kepelbagaian pelajar

34
PROFESION PERGURUAN GGGA1123 KUMPULAN 2 AHLI KUMPULAN: NORMIRA BINTI HJ. IBRAHIM A132219 NOR FATIHAH BINTI NAWI A132797 RAHILAH BINTI HARON A133371 NAMA PENSYARAH: ENCIK MAD YUSOFF DAUD

Upload: nor-fatihah

Post on 19-Jun-2015

1.747 views

Category:

Education


10 download

DESCRIPTION

perkongsian ilmu mengenai kepelbagaian pelajar dan teknik pengajaran guru yang digunakan.

TRANSCRIPT

Page 1: kepelbagaian pelajar

PROFESION PERGURUAN GGGA1123

KUMPULAN 2

AHLI KUMPULAN:

NORMIRA BINTI HJ. IBRAHIM A132219

NOR FATIHAH BINTI NAWI A132797

RAHILAH BINTI HARON A133371

NAMA PENSYARAH: ENCIK MAD YUSOFF DAUD

Page 2: kepelbagaian pelajar

STRATEGI PENGAJARAN

KAEDAH

PENDEKATAN

TEKNIK

AKTIVITI

Page 3: kepelbagaian pelajar

TEKNIKPENGAJARAN GURU

DANKEPELBAGAIAN

PELAJAR

Page 4: kepelbagaian pelajar

PENGENALAN

Dalam sistem pendidikan guru di Malaysia,pelbagai teknik pengajaran guru telah diaplikasikan. Hal ini adalah untuk memastikan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Kepelbagaian pelajar dapat dilihat melalui pemerhatian guru-guru, ibu bapa, rakan-rakan dan masyarakat.

Sebagai seorang guru,kita seharusnya fleksibal dalam mempelbagaikan teknik pengajaran guru. ( kaedah, pendekatan dan aktiviti )

Page 5: kepelbagaian pelajar

KONSEPPENGAJARAN GURU

Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat merangsangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.KEPELBAGAIAN PELAJAR

selain mendidik pelajar, guru seharusnya memahami kemahuan pelajar kerana setiap pelajar mempunyai sikap,latar belakang keluarga,tahap kecerdasan yang berbeza.

Page 6: kepelbagaian pelajar

DEFINISITEKNIK Teknik adalah penerapan ilmu dan teknologi untuk menyelesaikan permasalahan manusia. Hal ini diselesaikan melalui pengetahuan, pengiraan dan pengalaman praktis yang diterapkan untuk mencipta objek atau proses yang berguna.

PENGAJARAN Sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar.

Page 7: kepelbagaian pelajar

GURU merupakan pendidik profesional dengan tugas mendidik,mengajar,membimbing,melatih dan menilai pelajar.

PELAJAR Istilah pelajar atau murid merujuk kepada sesiapa yang sedang atau dalam keadaan belajar.

PENDEKATAN– jalan yang diambil

KAEDAH– cara yang teratur, kemas & sistematik

Page 8: kepelbagaian pelajar

TEKNIK PENGAJARAN GURU

DEFINISI TEKNIK PENGAJARAN GURU

Teknik pengajaran guru adalah , konsep pendekatan, strategi, atau kaedah untuk membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru.

Page 9: kepelbagaian pelajar

TUJUAN KEPELBAGAIAN TEKNIK PENGAJARAN

Menarik minat pelajar Mengekalkan perhatian Membangkitkan perasaan ingin tahu

( 3M )

Page 10: kepelbagaian pelajar

BORANG SOAL SELIDIK (GURU)

BORANG KAJI SELIDIK GURU.docx

Page 11: kepelbagaian pelajar

REFLEKSIMenurut kaji selidik yang telah dijalankan ,

kebanyakan guru menggunakan alat bantu mengajar dan gemar mempelbagaikan teknik pengajaran . Oleh kerana mereka membuat persediaan awal sebelum masuk ke kelas, mereka lebih suka memberi penerangan berdasarkan pemahaman sendiri .Selain itu, mereka juga gemar menyelitkan unsur lucu dalam pengajaran , fleksible dan dapat mengawal situasi dalam kelas.Walaubagaimanapun , kebanyakan guru memberikan perhatian yang lebih kepada pelajar yang cemerlang dalam bidang tertentu berbanding pelajar lain dan kadangkala mereka cepat berasa bosan dalam proses pengajaran.Guru juga sentiasa memberikan latihan untuk meningkatkan kefahaman pelajar.

