modul krl 3033 kaedah penyelidikan dalam pendidikan

205
Modul Pendidikan Jarak Jauh J 1 & ftA ma VI A Ail M T*4I W I p a Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah Mahizer bin Hamzah Abdul Talib bin Mohamed Hashim Noraini binti Mohamed Noh Norazilawati binti Abdullah SULTAN IDRIS EDUCATION UNIVERSITY Pusat Program Luar l ff wz \ wp KRL30 33 NlVER§m 1K$N IWJS

Upload: nor-rani-othman

Post on 29-Dec-2015

635 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

Modul Pendidikan Jarak Jauh

J 1 &

f t A ma V I A A i l M T * 4 I W I p a

Kaedah Penyelidikan Dalam

Pendidikan Sekolah Rendah

Mahizer bin Hamzah Abdul Talib bin

Mohamed Hashim Noraini binti

Mohamed Noh Norazilawati binti

Abdullah

SULTAN IDRIS EDUCATION UNIVERSITY

Pusat Program Luar

l ff wz

\ wp KRL3033

NlVER§m 1K$N

IWJS

Page 2: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

PENULIS MODUL

MAHIZER BIN HAMZAH ABDUL TALIB

BIN MOHAMED HASHIM NORAINI

BINTI MOHAMED NOH

NORAZILAWATI BINTI ABDULLAH

Page 3: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

ISI KANDUNGAN

Unit Topik Halaman

Unit 1 Pengenalan kepada Penyelidikan Sekolah Rendah 1

Unit 2 Penyelidikan Kuantitatif 17

Unit 3 Penyelidikan Kualitatif 31

Unit 4 Teori dan Masalah Kajian 45

Unit 5 Tinjauan Literatur 63

Unit 6 Persampelan 75

Unit 7 Paradigma dan Kaedah Kajian 87

Unit 8 Analisis Data 125

Unit 9 Dapatan Kajian dan Perbincangan 147

Page 4: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

Unit 10 Menghasilkan Proposal Penyelidikan 165

Page 5: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

PANDUAN KURSUS

PENGENALAN

KRL 3033 (Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah) adalah kursus yang

perlu diambil oleh pelajar yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

(Pendidikan Sekolah Rendah). Kursus ini ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan dan

Pembangunan Manusia. Kursus yang bernilai tiga (3) jam kredit ini mendedahkan kepada

pelajar tentang kemahiran asas penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini memberi pendedahan mendalam tentang kemahiran asas dalam penyelidikan yang

berkaitan dengan bidang pendidikan. Penekanan diberikan kepada penelitian teori-teori yang

relevan menjadi asas kepada penyelidikan dalam bidang pendidikan sekolah rendah.

Kemahiran asas seperti mengenal pasti masalah kajian, pemilihan sampel, kaedah kajian

terpilih, analisis data dan menulis laporan. Akhirnya pelajar dapat membina satu proposal

penyelidikan yang lengkap dan kemas.

HASIL PEMBELAJARAN

Hasil pembelajaran kursus ini ialah seperti berikut:

1. Menjelaskan perspektif dan teori penyelidikan dalam bidang pendidikan sekolah rendah.

2. Menguraikan pemilihan masalah kajian, prosedur kajian dan persampelan.

3. Membuat pemilihan kaedah kajian yang sesuai dalam bidang pendidikan sekolah rendah.

4. Menjalankan dan membudayakan amalan penyelidikan dalam pendidikan.

5. Menunjukan cara penganalisisan data.

6. Menghasilkan proposal yang sesuai untuk tujuan penyelidikan.

TOPIK

Kursus ini mengandungi 10 topik utama, berkaitan dengan pengenalan kepada penyelidikan

pendidikan sekolah rendah, penyelidikan kuantitatif, penyelidikan kualitatif, teori dan masalah

kajian, tinjauan literatur, persampelan, paradigma dan kaedah kajian, analisis data, dapatan

dan perbincangan, dan menghasilkan proposal penyelidikan.

Page 6: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

PANDUAN PENGGUNAAN MODUL

Terdapat sepuluh unit pembelajaran yang terkandung dalam modul ini yang ditulis oleh penulis

modul yang tertentu. Setiap unit dalam modul ini menjelas dan membincangkan topik dan

subtopik yang relevan dengan kandungan kursus. Hasil pembelajaran yang diharapkan

daripada setiap unit dinyatakan. Peta konsep topik dan subtopik yang terkandung dalam setiap

unit juga dipaparkan sebagai gambaran awal berkaitan topik dan subtopik yang dibincangkan.

Setiap unit dalam modul ini juga memaparkan sedikit fakta sebagai pencetus idea kepada topik

atau subtopik yang dibincangkan. Selain fakta sebagai pencetus idea untuk difahami, dibincang

dan dianalisis, setiap unit dalam modul ini juga menyarankan beberapa aktiviti yang perlu

dilakukan oleh pelajar sebagai penggerak untuk kelangsungan proses pembelajaran kursus ini.

Penilaian Kendiri yang mengemukakan beberapa soalan juga terdapat di setiap unit dalam

modul ini bagi menguji tahap penguasaan kandungan. Walau bagaimanapun pembelajaran

kursus ini adalah tidak terbatas kepada apa yang terdapat di dalam modul ini sahaja.

Sebaliknya, para pelajar juga perlu membuat rujukan lanjut daripada buku-buku rujukan atau

laman web yang disarankan di bahagian rujukan bagi menambahkan lagi ilmu berkaitan

dengan kaedah penyelidikan dalam pendidikan.

Page 7: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

PENAKSIRAN

BENTUK PENAKSIRAN WAJARAN (%)

KERJA KURSUS 60

PEPERIKSAAN AKHIR 40

JUMLAH 100

Page 8: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan
Page 9: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

UNIT 1

PENGENALAN KEPADA PENYELIDIKAN PENDIDIKAN

SEKOLAH RENDAH

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menyatakan definisi penyelidikan dalam pendidikan.

2. Mengenal pasti jenis, tujuan dan ciri-ciri penyelidikan dalam pendidikan.

3. Menghuraikan isu dan etika dalam penyelidikan pendidikan.

4. Mengenal pasti prosedur penyelidikan dalam pendidikan.

PETA KONSEP

Reka Bentuk Kajian

Rancangan

Kajian

'

Populasi & Sampel Kajian

Soalan & Data Kajian

Membina Alat-Alat Kajian

Penyelidikan

Pendidikan y

Alat-Alat

Kajian

r \ Kebolehpercayaan &

Kesahan Alat-Alat Kajian v

r

Kajian Rintis

c \

Pengukuran & penaksiran Variabel

Kajian

Analisis Data

Analisis Data Kuantitatif

Analisis Data Kualitatif

Page 10: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

2 Unit 1 Pengenalan Kepada Penyelidikan pendidikan Sekolah Rendah

PENGENALAN

Unit ini memperkenalkan secara ringkas apa itu penyelidikan pendidikan sekolah rendah.

Definisi, konsep penting seperti jenis, tujuan dan ciri-ciri penyelidikan dalam pendidikan juga

dibincangkan bersama isu dan etika dalam penyelidikan agar menjadi panduan kepada

penyelidik. Prosedur penyelidikan diberikan satu persatu agar penyelidik jelas akan tertib

dalam mengendalikan penyelidikan dalam pendidikan.

ISI KANDUNGAN

Apakah Itu Penyelidikan Dalam Pendidikan?

Penyelidikan bermula apabila sesuatu masalah dirasai.Masalah yang dihadapi merupakan

rangsangan kepada penyelidikan. Akal yang dirangsang oleh masalah akan berfikir dan

menimbang sama ada sesuatu masalah yang dihadapi merupakan masalah sebenar dan

memerlukan penyelesaian.Akal akan mengenalpasti dan menganggarkan sejauh mana

masalah itu perlu dikaji dan akal juga akan menentukan sebanyak mana faedah yang boleh

diperolehi daripada penyelidikan terhadap masalah. Tanpa masalah akal tidak akan

dirangsang dan sekaligus penyelidikan tidak akan berlaku.

Sejarah penyelidikan pendidikan bermula apabila munculnya tamadun manusia.

Masalah yang dihadapi oleh manusia seperti masalah pengajaran dan pembelajaran

menyebabkan manusia mengkaji dan terus mengkaji cara untuk memperolehi kaedah

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan sesuai mengikut peredaran zaman.

Dengan kata lain, perkembangan penyelidikan berkait rapat dengan perkembangan

tamadun manusia.

Berdasarkan beberapa sumber pengetahuan, manusia akan terus menyelidiki

sesuatu masalah yang dihadapi untuk memperbaiki kehidupan mereka.Menjalankan

penyelidikan bermaksud mencari maklumat lebih lanjut mengenai sesuatu perkara,

menyelami lebih lanjut, menjalankan kajian menyeluruh atau menyiasat dengan lebih

Page 11: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

mendalam.Kerlinger (1973) menyifatkan penyelidikan sebagai penyiasatan saintifik untuk

membongkar fakta.Apakah yang dimaksudkan dengan penyiasatan saintifik? Penyiasatan

saintifik merupakan kaedah dan cara berfikir secara sistematik, terkawal, dan empirikal yang

bertujuan mengkaji hubung kait antara fenomena semulajadi yang boleh diperhatikan.

Langkah-Langkah Penyiasatan Saintifik

1. Mengenal pasti masalah dan menggubal soalan kajian atau hipotesis

2. Mereka bentuk kajian untuk menjawab soalan kajian atau menguji hipotesis

3. Mengumpul dan menganalisis data

4. Menjawab soalan kajian atau menerima atau menolak hipotesis

(John Dewey, 1859-1952)

Penyelidikan dalam pendidikan ialah aplikasi kaedah saintifik bagi mengkaji masalah

pendidikan dengan tujuan untuk memahami, menerang, menjangka atau mengawal

fenomena pendidikan. Terdapat beberapa definisi penyelidikan antaranya, penyelidikan

didefinisikan sebagai penyiasatan yang penuh berhati-hati, mendalam, secara bijak dan

meluas mengenai sesuatu perkara atau subjek spesifik, dengan bertujuan meningkatkan

dan meluaskan ilmu pengetahuan sejagat (Manheim, 1997).

Helmstadtr (1970) pula mendefinisikan penyelidikan adalah aktiviti penyelesaian

masalah yang membawa kepada pengetahuan dan penemuan baru dengan menggunakan

kaedah mengenal pasti dan persoalan yang sedang diguna pakai oleh sarjana-sarjana di

dalam bidang tersebut.Penyelidikan adalah suatu penyiasatan atau ujikaji yang bertujuan

menemukan dan menginterpretasikan fakta- fakta, mengulang semula teori yang diterima di

dalam penemuan baru atau amalan penggunaan teori atau undang-undang dan peraturan

baru atau yang digunapakai semula (Woolf, 1975).Oleh yang demikian, dapat disimpulkan

bahawa penyelidikan sebagai satu aktiviti yang teratur (sistematik) bagi mencari jawapan

atau makna kepada soalan-soalan khusus yang dikemukakan berdasarkan sesuatu

masalah yang hakikatnya sudah dikenal pasti.

Page 12: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

Unit 1 Pengenalan Kepada Penyelidikan pendidikan Sekolah Rendah

Tujuan Penyelidikan Dalam Penyelidikan Pendidikan

Secara umum, penyelidikan pendidikan dijalankan adalah untuk mencapai satu daripada

empat tujuan utama (Gall, 1996), iaitu :

1. Untuk memerihalkan sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling kita dalam bentuk

suatu aktiviti, situasi atau peristiwa tertentu, contohnya fenomena dalam kelas

secara spesifik atau alam pendidikan secara keseluruhan. Dalam kategori ini, tujuan

penyelidikan adalah untuk memerihalkan fenomena yang berlaku, misalnya situasi

pelaksanaan kurikulum baharu dalam pendidikan atau aktiviti pengenalan kaedah

pengajaran baharu di dalam kelas.

2. Untuk meramal fenomena yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan

situasi masa kini. Contohnya, kejayaan pelajar pada masa hadapan diramal

berdasarkan prestasi mereka pada masa kini. Keputusan peperiksaan calon-calon

percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) misalnya boleh digunakan untuk meramal

keputusan sebenar mereka di dalam peperiksaan SPM. Dalam konteks ini, tujuan

kajian mungkin berkait dengan kebolehtelahan ujian peramal yang dibina. Hal ini

kerana penyelidikan menekankan usaha memperkembangkan teori-teori yang baik

atau usaha menemui prinsip-prinsip am yang berguna untuk menelah sesuatu

perlakuan pada masa hadapan.

3. Untuk tujuan penambahbaikan berhubung dengan sesuatu fenomena yang biasanya

melibatkan aktiviti pencelahan (intervention). Tujuan penyelidikan adalah untuk

menambah baik aktiviti atau situasi yang wujud masa kini melalui cara penyelidik

"menganggu" fenomena berkenaan dengan cara mewujudkan pencelahan. Melalui

cara ini, penyelidik boleh menilai hasil yang wujud daripada gangguan tersebut.

Contohnya, sebelum melaksanakan satu kaedah pengajaran baharu, kaedah baharu

tersebut dicuba terlebih dahulu oleh penyelidik untuk melihat keberkesanannya.

4. Untuk tujuan menerangkan satu fenomena tertentu berdasarkan suatu teori, model

atau kesimpulan. Tujuan kategori ini serupa dengan kategori pertama.

Perbezaannya, bagi kategori ini yang ditekankan ialah penerangan berdasarkan

teori, model atau kesimpulan yang sudah wujud berdasarkan kajian-kajian lalu.

Contohnya, menerangkan tingkah laku kanak-kanak

Page 13: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

semasa menyelesaikan masalah berayat Matematik menggunakan teori

perkembangan kanak-kanak Piaget.

AKTIVITI 1.1

Pada pendapat anda mengapakah sesuatu isu dalam pendidikan itu perlu

dijalankan penyelidikan?

• ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- *

Penyelidikan ialah satu proses sistematik yang membabitkan pengumpulan dan

penganalisisan maklumat untuk menerang dan memahami sesuatu masalah atau isu.

Secara amnya, sesuatu penyelidikan melibatkan tiga langkah utama iaitu :

i. Mengemukakan persoalan

ii. Mengumpul data untuk menjawab persoalan

iii. Mengemukakan jawapan kepada persoalan

Dengan kata lain, proses yang dilalui dalam pelaksanaan sesuatu penyelidikan merupakan

suatu proses penyelesaian masalah atau mencari jawapan kepada sesuatu masalah atau

tanda tanya. Oleh itu, maklumat atau data diperlukan sebagai bukti atau asas kepada

jawapan atau penyelesaian yang dikemukakan.Namun, terdapat langkah-langkah lain yang

tidak kurang pentingnya untuk menjadikan sesuatu penyelidikan itu bersifat lebih

ilmiah.Antaranya, persoalan, masalah atau isu yang dikemukakan melalui data yang

diperoleh daripada pembacaan atau penyelidikan yang dilaksanakan dalam bidang yang

berkaitan.ini secara tidak langsung menjadikan pembacaan dan pencarian maklumat salah

satu aktiviti penting dalam pelaksanaan penyelidikan.Namun begitu, penyelidikan tidak

terhad kepada pencarian dan pengumpulan maklumat semata-mata. Menurut Noraini

(2010), aktiviti penyelidikan ilmiah merupakan satu aktiviti yang menyumbang kepada

sesuatu yang baru, sama ada dari segi ilmu ataupun amalan.

Secara ringkasnya proses penyelidikan meliputi langkah-langkah berikut:

1. la bermula dengan satu persoalan di dalam pemikiran seorang penyelidik.

E

Page 14: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

6 Unit 1 Pengenalan Kepada Penyelidikan pendidikan Sekolah Rendah

2. la memerlukan satu perancangan.

3. la menuntut kenyataan yang jelas mengenai sesuatu masalah.

4. la melibatkan permasalahan utama dengan permasalahan berkaitan.

5. la mencari tuju arah melalui hipotesis berkenaan

6. la melibatkan fakta dan makna fakta.

7. la adalah berhubungkait menghimpun dan menganalisa data.

8. Availability (Sumber tersedia) penyelidik memastikan adanya sumber tersedia seperti

instrumen dan data dari kajian yang hampir sama.

9. Authenticity (Perakuan) penyelidik mestilah memastikan ketepatan data.

10. Adequacy (Mencukupi) merujuk kepada perolehan data sama ada mencukupi bagi

membolehkan kesimpulan sah dinyatakan.

11. Validity (Kesahan) penyelidik hendaklah memastikan data dan maklumat adalah tepat

dan sah.

Kepentingan Penyelidikan Pendidikan

Dalam penyelidikan pendidikan terdapat beberapa kepentingan yang signifikan kepada

penyelidik. Dengan mengetahui kepentingan ini seseorang itu akan mengetahui betapa

perlunya sesuatu penyelidikan itu dijalankan. Antaranya ialah :

1. Penyelidikan menyumbang ke arah penambahbaikan amalan.

2. Memberi maklumat untuk penggubalan dan penambahbaikan dasar.

3. Penyelidikan memperkaya pengetahuan sedia ada.

4. Menambah pengetahuan mengenai isu dalam pendidikan

5. Membantu meningkatkan keberkesanan amalan semasa.

6. Membantu kefahaman isu semasa (peroleh pelbagai pendapat).

7. Meningkatkan kemahiran penyelidikan (pengurusan, analisis, penulisan, komunikasi

interpersonal, pengucapan awam).

Jenis Penyelidikan Pendidikan

Kebanyakan pakar penyelidikan pendidikan berpendapat bahawa bidang penyelidikan

boleh dikelaskan kepada dua kategori utama iaitu penyelidikan asas dan penyelidikan

gunaan. Berikut adalah jenis-jenis penyelidikan dalam pendidikan:

Page 15: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 7

1. Penyelidikan Asas

2. Penyelidikan Gunaan

3. Penyelidikan Penilaian

4. Penyelidikan Tindakan

5. Penyelidikan Pembangunan

6. Penyelidikan Kuantitatif

7. Penyelidikan Kualitatif

1) Penyelidikan Asas

a. Penyelidikan yang dijalankan untuk menerbitkan dapatan, ilmu atau teori baru.

b. Penyelidikan asas menekankan penemuan pengetahuan semata-mata untuk

pengetahuan.

c. Penyelidikan yang lebih menumpukan kajian teori-teori yang wujud dalam bidang

pendidikan secara lebih mendalam.

d. Menerusi penyelidikan asas penyelidik memperoleh data empirikal yang boleh

digunakan untuk mengembangkan dan menilai teori.

e. Penyelidikan asas kurang berorientasikan cara-cara ke arah penyelesaian masalah

praktis.

2) Penyelidikan Gunaan

a) Bertujuan untuk menyelesaikan masalah praktis yang dihadapi atau untuk menguji

sesuatu teori untuk menilai kegunaannya dalam arena pendidikan.

b) Dapat memberikan data sama ada menyokong sesuatu teori, mengubah suai, atau

mengembangkan sesuatu teori baru.

3) Penyelidikan Tindakan

Kajian tindakan dalam pendidikan ialah kajian yang dijalankan oleh guru untuk

meningkatkan keberkesanan pengajaran (Carl Glickman, 1992).

Page 16: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

Unit 1 Pengenalan Kepada Penyelidikan pendidikan Sekolah Rendah

4) Penyelidikan Kuantitatif

Penyelidikan penilaian ialah penyelidikan yang dilakukan untuk menilai sesuatu

program. Biasanya ia menilai kesesuaian, kecekapan, keberkesanan dan impak sesuatu

program yang telah dijalankan.

5) Penyelidikan kualitatif

a. Kajian etnografi

Satu kajian yang melibatkan sekumpulan manusia untuk mengkaji sosio budaya mereka.

b. Kajian kes

Kajian kes digunakan untuk memahami mendalam tentang subjek yang dikaji, berfokus

kepada proses berbanding output, mementingkan penemuan bukannya pengesahan

sesuatu teori atau dapatan. Melibatkan seorang individu, sekumpulan manusia, satu

masyarakat, satu bilik darjah.

c. Kajian sejarah

Mengkaji tentang sebab-sebab, kesan-kesan atau kecenderungan dari peristiwa lepas

yang mungkin boleh membantu untuk menerangkan perkara-perkara pada masa

sekarang dan peristiwa-peristiwa yang dijangka masa akan datang.

d. Kajian naratif

Satu jenis kajian yang digunakan untuk memahami atau mengkaji bagaimana manusia

membina makna dalam kehidupan mereka.la memberi tumpuan kepada makna yang

ditafsirkan oleh manusia kesan daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam

kehidupan mereka.

6) Penyelidikan Kuantitatif

a. Kajian eksperimental

Peserta-peserta diagihkan secara rawak (random assignment) kepada dua kumpulan.

Kumpulan pertama diberi rawatan kaedah pertama. Kumpulan yang kedua diberi

rawatan dengan kaedah kedua. Di akhir kajian min prestasi kedua- dua kumpulan

dibandingkan untuk mengkaji keberkesanan kedua-dua rawatan

Page 17: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

yang telah diberikan. Andaian dibuat bahawa kumpulan-kumpulan ini tidak mempunyai

apa-apa perbezaan dalam semua aspek sebelum rawatan. Syarat tiada perbezaan ini

ditentukan dengan cara mengawal pembolehubah- pembolehubah kawalan.

b. Kuasi-eksperimental

Peserta-peserta tidak dibahagikan secara rawak. Kedua-dua kumpulan diasingkan

menggunakan pengasingan yang sedia ada.Sebelum kajian dijalankan kedua-dua

kumpulan diberikan ujian pra.Selepas itu kumpulan pertama menjalani rawatan dengan

kaedah pertama, sementara kumpulan yang satu lagi tidak diberi apa-apa rawatan

(kumpulan kawalan).Selepas tamat kajian kedua-dua kumpulan mengambil ujian

pasca.Prestasi kedua-dua kumpulan sebelum dan selepas kajian dibandingkan untuk

menentukan perbezaan keberkesanan rawatan yang telah diberi.

c. Kajian tinjauan

Kajian tinjauan melibatkan penggunaan soal selidik atau penggunaan maklumat statistik

untuk mengumpulkan data mengenai sesuatu populasi, pemikiran atau tingkahlaku

mereka. Analisis statistik deskriptif seperti min, mod, median, peratus dan kekerapan

biasanya dijalankan ke atas kajian jenis ini.

d. Kajian korelasi

Menentukan perhubungan di antara dua pemboleh ubah yang dapat diberikan nilai

numerikal.

Isu Etika Penyelidikan

Isu etika penyelidikan sering ditimbulkan dan dibincangkan dalam seminar penyelidikan,

terutamanya dalam bidang sains sosial dan tingkah laku.lni adalah kerana penyelidikan

yang dilakukan biasanya menggunakan manusia yang mempunyai perasaan dan

pengalaman. Kaedah pengumpulan data dalam sesetengah kajian pula menyentuh rahsia,

emosi, hak, hal peribadi dan kebenaran subjek kajian. Oleh sebab data yang dikumpul

daripada responden mungkin merupakan maklumat rahsia atau sesuatu yang sulit, yang

tidak boleh diketahui

Page 18: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

10 Unit 1 Pengenalan Kepada Penyelidikan pendidikan Sekolah Rendah

orang lain, atau yang diumumkan akan mendatangkan kesan yang negatif kepada pihak-

pihak tertentu (subjek dan pihak-pihak lain), pengkaji perlu mengetahui etika penyelidikan

sebelum merancang dan menjalankan kajian.Etika penyelidikan merujuk kepada peraturan-

peraturan/kod atau satu set prinsip/nilai moral yang berperanan sebagai panduan dalam

menjalankan penyelidikan. Para penyelidik perlu menunujukkan perlakuan yang mematuhi

etika semasa menjalankan penyelidikan.

a. Kod etika penyelidikan

Dalam etika penyelidikan beberapa elemen yang perlu diberi perhatian oleh penyelidik

seperti berikut:

i) Mendapat Kebenaran (informed consent)

Isu mendapat kebenaran daripada responden untuk kajian adalah kompleks. 'Informed

Consent' merujuk kepada kebenaran yang diberi oleh responden setelah memahami

beberapa perkara berikut: • Matlamat dan tujuan kajian.

• Apa yang dikendaki oleh responden.

• Semua akibat yang mungkin timbul daripada penglibatan/ tidak dalam

penyelidikan. • Sekiranya fokus atau sampel berubah, perundingan semula perlu dibuat

• Dalam kes yang melibatkan responden yang kurang berupaya untuk memberi

kebenaran seperti ada penyakit mental atau kanak-kanak, cadangan kajian

mesti diterangkan dan justifikasi prosedur untuk melindungi hak responden.

ii) Penglibatan (Participation)

• Bakal responden perlu diberitahu tentang matlmat, kaedah, faedah dan masalah

yang mungkin timbul dalam kajian.

• Mereka juga patut diberitahu setakat mana penglibatan mereka dalam

penyelidikan tersebut.

• Mereka perlu diberitahu penarikan diri dalam kajian tidak membawa apa- apa

kesan negatif

Page 19: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

• Mereka boleh membuat komplain terhadap tingkahlaku penyelidik dengan

mengikut prosedur tertentu.

iii) Kerahsiaan (Confidentiality)

• Cadangan dan pelan kajian mesti menyatakan bagaimana kerahsiaan maklumat

dijamin berkesan.

• Perlindungan hak responden diutamakan.

• Prosedur tidak terlalu rigid dan mengongkong responden.

• Pengkaji mungkin boleh berkongsi maklumat dengan ahli kumpulan dalam

komuniti penyelidikan

iv) Anomiti

Penyelidik mesti menjamin anomiti kepada peserta, contohnya identiti responden.

v) Rundingan (Negotiation)

Rundingan melibatkan perkara-perkara berikut:

• Mendapat kebenaran dari institusi

• Mendapat kebenaran untuk aksesdata

• Penggunaan data

• Penulisan laporan

• Melindungi peserta daripada masalah yang timbul

b. Prosedur rundingan yang boleh diikuti oleh Penyelidik

Berikut adalah prosedur rundingan yang boleh diikuti oleh penyelidik:

• Mendapat kebenaran secara formal daripada pihak berkenaan untuk menjalankan

kajian.

• Memberi rangka projek/cadangan/pelan kepada guru besar/pengetua sekiranya

penyelidikan dijalankan di sekolah.

• Rangka/pelan/cadangan harus menerangkan dan justifikasi prosedur yang akan

diikuti untuk memudahkan data dibaca berkait dengan peserta seperti transkrip, nota

pemerhatian, bukti dokumen dan memasukkan data ini dalam laporan akhir atau teks

umum.

• Terangkan makna anomiti dan kerahsian kepada peserta kajian.

Page 20: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

Unit 1 Pengenalan Kepada Penyelidikan pendidikan Sekolah Rendah

• Tentukan sama ada peserta akan menerima satu salinan laporan dan/atau draf

laporan atau transkrip temubual.

• Beritahu peserta apa yang dibuat dengan maklumat yang diberi.

• Sediakan satu rangka tujuan dan keadaan kajian untuk peserta.

• Jujur tentang tujuan kajian dan keadaan dalam mana kajian dijalankan.

• Perundingan amat penting untuk menjayakan penyelidikan.

AKTIVITI 1.2

Berikan pandangan anda mengapakah sesuatu penyelidikan itu perlu ada kod dan

etika?

Prosedur Penyelidikan Pendidikan

1. Menyatakan masalah kajian

Masalah kajian merupakan istilah yang digunakan merujuk kepada isu atau persoalan

pokok yang kita akan kaji.

2. Menetapkan objektif kajian

Objektif kajian menyatakan dengan spesifik perkara-perkara yang ingin diselidiki

dalam sesuatu penyelidikan yang dijalankan.la juga menggambarkan pembolehubah

yang terlibat dalam sesuatu penyelidikan.

3. Membentuk soalan kajian

Soalan kajian dibina berdasarkan objektif kajian.Soalan kajian mestilah jelas, tepat

dan berfokus. Soalan kajian membantu penyelidik memberi hala tuju yang jelas

kepada proses penyelidikan dan memudahkannya menulis laporan penyelidikan.

G

Page 21: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 13

4. Menghasilkan hipotesis kajian

Bagi kajian kuantitatif, hipotesis digunakan untuk menentukan sama ada sesuatu yang

dikaji itu benar atau salah, rawatan berjaya atau tidak dan sebagainya. (Kajian

Eksperimental, kuasi-eksperimental, korelasi).

5. Melakukan tinjauan literatur

Tinjauan literatur diperlukan untuk membolehkan penyelidik mengetahui senario,

perkembangan dan isu-isu yang berkaitan dengan penyelidikan yang akan dijalankan.

la membantu penyelidik menyatakan masalah kajian, objektif dan persoalan kajian.

Seterusnya teori-teori yang berkaitan dengan isu yang dikaji dan dapatan-dapatan

kajian yang lepas boleh membantu penyelidik membincangkan dapatan kajiannya.

6. Merancang kaedah kajian

Menentukan instrumen, prosedur pelaksanaan kajian.

7. Mereka bentuk kajian

Penyelidik perlu menentukan pendekatan kualitatif atau pendekatan kuantitatif yang

akan digunakan, bentuk instrumen dan penyelidik juga perlu menentukan apakah teknik

pengumpulan data serta data akan dianalisis nanti.

8. Menentukan prosedur persampelan

Persampelan merupakan aspek penting dalam penyelidikan.Sampel yang betul perlu

dipilih bagi sesuatu kajian supaya dapatan dari sampel boleh menggambarkan ciri

populasi atau menggambarkan sesuatu kes atau sesuatu fenomena yang dikaji.

9. Membina instrumen kajian

Instrumen ialah alat untuk membolehkan penyelidik membuat pengukuran atau

membuat pengumpulan data.Instrumen yang sedia ada boleh digunakan.Jika instrumen

belum ada penyelidik perlu membina instrumen yang diperlukan.

Page 22: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

Unit 1 Pengenalan Kepada Penyelidikan pendidikan Sekolah Rendah

10. Menyatakan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian

Instrumen yang akan digunakan perlulah ditentukan kesahannya. Terdapat beberapa

kesahan yang perlu ditentukan, iaitu kesahan kandungan, kesahan konstruk dan

kesahan muka. Seterusnya kebolehpercayaan instrumen juga perlu ditentukan.

Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan (konsistensi) alat pengukuran.

11. Menentukan prosedur pengumpulan data

Prosedur pengumpulan data perlu dirancang dengan teliti supaya data yang dikumpul

adalah mencukupi, tepat dan dapat menggambarkan dengan benar persoalan, isu,

fenomena atau kes yang dikaji.

12. Mengumpul data

Selepas membentuk persoalan kajian atau hipotesis kajian, maka data perlu dikutip.

Maklumat dapat diperolehi daripada berbagai-bagai sumber. Terdapat berbagai strategi

dan teknik yang kita gunakan untuk mengumpul data-data atau maklumat dalam

penyelidikan. Apa yang penting ialah strategi dan teknik yang dipilih mempunyai ciri-ciri

kredibiliti, keobjektifan, kebolehpercayaan, keesahan dan kebolehan untuk generalisasi.

13. Menganalisis data

Dalam langkah ini, penyelidik menganalisis data yang telah dikumpul itu dengan

menggunakan kaedah yang paling sesuai untuk membuktikan persoalan kajian atau

hipotesis yang dibentuk dapat disokong dan dan dibuktikan kebenarannya. Analisis

secara kualitatif dan juga kuantitatif dapat dijalankan untuk menentukan sama ada

objektif kajian dicapai atau tidak.

14. Membincang hasil kajian

Dapatan kajian haruslah dibincangkan, berdasarkan perbandingan dengan teori dan

dapatan kajian-kajian yang lepas. Hasil perbincangan akan menghasilkan rumusan,

penambahbaikan, cadangan dan implikasi penyelidikan.

Page 23: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

15. Melaporkan kajian

Setelah data diterjemah dan dibuat kesimpulan maka penyelidik perlu menulis laporan

tentang apa yang didapati dalam kajian yang telah dilakukannya. Dalam laporan

penyelidik perlu menulis tujuan kajian, menerangkan tentang latar belakang kajian,

objektif kajian, persoalan kajian atau hipotesis kajian, terangkan reka bentuk kajian,

cara data di analisis, penerangan tentang dapatan kajian dan juga cadangan-

cadangan yang perlu bagi menjawab masalah yang telah dikenal pasti.

RUMUSAN

Penyelidikan merupakan suatu perkara penting bagi pendidik kerana fenomena- fenomena

yang berlaku dalam dunia pendidikan hanya dapat dijelaskan dengan adanya penyelidikan.

Dalam persekitaran pendidikan, pendidik sentiasa beraksi dan berinteraksi dengan dengan

orang lain terutamanya pelajar. Dalam interaksi berkenaan, pelbagai fenomena akan

berlaku. Antaranya ialah kejayaan dalam pelajaran, masalah disiplin, globalisasi dalam

pendidikan dan sebagainya.Setiap yang berlaku ini perlu diteliti dari segi sebab-sebabnya,

akibat sesuatu kejadian, kesan terhadap individu atau masyarakat, cara-cara mengatasi

sesuatu masalah dan sebagainya.Semua fenomena ini hanya dapat dijawab dan selesaikan

melalui penyelidikan.Oleh itu amatlah penting seseorang penyelidik itu mengenalpasti

dahulu konsep seperti tujuan, ciri-ciri dan prosedur kajian sebelum sesuatu penyelidikan itu

dijalankan.

PENILAIAN KENDIRI

1. Berikan empat perkara penting bagi sesuatu cadangan penyelidikan.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan kerangka konsepsual?

3. Huraikan perbezaan antara kajian asas dengan kajian gunaan?

4. Satu kajian yang baik mempunyai kriteria-kriteria tertentu. Ini

termasuklahbahagian pengenalan, tinjauan literatur dan metodologi.

Bagaimanakah tinjauanliteratur dapat membantu seseorang pengkaji?

5. Jelaskan kriteria-kriteria kajian yang baik.

Page 24: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

16 Unit 1 Pengenalan Kepada Penyelidikan pendidikan Sekolah Rendah

RUJUKAN

Abdul Rahman Abdul Majid Khan {2008).Guru sebagai penyelidik. Kuala Lumpur: PTS

Professional Publishing.

Amir Hasan Dawi(2009). Sekolah dan Masyarakat. Tanjong Malim. Prospecta Sdn. Bhd.

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, Abdul Rahim Hamdan (

2004). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan: Teori, Analisa & Interpretasi Data.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Gall, M. (1996). Educational Research: An Introduction concepts in human behaviour,

psychology, sociology. Thousand Oaks, CA/Sage Publication.

Helmstadtr, G. C. (1970). Research concepts in human behavior: Education,

sychology,sociology. New York:Appleton-Century-Crofts.

John P. Keeves (1997). Educational research, methodology, and measurement: An

International Handbook. Cambridge.

Mohd Majid Konting. (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur:Dewan

Bahasa & Pustaka.

Neuman, W. L. (2000). Social Research Methods-Qualitative and Quantitative th

Approaches. (4 ed). Boston : Allyn and Bacon.

Noraini Idris (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw-Hill.

Page 25: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

UNIT 2

PENYELIDIKAN KUANTITATIF

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menjelaskan penyelidikan kuantitatif.

2. Mengenalpasti rekabentuk, instrumen, pensampelan dan kaedah analisis

data penyelidikan kuantitatif.

PETA KONSEP

PENGENALAN

Unit ini membincangkan tentang penyelidikan kuantitatif.Terdapat beberapa reka bentuk

penyelidikan kuantitatif yang perlu dikenal pasti oleh penyelidik sebelum menjalankan

kajian.Selain itu, instrumen dan teknik pensampelan yang sesuai dengan kajian dijelaskan

sebelum data dikumpul dan dianalisis bagi mendapatkan jawapan kepada setiap persoalan

kajian.

Page 26: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

18 Unit 2 Penyelidikan Kuantitatif

ISI KANDUNGAN

Apakah Itu Penyelidikan Kuantitatif?

Penyelidikan kuantitatif ialah penyelidikan yang sistematik berdasarkan nilai numerikal atau

statistik. Tujuannya ialah untuk :

1. Menguji teori

2. Melihat hubungkait angkubah

3. Menjelaskan fenomena dari segi "sebab penyebab"

4. Membuat ramalan

5. Membuat tinjauan

Menurut Sabitha Marican (2005) Penyelidikan kuantitatif akan digunakan sekiranya

persoalan kajian memerlukan penjelasan yang jitu dalam bentuk numerik. Kajian berbentuk

kuantitatif selalu diperhatikan dalam bentuk perkiraan yang merangkumi nombor dan

formula-formula yang tertentu.Hasil kajian merangkumi formula-formula tertentu dalam

bentuk gambar rajah, jadual dan perkiraan statistik.

Jenis-Jenis Reka Bentuk Penyelidikan Kuantitatif

1. Kajian Eksperimental

Dikenali sebagai kajian bandingan kumpulan. Peserta-peserta diagihkan secara rawak

(random assignment) kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama diberi rawatan kaedah

pertama. Kumpulan yang kedua diberi rawatan dengan kaedah kedua. Di akhir kajian min

prestasi kedua-dua kumpulan dibandingkan untuk mengkaji keberkesanan kedua-dua

rawatan yang telah diberikan. Andaian dibuat bahawa kumpulan-kumpulan ini tidak

mempunyai apa-apa perbezaan dalam semua aspek sebelum rawatan. Syarat tiada

perbezaan ini ditentukan dengan cara mengawal pemboleh ubah-pemboleh ubah kawalan.

Page 27: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

2. Kuasi-Eksperimental

Kajian yang menggunakan kumpulan-kumpulan yang sedia ada sebagai kumpulan kawalan

dan kumpulan eksperimen. Peserta-peserta tidak dibahagikan secara rawak. Kedua-dua

kumpulan diasingkan menggunakan pengasingan yang sedia ada.Sebelum kajian

dijalankan kedua-dua kumpulan diberikan ujian pra.Selepas itu hanya kumpulan pertama

diberi rawatan.Selepas tamat kajian kedua-dua kumpulan mengambil ujian pasca. Prestasi

kedua-dua kumpulan sebelum dan selepas kajian dibandingkan untuk menentukan

perbezaan keberkesanan rawatan yang telah diberi.

3. Kajian Tinjauan

Cross Sectional digunakan untuk mengutip data yang menggambarkan sikap, pendapat

atau kepercayaan semasa. Rekabentuk Longitudinal pula digunakan untuk mengkaji

individu dalam jangka masa tertentu. Kajian tinjauan umumnya melibatkan penggunaan soal

selidik atau penggunaan maklumat statistik untuk mengumpulkan data mengenai sesuatu

populasi, pemikiran atau tingkahlaku mereka.Statistik deskriptif yang biasa digunakan

adalah seperti min, mod, median, peratus dan kekerapan.

3. Kajian Korelasi

Menentukan perhubungan di antara dua pemboleh ubah yang dapat diberikan nilai

numerikal.Contohnya membandingkan keputusan peperiksaan murid-murid dalam dua

matapelajaran yang berbeza.

Instrumen Kajian Kuantitatif

Instrumen kajian merupakan alat yang digunakan dalam kajian untuk mengumpul

data.Contoh alat kajian kuantitatif ialah soal selidik.Soal selidik digunakan untuk mengumpul

data secara formal dan sistematik.Sebelum penyelidikan dijalankan penyelidik haruslah

memastikan setiap soal selidik yang dijalankan memenuhi objektif dan persoalan kajian,

mempunyai kesahan alat ukur, mempunyai

Page 28: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

20 Unit 2 Penyelidikan Kuantitatif

kebolehpercayaan dan praktikal.Soal selidik mestilah jelas dan mudah dijawab. Biasanya

terdiri daripada dua bentuk :

1. Soal Selidik jenis Terbuka

Instrumen bentuk ini memberi kebebasan kepada responden untuk menyatakan pandangan

mengenai sesuatu isu.Analisisnya bertujuan untuk mengenalpasti maklumat yang penting,

mengklasifikasikan maklumat untuk dianalisis dan membuat interpretasi dan

kesimpulan.Soalan terbuka memberi kebebasan kepada responden untuk mengemukakan

pendapat dan memberi huraian lanjut berhubung dengan soalan yang dikemukakan.Contoh

:

Contoh soal selidik jenis terbuka:

1. Apakah yang menyebabkan anda minat dengan mata pelajaran sains?

2. Apakah kaedah pengajaran yang sesuai diajar oleh guru sains untuk

meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran sains?

2. Soal Selidik jenis Tertutup

Pilihan jawapan diberikan untuk dipilih oleh responden berdasarkan pandangan

sendiri.Jenis-jenis soalan tertutup adalah dichotomous, skala likert, susunan keutamaan

dan demografi.Soalan tertutup mempunyai jawapan-jawapan tertentu yang

disediakan.Responden memilih jawapan yang paling sesuai tentang fenomena yang

berkaitan.Terdapat beberapa jenis skala pengukuran yang boleh digunakan bagi soal selidik

yang berbentuk soalan tertutup seperti:

a. Soalan Tertutup Dichotomus

Skala ini mempunyai dua pilihan Ya/Tidak, Benar/ Salah, ada/ Tiada dan Setuju / Tidak

Setuju.

Page 29: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

Contoh soal selidik jenis Soalan Tertutup Dichotomus:

1. Adakah anda mengetahui tentang undang-undang dan peraturan sekolah?

Tidak

2. Penggunaan peta minda membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran.

Tidak Setuju

b. Skala Likert

Skala ini mempunyai pernyataan yang mempunyai tahap persetujuan. Dalam bentuk asal

skala ini mempunyai 5 poin iaitu :

1. Sangat Tidak Setuju

2. Tidak Setuju

3. Tidak Pasti

4. Setuju

5. Sangat Setuju

Skala asal Likert juga boleh dihasilkan dalam pelbagai variasi seperti skala yang

mempunyai 4 poin, 6 poin, 7 poin dan sebagainya.Selain daripada itu, diskriptor bagi skala

juga boleh diubah.

Contoh soal selidik jenis skala likert:

1. Saya mempunyai seorang guru sains yang baik.

1 2 3 4 5

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju

Ya

Setuju

Page 30: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

22 Unit 2 Penyelidikan Kuantitatif

c. Susunan Mengikut Keutamaan (Rank Order)

Skala rank order ini adalah untuk mendapatkan penilaian responden kepada semua aspek

yang disenaraikan dengan memberi pemberatnya.Susunan aspek ini mengikut keutamaan

iaitu nombor 1 menunjukkan peringkat tertinggi, nombor 2 dan seterusnya hingga nombor

terakhir yang menunjukkan paling rendah peringkat.

Contoh soal selidik jenis Rank Order:

Sila beri nombor mengikut keutamaan teknik pengajaran guru yang paling anda sukai

bermula dengan nombor 1 sebagai sangat suka, diikuti dengan nombor 2 bagi teknik

pengajaran yang kedua disukai dan seterusnya sehingga nombor 5. Sila tulis keutamaan

(ranking) anda pada kotak yang diberi.

d. Maklumat Demografi

Dalam sesuatu soal selidik pada kebiasaannya mempunyai satu bahagian yang

mengandungi maklumat demografi responden.Adanya bahagian demografi membolehkan

analisis dibuat dengan lebih terperinci lagi seperti berdasarkan dimensi yang lebih terperinci

seperti mengikut jantina pelajar, peringkat sosio- ekonomi pelajar dan sebagainya.

Teknik pengajaran guru Pemeringkatan (ranking)

Kuliah

Latih tubi

Syarahan

Simulasi

Lakonan

Page 31: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 23

Contoh maklumat demografi dalam soal selidik 1.

Nama Sekolah

2. Lokasi Sekolah : Bandar

Luar Bandar

3. Tingkatan : Satu

Dua

Tiga

: Melayu

Cina

India Lain-lain

4. Bangsa

□ □ □ □

Page 32: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

Unit 2 Penyelidikan Kuantitatif

Ijazah

□ □ PHD

" PELAKSANAAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DALAM

MATA PELAJARAN SAINS "

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya dimaklumkan, Tuan/Puan telah dikenal pasti

dan dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Tujuan kajian ini

adalah untuk mendapatkan maklumatmengenai pelaksanaan

pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran sains. Maklumat

yang bakal diberikan adalah amat berguna khususnya dalam

meningkatkan kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran Sains.

Input daripada Tuan/Puan dalam menjawab soal selidik ini secara

ikhlas amat dihargai. Maklumat tersebut akan dirahsiakan dan

adalah untuk kajian semata-mata. Akhir sekali saya mengucapkan

ribuan terima kasih di atas kerjasama Tuan/ Puan dalam menjawab

soal selidik ini.

2. UMUR : 29 tahun dan kurang

30 tahun dan lebih □

3. ETNIK : Melayu □ Cina □ India □

4. PENGALAMAN MENGAJAR:

Kurang daripada 5 tahun □

Lebih daripada 5 tahun □

Lebih daripada 10 tahun □

Sekian, Terima Kasih.

BAHAGIAN A

ARAHAN : Sila isikan ruang-ruang kosong di bawah ini dan

tandakan (X) pada petak yang berkenaan.

5. TARAF AKADEMIK: Diploma □

Perempuan □

1. JANTINA : Lelaki

IjNlVERSlTl JWDIDIK N̂ Sin TAN ][>RJS

Sarjana

BAHAGIAN B

ARAHAN: Soalan bahagian B berkaitan dengan Pelaksanaan Pendekatan

Konstruktivisme Dalam Mata pelajaran Sains. Bahagian ini terdiri daripada

empat aspek berkenaan dengan tahap pengetahuan, kesediaan, kemahiran

dan sikap responden. Sila bulatkan nombor mengikut skala yang diberikan.

Skala : 1 = Sangat tidak setuju

2 = Tidak setuju

3 = Tidak pasti

4 = Setuju

5 = Sangat setuju

□ □ Lain-lain ospyen 6. OPSYEN : Sains

Contoh 1, soalan soal selidik kajian kuantitatif:

PENGETAHUAN SKOR

1. Kaedah pengajaran berdasarkan

pendekatan konstruktivisme adalah sama

dengan kaedah biasa.

1 2 3 4 5

2. Saya yakin cara penyampaian

pengajaran berdasarkan pendekatan

konstruktivisme lebih berkesan daripada

kaedah biasa

1 2 3 4 5

3. Pengajaran berdasarkan kaedah

konstruktivisme menggalakkan Kreativiti

1 2 3 4 5

4. Kaedah pengajaran konstruktivisme

adalah satu proses pengajaran yang

mementingkan pengetahuan sedia ada

pelajar

1 2 3 4 5

5. Setiap pelajar membina pengetahuan

daripada orang lain

1 2 3 4 5

Page 33: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 35

Contoh 2, soalan soal selidik kajian kuantitatif:

Tajuk Bengkel :

Pendekatan Belajar Melalui Bermain Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2014

Tolong penuhkan borang penilaian ini bagi tujuan penambahbaikan pada masa akan datang.

Kerjasama anda didahului dengan jutaan terima kasih.

Tema : Pembelajaran menyeronokkan dan berkesan (Learning Is Fun dan Effective) Sila

tandakan ( / ) pada pilihan jawapan yang sesuai.

1 = Sangat Tidak Baik 2 = Tidak Baik 3 = Memuaskan 4 = Baik 5 = Sangat Baik

Berikan cadangan dan komen anda :

1 2 3 4 5

Tema Bengkel

Penjadualan atur cara bengkel

Bekalan bahan bengkel

Peruntukan masa bengkel

Acara pembukaan bengkel

Urusetia dan sekretariat

Pendaftaran

Komunikasi bengkel

Makan dan minum

Susun atur bengkel

Tempat bengkel diadakan

Page 34: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

26 Unit 2 Penyelidikan Kuantitatif

AKTIVITI 2.1

Dalam kajian kuantitatif terdapat dua bentuk soal selidik iaitu soal selidik jenis

tertutup dan jenis terbuka. Pada pandangan anda, soal selidik jenis manakah lebih

digemari oleh responden kajian?Huraikan hujah anda.

Kebolehpercayaan Dan Kesahan

Setiap instrumen yang digunakan perlulah mempunyai kebolehpercayaan dan

kesahan.Terdapat empat jenis kesahan iaitu:

1. Kesahan kandungan ialah ukuran sejauh/setepat mana sesuatu ujian dapat

mengukur kandungan bidang yang hendak diukur.

2. Kesahan hubungan kriteria terdiri daripada dua bentuk, iaitu kesahan serentak

(concurrent validity) dan kesahan ramalan (predictive validity).

