kertas 3 t5 b2

7
4. Langkah-langkah mengekalkan kemerdekaan negara Kemukakan cadangan untuk mengekalkan kemerdekaan negara (15 markah) Terdapat beberapa langkah yang boleh dipraktikan untuk mengekalkan kemerdekaan Negara.Antara langkah-langkah tersebut ialah dengan remaja menyertai angkatan tentera.Tentera amat diperlukan pada setiap masa kerana peperangan boleh meletus secara tiba-tiba.Dengan kekuatan tentera yang hebat, kedaulatan negara dapat dipertahankan.Remaja perlulah sedia berkorban untuk bangsa dan negara. Selain itu, perpaduan antara rakyat berbilang kaum merupakan pra syarat utama dalam mewujudkan sebuah negara yang benar-benar aman. Sebelum semangat perpaduan ini dapat disemai ke dalam jiwa semua rakyat, mereka haruslah memahami dam menghayati erti perpaduan. Rakyat yang bersemangat perpaduan bukanlah sekadar tahu mengeja dan menyebut perkataan perpaduan sahaja, malah mereka perlu menghalusi maksud tersirat perpaduan dan sedar akan peranan dan kepentingannya dalam kehidupan bermasyarakat. Hal ini demikian kerana kita perlu sedar bahawa negara yang telah merdeka tidak semestinya bermakna semangat perpaduan telah tertanam dalam jiwa kita. Ia telah terbukti apabila berlakunya Tragedi 13 Mei pada tahun 1969 yang melibatkan perselisihan faham antara kaum- kaum di Malaysia. Kejadian yang tidak disangka-sangka ini telah menyampaikan satu mesej yang negatif kepada kita. Ia mencerminkan masyarakat yang masih tidak menghargai keharmonian yang dinikmati selepas negara kita merdeka. Bagi mengelakkan kejadian seperti ini berulang kembali, usaha-usaha untuk memupuk semangat perpaduan perlu dilipatgandakan lagi. Antara langkah yang telah diambil ialah dengan mengintegrasikan murid-murid berbilang kaum dalam sebuah sekolah. Dengan cara ini, murid-murid dapat menyesuaikan diri untuk bergaul dengan rakan-rakan mereka yang berlainan kaum. Langkah yang diambil ini mampu meningkatkan keberkesanannya untuk memupuk semangat perpaduan yang tinggi dalam diri murid-murid berkenaan. Penyemaian semangat perpaduan yang dilakukan dari awal ini juga membolihkan murid-murid belajar untuk menghormati budaya dan agama kaum lain. Langkah awal ini diambil kerana pepatah Melayu ada mengatakan bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, ternyata semangat perpaduan merupakan kunci keamanan dalam sesebuah negara. Seterusnya, Disiplin perlulah dijadikan amalan oleh para remaja. Disiplin dapat melahirkan remaja yang berakhlak dan berbudi pekerti mulia.Remaja perlulah menyematkan disiplin dalam

