modul kemahiran belajar cara belajar

Upload: azelin-abdul-majid

Post on 28-Oct-2015

1.934 views

Category:

Documents


102 download

DESCRIPTION

kemahiran belajar cara belajar

TRANSCRIPT

  • Pusat Perkembangan KurikulumKementerian Pendidikan Malaysia

    2001

  • iCetakan Pertama 2001 Kementerian Pendidikan Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama adasecara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulisdaripada Pengarah, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia,Persiaran Duta off Jalan Duta, 50604 Kuala Lumpur.

    Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

    Malaysia. Pusat Perkembangan KurikulumBelajar Cara Belajar / Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.Bibliografi: ms. 83ISBN 983-2340-36-51. Study skills. I. Judul.371.30281

  • ii

    KATA PENGANTAR

    Pelaksanaan kurikulum sekolah yang disemak semula memberi penekananatas strategi pembelajaran yang berkesan sesuai dengan kehendak pendidikanmasa kini dan masa depan.

    Sebagai usaha untuk membantu guru memahami dan mengamalkan strategi tersebut, Pusat Perkembangan Kurikuljum (PPK) telah menghasilkan pelbagaibahan sokongan kurikulum yang terdiri daripada beberapa modul pengajaran danpembelajaran (P&P) dan buku penerangan am tentang pengurusan danpelaksanaan kurikulum.

    Modul (P&P) boleh membantu guru mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di samping mewujudkan suasana bilik darjah yangmenggembirakan. Buku penerangan am bertujuan untuk menjadi panduan kepadapengurus dan pelaksana kurikulum dalam usaha mereka untuk melaksanakankurikulum dengan lebih berkesan.

    PPK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepadasemua yang terlibat dengan penyediaan modul-modul serta buku penerangan amini. Semoga bahan sokongan berkenaan dapat dimanfaatkan oleh semua pihakyang terlibat.

    Dr. SHARIFAH MAIMUNAH BINTI SYED ZINPengarahPusat Perkembangan KurikulumKementerian Pendidikan Malaysia

  • iii

    Muka Surat

    1. Pengenalan 1

    2. Objektif Modul 2

    3. Rasional Belajar Cara Belajar 3

    4. Apakah Belajar Cara Belajar 5

    5. Peranan Guru dan Murid

    6. Kemahiran Belajar

    6

    11

    7. Kemahiran Maklumat 25

    8. Strategi Metakognitif 39

    9. Pengurusan Masa dan Gaya Pembelajaran 51

    10. Persediaan Peperiksaan 67

    11. Contoh Rancangan Pelajaran 77

    12. Bibliografi 84

    13. Panel Penulis 85

    Isi Kandungan

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    1

    PENGENALAN

    Kemahiran belajar merupakan kemahiran seumur hidup.

    Kemahiran ini perlu dikembangkan kepada semua murid

    supaya mereka peka dengan teknik-teknik pembelajaran yang

    berkesan. Dengan kemahiran ini juga, murid dapat mengenal

    pasti kekuatan dan kelemahan dalam proses belajar mereka

    dan seterusnya mereka boleh mengambil langkah-langkah

    yang sewajarnya untuk memperbaiki sesuatu kelemahan.

    Justeru, pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah

    perlu mengambil kira kebolehan dan minat murid yang

    pelbagai dan guru harus memberikan penekanan pada teknik

    pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan murid

    mereka. Modul ini dibina untuk membantu guru memahami

    kemahiran belajar dan seterusnya mengaplikasikannya ke

    dalam pengajaran dan pembelajaran.

    Modul ini meliputi perkara yang berikut:

    x Pengenalan

    - Objektif Modul

    - Rasional Belajar Cara Belajar

    - Objektif Belajar Cara Belajar

    - Apakah Belajar Cara Belajar

    - Peranan Guru; Peranan Murid

    x Kemahiran Belajar

    x Kemahiran Maklumat

    x Strategi Metakognitif

    x Pengurusan Masa dan Gaya Pembelajaran

    x Persediaan Peperiksaan

    x Contoh Rancangan Pelajaran

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    2

    1. OBJEKTIF MODUL

    6.Menyediakan contoh rancangan p & p untuk guru.

    1.Menjelaskankonsepbelajar cara belajarkepada guru. 2.

    Memahami faktor yangmempengaruhipembelajaranmurid.3.

    Membimbing guru mengenal pasti strategi pembelajaranyang sesuai untuk murid.

    4.Membantu gurumengaplikasikankemahiran belajar cara b l j d l &

    Selepas membaca Modul Belajar Cara Belajar (BCB), diharapkan guru mendapati beberapa idea untuk menjalankan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran (p & p) di bilik darjah yang menyerapkan BCB. Ke arah ini, objektif modul ini adalah untuk:

    5. Membantu guru melatih guru lain menjalankan p & p berdasarkan Belajar Cara Belajar.

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    3

    2. RASIONAL BELAJAR CARA BELAJAR

    Belajar Cara Belajar diperkenalkan kerana beberapa sebab :

    x Murid perlu belajar untuk memperoleh maklumat tambahan di luar waktu persekolahan.

    - x Murid perlu bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka.

    x Murid perlu meningkatkan keupayaan mereka untuk mempelajari sesuatu.

    x Kemahiran Belajar Cara Belajar sejajar dengan matlamat pendidikan untuk menyemai kemahiran belajar seumur hidup di kalangan murid.

    x Masa di bilik darjah terhad.

    x Pengetahuan dan maklumat yang diterima

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    4

    3. OBJEKTIF BELAJAR CARA BELAJAR

    Objektif Belajar Cara Belajar adalah seperti yang berikut:

    Menyediakan murid yang berupaya belajar sendiri tanpa guru.

    Membolehkan murid menggunakan pengetahuan sedia ada, rakan dan bahan lain sebagai sumberpembelajaran.

    Membolehkan murid membuat refleksi dan menilai tahap pembelajaran sendiri.

    Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan & kemahiran ke situasi lain, sama ada dalam mata pelajaranlain dan pergaulan.

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    5

    4. APAKAH BELAJAR CARA BELAJAR

    Pengertian Belajar Cara Belajar

    Belajar Cara Belajar ialah proses untuk memperoleh teknik belajar sama adabersama guru atau tanpa guru.

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    6

    5. PERANAN GURU DAN MURID DALAM

    BELAJAR CARA BELAJAR

    a) Peranan Guru

    Menilai secara formatif & sumatif dan merekod pencapaian murid.

    Mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

    Menyesuaikan gaya pengajaran guru dengan gaya pembelajaran murid.

    Menentukan objektif pembelajaran.

    Memilih bahan p&p yang sesuai.

    Menyediakan pelbagai teknik dan aktiviti untuk menjalankan p&p.

    Berbincang dengan murid.

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    7

    b) Peranan Murid

    Mengenal pasti kecenderungan gaya pembelajaran.

    Menilai keupayaan diri untuk belajar dan mengambil tindakan seterusnya.

    Menetapkan matlamat & diharapkan dapat menjayakannya.

    Berbincang dengan guru sama ada matlamat yang ditetapkan mampu dicapai atau tidak.

    Merancang pembelajaran secara terperinci.

    Melaksanakan perancangan.

    Melaporkan kemajuan pencapaian.

    Berbincang dengan rakan sebaya dan guru tentang tugasan, kerja projek, penguasaan kosa kata.

    Memberikan ganjaran atas kejayaan diri.

    Membuat refleksi dan menilai pencapaian.

  • KemahiranBelajar

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    11

    Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap murid untuk menambah ilmu pengetahuan serta meraih kecemerlangan dalam

    peperiksaan dan kehidupan.

    Kemahiran belajar melibatkan beberapa kemahiran seperti:

    KEMAHIRAN BELAJAR

    Mencatat Nota

    Membacax Luncuran (Skimming)x Imbasan (Scanning) x Intensifx Laju

    Menulisx Laporanx Cepat

    Mengingat

    Mendengardengan berkesan

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    12

    a. Kemahiran Mendengar Dengan Cekap

    Kemahiran mendengar ialah sebahagian daripada proses komunikasi antara manusia. Mendengar ialah aktiviti aktif dari segi mental kerana kemahiran ini melibatkan kefahaman dan pemprosesan maklumat yang didengar.

