kementerian pendidikan malaysia - ipbl.edu.my modul pdpm... · bibliografi 65 panel 66 simbol ......

76
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MODUL PENDIDIKAN ISLAM PIMKD2043 PENGAJIAN JAWI DAN SENI KHAT Falsafah Pendidikan Kebangsaan INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 1-3, BLOK 2250 JALAN USAHAWAN 1 63000 CYBERJAYA Berkuat Kuasa Mulai November 2018 PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM) MOD KURSUS DALAM CUTI (KDC)

Upload: phamhanh

Post on 31-Mar-2019

249 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MODUL PENDIDIKAN ISLAM

PIMKD2043

PENGAJIAN JAWI DAN SENI KHAT

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 1-3, BLOK 2250 JALAN USAHAWAN 1 63000 CYBERJAYA Berkuat Kuasa Mulai November 2018

PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM)

MOD KURSUS DALAM CUTI (KDC)

Page 2: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

ii

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Hak Cipta

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Cetakan November 2018 Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Page 3: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

iii

Falsafah Pendidikan Kebangsaan / Falsafah Pendidikan Guru / Notis Hak Pengarang

ii

Kandungan iii Panduan Pelajar iv Pengenalan vi Agihan Tajuk dan Unit vii

UNIT 1 PERKEMBANGAN TULISAN JAWI 1 UNIT 2 EJAAN JAWI YANG DISEMPURNAKAN 13 UNIT 3 KAJIAN TULISAN TEKS JAWI 32 UNIT 4 SENI KHAT 36 UNIT 5 PERSEDIAAN PENULISAN KHAT 51 UNIT 6 METHOD PENULISAN KHAT 53 Bibliografi 65 Panel 66 Simbol 67

KANDUNGAN MUKA SURAT

Page 4: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

iv

PENGENALAN Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan pembelajaran agar lebih berkesan. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan matlamat dan gaya pembelajaran terkini. SASARAN KURSUS Pelajar Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri berkesan jika pelajar dapat menentukan sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar mempunyai autonomi dan bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri. JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP) Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap satu jam kredit. Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) dilaksanakan secara Sepenuh Masa dalam bentuk Kursus Dalam Cuti (KDC), di mana interaksi bersemuka dilaksanakan pada cuti persekolahan dan hujung minggu. Jumlah pembelajaran secara bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka secara kuliah /tutorial/amali dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 40% lagi adalah pembelajaran pelajar melalui modul pembelajaran. PEMBELAJARAN DALAM TALIAN Pembelajaran dalam talian ini menggunakan saluran media terkini yang sesuai. Pensyarah dan pelajar akan ditentukan masa yang sesuai untuk berinteraksi secara langsung dalam talian. Tajuk dan jumlah jam yang akan dipelajari diambil daripada Maklumat Kursus (MK) mengikut kursus dan semester yang ditawarkan.

PANDUAN PELAJAR

Page 5: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

v

SUSUNAN UNIT MODUL Modul ini ditulis dalam susunan Unit. Setiap unit mempunyai lima eleman asas yang konsisten:

1. Hasil Pembelajaran Unit 2. Sinopsis 3. Kandungan Unit 4. Penulisan berkaitan kandungan unit 5. Refleksi/ Latihan

Panduan pelaksanaan interaksi bersemuka secara dalam talian bagi tajuk yang berkaitan disediakan juga. Walau bagaimanapun, pensyarah mengajar perlu menyediakan bahan bacaan atau nota tajuk tersebut untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran. Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui email atau alat media yang sesuai jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. IKON Pelajar akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian pelajar agar pada sekali imbas pelajar akan tahu apa yang harus dibuat. PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN Pelajar juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila pelajar mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam Maklumat Kursus (MK) yang pelajar pelajari secara interaksi bersemuka dan modul.

Page 6: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

vi

PENGENALAN Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menguasai ilmu berkaitan perkembangan tulisan jawi, ejaan jawi yang disempurnakan, kajian tulisan teks jawi, seni khat, persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Hasil Pembelajaran

1. Menjelaskan sejarah perkembangan dan kepentingan tulisan jawi dan khat di Malaysia

2. Menghasilkan seni khat secara kreatif yang mempunyai nilai komersial.

3. Menganalisis secara kritis ejaan dan penulisan jawi

Page 7: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

vii

AGIHAN TAJUK Panduan Kepada Pengguna

Modul pembelajaran ini dibina berdasarkan Maklumat Kursus (MK). Jumlah

pembelajaran secara bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka secara

kuliah /tutorial/amali dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 40%

lagi adalah pembelajaran pelajar melalui modul pembelajaran.

TAJUK/ TOPIK

JUMLAH JAM

KESELU-

RUHAN

DALAM MK

45 JAM

INTERAKSI BERSEMUKA 60%

27 JAM MODUL

40%

18 JAM KULIAH

40%

18 JAM

DALAM

TALIAN

20%

9 JAM

1. Perkembangan Tulisan Jawi

Sejarah dan kepentingan Tulisan Jawi (K)

Jawi dalam sistem pendidikan di Malaysia (M)

Faktor kemerosotan penggunaan tulisan Jawi (DT)

8 3 2 3

2. Ejaan Jawi Yang DIsempurnakan

Kelompok Huruf Jawi (M)

Pembentukan Perkataan (K)

Kaedah Ejaan Kata Pinjaman (M)

Bahasa Arab dan Inggeris (DT)

9 3 1 5

3. Kajian Tulisan Teks Jawi

Teks jawi klasik (K & M)

Teks jawi terkini (DT)

4

1 1 2

4. Seni Khat

Pengenalan Ilmu Seni Khat (K)

Sejarah dan perkembangan Seni Khat (M & DT)

8 3 2 3

Page 8: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

viii

TAJUK/ TOPIK

JUMLAH JAM

KESELU-

RUHAN

DALAM MK

45 JAM

INTERAKSI BERSEMUKA 60%

27 JAM MODUL

40%

18 JAM KULIAH

40%

18 JAM

DALAM

TALIAN

20%

9 JAM

5. Persediaan Penulisan Khat

Persediaan mempelajaran Seni Khat (M)

Persediaan dan penulisan kaligrafi Islam (Seni Khat) (K & DT)

5 3 1 1

6. Method Penulisan Khat

Jenis-jenis Khat (M & DT)

Bengkel penghasilan (K)

11 5 2 4

JUMLAH 45 JAM 18 JAM 9 JAM 18 JAM

Nota: K - Kuliah, T - Tutorial, A - Amali, M - Modul, DT - Dalam Talian

Page 9: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

1

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:

i Menghuraikan sejarah dan kepentingan tulisan jawi.

ii Menghuraikan perkembangan tulisan jawi dalam sistem pendidikan di Malaysia.

iii Menjelaskan faktor kemerosotan penggunaan tulisan jawi dalam masyarakat

Malaysia.

SINOPSIS

Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai perkembangan

tulisan jawi. Perbincangan khusus tentang sejarah dan kepentingan tulisan jawi serta

jawi dalam sistem pendidikan di Malaysia. Selain itu, unit ini juga akan membincangkan

berkaitan faktor kemerosotan penggunaan tulisan jawi di Malaysia.

KERANGKA TAJUK

1.1 Sejarah dan perkembangan tulisan jawi.

1.2 Ejaan Jawi Utusan Melayu

1.3 Ejaan jawi pada Buku Katan P.Bm.P.B Diraja Johor.

1.4 Ejaan jawi pada Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) - Za’ba.

1.5 Ejaan Dian

1.6 Latar Belakang Ejaan Jawi Yang Disempurnakan

1.7 Kepentingan mempelajari Tulisan Jawi.

1.8 Kemerosotan tulisan jawi (Pembelajaran Dalam Talian)

1.9 Tugasan

UNIT 1 PERKEMBANGAN TULISAN JAWI

Page 10: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

2

1.1 Sejarah dan perkembangan tulisan jawi.

1.1.1 Perkembangan Di Malaysia

Tulisan jawi berasal dari tulisan Arab yang sampai ke kepulauan Melayu seiring

dengan kedatangan Islam.

Terdapat pelbagai teori kedatangan Islam ke Alam Melayu, sama ada dari timur

(Cina) dan barat (Arab, Farsi dan India).

Asal usul istilah jawi tidak diketahui. Kemungkinan asal dari perkataan Arab al-

jawah.

Pada mulanya orang arab menggunakan sistem tulisan arab untuk menulis

bahasa Melayu tetapi timbul kekeliruan membacanya kerana sistem tulisan arab

ditulis tanpa baris.

Justeru itu pada peringkat awalnya untuk elak kekeliruan tanda baris termasuk

tasydid digunakan dalam tulisan jawi.

Kajian perkembangan sistem ejaan jawi banyak dilakukan oleh tokoh barat

seperti Shellabear, Wilkinson, Marsden, R.O.Winstedt.

Manakala tokoh Melayu pula ialah Raja Ali Haji dan Muhammad Ibrahim anak

Abdullah Munshi.

Tokoh Melayu terulung dalam kajian tulisan jawi ialah Zainal Abidin bin Ahmad

(Za’ba).

Za’ba menyatakan antara punca ketidak-seragaman tulisan jawi ialah sistem

pemvokalan, sistem ejaan suku kata terbuka dan tertutup, kepanjangan, tekanan

dan intonasi, penggunaan abjad alif, waw, ya dan hamzah, pengejaan bunyi a

pada akhir suku kata.

Za’ba membincangkan tentang kaedah ejaan jawi dalam bukunya Pelita Bahasa

Melayu Penggal 1 (1940) dan buku Daftar Ejaan Jawi-Rumi (1949).

Tokoh lain yang menulis mengenai kaedah ejaan jawi ialah Raja Haji

Muhammad Tahir Rencana Melayu (1928), Mejar Datuk Haji Muhammad Said

Sulaiman Buku Katan (1936) dan Panduan Bagi Ejaan PBmPB (1936).

Tahun 1954, kongres Persuratan Melayu se-Malaya Kedua telah membuat

perbandingan tulisan rumi dan jawi.

Hasilnya dalam Memorandum Mengenai Tulisan Rumi Untuk Bahasa Melayu

(1954) telah menyimpulkan 11 kelebihan tulisan rumi, 1 kelebihan tulisan jawi, 12

kelemahan tulisan jawi dan 1 kelemahan tulisan rumi.

Page 11: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

3

Antara kelemahan tulisan jawi ialah kurang abjad vokal dan diftong, tiada huruf

besar, sukar eja perkataan asing, bentuk abjad berubah bila disambung dan

abjad tidak sesuai dengan lidah melayu seperti ث ع خ ح ط ظ ذ ض ش ق ف غ ص.

Kelebihan jawi ialah boleh mengeja perkataan arab menurut ejaan dan lidah

arab.

Pada tahun 1972 Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Dain mencadangkan

penggunaan tanda baris sepenuhnya dengan mengenepikan penggunaan vokal

iaitu baris atas untuk vokal a, baris bawah untuk vokal i, baris hadapan ا و ي

untuk vokal u, ‘ untuk vokal o, untuk vokal e pepet dan tanpa tanda baris untuk

e taling.

Pada tahun 1983 atas usaha DBP, Awang Mohamad Amin telah menghasilkan

satu penyelidikan tulisan jawi bertajuk Satu Kajian Terhadap Kaedah Ejaan Jawi

Za’ba.

Hasil kajian itu telah mencetus penubuhan sebuah Jawatan Kuasa Ejaan Jawi

DBP untuk menyemak sistem tulisan jawi pada masa itu khususnya ejaan Za’ba.

Pengerusi JK tersebut Hj. Hamdan Hj Abdul Rahman menyatakan tujuan JK

tersebut adalah untuk mengekalkan yang sudah kemas, melengkapkan yang

kurang, mengadakan yang tiada, menjelaskan yang kabur dan mengemaskan

yang longgar.

Cadangan JK tersebut dibengkelkan dalam Konvensyen Kebangsaan Tulisan

Jawi di Terengganu pada tahun 1984.