3. Kesahan konstruk ialah ukuran sejauh/setepat mana sesuatu ujian dapat mengukur

sesuatu konstruk/gagasan berassakan teori psikologi tertentu. Contohnya: 'rajin'.

4. Kesahan muka sesuatu instrumen/ujian 'nampak pada permukaannya'dapat

mengukur apa yang hendak diukur. Contohnya: bagi instrumen yang mengukur

'rajin', kita sepatutnya nampak item-itemnya berkait dengan ciri-ciri orang yang 'rajin'.

Kajian Rintis

Bagi memastikan instrumen yang digunakan mempunyai kebolehtadbiran, satu kajian rintis

perlu dijalankan.Kajian rintis ini dibuat sebelum kajian yang sebenar dijalankan yang

bertujuan untuk memastikan instrumen kajian mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan

yang tinggi serta dapat menyelesaikan masalah- masalah yang mungkin berlaku semasa

kajian sebenar dijalankan. Fungsi kajian rintis dijalankan ialah untuk;

Page 35: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

i. menyemak kejelasan item-item, arahan dan susun atur soal selidik.

ii. mendapatkan maklum balas tentang kesahan item-item soal selididk.

iii. mendapatkan maklum balas tentang kesesuaian item-item dan format jawapan.

iv. mendapatkan maklum balas tentang kategori jawapan bagi item-item tertutup.

v. mendapatkan maklum balas tentang daya tarikan soal selidik.

vi. menyemak masa yang diperlukan untuk menjawab soal selidik.

vii. mengenai pasti item-item yang tiada kaitan dalam soal selidik.

viii. menyediakan kod untuk kemasukan data dalam fail data komputer.

Populasi dan Persampelan

Populasi ialah kumpulan orang, perkara, benda yang dikaji.Jika bilangan populasi tidak

besar (kurang dari 100) maka diambil semua populasi tersebut.Populasi hendaklah relevan

dengan kajian.

Sampel adalah sebahagian daripada populasi.Sampel yang dipilih mesti bersifat

representative.Pensampelan adalah satu proses memilih individu bagi sesuatu kajian

dalam cara yang tertentu supaya mereka mewakili populasi di mana mereka dipilih. Sampel

kajian hendaklah dikekalkan sehingga habis kajian tersebut.Sampel hendaklah terdiri

daripada populasi. Jenis-jenis persampelan adalah seperti berikut:

1. Persampelan Rawak Mudah (Simple Random Sampling)

2. Persampelan Rawak Berlapis (Stratified Random Sampling)

3. Persampelan Bersistematik (Sistematic Sampling)

4. Persampelan Kelompok (Cluster Sampling)

(Perbincangan selanjutnya tentang persampelan boleh rujuk kepada unit 6 dalam modul ini)

Analisis Data

Analisis soal selidik adalah untuk mengira kekerapan, peratusan serta purata bagi setiap

item.la boleh dipersembahkan mengikut kesesuaian seperti carta bar, graf

Page 36: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

Unit 2 Penyelidikan Kuantitatif

palang dan graf garis. Tujuannya adalah untuk membuat intepretasi dan kesimpulan bagi

menjawab persoalan kajian. Analisis data dalam kajian kuantitatif terdiri daripada:

1. Analisis deskriptif - Kaedah analisis bagi tujuan menerangkan ciri-ciri pemboleh ubah.

2. Analisis inferensi - Kaedah analisis bagi tujuan menerangkan perhubungan antara

pemboleh ubah-pemboleh ubah.

(Perbincangan selanjutnya tentang analisis data boleh rujuk kepada unit 8 dalam modul ini)

Jenis-jenis hipotesis

1. Pengujian hipotesis hubungan - Pengujian hipotesis adalah teknik analisis

pentadbiran (inferential analysis) yang boleh membantu kita menggunakan data sampel

untuk mentakbir/menganggar parameter populasi.

2. Pengujian hipotesis perbezaan -Analisis menggunakan ujian t dilakukan untuk

mengenal pasti perbezaan min 2 pemboleh ubah manakala ujian Anovadilakukan untuk

mengenal pasti perbezaan lebih daripada dua pemboleh ubah.

AKTIVITI 2.2

Terdapat 2bentuk pengujian hipotesis perbezaan iaitu ujian t dan Ujian

Anova. Berikan satu contoh pemboleh ubah yang perlu dianalisis bagi setiap

analisis tersebut.

RUMUSAN

Penyelidikan kuantitatif memerlukan data numerikal serta melibatkan analisis statistik

terhadap data tersebut untuk memahami dan menjelaskan fenomena yang dikaji.Kajian

jenis ini memerlukan alat atau instrumen untuk mendapatkan data

E

Page 37: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 29

kajian.Alat yang biasa digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik yang terdiri daripada

soal selidik jenis yang terbuka dan tertutup. Dapatan dari soal selidik ini akan dianalisis bagi

memenuhi tuntutan tujuan kajian. Kajian kuantitatif biasanya mengukur tingkah laku yang

nampak (luaran). Oleh itu kajian ini tidak sesuai untuk mengkaji tingkah laku yang tidak

boleh nampak seperti 'teacher intention', proses kognitif pelajar, budaya sekolah dan ciri-ciri

sosial dalam komuniti sekolah. Konsep kajian ini tertumpu kepada pembuktianleori' melalui

pemerhatian apa yang berlaku dan diukur secara objektif.

PENILAIAN KENDIRI

Kajian yang melibatkan murid-murid sekolah boleh dibuat dengan menggunakan reka

bentuk eksperimen atau Iain-Iain reka bentuk.

1. Jelaskan apa yang anda faham tentang reka bentuk eksperimen dari segi sampel

dan pengagihan rawatan kepada kumpulan-kumpulan.

2. Berikan satu topik kajian berkaitan kaedah mengajar yang bolehmenggunakan reka

bentuk eksperimen dan nyatakan satu soalan kajiannnya.

3. Jelaskan apakah fungsi kajian rintis?

4. "Alat kajian yang baik mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang

tinggi".Huraikan pernyataan tersebut.

5. Dengan besertakan contoh yang sesuai bagi setiap satu, jelaskan perkara- perkara

berikut:

a. Kesahan kandungan

b. Kesahan hubungan kriteria

c. Kesahan konstruk

d. Kesahan muka

Page 38: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

30 Unit 2 Penyelidikan Kuantitatif

RUJUKAN

Abu Bakar Nordin. (1995). Penilaian afektif. Kajang\ MASA Enterprise.

Ary, D., Jacob, L. & Razavieh, A. (1996).Introduction to the research in education (5th ed.).

Orlando, FL: Harcourt Brace & Co.

Azizi Ahmad dan Mohd Isha Awang. (2008). Peng ukuran dan penilaian pendidikan.Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chua Yan Piaw. (2006a). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan. Buku 1.

Kuala Lumpur, McGraw-Hill.

Chua Yan Piaw. (2006b). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Asas Statistic. Penyelidikan

Buku 2. Kuala Lumpur, McGraw-Hill.

Noraini Idris.( 2010). Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw-Hill.

Sabitha Marican. (2005). Kaedah penyelidikan sains sosial. Petaling Jaya: Prentice Hall.

Page 39: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

UNIT 3

PENYELIDIKAN KUALITATIF

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menjelaskan penyelidikan kualitatif.

2. Mengenalpasti rekabentuk, instrumen, pensampelan dan kaedah

analisis data penyelidikan kualitatif.

3. Membezakan penyelidikan kualitatif dengan penyelidikan kuantitatif.

PETA KONSEP

PENGENALAN

Unit unit membincangkan tentang penyelidikan kualitatif. Terdapat beberapa reka bentuk

penyelidikan kualitatif yang perlu dikenal pasti oleh penyelidik sebelum menjalankan kajian.

Selain itu, instrumen dan teknik pensampelan yang sesuai

Page 40: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

32 Unit 2 Penyelidikan Kuantitatif

dengan kajian dijelaskan sebelum data dikumpul dan dianalisis bagi mendapatkan jawapan

kepada setiap persoalan kajian.

ISI KANDUNGAN

Apakah Itu Penyelidikan Kualitatif?

Penyelidikan kualitatif adalah satu bentuk kajian yang dijalankan untuk memahami sesuatu

situasi itu dalam keadaannya yang tersendiri. Bagaimana individu itu bertindak, berinteraksi,

menjalani kehidupan harian secara neutral, menunjukkan reaksi dalam menghadapi liku-liku

kehidupan yang ditempuh. Input akhirnya ialah satu hasil kajian yang memberi kefahaman

yang mendalam mengenai kehidupan sebenar responden yang dikaji (Patton, 1985).

Tujuannya ialah:

1. Memerihal sesuatu fenomena untuk tujuan memahaminya.

2. Meneroka sesuatu bidang yang belum dan kurang dikaji.

3. Memahami perspektif responden kajian terhadap sesuatu fenomena yang dipilih.

4. Memahami sesuatu fenomena sosial secara mendalam.

5. Membina teori melalui pendekatan induktif (teori yang dibina berasaskan data kajian).

Menurut Sabitha Marican (2005), penyelidikan kualitatif berfokus pada konteks sesuatu

perkara itu berlaku. Dengan kata lain, ia merupakan satu proses atau bagaimana sesuatu

perkara itu berlaku dalam satu-satu suasana (setting) yang hendak dikaji. Kajian jenis ini

berfokus pada proses dan hasil. Hasil kajian pula dipersembahkan dalam bahasa seharian.

Kajian ini tidak bergantung kepada nombor atau perkiraan statistik dalam memberikan

penjelasan terhadap pembolehubah yang dikaji.

Pendekatan kajian jenis ini digunakan untuk mengkaji suasana atau proses yangsukar diukur

dengan nombor, seperti imej diri, tingkah laku, perasaan dan tindakan. Kajian kualitatif

dijalankan untuk mendapatkan kefahaman yang mendalam terhadap sesuatu perkara yang

ingin dikaji (Marohaini, 2001). Selain itu, kajian kualitatif juga dijalankan untuk mendapat

maklumat terperinci berkaitan sesuatu

Page 41: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

perkara yang dikaji (Yin, 1984). Ini bermakna untuk mendapatkan maklumat terperinci dan

mendalam,kajian kualitatif perlulah dijalankan.Tambahan lagi, kaedah ini boleh menerangkan

peristiwa secara holistik dalam keadaan sebenar peristiwa berlaku tanpa sebarang manipulasi

oleh penyelidik. Kajian ini menjawab persoalan berkaitan dengan mengapa sesuatu fenomena

berlaku sedemikian dan bagaimana ia berlaku. Justeru, kajian dijalankan untuk menjawab

soalan mengapa dan bagaimana yang dikemukakan oleh pengkaji. Pengkaji menjalankan

kajian secara mendalam untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan kajian.

Contoh persoalan kajian secara kualitatif ialah:

1. Mengapa guru masih tidak menggunakan pendekatan konstruktivisme dalam pengajaran

dan pembelajaran mereka?

2. Bagaimana guru menjalankan aktiviti konstruktivisme dalam pengajaran matapelajaran

Sains di sekolah rendah?

Dalam kajian kualitatif, penyelidik menjadi instrumen kajian (Creswell,1994). Penyelidik

kualitatif merupakan instrumen untuk mengutip data dan menganalisis data. Penyelidik

menyelidik peristiwa yang berlaku ketika kajian dijalankan. Kutipan data dijalankan secara

berterusan. Kajian ini jarang membincangkan ciri kebolehpercayaan kerana

kebolehpercayaan bergantung kepada subjektiviti seseorang individu (M. Najib, 1999). Kajian

kualitatif merupakan kajian secara induktif iaitu penyelidik membina konsep, hipotesis dan

teori untuk dikembangkan, dinyatakan dan dijelaskan.

Jenis-jenis penyelidikan kualitatif

Penyelidikan kualitatif dapat dibahagikan kepada beberapa jenis. Berikut adalah jenis-jenis

kajian kualitatif:

1. Kajian Etnografi

Istilah etnografi bermaksud "portrait of a people". Menurut Sabitha Marican (2005), etnografi

juga dianggap sebagai satu kajian yang paling asas dalam penyelidikan

Page 42: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

34 Unit 2 Penyelidikan Kuantitatif

sosial. Kadang kala ia juga didefinasikan sebagai penjelasan bertulis mengenai sesuatu

budaya, tentang adat, kepercayaan, tingkah laku yang berdasarkan kepada maklumat-

maklumat yang dikumpulkan dari kajian lapangan.la adalah kajiandeskriptif ke atas budaya,

sub-budaya, institusi atau kumpulan sesebuah masyarakat. Kajian jenis ini juga dikatakan

satu kajian yang mendalam tentang perlakuan spontan dan semulajadi dalam sesuatu

kelompok sosial. lanya bertujuan untuk mendapatkan kefahaman tentang perkaitan antara

budaya dan perlakuan. Kajian jenis ini asalnya dikembangkan oleh ahli-ahli antropologi.

Dalam kajian ini subjek atau responden dirujuk sebagai sumber maklumat. Kajian jenis ini

mengkaji tentang budaya dan manusia yang menumpukan kepada budaya sesuatu kelompok

manusia, bagaimana mereka bertingkahlaku, berinteraksi antara satu sama lain. Dengan kata

lain, ia bertujuan untuk mengetahui kepercayaan, nilai, perspektif, motivasi dan bagaimana

perkara-perkara ini berkembang dan berubah mengikut masa dan situasi. 'Participant

observation'. Kajian ini biasanya menggunakan teknik pemerhatian, temubual (sama ada

temubual secara formal atau tidak formal), analisis dokumen, penelitian sejarah hidup dan

penulisan diari. Interpretasi data sosio-budaya daripada perspektif subjek kajian dijelaskan

dengan menggunakan bahasa dan istilah setempat untuk menjelaskan sesuatu fenomena.

Contoh kajian etnografi ialah: Kajian mengenai gaya pembelajaran pelajar di rumah.

2. Kajian kes

Menurut Merriem (1998), kajian kes digunakan untuk memahami secara mendalam tentang

subjek yang dikaji, berfokus tentang proses berbanding output, mementingkan penemuan

bukannya pengesahan sesuatu teori atau dapatan. Melibatkan seorang individu, sekumpulan

manusia, satu masyarakat, satu bilik darjah. Contohnya, kajian tentang tanda tingkahlaku

bermasalah dan penyebab cara meluahkan perasaan dan emosi seorang pelajar.

3. Kajian sejarah

Mengkaji tentang sebab-sebab, kesan-kesan atau kecenderungan dari peristiwa lepas yang

mungkin boleh membantu untuk menerangkan perkara-perkara pada masa sekarang dan

peristiwa-peristiwa yang dijangka pada masa akan datang.

Page 43: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

Contohnya, Kajian kesan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik

dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

4. Kajian naratif

Satu kajian yang digunakan untuk memahami atau mengkaji bagaimana manusia membina

makna dalam kehidupan mereka. la memberi tumpuan kepada makna yang ditafsirkan oleh

manusia kesan daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan mereka.

Contohnya, Kajian Analisis Naratif Filem Romantik Korea: Winter Sonata.

Reka Bentuk Kajian Kualitatif

Terdapat beberapa reka bentuk kajian kualitatif. Antaranya ialah:

1. Bentuk Kajian lapangan - data dikutip melalui temubual dengan responden kajian

atau melalui pemerhatian terhadap fenomena yang dikaji.

2. Bentuk Kajian Kes - adalah kajian tentang sesuatu kes atau beberapa kes.

a. Berkait dengan manusia, kumpulan manusia, peristiwa kritikal, projek, komuniti

atau sebahagian daripada program.

b. Satu kes adalah satu unit asas analisis.

c. Data kes termasuk data temuduga, dapatan pemerhatian, data rekod danyang

digunakan ialah pemerhatian lapangan, temuduga dan analisis dokumen.

3. Bentuk Kumpulan Terfokus -proses pengutipan data melalui temubual khas untuk

kumpulan kecil.

a. Perlu berbincang menggunakan psikologi secara sedar, separuh sedar dan

bawah sedar.

b. Satu kaedah untuk mendapatkan maklumat berasaskan pendapat,

pengalaman dan sikap.

Page 44: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

36 Unit 2 Penyelidikan Kuantitatif

4. Bentuk Kajian Tindakan - bertindak secara sistematik untuk menyelesaikan sesuatu

masalah spesifik.

a. Kajian tindakan menggunakan pendekatan kolaboratif dalam kajian. Proses

kajian ini melibatkan perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi.

5. Bentuk Analisis Dokumen - kajian kualitatif juga boleh dibuat dengan menganalisis

kandungan dokumen untuk mendapatkan data kajian.

6. Bentuk pelbagai Pendekatan - pendekatan ini mencantumkan dua atau lebih bentuk

kajian kualitatif dan kuantitatif.

a. Pengutipan data dengan menggunakan lebih daripada satu kaedah.

Instrumen Kajian Kualitatif

Penilaian Dokumen dalam kajian kualitatif merujuk kepada suatu rekod tentang pemikiran,

perasaan, pendapat atau tindakan seseorang, rekod bertulis tentang sejarah institusi, aktiviti,

peristiwa atau persembahan. Peringkat analisis data ialah secara Pra Masuk (jenis, lokasi,

aksesbiliti, jangkamasa dokumen), Merekod (jenis kod, proses rekod diisi), Memproses

(pengukuran data, pamir data, verifikasi data) dan Interpretasi (dapatan utama/sekunder).

Instrumen Pemerhatian bagi kajian kualitatif mempunyai ciri-ciri seperti satu atau lebih

pemerhati diletakkan ditempat yang sesuai pada sudut tertentu dan pada masa yang

ditetapkan; membantu pemerhati dengan menggunakan prainstruksi, pilih pemerhati dan

sediakan mereka untuk pemerhatian; dan pilih siapa yang hendak diperhati dan bila hendak

dibuat pemerhatian.

Alat menemuduga adalah soalan temuduga yang merupakan soalan perbualan yang

mempunyai tujuan tertentu seperti Temuduga berstruktur atau piawai (soalan yang

dibangunkan bertujuan untuk mendapat respon yang spesifik), Temuduga separuh

berstruktur atau separuh piawai (soalan adalah daripada beberapa siri soalan pra-penentuan

atau soalan terbuka telah dibangunkan, Temuduga tanpa berstruktur (soalan temuduga

adalah tanpa standard).Kebolehpercayaan dan Kesahan kajian kualitatif adalah bergantung

Page 45: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

kepada alat atau instrumen yang digunakan dalam kajian, proses mengutip data dan

kaedah analisis data yang dijalankan.Triangulasi merupakan satu konsep yang digunakan

umum dalam aktiviti lapangan, membuat peta dan navigasi. Terdapat beberapa jenis

triangulasi iaitu Triangulasi data yang melibatkan pengutipan pelbagai jenis data untuk

menyelidik fenomena yang sama, Triangulasi penyelidikan yang melibatkan pelbagai

pemerhati berbanding dengan pemerhati tunggal untuk menyelidik fenomena yang sama,

Triangulasi teori yang melibatkan penggunaan lebih daripada satu teori untuk menyelidik

fenomena yang sama dan Triangulasi kaedah yang melibatkan penggunaan pelbagai

kaedah untuk menyelidik fenomena yang sama.

1 AKTIVITI 3.1

Satu analisis terhadap filem dokumentari The Kinta Story (1949) telah dilakukan untuk

mengenai pasti mesej yang ingin disampaikan kepada penonton. Pemilihan visual

oleh penerbit yang merepresentasikan faktor sosial, teknologi dan pengaruh budaya

luar telah mempengaruhi tahap literasi dan pembinaan makna oleh penonton,

seterusnya menjadikan filem dokumentari ini sebagai bahan sampingan secara

senyap untuk menyuntik nilai pensejarahan dan kekejaman komunis di mata

masyarakat. Pada pandangan anda apakah reka bentuk kajian kualitatif ini? Jelaskan

cara pelaksanaannya.

Persampelan Kajian Kualitatif

Dalam kajian kualitatif kaedah persampelan bukan rawak digunakan (non-probability

sampling). Terdapat empat jenis persampelan bukan rawak iaitu persampelan mudah

(subjek kajian yang mudah diperoleh), persampelan bertujuan (pengkaji menggunakan

pengetahuan kepakaran/khusus tentang sesuatu kumpulan untuk memilih subjek yang

hendak dikaji darpada populasi), persampelan bola salji (Snow ball) (mengenai pasti lokasi

subjek yang mempunyai atribut/ciri-ciri tertentu semasa kita menjalankan kajian dan

persampelan kuota (quota sampling) (pemilihan sampel secara mudah mengikut

pembahagian (kuota) ciri-ciri sampel yang ditentukan).

Page 46: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

Unit 3 Penyelidikan Kualitatif

Analisis Data Kualitatif

Data kajian kualitatif yang didapati daripada dokumen, temuduga atau pemerhatian akan

melalui fasa analisis seperti berikut:

1. Tahap pra-analisis - semua nota lapangan dibaca, disemak, ditingkat dan

dilengkapkan. Semua nota dilabel menurut jenis.

2. Tahap kemasan data - data ditranskripsikan dalam 'word processing' atau dalam

format analisis tekstual menggunakan komputer.

3. Tahap pamiran data - data dipamirkan dalam bentuk jadual, lembaran tanda {tally) dan

rumusan.

4. Tahap verifikasi data - semua prosedur yang membawa kepada kesimpulan

dinyatakan dengan tepat.

5. Tahap dapatan - penyemakan dan interpretasi dapatan. Contohnya, bagi data

dokumen: data dikutip dan diubah menjadi teks, teks dilabel dan dikategorikan agar

beberapa tema dapat diwujudkan agar bentuk frasa yang sama serta hubungan dan

kesamaan atau perbezaan dapat dikenal pasti. Selepas itu data yang telah ditapis

dinilai mengikut kajian lepas.

Jadual 3.1 Perbezaan Penyelidikan Kuantitatif dan Penyelidikan Kualitatif

PERKARA KUANTITATIF KUALITATIF

Istilah yang berkaitan Eksperimental Etnografi (Kajian tentang sosio

dengan pendekatan 'Hard data' budaya)

Perspektif luaran Kerja lapangan

Empirikal 'Soft data'

Positivist 'Symbolic Interaction'

Fakta sosial Perspektif dalaman

Statistik 'Naturalistic'

'Ef/'c' 'Ethnomethodologi'

Diskriptif

Pemerhatian

'Phenomenological'

Dokumentari

Riwayat hidup

Kajian kes

Page 47: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

Ekologikal

Konsep utama Pemboleh ubah Makna

Mengoperasi definisi Pemahaman sejagat

Kebolehpercayaan Definisi situasi

Hipotesis Kehidupan harian

Kesahan Pemahaman

Kesignifikanan statistik Proses

Replikasi Rundingan

ramalan bertujuan praktikal pembinaan sosial

'Grounded Theory'

Gabungan teori 'Structural functionalisim' 'Symbolic Interaction'

'Realism', 'Positivism' 'Ethnomethodology'

'Behavioralisme' 'Phenomenology'

'Logical Empiricm' Budaya

'Systems Theory' 'Idealisme'

Gabungan Akademik Psikologi Sosiologi

Ekonomi Sejarah

Sosiologi Anthropologi

Sains politik

Matlamat Menguji teori Membina konsep

Memperjelaskan fakta Memerihal realiti pelbagai

Perihalan statistik 'Grounded Theory'

Ramalan Meningkatkan pemahaman

Hubungan antara pemboleh ubah

Reka bentuk Berstruktur Terbuka kepada perubahan

Ditentukan lebih awal Fleksibel

Formal Umum

Spesifik Membuat tekaan terhadap cara

Prosedur kajian yang terperinci penyelidikan

Penulisan cadangan Panjang lebar (detail) Ringkas

penyelidikan Menyatakan hipotesis Spekulatif

Terperinci dan jelas fokusnya

Prosedur spesifik dan terperinci

Tinjauan bahan kajian yang mendalam

Mencadangkan bidang penyelidikan

yang hendak dikaji

Ditulis selepas mendapat sebahagian

daripada data

Ditulis sebelum data dipungut Tinjauan bahan kajian tidak

mendalam

Pernyataan pendekatan yang

Page 48: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

Unit 3 Penyelidikan Kualitatif

umum

Data Kuantitatif Diskriptif

rekod boleh dikira Dokumen peribadi

Kiraan dan ukuran Nota kerja lapangan

Pembolehubah yang boleh

didefinisikan

Gambar

Pendapat perseorangan

Statistik Dokumen rasmi Bahan-bahan artifak

Persampelan Besar Kecil

Berstrata Tidak mewakili populasi

Kumpulan kawalan Persampelan teoritikal

Tepat Perposive (bertujuan)

Pemilihan secara rawak

Mengawalpengganggu

pembolehubah

Teknik / kaedah Eksperimen Permerhatian

Tinjauan Mengkaji pelbagai dokumen dan

Temubual berstruktur artifak

Kuasi eksperimental Pemerhatian turut serta

Pemerhatian berstruktur Temubual tidak berstruktur

Set data

Hubungan dengan Jangka pendek Empati

responden Hubungan tidak akrab

Mengekalkan status sebagai

penyelidik dan responden

Menekankan unsur kepercayaan

Kesamarataan

Hubungan mesra Responden

sebagai rakan

Mengutamakan keobjektifan

Alat Kajian Inventori Alat perakam suara

Soal selidik 'Transciber'

Indeks Komputer Penyelidik bertindak sebagai alat

kajian

Skala

Ujian

Analisis data Deduktif Berterusan

Statistikal Model, tema dan konsep

Dilaksanakan selepas pungutan Induktif

data Analisis bersifat induktif 'Constant

Comparative method'

Permasalahan dalam

menggunakan

pendekatan

Mengawal pemboleh ubah yang lain Mengambil masa panjang Kesukaran

menyaring data

Page 49: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

Kebolehpercayaan

Prosedur tidak rigid

Sukar mengkaji responden yang

besar jumlahnya

Jelaskan perbezaan penyelidikan kualitatif dengan kuantitatif dari segi

instrument dan cara penganalisisan data?

V

RUMUSAN

Penyelidikan kualitatif adalah lebih sukar dilakukan kerana data adalah subjektif. Tiada alat

ukur khusus yang mana penyelidik adalah alat ukur utama. Oleh itu Penyelidik untuk kajian

jenis ini perlukan latihan untuk memberi gambaran terperinci dan mendalam tentang sesuatu

kejadian/fenomena/organisasi atau komuniti (unit sosial). Penyelidikan kualitatif adalah inkuiri

holistik dan instrumen bergantung kepada kuasa pemerhatian penyelidik.Penekanan kepada

kualiti (subjektif), sampel adalah purposif (bukan rawak) dan analisis data adalah secara

induktif. Menerusi kajian kualitatif ia dapat membina teori asas/dasar (grounded theory).

Penyelidikan kualitatif yang baik perlu mengandungi kriteria seperti penyelidik mengambil kira

semua perkara dalam membantu pemahaman, tidak membuat keputusan awal atau

tanggapan mengenai kajian sehinggalah mereka berada di dalam konteks penyelidikan

sebenar. Fokus kepada individu, interaksi seorang dengan seorang yang lain dan

memerlukan peruntukan masa yang panjang di set kajian dengan responden dan apa yang

penting ia memerlukan penyelidik mendapat sendiri datanya terus dari responden.

Seharusnya penyelidik kajian secara kualitatif mestilah berfikiran terbuka bagi setiap

penerangan yang diberi, elakkan bias, memerlukan maklumat jelas dan mendalam mengenai

kajian, termasuk juga pandangan responden. Berasaskan kepada tanggungjawab

AKTIVITI 3.2

Terlalu rigid

Kesahan

Page 50: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

42 Unit 2 Penyelidikan Kuantitatif

penyelidik untuk mendapatkan persetujuan responden di samping memastikan etika

penyelidikan terjamin.

PENILAIAN KENDIRI

1. Apakah maksud Triangulasi dalam penyelidikan?

2. Terangkan bagaimana kesahan dan kebolehpercayaan kajian kualitatif dapat

ditingkatkan?

3. Jelaskan bagaimana kajian kualitatif dengan kuantitatif berbeza dari aspek berikut:

a. matlamat b. alat kajian

c. persampelan d. reka bentuk

RUJUKAN

Azizi Ahmad & Mohd Isha Awang (2008). Pengukuran dan Penilaian Pendidikan. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Berg, B.L. (2001). Qualitative Research Methods for the Social Sciences. Boston:Allyn and

Bacon.

Chua Yan Piaw. (2006a). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan Buku 1,

Kuala Lumpur:McGraw-Hill.

Chua Yan Piaw. (2006b). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Asas Statistik Penyelidikan

Buku 2. Kuala Lumpur :McGraw-Hill.

Creswell (1994). Research Design: Qualitative & Quantitative Approaches. Thousand

Oaks,CA:Sage Publications.

Creswell, J. W. (2008).Research Design: Qualitative, Quantitative, and Mixed Methods

Approaches (3 rded). Thousand Oaks, CA:Sage Publications.

Glaser, B.G., & Strauss, A.L. (1967).The Discovery of Grounded Theory: Strategies for

Qualitative Research. New York: Aldine.

Page 51: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 KaedahPenyelidikanDalamPendidikanSekolahRendah 43

Marohaini. (2001). Penyelidikan kualitatif: pengalaman kerja lapangan kajian.

Selangor/Penerbit Universiti Malaya.

Merriem, S. B. (1998). Qualitative Research and Case Study Applications in Education:

Revised and Expanded from Case Study Research in Education. San Francisco:

Jossey-Bass.

Miles, M., & Huberman, A.M. (1994). Qualitative Data Analysis. Thousand Oaks,CA: Falmer

Press.

Noraini Idris (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw-Hill.

Patton, M.Q. (1985; 2002). Qualitative Research and Evaluation Methods. Thousand

Oaks,CA: Sage Publication.

Robert K. Yin. (1984). Case Study Research: Design and Methods. Thousand Oaks: Sage

Publication.

Sabitha Marican. (2005). Kaedah penyelidikan sains sosial. Petaling Jaya: Prentice Hall.

Tesch, R. (1990). Qualitative Research: Analysis Types & Software Tools. BristoLRoutledge.

Weber, R.P. (1990). Basic Content Analysis. Newbury Park, CA: Sage

Page 52: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

Unit 3 Penyelidikan Kualitatif

Page 53: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 KaedahPenyelidikanDalamPendidikanSekolahRendah 45

UNIT 4

TEORI DAN MASALAH KAJIAN

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharapkan dapat:

1. Menyatakan konsep asas dan definisi teori

2. Membincangkan kepentingan teori dalam penyelidikan

3. Menyatakan konsep masalah kajian dan sumber-sumber yang

mencetuskan idea memilih masalah kajian tersebut

4. Mengaplikasi teori pendidikan dengan masalah kajian yang bakal

dijalankan nanti

5. Memberikan justifikasi kesesuaian teori yang dipilih dan masalah

kajian yang ingin dikaji

PETA KONSEP

Page 54: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

46 Unit 4 Teori dan Masalah Kajian

PENGENALAN

Dalam bab ini akan membincangkan secara ringkas pekara-pekara penting iaitu konsep serta definisi

teori, fungsi teori dalam penyelidikan, definisi masalah kajian dan sumber-sumber yang membantu

mencetuskan idea pemilihan isu kajian. Perkaitan antara teori dan masalah kajian turut diterangkan

agar ianya menjadi panduan dalam memilih teori bersesuaian dengan masalah kajian. Kesemua

aspek- aspek ini perlu difahami sebelum sesuatu kajian dijalankan.

ISI KANDUNGAN

Definisi Teori

Teori merupakan pekara-pekara asas dalam sesuatu bidang sama ada bidang sains, sains sosial,

ekonomi dan sebagainya. Begitu juga dalam pendidikan, sub-sub bidangnya seperti sosiologi,

psikologi, pedagogi dan sebagainya, turut mempunyai teori-teorinya yang tersendiri.

Namun, apakah teori? Menurut Kerlinger (1964) dan Babbie (1992) teori adalah satu

penerangan, di mana ianya memberitahu kita bagaimana dan mengapa sesuatu perkara atau benda

berkait antara satu sama lain (dalam Bohamn, 2001). Leedy dan Ormrod (2005) menyatakan teori

adalah konsep yang tersusun dan suatu prinsip untuk menerangkan fenomena tertentu. Manakala

menurut Mc Millan dan Schumacher (2006), teori dapat meramal dan menerangkan fenomena

semulajadi. Othman Lebar (2009), pula mendefinisikan teori merupakan kenyataan tentang apa yang

berlaku terhadap fenomena yang ingin difahami. la bukan sahaja satu kerangka, malah ianya

merupakan satu cerita tentang apa yang kita fikirkan berlaku dan mengapa.

Maka, secara rumusannya teori adalah suatu penyataan yang mampu menerangkan sesuatu

kejadian, mengaitkan pekara-pekara yang menyebabkan terjadinya kejadian tersebut, meramalkan

sesuatu kejadian dan ianya amat berguna sebagai panduan bagi menjalankan kajian. Teori boleh

diterangkan dalam pelbagai cara, misalnya frasa ayat-ayat atau rajah-rajah tertentu (cth; teori ekologi

brofenbrenner, teori hieraki maslow). Namun, menurut Suter, (1998), teori-teori

Page 55: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 KaedahPenyelidikanDalamPendidikanSekolahRendah 47

akan lebih difahami apabila ianya diterangkan melalui paparan visual, seperti rajah ataupun model-

model geometri tertentu.

Dengan ini, sebagai bakal pengkaji, kita perlu memahami definisi sebenar teori dan idea atau

konsep asas yang ingin diutarakan oleh sesuatu teori. Pemahaman tentang pengertian dan maksud

teori amat penting, kerana ianya merupakan asas utama dalam melaksanakan kajian.

Memandangkan ianya penting, pada bahagian berikutnya akan diterangkan peranan atau fungsinya

pula.

-=1 AKTIVITI 4.1

Bincang bersama rakan atau tanya diri anda, apakah teori-teori yang sering

digunakan dalam penyelidikan pendidikan. Senaraikan dan nyatakan fungsinya

Tips: Anda boleh merujuk jurnal dalam dan luar negara untuk melihat teori-teori yang

sering digunakan oleh pengkaji dalam bidang pendidikan.

Fungsi Teori dalam Kajian

Menurut Bogdan dan Biklen (1998), teori digunapakai oleh manusia dalam pelbagai cara, misalnya ia

digunakan oleh penyelidik kuantitatif dalam bidang pendidikan untuk menguji set-set data yang boleh

diuji secara empirikal, namun kegunaan teori adalah lebih meluas dalam penyelidikan kualitatif, iaitu

untuk memahami semua kejadian dan masalah yang berlaku. Teori mempunyai beberapa fungsi dan

ianya diolah dengan pelbagai cara oleh penulis-penulis berbeza.

Secara umumnya terdapat empat fungsi teori dalam penyelidikan, (Wiersma, 1986; Wiersma &

Jurs, 2005) iaitu membentuk kerangka bagi penyelidikan, mensintesis idea baru, menjelaskan

sesuatu fenomena dan terakhir sekali adalah untuk pembentukan generalisasi yang dapat diuji.

Namun bagi memudahkan pemahaman umum, fungsi teori diolah dan dinyatakan seperti di bawah.

E

Page 56: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

48 Unit 4 Teori dan Masalah Kajian

1. Membantu pengkaji dalam membina kerangka konseptual kajian

Menurut Bogdan dan Biklen (1998), teori akan menghubungkan data-data antara satu sama lain,

membantu pengkaji agar lebih terarah dalam menjalankan kajiannya. Maka, secara amnya teori akan

membantu pengkaji untuk menjalankan kajian secara sistematik, terarah dan dapat

menghubungkaitkan pelbagai aspek-aspek penting yang ada kaitannya dengan isu kajian, melalui

pembentukan kerangka konseptual kajian. Menurut Othman Lebar (2009), teori penting dalam

membentuk kerangka konseptual kajian kerana dapat membantu penyelidik membuat gambaran

visual tentang teori yang akan digunakan, gambaran tentang apa yang difikirkan sedang berlaku

dengan fenomena yang sedang dikaji.

Secara umumnya, kerangka konseptual adalah satu rajah yang menggambarkan beberapa

aspek penting dalam kajian, misalnya teori yang digunakan, objektif kajian atau soalan-soalan kajian

tersebut, pembolehubah yang digunakan dan hubungannya dalam kajian. Berikut merupakan contoh

satu kerangka konseptual yang mengkaji interaksi sosial pelajar pelbagai etnik di Sekolah Menengah

Kebangsaan. Dalam rajah 4.1 di bawah, dua teori dalam bidang sosiologi digunakan bagi membina

kerangka kajian ini, iaitu teori fungsionalisme dan teori pemilihan rasional.

Sebagai panduan umum kepada bakal-bakal pengkaji, dalam membina kerangka konseptual

kajian, pelbagai bentuk geometri (petak, bulatan, segitiga dan sebagainya) boleh digunakan. Tidak

ada betul atau salahnya dalam memilih bentuk- bentuk geometri tersebut, asalkan ianya

menggambar keseluruhan kajian yang ingin kita dilaksanakan kelak. Namun elemen-elemen penting

seperti teori yang diguna pakai, soalan kajian atau objektif kajian teori yang ingin diuji dan isu kajian

perlu dimasukkan dalam kerangka konseptual ini. Bagi penyelidikan kuantitatif pula, pada

kebiasaanya pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah dimasukkan dalam kerangka konseptual

ini. Penggunaan anak panah dapat memberi lebih kefahaman kepada pembaca atau penilai untuk

memahami perkaitan atau hubungan antara pemboleh ubah dalam kajian.

Page 57: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 KaedahPenyelidikanDalamPendidikanSekolahRendah 49

Isu kajian: Interaksi sosial pelajar pelbagai etnik di SMK

Soalan-soalan Kajian:

i. Bagaimanakah bentuk interaksi

sosial dalam kalangan pelajar

tingkatan 4 yang pelbagai etnik di

SMK?

ii. Apakah faktor-

faktor yang mempengaruhi

interaksi sosial pelajar tingkatan

4 yang pelbagai etnik di SMK?

iii. Apakah strategi yang di

gunakan oleh sekolah ini dalam

meningkatkan

interaksi sosial

pelajar pelbagai

etnik ini?

Aplikasi teori

sosiologi dalam

kajian:

Teori

Fungsionalisme

Teori Pemilihan

Rasional

Rajah 4.1: Contoh kerangka konsetual kajian

Secara amnya, dengan adanya teori yang mendasari sesuatu kajian, ianya dapat memberi

gambaran yang lebih menyeluruh tentang isu kajian tersebut dan ianya boleh dipaparkan

dalam bentuk rajah tertentu agar mudah difahami oleh pembaca.

2. Menjelaskan sesuatu fenomena, isu, kejadian atau masalah

Menurut Othman (2009), teori dapat menceritakan tentang sesuatu fenomena, memberi

pemahaman baru serta memperluaskan pemahaman kita tentang fenomena tersebut. Menurut

Suter (1998) pula, teori bukan hanya memfokuskan penerangan terhadap fenomena yan boleh

dilihat (observable), malah boleh menerangkan konstruk (construct) yang abstrak (cth;

kepandaian, motivasi, dan sebagainya). Dengan ini jelaslah betapa pentingnya teori dalam

menghuraikan apa

Cara

pengumpulan

data:

-Temubual -

Pemerhatian -

Analisis

Dokumen

Page 58: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

50 Unit 4 Teori dan Masalah Kajian

sahaja pekara, termasuklah yang bersifat abstrak (cth:kenapa adanya peningkatan motivasi

dalam seseorang individu).

Secara amnya, kesemua teori-teori yang ada dalam bidang-bidang pendidikan

(sosiologi, psikologi) ini berguna bagi menerangkan sesuatu isu atau fenomena yang berlaku

dalam sistem pendidikan, bermula daripada peringkat pembuat dasar (Kementerian Pelajaran

Malaysia), sekolah sehinggalah dalam bilik darjah. Sebagai contoh, dalam isu kajian yang

dinyatakan di atas 'Interaksi sosial pelajar pelbagai etnik di Sekolah Menengah Kebangsaan,

melalui pendekatan dua teori sosiologi ini (Teori Fungsionalisme, Teori Pilihan Rasional), isu

atau fenomena interaksi sosial pelajar di sekolah akan lebih difahami dengan lebih mendalam.

Menurut Schaefer (2009), perspektif fungsionalisme menekankan setiap bahagian dalam

masyarakat mempunyai fungsi tertentu yang harus dimainkan, agar kestabilan dapat di

kekalkan. Maka melalui pendekatan teori ini, memberi pengkaji kefahaman, iaitu bagi

memastikan interaksi pelajar dalam keadaan baik, guru dan sekolah harus memainkan

peranan masing-masing. Apabila guru tidak memainkan peranannya khususnya untuk

menghasilkan pengajaran yang berkesan, atau pihak sekolah yang kurang komited

menjalankan usaha mengeratkan interaksi dan pelajar yang tidak menunjukkan sikap positif

bergaul dengan rakan berbeza etnik, maka berlakulah disfungsi mengikut kefahaman aliran

teori fungsionalisme.

Manakala, menurut teori pilihan setiap individu akan bertingkah laku berdasarkan

rasionalnya dan faedah yang bakal di perolehi hasil tingkah laku tersebut, (Yasmin Ahmad &

Najeemah Mohd Yusof, 2010). Dalam kajian yang dinyatakan di atas, pelajar memilih untuk

berinteraksi dengan rakan pelbagai etnik adalah atas pilihan sendiri, misalnya agar hubungan

erat terjalin, untuk berbincang pelajaran dan sebagainya. Selain itu, pelajar tidak berinteraksi

dengan etnik lain juga adalah atas pilihannya dan ianya mungkin disebabkan oleh sikap

negatif yang terdapat dalam diri mereka seperti prejudis, stereotaip, perbezaan budaya dan

Iain- lain lagi.

Dengan ini, dapatlah dirumuskan berdasarkan sesuatu teori, ianya menerangkan

kenapa sesuatu isu atau fenomena itu berlaku. Ini kerana di persekitaran kita, akan terdapat

pelbagai isu yang perlu difahami dan dijelaskan melalui penerangan berbentuk ilmiah, iaitu

melalui penggunaan teori.

Page 59: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 KaedahPenyelidikanDalamPendidikanSekolahRendah 51

3. Membantu pengkaji meramalkan sesuatu pekara

Menurut Wiersma dan Jurs (2005), selain daripada bersifat deskriptif, teori juga berupaya

meramal sesuatu keadaan. Dengan ini, sesuatu teori yang baik akan membantu seseorang

pengkaji meramal apakah keputusan yang bakal di perolehi. Oleh itu, berdasarkan

pemahaman pengkaji terhadap teori-teori yang dikuasainya, ramalan atau andaian awal dapat

di buat. Namun, menurut Amir Hasan Dawi (2006). untuk memastikan andaian awal yang di

buat terhadap sesuatu fenomena adalah bertepatan atau sebaliknya, memerlukan satu

penyelidikan untuk membuktikannya, Berikut antara contoh-contoh teori yang digunakan untuk

meramal sesuatu pekara dalam bidang pendidikan.

Jadual 4.1: Contoh teori dan ramalan berkaitan kajian

4. Menjana dan menghasilkan penyelidikan baru

Dengan adanya teori, pelbagai hipotesis atau andaian awal akan dibentuk terhadap isu yang

berada di pesekitaran kita. Maka, akan muncullah pelbagai kajian yang bertitik tolak daripada

konsep asas teori-teori ini. Akhirnya hasil dapatan kajian daripada penyelidikan baru ini akan

menyumbang kepada informasi baru atau penemuan baru yang memberi manfaat kepada

masyarakat. Berikut digambarkan dua isu kajian yang berbeza, tetapi menggunakan konsep

dan idea teori yang sama, iaitu teori fungsionalisme.

Teori dan idea utamanya Ramalan berkaitan kajian

Teori pembelajaran Slavin

Ianya berkaitan dengan pembelajaran

kumpulan koperatif

Pembelajaran koperatif dapat meningkatkan

pencapaian pelajar. Pembelajaran koperatif

dapat meningkatkan interaksi positif antara

pelajar.

Teori pembelajaran sosial Bandura

Pentingnya 'modelling' dalam pembentukan

sikap seseorang individu

Individu yang terdedah kepada rancangan

televisyen bercorak ganas akan cenderung

berkelakuan agresif di sekolah

Page 60: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

52 Unit 4 Teori dan Masalah Kajian

Rajah 4.2: Contoh tiga isu kajian yang berbeza berdasarkan aliran teori fungsionalisme

Sebagai contoh, konsep asas dalam teori fungsionalisme ini bukan hanya boleh

digunakan untuk mengkaji interaksi sosial pelajar pelbagai etnik di sekolah, namun ianya

boleh digunakan untuk melihat aspek-aspek lain dalam sistem

pendidikan. Sebagai contoh yang mudah, kajian diperingkat kelas

untuk melihat komitmen guru dalam melaksana Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KSSR). Jika

guru tidak

berperanan

sebagaimana yang

diharapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), iaitu melaksanakan KSSR ini

dengan bersungguh- sungguh, maka matlamat KSSR mungkin tidak tercapai. Selain itu, teori

fungsionalisme ini boleh juga digunakan untuk menganalisis masalah devian atau salah laku

di sekolah. Berlakunya devian di sekolah, mungkin disebabkan sikap sambil lewa pihak

pengurusan disiplin untuk mengatasi masalah salah laku ini. Ini menunjukkan pihak

pengurusan tidak memainkan peranan yang sepatutnya dan ini juga merupakan satu disfungsi

dalam sekolah. Rumusannya, dengan hanya memahami satu teori sebagai contoh,

ianya boleh digunakan untuk membuat beberapa penyelidikan baru, seperti yang

dibincangkan di atas.

AKTIVITI 4.2

Secara berpasangan, kemukakan soalan-soalan di bawah kepada rakan sekelas

anda:

1. Apakah itu teori? Berikan definisinya.

E

Konsep asas dalam teori

fungsionalisme

Kajian untuk melihat peranan

pihak pentadbiran dalam

mengatasi masalah salah laku.

Kajian untuk melihat

komitmen guru dalam

melaksana kurikulum baru

sekolah rendah (KSSR).

Kajian untuk melihat

interaksi sosial pelajar

pelbagai etnik

Page 61: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 KaedahPenyelidikanDalamPendidikanSekolahRendah 53

Masalah Kajian

Setiap kajian dimulakan dengan mengenai pasti masalah untuk dikaji. Permasalahan merujuk

kepada pekara atau fenomena yang ingin dikaji dan ianya di sampaikan dalam bentuk isu-isu

yang menimbulkan persoalan-persoalan, (Amir, 2006). Dalam bidang pendidikan, pelbagai

masalah yang memerlukan kajian-kajian dilaksanakan bagi mengenai pasti puncanya dan

apabila puncanya dapat di ketahui, maka pendekatan yang bersesuaian boleh di ambil.

Menurut Creswell (2007) pula masalah kajian adalah sesuatu pekara yang perlu rasional dan

ianya perlu diselidiki.

Pada asasnya masalah kajian adalah sesuatu yang lebih kompleks, merangkumi

pelbagai isu sama ada isu positif atau sebaliknya dan ianya memerlukan penyelidikan

khusus. Menurut Amir (2006) lagi, masalah kajian bukan hanya terhad kepada pekara yang

'bermasalah' sahaja atau yang bersifat negatif, namun ianya boleh juga merangkumi aspek-

aspek positif tentang sesuatu isu itu, misalnya faktor kejayaan sesebuah sekolah.

Dalam proses mengenai pasti masalah yang bersesuaian, adalah perlu bagi setiap

individu untuk mengenai pasti dan menilai masalah kajian yang dipilih. Ini kerana tidak semua

masalah kajian tersebut sesuai untuk diuji atau sebaliknya. Kesimpulannya, masalah kajian

yang baik adalah masalah yang mengandungi persoalan dan isu penting yang boleh dijawab

serta diselesaikan melalui penyelidikan. Maka, sebagai individu yang ingin memulakan

kajian, kita seharusnya lebih berfikiran kritis dan analitikal dalam memilih masalah kajian.

Jadual berikut menggambarkan ciri-ciri masalah kajian yang baik.

Jadual 4.2: Ciri-ciri masalah kajian yang baik

Ciri-ciri masalah kajian yang baik Penerangan

Boleh diselidiki Isu yang dipilih perlulah boleh dikaji, sesuai dan relevan.

Pengutipan data boleh dibuat untuk mengkaji isu ini.

Isu kajian penting dan menyumbang

kepada bidang pendidikan

Sesuatu isu yang ingin diselidiki perlulah menyumbang kepada

penambahbaikan dalam bidang pendidikan. Ianya bukanlah

sesuatu isu yang remeh dan tidak penting.