    Kemahiran mendengar melibatkan:

    Apa yang didengar Pelbagai teks seperti

    Mengapa mendengar

    muzik

    lagu

    syarahan

    pengumuman

    puisiarahan

    ucapan

    berita

    lakonan

    x Untuk mendapatkan maklumat, fakta, data, pengetahuan

    x Untuk menghayati keindahan bahasa dan muzik

    x Untuk mengetahui perkembangan semasa

    x Untuk mendengar penjelasan guru tentang sesuatu

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    13

    Siapa yang didengar

    Bagaimana meningkatkan kemahiran mendengar

    Sesiapa sahaja yang:

    x Memberikan maklumat

    x Memberikan penjelasan

    x membuat pertanyaan

    x memberikan pendapat

    Bagaimanamendengardengan berkesan

    x Dengan teliti dan penuh perhatian

    x Dalam suasana yang tenang dan selesa

    x Motivasikan diri untuk memberikansepenuh tumpuan dan perhatian kepada pembelajaran hari itu

    x Memandang ke arah guru

    x Menumpukan perhatian kepada apa yang diperkatakan, ditunjuk dan ditulis

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    14

    b. Kemahiran Membaca

    Tujuannya untuk mendapatkan:maklumat ringkas tetapi menyeluruh mengenai sesuatu bahan

    atau dokumen pandangan umum mengenai dokumen dengan segera

    .

    Kemahiran membaca ialah penting untuk mendapatkan maklumat, pengetahuan, dan fakta mengenai sesuatu perkara. Membaca ialah proses kompleks yang melibatkan proses komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui tulisan yang dibaca. Biasanya terdapat empatjenis gaya bacaan, iaitu:

    i. Skimming (Luncuran)

    Skimming ialah kemahiran membaca untukmendapatkan maklumat ringkas dan pantas mengenaisesuatu bahan atau maklumat.

    Bagaimanakah membuat skimming:

    membaca tajuk, pendahuluan dan rumusan bahan atau dokumen

    membaca dengan menggunakan pergerakan mata yang cepat

    memberikan tumpuan sepenuhnya pada bahan yang dibaca

    ii. Imbasan (Scanning)Imbasan ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam daripada skimming.

    Tujuannya adalah untuk :mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawapan

    kepada sesuatu persoalan.

    Bagaimana membuat imbasan:

    Membaca pendahuluan dan rumusan teks secara mendalam

    Membaca kandungan bab dengan pantas sambil mencatatkan kata kunci dan konsep yang dinyatakan

    Memberikan perhatian kepada rajah dan grafik yang ada

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    15

    iii. Bacaan Intensif

    Bacaan Intensif ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat terperinci.

    Bacaan Intensif memerlukan:

    tumpuan

    ketekunan

    masa yang lebih panjang untuk mendapat makna

    Tujuannya adalah untuk : mendapatkan semua maklumat dengan mendalam dan catatan

    perlu dibuat untuk mengumpulkan maklumat tersebut.

    Tujuannya adalah untuk :

    menggunakan masa terhad dengan lebihproduktif

    menjimatkan masa

    memperoleh maklumat tambahan padakadar

    yang cepat

    Memerlukan:

    kebolehan laju membaca

    kefahaman serentak membaca

    iv. Bacaan Laju

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    16

    Bagaimanakah membaca laju

    i. Menumpukan perhatian pada pemikiran atau idea utama.Ini boleh dibuat dengan: x membaca cepat seluruh bukux membaca cepat senarai babx membaca cepat semua bahagianx membaca cepat semua perenggan

    ii. Pembaca laju boleh mengesan penjelasan isi utama dengan melihat tanda-tanda perbezaan seperti:x tulisan condongx tulisan bergarisx tulisan tebalx fakta yang bersiri atau bernombor (1,2,3, )x fakta yang bersiri abjad (a, b, c, )

    iii. Penjelasan isi utama boleh didapati daripada perkataan atau rangkai kataawalan ayat seperti:x Pertama,Kedua., Ketiga..x Sebaliknyax Contohnya.x Dengan itu .x Selanjutnya.

    iv. Penjelasan isi utama boleh didapati daripada bentuk grafik seperti:x Grafx Jadualx Gambar rajah

    v. Mengingat sebanyak mungkin maklumat yang dibaca:x mengingat isi yang senang dahulu daripada isi yang sukarx membaca laju diikuti dengan catatan nota kerana catatan nota

    memaksa pembaca berfikirx berfikir dengan cergas untuk memahami dan mengingat isi utama

    bahan yang dibaca.

    Tip Bacaan Laju (Speed Reading)

    vi. Mengaplikasikan atau mengaitkan bacaan dengan pengalaman pembaca.

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    17

    Mengapakahperlu mencatat

    nota ?

    c. Kemahiran Mencatat Nota

    x Mencatat isi utama penting sebagai rujukan.

    x Daripada isi penting boleh dikembangkan kepada fakta asas.

    x Catatan nota dikumpulkan untuk keperluan rujukan tambahan masa depan.

    x Mencatat nota ialah aktiviti merekod fakta, maklumat dan isi penting daripada bahan yang dibaca, dilihat atau didengar.

    x Mencatat nota berlaku dalam semua situasi belajar seperti semasa kuliah, ceramah, penerangan, temuduga, membaca buku atau bahan lain.

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    18

    Ciri nota yang baik

    x Mengandungi rangka kasar sahaja.

    x Terdiri daripada idea utama.

    x Dicatat dalam buku atau kertas catatan yang khas.

    x Catatan terang dan mudah dibaca.

    x Menggunakan kata kunci, simbol (contoh: sama dengan =) dan singkatan perkataan (contoh:yang = yg, dengan = dgn).

    x Ada lakaran dan grafik yang menyokong teks.

    x Catatan di sebelah kiri dan kanan NOTA sebagai nota dan maklumat tambahan.

    x Tanda bulatan dan garisan dibuat pada isi penting.

    x Nota disemak semula supaya tidak tertinggal idea penting.

    Bagaimanakah mencatat catatan

    x Berikan perhatian pada maklumat yangdidengar, dibaca dan dilihat.

    x Maklumat tersebut dipilih atau ditafsirkan sebelum dicatat.

    x Hanya fakta baru sahaja yang dicatatkan kerana ini merupakan pembelajaran baru.

    x Baca dan susun semula catatan.

    x Catatan nota boleh dibuat dalam bentuk grafik seperti anak panah, garisan,bulatan, dan sebagainya.

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    19

    d. Kemahiran Menulis

    i. Menulis Laporan

    Panduan umum untuk menyediakan laporan adalahseperti yang berikut:

    x Memiilih topik sekiranya topik tidak diberikan

    x Mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber

    x Meneliti dan memilih maklumat yang relevandengan topik

    x Membuat nota

    x Menyediakan kerangka laporan

    x Menulis draf pertama dan mengenal pasti sumber yang dipetik

    x Melengkapkan laporan dengan jadual, graf, dan bahan grafik yang lain yang sesuai

    x Menyemak draf

    x Membuat pemurniaan dan menulis draf kedua

    x Menerbitkan laporan

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    20

    ii. Kemahiran Menulis Cepat

    Menulis cepat ditafsirkan sebagaikemahiran menulis dengan kepantasanyang tinggi dan tulisannya boleh dibacaoleh orang lain. Oleh itu, menulis cepatmemerlukan unsur:x Kelajuan menulisx Tulisan yang boleh dibaca.x Kandungannya difahami.

    Banyak maklumat yang boleh dicatat.

    Dalam peperiksaan masa terhad tetapi memerlukan banyak isi jawapan yang boleh ditulis.

    Menjimatkan masa.

    Murid mempunyai banyak maklumat atau fakta dalam ingatannya semasa menjawab soalan peperiksaan.

    Murid boleh mengingat kembali fakta atau maklumat dengan cepat.

    Murid menyediakan alat tulis yang sesuai seperti pen yang sempurna dan pensel yang tajam.

    MengapakahMengapakahperlu menulis perlu menulis

    cepacepat?t?

    Apakah praApakah pra--syarat menulis syarat menulis

    cepat ?cepat ?

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    21

    e. Kemahiran Mengingat

    Jenis Ingatan

    x Ingatan jangka pendek maklumat tersimpan sebentar sahaja.

    x Ingatan jangka panjang maklumat yang kekal dalam ingatan.

    Latihan untuk menulis cepat

    x Pilih satu topik untuk dikarang.x Peruntukkan masa untuk mengarang

    topik.x Tulis karangan itu dalam masa yang

    ditentukan.x Minta rakan membaca karangan dan

    memberikan maklum balas dari segi tulisan dan isi karangan.

    x Ulang latihan dengan mempercepat masa menulis.

    x Mengingat ialah proses pembelajaran yang berkaitan dengan kefahaman dan penggunaan deria dengar dan deria lihat yang baik.

    x Mengingat juga ialah satu kemahiran untuk mengingat kembali dengan menyebut atau menulis fakta dan kejadian yang telahberlaku selepas beberapa lama.