Page 12: kepelbagaian pelajar

BORANG SOAL SELIDIK (PELAJAR)

E:\BORANG KAJI SELIDIK PELAJAR.docx

Page 13: kepelbagaian pelajar

REFLEKSIBerdasarkan kajian yang dijalankan , pelajar perempuan

lebih minat belajar berbanding pelajar lelaki.Pelajar perempuan juga lebih cenderung untuk belajar secara berkumpulan dan suka menyelesaikan masalah bersama rakan-rakan daripada berjumpa guru.Pelajar perempuan lebih bersetuju bahawa guru mereka lebih banyak menggunakan alat bantu mengajar dan gemar guru mereka mengajar menggunakan buku teks berbanding pelajar lelaki.Kebanyakan pelajar lelaki bersetuju bahawa guru mereka membuat persediaan awal sebelum masuk ke dalam kelas.Mereka juga suka guru yang tegas berbanding pelajar perempuan.Untuk beberapa penyataan , kami dapati pelajar perempuan dan pelajar lelaki mempunyai pendapat yang sama bahawa mereka hanya melakukan latihan yang diberi oleh guru tanpa membuat latihan tambahan, tidak menyukai guru yang garang dan tidak bertolak ansur.Selain itu , mereka lebih suka nota yang diberikan oleh guru berbanding nota yang daripada buku rujukan dan buku teks.Mereka juga berpendapat bahawa guru lebih banyak memberi perhatian kepada pelajar yang cemerlang berbanding pelajar yang sederhana dan lemah.

Page 14: kepelbagaian pelajar

TEMUBUAL BIODATA GURU:- NAMA GURU: PUAN HAZIMAH BT ISMAIL

UMUR: 44 TAHUN

TARIKH LAHIR: 22 MEI 1967

ASAL: KEDAH

STATUS: BERKAHWIN

TEMPAT TINGGAL: KAMUNTING

KELULUSAN: SARJANAMUDA SAINS SERTA PEND. (PENGAJIAN ISLAM)

TEMPAT MENGAJAR: KAMUNTING

TEMPOH MENGAJAR: 21 TAHUN

SUBJEK YANG DIAJAR: PENDIDIKAN ISLAM

Page 15: kepelbagaian pelajar

TEKNIK-TEKNIK

PENGAJARAN GURU

Latih tubi

Permainan bahasa

Kuiz

Inkuiri

Soal jawab

Perbincangan

Sumbangsaran

Simulasi

Bercerita

Page 16: kepelbagaian pelajar

TEKNIK LATIH-TUBI

Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disamping menjamin kekekalannya. Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya. Antara kelemahan teknik ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid. Namun, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.

Page 17: kepelbagaian pelajar

TEKNIK SIMULASI Satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. Dalam proses ini pelajar digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah. Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis. Dapat menwujudkan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 18: kepelbagaian pelajar

TEKNIK MAIN PERANAN Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada pelajar-pelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.

Page 19: kepelbagaian pelajar

TEKNIK SUMBANGSARAN Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea. Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebih serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional. Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kreatif dan bukan pembelajaran secara analitis.

Page 20: kepelbagaian pelajar

TEKNIK PERMAINAN BAHASA

Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini diinterpretasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu :1. merangsang interaksi verbal pelajar 2. menambah kefasihan dan keyakinan 3. menyediakan konteks pembelajaran4. bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan

Page 21: kepelbagaian pelajar

TEKNIK SOAL JAWAB Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan. Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan. Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Tujuan utama teknik soal jawab ialah :

Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid. Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis. Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.

Page 22: kepelbagaian pelajar

TEKNIK BERCERITA

Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam kalangan pelajar. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.

Page 23: kepelbagaian pelajar

TEKNIK INKUIRI Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat. Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan masalah. Dapat menimbulkan daya refleksi dalam kalangan pelajar. Merupakan satu kaedah pengajaran bahasa yang dinamik untuk menimbulkan minat dan daya kreativiti di kalangan pelajar kerana pelajar sering mengemukakan soalan ‘bagaimana’. Oleh itu, ia dapat melatih pelajar mengemukakan pelbagai soalan.