Masalah kajian tersebut boleh

dikembangkan

Isu kajian yang dipilih boleh dikembangkan dan dikaji secara lebih

mendalam oleh pengkaji-pengkaji akan datang.

Page 62: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

54 Unit 4 Teori dan Masalah Kajian

Sumber yang Mencetuskan Idea Memilih Masalah Kajian

Masalah kajian boleh diperolehi melalui pengalaman peribadi seseorang, isu yang berkaitan

tempat kerja, tinjauan literatur, atas nasihat badan yang memberi dana dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, secara umumnya tidak ada satu strategi yang paling baik untuk

mengenalpasti masalah kajian. Berikut antara beberapa sumber-sumber yang boleh

mencetuskan idea dalam memilih topik atau masalah kajian yang ingin dilaksanakan.

1. Minat dan pengalaman pengkaji

Idea untuk memilih masalah kajian mungkin juga bermula daripada rasa ingin tahu dan minat

terhadap sesuatu pekara. Selain itu, pengalaman peribadi di persekitaran kita, sebagai

contoh di tempat kerja, bilik kuliah, bilik darjah turut membantu mencetuskan idea-idea untuk

menjalankan sesuatu kajian. Seorang guru mungkin menghadapi masalah seperti dilema

pendekatan teknik pengajaran berkesan, pengurusan kelas, pencapaian peperiksaan yang

lemah, masalah disiplin dan Iain- lain lagi. Sementara pentadbir sekolah pula, mungkin

berdepan dengan masalah komunikasi dengan guru atau staf, pengurusan jadual kerja,

konflik dalam kalangan

Isu kajian sesuai terhadap pengkaji Apa yang dimaksudkan sesuai dengan pengkaji adalah di mana, isu

yang dipilih perlulah pekara-pekara yang diminati oleh pengkaji.

Jika isu tersebut tidak diminati, maka kajian tidak dapat di

selesaikan dengan cepat.

Selain itu, pengkaji juga patut menimbangkan aspek lain seperti

kemahiran yang dimiliki, sumber-sumber untuk menyiapkan kajian,

kerana kesemuanya ini mempengaruhi proses menjalankan kajian

nanti

Isu kajian perlulah mempunyai nilai 'etika' Apa yang dimaksudkan dengan etika adalah isu yang dikaji tidak

akan memberi kesan buruk pada responden kajian. Selain itu, isu

kajian tidak boleh bertentangan dengan etika kajian. Sebagai

contoh, dalam etika kajian, pekara yang perlu dipertimbangkan

adalah aspek kerahsiaan butiran kajian, kebenaran daripada

responden untuk menyertai kajian dan Iain-Iain lagi.

Page 63: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 KaedahPenyelidikanDalamPendidikanSekolahRendah 55

pelajar dan sebagainya. Kesemuanya ini boleh mencetuskan idea untuk menjalankan kajian.

2. Tinjauan literatur

Menurut Creswell (2007), punca atau sumber yang paling baik untuk memilih masalah kajian

adalah daripada literatur-literatur lepas. Ini kerana melalui bacaan pada kajian lepas, akan

membantu pengkaji dalam memilih isu kajian yang relevan dan bersesuaian. Selain itu

dapatan, kelemahan, kekangan serta cadangan yang terdapat daripada karya lepas dapat

membantu pengkaji dalam merangka isu kajian yang lebih baik. Sebagai contoh, dalam

mengkaji interaksi etnik di sekolah, sememangnya terdapat kajian yang dilakukan sebelum ini,

namun relevan ianya perlu dilaksanakan, mungkin di sebabkan isu interaksi etnik ini ingin

diterokai daripada perspektif berbeza serta menggunakan teori-teori yang berbeza. Dengan

kata lain, karya-karya lepas sememangnya membantu dalam mencetuskan idea untuk memilih

masalah kajian, namun segala kelemahan atau aspek-aspek yang belum dikaji pada karya

lepas, boleh diperbaiki dalam kajian-kajian yang akan datang.

3. Mengaplikasi teori

Setiap bidang seperti psikologi, mahupun sosiologi akan mempunyai pelbagai rangkaian

teorinya tersendiri. Maka teori-teori ini juga merupakan sumber yang dapat memberi idea

dalam memilih masalah kajian. Sebagai contoh, teori konflik aliran Weber menyatakan punca

konflik dalam hubungan, bukan hanya disebabkan oleh faktor kelas tetapi oleh faktor-faktor

lain seperti kuasa dan politik. Walaupun teori konflik berasal daripada bidang sosiologi, tetapi

ianya boleh diaplikasi dalam pendidikan. Maka, berdasarkan teori ini, kajian boleh dibuat untuk

mengenai pasti penyebab konflik antara guru-guru di sekolah.

Page 64: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

56 Unit 4 Teori dan Masalah Kajian

Tips penting:

Cara efektif untuk memilih topik kajian atau masalah kajian yang bakal dijalankan, adalah dengan membaca

bahagian perbincangan dan kesimpulan sesuatu penyelidikan tersebut. Selain itu, bahagian terakhir

peyelidikan dalam penulisan jurnal atau disertasi kebanyakannya mempunyai cadangan (recommendations)

yang boleh membantu penyelidik untuk memilih masalah kajian yang bersesuaian.

m Li. AKTIVITI 4.3:

Secara berpasangan atau berkumpulan, bincangkan dan kenalpasti beberapa isu

atau masalah yang berlaku di sekeliling anda (aspek pendidikan), sama ada

berdasarkan pengalaman anda, tinjauan literatur dan sebagainya. Bincangkan

justifikasi kenapa masalah tersebut dipilih.

Perkaitan Teori dan Masalah Kajian

Mungkin kita kurang menyedari adanya perkaitan antara masalah yang berada dalam di

persekitaran kita dan teori yang dipelajari. Sememangnya terdapat pelbagai teori yang

dipelajari dapat menerangkan masalah yang berlaku dalam kehidupan seharian.

MARI BERFIKIR SEJENAK:

Adakah anda ingin menjadi Mak Jemah (bukan nama sebenar) atau Professor Serba Tahu (bukan nama sebenar)?

Profesor, budak-budak sekolah merokok sebab mereka seronok-seronok

Berdasarkan teori pilihan

rasional, segala perlakuan

individu adalah atas pilihannya

sendiri. Maka salah satu

penyebab pelajar merokok

adalah atas pilihannya sendiri,

iaitu untuk keseronokan.

Page 65: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 KaedahPenyelidikanDalamPendidikanSekolahRendah 57

Apabila diamati perbualan antara dua watak di atas, ianya menggambarkan apabila individu

mampu menguasai teori-teori yang berkaitan dengan bidang pengajiannya, maka adalah

mudah baginya untuk menganalisis sesuatu fenomena atau masalah berdasarkan pendekatan

teori. Sebagai contoh, dalam kes perlanggaran disiplin (merokok), sememangnya terdapat

beberapa penyebab misalnya pengaruh rakan sebaya, keluarga dan media massa. Namun

terdapat juga punca gejala merokok disebabkan sikap pelajar itu sendiri. Menurut Ritzer

(2003), dalam teori pilihan rasional, fokus utama teori adalah pelaku, di mana setiap pelaku

akan mempunyai tujuan tertentu untuk mencapai sesuatu. Pelaku juga akan memilih tingkah

laku berdasarkan rasionalnya tersendiri. Maka, teori pemilihan rasional ini melihat sikap

manusia adalah sebagai satu pilihan individu dirinya sendiri. Perkaiatan dengan kes di atas,

pelajar tersebut merokok atas pilihannya sendiri, iaitu untuk tujuan keseronokan, dan dia tidak

menghiraukan hukuman yang bakal di kenakan jika dia ditangkap oleh pihak sekolah. Maka

teori pilihan rasional (rationale choice theory), berupaya membantu kita memahami kenapa

berlakunya masalah merokok ini. Inilah dinamakan perkaitan antara teori (teori pilihan

rasional) dan masalah kajian (punca pelajar merokok).

Cuba anda perhatikan sekeliling anda, setiap pekara yang berlaku mempunyai

penyebabnya yang tersendiri. Kadangkala penyebab berlakunya sesuatu pekara tidak boleh

diketahui dengan hanya kita memerhati dan membuat andaian sahaja. Berkemungkinan

andaian yang kita buat adalah tidak tepat atau sebaliknya. Maka adalah perlu kajian

dijalankan dengan didasari oleh teori-teori yang bersesuaian.

Sebagai contoh, teori-teori yang ada dalam bidang sosiologi memainkan peranan

penting kerana ia menjelaskan fenomena dalam masyarakat, keadaan persekitaran sosial

agar kita lebih memahaminya secara sistematik.

"Sociological theories is a set of interrelated ideas that allow for

systematization of knowledge of the social world, the explanation of that world and

predictions about the future of the social world'( Ritzer, 2003, p. 5).

Maka, bagi memahami sesuatu fenomena sosial dalam bidang pendidikan, teori

sosiologi boleh digunakan untuk menganalisis serta memandu bakal-bakal

Page 66: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

58 Unit 4 Teori dan Masalah Kajian

pengkaji menjalankan kajian. Seperti dibincangkan di atas, dengan menggunakan teori pilihan

rasional (teori sosiologi), ianya dapat memberi kefahaman mengenai masalah merokok.

Namun, terdapat juga punca pelajar merokok, disebabkan oleh masalah pembelajaran.

Apabila pelajar menghadapi masalah pembelajaran, dia tidak dapat memenuhi matlamat

kecemerlangan akademik yang telah di tetapkan oleh sekolah, maka ini menyebabkan pelajar

tersebut mengalami ketegangan, kekeliruan dan seterusnya mendorongnya melakukan devian

(merokok). Maka teori yang berupaya menerangkan keadaan ini bukan lagi teori pilihan

rasional, tetapi teori anomie. Teori Anomie merupakan teori sosiologi yang melihat bahawa

punca terjadinya sesuatu masalah di sebabkan kekacauan norma dalam masyarakat.

Kekacauan norma ini menghasilkan ketegangan dalam masyrakat dan akhirnya pelbagai

masalah lain akan muncul, sebgai contoh devian (Azlina, 2010).

Begitu juga dengan teori-teori dalam bidang lain, seperti psikolgi, di mana ianya boleh

dikaitkan dengan isu yang terdapat dalam pendidikan. Sebagai contoh gaya kepimpinan

(autokrasi, demokrasi, laissez-faire) dan perkaitannya hasil atau pencapaian sesuatu

kumpulan yang ditadbir. Maka apabila kita memahami konsep gaya kepimpinan ini, ianya

boleh di aplikasi dalam bidang pendidikan. Sebagai contoh, untuk melihat perkaitan gaya

kepimpinan pengetua dan pencapaian akademik pelajar.

Menurut Mohd Majid (1990), penyelidik perlu pakar dalam bidang yang dikaji.

Kepakaran adalah merangkumi penguasaan teori-teori yang wujud dalam bidang tersebut,

kerana apabila penyelidik meguasai teori bidang itu, ini akan memudahkan proses kajiannya.

Selain itu, apabila seseorang individu mahir dalam sesautu teori, maka dia adalah seorang

pengkaji yang baik, (Bogdan dan Biklen, 1998). Kesimpulannya sebagai bakal pengkaji,

adalah perlu bagi kita menguasai teori-teori yang ada dalam sesuatu bidang kerana ianya

membantu kita melaksanakan kajian nanti.

Page 67: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 KaedahPenyelidikanDalamPendidikanSekolahRendah 69

=n

AKTIVITI 4.4

Masih dalam kumpulan yang sama. Kenalpasti teori-teori yang berkaitan

bidang anda dan kaitkan dengan masalah kajian yang telah kumpulan anda

pilih. Berikan justifikasi kesesuaian teori yang dipilih dan masalah kajian

tersebut. Bentangkan dalam kelas untuk mendapat maklum balas (feedback)

daripada pensyarah dan rakan sekelas anda mengenai masalah kajian anda.

Namun dalam mengaitkan teori dengan masalah kajian, adakah memadai dengan

menggunakan satu teori sahaja? Atau adakah kita boleh menggunakan lebih daripada satu

teori untuk menganalisis sesuatu masalah kajian tersebut? Pada asasnya tiada peraturan

yang menetapkan berapa banyak teori yang boleh digunakan, namun pada kebiasaanya satu

atau dua teori sudah memadai bagi membina kerangka konseptual untuk menganalisa

sesuatu masalah kajian. Sila rujuk rajah 4.1 di atas. Kerangka konseptual ini menggunakan

dua teori sosiologi (teori pilihan rasional, teori fungsionalisme) untuk memahami masalah

kajian (interaksi sosial pelajar pelbagai etnik di Sekolah Menengah Kebangsaan). Dengan

menggunakan lebih daripada satu teori, lebih membantu memahami masalah kajian daripada

dua perspektif yang berbeza.

MARI BERFIKIR SEBENTAR:

Apakah perkaitan cerita enam orang buta serta seekor gajah ini dengan teori dan masalah kajian?

Page 68: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

60 Unit 4 Teori dan Masalah Kajian

Setiap teori yang diutarakan oleh ahli sosiologi, psikologi, mahupun ahli-ahli dalam bidang lain

akan mempunyai kekurangannya. Ini kerana setiap teori yang diutarakan hanya melihat

sesuatu kejadian mengikut bahagian-bahagian tertentu dan bukannya secara holistik. Maka,

kadangkala bagi memahami sesuatu masalah, ianya memerlukan beberapa teori bagi

memahaminya secara menyeluruh.

Ini seumpama seperti enam orang buta yang dibawa berjumpa seeekor gajah. Setiap

seorang terpegang bahagian yang berbeza, iaitu ekor, kaki, gading, telinga, badan dan belalai

gajah. Masing-masing mengambarkan gajah menurut bahagian yang dipegang. Namun,

hakikatnya tiada sesorang pun yang mampu memberi gambaran yang sebenarnya mengenai

gajah. Begitu juga dengan teori yang diutarakan oleh pelbagai tokoh, di mana ia tidak dapat

mentafsirkan atau menggambarkan sesuatu fenomena secara terperinci, hanya dapat

menganalisis sesuatu fenomena itu berdasarkan sudut-sudut tertentu sahaja. Inilah limitasi

atau kelemahan sesuatu teori. Dengan ini, kadangkala untuk membantu kita memahami

masalah atau fenomena tertentu, ianya memerlukan lebih daripada satu teori.

RUMUSAN

Apa sahaja bidang sama ada sains atau sains sosial, akan melibatkan penyelidikan bagi

membuktikan sesuatu pekara, mengkaji suatu masalah/isu, menganalisis sesuatu kejadian,

membuktikan teori yang telah sedia ada atau menghasilkan teori- teori baru. Maka, teori

merupakan asas yang penting dalam membantu pengkaji memahami sesuatu isu, fenomena

atau masalah di sekeliling kita dengan lebih terperinci dan berasas. Sememangnya terdapat

perkaitan rapat antara teori dan masalah kajian dalam sesuatu penyelidikan kuantitatif

mahupun kualitatif. Tanpa teori, agak sukar bagi kita untuk memahami sesuatu masalah kajian

dengan lebih baik dan sistematik. Maka sebagai pengkaji kita perlu menguasai teori-teori

dalam sesuatu bidang (cth: sosiologi, psikologi dan sebagainya) kerana tanpa penguasaan

yang baik mana mungkin kita dapat menganalisa sesuatu masalah kajian dengan tepat dan

analitik.

Page 69: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 KaedahPenyelidikanDalamPendidikanSekolahRendah 61

PENILAIAN KENDIRI

1. Apakah ciri-ciri masalah kajian yang baik? Bincangkan.

2. Apakah masalah kajian dan apakah perkaitan teori dan masalah kajian? Bincangkan

beserta contoh bersesuaian.

RUJUKAN

Amir Hasan Dawi. (2006). Penteorian sosiologi dan pendidikan. Tg Malim: Quantum Books.

Azlina Abdullah. (2010). Tema dan isu penyelidikan menangani gejala social pada dekad

pertama abad ke 21 di Malaysia. Akademika 78 (Jan- April) 2010, pp 3-

14.Diaksesdaripadahttp://www.ukm.my/penerbit/akademika/ACROBATAKAD

EMIKA78/akademika78%5B01%5DA4.pdf, pada 20 September 2012.

Bogdgan, R.C. & Biklen, S.K. (1998). Qualitative research for education: An introduction to

theory and methods. Bostan: Ally & Bacon.

Creswell, J. W. (2007). Qualitative inquiry & research design: Choosing among five

approaches. Thousand Oak, California: Sage Publications.

Leedy, P. D. & Ormrod, J. E. (2005). Practical Research: Planning and Design. New Jersey:

Pearson Educational International and Prentice Hall.

McMillan, J. H. & Schummacher, S. (2006). Research in education: Evidence based inquiry.

Boston: Allyn & Bacon.

Mohd Majid Konting. (1990). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Othman Lebar. (2009). Penyelidikan kualitatif: Pengenalan kepada teori dan metod. Tg Malim:

Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Ritzer, G. (2003). Contemporary sociological theory and its classical roots: The basics. New

York: Mc Graw Hill.

Schaefer, R.T. (2009). Sociology: A brief introduction. New York: Mc Graw Hill.

Suter, W. N. (1998). Primer of Educational Research. Boston: Ally And Bacon.

Page 70: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

Unit 4 Teori dan Masalah Kajian

Wiersma, W. (1986). Research methods in education-. An introduction. Boston: Ally & Bacon.

Wiersma, W. & Jurs, S.G. (2005). Research methods in education: An introduction. Boston:

Ally & Bacon.

Yasmin Ahmad & Najeemah Mohd Yusof. (2010). Ethnic boundary among students in

malaysian primary schools and social interaction: A conceptual framework. Procedia

Social and Behavioral Sciences 7(C), pp 82-91.

Page 71: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 KaedahPenyelidikanDalamPendidikanSekolahRendah 73

UNIT 5 TINJAUAN LITERATUR

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Mengetahui kepentingan tinjauan literatur dalam penyelidikan

2. Mengenalpasti sumber primer dan sekunder kajian literatur

3. Menilai secara kritikal tinjauan literatur

4. Menjalankan tinjauan literatur

PETA KONSEP

PENGENALAN

Unit ini menjelaskan kepada pelajar tentang kepentingan tinjauan literatur dalam

penyelidikan, perbezaan tinjauan literatur kuantitatif dan kualitatif serta langkah- langkah

yang perlu diambil kira semasa mengendalikan tinjauan literatur.

Page 72: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

64 Unit 5 Tinjauan Literatur

ISI KANDUNGAN

Apa itu Tinjauan Literatur?

Tinjauan literatur merupakan ringkasan atau ulasan dari artikel jurnal, buku, prosiding dan lain

dokumen yang menjelaskan makumat lepas dan terkini berkaitan yang diperlukan bagi kajian

yang dicadangkan. Proses in juga bertujuan mengenai pasti samada sesuatu kajian yang

hendak dijalankan pernah dilakukan oleh penyelidik lain sebelum ini. Di samping itu juga,

tinjauan literatur dibuat bertujuan:

1. Memperjelaskan masalah kajian

2. Melihat justifikasi masalah yang dikaji

3. Mengenai pasti kaedah kajian yang akan digunakan

4. Mengenalpasti teori atau dapatan kajian lepas

5. Membina hipotesis kajian

6. Mempelajari pengetahuan baru

Perbezaan Tinjauan Literatur Kuantitatif dengan Tinjauan

Literatur Kualitatif

Jadual 5.1: Perbezaan antara tinjauan literatur kuantitatif dengan literatur kualitatif

Perbezaan Penyelidikan kuantitatif Penyelidikan kualitatif

Jumlah literatur yang dirujuk di

permulaan kajian

Banyak dan menyeluruh Minima dan hanya sekadar yang diperlukan

Kegunaan literatur di awal kajian • Hanya yang diperlukan sahaja

dalam kajian

• Menyediakan rasional kepada

kajian (i.e. matlamat kajian dan

persoalan kajian atau hipotesis)

Hanya yang diperlukan sahaja dalam kajian

Kegunaan literatur di akhir kajian Menyokong atau menolak

pernyataan yang telah dibuat

dalam kajian literatur sebelum ini

Menyokong atau mengubahsuai dapatan

dalam kajian literatur

Page 73: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 KaedahPenyelidikanDalamPendidikanSekolahRendah 65

Langkah-langkah dalam mengendalikan tinjauan literatur

1. Kenalpasti kata kunci yang digunakan dalam kajian.

2. Dapatkan sumber lokasi bahan literatur dengan merujuk pelbagai bahan serta pengkalan

data.

3. Mengumpul dan menilai secara kritikal bahan literatur yang dipilih untuk kajian.

4. Membuat ringkaskan atau nota ringkas literatur yang telah dikenal pasti.

5. Menulis kajian literatur.

(Creswell, 2008)

1) Kenalpasti kata kunci yang digunakan dalam kajian.

Mulakan tinjauan literatur dengan mengenal pasti beberapa kata kunci topik kajian.

Pemilihan kata kunci perlu dibuat dengan teliti bagi memudahkan pencarian literatur di

perpustakaan atau pencarian di internet. Berikut adalah beberapa strategi bagi mengenal

pasti kata kunci yang sesuai:

a) Tuliskan tajuk-tajuk utama dalam kajian dan pilih dua atau tiga kata kunci yang

merupakan idea utama kajian.

b) Tuliskan secara umum persoalan kajian yang hendak dijawab. Pilih dua atau tiga

perkataan dalam persoalan ini yang benar-benar menjurus kepada matlamat utama

kajian.

c) Gunakan perkataan, istilah-istilah atau ayat-ayat yang telah digunakan oleh penyelidik

lain penyelidikan mereka sebagai kata kunci untuk memulakan pencarian literatur.

d) Rujuk katalog istilah bagi mendapatkan perkataan yang sesuai dengan topik kajian.

Lawati pengkalan data seperti Education Resources Information Center (ERIC) atau

EBSCO Information Servives serta yang terdapat di kolej atau universiti untuk mencari

artikel yang sesuai.

Page 74: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

Unit 5 Tinjauan Literatur

Rajah 5.1: Laman web ERIC

e) Semak isi kandungan jurnal di rak buku dalam perpustakaan kolej atau universiti dan

lihat kata kunci tajuk pada setiap artikel.

2) Dapatkan sumber lokasi bahan literatur dengan merujuk pelbagai bahan serta

pengkalan data termasuk internet.

Setelah memperolehi istilah yang dikehendaki, proses pencarian literatur yang sesuai boleh

dimulakan.

a) Gunakan kedua-dua sumber primer dan sekunder

Kajian literatur selalunya mengandungi kedua-dua sumber primer dan sekunder.

Sumber primer literatur mengandungi kajian yang ditulis oleh penyelidik yang

melakukan sendiri penyelidikan tersebut atau yang mencetuskan sendiri idea

berkenaan. Artikel dari jurnal merupakan salah satu contoh sumber primer. Manakala

sumber sekunder literatur pula, merupakan literatur yang merumuskan sumber

utama. Ianya bukan merupakan bahan utama dari penyelidik asal atau pencetus idea

asal. Antara sumber sekunder adalah ensklopedia, buku panduan dan ulasan jurnal.

<- G J eric.«tgov : <1) =

SERIC *1»H A ana 2013 25i9 3llltlittl9iliH5ltill) 2S5W

— — — _ _ _ NoWt FAQ CerUfltH educational research £.'rV~rL Q Peer reweweo owy □ Fin ie«t juaome on ESC

Shewng 1 to 1J <41K.I2E r*sJU Croii-DiKiphriiry Collaboration to Eni*l« 0iv«r3« R««rch»n Lortteii Douglas J : Sttrm Otbbt C : Guo Cl»ng<>: Tanjka. Kumko. Zha Shtnghua: BtrMtoy El/iUO. V - Journal of FacutyD.wlopnwit.M13 LU PHI WW) Grounded as 3 wH-study uswg to «<plo« th* of un««My facuty r*m&e«s CS GWfl linti pannipaimg m a ci»«44<ipl«*y l«aty O^K-JTWit efflytm. cm porpjt* tftt* W»i >' 10 P) 0»«nCH tlw Madison Research FaHws {MHF) program and (21 exploro the impact -rfthe MRF pc-jram Participate merrfcers ncfcrted .

mgiHEcpcwor 3Sit« rcuMan Cajam S5i5f

TearhimUrf^ds 2031!

Multiple EftKtnmfo gf Mwafttanrt Rtteerch 1 sixVi - European Edjcabaval R*w*ch Jeumtt 201!

The sibcK *!d>««« th» md.ip..*! crjimla ma** «!_< it watch mm rel«wn! for ptecMkmfif. jakcy ̂P"' "

v,M*

a makers potential users and Hakehotoeis

jrri proposes a FrcWtTillisMion of 1h« nobon of "useftil knowledge" CJf Cm**! "Hue Melt iivtoius M cmc*huM. *i*iAinwiM jm iwnain him nee of hwwiods* a« hgMjNt

Frtfrtinul FiHr. 1Z7W Oesoiclots. EJucaSonal RiiMfdi RrtrvafKf XducatOnL Educalonai POkcr. Edutttonai

IMH.T

PYoautunf. siii Onlne Sua-

rtman 4665

Soycioglj kadi' Orel Ntyazt Uguilu Celai f«yyai - Teaching and Teachtf Education: An treenubonal Journal cfRtiearc'i and Stu*« 201D GQ Peer reviewed Exptmg Wchfifi' HMUJU MXjbptal r«»*ch ha; *n impcntn ? u5j«t for r»«*ch»r« Tr«s CS PltWllHI

1: sfludy atrr«d to d«l«rmri«

tvachars' wa on educational rasaarch A tfaee-part suMy ^Msbonnaire the first Hd niKh cwwti o* d* ihs vt'.v*', am tfntah <f HMtmtixi tnwig to tawmnt Osicnctorj EducaBonal R«e*di Itachtr AJHuOti T<atfx< Surnn. Ojts&onnaMs

Sun. U)Mn - EdocsHw. Mi I The irduence of Corfecian culture n C4me» Mavfand CHeu nietecte^ nihe cunent situation *nd comextuil ^*

Mr irtn4> f mximak tmtfi ot ssutstunai

tncujM it Cflrtwuanitn-.. mm ymmiH on CS CnW lin'i theoretKal n*«s d Confucawm and the trJuence of the «lus wnesi d Contuoansm In 1«nra

of res*areh

Cetcnelwj Eaicaaonal R+ tuili EaicaaonaJ rMomj. Cenbcmm HumjA Relahnt

Penafcta J®s* - European Educatcnal Reie»-ch Journal. 20H T>rt WicH C«vw« (h* ra»a ihjt iw ff«ne« c> tn» d»s«jn »r$wctfc» odw a moi( *M'5uart soucn tv CQ Pe« "

Page 75: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

67

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah b)

Carian menggunakan pelbagai sumber literatur

Rajah 5.2: Sumber literatur

AKTIVITI 5.1

Selain daripada sumber literatur yang disenaraikan seperti di atas, apakah lagi sumber

lain yang boleh membantu anda di dalam menjalankan tinjauan literatur. Sila

bincangkan.

3) Mengumpul dan menilai secara kritikal bahan literatur yang dipilih untuk kajian.

Setiap literatur yang telah dikenal pasti, tidak semestinya datang dari sumber yang baik

dan sesuai dengan penyelidikan yang hendak dibuat. Oleh itu penyelidik perlu melihat

kembali kesesuaian kajian literatur yang telah diperolehi.

a) Adakah sumber baik dan tepat?

Antara perkara yang perlu diberi perhatian semasa pemilihan literatur adalah

Sumber Literatur Kandungan

Jurnal Rujukan utama yang baik dan terkini.

Buku Prinsip, teori, konsep dan penyelidikan lepas.

Ensklopedia Menjadi rujukan awal penyelidik yang mempunyai pengetahuan yang

terhad dalam sesuatu bidang.

Kamus dan Glossari Mengandungi banyak istilah semasa.

Buku Panduan Memberi panduan kepada penyelidik terutama buku panduan yang

membincangkan topik-topik berkaitan penyelidikan.

Pengkalan Data Mempunyai pelbagai sumber artikel jurnal yang mudah diperolehi terutama

pengkalan data elektronik seperti ERIC dan EBSCO. Tesis atau Disertasi Laporan kajian pelajar di peringkat Sarjana dan PhD.

Prosiding Seminar Kertas kerja berdasarkan kajian yang dibentangkan di seminar.

Sumber Internet Artikel terkini yang boleh menjadi rujukan awal penyelidik.

0

Page 76: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

Unit 5 Tinjauan Literatur

i) Dapat sumber dari artikel jurnal yang telah diterbitkan terutama yang mempunyai

sidang editor dan dinilai secara kritikal sebelum boleh diterbitkan.

ii) Pilih sumber mengikut keutamaan bermula dengan artikel jurnal berwasit (.refereed

journal), artikel jurnal yang tidak berwasit (nonrefereed journal) buku, disertasi dan

tesis dan kertas persidangan.

iii) Mengabungkan sumber dari kajian kualitatif dan kuantitatif.

b) Adakah sumber sesuai?

Berikut adalah kriteria yang perlu diambilkira semasa memilih literatur untuk digunakan:

i) Topik ada kaitan atau sama dengan cadangan penyelidikan yang hendak dibuat.

ii) Sampel kajian dan lokasi kajian relevan.

iii) Masalah dan persoalan kajian relevan.

iv) Capaian yang relevan.

4) Membuat ringkaskan atau nota ringkas literatur yang telah dikenal pasti.

Proses ini melibatkan membuat salinan, memuat turun, pengumpulan serta membuat nota

ringkas dan abstrak penyelidikan lepas, dan membentuk pemetaan literatur.

a) Membuat salinan, memuat turun dan pengumpulan

Selepas mengenal pasti sumber literatur samada buku, jurnal serta Iain-Iain dokumen,

proses berikut adalah melibatkan kerja-kerja membuat salinan atau mencetak bahan

yang telah dikenal pasti oleh penyelidik. Meletakkan bahan ke dalam fail mengikut

abjad merupakan salah satu kaedah mudah bagi mengurus maklumat atau bahan.

Selain dari itu, bahan tersebut juga boleh dikumpulkan mengikut topik, kata kunci atau

sumber diperolehi bagi memudahkan pencarian kelak.

Page 77: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 KaedahPenyelidikanDalamPendidikanSekolahRendah 69

b) Membuat nota ringkas dan abstrak penyelidikan lepas

Semasa proses membaca sumber literatur, penyelidik akan membuat nota ringkas serta

rumusan bertujuan mengenal pasti idea penting yang di tampilkan dalam bahan atau artikel

tersebut. Antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah (a) persoalan kajian yang

dikemukakan, (b) pengumpulan data, dan (c) dapatan penyelidikan.

c) Membentuk pemetaan literatur

Semasa proses membuat nota ringkas dan abstrak penyelidikan lepas, penyelidik akan

mula memahami kandungan tinjauan literatur dan seterusnya boleh melihat gambaran

konseptual yang akan membantu dalam membentuk pemetaan literatur. Pemetaan literatur

adalah gambarajah atau lukisan yang menunjukkan perkaitan kandungan literatur yang

telah dikenal pasti dengan topik-topik penyelidikan.

Rajah 5.3: Pemetaan literatur diadaptasi daripada http://m-gordon.blogspot.com

/2012/02/literature-map.html.

Page 78: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

Unit 5 Tinjauan Literatur

5) Menulis tinjauan literatur.

Penulisan tinjauan literatur meliputi penulisan rujukan literatur serta format penulisan yang

sesuai.

a) Penulisan rujukan

Mengikut The Publication Manual ofThe American Psychological Association edisi ke 6

(APA 6th), terdapat 3 cara dalam penulisan rujukan iaitu; (i) rujukan di penghujung teks,

(ii) rujukan di dalam teks, dan (iii) judul.

i) Rujukan di penghujung teks

Merupakan senarai rujukan yang digunakan dalam penyelidikan. Contoh penulisan

rujukan mengikut format APA.

• Jurnal

Pena-Shaff, J., Altman, W., & Stephenson, H. (2005). Asynchronous online discussions

as tool for learning: Students' attitudes, expectation, and perceptions.

Journal of Interactive Learning Research, 16(4).409-430.

• Kertas persidangan

Wangpipatwong, S. (2008). Student perception and intention to use e- learning: A full

online course perspective. In K. McFerrin et al. (Eds), Proceeding of Society

for Information Technology & Teacher Education International

Conference 2008, 791-797.

• Buku

Rogers, E. M. (2003). Diffusion of innovations (5tn

ed.). New York: Free Press.

ii) Rujukan di dalam teks

Merupakan cara penulisan rujukan yang ringkas serta member penghormatan

kepada penulis asal. • Merujuk kepada seorang penulis

Page 79: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 KaedahPenyelidikanDalamPendidikanSekolahRendah 81

Bheam (2006) mengkaji tentang perspektif pentadbir sekolah terhadap peranan mereka....

• Merujuk kepada beberapa orang penulis

Mohd Izham, Saiful, dan Rusnah (2007) telah menjalankan kajian untuk melihat kesan atau hubungan

kepimpinan teknologi dengan pentadbiran

• Merujuk kepada beberapa sumber oleh penulis yang berbeza

Kajian tahap kesediaan guru (Siti Salbiah, 2010;Nor Hafiza Azne, 2010; Akma Nurashikin

et al., 2011 ;Shamsuddin, 2011) mendapati....

iii) Judul

Dalam penulisan literatur, jumlah judul serta subjudul penting dalam membantu

pembaca memahami sesuatu penyelidikan. Manakala pemeringkatan judul pula

bergantung kepada jumlah judul dan subjudul dalam sesuatu tinjauan literatur.

Kebanyakan penulisan tinjauan literatur hanya mempunyai dua atau tiga judul.

First Level of Heading (centered)

Main text continues as normal, (indented)

Second Level of Heading tfliiNhlefi)

Main text continuesas normal, (indented)

Third level of heading. (Indented) Add the main text immediately after the

third heading.

Rajah 5.4: Contoh aras judul pertama, kedua dan ketiga mengikut format APA 6th.

Page 80: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

Unit 5 Tinjauan Literatur

b) Format penulisan

Semasa menulis tinjauan literatur, terdapat beberapa elemen tambahan yang perlu diberi

perhatian: keluasan tinjauan, jenis tinjauan, dan rumusan pernyataan tinjauan literatur.

i) Keluasan tinjauan literatur

Sebenarnya tidak ada jawapan yang khusus tentang jumlah bilangan perkataan bagi

sesuatu tinjauan literatur. Namun apa yang penting ialah tinjauan literatur tersebut

hendaklah meliputi keseluruhan rangka kerja penyelidikan dan juga isu yang

dibangkitkan dalam permasalahan penyelidikan.

ii) Jenis tinjauan literatur

Terdapat dua jenis model yang digunakan dalam tinjauan literatur iaitu bertema di

mana penyelidik akan menulis secara ringkas bahan bacaan yang berkaitan

berdasarkan tema yang telah dikenal pasti dalam tinjauan literatur yang telah dibuat

seperti contoh di bawah:

Sikap guru adalah salah satu daripada faktor yang mempengaruhi penerimaan teknologi. Davis

(1989) dan Mc Donald (2004) mendapati bahawa penerimaan guru dipengaruhi oleh aspek, sejauh

mana kepercayaan mereka terhadap kelebihan teknologi itu melebihi daripada teknologi yang sedia

ada, keserasian dengan amalan-amalan biasa, kebergunaanya dan mudah. Manakala Becker dan

Watt (1996) mendapati bahawa guru sukar mengubah gaya PdP dan ianya disokong oleh Arbaat

(2008), yang mendapati guru tidak berani mengambil risiko, takut untuk mencuba inovasi.

Manakala mengikut kajian demi kajian penulisan tinjauan literatur akan memperincikan

setiap kajian yang telah dikumpul mengikut tema yang telah disusun dan diringkaskan

mengikut subtopik seperti contoh di bawah:

Page 81: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 KaedahPenyelidikanDalamPendidikanSekolahRendah 73

Kajian Noraini (2012) mendapati kekerapan Guru Perpustakaan Media (GPM) menggunakan

bahan video daripada EduwebTV sebagai bahan untuk set induksi, pengembangan

pembelajaran, penilaian dan aktiviti pengayaan adalah pada tahap rendah. Ini di sebabkan

GPM tidak kreatif dalam memilih, menyunting dan membina semula bahan pengajaran

daripada bahan-bahan sedia ada dalam EduwebTV. Kajian beliau juga mendapati 72.4%

daripada GPM yang dikaji, kurang berpengetahuan untuk mengubahsuai bahan sumber

daripada Internet mengikut kreativiti sendiri. Manakala kajian oleh Sulaiman dan Azizah

(2008) juga mendapati bahawa bahan sahaja tidak dapat menentukan kejayaan

penggunaanya...

iii) Rumusan pernyataan tinjauan literatur

Dalam tinjauan literatur, rumusan hendaklah berfokus kepada kesimpulan idea

utama yang telah dikenalpasti, dibincangkan dan dirujuk. Sekiranya

perbincangan dalam tinjauan literatur telah dibuat berdasarkan tema-tema yang

telah dikenal pasti, maka rumusan setiap tema perlulah dibuat.

I __ AKTIVITI 5.2

Dengan merujuk kepada laman web https://owl.english.purdue.edu/owl/,

Sila dapatkan bentuk penulisan rujukan di penghujung teks bagi jenis rujukan berikut:

• sumber elektronik

• senarai penulis yang melebihi tujuh orang

• dua atau lebih artikel atau buku oleh penulis yang sama

RUMUSAN

Tinjauan literatur merupakan salah satu komponen yang penting dalam penyelidikan. Di

samping memberi maklumat yang betul berkaitan topik yang dikaji, ianya juga membantu di

dalam mengenal pasti permasalah kajian, teori dan model

Page 82: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

74 Unit 5 Tinjauan Literatur

kajian, metodologi serta menjadi panduan dalam membuat perbincangan hasil dapatan

dan rumusan kajian.

PENILAIAN KENDIRI

1. Mengapakah tinjauan literatur penting dalam menjalankan penyelidikan?

2. Apakah perbezaan antara sumber primer dan sumber sekunder?

3. Apakah langkah yang perlu diambil dalam mengenalpasti sumber literatur yang

baik dalam penyelidikan?

RUJUKAN

American Psychological Association (2010). Publication manual of the American

Psychological Association (6th ed.). Washington: Author.

Creswell, W. J. (2008). Educational Research: Planning, Conducting, and Evaluating

Quantitative and Qualitative Research (3rded). New Jersey: Pearson Prentice Hall.

Kumar, J. (2005J. Research Methodology: A Step-By-Step Guide for Beginners (2nd ed).

London: SAGE Publications.

Noraini Idris (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw-Hill.

Page 83: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 KaedahPenyelidikanDalamPendidikanSekolahRendah 85

UNIT 6 PERSAMPELAN

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharapkan dapat:

1. Menjelaskan maksud populasi dan sampel.

2. Membincangkan jenis persampelan dengan memberi contoh- contoh yang

sesuai.

3. Menghuraikan kaedah menganggarkan serta mendapatkan sampel

kajian.

PETA KONSEP

Page 84: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

76 Unit 6 Persampelan

PENGENALAN

Unit ini menjelaskan kepada pelajar perbezaan antara populasi dan sampel serta jenis-jenis

persampelan dan bagaimana membuat anggaran bagi mendapatkan sampel sesuatu kajian.

ISI KANDUNGAN

Apakah itu Populasi dan Sampel?

Populasi merupakan satu kumpulan atau kelompok individu yang menarik minat penyelidik

serta mempunyai ciri atau sifat yang sama, di mana hasil daripada dapatan kajian

membolehkan generalisasi dibuat (Gay & Airasian, 2003). Manakala sampel adalah sejumlah

individu atau elemen dari populasi (kumpulan besar) yang diperlukan dalam sesuatu

penyelidikan yang merupakan asas bagi membuat anggaran.

Sebagai contoh, jika penyelidik ingin menganggarkan purata pendapatan sebuah

keluarga di dalam sebuah bandar. Maka terdapat dua kaedah untuk berbuat demikian.

Pertama, penyelidik mendapatkan maklumat tentang jumlah pendapatan setiap keluarga yang

tinggal di dalam bandar, menjumlahkannya dan membahagikannya dengan jumlah

keseluruhan keluarga dalam bandar bagi mendapatkan purata pendapatan. Manakala kaedah

kedua, dengan memilih sebahagian daripada keluarga di dalam bandar tersebut,

mendapatkan maklumat tentang pendapatan mereka, menjumlahkannya dan seterusnya

membahagikan dengan jumlah keluarga yang dipilih bagi mendapatkan angggaran purata

pendapatan sebuah keluarga. Kaitan antara populasi dan sampel ditunjukan dalam rajah di

bawah.

Page 85: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 KaedahPenyelidikanDalamPendidikanSekolahRendah 87

Maklumat dari sampel

dikutip bagi menjawab

persoalan kajian

Rajah 6.1: Konsep persampelan

Terdapat kelebihan dan kelemahan dalam

penggunaan sampel di dalam kajian.

Kelebihannya ialah, masa, tenaga dan

kos boleh dikurangkan. Manakala, kelemahannya ialah data

yang diperolehi hanya anggaran dan andaian berdasarkan sampel yang dipilih.

Rekabentuk Persampelan

Pemilihan sampel adalah langkah yang penting terutama dalam menjalankan penyelidikan

quantitatif. Sampel yang baik merupakan sampel yang benar-benar dapat mewakili populasi

yang dipilih. Langkah membuat persampelan adalah seperti berikut:

• Mengenal pasti populasi;

• menentukan saiz sampel yang diperlukan; dan

• memilih sampel.

Beberapa sampel dipilih dari jumlah

populasi kajian

Page 86: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

78 Unit 6 Persampelan

Mudah

Berlapis Sistematik

Sengaja

Kuota Mudah Bola salji Kelompok

Jenis-jenis persampelan

Jenis-jenis Persampelan

Persampelan Bukan Rawak

I I ~—I ________________ I"

Persampelan Rawak

Persampelan rawak merujuk kepada kaedah persampelan yang memastikan setiap elemen dalam

populasi mempunyai peluang yang sama dan bebas sebagai sampel kajian. Peluang yang sama

adalah merujuk kepada pemilihan elemen dari populasi sebagai sampel yang tidak dipengaruhi

oleh faktor lain seperti perasaan peribadi. Manakala konsep bebas bermaksud pemilihan satu

elemen tidak bergantung kepada pilihan elemen lain dalam sampel. Di mana pemilihan atau

penyingsihan sesuatu elemen tidak ada kesan terhadap pemilihan dan penyisihan elemen yang

Terdapat empat jenis persampelan rawak yang biasa.

1. Persampelan Rawak Mudah - Merupakan kaedah persampelan yang kerap digunakan.

Persampelan ini menggunakan kaedah undian dimana setiap individu dalam populasi

mempunyai peluang yang sama untuk dipilih. Misalnya, terdapat 60 pelajar dalam sebuah

kelas, dan nomborkan setiap pelajar dengan nombor 1 hingga 60. Sekiranya anda memilih

untuk menggunakan persampelan mudah untuk mendapat 20 sampel dari populasi maka

kaedah fishbowl atau program

komputer boleh digunakan untuk mendapatkan 20 orang pelajar sebagai sampel. Langkah-

langkah pesampelan rawak mudah adalah seperti di bawah:

Langkah 1: Kenal pasti jumlah semua elemen atau sampel dalam populasi Langkah 2:

Tentukan saiz sampel

Langkah 3: Pilih samada menggunakan kaedah fishbowl draw, jadual nombor rawak atau

Persampelan Rawak

J __ ___ L

Page 87: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 KaedahPenyelidikanDalamPendidikanSekolahRendah 79

menggunakan program komputer.

Persampelan Rawak Berlapis - Kaedah persampelan ini sesuai digunakan bagi populasi yang

tidak seragam (heterogenous). Ianya juga sesuai jika penyelidik ingin membuat perbandingan di

antara sub-populasi. Dalam memilih sampel bagi mewakili lapisan-lapisan yang wujud dalam

populasi, kaedah rawak mudah tidak sesuai digunakan kerana sampel rawak mudah tidak

mewakili lapisan-lapisan yang wujud dalam populasi. Sebagai contoh, penyelidik akan

menentukan lapisan atau kelompok yang ingin dikaji.

Langkah 1: Kenal pasti lapisan atau kelompok yang hendak dikaji Langkah 2: Tentukan strata

yang anda ingin di strata dalam populasi Langkah 3: Tentukan nisbah sampel yang mewakili

setiap kelompok Langkah 4: Mengambil sampel secara rawak berdasarkan nisbah yang telah

ditentukan.

Persampelan Rawak Bersistematik - Persempelan jenis ini sesuai digunakan jika rekabentuk

penyelidikan tidak menjadikan strata populasi sebagai pemboleh ubah bebas. Teknik ini agak

mudah dan ringkas di mana penyelidik yang ingin mengambil sampel 50 keluarga dari 200

keluarga yang terdapat di dalam sesuatu kawasan hanya perlu memilih sampel setiap selang 4

keluarga (200/50=4).

Langkah 1: Kenal pasti jumlah elemen atau sampel dalam populasi Langkah 2:

Tentukan saiz sampel

Langkah 3: Pilih samada menggunakan kaedah fishbowl draw, jadual nombor rawak atau

menggunakan program komputer.

Page 88: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

Unit 6 Persampelan

4. Persampelan Rawak Kelompok - Persampelan ini sesuai jika elemen-elemen yang terdapat di

dalam populasi adalah berselerak (homogeneous) semasa kajian dijalankan. Persampelan ini

berdasarkan keupayaan penyelidik membahagikan populasi sampel mengikut kelompok

kemudian memilih elemen untuk setiap kelompok menggunakan persampelan rawak mudah.

Kelompok boleh dibentuk berdasarkan geographical proximity atau ciri-ciri kesamaan yang

mempunyai kolerasi dengan variable kajian.

Langkah 1: Kenal pasti kelompok yang berbeza dari populasi. Langkah

2: Asing setiap elemen ke dalam setiap kelompok.

Langkah 3: Nomborkan setiap elemen dalam setiap kelompok secara

berasingan.

Langkah 4: Tentukan jumlah sampel.

Langkah 5: Pilih sampel bagi setiap kelompok.

Kaedah Mendapat Sampel Secara Rawak

Terdapat tiga kaedah yang biasa digunakan dalam mendapatkan sampel secara

rawak iaitu:

1. Fishbowl draw - sekiranya populasi kecil, kaedah yang mudah ialah dengan menomborkan

setiap individu, memasukan kertas nombor yang mewakili individu ke dalam kotak dan

seterusnya tanpa melihat ke dalam kotak, ambil kertas bernombor mengikut jumlah saiz sampel

yang telah ditetapkan. Kaedah ini menyerupai cabutan nombor bertuah.

2. Program komputer - terdapat pelbagai program komputer yang buat khusus untuk membantu

penyelidik di dalam memilih sampel secara rawak.

3. Jadual nombor rawak - kebanyakan buku kaedah penyelidikan atau statistik mempunyai

jadual nombor rawak. Penyelidik boleh memilih sampel dengan menggunakan jadual ini seperti

langkah-langkah di bawah:

Page 89: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 KaedahPenyelidikanDalamPendidikanSekolahRendah 81

Langkah 1: Kenal pasti jumlah sampel dalam populasi kajian seperti 50, 120 atau 450.

Langkah 2: Nomborkan setiap elemen bermula dengan nombor 1.

Langkah 3: Pilih lajur atau baris pada jadual yang akan menjadi titik permulaan.

Mulakan dari titik permulaan tadi bagi mendapatkan nombor yang akan

dijadikan sampel kajian berdasarkan saiz sampel yang telah dikenalpasti.

Langkah 4: Sekiranya nombor yang sama berulang teruskan ke nombor yang berikutnya.

Jadual Nombor Rawak

Rajah 6.2: Sebahagian dari Jadual Nombor Rawak

"1

AKTIVITI 6.1

Dengan menjadikan baris 4 pada contoh Jadual Nombor Rawak sebagai rujukan, apakah

antara nombor-nombor sampel yang akan dipilih sekiranya jumlah populasi bagi sesuatu

kajian terdiri daripada 50 orang pelajar sekolah rendah.

Persampelan Bukan Rawak

Persampelan bukan rawak hanya terhad kepada penyelididikan kualitatif. Manaka pemilihan

sampel jenis ini lebih tertumpu kepada sampel yang telah dikenal pasti berdasarkan ciri-ciri

yang tertentu.