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    22

    Proses Ingatan

    Proses ingatan terbahagi kepada tiga langkah, iaitu:

    Cara Mengingat

    Mendaftar maklumat hingga boleh dikekalkan dalam ingantan (encoding )

    Menyimpan maklumat

    Mengingat kembali maklumat (decoding)

    x Mereka cerita x Mencipta irama atau lagux Membuat catatanx Membuat lakonanx Membuat senarai semakx Mencipta akronim contoh: HKL (Hospital Kuala Lumpur)x Mencipta akrostik - contoh: MAGERAN (Majlis Gerakan Negara)x Membuat rantaian atau berlawan

    contoh: piring - cawanx Melakar grafik dan ilustrasi - peta, graf dan

    peta mindax Mengingat secara kumpulan - terutama

    nombor contoh: nombor telefon: 795 88 345 x Mengulangx Melatih tubi

  • KemahiranMaklumat

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    25

    KEMAHIRAN MAKLUMAT

    Keupayaan mengumpul maklumat secara berkesan

    ialah suatu aspek kemahiran belajar cara belajar yang penting.

    Mengenal pasti sumber pembelajaran, cara mendapatkan maklumat daripada

    temu ramah, membuat rujukan, mengenal maklumat dalam buku, dan cara

    merujuk kamus, direktori dan ensiklopedia ialah sebahagian daripada

    kemahiran maklumat yang perlu dikuasai oleh murid.

    i. Definisi Maklumat

    ii. Definisi Kemahiran Maklumat

    Maklumat ialah pengetahuan, data, butiran,

    fakta, keterangan, maklumat atau cerita

    tentang sesuatu perkara atau seseorang.

    Keupayaan seseorang mengenal pasti

    keperluan maklumat mencari dan

    mengumpulkan, mengurus dan mengolah

    maklumat dan membekalkan maklumat bagi

    memenuhi keperluan tertentu.

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    26

    iii. Mengenal Pasti Sumber Pembelajaran

    Maklumat boleh didapati melalui sesuatu yang didengar, dibaca dan ditonton.

    Terdapat pelbagai sumber yang dapat memberikan maklumat iaitu:

    x Bahan bercetak (contohnya: akhbar, buku, majalah, ensiklopedia, atlas, almanak, kamus, direktori, buku tahunan, buku panduan, buku bibliografi, indeks, jurnal, abstrak dan buku teks).

    x Bahan audiovisual (contohnya: piring hitam, radio, pita video, kaset video, mikrofis, filem, slaid, lutsinar, dan cakera laser).

    x Sumber berasaskan komputer (contohnya: disket, CD ROM, dan Internet).

    Setiap sumber maklumat yang dinyatakan mempunyai kelebihan dankelemahan sebagai akibat sifat fizikal, tenaga, harga dan cara penggunaanbahan tersebut. Walau bagaimanapun, faktor penentu ialah kuantiti dankualiti maklumat yang terkandung dalam sesuatu sumber.

    iv. Jenis Sumber/Bahan

    x Sumber yang berasaskan manusia (Contohnya: ibu bapa, guru, pakar bidang, rakan)

    1..Jurnal2.Laporan3.Kertas Kerja4. Paten5.Standard/Piawaian6.Tesis/Disertasi7.Katalog Perdagangan8.Ensiklopedia9.Kamus10.Tesaurus11.Atlas12.Gazetiar

    13. Buku Tahunan14. Almanak15. Indeks16. Abstrak17. Bibliografi18. Ulasan/Resensi19. Direktori20. Biografi21. Buku Panduan /Manual22. Pangkalan Data Dalam Talian23. Internet24. CD-ROM

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    27

    Memahami tugasan Menggunakan pelbagai sumber rujukan Membaca (secara imbasan dan luncuran) pelbagai maklumat Membina soalan asas Menentukan maklumat yang diperlukan Mengenal pasti skop sumber Membuat sumbang saran untuk mentafsir dan mentafsir semula masalah

    vi. Menilai Dan Mengumpulkan Maklumat

    Gunakan teknik imbasan dan luncuran. Pilih bahan, baca, dengar dan tonton. Pastikan sumber sama ada sumber primer atau sekunder. Mentafsir maklumat visual seperti graf, peta dan carta. Kumpulkan buktii alasan dan butiran yang dapat menyokong pandangan/hujah. Menilai sumber maklumat dan laman web untuk mendapatkan yang tepat, boleh dipercayai, diperakui, dan sesuai dengan tugasan.

    v. Mengenal Pasti Masalah Dan MaklumatYang Diperlukan

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    28

    vii. Kemahiran Menemu Ramah

    Maklumat boleh didapati dengan menemu ramah individu tertentuseperti tokoh, pakar dalam bidang berkenaan, orang kenamaanatau orang yang terlibat secara langsung dalam sesuatu peristiwa.

    Tentukan maklumat yang diperlukan.

    Kenal pasti tokoh atau orang yang hendak ditemu ramah.

    Selidik kesesuaian tokoh tersebut dengan maklumat yang dikehendaki (latar belakang tokoh, bidang pekerjaan dan sebagainya).

    Buat temu janji dengan tokoh (tarikh, masa dan tempat).

    Sediakan dan susun soalan untuk mencungkil maklumat yang dikehendaki.

    Sediakan alat perakam, kamera dan sebagainya mengikut keperluan.

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    29

    Tepati janji temu.

    Beradab dan gunakan bahasa yang santun(memperkenalkan diri, menggunakan gelaran dan ganti nama diri yang betul, menyatakan tujuan, dan mengucapkan terima kasih).

    Bersikap ramah dan menunjukkan minat ketika tokoh bercerita atau menyampaikan maklumat.

    Adakan hubungan mata dan mendengar dengan penuh perhatian.

    Kemukakan soalan yang telah disediakan; ubah suai soalan jika perlu.

    Gunakan alat perakam dan catat butiran dalam buku catatan.

    Dapatkan bahan tambahan daripada tokoh (gambar foto dan lain-lain).

    Teliti semula maklumat yang dicatat dan dirakamkan.

    Rangka persembahan maklumat dan tulis draf pertama.

    Lengkapkan persembahan dengan mendapatkan maklumat tambahan daripada sumber lain atau hubungi orang yang ditemu ramah semula.

    Lengkapkan persembahan dengan bahan grafik, gambar, lampiran dan senarai rujukan.

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    30

    viii. Kemahiran Membuat Rujukan

    Dalam era ledakan maklumat, terlalu banyak maklumat yang perlu diingati. Oleh itu, kita perlu mengetahui cara mengesan maklumat dengan cekap tanpa perlu mengingat semuanya.

    Menggunakan Laci Kad Katalog

    Ada tiga jenis laci kad katalog

    Anda boleh menggunakan satu daripada laci tersebut berdasarkan maklumat yang anda ada seperti maklumat pengarang, perkara atau / dan judul.Anda boleh menggunakan mana-mana laci yang anda ada maklumatnya.

    denganmenggunakan kad katalog

    yang berasaskan sistem pengelasan yang tertentu misalnya Library of Congress atauSistem Perpuluhan Dewey

    denganalat baca mikrofis

    dengankomputerOPAC.

    x laci kad pengarangx kad perkara x kad judul

    Kaedah Mengesan Maklumat & Merujuk Bahan di Pusat Sumber Perpustakaan

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    31

    Pada amnya, pusat sumber sekolah menggunakan SistemPerpuluhan Dewey. Berdasarkan sistem ini, terdapat sepuluhkelas maklumat iaitu:

    000-099 Karya Am100-199 Falsafah200-299 Agama300-399 Sains Kemasyarakatan400-499 Bahasa500-599 Sains Tulen600-699 Teknologi700-799 Kesenian dan Hiburan800-899 Kesusasteraan900-999 Geografi, Sejarah dan Biografi

    ix. Mengenal Maklumat Bahagian Dalam Buku

    Setiap bahagian buku iaitu kulit hadapan, kulit belakang, halamanjudul, halaman kandungan, indeks, bibliografi dan daftarkata/glosari menawarkan maklumat yang tertentu.

    Pada kulit hadapan tertera tajuk buku dan nama pengarang.

    Pada halaman judul terdapat maklumat tentang judul buku, judul kecil, nama pengarangsepenuhnya, nama penyunting (jika ada) dannama penerbit.

    SejarahMelayu-IslamVirginia M. Hooker

    PenterjamahanolehA.M.Mohd.AliVirginia M. Hooker

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    32

    Pada bahagian halaman verso (belakang halamanjudul) terdapat maklumat hak cipta, tahun hak cipta, tempat terbitan, catatan tentang halangan menyalinsemula, alamat penerbit dan maklumatpengkatalogan iaitu nombor kad katalog.

    Bertentangan dengan halaman ini kadangkala disertakan pengenalan atau kata aluan.

    Jadual kandungan ialah bahagian yang penting dalam buku. Dalamnya terkandung nama bab,nama tajuk, perincian tajuk dan halamanyang selaras dengan tajuk.