Hasil dari bengkel tersebut, pada tahun 1986 diterbitkan buku Pedoman Ejaan

Jawi Yang Disempurnakan oleh DBP.

Antara keseragaman dalam buku PEJYD ialah konsonan melambangkan huruf v,

penulisan imbuhan –an, i, penulisan kata ulang dan penulisan akronim.

Pada tahun 1988 DBP menerbitkan buku Daftar Ejaan Rumi-Jawi.

1.1.2 Empat peringkat perkembangan kaedah ejaan jawi.

Peringkat Rumi Jawi

Sistem ejaan pengaruh Arab

tahap pertama (berbaris)

maka, pada,

daripada َك، فَدَ، دَر ََ دَ فَ َم

Sistem ejaan pengaruh Arab

tahap kedua (dibuang berbaris)

maka, pada,

daripada مك، فد، درفد

Page 12: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

4

Sistem ejaan mengikut kaedah

ejaan Melayu tahap pertama

(meletak vokal pada suku kata

pertama)

bagi, pula, bila باض، فول، بيل

Sistem ejaan mengikut kaedah

ejaan Melayu tahap kedua

(meletak vokal pada dua suku

kata)

bagi, pula, bila باضي، فوال، بيال

1.2 Ejaan Jawi Utusan Melayu

Abad ke 20 perkembangan pesat bidang persuratkhabaran melayu dimulai

dengan penerbitan Jawi Peranakan.

Utusan Melayu diterbitkan pada tahun 1907 di Singapura dalam tulisan jawi.

Antara ciri-ciri sistem ejaan jawi dalam akhbar ini ialah:

Kaedah Contoh

Tidak menggunakan huruf vokal

pada suku kata akhir terbuka

bagi perkataan yang sudah

lazim

warta, sama, suka, pula,

beberapa

م، سوك، فول، ساورت،

برباف

Penggunaan huruf vokal pada

suku kata akhir terbuka dan

tertutup

bagi, serupa, setuju,

wakil, seberang, bandar,

bahawa

بهوا، باضي، سروفا، ستوجو،

واكيل، سرباغ، بندار

Penggunaan vokal sepenuhnya

bagi menulis kata pinjaman

doktor, november, bank,

press

فريس، دوقتور، نوبيمرب، بيغ

1.3 Ejaan jawi pada Buku Katan P.Bm.P.B Diraja Johor.

Merupakan sebuah kamus terbitan Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku

Diraja Johor pada tahun 1936.

Disusun oleh Mejar Dato’ Hj. Mohd Said Sulaiman.

Mengandungi sistem ejaan yang dibuat oleh pakatan ini sendiri setelah

berbincang dengan Za’ba.

Page 13: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

5

Sistem dalam buku ini agak tekal dan selaras.

Antara ciri-ciri ejaan pakatan ini adalah:

Kaedah Contoh

Menambah huruf alif pada

kata dasar yang bersambung

dengan imbuhan akhiran.

Memindahkan kedudukan alif.

Dicelahkan alif apabila wujud

imbuhan akhiran.

raja – rajaku

mata – matanya

lihat – kelihatan

راجاكو –راج

متاث –مات

كليهاتن -ليهت

Huruf ya ditulis sepenuhnya

pada suku kata

Huruf ya tidak ditulis pada

suku kata akhir pada

perkataan homograf.

bibir

belek/bilik

بيبير

بيليق/بيلق

Huruf wau ditulis sepenuhnya

pada suku kata

Huruf wau tidak ditulis pada

suku kata akhir pada

perkataan homograf.

sokong

borong/burung

سوكوغ

بوروغ/بورغ

Perkataan yang berakhir

dengan kaf ditukar kepada qaf

apabila terdapat akhiran.

naik - naiklah ناءيقله -ناءيك

Tidak menulis vokal pada suku

kata terbuka dan tertutup bagi

perkataan yang sudah lazim dan

secara tradisi dieja demikian

apabila, ini, bahasa,

hingga, tahun, oleh,

supaya

،اني، افبيل

بهاس، هغض،

اوله، تاهن،

سفاي

Penggunaan abjad vokal

sepenuhnya untuk mengelakkan

kekliruan dalam penyebutan

buku, sudi, tumbuh,

kasih, putih

،بوكو، سودي، تومبوه

كاسيه، فوتيه

Page 14: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

6

1.4 Ejaan jawi pada Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) - Za’ba.

Buku Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) ditulis oleh Za’ba pada tahun 1938 dan

dicetak pada 1949 di Singapura.

Buku ini mengandungi huraian dan analisis paling terperinci tentang sistem ejaan

jawi pada masa itu.

Beliau menyusun 20 undang-undang bagi kaedah penggunaan abjad vokal dan

tidak menggunakan abjad vokal.

Contoh kaedah ejaan jawi Za’ba yang berbeza dengan ejaan terkini:

Kaedah Contoh

Guna vokal pada suku kata

pertama sahaja pada pola u+ku

Burung, tutup, bunuh

بورغ، توتف، بونه

Guna vokal pada suku kata akhir

sahaja pada pola kvk+kv, kvk+kvk

(vokal i)

Tinggi, mimpi, Hindi, cincin,

dinding

تغضي، ممفي، هندي،

خنخني،دنديغ

Perkataan berakhir dengan kaf

ditukar kepada qaf bila menerima

partikel dan akhiran

Baik, patik بايك = بايقله

فاتيك = فاتيقكه

Perkataan ini tidak ditambah ya

bila menerima partikel/akhiran

Inikah, inilah اينكه، اينله

Alif pada suku kata pertama pola

a+a berpindah pada suku kata

akhir bila menerima

partikel/akhiran

Bacaan, katakan باخ = خباءن

= كتاكن كات

Diftong au dan ai di akhir suku

kata terbuka diletak tanda mati

atas wau dan ya untuk

menunjukkan keduanya bukan

huruf vokal.

Pulau, serai فولْو، سرْي

Page 15: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

7

Kaedah Contoh

Meletakkan tanda tertentu pada

perkataan homograf untuk

mengelakkan kekeliruan.

Kencing يغكنخ Kancing كنخيغ

Bentang بنتغ Bintang بنتغ

Tahun تاُهن Tahan تاهن

Banting بنتيغ Bunting بنتيغ

Sombong مسبوغ Sambung مسبوغ

1.5 Ejaan Dian

Majalah Dian memperkenalkan sistem ejaan jawi pada tahun 1973.

Untuk mengatasi masalah dalam sistem ejaan Za’ba kerana terlalu rumit, banyak

fasal, mengandungi kekecualian dan kelonggaran yang sukar diingat.

Selain itu lambang dan tanda dalam ejaan Za’ba tidak digunakan.

Antara ciri-ciri ejaan jawi Dian yang berbeza dengan ejaan terkini:

Kaedah Contoh

Guna vokal pada semua bunyi

vokal dalam suku kata akhir.

Kecuali ganti nama ث di akhir

tidak ditulis vokal

Agama, mana, saya,

ini, suatu, punya

bapanya

،اضاما، مانا، سايا، ايين

سواتو فوثا

بافاث

Diftong Pulau, laut, main, sekoi ،فوالو، الءوت، ماءين

سكوءي

Vokal ditulis bagi akhiran an

berikut

Kementerian,

kenegerian, kesenian

رتيان، كنضريان، كسنيانكمن

Gandaan penuh diletak angka

dua di akhir.

Gandaan sebahagian

diletakkan angka dua di

Buku-buku

Buah-buahan

۲بوكو

هن۲بواه

Page 16: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

8

Kaedah Contoh

tengah

Perkataan homograf vokal a dan

e pepet tidak diletak alif ikut

konteks ayat

Hampas/hempas

Kandi/kendi

مفس ه

كندي

1.6 Latar Belakang Ejaan Jawi Yang Disempurnakan

Sistem tulisan dan ejaan jawi sekarang termuat dalam buku Pedoman Ejaan

Jawi Yang Disempurnakan (PEJYD) terbitan tahun 1986 (edisi kedua 1987, edisi

ketiga 1993) oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sistem ejaan jawi terkini adalah yang dimantapkan berasaskan kaedah ejaan

jawi Za’ba yang terkandunga dalam buku Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi, 1949.

PEJYD adalah hasil rumusan Konvensyen Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan

1984.

Diselaras dan diperkemas dengan maklumat dari Konvensyen Tulisan Jawi

anjuran Pusat Islam, 1991 dan Seminar Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan

,1993.

Semua maklumat dan disahkan oleh JK Teknikal Ejaan Jawi Pusat Islam dan

DBP pada tahun 1993-1994.

Antara aspek yang ditekankan dalam PEJYD ialah:

Membentuk satu abjad baru ؤ bagi melambangkan fonem /v/.

Menentukan fungsi setiap huruf seperti hamzah, kaf, qaf.

Mengekalkan hukum darlung.

Mengekalkan hukum kaf ga.

Menseragamkan penulisan perkataan diftong.

Menetapkan kaedah penulisan kata ulang.

Mengekalkan ejaan tradisi.

Menetapkan kaedah ejaan kata terbitan dengan akhiran an dan i.

Menetapkan penulisan perkataan homograf.

Menetapkan kaedah penulisan akronim dan singkatan.

Menetapkan kaedah penulisan kata pinjaman Bahasa Arab dan Inggeris.

Page 17: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

9

1.7 Kepentingan mempelajari Tulisan Jawi.

Tulisan Jawi Sebagai Medium Asas Pengajaran Pendidikan Islam

Tulisan Jawi merupakan abjad-abjad yang telah diubah suai dari huruf-huruf

Arab. Kebanyakan huruf-huruf yang diubah adalah mengikut kesusaian lidah

orang Melayu bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Antara

huruf-huruf yang diubah suai seperti huruf Ga ( ض ) dan Cha ( چ). Untuk itu,

tulisan Jawi telah dijadikan sebagai medium asas untuk pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah-sekolah Malaysia pada hari ini,

terutamanya dalam pembelajaran al-Qur'an. Matlamat pelajaran Jawi adalah

untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran menulis dan membaca Jawi bagi

membolehkan pelajar memahami pelbagai bidang ilmu dalam Pendidikan Islam.

Mengatasi Masalah Penguasaan Dalam Pembacaan Teks

Kelemahan penguasaan Jawi dalam kalangan murid bukan lagi perkara baru

malahan banyak kajian telah dijalankan bagi mengenalpasti punca berlakunya

keadaan tersebut. Tidak ketinggalan kajian-kajian turut dijalankan untuk melihat

tahap penguasaan murid-murid dalam kemahiran. Pengenalan Program j-QAF

dengan satu model khusus untuk pemulihan jawi telah mula dilaksanakan pada

tahun 2005. Salah satu dari model yang terkandung dalam kurikulum j-QAF ialah

Model Pemulihan Jawi yang memberi penekanan untuk memberi pemulihan

terhadap murid yang tercicir dalam Jawi. Kaedah yang ditekankan bagi

melaksanakan P&P Model Pemulihan Jawi ini adalah untuk memperkasakan

pelajar dalam bidang tilawah al-Qur’an, bidang aqidah, ibadah, Sirah Nabawi,

akhlak dan jawi agar ianya lebih berkesan dan dapat dihayati serta diamalkan

dalam kehidupan.

Menguasai Cabang-cabang Ilmu Dalam Bidang Pendidikan Islam

Banyak khazanah intelektual masyarakat lama disimpan, didokumentasikan, dan

ditulis dalam tulisan Jawi. Malah, terdapat pemindahan budaya dan

pengetahuan dari negara Islam, terutama negara Arab, seperti kesusasteraan,

ilmu sains, ilmu astronomi, ilmu agama, dan ilmu matematik, yang diterjemahkan

ke dalam tulisan Jawi yang mempelopori kemajuan dan inovasi budaya

masyarakat Asia dan Asia Tenggara. Banyak juga kitab-kitab lama yang ditulis

Page 18: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

10

dalam bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan jawi, tetapi kebanyakannya

ditulis dengan menggunakan sistem ejaan jawi lama.

