pengenalan kemahiran belajar

92
KEMAHIRAN – KEMAHIRAN MEMPEROLEHI MAKLUMAT DAN MENENTUKAN KETEPATAN MAKLUMAT Secara amnya,pencarian maklumat dapat didefinisikan sebagai aktiviti terancang bagi mencari maklumat bertujuan memenuhi sesuatu matlamat.Pencarian maklumat adalah proses asas yang berkait rapat dengan proses pembelajaran dan penyelesaian masalah..Maklumat selalunya diperlukan bagi memenuhi kehendak ataupun menangani masalah.Secara semula jadi,pencarian maklumat adalah sebahagian besar daripada aktiviti penting bagi manusia sejak dahulu lagi.Sekiranya difikirkan daripada perspektif sejarah.walaupun tanpa teknologi canggih,manusia tetap berjaya menangani pelbagai masalah dan cabaran hidup sehingga mencapai tahap keselesaan dan ketamadunan yang dicapai pada hari ini. Walaupun terdapat pelbagai cara untuk memperolehi maklumat tidak semestinya maklumat yang telah kita perolehi tersebut mempunyai kebenarannya.Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kebenaran maklumat.Ini termasuk sifat berat sebelah penulis atauptn penerbit,kebolehpercayaan bahan rujukan yang digunakan oleh penulis dan faktor masa.Sebagai penerima dan pengguna maklumat,kita perlu tahu menilai dan membezakan antara maklumat yang benar dan tidak. Keperluan maklumat dalam banyak situasi hanya diketahui apabila kita diberitahu ataupaun didedahkan kepada suatu maklumat.Kita biasanya mencari maklumat apabila mempunyai tujuan tertentu seperti ingin menyelesaiakan masalah.Selain itu,apabila timbul situasi bermasalah iaitu keadaan dimana pengetahuan seseorang tidak mencukupi bagi mencapai sesuatu tujuan, maka maklumat memerlukan maklumat apabila tahap pengetahuannya mencukupi sesuatu masalah ataupun keadaan. Kesimpulannya,maklumat diperlukan apabila seseorang itu berada dalam keadaan anomali;iaitu keadaan di mana seseorang rasa tidak tahu ataupun tidak pasti.Keadaan seperti ini menyebabkan seseorang mencari maklumat bagi memenuhi keperluan itu. KEMAHIRAN – KEMAHIRAN MEMPEROLEHI MAKLUMAT Enam kemahiran utama yang digunakan oleh pengguna maklumat yang dikenali juga sebagai Big Six Skills yang dicipta oleh dua orang warga Amerika Syariakt iaitu Micheal B.Eisenberg dan Robert Berkowitz pada tahun 1987. Enam kemahiran utama ini telah diikhtiraf sebagai kurikulum celik maklumat bagi sekolah – sekolah di Amerika Syarikat. Secara umumnya, ia adalah proses pembelajaran melalui penyelesaian masalah.Ia mengajar pelajar cara mencari dan menggunakan maklumat secara efektif bagi menyelesaiakn masalah dalam setiap subjek di sekolah.Ini mendedahkan pelajar pelbagai sumber, teknik mencari maklumat dan cara mempersembahkan maklumat dalam bentuk yang berkesan dan menarik.Antara enam kemahiran yang akan dibincangkan ialah definisi maklumat,strategi mencari maklumat, lokasi dan capaian, penggunaan maklumat, pengumpulan maklumat dan penilaian. Definisi maklumat Maklumat adalah satu fenomena yang unik.Contohnya, perkara ‘X’ mungkin dianggap maklumat kepada seorang individu, tetapi tidak bagi individu lain. Maklumat ialah data yang telah diproses atau data yang memberi makna dan difahami. Contoh bilangan murid yang telah lulus dalam peperiksaan yang dijalankan mengikut gred yang telah ditetapkan . Berdasarkan data itu dapat dibuat kesimpulan mengenai kelemahan murid-murid tersebut dan tindakan susulan dapat dibuat bagi meningkatkan prestasi. Strategi memperolehi maklumat Strategi memperolehi maklumat adalah kemahiran yang kedua daripada enam kemahiran utama yang berikut di mana mengenal pasti maklumat itu boleh didapati.Sumber maklumat boleh didapati dalam apa saja bentuk asalkan ia mampu memenuhi keperluan maklumat.Manusia sendiri adalah satu sumber maklumat yang penting. Terdapat banyak maklumat tersendiri yang diketahui oleh individu yang direkodkan oleh individu yang tidak direkodkan.Membuat rujukan daripada orang yang pernah mengalami masalah yang sama dapat member banyak maklumat berguna.Sumber maklumat yang direkodkan pula mungkain terdapat dala pebagai format seperti teks dalam bentuk cetakan biku,majalah, manuskrip dan sebagainya.Terdapat juga sumber maklumat yang direkodkan

Upload: gs-wee

Post on 10-Dec-2015

122 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Pengajian Am Penggal 1

TRANSCRIPT

KEMAHIRAN – KEMAHIRAN MEMPEROLEHI MAKLUMAT DAN MENENTUKAN KETEPATAN

MAKLUMATSecara amnya,pencarian maklumat dapat didefinisikan sebagai aktiviti terancang bagi mencari maklumat bertujuan memenuhi sesuatu matlamat.Pencarian maklumat adalah proses asas yang berkait rapat dengan proses pembelajaran dan penyelesaian masalah..Maklumat selalunya diperlukan bagi memenuhi kehendak ataupun menangani masalah.Secara semula jadi,pencarian maklumat adalah sebahagian besar daripada aktiviti penting bagi manusia sejak dahulu lagi.Sekiranya difikirkan daripada perspektif sejarah.walaupun tanpa teknologi canggih,manusia tetap berjaya menangani pelbagai masalah dan cabaran hidup sehingga mencapai tahap keselesaan dan ketamadunan yang dicapai pada hari ini.       Walaupun terdapat pelbagai cara untuk memperolehi maklumat tidak semestinya maklumat yang telah kita perolehi tersebut mempunyai kebenarannya.Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kebenaran maklumat.Ini termasuk sifat berat sebelah penulis atauptn penerbit,kebolehpercayaan bahan rujukan yang digunakan oleh penulis dan faktor masa.Sebagai penerima dan pengguna maklumat,kita perlu tahu menilai dan membezakan antara maklumat yang benar dan tidak.Keperluan maklumat dalam banyak situasi hanya diketahui apabila kita diberitahu ataupaun didedahkan kepada suatu maklumat.Kita biasanya mencari maklumat apabila mempunyai tujuan tertentu seperti ingin menyelesaiakan masalah.Selain itu,apabila timbul situasi bermasalah iaitu keadaan dimana pengetahuan seseorang tidak mencukupi bagi mencapai sesuatu tujuan, maka maklumat memerlukan maklumat apabila tahap pengetahuannya mencukupi sesuatu masalah ataupun keadaan.

Kesimpulannya,maklumat diperlukan apabila seseorang itu berada dalam keadaan anomali;iaitu keadaan di mana seseorang rasa tidak tahu ataupun tidak pasti.Keadaan seperti ini menyebabkan seseorang mencari maklumat bagi memenuhi keperluan itu.

KEMAHIRAN – KEMAHIRAN MEMPEROLEHI MAKLUMAT

Enam kemahiran utama yang digunakan oleh pengguna maklumat yang dikenali juga sebagai Big Six Skills yang dicipta oleh dua orang warga Amerika Syariakt iaitu Micheal B.Eisenberg dan Robert Berkowitz pada tahun 1987. Enam kemahiran utama ini telah diikhtiraf sebagai kurikulum celik maklumat bagi sekolah – sekolah di Amerika Syarikat. Secara umumnya, ia adalah proses pembelajaran melalui penyelesaian masalah.Ia mengajar pelajar cara mencari dan menggunakan maklumat secara efektif bagi menyelesaiakn masalah dalam setiap subjek di sekolah.Ini mendedahkan pelajar pelbagai sumber, teknik mencari maklumat dan cara mempersembahkan maklumat dalam bentuk yang berkesan dan menarik.Antara enam kemahiran yang akan dibincangkan ialah definisi maklumat,strategi mencari maklumat, lokasi dan capaian, penggunaan maklumat, pengumpulan maklumat dan penilaian.

Definisi maklumat

Maklumat adalah satu fenomena yang unik.Contohnya, perkara ‘X’ mungkin dianggap maklumat kepada seorang individu, tetapi tidak bagi individu lain.Maklumat ialah data yang telah diproses atau data yang memberi makna dan difahami. Contoh bilangan murid yang telah lulus dalam peperiksaan yang dijalankan mengikut gred yang telah ditetapkan . Berdasarkan data itu dapat dibuat kesimpulan mengenai kelemahan murid-murid tersebut dan tindakan susulan dapat dibuat bagi meningkatkan prestasi.

Strategi memperolehi maklumat

Strategi memperolehi maklumat adalah kemahiran yang kedua daripada enam kemahiran utama yang berikut di mana mengenal pasti maklumat itu boleh didapati.Sumber maklumat boleh didapati dalam apa saja bentuk asalkan ia mampu memenuhi keperluan maklumat.Manusia sendiri adalah satu sumber maklumat yang penting.Terdapat banyak maklumat tersendiri yang diketahui oleh individu yang direkodkan oleh individu yang tidak direkodkan.Membuat rujukan daripada orang yang pernah mengalami masalah yang sama dapat member banyak maklumat berguna.Sumber maklumat yang direkodkan pula mungkain terdapat dala pebagai format seperti teks dalam bentuk cetakan biku,majalah, manuskrip dan sebagainya.Terdapat juga sumber maklumat yang direkodkan dalam bentuk elektronik dan dipakejkan menggunakan teknologi CD-ROM ataupun internet.Terdapat beberapa sumber maklumat yang dapat membantu pengguna maklumat untuk mencari maklumat tentang permasalahan yang timbul.Antaranya ialah seperti OPAC,ERIC,BOOLEAN dan INTERNET.Sumber – sumber tersebut merupakan contoh pangkalan data yang digunakan pada masa kini oleh pengguna maklumat.Sumber – sumber maklumat tersebut mempu memberi banyak maklumat yang luas dan tepat kepada para pengguna maklumat.

1. OPAC (On-line Public Access Catalog )Sistem OPAC adalah salah satu sumber yang digunakan oleh para pengguna maklumat pada masa kini bagi carian maklumat .OPAC atau dikenali sebagai kad catalog atas talian merupakan gantian kepada kad katalog pada ketika dahulu.Pada kad katalog dalam talian ini terdapat banyak punca capaian yang

disimpan iaitu nama,tajuk,subjek ataupun perkara,penrbit,tempat terbitan,siri dan nombor panggilan.Punca capaian digunakan bagi mencapai dan mencari maklumat yang dikehendaki.

2. BOOLEANBoolean juga merupakan satu carian maklumat yang digunakan untuk mencari maklumat oleh para pengguna maklumat.Boolean ini sebenarnya dicipta pada awal abad ke-19 oleh seorang ahli matematik Inggeris bernama George Boolean.Boolean ini diambil sempena nama beliau.Boolean ini terbahagi kepada tiga iaitu AND, OR dan NOT berdasarkan system logik binari.Boolean AND digunakan bagi mencari frasa ataupun terma yang berkaitan.Penggunaan AND akan menyempitkan carian.Lebih banyak AND dimasukkan ,lebih sedikit dan terperinci hasil pencarian.Perkataan ataupun istilah yang digabung menggunakan operator Boolean AND diperoleh secara bersama dalam carian.Sekiranya salah satu perkataan ataupun istilah tidak ada dalam dokumen ataupun teks yang dicari,ia tidak akan diperoleh dalam hasil pencarian.Dengan itu,operator AND sesuai digunakan bagi mencari maklumat yang spesifik.Penggunaan AND mengelakkan daripada mendapat hasil pencarian yyang terlalu banyak dan tidak relevan.Boolean OR digunakan bagi mencari maklumat lebih banyak dan luas.Konsepnya bertentangan dengan AND.Dengan menggunakan Boolean OR,semua perkataan ataupun istilah yang digunakn akan diperolehi dalam hasil carian.Dengan menambahkan frasa atau perkataan lain, lebih banyak maklumat akan diperolehi.Semua dokumen yang mengandungi perkataan dalam carian akan diperolehi termasuklah perkataan yang membawa maksud yang sama tetapi ejaan yang berbeza.Boolean NOT pula,digunakan supaya tidak memasukkan sesuatu perkataan.istilah ataupun frasa dalam pencarian.Ia mencari semua dokumen yang mengandungi perkataan,istilah ataupun frasa pertama mengecualikan semua dokumen yang mengandungi perkataan kedua.Boolean perlu digunakan seacara berhati – hati kerana ia mungkin mengeluarkan dokumen yang relevan.

3. ERIC ( Education Resources Information Center )ERIC (Education Resources Information Center ) merupakan contoh abstrak iaitu suatu ringkasan yand diambil daripada pangkalan data. ERIC mengumpulkan maklumat dalam bidang pendidikan sahaja.Maklumat itu termasuk dalam buku, artikel dalam jurnal,kertas persidangan dan sebagainya.Pelbagai maklumat dalam bidang pendidikan boleh didapati dalam pangkalan data abstrak ini.

4. Internet PosterPoster Internet merupakan sumber maklumat yang biasa pengguna maklumat gunakan untuk mencari maklumat penting atau diperlukan oleh mereka.Internet adalah rangkaian komputer yang merangkaikan satu komputer dengan komputer yang lain menggunakan protokol kawalan pengantaraan yang direka khas iaitu TCP/IP (Transmission Control Protocol/Internet Protocol).Semua komputer yang membentuk rangkaian itu menggunakan perisian yang berfungsi memberi capaian bagi mendapatkan maklumat.Dibawah penggunaan internet terdapat beberapa enjin pencari yang membantu dalam pencarian maklumat seperti yang biasa digunakan ialah Google.

Lokasi dan capaianLokasi dan capaian ini bermaksud dimana mendapatkan sumber maklumat yang sudah dipilih dan mencari maklumat didalamnya.Sebagai contoh,mencari maklumat menggunakan internet akan memaparkan alamat seperti ini http:// dimana maklumat itu berada.Dengan mengetahui lokasi dan capaian maklumat tersebut pengguna maklumat akan lebuh mudah untuk mencari maklumat yang diinginkan dan ia akan member kemudahan kepada para pengguna maklumat tersebut.

Penggunaan maklumatPenggunaan maklumat bermaksud menbaca,mendengar dan melihat maklumat yang sudah dicari dan mengambil maklumat yang relevan.Walaupun teknologi sekarang semakin meningkat tetapi sebagai pengguna maklumat ynag bijak seharusnya tidak terlalu malas untuk membaca,memdengar dan melihat maklumat yang telah diperolehi tersebut.Sebaiknya pengguna maklumat harus meneliti maklumat tersebut agar lebih faham.Selain membaca,mendengar dan melihat pengguna maklumat harus memgambil maklumat yang relevan mengikut kehendak dan cirri –ciri yang diperlukan sahaja.

Pengumpulan maklumatPengumpulan maklumat ini merupakan kemahiran yang kelima dimana segala maklumat yang telah diperolehi dari mana – mana sumber yang digunakan akan dikumpulkan.Maklumat-maklumat yang diperlukan sahaja harus dikumpulkan mengikut keutamaan.Maklumat yang telah dikumpulkan perulah disusun agar maklumat tersebut nampak lebih menarik atau mudah difahami oleh penguna maklumat.Maklumat yang difahami akan member jawapan bagi permasalahan yang dihadapi.Oleh itu,pengguna maklumat akan mudah memperolehi maklumat tersebut dan mereka boleh membuat keputusan yang tepat.

Penilaian MaklumatPenilaian merupakan satu tahap dimana pengguna maklumat harus nenilai maklumat tersebut samada ia boleh dipercayai ataupun tidak.Tidak semua maklumat yang diperolehi mempunyai

kebenarannya.Oleh itu,pengguna maklumat harus bijak menilai maklumat itu dari segi pengarangnya,tahun terbitan,penerbit atau gaya penulisannya.Kesimpulannya,untuk mencari maklumat bukanlah suatu perkara yang remeh ia memerlukan kemahiran – kemahiran yang betul agar segala maklumat yang diperolehi terdapat kesahihannya.

MENENTUKAN KETEPATAN MAKLUMATMenentukan ketepatan membawa maksud yang sama dengan membuat penilaian terhadap maklumat tersebut.Di bawah subtopik ini akan membincangkan tentang cara yang dapat membantu dalam proses penilaian.Antara caranya ialah berdasarkan analisis mudah dan analisis mendalam.1. Analisis mudahDalam analisis mudah terdapat perkara – perkara yang perlu diteliti seperti pengarang buku.Pengarang buku ini dapat dipastiakn berdasarkan latar belakang pendidikan,pengalaman,hasil tulisan terdahulu sekiranya ada dan di mana pengarang itu bekerja.Biasanya latar belakang ini terdapat pada biodata pengarang.Selain itu,tahun penerbitan sesebuah buku juga perlu kita teliti samada ia penulisan pada zaman dahulu atau pada masa sekarang.Kemungkinan penerbitan pada masa yang sudah lama tidak boleh digunakan lagi kerana masa demi masa berlakunya perubahan.Seterusnya,adalah penerbit samada ia merupakan penerbit universiti atau ia bersifat akademik dan isi kandungannya boleh dipercayai ataupun tidak.Begitu juga dengan penerbit-penerbit yang berwibawa.Kebiasaannya penerbit seperti ini selalunya memastikan karya terbitannya berkualiti.