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

2 13 44 91 39 85 22 33 04 29 52

3 52 34 06 12 45 65 81 26 86 33

4 38 27 76 89 90 43 09 45 64 93

5 47 47 55 78 33 24 21 36 87 41

6 50 08 45 67 82 31 41 65 13 17

7 47 09 10 45 38 72 96 17 52 19

8 50 35 57 62 69 05 78 17 29 33

9 33 66 90 75 11 26 55 72 92 54

10 56 43 67 09 16 70 15 51 44 56

11 89 23 56 73 56 09 03 55 88 53

12 07 99 54 76 82 65 87 13 42 22

13 62 24 56 78 90 12 42 71 54 81

Page 90: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

Unit 6 Persampelan

1. Persampelan Mudah (Convenience) - Persampelan jenis ini adalah berdasarkan kepada

kebolehpercapaian data yang difikirkan mudah oleh penyelidik. Persampelan ini juga dikenali

dengan persampelan secara kebetulan atau persampelan kesediaan. Sebagai contoh,

penyelidik ingin mendapatkan pandangan peserta sesuatu seminar, penyelidik hanya akan

menemubual peserta yang berada hampir dengannya bagi mendapatkan maklumbalas

mereka.

2. Persampelan Sengaja (Purposive) - Pemilihan sampel jenis ini adalah berdasarkan ciri-ciri

tertentu seperti peranan atau pengetahuan. Penyelidik perlu mengenai pasti subjek yang

benar-benar mempunyai peranan atau pengetahuan yang dapat membantu dalam menjawab

persoalan kajian. Persampelan jenis ini digunakan bagi mendapat maklumat tentang sejarah,

menerangkan fenomena dan membina sesuatu yang tidak ramai mengetahuinya.

3. Persampelan Kuota (Quota) - Kaedah persampelan ini digunakan jika penyelidik tidak dapat

menggunakan reka bentuk persampelan rawak berlapis tetapi masih perlu mendapatkan

sampel bagi mewakili sesuatu populasi. Sebagai contoh, jika penyelidik ingin mendapatkan 20

orang pelajar lelaki sebagai sampel bagi mendapat umur purata, penyelidik hanya perlu berdiri

di hadapan pintu kelas (mengikut keselesaan) dan apabila ada pelajar lelaki yang melalui

hadapan pintu kelas, penyelidik akan bertanyakan umur setiap mereka dan proses ini

berterusan sehingga jumlah sampel yang dikehendaki diperolehi.

4. Persampelan Bola Salji (Snowball) - Merupakan kaedah persampelan yang melibatkan

perhubungan. Ianya dimulakan dengan mendapatkan maklumat dari beberapa individu atau

organisasi. Kemudian meminta sampel tadi mencadangkan individu dalam kumpulan atau

organisasi mereka untuk dijadikan sampel dan proses ini tersebut diteruskan sehingga

penyelidik memperolehi sampel yang mencukupi.

Page 91: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 KaedahPenyelidikanDalamPendidikanSekolahRendah 83

Kaedah persampelan bola salji

Rajah 6.4: Kaedah Persampelan Bola Salji

Menganggarkan Saiz Sampel

Saiz sampel merupakan salah satu perkara yang penting di dalam menjalankan penyelidikan. Jika

sampel terlalu besar ianya akan menyukarkan penyelidik menjalankan kajian serta memakan

masa yang lama dan kos yang tinggi. Sekiranya sampel terlalu kecil, ianya juga memberi kesan

terhadap analisis statistik dan kesahan sampel yang mewakili populasi.

Terdapat beberapa kaedah penentuan saiz sampel antaranya Gay dan Airasian (2006)

mengemukakan panduan saiz berasaskan aras keyakinan pada 95 peratus iaitu:

1. Bagi saiz populasi kecil (N<100), semua ahli populasi menjadi sampel.

2. Bagi saiz populasi 400-600, 50 peratus daripada ahli populasi menjadi

sampel.

3. Bagi saiz populasi sekitar 1500, 20 peratus daripada ahli populasi menjadi

sampel.

4. Bagi saiz populasi melebihi 5000, 10 peratus daripada ahli populasi menjadi

sampel.

Berdasarkan panduan Gay dan Airasian (2006), sekiranya bilangan populasi sekitar 1600 orang,

maka 20% (320) harus dijadikan sampel.

Menurut Krejcie dan Morgan (1970) pula, penentuan saiz sampel boleh ditentukan berdasarkan

jadual penentuan saiz sampel seperti di bawah.

/ \

/ \

Page 92: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

84 Unit 6 Persampelan

N - saiz populasi, S - saiz sampel

Rajah 6.4: Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejcie dan Morgan (1970)

Langkah 1: Kenal pasti jumlah populasi kajian (N) contohnya 500. Langkah 2: Dapatkan

nilai N = 500 dalam jadual.

Langkah 3: Oleh itu saiz sampel (S) adalah 217.

N S N S N S

10 10 220 140 1200 291

15 14 230 144 1300 297

20 19 240 148 1400 302

25 24 250 152 1500 306

30 28 260 155 1600 310

35 32 270 159 1700 313

40 36 280 162 1800 317

45 40 290 165 1900 320

50 44 300 169 2000 322

55 48 320 175 2200 327

60 52 340 181 2400 331

65 56 360 186 2600 335

70 59 380 191 2800 338

75 63 400 196 3000 341

80 66 420 201 3500 346

85 70 440 205 4000 351

90 73 460 210 4500 354

95 76 480 214 5000 357

100 80 500 217 6000 361

110 86 550 226 7000 364

120 92 600 234 8000 367

130 97 650 242 9000 368

140 103 700 248 10000 370

150 108 750 254 15000 375

160 113 800 260 20000 377

170 118 850 265 30000 379

180 123 900 269 40000 380

190 127 950 274 50000 381

200 132 1000 278 75000 382

136 1100 285 10(MMKM) J84

Page 93: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 KaedahPenyelidikanDalamPendidikanSekolahRendah 95

Krejcie dan Morgan (1970) turut menghasilkan formula pengiraan saiz sampel seperti

berikut:

X2NP(1-P)

s = --------------------------- d

2(N-1)+ (x

2P(1-P)

s = saiz sampel yang diperlukan N = saiz populasi P = nisbah populasi d = darjah ketepatan

(0.05)

X2= nilai chi-square daripada jadual pada darjah kebebasan 1 iaitu 3.841

Dengan menggunakan formula di atas, sekiranya saiz populasi ialah 5364 maka saiz sample

yang diperlukan adalah:

Saiz sampel = 3.841 x 5364 x 0.5 (1 - 0.5) 0.052 (5364 -1) + 3.841 * 0.5(1-0.5)

= 3.841 x 5364 x 0.5 (1 - 0.5) 0.052 (5364 -1) + 3.841 * 0.5(1-0.5)

= 5150.78 14.37

= 359

P-p

AKTIVITI 6.2

Sekiranya jumlah populasi kajian anda ialah 420 orang, sila anggarkan jumlah sampel kajian

menggunakan kaedah:

1. Gay dan Airasian (2006),

2. Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejcie dan Morgan (1970), dan

3. Formula pengiraan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970).

Page 94: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

86 Unit 6 Persampelan

RUMUSAN

Pemilihan sampel dari sesuatu populasi amat penting bagi memastikan sampel yang dipilih

benar-benar mencerminkan populasi. Di samping itu juga, pemilihan sampel akan dapat

menjimatkan masa, tenaga serta mengurangka n kos penyelidikan. Terdapat dua kaedah

persampelan iaitu persampelan rawak yang memberi peluang yang sama bagi setiap elemen

untuk dipilih manakala persampelan bukan rawak pula melibatkan pemilihan sampel yang telah

dikenal pasti berdasarkan ciri-ciri yang telah dikenal pasti.

PENILAIAN KENDIRI

1. Apakah itu populasi dan sampel?

2. Apakah kelebihan menggunakan sampel dalam sesuatu pernyelidikan?

3. Apakah perbezaan di antara persampelan rawak dan persampelan bukan rawak?

RUJUKAN

Creswell, W. J. (2008). Educational Research: Planning, Conducting, and Evaluating

Quantitative and Qualitative Research (3rd ed). New Jersey: Pearson Prentice Hall.

Khalid Johari (2004). Penyelidikan Dalam Pendidikan: Konsep & Prosedur. Kuala Lumpur:

Pearson Prentice Hall.

Kumar, J. (2005J. Research Methodology: A Step-By-Step Guide for Beginners (2nd ed).

London: SAGE Publications.

Noraini Idris (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw-Hill.

Page 95: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 KaedahPenyelidikanDalamPendidikanSekolahRendah 87

UNIT 7

PARADIGMA DAN KAEDAH KAJIAN

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir bab ini, anda diharapkan dapat:

1. Memberi definisi paradigma dan berupaya menghubung kait paradigma dengan

kaedah kajian.

2. Menyatakan ciri-ciri kaedah kajian kuantitatif, jenis-jenisnya dan membuat

perbandingan antara satu sama lain.

3. Menyatakan ciri-ciri kaedah kajian kualitatif, jenis-jenisnya dan membuat

perbandingan antara satu sama lain.

4. Membanding beza dua kaedah kajian (kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif).

5. Mengaplikasi salah satu kaedah kaedah yang bersesuaian (kuantitatif atau

kualitatif) dengan masalah kajian dan berupaya memberi justifikasi terhadap

pemilihan tersebut.

PETA KONSEP

Page 96: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

88 Unit 1 Paradigma dan Kaedah Kajian

PENGENALAN

Dalam unit ini, beberapa aspek asas seperti dua paradigma iaitu positivisme dan interpretivisme

dan perkaitannya dengan kajian akan dibincangkan secara ringkas. Penerangan mengenai

kaedah kajian kuantitatif, kualitatif dan perbandingan antara kedua-duanya turut dimuatkan dalam

unit ini. Selain itu, turut dibincangkan beberapa jenis rekabentuk bagi kajian kuantitatif dan

rekabentuk bagi kajian kualitatif, agar ianya membantu bakal-bakal pengkaji membuat pilihan

rekabentuk kaedah kajian yang bersesuaian dengan masalah kajian yang ingin dilaksanakan

nanti.

ISI KANDUNGAN

Paradigma dalam Kajian (Penyelidikan)

Apakah paradigma dan adakah ianya penting? Mukherji dan Albon (2010) mendefinisikan

paradigma sebagai satu set kepercayaan mengenai sesuatu isu yang berlaku di sekeliling dan

memerlukan pendekatan bagaimana isu tersebut boleh diselidiki. Manakala menurut Basit (2010)

paradigma adalah model, perspektif atau rangka konsep yang membantu kita untuk

mengorganisasi pemikiran, kepercayaan, pandangan dan amalan kita dalam menghasilkan

penyelidikan. Menurut Bogdan dan Biklen (1998), 'paradigm is a loose collection of logically

related assumption, concepts and preposition that orient thinking and research'. Maka dapat

dirumuskan paradigma adalah sebagai suatu bentuk pemikiran kita dalam melihat isu-isu di

persekitaran dan ianya mempengaruhi bagaimana kita menganalisis isu tersebut. Ianya juga

merupakan penyebab penting untuk memilih kaedah (metod) kajian yang bersesuaian dalam

mengkaji isu tersebut.

Terdapat dua paradigma utama dalam penyelidikan iaitu positivitisme dan interpretivisme

(McMillan, 2008). Namun terdapat kritikan pada kedua-dua paradigma ini, maka lahirlah 'critical

theory'. Berdasarkan 'critical theory' kajian bukan hanya semata-mata untuk melaporkan keadaan

sosial masyarakat atau pun aspek teknikal (paradigma positivisme), malah struktur masyarakat

perlu berubah

Page 97: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 KaedahPenyelidikanDalamPendidikanSekolahRendah 89

agar keadilan sosial akan tercapai. Ini bermakna, paradigma ini mempertimbangkan perspektif

sesuatu ideologi dan politik (Basit, 2010).

Berikut diterangkan serba ringkas kedua-dua paradigma utama iaitu, positivisme dan

interpretivisme.

1. Paradigma Positivisme

Paradigma positivisme adalah bertitik tolak pada ilmu sains, di mana bagi membuktikan sesuatu

ianya memerlukan peyelidikan saintifik dan sistematik, (Basit, 2010; Mack, 2010; Mukherji & Albon,

2010). Konsep asas dalam paradigma ini, menyatakan apabila kita ingin mengetahui hukum alam

(misalnya: fenomena graviti, prinsip keabadian tenaga), ianya memerlukan satu pemerhatian,

merekod fenomena tersebut secara sistematik dan cuba mengenalpasti prisnsip asas kenapa

berlakunnya hukum alam tersebut. Oleh itu, apabila paradigma ini digunakan bagi menganalisis

sesuatu isu, ianya akan melihat isu tersebut sebagai sesuatu yang boleh diperhatikan, diukur, di

buktikan serta akan ada elemen hubungan sebab dan akibat. Maka paradigma ini akan

menggunakan kaedah kuantitatif, dan data informasi dalam bentuk numerikal serta penganalisisan

data secara statistik, (Mack 2010, Mukherji & Albon, 2010; Rami, 2011). Tujuan kajian aliran

paradigma ini bertujuan untuk membuktikan sesuatu hipotesis, dan dapatannya boleh

digeneralisasikan, (Basit, 2010; Mack 2010; Rami F. Mustafa, 2011). Pengkaji yang mendokong

paradigma ini, mempunyai hubungan yang kurang rapat (detached) daripada partisipan kajian,

agar emosi penyelidik neutral dalam melaksanakan kajian. Ini amatlah perlu supaya penilaian

pengkaji tidak mempengaruhi fakta atau aspek-aspek dalam kajian tersebut.

2. Paradigma Interpretisvisme

Paradigma ini juga di kenali sebagai paradigma humanistik, konstruktivis atau naturalistik, (Rami,

2011). Paradigma ini memfokuskan analisis yang mendalam mengenai sesuatu isu, misalnya

sikap manusia yang kompleks, dalam keadaan natural dan interpretasi isu tersebut berdasarkan

pandangan daripada responden- responden kajian, (McMillan, 2008). Maka kajian yang tergolong

dalam paradigma ini adalah kaedah kajian kualitatif, yang mana melibatkan hasil dapatan dalam

bentuk perkataan berbanding angka dan bilangan responden kajian adalah bersaiz atau bilangan

yang kecil (Mukherji & Albon, 2010). Matlamat pengkaji yang mendokong paradigma ini adalah

untuk memahami sikap, perangai manusia,

Page 98: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

90 Unit 1 Paradigma dan Kaedah Kajian

berbanding untuk mengeneralisasikan hasil kajian atau untuk meramal sebab dan akibat.

Selain itu, apabila pengkaji memasuki lapangan kajian, pengkaji mempunyai tanggapan tertentu

terhadap isu yang ingin di kaji, namun apa yang di alami atau di lihat di lapangan kajian adalah

lebih relevan dan ianya akan diambil kira sebagai informasi berguna yang mampu

menggambarkan isu sebenar kajian tersebut.

Kesimpulannya, pada kebiasaannya penyelidik dipengaruhi atau didasari oleh sesuatu

paradigma tertentu semasa menjalankan kajiannya. Paradigma adalah mengenai pandangan

dan pemahaman kita terhadap isu dan hal-hal di persekitaran kita. Sebagai contoh jika kita

mempercayai realiti sesuatu isu itu adalah berdasarkan persepsi manusia, maka paradigma

kajian kita adalah lebih ke arah interpretivisme. Manakala jika kita melihat sesautu fenomena

boleh dibuktikan melalui sesuatu pengujian yang boleh diukur, dimanipulasi atau pun terjadinya

isu tersebut disebabkan faktor tertentu (korelasi), maka paradigma kita adalah ke arah

positivisme. Dengan mengetahui serba ringkas tentang paradigma, ianya mengukuhkan

pemahaman terhadap kajian yang bakal dijalankan nanti. Ini kerana paradigma adalah sebagai

justifikasi kepada pemilihan kaedah kajian yang bakal digunakan untuk menyelidiki sesuatu isu,

(Mukherji & Albon, 2010). Jadual berikut menunjukkan perbandingan antara kedua-dua

paradigma ini.

Jadual 7.1: Perbandingan paradigma positivisme dan interpretivisme kajian

Paradigma dan aspek

perbandingan

Paradigma Positivisme Paradigma Interpretisvisme

Ciri-ciri aspek kajian Boleh diperhatikan

Diukur

Dibuktikan

Ada elemen hubungan sebab dan akibat

(korelasi)

Adalah hasil pandangan, perspektif

individu dalam masyarakat

Dalam lapangan kajian semulajadi

(natural)

Obfektif kajian Pembuktian hipotesis

Melihat perkaitan sebab dan akibat

Meramal berdasarkan teori kajian

Analisa mendalam mengenai sesuatu

isu

Isu kajian: aspek budaya, sikap, tingkah

laku manusia

Metod (Kaedah) Menggunakan kaedah kajian kuantitatif Menggunakan kaedah kajian kualitatif

Bilangan partisipan kajian Saiz besar

Saiz kecil (minimum: boleh melibatkan

hanya seorang

Page 99: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 KaedahPenyelidikanDalamPendidikanSekolahRendah 91

AKTIVITI 7.1

Berdasarkan 2 paradigma di atas (positivisme dan interpretivisme), kenal pasti

paradigma yang sesuai untuk mengkaji isu di bawah. Berikan justifikasi anda.

1. Adakah penggunaan pengajaran berbantukan simulasi permainan meningkatkan

pencapaian pelajar?

2. Apakah pandangan pensyarah dan pelajar terhadap penggunaan 'interactive

whiteboard' di universiti?

3. Adakah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) membantu meningkatkan motivasi

pelajar di sekolah?

4. Bagaimanakah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) membantu

Kaedah Kajian

Amir Hasan Dawi (2006), menyatakan kaedah merupakan cara atau jalan untuk

menyelesaikan permasalahan penyelidikan. Maka, dalam menyelesaikan sesuatu masalah

atau mengkaji sesuatu fenomena, pemilihan kaedah bersesuaian adalah

responden)

Peranan pengkaji Sebagai pemerhati luar, tidak terlalu

terikat dengan responden (detached)

Ingin merasai pengalaman bersama

responden di lapangan dan mepunyai

hubungan erat

Sentiasa dapat membezakan antara

fakta kajian dan penilaian peribadi

semasa jalankan kajian

Sukar membezakan antara fakta dan

penilaian peribadi semasa menjalankan

kajian

Analisa data Secara statistik Dalam bentuk perkataan, ayat-ayat dan

melibatkan interpretasi oleh pengkaji

Hasil kajian Boleh di generalisasikan Tidak boleh di generalisasikan

Page 100: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

92 Unit 1 Paradigma dan Kaedah Kajian

perlu. Dengan ini, amat perlu bagi bakal penyelidik memahami ciri-ciri setiap kaedah kajian

tersebut, perbezaaan antara satu lain, kerana ianya membantu dalam membuat keputusan yang

tepat. Terdapat dua kaedah (metod) kajian iaitu kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif, (Suter,

1998).

Kaedah Kajian Kuantitatif

Kajian ini menguji spesifik hipotesis yang telah ditetapkan pada awalnya, sampel kajian yang

besar, pengukuran angka-angka, dianalisa secara statistik, menggunakan jadual menggambarkan

dapatan kajian dan dapatanya boleh digeneralisasikan (Suter, 1998). Kajian ini adalah berasakan

paradigma positivisme, yang melihat sesuatu kejadian, isu sebagai yang boleh diperhatikan,

dimanipulasi dan diukur. Berikut diperincikan mengenai kajian ini.

1. Ciri-ciri kajian kuantitatif

a. Fokus kajian

Pada asasnya kajian kuantitatif menekankan pengujian hipotesis, melihat perkaitan antara

pemboleh ubah-pemboleh ubah kajian, menerangkan fenomena dari segi sebab dan penyebabnya

serta untuk meramal sesuatu kejadian. Dalam kajian ini, fokus kajian adalah lebih sempit, kerana

pekara-pekara yang telah ditetapkan, misalnya hipotesis kajian yang telah ditentukan terlebih

dahulu. Maka fokus kajian hanya untuk mengkaji apa yang telah menjadi hipotesis kajian sahaja.

Berbeza dengan kualitatif, di mana skop kajian agak luas dan tidak terbatas kerana ianya

meneroka pandangan responden kajian dalam mengkaji dan memahami fenomena semasa.

b. Proses menjalankan kajian

Memandangkan fokus kajian hanyalah seperti menguji hipotesis, melihat perkaitan antara

pemboleh ubah, maka proses melaksanakannya agak 'rigid' dan tidak mempunyai fleksibiliti.

Sebagai contoh, adanya pemboleh ubah yang telah ditetapkan agar ianya akan memberi satu

keputusan kajian yang lebih jitu. Berbeza dengan kualitatif, sebagai contoh dalam kajian ethnografi

(kualitatif), di mana adanya fleksibiliti dan pengubahsuaian pada proses menjalankan kajia, agar

ianya bersesuaian dengan tempat kajian, budaya setempat, responden kajian dan keperluan

kajian.

Page 101: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 KaedahPenyelidikanDalamPendidikanSekolahRendah 93

c. Analisis data

Proses analisis data menggunakan kaedah statistik dan hasilnya adalah dalam bentuk angka-

angka. Di mana tujuan penganalisisan data untuk menunjukkan perkaitan antara pemboleh ubah

yang telah dibuat, sama ada ianya memberi pengaruh antara satu sama lain atau pun tidak. Selain

itu juga tujuan analisa dibuat adalah untuk memberi penerangan, justifikasi terhadap hipotesis

kajian yang telah dibuat.

d. Pelaporan hasil kajian

Hasil kajian adalah dalam bentuk penerangan mengenai dapatan statistik. Sebagai contoh, jika

ianya melibatkan pengujian hipotesis, maka pengkaji harus menyatakan sama ada ianya adalah

signifikan atau sebaliknya. Dalam hasil kajian juga, akan terdapat informasi mengenai ujian

statistik yang digunakan. Data-data kebiasaanya dalam bentuk graf, jadual dan dapatan kajian

boleh di generalisasikan.

2. Jenis-jenis rekabentuk kajian kuantitatif

Reka bentuk kajian kuantitatif, terbahagi kepada dua iaitu reka bentuk eksperimental dan reka

bentuk bukan eksperimental (non experimental).

a. Rekabentuk eksperimental

Reka bentuk eksperimental merujuk kepada kerangka kerja, di mana sesuatu ekperimen

dilaksanakan serta melibatkan manipulasi pemboleh ubah bebas, (Ary, Jacobs & Sorensen, 2010).

Dalam reka bentuk eksperimental kita akan menguji idea, prosedur atau amalan tetentu untuk

menentukan sama ada ianya mempengaruhi hasil (outcome) atau pemboleh ubah bersandar.

Kajian eksperimen ini akan digunakan untuk menguji teori, untuk membandingkan dua atau lebih

kumpulan dan juga untuk melihat perkaitan sebab (cause) dan kesan (effect) antara pemboleh

ubah yang diuji. Terdapat dua jenis rekabentuk eksperimental iaitu reka bentuk eksperimen

sebenar dan reka bentuk kuasi eksperimen.

i. Reka bentuk eksperimen sebenar

Dalam kajian ini, perbandingan dibuat antara dua kumpulan individu, iaitu kumpulan kawalan

(control group) dan kumpulan rawatan/eksperimen {eksperimental group). Individu dipilih dan

diagihkan secara rawak kepada dua

Page 102: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

94 Unit 1 Paradigma dan Kaedah Kajian

kumpulan ini dengan menggunakan pensampelan rawak. Tujuan agihan rawak dilaksanakan

adalah untuk memastikan individu-individu dalam kedua-dua kumpulan ini mempunyai ciri

yang sama dan seimbang. Pengkaji akan mengawal eksperimen yang dilaksanakan, di mana

pemboleh ubah akan dimanipulasi (cnth: memberi rawatan atau intervensi dalam bentuk

program, kaedah, intervensi).

Sebagai contoh, kumpulan rawatan adalah terdiri daripada subjek kajian yang

didedahkan kepada sesuatu rawatan (cth; pengajaran simulasi). Kumpulan kawalan pula

terdiri daripada subjek yang tidak menerima rawatan (cth; pengajaran buku teks). Maka,

perbandingan pencapaian antara dua kumpulan akan dibuat. Perbandingan ini adalah perlu

bagi menentukan keberkesanan rawatan terhadap sesuatu akibat (cth; pencapaian sains)

dalam kalangan subjek kajian ini. Terdapat beberapa jenis reka bentuk eksperimen seperti

diringkaskan dalam jadual di bawah.

Jadual 7.2: Lima jenis rekabentuk eksperimental sebenar

Jenis reka bentuk

eksperimen sebenar

Penerangan

Reka Bentuk Kumpulan

Kawalan Pasca ujian Sahaja

(Post-test Only Control

Group Design)

Pemboleh ubah bersandar (Cth: skor sains) diukur sekali sahaja melalui ujian pasca.

Ujian pra tidak diperlukan kerana 2 kumpulan (kawalan dan rawatan) mempunyai

ciri-ciri yang sama dan diagih secara rawak.

Pasca ujian dijalankan kepada kedua-dua kumpulan bagi membandingkan

keberkesanan rawatan/intervensi, iaitu pengajaran ICT. Contohnya:

Kumpulan Jenis pengajaran Pasca ujian

Rawatan Pengajaran ICT ada

Kawalan Pengajaran 'chalk & talk'

ada

Page 103: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 95

Melibatkan 2 kumpulan di agihkan secara rawak

Pra ujian di berikan kepada kedua-dua kumpulan.

Tujuan kajian ini juga untuk melihat kesan intervensi atau rawatan yang

telah di berikan, iaitu pengajaran ICT.

Pemboleh ubah bersandar (contoh: skor sains) diukur dua kali: sebelum dan

selepas pemboleh ubah bebas (tidak bersandar) di manipulasi, iatu jenis

pengajaran sama ada pengajajaran ICT atau pengajaran 'chalk and talk'.

Tujuan: Untuk mengetahui sejauh mana kesan pemboleh ubah bebas/tidak

bersandar (sebelum dan selepas) dan membanding kumpulan rawatan dan

kawalan.

Contohnya:

Subjek diagihkan kepada 4 kumpulan secara rawak, iaitu:

Kumpulan rawatan - satu kumpulan diberi pra ujian dan satu lagi tidak Kumpulan

kawalan - satu kumpulan diberi pra ujian dan satu lagi kumpulan tidak

Semua kumpulan akan melalui pasca ujian

Tujuan: Untuk melihat kesan pengujian ke atas 4 kumpulan kajian.

Contoh 4 kumpulan Solomon:

Melibatkan lebih daripada 2 pemboleh ubah bebas (contoh: faktor-faktor) yang

memberi kesan dalam hubungan sebab dan akibat dalam kajian yang akan

dijalankan.

Mempunyai formula tertentu seperti dalam jadual di bawah:

Reka bentuk faktorial

Kumpulan Pemboleh ubah bebas (jenis

pengajaran)

Ujian

pra

Ujian

pasca

Rawatan Pengajaran ICT ada ada

Kawalan Pengajaran 'chalk & talk' ada ada

Kumpulan Kumpulan Ujian pra

Jenis rawatan Ujian

1 Rawatan ada pengajaran simulasi

ada

2 Kawalan ada pengajaran buku teks

ada

3 Rawatan

pengajaran simulasi ada

4 Kawalan

pengajaran buku teks ada

Kelemahan - memerlukan sampel yang ramai untuk diagihkan kepada empat

kumpulan.

Reka Bentuk Solomon

Empat Kumpulan

(Solomon four-group

design)

Reka Bentuk Kumpulan

Kawalan Pra dan Pasca

Ujian

(Pre and post-tests

control group design)

Reka bentuk faktorial

(factorial design)

Penerangan

Page 104: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

96 Unit 1 Paradigma dan Kaedah Kajian

Contoh:

Jika menggunakan formula 2x2: Untuk mengkaji perkaitan 2 pemboleh ubah

bebas (isi kandungan & warna kulit) ke atas minat membeli majalah. 2 pemboleh

ubah bebas terlibat:

Pengaruh isi kandungan (2: isu semasa dan gossip) dan warna kulit (2: hitam putih

& warna-warni) ke atas minat untuk membeli majalah.

Berikut gambarannya:

Berikut merupakan bilangan kumpulan dan responden yang di perlukan

berdasarkan faktorial:

Kesimpulannya, rekabentuk sebenar eksperimen ini dilakukan apabila pengkaji ingin

menentukan kewujudan hubungan antara pemboleh ubah bebas (tidak bersandar) dengan

pemboleh ubah bersandar. Namun apa yang penting

2x2 2 faktor dan setiap faktor mempunyai 2 peringkat

2x3x3 3 faktor: faktor pertama mempunyai 2 peringkat.

Faktor kedua dan faktor ketiga mempunyai 3

peringkat

2x2x3x4 4 faktor: Faktor pertama dan faktor kedua

mempunyai 2 peringkat. Faktor ketiga mempunyai

3 peringkat. Faktor keempat mempunyai 4

peringkat.

Kumpulan

subjek

Rawatan Pengagihan rawak

Kumpulan 1 X11 Membeli majalah isu semsa dan

warna kulit hitam putih

Kumpulan 2 X-I2

Membeli majalah isu semasa

dan kulit warna- warni

Kumpulan 3 X21 Membeli majalah isu gossip dan

warna kulit hitam putih

Kumpulan 4 X22

Membeli majalah isu gossip dan

warna kulit warna-warni.

Reka bentuk

faktorial

Bilangan

pemboleh ubah

bebas

Bilangan

kumpulan

Bilangan responden (jika 1

kumpulan mempunyai 20

orang subjek kajian)

2x2 2 4 80 (20x4)

2x2x3 3 12 240 (20x12)

2x2x3x4 4 48 960 (20x48)

2x2x2x3 5 72 1440

Page 105: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 97

adalah pengkaji perlu berusaha mengawal semua aspek-aspek luaran (cth: kesan

kematangan, kesan kehilangan peserta, kesan instrument kajian, kesan pengujian dsbnya)

yang berupaya mempengaruhi dan memberi kesan terhadap pemboleh ubah bersandar

(Chua Yan Piaw, 2006). Kawalan ini adalah penting bagi pengkaji dalam membuat

kesimpulan bahawa hanya pemboleh ubah bebas sahaja yang menyebabkan kesan

terhadap pemboleh ubah bersandar dan bukannya daripada faktor-faktor lain.

ii. Reka bentuk kuasi eksperimen

Kajian ini tidak melaksanakan pemilihan rawak bagi memilih subjek kajian. Inilah yang

membezakannya dengan reka bentuk eksperimen sebenar. Prosedur persampelan secara

kebetulan/ pensampelan kesediaan (convenience sampling) dan pensampelan bertujuan

(purposive sampling) digunakan dalam kajian ini. Reka bentuk ini digunakan apabila adanya

halangan dalam memilih dan menagihkan subjek kajian secara rawak.

Sebagai contoh, seorang pengkaji ingin melihat keberkesanan program motivasi ke

atas pelajar yang lemah akademik. Maka kajian ini menggunakan pensampelan bertujuan, di

mana pelajar-pelajar yang gagal dalam ujian bulanan sahaja akan dipilih menjadi ahli

kumpulan rawatan. Bagi kumpulan kawalan pula, terdiri pelajar yang tidak gagal dalam ujian

bulanan. Jadual berikut menggambarkan jenis-jenis reka bentuk kuasi eksperimen.

Jadual 7.3: Jenis-jenis reka bentuk kuasi eksperimen.

Jenis reka bentuk eksperimen sebenar Penerangan

Reka bentuk ujian pra pasca kumpulan- kumpulan

tidak seimbang

(Pretest-post test nonequivalent control group

design)

Mempunyai 2 kumpulan, iaitu kumpulan kawalan dan

rawatan

Menyerupai reka bentuk kumpulan kawalan pra dan

pasca ujian bagi eksperimental sebenar. Tetapi subjek

dalam kumpulan eksperimen dan kawalan tidak setara

dalam semua pemboleh ubah.

Contoh:

Kumpulan Pemboleh

ubah bebas

(jenis

Ujian Pra Ujian

pasca

Page 106: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

98 Unit 1 Paradigma dan Kaedah Kajian

Skor-skor ujian dibandingkan untuk menentukan

perbezaan signifikan yang di sebabkan oleh rawatan.

Pengkaji perlu mengukur pemboleh ubah bersandar beberapa kali, misalnya dalam lingkungan 5 hingga 15 kali.

Pengukuran berulang kali pada pemboleh ubah

bersandar sebelum dan selepas rawatan dapat

meningkatkan kebolehpercayaan sesuatu kajian.

Melibatkan satu jangka masa yang panjang dan tenaga

yang banyak.

b. Reka bentuk bukan eksperimental

Menurut McMillan, (2008) reka bentuk bukan eksperimen penting dalam menghuraikan

partisipan kajian, trait, skor dan pelbagai lagi tanpa intervensi. Berbeza dengan reka bentuk

eksperimen, di mana kajiannya melibatkan manipulasi dan intervensi pada pemboleh ubah.

Berikut beberapa contoh reka bentuk bukan eksperimen, iaitu kajian deskriptif (descriptive

study), kajian perkaitan/hubungkait (relationship studies), kajian hubungan sebab akibat

(causal- comparative study) dan kajian tinjauan (survey studies).

i. Kajian deskriptif (descriptive study)

Kajian ini merupakan paling asas dalam kaedah penyelidikan kuantitatif. Ciri utama kajian ini

adalah untuk menghuraikan sesuatu fenomena atau kejadian, (McMillan, 2008). Pelaporan

hasil kajian adalah dalam bentuk statistik seperti peratusan, kekerapan (frekuensi), purata dan

sebagainya. Selain itu, dalam menjalankan kajian ini, adalah perlu bagi pengkaji untuk

menentukan definisi operasional terhadap pemboleh ubah yang digunakan dalam kajian ini.

Sebagai contoh, apakah gaya kepimpinan guru besar yang dapat dapat meningkatkan

prestasi guru di sekoah? Maka, sebagai pengkaji kita perlu menetapkan apakah yang di

maksudkan dengan 'gaya kepimpinan guru besar sekolah' dan apakah yang di maksudkan

oleh 'prestasi guru' dalam aspek kajian

BBM)

Rawatan ICT ada ada

Kawalan buku teks ada ada

Reka bentuk siri masa (Time series design)

Page 107: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 99

kita. Gaya kepimpinan mungkin merujuk kepada gaya 'autokratik', 'demokratik' dan 'laissez

faire' (bebas). Manakala 'prestasi guru' mungkin boleh diukur, berapa banyak buku atau jurnal

yang dihasilkan dalam tempoh 5 tahun. Penentuan definisi operasional ini penting kerana ianya

akan menghasilkan satu kajian deskriptif yang mempunyai kredibiliti.

ii. Kajian hubungkait/perkaitan (relationship studies)

Pada amnya, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti perkaitan antara pemboleh ubah-

pemboleh ubah atau cuba untuk menunjukkan hubungan antara pemboleh ubah-pemboleh

ubah tersebut. Apa yang di maksudkan dengan hubungan (.relationship) adalah apabila satu

pemboleh ubah menunjukkan perbezaan secara sistematik terhadap satu pemboleh ubah yang

lain dalam sesuatu kajian, (McMillan, 2008). Dalam kajian hubungkait ini, terdapat dua jenis,

iaitu kajian perbandingan (comparative study) dan kajian korelasi (correlational study).

• Kajian perbandingan (comparative study)

Kajian ini, akan melibatkan perbandingan dua atau lebih kumpulan berdasarkan pemboleh

ubah tertentu yang menjadi fokus kajian, (McMillan, 2008). Misalnya, isu kajian adalah

mengenai gender dan tabiat membaca. Maka, hasil dapatan adalah apabila kita membuat

perbandingan tahap tabiat membaca antara lelaki dan perempuan. Jika kajian menunjukkan

tabiat membaca lebih tinggi dalam kalangan perempuan, ini bermakna adanya perkaitan antara

dua pemboleh ubah, iaitu gender dan tabiat membaca. Tetapi, ini bukanlah perkaitan yang

melambangkan 'sebab' antara dua pemboleh ubah ini, tetapi kajian ini ingin membuat

perbandingan antara dua kumpulan berbeza, iaitu lelaki dan perempuan.

Rumusannya kajian perbandingan memfokuskan dalam membuat perbandingan antara

kumpulan individu dan bukannya bertujuan untuk menunjukkan perkaitan hubungan sebab

(causal relationship) antara pemboleh ubah-pemboleh ubah yang terlibat.

• Kajian korelasi (correlational study)

Kajian ini bertujuan untuk menunjukkan korelasi antara dua atau lebih pemboleh ubah-

pemboleh ubah, (McMillan, 2008). Maka pengkaji akan menggunakan ujian statistik untuk

mengukur darjah hubungan kait atau pertalian antara pemboleh

Page 108: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

100 Unit 1 Paradigma dan Kaedah Kajian

ubah-pemboleh ubah yang terlibat. Darjah perkaitan ini akan dinyatakan dalam bentuk pekali

korelasi (coefficient of correlation).

Terdapat dua jenis kajian korelasi, reka bentuk bersifat penerangan {explanatory design)

dan reka bentuk bersifat (prediction design). 'Explanatory design' akan digunakan apabila kita

ingin mengkaji hubung kait antara dua atau lebih pemboleh ubah. Interpretasi data kajian

adalah berdasarkan ujian statistik, di mana keputusan ujian akan menunjukkan perubahan

pada suatu pemboleh ubah akan mempengaruhi pemboleh ubah yang lain. Manakala

'prediction design' boleh di gunakan untuk meramal hasil (outcome). Sebagai contoh,

bagaimana dua pemboleh ubah berkorelasi secara positif atau sebaliknya.

iii. Kajian untuk melihat perkaitan sebab akibat (cause and effect

relationship):Kajian 'Ex Post Facto'

Maksud 'ex post facto' adalah 'after the fact', (McMillan, 2008). Dalam kajian ini, pengkaji

seolah-olah bekerja ke belakang semula, iaitu bersifat 'retrospektif, di mana pengkaji akan

mengenal pasti penyebab kepada berlakunya sesuatu pekara atau fenomena. Pendekatan

kajian adalah ianya bermula dengan kesan (effect) dan pengkaji cuba mencari sebab (cause,

reason) terjadinya sesuatu pekara atau kejadian tersebut.

Konsep kajian ini, ianya melibatkan pemboleh ubah bersandar (merujuk kepada kesan

'effect') dan pemboleh ubah tidak bersandar (merujuk kepada sebab 'cause') yang sudah

berlaku dan tidak boleh di manipulasi. Antara contoh pembolehubah tidak bersandar seperi

umur, jantina, tahap pembelajaran ibu bapa, sosiekonomi dan sebagainya. Sebagai contoh,

perbezaan tahap sosialisasi pada pelajar tahun 1 di sekolah. Maka penyelidik perlu melihat ke

'belakang' semula untuk mengenalpasti apakah sebab (cause) yang menyebabkan pekara ini

berlaku. Pelbagai kemungkinan penyebabnya, antaranya terdapat pelajar yang pernah belajar

di tadika dan terdapat juga pelajar yang tidak mengikuti kelas tadika. Inilah yang dikatakan

'retrospektif, melihat ke belakang semula.

iv. Kajian tinjauan (survey research)

Kajian ini paling 'popular' dalam kalangan pengkaji dalam pelbagai bidang. Ini kerana kajian

tinjaun mempunyai ciri-ciri seperti mudah dikendalikan (contohnya penggunaan soal selidik),

cara pengumpulan data yang cepat, maklumat yang terus daripada partisipan, boleh

melibatkan ramai partisipan dan cara

Page 109: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 101

penganalisisan data yang banyak agak mudah, kerana dibantu oleh perisian tertentu seperti

Statistical Package for the Social Sciences(SPSS). Kajian ini kebiasaanya ianya digunakan

untuk mentaksir atau menilai pandangan, kepercayaan, sikap, perspektif sampel kajian

(McMillan, 2008). Instrumen kajian seperti soal selidik atau temu bual. Soal selidik boleh

dilaksanakan pelbagai cara seperti melalui pos, media elektonik (e-mail) atau secara

bersemuka. Terdapat dua jenis reka bentuk kajian iaitu:

• Reka bentuk longitudinal (longitudinal design)

Reka bentuk ini memerlukan pengumpulan data dalam jangkamasa masa/ tempoh masa

yang lama sebagai contoh beberapa tahun. Namun dalam menjalankan kajian ini, pengkaji

perlu menjalankan dua atau lebih kajian dalam sesuatu tempoh masa tersebut, (McMillan,

2008). Terdapat tiga jenis reka bentuk longitudinal iaitu' trend study', kajian kohort (kohort

study) dan 'panel study'.

Dalam 'trend study', ianya akan melibatkan kajian terhadap satu populasi umum

dalam suatu jangkamasa lama. Populasi ini akan di pilih secara rawak dan sampel terpilih

akan dikaji. Namun, pada setiap kali kajian ingin dijalankan, sampel berbeza akan dipilih

dan sampel ini perlulah daripada populasi yang telah ditetapkan. Pada kebiasaannya ianya

digunakan untuk melihat sama ada terdapat perubahan dalam aspek pandangan atau sikap

individu terhadap sesuatu isu, program dan sebagainya dalam sesuatu tempoh masa

tersebut.

Salah satu jenis lagi adalah kajian kohort (cohort study), yang memfokuskan

populasi yang spesifik. Berikut digambarkan contoh isu kajian yang menggunakan

pendekatan kajian kohort (cohort study) dan 'trend study'.

Pada asasnya 'trend study', kajian kohort (kohort study) melihat perubahan dan

proses dalam satu jangka masa yang lama terhadap sesuatu kumpulan (populasi). Namun

'panel study', melibatkan beberapa kali kajian terhadap sampel kajian yang sama. Berikut

adalah perbandingannya beserta contoh kajian.

Jadual 7.4: Perbandingan tiga jenis rekabentuk longitudinal

'Trend study' Kajian kohort (Cohortstudy) 'Panel Study'

Melibatkan pada populasi umum di

sesuatu kawasan.

Melibatkan populasi spesifik di

sesuatu kawasan

Melibatkan sampel atau individu

yang sama

Page 110: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

Unit 1 Paradigma dan Kaedah Kajian

• Reka bentuk merentas/ keratan rentas (cross sectional design)

Kajian ini memungut data pada satu masa tetentu (one point in time), di mana kajian hanya

berlaku sekali, (McMillan, 2008). Maka, reka bentuk ini tidak dapat mengukur perubahan

yang berlaku dalam sesuatu tempoh masa. Selain itu, ianya boleh melibatkan lebih daripada

satu sampel daripada beberapa populasi. Sebagai contoh, untuk melihat pencapaian tahun

4, tahun 5 dan tahun 6 terhadap sub topik tahun 4 (sub topik fotosintesis). Kajian terhadap

sampel tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 ini, akan dijalankan serentak pada satu masa tertentu.

Maka, kajian ini melibatkan tiga sampel berbeza (pelajar tahun 4, pelajar tahun 5, pelajar

tahun 5) dan pencapaian (markah) yang diperolehi boleh dibandingkan.

Contoh kajian: Contoh kajian: Contoh kajian:

Kajian melibatkan populasi guru Kajian melibatkan populasi guru Tujuan kajian adalah untuk

di kawasan Kepala Batas. di kawasan Kepala Batas. melihat pandangan guru

Tujuan kajian adalah untuk Tujuan kajian adalah untuk terhadap Penilaian Berasas

melihat pandangan guru melihat pandangan guru Sekolah (PBS). Tempoh

terhadap Penilaian Berasas terhadap Penilaian Berasas masa selama 6 tahun dan

Sekolah (PBS). Tempoh masa Sekolah (PBS). Tempoh masa setiap 2 tahun, kajian akan

selama 6 tahun dan setiap 2 selama 6 tahun dan setiap 2 dibuat.

tahun, kajian akan dibuat. tahun, kajian akan dibuat.

Namun, daripada populasi

Selama 6 tahun ini, Kajian di mulakan pada tahun guru di Kepala Batas, hanya

kemungkinan akan ada guru 2013. Pada masa ini satu sekumpulan guru yang di

yang bertukar, meninggal dunia populasi guru telah dipilih. Maka pilih pada permulaan kajian

dan ini akan merubah populasi pada kajian berikutnya, pada (tahun 2013). Pengulangan

guru di Kepala Batas Namun tahun 2015, hanya populasi guru kajian yang berikutnya

kajian tetap di teruskan terhadap pada tahun 2013 sahaja akan (dalam tempoh 6 tahun)

populasi guru yang ada di telibat dalam kajian ini. akan hanya melibatkan

kawasan Kepala Batas pada sampel guru yang terpilih

masa ketika itu. Pemilihan Ini akan berterusan sehinggalah pada tahun 2013 sahaja.

secara rawak terhadap populasi tempoh masa 6 tahun.

guru di Kepala Batas. Maka, kajian kohort hanya

melibatkan satu populasi

spesifik, di mana populasi guru

yang dipilih pada permulaan

kajain (tahun 2013), akan terus

menjadi fokus pada kajian

berikutnya (tahun 2015, 2017

dan seterusnya)

Page 111: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 103

Kesimpulannya, hasil dapatan kedua-dua jenis kajian tinjauan (reka bentuk

longitudinal dan reka bentuk merentas) berupaya untuk memberi informasi kepada pengkaji

tentang aspek sikap, pendapat, tingkah laku atau ciri-ciri sesuatu populasi. Berikut

merupakan perbandingan (perbezaan dan perbandingan) mengenai kedua- duanya.

Jadual 7.5 : Perbandingan reka bentuk kajian tinjauan (survey).

Rekabentuk (design) Fokus Populasi Pensampelan Masa

Longitudinal Kesemua jenis

Sampel yang berbeza kajian longitudinal

Trend Study Populasi umum dipilih setiap kali dilaksanakan

kajian ingin berulang-ulang kali

dilaksanakan dan dalam suatu tempoh

ianya secara rawak. masa yang panjang.

Misalnya beberapa

Sampel yang berbeza tahun (6 tahun, 10

Kohort (cohort study) Populasi spesifik dipilih setiap kali tahun, 15 tahun dan

kajian ingin ssebagainya).

dilaksanakan dan Kajian longitudinal

ianya secara rawak. ini juga dijalankan

melebihi sekali

dalam tempoh

Sampel yang telah tersebut

dipilih pada awal

Panel study Sampel /individu kajian akan terus

yang sama menjadi sujek kajian.

Merentas Melibatkan lebih Pemilihan sampel Pada satu masa

(Cross sectional) daripada satu sampel secara rawak daripada tertentu (one point at

atau lebih daripada populasi pada satu time)

satu populasi. masa tertentu, tidak

melibatkan dalam

tempoh masa yang

panjang.

Page 112: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

104 Unit 1 Paradigma dan Kaedah Kajian

Rajah 7.1: Panduan memilih jenis rekabentuk kajian kuantitatif.

3. Kaedah pensampelan

Tujuan pensampelan dalam penyelidikan kuantitatif adalah untuk mendapatkan

sekumpulan partisipan atau sampel yang mewakili sesuatu populasi yang besar. Terdapat

dua cara pemilihan sampel kajian, iaitu secara rawak (probability) dan bukan rawak (non

probability).

(Perbincangan selanjutnya tentang persampelan boleh rujuk kepada unit 6 dalam modul

ini)

4. Kaedah pengumpulan data kajian kuantitatif

McMillan dan Schummacher (2006), untuk mengumpul data kajian kuantitatif, terbahagi

kepada enam jenis kaedah iaitu seperti di bawah:

a. Ujian (test)

Ujian adalah satu intrumen yang memerlukan sampel kajian menjawab satu set soalan

yang telah disediakan oleh pengkaji. Ini merupakan pengujian terhadap

Page 113: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 115

kemahiran atau tahap kognitif seseorang. Berikut merupakan antara contoh-contoh ujian.

Jadual 7.6: Jenis ujian (test) untuk pengutipan data kuantitatif

b. Soal selidik (questionaires)

Soal selidik merupakan satu dokumen, sama ada dalam bentuk penyataan atau soalan untuk

mendapatkan persepsi, sikap, kepercayaan, nilai, pandangan dan pelbagai lain. Teknik ini

sering digunakan kerana ianya mudah dikendalikan. Item- item dalam soal selidik hendaklah

dalam bahasa yang mudah, ringkas, tidak negatif, boleh di jawab oleh sampel kajian, tidak

bias dan berfokuskan objektif kajian.

