soalan pertengahan tahun kertas 2 sains t5

16
1. Satu kajian dijalankan untuk mengkaji variasi bagi panjang di antara jari telunjuk dengan ibu jari, seperti ditunjukkan dalam Rajah 1. Jadual 1.1 menunjukkan data yang diperolehi dari kajian ini. 12.6 14.6 16.5 16.0 18.1 15.0 18.9 16.1 17.5 17.6 16.6 13.6 14.7 16.8 14.9 19.5 15.5 18.7 17.7 17.4 15.6 15.7 13.7 14.8 14.0 18.0 15.8 17.8 18.6 16.9 18.6 16.3 16.3 14.5 16.8 16.5 17.9 17.0 16.2 20.0 a) Berdasarkan Jadual 1.1 lengkapkan Jadual 1.2. Julat panjang antara jari 12.6 13.5 13.6 14.5 14.6 15.5 15.6 16.5 16.6 17.5 17.6 18.5 18.6 19.5 19.6 20.5 Bilangan murid [2 Markah] b) Berdasarkan Jadual 1.2 lukis satu histogram yang menunjukkan bilangan murid melawan julat panjang antara jari. 1 Jadual Rajah Jadual

Upload: adam-wong

Post on 09-Nov-2015

66 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

soalan sains spm

TRANSCRIPT

1. Satu kajian dijalankan untuk mengkaji variasi bagi panjang di antara jari telunjuk dengan ibu jari, seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.

Rajah 1

Jadual 1.1 menunjukkan data yang diperolehi dari kajian ini.12.614.616.516.018.115.018.916.117.517.6

16.613.614.716.814.919.515.518.717.717.4

15.615.713.714.814.018.015.817.818.616.9

18.616.316.314.516.816.517.917.016.220.0

Jadual 1.1

a) Berdasarkan Jadual 1.1 lengkapkan Jadual 1.2.

Julat panjang antara jari12.6 13.513.6 14.514.6 15.515.6 16.516.6 17.517.6 18.518.6 19.519.6 20.5

Bilangan murid

[2 Markah]Jadual 1.2

b) Berdasarkan Jadual 1.2 lukis satu histogram yang menunjukkan bilangan murid melawan julat panjang antara jari.

[2 Markah]c) Tulis jenis variasi berdasarkan histogram di 1(b)

________________________________________________________________________[1 Markah]

2. Rajah 2 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji kesan kereaktifan logam dengan asid cair.

Rajah 2

Jadual 2 menunjukkan keputusan yang diperolehi daripada eksperimen itu.

Jadual 2

a) Nyatakan pembolehubah dalam eksperimen ini.

i) Pembolehubah dimanipulasikan:

_____________________________________________________________________[1 Markah]

ii) Pembolehubah yang bergerakbalas:

_____________________________________________________________________[1 Markah]

b) Berdasarkan keputusan dalam Jadual 2, susun logam logam itu mengikut tertib kereaktifan menurun dengan asid cair.

_____________________________________________________________________[1 Markah]c) Nyatakan satu inferens berdasarkan Jadual 2.

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________[1 Markah]

d) Ramalkan bilangan gelembung udara yang dihasilkan sekiranya logam kalsium digunakan dalam eksperimen ini.

_____________________________________________________________________[1 Markah]

3. Razif telah menjalankan satu eksperimen dengan menggunakan satu piring petri. Dia telah meletakkan dua cakera antibiotik, A dan B dan satu cakera kertas turas, C ke atas permukaan agar agar nutrien yang mengandungi kultur bakteria di dalam piring petri tersebut seperti yang ditunjuk oleh Rajah 3.1. Razif telah membiarkan piring petri ini dieram selama 3 hari dan hasilnya ditunjukkan seperti dalam Rajah 3.2.Rajah 3.1Rajah 3.2ACBACBCakera antibiotikCakera kertas turasAgar agar nutrien+Kultur bakteriaKawasan jernih

a) Apakah tujuan Razif menjalankan eksperimen?