Lambang Kesenian dan Identiti Umat Islam

Tulisan Jawi mempunyai sistem ejaan dan tulisan yang paling mudah, ringkas,

dan tepat. Tulisan Jawi turut mempunyai nilai estetika yang tinggi, menarik, unik,

dan klasik. Tulisan ini dapat dilentur dan digayakan mengikut kemahiran,

kecekapan, dan ketelitian seseorang. Tulisan Jawi mempunyai kaitan yang

penting dengan literasi agama dan kehidupan beragama dalam masyarakat

Melayu. Rujukan utama bagi mengukuhkan akidah masyarakat Islam

berasaskan al-Quran, hadis, sunah, kitab, dan sebagainya yang ditulis dalam

tulisan Jawi atau bahasa Arab. Kelemahan generasi muda dalam tulisan Jawi

menyebabkan literasi agama dalam kalangan generasi itu merosot. Banyak

golongan muda Melayu tidak dapat membaca dan memahami kandungan al-

Quran dan tidak dapat menggarap pengetahuan agama Islam dengan baik

kerana kebanyakan mereka buta jawi. Pemesongan akidah dan kedangkalan

pengetahuan agama dapat berlaku kerana kelemahan dalam tulisan Jawi.

Kelemahan yang dihadapi oleh generasi muda menjadi amat kritikal apabila

pengajaran dan pemelajaran agama Islam di sekolah tidak lagi mengutamakan

tulisan Jawi, sebaliknya disampaikan dengan menggunakan tulisan Rumi. Ada

juga guru agama yang buta Jawi, iaitu tidak tahu dan tidak cekap menulis dan

membaca bahan agama dan ayat al-Quran dalam tulisan Jawi. Kelemahan yang

berlaku ini kerana tidak mendapat perhatian serius daripada ibu bapa Melayu

dan guru agama yang bertanggungjawab terhadap pendidikan agama, tidak

dinilai dan dipantau, serta dibiarkan sebagai amalan biasa sehingga pendidikan

agama di sekolah sekarang mempunyai berbagai-bagai kepincangan dan

kelemahan yang sukar diatasi.

Nadi Bagi Masyarakat Melayu Yang Sinonim Dengan Agama Islam

Kepupusan tulisan Jawi sebagai pengantar intelektual dan tradisi keilmuan

masyarakat Melayu mempunyai kesan yang amat besar dalam proses

pembinaan jati diri bangsa Melayu dan pengukuhan sosiobudaya bangsa itu di

negara ini. Tulisan Jawi merupakan khazanah intelektual, jati diri budaya,

wacana pemikiran dan kesusasteraan, serta estetika bahasa yang penting

kepada pembinaan kekuatan bangsa Melayu. Tulisan itu turut menjadi medium

Page 19: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

11

yang menjalin keintiman hubungan dan siratulrahim ummah dan sebagai genre

bahasa yang mempunyai kaitan yang amat unggul dan penting kepada jati diri

dan unsur Islam yang mendasari kekuatan dan kekukuhan jati diri Melayu. Sejak

berabad lamanya, tulisan Jawi telah memainkan peranan yang amat penting

dalam mendukung perjuangan kemelayuan dan keislaman. Tulisan itu bukan

sahaja mempunyai kekuatan dari segi jati diri kebangsaannya, malah kekuatan

simbolisme terhadap perkembangan budaya dan bahasa Melayu. Tulisan Jawi,

dari segi sejarah penakatan dan perjuangan Melayu, telah memberikan

sumbangan yang besar dan banyak kepada perubahan dan kemajuan bangsa

Melayu. Pendidikan Melayu berkembang dan dapat disampaikan kepada orang

Melayu, khususnya generasi tua dahulu, melalui tulisan Jawi. Walau

bagaimanapun, tulisan itu semakin pupus apabila mula dipinggirkan daripada

sistem pendidikan negara yang mengutamakan tulisan Rumi. Secara beransur-

ansur, tulisan Jawi diketepikan dan tidak lagi menjadi pengantar dalam

pengajaran dan pemelajaran di sekolah.

1.8 Kemerosotan tulisan jawi

A. Media Digunakan

i. Whatsapp

ii. Masa 2 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam

bagi satu sesi.

B. Tajuk Pembelajaran: Kemerosotan tulisan jawi

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:

i. Akta Bahasa Kebangsaan

ii. Bahan penerbitan

D. Cadangan Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:

i. Semakan kehadiran

ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk

iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk

iv. Kesimpulan

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi

pembelajaran dalam talian.

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

Page 20: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

12

1.9 Tugasan

i. Analisis secara banding beza sistem-sistem ejaan jawi yang terdapat di Malaysia

dengan menggunakan grafik secara kreatif.

Page 21: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

13

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:

i Membezakan kelompok-kelompok huruf Jawi.

ii Menghuraikan pembentukan perkataan Jawi.

iii Meneroka kaedah ejaan kata pinjaman yang terdapat dalam tulisan Jawi.

iv Membincangkan berkaitan bahasa Arab dan Bahasa Inggeris dalam tulisan jawi.

SINOPSIS

Dalam unit ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai kelompok-

kelompok yang terdapat dalam huruf jawi, pembentukan jawi, meneroka kaedah ejaan

kata pinjaman yang terdapat dalam tulisan Jawi serta perkaitan Bahasa Arab dan

Bahasa Inggeris dalam tulisan jawi.

KERANGKA TAJUK

2.1 Kelompok Huruf Jawi

2.2 Pembentukan Perkataan

2.3 Kaedah Ejaan Kata Pinjaman Bahasa Arab dan Inggeris (Pembelajaran dalam

talian).

2.4 Tugasan

UNIT 2 EJAAN JAWI YANG DISEMPURNAKAN

Page 22: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

14

2.1 Kelompok Huruf Jawi

ك ف ل فغ غط ظ ع ضس ش ص د ذ ر ز خج خ ح ثا ب ت ة ض ق م ن و ؤ ه ء ي ى ث

• Ditulis dan dibaca kanan ke kiri

• Tiada huruf besar atau kecil

• Berubah bentuk bila dirangkaikan dengan huruf lain

• Mempunyai 37 huruf bentuk tunggal

• Huruf kaf dan ga jawi berbentuk berikut ك ض bukan ك ض

ا و ي

• Ada 6 huruf gubalan yang dicipta bagi melambangkan bunyi

konsonan Melayu jati dengan meminjam bentuk huruf Arab

yang diubah suai tanda titiknya :

ث, ض, ؤ, خ, غ, ف

خ غ ف ض ؤ ث

2.2 Pembentukan Perkataan

ABJAD JAWI

CIRI-CIRI ABJAD JAWI

HURUF VOKAL JAWI

HURUF GUBAL JAWI

Page 23: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

15

Kelompok Abjad jawi Ciri-ciri

Huruf Pemutus

i. Tidak dapat dirangkai sesama sendiri ؤ و ز ر ذ د ا

ii. Boleh bersambung sebelumnya

iii. Tidak boleh bersambung selepasnya.

Huruf Perangkai

س خ ح خ ج ث ت ب

غ غ ع ظ ط ض ص ش

ه ن م ل ض ك ق ف ف

ث ي

i. Berubah bentuk jika dirangkai sesama sendiri

ii. Boleh bersambung sebelum dan selepasnya

Huruf Berumah

Tidak boleh bersambung sebelum ءdan selepasnya

Biasanya mempunyai rumah atau menumpang huruf alif atau ya terutama bagi mengeja kata serapan bahasa Arab.

Bila mengeja kata Melayu jati atau kata serapan bahasa Inggeris, hamzah biasanya duduk di awang-awangan.

Huruf Di Hujung

Kata

bagi (ta marbutah) ة Huruf ة، ى

mengeja kata serapan bahasa Arab.

Huruf ى (alif maqsurah) bagi

mengeja kata serapan bahasa Arab.

Huruf ye (ى) bagi mengeja

imbuhan akhir perkataan serapan bahasa Inggeris – isme

Huruf ى berubah menjadi huruf alif

apabila disambungkan selepasnya.

KELOMPOK HURUF

PADANAN ABJAD JAWI DAN RUMI

Page 24: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

16

Abjad Jawi Perkataan rumi Perkataan jawi

a ا، ع asa, aurat اسا، عورت b ب baju, sebab ب، ، سبجوبا c خ cawan, pecah, baca خاون، فخه، باخ d ضد dadu, dekad, darurat ،ورةضردادو، ديكد e اي، ي ekor, tempe ايكور، تيمفي f ف falsafah, syif شيففلسفه ، g ض gigih, gimnastik ضيضيه، ضيمنستيك h ه ، ح harap, pahat, haiwan هارف، فاهت، حيوان i ي ،يا ikan, titi, bimbing كن، تيتي، بيمبيغاي j ج jaja, jiran جاج، جيرن

k ،خك،ق، ء، ع imlak, rujuk, katak, trak, khabar

امالء، روجوع، كاتق،

ترك، خبرl ل lalang اللغ

m م masam ماسم n ن nenas ننس o او، و otak, botol اوتق، بوتول p ف papah فافه q ق Qadar, qisas قدر، قصاص r ر raja راج

s ،ثس، ص، ش Sah, syawal, syif, siku, selasa

صح، شوال، شيف،

سيكو، ثالثt ت، ط Tonton, taun تونتون، طاعون

u او، و، ع Uzur, ular, sudu, tumpul عذور، اولر، سودو،

تومفولv ؤ virus ؤيروس w و wawasan واوسن x سك اي x-ray ري -ايك س y ي yayasan يايسن

z ،ذظ، ز Zapin, zon, zaitun, zuhur, zikir

زافين، زون، زيتون،

Page 25: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

17

Abjad Jawi Perkataan rumi Perkataan jawi

ظهر، ذيكير

Kaedah ejaan Rumi Jawi

Hamzah di awal perkataan, tidak ada rumah untuk menulis nama orang Cina.

ong, ng

ءوغ ءغ

Hamzah di tengah perkataan, mempunyai rumah, kedudukan asal perkataan pinjaman bahasa Arab.

masalah, jibrail

مسئله جبرائيل

Hamzah di tengah perkataan, tidak mempunyai rumah, berkedudukan ¾, sebagai pemisah dua huruf vokal.

paus, air فاءوس اءير

Hamzah di akhir perkataan, berkedudukan setara, asal perkataan bahasa Arab.

imlak, wuduk امالء وضوء

Hamzah berada di atas huruf alif, bagi kata dasar yang bermula dengan huruf alif, sebelumnya awalan se ke di.

diajar, se utas, ke utara, seekor

ااردأجر سأوتس كأوت

Hamzah di bawah alif bagi beberapa perkataan tertentu.

Islam, eh, e-mel, ewah

ميل، -!سالم ، !يه ، !ي

إيوه

Jumlah kata tunggal dengan satu suku kata dalam bahasa Melayu sangat terhad.

Ada antaranya merupakan pinjaman daripada bahasa-bahasa asing, terutamanya

bahasa Arab dan bahasa Inggeris.

Pola gabungan kata tunggal dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut:

KV

VK

KVV

KEDUDUKAN HAMZAH

PERKATAAN SATU SUKU KATA

Page 26: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

18

KVK

KKVK

KVKK

KKKV

KKKVK

Contoh perkataan mengikut pola:

Bil Pola Rumi Jawi Kaedah Ejaan

1. kv yu يو

Padanan jawi huruf konsonan dan vokal

ditulis semuanya.

2. vk oh اوه

Padanan jawi huruf konsonan dan

vokal ditulis semuanya.

Huruf vokal jawi ditambah alif bila

berada di awal perkataan.

3. kvv zoo زو

Padanan huruf jawi bagi gandingan

vokal ditulis satu sahaja.