Upload: xin-yiwoon

Post on 14-Dec-2015

17 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

sejarah

TRANSCRIPT

Page 1: kertas 3 T5 B2

4. Langkah-langkah mengekalkan kemerdekaan negara Kemukakan cadangan untuk mengekalkan kemerdekaan negara (15 markah)

Terdapat beberapa langkah yang boleh dipraktikan untuk mengekalkan kemerdekaan Negara.Antara langkah-langkah tersebut ialah dengan remaja menyertai angkatan tentera.Tentera amat diperlukan pada setiap masa kerana peperangan boleh meletus secara tiba-tiba.Dengan kekuatan tentera yang hebat, kedaulatan negara dapat dipertahankan.Remaja perlulah sedia berkorban untuk bangsa dan negara.Selain itu, perpaduan antara rakyat berbilang kaum merupakan pra syarat utama dalam mewujudkan sebuah negara yang benar-benar aman. Sebelum semangat perpaduan ini dapat disemai ke dalam jiwa semua rakyat, mereka haruslah memahami dam menghayati erti perpaduan. Rakyat yang bersemangat perpaduan bukanlah sekadar tahu mengeja dan menyebut perkataan perpaduan sahaja, malah mereka perlu menghalusi maksud tersirat perpaduan dan sedar akan peranan dan kepentingannya dalam kehidupan bermasyarakat. Hal ini demikian kerana kita perlu sedar bahawa negara yang telah merdeka tidak semestinya bermakna semangat perpaduan telah tertanam dalam jiwa kita. Ia telah terbukti apabila berlakunya Tragedi 13 Mei pada tahun 1969 yang melibatkan perselisihan faham antara kaum-kaum di Malaysia. Kejadian yang tidak disangka-sangka ini telah menyampaikan satu mesej yang negatif kepada kita. Ia mencerminkan masyarakat yang masih tidak menghargai keharmonian yang dinikmati selepas negara kita merdeka. Bagi mengelakkan kejadian seperti ini berulang kembali, usaha-usaha untuk memupuk semangat perpaduan perlu dilipatgandakan lagi. Antara langkah yang telah diambil ialah dengan mengintegrasikan murid-murid berbilang kaum dalam sebuah sekolah. Dengan cara ini, murid-murid dapat menyesuaikan diri untuk bergaul dengan rakan-rakan mereka yang berlainan kaum. Langkah yang diambil ini mampu meningkatkan keberkesanannya untuk memupuk semangat perpaduan yang tinggi dalam diri murid-murid berkenaan. Penyemaian semangat perpaduan yang dilakukan dari awal ini juga membolihkan murid-murid belajar untuk menghormati budaya dan agama kaum lain. Langkah awal ini diambil kerana pepatah Melayu ada mengatakan bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, ternyata semangat perpaduan merupakan kunci keamanan dalam sesebuah negara.

Seterusnya, Disiplin perlulah dijadikan amalan oleh para remaja. Disiplin dapat melahirkan remaja yang berakhlak dan berbudi pekerti mulia.Remaja perlulah menyematkan disiplin dalam diri dengan cara menjadi lebih bertanggungjawab dan menepati masa sekaligus dapat menjadi warganegara yang berguna.Disiplin di kalangan remaja juga dapat dipupuk dengan menyertai institusi-institusi pengajian yang berasaskan ketenteraan seperti Maktab Tentera Diraja,Kolej Tentera Darat,Kolej Tentera Udara dan Akademi Tentera Malaysia yang dapat membentuk sifat keperibadian yang unggul.

Di samping itu, dari aspek pendidikan pula, kerajaan telah melakukan usaha untuk mengekalkan kemerdekaan dengan memberi penekanan kepentingan kemerdekaan serta pendedahan kepada perjuangan pejuang kemerdekaan dalam memperjuangkan kebebasan Negara.Anak-anak muda perlu diajar menyelami kesukaran pejuang dahulu dan betapa peritnya kehidupan dibelenggu penjajah. Antara langkah yang diambil oleh kerajaan dalam hal ini adalah dengan penaiktarafan mata

Page 2: kertas 3 T5 B2

pelajaran Sejarah oleh Kementerian Pelajaran. Kerajaan juga mengumumkan bahawa mata pelajaran Sejarah bakal menjadi mata pelajaran wajib lulus bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013 dan dilaksanakan sebagai mata pelajaran teras mengikut Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) tahun berikutnya (Berita Harian, 2010).Akhir sekali, Remaja juga perlulah bersatu padu dan hidup dalam keadaan harmoni.Sejarah telah membuktikan bahawa bersatu padu amat penting dalam mengekalkan keamanan negara. Apabila semangat bersatu padu tiada,bukan sahaja negara bahkan tamadun yang hebat juga akan musnah seperti yang terjadi kepada tamadun Islam Uthmaniah di Turki dan Dinasti Ming di China pada suatu masa dahulu.Jadi semangat kekitaan perlulah dipupuk sejak dari awal demi menjamin kemerdekaan negara.