2. Analisis mendalamAnalisis mendalam melihat isi kandungan bahan maklumat.Di bawah analisis mendalam ini terdapat perkara yang perlu diketahui antaranya golongan sasaran pengarang tersebit samada untuk santapan umum atau untuk sesuatu golongan tertentu seperti pelajar.Selain itu,perkara yang perlu diteliti dalam analisis mendalam ini adalah seperti liputan,keobjektifan iaitu maklumat yang dieri berbentuk fakta atau pebdapat seseorang.Biasanya maklumat yang berbentuk fakta lebih mudah dipercayai berbanding dengan maklumat yang berbentuk pendapat kerana ia hanyalah berdasarkan pendapat orang – orang tertentu sahaja

KEPERLUAN MAKLUMAT

Kepeluan maklumat dalam banyak situasi hanya diketahui apabila diberitahu ataupun didedahkan kepada suatu maklumat. Biasanya carian maklumat mempunyai tujuan tertentu seperti ingin menyelesaiakn masalah. Selain itu,apabila timbul situasi bermasalah iaitu keadaan di mana pengetahuan seseorang tidak mencukupi bagi mencapai sesuatu tujuan, maka maklumat adalah diperlukan.Dengan itu, manusia memerlukan maklumat apabila tahap pengetahuannya tidak mencukupi bagi menghadapi sesuatu masalah ataupun keadaan.Selain itu,maklumat juga diperlukan oleh manusia untuk membuat sesuatu keputusan yang muktamad yang akan memberi kepuasan hati seseorang.Maklumat akan memberi gambaran sesuatu yang dikehendaki oleh pengguna maklumat untuk membuat pilihan.Pengguna semestinya akan memilih sesuatu yang terbaik dari pilihan yang baik agar maklumat yang dipilih tersebut memenuhi kehendaknya.Seterusnya ialah maklumat diperlukan untuk pada masa hadapan.Kemungkinan maklumat yang diperolehi akan menjadi satu rujukan bagi mereka yang memerlukan pada masa yang panjang,Malah maklumat – maklumat tersebut berguna untuk generasi akan dating sebagai contoh sejarah Malaysia.Pengguna memperolehi maklumat yang lebih tersusun melalui enam kemahiran utama carian maklumat tersebut.Maklumat yang diperolehi akan disusun supaya pengguna mudah memahami sesuatu maklumat itu apabila ia tersusun dengan rapi dan teratur mengikut keutamaannya.

RUJUKAN

1. Panduan Mencari Maklumat. 2006. Irma Idayu dan Yusyiana mansor.Terbitan PTS Profesional.Sdn. Bhd.

2. Eisenberg,Mike A Big Six Skills Overview Fayetteviile,NY:Big6 Associates,LLC,2003.http://www.big six

skills.com

3. ERIC.www.eric.ed.gov

4. Backer,Joe.Boolean Searching For the Web.Berkeley,CA:University of

Califofnia,2002.http://www.lib.bekeley.edu/Teaching/Guides/Internet/Boolean.pd

Sumber: http://maziahrashid.blogspot.com/p/kemahiran-maklumat.html

04.5 - TEKNIK MENCARI MAKLUMATMencari maklumat dalam Internet bukanlah satu tugas yang mudah terutamanya bagi mendapatkan

maklumat yang khusus. Ini kerana Internet mengandungi terlalu banyak maklumat dan maklumat ini

tidak disusun secara sistematik mengikut mana satu konvensyen yang dipersetujui. Oleh yang demikian,

proses pencarian maklumat harus dilakukan dengan seberapa sistematik yang boleh. Secara amnya,

proses mencari maklumat boleh dibahagikan kepada lima fasa, iaitu: Fasa 1 : Menentukan objektif dan skop pencarian Fasa 2 : Membuat strategi pencarian Fasa 3 : Malakukan pencarian Fasa 4 : Mengumpul dan menilai hasil pencarian Fasa 5 : Pengubahsuaian strategi

Rajah 4.18 Fasa pencarian maklumatAdalah menjadi satu tabiat yang baik untuk menyimpan buku log supaya segala pengalaman yang diperoleh semasa mencari maklumat dapat direkodkan. Tabiat ini dapat membantu si pencari memperbaiki teknik mencari maklumatnya, di samping mempertingkatkan keberkesanan pencarian dari aspek ketepatan maklumat yang dijumpai dan masa yang diperlukan.

Sumber: http://menguasaiinternet.danauilmu.net/V1/?page_id=389

Kemahiran MenyoalPendahuluan

Kemahiran menyoal dalam sesi pengajaran dan Pembelajaran adalah salah satu kaedah yang

digunakan oleh guru untuk mendapatkan tindak balas daripada pelajar sama ada mereka memahami

atau tidak tajuk yang disampaikan. Selain itu, soalan juga dapat membantu pelajar secara langsung

dalam meningkatkan prestasi pelajaran mereka.

Teknik menyoal adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Soalan digunakan untuk

mendapatkan maklumat atau jawapan daripada pelajar. Khususnya, guru menggunakan teknik

menyoal untuk memastikan sama ada mereka memahami pelajaran baru.Selain itu, menyoal juga

mempunyai nilai sosial kemasyarakatan dengan menyoal dapat membantu pelajar mengukuhkan

hubungan dan menyatukan kumpulan melalui interaksi hati ke hati.Walaubagaimanapun, guru harus

memberi perhatian terhadap teknik menyoal kerana kekerapan memberikan soalan boleh menjadi

alat dan jalan untuk menghasilkan pengajran yang baik ( Groisser, 1964 : 193 )

OBJEKTIF PENYOALAN

Secara umumnya apabila guru ingin menyoal pelajar, guru akan memberi soalan kepada keseluruhan

kelas. Setelah memberi mereka waktu untuk memikirkan jawapn, barulah guru memilih secara rawak

beberapa orang pelajar untuk menjawab soalan tersebut. Kaedah menyoal yang betul seperti ini

dapat membangkitkan kecerdasan serta menggalakkan pelajar untk berfikir. Kaedah ini juga dapat

merangsang pemikiran pelajar.

Selain itu, tujuan menyoal adalah untuk memperoleh maklum balas tentang pengajaran dan

pembelajaran. Tambahan pula bahawa kebanyakan penilaian adalah bergantung kepada soalan,

maksudnya bahawa setiap soalan mesti ada objektifnya iaitu:

a) Menggerak Minda Murid

Guru dapat merangsang dan mencungkil fikiran pelajar semasa sesi soal jawab dengan

menggunakan teknik soalan kemahiran berfikir kreatif dan kritis terutamanya ketika mengajar tajuk

baru. Pada masa yang sama, guru boleh menimbulkan minat dan rasa ingin tahu pelajar semasa sesi

soal jawab dijalankan.

b) Menilai Pemahaman Pelajar

Guru dapat mengukur tahap kefahaman pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang

dilaksanakan. Sesi soal jawab merupakan satu latihan sebelum menghadapi ujian atau peperiksaan.

c) Membimbing Pelajar

Pelajar biasanya sering menunjukkan kelemahan dalam memberikan jawapan. Dalam kaedaan ini

guru hendaklah tidak terus menyalahkan jawapan pelajar. Sebaliknya, guru wajar menggunakan

teknik soalan yang memberikan panduan kearah jawapan yang dikehendaki sehingga pelajar

menyedari kesilapan mereka dan cuba membetulkan kesalahan itu.

d) Merantas Pembelajaran

Proses pembelajaran pelajar harus berlaku secara aktif sepanjang masa. Bentuk soalan boleh juga

menggunakan konsep yang diperoleh dalam sesuatu mata pelajaran kepada situasi yang lain.

(Kamarul &Abd. Halim,2007 : 181 )

e) Menggalakkan Mutu Pemikiran Yang Tinggi

Soalan yang dibuat mestilah mempunyai unsur penganalisisan, penggabungan atau sintesis dan

penilaian( Zawawi,1988:215)

f) Mengekalkan Perhatian Murid

Guru dapat mengenal pasti tingkah laku pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran sedang

berlaku. Jika guru ternampak pelajarnya sedang berkhayal atau leka, teknik soalan boleh digunakan

untuk mengembalikan semula perhatiannya tanpa memarahi dan mengherdik pelajar

terbabit( Zawawi, 1988: 215 )

g) Mengeratkan Interaksi

Tujuan menyoal juga dapat mengeratkan interaksi antara guru dengan murid dan sesama murid.

Interaksi guru-murid, murid-guru dan murid sesama murid penting kerana dapat mewujudkan

suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik dan garmoni ( Zawawi, 1988 : 216 )

Objektib yang telah disebutkan di atas, menjadi asas tujuan guru menggunakan tekni menyoal

kepada para pelajar di dalam kelas. Dengan menggunakan teknik menyoal yang betul, sudah pasti

suasana kelas akan lebih aktif dan seturusnya pengajaran dan pembelajaran guru akan lebih

berkesan.

ARAS-ARAS PENYOALAN

Soalan-soalan yang hendak dikemukakan dalam aktiviti pengajaran guru hendaklah dipelbagaikan

mengikut peringkat aras-aras penyoalan. Bloom dalam bukunya “ Taxonomy of Education objective”

membahagikan enam peringkat aras-aras penyoalan:

۞ Pengetahuan

۞ Kefahaman

۞ Aplikasi

۞ Analisis

۞ Sintesis

۞ Penilaian

Enam aras ini boleh diaplikaskan dalam mata pelajaran Pengetahuan Ugama Islam di sekolah-

sekolah menengah. Sebagai contoh, ketika guru mengajar pelajaran Tauhid, dalam tajuk khas Ilmu

Tauhid. Guru boleh menggunakan soalan dalam pelbagai bentuk aras seperti berikut:

PENGETAHUAN

Soalan-soalan diperingkat ini bertujuan menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas,

istilah, erti, hukum, difinisi, tarikh, tempat dan nama-nama yang telah dipelajari.

Perkataan yang biasa digunakan ialah namakan, nyatakan,berikan, terangkan, siapa, apa, mana, bila

dan senaraikan.

Contoh:

1) Berikan pengertian Ilmu Tauhid?

2) Nyatakan nama-nama lain bagi ilmu Tauhid ?

KEFAHAMAN

Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji keboleham calon memahami, menterjemah dan

meninterpretasikan fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari.

Perkataan-perkataan yang biasa digunakan ialah terangkan, tuliskan, mengapa, huraikan dan lain-

lain.

Contoh:

1) Mengapa Ilmu Usuluddin dinamakan juga sebagai ilmu Tauhid ?

2) Terangkan ilmu Ma’rifat yang telah kamu pelajari ?

APLIKASI

Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep,

prinsip dan kemahiran yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah.

Perkataan-perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kerakan, gunakan,

huraikan dan lain-lain.

Contoh :

1) Huraikan kepentingan mempelajari ilmu Tauhid ?

2) Bagaimana kita mengenal Allah ?

ANALISIS

Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji keboleham calon membuat perbandingan dan

menghuraikan faktor-faktor Perbezaan, kesamaan dan hubungkait antara satu sama lain.

Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, Analisis, cerkinkan, asingkan,

bahagikan dan sebagainya.

Contoh :

1) Bezakan maksud ilmu Kalam dan ilmu Ma’rifat ?

2) Bandingkan ilmu Tauhid dan ilmu Fiqh ?

SINTESIS

Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon menggabungkan, mengintegrasikan

atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisiskan melalui

prinsip induksi atau deduksi.

Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan,

bentukkan ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan dan lain-lain.

Contoh:

1) Rumuskan tentang nama-nama lain dalam ilmu Tauhid ?

2) Buat kesimpulan tentang perkara-perkara dalam Rukun Iman ?

PENILAIANNN

Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon membuktikan, mengesahkan,

memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu pernyataan, ciptaan,

karya, perinsip, teori dan lain-lain.

Perkataan yang biasa diunakan seperti beri kritikan, buktikan, nilaikan, berikan komen dan

sebagainya.

Contoh :

1) Berikan pendapat kamu tentang orang yang engkar tentang percaya adanya Allah ?

2) Berikan dalil Naqli dan dalil Aqli tentang adanya Allah Ta’ala ?

Pendahuluan

Kemahiran menyoal dalam sesi pengajaran dan Pembelajaran adalah salah satu kaedah yang

digunakan oleh guru untuk mendapatkan tindak balas daripada pelajar sama ada mereka memahami

atau tidak tajuk yang disampaikan. Selain itu, soalan juga dapat membantu pelajar secara langsung

dalam meningkatkan prestasi pelajaran mereka.

Teknik menyoal adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Soalan digunakan untuk

mendapatkan maklumat atau jawapan daripada pelajar. Khususnya, guru menggunakan teknik

menyoal untuk memastikan sama ada mereka memahami pelajaran baru.

Selain itu, menyoal juga mempunyai nilai sosial kemasyarakatan dengan menyoal dapat membantu

pelajar mengukuhkan hubungan dan menyatukan kumpulan melalui interaksi hati ke

hati.Walaubagaimanapun, guru harus memberi perhatian terhadap teknik menyoal kerana kekerapan

memberikan soalan boleh menjadi alat dan jalan untuk menghasilkan pengajran yang baik ( Groisser,

1964 : 193 )

OBJEKTIF PENYOALAN

Secara umumnya apabila guru ingin menyoal pelajar, guru akan memberi soalan kepada keseluruhan

kelas. Setelah memberi mereka waktu untuk memikirkan jawapn, barulah guru memilih secara rawak

beberapa orang pelajar untuk menjawab soalan tersebut. Kaedah menyoal yang betul seperti ini

dapat membangkitkan kecerdasan serta menggalakkan pelajar untk berfikir. Kaedah ini juga dapat

merangsang pemikiran pelajar.

Selain itu, tujuan menyoal adalah untuk memperoleh maklum balas tentang pengajaran dan

pembelajaran. Tambahan pula bahawa kebanyakan penilaian adalah bergantung kepada soalan,

maksudnya bahawa setiap soalan mesti ada objektifnya iaitu:

a) Menggerak Minda Murid

Guru dapat merangsang dan mencungkil fikiran pelajar semasa sesi soal jawab dengan

menggunakan teknik soalan kemahiran berfikir kreatif dan kritis terutamanya ketika mengajar tajuk

baru. Pada masa yang sama, guru boleh menimbulkan minat dan rasa ingin tahu pelajar semasa sesi

soal jawab dijalankan.

b) Menilai Pemahaman Pelajar

Guru dapat mengukur tahap kefahaman pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang

dilaksanakan. Sesi soal jawab merupakan satu latihan sebelum menghadapi ujian atau peperiksaan.

c) Membimbing Pelajar

Pelajar biasanya sering menunjukkan kelemahan dalam memberikan jawapan. Dalam kaedaan ini

guru hendaklah tidak terus menyalahkan jawapan pelajar. Sebaliknya, guru wajar menggunakan

teknik soalan yang memberikan panduan kearah jawapan yang dikehendaki sehingga pelajar

menyedari kesilapan mereka dan cuba membetulkan kesalahan itu.

d) Merantas Pembelajaran

Proses pembelajaran pelajar harus berlaku secara aktif sepanjang masa. Bentuk soalan boleh juga

menggunakan konsep yang diperoleh dalam sesuatu mata pelajaran kepada situasi yang lain.

(Kamarul &Abd. Halim,2007 : 181 )

e) Menggalakkan Mutu Pemikiran Yang Tinggi

Soalan yang dibuat mestilah mempunyai unsur penganalisisan, penggabungan atau sintesis dan

penilaian( Zawawi,1988:215)

f) Mengekalkan Perhatian Murid

Guru dapat mengenal pasti tingkah laku pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran sedang

berlaku. Jika guru ternampak pelajarnya sedang berkhayal atau leka, teknik soalan boleh digunakan

untuk mengembalikan semula perhatiannya tanpa memarahi dan mengherdik pelajar

terbabit( Zawawi, 1988: 215 )

g) Mengeratkan Interaksi

Tujuan menyoal juga dapat mengeratkan interaksi antara guru dengan murid dan sesama murid.

Interaksi guru-murid, murid-guru dan murid sesama murid penting kerana dapat mewujudkan

suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik dan garmoni ( Zawawi, 1988 : 216 )

Objektib yang telah disebutkan di atas, menjadi asas tujuan guru menggunakan tekni menyoal

kepada para pelajar di dalam kelas. Dengan menggunakan teknik menyoal yang betul, sudah pasti

suasana kelas akan lebih aktif dan seturusnya pengajaran dan pembelajaran guru akan lebih

berkesan.

ARAS-ARAS PENYOALAN

Soalan-soalan yang hendak dikemukakan dalam aktiviti pengajaran guru hendaklah dipelbagaikan

mengikut peringkat aras-aras penyoalan. Bloom dalam bukunya “ Taxonomy of Education objective”

membahagikan enam peringkat aras-aras penyoalan:

۞ Pengetahuan

۞ Kefahaman

۞ Aplikasi

۞ Analisis

۞ Sintesis

۞ Penilaian

Enam aras ini boleh diaplikaskan dalam mata pelajaran Pengetahuan Ugama Islam di sekolah-

sekolah menengah. Sebagai contoh, ketika guru mengajar pelajaran Tauhid, dalam tajuk khas Ilmu

Tauhid. Guru boleh menggunakan soalan dalam pelbagai bentuk aras seperti berikut:

PENGETAHUAN

Soalan-soalan diperingkat ini bertujuan menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas,

istilah, erti, hukum, difinisi, tarikh, tempat dan nama-nama yang telah dipelajari.

Perkataan yang biasa digunakan ialah namakan, nyatakan,berikan, terangkan, siapa, apa, mana, bila

dan senaraikan.

Contoh:

1) Berikan pengertian Ilmu Tauhid?

2) Nyatakan nama-nama lain bagi ilmu Tauhid ?

KEFAHAMAN

Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji keboleham calon memahami, menterjemah dan

meninterpretasikan fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari.

Perkataan-perkataan yang biasa digunakan ialah terangkan, tuliskan, mengapa, huraikan dan lain-

lain.

Contoh:

1) Mengapa Ilmu Usuluddin dinamakan juga sebagai ilmu Tauhid ?

2) Terangkan ilmu Ma’rifat yang telah kamu pelajari ?

APLIKASI

Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep,

prinsip dan kemahiran yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah.

Perkataan-perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kerakan, gunakan,

huraikan dan lain-lain.

Contoh :

1) Huraikan kepentingan mempelajari ilmu Tauhid ?

2) Bagaimana kita mengenal Allah ?

ANALISIS

Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji keboleham calon membuat perbandingan dan

menghuraikan faktor-faktor Perbezaan, kesamaan dan hubungkait antara satu sama lain.

Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, Analisis, cerkinkan, asingkan,

bahagikan dan sebagainya.

Contoh :

1) Bezakan maksud ilmu Kalam dan ilmu Ma’rifat ?

2) Bandingkan ilmu Tauhid dan ilmu Fiqh ?

SINTESIS

Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon menggabungkan, mengintegrasikan

atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisiskan melalui

prinsip induksi atau deduksi.

Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan,

bentukkan ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan dan lain-lain.

Contoh:

1) Rumuskan tentang nama-nama lain dalam ilmu Tauhid ?

2) Buat kesimpulan tentang perkara-perkara dalam Rukun Iman ?

PENILAIANN

Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon membuktikan, mengesahkan,

memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu pernyataan, ciptaan,

karya, perinsip, teori dan lain-lain.

Perkataan yang biasa diunakan seperti beri kritikan, buktikan, nilaikan, berikan komen dan

sebagainya.

Contoh :

1) Berikan pendapat kamu tentang orang yang engkar tentang percaya adanya Allah ?

2) Berikan dalil Naqli dan dalil Aqli tentang adanya Allah Ta’ala ?