4. kvk

bil بيل

Padanan jawi huruf konsonan dan vokal

ditulis semuanya.

jam جم

Vokal alif tidak ditulis bagi padanan

vokal “a”.

dan دان

Vokal alif ditulis bagi padanan vokal “a”

pada perkataan dan kerana perkataan

tradisi.

bab باب

Vokal alif ditulis bagi padanan vokal “a”

pada perkataan serapan bahasa Arab

mengikut ejaan asal.

wad واد

Vokal alif ditulis bagi padanan vokal “a”

pada perkataan yang bermula dengan

“w” .

5. kkvk stor ستور

Padanan jawi huruf konsonan dan vokal

ditulis semuanya.

6. kvkk

volt ؤولت

Padanan jawi huruf konsonan dan vokal

ditulis semuanya.

bank Gugusan konsonan ditulis satu sahaja بغك

teks Gugusan konsonan ditulis berpisah تيك س

Page 27: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

19

Bil Pola Rumi Jawi Kaedah Ejaan

7. kkkv skru سكرو

Padanan jawi huruf konsonan dan vokal

ditulis semuanya.

8. kkkvk skrip سكريف

Padanan jawi huruf konsonan dan vokal

ditulis semuanya.

Padanan huruf vokal “a” dalam tulisan jawi menggunakan huruf alif.

Berlaku kekeliruan dalam pengejaan bila mana kadang-kadang huruf alif tidak

ditulis sebagai padanan huruf vokal “a”.

Menyebabkan timbul beberapa hukum dalam pengejaan jawi:

Suku kata tertutup pola kvk (alif tidak ditulis kecuali perkataan homograf)

Hukum darlung (alif pada kedua-dua suku kata)

Hukum rama (alif ditulis pada kedua-dua suku kata)

Hukum ka-ga (alif tidak ditulis selepas kaf dan ga suku kata terbuka vokal

a)

Hukum e-wa (alif ditulis pada suku kata tertutup )

Hukum a-ha (alif tidak ditulis pada suku kata terbuka sebelum ha)

Perkataan Melayu tiga suku kata ke atas (alif tidak ditulis pada suku kata

pertama terbuka)

Perkataan serapan bahasa Inggeris tiga suku kata ke atas (alif ditulis

pada suku kata pertama terbuka)

Perkataan satu suku kata tertutup bermula dengan “w” (alif ditulis)

Jenis kaedah Kaedah Ejaan Rumi Jawi

Bukan darlung

Tidak ditulis alif pada suku kata terakhir dengan syarat sebelumnya adalah suku kata terbuka dengan vokal ‘a’. Alif ditulis sekiranya perkataan tersebut ada sambungan selepasnya.

jasa, baca, nama, bapa.

،جاس، باخ

نام، باف ،جاساث

باخاله،

ناماكو، بافامو

Ejaan lazim (ejaan mengikut suku kata dan tidak tertakluk

Ditulis alif pada suku kata terbuka di akhir perkataan sebelumnya suku kata tertutup atau suku kata terbuka dengan vokal

bisa, buta, beca, soya, muda, kira. Bangsa, limpa, bomba, senja

وتا، ا، ببيس

بيخا، سويا،

يرامودا، ك

HUKUM-HUKUM

Page 28: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

20

Jenis kaedah Kaedah Ejaan Rumi Jawi

pada mana-mana hukum)

selain ‘a’ kecuali hukum ka-ga

،بغسا، ليمفا

بومبا، سنجا،

Hukum Darlung

Ditulis alif pada kedua-dua suku kata dalam hukum ‘darlung’ dengan syarat:

Dua suku kata terakhir adalah terbuka.

Kedua-dua vokal adalah ‘a’.

Konsonan suku kata terakhir adalah huruf d, r, l, w, ng

.( د،ر،ل،و،غ)

Bila ditulis jawi kedua-dua vokal ditulis alif.

lada, mara, bala, lawa, nganga

،الدا، مارا

باال، الوا ،

غاغا

Hukum rama

Ditulis alif pada kedua-dua suku kata dalam hukum ‘rama’ iaitu perkataan yang berakhir dengan perkataan ‘rama’.

Rama-rama, irama, drama, asrama

، ايراما، ٢راما

دراما،اسراما

Hukum ka-ga

Tidak ditulis alif pada suku kata terakhir dalam hukum ‘kaga’ seperti berikut: Suku kata terakhir terbuka dengan vokal ‘a’. Konsonan pada suku kata

terakhir k dan g (ك ، ض

) Suku kata sebelumnya tidak ditetapkan. Bila ditulis jawi alif tidak ditulis selepas kaf dan ga . Alif ditulis sekiranya perkataan tersebut ada sambungan selepasnya.

baka, raga, muka, reka, duga, moga, murka, harga. Mukamu, harganya

،باك، راض

موك، ريك،

ووض،مد

ض، مورك،

هرض ،موكامو

ضاثهر

ejaan lazim

Tidak ditulis alif pada suku kata tertutup pola kvk

sampan, lambat, marmar

سمفن، لمبت،

مرمر

homograf

Ditulis alif sebagai pembeza pada perkataan homograf.

Pantas/pentas, puas/puasa

فانتس/فنتس،

فواس/فواسا

Hukum a-ha

Tidak ditulis alif pada suku kata terbuka yang berada sebelum suku kata

sahaja, paha, usaha

سهاج، فها،

اوسها

Page 29: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

21

Jenis kaedah Kaedah Ejaan Rumi Jawi

terbuka ‘ha’ (ها ) dalam

hukum a-ha.

Perkataan Melayu dan Inggeris tiga suku kata ke atas

Tidak ditulis alif pada suku kata terbuka bagi perkataan tiga suku kata ke atas bagi semua perkataan Melayu kecuali beberapa perkatan pinjaman bahasa Inggeris

baginda, cakerawala, makaroni, bagasi

بضيندا،

خكراواال،

مكاروني،

بضاسي

Ditulis alif pada suku kata terbuka bagi perkataan tiga suku kata ke atas khususnya perkataan pinjaman Bahasa Inggeris.

Basikal, bateri, habitat

باسيكل، باتري،

هابيتت

Hukum e-wa

Ditulis alif pada suku kata tertutup pola kvk (konsonan ‘w’ dan vokal ‘a’) yang berada selepas suku kata terbuka dengan vokal ‘e taling’ dalam hukum e-wa.

Dewan, mewah, lewat, rewang

cawan, sawah, kawat, rawang

،ديوان، ميواه

ليوات، ريواغ ،خاون، ساوه

كاوت، راوغ

perkataan satu suku kata pola kvk, vokal ‘a’ ditulis padanan alif

Ditulis alif bagi perkataan satu suku kata berikut: Perkataan tradisi Pinjaman bahasa Arab Perkataan bermula dengan ‘w’ Tidak ditulis alif sekiranya berkedudukan sebagai suku kata.

dan bab, hal, khas wap, wad, wang padan lembab kawad, bawang

دان ،باب، حال

خاص

،واد، واف

واغ ،فادن، لمبب

كاود، باوغ

Alif pembeza

huruf alif ditulis bagi mengelakkan kekeliruan dari segi maksud dan sebutan.

asalnya perkataan buaya, cika dan lewat tidak ditulis alif

buai – buaya

cek – cika

lewat

بوايا –بواي خيكا –خيك ليوات

Page 30: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

22

Diftong ialah gandingan dua huruf vokal yang dibaca sebagai satu suku kata dan

melafazkannya dengan cepat. Diftong terbahagi kepada tiga kelompok iaitu au, ai, oi.

Diftong Kaedah ejaan Rumi Jawi

ai

اءي اي

Ditulis dengan alif-hamzah-ya bagi diftong di awal perkataan

Ditulis dengan alif-ya bagi diftong di tengah dan akhir perkataan

aising اءيسيغ kailan كايلن

serai

سراي

au

اءو او

Ditulis dengan alif-hamzah-wau bagi diftong di awal perkataan

Ditulis dengan alif-wau bagi diftong di tengah dan akhir perkataan

audit اءوديت saudara ساودارا

pulau

والفو

oi

اووي وي

Ditulis dengan alif-wau-wau-ya bagi diftong di awal perkataan

Ditulis dengan wau-ya bagi diftong di tengah dan akhir perkataan

oi اووي oidium اوويديوم boikot بويكوت

sekoi سكوي

DIFTONG

Page 31: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

23

Vokal Berganding ialah gandingan huruf-huruf vokal yang dibaca secara berasingan

sebagai dua suku kata.

Kaedah Vokal Berganding

Rumi Jawi

Diletakkan hamzah pemisah di antara dua huruf vokal.

au daun داءون ai kail كاءيل oi koir كوءير ui kuih كوءيه ae daeng داءيغ ie diet ديئت ou gout ضاءوت ue bankuet بنكوءيت

Tidak diletakkan huruf hamzah di antara huruf vokal. Terus ditulis mengikut padanan abjad rumi dan jawi.

ua buah بواه iu riuh ريوه ia biar بيار io biola بيوال

Kata Terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses

pengimbuhan, iaitu proses yang mengandingkan imbuhan pada kata dasar.

Imbuhan terbahagi kepada empat jenis:

awalan, yang hadir sebelum kata dasar

akhiran, yang hadir sesudah kata dasar

apitan, yang hadir secara mengapit kata dasar

sisipan, yang hadir di celahan kata dasar.

VOKAL BERGANDING

KATA TERBITAN

AWALAN

Page 32: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

24

Jenis Rumi Jawi Kaedah Ejaan

se-

seutas

Apabila kata dasar bermula سأوتسdengan huruf alif , ditulis rapat dan huruf hamzah diletak di atas alif.

secantik سخنتيق Ejaan lazim, tiada kaedah ejaan jawi

ke (kata sendi)

ke arah

Apabila kata dasar bermula كأرهdengan huruf alif , ditulis rapat dan huruf hamzah diletak di atas alif.

ke rumah كرومه Ejaan lazim, tiada kaedah ejaan jawi

di- diasah

Apabila kata dasar bermula دأسهdengan huruf alif , ditulis rapat dan huruf hamzah diletak di atas alif.

dicantas دخنتس Ejaan lazim, tiada kaedah ejaan jawi

di (kata sendi)

di udara

Apabila kata dasar bermula دأوداراdengan huruf alif , ditulis rapat dan huruf hamzah diletak di atas alif.

di darat ددارت Ejaan lazim, tiada kaedah ejaan jawi

meng- peng-

mengandam

pengandam

مغندم فغندم

Kata dasar yang bermula dengan a pada suku kata tertutup bila bersambung dengan awalan meng dan peng dibuang alif dalam ejaan jawi.

mengacara

pengacara

مغاخارا فغاخارا

Kata dasar yang bermula dengan a pada suku kata terbuka bila bersambung dengan awalan meng dan peng dikekalkan alif dalam ejaan jawi.

mengikut

pengikut

mengolah

pengolah

mengundur

pengulas

mengekor

pengekor

مغيكوت فغيكوت مغوله فغوله مغوندور فغولس

Kata dasar yang bermula dengan huruf vokal selain a, bila bersambung dengan awalan meng dan peng dibuang alif dalam ejaan jawi.

Page 33: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

25

Jenis Rumi Jawi Kaedah Ejaan

مغيكور فغيكور

Jenis Rumi Jawi Kaedah Ejaan

-an

،ن()ان،ءن

buruan بوروان Bagi kata dasar berakhir dengan huruf wau , diimbuhkan dengan alif-nun.

celaan خالءن Bagi kata dasar berakhir dengan huruf alif diimbuhkan dengan hamzah-nun.

bacaan باخاءن Bagi kata dasar berakhir dengan suku kata terbuka vokal (a) , ditambah alif sebelum hamzah-nun.

dugaan دوضاءن

andaian انداين Selain daripada di atas diimbuhkan dengan nun. masakan ماسقن

-i

)ءي،ي(

mulai موالءي Huruf hamzah-ya diimbuh pada kata dasar yang berakhir dengan huruf alif dan wau.

diragui دراضوءي dihargai دهرضاءي Bagi kata dasar berakhir

dengan suku kata terbuka vokal (a) , ditambah alif sebelum hamzah-ya.

dirasai دراساءي

mengasihi مغاسيهي Selain daripada di atas diimbuhkan dengan ya.