5. Kejayaan Malaysia kesan daripada kemerdekaan negara

Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan kejayaan yang dicapai oleh Malaysia kesan daripada kemerdekaan negara (15 markah)Menilai : Kejayaan Malaysia kesan daripada kemerdekaan Negara

Setelah pengisytiharan kemerdekaan negara,Malaysia telah mencapai beberapa kejayaan dari pelbagai segi.Antara kejayaan yang diperoleh kesan daripada kemerdekaan Negara ialah bidang perusahaan automobil merupakan mercu kecemerlangan dalam mencapai kejayaan Malaysia.

Di Malaysia, terdapat dua buah syarikat yang menghasilkan kereta nasional iaitu Syarikat Holdings Bhd (PROTON) dan Syarikat Perusahaan Outomobil Kedua Sdn.Bhd (PERODUA). Syarikat PROTON berjaya mengeluarkan kereta Proton Saga pertama di Malaysia pada 9 Julai 1985. Kejayaan ini telah menandakan bahawa negara Malaysia berupaya mengeluarkan kereta sendiri setanding kereta asing. Melalaui syarikat PERODUA pula, kereta yang dihasilkan termasuklah Kancil, Kenari, Kelisa, Myvi , Viva dan lain-lain. Teknologi industri berat yang diusahakan oleh rakyat Malaysia membolehkan kereta nasional dieksport ke luar negara seperti Australia, Singapura, United Kingdom dan sebagainya. Hasil eksport kereta nasional menyumbang besar dalam pendapatan negara. Contohnya, pada tahun 2006, Malaysia telah mengeksport 20,675 unit kereta penumpang ke luar negara yang telah menambahkan hasil Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) dengan jumlah RM 554.9 juta.

Selain itu, pembinaan bangunan pencakar langit seperti Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar PETRONAS merupakan bangunan mercu tanda kemajuan negara di Malaysia. Kedua-dua bangunan tersebut terletak di Kuala Lumpur. Menara Kuala Lumpur dibina pada tahun 1995. Menara ini mempunyai bentuk yang tirus dan ketinggiannya ialah 421 meter. Reka bentuk menara ini banyak dipengaruhi oleh seni bina Islam dan berfungsi sebagai menara komunikasi untuk mempertingkatkan khidmat telekomunikasi. Bagi bangunan Menara Berkembar PETRONAS, bangunan ini merupakan menara kembar tertinggi di dunia yang mempunyai ketinggian 452 meter. Menara Berkembar PETRONAS direka oleh arkitek Cesar Pelli dan disiapkan pada Mac tahun 1996. Menara ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang unik dan pertama kali

