kepelbagaian dalam kemahiran belajar pelajar program keusahawanan kpm bandar melaka

Upload: ahmad-ikhwan

Post on 13-Oct-2015

48 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

OlehNik Hasrawati Nik HassanBahagian Pendidikan Tinggi [email protected]

TRANSCRIPT

Slide 1

KEPELBAGAIAN DALAM KEMAHIRAN BELAJAR PELAJAR PROGRAM KEUSAHAWANAN KPM BANDAR MELAKAOleh:Nik Hasrawati Nik HassanBahagian Pendidikan Tinggi [email protected]

Kajian ini dijalankan di Kolej Profesional MARA Bandar Melaka (KPMBM) iaitu Institusi di bawah kelolaan Bahagian Pendidikan Tinggi, Majlis Amanah Rakyat (MARA).Menawarkan dua kursus di peringkat diploma iaitu Diploma Keusahawanan dan Perbankan Islam dan Kewangan . PENGENALAN

Mengenal pasti kemahiran belajar yang dominan bagi pelajar Program Keusahawanan Kolej Profesional MARA Bandar Melaka.Mengenal pasti kemahiran belajar yang dimiliki oleh pelajar Diploma Keusahawanan dan mengikut jantina.Mengenal pasti kemahiran belajar yang dimiliki oleh pelajar mengikut pencapaian akademik.OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan kerana:Pihak kolej mendapati keputusan peperiksaan semester bagi pelajar Diploma Keusahawanan adalah agak rendah.Terdapat rungutan dari pensyarah yang mengatakan pelajar lambat menghantar tugasan yang diberikan dan pelajar tidak suka kerja-kerja yang berstruktur.

PENYATAAN MASALAH

Pihak kolej dapat mengenal pasti kemahiran belajar yang dominan bagi pelajar di dalam pembelajaran mereka.Pihak kolej boleh memperbaiki atau mengubahsuai sama ada peraturan atau infrastruktur di dalam usaha menyediakan suasana persekitaran yang kondusif.Hasil kajian ini akan menjadi nilai tambah dalam bidang ini.

KEPENTINGAN KAJIAN

Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kajian tinjauan berbentuk deskriptif iaitu dengan mengumpul data menggunakan soal selidik.

REKA BENTUK KAJIAN

Populasi kajian terdiri daripada pelajar program Diploma Keusahawanan yang menuntut di Kolej Profesional MARA Bandar Melaka.Pemilihan sampel dibuat secara rawak.Populasi kajian dibahagikan mengikut jantina, semester dan tempat tinggal pelajar.Sampel kajian terdiri daripada 106 orang pelajar.

POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

Soal selidik ini terdiri daripada enam aspek kemahiran belajar yang dikaji:Kemahiran mengurus masaKemahiran membaca Kemahiran mengambil notaKemahiran membuat rujukanKemahiran mendengar Kemahiran menghadapi peperiksaan INSTRUMEN KAJIAN

Terdiri dari pelajar Program Diploma Keusahawanan yang mengikuti program sepenuh masa iaitu seramai 106 orang.

- 39 lelaki (36.8%)- 67 perempuan (63.2%)

PROFIL RESPONDEN

Taburan respondan Mengikut Prestasi Akademik (TPNG)

PROFIL RESPONDEN

PrestasiBilanganPeratus (%)1.66 - 1.9910.92.00 - 2.495 4.72.50 - 2.995350.03.00 - 3.494138.73.50 - 4.0065.7Total106100.0Interpretasi Skor MinANALISIS DAPATAN KEMAHIRAN BELAJAR

Skor MinInterpretasi1.00 hingga 2.33Rendah2.34 hingga 3.66Sederhana3.67 hingga 5.00TinggiAnalisis Min Kemahiran BelajarANALISIS DAPATAN KEMAHIRAN BELAJAR

KEMAHIRAN BELAJARMINMembaca3.61Mengambil Nota3.51Mengurus Masa2.82Mendengar3.67Membuat Rujukan3.49Menghadapi Peperiksaan3.26ANALISIS DAPATAN KEMAHIRAN BELAJARKOLEJ PROFESIONAL MARA BANDAR MELAKA

Kemahiran BelajarJantinaMinMembacaLelaki3.63Perempuan3.60Mengambil NotaLelaki3.51Perempuan3.50Mengurus MasaLelaki2.84Perempuan2.79MendengarLelaki3.69Perempuan3.65Membuat RujukanLelaki3.58Perempuan3.39Menghadapi PeperiksaanLelaki3.41Perempuan3.11Analisis kategori Kemahiran Belajar mengikut prestasi akademik menunjukkan:

Pelajar TPNG 3.50 4.00 menunjukkan min yang tinggi ialah Membuat Rujukan (4.10) dan min paling rendah ialah Mengurus Masa (3.24)Pelajar TPNG 2.50 2.99 menunjukkan min yang tinggi ialah Kemahiran Mendengar (3.64) dan min paling rendah ialah Mengurus Masa.Pelajar TPNG 2.00- 2.49 menunjukkan min yang tinggi ialah Kemahiran Membuat Rujukan(3.35) dan min paling rendah Mengurus Masa (2.38) ANALISI DAPATAN KEMAHIRAN BELAJAR

Rumusan secara keseluruhan bagi pelajar Diploma Keusahawanan KPM Bandar Melaka ialah:Kemahiran Mendengar ( min 3.67)Kemahiran Membaca ( min 3.61)Kemahiran Mengambil Nota (min 3.51)Kemahiran Membuat Rujukan (min 3.49)Kemahiran Menghadapi Peperiksaan (min 3.26)Kemahiran Mengurus Masa (min 2.82)

PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI

Faktor utama kejayaan seseorang pelajar yang berpencapaian tinggi adalah perlu mempunyai pengurusan masa yang cekap. (Khalid Mohamed Noor, 2005)Perancangan dan penyediaan jadual waktu dapat menunjukkan beban kerja sebenar yang dihadapi oleh pelajar. (Padilah Ali ,1994)Pelajar yang bijak dalam Kemahiran Mengurus Masa, akan merancang aktiviti yang ingin dilakukan. PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI

Cadangan yang dikemukan kepada pihak kolej:Perlu memberi lebih banyak pendedahan kemahiran belajar untuk meningkatkan kesedaran tentang kemahiran belajar.Pensyarah juga perlu diberi pendedahan untuk memahami kemahiran belajar dan dimasukkan ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Unit Kaunseling dan Kerjaya perlu mengadakan program motivasi untuk menyemarakkan semangat untuk belajar.PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI

Kajian lanjutan perlu dijalankan ke atas sampel yang lebih besar dan ditetapkan latar belakang bagi mendapatkan kesahan yang lebih tinggi.Hubungan antara tahap kemahiran belajar dan pencapaian akademik pelajar berdasarkan faktor demografi.Tahap pengetahuan pensyarah terhadap kemahiran belajar yang dimiliki oleh pelajar.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Kemahiran belajar adalah satu proses tindakan seseorang untuk mendapatkan perubahan tingkah laku yang baru secara keseluruhan.Merupakan kemahiran utama dalam pengajaran dan pembelajaran.Dalam kemahiran belajar, hanya maklumat penting sahaja yang masuk ke dalam minda dan disimpan dalam memori bagi mengelak seseorang itu terlupa.

KESIMPULAN

SEKIAN TERIMA KASIH