    Bibliografi terdapat selepas tajuk akhir sesebuah buku atau pada akhir bagi setiap bab. Dalamnya terkandung senarai pengarang, tahun penerbitan, tajuk buku/majalah/jurnal, penerbit dantahun terbitan disusun mengikut urutan abjad.

    Sesetengah buku memperuntukkan ruangandaftar kata atau glosari yang mengandungi keterangan atau makna tentang istilahdan singkatan yang digunakan dalam buku tersebut.

    Untukmengingatiguru-guruku.

    Bibliografi

    Asraf Wahab 1979. Rumusan Pola-pola Ayat Inti, DBP 1979.

    Brown C.C. 1956. Studiesin Malay. London: Luzac.

    klausasatu unit rangkaian perkataan yang mengandungi satu subjek & satu predikat.

    konsonanbunyi-bunyi bahasa penggalan...

    ISBN 983-622-2123-9

    Cetakan Pertama1991

    Karya V.M. HookerTerjemahan: A.M. Mohd.Penerbitan: DBPDicetak oleh DBP

    Kandungan

    Pengenalan 1Masa Lalu dan Kini 3Dua Versi Teks 5

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    33

    Sebelum kulit belakang terdapat ruanganindeks sama ada indeks perkara atau indekspengarang yang disusun mengikut urutanabjad. Pada senarai perkara atau pengarangdisertakan nombor halaman yangmemperincikan maklumat tersebut.

    Pada kulit belakang kadangkala diberikanmaklumat tentang isi buku misalnya sinopsis cerita dan biodata pengarang.

    Saka, 111Salehah, 39Sayid Umar, 53Sejarah Bugis, 28, 32-4,39-40, 69

    Universiti Riau,13Universiti Leiden, 6Universiti Malaya, 91

    Sinopsis Cerita.

    Biodata:..

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    34

    x Ensiklopedia ialah bahan (berbentuk buku dan CD ROM) yang mengandungi maklumat bagi semua bidang ilmu pengetahuan.

    x Maklumat ini termasuklah definisi, keterangan, sejarah, perangkaan dan bibliografi yang disusun mengikut urutan abjad.

    x Setiap edisi ensiklopedia biasanya dibahagikan kepada beberapa jilid yang berurutan.

    x Ensiklopedia terbahagi kepada dua jenis iaitu am dan khas.- Contoh ensiklopedia am: Oldhams

    Encyclopedia Illustrated (ensiklopedia am kanak-kanak) dan Oxford Junior Encyclopedia.

    - Contoh ensiklopedia khas: Encyclopediaof Animals dan Encyclopedia of Art.

    x. Kemahiran Merujuk Ensiklopedia

    Mengesan Maklumat daripada Ensiklopedia

    Perhatikanbarisanensiklopedia di rak khasdan lihattulangbelakangsetiap jilid.

    Pilih jilid yang mengandungi perkataan atauhuruf yang pertama yang berkaitan dengan maklumat yang hendak dikesan.

    Kata utama seperti SUNGAI, TOKOH, TEMPAT, dan KEJADIAN dicap dengan huruf besar diikuti keterangan tentang perkataan tersebut.

    Ada ensiklopedia mempunyai jilid maklumat umum atau kasar yang disebut makro. Jilid yang menerangkan secara terperinci disebut jilid mikro.

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    35

    Fabulous

    fabulous wonderful, a fabulous dayIt was a fabulous week. Everything went well.

    xi. Kemahiran Merujuk Kamus

    Kamus ialah bahan koleksi perkataan dan maklumat tentangperkataan dalam satu atau lebih daripada satu bahasa sepertidefinisi atau makna, asal usul, ejaan, sebutan, silabikasi,penggunaan dan kedudukan semasa sesuatu perkataan yangdisusun mengikut urutan abjad.

    Terdapat dua jenis kamus iaitu:x Kamus umum x Kamus khas atau kamus istilah

    Mengesan Maklumat Daripada Kamus

    Perkataan atau kata masukan disusun mengikut abjad.

    Buka terus halaman yang bermula dengan huruf pertama kata yang ingin dicari maknanya. Setelah mendapat halaman tersebut, cari perkataannya.

    fabulous fast

    Pada sudut atas kiri setiap halaman dalam kamus tertulis kata pertama.

    pada sudut atas kanan tertulis kata terakhir bagi halaman tersebut.

    keterangan makna perkataan

    contoh frasa

    contoh ayat

    perkataan

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    36

    xii. Kemahiran Mencari Maklumat Melalui Internet

    SENARAI ENJIN PENCARIAN

    1. Infoseek (http://www.go. com)2. Alta Vista (http://www.altavista. com)3. Yahoo (http://www.yahoo. com)4. Google (http://www.google.com)5. Lycos (http://www.lycos. com)6. Cari (http://www.cari.com)

    CARA MENCARI MAKLUMAT

    1. Pergi ke mana-mana pelayar Internet seperti Netscape, Internet Explorer dan sebagainya yang tertera pada skrin utama.

    2. Taip enjin pencarian yang dikehendaki pada ruang yang ditetapkan.

    3. Taip kata carian (search word/ search term) yang berkait Dengan perkara, topik atau tugasan yang dicari.

    4. Sebagai contoh, jika anda ingin membuat tugasan tentang keris taipkan keris jika enjin carian yang dipilih menyediakanversi Bahasa Melayu atau taip dagger sekiranya tiada. Pilihan Bahasa Melayu.

    5. Selepas kata carian ditaip, skrin akan memaparkan laman-laman web yang akan memberikan rangkaian yang berkaitan dengan kata carian yang dimasukkan.

    6. Klik halaman web (web page) yang dipaparkan untuk menentukan sama ada kandungannya sesuai dengan maklumat yang dikehendaki.

    7. Cuba kata carian yang lain sekiranya masih tidak memperoleh maklumat yang sesuai atau kurang lengkap.

  • StrategiMetakognitif

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    39

    Murid boleh menggunakan strategi metakognitif dan mengawalpembelajarannya melalui proses yang berikut:

    Metakognitif ialah kesedaran tentang apa yang diketahui dan apa yang tidak diketahui. Strategi Metakognitif merujuk kepada cara untuk meningkatkan kesedaran mengenai proses berfikir dan

    pembelajaran yang berlaku. Apabila kesedaran ini wujud, seseorang dapat mengawal fikirannya dengan merancang,

    memantau dan menilai apa yang dipelajari.

    i. Merancang apa yang hendak dipelajari.

    ii. Memantau kemajuan pembelajaran diri.

    iii. Menilai apa yang dipelajari.

    STRATEGI METAKOGNISI

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    40

    a. Proses Merancang

    Proses ini memerlukan murid:

    x Meramal apakah yang akan dipelajari, bagaimana perkara itu dikuasai dan kesan daripada perkara yang dipelajari;

    x Menyediakan diri secara fizikal, mental dan psikologi;

    x Membuat perancangan dari semasa ke semasa caraterbaik untuk mendapatkan sesuatu perkara.

    Dalam proses pembelajaran murid perlu bertanya kepada dirisendiri dari semasa ke semasa perkara yang berikut:

    i. Proses Metakognitif

    b. Proses Memantau

    Adakah ini membawa makna kepada saya?

    Bagaimanakahperkara ini boleh dijelaskan?

    Mengapakah saya tidak memahami cerita ini?

    Apakahsoalan yang boleh saya

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    41

    c. Proses Menilai

    Melalui proses ini, murid membuat refleksi untuk mengetahui:

    Dengan pengetahuan ini, murid dapat memikirkan strategi yang lebih

    sesuai untuk menguasai pelajaran baru.

    Bagaimana sesuatu kemahiran, nilai dan pengetahuan dikuasai oleh saya?

    Mengapakah saya mudah/sukarmenguasainya?

    Apakah tindakan/ pengubahsuaianyang harus sayaambil?

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    42

    iii. Kesan Daripada Penerapan Metakognitif

    Dengan penerapan ini, amalan menerapkan Metakognitif dalam setiap tahap pembelajaran secara spontan dan tanpa disedari dapat dipupuk.

    x Metakognitif tidak perlu diajarsebagai satu mata pelajaran ataustrategi secara berasingan.

    Oleh itu

    Metakognitif sepatutnya diajar secara infusi iaitudengan menyerapkan metakognitif dalam kaedahkaedah mengajar, perkembangan staf dan proses penyeliaan.