_____________________________________________________________________[1 markah]

b) Apakah pemboleh ubah yang telah dimanipulasikan oleh Razif di dalam eksperimen ini.

_____________________________________________________________________[1 markah]

c) Mengapakah Razif meletakkan cakera C ke atas permukaan agar agar nutrien ini?

_____________________________________________________________________[1 markah]

d) Pada pendapat anda, antibiotik manakah yang paling berkesan dan akan dipilih oleh Razif untuk membunuh bakteria?

_____________________________________________________________________[1 markah]

4. Satu kajian untuk meyiasat sifat sifat getah tervulkan telah dijalankan. Rajah 4 menunjukkan susudan radas yang dijalankan manakala Jadual 3 menunjukkan keputusan eksperimen.Rajah 4

Jenis getahPanjang awal (cm)Panjang dengan beban (cm)Panjang akhir tanpa beban (cm)Panjang regangan (cm)

Getah A10.014.011.5(i)

Getah B10.012.010.0(ii)

Jadual 4

a) Berdasarkan keputusan pada Jadual 4, ramalkan jenis getah A dan B.

i. Getah A: __________________________________________________________

ii. Getah B: __________________________________________________________[2 markah]

b) Nyatakan hipotesis bagi eksperimen ini.

________________________________________________________________________[1 markah]

c) Lengkapkan Jadual 4[2 markah]

Bahagian B[30 markah]Arahan : Jawab semua soalan dalam bahagian ini.

5. Rajah 5.1 menunjukkan perjalanan impuls apabila seorang pelajar tersentuh periuk panas.Rajah 5.1

a) Apakah yang akan berlaku apabila seorang pelajar tersentuh periuk panas itu?

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________[1 Markah]b) Namakan bahagian P dan Q?

Bahagian P : __________________________________________________________

Bahagian Q : __________________________________________________________[2 Markah]

c) Bahagian manakah dalam sistem saraf yang mengawal tindakan pada rajah di atas?

_____________________________________________________________________[1 Markah]

d) Nyatakan kepentingan tindakan di 5(c)

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________[1 Markah]

e) Tandakan ( ) bagi tindakan yang dikawal oleh saraf di atas.

Rajah 5.2

[1 Markah]

6. Rajah 6 menunjukkan proses penjanaan tenaga elektrik daripada tenaga nuklear.

Rajah 6

a) Nyatakan satu bahan radioaktif yang sesuai digunakan dalam stesen janakuasa nuklear.

_____________________________________________________________________[1 Markah]b) Nyatakan satu proses dalam reaktor nuklear yang menghasilkan kuantiti tenaga yang banyak.

_____________________________________________________________________[1 Markah]

c) Apakah fungsi stim yang terhasil daripada air panas di stesen janakuasa nuklear?

_____________________________________________________________________[1 Markah]d) Nyatakan dua kebaikan penghasilan tenaga nuklear.

i.____________________________________________________________________

ii. ___________________________________________________________________[2 Markah]e) Nyatakan kegunaan lain tenaga nuklear.

_____________________________________________________________________[1 Markah]

7. Jadual 7 menunjukkan nilai kalori beberapa jenis makanan.

MakananNilai kalori makanan (kJ per 100g)

Nasi1512

Daging1010

Bayam99

Betik164Jadual 7

a) Namakan satu faktor yang mempengaruhi jumlah pengambilan kalori seseorang.

_____________________________________________________________________[1 Markah]

b) Seorang pelajar mengambil menu berikut untuk makan tengahari.

Hitung jumlah tenaga yang diambil oleh pelajar tersebut semasa makan tengah hari.

[2 Markah]

c) Rajah 7 menunjukkan tiga jenis penyakit kekurangan zat makanan.

Rajah 7

i. Namakan penyakit berlabel L.