Page 3: kertas 3 T5 B2

digunakan di Malaysia. Jika berlaku bencana alam seperti gempa bumi, menara ini akan condong mengikut tiupan angin kencang hingga 1.5 meter. Ciri-ciri istimewa menara ini telah menjadi destinasi pelancongan dan menarik banyak pelancong asing melancong ke negara Malaysia sepanjang tahunSeterusnya, Malaysia juga melangkah maju ke era teknologi angkasa lepas apabilakita berjaya melancarkan dua satelit Malaysia Asia Timur iaitu MEASAT Idan MEASAT II pada bulan September 2000. Malaysia juga melancarkan mikrosatelit yang pertama ,iaitu TIUNG SAT ke angkasa lepas. Pelancaran satelit ini menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara ASEAN yang mempunyai satelit angkasanya sendiri. Kejayaan pelancaran ini merupakn permulaan kepada teknologi penerokaan angkasa lepas pada 10 Oktober 2007. Sememangnya, program penghantaran angkasawan negara yang pertama telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia. Program ini telah menjadi pemangkin kepada seluruh rakyat Malaysia untuk belajar mata pelajaran sains dan teknologi. Oleh itu, Dr Sheikh Musazaphar Shukor Sheikh Mustapha berperanan sebagai “Duta Angkasa Malaysia” untuk menyebarkan ilmu sains angkasa ke sekolah-sekolah di seluruh Negara Melalui program tersebut, pelajar sekolah dapat menimba ilmu sains tentang angkasawan dan memupuk minat mereka untuk menceburi dalam bidang angkasawan.Di samping itu,kemajuan dalam bidang pengangkutan dan perhubungan juga menempa nama Malaysia di seantero dunia. Di Malaysia, terdapat system pengangkutan yang terkenal seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA), Sistem Transit Ringan(LRT), KTM, PUTRA, monorail, LebuhRaya Utara-Selatan dan Terowong SMART. KLIA ialah lapangan terbesar dinegara Malaysia dan merupakan salah satu penerbangan yang terpenting di rantau Asia Tenggara. KLIA telah terpilih sebagai lapangan terbang yang pertama sekali di dunia untuk dianugerahkan Sijil Airport Service Quality(ASQ) yang diberi daripada Airport Council International(ACL). Selain itu, sistem pengangkutan seperti Sistem Transit Ringan(LRT), KTM, monorail dan PUTRA menjimatkan masa,wang dan tenaga kepada pengguna dan pelancong asing menuju ke destinasi mereka. Perkembanga teknologi yang semakin canggih membolehkan Terowong SMART dibina di Kuala Lumpur pada tahun 2007. Terowang SMART merupakan lencongan air yang terpanjang di Asia Tenggara dan mempunyai struktur jalan dan perparitan yang sepanjang 9.7 kilometer.

Pembinaan terowong ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di Kuala Lumpur.Akhir sekali,pemain-pemain sukan di Malaysia juga mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Pemain sukan wanita yang terkenal di Malaysia ialah Nicol Ann David. Nicol ialah pemain skuasy Malaysia yang pernah menjadi pemain skuasy wanita nombor satu di dunia. Beliau juga merupakan orang Asia pertama yang menjuarai kejohanan Remaja Dunia sebanyak dua kali. Pada Jun 2008, kerajaan Malaysia telah menganugerahkan Darjah Bakti(DB) kepada Nicol Ann David untuk menghargai pencapaiannya dalam bidang skuasy. Selain bidang skuasy, nama pemain badminton di Malaysia juga terkenal di dunia, khasnya Lee Chong Wei. Lee Chong Wei merupakan seorang pemain badminton professional di Malaysia. Dia selalu menyertai pertandingan badminton di dalam atau di luar negara Malaysia dengan keputusan yang cemerlang. Contohnya, semasa Sukan Konmawel 2006 yang diadakan di Melbourne,Australia, Lee Chong Wei berjaya mendapat kejohanan dalam acara badminton. Selain itu, dia juga merupakan salah seorang pemain badminton yang mewakili Malaysia untuk menyertai Sukan Olimpik 2008 di China dalam acara badminton. Peningkatan pencapian yang cemerlang oleh pemain-pemain

Page 4: kertas 3 T5 B2

sukan berjaya menempa nama Malaysia di seantero dunia.

6.Cabaran Malaysia bagi menjamin kedaulatan Negara

Menjana idea untuk menghadapi cabaran bagi menjamin kedaulatan Negara

(a) Jelaskan cabaran yang dihadapi Malaysia bagi menjamin kedaulatan negara ( 5markah)

Cabaran yang dihadapi Malaysia bagi menjamin kedaulatan Negara ialah para pelajar akan kerap ponteng sekolah kerana tidak berminat untuk belajar dalam sesuatu subjek.Selain itu,remaja pada hari ini lebih gemar berlumba haram di jalan raya yang mampu membawa kepada kemalangan jalan raya.Seterusnya, rasuah akan semakin berleluasa disebabkan pelaksanaan undang-undang yang tidak ketat.Di samping itu,pelajar-pelajar akan terlibat dengan kes membuli.Akhir sekali,demonstrasi jalanan akan kerap terjadi disebabkan ketidakpuashatian masyarakat dalam sistem pentadbiran sesebuah syarikat.

