRAN BELAJAR

Setelah pelajar melalui kursus ini, mereka akan lebih memahami konsep yang diutarakan

di atas. Mereka akan dapat mengagihkan masa mereka dengan lebih berkesan dan dapat

menumpukan pelajaran mereka dengan lebih sistematik. Mereka juga akan :-

i. menanamkan sikap yang lebih positit terhadap pembelajaran.

ii. mereka akan dapat menggunakan 5 DOMAIN yang akan ditekankan dalam kursus

iaitu Visual, Audio, Kognitif, Affektif dan Psikomotor.

iii. Menghilangkan perasaan `boring’ dan mewujudkan rasa girang semasa belajar.

iv. Dapat menggunakan sistem SINERGI.

v. Dapat mewujudkan NETWORKING yang baik dan berkesan.

vi. Mereka boleh mengendalikan konsep TUTORIAL.

vii. Mereka dapat mengapplikasikan sistem MNEUMANIK.

viii. Mereka akan faham konsep DIVERGIAN DAN CONVERGIAN di mana dengan

dua cara ini mereka akan dapat menggunakan dua sistem yang berbeza.

ix. Boleh menggunakan konsep peta minda dan menggunakan KREATIVITI untuk

merangsang otak kanan bekerja.

KUMPULAN SASARAN

Semua pelajar Tingkatan 3 dan 5 yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM

2011.

JAWATANKUASA PENGANJUR

Penaung : En Rahman B Atan (Pengetua SMKSP)

Pengerusi 1 : Datin Roksana Begum Bt Rakhir (PK Pentadbiran)

Pengerusi 2 : Pn Hjh Jamilah Bt Ludin (PK HEM)

Pengerusi 3 : En Mohd Asri B Mokhtar (PK Kokurikulum)

Setiausaha : Pn Noor A’syikhin Bt Osman

En Shukri B Hussain

Ahli Jawatankuasa

AJK Latihan Dalam Kumpulan

Guru-guru yang mengajar tingkatan 5

Pn Nor Azdiyati Bt Ahmad

Page 3: KERTAS CADANGAN KEMAHIRAN BELAJAR

Pn Rafedah Bt Mohd Rashid

Pn Ku Mushrifah Bt Ku Mustafa

Pn Hamidah Bt Mohd Saad

Pn Wan Nor Arija Bt Wan Hamidon

Pn Faridah Bt Ibrahim

Pn Siti Khadijah Bt Senawi\

Pn Lee Siew Gek

Pn Tan Choon Heong

Guru-guru yang mengajar tingkatan 3

En Ahmad Johari B Hussain

Pn Che Pauziah Bt Che Mat

Pn Hasimah Bt Ayob

Pn Jamilah Shariff

Pn Maziyah Bt Ahim

Pn Ku Faridah Bt Ku Chik

Pn Shahida Sadjdah

En Anuar Isham B Mahmud

Pn Che Norlia Bt Mat Rugian

En Abd Halim Ariffin

Cik Pang Bee Hong

Pn Nadiaa Zamil Bt Mohd Zubir

AJK Peralatan Teknikal LCD

En Anuar Isham B Mahmud

AJK Siaraya

En Ahmad Johari B Hussain

En Abd Halim B Ariffin

CADANGAN PELAKSANAAN

Tarikh Cadangan Mac hingga Jun

Page 4: KERTAS CADANGAN KEMAHIRAN BELAJAR

PERBELANJAAN

Peruntukan Unit Bimbingan Dan Kaunseling

PENUTUP

Diharap apabila pelajar telah dapat memahami kesemuanya secara konseptual dan operational,

maka lebih mudah untuk mereka menjalani kehidupan mereka sebagai seorang pelajar. Mereka

juga diharapkan dapat membantu adik-adik dari kalangan tingkatan empat selain daripada

membantu diri mereka.

Disediakan Oleh,

………………………………

(NOOR A’SYIKHIN BT OSMAN)

Guru Bimbingan Dan Kaunseling SMKSP