-kan

gunakan

tunjukkan

praktikkan

rujukkan

imlakkan

كنناضو تونجوقكن فركتيككن روجوعكن امالءكن

Ditulis kaf dan nun tanpa alif

Bagi perkataan yang berakhir dengan k , ditulis padanan mengikut kaedah ejaan yang ditetapkan atau asal perkataan tersebut.

-wan -man

hartawan

seniman هرتاون سنيمن

Ditulis wau dan nun tanpa alif

Ditulis min dan nun tanpa alif

-isme sosialisme سوسياليسمى huruf akhir ditulis huruf ya tanpa

AKHIRAN

Page 34: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

26

titik (alif maqsurah)

bagi penggunaan imbuhan apitan, kaedah ejaan dalam tulisan jawi adalah mengikut kaedah imbuhan awalan dan akhiran.

Jenis Rumi Jawi

ke-.....-an keindahan كأيندهن

kedukaan كدوكاءن

meng-...-i mengekori مغيكوري

menganggotai مغغضوتاءي

bagi penggunaan imbuhan sisipan, kaedah ejaan dalam tulisan jawi adalah mengikut kaedah ejaan lazim.

Jenis Rumi Jawi

-el- selerak سليرق

telunjuk تلونجوق

-er- seruling سروليغ serabut سرابوت

-em- gemilang ضميلغ semerbak سمربق

APITAN

SISIPAN

Page 35: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

27

Jenis Rumi Jawi

lah, kah, tah, pun

Semua partikel ditulis bersambung kecuali pun dengan maksud juga, lalu, terus.

tolonglah, bilakah,

apatah

bagaimanapun,

jika hujan lebat, air pun

melimpah

Apabila lampu merah,

dia pun menekan brek.

تولوغله بيالكه

افاته باضايمانافون

،جيك هوجن لبت

مليمفهاءير فون ،افابيال لمفو ميره

دي فون منكن بريك

Jenis Rumi Jawi

‘kau, ku, mu, nya’

Ditulis bersambung dengan kata dasar.

kau ambil, rumahku, kasutnya, bajumu

كاوامبيل رومهكو

كاسوتث باجومو

Dalam tatabahasa Dewan rangkai kata disebut kata majmuk.

Kata majmuk terhasil daripada prosesmerangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu.

Kata majmuk biasanya dieja terpisah tetapi bagi bentuk yang telah mantap penggunaannya sebagai satu perkataan, ia dieja bersambung.

Dalam ejaan jawi, kaedah pengejaan kata majmuk mengikut bentuknya dalam tulisan rumi sama ada terpisah atau bercantum.

Bentuk Rumi Jawi

Kata majmuk dieja terpisah

guru besar

rukun tetangga

susu pekat manis

Menteri Besar

Datuk Bendahara

Timbalan Naib Canselor

lipas kudung

ringan tulang

ضورو بسر روكون تتغض سوسو فكت مانيس منتري بسر داتوق بنداهارا تيمبلن ناءيب

PARTIKEL

KATA GANTI SINGKAT

RANGKAI KATA

Page 36: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

28

خنسيلور ليفس كودوغ ريغن تولغ

Kata majmuk dieja bersambung

antarabangsa

bumiputra

kakitangan

kerjasama

matahari

tandatangan

انتارابغسا بوميفوترا كاكيتاغن كرجاسام ماتاهاري تنداتاغن

Ada tiga jenis kata yang boleh digandakan :

Kata nama

Kata kerja

Kata adjektif

Setiap satu jenis boleh digandakan kepada :

Penggandaan penuh

Penggandaan separa

Penggandaan berentak

Kaedah pengejaan:

Penggandaan penuh diletakkan angka dua arab (۲) di akhir perkataan.

Penggandaan separa dan berentak menggunakan tanda sempang.

Jenis

penggandaan

Kaedah ejaan Rumi Jawi

Penggandaan

penuh

Kata ganda penuh

ditulis dengan

menggunakan

tanda angka dua

Arab.

buku-buku ٢بوكو gelak-gelak ٢ضلق besar-besar ٢بسر

anai-anai ٢اناي ketua-ketua ٢كتوا

rumah-rumah sakit ساكيت ٢رومه

KATA ULANG

Page 37: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

29

Jenis

penggandaan

Kaedah ejaan Rumi Jawi

pelatih-pelatih ٢فالتيه Pengandaan

separa

Apabila bahagian

kata yang diganda

berubah

bentuknya, tanda

sempang

digunakan sebagai

tanda gandaan.

berjalan-jalan لنجا-برجالن tari-menari مناري-تاري tercari-cari خاري-ترخاري

kecil-kecilan

كخيلن-كخيل

Pengandaan

berentak

Apabila bahagian

kata yang diganda

berubah

bentuknya, tanda

sempang

digunakan sebagai

tanda gandaan.

gerak-geri ضري-ضرق

huru-hara هارا-هورو lauk-pauk فاءوق-الءوق

gelap-gelita

ضليتا-ضلف

2.3 Kaedah Ejaan Kata Pinjaman Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris

Kaedah ejaan Rumi Jawi

Istilah khusus dieja seperti ejaan asal Bahasa Arab

Sujud, tawaf, wuduk واف، ود، طسج

وضوءDikekalkan abjad asal tetapi ditambah huruf vokal untuk elak kekeliruan sebutan dan makna.

Izin, sifir, zikir ايذين، صيفير، ذيكير

Terserap dalam Bahasa Melayu dieja seperti mengeja kata jati bahasa Melayu

Sabun, kerusi, kertas ي، سابون، كروس

تسكر

Kata yang berakhir dengan suku kata terbuka dengan vokal [a], [i], [u] bila menjadi kata terbitan dengan akhiran

fardu – memfardukan

haji – menghajikan

fatwa – memfatwakan

فرض = ممفرضوكن

اجيكن= مغح حج

KATA PINJAMAN BAHASA ARAB

Page 38: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

30

Kaedah ejaan Rumi Jawi

atau partikel perlu ditulis dengan alif, ya atau wau.

اكنفتوى = ممفتو

Alif maqsurah dikekalkan dalam ejaan Jawi

Diganti dengan alif bila dibentuk kata terbitan dengan akhiran

taala, musa, fatwa, تعالى, موسى, فتوى

Kaedah ejaan Rumi Jawi

Konsonan [k] di suku kata akhir dieja dengan huruf kaf dalam ejaan Jawi

Trak, blok, klinik ترك، بلوك، كلينيك

Gugusan konsonan di akhir kata tidak dirangkaikan

Teks, golf,

insurans ،فتيك س، ضول

اينسورن س Menggunakan huruf va ( bagi ( ؤ

padanan huruf ‘v’.

Visa, visual, viva ؤيؤال، سواؤيسا، ؤي

Dieja mengikut sebutan suku kata dalam bahasa Melayu.

Burger, koir, diet بورضر، كوءير، ديئت Gugusan konsonan pada awal dan tengah kata dirangkaikan tanpa sisipan apa-apa huruf vokal

Klinik, abstrak كلينيك, ابسترك

Semua huruf [g] dieja dengan huruf ga dalam Jawi

agenda, teknologi,

geologi اضيندا, تيكنولوضي, ضيولوضي

A. Media Digunakan

i. Whatsapp

ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam

bagi satu sesi.

B. Tajuk Pembelajaran: Kata pinjaman bahasa Arab dan Bahasa Inggeris dalam

tulisan jawi. (DT)

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:

i. Kaedah ejaan

ii. Aplikasi

D. Cadangan Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS

Page 39: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

31

i. Semakan kehadiran

ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk

iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk

iv. Kesimpulan

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi

pembelajaran dalam talian.

2.4 Tugasan

i. Bincangkan penulisan hamzah dalam ejaan jawi.

ii. Bagaimanakah penulisan diftong dan vokal berganding dalam ejaan jawi?

iii. Analisis hukum-hukum yang terdapat dalam kaedah ejaan jawi terkini.

iii. Penulisan kata terbitan dalam ejaan jawi mempunyai beberapa kaedah.

Bincangkan.

Page 40: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

32

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:

i Membaca teks klasik dan teks moden.

ii Menulis semula teks klasik dan teks moden.

SINOPSIS

Dalam unit ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai teks klasik dan

teks moden.

KERANGKA TAJUK

3.1 Teks Klasik

3.2 Teks moden (Pembelajaran dalam talian)

3.3 Tugasan

UNIT 3 KAJIAN TEKS JAWI

Page 41: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

33

Teks klasik dalam ejaan jawi terkini

3.1 TEKS KLASIK

سنجات توق حاج دان توق لباي

٢باخاءنمسبهيغ , دان دعاء كمودين درفد مسبهيغ,دان ٢يغ مغاندوغ اكن ورد

دان باخ يس امفت فولوه ساتو, كيفية, دان دعاءثكندوري , دان كتيكفد

, مجعة خطبةمسبهيغ تراويح دان وتر , دان كيفيةدان تلقني ميت,دان دعاءث, دان برباف باثق اللطيفهاري راي الورد طبةخنكاح , دان خطبةدان

نثالءي-الءيندان صلوات , دان استغفار ذيكري دان دعاء , دان

Page 42: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

34

Petikan buku Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu oleh Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad. Teks moden dalam ejaan jawi terkini

فريغكت. افابيال -ممفراوليه بهاس سخارا برفريغكن ۲بايي دان كانق

يغ فيزيكلساماث اياله الت -سسأورغ بايي دالهيركن، توروت برساما

سسواي اونتوق ممفراوليه بهاس. فمراوليهن بهاس برالكو سديكيت دمي

اصيل مبغن اوتقث، ياءيت حفريغكت مغيكوت فرك-سديكيت دان برفريغكت

يغ برموال دفريغكت بايي الضي اكن بالجر ۲بايي. كانق يكلفيزفركمبغن

دان تنفا دسدري فورملدان ستروسث ممفراوليه سسواتو بهاس سخارا تيدق

برموال دالم فرسكيترن كلوارض دان كمودين دالم مشاركت يغ ددياميث.

تيوري بيهيؤيوريسمى،تردافت امفت تيوري فمراوليهن بهاس ياءيت

اين مغحاصيلكن تيوري ۲يس، دان اينتركسيونليس. تيوريكوضنيتيف، مينتل

فمبالجرن بهاس يغ دضونا فاكاي اوليه ضورو اونتوق ملقساناكن فغاجرن

دان فمبالجرن بهاس ددالم بيليق درجه. تيوري فمبالجرن بهاس يغ اكن

يس، مى، كوضنيتيف، مينتلدبينخغكن دالم باب اين اياله تيوري بيهيؤيوريس

س دان كونستروكتيؤيسمى.اينتركسيونلي

3.2 TEKS MODEN

Page 43: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

35

MBELAJARAN DALAM TALIAN

A. Media Digunakan

i. Whatsapp

ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PdP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam

bagi satu sesi.

B. Tajuk Pembelajaran: Kajian Tulisan Teks Jawi

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:

i. Teks Jawi Terkini

D. Cadangan Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:

i. Semakan kehadiran

ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk

iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk

iv. Kesimpulan

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi

pembelajaran dalam talian.

3.3 Tugasan

i. Analisis kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam ejaan jawi teks klasik.

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

Page 44: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

36

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:

i Mengetahui ilmu seni khat.

ii Menghuraikan sejarah ringkas seni khat.

SINOPSIS

Dalam unit ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah pengenalan ilmu seni khat

yang meliputi definisi dan jenis-jenis khat. Manakala sejarah ringkas seni khat pula

meliputi zaman permulaan Islam, zaman Umaiyah, zaman Abasiyah dan zaman Alam

Melayu serta tokoh Seni Khat.

KERANGKA TAJUK

4.1 Pengenalan Ilmu Seni Khat

4.2 Sejarah Ringkas Seni Khat

4.3 Tugasan

Definisi Seni Khat.

Garis atau tulisan indah.