    Murid diajarkan menggunakan strategiMetakognitif untuk membantu menyelesaikanmasalah secara bersendirian atau berbincangdengan rakan.

    ii. Cara Mengajar Metakognitif

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    43

    iv. Strategi Untuk Meningkatkan Metakognitif

    Yang berikut ialah beberapa strategi untuk meningkatkan Metakognitif:

    a. Merancang

    Sebelum sesuatu aktiviti pembelajaran dimulakan, guru perlu x mengajar atau menunjukkan peraturan yang patut

    dipatuhi dan strategi serta langkah untuk menangani masalah dan tuju hala yang harus diikuti.

    Semasa aktiviti itu dilaksanakan, guru perlumemberikan peluang kepada murid untuk berkongsipengalaman, proses berfikir dan pandangan tentangtingkah laku mereka.

    b. Menyoal Pada Semua Peringkat

    x Menyoal ialah satu teknik penting untuk menjelaskan fikiran.

    x Galakkan murid menimbulkan soalan kepada diri mereka sendiri sebelum, semasa dan selepas membaca, mendengar, melihat dan menonton sesuatu.

    Selepas aktiviti pembelajaran, guru perlumeminta murid menilai sejauh mana peraturan yang diajarkan itu dipatuhi.

    Terdapat 3 peringkat:

    Apa ?Mengapa?Bagaimana?

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    44

    c. Memilih Secara Sedar

    berbincang dengan murid tentang pemilihan dibuat oleh murid dari segi kesan baik dan nya sebelum keputusan dibuat.

    d. Menilai Berdasarkan Pelbagai Kriteria

    Metakognisi boleh dikembangkan denganx memberikan peluang kepada murid untuk membuat refleksi dan

    mengkategorikan tindakan mereka berdasarkan dua atau lebihkriteria penilaian.

    Contohnya: mengenal pasti dan membezakan apa yang dilakukan sama ada sesuatu itu membantu atau menghindar

    mengenal apa yang disukai dan tidak disukai

    menyenaraikan baik dan buruk sesuatu aktiviti.

    e. Mengambil Kredit

    Guru harus minta murid mengenal pasti apa yang positif atau baik daripada tindakan murid. Murid juga boleh mendapatkan

    maklum balas daripada rakan mereka dengan mengajukansoalan seperti :

    Melalui cara ini, murid akan menyedari tingkah laku yang baik danakan menerapkan tingkah laku tersebut dalam situasi yang berlainan.

    Apakah tindakan ini membanggakan diri anda?

    Bagaimanakahtindakan itu sepatutnyadiberi

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    45

    f. Mengelak Daripada Menyatakan Saya Tidak Boleh

    Cara yang boleh diaplikasikan ialah murid memikirkan beberapa soalan:x Apakah informasi yang diperlukan?x Apakah alatan yang diperlukan?x Apakah kemahiran yang diperlukan untuk melakukan tingkah laku berkenaan?

    Soalan-soalan ini akan menimbulkan kesedaran tentangpengetahuan batasan yang diketahui dan apa yang perludiketahui. Kesedaran ini akan membangkitkan keyakinanmurid bahawa mereka boleh melakukannya.

    g. Menggalakkan Idea Daripada Murid

    Guru boleh membantu murid dalam metakognisi denganmemparafrasa pernyataan yang diutarakan oleh muridContohnya:

    a) GURU: Apa yang ingin anda katakan ialah

    b) GURU: Saya rasa anda ingin mem beritahu saya bahawa

    Melalui cara ini, mereka dibimbing agar menjelaskan, memikirkan semula atau memikirkan idea mereka dengan lebih mendalam.

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    46

    h. Memberikan Label Bagi Sesuatu Tindakan

    Guru boleh menyedarkan murid mengenai tingkah laku kognitifmereka dengan memberikan label bagi tindakan yang diambil.

    Contohnya: Guru boleh memuji dan memberi pengiktirafan dengan;Bagus, awak sedang membuat satu rangka tindakan yang baik bagi .. Apa yang kamu semua ialah satu eksperimen yang baik.

    Awak telah memberikan kerjasama kepada rakankamu, dan itu satu sifat yang terpuji.

    i. Menjelaskan Maksud Perkataan Tertentu Kepada Murid

    nya murid mengeluarkan perkataan seperti tidak adil, tidak baik,Dia sangat tegas.

    perlu bertanya dan menjelaskan apakah yang dimaksudkanadil, tidak baik, atau sangat tegas agar murid lebih sedar danbertanggungjawab terhadap impak kata-kata mereka.

    j. Main Peranan Dan Simulasi

    x Dengan kaedah main peranan murid dapat membayangkan dirimereka dalam sesuatu watak dan membuat modifikasi tingkahlaku secara metakognitif terhadap peranan tersebut.

    x Simulasi memberikan peluang kepada murid untuk memikirkanbagaimana seseorang itu akan bertindak dalam situasiberlainan.

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    47

    k . Menyimpan Jurnal

    Murid perlu digalakkan mencatat dan mengilustrasikan sesuatupengalaman dalam buku log/ harian/diari sepanjang pengalamanitu.

    Ini dapat membantu murid:- mensintesiskan dan menterjemahkan fikiran dan

    kelakuan mereka dalam bentuk simbol atau grafik- melihat kembali persepsi asal mereka dan

    membandingkan persepsi asal dengan keputusan baru- mencatatkan proses pemikiran tentang strategi tersebut

    dan cara membuat keputusan- mengenal pasti kelemahan dalam tindakan yang

    diambil dan mengingat kembali kejayaan dan kesulitandalam sesuatu percubaan

    l. Memberikan Teladan

    x Contoh dan teladan yang ditunjukkan oleh guru sebagai ikutan oleh murid adalah sangat berkesan.

    x Untuk tujuan ini, guru hendaklah menunjukkan dengan jelas bagaimana beliau merancang,mengenal pasti dan menilai sesuatu tingkah laku beliau supaya murid dapat mencontohinya.

  • Pengurusan Masa&

    Gaya Pembelajaran

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    51

    i. Bagaimanakah Menghasilkan Jadual Waktu Persendirian?

    x Tentukan tempoh masa yang harus anda peruntukkanmasa untuk mengulang kaji sesuatu mata pelajaran.

    x Pilih keutamaan mengikut susah senang sesuatu matapelajaran atau topik.

    x Berikan tumpuan dan masa yang lebih kepada matapelajaran dan topik yang anda rasakan sukar.

    x Pastikan masa belajar seboleh-bolehnya dibahagikansama rata sepanjang minggu, mengikut kesesuaian.

    x Keupayaan minda menerima sesuatu pelajaran adalahterhad. Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya andabelajar selama 2 jam sehari sepanjang mingguberbanding dengan belajar selama 10 jam hanya untuksatu hari dalam seminggu.

    Pelajar yang berjaya biasanya mempunyai jadual waktu danperancangan yang tersusun dan sistematik.

    Jadual waktu ialah pembahagian masa hari ke hari yang terperinci yang merangkumi:x sesi pembelajaran, dan x aktiviti-aktiviti lain dalam sehari.

    Perancangan ialah pandangan menyeluruh tentang sesipembelajaran dan aktiviti-aktiviti lain.

    PENGURUSAN MASA

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    52

    ii. Penggunaan Masa Untuk Aktiviti Lain

    iii. Apakah Kelebihan Mempunyai Jadual Waktu ?

    Jadual waktu persendirian harus disediakan supaya:

    Mengurangkan pembaziran waktu

    Lebih memberi fokus kepada pelajaran

    Pengurusan masa lebih teratur

    Mengambil kira semua mata pelajaran

    Memberi keutamaan kepada mata pelajaran yang sukar

    Melatih diri supaya tidak menangguhkan kerja

    Selain belajar, masa juga harus diperuntukkan untuk:

    - berehat- membuat kerja rumah- bersukan- membantu ibu bapa- melakukan aktiviti-aktiviti yang

    diminati atau menghadiri kelas tambahan.

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    53

    GAYA PEMBELAJARAN

    i. Mengapakah Perlunya Mengenal Pasti Gaya Pembelajaran?

    x Setiap individu mempunyai gaya belajartersendiri.

    x Apa yang penting bukanlah gaya tersebuttetapi hasil daripada pembelajaran yang telahdilakukan.

    x Setiap minit yang diperuntukkan akan hanyabermakna sekiranya murid itu dapatmemahami dan mengingati fakta dan konseppenting pelajaran berkenaan.

    x Sebaliknya seseorang murid itu akan hanyakerugian masa sekiranya apa yang dipelajaritidak dapat dihayati sepenuhnya dan merekatidak langsung dapat memahami ataumengingati perkara-perkara penting tentangpelajaran berkenaan.

    x Murid harus mengenal pasti gaya pembelajaran yang disukai agar murid dapat memberikan fokus yang lebih terhadap apa yang dipelajari.

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    54

    Gaya pembelajaran ialah cara mempelajari sesuatu mengikut kecenderungan individu. Terdapat pelbagai teori dan model gaya pembelajaran. Murid perlu mengetahui kepelbagaian gaya pembelajaran tersebutsupaya mereka dapat mengenal pasti gaya pembelajaran yang sesuai untuk diri mereka.