___________________________________________________________________ [1 Markah]

ii. Kekurangan bahan mineral apakah yang menyebabkan keadaan seperti rajah M.

__________________________________________________________________[1 Markah]

iii. Nyatakan satu cara untuk mengurangkan penyakit N.

__________________________________________________________________[1 Markah]

8. Rajah 8 menunjukkan kitar nitrogen.Rajah 8

U

U

a) Lengkapkan kitar pada Rajah 7.

i. R:_____________________________________________________________

ii. S:_____________________________________________________________[2 markah]

b) Apakah fungsi mikroorganisma T dan U dalam kitar ini?

i. T: ____________________________________________________________

ii. U: ____________________________________________________________[2 markah]c) Nyatakan proses V.

i. V: ____________________________________________________________[1 markah]d) Bagaimanakah proses V membantu dalam kitar nitrogen?

_____________________________________________________________________[1 markah]e) Berikan satu alasan mengapa kitar nitrogen adalah penting?

_____________________________________________________________________[1 markah]

9. Rajah 9 menunjukkan kawasan perumahan berdekatan dengan kilang.Rajah 9

a) Nyatakan jenis pencemaran yang berlaku di kawasan ini.

________________________________________________________________________[1 markah]

b) Namakan dua bahan pencemar yang dibebaskan oleh kilang itu.

i. __________________________________________________________________ii. __________________________________________________________________[2 markah]

c) Apakah kesan bahan pencemar yang dinamakan di 7(b) terhadap alam sekitar?

________________________________________________________________________[1 markah]

d) Beberapa tahun selepas kilang itu dibina di kawasan itu, terdapat peningkatan dalam bilangan pesakit yang mengidap sejenis penyakit. Namakan penyakit itu.

________________________________________________________________________[1 markah]

Bahagian C[20 markah]Arahan: Jawab Soalan 10 dan mana mana satu daripada Soalan 11 atau Soalan 12.

10. Kaji pernyataan berikut.

Nilai pH air sungai di kawasan bukan industri adalah lebih tinggi daripada nilai pH air sungai di kawasan industri.

a) Cadangkan satu hipotesis untuk menyiasat pernyataan di atas.[1 markah]b) Terangkan suatu eksperimen untuk menguji hipotesis anda di (a) berdasarkan kriteria berikut:i) Tujuan eksperimen[1 markah]ii) Pengenalpastian pembolehubah[2 markah]iii) Senarai radas dan bahan[1 markah]iv) Prosedur[3 markah]v) Penjadualan data[1 markah]vi) Kesimpulan eksperimen[1 markah]

11. a) Lukiskan susunan zarah-zarah dalam keadaan pepejal, cecair dan gas.Berikan perbezaan antara pepejal, cecair dan gas dari segi pergerakan zarah-zarah, daya tarikan antara zarah-zarah dan tenaga kinetik zarah-zarah. [4 markah]

Rajah 10

b) Rajah 10 menunjukkan peleburan seketul ais.Anda dikehendaki membina satu konsep proses peleburan. Jawapan anda mesti merangkumi aspek berikut:i) Nyatakan dua sifat umum dalam proses peleburan.ii) Bina konsep awal proses peleburan.iii) Nyatakan samada haba diserap atau dibebaskan semasa proses peleburan dan hubungkaitkannya kepada tenaga kinetik zarah-zarah dan daya tarikan antara zarah-zarah.[6 markah]

12. Seorang individu pertengahan umur mengalami tekanan darah tinggi. Makanan harian yang diambilnya ditunjukkan seperti di bawah.

.DagingLemak Haiwan

Terangkan bagaimana orang itu dapat mengatasi masalah kesihatannya. Jawapan anda perlulah berdasarkan aspek yang berikut:i) Kenal pasti masalah [1 markah]ii) Terangkan masalah itu [1 markah]iii) Nyatakan kaedah penyelesaian [2 markah]iv) Terangkan kaedah penyelesaian itu [2 markah]

SOALAN TAMAT - 1