Suatu ilmu yang memperkenalkan bentuk-bentuk huruf tunggal, letaknya dan

cara-cara merangkainya menjadi suatu bentuk seni khat.

Apa-apa yang ditulis di atas garis-garis, bagaimana cara menulisnya dan

menentukan mana yang tidak perlu ditulis, menukar ejaan yang perlu ditukar

dan bagaimana cara menukarnya.

UNIT 4 SENI KHAT

4.1 PENGENALAN ILMU SENI KHAT

Page 45: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

37

Jenis-jenis khat.

Tulisan enam atau Al-Aqlam al-Sittah merupakan khat utama disempurna dan

dikemaskan oleh tiga orang tokoh khat zaman Abasiyah iaitu Ibnu Muqlah, Ibnu

Al-Bawwabh dan Yadut Al-Musta’shimi.

Enam jenis khat tersebut ialah Thuluth, Nasakh, Muhaqqaq, Rayhani, Riq’ah dan

Tawqi’.

Terdapat enam jenis khat yang paling popular , iaitu Kufi, Nasakh, Riq’ah,

Thuluth, Farisi dan Diwani.

Khat Kufi.

- Jenis tulisan Arab tertua yang dikenal dalam Islam.

- Dipercayai diasaskan di Bandar Kufah, Iraq.

- Digunakan untuk menulis ayat Al-Quran dan hiasan seni bina.

- Dua jenis khat kufi iaitu berdaun dan berbunga

- Pada Khat kufi berdaun, bahagian tegak diakhiri dengan bentuk tumbuhan

palma dan huruf penghujung dipanjangkan bahagian tegaknya serta

dihiaskan dengan bentuk daun palma.

- Khat kufi berbunga mengandungi daun-daun dan daun palma yang tumbuh

dari bahagian badan huruf-huruf itu sendiri.

- Dengan tulisan Kufi ini Al-Qurán pertama kali ditulis (dengan kufi sederhana

yang disebut kufi masohif).

- Ciri utamanya adalah torehannya kaku bersudut, kerana mulanya memang

ditorehkan dengan pisau di atas tulang, batu-batu, atau pelepah kurma.

- Berkembang menjadi sangat indah pada masa Daulah Abbasiyah, dengan

memasukkan unsur unsur hiasan dan ornamen khas ke dalamnya.

- Kufi asli memiliki ciri ciri tidak bertitik, dan tidak bersyakal serta dibiarkan asli

tanpa hiasan. Sedangkan Kufi yang sudah berkembang, banyak mengambil

bentuk bentuk yang lebih beragam, dan banyak digunakan dalam karya-

karya arkitektur, untuk menghiasi masjid, makam, dan istana raja-raja.

- Contoh khat Kufi.

بسم اهلل الرمحن الرحيم

Page 46: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

38

Khat Nasakh

Mula diperkenal pada abad kelapan.

Digunakan untuk menulis naskhah alQuran pada abad kesepuluh.

Menarik minat kerana mudah ditulis tanpa struktur yang kompleks.

Dipelopori oleh Ibn Muqlah seorang menteri zaman Abasiyah dan Ibn al-

Bawwab.

Banyak digunakan dalam penulisan buku, majalah, Al-Quran dan surat-

surat.

Khat Nasakh telah menjadi pilihan utama dalam penulisan naskhah al-

Qur'an di dalam dunia Islam, walaupun terdapat pelbagai jenis gaya Khat

sebelum dan selepas kewujudannya. Kelembutan, kejelasan serta

keindahan khat ini telah mampu menarik perhatian masyarakat Islam lantas

mengambil alih peranan penulisan al-Qur'an yang selama ini dipelopori oleh

gaya Kufi.

Contoh khat Nasakh.

Khat Riq’ah

Kata jamaknya Ruq’ah.

Riq’ah mengikut Kamus Bahasa ialah cebisan kertas yang ditulis

Bentuknya tulisan pendek-pendek berasal dari khat nasakh dan thuluth.

Boleh ditulis dengan cepat.

Tidak sesuai diletakkan tanda baris, sebab itulah khat ini tidak digunakan

untuk menulis naskhah Al-Quran.

Riq'ah atau ruq'ah adalah tulisan yang sangat indah, tetapi sangat sederhana

dan mudah dipelajari.

Tokoh pertama meletakkan kaedah penulisannya adalah Musytasyar

Mumtaz Bik seorang pengajar kaligrafi Sultan Abdul Majid Khan seorang

khalifah kerajaan Usmaniah pada tahun 1280 H.

Page 47: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

39

Khat Riq’ah merupakan sejenis khat yang direka cipta oleh orang Turki pada

zaman pemerintahan Kerajaan ‘Uthmaniyah (850 Hijrah). Tujuan utama

mereka mencipta khat ini ialah untuk menyeragamkan bentuk tulisan dalam

semua urusan rasmi di kalangan kakitangan kerajaan.

Ciri khusus khat ini ialah bentuk huruf yang kecil, lebih cepat dan mudah

ditulis, jika dibandingkan dengan khat Nasakh.

Penggunaan khat Riq’ah dalam masyarakat kita lebih tertumpu kepada

tulisan dan nota sahaja, berbanding khat Nasakh yang begitu meluas

digunakan, khususnya dalam penerbitan buku, majalah dan akhbar.

Khat ini secara meluas digunakan dalam urusan harian, seperti urusan

surat-menyurat, urusan perniagaan, iklan dan promosi barangan serta

dijadikan tajuk-tajuk besar di dalam akhbar.

Contoh khat Riq’ah.

Khat Thuluth.

Thulutth bermakna satu pertiga.

Dinamakan thuluth kerana huruf menegaknya ditulis dengan mata pena

yang ukuran lebarnya menyamai satu pertiga lebar mata pena.,

Popular untuk tujuan hiasan seperti tajuk buku.

Kurang praktis untuk menulis teks panjang seperti naskhah Al-Quran kerana

mempunyai banyak kaedah, menetukan ukurannya dengan bilangan titik

yang sesuai pada setiap huruf, agak rumit serta memrlukan kemahiran yang

tinggi untuk menulisnya.

Khat ini ditulis dengan mata pena yang lebar matanya di antara 2-3 mm.

Khat ini dinamakan Ummul Khutut dan dikatakan menjadi syarat bagi

seseorang untuk digelar sebagai "khattaat", kerana memang sangat sukar

mempelajarinya.

Contoh khat Thuluth.

Page 48: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

40

بسم هللا الرحمن الرحيم Khat Farisi/Nastaliq.

Disebut FARISI kerana ia muncul dan popular di Negara Farsi.

Disebut TA'LIQ, kerana cara penulisannya seperti gaya penulisan catatan

kaki yang lazimnya miring ke bawah dari kanan ke kiri.

Disebut NASTALIQ karena fungsinya mirip dengan Nasakh iaitu sebagai

tulisan standard bagi buku buku ilmiah. Jadi Nasta'liq adalah gabungan dari

kata Nasakh dan Ta'liq.

Jenis khat ini sangat sukar dan perlu latihan yang banyak. Kadang kadang

diperlukan dua mata pena untuk menulisnya kerana satu huruf memiliki

ketebalan yang berbeza.

Khat ini memperlihatkan bentuk lengkungan huruf yang menarik, kurang

penggunaan garis menegak, bentuk huruf condong ke kanan serta

memanjang.

Ada pandangan mengatakan:

"Siapa yang belum menguasai kaligrafi Farisi dan Tsulutsy, maka ia belum

disebut khattat".

Contoh khat Farisi:

Khat Diwani.

Khat Diwani merupakan salah satu jenis khat yang dicipta oleh penulis khat

pada zaman pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah.

Page 49: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

41

Ibrahim Munif adalah orang yang mencipta kaedah dan menentukan ukuran

tulisan khat Diwani.

Khat Diwani dikenali secara rasmi selepas negeri Konstantinopel ditawan

oleh Sultan Uthmaniyah, Muhammad al-Fatih pada tahun 857 Hijrah.

Khat Diwani digunakan sebagai tulisan rasmi di jabatan-jabatan kerajaan.

Seterusnya, tulisan ini mula berkembang ke segenap lapisan masyarakat.

Kebiasannya tulisan khat Diwani ini digunakan untuk menulis semua

pekeliling pentadbiran, keputusan kerajaan serta surat menyurat rasmi dan

pada masa sekarang ianya digunakan untuk menulis watikah, sijil dan untuk

hiasan.

Jenis Kaligrafi ini pernah menjadi tulisan yang dirahsiakan oleh Daulah

Uthmaniyah kerana keindahannya.

Setelah Sultan Muhammad Al Fatih berjaya menakluki Konstantinopel

tahun 857 H, penggunaan khat Diwani mulai disebarkan meski terbatas

kepada penulisan diwan-diwan resmi (pembukuan dokumen) Kerajaan

Usmaniyah. Itulah sebabnya khat ini dinamakan Diwani.

Tokoh pertama yang meletakkan kaedah penulisannya adalah Ibrahim Munif

At Turki.

Diwani memiliki tiga aliran gaya yaitu : gaya Turki, gaya Mesir, dan gaya

Baghdad.

Keindahan Diwani terletak pada bentuk fleksibelnya dan banyak

menggunakan huruf-huruf berpusing.

Contoh khat diwani.

Page 50: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

42

Zaman Permulaan Islam

Kedatangan Islam memberi sumbangan besar kepada perkembangan seni khat.

Ajaran Islam menggalakkan penganutnya menguasai kemahiran membaca dan

menulis.

Selain ayat AlQuran dan hadis, peristiwa tebusan perang Badar merupakan bukti

Rasulullah s.a.w. mementingkan kemahiran membaca dan menulis di kalangan

orang Islam.

Perkembangan seni khat di zaman ini sinonim dengan penulisan ayat Al-Quran.

Ketika wahyu terakhir diturunkan, terdapat 40 orang penulis wahyu yang

diketahui.

Empat juru tulis wahyu paling utama ialah Zaid bin Tsabit, Abdullah bin Zubair,

Said bin Al’Ash dan Abdul Rahman bin Al-Harith.

Enam Mashaf Uthmani terawal ditulis sederhana, kaku tanpa tanda titik dan

baris.

Bagi orang Arab tidak ada masalah kepada mereka membaca Al-Quran

sedemikian kerana bahasa mereka.

Apabila Islam telah berkembang dan dianuti oleh kalangan bukan Arab,

penulisan Al-Quran diperkemas dengan meletak titik dan baris untuk mudah

dibaca.

Terdapat bukti surat Rasulullah s.a.w. kepada Raja Kopti (Mesir) menggunakan

khat Naskhi kuno ditulis oleh sahabat baginda pada tahun ketujuh hijrah.

Zaman Umaiyah dan Abasiyah

Perkembangan Kaligrafi Zaman Bani Umaiyah (661-750 M)

Sejarah perkembangan zaman ini tidak begitu banyak disingkap kerana

kerajaan pemerintah selepasnya iaitu Bani Abbasiyah telah

menghancurkan sebahagian besar peninggalan-peninggalan demi

kepentingan politik. Hanya ada beberapa contoh tulisan yang masih tinggal

seperti prasasti pembangunan Dam yang dibina oleh Mu'awiyah, tulisan di

Qubbah Ash-Shakhrah, inskripsi tulisan Kufi pada sebuah kolam yang dibina

oleh Khalifah Hisyam dan lain-lain.

SEJARAH RINGKAS SENI KHAT

Page 51: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

43

Beberapa bentuk kaligrafi awalnya dikembangkan berdasarkan nama kota

tempat berkembangnya tulisan itu. Dari berbagai karakter tulisan hanya ada

tiga gaya utama yang berhubungan dengan tulisan yang dikenal di Makkah

dan Madinah yaitu Mudawwar (bulat),mutsallats (segitiga) danTi'im (kembar

yang tersusun dari segitiga dan bulat).