Skala pengukuran bagi item-item dalam soal selidik adalah pelbagai. Skala adalah

menunjukkan darjah sesuatu pengukuran terhadap tahap, nilai yang ingin di ukur. Skala yang

selalu di gunakan adalah 'Likert Scale'. Skala Likert yang sebenar adalah mengandungi

persetujuan dan tidak persetujuan terhadap sesuatu penyataan. Namun ianya boleh

diubahsuai mengikut kesesuaian objektif kajian kita. Berikut adalah contoh skala lirkert yang

boleh digunapakai dalam kajian anda.

Ujian (test) Penerangan

Standard (standardized) Satu ujian yang mempunyai keseragaman dalam prosedur mentadbir ujian

dan permakahannya.

Berasaskan rujukan tertentu

(Norm referenced)

Interpretasi skoryang di perolehi dibandingkan dengan skor markah

kumpulan individu yang di jadikan rujukan (reference group).

Berasaskan kriteria (Criterion

referenced)

Interpretasi skor dibandingkan dengan kriteria standard tertentu. Sebagai

contoh kriteria standard julat markah bagi A adalah 85- 100, maka

skoryang di perolhi di bandingkan dengan kriteria ini.

Aptitud (Aptitude) Digunakan untuk meramal pencapaian seseorang pada masa depan

dalam aspek kemahiran dan pengetahuan. Contoh Cognitive Abilities

Test, Wecshler Scales, Differential Aptitude test dan Iain-Iain lagi.

Pencapaian (Achievement) Menguji kemahiran dan pengetahuan seseorang. Misalnya, Writ ing

Ski l ls Test , Key Math Diagnost ic Ari thmet ic Test dan

sebagainya.

Page 114: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

Unit 1 Paradigma dan Kaedah Kajian

Sangat bersetuju, Setuju,Tidak pasti, Tidak besetuju,Sangat tidak bersetuju. Sangat kerap,Kerap,Kadang-kadang,Jarang-jarang,Tidak pernah.

TIPS: Jika kajian anda melibatkan kanak-kanak kecil, skala dalam bentuk icon tertentu

boleh digunakan bagi menarik minat kanak-kanak menjawab soalan soal selidik anda.

w *- C> m " =Sangat setuju =Setuju =Tidak pasti

=Tidak setuju =Sangat tidak

Menurut McMillan dan Schummacher (2006), peranan pengkaji dalam kajian kuantitatif

adalah bertindak sebagai pemerhati sepenuhnya (complete observer). semasa pemerhatian,

pengkaji akan membuat inferens atau penilaian (judgement) terhadap tingkah laku atau

sikap yang diperhatikan dan ini di namakan 'high inference observation'. Manakala, 'low

inference observation' memerlukan pengkaji merekod tingkah laku/ sikap yang spesifik tanpa

membuat sebarang inferens atau penilaian (judgement).

d. Temu bual

Temu bual dalam kuantitatif adalah agak berbeza dengan kajian kualitatif. Bentuk soalan

temu bual dalam kuantitatif adalah secara berstruktur. Pada kebiasaannya soalan telah

ditetapkan oleh pengkaji dan struktur soalan tidak akan berubah semasa sessi temu bual.

Pada kebiasaannya, soalan akan ditanya secara lisan dan jawapan akan di rekodkan oleh

pengkaji. Tidak ada pertambahan soalan atau pun soalan mencungkil (probing questions)

seperti temu bual kajian kualitatif.

e. Pengukuran bukan kognitif (non cognitives measures)

Pengukuran ini juga di kenali sebagai pengukuran sikap (attitude). Ianya memfokuskan

pengujian terhadap minat, konsep kendiri, personaliti, kepercayaan dan sikap. Antara

contohnya 'Adjustment Inventory', 'Learning Environment Inventory', 'Strong Campbell

Interest Inventory' dan sebagainya.

f. Pengukuran alternative (alternative assessment)

Pengukuran ini berbeza dengan ujian biasa yang hanya memfokuskan item objektif dan item

subjektif. Pengukuran ini, akan mengukur sejauh mana atau tahap

Page 115: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 117

pencapaian pelajar berdasarkan kriteria lain. Sebagai contoh, 'Portfolio Assessment' dan

'Performance Based Assessment'. Melalui pendekatan ini, sebagai contoh 'Performance

Based Assessment' akan menguji kemahiran berfikir seseorang individu secara holistik.

- AKTIVITI 7.2

1. Apakah ciri-ciri umum kajian kuantitatif?

2. Apakah pensampelan yang boleh di gunakan dalam kajian

kuantitatif? Bincangkan secara ringkas.

3. Bagaimanakah data kaedah penyelidikan kuantitatif di kumpul?

Kaedah Kajian Kualitatif

Kajian ini bertitik tolak daripada paradigma interpretivisme, iaitu sesuatu isu, kejadian

adalah satu realiti yang sangat kompleks dan untuk memahaminya hanya boleh diperolehi

daripada pandangan, suara atau luahan responden-responden kajian. Berikut diterangkan

beberapa aspek-aspek penting yang berkaitan kaedah

1. Ciri-ciri kaedah kajian kualitatif a.

Keadaan Semulajadi (natural settings)

Kajian ini dilaksanakan dalam keadaan semulajadi atau keadaan sebenar, di mana tidak

ada manipulasi pada aspek yang dikaji. Menurut Othman Lebar (2009), penyelidikan

dalam situasi yang sebenar penting kerana untuk memastikan maklumat dan data-data

yang dikumpul, benar-benar menggambarkan fenomena yang berlaku di tempat kajian

tersebut. Sebagai contoh, untuk mengkaji aspek interaksi pelajar di sekolah, sesi

pengajaran guru, tingkah laku guru terhadap pelajar, semuanya dilihat dalam keadaan

semulajadinya (dalam bilik darjah, kantin, aktiviti ko-kurikulum) dan aspek-aspek ini tidak

dikawal. Selain itu, 'setting' atau tempat di mana tingkah laku yang diperhatikan juga tidak

dikawal, semuanya berlaku secara natural. Inilah yang membezakannya dengan kaedah

kuantitatif, di mana aspek kajian dalam kuantitatif, ianya dimanipulsi dan dikawal.

J V

Page 116: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

108 Unit 1 Paradigma dan Kaedah Kajian

Pada asasnya kualitatif akan melibatkan kerja lapangan, di mana pengkaji akan ke

tempat yang dipilih bagi meneroka aspek yang ingin dikaji. Menurut McMillan (2008),

terdapat beberapa penyebab kenapa kualitatif memerlukan kerja lapangan iaitu, untuk

memerhatikan tingkah laku manusia, adalah lebih relevan dalam keadaan atau situasi

sebenar, di mana tiada sekatan, kawalan. Ini kerana keadaan {settings) akan

mempengaruhi kelakuan seseorang individu.

b. Proses mengutip data secara terus daripada sumbernya

Pengkaji akan mendapatkan data-data kajian dengan cara bersemuka dengan responden

kajian, misalnya melalui temu bual dan pemerhatian di lapangan. Pada kebiasaanya,

pengkaji sendiri akan turun ke lapangan dan mereka enggan menggunakan orang lain

sebagai pengutip data kerana ingin memahami isu kajian dengan lebih mendalam serta

dapat membina hubungan rapat dengan responden - responden.

c. Deskripsi yang kaya dengan maklumat

Apa sahaja yang berkaitan dengan masalah kajian akan dicatatkan, direkod dan dianalisa

oleh pengkaji kualitatif. Hasil laporan akan mengandungi satu deskripsi yang mendalam

mengenai isu kajian dan ianya dalam bentuk perkataan, gambar dan bukannya angka-

angka. Pelaporan pada kebiasaannya dalam bentuk penceritaan (naratif) dan ianya akan

memberi kefahaman kepada audien (pembaca), walaupun mereka tidak terlibat dalam

kajian tersebut. Laporan akhir kajian kualitatif adalah melibatkan deskripsi secara

terperinci terhadap sesuatu isu, di mana ianya menggambarkan suara responden dan

refleksi daripada pengkaji, (Creswell, 2007).

d. Fokus kajian

Fokus kaedah kajain kualitatif adalah untuk mengetahui bagaimana (how) dan kenapa

(why) sesuatu fenomena itu berlaku. Melalui persoalan ini (bagaimana, kenapa), informasi

terperinci akan diperolehi mengenai fenomena tersebut. Pendekatan kualitatif tidak

memfokuskan membanding bezakan antara dua pekara, atau menghubungkaitkan antara

dua pekara (pemboleh ubah), seperti yang terdapat pada kajian kuantitatif, kerana

pendekatan ini tidak berupaya memberi maklumat terperinci terhadap sesuatu isu yang

dikaji. Sebaliknya, menurut Othman

Page 117: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 109

Lebar (2009), kualitatif lebih berfokuskan penerokaan, mendeskripsikan serta

menginterpretasikan sesuatu fenomena yang dilihat.

e. Analisa data secara induktif

Pengutipan data dalam kaedah kualitatif bukan berfokuskan pembuktian hipotesis seperti

di dalam kuantitatif. Oleh kerana kaedah kualitatif bertujuan memahami secara mendalam,

maka tiada pengujian hipotesis yang akan menghadkan pengumpulan data-data kajian.

Dalam kajian kualitatif, pada umumnya data-data yang dikumpul akan dianalisa secara

induktif namun kadangkala pengkaji telah mempunyai idea awal tentang isu kajian itu,

(Hays & Singh, 2012). Cara penganalisa data kualitatif secara mendalam akan diterangkan

pada unit berikutnya, unit 8.

f. Perspektif daripada responden kajian

Matlamat kaedah kualitatif adalah untuk memahami keaadaan sesuatu isu daripada

pandangan, luahan, pengalaman responden kajian, (Hays & Sing, 2012). Ini bermakna

pandangan dan pespektif responden merupakan informasi penting, yang akan dilaporkan

sebagai dapatan kajian. Sebagai contoh, semasa membuat transkripsi temu bual, segala

perkataan, ayat responden kajian perlu dikekalkan, tanpa sebarang pengubahsuaian.

Selain itu, hasil dapatan akan menghasilkan pelbagai tema (hasil proses pengkodan),

kerana setiap individu yang berbeza akan mempunyai pelbagai perspektif terhadap

sesuatu isu yang sama.

g. Fleksibiliti dalam proses melaksanakan kajian

Menurut Othman (2009), penyelidikan kualitatif boleh berkembang dan berubah semasa

kajian dijalankan, terutama semasa pengumpulan data dan analisa data. Pada asasnya,

pengkaji kualitatif akan mempunyai perancangan tentang aspek yang ingin di kaji, sama

seperti kaedah kuantitatif. Namun, apabila memasuki lapangan kajian pelbagai isu baru

yang timbul dan ini menyebabkan berlakunya perubahan pada proses pelaksanaan kajian

tersebut, agar ianya bersesuaian dengan tempat serta responden kajian. Antara contoh

perubahan yang perlu difikirkan semula, bilangan individu yang terlibat dalam kajian, fokus

kajian, pendekatan pengutipan data dan sebagainya. Ini bermakna kaedah kualitatif

bukanlah sesuatu yang 'rigid' dan ianya bersifat fleksibal. Berbeza dengan kuantitatif,

kerana ianya mempunyai hipotesis awal yang ingin diuji serta langkah-

Page 118: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

110 Unit 1 Paradigma dan Kaedah Kajian

langkah yang telah di tetapkan, maka ianya tidak boleh diubah sesuka hati semasa proses

melaksanakannya.

2. Jenis-jenis rekabentuk kajian kualitatif

Terdapat lima jenis rekabentuk dalam kaedah penyelidikan kualitatif, iaitu fenomenologi,

biografi, 'grounded theory', kajian kes (case study) dan ethnografi, (Othman, 2009).

a. Ethnografi (Ethnography)

Adalah kajian yang bertitik tolak daripada bidang antropologi. Fokus kajian oleh ahli

antropologi adalah mengenai budaya sekelompok manusia, seperti kepercayaan, bahasa,

adat perkahwinan, agama dan sebaginya. Menurut McMillan (2008), ethnografi adalah

satu kajian yang mendalam, di mana interpretasi budaya sesuatu kelompok manusia dan

maknanya hanya akan difahami apabila kita berada dalam kelompok mereka.

Pengumpulan data adalah melalui tiga kaedah utama (pemerhatian, temu bual, analisis

artifak atau dokumen).

Dalam bidang pendidikan, misalnya di sekolah pendekatan reka bentuk ethnografi

boleh digunakan untuk mengkaji isu-isu tertentu. Ini kerana sekolah juga merupakan satu

oraganisasi yang mempunyai kelompok manusia (komuniti) dan mempunyai budaya

tersendiri, (Wiersma & Jurs, 2005). Antara isu kajian yang boleh dikaji seperti budaya

kumpulan 'punk' di sekolah, kehidupan kumpulan pelajar Orang Asli di universiti, hubungan

etnik di universiti, kumpulan pelajar 'transgenderism' di universiti, aspek pentadbiran di

sekolah wawasan dan pelbagai lagi. Namun harus diingatkan bahawa, apabila kita memilih

reka bentuk ini, kita harus berada bersama-sama responden untuk satu jangka masa yang

panjang (bertahun-tahun), pengutipan data yang terperinci, agar budaya yang dikongsi

oleh kelompok ini dapat difahami secara keseluruhan.

b. Kajian kes (case study)

Kajian kes melibatkan pengumpulan maklumat secara sistematik, secara intensif dan

terperinci dengan memfokuskan kajian kepada seseorang individu, sekumpulan individu

atau sesuatu kumpulan masyarakat secara mendalam, (Mohd Majid Konting, 1990; Chua

Yan Piaw, 2006; Baxter & Jack (2008). Menurut Merriam (1998) pula, kajian kes

menganalisis satu unit atau 'bounded system' secara holistik, bersifat deskriptif, dan

berfokuskan kepada terhadap sesuatu unit

Page 119: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 121

KONTEKS

KES

KONTEKS

KES

KES

Analisis Unit

Berkaitan

Analisis

Unit

Berkaitan

Analisis

Unit

Berkaitan

L __________________

kajian itu secara spesifik. Rajah di bawah menggambarkan konteks dan kes di mana

hanya satu unit analisis diperhatikan (bounded system) dalam kajian ini.

Konteks kajian: SMK | -------- 1 i Kes: Interaksi sosial pelajar i ^

tingakatan 4 pelbagai etnik di [

Rajah 7.4: Menggambarkan konteks dan kes kajian ini.

Secara amnya, menurut Ying (2009) terdapat 4 jenis kajian kes dan diringkaskan

pada rajah di bawah.

Jenis 1: Rekabentuk satu kes (satu unit Jenis 3: Rekabentuk pelbagai kes (satu analisis)

@ single case design (single unit analisis)@ multiple case design unit of analysis)

(

single unit of analysis)

Jenis 2: Rekabentuk satu kes (analisis Jenis 4: Rekabentuk pelbagai kes beberapa unit

berkaitan) @ single case (analisis beberapa unit

berkaitan)@

multiple case design (embedded units of analysis) KONTEKS

Rajah 7.5: Jenis-jenis kajian kes. (Sumber: Diubahsuai daripada Ying, 2009)

(embedded units of analysis)

Page 120: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

112 Unit 1 Paradigma dan Kaedah Kajian

Reka bentuk satu kes (satu unit analisis) memfokuskan satu unit analisis sahaja

secara holistik. Manakala reka bentuk satu kes (analisis beberapa unit berkaitan) turut

memfokuskan satu kes kajian sahaja, tetapi pada masa yang sama turut

mempertimbangkan beberapa unit analisis dalam kajian kes yang di kaji itu, kerana unit-

unit ini mempengaruhi antara satu sama lain. Berbeza dengan rekabentuk pelbagai kes

(satu unit analisis) di mana ia melibatkan pengumpulan dan penganalisan data daripada

beberapa kes dan kajian kes jenis ini meningkatkan kesahan atau generalisasi dapatan

kajian tersebut. Dan akhir sekali, jenis ke 4 iaitu reka bentuk pelbagai kes (analisis

beberapa unit berkaitan) masih melibatkan pengumpulan dan penganalisisan data

daripada beberapa kajian kes dan pada masa yang sama turut mempertimbangkan

beberapa unit analisis dalam sesuatu kes yang dikaji, kerana unit-unit ini mempengaruhi

antara satu sama lain. Kajian kes jenis ke 4 ini, lebih meningkatkan kesahan kajian serta

generalisasi kajian tersebut.

Dalam bidang pendidikan pelbagai aspek boleh dikaji dengan menggunakan reka

bentuk kajian kes ini. Contoh kajian kes seperti merangkumi, kajian mengenai seorang

pelajar pintar cerdas, aspek pentadbiran di sebuah sekolah cemerlang, hubungan pelajr di

sebuah tadika dan pelbagai lagi.

c. Kajian naratif (Naratives)

Naratif merupakan satu kaedah yang bertitik tolak daripada beberapa bidang- bidang

seperti antropologi, sejarah, sosiologi dan sosio linguistik. Pada asasnya kajian ini

berfokuskan penceritaan mengenai kisah hidup atau riwayat hidup, pengalaman,

mengenai seorang individu. Creswell (2007), rekabentuk naratif ini mempunyai beberapa

jenis yang boleh dipilih, iaitu biografi, autobiografi, sejarah hidup (a life history) dan sejarah

secara lisan (oral history).

Biografi adalah kajian di mana pengkaji yang memilih untuk merekod dan menulis

pengalaman hidup orang lain. Manakala autobiografi pula, pengkaji membuat penulisan

mengenai dirinya sendiri, segala kisah hidupnya. Sejarah hidup (a life history) pula akan

menggambarkan keseluruhan kisah atau sejarah hidupnya, pengalaman peribadi dalam

semua keadaan hidupnya. Sejarah secara lisan (oral history) pula akan mengumpulkan

maklumat kajian daripada refleksi personal beberapa individu terhadap sesuatu kejadian

atau kesan kejadian ini.

Page 121: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 113

Bagi kajian naratif ini, sumber bagi penulisan pada kebiasaanya diperolehi

daripada pelbagai sumber antaranya dokumen, rekod arkib atau daripda individu itu sendiri

(responden kajian), (Othman Lebar, 2009). Individu yang menjadi subjek kajian, mungkin

masih hidup atau sebaliknya. Pelaporan hasil kajian naratif, adalah dalam bentuk

penceritaan semula (restorying), iaitu melibatkan organisasi semula informasi, proses

analisis serta menyusun peristiwa hidup subjek kajian dalam bentuk kronologi. Contoh

kajian naratif yang boleh dilaksanakan dalam bidang pendidikan seperti biografi tokoh

yang banyak menyumbang dalam bidang pendidikan, biografi mengenai kisah hidup dan

kejayaan seorang pelajar Orang Asli dan pelbagai lagi.

d. Fenomenologi (Phemenology)

Fenomenologi adalah kajian kualitatif yang memfokuskan sesuatu fenomena. Menurut

Creswell (2007), fenomenologi mempunyai konsep yang sama dengan kajian naratif, iaitu

menceritakan pengalaman hidup, namun pengalaman hidup sekumpulan individu terhadap

sesuatu fenomena atau konsep. Pada asasnya dalam kajian fenomenologi ini, ianya akan

memberi kefahaman kepada pengkaji tentang pengalaman yang dialami oleh sekumpulan

individu. Kesemua individu ini akan mempunyai pengalaman terhadap sesuatu fenomena.

Sebagai contoh, kajian untuk melihat perasaan mangsa gempa bumi, pengalaman pesakit-

pesakit kanser, riwayat hdup sekumpulan pesakit AIDS dan sebagainya. Dalam aspek

pendidikan, antara pekara-pekara yang boleh dikaji seperti pengalaman sekumpulan

pelajar yang dibuli, pengalaman pelajar yang terpilih dalam program pertukaran pelajar,

pengalaman pelajar warganegara asing belajar di universiti Malaysia dan sebagainya.

e. 'Grounded Theory'

Kajian ini agak berbeza dengan yang dibincangkan di atas, kerana ianya melibatkan

penghasilan teori baru berdasarkan hasil daripada data-data kajian yang telah

dikumpulkan. Pengutipan data hanya menggunakan temu bual dan bilangan responden

adalah ramai, iaitu 50 hingga 60 orang. Ini adalah perlu bagi menghasilkan 'ketepuan'

(saturated) pada data kajian. Ketepuan data penting kerana ianya akan membantu proses

menghasilkan teori daripada data-data kajian.

Page 122: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

114 Unit 1 Paradigma dan Kaedah Kajian

Wujudnya konsep kajian ini kerana terdapat sesetengah pengkaji yang melihat

teori-teori yang sedia ada tidak dapat menerangkan sesuatu fenomena dengan tepat.

Maka kajian di jalankan dan berdasarkan pengumpulan data, analisa datanya, teori baru

akan dihasilkan. Misalnya data temu bual dengan sekumpulan responden, akan

menghasilkan tema-tema tertentu berdasarkan sesuatu isu kajian itu. Tema-tema ini akan

dianalisis secara pendekatan perbandingan. Menurut (Othman Lebar, 2009), kaedah

perbandingan konstan (constant comparative method) akan digunakan untuk

membandingkan sesuatu kategori, segmen dan dimensi fenomena yang dikaji. Teori baru

mula terbentuk apabila adanya tema baru yang wujud daripada pemerhatian atau temu

bual dengan responden kajian. Segala tema-tema, konsep-konsep yang diperolehi di

analisis secara perbandingan dan ianya cuba dihubungkaitkan antara satu sama lain.

Kesimpulannya, kajian kualitatif adalah kajian yang dijalankan dalam latar semula

jadi, melibatkan kerja lapangan, penyelidik merupakan instrumen utama, penganalisan

secara induktif dan dapatan memberi gambaran menyeluruh dan mendalam tentang

sesuatu fenomena atau masalah yang ingin dikaji, (Merriam, 1998; Creswell, 2007;

Othman, 2009). Namun terdapat cabaran bagi pengkaji untuk menggunakan pendekatan

kualitatif ini adalah ianya memakan masa yang lama, pengkaji perlu ke lapangan bagi

mengumpul data, analisa data yang banyak dalam bentuk perkataan dan ayat-ayat.

Namun apabila isu yang ingin dikaji itu melibatkan perlakuan, tingkah laku manusia, maka

kaedah kualitatif adalah bersesuaian.

G AKTIVITI 7.3

Berdasarkan lima jenis reka bentuk kaedah kajian kualitatif, kenalpasti perbezaan

dan persamaan berdasarkan kriteria yang telah dibincangkan dalam unit ini dan

lengkapkan jadual di bawah. Bincang bersama rakan anda.

Page 123: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 115

Ciri-ciri &

Rekabentuk

Naratif Fenomenologi Grounded

theory

Ethnografi Kajian kes

Fokus kajian

Contoh isu kajian

yang sesuai

rekabentuk ini

Bidang yang

berkaitan

Antropolog,

sejarah,

psikologi,

sosiologi,

kesusasteraan

Falsafah,

psikologi dan

pendidikan

Sosiologi Antropologi

dan sosiologi

Psikologi,

undang-

undang,

Sains politik,

perubatan

Unit yang di

analisis

Bentuk

pengutipan

data

Paling utama

adalah temu

bual dan di

sokong oleh

dokumen

Paling utama

adalah temu

bual.

Penggunaan

dokumen dan

pemerhatian

boleh juga

digunakan

Pada

kebiasaanny a

melibatkan

temu bual

Paling utama

adalah

pemerhatian

dan temu

bual.

Pelbagai

sumber

seperti temu

bual,

pemerhatian,

dokumen,

artifak

Cara analisis

data

Analisa untuk

menghasilkan

satu cerita

(irestorying), yang

mempunyai

tema dan

kronologi.

Analisa untuk

mengenalpasti

penyataan

penting,

makna sesuatu

unit data

tersebut dan

penerangan

penting tentang

aspek kajian.

Analisa data

mengikut

pendekatan

induktif

(constant

comparison)

Analisa

dengan

mengenal

pasti

budaya-

budaya yang

telah sebati

oleh sesuatu

kelompok

individu.

Analisa data

menggunaka n

pengkodan

data (coding)

dan

mempunyai

deskriptif

lengkap,

mendalam.

Page 124: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

116 Unit 1 Paradigma dan Kaedah Kajian

3. Kaedah Persampelan dalam Kajian Kualitatif

Pensampelan merupakan suatu proses memilih kumpulan individu untuk sesuatu

penyelidikan daripada suatu kumpulan yang besar, (Noraini, 2010). Terdapat dua jenis

persampelan, iaitu persampelan secara rawak (probability sampling) dan persampelan

secara tidak rawak (nonprobability sampling) dan pada kebiasaannya persampelan secara

tidak rawak iaitu jenis persampelan bertujuan atau 'purposive sampling' digunakan dalam

kajian kualitatif, (Merriam 1998). Creswell (2007), Dalam penyelidikan kualitatif persampelan

bertujuan digunakan, kerana ianya membolehkan pengkaji memilih responden yang dapat

memberi jawapan pada persoalan kajian secara terperinci. Menurut Creswell (2007)

terdapat beberapa kaedah pensampelan dalam kualitatif seperti jadual di bawah:

Jadual 7.7: Jenis pensampelan dalam kajian kualitatif (Sumber: Diubahsuai daripada

Creswell, 2007)

Penulisan

laporan

Jenis pensampelan dalam kualitatif Tujuan dan penerangan

Pensampelan Variasi maksimun

(maximum variation sampling)

Terdapatnya pelbagai dan variasi pada dokumen, namun pengkaji hanya

memilih dokumen yang menunjukkan 'pattern' atau bentuk tertentu

sahaja berdasarkan soalan kajian.

Pensampelan Homogenus

(homogenous sampling)

Lebih fokus, lebih ringkas dan memudahkan proses temu bual

Pensampelan berantai

(Snowball/chain sampling)

Mendapatkan responden-responden berikutnya, adalah atas cadangan

responden yang mula sekali di pilih.

Pensampelan tipikal (Typical case

sampling)

Memfokuskan aspek yang biasa di lihat atau dikatakan normal.

Pensampelan bertujuan be rla p is

.(Stratified purposeful sampling)

Memilih berdasarkan sub-sub kumpulan dan ianya memudahkan proses

pembandingan

Pensampelan berasaskan kriteria

(Criterion sampling)

Pemilihan adalah berdasarkan kriteria atau ciri-ciri tertentu bagi

memastikan kualiti dapat dicapai atau dipenuhi.

Page 125: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 117

4. Kaedah pengumpulan data kajian kualitatif

Terdapat tiga cara pengumpulan yang digunakan bagi mendapatkan data kajian kualitatif, iaitu

temu bual, pemerhatian dan analisa dokumen atau bahan audiovisual, (Creswell, 2007; Othman,

2006).

a. Temu bual

Menurut Denzin dan Lincoln (2008), temu bual adalah perbualan yang melibatkan proses

bertanya, mendengar jawapan, di mana ianya melibatkan sekurang- kurangnya dua individu dan

proses ini dapat memberi kefahaman terhadap sesuatu pekara. Oleh itu, sessi temu bual boleh

dilaksanakan secara individu atau secara berkumpulan (focus group). Temubual berkumpulan

akan melibatkan kumpulan kecil yang terdiri daripada beberapa individu yang dipilih dan diketuai

oleh seorang moderator. Tujuan temu bual berkumpulan ini adalah untuk meneroka pandangan

serta pengalaman individu-individu terhadap isu secara spesifik. Menurut Krueger dan Casey

(2009), setiap kumpulan pelajar (focus group) pada kebiasaanya terdiri daripada 5 hingga 10

orang, tetapi bilangan minimumnya boleh seramai 4 orang sahaja dan maksimumnya adalah 12

orang. Bilangan tidak boleh terlalu ramai kerana untuk memastikan bahawa setiap pelajar

berpeluang untuk untuk memberi idea dan berkongsi pendapat, (Hancock, 2002).

Biasanya terdapat 3 jenis temu bual iaitu temu bual berstruktur, temu bual semi

berstruktur (temu bual separa berstruktur) dan temu bual tidak berstruktur, (Othman, 2009). Temu

bual berstruktur adalah di mana pengkaji menyediakan soalan sebelum temu bual dan soalan ini

adalah tetap, tidak boleh diubah, (Lambert, 2012). Manakala, soalan-soalan dalam temu bual

separa berstruktur ditentukan terlebih dahulu, tetapi jawapan kepada soalan tersebut adalah

terbuka dan boleh diperkembangkan mengikut budi bicara penemu bual dan partisipan, (Othman,

2009; Hancock, et al, 2009). Manakala temu bual tidak berstruktur adalah pengkaji dan

responden kajian akan meneroka isu kajian tanpa adanya perancangan pada soalan-soalan yang

akan ditanya, (Lambert, 2012).

Pensampelan kebetulan

(iConvenience sampling)

Menjimatkan masa, tenaga dan kewangan.

Pensampelan kes kritikal

(Critical case sampling)

Maklumat hasil dapatan boleh diaplikasikan pada banyak keadaan

ataupun kes-kes kajian yang lain.

Page 126: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

118 Unit 1 Paradigma dan Kaedah Kajian

Selain itu, menurut Othman (2009), terdapat 3 cara merekod data temu bual,

iaitu menggunakan pita rakaman, mengambil nota semasa temu bual dan cara ketiga

dengan merekod seberapa banyak maklumat temu bual yang dapat diingat selepas sahaja

sessi temu bual tamat. Oleh itu, sebagai pengkaji kita perlu bijak sama ada memilih untuk

mengadakan temu bual secara individu atau berkumpulan dan ianya perlu mengikut

kesuaian pada masalah kajian. Selain itu, pemilihan cara merekod data temu bual juga

perlu dipertimbangkan, kerana kegagalan merekod data temu bual, menyebabkan

terjejasnya kajian kita.

b. Pemerhatian

Menurut Lichtman (2006), pemerhatian manusia dalam persekitaran semulajadi,

membantu memahami kelakuan manusia dan hubungannya dengan masyarakat sekeliling

yang kompleks. Bailey (2007) pemerhatian adalah sebagai suatu bentuk utama bagi

pengumpulan data di lapangan kajian. Sejauh mana keterlibatan seseorang pengkaji

digambarkan dalam kontinum di bawah. Sejauh mana keterlibatan seseorang pengkaji

dengan responden di lapangan kajian, digambarkan dalam rajah kontinum di bawah.

<—I ---------------------- 1 --------------------- 1 ------------------ 1 ------ ►

Pemerhati pasif Pemerhati sebagai partisipan Partisipan aktif Partisipan sepenuhnya

Rajah 7.6: Kontinum keterlibatan pengkaji di lapangan

Berdasarkan rajah 7.6 di atas, terdapat empat tahap di mana ianya menunjukkan

sejauhmana keterlibatan seseorang penyelidik di tempat kajian semasa membuat

pemerhatian, iaitu pemerhati pasif (passive participation/passive observer), pemerhati

sebagai partisipan (moderate participation), partisipan aktif (■active participation) dan

partisipan sepenuhnya (complete participation), (Hays & Singh, 2012; McMillan, 2008;

Merriam, 1998).

Pemerhati pasif akan memerhati responden kajian tanpa mengganggu situasi di

mana pemerhatian dibuat, (Hays & Singh, 2012; Merriam, 1998). Pemerhati sebagai

partisipan (moderate participation), pula adalah di mana pengkaji memainkan peranan

utama sebagi pemerhati, tetapi masih terlibat dan berhubung dengan responden kajian,

(Hays & Singh, 2012). Pemerhati aktif pula, di mana pengkaji akan mengambil bahagian

dalam aktiviti responden, dan

Page 127: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 119

peranannya sebagai pengkaji diketahui oleh responden, (McMillan, 2008). Terakhir sekali, adalah

partisipan sepenuhnya (complete participation), di mana pengkaji akan mempunyai dua peranan

iaitu sebagai orang yang terlibat dalam aktiviti- aktiviti responden kajiannya dan juga sebagai

pemerhati, tetapi kehadirannya sebagai pengkaji tidak diketahui oleh responden, (McMillan, 2008;

Merriam, 1998).

Secara keseluruhannya, pemerhatian adalah sebagai suatu bentuk utama bagi

pengumpulan data di lapangan bagi kajian kualitatif, (Merriam, 1998; Bailey, 2007; Hays & Singh,

2012). Melalui pemerhatian, ianya dapat memberi informasi berguna tentang isu kajian.

c. Analisa dokumen

Analisa dokumen merupakan salah satu daripada kaedah yang boleh digunakan bagi menyokong

data kajian yang diperolehi melalui kaedah temu bual dan pemerhatian. Menurut Merriam (1998),

terdapat 3 jenis dokumen yang biasanya telah tersedia untuk dianalisa oleh pengkaji dan

kadangkala dokumen juga boleh dijana oleh pengkaji semasa proses kajian dilaksanakan, iaitu

seperti dinyatakan di bawah:

i. Rekod awam, misalnya rekod bancian, rekod kelahiran, pada kebiasaannya ianya diperoleh

daripada organisasi di mana kajian dijalankan atau daripada organisasi yang mempunyai kaitan

dengan kajian.

ii. Dokumen peribadi merangkumi diari, surat, video, album foto, kalender, buku skrap,

autobiografi, log perjalanan dan sebagainya. Dokumen peribadi adalah sumber yang boleh

dipercayai, kerana ia adalah merangkumi sikap, kepercayaan, pengalaman dan pandangan

seseorang individu. Namun dokumen sebegini bersifat subjektif kerana berkemungkinan hanya hal

penting pada pandangan penulis dokumen sahaja yang dicatat.

iii. Bahan fizikal pula adalah merujuk kepada objek seperti peralatan, perkakasan dan

sebagainya.

iv. Dokumen yang dijana oleh pengkaji adalah merangkumi gambarfoto, video, data kuantitatif

daripada ujian, skor ujian dan data statistik daripada tinjauan. Tujuan khusus dokumen yang dijana

adalah untuk memahami isu kajian dengan lebih mendalam.

Ketiga-tiga kaedah pengumpulan yang dibincangkan di atas, dinamakan triangulasi kaedah.

Pada kebiasaannya akan dilaksanakan dalam kajian kulitatif

Page 128: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

120 Unit 1 Paradigma dan Kaedah Kajian

bagi mengukuhkan dapatan kajian serta mendapatkan gambaran keseluruhan isu yang dikaji.

Berikut diterangkan serba ringkas mengenai triangulasi ini

Sebagai rumusan, kedua-dua kaedah kajian ini (kaedah kajian kuantitatif, kaedah kajian

kualitatif) boleh digunakan untuk mengkaji isu atau fenomena dalam pendidikan, namun aspek

yang menentukannya adalah paradigma kita sebagai pengkaji dan isu kajian atau masalah kajian

yang ingin dikaji.

Tips: Untuk memulakan sesuatu kajian, seelok-eloknya dimulakan dengan mengenalpasti isu atau masalah kajian.

Kemudian barulah kaedah kajian dipilih. Pemilihan kaedah kajian sama ada kuantitatif atau kualitatif, haruslah didasari

oleh aspek-aspek yang ingin dikaji. Sebagai contoh, jika ingin menguji hipotesis, mengkaji perkaitan (korelasi) antara

pemboleh ubah, maka kajian kuantitatif perlu digunakan. Sebaliknya jika isu kajian adalah untuk melihat pandangan

terhadap sesuatu isu secara mendalam, menghasilakn teori daripada data, maka perlulah memilih kaedah kajian

kualitatif.

RUMUSAN

Daripada perbincangan unit ini, dapatlah dirumuskan bahawa terdapat perkaitan antara paradigma

dan kajian. Paradigma adalah merujuk kepada bagaimana seseorang melihat fenomena yang

berlaku disekelilingnya. Melalui paradigma yang dipegang inilah akan, membantu dalam pemilihan

kaedah kajian yang bersesuaian. Terdapat dua kaedah kajian yang boleh digunakan dalam

mengkaji isu-isu dalam bidang pendidikan, iaitu kaedah kajian kuantitatif dan kaedah kajian

kualitatif. Bagi setiap kaedah kajian (kuantitatif & kualitatif) ini, perincian mengenai ciri-ciri, jenis

rekabentuk, cara pensampelan serta pengumpulan data kajian diterangkan agar ianya memberi

kefahaman kepada pembaca. Terdapat beberapa perbezaan dalam menjalankan kajian kuantitatif

dan kualitatif, misalnya daripada aspek penyataan objektif kajian, pensampelan, pengutipan data,

fokus kajian dan pelbagai lagi. Namun, kedua-dua jenis kaedah kajian ini penting dalam

melaksanakan kajian dalam bidang pendidikan, namun pemilihan kaedah adalah perlu bersesuaian

dengan masalah yang bakal dikaji.

Page 129: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 131

PENILAIAN KENDIRI

1. Berdasarkan pemahaman anda, buat perbandingan antara kaedah kajian kuantitatif dan

kualitatif berdasarkan jadual di bawah. Boleh dilakukan secara individu atau berpasangan.

2. Berdasarkan pemahaman anda mengenai pengutipan data kualitatif, jawab soalan di bawah:

a. Apakah cara pengutipan data yang akan digunakan oleh pengkaji kualitatif? Bincangkan

secara ringkas.

b. Dalam aspek pemerhatian di lapangan kajian {field), sejauh manakah keterlibatan

pengkaji? Bincangkan secara ringkas.

Kaedah kajian dan

aspek perbandingan

Kuantitatif Kualitatif

Konsep asas

Bidang yang berkaitan Sains tulen, Pertanian,

Psikologi

Antropologi, Sejarah,

Sosiologi

Rekabentuk kajian

Matlamat (Goals)

Peranan pengkaji

Sampel

Data

Cara pemerolehan data

Analisis data Deduktif,

menggunakan statistik

Induktif, Secara

berterusan dan

melibatkan proses

pengkodan (coding

approach)

Hasil dapatan

Page 130: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

122 Unit 1 Paradigma dan Kaedah Kajian

RUJUKAN

Amir Hasan Dawi. (2006). Penteorian sosiologi dan pendidikan. Tg Malim: Quantum Books.

Ary, D., Jacobs, L.C. & Sorensen, C. (2010). Introduction to Research In Education. Belmont,

Canada: Wadsworth Cengage Learning.

Bailey, C. (2007). A guide to qualitative field research. California, USA: Sage Publication.

Basit, T. N. (2010). Conducting research in educational contexts. London: Continum International

Publishing Group.

Baxter, P & Jack, S. (2008). Qualitative Case Study Methodology: Study Design and

Implementation for Novice Researchers. The Qualitative Report. Vol; 13 Number 4

December 2008, pp 544-559.

Bogdgan, R.C. & Biklen, S.K. (1998). Qualitative research for education: An introduction to theory

and methods. Bostan: Ally & Bacon.

Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Education.

Creswell, J. W. (2007). Qualitative inquiry & research design: Choosing among five approaches.

Thousand Oak, California: Sage Publications.

Denzin, N. K & Lincoln, Y. S. (2008). (Eds). Collecting and interpreting qualitative materials.

Thousand Oak, California: Sage Publication.

Hancock, B. (2002). An Introduction to Qualitative Research. Diakses daripada http://facu Ity. cbu.

ca/pm acintyre/course_pages/M BA603/M BA603_f i les/l ntroQ ualitativeResearch.pdf,

pada 11 Januari 2013.

Hays, D. G. & Singh, A.A. (2012). Qualitative inquiry: In clinical and educational settings. New York:

Guilford Press.

Krueger, R.A & Casey, M. A. (2009). Focus groups: Practical guide for applied research. Thousand

Oak, California: Sage Publication.

Lambert, M. (2012). A Beginner's Guide to Doing Your Education Research Project. Thousand Oak,

Ca: Sage Pblications.

Litchman, M. (2006). Qualitative research in education: A user's guide. California, USA: Sage

Publication Inc.

Mack, L. (2010). The Philosophical Underpinnings of Educational Research. Polyglossia, 19. pp 5-

11.

McMillan, J. H. (2008). Educational Research: Fundamentals for the Consumer. Boston: Allyn &

Bacon.

Page 131: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 133

McMillan, J. H. & Schummacher, S. (2006). Research in education: Evidence based inquiry. Boston:

Allyn & Bacon.

Merriam, S.B. (1998). Qualitative research and case study: Applications in education. New York:

Jossey Bass Inc.

Mohd Majid Konting. (1990). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Mukherji, P. & Albon, D. (2010). Research methods in early childhood: An introductory guide.

London: SAGE Publications, Inc.

Noraini Idris. (2010). Persampelan. Dalam Noraini Idris (Ed.). Penyelidikan dalam pendidikan.{pp.

112 - 134). Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Malaysia.

Othman Lebar. (2009). Penyelidikan kualitatif: Pengenalan kepada teori dan metod. Tg Malim:

Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Rami F. Mustafa. ( 2011 ). The P.O.E.Ms of Educational Research: A beginners' Concise Guide.

International Education Studies, 4(3), pp 23-30.

Suter, W. N. (1998). Primer of Educational Research. Boston: Ally & Bacon.

Wiersma, W. & Jurs, S.G. (2005). Research methods in education: An introduction. Boston: Ally &

Bacon.

Ying, R. K. (2009). Case study research: Design and methods. Thousand Oaks, CA: Sage

Publications.

Page 132: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

Unit 1 Paradigma dan Kaedah Kajian

Page 133: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 125

UNIT 8 ANALISIS DATA

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir bab ini, anda diharapkan dapat

1. Menerangkan jenis-jenis serta kegunaan analisa data kuantitatif

2. Menerangkan fasa-fasa dalam proses analisa data kualitatif

3. Membanding beza pendekatan cara menganalisa data kuantitatif dan data

kualitatif

4. Menganalisis data-data kajian berdasarkan pendekatan kuantitatif atau

kualitatif

5. Mengaplikasi cara untuk mendapatkan kesahan (validity) dan

kebolehpercayaan (reliability) pada data kajian (kuantitatif atau kualitatif)

PETA KONSEP

PENGENALAN

Selepas data kajian dikumpulkan, maka proses berikutnya adalah menganalisa. Tanpa

analisa yang tepat, data-data mentah ini tidak dapat dilaporkan kepada audien. Maka dalam

bab ini dibincangkan mengenai proses analisa data kuantitatif dan proses analisa data

kualitatif. Terdapatnya perbezaan antara pendekatan menganalisa kedua-dua data kajian ini.

Page 134: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

126 Unit 8 Analisis Data

Selain itu, kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability) bagi kedua-dua kaedah kajian

ini (kuantitatif dan kualitatif) turut dimuatkan dalam bab ini.

ANALISA DATA KAJIAN

Analisis data bergantung kepada jenis data yang diperoleh. Jika ianya data kuantitatif, yang

terdiri daripada angka, maka iannya memerlukan analisis statistik. Manakala bagi data

kualitatif, data dalam bentuk ayat-ayat dan perkataan, maka perlu pendekatan khusus untuk

menganalisis, iaitu menggunakan proses pengkodan {coding). Berikut dibincangkan serba

ringkas cara analisa data kuantitatif dan analisa data kualitatif ini.

ANALISA DATA KUANTITATIF

Bagi menganalisa data kuantitatif kita memerlukan adalah statistik. Menurut Ary, Jacobs dan

Sorensen (2010), pengkaji perlu mempunyai asas mengenai statistik kerana, statistik

diperlukan untuk menginterpretasi data dan melaporkannya pada orang ramai. Secara amnya,

analisisis statistik adalah satu tatacara, teknik dan kaedah yang teratur dalam memahami data

yang terkumpul, membuat penelitian, meringkaskan, menjalankan penganalisaan dan

memaparkan hasil dapatan dalam bentuk yang mudah difahami kepada orang ramai. Ianya

terbagi kepada dua iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi seperti yang diterangkan di

bawah:

Page 135: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 127

1. Statistik deskriptif /keperihalan (descriptive statistic)

Menuut Azizi Yahaya et. Al, (2007) statistik deskriptif digunakan bagi menghurai atau

membuat ringkasan pada maklumat atau data yang diperoleh bagi sesuatu populasi atau

sampel. Ianya digunakan untuk menerangkan data atau maklumat dengan cara meringkaskan

beberapa set data atau maklumat seperti markah ujian, umur, etnik, jantina, agar ianya mudah

difahami oleh orang ramai. Selain untuk menghuraikan taburan data-data, statistik deskripif

juga digunakan untuk menunjukkan hubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah

(Wiersma & Jurs, 2005). Berikut diterangkan serba ringkas kegunaan statistik ini.

a. Deskripsi taburan data kajian

Data-data yang banyak perlu dilaporkan dan statistik deskripsi boleh digunakan untuk

memaparkan serta menghuraikan data-data tersebut dalam bentuk teratur. Misalnya melalui

penggunaan taburan frekuensi (frequency distribution) dan histogram. Histogram adalah

bentuk grafik yang mempunyai frekuensi pada paksi menegak (vertical) dan nilai data pada

paksi mendatar (horizontal). Selain itu, melalui statistik ini juga dapat memberitahu kita

mengenai taburan data-data kajian, misalnya melalui ukuran kecenderungan memusat

(measures of central tendency). Berikut merupakan contoh-contohnya.

i. Min atau purata - purata arithmetik dan didapati dengan menjumlahkan skor-

skor di dalam taburan skor dan dibahagikan dengan jumlah bilangan skor

ii. Mod - skor yang mempunyai kekerapan terbanyak

iii. Median- skor yang membahagi dua taburan skor supaya jumlah bilangan skor

adalah sama di kedua-dua pihak. Nilai yang terletak di tengah-tengah setelah

disusun mengikut susunan tertentu.

Dalam mendeskripsikan taburan data kajian, keserakan data-data tersebut juga perlu

dipaparkan dalam laporan kajian. Maka terdapat beberapa pengukuran seperti dinyatakan di

bawah bagi mengukur keserakan data-data (measures of spread). Pengukuran ini akan

memberi gambaran sama ada nilai data-data berjauhan atau berdekatan antara satu sama

lain. Berikut merupakan contoh-contohnya:

Page 136: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

128 Unit 8 Analisis Data

• Julat atau Sela; Julat adalah jarak antara skor terbesar dengan terkecil, apabila data

disusun dalam lingkungan tetentu (range).

• Varians dan sisihan piawai; Varians menggambarkan bagaimana skor-skor dibezakan

daripada purata arithmetik. Varian juga digunakan untuk mengenai pasti keserakan

skor-skor dalam satu taburan. Varians merupakan kuasa dua bagi nilai sisihan piawai.

Sisihan piawai adalah pengukuran yang utama dalam kajian dan untuk menyatakan

keserakan skor-skor dalam sesuatu taburan. Ianya digunakan pada data skala sela

dan nisbah. Sisihan piawai menunjukkan jumlah purata sesuatu nilai atau skor individu

tersisih daripada skor min dalam sesuatu taburan (pengukuran jarak daripada purata

arithmetik).

2. Statistik inferensi (inferential statistic)

Statistik inferensi ini, berkaitan cara mendapatkan maklumat populasi daripada sampel.

Inferens atau andaian ke atas populasi adalah berasaskan maklumat sampel-sampel ini,

(Azizi Yahaya et al, 2007). Statistik inferensi adalah satu cara kita menganggar parameter

(ciri-ciri populasi) daripada statistik (ciri-ciri sampel) dan berdasarkan dapatan statistik ini, satu

inferensi serta generalisasi dapat dibuat terhadap keseluruhan populasi (Ary, Jacobs &

Sorensen, 2010; Wiersma & Jurs, 2005).

Secara amnya, statistik ini bertujuan untuk membuat ramalan, andaian atau inferen

daripada analisis sampel-sampel kajian. Hasil analisis sampel-sampel ini boleh

digeneralisasikan kepada populasi yang lebih besar, yang diwakili oleh sampel tersebut.

Maka, statistik ini adalah satu generalisasi sampel mengenai populasinya. Oleh kerana ianya

bertujuan untuk membuat generalisasi, maka cara pemilihan sampel perlulah secara

pensampelan rawak. Berikut merupakan antara ujian-ujian yang digunakan dalam statistik

inferensi.

a. Analisis Parameter

Menurut Mc Millan (2008), analisis parameter adalah prosedur statistik berdasarkan andaian-

andaian mengenai populasi yang dikaji. Terdapat beberapa ujian yang sering digunakan

seperti ANOVA, ujian-t dan ujian kolerasi.