    Pada asasnya dua model gaya pembelajaran yang dibincangkan di sini:

    x Gaya VAK (Visual, Auditouri, Kinestetik )

    x Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn

    1. GAYA VAK

    Gaya VAK mengandungi tiga aspek, iaitu gaya pembelajaranVisual, Auditori dan Kinestetik

    1.1 Gaya Pembelajaran Visual

    x Murid belajar lebih baik denganmelihat sesuatu teks berbentukperkataan dalam buku, di papan hitamatau paparan komputer.

    x Mereka lebih mengingati danmemahami arahan dan peneranganmenerusi pembacaan ayat atau teksberkenaan.

    x Murid visual tidak memerlukanpenerangan lisan seperti muridauditori tetapi mereka selalunyadapat belajar melalui pembacaan.

    ii. Apakah Gaya Pembelajaran?

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    55

    x Murid visual selalunya menulis notasyarahan dan arahan lisan jika merekahendak mengingati sesuatu.

    1.2 Gaya Pembelajaran Auditori

    x Murid Auditori belajar dengan mendengar perkataan yang disebut dan juga arahan lisan.

    x Mereka boleh mengingati penerangan melalui bacaan kuat atau menggerakkan bibir ketika membaca terutama apabila mempelajari sesuatu yang baru.

    x Murid dapat mengukuhkan ingatan dengan mendengar semula rakamanpita audio, mengajar murid lain dan berbincang dengan guru.

    1.3 Gaya Pembelajaran Kinestetik

    x Murid kinestetik belajar dengan baik melalui pengalaman dan mengambil bahagian secara fizikal dalam aktiviti bilik darjah.

    x Mereka dapat mengingati sesuatu dengan baik apabila mencuba terus aktivitimelalui hands-on.

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    56

    2. GAYA PEMBELAJARAN DUNN & DUNNGaya pembelajaran Dunn & Dunn mengandungi beberapa aspek penting yang diperincikan seperti yang berikut:

    STIMULUS UNSUR CIRI

    Bunyi Suka belajar tanpa bising atau dengan bunyi latar belakang seperti muzik.

    Cahaya Suka belajar di tempat yang cerahatau di tempat yang kurang cahaya.

    AlamSekitar

    Suhu Suka belajar di tempat yang nyamanatau di tempat yang panas.

    Pola Suka belajar di tempat formal yangada kerusi dan meja atau di tempattidak formal seperti berbaring ataududuk di lantai.

    Motivasi Boleh merangsang diri untuk belajaratau perlu diransang oleh guru.

    Ketabahan Boleh belajar dalam masa yang panjang atau boleh belajar dalam masa yangpendek.

    Tanggungjawab

    Bertanggungjawab untuk belajar atauperlu bimbingan guru.

    Emosi

    Struktur Suka belajar mengikut jadual waktu atau suka belajar sekiranya diberikan lebihmasa untuk sesuatu mata pelajaran atau perkara.

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    57

    STIMULUS UNSUR CIRI

    Sendiri Suka belajar sendiri.

    Pasangan Suka belajar secara berpasangan.

    Rakansebaya

    Suka belajar dengan rakan sebaya.

    Pasukan Suka belajar dalam kumpulan .

    Guru Suka belajar dengan guru disebelahnya.

    Sosiologi

    Pelbagaicara

    Suka belajar dengan kombinasi beberapa cara di atas.

    Persepsi Suka belajar dengan benda ataupengalaman maujud atau denganperkara abstrak.

    Makan Suka atau tidak suka makan dan minum semasa belajar.

    Waktu Suka belajar pada waktu yang sesuaiatau pada bila-bila masa sahaja.

    Fizikal

    Gerakan Suka atau tidak suka bergerak semasabelajar.

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    58

    STIMULUS UNSUR CIRI

    Global atau Analitik

    Murid global suka belajar secaramenyeluruh; murid analitik suka belajarmengikut urutan dan membuat analisis.

    Otak kiri atau Otak kanan

    Murid ini lebih cenderung memprosesmaklumat di otak kiri , suka belajarsesuatu bahagian demi bahagian,meminati bahasa dan membuatpengiraan dan analisis; murid yanglebih cenderung memproses maklumatdi otak sebelah kanan suka belajarsecara keseluruhan, membuat sintesis,melukis, membuat gerakan danmencipta sesuatu.

    Psikologi

    Impulsif atau Reflektif

    Murid yang impulsif bertindak secaraspontan manakala murid yang reflektifberfikir sebelum bertindak.

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    59

    3. SOAL SELIDIK GAYA PEMBELAJARAN

    Soal selidik yang berikut boleh digunakan sebagai panduan untuk mengenalpasti gaya pembelajaran yang sesuai bagi seseorang murid.

    Nama : ..

    Kelas : .

    Arahan : Baca setiap pernyataan dibawah dengan teliti. Lengkapkan ruang dibawah memberikan nilai angka bagi setiap pernyataan yang dirasaipaling tepat menerangkan perasaan anda berhubung dengan setiappernyataan itu berdasarkan skala yang berikut:

    SSSangat Setuju

    SSetuju

    TPTidak Pasti

    TSTidak Setuju

    STSSangat Tidak

    Setuju

    5 4 3 2 1

    Bil. Item SS(5)

    S(4)

    TP(3)

    TS(2)

    STS(1)

    1. Apabila guru memberikan arahan, saya dapat memahaminya dengan baik.

    2. Saya gemar belajar dengan cara melakukan sesuatu di kelas.

    3. Saya dapat menyiapkan lebih banyak tugasan jika saya melakukannyabersama dengan murid lain.

    4. Lebih banyak yang saya pelajari jika saya belajar dalam kumpulan.

    5. Di dalam kelas, saya belajar dengan lebih baik apabila bekerjasama dengan muridyang lain.

    6. Saya mempelajari sesuatu dengan lebih baik dengan membaca apa yang ditulis oleh guru di papan tulis.

    7. Saya belajar dengan lebih baik jika seseorang memberitahu saya bagaimana melakukan sesuatu.

    8. Jika saya melakukan sesuatu di kelas, saya belajar dengan lebih baik.

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    60

    9. Saya lebih mengingati perkara yang saya dengar dikelas daripada perkara yang saya baca.

    10. Jika saya membaca arahan/panduan, saya mengingatnya dengan lebih baik.

    11. Lebih banyak yang saya pelajari denganmembuat model bagi sesuatu perkara.

    12. Saya lebih memahami sesuatu dengan membaca arahan/panduan.

    13. Saya lebih mengingati sesuatu dengan belajar bersendirian.

    14. Lebih banyak yang saya pelajari denganmelakukan sesuatu bagi projek kelas.

    15. Saya berasa seronok melakukan eksperimen di kelas.

    16. Saya belajar dengan lebih baik dengan membuat lukisan semasa mempelajari sesuatu.

    17. Saya belajar dengan lebih baik jika gurumenyampaikan penerangan.

    18. Jika saya belajar bersendirian saya belajar dengan lebih baik.

    19. Saya lebih memahami sesuatu perkara apabila saya mengambil bahagian dalam main peranan.

    20. Saya belajar dengan lebih baik jika saya mendengar sesuatu perkara.

    21. Saya genar membuat tugasan bersama dengan dua atau tiga orang rakan yang lain.

    22. Jika saya membina sesuatu, saya lebih mengingati sesuatu yang saya pelajari dengan lebih baik.

    23. Saya lebih gemar belajar dengan seseorang.

    24. Saya belajar dengan lebih baik dengan membaca daripada mendengar sesuatu.

    25. Saya seronok membuat sesuatu untuk projek kelas.

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    61

    26. Saya belajar dengan begitu baik di kelas apabila saya mengambil bahagian dalam aktiviti yang berkaitan.

    27. Di kelas, saya membuat sesuatu dengan lebih baik apabila saya melakukannya sendiri.

    28. Saya lebih gemar menjalankan sesuatu projek secara bersendirian.

    29. Saya mempelajari sesuatu dengan lebih baik dengan membaca buku teks daripada mendengar penerangan guru.

    30. Saya suka bekerja bersendirian.

    (Diubahsuaikan daripada Joy Reid, 1984)

    Lembaran Permarkahan KendiriTerdapat lima pernyataan bagi setiap jenis gaya pembelajaran. Pernyatan di atas dikelompokkan berdasarkan gaya tersebut. Setelah anda melengkapkan jadual di atas, jumlahkan semua skor bagi setiap kelompok gaya pembelajaran dan darab dua jumlah tersebut dan catatkan jumlahnya pada ruang yang betul.