Sumber: http://ibnuziad.wordpress.com/2010/03/04/kemahiran-menyoal/

Kemahiran Penyoalan (http://miji75tm.blogspot.com/2011/02/kemahiran-penyoalan.html)

KEMAHIRAN PENYOALAN

1.0. OBJEKTIF.

Di akhir pengajaran pelajar akan mempelajari dan memahami :

1.1. Prinsip panduan penggunaan kemahiran penyoalan.

1.2. Objektif penyoalan.

1.3. Kesan kemahiran penyoalan ke atas pengajaran- pembelajaran.

1.4. Komponan kemahiran penyoalan.

1.5. Cara pengendalian pengajaran mikro.

2.0. KEMAHIRAN PENYOALAN.

2.1. Teknik menyoal merupakan teknik yang penting dalam pengajaran guru.

2.2. Hampir semua proses p & p melibatkan penggunaan teknik menyoal.

2.3. Dalam set induksi kemahiran penyoalan digunakan untuk membantu pelajar

mengingat kembali pengetahuan lepas.

2.4. Dalam peringkat perkembangan kemahiran penyoalan adalah untuk

mencungkil fikiran pelajar.

2.5. Di peringkat penutup, kemahiran penyoalan digunakan untuk menilai

pencapaian objektif pelajaran.

2.6. Kaedah socrates adalah satu kaedah yang menggunakan satu siri soalan untuk membimbing pelajar menemui sesuatu kesimpulan.

3.0. PRINSIP PANDUAN PENGGUNAAN KEMAHIRAN PENYOALAN.

Untuk menggunakan kemahiran penyoalan dengan berkesan dalam aktivitipengajaran, guru haruslah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip berikut:

3.1. Pembentukan soalan.

 Aras soalan hendaklah sesuai mengikut umur, kebolehan dan pengalaman pelajar. contohnya aras rendah seperti pengetahuan dan pemahaman bagi kanak-kanak prasekolah.

 Guru haruslah merancang jenis-jenis soalan yang berkaitan sebelum aktiviti pengajaran dimulakan.contohnya soalan betul salah, isi tepat kosong. Padankan bersesuaian dengan kanak-kanak prasekolah.

 Perkataan dan istilah yang digunakan haruslah mudah difahami oleh kanak-kanak. Sesuai dengan peringkat umur contohnya istilah yang tidak sesuai digunakan seperti rumuskan, tafsirkan, buat hipotesis dan sebagainya.

 Bentuk soalan hendaklah diubah dari masa ke semasa untuk menarik minat pelajar. Contohnya siapa, kenapa, bila, apa dan lain-lain lagi.

 Bentuk soalan yang mendorong pelajar berfikir. elakkan soalan yang mengandungi jawapan sendiri seperti

“bumi kita berbentuk sfera yang besar, betulkah?”

 Bentuk soalan haruslah ringkas, tepat dan jelas.

3.2. Teknik mengemukakan soalan

 Untuk menggalakkan setiap pelajar memikirkan jawapan ,guru haruslah mengemukakan soalan terlebih dahulu, berhenti sekejap untuk memberi masa mereka berfikir, kemudian menyebut namanya supaya menjawab.

 Tujukan soalan kepada seluruh klas dan bukan kepada pelajar cerdas sahaja. Elakkan memberi soalan mengikut susunan tempat duduk pelajar dalam kelas.

 Untuk memastikan semua pelajar mengambil perhatian terhadap jawapan yang diberi oleh seorang pelajar , guru boleh memanggil seorang pelajar lain

 Mengulang jawapan pelajar itu.

 Untuk menarik perhatian pelajar guru hanya menyebut soalan sekali sahaja dengan syarat sebutan guru cukup lantang dan jelas didengar oleh semua pelajar. Pastikan juga semua pelajar telah bersedia mendengar soalan guru

3.3. Penerimaan Jawapan Pelajar.

 Pujian hendaklah diberikan kepada pelajar yang telah memberi jawapan yang betul untuk menggalakkan pelajar berusaha memberi jawapan dengan baik.

 Elakkan amalan mengulangi jawapan pelajar. Ini akan menggalakkan pelajar lain tidak memperdulikan jawapan yang diberi oleh pelajar.

 Jika jawapan yang diberi adalah baik dan penting, minta pelajar lain mengulangi jawapan itu.

 Jika jawapan kurang lengkap, minta pelajar lain melengkapkannya atau guru boleh memberi maklumat kepada jawapannya.

 Jika pelajar tidak boleh menjawab,guru boleh mengubah aras soalan ke peringkat yang lebih rendah atau memberi petua-petua yang berkaitan.

 Guru hendaklah melarang pelajar memberi jawapan secara beramai-ramai. Memberi jawapan secara beramai-ramai bukanlah tujuan menyoal.

 Elakkan diri daripada mengejek pelajar yang memberi jawapan salah atau jawapan bersifat bodoh. Ini untuk mendorong pelajar supaya sentiasa berusaha dan cuba menjawab soalan guru.

4.0. OBJEKTIF OBJEKTIF PENYOALAN.

4.1. Menguji pengetahuan dan kefahaman pelajar. Penilaian terhadap P&P pada

hari tersebut dan juga untuk mendapatkan pengalaman sedia ada mereka.

4.2. Merangsang dan mencungkil fikiran pelajar. Mewujudkan intraksi dua hala

dan menggalakkan mereka terlibat secara langsung dalam P&P.

4.3. Membimbing pelajar menggunakan kaedah inkuiri- penemuan untuk

membuat kesimpulan atau menyelesaikan sesuatu masalah kompleks. Guru

sebagai pembimbing bukan memberi jawapan.

4.4. Menarik perhatian pelajar supaya menumpukan perhatian kepada aktiviti

pengajaran guru atau kepada sesuatu penegasan. Kerana mereka akan

ditanya selepas sesuatu aktiviti.

4.5. Menilai keberkesanan pengajaran guru dan pencapaian objektif pelajaran.

Guru akan dapat membuat refleksi terhadap proses P&P pada hari itu.

4.6. Membantu kanak-kanak untuk lebih fokus memahami pelajaran dan

bersedia untuk setiap latihan yang akan diberikan.

4.7. Menjalin hubungan baik di antara guru dengan pelajar melalu aktiviti soal

jawab. Kanak-kanak tidak akan mengganggap guru sebagai orang asing.

4.8. Membantu pelajar mengukuhkan konsep dan kefahaman yang baru

dipelajari pada peringkat akhir pelajaran.

4.9. Menimbulkan minat dan rasa ingin tahu pelajar dengan mengemukakan

soalan yang mencabar. Mengembangkan perkembangan kognitif mereka.

4.10. Mengembangkan daya pemikiran pelajar melalui satu siri soalan terancang.

4.11. Melibatkan pelajar secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

4.12. Memberi contoh serta menggalakkan pelajar supaya berani menyoal apabila

mereka ada keraguan atau kurang faham.

5.0. KESAN KEMAHIRAN PENYOALAN KE ATAS PENGAJARAN –

PEMBELAJARAN

5.1. Melalui aktiviti soal jawab, pelajar- pelajar akan melibatkan diri secara aktif

dalam aktiviti pembelajaran mereka.

5.2. Minat pelajar terhadap pelajaran akan bertambah dan mendorong mereka

memberi perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru. Kesannya ialah pelajar dapat belajar sesuatu dengan lebih menyeluruh dan berkesan.

5.3. Daya pemikiran pelajar dapat dikembangkan kepada tahap yang lebih tinggi.

5.4. Dengan soalan menguji pengetahuan lepas pelajar, guru boleh merancang

aktiviti pengajaran yang sesuai berdasarkan jawapan pelajar. Kesannya ialah pelajar dapat mengikuti pelajaran dengan lebih bermakna dan mudah difahami.

5.5. Soalan digunakan sebagai aktiviti penilaian akan membolehkan guru

mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar. Kesannya ialah membolehkan guru merancang aktiviti pengayaan, pemulihan atau aktiviti pengajaran yang selanjutnya dengan lebih berkesan.

5.6. Melalui aktiviti soal jawab, perhubungan guru dan pelajar dapat dijalin dengan

baik. Pelajar akan menyukai pengajaran guru dan tidak merasa segan atau malu untuk bertanya kepada guru apabila mereka menghadapi masalah dalam pembelajaran.

5.7. Menggunakan soalan- soalan untuk menolong pelajar mengulang kaji pelajaran

akan menambah prestasi mereka dalam peperiksaan.

5.8. Penyoalan dapat membantu pelajar mengukuhkan konsep- konsep yang baru

yang dipelajari.

6.0. KOMPONEN-KOMPONEN KEMAHIRAN PENYOALAN.

6.1. Kemahiran penyoalan mempunyai lapan jenis komponen Kemahiran, iaitu:

 pembentuk soalan ,

 fokus (tunggal),

 fokus (pelbagai)

 sebaran,

 hentian,

 melayani jawapan,

 memberi petunjuk dan

 mencungkil fikiran.

7.0. PENYOALAN MENCUNGKIL FIKIRAN.

7.1. Kemahiran ini digunakan untuk mencungkil fikiran pelajar sehingga mereka

memberi satu jawapan yang tepat dan sempurna. Tujuan menggunakan

kemahiran ini ialah untuk menolong pelajar- pelajar berfikir secara mendalam

supaya memahami sesuatu fakta, konsep, hukum atau dengan lebih jelas lagi.

7.2. Kemahiran mengunakan soalan untuk mencungkil fikiran pelajar boleh

dijalankan dengan menyediakan beberapa soalan yang berkenaan serta

berkaitan, kemudian mengemukakan soalan- soalan itu mengikut susunan

yang sesuai.

7.3. Misalnya, untuk menolong pelajar memahami Konsep pecahan tak wajar

dengan tepat dan lengkap, guru boleh mengemukakan beberapa soalan seperti

yang berikut untuk mencungkil fikiran pelajarnya :

Guru : Apa dia pecahan tak wajar?

Pelajar : Pecahan tak wajar adalah pecahan yang empunya

pengangka yang lebih besar daripada penyebutnya.

Guru : Sila berikan beberapa contoh pecahan tak wajar.

Pelajar : 4 , 5 , 14 , a , a>b.

3 2 9 b

Guru : Bagaimana 4 , 8 , 11, a ?

4 8 11 a

Pelajar : Itu juga disebut pecahan tak wajar

Guru : Jadi, apa dia pecahan tak wajar ?

Pelajar : Pecahan tak wajar ialah pecahan yang mempunyai

pengangka yang sama atau lebih besar daripada penyebutnya.

8.0. ARAS- ARAS PENYOALAN.

8.1. Selain teknik menyoal, kemahiran mempelbagaikan jenis soalan mengikut aras- arasnya juga boleh dikuasai melalui pengajaran mikro

Aras kemahiran soalan boleh dikelaskan kepada enam peringkat seperti yang dinyatakan oleh Bloom dalam bukunya ‘ taxonomy of education objectives’ . Peringkat- peringkat itu ialah :

1. Pengetahuan 2. Kefahaman

3. Aplikasi 4. Analisis

5. Sintesis 6. Penilaian

8.2. CONTOH- CONTOH SOALAN MENGIKUT TAKSONOMI BLOOM

8.2.1. PENGETAHUAN

 Peringkat ini menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas, istilah, erti, hukum, definisi, tarikh, tempat dan nama yang telah dipelajari. Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan berperingkat pengetahuan ialah namakan, berikan, nyatakan, terangkan, senaraikan, siapa, apa, bila, mana dan sebagainya.

 Contoh :

a) Beri definisi ‘tingkah laku responden’

b) Senaraikan 3 langkah mengajar pelajar yang membaca

c) Siapakah mencipta lampu elektrik yang pertama?

 Bagi kanak-kanak prasekolah, guru boleh menggunakan soalan seperti berikut:

a) Siapakah nama kawan baik awak?

b) Apakah pekerjaan bapa awak?

c) Di manakah letaknya rumah awak?

d) Apakah nama hari selepas hari ahad?

8.2.2. KEFAHAMAN

 Peringkat ini menguji kebolehan cara menterjemah, memahami dan menginterprestasikan fakta asa, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari. Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan berperingkat kefahaman ini ialah : terangkan, huraikan, ringkaskan, nyatakan, tukarkan, tuliskan,jelaskan, mengapa dan sebagainya.

 Contoh :

(a) Mengapa 3 x 8 = 24?

(b) Terangkan dengan perkataan anda sendiri tentang taksonomi bloom

(c) Huraikan maksud ‘pancaindera’.

 Bagi kanak-kanak prasekolah, guru boleh menggunakan soalan seperti berikut:

a) Mengapa kita potong kuku?

b) Mengapakah burung boleh terbang?

c) Tuliskan huruf A hingga Z menggunakan huruf besar.

8.2.3. APLIKASI

 Peringkat aplikasi menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah. Perkataan yang biasanya digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kirakan, gunakan, huraikan, dan sebagainya.

 Contoh :

(a) Bagaimana kita mengajar pelajar supaya mereka boleh membuat ayat dengan menggunakan perkataan

‘ berdikari ‘?

(b) Kirakan luas segitiga bersudut tegak yang mempunyai panjang sisi 3 cm, 4 cm, 5 cm.

(c) Dengan menggunakan kaedah inkuiri – penemuan, terangkan bagaimana anda membimbing pelajar- pelajar anda memahami ciri- ciri tanah.

 Bagi kanak-kanak prasekolah, guru boleh menggunakan soalan seperti berikut:

a) Bagaimanakah untuk menukarkan air yang berwarna putih menjadi merah?

b) Selesaikan hasil tambah 2 biji guli yang sedia ada dengan 3 biji guli yang diberikan oleh bapa.

c) Carikan 3 perbezaan daripada gambar 1 dengan gambar 2.

8.2.4 PERINGKAT ANALISIS

 Peringkat ini menguji kebolehan calon membuat perbandingan dan menghuraikan faktor- faktor perbezaan, kesamaan dan

perhubungan. Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan peringkat ini ialah bandingkan, bezakan, menganalisiskan, mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan, dan sebagainya.

 Contoh :

(a) Bezakan maksud ‘ bersama dengan ‘bersama- sama’

(b) Yang manakah ujian yang lebih sesuai digunakan dalam penilaian kemajuan : ‘ujian objektif atau ujian subjektif ? Mengapa?

(c) Bandingkan kelebihan bekerja di bandar dengan luar bandar

 Pada peringkat ini, guru tidak digalakkan untuk memberi soalan kepada kanak-kanak prasekolah kerana tidak bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Guru prasekolah boleh memberikan soalan tetapi dalam bentuk yang mudah seperti:

a) Bandingkan dari segi saiz kaki gajah dengan kaki tikus.

b) Bezakan malam dengan siang. Warnakan suasana siang sahaja.

c) Bezakan daun dengan bunga. Warnakan bunga sahaja.

8.2.5 PERINGKAT SINTESIS

 Peringkat sintesis ini menguji kebolehan pelajar menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsirkan dan merumuskan hasil yang dianalisiskan melalui prinsip induksi atau deduksi. Perkataan yang biasanya digunakan dalam peringkat sintesis ini alah rumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan, ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan, dan sebagainya.

 Contoh

a) Gubahkan satu puisi bertajuk ’Nelayan,.

b) Dengan menggunakan kaedah induksi, rumuskan hukum tukar tertib bagi operasi darab.

c) Bincangkan unsur-unsur kebudayaan yang boleh dipertimbangkan untuk mengintegrasikannya dalam Falsafah Pendidikan Negara.

 Pada peringkat ini, guru tidak digalakkan untuk memberi soalan kepada kanak-kanak prasekolah kerana tidak bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Guru prasekolah boleh memberikan soalan tetapi dalam bentuk yang mudah seperti:

a) Dengan menggabungkan 2 jenis warna merah dan putih, warnakan diatas kertas dan lihat hasil warna yang baru. Namakan warna tersebut.

b) Bincangkan warna-warna yang boleh digunakan untuk menghasilkan warna kuning.

c) Bentukkan bentuk rumah dengan menggunakan blok-blok yang diberikan.

8.2.6 PERINGKAT PENILAIAN

 Peringkat ini adalah peringkat yang tertinggi dan digunakan untuk menguji kebolehan pelajar membuktikan , mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu kenyataan, ciptaan , karya, prinsip, teori dan sebagainya.

 Contoh :

(a) Kritikan puisi ‘nelayan’ yang ditulis oleh Usman Awang

(b) Buktikan a2 =b2 + c2 dalam sebuah segitiga bersudut tegak dimana a ialah panjang sisi hipotenuse, b dan c ialah panjang sisi yang lain.

(c) ‘pendidikan kemajuan asas negara ‘ nilaikan

 Pada peringkat ini, guru tidak digalakkan untuk memberi soalan kepada kanak-kanak prasekolah kerana tidak bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Guru prasekolah boleh memberikan soalan tetapi dalam bentuk yang mudah seperti:

a) Beri pendapat awak tentang apa yang dilakonkan oleh guru tadi.

b) Beri pendapat awak tentang lukisan yang dilukis oleh kawan awak ini.

c) Beri pendapat awak tentang pakaian yang dipakai oleh guru pada hari ini.

8.3. Di dalam aktivti pengajaran mikro, aras- aras kemahiran penyoalan biasanaya

digunakan sampai ke peringkat analisi sahaja. Peringkat sintesis dan penilaian tidak sesuai digunakan bagi pelajar yang memberi jawapan secara lisan, memandangkan, kebanyakan soalannya berbentuk divergen, kecuali untuk kemahiran membincang.

8.4. Lazimnya penyoalan konvergen, iaitu fokus soalan yang menumpukan kepada

satu idea, digunakan bersama- sama dengan aras- aras kemahiran penyoalan. Misalnya, dari segi kemahiran menggunakan soalan konvergen untuk pengajaran matematik, guru dapat menggunakan beragai-bagai jenis soalan untuk menguji pengetahuan, kefahaman penggunaan serta kemahiran menganalisis yang diperolehi oleh pelajar tentang penguasaan matematik mengikut Taksonomi Bloom. Contoh- contoh soalan konvergen mengikut peringkat- peringkat yang disebutkan adalah diberikan seperti berikut :

8.5 Peringkat pengetahuan

(a) Sebutkan rumus luas sfera

(b) Apakah maksud ‘senti’ dalam sentimeter?

 Bagi kanak-kanak prasekolah, guru boleh menggunakan soalan konvergen seperti berikut:

a) Tuliskan simbol hasil tambah.

b) Tuliskan simbol hasil tolak.

8.6. Peringkat kefahaman

(a) Terangkan maksud 3 x 5 = 15

(b) Apakah hukum tukar tertib bagi operasi 2 = 8?