Page 137: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 129

i. Ujian-1

Ujian-t digunakan untuk membandingkan dua min (purata) daripada dua kumpulan data yang

berbeza sahaja. Pada kebiasaannya, ujian-t ini digunakan apabila melibatkan data kajian

diukur dengan menggunakan skala ukuran sela dan skala ukuran nisbah. Jika melibatkan

lebih daripada dua, misalnya membandingkan min (purata) tiga atau lebih kumpulan, maka

ujian ANOVA perlu digunakan seperti diterangkan di bawah.

ii. Analisis varians (Analysis of Variance : ANOVA)

Apabila kita ingin membandingkan min (purata) antara dua sampel, maka ujian-t akan

digunakan. Namun apabila terdapat kita ingin membandingkan lebih daripada dua min, maka

ujian ANOVA akan digunakan bagi menggantikan ujian-t. Maka dalam ujian ANOVA ini, lebih

daripada 2 kumpulan diuji secara serentak. Jika kita ingin melihat sama ada terdapat

perbezaan antara tiga atau lebih kumpulan atau keadaan dalam eksperimen (misalnya

perbezaan antara kumpulan-kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan). Dengan penggunaan

ujian ANOVA ia akan dapat membantu penyelidik untuk menganalisa dan membandingkan

min-min bagi lebih daripada dua kumpulan ini. Contoh lain, ANOVA ini boleh digunakan

apabila kita ingin membandingkan min (purata) markah matematik antara etnik (Melayu, India,

Cina, Orang Asli) setelah program tutorial intensif diberikan kepada kumpulan etnik- etnik ini.

iii. Korelasi antara pemboleh ubah

Statistik deskriptif ini juga penting dalam mendeskripsikan dan menghuraikan korelasi antara

pemboleh ubah-pemboleh ubah kajian. Bagi mengetahui sejauh mana kekuatan korelasi

antara pemboleh ubah, maka ianya di nyatakan dalam pekali korelasi. Nilai pekali korelasi

adalah di antara +1.00 dan -1.00. Jika nilai pekali korelasi ialah 0.00, maka tidak wujud

korelasi antara pemboleh ubah-pemboleh ubah yang terlibat. Bagi menyatakan korelasi,

terdapat pekali korelasi tertentu, seperti pekali Pearson, pekali spearman dan Iain-Iain lagi.

Pemilihan pekali ini adalah bergantung kepada pada bagaimana data-data ini diukur.

Page 138: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

130 Unit 8 Analisis Data

Selain itu, statistik ini juga penting dalam meramal korelasi antara dua pemboleh ubah.

Ramalan (prediction) adalah anggaran perubahan pada satu pemboleh ubah akan memberi

kesan pada satu pemboleh ubah yang lain. Misalnya kita boleh meramal pencapaian

akademik berdasarkan ujian IQ.

Secara kesimpulannya, statistik deskriptif berfungsi untuk menghuraikan dan membuat

rumusan terhadap data-data kajian. Daripada statistik ini, informasi mengenai taburan data-

data dapat diperolehi. Memandangkan terdapat pelbagai jenis teknik statistik, namun ianya

perlu dipilih berdasarkan kepada skala pengukuran yang digunakan dan apakah fungsi teknik

statistik tersebut.

b. Analisis bukan parameter Khi Kuasa Dua dan taburan

Menurut Wiersma dan Jurs, (2005), analisis bukan parameter digunakan apabila tidak ada

andaian-andaian mengenai populasi yang dikaji. Ujian khi kuasa dua (Chi- square), digunakan

dalam analisis bukan parameter.

i. Khi Kuasa Dua (chi-square)

Ujian khi kuasa dua digunakan apabila terdapatnya dua kategori pemboleh ubah yang

berbeza dan pengkaji ingin melihat atau mengetahui bagaimana kategori- kategori berbeza ini

berkait antara satu sama lain. Sebagai contoh, kita ingin mengetahui sama ada wujud

perbezaan yang signifikan antara pelajar daripada taraf sosio ekonomi (SOE) tinggi atau

rendah dengan pencapaian dalam SPM. Kita memilih sampel daripada dua populasi (SOE

rendah dan tinggi), lihat pencapaian SPM mereka. Dengan ini, staistik khi kuasa dua ini, boleh

digunakan untuk menentukan sejauhmana kekuatan hubung kait antara kedua-dua pemboleh

ubah

Sebagai rumusannya, statistik inferensi dapat membuat generalisasi tentang sesuatu

populasi, melalui kajian yang dibuat terhadap sekumpulan individu (sampel) yang telah dipilih

daripada populasi sebenar. Namun, generalisasi ini hanya bermakna, apabila individu yang

dipilih benar-benar mewakili populasi sebenar. Selain itu dalam pendidikan, statistik ini

mempunyai kepentingannya. Misalnya, jika guru ingin menggunakan sesuatu intervensi

(contoh program jom ke surau) untuk mengurangkan salah laku, maka kita perlu mempunyai

bukti yang menunjukkan intervensi itu berkesan untuk diteruskan atau sebaliknya. Maka di

sinilah pentingnya

Page 139: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 141

penggunaan statistik inferensi. Berikut di ringkaskan perbezaan antara kedua-dua statistik

ini.

Jadual 8.1: Perbezaan antara statistik deskriptif dan statistik inferensi

Sebagai rumusan, kedua-dua bentuk statistik ini (deskriptif dan inferensi) berguna

dalam menganalisa data kuantitatif. Sebagai pengkaji, kita harus memahami dan memilih

statistik bersesuaian dengan data yang kita kumpul dan objektif kajian kita. Pada bahagian

berikutnya akan dibincangkan mengenai aspek yang penting dalam kajian kuantitatif, iaitu

kesahan (validity) dan kebolehpercayaan {reliability).

Apabila kita memilih untuk menjalankan kajian kuantitatif, maka kita perlu bersiap

sedia dengan memberikan justifikasi pemilihan instrumen (soal selidik, skala pengukuran)

yang kita gunakan dalam sesuatu kajian. Oleh itu, pengkaji perlu mengutarakan justifikasi

berdasarkan aspek kesahan {validity) dan kebolehpercayaan {reliability) instrumen kajian

yang bakal gunakan tersebut. Berikut merupakan penerangan ringkas mengenai kedua-dua

aspek ini dan perkaitannya dalam kajian kuantitatif.

Statistik Fungsi Ujian statistik yang digunakan

Deskriptif Huraikan ciri-ciri pemboleh ubah, misalnya

mengenai taburan data- data kajian

Digunakan untuk mengorganisasi data

dalam bentuk teratur (graf, carta pai,

dsbnya)

Frekuensi, min, mod, medium, julat, varian,

sisihan piawai, peratusan dan sebagainya.

Inferensi Huraikan perhubungan antara pemboleh

ubah-pemboleh ubah kajian

Digunakan untuk menunjukkan korelasi

antara pemboleh ubah- pemboleh ubah

Untuk membuat generalisasi keputusan

kajian yang diperoleh daripada sampel

kajian kepada populasi kajian

Ujian-t, Anova, ujian Khi-Kuasa dua, ujian

korelasi, ujian kolerasi Pearson dan Iain-

Iain lagi.

Page 140: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

132 Unit 8 Analisis Data

KEBOLEHPERCAYAAN DALAM KAJIAN KUANTITATIF

Kebolehpercayaan (reliability) bermakna kaedah tersebut bebas daripada kesilapan, di

mana setiap kali pengukuran di buat berulang-ulang kali, tetapi keputusannya tetap

konsisten, (Lambert, 2012; Mc Millan, 2008). Manakala menurut Chua Yan Piaw, (2006)

kebolehpercayaan dalam sesuatu penyelidikan merujuk kepada keupayaan sesuatu kajian

untuk memperoleh nilai yang serupa apabila pengukuran yang sama diulangi. Sebagai

contoh, ujian atau borang soal selidik itu dikatakan 'reliable' atau boleh dipercayai jika ianya

memberi keputusan yang sama apabila ianya di uji atau diulang beberapa kali. Pada

kebiasaanya, pengkaji boleh menggunakan pelbagai cara untuk menunjukkan pengukuran

atau skala mereka adalah 'reliable'. Terdapat empat jenis pendekatan untuk menentukan

kebolehpercayaan, seperti digambarkan dalam jadual di bawah.

Jadual 8.2: Pendekatan dalam mentukan kebolehpercayaan data dalam kajian kuantitatif

Jenis kesahan

melalui:

Penerangan Ralat pada

[Errors over):

Pemerhati

(Observer) Menggunakan pendekatan kebolehpercayaan antara dua

pemerhati (Inter-Rater or Inter-Observer Reliability)

Digunakan untuk menilai dan melihat sejauh mana dua atau lebih

pemerhati/ penilai konsisten dalam menilai sesautu pekara. Jika

peratus kedua-dua pemerhati ini dalam lingkungan >86 %, maka ini

dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Peratusan ini

melambangkan darjah persetujuan antara dua pemerhati/penilai

yang berbeza.

Pemerhati atau penilai

objek/ fenomena yang

diperhatikan

Pemerhati A Pemerhati B

Page 141: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 143

Pengukuran pada

masa kedua Pengukuran pada

masa pertama

Menggunakan pendekatan pengujian semula (Test- Retesf)

Digunakan untuk menilai samada sesuatu pengukuran adalah

konsisten apabila diukur pada masa yang berbeza.

Pada kebiasaanya, pengkaji perlu mengukur sesuatu

sampel/objek pada dua masa berbeza. Andaian yang dibuat

adalah, apabila ukuran dibuat pada masa berbeza mempunyai

nilai yang sama, maka kebolehpercayaan adalah tinggi.

Menggunakan pendekatan bentuk selari atau sama (.Parallel-

Forms)

Digunakan untuk menilai sama ada hasil ujian konsisten

ataupun tidak, di mana dua ujian yang berbeza perlu dibentuk

bagi menguji sesuatu aspek.

Ini bermakna pengkaji perlu, membina soalan-soalan yang

banyak, kemudian membahagikan secara rawak kepada dua set

soalan. Kedua-dua set soalan ini diberikan pada kumpulan

sampel yang sama. Korelasi antara dua set soalan-soalan ini

adalah sama, adalah anggaran kepada darjah

kebolehpercayaan. Namun, pendekatan ini, memerlukan

pengkaji membina banyak soalan yang menguji aspek yang

sama.

BENTUK A

BENTUK B

masa pertama

Mengukur korelasi antara item yang mengukur aspek yang

sama.

Pengkaji akan memberikan satu bentuk instrumen sahaja

kepada hanya satu kumpulan individu serta ianya sekali sahaja.

Apabila keputusan yang konsisten diperolehi daripada items

yang mengukur aspek yang sama, maka ianya mempunyai

ketekalan dalaman. Antara contoh cara untuk mengukur

ketekalan dalaman adalah dengan menggunakan coefficient

alpha (Cronbach Alpha), 'split-

1 kilogram = 10OO grams

Stabiliti /Kukuh

(.Stability)

Masa (time)

1 kilogram = 1000 grams

Kesamaan

(Equivalance)

Bentuk (forms)

Ketekalan dalaman

(Internal

consistency)

Item

Page 142: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

134 Unit 8 Analisis Data

half dan sebagainya.

korelasi antara 2 item yang

mengukur aspek yang sama

Item

Menurut Suter (1998), 'reliability can also be described in terms of

consistency, dependability and reproducibility. This consistency can be thought over four

general sources, times, forms, items and raters. Maka secara umum, kebolehpercayaan

kaedah kajian kuantitaif juga mempertimbangkan sejauh mana konsistennya sesuatu

instumen itu memberi bacaan setiap kali pengukuran dibuat. Jika bacaan yang diperolehi

adalah konsisten, maka ianya adalah instrumen yang 'reliable'atau boleh dipercayai dalam

mengumpul data kajian kuantitatif.

KESAHAN DALAM KAJIAN KUANTITATIF

Kesahan adalah merujuk kepada sejauhmana ujian/skala/instrumen dapat mengukur

sesuatu yang sepatutnya diukur (Suter, 1998; Lambert, 2012), sebagai contoh mudah, jika

kita ingin mengukur berat gula kita perlu menggunakan alat penimbang dan bukannya pita

pengukur atau pembaris. Jika kita menggunakan alat penimbang, ianya merupakan alat

yang tepat (valid instrument). Dalam konteks kajian, sebagai contoh jika pengkaji ingin

membentuk skala bagi mengukur 'kepimpinan pengetua' maka pengkaji perlu

menenentukan dimensi atau aspek yang ingin diukur dan cuba mereka items/skala yang

tepat bagi mengukur dimensi/aspek tesebut.

Dalam kajian kuantitatif, amatlah perlu menggunakan instrumen kajian (cth; skala

pengukuran, soal selidik dan sebagainya) yang telah sahkan (valid). Ini kerana, jika

instrumen yang digunakan itu tidak 'valid', maka ianya mempengaruhi kajian yang

dilaksanakan. Menurut Mc Millan (2008), instrumen kajian yang sah (valid) akan memberi

pengaruh terhadap kajian kuantitatif, kerana ianya meningkatkan kredibiliti. Maka tidak

hairanlah, kebanyakkan pengkaji kuantitatif cenderung menggunakan instrumen kajian yang

telah mempunyai kesahan.

Menurut Chua Yan Piaw, (2006) terdapat beberapa jenis kesahan, seperti kesahan

muka, kesahan kriteria, kesahan bina, kesahan kandungan, kesahan

Item

Page 143: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 135

dalaman dan kesahan luaran. Namun, menurut Wiersma dan Jurs, (2005), secara amnya

terdapat tiga kesahan yang utama dan penting iaitu seperti digambarkan dalam jadual di

bawah:

Jadual 8.3: Jenis kesahan dalam kajian kuantitatif.

Jenis kesahan Penerangan

Isi kandungan/ intipati (content) Pengkaji perlu memastikan kandungan items-item yang dibina perlu menepati atau melambangkan aspek yang ingin diukur.

Misalnya jika kita ingin mengukur kemahiran maka intipati items dalam

instrumen kajian perlulah menepati dan merangkumi kemahiran yang

ingin diukur.

Kriteria (criterion) Mendapat kesahan melalui perbandingan dengan kriteria luaran

(external criterion).Kriteria luar ini merupakan satu standard dan jika

aspek pengukuran kita adalah menepati standard ini, maka ianya

dikatakan mempunyai kesahan.

Terdapat dua pendekatan dalam kesahan kriteria ini iaitu seperti di

bawah. Melalui pendekatan ini hubungan antara skor ujian/ukuran dan

kriteria luaran akan dikenalpasti sama ada menepati atau sebaliknya:

Bina (construct) 'Construct' adalah sesuatu yang trait yang diukur, misalnya kepandaian, motivasi, kebimbangan, sikap dan Iain-Iain lagi.

Sebagai contoh, untuk mengukur pencapaian akademik pelajar.

Pengkaji perlu menentukan apakah 'construct' yang perlu digunakan

untuk mengukur pencapaian akademik dan ianya perlulah diuji sama

ada 'consrtuct' yang dipilih tersebut benar- benar menepati aspek

'pencapaian akademik'.

Jenis & aspek

perbandingan

Serentak (concurrent) Ramalan (predictive)

Ciri umum Tiada selang masa yang

lama untuk membuat

perbandingan antara data

yang dikumpul dan kriteria

(yang ingin dibandingkan)

tersebut

Biasanya

digunakan apabila data

yang dikumpul itu

dibandingkan dengan

kriteria selepas

beberapa tempoh masa

Objektif Pengukuran ini

melambangkan

perbandingan pada

masa kini.

Pengukuran yang

dibuat dapat meramal

apa yang mungkin

berlaku di pada masa

akan datang. Sebagai

contoh, gred bahasa

inggeris semasa SPM

dan pencapaian bahasa

inggeris semasa di

universiti.

Page 144: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

136 Unit 8 Analisis Data

Oleh itu, bagi meningkatkan mutu serta kredibiliti kajian, maka pengkaji perlu memilih

instrumen kajian yang telah kukuh dan 'valid'. Ini kerana instrumen adalah alat yang penting

dalam mengumpul data kajian kuantitatif dan seterusnya mempengaruhi hasil kajian

tersebut. Maka amatlah perlu sebagai pengkaji baru menggunakan instrumen kajian yang

telah sedia ada, yang telah diuji kesahannya. Walau bagaimanapun, jika, pengkaji

bercadang untuk membuat instrumen kajian yang baru, pengkaji perlu mengesahkan

instrumen tersebut terlebih dahulu, sebelum ianya digunakan untuk mengutip data kajian.

r— ̂

AKTIVITI 8.1

1. Apakah perbezaan antara statistik deskriptif dan statistik inferensi? Bincangkan

dan huraikannya.

2. Apakah anda faham tentang kesahan (validity) dalam kajian kuantitatif.

ANALISA DATA KUALITATIF

Creswell (2007) penganalisa data dalam kulitatif melibatkan penyediaan data,

mengorganisasi data untuk dianalisis dan kemudiannya proses pengkodan. Lacey & Luff,

(2001), menyatakan proses menganalisa data mempunyai beberapa fasa, bermula dengan

penerokaan data kajian (familiarisation of the data), transkripsi (transcription),

mengorganisasi (organization), pengkodan (coding) dan analisis {analysis). Berikut di

gambarkan prosesnya.

Page 145: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 137

Analisis {analisis) <■

Rangka Analisis

(framework

analysis)

Proses

pengkodan

(coding process)

Penerokaan

data

(Familiarisation

of data) Mengorganisasi {organization)

Rajah 8.1: Langkah-langkah dalam menganalisa data kualitatif

Fasa 1: Penerokaan data kajian (familiarisation of the data)

Ini merupakan fasa yang amat penting, kerana pada masa ini pengkaji perlu membaca,

menyemak, mendengar berulang-ulang kali data-data yang telah dikumpul. Apabila pengkaji

telah 'familiar' dengan data, pengkaji akan lebih memahami data dengan lebih mendalam.

Pada kebiasaanya, pengkaji akan membuat sedikit ringkasan yang penting mengenai

aspek-aspek penting data-data kajian yang telah terkumpul.

Fasa 2: Transkripsi (transcription)

Transkripsi adalah proses menukarkan rakaman temubual (dalam bentuk audio) dan nota

lapangan (field note) yang bertulis tangan kepada bentuk 'verbatim' (bertulis, bertaip) agar

ianya mudah dibaca, difahami. Proses transkripsi amat perlu agar kesemua data yang telah

direkodkan (data audio) dan diperhatikan (nota lapangan) dinyatakan dalam bentuk lebih

teratur, agar membantu pengkaji mendapat gambaran menyeluruh mengenai isu kajian.

Jika pengkaji secara terus menganalisa data kajian daripda nota lapangan atau rakaman

temu bual, besar kemungkinan akan adanya bias, di mana pengkaji akan cenderung

memilih dan memasukkan

Transkripsi (transcription)

<=■

Page 146: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

138 Unit 8 Analisis Data

aspek-aspek yang menarik, relevan sahaja tanpa mempertimbangkan aspek-aspek lain

dalam data kajian.

Selain itu, dalam transkripsi, segala tanda bukan lisan (non-verbal cue) seperti diam

sejenak (mungkin menandakan malu atau gangguan emosi), 'mmm...., aaaa...'

(menandakan responden kajian sedang berfikir), ketawa, mimik muka (cnth:berkerut dahi,

mata terbeliak), kesemuanya patut direkodkan kerana keemuanya ini penting kerana ianya

adalah gambaran atau refleksi perasaan sebenar responden kajian. Pengkaji juga tidak

perlu menukar struktur ayat, atau perkataan agar ianya tepat mengikut tatabahasa,

sebaliknya apa yang di dengar melalui rakaman , hanya itulah ditranskripkan.

Fasa 3: Mengorganisasi (organization)

Selepas transkripsi kesemua data telah siap, pengkaji perlu menyusunnya dengan teratur

(mengorganisasi) agar memudahkan pengkaji merujuk serta mencari data- data tersebut

apabila di perlukan. Pada fasa ini akan melibatkan menukar nama responden kajian yang

ramai kepada nama samaran (pseudoname). Penukaran nama ini adalah perlu, kerana

ianya adalah salah satu etika kajian, iaitu kerahsiaan butiran sebenar responden. Sebagai

contoh, jika terdapat 7 orang guru sekolah telah di temu bual, maka setiap seorang perlu di

beri nama samaran atau pengkaji boleh menggunakan kod singkatan (contoh: G1 untuk

mewakili pertama, G2, G3,....G7 mewakili guru yang terakhir). Pemilihan sama ada untuk

menggunakan nama samaran atau kod singkatan bergantung pada anda, asalkan anda

mengingatnya.

Fasa 4: Proses pengkodan (coding process)

Pengkodan adalah proses untuk meneliti, membaca, mengenalpasti serta mengeluarkan

teks (sama ada beberapa patah perkataan, ayat atau perenggan) dan memberi kod (label)

agar ianya mudah untuk dianalisis. Menurut Boeije (2010), 'a code is a summarizing phrase

for a piece of text which expreses the meaning of the fragment.' Oleh itu, kod biasanya

dalam satu bentuk, beberapa perkataan yang ringkas ataupun ditulis dalam bentuk

singkatan dan ianya menggambarkan maksud idea/konsep terhadap frasa-frasa dan ayat-

ayat tersebut. Pengkodan boleh dilakukan secara manual oleh pengkaji ataupun

menggunakan perisian tertentu

Page 147: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 139

seperti NUD 1ST, NVivo dan AtlasTi. Perisian ini akan memudahkan pengendalian data

yang banyak serta proses pengkodan.

Kod-kod baru akan terus terhasil apabila adanya data-data yang tidak menepati kod

yang telah sedia ada. Pada kebiasaanya apabila pengkaji membaca berulang-ulang kali

transkripsi, akan wujud kod baru, pertukaran serta perubahan pada kod. Maka, proses

pengkodan data kajian memerlukan masa yang lama, sikap yang teliti dan pemikiran

analitikal.

Fasa 5: Analisis

Peringkat ini adalah melibatkan proses untuk membina tema. Terdapat dua pendekatan iaitu

seperti di bawah: • Grounded Theory - Pendekatan induktif.

Melalui pendekatan ini, kesemua tema-tema adalah berasal atau terbentuk daripada data-

data kajian (temu bual, nota lapangan, dokumen berkaitan). Melalui pendekatan induktif ini,

pengkaji cuba untuk mencari makna, penerangan atau cuba membentuk satu teori yang

cuba menggambarkan perkaitan aspek-aspek penting dalam isu kajian. • Rangka analisis (Framework analysis)- Pendekatan deduktif

Berdasarkan pembacaan, pengalaman atau pemikiran yang logik, pengkaji akan mempunyai

satu kerangka pemikiran mengenai tema-tema yang mungkn diperolehi daripada data-data

kajian. Ini bermakna, melalui pendekatan deduktif ini, pengkaji telah menetapkan set-set

kategori dan tema-tema pada permulaan kajian dijalankan. Daripada data-data kajian,

pengkaji akan mengenalpasti frasa, ayat atau perenggan tertentu yang berpadanan dengan

tema-tema atau kategori-kategori yang sedia ada. Walau bagaimanapun, pengkaji tidaklah

perlu terikat seratus peratus dengan tema- tema atau kategori yang telah ada dan jika

wujudnya tema baru, maka ianya perlulah dimasukkan dalam laporan kajian.

Kesimpulan, dalam melaksanakan proses analisa data kualitatif, langkah dalam rajah

8.2 boleh dijadikan panduan. Namun pada asasnya, dalam proses analisis data kualitatif,

ianya merupakan proses berterusan dan 'non linear'. Walaupun kod-kod telah siap dibina,

namun pengkaji perlu menyemak semula

Page 148: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

140 Unit 8 Analisis Data

beberapa kali. Ini memerlukan pengkaji untuk bekerja 'back' dan 'forth', (Othman Lebar,

2009; (Creswell, 2007). Ini bermakna, dalam proses penganalisa data kualitatif, pengkaji

akan melakukan penyemakan kod-kod berulang kali, walaupun kod itu telah siap dibina.

AKTIVITI 8.2

Secara berpasangan temu bual rakan anda mengenai 'apakah punca- punca

berlakunya salah laku dalam pelajar di sekolah? Anda boleh merujuk Unit 7 bagi

melihat kaedah melaksanakan temu bual

1. Berdasarkan temu bual yang telah dirakam, buat satu transkripsi temu bual.

2. Bincang bersama rakan dan cuba bina kod-kod bagi menjawab soalan di

atas. Cuba fikirkan, apakah pendekatan analisis yang akan anda gunakan.

3. Bentangkan dalam kelas untuk mendapat refleksi daripada pensyarah anda.

KEBOLEHPERCAYAAN DATA KUALITATIF

Merriam (1998), mentakrifkan kebolehpercayaan atau 'reliability' adalah sejauhmana dapatan

kajian boleh diulang atau direplikasikan. Dengan perkataan lain, adakah kajian ini, jika

diulang akan menghasilkan dapatan yang sama. Namun menurut Merriam (1998) lagi, dalam

penyelidikan kualitatif, yang melibatkan bidang sains sosial, adalah agak sukar untuk

mendapatkan dapatan yang sama kerana perlakuan manusia adalah tidak statik.

Oleh itu, menurut Creswell (Creswell, 2007), kebolehpercayaan dalam kajian

kualitatif adalah berdasarkan ' intercoder agreement', iaitu persetujuan antara beberapa

individu dalam menyemak kod-kod analisa yang telah dibuat pada data kajian.

Penyemakan dan pengesahan kod ini perlu dilakukan oleh pakar bidang kajian ini,

(another coder). Persetujuan antara pengkodan yang dilakukan oleh

Page 149: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 141

pengkaji dan 'another coder' dilakukan dengan melihat persetujuan bersama dengan

menggunakan formula dalam rajah di bawah. Menurut Noriah Mohd Ishak et. al (2010)

penyelidik boleh menilai kebolehpercayaan sesuatu kajian kes dengan menentukan nilai

penentuan darjah persetujuan pengekodan yang dilakukan oleh penyelidik dengan

pengkodan yang dilakukan oleh pakar dalam bidang penyelidikan. Miles & Huberman (1994),

proses menyemak kod bukan hanya membantu dalam memberi makna atau definisi yang

tepat pada data-data mentah kajian, malah ianya satu cara yang baik untuk menyemak

kebolehpercayaan. Rajah berikut menunjukkan formula pengiraannya.

Rajah 8.2: Formula pengiraan kebolehpercayaan pada kod kajian. (Sumber: Miles &

Huberman (1994).

Menurut Miles dan Huberman, (1994) jika persetujuan antara kita sebagai pengkaji dan

peyemak kod (another coder) adalah melebihi 0.70 (> 70 %), maka pengkodan pada data

kajian di terima atau disahkan.

KESAHAN DATA KUALITATIF

Kesahan (validity) dalam kualitatif adalah satu proses untuk mendapatkan kebenaran

dengan berada lama di tempat kajian serta mempunyai hubungan yang rapat dengan

responden, (Creswell, 2007). Terdapat lapan strategi untuk menentukan kesahan dalaman

misalnya masa dan kekepan bersama responden, triangulasi, ulasan oleh rakan (peer

review), semakan oleh responden (member checking), deskripsi yang mendalam (rich thick

description), audit luaran (external Audit), penjelasan mengenai bias sebagai pengkaji

(clarifying researcher biases) dan analisis kes secara negatif, (Creswell, 2007).

Kebolehpercayaan = Bilangan kod yang dipersetujui

Jumlah kod yang dipersetujui + Jumlah kod yang tidak dipersetujui

Page 150: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

142 Unit 8 Analisis Data

1. Masa yang lama di tempat kajian dan kekerapan bersama responden

Apabila pengkaji berada lama di tempat kajian, membuatkan dia lebih rapat dan memahami

budaya, isu kajian dengan terperinci. Namun, berada dengan lamanya di tempat kajian tidak

mencukupi, seandainya tidak disertakan dengan kekerapan memerhati responden dan

berinteraksi bersama mereka. Jika masa yang lama dan lebih kerap bersama responden,

maka 'rapport' atau hubungan yang baik akan terbentuk antara responden dan pengkaji.

Apabila hubungan baik telah terbina, maka lebih senang untuk responden meluahkan

pandangan, perasaan terhadap isu kajian.

2. Triangulasi (triangulation)

Marshall dan Rossman (2006) triangulasi bukanlah semata-mata untuk mendapatkan

kebenaran, tetapi dapat memberi gambaran mengenai dunia sosial dari pelbagai perspektif.

Terdapat 4 jenis kaedah triangulasi, iaitu (a) sumber data (orang, tempat, masa); (b) kaedah

(temu bual, pemerhatian, analisa dokumen); (c) penyelidik yang berbeza (peyelidik A,

peyelidik B ); dan (d) teori yang pelbagai, (Lim Chap Sam & Chee Kim Mang, 2010; Denzin

(1978) dalam Berg (2009).

a. Triangulasi sumber data mempunyai 3 jenis iaitu masa, tempat dan orang.

b. Triangulasi pengkaji iaitu melibatkan lebih daripada seorang pengkaji bagi mengkaji

sesuatu isu.

c. Triangulasi pada teori, di mana lebih daripada satu teori digunakan dalam

menjalankan kajian.

d. Triangulasi pada metod atau kaedah kajian.

3. Ulasan oleh rakan (peer review)

Fungsi rakan (peer) adalah membaca, meniliti dan membuat komen yang analitis tentang

aspek seperti meodologi, analisa serta interpretasi kajian yang kita jalankan. Rakan ini akan

memastikan kita jujur dalam menjalankan kajian.

Page 151: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 143

4. Semakan oleh responden (member checking)

Ini merupakan cara yang terpenting untuk meningkatkan kredibiliti kajian. Pengkaji akan

membawa data yang telah di analisis dan di interpretasikan untuk disemak oleh responden

kajian. Sebagai contoh, setelah selesai proses transkripsi data temu bual, tema-tema atau

kod tertentu akan dibina oleh pengkaji. Maka, responden akan menyemak kod yang telah

dibuat pada transkripsi temu bual ini. Pada masa ini, responden akan membuat refleksi

terhadap data yang telah diinterpretasi oleh pengkaji.

5. Deskripsi yang mendalam (rich thick description)

Penerangan dan deskripsi yang memdalam tentang aspek kajian, tempat kajian, responden

kajian akan menyebakan kajian kita bersifat telus, tanpa ada penyembunyian data-data

kajian.

6. Audit luaran (External Audit)

Individu yang mempunyai kepakaran (auditor) akan memeriksa laporan kajian yang telah

terhasil. Individu ini adalah seseorang yang tidak mempunyai perkaitan atau terlibat dengan

kajian yang kita jalankan. Antara aspek yang akan disemak oleh auditor ini adalah adakah

rumusan dan interpretasi hasil kajian disokong oleh data- data kajian yang ada.

7. Penjelasan mengenai Bias sebagai pengkaji (Clarifying researcher biases)

Penjelasan mengenai aspek tertentu seperti pengalaman, anggapan awal, orientasi

pemikiran pengkaji dijelaskan di awal kajian, iaitu sebelum kajian di mulakan. Apabila

pengkaji telah menjelaskan kesemua aspek-aspek ini dalam laporan kajian, maka akan

menyebabkan pembaca lebih memahami kedudukan pengkaji dan pemikirannya terhadap

isu kajian. Ini penting kerana kesemua aspek-aspek ini akan mempengaruhi interpretasi data

kajian.

Page 152: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

144 Unit 8 Analisis Data

8. Analisis kes secara negatif

Semasa proses analisa data berjalan, pengkaji akan cuba mengurangkan andaian awal

kajian. Pada masa ini, pengkaji akan menyemak dan hanya memfokuskan aspek penting

kajian serta cuba mengeluarkan aspek atau pekara-pekara tidak penting.

Sebagai rumusan, memandangkan analisa data kualitatif berbentuk perkataan dan

banyak melibatkan refleksi pengkaji, kadangkala laporan hasil kajian sukar untuk dipercayai

serta dipersoalkan. Maka adalah perlu bagi pengkaji untuk menjalankan beberapa teknik di

atas bagi mendapatkan kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability) kajian.

RUMUSAN

Daripada perbincangan unit ini, dapat memberi gambaran kepada kita terdapat pendekatan

yang berbeza dalam menganalisa data kajian kuantitatif dan data kajian kualitatif. Perbezaan

ini wujud kerana bentuk-bentuk data kajian kuantitatif berbeza, iaitu dalam bentuk angka,

manakala bentuk data kajian kualitatif adalah dalam bentuk ayat-ayat dan perkataan.

Pendekatan analisa yang diguna pakai perlulah bersesuaian dengan jenis data, bagi

memastikan keputusan yang tepat diperolehi serta menjawab segala objektif kajian. Selain

itu bagi meningkatkan kredibiliti kajian, maka ianya perlulah mempunyai kesahan (validity)

dan kebolehpercayaan (reliability). Maka, diharap melalui pembacaan unit ini, ianya dapat

memberi kefahaman terhadap perbezaan aspek kesahan (validity) dan kebolehpercayaan

(relialibilty) bagi kajian kuantitatif dan kualitatif.

PENILAIAN KENDIRI

1. Bincangkan langkah-langkah dalam proses menganalisa data kajian

kualitatif?

2. Nyatakan lima strategi yang boleh digunakan untuk mendapatkan kesahan

(validity) dalam kajian kualitatif.

3. Bincangkan empat jenis pendekatan untuk menentukan kebolehpercayaan

(relialibility) dalam kajian kuantitatif.

Page 153: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 145

4. Apakah anda faham tentang kebolehpercayaan dalam kajian kuantitatif.

Bincangkan beserta dengan contoh bersesuaian.

RUJUKAN

Ary, D., Jacobs, L.C. & Sorensen, C. (2010). Introduction to Research in Education. Belmont,

Canada; Wadsworth Cengage Learning.

Azizi Yahaya et al (2007:190). Menguasai penyelidikan dalam pendidikan: Teori, analisis dan

interpretasi data. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing.

Berg, B. L. (2009). Qualitative research methods for the social sciences. Boston: Pearson

Education.

Boeije, H. (2010). Analysis in qualitative research. California, USA: Sage Publication.

Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Education.

Creswell, J. W. (2007). Qualitative inquiry & research design: Choosing among five

approaches. Thousand Oak, California: Sage Publications.

Lambert, M. (2012). A Beginner's Guide to Doing Your Education Research Project.

Thousand Oak, Ca: Sage Pblications.

Lacey, A. & Luff, D. (2001). Qualitative Data Analysis. Diakses daripada

http://research.familymed.ubc.ca/files/2012/03/Trent_Universtiy_Qualitative_A

nalysis7800.pdf, pada 11 Januari, 2013.

Lim Chap Sam & Chee Kim Mang. (2010). Kesahan dan kebolehpercayaan dalam

pendidikan. Dalam Noraini Idris. (Ed.). Penyelidikan dalam pendidikan. (pp 163 -

178). Kuala Lumpur: Mc Graw Hill. Malaysia.

Marshall, C. & Rossman, G.B. (2006). Designing qualitative research. California, USA: Sage

Publications.

McMillan, J. H. (2008). Educational research: Fundamentals for the consumer. Boston: Allyn

& Bacon.

Merriam, S.B. (1998). Qualitative research and case study: Applications in education. New

York: Jossey Bass Inc.

Miles, M. B. & Huberman, A. M. (1994). Qualitative data analysis. California, USA: Sage

Publications.

Page 154: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

146 Unit 8 Analisis Data

Noriah Mohd Ishak, Siti Fatimah Mohd Yassin, Mohd Izham Mohd Hamzah & Siti Rahaya

Ariffin (2010). Kajian kes. Dalam Noraini Idris. (Ed.). Penyelidikan dalam pendidikan.

(pp. 345 - 371). Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Malaysia.

Othman Lebar. (2009). Penyelidikan kualitatif: Pengenalan kepada teori dan metod. Tg

Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Suter, W. N. (1998). Primer of Educational Research. Boston: Ally & Bacon.

Wiersma, W. & Jurs, S.G. (2005). Research methods in education-. An introduction. Boston:

Ally & Bacon.

Page 155: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 147

UNIT 9

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, diharap andadapat:

1. Melaporkan profil demografi dalam bentuk jadual.

2. Menulis implikasi kajian.

3. Menulis perbincangan berdasarkan hasil kajian.

4. Menyenaraikan dua cadangan kajian lanjutan.

PETA KONSEP

Page 156: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

148 Unit 9 Dapatan Kajian Dan Perbincangan

PENGENALAN

Unit ini akan memberi tumpuan, bagaimana penyelidik perlu menjelaskan proses menganalisis

data dan mempamirkan hasil analisis data. Seterusnya unit ini juga menjelaskan bagaimana

data boleh dipersembahkan sama ada dalam bentuk jadual, rajah atau gambar supaya dapat

meringkaskan hasil analisis yang diperoleh. Selain dari itu, unit ini juga akan memberi contoh

bagaimana hasil analisis dinterpertasi berdasarkan konteks kajian dan seterusnya membuat

kesimpulan berdasarkan persoalan kajian. Sub topik yang diwujudkan dalam unit ini adalah

mengikut inti pati objektif dan soalan kajian yang telah ditetapkan.

HASIL KAJIAN

Pembaca ingin tahu apakah jenis data yang diperoleh dan bagaimana proses analisis data

tersebut dilakukan. Justeru dalam pelaporan, keputusan analisis yang telah diperoleh perlu

diterangkan secara sistematik, jelas dan teratur.Ertinya, penyelidik perlu melaporkan dapatan

analisis yang mudah seperti nilai min, kekerapan atau peratus. Setelah itu penyelidik boleh

melaporkan pula dapatan analisis yang lebih kompleks seperti kolerasi atau ANOVA dan

sebagainya.

Pembaca perlu faham apa yang penyelidik tuliskan atau ingin sampaikan. Sekiranya perlu,

penyelidik boleh mempersembahkan data yang diperoleh dengan menggunakan jadual atau

graf. Perlu diingat bahawa jadual atau graf hanyalah untuk memudahkan sesuatu penerangan,

namun begitu ia perlu diterangkan secara penulisan supaya pembaca tidak membuat

interpretasi berdasarkan pendapat mereka sendiri.

Bagi memastikan kesemua persoalan kajian terjawab, penyelidik perlu menghuraikan dapatan

kajian yang diperoleh dan dipersembahkan mengikut urutan persoalan kajian yang telah

ditetapkan dalam Bab 1. Secara umumnya penyelidik boleh melaporkan dapatan kajian

penyelidikan kepada dua bahagian utama iaitu profil responden dan dapatan kajian.

Page 157: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 149

a. Profil Responden

Bahagian pertama ialah profil responden atau profil demografi. Responden kajian adalah

subjek yang terlibat secara langsung dalam kajian, seperti mereka yang menjawab soal

selidik, ditemu bual, mereka yang diperhatikan, atau mereka yang menjawab soalan ujian.

Profil responden akan memaparkan maklumat yang berkaitan responden yang dikaji seperti

jantina, umur, tahap pendidikan, pengalaman mengajar, pengalaman menggunakan Internet

dan sebagainya. Maklumat berkaitan dengan demografi ini penting kepada pembaca, kerana

kadang kala pembaca ingin mengetahui status berkaitan dengan kekerapan atau mungkin

peratus berkaitan dengan sampel yang diselidiki. Selain itu penyelidik juga boleh

menggunakan maklumat demografi ini,sebagai data untuk menyokong perbincangan

penyelidik dalam laporan berkaitan isu yang dikaji termasuk implikasi kajian. Maklumat profil

responden ini boleh dibentangkan sama ada secara huraian teks, jadual, graf atau

gabungan kedua-duanya. Contoh profil responden dapat ditunjukkan dalam contoh 1 (Rajah

9.1)

Contoh 1 Jadual 1.1 : Profil Guru

Daripada jumlah keseluruhan sampel, seramai 546 orang (79.9%) adalah guru perempuan dan 110 orang

(20.1%) adalah guru lelaki. Daripada segi komposisi umur didapati seramai 89 orang (16.3%) guru adalah

berumur antara 20 hingga 30 tahun, seramai 258 orang (47.3%) guru berumur antara 30 hingga 39 tahun dan

seramai 199 orang (36.4%) guru berumur lebih daripada 40 tahun. Daripada segi tahap pendidikan pula seramai

238 orang (43.6%) adalah daripada kategori siswazah dan seramai 308 orang (56.4%) adalah guru daripada

kategori bukan siswazah. Daripada segi pengalaman menggunakan Internet pula, majoriti guru berpengalaman

menggunakan Internet antara 5 hingga 10 tahun iaitu seramai 230 orang (42.1%), ini diikuti guru yang

berpengalaman 10 tahun ke atas iaitu seramai 201 orang (36.8%) dan kumpulan yang terakhir iaitu seramai 115

orang guru (21.1%) hanya berpengalaman menggunakan Internet kurang daripada 5 tahun. Selain itu majoriti

guru iaitu 430 orang (78.8%) mempunyai akses Internet di rumah dan hanya 116 orang guru (21.2%) tidak

memiliki akses Internet di rumah.

Rajah 9.1: Profil Responden

Faktor Demografi Kategori Kekerapan Peratus

Jantina Lelaki

Perempuan

110

436 20.1 79.9

25-29 tahun 89 16.3

Umur 30-39 tahun 258 47.3 40-56 tahun 199 36.4

Tahap Pendidikan Siswazah Bukan

siswazah

238 308 43.6 56.4

5 tahun ke bawah 115 21.1

Pengalaman menggunakan Internet 5-10 tahun 10 tahun

keatas

230 201 42.1 36.8

Mempunyai akses Internet Ada Tiada 430 116 78.8 21.2

Page 158: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

150 Unit 9 Dapatan Kajian Dan Perbincangan

b. Dapatan Kajian

Bahagian kedua pula melaporkan dapatan kajian yang menjawab persoalan kajian yang

telah ditetapkan dalam Bab 1. Persoalan kajian biasanya inginkan jawapan yang berkaitan

dengan tahap, hubungan, menentukan perbezaan atau mencari sumbangan faktor

pemboleh ubah terhadap isu yang dikaji. Persembahan dapatan kajian mestilah ditulis

mengikut urutan atau susunan soalan kajian yang ditetapkan dalam Bab1. Dalam

bahagian ini, dapatan kajian perlu dilaporkan secara objektif dan diperjelaskan dengan

bantuan penggunaan jadual atau graf. Perwakilan ini bertujuan untuk memudahkan

pembaca memahami analisis data dan dapatan kajian yang akan penyelidik ketengahkan

nanti. Data yang penyelidik analisis boleh dilaporkan dalam pelbagai bentuk.

i. Keputusan analisis deskriptif

Dalam kajian kuantitatif, khususnya bagi ujian analisis deskriptif, data boleh dilaporkan

dalam bentuk kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Misalnya dalam contoh 2 iaitu

dalam Rajah 9.2 menunjukkan dapatan bagi soalan kajianyang ingin menentukan tahap

penggunaan EduwebTV. Oleh yang demikian data dianalisis bagi mendapatkan nilai min,

peratus dan frekuensi.

Contoh 2

Apakah tahap penggunaan EduwebTV dalam kalangan guru sekolah menengah di Selangor?

Tahap penggunaan sebenar EduwebTV diukur mengikut min yang diperoleh bagi setiap guru berdasarkan

intepretasi skor min pada jadual 3.1 (ada dalam bab 3). Interpretasi min dibahagikan kepada tiga tahap iaitu tinggi,

sederhana dan rendah. Jadual 4.1 menunjukkan frekuensi, peratusan dan tahap penggunaan sebenar inovasi

EduwebTV dalam P&P dalam kalangan guru.

Berdasarkan jadual 4.1, didapati seramai 40 guru yang memperoleh skor min penggunaan sebenar yang tinggi.

Ini bererti hanya 7.3% guru kerap menggunakan EduwebTV dalam P&P dengan purata melebihi empat kali

sebulan. Seramai 212 orang guru pula mendapat min penggunaan sebenar yang sederhana. Ini bererti 38.9%

guru kadang-kadang menggunakan EduwebTV dalam PdP dengan purata tiga hingga empat kali sebulan.

Sebaliknya majoriti guru atau 294 orang memperoleh min penggunaan sebenar kurang daripada 2.34. Ini

bermaksud 53.8% guru jarang menggunakan EduwebTV dalam PdP atau purata penggunan kurang daripada dua

kali sebulan.

Rajah 9.2 : Frekuensi Dan Peratusan Tahap Penggunaan EduwebTV

Jadual 4.1 Frekuensi dan peratusan skor min penggunaan sebenar EduwebTV Nilai min Frekuensi Peratus Tahap

<2.34 294 53.8 Rendah

2.34-3.66 212 38.9 Sederhana

>3.66 40 7.3 Tinggi

Page 159: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 151

Dapatan kajian juga boleh dipersembahkan dengan menggunakan graf bagi melaporkan

kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai seperti contoh 3 (Rajah 9.3). Sungguhpun begitu,

penyelidik juga perlu menghuraikan bacaan dalam graf tersebut supaya pembaca lebih jelas

dan mudah difahami apa yang diinterpertasikan.

Contoh 3

Berdasarkan rajah di atas, didapati seramai 40 guru yang memperoleh skor min penggunaan sebenar yang

tinggi. Ini bererti hanya 7.3% guru kerap menggunakan EduwebTV dalam PdP dengan purata melebihi

empat kali sebulan. Seramai 212 orang guru pula mendapat min penggunaan sebenar yang sederhana. Ini

bererti 38.9% guru kadang-kadang menggunakan EduwebTV dalam P&P dengan purata tiga hingga empat

kali sebulan. Sebaliknya majoriti guru atau 294 orang memperoleh min penggunaan sebenar kurang

daripada 2.34. Ini bermaksud 53.8% guru jarang menggunakan EduwebTV dalam PdP atau purata

penggunan kurang daripada dua kali sebulan.

Rajah 9.3: Graf Tahap Penggunaan EduwebTV Dalam Kalangan Guru Sekolah Rendah

ii. Keputusan Analisis Inferensi

Analisis inferensi digunakan bagi menjawab persoalan kajian yang bertujuan untuk

menentukan sama ada kemungkinan wujud hubungan antara dua pemboleh ubah yang dikaji.

Misalnya, penyelidik ingin mengkaji hubungan antara sikap terhadap EduwebTV dengan

keinginan untuk mengguna EduwebTV dalam kalangan guru. Maka analisis korelasi Pearson

(r) digunakan untuk menjawab hipotesis nul kajianyang telah penyelidik tetapkan dan

dinyatakan dalam Bab 1. Nilai pekali

Penggunaan EduwebTV dalam kalangan guru sekolah rendah

Page 160: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

152 Unit 9 Dapatan Kajian Dan Perbincangan

korelasi yang peroleh dari analisis tersebut perlu dibandingkan dengan nilai pekalikorelasi yang

telah ditetapkan dalam Bab 3. Berdasarkan perbandingan tersebut penyelidik boleh

menginterpertasikan jawapan dari soalan kajian. Jawapan tersebut akan menghuraikan:

i. Sama ada terdapat hubungan atau tidak antara kedua-dua pemboleh ubah yang

dikaji

ii. Nilai kekuatan hubungan kedua-dua pemboleh ubah yang dikaji.

iii. Arah hubungan ( positif atau negatif)

Nilai pekali korelasi berada dalam julat -1 hingga +1. Sekiranya nilai pekali korelasi diperoleh

adalah positif, itu bermaksud dua pemboleh ubah tersebut mempunyai hubungan terus.

Contohnya analisis hubungan antara kemahiran ICT guru dengan kekerapan penggunaan

komputer, hasil analisis menunjukan nilai korelasi (r) nya ialah 6.88.

Ini bermaksud arah hubungan kedua-dua pemboleh ubah itu adalah positif, dan boleh

dihuraikan sebagai, semakin tinggi kemahiran guru dalam penggunaan komputer, semakin

kerap guru guna komputer. Nilai pekali korelasi dalam unit negatif pula bermaksud kedua-dua

pemboleh ubah tersebut mempunyai hubungan songsang.

Contohnya jika hubungan antara kemahiran ICT dengan kekerapan menggunakan komputer

mempunyai nilai r nya-7.2, ini menunjukkan semakin kerap guru hadir kursus ICT tetapi

semakin kurang tahap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Contoh analisis

inferens dan huraianya ditunjukkan dalam contoh 4 a (Rajah 9.4).

Page 161: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 153

Contoh 4a

Soalan kajian

Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara sikap dengan keinginan mengguna dalam penerimaan

EduwebTV

Hipotesis Kajan :

Ho 1 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara sikap dengan keinginan mengguna dalam penerimaan

EduwebTV

Bagi menentukan hubungan antara aspek yang dikaji dalam penerimaan EduwebTV iaitu sikap dengan keinginan

mengguna EduwebTV, kekuatan hubungan antara aspek ini diinterpertasi mengikut nilai kolerasi sebagaimana

pada jadual 3.2. (dalam bab 3).

Jadual 4.3 menunjukkan analisis korelasi antara sikap dengan keinginan mengguna EduwebTV.