Page 24: kepelbagaian pelajar

TEKNIK PERBINCANGAN Melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:85). Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan ia dilakukan dalam kalangan pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan seorang guru. Memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahaja sekadar mempertajamkan minda malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat. Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar sendiri.

Page 25: kepelbagaian pelajar

TEKNIK KUIZ Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-topik tertentu. Pelajar dapat mengulangkaji sambil bergembira. Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki. Pelajar dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru. Ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup. Ini bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan, pemulihan dan pengukuhan. Kuiz sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan antara pelajar.

Page 26: kepelbagaian pelajar

KEPELBAGAIAN PELAJAR

JANTINA

Menurut Kajian Arnot , David dan Weiner (1995), pelajar perempuan yang berusia 7 , 11 dan 14 tahun memperoleh pencapaian yang lebih baik dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris berbanding pelajar lelaki dalam lingkungan usia yang sama.Dapatan Kajian Harding (1979) mendapati bahawa pelajar perempuan lebih dominan dalam mata pelajaran sastera manakala pelajar lelaki pula lebih berprestasi tinggi dalam mata pelajaran berunsur sains seperti Matematik dan Fizik.

Page 27: kepelbagaian pelajar

ETNIK

Dari Kajian Sharifah (1992) , murid-murid Cina didapati mempunyai skor pencapaian yang lebih tinggi berbanding dengan murid-murid Melayu dan India.Dapatan ini selaras dengan Kajian Murad (1984) yang menunjukkan bahawa pelajar bukan bumiputera memperoleh pencapaian yang lebih baik dalam mata pelajaran Sains berbanding dengan pelajar-pelajar lain.Manakala dalam Kajian Kim (1996) mendapati bahawa pelajar Cina memperoleh pencapaian yang paling tinggi dalam Matematik , diikuti dengan pelajar Melayu manakala pelajar India memperoleh pencapaian yang paling rendah.

Page 28: kepelbagaian pelajar

GAYA KOGNITIF

Cara yang berkaitan dengan proses mental untuk mentafsir , mempelajari dan memahami sesuatu

Menurut Kajian Loo (2002) ke atas 374 orang pelajar tingkatan empat menunjukkan bahawa pelajar yang bergaya kognitif Field Independent (FI) memperoleh skor yang lebih tinggi dalam mata pelajaran Biologi , Kimia dan Fizik berbanding dengan pelajar-pelajar yang bergaya kognitif Field Dependent (FD)

 

Page 29: kepelbagaian pelajar

MASALAH-

MASALAH

YANG DIHADA

PI OLEH GURU

Stress Arahan Kement

erian

Stress Karena

h Murid

Stress masalah Rumahta

nggaStress Gaji

Rendah

Stress Pihak Rakan Sekerja

Stress akibat tugas

tambahan

Stress Akurjanj

i Luar Daerah

Page 30: kepelbagaian pelajar

MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR MENGENAI TEKNIK PENGAJARAN

GURU

TEKANAN KEMURUNGAN

KEBIMBANGAN KETIDAKPUASHATIAN

DENDAM MALAS

Page 31: kepelbagaian pelajar

LANGKAH PENYELESAIAAN

LANGKAH PENYELESAI

AN

Page 32: kepelbagaian pelajar

RUMUSAN Secara keseluruhannya kami dapati pelbagai teknik pengajaran guru telah dipraktik dalam proses pengajaran bagi memastikan kesesuaian dengan kepelbagaian pelajar.

Masalah yang dihadapi sepanjang proses pembelajaran dapat diatasi melalui kerjasama antara pelajar dan guru.

Page 33: kepelbagaian pelajar

AA

Berdoa danmemintabukannya perkara

yang sama

Rumah tanpa buku

umpama bilik tanpa

tingkap

Lebih baik berusaha

menyalakan lilin daripada menyumpah

kepada kegelapan.

HIKMAH

KATA KATA

Page 34: kepelbagaian pelajar

TAMATTERIMA KASIH

DON’T BE LAZY LIKE A FAT GARFIELD