 Bagi kanak-kanak prasekolah, guru boleh menggunakan soalan konvergen seperti berikut:

a) Apakah hasil tambah akan menjadikan jumlah semakin bertambah atau berkurang.

b) Apakah hasil tolak akan menjadikan jumlah semakin bertambah atau berkurang.

8.7. Peringkat penggunaan

(a) Gunakan hukum sekutuan untuk mendapatkan jawapan bagi operasi 213 + 75 + 25 denagn lebih cepat

(b) Kirakan perimeter sebuah segiempat sama sisi apabila luasnya ialah 16cm2.

 Bagi kanak-kanak prasekolah, guru boleh menggunakan soalan konvergen seperti berikut:

a) Dengan menggunakan hasil tambah, jumlahkan 2 guli dengan 3 guli supaya akan menjadikan jumlah guli semakin banyak?

b) Berapakah guli yang diperlukan untuk ditambah dengan 2 supaya jawapannya menjadi 8?

8.8. Peringkat analisis.

(a) Apakah perbezaan di antara segitiga sama sisi dan segitiga sama kaki?

(b) Apakah ciri- ciri persamaan yang didapati di antara prisma dengan kubus?

 Bagi kanak-kanak prasekolah, guru boleh menggunakan soalan konvergen seperti berikut:

a) Apakah perbezaan dari segi jumlah kaki di antara 4 kaki gajah dengan 2 kaki manusia?

b) Apakah persamaan dari segi jumlah diantara kaki gajah dan kaki harimau?

9.0. CARA PENGENDALIAN MIKRO

9.1 Semasa merancang aktiviti pengajaran mikro berasakan kepada kemahiran

penyoalan, guru pelatih hendaklah menyediakan berbagai- bagai jenis soalan seperti konvergen dan soalan divergen mengikut beberapa aras kemahiran penyoalan yang boleh mencungkil fikiran pelajar.

9.2. Semasa menjalankan aktiviti pengajaran mikro, guru pelatih yang terlibat

harus cuba menggunakan teknik menyoal mengikut prinsip- prinsip panduan dan merujuk kepada komponen- komponen kemahiran penyoalan yang disarankan dalam rajah 6.2.

9.3 Pensyarah dan guru- guru pelatih yang dipilih unuk menilai boleh menggunakan borang bimbingan kemahiran penyoalan berikut. (untuk memudahkan kerja

menilai, seorang dipilih menilai teknik menyoal, dan seorang yang lain menilai aras- aras kemahiran penyoalan). Lihat rajah10.0 dibawah:

10.0. BORANG BIMBINGAN KEMAHIRAN PENYOALAN.

Komponen kemahiran (teknik menyoal)

Nombor soalan

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15Pembentukan soalan :

Jelas ringkasn tepatFokus kepada setiap satu ideaFokus lebih daripada satu ideaSebaran ke seluruh kelasHentian yang sepatutMelayan jawapan dengan baikMemberi petunjuk atau petuaMencungkil fikiranAras- aras kemahiran 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15PengetahuanKefahamanAplikasiAnalisisSintesisPenilaianTandakan ( / ) pada ruang yang berkaitan denagn ciri- ciri yang dapat dilihat bagi tiap- tiap soalan yang dikemukakan dalam sesi pengajaran mikro.

Kemahiran maklumat

Dalam melakukan penyelidikan dan menulis penyelidikan sesuatu perkara, seseorang perlu memiliki

maklumat yang bersesuian dan berkaitan dengan maklumat yang diperlukan. Maklumat ialah fakta

atau perkara yang diperolehi dalam satu keterangan (Ahmad Khair Mohd Nor et al, 2005). Oleh itu,

maklumat boleh diperolehi daripada pelbagai sumber iaitu dari media cetak atau media elektronik.

Contohnya seperti televisyen, seminar, buku, jurnal, filem, internet, pendapat pakar, dan

sebagainya.

Menerusi pendidikan terdapat 3 komponen utama dalam kemahiran untuk mendapatkan

maklumat. Yang pertama ialah kemahiran mendapatkan maklumat, seterusnya kemahiran

memproses maklumat dan kemahiran menyampaikan maklumat. Oleh itu, bagi menambahkan

maklumat dan memperbaiki maklumat para pelajar perlu menguasai ketiga-tiga kemahiran tersebut

(Dahlia Janan, 2004). Berikut ialah jadual yang menunjukkan pecahan dalam 3 kemahiran maklumat

Kemahiran mencari maklumatMaklumat yang tepat menjamin ketepatan keputusan dan keberkesanan tindakan.

Tanpa maklumat tertentu sesetengah keputusan tidak dapat dibuat atau sekiranya

dibuat, boleh membawa akibat yang buruk dan mengaibkan.

Dalam dunia yang semakin berasaskan maklumat dan mengalami kebanjiran maklumat,

kita harus bijak mencari jalan bagi mendapat maklumat yang tepat dan

menggunakannya dengan berkesan.

Kemahiran mencari maklumat adalah sesuatu yang boleh dipelajari. Tetapi kemahiran

mencari maklumat juga bergantung kepada kedudukan ekonomi dan tempat di mana

kita berada.

Ada beberapa perkara penting yang perlu diketahui dan difahami untuk melengkapkan

diri sebagai pencari maklumat yang mahir dan aktif.

Pertama sekali adalah mengetahui dorongan / sebab mencari maklumat, diikuti dengan

memahami sikap manusia apabila berdepan dengan maklumat. Setiap orang

mempunyai dorongan yang berbeza semasa mencari maklumat. Ada yang

KEMAHIRAN MAKLUMAT

KEMAHIRAN MENDAPATKAN

MAKLUMAT

KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT

KEMAHIRAN MENYAMPAIKAN

MAKLUMAT

o Mendefinisikan keperluan maklumat

o Mengetahui kedudukan maklumat

o Mempersembah maklumat (dalam bentuk penulisan, pembentangan)

o Menilai laporan maklumat

o Memilih maklumat yang relevan

o Mengorganisasi maklumat yang dipilih (menyusun maklumat)

memerlukannya untuk tujuan ekonomi, kemasyarakatan, pendidikan dan lain-lain.

Dorongan yang berbeza ini membentuk persepsi dan motivasi yang berbeza pula

semasa berdepan dengan maklumat.

Manakala sikap atau psikologi manusia itu turut mempengaruhi kemahiran mereka

dalam mencari maklumat. Terdapat berbagai teknik untuk menganalisa sikap manusia

semasa berhubungan dengan dunia maklumat.

Salah satu teknik itu menunjukkan ada orang yang mencari maklumat sekadar di

permukaan, ada yang mencari secara mendalam dan ada pula yang bersifat meneroka

sejauh yang mungkin secara rawak.

Memahami keperluan maklumat diri dan cara diri kita mencari maklumat adalah satu

bentuk pemahaman di peringkat meta yang membolehkan kita menguasai kemahiran

maklumat pada tahap yang lebih baik.

Selain itu, kemahiran mencari maklumat juga bergantung kepada sejauh mana

seseorang itu tahu tentang bentuk dan sumber maklumat.

Maklumat boleh wujud dalam bentuk artifak, lukisan, imej, ensiklopedia, indeks, abstrak,

buku tahunan, almanak, jurnal, buku, majalah, cakera padat, mikrofilem, mikrofiche,

lisan, kaset, video dan banyak lagi.

Manakala sumber maklumat pula boleh jadi daripada manusia, bahan bercetak, bahan digital, bahan artifak, bahan filem, bahan seni, bahan bunyi dan lain-lain.

Kemahiran mencari maklumat bagi setiap bentuk dan sumber ini berbeza pula dan

memerlukan teknik yang berbeza juga untuk mendapat hasil yang sepatutnya.

Contohnya untuk mencari bahan digital melalui enjin carian Google, sekiranya

seseorang itu memahami konsep asas capaian kembali maklumat atau information

retrieval dia akan dapat mencari bahan dengan lebih tepat berbanding orang yang

tidak tahu. Begitu juga apabila ingin mencari bahan bercetak di perpustakaan, ada

peraturan asas penyusunan buku di perpustakaan yang perlu difahami seperti nombor

panggilan dan cara pengelasan bahan.

Termasuk dalam kemahiran mencari maklumat adalah kebolehan kita menduga di mana

bahan yang kita kehendaki berada. Ini perlu dipelajari berdikit-dikit melalui pengalaman

mencari maklumat yang terdahulu ataupun daripada pembacaan dan penerangan orang

lain.

Ada bahan digital yang boleh didapati di Internet, tetapi ada juga bahan yang kita tahu

wujud di dunia maya tetapi tidak boleh dicapai kecuali menggunakan kata laluan dan

sebagainya. Kita perlu peka dan menyiasat kewujudan bahan itu di tempat kita, mungkin

melalui institusi tertentu yang boleh membantu.

Ada juga bahan yang istimewa dan disimpan di tempat khusus dan memerlukan

kebenaran khusus untuk menggunakannya seperti artifak atau bahan arkib.

Terakhir sekali adalah kebolehan kita untuk menilai maklumat yang telah berjaya kita

cari, dan ini masih lagi merupakan rentetan daripada kemahiran kita mencari maklumat.

Kemahiran menilai maklumat ini wajar dibicarakan dalam satu ruangan lain yang akan

memberi kesempatan sebuah penerangan yang lebih sempurna.

Semua kemahiran mencari maklumat yang disebutkan di atas ada ditawarkan di pusat

pengajian tinggi oleh pihak perpustakaan. Malah di peringkat antarabangsa, kemahiran

ini dijadikan suatu subjek wajib bagi setiap fakulti dengan usaha sama antara pensyarah

dan pustakawan.

Walaupun masih jarang kedengaran perpustakaan awam di negara ini mengambil daya

usaha membuka kelas khas kemahiran mencari maklumat, tetapi ia patut dijadikan satu

agenda penting sesebuah perpustakaan.

Melalui cara ini perpustakaan dapat bergerak seiring dengan keperluan masyarakat

yang sentiasa berdepan dan adakalanya terbeban dengan kebanjiran maklumat. Usaha

untuk merentas jurang digital dan mengejar kemajuan teknologi negara maju pula harus

menjadi agenda penting negara supaya rakyat sendiri tidak tercicir dalam menguasai

maklumat, kerana maklumat adalah suatu bentuk kuasa.

Sumber: http://bukuria-malaysia.com/2008/06/kemahiran-mencari-maklumat/

**Rujukan Tambahan ialah fail PDF:http://jtp.ipgkti.edu.my/ppy/ppismptmk/sumber/bcb7.pdf

KULIAH 3: PROSES PENULISAN ILMIAHMencari Topik PenulisanMenjurus Topik TulisanMencari Sumber bahan dan membuat catatan

Menganalisis, menilai dan mentafsir bahanMenentukan format dan gaya penulisanPenulisanPenyemakan

Mencari topik dan menjurus topik bidangMencari topikTopik mesti baru atau mendekati tajuk daripada perspektif yang lain.1. Meneliti minat peribadi2. Berbicara dengan orang lain3. Menggunakan Imaginasi4. Membaca terbitan bidang5. Literature review

Menjuruskan topik tulisanApabila memperolehi sesuatu topik, bentuknya belum sempurna. Faktor-faktor ini akan menjadi asas sesuatu tulisan;1. Khalayak sasaran;a. Siapa pembaca/ kumpulan sasaranb. Perkara yang diketahui oleh pembaca tentang subjek atau topikc. Perkara yang perlu diberitahu kepada pembaca tentang topik.d. Perkara yang diminati oleh pembaca

2. Tujuan tulisan;a. Tujuan hujahanb. Tujuan analisisc. Tujuan penjelasan3. Kenyataan tesisa. Ayat lengkap, bukan frasa atau fragmenb. Ayat yang menyatakan pendirian atau pendekatan tertentuc. Ayat itu memerihalkan arah perbincangan penulisd. Ayat itu menonjolkan subjek yang wajar dikaji.

4.Topik bidang penulis:- Tulis tentang apa yang diketahui oleh penulis dan apa yang ingin diketahui.5. ancang model yang dipilih untuk mencerakin isi;- model sistem: rangka kasar isi dan susun idea dan isi mengikut kepentingan dan sub-idea/isi- model dialektika: penulisan perbincangan dan perbahasan tentang pelbagai isu semasa/ membahaskan persoalan abstrak dan bersifat falsafah spt. Perpaduan, persahabatan dll. Mencari jawapan terhadap persoalan yang timbul- Model hipotesis: model saintifik untuk menghurai dan menggarap keseluruhan maklumat dan idea yang dihimpun. Sesuai untuk tesis, disertasi dan laporan penyelidikan. Guna struktur sistematik;kenalpasti masalah - ungkapkan pernyataan tajuk - tajuk diselidiki - kumpul data pelbagai sumber - teori/hipotesis utk menjelaskan fenomena tajuk - analisa data utk sahkan hipotesis - kesimpulan - Model Gabungan: kombinasi ketiga-tiga model. Sesuai utk penulisan jurnal, tesis dan laporan.

Model sistem (rajah1)Peta MindaRangka asasPengenalanIsi 1Isi 2Isi 3Isi 4Isi 5Kesimpulan

Mencari sumber bahan dan membuat catatanSebelum membuat penyelidikan, penyiasatan perlu dilakukan untuk mencari bahan yang berkaitan dengan sesuatu topik atau dikatakan literature review1. Apakah jenis penyelidikan yang pernah dilakukan dalam bidang itu?2. Apakah yag ditemui dalam kajian-kajian sebelum ini?3. Apakah syor atau cadangan yang dikemukakan oleh pengkaji untuk kajian masa depan?4. Apakah yang belum dikaji lagi?5. Bagaimanakah kajian boleh meningkatkan pengetahuan kita dalam bidang itu?6. Apakah kaedah penyelidikan yang digunakan dalam kajian masa lalu?Mencari bahanPerpustakaan- buku, majalah,makalah dlla. Sistem kad katalogb. Sistem pengkalan datac. Mikrofilemd. OpacObservasiWawancaraSoalselidikLaman WebEksperimenKesMembuat CatatanUntuk tujuan ingatan.Bentuk catatan;- sistem kad- fotostate- Komputer bimbitPerkara dicatat;- Nama penulis- Judul rujukan- Nama terbitan- Nombor panggilan perpustakaan- Lokasi bahan- Catatan peribadi tentang kandungan bahan yang penting.- Kesesuaian bahan untuk bahagian/ topik yang berkaitan.

Menganalisis, menilai dan mentafsir bahanSebelum memilih kaedah analisis, perkara-perkara berikut perlu diteliti;

1. Bahan yang hendak diteliti2. Kaedah yang telah digunakan oleh pengkaji lain.3. Tempoh masa dan kos yang terlibatProses Analisis bahanProses menilai data – mengadun/ menganalisis data – membuat pentafsiran data dan analisis.Data ialah sebarang maklumat – angka, fakta, persepsi dll yang dikumpul untuk dianalisis.Sumber Data – Sumber primary dan sumber sekunderSumber primary – kaitan langsung dengan subjek kajian – temubual, observasi, laporan, autobiografi, diari, fail, artifak, tesis, minit mesyuarat, catatan pengembara dan karya asal pengarang.Sumber sekunder – sumber perantara subjek yang dikaji – ulasan, makalah, buku-buku ilmiah.

Sumber autoritatif – tulisan klasik atau tokoh yang sudah establish atau tokoh pengkaji sesutu bidang secara intensif dan ekstensif dan diakui keilmuannya – Imam al-Ghazali, al-Shafi’I, Abu Yusuf, Ahmad Ibrahim (undang-undang). Khoo Kay Kim (Sejarah Malaysia) dll.Sumber tidak berautoriti – penulisan dari yang tidak dikenali dalam bidang-bidang berkenaan.

Laman Web – rasmi sahaja dari badan-badan kerajaan dan Ngo/ swasta tetapi memerlukan sokongan lain – catat nama badan pemilik laman, tajuk makalah, tarikh dipetik, alamat laman – sering dipinda dan diperbaharui.

Penilaian data/ bahanDisebut kritikan data yang dilakukan pada dua peringkat;1. Kritikan luaran – ketulinan dan kekuatan sumber data – kaedah penetapan hukum: tarjih, takhsis dan nasakh. a. Tarjih – memperbandingkan asal-usul teks - bila dihasilkan, oleh siapa, siapa sebenarnya penulis dalam konteks ilmu dan zamannya (tentukan mana sumber yang paling kuat).

b. Takhsis – menilai dari sudut maksud umum atau khusus – adakah kenyataan bersifat umum itu mempunyai penjelasan yang khusus? Tulisan untuk masyarakat umum atau untuk masyarakat akademik? – bahan yang perlu dirujuk untuk masyarakat akademik kerana sumber dinyatakan dengan jelas, perbincangan objektif dan mengikut peraturan akademik yang lazim.

Sambungan- penilaian bahanc. Nasakh – menilai kekinian teks – menilai pendapat ulamak yang berbeza mengikut zaman, pengetahuan, tempat dan pengalaman. Perbezaan tarikh zaman akan membolehkan pembaca memperbandingkan pendapat2 berdasarkan zaman dan keadaan.2. Kritikan dalaman – menilai ketepatan maklumat yang ada dalam dokumen berkenaan – cara membuat rujukan kepada pelbagai sumber mengenai maklumat yang sama,

kesepakatan sumber tentang fakta, penjelasan konsep mengikut zaman dan budaya.

Analisis DataKaedah induktif dan deduktif dijelaskan. 1. Kaedah induktif/ induktif- generatif – semua maklumat dikumpul bagi menghurai fenomena kajian dan dicari hubungan-hubungan fakta-fakta atau keterangan yang terkumpul untuk mengenali bentuk-bentuk atau untuk merumuskan sesuatu gagasan fikiran. 

2. Kaedah deduktif – Penyelidik menggunakan teori atau gagasan fikiran yang ada bagi membantu mengumpul data dan menjelaskan fenomena kajian untuk dibandingkan dengan yang berlaku – aplikasi teori dalam menyelesaikan masalah.

3. Analisis data – membanding, mengkategori dan menyusun data untuk menjelaskan sesuatu keadaan, membuktikan hipotesis atau menjawab soalan. Maklumat yang diperolehi dibandingkan dan ditentukan keabsahannya.

4. Pengkategorian – melakukan pemisahan data dalam kumpulan yang mempunyai ciri yang sama. Eg. Kategori sebab dan kesan. – pemecahan kategori besar kepada yang lebih kecil – kaedah ini memerlukan sifat kritis.5. Penyusunan fakta –menghurai atau menjelaskan maksud-maksud tertentu – peristiwa disusun mengikut kronologi untuk jelaskan perjalanan sejarah atau bermula dengan fakta yang kuat kepada fakta yang kurang kuat.

