kepentingan etika dan kod etika kepada seorang guru

Upload: haris-hambali

Post on 13-Oct-2015

62 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

TRANSCRIPT

Kepentingan Etika dan Kod Etika Kepada Seorang Guru

Kepentingan Etika & Kod Etika Kepada Seorang GuruEDU 3083ASAS KEPIMPINAN &PERKEMBANGAN PROFESIONALISMEKod Etika Profesion Perguruan Guru harus bertingkah laku baik berhubung sifat profesionalnya ketika menjalankan tugas.

Guru perlu menjalankan tugas dengan jujur.

Tanggungjawab utama guru adalah terhadap muridnya.

Guru haruslah menumpukan perhatian dan memberi pengajaran kepada setiap murid tanpa mengira kaum, agama atau kepercayaan. Guru haruslah bertugas sebagai penganti ibu bapa dalam membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat. Guru haruslah mendidik dengan adil.Guru haruslah menerima perbezaan individu di kalangan muridnya. Guru harus menghormati hak setiap murid.

Kepentingan EtikaGuru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod Etika penting kerana:

Kod etika menyediakan garis panduan kepada guru untuk bertingkah laku dalam profesion perguruan. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan.

Kandungan dalam Kod Etika Peguruan di negara ini mempunyai keunikannya yang tersendiri berbanding kod etika negara lain. Guru dapat meningkatkan imej perguruan secara rasmi.

Pengamalan etika dapat mengekalkan kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli organisasi.