    VisualPernyataan Skor

    610122429JumlahSkor = Jumlah x 2

    Kecekatan TanganPernyataan Skor

    1114162225JumlahSkor = Jumlah x 2

    AuditoriPernyataan Skor

    1791720JumlahSkor = Jumlah x 2

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    62

    BerkumpulanPernyataan Skor

    3452123JumlahSkor = Jumlah x 2

    KinestetikPernyataan Skor

    28161519JumlahSkor = Jumlah x 2

    BersendirianPernyataan Skor

    1318272830JumlahSkor = Jumlah x 2

    SKOR

    Gaya pembelajaran utama 38-50

    Gaya pembelajaran kedua 25-37

    Gaya pembelajaran yang tidak penting 0-24

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    63

    Penerangan Tentang Gaya Pembelajaran Utama

    Gaya Pembelajaran Utama

    Penerangan

    1. Visual Pelajar belajar dengan lebih baik dengan melihatperkataan dalam buku dan papan tulis, tidakmemerlukan penerangan lisan yang banyak, dapatbelajar bersendrian dengan membaca buku, dan perlu mencatat penerangan atau arahan lisan yangdisampaikan sekiranya ingin mengingati sesuatumaklumat.

    2. Auditori Pelajar belajar daripada perkataan yang diujarkan,dapat mengingat maklumat dengan membaca kuatatau dengan menggerak-gerakkan bibir ketikamembaca, serta mendapat manfaat daripadamendengar pita audio, syarahan, dan perbincangankelas.

    3. Kinestetik Pelajar belajar dengan lebih baik melalui pengalaman, dan terlibat secara aktif dalam aktiviti, lawatan, danmain peranan. Kombinasi rangsangan seperti aktivitidan pita audio memudahkan pelajar memahamiperkara baru.

    4. KecekatanTangan

    Pelajar belajar dengan lebih berkesan apabilaberpeluang membuat latih amal (hands-on) denganbahan seperti melakukan eksperimen di makmal,membina model, dan menyentuh dan menggunakanbahan. Pergerakan fizikal dalam kelas membantupelajar memahami maklumat baru.

    5. Berkumpulan Pelajar belajar dengan lebih mudah sekiranyaberteman, dapat menyiapkan sesuatu tugasan dengan bekerjasama dengan orang lain, mengingati maklumat apabila bekerja dengan rakan pelajar yang lain, danstimulasi daripada rakan membantu anda memahamiperkara baru.

    6. Bersendirian Pelajar belajar, berfikir, serta memahami danmengingat maklumat baru dengan lebih baik apabilabekerja atau melakukan sesuatu bersendirian.

    Gaya pembelajaran minor menunjukkan bahawa pelajar masih dapat belajar dengan baik melalui gaya pembelajaran tersebut, manakala gaya pembelajaran yangtidak penting bererti pelajar menghadapi kesulitan belajar melalui gayatersebut dan harus memberikan tumpuan pada gaya yang lebih membantu pelajar dalam pembelajaran.

    (Diubahsuaikan daripada Instrumen Gaya Pembelajaran, Murdoch Teacher Center, Wichita, Kansas).

  • PersediaanPeperiksaan

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    67

    Kebiasaannya peperiksaan tidak digemari murid. Setelah belajar

    bersungguh-sungguh, setiap murid mengharapkan keputusan

    yang baik dalam peperiksaan. Menghadapi sesuatu peperiksaan

    memang berat dan masalah yang berkaitan dengannya memang

    banyak. Kemahiran belajar cara belajar membantu murid

    beranggapan positif terhadap peperiksaan dan seterusnya

    menghadapi peperiksaan dengan lebih yakin.

    Peperiksaanmemberikan pelbagai

    pengalaman kepada murid seperti

    MENGGEMBIRAKAN

    MENDEBARKAN

    MENAKUTKAN

    PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN

    MENGECEWAKAN

    MERISAUKAN

    MENDUKACITAKAN

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    68

    GURU BOLEH:

    Menggalakkan murid agar sentiasa berminat dengan kerja sekolah.

    Membantu murid untuk memberikan tumpuan pada pelajaran.

    Memotivasikan murid agartekun belajar.

    Mengajar murid teknik belajar yang betul.

    Mengajar murid cara mengulang kaji dan mengambil nota yang betul.

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    69

    MURID PERLU :

    i Sentiasa bersedia dan membuat ulang kaji untuk

    mengekalkan ingatan jangka panjang.

    i Tidur secukupnya pada malam sebelum hari peperiksaan

    i Hadapi peperiksaan dengan perasaan yakin diri

    i Elakkan menduduki peperiksaan dengan perut yang kosong.Makan makanan yang berzat dan seimbang.

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    70

    i Datang awal dengan persiapan yangsecukupnya.Bawalah peralatan yang diperlukanseperti pen, pensel, pemadam, jamtangan, pembaris dan lain-lain.

    i Berdoa dan tenangkan diri sebentarsebelum memulakan peperiksaan.Ingatkan diri bahawa anda telahbersiap sedia untuk menghadapipeperiksaan dengan baik.

    i Jangan sesekali cuba membuat ulang kaji pada saat-saat akhir.

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    71

    Membaca arahan dan soalan terlebih dahulu- Luangkan sedikit masa untuk membaca

    soalan-soalan secara mendalam. - Putuskan tempoh masa diperlukan untuk

    menjawab setiap soalan. - Jawab soalan yang mudah dahulu.- Ketika membaca soalan, tandakan kata-kata

    kunci.- Catatkan idea-idea yang timbul yang boleh

    digunakan sebagai jawapan.

    Ubah sedikit posisi duduk supaya anda berasa selesa.

    Jangan gementar dan panik.

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    72

    Strategi menjawab soalan- Jawab soalan mudah yang anda ketahui

    jawapannya dan diikuti dengan soalan yang susah.

    - Jika ada pilihan, hindari soalan susah yang anda tidak pasti jawapannya serta diperuntukkan jumlah markah yang sedikit.

    Ketika menjawab soalan anekapilihan:

    - abaikan jawapan yang anda tahu salah.- buat pilihan kepada baki jawapan

    sedia ada.

    Ketika menjawab soalan berbentuk karangan,fikirkan dahulu jawapannya sebelum andamenulis

    - Buat kerangka jawapan. Catatkan idea.- Gunakan perenggan pertama sebagai

    gambaran keseluruhan.- Gunakan perenggan berikutnya untuk

    membincangkan isi-isi penting secara mendalam.

    - Perlihatkan pertautan antara perenggan.- Berikan contoh tertentu.

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    73

    Selepas peperiksaan :

    Kenal pasti kelemahan dan baiki cara pembelajaran

    Ini dapat menajamkan minda anda dan mendapat ilmu pengetahuan yang baru.

    Sisihkan 10 peratus masa yangdiperuntukkan untuk memeriksa jawapananda

    - Periksa semula jawapan anda.- Hindari perasaan ingin segera

    meninggalkan dewan atau kelas setelah anda menjawab semua soalan peperiksaan atau ujian.

  • ContohRancanganPelajaran

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    77

    Contoh Rancangan Pelajaran Bahasa Melayu

    Tingkatan : 4Masa : 80 MinitTajuk : Berita / Laporan SukanBidang : Maklumat Dan Interpersonal

    Hasil pembelajaran:

    7.1 Mengenal pasti dan menyatakan gambaran keseluruhan, idea, utama dan isi penting tentang pelbagai bahan yang didengar, dibaca dan ditonton.

    7.2 Memahami dan menyatakan maksud perkataan berdasarkan konteks.

    1.4 Bersoal jawab secara bertatasusila tentang sesuatu perkara denganmenggunakan soalan pelbagai aras.

    Kemahiran bahasa : Mendengar, membaca dan menulisSistem bahasa : Kosa kataPeraturan Sosiobudaya : bekerjasama, bertolak ansur dan patriotismeKemahiran bernilai tambah : - Belajar Cara Belajar (merujuk kamus, membuat nota ringkas dan metakognisi)

    - Kajian Masa Depan

    Langkah pengajaran dan pembelajaran:

    1. Murid mendengar rakaman audio muzik montaj rancangan sukan TV, danbersoal jawab tentang irama, lagu tema yang didengar. (set induksi)

    2. Guru mengemukakan soalan sebelum memperdengarkan rakaman audio laporansukan dan mencatat isi penting kepada murid. (metakognisi)

    3. Murid dan guru bersoal jawab untuk mendapatkan gambaran keseluruhankandungan dan format laporan sukan yang didengar.

    4. Murid mendengar rakaman audio temu bual dengan seorang ahli sukan terkenaldan menyenaraikan isi penting. (kemahiran mencatat isi)

    5. Murid menyenaraikan isi penting dan membandingkan jawapan dengan senarai isi yang disediakan oleh guru.

    6. Guru mengedarkan teks temu bual dan menerangkan cara mengesan isi penting dalam teks tersebut .(kemahiran mengenal isi penting)

    7. Murid membaca teks yang diedarkan dan mengesan perkataan sukar sertamerujuk kamus untuk mengetahui makna perkataan mengikut konteks.(kemahiran merujuk)

    8. Murid menjalankan main peranan sebagai pemain badminton negara danwartawan. Murid mengulas tentang teknik penyoalan dan kata yang digunakandalam temu bual. Guru membuat ulasan dan rumusan.