Penafsiran DataPenafsiran data memerlukan kekuatan dan kekritisan pemikiran dalam memahami apa yang berlaku di sebalik data yang terkumpul. a. Data Kuantitatif – kaedah statistikb. Data kualitatif – keupayaan mental menanggap masalah kajian – menggunakan soalan mengapa.

Kekuatan AnalisisKekuatan analisis kualitatif diukur dari pengumpulan data, kelengkapan, kekuatan data dan relevansi data, kesesuaian kaedah, sumber primari atau autoriti.

Masalah dalam Analisis Data1. Data khusus dikumpul untuk menjelaskan keadaan yang umum.2. Data dikumpul tidak seimbang – Data lain /sampingan melebihi data utama.3. Pengkategorian tidak dilakukan dengan cermat4. Pengkaji tidak memahami betul-betul teori atau pemikiran yang digunakan.5. Memahami data secara luaran sahaja – kemuka data tanpa analisis atau hanya berdasarkan persepsi awalnya sahaja.6. Analisa tidak berasas,. Tidak tersusun dan tidak rasional- tidak ke arah objektif kajian.

7. Tidak selaras antara objektif, analisis, rumusan dan cadangan yang dikemukakan.

Analisis Data dlm SPSSStatistical Package For Social Science – pakej statistik untuk menganalisis data dalam bidang sains sosialPenggunaannya bukan sahaja untuk memasukkan data dan menganalisis bahkan mampu mengemukakan carta dan grafik menarik bersesuaian dengan penemuan kajian.Data biasanya dalam bentuk borang soal selidik yang dibentuk sesuai dengan tujuan kajian.

Fungsi SPSS;- memasuk dan mengedit data- memanipulasi data- meringkaskan data (Jadual taburan kekerapan, secara deskriptif, jadual silang)- Membentuk dan mengedit carta (carta palang,graf garis)- memilih ujian statistik (kajian perbandingan, kajian perkaitan ) kaedah nominal (no mewakili), ordinal (tahap kepuasan), interval (skala susunan), ratio (data diukur dgn nilai sebenar pemboleh ubah)

Analisis data menggunakan NVIVO 8 NVIVO 8 digunakan untuk menganalisis data kualitatif – interview, literature review, teks penulisan, teks ucapanData dianalisis secara manual terlebih dahulu, ditaip semula/ discan dan dimasukkan dlm sistem untuk dianalisisPenemuan diperolehi mengikut peratusan kekerapan penggunaanRujukan1. John. E. Jordon, (1965), Using Rhetoric, New York: Harper & Row Publishers2. (2001), Buku Panduan Penulisan Tesis/Disertasi Ijazah Tinggi, Akademi Pengajian Islam3.Sivachandralingam Sundara Raja (2001) Pemikiran dan Penulisan Ilmiah, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.4.Zukarnain Zakaria dan Hishamuddin Md Som (2001) Analisis Data Menggunakan SPSS WINDOWS, Skudai: Penerbit UTM5.Md. Sidin Ahmad Ishak dan Mus Chairil Samani, (1996), Strategi Penulisan: Panduan Khusus Kepada Penulisan, Universiti Kebangsaan Malaysia: Jabatan Komunikasi6. Mohd. Azhar Abd. Hamid dan rakan-rakan, (2001), pengenalan kepada Penulisan Ilmiah, Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Sumber: http://teknikpenulisanilmiah.blogspot.com/2009/10/kuliah-3-proses-penulisan-ilmiah.html

MEMPROSES  MAKLUMAT

http://map.ipgkti.edu.my/resource/kpli_r/sains-perp/KemahiranBelajar/kb/proses.htm#Menyusun Maklumat

Menyusun maklumat

Membuat lakaran grafik

Menganalisis data

Pengenalan

Maklumat yang dikumpul daripada berbagai-bagai sumber dan dengan berbagai-bagai cara perlu diproses supaya mudah dianalisis, dibuat kesimpulan dan menghasilkan laporan maklumat yang ringkas, tepat dan menarik. 

Menyusun Maklumat

Maklumat yang terkumpul boleh diproses berdasarkan:

· kronologi (masa dan peristiwa)

· Keutamaan

· Kata tanya

· Kategori

Menyusun Maklumat Mengikut Urutan Kronologi.

Maklumat berkaitan dengan sesuatu peristiwa boleh disusun mengikut urutan masa, contohnya maklumat tentang “perarakan kemenangan pasukan bolasepak negara” boleh disusun seperti berikut :

Peristiwa 1

Jam 7.30 pagi

Berkumpul di Stadium Merdeka

Peristiwa 2

Jam 8.00 pagi

Peristiwa 3

Jam 9.30 pagi

Mula berbaris mengikut pertubuhan

Pemeriksaan barisan oleh

Presiden FAM

Peristiwa 4

Jam 10.00 pagi

Mengalungkan bunga

Peristiwa 5

kepada pemain kebangsaan

Jam 10.15 pagi

Mendengar ucapan presiden FAM

Peristiwa 6

Jam 10.30 pagi

Perarakan bendera pasukan bola

Peristiwa 7

Jam 11.00 pagi

sepak negara dan bendera

Malaysia

Nyanyian lagu Malaysia Berjaya dan bersurai

Menyusun Maklumat Mengikut Keutamaan

Maklumat yang telah dikumpulkan harus disusun mengikut keutamaan atau kepentingannya. Katakanlah pelajar ingin menulis sebuah karangan bertajuk “Faktor yang menyebabkan kejayaan pelajar dalam pelajaran”. Guru dan pelajar seharusnya berbincang atau melakukan sumbangsaran, mencari faktor yang sesuai untuk disenaraikan. Faktor-faktor itu kemudiannya disusun mengikut keutamaan.

 

Menyusun Maklumat Mengikut Kata TanyaIsi sesuatu penulisan boleh juga disusun berdasarkan kata tanya yang berikut; siapa, apa, dimana, bagaimana dan mengapa. Misalnya tajuk “Seorang ahli sukan yang berjaya di Malaysia” boleh ditulis seperti berikut:

Menyusun Maklumat Mengikut Kategori

Maklumat yang terkumpul anda boleh juga disusun mengikut ciri yang sesuai. Misalnya, dalam tajuk “Makanan kita “ pelajar mungkin telah mengumpul maklumat seperti berikut :

beras sawi

kangkung bayam

jagung kacang panjang

gandum petola

barli durian

daging ayam manggis

mangga langsat

daging lembu kelapa

rambutan kacang tanah

kubis

Butiran di atas boleh disusun dalam bentuk rajah seperti berikut:

Membuat Lakaran Grafik

Lakaran grafik adalah penting untuk menyusun maklumat. Lakaran grafik adalah maklumat yang ditunjukkan menggunakan simbol, rajah, graf dan gambar bersama-sama dengan sedikit maklumat bertulis.

Jadual 

Cara yang paling kemas untuk mempersembahkan maklumat yang mengandungi nombor atau sesuatu yang boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan yang sama, ialah dengan menggunakan jadual. Maklumat seperti itu boleh dimasukkan ke dalam lajur dan baris. Cara ini amat berguna jika seseorang ingin membandingkan satu kategori maklumat dengan kategori yang lain, seperti kewangan dengan bilangan atau kuantiti barangan, atau antara kekuatan dengan kelemahan sesuatu.

Graf  

Graf digunakan untuk menunjukkan perubahan pembolehubah. Graf membolehkan kita melihat trenda atau gaya perubahan tersebut.

Graf Garis

Graf garis menggunakan garisan tegak dan mendatar sebagai paksi untuk kita plot data bagi dua variabel. Kedua-dua paksi x dan y biasanya mempunyai skala yang sekata.

Graf Bar 

Bagi variabel yang diskrit seperti bilangan syarikat atau bulan Januari, Febuari dan lain-lain, lebih sesuai maklumat itu dinyatakan dalam graf bar seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

Graf Pai

Graf pai digunakan untuk menunjukkan peratusan atau pecahan pembolehubah. Graf pie adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

Piktograf

Kadangkala sesuatu maklumat itu lebih menarik dan lebih mudah difahami jika diberikan dalam bentuk grafik berbanding dengan angka. oleh itu angka diwakili dengan simbol seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah. Bentuk grafik tersebut di kenali sebagai piktograf.

Carta Pokok/Organisasi

Carta menggunakan grafik dan perkataan untuk mempersembahkan ringkasan (overview) sesuatu maklumat. Carta digunakan untuk menunjukkan hubungan dan turutan dengan cara yang tersusun, Contoh; carta struktur sebuah organisasi.

Carta Alir

Maklumat tentang suatu proses sebaiknya ditunjukkan menggunakan carta alir. Carta ini berbentuk cabang atau lingkaran.

Carta Stream  

Jika sesuatu maklumat itu boleh dikelaskan dan setiap kelas itu mempunyai hubungan antara satu sama lain, maklumat itu sesuai disusun dalam bentuk carta stream.

  Rajah 

Rajah adalah sejenis grafik yang menggunakan garisan, tanda dan simbol untuk menunjukkan hubungan idea, kedudukan objek, proses atau sistem. Contoh, ialah rajah litar elektrik.

Peta

Maklumat tentang keadaan dan kedudukan sesuatu tempat biasanya lebih jelas ditunjukkan dengan menggunakan peta.

Lakaran

Ada maklumat lebih mudah dan lengkap diwakilkan secara lakaran. Misalnya bentuk sehelai daun lebih mudah dipaparkan dalam bentuk lakaran.

Gambar

Gambar adalah bentuk grafik yang dapat menyampaikan maklumat dengan tepat dan menarik bagi sesuatu objek maujud. Gambar mewakili seribu perkataan.

Mengganalisis Data

Maklumat yang telah disusun atau diproses perlu di analisis untuk membuat kesimpulan yang jelas dan tepat.

Ada beberapa langkah menganalisis data:

Menghubungkaitkan Fakta Mengsintesis Data Membandingkan Fakta Membaca Yang Tersirat Membuat kesimpulan

Sumber: http://map.ipgkti.edu.my/resource/kpli_r/sains-perp/KemahiranBelajar/kb/proses.htm#Menyusun Maklumat

Kemahiran Berfikir secara Kritis: http://eprints.utm.my/10356/1/bab9.pdf

Kemahiran Menyelesaikan Masalah: http://eprints.utm.my/10355/3/bab8.pdf

KAEDAH-KAEDAH PENYELIDIKAN ILMIAH

(KUANTITATIF DAN KUALITATIF)

KUMPULAN:B

1.0 PENGENALAN

Kaedah merupakan cara atau jalan menyelesaikan permasalahan penyelidikan.

‘Kaedah penyelidikan merupakan segala langkah yang diambil untuk mencapai segala

objektif penyelidikan’(Ahmad Mahdzan Ayob 1995:44). Selepas menetapkan masalah yang

hendak dikaji, barulah difikirkan kaedah penyelidikan yang sesuai digunakan.

Adalah salah sekiranya penyelidik menentukan kaedah sebelum ada persoalan. Secara

umum kaedah utama penyelidikan untuk mendapatkan data terbahagi kepada dua, iaitu

dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dan pendekatan kualitatif. Penyelidik boleh

memilih salah satu pendekatan ataupun menggabungkan kedua-duanya. Dihubungkan dengan

teori-teori sosiologi, teori yang berbentuk makro selalunya akan menggunakan pendekatan

kuantitatif sementara yang berbentuk mikro kebiasaannya menggunakan pendekatan

kualitatif. 

Terdapat perbezaan antara penyelidikan kuantitatif dan penyelidikan kualitatif .

Pendekatan kuantitatif mengutamakan ‘kuantiti’. Penyelidikan kuantitatif melibatkan angka-

angka, data-data numerikal atau statistik. Statistik melibatkan pengiraan-pengiraan seperti

min, median, mod, peratusan, sisihan piawai, skor-Z, skor-T, varian, dan sebagainya.

Pendekatan kuantitatif dikatakan lebih berstruktur , mempunyai darjah kekaburan

yang minima, makna yang jelas, bercorak linear, mempunyai penjadualan yang jelas, dan

menumpukan kepada hasil. Dari segi skop kajian ia boleh melibatkan responden yang besar.

Pendekatan kualitatif pula berasaskan ‘kualiti’.

Ianya bersifat deskriptif yang lebih kepada penghuraian ‘makna’ perkara-perkara

yang dikaji. Ia tidak mengutamakan data-data berbentuk numerikal. Ia kurang berstruktur,

terbuka dan lebih menumpukan kepada proses. Skop kajiannya pula meliputi bilangan

responden yang kecil.

2.0 KAEDAH-KAEDAH PENYELIDIKAN ILMIAH

2.1.1 PENDEKATAN KUALITATIF

Pendekatan kualitatif ialah prosedur penyelidikan yang menghasilkan data gambaran

yang boleh diamati (Lexy, 2007), tradisi tertentu dalam ilmu pengetahuan sosial yang secara

fundamental bergantung kepada pengamatan manusia dalam kawasannya sendiri dan berkait

dengan orang-orang tersebut dalam bahasa dan peristilahannya (Kirk & Miller, 1986).

Pendekatan kualitatif dalam penyelidikan ini adalah kajian kes, adalah suatu penyelidikan

yang dilakukan terhadap suatu kesatuan sistem, sama ada yang berbentuk program mahupun

kejadian yang terikat oleh tempat, waktu atau ikatan tertentu (Nana, 2005).

Kajian kes dilaksanakan untuk menghimpun data, memperoleh makna, dan

memperoleh pemahaman daripada suatu kes. Proses pengumpulan data berdasarkan

Cresswell (1998) iaitu mengenalpasti tapak atau individu, mendapatkan akses dan membina

rekod, persampelan bertujuan, mengumpul data, merekod maklumat, menyelesaikan isu-isu

lapangan dan menyimpan data.

2.1.2 PENDEKATAN KUANTITATIF

Pendekatan kuantitatif ialah penyelidikan yang menekankan kepada fenomena-

fenomena objektif dan dikawal melalui pengumpulan dan analisis data (Nana, 2005; Chua,

2006; Fraenkel, 2007). Suatu penyelidikan yang melibatkan pengukuran pemboleh ubah

kajian dengan menggunakan alatan saintifik dan eksperimen. Penggunaan ujian statistik

terhadap sesuatu kajian adalah sebagai usaha untuk menerangkan, menjelaskan atau mencari

perhubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah dalam suatu penyelidikan.

Dalam kajian ini, untuk memberikan penerangan dan penjelasan tentang persepsi guru

terhadap pelaksanaan polisi pemerkasaan guru, kepuasan kerja dan komitmen organisasi

digunakan kekerapan, peratus dan min daripada skor yang diperoleh melalui soal selidik yang

diserahkan kepada sampel kajian.

Manakala untuk menjelaskan pengaruh pemerkasaan guru terhadap kepuasan kerja

dan komitmen organisasi digunakan ujian statistik analisis regresi linear berganda. Ujian ini

untuk memperoleh keputusan tentang pengaruh pemerkasaan guru dalam enam dimensi

secara bersama-sama dan pengaruh masing-masing dimensi pemerkasaan guru terhadap

kepuasan kerja dan komitmen organisasi. Kajian ini adalah penyelidikan inferensi dan skor

data yang diperoleh telah ditransformasi daripada skala ordinal (skala Likert) kepada skala

selang, sehingga analisis regresi linear berganda ialah alat ujian yang sesuai.

Namun untuk menguji kesesuaian alat yang digunakan, terlebih dahulu dilakukan

ujian andaian klasik yang terdiri daripada lima hal, iaitu normaliti,multikolineariti,

autokorelasi, heteroskedastisiti, dan lineariti. Sedangkan untuk menguji hubungan antara

kepuasan kerja dengan komitmen organisasi yang datanya berupa skala selang, maka

digunakan ujian korelasi Pearson.

3.0 KEPENTINGAN KAEDAH PENYELIDIKAN ILMIAH

i. )Kaedah Kuantitatif

a) Penyelidikan Tinjauan

Penyelidikan tinjauan adalah untuk mengumpul maklumat dengan bertanya satu set

soalan kepada satu sampel individu yang dipilih dari satu populasi yang hendak dikaji.

Persoalan dalam kajian tinjauan sering kali mengenai kepercayaan, kegemaran, kesihatan,

dan lain lain tingkah laku individu yang hendak diperhatikan. Topik yang diutarakan

mungkin memerlukan pendapat atau sesuatu yang sensitif.

Ia juga sesuai digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai pandangan,

personaliti, tingkah laku atau sikap orang awam secara meluas dari satu kelompok yang

besar. Ia melibatkan pengumpulan maklumat dari responden yang ramai. Kaedah tinjauan

menggunakan soal selidik secara langsung atau pos, bantuan elektronik, temubual langsung,

temubual melalui telefon dan lain lain untuk mengumpul data. Ia digunakan untuk

mendapatkan satu penjelasan yang tepat terhadap ciri yang terdapat pada individu dalam

kumpulan.

Dengan yang demikian, strategi penyelidikan tinjauan adalah lebih sesuai apabila

kajian bertujuan sebanyak maklumat yang diperolehi mengenai satu populasi, satu sampel

atau tinjauan yang melibatkan sekumpulan elemen yang kecil. Sampel ini mestilah

mempunyai ciri ciri atau sifat sifat populasi berkenaan. Ini penting supaya maklumat yang

dihasilkan melalui satu sampel yang kecil boleh memberi kenyataan dan gambaran umum

tentang populasi yang dikaji.

b) Persampelan

Kaedah persampelan merupakan pengambilan sebahagian pecahan dari suatu populasi

atau juzuk penuh sebagai mewakili populasi atau juzuk itu (Kerlinger,1973). Sampel dalam

kaedah persampelan merupakan satu subset populasi dan sampel berupaya mewakili

keseluruhan populasi. Sampel atau responden-responden yang terpilih dalam soal selidik

haruslah mengikut beberapa kriteria dan juga berkaitan dengan isu sama ada secara langsung

atau tidak langsung. 

Terdapat beberapa kaedah persampelan, antaranya adalah persampelan berkebarangkalian

dan persampelan tidak berkebarangkalian.Persampelan berkebarangkalian pula dibahagikan

kepada sampel rawak mudah, sampel sistematik,  sampel berserta dan sampel berkelompok. 