Di antara kaligrafer Bani Umayyah yang paling termashyur

mengembangkan tulisan kursif adalah Qutbah al-Muharrir. Ia

memperkenalkan empat jenis tulisan khat iaitu Thumar, Jalil,

Nisf danThuluth. Beliau berjasa kerana menghias Masjid Nabawi di Madinah

dengan ayat-ayat Al Quran dengan jenis tulisan khat Jalil yang indah.

Keempat tulisan ini saling melengkapi antara satu gaya dengan gaya lain

sehingga menjadi lebih sempurna. Tulisan Thumar yang berciri tegak lurus

ditulis dengan pena besar pada tumar-tumar (lembaran penuh, gulungan

kulit atau kertas) yang tidak terpotong. Tulisan ini digunakan untuk

komunikasi bertulis para khalifah kepada amir-amir dan penulisan dokumen

resmi istana. Sedangkan tulisan Jalil yang berciri miring digunakan oleh

kalangan masyarakat umum .

Perkembangan Kaligrafi Zaman Bani Abbasiyah (750-1258 M)

Gaya dan teknik menulis kaligrafi semakin berkembang pada zaman ini.

Kaligrafer zaman Bani Abbasiyah yang tercatat sebagai nama besar

adalah Ibnu Muqlah yang pada masa mudanya belajar kaligrafi kepada Al-

Ahwal al-Muharrir.

Ibnu Muqlah berjasa besar bagi perkembangan tulisan kursif kerana

penemuannya yang luar biasa tentang formula secara geometrik dalam

penulisan kaligrafi yang terdiri dari tiga unsur dalam penulisan huruf

iaitu: titik, huruf alif, dan lingkaran. Menurutnya setiap huruf harus dibuat

berdasarkan ketentuan ini dan disebut al-Khat al-Mansub (tulisan yang

berstandard).

Ia juga mempelopori penulisan enam jenis khat pokok (al-Aqlam as-

Sittah) iaitu Thuluth, Nasakh, Muhaqqaq, Raihani, Riq’ah dan Tauqi' yang

merupakan tulisan kursif.

Khat Nasakh dan Thuluth menjadi popular usaha Ibnu Muqlah yang

akhirnya menghilangkan dominasi khat Kufi.

Page 52: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

44

Usaha Ibnu Muqlah diteruskan oleh murid-muridnya yang terkenal di

antaranya Muhammad ibn as-Simsimani dan Muhammad ibn Asad. Dari

dua muridnya ini kemudian lahir penulis khat terkenal bernama Ibnu

Bawwab. Ibnu Bawwab mengembangkan lagi formula yang sudah dirintis

oleh Ibnu Muqlah yang dikenali dengan Al-Mansub Al-Faiq (huruf bersandar

yang indah).

Beliau memberi sumbangan besar terhadap penambah-baikan khat Nasakh

dan Muhaqqaq secara radikal. Namun karya-karyanya tidak banyak yang

kekal hingga sekarang, di antaranya ialah sebuah al-Qur'an.

Tokoh khat seterusnya ialah Yaqut al-Musta'simi yang memperkenalkan

method baru dalam penulisan kaligrafi secara lebih lembut dan halus

terhadap enam gaya pokok yang masyhur itu. Yaqut adalah kaligrafer besar

pada masa akhir pemerintahan Daulah Abbasiyah hingga kejatuhannya

pada tahun 1258 M kerana serangan tentera Mongol.

Penulisan kaligrafi pada masa Daulah Abbasiyah berbanding

masa Ummayah menunjukkan kepelbagaian ragam yang sangat nyata.

Para kaligrafer Daulah Abbasiyah sangat aktif menghasilkan penemuan-

penemuan baru atau memperbaharui corak-corak yang tengah berkembang.

Karya-karya kaligrafi lebih dominan dipakai sebagai hiasan dan arkitektur

oleh Bani Abbasiyah daripada Bani Ummayah yang hanya mendominasi

unsur hiasan floral dan geometrik .

Zaman Alam Melayu

Kedatangan Islam ke Alam Melayu membawa bersama seni kaligrafi Islam atau

disebut seni khat.

Seni ini boleh ditemui dalam bentu ayat AlQuran dan doa-doa terakam pada

pelbagai jenis bahan seperti batu nisan, batu bersurat, dinding bangunan,

masjid, rumah, istana, kulit, kertas, kain, senjata, syiling, rehal dan lain-lain.

Terdapat pelbagai jenis khat ditulis pada bahan-bahan tersebut seperti kufi,

thuluth, nasakh, dewani, farisi, riq’ah dan lain lagi.

Bukti terawal tulisan khat terdapat pada batu nisan seorang wanita bernama

Fatimah binti Maimun di Leran, Jawa Timur ( 1082M) mengandungi tulisan Arab

khat kufi.

Batu nisan Malik Al-Salih di Pasai (1297M) mengandungi tulisan Arab khat

thuluth.

Page 53: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

45

Penemuan tulisan khat pada batu nisan, dinding dan bahan lain di Pahang,

Melaka dan Kedah dalam bentuk pelbagai jenis khat seperti Kufi, Nasakh,

Thuluth dan Farisi.

Batu Bersurat Terengganu (1303M) mengandungi teks bahasa Melayu pertama

dalam ejaan jawi berbentuk gaya khat Thuluth.

Bentuk khat masa itu belum stabil, saiz dan bentuk abjadnya tidak seimbang,

gaya khat tidak tetap dan tidak menarik.

Tokoh Seni Khat

Ibnu Muqlah.

Nama beliau Abu Ali Al-Shadr Muhammad ibn Al-Hasan ibn Muqlah.

Lahir pada tahun 272H di Baghdad pada zaman kerajaan Bani Abasiyah.

Pernah menjadi Perdana Menteri masa pemerintahan tiga orang khalifah

Abasiyah.

Dianggap sebagai bapa seni khat

Beliau mencipta prinsip-prinsip penulisan khat seperti menggunakan

sistem titik sebagai cara mengukur penulisan khat.

Beliau menetapkan lima kriteria untuk kesempurnaan penulisan khat,

iaitu:

Tawfiyah (tepat)- setiap huruf hendaklah tepat dari segi bentuknya.

Itmam (menyeluruh)- setiap huruf perlu menepati ukuran tepat panjang

pendek, nipis tebal.

Ikmal (sempurna)- setiap garis perlu sesuai dalam gaya tegak, terlentang,

berpusing dan melengkung.

Isyba’ (padat)- setiap lorekan garis perlu sekata dari segi tebal nipis kecuali

gaya yang menghendaki demikian.

Irsal (lancar)- lorekan cepat lancar tidak terhenti-henti atau teragak-agak.

Ali Ibnu Hilal Al-Baghdadi.

Lebih dikenali sebagai Al-Bawwab, anak murid kepada Ibnu Muqlah.

Tidak diketahui tarikh lahirnya tetapi meninggal pada tahun 413H,

dimaqamkan bersebelahan Ibn Hanbal di Baghdad.

Beliau menyempurna dan mencantikkan lagi Aqlam Sittah’ khususnya

Nasakh dan Muhaqqaq.

Page 54: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

46

Pernah menulis 64 naskhah Al-Quran saloah satunya ditulis dengan khat

Raihani.

3.3 Yaqut Al-Musta’shimi.

Nama beliau Abu Durr aminuddin Yaqut Al-Musta’shimi ibnu Abdillah,

digelar dengan panggilan Abu Durr.

Beliau berbangsa Rumawi, dibesarkan bersama para hamba pada

zaman khalifah Al-Musta’shim Billah bani Abasiyah.

Meninggal pada 698H (1298M) di Baghdad.

Digelar sebagai kiblat para penulis (qiblat alKuttab).

Mencipta pena buluh menulis khat dengan potongan condong supaya

dapat menulis dengan tepat dan cantik khususnya bagi menulis

Aqlam Sittah.

Beliau mengajar dengan cara menekankan kepada latih tubi.

Beliau sendiri membiasakan diri menulis dua juzuk Al-Quran setiap

hari.

Sheikh Uthman Taha.

Nama sebenar beliau ialah Abu Marwan bin Uthman bin Abduh bin Hussain bin Taha.

Beliau dilahirkan di sebuah kampung di Halab, Syria pada tahun 1934 Masihi dan

mempunyai seorang isteri dan dikurniakan tujuh orang anak. Beliau dilahirkan dalam

suasana tarbiah Islam yang kuat, bapanya Syaikh Abduh Husin Taha merupakan imam

dan khatib di kampungnya, juga pengarang kitab-kitab agama. Sekarang syaikh

Uthman Taha tinggal di Madinah al-Munawwarah.

Syaikh Uthman Taha memiliki ijazah dalam bidang syariah. Pada tahun 1973, beliau

mendapat ijazah dalam seni khat dari Syaikh Hamid al-Amidiyy, seorang pakar khat

yang sangat terkenal, sehingga beliau diberi gelaran Syaikh al-Khutatatain. Selain itu

beliau juga berguru dengan tokoh khattat yang lain seperti Muhammad Aliyy al-

Mawlawiyy, Ibrahim al-Rifa’iyy di Halab, Muhammad Badwiyy al-Diraniyy di Damsyik

dan Hashim al-Baghdadiyy.

Pengalaman pertama dalam menulis mushaf ialah pada tahun 1973 semasa berusia

tiga puluh tahun di bawah syarikat percetakan Dar al-Shamiyah di Damsyik tetapi

syaikh Uthman Taha tidak berpuas hati dengan mutu kecantikan tulisan. Disebabkan

ketokohan dan penulisan hiasan dinding beliau di Masjid Nabawi, Kerajaan Saudi telah

Page 55: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

47

mengambil beliau sebagai penulis Mushaf al-Madinah yang diguna-pakai oleh kerajaan

Saudi dan seluruh dunia bermula pada tahun 1988.

Mereka yang melihat tulisan sekarang jauh lebih bermutu dari tulisan pertama.

Sehingga kini beliau telah menulis mushaf mengikut riwayat Hafs dari Asim, riwayat

Warash dari Nafi’ al-Madaniyy kedua-dua sudah dicetak dan riwayat Qalun tetapi belum

dicetak.

Beliau amat terkenal di kalangan penulis khat kini sebagai Tokoh Seni Khat yang paling

banyak berjasa. Beliau menjadi pakar rujuk dan hakim bagi pertandingan Khat

Antarabangsa Istanbul sejak berdekad lamanya.

Beliau merupakan seorang tokoh yang telah banyak memberi khidmat dalam bidang al-

Qur’an yang tidak kita sedari. Beliau adalah penulis mushaf Madinah yang bewarna

hijau yang sering dibawa oleh jemaah haji atau orang yang ke Mekah.

Penglibatan Syaikh Uthman Taha dalam bidang penulisan mushaf sejak hampir 40

tahun iaitu bermula pada tahun 1970 untuk kementerian wakaf Syria. Pada tahun 1988

beliau datang ke Arab Saudi untuk menjadi penulis mushaf. Beliau dilantik sebagai

penulis mushaf di Majma’ al-Malik Fahd Li Tiba’ah al-Mushaf (Kompleks Percetakan

Mushaf Raja Fahd) di Madinah al-Munawwarah. Keistimewaan tulisan tangan Syaikh

Uthman Taha ialah setiap halaman berakhir dengan penghujung ayat.

Hashim Muhammad Baghdadi

Abu Raqim atau Hashim bin Muhammad bin Haji Dirbas al-Qaysi Al-Baghdadi. Beliau

dilahirkan pada tahun 1335H/1917M di Baghdad. Sejak kecil Hashim sangat tertarik

pada seni khat, beliau mula belajar dari Maula ‘Arif al-Shaykhli juga dari Ali Sabir, akan

tetapi hanya sebentar saja. Kemudian beliau mula berlatih seni khat di bawah

pengawasan dan bimbingan Syeikh Maula ‘Ali al-Fadli, yang memberinya ijazah seni

khat pada tahun 1363H/1943M.