    9. Murid menulis semula perbualan yang diikuti dalam bentuk dialog.

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    78

    Lesson Plan for English

    Topic : SportsTarget Group : Form 2Proficiency : Beginner to IntermediateLesson: : Lesson 3 in the week

    Objectives:By the end of the lesson, students should be able to:

    (a) understand subject-verb agreement rules;(b) identify errors in subject-verb agreement exercises.

    LHTL Strategies:Learning grammar rules by Identifying patterns and errors in language use.

    Procedure:

    1. Provide 10 sentences in a worksheet. (Worksheet 1)2. Students try and work our for themselves the similarities and differences

    in sentences.

    Examples:I write to my brother once a week.They jog every evening.She sleeps in the afternoon.

    Singular subject = singular verb (verb + -s or -es) Plural subject = plural verb (verb -s)

    I / You = plural verb (verb -s)

    3. Teacher explains the rules relating to subject-verb agreement.4. Students are provided with a worksheet of 10 15 sentences

    ( worksheet 2). Students fill in the tables in the worksheet.5. Students are provided with another worksheet (worksheet 3) with sentences that contain errors in subject-verb agreement. 6. Students identify the errors and correct them.

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    79

    WORKSHEET 1

    Building Language AwarenessLOOKING FOR LANGUAGE RULES

    Look at the sentences below.

    1. My brother plays football once a week.

    2. My friends and I jog every evening.

    3. He plays tennis every afternoon.

    4. They take swimming lessons once a week.

    5. Azmi and Ah Kow play hockey every evening.

    6. He hurt his foot while kicking the ball.

    7. Mei Mei scores a goal. Well done!

    a) In small groups, discuss the structure of the sentences above.

    Are there any similarities in the way these sentences are formed?

    b) Try to write a rule to explain the common structure in these sentences:

    c) Write a few sentences using this rule.

    WORKSHEET 2

    1. The boy kicks the ball.

    2. My sister scores a goal.

    3. She hit the ball hard.

    4. They train every evening.

    5. Ali drinks a glass of orange juice before a game.

    6. He wears shin guards to protect his shins.

    7. The hockey stick cost him RM 90.00.

    8. We need another player for our team.

    9. He wears a black jersey, white shorts, and red stockings.

    Use the sentences above and complete the table.

    SUBJECT VERB

    SINGULAR 1. The boy kicks the ball.

    PLURAL

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    80

    WORKSHEET 3

    Identify and correct the errors in these sentences.

    1. Mariam grow a lot of flowers.

    2. The boys is always doing things together.

    3. Lalitas grandparents lives on a farm

    4. We gets starch from tapioca.

    5. Encik Mohamed burn the padi stalks.

    6. Dadah bring danger to our lives

    7. These is the eyes and this are the nose.

    8. Firemen rescues people in a fire.

    9. Mrs. Tan teach in a secondary school.

    10. Rohani and Rohana is twins.

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    81

    MATEMATIK

    Contoh 1:

    Berpandukan gaya pembelajaran kinestetik.

    Mata Pelajaran : MatematikTingkatan : 2Tajuk : BulatanBahan : Bekas berbentuk silinder berbagai saiz, benang, pembaris, kertas mahjung,Hasil Pembelajaran :

    1. Mengukur lilitan dengan menggunakan benang.2. Menganggarkan nilai S dengan mencari nisbah

    lilitan kepada diameter bagi beberapa bulatan,

    3. Menyatakan7

    22atau 3.142 sebagai

    penghampiran kepada S4. Mengira lilitan suatu bulatan, apabila diberikan

    diameter dan jejari5. Mengira diameter dan jejari apabila diberikan

    lilitan bulatan.

    Aktiviti 1 (Berkumpulan)

    1 Murid mengukur lilitan dan diameter beberapa bekas (sekurang-kurangnya5. Nilai-nilai yang didapati dicatatkan ke dalam jadual

    2 Murid mencari nisbah lilitan kepada diameter bagi setiap ukuran yang telah dicatat. Mereka digalakkan menggunakan kalkulator.

    3 Murid membentangkan dapatan mereka kepada kelas dengan menerangkan secara terperinci proses yang telah diambil dan juga kesimpulan yang telah mereka buat tentang nisbah litlitan kepada diameter.

    4 Di akhir sesi pembentangan, guru perlu memprkukuhkan konsep Sdengan menerangkan bahawa nisbah lilitan kepada diameter sebenarnya

    adalah sama bagi sebarang bulatan. Nilai tersebut dinamakan S .

    5Diameter

    Lilitan = S

    6 Terbitkan juga rumus l = S d l = 2 S j

    7 Berikan beberapa contoh yang berkaitan.

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    82

    Contoh 2:

    Berpandukan gaya pembelajaran Visual

    Mata Pelajaran : MatematikTingkatan : 2Tajuk : Persamaan LinearHasil Pembelajaran :

    1. Menentukan sama ada suatu kuantiti dalam situasi tertentu yang diberikan adalah suatupembolehubah atau pemalar.

    2. Menentukan pembolehubah dalam situasi yangdiberikan dan mewakilkannya dengan huruf abjadyang sesuai.

    3. Menyatakan nilai-nilai yang mungkin bagipembolehubah dalan keadaan tertentu.

    4. Membentuk rumus berasaskan data yang diberikan atau data yang diperoleh daripada aktiviti.

    5. Menyelesaikan masalah yang melibatkan rumus.

    Murid diminta membincangkan lembaran berikut dalam kumpulan kecil.

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    83

    Biji benih yang anda semai sudah bercambah. Hari pertama andaukur tinggi anak semai tersebut ialah 2.4 cm. Setiap hari anda ukuranak semai itu dan mendapati ketinggiannya adalah sepertiberikut :

    Hari 1 Hari 2 Hari 3 Hari 42.4 cm 3.8 cm 5.2 cm 6.6 cm

    1. Sekiranya anak benih itu membesar dengan kadar yang sama pada setiap hari, berapakah ketinggian yang akan dicapai setelah 4 hari ?

    2. Berapakah ketinggiannya selepas 5 dan 6 hari ?

    3. Bentukkan satu rumus yang mengaitkan ketinggian anak benih dengan bilangan hari selepas ketinggian anak benih itu mula diukur.

    4. Gunakan rumus anda untuk mencari ketinggian anak benih tersebut selepas 7 hari.

    5. Gunakan rumus anda untuk mencari bilangan hari yang diambil untuk anak benih itu mencapai ketinggian 32 cm.

    6. Berikan alasan anda kenapa rumus yang dibentuk itu tidak lagi tepat digunakan untuk menentukan ketinggian pokok tersebut selepas tempoh yang tertentu.

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    84

    Bibliografi

    Ab. Rahim Selamat, 1989. Belajar Cara Belajar. Kuala Lumpur: NurinEnterprise

    Ab. Rahim Selamat, 1989. Teknologi Sistem Pengajaran. Petaling Jaya:Penerbitan Fajar Bakti

    Blosser, P.E., 1991. How to Ask the Right Questions. Washington, D.C.:National Science Teachers Association

    Burley-Allen, M., 1995. Listening:The forgotten skill. New York: John Wiley & Sons

    Fogarty, R., 1994. How To Teach For Metacognitive Reflection. Victoria:Hawker Brownlow Education

    Freeman, R., 1982. Mastering Study Skills. Surrey: The Macmillan Press Ltd.

    Geddes, Doreen S., 1995. Keys To Communication: A Handbook for School Success. Thousand Oaks, CA: Corwin Press

    Rowe, Mary Budd. 1986. Wait Time: Slowing down may be a way of speeding up. Journal of Teacher Education. 37, 736-741

  • MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

    85

    Panel Penulis

    Penasihat : Dr. Sharifah Maimunah bt Syed Zin Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum

    Pengerusi : Dr. Rohani bt Abd Hamid Timbalan Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum

    Ahli : Cik S. Sivagnanachelvi (Ketua) En. M. Govindan

    Tn. Hj. Ibrahim bin SakiminCik Norkiahanum bt Mohd. NoorPn Noraziah bt Ahmad GhazaliPn. Rozita bt. Mat ZainEn. Khiruddin bin Ahmad