Persampelan tidak berkebarangkalian terdiri daripada sampel kuota, sampel "bola salji" dan

sampel pertimbangan. Persampelan berkelompok digunakan apabila sesuatu populasi boleh

dibahagikan kepada unit-unit dengan setiap unit mempunyai ciri-ciri populasi.  Selepas

beberapa unit telah dipilih secara rawak, unsur-unsur dalam unit ini akan dipilih secara rawak

untuk membentuk sampel berkelompok. 

c) Eksperimen

Dalam eksperimen saintifik, subjek yang akan dikaji secara rawak ditetapkan sebagai satu

uji kaji. Kelompok uji kaji itu menerima ‘rawatan' dan keputusan yang diperolehi

dibandingkan dengan kumpulan kawalan yang tidak mendapat rawatan.

Dalam dunia sebenar, sering kali mungkin tidak menjalankan penyelidikan uji kaji yang

sebenar kerana kesukaran untuk mencari kumpulan kawalan yang mudah dipadankan dengan

syarat-syarat kunci pembolehubah (seperti umur, jantina, pendapatan, gred kerja, dan

sebagainya).

Sebaliknya, rekabentuk separa-eksperimen digunakan oleh penyelidik. Contohnya,

terpaksa mengesan kewujudan kumpulan-kumpulan daripada mengesan lukisan pada sampel-

sampel yang rawak.

ii. ) Kaedah Kualitatif

a) Soal Selidik

Seterusnya, menerusi kaedah kualitatif tersebut dapat menyokong lagi dapatan kajian

melalui pengagihan borang soal selidik (questionnaire designing) iaitu merupakan kaedah

kuantitatif. Pendekatan kuantitatif merupakan kajian yang dapat menghasilkan dapatan kajian

yang ‘valid’ dan ‘reliable’. Hal ini kerana, penggunaan kaedah kuantitatif ini dapat

membuktikan kesahihan yang kukuh dengan menggunakan angka iaitu hasil daripada

analisis. Dalam pembentukan borang soal selidik, teknik ‘open ended’, ‘close-ended’ dan

‘cotigency question’ akan digunakan.

Soal selidik ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama bertujuan untuk

mendapatkan maklumat berkaitan profil responden.

Manakala bahagian kedua, mengandungi soalan berskala likert bertujuan untuk

mengetahui tahap kepentingan dan persepsi setiap elemen yang ada. Soal selidik juga

membenarkan pengkaji untuk mendapat lebih informasi tentang sesuatu dalam masa yang

singkat. Selain itu, hasil penyelidikan juga akan dapat diguna semula atau diulangi di

kawasan-kawasan lain yang mempunyai ciri-ciri persekitaran yang sama dalam

menyelesaikan sesuatu permasalahan atau untuk mencadangkan sesuatu perubahan.

b)Kaedah Pemerhatian

Kaedah pemerhatian terbahagi kepada dua iaitu pemerhatian secara terus (Direct

observation) dan Pemerhatian melalui penglibatan (Participant-observation). Kaedah

pemerhatian secara terus ini melibatkan pemerhatian secara lansung seperti pengiraan jumlah

pelajar yang di sebuah sekolah. Teknik ini biasanya tidak melibatkan komunikasi dengan

manusia. Kaedah pemerhatian melalui penglibatan pula berasal dari bidang antropologi

(kajian tentang kehidupan masyarakat). Penyelidik biasanya melibatkan diri dengan

masyarakat yang hendak dikajinya untuk memahami dengan jelas sesuatu isu yang berkaitan

dengan masyarakat tersebut.

c)Temu Bual

Disamping borang soal selidik, maklumat juga diperolehi dengan menggunakan kaedah

temubual secara terus dengan pihak yang telah dipilih. Berdasarkan kaedah temu bual, kita

dapat memperolehi maklumat berkaitan latar belakang, ciri-ciri serta maklumat-maklumat

lain yang diperlukan. Kaedah ini dijalankan bagi individu yang tidak mempunyai masa atau

kurang faham untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dalam borang soal selidik.

Temu bual bersemuka berkemungkinan adalah kaedah pengumpulan data yang lebih mahal

kerana ia mengambil masa yang lama, serta dapat meluangkan masa untuk beramah mesra

dengan responden. Temubual berstruktur adalah kaedah yang terbaik bagi soalan terbuka dan

mendapatkan maklumat responden secara terperinci.

4.0 PERBINCANGAN

Terdapat banyak perbezaan antara pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Dari sudut

kaedah penyelidikan atau pendekatan kuantitatif menggunakan kaedah postivis,

eksperimental, data numarika dan ujian statistik. Manakala penyelidikan kualitatif pula

menggunakan kaedah interpretif, penghuraian, kajian lapangan, kajian sejarah, kajian kes,

data verbal dan triangulasi data.

Selain itu, dari segi konsep utama pula ialah penyelidikan kuantitatif mengamalkan

konsep variable, konsep hipotisis kepercayaan, operasional, kesahan dan signifikan.

Sebaliknya kaedah kualitatif pula mengamalkan konsep makna, esei, pemahaman,

pembentukan fenomena, konteks dan triangulasi.Seterusnya ialah perbezaan dari sudut

bidang yang dikaji oleh penyelidik. Kaedah kuantitatif lebih menjurus kearah bidang sains

asas, perindustrian, psikologi, sains politik, kejuruteraan, ekonomi dan pendidikan.

Manakala kaedah kualitatif pula cenderung kearah bidang antropologi,

kemasyarakatan, linguistic, sosiologi dan sejarah. Dalam menentukan tujuan pula, kaedah

kuantitatif melihat kepada tujuan untuk menguji teori, membina fakta, menunjukkan

perbezaan, menunjukkan hubungan, meramal tingkah laku dan menerangkan kejadian secara

statistik. Berbeza pula dengan kaedah kualitatif iaitu membina tujuan untuk melengkapkan

teori, meningkatkan kefahaman, menghuraikan kenyataan, menyatakan kejadian semulajadi

dan menerangkan kejadian secara verbal.

Melihat pula perbezaan dari sudut reka bentuk kajian, kaedah kuantitatif berbentuk

eksperimental, kuasi eksperimental, temubual berstruktur, pemerhatian berstruktur dan

tinjauan. Kaedah kualitatif pula berbentuk pemerhatian, pemerhatian peserta, temubual tidak

berstruktur, rujukan maklumat dokumentasi dan kajian kes. Dari sudut sampel pula, kaedah

kuantitatif mengambil sampel bersaiz besar, kaedah persampelan kebarangkalian, pemilihan

sampel secara rawak, kumpulan sampel kawalan dan sampel berlapis.

Manakala kaedah kualitatif pula, sampel yang diambil berskala kecil, persampelan

bukan kebarangkalian dan pemilihan sampel dengan mempunyai tujuan berdasarkan

penyelidikan yang dilakukan oleh penyelidik. Keupayaan keputusan yang digeneralisasikan

adalah tinggi dengan menggunakan kaedah kuantitatif berbanding kaedah kualitatif.

Melihat perbezaan dari segi data pula, kaedah kuantitatif mengumpul data secara

kuantiti, bilangan, pengukuran dan statistik. Manakala kaedah kualitatif pula menjurus

kearah penghuraian deskriptif, nota pandangan, catatan verbal, rakaman pemerhatian atau

temubual dan maklumat dari bahan dokumentasi.

Dari sudut analisis data pula, kaedah kuantitatif menganalisis data secara deduktif

dan statistik. Manakala kaedah kualitatif pula menganalisis secara tertutup, dalam jangka

masa yang panjang dan secara mendalam. Seterusnya perbezaan dari segi format instrument

untuk membentuk data pula, kaedah kuantitatif adalah lebih formal, spesifik, struktur, telah

ditetapkan dan menggunakan skala. Manakala kaedah kualitatif adalah sebaliknya.

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, penyelidikan ilmiah penting dalam membantu manusia untuk

mengetahui, mengetahui dirinya, alam sekelilingnya, masyarakatnya, negaranya dan segala-

galanya yang terfikir olehnya. Keinginan mengetahui sesuatu perkara ini telah mendesak

manusia untuk melakukan penyelidikan yang kemudiannya membantu memperluaskan ilmu

pengetahuan sedia ada.

Tambahan pula, kaedah penyelidikan ilmiah merupakan kaedah pengkajian menerusi

penyiasatan yang tuntas dan teliti terhadap semua bukti yang diperoleh berkaitan dengan

masalah yang dinyatakan, sehinggalah kita sampai kepada penyelesaian masalah tersebut.

Sebelum sesuatu penyelesaian masalah itu diperolehi, pelbagai perkara yang diambil kira

dalam penyelidikan ilmiah ini iaitu antaranya teori, masalah, rangka kerja, hipotesis, data,

alat bantu dan kebebasan. Mengambil kira atas semua faktor-faktor ini akan membawa

kepada keberkesanan penyelidikan dengan penemuan penyelesaian masalah berkaitan

dengan fenomena yang diselidiki. Bagi memudahkan penyelidikan ini dilakukan, maka

wujudnya pelbagai kaedah seperti kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif.

Sungguhpun terdapat perbezaan-perbezaan kualitatif dan kuantitatif, kedua-duanya

merupakan kaedah penyelidikan yang empirikal. Semua penyelidikan empirikal mempunyai

persamaan-persamaan asas seperti mempunyai matlamat, sistematik dalam prosedur,

membuat perbandingan, membuat deskripsi, menguji hipotesis, membuat penjelasan sebab

dan akibat dan membuat analisa kritikal. penyelidik boleh memilih salah satu daripada

pendekatan terutamanya berdasarkan masalah dan keluasan skop kajian yang akan

dilaksanakan. Sekiranya kajian penyelidik melibatkan jumlah responden yang besar

misalannya melebihi empat puluh orang, pendekatan kuantitatif lebih sesuai. Sekiranya

penyelidik cuma memilih bilangan responden yang kecil, misalnya lima orang, maka

pendekatan kualitatif dipilih. 

Dalam kajian ‘sekularisasi’, sekiranya penyelidik ingin menyelidik seluruh komuniti

sekolah, penyelidik mungkin akan menggunakan kuantitatif kerana sampel yang besar

diperlukan. Sekiranya kajian hanya melibatkan sebilangan kecil murid dalam sebuah bilik

darjah yang mempunyai tiga puluh orang murid, penyelidik mungkin lebih sesuai memilih

pendekatan kualitatif. Penyelidik juga boleh menggunakan kedua-dua pendekatan kualitatif

dan kuantitatif dalam satu kajian yang sama. Penyelidik harus ingat bahawa isu utama yang

menjadi asas kepada kaedah penyelidikan adalah permasalahan, bukan kaedah menentukan

penyelidikan. Dengan kata lain setiap penyelidikan bermula dengan masalah, bukan

metodologi. Setelah ada permasalahan barulah data-data dicari melalui metodologi-

metodologi dan strategi pilihan sesuai.

6.0 BIBLIOGRAFI

1. Amir Hasan Dawi, 1999, Penteorian Sosiologi dan Pendidikan, Quantum Books,

Tanjung Malim.

2. Aini Hassan. 2007. Kualitatif Atau Kuantitatif ?: Memahami Andaian Asas Yang

Mendasari Penyelidikan Pendidikan. Masalah Pendidikan. 30 (1). Halaman 7-16.

ISSN 0126-5024

3. Alex Inkeles, 1982, Apa Itu Sosiologi ? Suatu Pengenalan Mengenai Disiplin dan 

Profesion, Universiti Harvard, DBP, Kuala Lumpur.

4. Creswell, J. W. (2003). Research design: Qualitative, quantitative, and mixed methods

5. Kenneth D. Bailey, 1992, Kaedah Penyelidikan Sosial, DBP, Kuala Lumpur.

6. Lim Chong Hin, 1998, Penyelidikan Pendidikan Penyelidikan Kuantitatif dan

Kualitatif.Mc Graw Hill Education.

7. Mohd. Salleh Lebar, 1998, Pengenalan Ringkas Sosiologi Sekolah dan Pendidikan, 

Thinker’s Library Sdn.Bhd., Selangor.

8. Sulaiman Masri ,2005,Kaedah Penyelidikan Dan Panduan Penulisan, Utusan

Publishing & Distributors, Kuala Lumpur .

9. Tan Ching Kwang, 1985. Malay Proverbs. Kuala Lumpur. Graham Brash.

10. http://deitaz.blogspot.com/2010/08/kajian-kualitatif-kuantitatif-dan.html

11. http://karyawanluarnegara.com/?p=781

Sumber: images.masagro87.multiply.multiplycontent.com/...

Bab 2 : Kaedah Penyelesaian Masalah

Proses pengaturcaraan komputer sebenarnya bukanlah hanya berkaitan menulis arahan-arahan untuk komputer sahaja. Ia juga melibatkan keseluruhan proses membangunkan perisian.

Proses membangunkan sesuatu perisian (atau aturcara) melibatkan enam langkah, iaitu:

1. Memahami kehendak masalah2. Menganalisa masalah3. Merekabentuk algorithma4. Perlaksanaan5. Pengujian6. Pendokumenan

Memahami kehendak masalah

Sebelum kita memulakan sesuatu projek membangunkan aturcara, pertama sekali kita perlu memahami dengan jelas:

1. Apakah sebenarnya masalah yang dihadapi (pemahaman tentang masalah secara mendalam)

2. Apa yang perlu untuk menyelesaikannya3. Bagaimana penyelesaian yang boleh diberikan4. Apakah kekangan dan syarat bagi masalah dan

penyelesainnya

Keperluan pemahaman tentang domain masalah adalah amat penting dalam fasa ini. Jika kita tak faham tentang domain masalah, perlu buat rujukan dan sebagainya. Seorang penyelesai masalah yang baik adalah seorang yang boleh

bertanya soalan yang tepat, mengkaji sumber yang betul dan cepat menangkap keperluan sebenar masalah.

Analisa Masalah

Pada fasa analisis, perkara-perkara berikut dikenalpasti:

1. Input - Data-data yang perlu diberikan kepada aturcara untuk selesaikan masalah. Juga bagaimana input itu perlu diberikan.

2. Proses - Proses yang perlu dilaksanakan untuk menyelesaikan masalah. Sekiranya terdapat formula yang boleh digunakan dalam proses, ia perlu dikenalpasti dan dinyatakan.

3. Output - Hasil yang diharap dari aturcara dan bagaimana nak dipersembahkan hasil tersebut.

4. Kekangan - Had-had penyelesaian masalah yang diberikan (jika ada)

Sekiranya kita jelas dan faham dengan mendalam berkenaan masalah, fasa analisis biasanya mudah.

Dari perlaksanaan fasa mengenal masalah dan analisis ini, dihasilkan spesifikasi keperluan (requirement specification), iaitu suatu penerangan berkenaan masalah secara terperinci, perancangan awal bagaimana masalah tersebut perlu diselesaikan dan media-media yang diperlukan untuk input dan output.

Merekebentuk algorithma

Seterusnya, kita perlu nyatakan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan bagi menyelesaikan

masalah pengaturcaraan kita.

Istilah algortihma bermaksud suatu jujukan langkah yang tentu bilangannya dan disusun mengikut turutan logik tertentu, yang jika dilaksanakan akan menghasilkan penyelesaian kepada masalah.

Suatu algorithma mesti memenuhi beberapa keperluan:

1. Input : Semua algorithma perlu ada input. Ada kemungkinan suatu algorithma tidak mempunyai input seperti algorithma bagi menyediakan suatu borang yang tertentu. Bagaimanapun, hal ini jarang ditemui.

2. Output : Ia mesti menghasilkan sekurang-kurangnya satu output. Suatu algorithma yang tidak menghasilkan apa-apa tentulah tidak bernilai.

3. Tidak samar : Setiap langkah yang dinyatakan mestilah jelas. Bagi banyak kes, kita sediakan algorithma untuk tujuan perlaksanaan oleh komputer. Komputer tak boleh terima arahan yang samar. Oleh itu, setiap langkah mesti jelas apa yang sepatutnya dilakukan, dan berapa kali ia perlu dilaksanakan.

4. Bersifat Umum : Ia mesti bersifat umum. Suatu prosedur yang mencetak mesej “1 inci sama dengan 2.54 centimeter” bukan algorithma, sebaliknya jika ia menukar suatu nilai yang diberi dalam inci kepada centimeter, barulah dikatakan suatu algorithma.

5. Betul : ia mesti betul dan menyelesaikan masalah yang diperlukan.

6. Terhingga : Ia mesti melaksanakan setiap langkah dan berhenti dalam suatu masa yang tertentu. Suatu algorithma yang tidak terhenti tidak boleh diterima.

7. Efisien : Suatu algorithma untuk komputer tertentu, tentulah tak banyak nilainya, jika ia mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan suatu masalah yang mudah, atau memerlukan lebih banyak memori dari yang terdapat pada komputer tersebut.

Penghasilan suatu algorithma merupakan langkah paling sukar dalam proses pembangunan perisian. Juga, selepas penghasilan algorithma, mempastikan ianya betul dan efisien, mungkin adalah lebih mencabar.

Suatu algorithma tidak mencukupi kalau hanya di nyatakan sebagai idea dalam minda. Ia mesti di tuliskan atas kertas, seperti lain-lain rekabentuk. Kita sepatutnya boleh mempersembah semula dan mendokumentasikan algorithma dengan menggunakan bahasa yang tepat.

Bahasa pertuturan biasa tidak sesuai digunakan sebagai bahasa algorithma kerana ia biasanya mempunyai unsur-unsur kesamaran. Jadi, perlu ada bahasa atau cara khusus untuk persembahan algorithma.

Terdapat pelbagai teknik boleh digunakan dalam mempersembahkan algorithma. 2 yang paling popular ialah pseudokod dan carta alir.

Pseudokod

Pseudokod ialah bahasa seperti bahasa pertuturan yang separa fomal, dengan perbendaharaan kata yang terhad. Ia boleh digunakan untuk merekabentuk dan menjelaskan suatu algorithma.

Tujuan utama pseudokod ialah untuk menakrif logik berprosedur suatu algorithma dalam bentuk yang ringkas dan mudah difahami oleh pembaca yang arif atau tidak arif dalam bahasa-bahasa pengaturcaraan komputer.

Pseudokod adalah bebas dari kompleksiti nahu sesuatu bahasa pengaturcaraan. Oleh itu, ia lebih sesuai digunakan sebagai bahasa untuk diskripsi suatu algorithma, berbanding bahasa pengaturcaraan itu sendiri.

Untuk mencapai objektifnya, suatu pseudokod perlulah:

1. mempunyai perbendaharaan kata yang terhad2. mudah untuk dipelajari3. berupayan menghasilkan penerangan yang ringkas4. boleh menggambarkan semua algorithma, tanpa mengira

tahap kesukarannya.