Berdasarkan jadual 4.31 keputusan analisis korelasi ini menunjukkan wujudnya hubungan positif yang teguh dan

signifikan antara sikap dengan keinginan mengguna dalam penerimaan EduwebTV. Nilai korelasi ini adalah

r(300)0.675, p= 0.00 (p<0.01). Menurut Cohen (1988), nilai r tersebut menunjukkan wujudnya korelasi positif yang

teguh antara sikap dengan keinginan mengguna EduwebTV. Sehubungan itu, hipotesis nol Ho1 didapati tidak

benar dan ditolak. Ini menunjukan tahap keinginan guru untuk meggunakan EduwebTV ada hubunganya dengan

sikap guru tersebut

Rajah 9.4: AnalisisKorelasi Pearson (r)

Bagi kajian kualitatif pula, data boleh dilaporkan dalam bentuk rumusan pernyataan yang telah

disintesiskan daripada dokumen lain seperti nota lapangan, data temu duga, hasil temu bual

atau data pemerhatian yang diperoleh daripada responden kajian. Dalam konteks ini,

penyelidik memerlukan satu pemahamanbagaimana untuk menarik makna, dari sebuah

petikan perbualan, catatan atau gambar sehingga penyelidik dapat membina jawapan kepada

persoalan kajian. Oleh yang

Jadual 3.2 Tafsiran nilai-nilai pekali korelasi Nilaipekali (r) Tafsiran

.10 hingga .29 atau-.10 hingga -.29 Hubunganpositifataunegatiflemah

.30 hingga .49 atau -.30 hingga .49 Hubunganpositifataunegatifsederhanateguh

.50 hingga 1.0 atau -.50 hingga -1.0 Hubunganpositifataunegatifteguh

Sumber: Cohen (1988)

Jadual 4.3 Korelasi Pearson (r) antara sikap dengan keinginan mengguna EduwebTV Pemboleh ubah keinginan mengguna

Pekali Pearson (r) 0.690**

Sikap Signifikan 0.000 N 300

** Signifikan pada aras 0.01

Page 162: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

154 Unit 9 Dapatan Kajian Dan Perbincangan

demikian Creswell (2005), dan Miles dan Huberman (1994) menyarankan penganalisisan data

kualitatifperlu dilakukan secara serentak dengan proses pengumpulan data.Terdapat tiga

langkah asas yang perlu penyelidik lakukan sekiranya penyelidik ingin menganalisis data temu

bual. Ianya bermula dengan;

(a) proses mereduksi data melibatkan kerja memilih, memfokus, memudah dan menyaring

apa yang terdapat dalam data kualitatif yang telah ditranskripsikan. Proses ini dilakukan

dari awal data dikumpulkan sehingga kesemua data selesai dikumpulkan bagi tujuan

menyusun semula data, menggugurkan bahagian yang tidak menyumbang kepada

kajian dan membuat kesimpulan. Proses reduksi data juga melibatkan aktiviti membuat

ringkasan, mengekod, mencungkil tema dan membuat pengelompokan (kategori).

Secara jelas proses reduksi bertujuan membantu pengkaji untuk memastikan data-data

yang relevan dan berkaitan bagi menjawab persoalan kajian.

(b) memaparkan data yang melibatkan pelbagai bentuk seperti naratif, graf, rajah pokok dan

carta (Miles & Huberman 1994). Paparan data yang sering digunakan dalam kajian

adalah bentuk naratif. Pengkaji boleh memaparkan data mengikut kesesuaian dengan

persoalan kajian.

(c) Analisis terakhir melibatkan aspek membuat kesimpulan dan verifikasi data. Pada

peringkat ini, proses member checking, peer checking atau trangulasi merupakan proses

yang kritikal bagi memastikan data diverifikasi bagi mengukuhkan data bagi menjawab

persoalan kajian kelak.

Data yang dikumpulkan daripada temu bual disusun secara sistematik. Penyelidik mula

mengesan pola tertentu tentang jawapan-jawapan responden. Pola ini dijadikan sebagai

panduan untuk menyusun dan menganalisis data. Daripada pola jawapan responden, pengkaji

boleh menyusun data-data dalam jadual. Bagi memudahkan pengkaji menulis dapatan kajian,

dicadangkan maklumat yang diperoleh melalui pengumpulan data kualitatif, diletakkan dalam

bentuk jadual berikut dan dihantar kepada pakar penilai bagi tujuan mendapatkan kesahan

tema item temu bual/pemerhatian oleh pakar penilai seperti contoh 5 (rajah 9.5)

Page 163: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 155

Contoh 5 Soalan kajian

Bagaimanakah guru membina efikasi kendiri komputer (keyakinan untuk guna komputer)

dalam mengaplikasikan penggunaan EduwebTV dalam pengajaran bilik darjah?

Rajah 9.5: Pengekodan Item-Item Temu Bual

Setelah mendapatkan persetujuan daripada pakar penilai, tema-tema yang diterbitkan itu

dikatakan telah mempunyai kesahan. Dapatan data kualitatif boleh ditulis dalam pelbagai

cara untuk memberikan kefahaman kepada pembaca akan perkaitan tema dan persoalan

kajian yang ingin dijawab. Penulisan dapatan kajian bagi data kualitatif boleh ditulis seperti

contoh6 (rajah 9.6) dan contoh 7 (rajah

Contoh jadual persetujuan pengekodan item-item temu bual guru oleh pakar penilai Bil Tema Idea Utama Informan Unit analisis

1 Bantuan rakan Bantuan GPM/

Penyelaras

bestari

G1 Kadang-kadang kalau saya tanya guru

media, dia terus ajar GMP1L33

G4 Susah sikit nak minta tolong cikgu tu...kena

buat appoinment la, tunggu lepas sekolah

lah, Malas nak minta tolong dia.

G4IP4L28-P4L32

Guru selain

GPM/ICT

G4 Cikgu Azam tu ajar Sejarah, tapi dia terror

bab ICT ni... G4IP4L50-P4L50

2 Pengalaman

guna Internet

Pengalaman

guna Internet

G2 Biasanya saya banyak guna untuk

facebook

G2/P2L42

G3 Tak sempat pun nak berInternet, saya ada

anak kecil, dia pun sibuk nak tekan-tekan

komputer tu G 3/P2L18-P2L22

G1 Saya tak ada masalah nak guna Internet.

Cuma kadang-kadang line lembab

sikit...kalau download ke e- mel ke atau cari

bahan saya dah pandai.

G11P3L25-P3L30

Page 164: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

156 Unit 9 Dapatan Kajian Dan Perbincangan

Contoh 6

Daripada data temubual dalam kajian ini mendapati bahawa tahap efikasi kendiri komputer guru terhadap EduwebTV

boleh ditingkatkan. Antara perkara yang dikenal pasti dapat meningkatkan keyakinan mereka untuk menggunakan

EduwebTV ialah (a) pendedahan yang bermakna, (b) bantuan dari rakan yang mahir teknologi (c) Program

EduwebTV hampirsama dengan program lain terdahulu (d) Pengalaman guna internet dirumah. Kesemua reaksi

tersebut menyumbang kepada terbinanya hubungan berkesan yang secara tidak langsung menjana pembinaan

efikasi kendiri komputer guru (rajah 9.6)

Rajah 9.6: Model Meningkatkan Efikasi Kendiri Komputer

Contoh 7

Bagi meneroka bagaimana guru membina efikasi kendiri komputer dalam mengaplikasi penggunaan EduwebTV

dalam pengajaran di bilik darjah diperjelas melalui analisis temu bual yang telah dijalankan terhadap empat orang

guru (G1, G2, G3, G4). Dalam temu bual ini, guru yang ditemu bual menjelaskan bahawa peranan rakan sekerja

merupakan bantuan terbaik yang sering mereka dapatkan bagi membina keyakinan mereka menggunakan

EduwebTV dalam menghasilkan pengajaran sebagaimana yang diluahkan oleh guru yang ditemu bual seperti

berikut:

Kadang-kadang kalau saya tanya guru media, dia terus ajar (G1/P1L33)

Susah sikit nak minta tolong cikgu tu...kena buat appoinment la, tunggu lepas sekolah lah,

Malas nak minta tolong dia. (G4/P4L28-P4L32)

Namun begitu, tidak semua guru mendapat bantuan daripada guru penyelaras bestari atau guru yang

berkaitan dengan pengurusan ict seperti guru penyelaras bestari atau guru ICT. Hal ini jelas melalui temu bual

dengan G4:

Cikgu Azam tu ajar Sejarah, tapi dia terrorbab ICT ni... (G4IP4L50-P4L50)

Selain daripada itu, pengalaman guru menggunakan Internet turut mempengaruhi penggunaan guru menggunakan

EduwebTV seperti G1, G2 dan G3:

Biasanya saya banyak guna untuk facebook (G2/P2L42)

Tak sempat pun nak berInternet, saya ada anak kecil, dia pun sibuk nak tekan-tekan komputer tu

(G3/P2L18-P2L22)

Saya tak ada masalah nak guna Internet.Cuma kadang-kadang line lembab sikit...kalau download ke emel ke atau

cari bahan saya dah pandai.(G1/P3L25-P3L30)

Rajah 9.7: Model Meningkatkan Efikasi Kendiri Komputer

Page 165: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 157

1. Bincangkan kepentingan penggunaan jadual atau graf dalam pelaporan dapatan

kajian.

2. Jelaskan perbezaan analisis deskriptif dengan analisis inferensi.

PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI

Bahagian ini merupakan bahagian terakhir dalam bab penulisan pelaporan kajian penyelidikan.

Bahagian perbincangan dan implikasi dalam pelaporan biasanya ditulis dalam Bab 5. Bahagian

ini akan memberi tumpuan kepada perbincangan terhadap hasil dapatan kajian dari pelaporan

yang telah dibuat dalam bab analisis data (Bab4). Dalam bahagian ini, cara penulisan penyelidik

perlu memberi gambaran yang jelas dan menyeluruh tentang hasil kajian serta implikasi kajian

tersebut kepada konteks sebenar kajian. Pengkaji juga perlu menghubungkait hasil dapatan

kajian dengan tinjauan literatur. Berikut adalah sub topik yang perlu ada dalam bahagian

rumusan dan perbincangan .

Pengenalan

Dalam topik kecil ini penyelidik perlu memaklumkan kepada pembaca tentang ringkasan

kandungan yang ada dalam Bab 5 secara keseluruhan. Gaya penulisan bagi topik kecil ini

ditunjukkan dalam contoh 8a dan contoh 8b (Rajah 9.8).

J

AKTIVITI 9.1

"\

Page 166: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

158 Unit 9 Dapatan Kajian Dan Perbincangan

Contoh 8a

Bab ini memberi tumpuan kepada perbincangan hasil kajian dalam Bab 4. Bagi memberikan gambaran yang jelas

dan menyeluruh. Perbincangan dalam bab ini dibahagikan kepada enam bahagian iaitu rumusan kajian,

perbincangan hasil dapatan kajian, implikasi kajian, kesimpulan, sumbangan kajian, cadangan kajian lanjutan dan

penutup.

Contoh 8b

Bab ini membentangkan rumusan bagi dapatan keseluruhan kajian iaitu penggunaan Internet di sekolah rendah luar

bandar.Perbincangan meliputi enam bahagian iaitu ringkasan kajian, perbincangan dapatan, implikasi, sumbangan,

cadangan dan cadangan kajian lanjutan.Perbincangan kajian mengupas hasil analisis deskriptif dan inferensi serta

temubual.Implikasi kajian dilihat daripada implikasi teoritikal dan implikasi praktikal. Pengkaji juga mengusulkan

sumbangan dan cadangan terhadap penggunaan Internet dan intergrasi dalam pengajaran.

Rajah 9.8:Contoh Pengenalan

Ringkasan Kajian

Pada bahagian ini penyelidik perlu mengimbau kembali perjalanan proses kajian yang telah

dilaksanakan. Tuliskan ringkasan setiap proses dalam menjalankan kajian. Ringkasan kajian

juga perlu menyentuh semua sub topik dalam kelima-lima bab tersebut. Ini termasuk objektif

kajian, reka bentuk kajian, sampel kajian, alat kajian, kaedah pengutipan data, kaedah

menganalisis data, dapatan kajian dan implikasi kajian. Ringkasan kajian akan membantu

pembaca atau penilai faham secarakeseluruhan perjalanan kajian termasuk dapatan kajian yang

diperoleh.

Perbincangan Dapatan Kajian

Perbincangan kepada dapatan kajian adalah sangat penting kepada pembaca untuk memahami

dapatan kajian dan dapat menerimanya.Dalam topik kecil ini penyelidik perlu menyenaraikan

kesemua dapatan kajian. Setiap dapatan kajian yang diperoleh boleh dikaitkan dengan teori atau

model yang digunakan dalam kajian tersebut. Dalam perbincangan tersebut penyelidikjuga

perlumengaitkan dengan dapatan kajian lepas. Penyelidik boleh membandingkan dapatan yang

diperoleh dengan dapatan kajian-kajian sebelum, sama ada dapatan tersebut menyokong atau

sebaliknya.

Page 167: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 159

Jika dapatan kajian penyelidik bertentangan dengan dapatan kajian terdahulu, penyelidik

perlu menghuraikan sebab atau justifikasi kenapa dan mengapa.Perbincangan bagi dapatan

kajian adalah penting kepada pembaca untuk mereka faham dan dapat menerima dapatan

tersebut. Oleh yang demikian penyelidik perlu;

I. Menulis perbincangan mengikut aliran idea yang logic.

II. Menyertakan rujukan semasa dan relevan dengan gaya yang konsisten dan

bersesuaian.

III. Menggunakan terminologi yang sesuai.

IV. Tidak bias dan mempunyai pandangan yang konprehensif terhadap tajuk kajian yang

lepas.

Harus diingat bahawa penyelidik perlu membuat kesimpulan tentang fakta daripada dapatan

kajian serta merumuskan fakta daripada dapatan kajian, bukannya menyenaraikan fakta itu

semula. Contoh penulisan bagi topik perbincangan ditunjukkan dalam contoh 9 (Rajah 9.9)

Contoh 9

Perbincangan

Dapatan kajian mendapati guru pernah menerima pendedahan tentang EduwebTV, namun begitu kajian ini

mendapati guru kurang mengaplikasikan penggunaan EduwebTV dalam P&P. Hal ini jelas apabila didapati, sebanyak

29.9% daripada guru yang dikaji tidak pernah menggunakan menggunakan EduwebTV secara dalam talian (online)

dalam pengajaran, 30.0% guru pula, tidak pernah melibatkan pelajar untuk "hands-on" EduwebTV semasa aktiviti

pembelajaran dalam bilik darjah dan sebanyak 23.6% guru tidak pernah menggunakan bahan-bahan daripada

EduwebTV, walaupun sebagai bahan set induksi di awal pengajaran. Hal ini disebabkan oleh guru kurang kemahiran

mengintegrasikan bahan ICT dalam PdP. Berdasarkan demografi guru yang dikaji, didapati 66.5% guru kurang mahir

melaksanakan pengajaran dengan menggunakan peralatan teknologi seperti komputer dan Internet. Dapatan kajian

ini selaras dengan dapatan Willians et al. (2000), Cuban et al. (2001), Ashinida et al. (2004) dan Mona danNorAzila

(2007) yang mendapati, guru sekolah masih kurang mahir dalam mengintegrasikan bahan ICT, mereka bentuk

pengajaran, memilih dan menggunakan bahan-bahan daripada perisian kursus pendidikan walaupun kebanyakan

guru ini telah menyertai kursus ICT.

Rajah 9.9: Contoh Perbincangan

Page 168: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

160 Unit 9 Dapatan Kajian Dan Perbincangan

Kesimpulan Dapatan Kajian

Dalam topik kecil ini, penyelidik perlu menyenaraikan semua dapatan dalam kajian yang telah

dianalisis dalam urutan yang selari dengan persoalan kajian. Kesimpulan ini penting kerana ada

sesetengah pembaca hanya ingin mengetahui hasil keputusan bagi setiap persoalan kajian

tanpa perlu membaca keseluruhan laporan kajian. Oleh yang demikian penyelidik hanya perlu

menyenaraikan setiap dapatan yang berdasarkan persoalan kajian. Penyelidik tidak perlu

menghuraikan secara perbincangan bagi setiap dapatan. Kesimpulan dapatan kajian disediakan

sepertimana contoh 10 (rajah 9.10)

Contoh 10

Berdasarkan dapatan dan perbincangan, kajian ini menyimpulkan bahawa

i. Tahap keinginan guru untuk mengguna inovasi EduwebTV adalah pada tahap yang sederhana. guru

berkeinginan tinggi untuk terus mengguna inovasi EduwebTV sekiranya bahan-bahan yang disediakan

bersesuaian dengan PdP.

ii. Tahap penggunaan sebenar inovasi EduwebTV dalam kalangan guru adalah pada tahap yang rendah.

Hanya sebanyak 7.3% guru yang kerap menggunakan EduwebTV atau 2 kali seminggu menggunakan

EduwebTV dalam PdP.

iii. Terdapat hubungan positif yang teguh antara persepsi guru terhadap aspek mudah guna inovasi

EduwebTV dengan sikap mereka terhadap inovasi tersebut.

iv. Terdapat hubungan positif yang teguh antara persepsi guru terhadap aspek mudah guna inovasi

EduwebTV dengan keinginan mereka untuk menggunakan inovasi tersebut dalam PdP

Rajah 9.10: Contoh kesimpulan dapatan kajian

Implikasi Dapatan Kajian

Implikasi kajian merupakan kesan atau natijah yang diperoleh daripada sesuatu aktiviti yang

dijalankan.Dalam topik kecil ini penyelidik perlu membincangkan apakah implikasi dapatan kajian

terhadap amalan pendidikan termasuk dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Implikasi ini

dibuat berasaskan kepada dapatan kajian yang dilaksanakan sahaja supaya ia memberikan

gambaran keseluruhan hasil dapatan kajian. Implikasi bagi dapatan kajian lain tidak boleh dibuat.

Implikasi boleh dibuat dari dua sudut iaitu implikasi teoritikal dan implikasi praktikal.

Page 169: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 161

Implikasi dapatan kajian adalah penting untuk membantu pembaca menggunakandapatan

kajian penyelidik dalam amalan harian. Misalnya perbincangan implikasi kajian penyelidikboleh

tertumpu kepada beberapa pihak penting seperti guru, institusi sekolah dan institusi pendidikan

amnya. Contoh bagi penulisan implikasi teoritikal ditunjukkan dalam contoh 11 (Rajah 9.11a),

manakala contohimplikasi praktikal ditunjukkan dalam contoh 12 (Rajah 9.11b)

Contoh 11

Berdasarkan aspek kesediaaan guru sumber menerima EduwebTV lebih awal berbanding rakan yang lain, kajian

mendapati guru sumber menerima EduwebTV lebih awal berbanding rakan yang lain, kajian mendapati guru tidak

menerima tidak menerima inovasi EduwebTV pada suatu masa yang sama. Sebanyak 2.5% guru sumber adalah

penerima kategori Inovator, 39.0% guru sumber menerima EduvebTV lebih awal berbanding rakan yang lain, kajian

mendapati guru tidak menerima adalah Penerima Awal,56.4% adalah penerima Majoriti Awal, dan hanya 2.1% guru

sumber menerima EduwebTV lebih awal berbanding rakan yang lain, kajian mendapati guru tidak menerima adalah

penerima dalam kategori Majoriti Lewat. Ini bererti apabila sesuatu inovasi diperkenalkan di sekolah, guru sumber

menerima EduwebTV lebih awal berbanding rakan yang lain, kajian mendapati guru tidak menerima mengambil

tempoh masa yang berbeza untuk membuat keputusan mengguna EduwebTV. Justeru dapatan ini menyokong apa

yang dihuraikan dalam teori penyebaran inovasi (Rogers 1995; 2003) iaitu tidak semua individu dalam sesuatu

sistem sosial mengadaptasi sesuatu inovasi pada suatu masa yang sama dan ciri keperibadian individu iaitu

keinovatifan menjadi penentu utama sejauh mana kesanggupan seseorang untuk menerima sesuatu inovasi lebih

awal daripada individu lain.

Rajah 9.11a: Contoh penulisan implikasi teoritikal

Contoh 12

Dalam konteks penyebaran inovasi di sekolah peranan guru perpustakaan media dilihat begitu penting untuk

membantu melaksanakan penyebaran inovasi EduwebTV di sekolah. Namun begitu dapatan kajian mendapati

hanya 31.6% guru perpustakaan media mempunyai keyakinan tinggi boleh menyebar dan memberi galakkan kepada

guru di sekolah untuk mengguna inovasi EduwebTV dalam P&P. Namun begitu hanya 27.3% GPM yang

berkeyakinan tinggi boleh mempromosikan cara menggunakan inovasi EduwebTV untuk P&P secara atas talian.

Peratusan yang kurang membanggakan ini boleh memberi kesan kepada kadar resapan penyebaran inovasi

EduwebTV kepada guru dan pelajar di sekolah. Akibatnya EduwebTV akan lewat diketahui umum, kurang dipromosi

dan akhirnya kurang dibudayakan penggunaannya. Sebenarnya, apabila guru lain di sekolah yang mula sedar

tentang kebergunaan inovasi EduwebTV ini, mereka mula merasa ingin tahu tentang inovasi EduwebTV.

Rajah 9.11b: Contoh Penulisan Implikasi Praktikal

Page 170: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

162 Unit 9 Dapatan Kajian Dan Perbincangan

Cadangan Kajian Lanjutan

Sesuatu kajian yang dijalankan adalah berpandukan kepada tujuan kajian, persoalan kajian,

kaedah dan reka bentuk kajian serta sampel yang telah ditentukan dari awal perlaksanannya.

Namun begitu, sebuah kajian itu juga mempunyai batasan-batasannya tersendiri. Ini bererti

dapatan kajian yang diperoleh hanya dapat menjawab apa yang telah persoalkan sahaja dan

dalam limitasi yang telah ditetapkan. Dalam topik kecil ini, penyelidik perlu menyenaraikan

cadangan beberapa cadangan kajian lanjutan untuk memantapkan lagi dapatan kajian dalam

bidang yang dikaji.

Bagi tujuan cadangan pengkaji boleh meneliti semula daripada batasan-batasan kajian yang

ditetapkan seperti sampel kajian, reka bentuk kajian atau instrumen kajian dalam memberikan

cadangan. Menurut Wiersma (2000), kajian pendidikan dapat dilihat sebagai satu aktiviti yang

berterusan, di mana daripada sutu kajian yang akan dijalankan akan dapat menambahkan lagi

ilmu dalam sesuatu bidang tersebut atau dapat mewujudkan penyelesaian baru dalam

pendidikan. Contoh cadangan kajian lanjut ditunjukkan dalam contoh 13 (rajah 9.12)

Contoh 13

Kajian tinjauan ini bertujuan mengukur tahap penerimaan EduwebTV daripada aspek persepsi guru terhadap

kebergunaan dan kesenangan mengguna dalam kalangan guru di sekolah menengah di negeri Perak

Contoh cadangan kajian lanjut

1. Adalah dicadangkan dalam kajian akan datang satu kajian penerimaan EduwebTV ini perlu dijalankan

secara menyeluruh melibatkan guru sekolah menengah dan guru sekolah rendah di negeri-negeri dalam

zon timur iaitu negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.

2. Adalah dicadangkan dalam kajian seterusnya, kajian penerimaan EduwebTV perlu dilihat amalan

penggunanya dalam pengajaran dan pembelajaran, justeru stu kajian kualitatif boleh lakukan bagi

mendapatkan tinjauan yang telah dijalankan ini bertujuan mengukur tahap penerimaan EduwebTV daripada

aspek persepsi guru terhadap kebergunaan dan kesenangan mengguna dalam kalangan guru di sekolah

menengah di negeri Perak.

Rajah 9.12: Contoh Cadangan Kajian Lanjut.

Page 171: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 163

-AKTIVITI 9.2

1. Berdasarkan kajian yang anda telah jalankan, senaraikan tiga cadangan

kajian lanjutan yang sesuai bagi meneruskan kesinambungan bidang yang

dikaji tetapi dalam aspek yang berbeza .

2. Huraikan bagaimana implikasi dapatan kajian anda terhadap amalan di guru gpknlah _______________________________________________________

RUMUSAN

Unit ini memberi gambaran yang menyeluruh tentang penulisan dapatan kajian dan

perbincangan.

1. Hasil kajian boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu profil responden dan

dapatan kajian.

2. Dalam pelaporan, keputusan analisis yang telah dilakukan perlu diterangkan secara

sistematik, jelas dan teratur.

3. Data boleh dipersembahkan dalam bentuk jadual, rajah dan gambar bagi

meringkaskan hasil analisis.

4. Kesimpulan kajian boleh dibuat berdasarkan persoalan dan objektif penyelidikan

5. Perbincangan terhadap kesimpulan kajian boleh dibuat berbantukan maklumat

daripada literatur

6. Perbincangan hasil kajian perlu menerangkan bagaimana dapatan kajian itu

memberi implikasi kepada pihak-pihak yang terlibat seperti pihak sekolah, guru atau

KPM.

Penyelidik seharusnya telah berasa lega apabila telah tiba ke peringkat menulis

perbincangan dan implikasi kajian, kerana kajian penyelidik telah hampir tamat. Tetapi

awas pada bab inilah yang selalunya pembaca ingin dibaca terlebih dahulu. Secara tidak

langsung penilaian sangat bergantung kepada kejelasan bagaimana penyelidik berhujah

dalam mempertahankan atau menjelaskan sesuatu yang menarik yang diperoleh daripada

kajiannya. Justeru dalam penulisan penyelidik perlu menonjolkan perkaitan antara

pemboleh ubah terutamanya bagi data yang mempunyai nilai signifikan. Jelaskan kenapa

dan bagaimana hasil yang diperoleh itu sama atau berbeza dengan kajian lalu yang lain.

Penyelidik boleh merujuk Bab 2 untuk mendapatkan persamaan atau perbezaan tersebut.

Penyelidik perlu beri

Page 172: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

164 Unit 9 Dapatan Kajian Dan Perbincangan

komen kepada hasil setiap dapatan. Usulkan persoalan dari aspek sampel yang mewakili

keseluruhan masyarakat sebenar, bagaimana ia dikatakan adil atau tidak bias, dan bagaimana

kemungkinan jika keputusan lain yang diperoleh. Usulkan juga kaitan tujuan ilmu baru yang

diperoleh dari sudut kepentingan akademik dan cadangan kajian masa hadapan.

PENILAIAN KENDIRI

1. Nyatakan secara ringkas aspek-aspek yang perlu ada dalam penulisan perbincangan dan

implikasi kajian

2. Apakah tujuan ringkasan kajian?

3. Jelaskan perbezaan implikasi teoritikal kajian dengan implikasi praktikal.

4. Huraikan apakah implikasi dapatan kajian anda terhadap organisasi sekolah.

RUJUKAN

Ahmad Mahdzan Ayob. (2002). Kaedah Penyelidikan Sosio Ekonomi (2nd ed). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Cohen, J. (1988). Statistical Power Analysis for the Behavioral Sciences (2nd ed). New York: Academic Press.

Creswell, J.W. (2008). Educational Research: Planning, Conducting, and Evaluating Quantative and

Qualitative Research (3rd ed). Boston: Pearson.

Creswell, J.W. (2008). Educational Research: Planning, Conducting, and Evaluating Quantative and

Qualitative Research (3rd ed). Boston: Pearson.

Jackson S.L. (2006). Research Methods and Statistics: A Critical Thinking Approach. Edisi ke-2.Belmont, CA: Thomson Wadsworth.

Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan. Malaysia: McGraw-Hill (Malaysia) Sdh. Bhd.

Noraini Mohamed Noh.(2012). Kesediaan penerimaan inovasi teknologi dalam kalangan Guru Perpustakaan Media. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia

Wiersma,W. & Jurs, S. (2005). Research Methods in Education: An Introduction (8th ed). Boston: Allyn and Bacon.

Page 173: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 165

UNIT 10

MENGHASILKAN PROPOSAL PENYELIDIKAN

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menyatakan maksud proposal penyelidikan.

2. Menghuraikan komponen yang perlu ada dalam proposal penyelidikan

3. Menghasilkan satu proposal penyelidikan lengkap bermula dengan pernyataan

masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kerangka konseptual kajian, limitasi

kajian, literatur kajian dan metodologi kajian.

PETA KONSEP

KANDUNGAN PROPOSAL KAJIAN

I

Bab 2

TINJAUAN LITERATUR

• Teori

• Kajian-kajian terdahulu Bab 3

METODOLOGI KAJIAN

• Reka bentuk kajian

• Populasi dan sampel kajian

• Instrumen

• Analisis data

Bab 1 PENGENALAN

• Latar belakang

• Penyataan masalah • Objektif kajian • Persoalan kajian • Kerangka konseptual

kajian • Batasan kajian • Definisi operasional

Page 174: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

166 Unit 10 Menghasiikan Proposal Penyelidikan

PENGENALAN

Penyelidikan merupakan satu usaha menyelidiki dan mendapatkan jawapan persoalan bagi

sesuatu fenomena yang ingin diketahui. Sebelum memulakan penyelidikan, satu proposal

penyelidikan perlu dikemukakan sebagai satu pendekatan yang sesuai untuk meyakinkan

pihak lain tentang kepentingan suatu fenomena yang ingin diselidik. Justeru proposal

penyelidikan adalah suatu;

i. Rangka perancangan yang dilakukan oleh penyelidik sebelum penyelidikan sebenar

dijalankan.

ii. Menjadi panduan kepada penyelidik untuk mengenai pasti masalah, metodologi,

objektif danjangkaan hasil penyelidikannya.

iii. Berfungsi sebagai buku perjanjian antara penyelidik dan penyelia supaya dapat

bekerjasama merancang sebuah penyelidikan yang baik dan memastikan objektif

kajian dicadangkan berhasil.

iv. Proposal tidak terhad kepada penulisan akademik seperti projek ilmiah, latihan

ilmiah, disertasi atau tesis tetapi juga digunakan dalam penyediaan mendapatkan

geran penyelidikan daripada institusi berkaitan

v. Proposal terbuka kepada pembetulan dan kritikan bagi memantapkan penyelidikan.

Terdapat pelbagai bentuk dan format proposal penyelidikan bergantung kepada bidang dan

pendekatan penyelidikan yang digunakan. Namun demikian, menurut Noraini (2010)

penekanan haruslah diberikan kepada perkara-perkara berikut:

i. Memastikan masalah atau isu penyelidikan dikenal pasti, kontekstual dan jelas.

ii. Memastikan persoalan kajian jelas tepat dan relevan dengan permasalahan yang

dikemukakan.

iii. Tinjauan literatur yang berkaitan dengan persoalan kajian atau hipotesis dan

metodologi penyelidikan.

iv. Memastikan kaedah penyelidikan yang digunakan sesuai dan dikemukakan secara

terperinci dan eksplisit.

v. Mengemukakan cara analisis data yang dilakukan.

Page 175: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 167

Unit ini, akan memberikan panduan dan cadangan kepada pembaca khususnya penyelidik

baru dalam menyediakan proposal penyelidikan.

MENGAPA KITA PERLU MENYEDIAKAN PROPOSAL

PENYELIDIKAN?

Kertas cadangan atau proposal penyelidikan merupakan satu rangka perancangan yang

dilakukan oleh penyelidik sebelum penyelidikan sebenar dijalankan. Proposal membantu

penyelidik menjalankan kajian dengan lebih terancang. Satu proposal yang lengkap

biasanya akan mengemukakan aspek metodologi yang jelas, persoalan penyelidikan, data

yang diperlukan, pernyataan masalah, persoalan kajian dan falsafah yang dapat memandu

kepada proses perlaksanaan sesuatu penyelidikan. Penyediaan proposal penyelidikan

bertujuan untuk :

i. Memberi peluang penyelidik untuk menimbulkan permasalahan yang ingin diselidik

dan hasil penyelidikan yang dijangkakan.

ii. Meyakinkan pembaca atau penilai bahawa penyelidik mempunyai idea yang bernilai,

penting dan relevan untuk diselidiki.

iii. Penilai perlu mengetahui dengan jelas permasalahan sesuatu isu yang ingin dikaji

supaya penilai dapat menilai sama ada penyelidikan yang dicadangkan itu signifikan

dan boleh menyumbang kepada bidang pendidikan.

iv. Meyakinkan penilai bahawa penyelidik mempunyai kebolehan merancang kerja yang

sistematik.

v. Membantu penyelidik untuk terlibat sepenuhnya dalam setiap peringkat sepanjang

proses penyelidikan pendidikan itu dijalankan.

Proses menyediakan proposal memerlukan cara penulisan yang jelas, logik, konsisten,

meyakinkan, koheren dan memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh penilai. Sungguhpun satu

proposal yang disediakan itu lengkap mengandungi semua aspek yang digariskan tetapi ia

masih terbuka kepada pembetulan dan kritikan bagi memantapkan penyelidikan sebenar

yang akan dijalankan.

Page 176: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

168 Unit 10 Menghasiikan Proposal Penyelidikan

TAJUK PENYELIDIKAN

Tajuk penyelidikan mestilah pendek, jelas dan deskriptif. Tajuk yang dipilih mesti berkaitan

dengan perkara yang hendak diselidik dan dapat mengemukakan idea kepada pembaca

tentang pemboleh ubah yang diselidik. Dua aspek penting yang perlu dipertimbangkan

semasa memilih dan menetapkan tajuk kajian. Pertama pertimbangkan bidangan

penyelidikan dan kedua lebih fokus kepada skop kecil dalam bidang tersebut.

Penyelidik boleh mendapatkan isu yang menarik untuk membina tajuk melalui dapatan atau

persoalan dalam artikel jurnal, kertas kerja atau isu yang timbul dalam media. Antara cara

yang terbaik ialah penyelidik perlu menentukan bidang yang diminati sepanjang pengajian

dan mencari isu-isu dalam bidang yang diminati. Oleh yang demikian fikirkanlah tajuk yang

berinformatif tentang penyelidikan supaya pembaca akan tertarik untuk mengetahui tentang

penyelidikan berkenaan. Sebagai contoh, bidang besar "Penggunaan Teknologi Dalam

Pendidikan" dan domain yang ingin dikaji ialah " penerimaan". Contoh tajuk kajian

ditunjukkan dalam contoh 1 (Rajah 10.1).

Contoh 1

1. Kesediaan penerimaan EduwebTV dalam kalangan guru sekolah rendah di Negeri

Selangor

2. Tahap kemahiran penggunaan komputer dalam pembelajaran kalangan murid tahun lima.

3. Penggunaan e-bahan dalam pembelajaran dalam kalangan pelajar tahun empat.

4. Tahap penerimaan Frog VLE dalam kalangan guru sekolah rendah.

Rajah 10.1: Contoh Tajuk Penyelidikan

Page 177: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 169

KANDUNGAN DALAM PROPOSAL PENYELIDIKAN

BAB 1:PENDAHULUAN

Pengenalan

Dalam bahagian pengenalan, penyelidik akan menceritakan berkaitan dengan topik kajian.

Penceritaan perlu menggambarkan trend semasa pendidikan dengan mengutamakan isu

yang terdahulu berbanding isu yang terkemudian. Huraian kandungan perlu menarik, jelas

dan berkesinambungan dengan permasalahan kajian, supaya dapat menyatakan terus

maksud kajian yang akan dijalankan. Pengenalan yang baik dapat memberi gambaran

terus kepada pembaca atau penilai terhadap rangka kerja yang hendak dibincangkan.

Contoh pengenalan ditunjukkan dalam contoh 2 (Rajah 10.2).

Contoh 2:

Kesediaan penerimaan EduwebTV dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru

sekolah rendah

Pengenalan

Kemajuan penggunaan media elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran boleh menjadikan persekitaran

pembelajaran di sekolah lebih canggih, futuristik dan sesuai dengan perubahan era teknologi maklumat. Bagi

merangsang budaya pengajaran menggunakan ICT, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah

melaksanakan pelbagai inovasi teknologi yang bertujuan untuk memantapkan operasi pembangunan

pendidikan di Malaysia secara sistematik dan seragam. KPM telah mengorak selangkah lagi ke hadapan lagi

dengan menyiarkan TV Pendidikan melalui Internet. Inovasi teknologi yang baru diperkenalkan ini dikenali

sebagai EduwebTV. Inovasi ini diwujudkan bagi membantu menyelesaikan masalah capaian sumber dan

mengurangkan jurang digital yang wujud dalam kalangan murid dan guru terutamanya di sekolah luar bandar

dan pedalaman (KPM 2008). Setiap projek inovasi yang dilaksanakan di sekolah seperti Projek Sekolah

Bestari, SchoolNet, penggunaan perisian kursus pendidikan dan Pusat Akses Sekolah telah dirancang dengan

baik di samping mempunyai matlamat serta objektif yang tersendiri ke arah kesejahteraan pendidikan. Namun

begitu, hal yang sebaliknya berlaku. Kadar tempoh penerimaan sesuatu inovasi itu, didapati kerap kali

mengambil satu tempoh masa yang agak panjang untuk dibudayakan dalam PdP (Yusof & Razmah 2006;

Paridon 2008; Noraini 2009).

Rajah 10.2: Contoh Pengenalan.

Page 178: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

Unit 10 Menghasiikan Proposal Penyelidikan

Latar Belakang Kajian

Dalam bahagian ini penyelidik perlu mengemukakan latar belakang yang berkaitan dengan

permasalahan penyelidikan. Dalam menghuraikan latar belakang kajian, penyelidik perlu

memasukkan pemboleh ubah yang digunakan dalam kajian tersebut serta menyatakan

objektif kajian yang ingin dicapai secara keseluruhan. Contoh latar belakang kajian

ditunjukkan dalam contoh 3 (Rajah 10.3).

Dalam penulisan berkaitan dengan latar belakang kajian, penyelidik harus menekankan

perkara yang dapat:

1. Membangkitkan minat pembaca terhadap topik yang diselidik.

2. Maklumkan kepada pembaca tentang kajian yang akan dilakukan dengan

menjustifikasikan mengapa ia penting dan sesuai untuk dilakukan.

3. Menjelaskan isu-isu utama yang akan diberi perhatian.

4. Mengemukakan rasional penyelidikan yang dicadangkan.

5. Menjelaskan kepentingan isu untuk diselidik.

Contoh 3

Latar belakang kajian

Penyiaran EduwebTV (Educational web television) yang beroperasi secara maya ini telah dapat mengatasi

beberapa masalah yang dihadapi oleh TV Pendidikan (TVP) terestrial. Antaranya masalah pelarasan jadual

waktu mengajar dengan waktu siaran dan kemahiran membina bahan digital (Akma Nurashikin et al. 2011).

Penyiaran TVP melalui web mempunyai kelebihan berikut; (a) program dapat diakses dari mana juga lokasi

pada bila-bila masa oleh sesiapa sahaja yang mempunyai sambungan Internet, (b) kemudahan ICT sedia ada

di sekolah dan institusi pendidikan yang lain dapat dioptimumkan, (c) pengguna boleh muat turun dan

mengulangi program yang ada sehingga mereka faham kandungannya. Sungguhpun inovasi EduwebTV ini

banyak menyediakan pelbagai pilihan cara penggunaan yang boleh menguntungkan guru, namun begitu,

hanya guru yang kreatif sahaja dapat melihat berguna bahan video yang ada dalam EduwebTV secara positif.

Bahan video yang disediakan ini boleh dijadikan sebagai bahan sokongan yang bersesuaian dalam PdP,

misalnya bahan untuk set induksi, bahan pengukuhan atau bahan pengayaan pembelajaran. Bagi guru yang

kreatif, mereka akan memuat turun bahan lebih awal agar mereka tidak menghadapi masalah kekangan masa

semasa mengintegrasikan EduwebTV dalam PdP mereka. Berdasarkan kebaikan-kebaikan inovasi yang telah

dinyatakan, maka amat wajar inovasi EduwebTV dimanafaatkan guru dalam membantu proses pengajaran dan

pembelajaran. Atribut inovasi yang membawa kelebihan secara bandingan, kesesuaian bahan keperluan

pengajaran pada masa kini, dijangka mudah kepada inovasi ini diterima oleh guru

Rajah 10.3: Contoh Latar Belakang Kajian.

Page 179: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 181

Pernyataan Masalah

Permasalahan kajian adalah bahagian paling analitis dalam penulisan proposal. Justeru

apakah yang dimaksudkan dengan masalah kajian?

i. Masalah kajian adalah satu situasi yang menyebabkan penyelidik itu bimbang, keliru

serta tidak senang terhadap sesuatu fenomena yang sedang berlaku.

ii. Masalah kajian merupakan suatu kesulitan atau kebuntuan yang

menggerakkan penyelidik memecahkannya.

iii. Masalah kajian menjadi rangsangan intelektual yang memerlukan gerak balas dalam

bentuk saintifik untuk direalisasikan

iv. Masalah yang dikemukan dapat menyatakan hubungan antara dua atau lebih

pemboleh ubah

v. Masalah kajian perlulah dinyatakan dengan jelas dan tidak kabur. la boleh dinyatakan

dalam bentuk pertanyaan yang boleh diuji secara empirikal.

Kesulitan atau kebuntuan dalam persekitaran pendidikan yang dikenal pasti itu akan

menggerakkan penyelidik, untuk memecahkannya bagi mendapatkan jawapan kepada

semua persoalan siapa atau apa, mengapa, bagaimana dan bila. Justeru dalam

menghuraikan permasalahan kajian, perkara berikut perlu diperjelaskan;

i. Senaraikan masalah sebenar yang akan dikaji.

ii. Nyatakan sumber yang menyokong kepada kewujudan masalah tersebut

iii. Huraikan senario isu yang ingin dikaji pada ketika itu. Tajamkan matlamat serta

rasional mengapa kajian ini dibuat.

iv. Nyatakan masalah atau kekangan yang sedang dihadapi. Yakinkan kepada

pembaca bahawa masalah tersebut memerlukan penyelesaian melalui

penyelidikan.

v. Perkukuhkan huraian pernyataan masalah dengan mengulas kajian lepas yang

berkaitan dengan isu atau masalah yang ingin dikaji khususnya daripada aspek

kepentingan dan kelebihan kajian tersebut kepada guru atau sekolah.

Page 180: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

172 Unit 10 Menghasiikan Proposal Penyelidikan

vi. Setiap satu permasalahan kajian mestilah membentuk kepada satu objektif kajian.

vii. Masalah kajian perlu dinyatakan dalam bentuk penjelasan berkaitan dengan

masalah atau isu-isu yang menjadi tumpuan kajian supaya dapat menjawab

persoalan, mengapa kajian ini perlu dibuat, apa masalahnya sehingga terpaksa

perkara itu dikaji.

viii. Menerangkan konsep-konsep yang digunakan dalam konteks penyelidikan yang

dijalankan dan bukannya ditulis secara umum.

Permasalahan dalam pendidikan boleh diperoleh melalui pembacaan kajian lampau,

pemerhatian, amalan atau temu bual yang dijalankan. Selain itu, masalah juga boleh

diperoleh melalui penelitian dokumen atau soal selidik. Cara penyelidik menyampaikan

mesej permasalahan adalah penting kerana ia boleh memberi satu impak kepada

sejauhmana permasalahan itu dapat dilihat sebagai penting. Maka urutan penyampaian

mesej itu haruslah dimulakan dengan ;

i. Mengemukakan pengenalan kepada permasalahan kajian.

ii. Mengetengahkan latar sejarah permasalahan kajian.

iii. Mengaitkan permasalahan kajian dengan isu-isu kontemporari berdasarkan data atau

maklumat literatur.

iv. Menegaskan kepentingan permasalahan kajian untuk dikaji.

Antara lain yang perlu dipertimbangkan dalam menentukan masalah kajian ialah;

• Jika masalah itu baru, maka pastikan nilai tambah ilmu perlu diberikan penekanan

dalam menjalankan penyelidikan.

• Pastikan masalah yang dipilih tidak terlalu kecil, ini mengelakkan berlaku halangan

dalam membuat perbincangan secara ilmiah dan mengurangkan maksud

penyelidikan yang hendak dicapai.

• Pastikan masalah tidak terlalu besar, kerana penyelidik perlu mengambil kira faktor

batasan masa dan kos perbelanjaan. Ini juga mengelakkan dari terjerumus dalam

kajian berbentuk umum.

Page 181: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

173

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

Contoh permasalahan kajian ditunjukkan dalam contoh 4 (Rajah 10.4).

Contoh 4

Permasalahan Kajian

Berdasarkan laporan BTP (2010), semenjak EduwebTV mula dilaksanakan pada Ogos 2008, didapati

sebanyak 82,832 orang pengguna telah berdaftar dalam portal EduwebTV. Namun begitu, hanya sebanyak

7,1058 buah video yang pernah di muat turun oleh pengguna, antara 2008 hingga 2010. Turut dilaporkan juga

sepanjang tempoh lima bulan pertama iaitu Januari hingga Mei pada tahun 2010 hanya 474 buah video yang

dimuat turun oleh pengguna. Jumlah muat turun video yang sedikit ini jika dibandingkan dengan bilangan guru

di sekolah memberi petanda awal bahawa ada kelesuan penerimaan inovasi EduwebTV dalam kalangan guru

di sekolah. Kajian Siti Salbiah et al. (2010), Johari dan Nor Hafiza Azne (2010), Akma Nurashikin et al. (2011)

dan Shamsuddin (2011) mendapati, tahap kesediaan guru menggunakan EduwebTV adalah rendah,

walaupun didapati guru mempunyai sikap yang positif terhadap penerimaan EduwebTV. Ini menggambarkan

sebahagian daripada tanda-tanda awal kelesuan penerimaan inovasi EduwebTV di sekolah termasuk

penggunaan inovasi tersebut dalam PdP mereka. Persoalannya adakah guru-guru disekolah merasakan

penggunaan EduwebTV itu sukar untuk guna, atau adakah EduwebTV tidak dapat memenuhi keperluan guru

atau guru kurang bersedia mencuba sesuatu teknologi baru dalam PdP.

Rajah 10.4: Contoh Permasalahan Kajian

Objektif Kajian

Tujuan objektif kajian ialah untuk memberitahu mengapa kajian ini dibuat dan matlamat

yang hendak dicapai. Ini bermakna, objektif kajian mestilah berakar umbikan dengan

permasalahan kajian yang dibincangkan. Objektif kajian juga hendaklah menjelaskan

halatuju kajian dan perkara-perkara yang diharap akan dapat dicapai di akhir kajian nanti.

Oleh yang demikian objektif yang ditetapkan haruslah mampu dicapai dan pencapaiannya

itu sewajarnya boleh diukur seperti;

i. Untuk mengenal pasti (to identify)

ii. Untuk mencari hubungan (to correlate)

iii. Untuk mengukur (to measure)

iv. Untuk mengkaji (to examine)

v. Untuk menjelaskan (to clarify, illustrate)

vi. Untuk menganalisa (to analyze)

vii. Untuk menilai (to evaluate)

viii. Untuk membandingkan (to compare)

Page 182: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

174 Unit 10 Menghasiikan Proposal Penyelidikan

ix. Untuk menentukan (to determine)

x. Untuk membuktikan (to prove)

xi. Untuk mencadangkan (to propose)

Objektif yang jelas akan dapat memandu penyelidik memilih reka bentuk kajian, bahan

sokongan kajian dan seterusnya boleh menghasiikan bab penulisan yang berstruktur.

Contoh objektif kajian ditunjukkan dalam contoh 5 (Rajah 10.5).

Contoh 5

Objektif Kajian

1. Mengenai pasti tahap penerimaan EduwebTV dari aspek persepsi mudah guna dan persepsi

berguna dalam kalangan guru sekolah rendah.

2. Mengenai pasti tahap penerimaan EduwebTV dari aspek sikap, keinginan mengguna dan

penggunaan sebenar dalam kalangan guru sekolah rendah.

3. Menentukan hubungan antara persepsi mudah guna dengan keinginan mengguna EduwebTV,

dalam kalangan guru sekolah rendah.

Rajah 10.5: Contoh Objektif Kajian

Persoalan kajian

Daripada objektif kajian, penyelidik perlu bina persoalan kajian. Persoalan kajian ini akan

menjawab kepada objektif kajian yang telah ditetapkan. Soalan kajian perlu jelas, berfokus

dan selari dengan objektif kajian. Selain itu, soalan yang dibina harus mampu untuk dijawab

dalam soal selidik. Contoh persoalan kajian ditunjukkan dalam contoh 6 (Rajah 10.6).