(b) Nyatakan langkah-langkah untuk menghadapi cabaran di atas ( 5 markah)

Langkah-langkah untuk menghadapi cabaran di atas ialah kerajaan perlulah memberikan pendidikan sepanjang hayat kepada para pelajar agar mereka tidak merasa bosan untuk belajar.Selain, itu, ibu bapa perlulah memberikan kasih sayang yang secukupnya terhadap anak-anak kerana anak-anak yang baik lahir daripada sebuah keluarga yang memberi kasih sayang sepenuhnya terhadap anak-anak mereka.Di samping itu, didikan agama perlulah diberikan dengan sebaiknya agar anak-anak dapat mengetahui mana yang baik dan mana yang buruk.Seterusnya, undang-undang perlulah diperketatkan dan dilaksanakan agar kes-kes jenayah seperti rasuah tidak berleluasa.Akhir sekali, pelaksanaan ceramah yang mampu menyedarkan masyarakat sangatlah penting dalam menjamin kedaulatan Negara.

7.Penerapan nilai murni/iktibarNyatakan nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme yang dapat diterapkan daripada perjuangan nasionalis demi memajukan negara kita Malaysia (10 markah)Menghayati nilai murni /iktibar/patriotisme daripada perjuangan nasionalis demi memajukannegara kita Malaysia

KesimpulanMerumus secara keseluruhan isi yang telah dibincangkan

Nilai-nilai murni yang dapat diterapkan daripada prjuangan nasionalis demi memajukan Negara kita Malaysia adalah sikap kerjasama.Kerjasama ini penting dalam membangunkan sesebuah

Page 5: kertas 3 T5 B2

Negara terutamanya Negara yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum.Selain itu,perpaduan antara kaum penting dalam membangunkan sesbuah Negara.Di samping itu, semangat jati diri perlu ada dalam diri setiap individu walau dimana sahaja kita berada.Seterusnya, sifat kasih sayang di antara satu sama lain perlulah diterapkan dalam diri setiap insane.Nilai lain pula ialah bersyukur.Rakyat Malaysia perlulah bersyukur dengan keamanan yang dikecapi oleh amlaysia dan berharap agar berkekalan.Keadilan terutamanya dalam sistem pentadbiran tanpa mengira kaum,bangsa mahupun agama.Nilai seterusnya ialah,sebagai rakyat Malaysia,kita disarankan untuk memanfaatkan keamanan Negara agar kekal aman dan harmoni tanpa berlaku pertelingkahan.Nilai berdikari pelu ada dalam diri individu untuk memsatikan kita yakin dengan segala yang kita lakukan.Kita perlulah berwawasan dalam setiap hal agar mampu dipercayai orang lain.Malaysia memiliki rakyat yang berbilang kaum,oleh itu,sikap toleransi penting untuk mengekalkan keamanan dalam Negara.Akhir sekali, kita disarankan untuk mengekalkan keamanan yang dikecapi oleh Malaysia pada hari ini agar Malaysia mampu setaraf dengan Negara maju yang lain.

8 Rumusan*Pengetahuan yang diperoleh*Iktibar kepada diri ,bangsa dan negara*Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang (5 markah)

Berdasarkan keseluruhan,amatlah penting terhadap Malaysia untuk mengapai keharmonian dan keamanan dalam menggapai kemajuan Negara.Oleh itu,rakyat Malaysia yang memiliki kaum terbesar iaitu Melayu,Cina dan India perlulah bersatu padu agar Malaysia kekal aman dan setanding dengan Negara maju yang lain.Malaysia mampu untuk mencapai sebuah Negara maju menjelang wawasan 2020 besesuaian dengan kehendak bekas Perdana Menteri ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohammad.Dengan kemajuan yang dikecapi,rakyat akan dapat mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan dan mampu melahirkan rakyat yang berdidiplin.Kita perlulah berdoa dan berharap agar Malaysia tidak terlibat dengan anasir-anasir negative yang mampu mengugat kestabilan politik yang dicapai oleh Malaysia pada era ini.