Beberapa perkataan khas yang akan digunakan bagi mewakili proses-proses dalam algorithma ialah:

Perkataan Maksud/proses

MULA Memulakan aturcara atau suatu blok proses

TAMAT Menamatkan suatu aturcara atau suatu blok proses

PAPAR Memaparkan sesuatu di skrin monitor

BACA Mendapatkan data (input)

KIRA Melaksanakan proses pengiraan arithmetik

JIKA…LAIN Melaksanakan proses logik untuk hasilkan keputusan

SELAGI…TAMAT_SELAGI

BUAT…SELAGI

Mengulang sesuatu proses sehingga suatu syarat dipatuhi

*Beberapa perkataan khas lain akan ditambah dari masa ke masa mengikut keperluan

Carta Alir

Carta alir merupakan teknik persembahan algorithma menggunakan gambarajah.

Rajah carta alir dibentuk dari simbol-simbol piawai yang ditetapkan oleh American National Standards Institute (ANSI) dan International Standardization Organisation (ISO). Setiap simbol mewakili fungsi tertentu dalam aturcara, dan simbol-simbol ini dihubungkan dengan garis alir yang akan menunjukkan arah aliran proses.

Antara simbol-simbol piawai tersebut adalah seperti berikut:

Jenis simbol Bentuk simbol Kegunaan

Input/Output 1. Bila data perlu diinput2. Bila maklumat perlu

dihasilkan

Pemprosesan 1. Tunjukkan pengendalian arithmetik

2. Semua proses lain yang tidak melibatkan input/output

Keputusan 1. proses logik untuk hasilkan sesuatu keputusan berdasarkan syarat tertentu

2. Proses pengujian syarat

Penyambungan masukan

1. Menyambung satu bahagian jauh dengan bahagian lain

Penyambungan luar halaman

1. Menyambung carta alir yang dilukis pada halam berbeza

Terminal mula/tamat

1. permulaan aturcara2. Penamat aturcara

Mengikut kajian oleh C. Bohm dan G. Jacopini pada 1966, sebarang algorithma boleh dijelaskan menggunakan hanya 3 strukur kawalan : jujukan, pilihan dan ulangan. Oleh itu, pseudokod dan juga carta alir mestilah mempunyai konstruk (construct) yang selaras dengan struktur-struktur kawalan tersebut.

Struktur jujukan

Struktur jujukan ialah suatu siri langkah atau pernyataan yang dilaksanakan mengikut suatu turutan.

Pseudokod Carta alir Maksud

papar pengenalan

baca a, b

kira jumlah = a + b

papar jumlah

<syarat>

<bahagian jika> <bahagian lain>

benar palsu

CETAK Pengenalan

BACA Nilai a, b

KIRA jumlah = a + b

CETAK jumlah

Mengikut struktur ini, proses-proses dilaksanakan mengikut turutan atas kebawah (pseudokod) atau mengikut arah garis alir (carta alir).

Struktur pilihan

Struktur kawalan pilihan menakrifkan dua arah tuju tindakan , bergantung kepada hasil suatu syarat. Suatu syarat adalah pernyataan yang bernilai benar atau palsu

Pseudokod Carta alir

JIKA <syarat>

<bahagian jika>

LAIN

<bahagian lain>

Maksud

Maksud sturktur pilihan, jika <syarat> menghasilkan suatu nilai yang benar, proses dalam <bahagian jika> akan dilaksanakan, jika <syarat> menghasilkan nilai palsu, proses dalam <bahagian lain> akan dilaksanakan.

<syarat> adalah sebarang ungkapan yang menghasilkan nilai benar atau palsu

<bahagian jika> dan <bahagian lain> boleh terdiri dari struktur yang lain pula. Ia mungkin merupakan suatu struktur jujukan, pilihan atau ulangan atau gabungan ketiga-tiganya.

Struktur Ulangan

<syarat>

<pernyataan>

benar

1

1

palsu

Suatu struktur kawalan ulangan menyatakan suatu blok yang mengandungi satu atau lebih pernyataan, yang akan dilaksanakan berulangkali sehingga suatu syarat dipatuhi.

Pseudokod Carta alir

SELAGI <syarat>

<pernyataan>

TAMAT_SELAGI

<bahagian lain>

Maksud

<syarat>

<pernyataan>

benar1

1

palsu

Sekiranya <syarat > bernilai benar, laksanakan <pernyataan>, dan ulang perlaksanaan <pernyataan> sehingga <syarat > bernilai palsu.

<syarat> adalah sebarang bentuk ungkapan yang menghasilkan nilai benar atau palsu

<pernyataan> boleh terdiri dari struktur yang lain pula. Ia mungkin merupakan suatu struktur jujukan, pilihan atau ulangan atau gabungan ketiga-tiganya.

Pseudokod Carta alir

BUAT

<pernyataan>

SELAGI <syarat>

Maksud

Laksanakan <pernyataan>, dan ulang perlaksanaan <pernyataan> sehingga <syarat > bernilai palsu.

<syarat> adalah sebarang bentuk ungkapan yang menghasilkan nilai benar atau palsu

<pernyataan> boleh terdiri dari struktur yang lain pula. Ia mungkin merupakan suatu struktur jujukan, pilihan atau ulangan atau gabungan ketiga-tiganya.

Perlaksanaan

Pada peringkat ini, kita menggunakan hasil rekabentuk algorithma yang telah diperolehi untuk diterjemahkan kebahasa pengaturcaraan, atau dengan kata lain, menaip aturcara sebenar.

Untuk menjayakan peringkat ini, kita perlu mempelajari bahasa pengaturcaraan yang akan digunakan.

Untuk menaip aturcara dalam bahasa peringkat tinggi, seperti Java dan C++, kita perlu menggunakan perisian pengedit teks (Text Editor), seperti Windows Notepad ataupun DOS Edit yang disertakan bersama Sistem Pengoperasi Windows dan DOS.

Bagaimanapun, sesetengah syarikat pengeluar ada menyediakan pengedit teks bersama-sama dengan pengompil dalam satu pakej.

Selepas selesai menaip aturcara kita dalam bentuk teks, kita perlu mengompil (compile) aturcara tersebut dengan penggunakan pengompil yang disediakan untuk menterjemahkan aturcara teks tadi kedalam bahasa mesin yang dapat di fahami oleh komputer.

Selepas aturcara dikompil, suatu fail baru akan terhasil, dan fail ini bolehlah dilarikan (run) untuk melihat hasil (output) aturcara kita tadi.

Bagimanapun, kebiasaannya kita tidak akan berjaya memperolehi hasil yang diharapkan dari aturcara dengan hanya sekali larian, kerana mungkin wujud kesalahan atau ralat aturcara (programming errors).

Ada 3 jenis kesalahan/ralat aturcara:

1. ralat rekabentuk (design errors)

2. ralat sintaks (syntax errors)3. ralat semeasa larian (run-time errors)

Ralat rekabentuk

Ralat ini berlaku semasa proses analisis, rekabentuk atau perlaksanaan.

Antara penyebab kesalahan ini adalah :

- kesilapan dalam memilih penyelesaian kepada masalah- kesilapan dalam menterjemah algotrithma ke kod aturcara- kesilapan dalam memnggunakan/memanipulasi data

Ralat rekabentuk sukar dikesan. Ia memerlukan kajian semula berkenaan analisis, rekabentuk algorithma, penterjemahan kod aturcara, dan data yang digunakan.

Ralat Sintaks

Ralat ini berlaku kerana peraturan satu-satu bahasa pengaturcaraa (dipanggil sintaks) tidak dipatuhi. Ini berlaku semasa proses perlaksanaan, dan biasanya mudah dikesan oleh pengompil.

Kebiasaannya, pengompil akan memberikan mesej dan memberitahu tempat dimana ralat tersebut berlaku dalam aturcara.

Ralat semasa-larian

Ralat ini dikesan oleh komputer semasa aturcara sedang dilaksanakan.

Antara penyebab ralat ini adalah terdapat arahan yang meminta komputer melaksanakan sesuatu yang tidak sah seperti mebahagi suatu nilai dengan 0.

Apabila komputer mengesan ralat semasa larian, ia akan memaparkan suatu mesej dan menghentikan perlaksanaan program tersebut.

Pengujian

Pada peringkat ini, diandaikan semua ralat telah dibetulkan. Jadi, seterusnya kita perlu mengesahkan bahawa aturcara yang dibangunkan dapat melaksanakan apa yang perlu ia laksanakan.

Untuk pengujian, kita perlu set-set data yang sesuai bagi mewakili pelbagai keadaan. Data-data ini diberikan kepada

aturcara untuk dilaksanakan dan diperolehi hasilnya. Jika hasilnya adalah seperti yang diharapkan, maka baharulah dikatakan aturcara telah siap sepenuhnya.

Dokumentasi

Walaupun program telah siap, tidak bermakna ia telah sempurna.

Kita perlu sediakan dokumentasi untuk aturcara kita. Dokumentasi penting antara lain kerana:

- menyediakan rujukan kepada pengguna aturcara.- menjadi rangka rujukan kepada penyenggara aturcara- memudahkan pengubahsuaian dan pengemaskinian

aturcara.

Pendokumenan tidak sepatutnya merupakan sesuatu yang hanya dipertimbangkan selepas aturcara siap, sebaliknya ia sepatutnya menjadi sebahagian daripada proses pengaturcaraan.

Suatu dokumen aturcara mengandungi bahagian:

1. spesifikasi keperluan yang jelas2. diskripsi input, output, kekangan dan formula3. algorithma aturcara dalam bentuk carta alir atau pseudokod4. aturcara dalam bentuk teks5. beberapa contoh hasil larian aturcara (contoh output)6. Jika perlu, penerangan berkenaan bagaimana menggunakan

aturcara kepada pengguna yang tidak biasa dengan pengaturcaraan.

Sumber: nrlazmi.blastgroups.com/FileDownload/files/0/765

Sumber bahan di bawah:http://sabahan.bigforumpro.com/t1376-pendidikan-definisi-komunikasi

 Pendidikan : Definisi Komunikasi

by lutau on Thu Feb 26, 2009 5:51 am

Kita sering membicarakan ttg komunikasi yg baik & relevan akan mampu mempengaruh minda mahupun tindakan/perilaku seseorang. Kebanyakkan drpd kita mengandaikan komunikasi itu sebagai percakapan sehari-hari tak kiralah ianya percakapan yg rasmi atau biasa2 seja. Komunikasi sebenarnya merangkumi dua(2) aspek iaitu komunikasi lisan dan juga komunikasi bkn lisan. 

Komunikasi Lisan adalah melibatkan percakapan atau perbualan & penulisan yg bertujuan menyampaikan mesej dr satu pihak kpd pihak yg lain & pihak yg menerima mesej itu pula akan memproses mesej yg diterima itu. Ia juga tidak terhad secara "face to face" saja, malah komunikasi secara virtual atau maya seperti chatting & e-mail juga adalah dikategorikan sebagai komunikasi lisan kerana tujuannya sama iaitu menyampaikan mesej. 

Komunikasi Bukan Lisan pula adalah komunikasi yg melibatkan gerak-laku seseorg individu yg ditunjukkan seperti posture tubuh, gesture tangan/kepala, mimik muka termasuk mata, hidung & bibir. Cthnya, menggelengkan kepala memberi maksud tak mahu atau tak setuju dan sebaliknya jika menganggukkan kepala tanda setuju. 

Definisi komunikasi

Secara umum, komunikasi ialah proses penyampaian atau pemindahan mesej dari seorng kepada yang lain. Ia juga adalah proses mewujudkan kefahaman orang lain mengenai mesej yang disampaikan dan kedua-duanya mempunyai kefahaman yang dikongsi bersama.

Komunikasi berkesan 

Komunikasi berkesan berlaku dalam keadaan-keadaan berikut:

1. mesej yang disampaikan difahami dengan tepat dan jelas penerima2. makna mesej difahami dan dikongsi bersama oleh penghantar dan penerima3. perubahan yang berlaku (sekiranya dikehendaki) akibat dari mesej adalah sepertiperubahan yang dikehendaki oleh penghantar4. mesej yang disampaikan mempunyai kos efektif

Elemen dalam komunikasi

Elemen-elemen tersebut adalah:

1. Penghantar - Orang yang mempunyai mesej untuk disampaikan.2. Mesej - Maklumat idea atau pandangan yang datangnya dari minda penghantar dan cuba disampaikan kepada pihak lain.3. Gangguan - Perkara-perkara yang menggangu dan menghalang keberkesanan komunikasi. Akibatnya maklumat yang diterima mungkin tidak tepat atau salah tafsir

Penghantar  

Penghantar hendaklah memastikan perkara-perkara berikut diberi perhatian sewajarnya iaitu:

1. penghantar jelas tentang mesej yang hendak disampaikan2. meneliti dengan baik mesej yang hendak disampaikan3. pasti dengan kepentingan mesej itu4. Mendapatkan perhatian penerima5. menghantar pada waktu yang tepat dan sesuai6. sensitif kepada maklumbalas pihak lain7. mengenal pasti gangguan8. mengurangkan gangguan

Maklum balas boleh diberi atau didapati melalui berbagai kaedah iaitu:

1. mengemukakan soalan-soalan sama ada daripada penghantar atau penerima2. reaksi-reaksi bukan lisan yang kelihatan3. rephrasing atau paraphrasing iaitu merumuskan semula mesej4. ringkasan-ringkasan

Antara gangguan dalam komunikasi ialah:

1. persediaan yang tidak mencukupi di pihak penghantar sehingga menyebabkan mesejkurang jelas .

2. penghantar dan penerima tidak dapat mengenal pasti dan memisahkan antarapemerhatian, sangkaan dan mesej sebenar.

3. pemilihan perkataan yang tidak tepat dan terlalu umum yang mengundang tafsiranberbeza-beza mengenai perkataan

4. masing-masing mempunyai kefahaman yang berbeza-beza mengenai perkataan danayat.

5. Satu pihak sensitif dan menghormati kelainan pihak lain. Anggapanya ialah semuayang terlibat mempunyai pandangan dan perasaan yang serupa.

Terdapat beberapa kemahiran yang terlibat dalam komunikasi berkesan iaitu:

1. Kemahiran tingkah laku

a) komunikasi matab) kedudukan tubuh dan pergerakanc) mimik muka dan air mukad) ketrampilane) suaraf) komunikasi berkesan

2. Kemahiran menimbulkan minat orang

a) libatkan pendengarb) menghiburkanc) mengenalpasti keistimewaan orang laind) membawa topil perbualan yang anda mahir

3. Kemahiran memberi perhatian

a) mendengar dengan aktifb) menumpukan sepenuh perhatian dengan perhubungan matac) mata tidak liar ke sana ke mari tidak kerap melihat jam atau tidak meninjauninjaukeluar

d) memberi maklumbalas lisan atau bukan lisan yang positif seperti perkataanya atau mengangguk angguk kecile) bertanya untuk penjelasan selanjutnya sekiranya kurang jelas

4. Kemahiran mendengar

5. Kemahiran pemerhatian

6. Kemahiran mengemukakan soalan

a) Soalan tertutupb) Soalan terpimpinc) Soalan terbuka

7. Kemahiran memberi rekleksi perasaan

8. Kemahiran memberi maklumbalas

9. Maklumbalas yang gagal

Perhubungan Interpersonal

Perhubungan Interpersonal ialah bagaimana anda berinteraksi dan berkomunikasi denganseorang yang lain. Anda memerlukan kemahiran bagi mendapatkan perhubungan yang baik. Dalam komunikasi dan perhubungan interpersonal, terdapat 2 peringkat yang terlibat iaitu:

1 Peringkat maklumat2 Peringkat perhubungan3 Layanan yang diharapkan

Difahami

Setiap individu mahu dirinya difahami dan tidak disalah anggap. Individu adalah unik,mempunyai latarbelakang berbeza dengan pengalaman berbeza yang menyebabkan peribadi dan kelakuannya sedemikian rupa. Semua orang tidak mahu dirinya dijatuhkan hukuman atau dituduh melulu kerana sesuatu sebab.

Diterima

Untuk diminta diterima seadanya, tanpa perlu dipersoalkan bagaimana dan mengapa. Setiap orang mahukan kebebasan asas dan diberi ruang untuk membentuk peribadinya sendiri tanpa perlu ubahsuai yang banyak kepada masyarakat sekeliling, dengan syaratnya kebebasan tersebut tidak menggangu ketenteraman orang lain. Apabila ada standard atau piawaian yang sukar diterima oleh orang orang tertentu, maka terjadilah singkiran dan penafian.

Dipercayai

Manusia memninta dipercayai tanpa melihat paras rupa atau kedudukan pada dasarnyalayanan seperti di atas diperlukan oleh setiap orang, bersesuaian dengan fitrah semulajadi manusia sebagai seorang ahli masyarakat. Apabila semuanya ini dipenuhi maka akan berlakulah keadaan ideal yang harmoni dan bersefahaman.

Asas perhubungan interpersonal

1. layanan orang lain sebagaimana anda mahu diri anda dilayan oleh orang lain2. usah beri layanan yang tidak wajar kepada orang lain sebagaimana anda tidak mahudiri anda dilayan sedemikian rupa walaupun orang lain memberi anda layanan yangtidak wajar.

Empati

Empati ialah untuk anda memahami pandangan, kelakuan, sikap atau perasaan seseorang sekiranya amda ,asih melihat dari dunia anda. Untuk anda memahami dan menyelami pandangan, perasaan, sikap dan kelakuan orang lain, anda perlu keluar dari dunia anda dan memasuki dunia orang berkenaan.

Langkah untuk mempraktikan sikap empati:

1 mendengar secara aktif2. mendapatkan maklumat fakta dan perasaan disebaliknya3. mengesahkan kefahaman anda melalui kaedah “paraphrasing” atau “rephrasing”4. melihat isu dan pandangan melalui kacamata5. bersama-sama memahami dan menyelami perasaan mereka dengan bersungguhsungguh

Rapport b'maksud :

i. memupuk perhubungan /membina jambatan perhubungan antara anda danorang lain. ii. kepercayaan atau percaya mempercayai antara satu sama lain

Cara-cara memupuk rapport

Fokus kepada diri orang berkenaan kerana pada prinsipnya semua orang berminat dengan dirinya sendiri. Memandangkan anda perlu memupuk perhubungan dan menarik minatnya maka fokus adalah kepada diri dan subjek orang berkenaan.

Bagi memupuk kepercayaan lakukan apa yang anda katakan. Ini bermakna anda tidakberpura-pura atau bermuka-muka.