Pada 1364H/1944M, Hashim pergi ke Mesir, beliau tinggal dan menyambung pengajian

di sebuah Institut Seni Khat di Kaherah. Para pengajar sangat terkesan dengan

karyanya yang kemudian membenarkan Hashim untuk terus mengikuti ujian akhir di

kelas senior dan diberi penghormatan untuk berada di kelas pertama. Hashim mendapat

ijazah kedua dari khattat ternama Mesir, Sayyid Ibrahim (1315H/1897M–1414H/1994M),

Page 56: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

48

dan Muhammad Husni pada tahun 1364H/1944M. Pengurusan institut memintanya

untuk tinggal di Mesir dan mengajar, akan tetapi beliau memilih untuk kembali ke

Baghdad dan membuka perusahaan seni khat serta menerbitkan sebuah buku gaya

penulisan Seni Khat al-Riqa' pada 1365H/1946M.

Hashim kemudian pergi ke Istanbul, di mana dia berkenalan dengan tokoh seni khat

terkenal Turki, Musa Azmi atau lebih dikenali sebagai Hamid al-Amidi, yang telah

memberinya dua penghargaan sebagai pengganti ijazah, yang pertama pada

1370H/1950M dan yang kedua pada 1372H/1952M. Pada majlis anugerah yang kedua,

Hamid al-Amidi mengumumkan Hashim sebagai Penulis Seni Khat Terbaik dalam dunia

Islam dan beliau mengatakan kepada Hashim "Kesenian Seni Khat Islam bermula di

Dar-As Salaam (Baghdad) dan ia kembali bersamamu ke Dar-As-Salaam". Selama

empat tahun, sejak 1375H/1955M, beliau belajar dengan Macid Ayral yang datang dari

Baghdad ke Istanbul dan dari situ banyak sekali manfaat diterimanya. Gaya penulisan

beliau lebih cenderung kepada gaya penulis klasik Baghdad iaitu Yaqut al Musta'asimi

dan gabungan dengan penulisan moden dari Ottoman School. Beliau juga dikenali

sebagai antara khattat yang terbaik dalam gaya Seni Khat Thuluth.

Hashim dilantik sebagai pensyarah Kaligrafi Arab di Institute of Fine Art di Baghdad

pada 1380H/1960M sehingga beliau dilantik menjadi ketua bahagian Dekorasi dan Seni

Khat sehingga beliau menghembuskan nafas terakhir pada 1973. Keindahan Seni Khat

di Turki sangat mempengaruhi dirinya, beliau sangat mengagumi karya Hafiz Osman,

Muhammad Shauqi, Haci Ahmed Kamil Akdik, dan Hamid al-Amidi. Kekagumannya

kepada karya-karya Mustafa Raqim juga begitu besar, sehinggakan beliau menamakan

anaknya dengan Mustafa Raqim dan memanggil dirinya sebagai Abu Raqim. Semasa di

Istanbul, Hashim kerap kali mengunjungi khattat Necmeddin Okyay, yang memiliki

pelbagai koleksi seni khat dari khattat ternama.

Selain itu, Hashim juga menjadi orang penting dalam penerbitan semula Mušhaf al-

Awqaf, yang diterbitkan pertama kali oleh kerajaan. Ia adalah mushaf seni khat yang

sangat indah diterbitkan pada tahun 1236H/1821M yang ditulis oleh khattat Turki,

Muhammad Amin Ar-Rusdi (abad ke 13H/19M). Mushaf ini diberikan oleh Pertevniyal,

ibu dari Sultan Abdulaziz, kepada Masjid Imam Besar Al-Nu’man Bin Tsabit, yang

dikenal sebagai Abu Hanifah. Hashim membaik pulih awal mushaf tersebut, meletakkan

Page 57: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

49

nombor ayat yang hilang, menulis nama surah-surah Al-Quran, menata jumlah hizb, juz,

dan ayat-ayat as-Sajadah dengan menyesuaikannya mengikut selera Arab. Karya-karya

seni khat Hashim banyak dijadikan perhiasan masjid-masjid dan bangunan-bangunan di

Baghdad serta bandar-bandar lain sekitarnya. Kebanyakannya adalah karya dalam Khat

Thuluth Jali dan diperbuat menggunakan marmar. Karya-karya beliau banyak terdapat di

masjid-masjid terkenal seluruh Iraq, seperti dalam Masjid ‘Al-Qadir Abd al-Jilani, Masjid

Haiderkhana, Masjid Almuradia, Masjid al-Shahid, Masjid Bunia dan Masjid Hajj

Mahmud. Beliau juga adalah pereka bagi nota bank dan syiling untuk Iraq, Tunisia,

Maghribi, Libya dan Sudan.

Pada tahun 1962, beliau menerbitkan sebuah buku qawaid dan koleksi khat beliau yang

bertajuk "Qawa'idul Khattul 'Arabi" (Kaedah Penulisan Khat Arab). Buku ini telah

memberi sumbangan yang amat besar dalam dunia seni khat, kerana ia telah digunakan

sebagai rujukan oleh pelajar-pelajar serta khattat dari seluruh dunia. Hashim al-

Baghdadi meninggal pada 27 Rabi’uI Awwal 1393H bersamaan 30 April 1973 di

Baghdad dan dimakamkan di Pemakaman Khayzuran. Sepanjang hidupnya, beliau

hanya menganugerahkan satu diploma sahaja kepada muridnya, Abdul Ghani al-Ani.

Beliau merancang untuk menulis al-Qur'an dalam gaya penulisannya yang tersendiri,

tetapi beliau meninggal dunia sebelum selesai menyiapkan projek. Sebuah koleksi yang

mengandungi karya terbaru beliau telah diterbitkan semula di Baghdad pada tahun

1978.

i. Bincangkan latar belakang khat Nasakh, Riq’ah, Thuluth, Diwani, Farisi, dan

Kufi.

Page 58: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

50

MBELAJARAN DALAM TALIAN

A. Media Digunakan

i. Whatsapp

ii. Masa 2 jam. Pelaksanaan PdP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam

bagi satu sesi.

B. Tajuk Pembelajaran: Seni Khat

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:

i. Sejarah dan perkembangan seni khat

D. Cadangan Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:

i. Semakan kehadiran

ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk

iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk

iv. Kesimpulan

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi

pembelajaran dalam talian.

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

Page 59: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

51

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:

i Mengetahui keperluan untuk mempelajari seni khat.

ii Meniru menulis seni khat.

SINOPSIS

Dalam unit ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah berkaitan persediaan

penulisan khat.

KERANGKA TAJUK

5.1 Persediaan mempelajari seni khat

i. Belajar di bawah pengawasan dan bimbingan guru yang terlatih dan

berpengalaman dengan asas pelajaran penulisan seperti kedudukan yang betul,

cara memegang kalam, kaedah yang betul mengasah kalam dan memotong

mata kalam yang yang sesuai bagi jenis khat, cara meletakkan mata kalam di

atas kertas, teknik meletakkan bekas dakwat dan menerangkan cara meletakkan

span di dalamnya sehingga mencelup kalam khat itu dakwat setakat yang

dikehendaki.

ii. Latihan yang berterusan mengikut kaedah penulisan yang muktabar.

iii. Merujuk buku atau hasil karya penulis-penulis yang masyhur seperti Hasyim al

Baghdadi yang menjadi rujukan peminat-peminat khat di Asia dan Eropah.

UNIT 5 PERSEDIAAN PENULISAN KHAT

PERSEDIAAN MEMPELAJARI SENI KHAT

Page 60: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

52

iv. Meniru atau menekap tulisan penulis-penulis yang berpengalaman dengan

tujuan memahirkan penulisan.

MBELAJARAN DALAM TALIAN

A. Media Digunakan

i. Whatsapp

ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PdP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam

bagi satu sesi.

B. Tajuk Pembelajaran: Persediaan Penulisan Khat

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:

i. Peralatan

ii. Teknik penulisan

D. Cadangan Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:

i. Semakan kehadiran

ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk

iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk

iv. Kesimpulan

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi

pembelajaran dalam talian.

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

Page 61: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

53

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:

i Mengetahui jenis-jenis khat.

ii Menghasilkan tulisan mengikut jenis-jenis khat.

SINOPSIS

Dalam unit ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah metogo penulisan khat yang

meliputi jenis khat.

KERANGKA TAJUK

6.1 Jenis-jenis khat

Khat Nasakh

Khat Riq’ah.

Khat Kufi

UNIT 6 METHOD PENULISAN KHAT

Page 62: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

54

Khat Nasakh

JENIS-JENIS KHAT

Page 63: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

55

Page 64: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

56

Page 65: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

57

Page 66: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

58

Page 67: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

59

Khat Riq’ah.

Page 68: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

60

Page 69: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

61

Khat Kufi

Page 70: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

62

Page 71: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

63

Page 72: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

64

MBELAJARAN DALAM TALIAN

A. Media Digunakan

i. Whatsapp

ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PdP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam

bagi satu sesi.

B. Tajuk Pembelajaran: Method Penulisan Khat

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:

i. Jenis-jenis khat

D. Cadangan Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:

i. Semakan kehadiran

ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk

iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk

iv. Kesimpulan

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi

pembelajaran dalam talian.

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

Page 73: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

65

BIBLIOGRAFI

_____ (2016) Daftar Kata Bahasa Melayu, Rumi – Sebutan – Jawi. Edisi kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Asmah Omar Hj. (2009). Rahsia Ejaan Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Azman Hj bin Ahmad Hj. (2015). Kaedah Pembelajaran Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Che Siah Che Man. (2006). Pendekatan Pengajaran Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Hashim Musa (2006). Siri Lestari Bahasa : Sejarah perkembangan tulisan jawi. Edisi kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Pengenalan Ilmu Seni Khat : Sejarah, tokoh dan Jenis-jenis Khat. Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007). Panduan Penulisan Khat Nasakh dan Riq’ah serta kaedah ejaan jawi yang disempurnakan KBSR 2007. Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia

Mahmood Awang Hj. (2009). Panduan menulis dan kaedah mengajar khat Nasakh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 74: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

66

PENYELARAS MODUL PDPM

Bil. Nama Pegawai Akademik

1 Othman bin Loman

Bidang Pendidikan Islam

PANEL PENGGUBAL

PIMKD2043 PENGAJIAN JAWI DAN KHAT

Bil. Nama Kelayakan Akademik

1 Dr. Mohd Nasri bin Abdullah PhD. (Pendidikan Islam), UTM Sarjana (Pendidikan Islam), UTM Sarjana Muda dengan Kepujian, (Pengajian Islam), UKM Diploma Pendidikan (Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah), IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi

2 Saiful Bahri bin Hj Yaziz Sarjana Pendidikan (Pengajian Kurikulum), USM Sarjana Muda dengan Kepujian (Syariah), UKM Diploma Pendidikan (Pendidikan Islam), UM

Page 75: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

67

SIMBOL PEMBELAJARAN

Sila gunakan simbol-simbol berikut bagi tujuan / maksud seperti yang dinyatakan

Gunakan pita rakaman audio atau radio.

Dokumen atau tugasan perlu juga disimpan atau diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft copy’.

Masa rehat (panduan sebelum dan selepas sesi pembelajaran).

Gunakan bahan-bahan multimedia.

Rancangkan jadual aktiviti mengikut masa yang ditentukan.

Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir.

Buatkan ujikaji.

Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi.

Senarai semak.

Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul.

Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat ulasan.

Buatkan catatan atau nota-nota penting.

Akses CD-Rom untuk bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam modul.

Senarai penerangan makna bagi sesuatu istilah.

Page 76: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · Bibliografi 65 Panel 66 Simbol ... persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam

68

Akses bahan pembelajaran dalam bentuk video atau VCD.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Rujukan surat khabar.

Panduan kepada pengguna.

Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.

Sediakan geraf yang sesuai supaya dapat memberi gambaran yang lebih jelas.

Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untuk membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.

Hasilkan interpretasi anda mengenai sesuatu bahagian yang telah dibaca dengan cara lukisan atau lakaran (peta konsep, rajah, jadual, lukisan).

Aktiviti Tutorial

Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.