Asertif

Asertif ialah kelakuan atau tindakan seseorang dalam menyatakan perasaan, pandangan dan haknya dengan jelas dan tegas tanpa menggangu perasaan atau hak orang lain. Dalam komunikasi terdapat tiga kelakuan atau tindakan yang dapat dilihat iaitu:

a) Pasif – kelakuan (kelakuan atau tindakan dimana anda tidak berdiri untukmenegakkan hak dan pandangan anda.

b) Agresif- kelakuan (Kelakuan atau tindakan yang agresif kadang kala disalahanggapkan sebagai asertif)

c) Asertif – kelakuan (orang yang yakin pada dirinya dan jelas akan haknyabiasanya mempunyai kelakuan asertif)

Secara amnya ada 2 pendekatan kepada masalah perhubungan interpersonal iaitu:

1. Menyelesaikannya iaitu mencari jalan untuk menyelesaikan dan memperbaikiperhubungan.

2. membiarkanya iaitu menghindari orang berkenaan sekiranya boleh.

Konflik

Konflik ialah satu keadaan di mana terdapatnya pertembungan dan pertentangan dua yang berbeza tidak kira sama ada dua kehendak berbeza, dua keperluan berbeza atau dua kepentingan berbeza dalam satu jiwa yang menyukarkan pilihan dan keutamaan.

Pendekatan yang boleh diambil untuk meyelesaikan konflik ialah:

a) Berhadapan dengan orang yang berkenaan dan menyelesaikannyab) melibatkan orang ketiga yang mempunyai kuasac) salah seorang mengalah dan berundur dari konfliknya

Sumber bahan di bawah:http://ms.wikipedia.org/wiki/Komunikasi

Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai "satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea,

dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain". Ia merupakan

proses interaksi yang bererti antara hidupan dan merangkumi kedua-dua:

perbuatan menghantar matklumat; dan

proses untuk bertukar-tukar maksud;

supaya dapat menghasilkan pemahaman. Komunikasi boleh mengambil bentuk, baik secara lisan

mahupun tidak, misalnya bahasa gerak-geri, bahasa isyarat, sentuhan, hubungan mata,

dan penulisan.

Dimensi utama komunikasi

Terdapat berbagai-bagai takrif komunikasi, dari takrif yang mengiktiraf komunikasi antara

haiwan sehinggalah yang hanya mengiktiraf komunikasi antara manusia sahaja. Bagaimanapun,

komunikasi biasanya diperikan berdasarkan enam dimensi utama, seperti yang berikut:

1. Kandungan (apakah yang disampaikan?)

2. Penghantar/Sumber/Pengekod (oleh siapa?)

3. Bentuk (apakah bentuknya?)

4. Saluran (apakah perantaranya?)

5. Penerima/Sasaran/Penyahkod (kepada siapa?)

6. Tujuan.

[sunting]Proses komunikasi

Komunikasi boleh dilihatkan sebagai proses untuk menghantar maklumat yang tertakluk kepada tiga

tingkat peraturan semiotik:

1. Sintaks  (sifat tanda dan simbol yang formal)

2. Pragmatik  (berkenaan dengan hubungan antara tanda/ungkapan dan pengguna)

3. Semantik  (kajian tentang hubungan antara tanda, simbol, dan maknanya).

Oleh itu, komunikasi merupakan interaksi sosial antara sekurang-kurangnya dua ejen berinteraksi

yang berkongsi satu set tanda serta satu set peraturan semiotik yang sama.Perbualan merupakan

sejenis komunikasi yang kedua-dua pihaknya saling menghantar dan menerima maklumat. Teori

pengawalan bersama memerihalkan komunikasi sebagai satu proses selanjar yang kreatif dan

dinamik, dan bukannya penukaran maklumat yang berasingan.

Dalam model yang mudah, maklumat atau kandungan (misalnya, pesanan dalam bahasa sejadi)

dihantar daripada penghantar kepada penerima menerusi saluran penghantaran, misalnya udara.

Perantara komunikasi bukan sahaja membabitkan media massa dan media berita, tetapi juga

merangkumi perantara tunggal yang digunakan untuk menyampaikan apa-apa data bagi apa jua

tujuan. Bahantara ialah storan dan peralatan penghantaran data yang digunakan untuk menyimpan

dan menghantar maklumat atau data. Jika wujudnya gangguan komunikasi dalam saluran

penghantaran, maka penerimaan dan penyahkodan kandungan akan terjejas dan dengan itu,

penghantar pesanan itu tidak akan mencapai kesan yang diingini.

Bahasa ialah sistem isyarat teratur daripada segi sintaks — misalnya intonasi, gerak isyarat, atau

simbol bertulis — yang menyampaikan pemikiran atau perasaan. Kedua-duabahasa

pertuturan dan bahasa tulisan manusia boleh diperihalkan sebagai sebuah sistem yang terdiri

daripada simbol (leksem) serta juga peraturan tatabahasa yang mengolah simbol tersebut. Walaupun

haiwan tidak memiliki sebarang bahasa tulisan, ia masih berkomunikasi dengan menggunakan

bahasa, iaitu bahasa tersendiri.

[sunting]Kategori Komunikasi

[sunting]Komunikasi interpersonal

Proses komunikasi antara individu (lebih dari seorang individu). proses komunikasi diantara

seseorang dengan seseorang yang lain.atau antara maknusia proses komunikasi ini sangat berkesan

kerana ia melibatkan unsur maklum balas serta berdasarkan lapangan yang sama.

[sunting]Komunikasi intrapersonal

Kontemplasi, intuitif, pemikiran (taakulan), meditasi (bercakap dengan diri sendiri),monolog.

[sunting]Bentuk dan komponen komunikasi manusia

Manusia berkomunikasi untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman. Bentuk biasa komunikasi

manusia ialah percakapan, bahasa isyarat, penulisan, sikap, dan broadcasting. Komunikasi boleh

berbentuk interaktif, transaktif, disengaja atau tidak disengajakan. Ia juga boleh jadi lisan atau tanpa

lisan.

[sunting]Teknologi komunikasi

Penyiaran radio dua hala transatlantik yang pertama berlaku pada 25 Julai 1920.

Apabila teknologi berkembang, protokol komunikasi pun berubah, misalnya Thomas

Edison mendapati bahawa perkataan hello ialah sapaan yang paling tidak meragukan

berbanding hail yang mudah hilang semasa penghantaran isyarat tersebut.

[sunting]Peranan perhubungan awam

[sunting]Juruteknik komunikasi

Juruteknik komunikasi menyediakan kepakaran khas yang diperlukan untuk program-program

perhubungan awam. Oleh kerana ia sebahagian daripada kumpulan pengurusan, juruteknik

bertanggunjawab menyediakan dan menghasilkan material komunikasi untuk kegunaan perhubungan

awam . Juruteknik komunikasi menumpukan kepada kemahiran komunikasi (journalistic skill). Mereka

terlibat secara langsung dalam menyediakan newsletter , kenyataan akhbar dan berurusan dengan

pihak media. Mereka tidak hadir dalam penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan dan tugas

mereka lebih kepada menerbit dan mengimplementasi program. Keberkesanan tindakan komunikasi

dan program bergantung kepada difinisi masalah, buat keputusan yang strategik dan kebolehan

penyampaian. Kelemahannya mereka tidak menyumbang kepada pembuatan keputusan dan

perancangan strategik.

[sunting]Pakar Pempreskripsi

Pakar Pempreskripsi bekerja sebagai penguasa ke atas masalah dan penyelesaiannya. Pelangan

atau pengurusan selalu meningalkan tanggunjawab perhubungan awam kepada pakar dan

mengandaikan perhubungan awam adalah peranan yang pasif. Pakar Penentu bekuasa dalamyang

sensitive. Mereka bertindak sebagai penterjemahan dan orang tengah dalam saluran komunikasi

terbuka (two-way permasalahan dan penyelesaiannya. Mereka mendapat kepercayaan pengurusan

atasan dan bertanggunjawab mengenalpasti masalah, membangunkan program dan perlaksanaan

program. Namun, mereka sering dipersalahkan kerana pihak pengurusan meletakkan kepercayaan

seratus peratus ke atas pengamal perhubungan awam tanpa pengurus bertanyakan

permasalahannya.

[sunting]Pemudah cara komunikasi

Pemudah cara komunikasi pula berperanan sebagai broker maklumat. Pengamal berkhidmat sebagai

penghubung, penterjemah dan penyampai antara organisasi dan awam. Mereka juga adalah

pendengar komunikasi). Mereka terlibat dalam pembuatan keputusan dalam perkara yang

mempunyai kepentingan bersama seperti mengadili, interaksi, mengadakan perbincangan, mengulas

pandangan, mendapatkan reaksi dan memperbetulkan keadaan dengan hubungan komunikasi.

Selain itu, fasilitator komunikasi turut menyediakan komunikasi turut menyediakan komunikasi untuk

meningkatkan kualiti keputusan yang berkaitan dengan polisi, tatacara dan tindakan bagi kedua-dua

belah pihak iaitu orang awam dan organisasi.

[sunting]Pemudah cara penyelesaian masalah

Pemudah cara penyelesaian masalah berperanan sebagai ahli kumpulan pengurusan dan memandu

ahli yang lain melalui proses penyelesaian masalah yang rasional iaitu melibatkan semua bahagian

organisasi dalam perancangan perhubungan awam publik dan proses merancang program. Mereka

berkerjasama dengan pengurus untuk mengenali masalah dan penyelesaian masalah. Fasilitator

penyelesai masalah juga menjadi sebahagian daripada ahli kumpulan perancangan strategik dan

mengamalkan proses perhubungan awam seperti kajian, tindakan, komuniksai dan penilaian. Mereka

adalah pengurusan kini yang menyediakan kandungan polisi dan prosedur iaitu kuasa membuat

perubahan yang bersama-sama dengan pengamal perhubungan awam dalam aspek pembuatan

keputusan dan strategi komunikasi yang berkesan memerlukan kesefahaman, cadangan dan

perancangan aktiviti. Fungsi ini juga mungkin termasuk kerja-kerja penentuan belanjawan dan

bertanggungjawab menentukan orang yang sesuai untuk menjalankan kerja-kerja perhubungan

awam. Sebagai contohnya, presiden organisasi atau CEO selalaunya orang utama yang diberi

tanggungjawab dalam aktiviti perhubungan awam.

[sunting]Menyemai hubungan

Kejayaan perhubungan awam professional ditentukan melalui kebolehannya membangunkan

kemahiran mengumpul maklumat daripada pihak pengurusan dan rakan sekerja dalam organisasi

dan juga sumber luaran. Penilaian yang berterusan akan dilakukan dan setiap cadangan yang

diformulakan oleh pengamal perhubungan awam perlu mendapat kelulusan daripada pihak

pengurusan organisasi. Kebanyakan aktiviti perhubungan awam memerlukan kerjasama dan

kadangkala melalui unit organisasi lain seperti kakitangan personel, undang-undang dan pemasaran.

Perhubungan awam professional perlu mempelajari cara dan teknik terbaik untuk membujuk publik

agar profesion tersebut menjadi lebih efektif.

[sunting]Menulis dan menyunting

Perhubungan awam professional sentiasa cuba menemui dan berinteraksi dengan kumpulan manusia

yang besar. Dalam aktiviti tersebut, bahan bercetak merupakan perkakasan yang penting.

Contohnya, bahan bercetak yang meliputi laporan, kenyataan akhbar, brochures, ucapan, video,

skrip, artikel majalah perdagangan, maklumat produk dan material teknikal, penerbitan pekerja,

newsletter, laporan pemegang saham dan lain-lain bahan bercetak berkaitan dengan komunikasi

pengurusan. Bahan-bahan ini berfungsi sebagai medium komunikasi bagi kedua-dua publik iaitu

publik dalaman dan juga publik luaran. Maklumat yang jelas dan gaya penulisan yang baik adalah

penting bagi kerja-kerja perhubungan awam.

[sunting]Maklumat

Aktiviti perhubungan awam berperanan mengukuhkan sistem penyebaran bahan berita kepada

akhbar, media penyiaran dan penyunting penerbitan perdagangan. Aktiviti berkomunikasi dengan

media dilakukan agar berita organisasi diterbitkan. Maka, pengamal perhubungan awam perlu

mengetahui bagaimana akhbar dan media lain beroperasi, bidang yang menjadi tumpuan penerbit

dan bahan yang menjadi minat penyunting. Disebabkan penyunting dan penyiar mempunyai jumlah

ruang dan masa yang terhad, maka pengamal perhubungan awam terpaksa bersaing dengan

pengamal daripada organisasi lain. Pengamal perhubungan awam perlu mendapatkan penyunting,

penerbit dan cerita pada masa yang tepat. Selain idea diterima berdasarkan berita dan nilai yang ada,

kebolehan membangunkan hubungan dan kerjasama dengan media berita amat berguna bagi kedua-

dua pihak pengamal dan media.

[sunting]Penerbitan

Kepelbagaian penerbitan, laporan khas, video dan program multimedia menyediakan banyak ruang

untuk berkomunikasi bagi pengamal perhubungan awam. Perhubungan awam professional tidak

memerlukan kemahiran dalam seni, reka letak, tipografi dan fotografi tetapi pengetahuan asas

tentang teknik penyediaan adalah penting untuk tujuan perancangan dan penyeliaan.

[sunting]Acara khas

Persidangan akhbar, pameran, perasmian bangunan baru dan sambutan ulang tahun, peraduan dan

anugerah, lawatan dan mesyuarat khas adalah sebahagian daripada acara khas yang boleh

digunakan untuk meraih perhatian dan penerimaan kumpulan orang ramai. Ia melibatkan

perancangan rapi dan kerjasama pelbagai pihak, perincian tindakan, penyediaan buku cenderamata,

bahan publisiti dan laporan.

[sunting]Pengucapan

Tugas perhubungan awam selalunya memerlukan kemahiran komunikasi bersemuka iaitu dengan

menyediakan ucapan dan menyampaikan ucapan. Pengamal perhubungan awamyang boleh berucap

kepada individu atau kumpulan akan memperolehi kelebihan menyampaikan idea berbanding

penulisan.

[sunting]Penyelidikan dan penilaian

Aktiviti penting yang perlu dijalankan oleh pengamal perhubungan awam adalah mendapatkan fakta.

Ia boleh dilakukan melalui temubual, penyelidikan bahan-bahan perpustakaan dan perbualan

informal. Penyelidikan juga boleh melibatkan teknik kaji selidik dan kepakaran, serta mereka bentuk

dan menjalankan penyelidikan pendapat publik. Selepas program lengkap dijalankan, perhubungan

awam professional perlu mengkaji keputusan dan penilaian perancangan, perlaksanaan dan

keberkesanan program. Pihak pengurusan mengharapkan input yang berguna kepada organisasi

melalui penyelidikan dan penilaian yang dilakukan dalam aktiviti perhubungan awam.

[sunting]Profesionalisme pengamal perhubungan awam

Kajian terawal mengenai tahap profesonalisme pengamal perhubungan awam telah dilakukan oleh

Gruning dan Hunt (1984) di kawasan Baltimore, Washington. Beliau menggunakan empat dimensi

untuk membezakan pengamal yang professional daripada yang tidak professional. Empat dimensi

tersebut ialah:-

1. Pengamal nilai-nilai professional - Kebebasan daripada pengawasan yang berterusan

semasa menjalankan tugas. Mempunyai pekerjaan yang bernilai dan penting kepada

masyarakat. Berpeluang mengaplikasi kemahiran dan pengetahuan. pengiktirafan daripada

pengamal perhubungan awam yang lain. Golongan yang menentukan tahap profesionalisme

mereka seperti ahli masyarakat, pihak pengurusan organisasi, pengamal perhubungan

awam, pemimpin-pemimpin organisasi perhubungan awam.

2. Nilai-nilai kerjaya iaitu pendapatan, keselamatan, status, dan pengiktirafan daripada golongan

atasan dalam organisasi.

3. Indeks aktiviti yang dilakukan oleh seorang pengamal perhubungan awam seprti menghadiri

mesyuarat, mempersembahkan program, rancangan yang berkaitan dengan bidang

perhubungan awam. Responden juga ditanya sama ada mereka menjadi ahli dalam Public

Relation Society of America (PRSA).

4. Latihan dan kelayakan yang ada pada pengamal perhubungan awam seperti mempunyai

kelayakan dalam bentuk sijil, diploma, ijazah dalam bidang perhubungan awam.

Kesemua nilai professional dan nilai kerjaya adalah sama seperti yang digunakan oleh McLeod dan

Hawley (1964) untuk mengkaji tahap profesionalisme wartawan dari Milwaukee. Gurning dan Hunt

(1984) membandingkan nilai-nilai professional yang diperolehi dengan nilai kerjaya.

Indeks professional McLeod dan Hawley (1964) terdiri daripada 24 ciri-ciri pekerjaan yang diinginkan

dalam mana-mana pekerjaan yang dibahagikan kepada 12 item professional dan 12 item bukan

professional. Pengamal yang professional akan memberi skor yang tinggi dalam item professional

daripada item bukan professional.

12 item professional yang disenaraikan oleh McLoed dan Hawley ialah:-

1. Penggunaan penuh kebolehan dan latihan

2. Peluang untuk keaslian dan dayausaha

3. Peluang untuk mempelajari kemahiran baru dan pengetahuan.

4. Mencapai kemajuan dalam kerjaya professional.

5. Bekerja dalam syarikat akhbar yang dikenali dan dihormati oleh wartawan lain.

6. Pekerjaan yang dinilai dan penting kepada masyrakat.

7. Penghormatan kepada kebolehan dan kecekapan rakan sekerja.

8. Berpeluang mempengaruhi pemikiran public.

9. Penyelia yang menghargai masa anda untuk memperbaiki kebolehan anda.

10. Kebebasan daripada pengawasan rapi dalam menjalankan tugas.

11. Berpengaruh dalam membuat keputusan.

12. Satu pekerjaan yang membuat organisasi berbeza kerana saya menyumbang kearahnya.

Manakala 12 item bukan professional pula ialah:-

1. Keseronokan dalam penglibatan kerja.

2. Terdapat sokongan daripada orang lain

3. Mencapai kemajuan dalam organisasi

4. Pendapatan yang lumayan untuk menjalani kehidupan yang baik

5. Bekerja dengan orang dan bukan benda-benda

6. Keselamatan kerja kerana ia stabil

7. Kegembiraan dan kepelbagaian dalam kerja

8. Bekerja dengan orang-orang yang bersefahaman

9. Pekerjaan yang bertaraf prestij dalam masyarakat

10. Pekerjaan yang bertaraf prestij dalam organisasi

11. Pekerjaan yang membolehkan saya bertemu dengan orang-orang ternama seperti pemimpin

Negara.

12. Pekerjaan yang tidak menganggu keluarga saya.