Page 183: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 175

Contoh 6 Persoalan kajian

i. Apakah tahap penerimaan inovasi EduwebTV daripada aspek persepsi mudah guna dalam

kalangan guru sekolah rendah?

ii. Apakah tahap penerimaan inovasi EduwebTV daripada aspek penggunaan sebenar dalam

kalangan guru sekolah rendah?

iii. Adakah terdapat hubungan di antara persepsi mudah guna dengan keinginan mengguna

EduwebTV dalam kalangan guru sekolah rendah?

iv. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi min penerimaan EduwebTV dalam kalangan

guru berdasarkan jantina?

Rajah 10.6: Contoh Persoalan Kajian.

Hipotesis Kajian

Hipotesis adalah satu penyataan yang dibuat tentang sesuatu fenomena yang diselidiki

dalam bentuk ramalan tentang hubungkait antara dua atau lebih pemboleh ubah yang

dijangka mempunyai kaitan (Noraini 2010). Hipotesis juga adalah andaian penyelidik

tentang hasil kajian berdasarkan objektif. la merupakan satu pernyataan sementara, tentang

hubungan antara unsur yang dikaji atau tentang cara penyelesaian bagi sesuatu masalah.

Hipotesis perlu dibentuk berdasarkan teori atau dapatan lalu. Penyataan hipotesis bersifat

sama ada positif atau negatif. Hipotesis yang mempunyai penyataan berbentuk negatif

dikenali sebagai hipotesis Nul.

Contohnya, "tidak terdapat perbezaan kemahiran menggunakan komputer antara pelajar

lelaki dan perempuan dalam kalangan murid tahun enam di Selangor. Manakala hipotesis

yang mempunyai penyataan positif digelar sebagai hipotesis Alternatif. Contohnya "terdapat

perbezaan kemahiran menggunakan komputer antara pelajar lelaki dan perempuan dalam

kalangan murid tahun enam di Selangor". Contoh permasalahan kajian ditunjukkan dalam

contoh 7 (Rajah 10.7). Berdasarkan persoalan kajian (iii) dan (iv) dalam contoh 6 di atas,

hipotesis Nul diwujudkan (Rajah 10.7)

Page 184: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

176 Unit 10 Menghasiikan Proposal Penyelidikan

Contoh 7

Hipotesis kajian

Adakah terdapat hubungan di antara persepsi mudah guna dengan keinginan mengguna

EduwebTV dalam kalangan guru sekolah rendah?

Ho1 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi mudah guna dengan keinginan mengguna

EduwebTV dalam kalangan guru sekolah rendah

Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi min penerimaan EduwebTV dalam kalangan

guru berdasarkan jantina?

Ho1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi min penerimaan EduwebTV dalam kalangan guru

berdasarkan jantina

Rajah 10.7: Contoh Persoalan Kajian Kerangka Konseptual

Kerangka konseptual kajian adalah satu bentuk kerangka atau gambar rajah yang

menerangkan secara ringkas bentuk kajian, hala tuju kajian, format kajian, peringkat-

peringkat atau fasa-fasa dalam sesuatu kajian yang akan dijalankan. la juga merupakan

satu model konseptual tentang urutan logikal perhubungan antara pemboleh ubah-

pemboleh ubah yang dikenal pasti penting dan berkaitan dengan masalah kajian. Kerangka

konseptual penting kerana ia menjadi panduan kepada kajian akan dilaksanakan.

Bagaimana membina kerangka konseptual kajian?

i. Rujuk kepada permasalahan kajian serta teori atau model yang telah penyelidik pilih

untuk mendasari kajian.

ii. Kenal pasti semua pemboleh ubah utama yang terlibat dalam kajian.

iii. Berpandukan teori atau model dan kajian lepas, bentukkan perkaitan atau hubungan

di antara satu pemboleh ubah dengan pemboleh ubah lain yang terlibat.

iv. Tentukan arah perkaitan atau hubungan yang dikenal pasti wujud di antara pemboleh

ubah.

v. Kesemua hubungan antara pemboleh ubah tersebut dinyatakan dalam bentuk rajah.

Page 185: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 177

Persepsi

Berg una

N V-

Keinginan

Mengguna

Sikap

Persepsi

Mudah

Guna

Kemahiraan komputer

Pengalaman guna internet

Contoh kerangka konseptual kajian ditunjukkan dalam contoh 8a (Rajah 10.8a) dan contoh

huraian kerangka konseptual kajian ditunjukkan dalam contoh 8b (Rajah 10.8b).

Contoh 8a

Kerangka konseptual kajian

Rajah 10.8a: Contoh Kerangka Konseptual Kajian

Contoh 8b

Kerangka konseptual kajian

Salah satu model yang boleh menjelaskan penerimaan individu terhadap teknologi baru ialah Model Penerimaan

Teknologi (Technology Acceptance Model -TAM) yang diketengahkan oleh Davis (1989). Aspek penerimaan

dalam model ini diukur melalui lima aspek utama iaitu persepsi berguna, persepsi mudah guna, sikap, keinginan

mengguna dan penggunaan sebenar. Justeru dalam kajian ini penyelidik cuba melihat kekuatan hubungan kedua-

dua persepsi dalam model penerimaan teknologi iaitu persepsi berguna dan persepsi mudah guna dengan sikap

terhadap EduwebTV dan keinginan mengguna inovasi EduwebTV. Penyelidik juga cuba untuk melihat sama ada

terdapat perbezaan penerimaan inovasi EduwebTV dalam kalangan guru sekolah rendah berdasarkan jantina,

pengalaman menggunakan Internet dan kemahiran menggunakan internet.

Rajah 10.8b: Contoh Huraian Kerangka Konseptual Kajian

Kepentingan Kajian

Dalam bahagian ini penyelidik perlu meyakinkan pembaca sejauh mana hasil kajian itu nanti

boleh memberi implikasi terhadap amalan, teori, praktis, pembentukan polisi pendidikan dan

kaedah atau kerja-kerja penyelidikan pada masa akan datang. Penyelidik juga perlu

meyakinkan pembaca bagaimana kajian yang akan dilakukan

Page 186: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

Unit 10 Menghasiikan Proposal Penyelidikan

ini boleh memberi sumbangan kepada pihak yang terlibat dengan bidang pendidikan seperti

sekolah atau Kementerian Pendidikan Malaysia. Contoh kepentingan kajian ditunjukkan dalam

contoh 9 (Rajah 10.9). Persoalan berikut boleh membantu dalam menghujahkan kepentingan

penyelidikan yang ingin dijalankan:

i. Adakah dapatan dalam penyelidikan boleh memberi implikasi kepada polisi pendidikan?

ii. Apakah implikasi dapatan penyelidikan kepada praktis guru?

iii. Apakah cadangan yang boleh dikemukakan untuk penyelidikan seterusnya?

iv. Adakah dapatan penyelidikan boleh memberi sumbangan untuk membantu

menyelesaikan masalah dalam pendidikan?

v. Apakah inovasi yang dapat dihasilkan?

Contoh 9 Kepentingan kajian

Peranan guru perpustakaan media (GPM) kini, bukan hanya sekadar perlu mengetahui setiap inovasi EduwebTV

tetapi GPM perlu menjadi pengguna awal dan menguasai pengetahuan tentang inovasi EduwebTV yang

dilaksanakan di sekolah. Beberapa persoalan timbul berkaitan dengan kesediaan menerima dan menggunakan

inovasi teknologi khususnya inovasi EduwebTV dalam kalangan guru. Apakah cirri demografi yang boleh di

manipulasi supaya kesediaan penerimaan dalam kalangan GPM boleh ditingkatkan? .Justeru kajian ini amat

penting dan perlu dilaksanakan. Hasil kajian ini boleh menyumbangkan maklumat berkaitan GPM dan perananya

sebagai agen perubahan kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri

(BTPN) dalam pemilihan calon GPM. Selain itu hasil kajian ini boleh dijadikan rujukan dan panduan kepada yang

terlibat secara langsung dan tidak langsung seperti pihak sekolah, JPN, BTPN, Institut Pendidikan Guru (IPG)

dan Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) untuk merancang program atau kursus yang bertujuan untuk

membina atau meningkatkan tahap

Rajah 10.9: Contoh Kepentingan Kajian

Limitasi kajian

Limitasi kajian bermaksud skop kajian yang akan dijalankan. Penjelasan ini penting bagi

memastikan penilai dapat memahami sempadan kajian yang dilakukan. Ini bermakna

penyelidik perlu menjelaskan batasan atau limitasi dalam kajian seperti sampel kajian, batasan

lokasi kajian, tempoh kajian, bidang kajian, limitasi tempat,

Page 187: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 179

skop metodologi kajian dan sebagainya supaya bidang kajian supaya tidak terlalu luas. Ini

akan memudahkan penyelidik meneliti proses penyelidikan mengikut skop. Selain itu, dengan

adanya kenyataan skop kajian ini tidak menimbulkan persoalan kepada pembaca atau

mengelakkan penilai dari mempersoalkan apa sahaja yang menurut pandangan mereka

relevan dengan kajian. Contoh limitasi kajian ditunjukkan dalam contoh 10 (Rajah 10.10).

Contoh 10

Limitasi Kajian

Kajian ini hanya difokuskan kepada masalah penerimaan EduwebTV dalam kalangan guru sekolah rendah

sahaja dan tidak melibatkan guru sekolah menengah dan juga pelajar. Kajian ini pula akan dijalankan di negeri

Selangor sahaja. Kajian tidak melibatkan negeri lain di Malaysia. Manakala guru yang akan terlibat adalah guru

yang mengajar tahap satu sahaja.

Rajah 10.10: Contoh Limitasi Kajian

Definisi Operasional

Ada kemungkinan pembaca kurang faham maksud perkataan-perkataan utama yang

digunakan dalam penulisan. Perkataan yang dipilih ini hendaklah dihuraikan maksudnya

berdasarkan konteks kajian. Hal ini adalah supaya perkataan tersebut dapat diertikan

sebagaimana yang penyelidik inginkan dan bukan berdasarkan erti dalam kamus atau

berdasarkan pandangan penulis lain. Ini bertujuan bagi mengelakkan pembaca daripada

terkeliru atau berkemungkinan mempunyai maksud berbeza daripada maksud yang sebenar.

Namun begitu dalam konteks ini definisi operasional bukannya mendefinisikan tajuk kajian

atau menjelaskan maksud yang remeh temeh seperti perkataan lelaki atau guru. Prosedur ini

digunakan bagi menghasilkan ukuran yang tepat bagi pemboleh ubah yang dikaji. Biasanya

pemboleh ubah ini dinyatakan dalam bentuk yang boleh diukur atau dimanipulasikan. Contoh

definisi operasional ditunjukkan dalam contoh 11 (Rajah 10.11).

Page 188: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

180 Unit 10 Menghasiikan Proposal Penyelidikan

Contoh 11 Definisi operasional

i. Penerimaan

Berdasarkan Mayer (1992) penerimaan ditakrifkan sebagai satu proses peresapan maklumat, dengan

berkesudahan untuk membuat satu pilihan yang rasional sama ada untuk menggunakan atau tidak sesuatu sistem

itu. Dalam kajian ini penerimaan merujuk kepada kesanggupan guru menggunakan EduwebTV secara sukarela

dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka.

ii. Persepsi mudah guna

Menurut Davis (1989), persepsi mudah guna, merujuk kepada tahap di mana seseorang percaya bahawa

menggunakan satu sistem tertentu itu mudah untuk diguna. Dalam kajian ini persepsi mudah guna merujuk kepada

kepercayaan guru bahawa EduwebTV itu mudah diguna dan bebas daripada masalah besarjika menggunakanya.

Rajah 10.11: Contoh definisi operasional

s AKTIVITI 10.1

1. Apakah kepentingan menyediakan proposal penyelidikan?

2. Berdasarkan idea penyelidikan yang ingin anda laksanakan, huraikan

permasalahan kajian anda.

BAB 2: TINJAUAN LITERATUR

Literatur kajian merupakan satu sorotan kajian yang menjadi rangka kepada kajian. la

merupakan salah satu bahagian yang penting dalam penulisan kajian. Dalam penyediaan

proposal penyelidikan, penulisan literatur perlu ditulis secara ringkas tetapi menyeluruh.

Pendekatan ini bagi mengatasi beberapa kemungkinan. Pertama, ada berkemungkinan

bahawa kajian sebenar tidak dapat dilaksanakan seperti mana yang dicadangkan dalam

proposal penyelidikan. Kedua, ada berkemungkinan juga penyelidik tidak dapat mengutip

sebahagian data yang diperlukan.ini bermakna terdapat beberapa persoalan kajian yang

tidak terjawab. Manakala yang ketiga pula, ada berkemungkinan juga penyelidik dapat

mengutip data tambahan, maka penyelidik perlu menjawab beberapa persoalan tambahan

dalam kajian tersebut. Ini bererti setiap keputusan yang berlaku, akan mendorong

penyelidik untuk meneliti semula kandungan literatur yang telah sediakan, samaada ia

telah mencakupi setiap

Page 189: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 181

pemboleh ubah yang dikaji, atau perlu dikurangkan sebahagian daripadanya atau sebaliknya

perlu ditambahkan lagi literatur yang sedia ada.

Antara aspek yang perlu ada dalam Bab 2 ialah pengenalan, teori yang berkaitan, kajian-kajian

lepas dan maklumat tambahan berkaitan dengan pemboleh ubah yang digunakan. Namun

begitu untuk mempersembahkan kandungannya, penyelidik haruslah memastikan maklumat;

i. Disusun secara sistematik.

ii. Disusun secara kronologi.

iii. Perincian tajuk dan penerangan isi ikut urutan logik.

iv. Disusun daripada umum kepada khusus.

v. Disusun dapatan mengikut tema atau tajuk, bincangkan dapatan yang menyokong dan

yang berlawanan serta rumuskan dapatan tersebut supaya boleh dikaitkan dengan

kajian yang dibuat.

vi. Perbincangan masalah meliputi konsep-konsep utama, teori, dan model berkaitan.

vii. Maklumat pengarang dan tarikh dicatatkan dengan tepat dan jelas.

viii. Berhenti apabila dirasakan sudah mencukupi (sorotan literatur sebagai sebahagian

proses penyelidikan dan bukannya hasil penyelidikan)

Pengenalan

Dalam topik kecil ini penyelidik perlu membuat satu sinopsis berkaitan apa yang penyelidik

tuliskan dalam Bab 2. Biasanya penyelidik akan menulis kenyataan yang berkait dengan isi

penting yang dibincangkan agar penilai boleh mendapat gambaran awal secara keseluruhan

dan seterusnya berminat untuk mengetahui aspek-aspek yang dibincangkan. Contoh

pengenalan dalam Bab 2 ditunjukkan dalam contoh 12 (Rajah 10.12).

Page 190: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

Unit 10 Menghasiikan Proposal Penyelidikan

Contoh 12

Kajian tentang penerimaan inovasi kini semakin berkembang dan mendapat perhatian luas pelbagai pihak

terutama dalam bidang pemasaran, pengurusan, pentadbiran organisasi dan tidak kurang pentingnya dalam

bidang pendidikan. Kepentingannya dalam menjayakan matlamat pendidikan bertaraf dunia menjadikan

kesediaan menerima dan mengguna inovasi teknologi komputer dalam pengajaran sebagai kualiti teras yang

perlu dimiliki oleh setiap guru. Sehubungan itu kajian ini memberikan tumpuan khusus untuk melihat kesediaan

terhadap penerimaan dan penggunaan inovasi EduwebTV dalam kalangan guru sekolah rendah di sekolah-

sekolah Malaysia.

Rajah 10.12: Contoh Pengenalan Dalam Bab Tinjauan Literatur

Perbincangan Teori yang Berkaitan

Dalam bahagian ini penyelidik perlu memaparkan fakta atau model, atau teori atau konsep

secara bersepadu dengan idea penyelidikan. Teori berperanan sebagai asas yang dapat

membentuk kerangka kerja dalam kajian. Teori juga dapat digunakan bagi menjelaskan

sesuatu perkara dan menjangkakan sesuatu perkara yang baru. Contoh perbincangan teori

dalam Bab 2 ditunjukkan dalam contoh 13 (Rajah 10.13).

Contoh 13 Teori

penyebaran inovasi

Teori penyebaran inovasi oleh Rogers (1995) mempunyai hubungan yang kuat dengan penyebaran inovasi

teknologi dalam pendidikan. Apabila sesebuah komuniti masyarakat menerima sesuatu inovasi, maka perlulah

ada medium pengantara atau saluran untuk menyalurkan inovasi tersebut dengan lebih berkesan kepada ahli

lain dalam masyarakat. Oleh itu, teori ini secara umumnya menekankan kepada proses penyebaran maklumat

setelah berlakunya inovasi. Dalam konteks kajian ini, inovasi teknologi merujuk kepada pelaksanaan

EduwebTV sebagai media dan sumber dalam membantu proses PdP. Melalui teori Penyebaran Inovasi, kita

dapat menerangkan mengapa sebahagian inovasi berjaya disebarkan dan diadaptasi, manakala

sebahagiannya mengalami kegagalan. Menurut Rogers (1995) proses penyebaran melibatkan tiga pihak

utama iaitu (a) inovasi itu sendiri, (b) individu yang mengetahui tentang inovasi tersebut, dan (c) individu yang

belum mengetahui tentang inovasi tersebut. Oleh yang demikian teori penyebaran inovasi (Rogers 1995),

amat sesuai untuk digunakan dalam kajian ini khususnya bagi melihat seawal mana guru bersedia menerima

dan mengguna inovasi EduwebTV.

Rajah 10.13: Contoh Aplikasi Teori Dalam Kajian

Page 191: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 183

Kajian-kajian lepas yang berkaitan

Dalam mengulas dapatan kajian-kajian lepas, penyelidik perlu memilih kajian-kajian lepas yang

ada kaitan sahaja dengan pemboleh ubah yang dikaji. Nyatakan perkaitan di antara kajian-

kajian yang lakukan oleh penyelidik yang berbeza dan jelaskan bagaimana isu tersebut berkait

dengan kajian yang akan dijalankan. Oleh yang demikian penulisan harus memetik perkara-

perkara utama sebagai perbandingan antara kajian-kajian tersebut termasuk;

i. Metodologi kajian.

ii. Populasi dan sampel kajian.

iii. Instrumen atau alat kajian serta prosedur kajian yang digunakan.

iv. Teknik pengumpulan data.

v. Tatacara menganalisis data.

vi. Hasil kajian dan penemuan baru.

Terdapat pelbagai cara dalam membahaskan sorotan kajian lepas. Antaranya:

i. Kumpulkan kajian-kajian lepas yang mempunyai permasalahan dan cara penyelesaian

yang sama dengan pemboleh ubah dalam kajian, rumuskan bacaan tersebut dan teliti

sekiranya terdapat sesuatu yang baru dan kombinasinya.

ii. Boleh juga tunjukkan perkembangan kajian-kajian dalam satu komuniti atau organisasi.

Berdasarkan kajian yang telah diteliti penyelidik boleh menjustifikasikan mengapa kajian

ini penting dan perlu dilakukan, antaranya kajian yang sedia ada kurang fokus untuk

menjawab permasalahan yang ingin dikaji.

iii. Penyelidik boleh merujuk kepada penyelidik terdahulu yang mengkaji fenomena yang

sama, tetapi penyelidik tidak setuju dengan pendekatan atau kesimpulan yang

diperoleh dengan memberi justifikasi pendekatan yang ingin penyelidik jalankan.

Masalah yang seringkali ditemui dalam kebanyakan penulisan tinjauan literatur adalah dari segi

persembahannya. Antara masalah yang sering kali ditemui ialah:

Page 192: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

184 Unit 10 Menghasiikan Proposal Penyelidikan

i. Skop tinjauan terlalu sempit dan ringkas.

ii. Kurang membuat organisasi dan penstrukturan maklumat yang ingin dipaparkan.

iii. Tidak membina kerangka konsep yang sesuai untuk kajian.

iv. Memaparkan fakta secara berasingan tanpa fokus tema tertentu.

v. Penulis gagal menunjukkan literatur itu penting dan terkini dalam bidang kajian yang

dikaji.

vi. Penulis tidak menilai kajian lepas secara kritis dan

vii. Penulis tidak memaparkan fakta

viii. Penulisan terlalu panjang dan membosankan.

n

AKTIVITI 10.2

Pilih teori yang bersesuaian dengan kajian anda dan huraikan mengapa teori

tersebut dikatakan sesuai untuk mendasari bidang kajian anda?

BAB 3 METODOLOGI

Dalam metodologi kajian, biasanya menghuraikan dan membincangkan tentang sampel kajian,

kaedah atau cara pengumpulan data, instrumen yang digunakan untuk mengumpul data dan

bagaimana data-data tersebut itu akan dianalisis. Bab ini merupakan bahagian yang perlu jelas

dan dibincangkan dengan meyakinkan. Kaedah yang dirangka dengan baik akan membolehkan

objektif yang ditetapkan dalam kajian tersebut boleh dicapai. Oleh yang demikian setiap

pemilihan sesuatu kaedah, prosedur pengumpulan data atau teknik perlu diberi justifikasi

dengan jelas dan mempunyai logikyang boleh diterima.

£

Page 193: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 185

Reka Bentuk Penyelidikan

Reka bentuk kajian merupakan aspek perancangan yang penting dalam melaksanakan sesuatu

kajian. la merujuk kepada satu tatacara pengolahan data yang dipungut berdasarkan kepada

perancangan yang khusus dan sistematik terhadap konsep pembentukan rangkaian serta

hubungan antara pemboleh ubah (Creswell 2008) serta dapat menjelaskan bagaimana untuk

mendapatkan maklumat bagi mencapai matlamat kajian (Noraini 2010) serta menetapkan

prosedur-prosedur yang diambil untuk mencapai objektif kajian (Ahmad Mahdzan 2002).

Dalam topik kecil ini, penyelidik perlu membincangkan pemboleh ubah yang terlibat dalam

penyelidikan dan bagaimana pemboleh ubah tersebut akan diukur. Penyelidik perlu

menjelaskan bagaimana reka bentuk kajian itu dipilih, sama ada dengan merujuk kepada

soalan penyelidikan, pengetahuan yang diperoleh berdasarkan bacaan-bacaan yang berkaitan,

atau metodologi kajian-kajian lepas. Penyelidik juga perlu menjustifikasikan mengapa, reka

bentuk itu dipilih. Penyelidik harus meyakinkan penilai bahawa reka bentuk yang dipilih tersebut

adalah yang paling sesuai dengan memberikan sokongan hujah daripada penulis lain.

Penulisan reka bentuk kajian ditunjukkan dalam contoh 14 (Rajah 10.14).

Contoh 14 Reka

bentuk kajian

Dalam kajian penerimaan EduwebTV ini penyelidik memilih reka bentuk kajian tinjauan berbentuk kuantitatif.

Melalui reka bentuk kajian ini penyelidik akan dapat mengumpul maklumat secara langsung daripada responden

berkaitan dengan perasaan motivasi, sikap, kepercayaan, tingkah laku dan Iain-Iain maklumat yang berkaitan

dengan sekumpulan orang iaitu guru. Justeru rekabentuk ini didapati bersesuaian dengan tujuan kajian ini iaitu

mengkaji kesediaan penerimaan guru yang mencakupi pemboleh ubah, pengetahuan, sikap dan kemahiran dalam

kalangan guru serta saling perkaitannya antara pemboleh ubah tersebut dengan penerimaan EduwebTV. Reka

bentuk kaedah tinjauan ini dipilih kerana kajian ini lebih bersifat laporan kendiri (self-report) yang menghendaki

guru menilai perasaan, kekuatan serta kekurangan diri secara introspektif (Jackson 2006). Menurut Wiersma

(2000) pula, kaedah tinjauan amat bersesuaian untuk membincangkan beberapa aspek termasuk peristiwa atau

fenomena, pembahagian dan perhubungan dalam pemboleh ubah pendidikan. Dengan itu pengkaji juga dapat

mengumpulkan data berhubung dengan fenomena yang tidak dapat diperhatikan secara langsung (Noraini 2010)

yang melibatkan ramai ahli iaitu guru di Malaysia. Pemerolehan dapatan dalam kajian ini, boleh menggambarkan

kesediaan guru menerima inovasi EduwebTV yang baru dilaksanakan di sekolah oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia.

Rajah 10.14: Contoh Penulisan Reka Bentuk Kajian

Page 194: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

186 Unit 10 Menghasiikan Proposal Penyelidikan

Pensampelan

Menentukan populasi kajian merupakan langkah terpenting perlu dilakukan di peringkat awal

proses pemilihan sampel. Pensampelan pula adalah berkaitan dengan proses memilih

sebilangan subjek daripada sesuatu populasi untuk dijadikan responden kajian. Masalah yang

dikenal pasti itu wujud samaada dari dalam kumpulan, individu atau objek yang dicerap.

Penggunaan sampel yang tidak sesuai akan mengurangkan kesahan dan kebolehpercayaan

kajian. Perancangan dalam menentukan pensampelan yang rapi akan dapat mengumpulkan

data dengan mudah, mengurangkan ralat pengukuran dan menjimatkan masa serta

perbelanjaan. Oleh yang demikian dalam penulisan proposal, terangkan secara ringkas

bagaimana cara pensampelan itu dilakukan, sama ada pensampelan mudah, pensampelan

bertujuan, pensampelan bola salji (snowball) atau pensampelan kuota (quota sampling).

Berikan justifikasi mengapa cara pemilihan sampel dan penetapan saiz sampel yang itu

digunakan. Pengkaji perlu meyakinkan kepada pembaca dengan menyertakan beberapa

sokongan kepada setiap yang dihujahkan. Contoh pensampelan kajian ditunjukkan dalam

contoh 15a dan 15b (Rajah 10.15a dan Rajah 10.15b).

Contoh 15a

Sampel kajian

Dalam kajian ini populasi mampu tadbir adalah zon-zon yang berada di Semenanjung Malaysia iaitu Zon Barat.

Kajian ini tidak dapat dijalankan di Zon Sabah, Zon Utara, Zon Selatan, Zon Timur dan Zon Sarawak disebabkan

kekangan kewangan dan masa. Seterusnya teknik persempelan rawak berkelompok melalui cabutan, digunakan

bagi menentukan negeri-negeri yang mewakili zon barat. Teknik persempelan rawak berkelompok ini digunakan

bagi mempertimbangkan sampel kajian adalah bertaburan di merata tempat (Creswell 2008; Mohd Majid 2005;

Noraini 2010). Selain itu teknik ini dapat menjimatkan masa serta mengurangkan pelbagai masalah. Pengkaji

telah membuat pemilihan negeri daripada kelompok zon dengan cabutan fishbowl. Sebanyak dua kali cabutan

negeri digunakan bagi memilih negeri-negeri yang mewakili zon barat. Melalui teknik persampelan tersebut, dua

buah negeri yang terpilih bagi mewakili zon barat ialah Negeri Selangor dan Negeri Perak.

Rajah 10.15a: Contoh Pensampelan Kajian

Page 195: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 187

Contoh 15b

Jadual 3.1 Bilangan sampel kajian

Rajah 10.15b: Contoh Pensampelan Kajian

Pengumpulan Data.

Dalam topik kecil ini, penyelidik perlu menyatakan apakah jenis data yang akan dikumpulkan

dalam penyelidikan yang akan dijalankan. Seterusnya penyelidik menentukan jenis instrumen

yang akan digunakan untuk mengutip data dalam kajianitu nanti. Antara instrumen yang dipilih

misalnya penggunaan soal selidik, senarai semak pemerhatian, protokol temu bual atau

analisis dokumen. Penyelidik perlu menjelaskan semua yang berkaitan dengan instrumen yang

dipilih dalam penulisan proposal, antaranya;

i. Menyatakan jenis instrumen yang digunakan untuk mengutip data dalam kajian nanti.

ii. Menjelaskan dalam proposal, bagaimana penyelidik menentukan kesahan dan

kebolehpercayaan instrumen yang akan digunakan dalam kajian itu nanti

iii. Menjelaskan bagaimana penyelidik akan mentadbir instrumen tersebut soal selidik,

temubual, pemerhatian atau Iain-Iain cara pengumpulan data akan dilakukan

sepanjang kajian.

a. Soal selidik

Jika penyelidik menggunakan kaedah tinjauan untuk penyelidikan terutamanya apabila

melibatkan sampel yang ramai, penggunaan soal selidik merupakan satu

Negeri Bil. Sek. Ren . Bil. Guru SK. Bil. Sampel guru SK.

Perak 267 2500 200

Selangor 261 1500 150

Jumlah

populasi

4000 350 (sampel)

Page 196: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

Unit 10 Menghasiikan Proposal Penyelidikan

alat ukur yang paling praktikal. Soal selidik sesuai digunakan untuk mengukur pendapat,

sikap atau pengetahuan. Justeru dalam proses penyediaan proposal penyelidikan, penyelidik

perlu menjelaskan berkaitan dengan soal selidik yang akan digunakan dalam kajian sebenar

nanti. Penyelidik perlu menjelaskan kepada pembaca atau penilai dari mana soal selidik itu

diperoleh, sama ada;

i. dibina sendiri oleh penyelidik. Oleh yang demikian penyelidik perlu menjelaskan

semua langkah dalam proses pembinaan instrumen kajian.

ii. mengubah suai daripada instrumen yang sedia. Maka penyelidik perlu menjelaskan

bahagian mana atau item mana yang diubah suai bagi kesesuaian mengikut konteks

kajian sebenar. Jelaskan juga bagaimana instrumen yang telah diubah suai itu

mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

iii. Menggunakan instrumen yang telah sedia ada tetapi instrumen tersebut dalam Bahasa

Inggeris. Maka penyelidik perlu membuat proses terjemah dan terjemah semula (back

to back translation). Jelaskan juga instrumen yang telah melalui back to back

translation mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

iv. Penyelidik juga perlu menjelaskan jenis skala pengukuran yang akan digunakan dalam

instrumen soal selidik

Contoh instrumen kajian ditunjukkan dalam contoh 16 (Rajah 10.16).

Contoh 16

Dalam kajian ini instrumen penerimaan EduwebTV dibina berdasarkan adaptasi beberapa instrumen yang

digunakan oleh Venkatesh et al. (2003), Gong et al.(2004) dan Hu et al. (2003). Penyelidik mengekalkan lima

variabel utama berdasarkan kepada model TAM yang dibina iaitu aspek persepsi berguna, persepsi mudah guna,

sikap terhadap teknologi, keinginan mengguna dan penggunaan sebenar. Kesemua item-item yang mewakili aspek

kebergunaan, kesenangan mengguna, sikap dan keinginan mengguna diukur menggunakan skala pemeringkatan

iaitu skala likert 5 point; daripada 1 = Sangat Tidak Setuju, 2 = Tidak Setuju, 3 = Kurang Setuju, 4 = Setuju, hingga

ke 5 = Sangat Setuju

Rajah 10.16: Contoh Instrumen Kajian

Page 197: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 189

b. Temu bual

Sokongan data yang berbentuk pendapat atau pandangan daripada responden mungkin

diperlukan dalam kajian. Penyelidik boleh menemubual responden untuk tujuan pengumpulan

data.Oleh yang demikian, tentukan terlebih dahulu bentuk temu bual yang ingin dilakukan

samaada temu bual berstruktur, temu bual tidak berstruktur atau temu bual semi berstruktur.

Harus dijelaskan juga dalam penulisan proposal, bagaimana cara merekodkan data temubual

dilakukan. Adakah penyelidik akan menggunakan pita rakaman, mengambil nota semasa temu

bual atau dengan merekodkan seberapa banyak maklumat temu bual yang dapat diingat

selepas sahaja tamat temu bual dijalankan. Contoh protokol temubual berstruktur ditunjukkan

dalam contoh 17 (Rajah10.17)

Contoh 17

1. Adakah anda pernah mendengar EduwebTV?

2. Di sekolah siapakah yang memperkenalkan EduwebTV kepada anda?

3. Adakah anda suka meneroka kandungan dalam EduwebTV? Mengapa?

4. Bagaimanakah anda menggunakan EduwebTV semasa pengajaran anda dalam bilik darjah?

Rajah 10.17: Contoh Soalan Temubual Berstruktur C.

Pemerhatian

Kadang kala sesuatu fenomena yang ingin dikaji itu sukar untuk diterjemahkan melalui soal

jawab. Kaedah pemerhatian adalah sesuai untuk merekodkan tingkah laku serta merakamkan

keadaan sebenar apa yang sedang berlaku. Justeru jika penyelidik bercadang untuk

menggunakan kaedah ini, prosedur pemerhatian perlu jelaskan dalam proposal seperti

bagaimana penyelidik merekodkan pemerhatian, sama ada mengambil nota, pemantauan,

merakam peristiwa atau perlakuan. Dalam proposal perlu dijelaskan semua yang berkaitan

dengan prosedur pemerhatian termasuk jenis mod pemerhatian dan subjek atau aktiviti yang

difokuskan semasa pemerhatian.

Page 198: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

190 Unit 10 Menghasiikan Proposal Penyelidikan

d. Analisis dokumen.

Dalam pengumpulan data, penyelidik mungkin perlu meneliti dokumen penting yang berkaitan

seperti rekod pencapaian pelajar atau hasil kerja pelajar. Oleh yang demikian dalam

menyediakan proposal, penyelidik perlu jelaskan dalam dalam Bab 3 ini bagaimana penyelidik

akan menganalisis dokumen tersebut, apakah dokumen yang ingin diteliti, dan bagaimana ia

boleh diperoleh.

Menganalisis Data Kuantitatif

Setelah penyelidik merancang untuk menggunakan instrumen bagi mendapatkan data,

penyelidik seterusnya perlu menjelaskan kepada pembaca atau penilai;

i. bagaimana data yang diperoleh itu akan dianalisis.

ii. Ujian yang akan digunakan untuk menganalisis data samaada menggunakan analisis

deskriptif dan analisis inferensi.

iii. skala pengukuran yang akan digunakan bagi menentukan tahap atau hubungan

pemboleh ubah yang dikaji berdasarkan persoalan kajian yang telah ditetapkan.

a. Analisis deskriptif

Biasanya analisis deskriptif digunakan bagi tujuan membuat huraian secara terperinci tentang

tahap sesuatu pemboleh ubah yang dikaji. Sebagai contoh ciri-ciri demografi guru, tahap

pendidikan, pengalaman menggunakan Internet, pengalaman mengajar, pengalaman menjadi

guru Bestari, kekerapan menghadiri kursus ICT dan pengetahuan guna ICT dan sebagainya.

Data tersebut perlu dianalisis dan dibincangkan dalam bentuk statistik deskriptif yang

menggunakan indeks min, mod, frekuensi dan peratusan. Data boleh diproses menggunakan

program Statistical Package for the Sosial Science (SPSS). Bagi menjawab persoalan tahap

pengetahuan guna ICT misalnya, penyelidik perlu menggunakan menggunakan interpretasi

skor min untuk melihat tahap guru dalam pengetahuan ICT. Nilai skor ditetapkan dengan

merujuk buku-buku rujukan analisis data dalam penyelidikan

Page 199: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 201

pendidikan. Skor min ini akan digunakan untuk menjawab persoalan kajian persoalan dalam

kajian sebenar nanti. Contoh jadual skor analisis deskriptif ditunjukkan dalam contoh 18

(Rajah 10.18) dan contoh 19 (Rajah 10.19).

Contoh 18

Jadual 3.2 Interpretasi skor dan tahap pengetahuan guna ICT

Bagi menjawab persoalan tahap pengetahuan guna ICT kajian ini menggunakan interpretasi skor min untuk

melihat tahap. Pada Jadual 3.3 menunjukkan, interpretasi skor min bagi menentukan tahap pengetahuan

GPM. Skor min yang kurang daripada 2.33 menunjukkan tahap pengetahuan guna ICT dalam PdP adalah

rendah. Skor min 2.33 hingga 3.66 pula menunjukkan tahap pengetahuan guna ICT dalam PdP adalah

sederhana. Manakala skor min yang melebihi 3.66 menunjukkan tahap pengetahuan guna ICT dalam P& P

adalah tinggi.

Rajah 10.18: Contoh Interpretasi Skor Tahap Pengetahuan Guna ICT

Contoh 19

Jadual 3.3 Interpretasi skor dan tahap persepsi berguna

Nilai min Tahap Intepertasi

< 2.33 Rendah Merasakan inovasi EduwebTV tidak boleh membantu

mempermudahkan proses P&P.

2.33-3.66 Sederhana Merasakan inovasi EduwebTV kurang membantu

mempermudahkan proses P&P.

>3.66 Tinggi Merasakan inovasi EduwebTVsangat membantu

mempermudahkan proses P&P.

Sumber: Diubah suai daripada Jamil (2002)

Bagi menentukan tahap penerimaan EduwebTV daripada aspek persepsi berguna dalam kalangan guru,

pengkaji merujuk kepada jadual 3.3. Jadual 3.3 menghuraikan interpretasi skor min bagi menentukan tahap

persepsi berguna. Bagi skor min kurang daripada 2.33 menunjukkan tahap persepsi kebergunan EduwebTV

adalah rendah. Diinterpretasikan bahawa, mereka berasa tidak yakin bahawa inovasi EduwebTV boleh

membantu mempermudahkan PdP. Skor antara 2.33 hingga 3.66 pula menunjukkan tahap persepsi

kebergunan EduwebTV adalah sederhana. Diinterpretasikan bahawa mereka kurang pasti EduwebTV boleh

membantu mempermudahkan PdP. Skor min yang melebihi 3.66 menunjukkan tahap persepsi kebergunan

EduwebTV adalah tinggi. Diinterpretasikan bahawa mereka berasa sangat pasti EduwebTV dapat membantu

mempermudahkan P&P

Rajah 10.19: Contoh interpretasi skor min bagi tahap persepsi berguna

Nilai min Tahap

<2.33 Rendah

2.33-3.66 Sederhana

>3.66 Tinggi

Sumber: Diubah suai daripada Jamil (2002)

Page 200: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

192 Unit 10 Menghasiikan Proposal Penyelidikan

b. Analisis inferensi

Bagi tujuan untuk mengetahui sama ada terdapat kesan interaksi antara pemboleh ubah-

pemboleh ubah bebas dan bersandar yang dikaji, analisis inferensi digunakan. Misalnya

analisis korelasi digunakan untuk melihat hubung kait antara dua pemboleh ubah. Sejauh

manakah hubungan antara pemboleh ubah diukur melalui pekali korelasi Pearson jika data

yang diperoleh berbentuk sela atau nisbah. Nilai pekali korelasi Pearson ini digunakan untuk

menjawab persoalan kajian ke 3 iaitu mengetahui hubungan (ii) persepsi berguna dengan

keinginan mengguna EduwebTV dalam kalangan guru sekolah rendah. Bagi mendapatkan

nilai pekali data maklumat daripada soal selidik akan diproses menggunakan program

Statistical Package for the Sosial Science (SPSS). Contoh jadual skor bagi analisis inferensi

ditunjukkan dalam contoh 20 (Rajah 10.20).

Contoh 20

Jadual 3.4 Tafsiran nilai-nilai pekali korelasi

Jadual 3.4 menunjukkan tahap korelasi mengikut skala tafsiran Cohen (1988). Nilai pekali melebihi atau sama

dengan 0.5 hingga 1.0 dianggap mempunyai hubungan positif atau negatif yang teguh. Nilai pekali 0.30 hingga

0.49 menunjukkan hubungan positif yang sederhana teguh. Seterusnya, hubungan positif atau negatif yang

lemah pula melibatkan nilai pekali 0.10-0.29. Maka hipotesis yang diuji menggunakan statistik korelasi Pearson r

adalah Ho 1

Rajah 10.20: Contoh Tafsiran Nilai Pekali Korelasi.

Menganalisis Data Kualitatif

Bagi kajian yang melibatkan pengumpulan data lapangan secara kualitatif, penyelidik

hendaklah menjelaskan secara terperinci dan meyakinkan penilai bagaimana prosedur data

yang diperoleh akan dianalisis. Dalam penulisan proposal penyelidik perlu memperjelas

bagaimana data yang banyak akan disusun atur mengikut kepada pola, kategori, atau tema

tertentu. Data kualitatif boleh dianalisis secara manual atau menggunakan perisisian khas

seperti Nvivo atau Atlas.ti. Secara umumnya penyelidik dicadangkan menjalankan langkah-

langkah berikut untuk menganalisis data lapangan:

Nilai pekali (r) Tafsiran

.10 hingga .29 atau-.10 hingga -.29 .30

hingga .49 atau -.30 hingga .49

.50 hingga 1.0 atau -.50 hingga -1.0

Hubungan positif atau negatif lemah Hubungan

positif atau negatif sederhana teguh

Hubungan positif atau negatif teguh

Sumber: Cohen (1988)

Page 201: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 193

a) Menyusun data - mengtranskrip temu bual atau membuat catatan pemerhatian. Baca

transkrip atau catatan pemerhatian untuk mendapatkan gambaran keseluruhan atau

idea-idea yang timbul

b) Menanda transkrip atau catatan pemerhatian untuk mendapatkan petikan terbaik,

padat, dan berkaitan dengan persoalan kajian. Tandakan kod pada petikan transkrip

atau catatan.

c) Senaraikan kod mengikut tema atau kategori yang telah dikenal pasti dengan petikan

transkrip atau catatan pemerhatian. Kelompokan mengikut topik yang sama dan

bentukkan mengikut lajur.

d) Persembahkan data kualitatif menggunakan jadual atau rajah dengan

menyenaraikan kod atau tema dengan petikan transkrip atau catatan pemerhatian.

e) Tentukan kesahan dan kebolehpercayaan data kualitatif melalui salah satu daripada

strategi berikut; member checking, peer checking, trangulasiatau persetujuan penilai

Cohen Kappa. Jika perlu buat pengekodan/ tema semula.

Berdasarkan langkah-langkah umum menganalisis data kualitatif yang dicadangkan, penyelidik

boleh menggunakan idea umum tersebut untuk disesuaikan dengan penyelidikan yang

dirancang.

Penutup

Dalam topik kecil ini, penyelidik perlu meringkaskan semula cadangan kajian yang akan

dilaksanakan termasuk tujuan kajian, persoalan kajian dan bagaimana metodologi kajian ini

dilaksanakan termasuk. Ini termasuk pensampelan, instrumen yang digunakan dan bagaimana

data-data ini dianalisis.

RUJUKAN DAN BIBLIOGRAFI

Senarai rujukan ialah satu senarai yang mencatatkan semua bahan rujukan yang telah

digunakan atau dirujuk oleh penyelidik dalam menyediakan proposal kajian. Kesemua sumber

rujukan yang digunakan untuk menulis proposal penyelidikan

Page 202: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

194 Unit 10 Menghasiikan Proposal Penyelidikan

termasuk buku, artikel jurnal, majalah, surat khabar, sumber Internet dan Iain-Iain perlulah

disenaraikan dalam senarai rujukan. Format penulisan sumber rujukan perlu mengikut format

penulisan yang dicadangkan mengikut panduan American Psycological Assosiation (APA).

Walau bagaimanapun penyelidik boleh menggunakan format penulisan yang mungkin telah

ditetapkan oleh fakulti masing- masing.

KRITERIA PROPOSAL PENYELIDIKAN YANG BAIK

Adalah penting untuk meyakinkan pembaca atau penilai tentang potensi penyelidikan yang

ingin dijalankan. Cara penyelidik berkomunikasi dalam proposal boleh memberi impak kepada

cadangan penyelidikan yang dikemukakan. Antara kriteria-kriteria proposal penyelidikan yang

baik adalah;

i. Maklumat yang ada dalam proposal penyelidikan jelas dan meyakinkan penilai.

ii. Dapat meyakinkan kepada penilai atau pembaca bahawa kepentingan isu yang ingin

diselidik.

iii. Dapat menjelaskan fokus penyelidikan dengan tepat.

iv. Menggunakan bahasa yang mudah difahami dan penggunaan istilah yang diperjelaskan

serta tepat.

v. Dapat mengemukakan idea atau cadangan yang logik dengan menjustifikasikan setiap

keputusan yang dipilih dalam penulisan proposal penyelidikan khususnya untuk

meyakinkan penilai bahawa keputusan yang dipilih itu adalah yang terbaik.

Kelemahan Lazim Dalam Penulisan Proposal Penyelidikan

Kadangkala terdapat beberapa kelemahan yang biasa ditemui dalam proposal penyelidikan

yang dihasilkan oleh pelajar. Antaranya menurut Noraini (2010):

i. Kegagalan mengemukakan permasalahan penyelidikan dalam konteks yang sesuai.

ii. Kegagalan untuk menetapkan fokus penyelidikan yang dijalankan.

Page 203: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 195

iii. Kegagalan untuk mempersembahkan dengan tepat dan jelas sumbangan teori dan

empirikal penyelidik-penyelidik lain terhadap konteks penyelidikan yang dicadangkan.

iv. Kegagalan untuk mengekalkan fokus penulisan kepada persoalan-persoalan

penyelidikan yang telah dikemukakan.

v. Kegagalan untuk membina idea dan perbincangan yang koheren dan meyakinkan

pembaca atau penilai.

vi. Terlalu banyak perbincangan difokuskan kepada isu-isu sampingan yang kurang relevan

tanpa memberi tumpuan kepada isu-isu penting berkaitan dengan permasalahan

penyelidikan.

vii. Kurang berfokus, tanpa tujuan dan arah yang konkrit tentang perkara yang mahu

diselidik.

viii. Terlalu banyak rujukan yang hilang dan rujukan yang tidak tepat.

ix. Proposal terlalu panjang atau terlalu ringkas.

x. Kegagalan untuk mengikut format penulisan akademik yang betul seperti yang

disarankan oleh American Psychological Assosiation (APA).

xi. Penulisan yang umum dan kabur serta sukar difahami.

RUMUSAN

1. Menyediakan proposal penyelidikan adalah suatu proses membina cadangan

perbincangan atau justifikasi yang menyokong kajian yang dicadangkan.

2. Proposal penyelidikan bertujuan untuk meyakinkan pembaca atau penilai bahawa

penyelidikan yang dicadangkan mempunyai reka bentuk yang mantap, relevan dengan

isu semasa dalam pendidikan dan penyelidik mempunyai kebolehan untuk menjalankan

kajian.

3. Kandungan yang perlu ada dalam proposal penyelidikan:

a. Pengenalan

i. Latar belakang

ii. Permasalahan kajian

iii. Objektif kajian

iv. Persoalan kajian (dan penyataan hipotesis sekiranya diperlukan dalam

metodologi tertentu)

Page 204: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

196 Unit 10 Menghasiikan Proposal Penyelidikan

v. Kerangka konseptual kajian

vi. Kepentingan dan tujuan kajian

vii. Batasan kajian

viii. Definisi operasional

b. Tinjauan literatur

i. Teori berkaitan

ii. Kajian-kajian lepas yang berkaitan

c. Metodologi Kajian

i. Reka bentuk kajian

ii. Populasi dan pensampelan

iii. Pengumpulan data

iv. Analisis data

4. Proposal penyelidikan yang berkualiti adalah penting kerana sesuatu penyelidikan yang

baik bermula daripada cadangan penyelidikan yang baik.

PENILAIAN KENDIRI

1. Jelaskan maksud proposal penyelidikan.

2. Jelaskan komponen yang perlu ada dalam proposal penyelidikan

3. Apakah ciri-ciri proposal penyelidikan yang baik

4. Hasilkan satu proposal penyelidikan yang lengkap bermula dengan pernyataan masalah,

objektif kajian, persoalan kajian, kerangka konseptual kajian, limitasi kajian literatur

kajian dan metodologi kajian

RUJUKAN

Ahmad Mahdzan Ayob. (2002). Kaedah Penyelidikan Sosio Ekonomi (2nd ed). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Cohen, J. 11088. Statistical Power Analysis for the Behavioral Sciences (2nd ed). New York: Academic Press.

Page 205: Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 207

Creswell, J.W. (2008). Educational Research: Planning, Conducting, and Evaluating Quantative and

Qualitative Research (3rd ed). Boston: Pearson.

Creswell, J.W. (2008). Educational Research: Planning, Conducting, and Evaluating Quantative and

Qualitative Research (3rd ed). Boston: Pearson.

Jackson S.L. (2006). Research Methods and Statistics: A Critical Thinking Approach (2nd ed).Belmont, CA: Thomson Wadsworth.

Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan. Malaysia: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Noraini Mohamed Noh.(2012). Kesediaan penerimaan inovasi teknologi dalam kalangan Guru Perpustakaan Media. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia

Wiersma.W. & Jurs, S. (2005). Research Methods in Education: An Introduction (8th ed). Boston: Allyn and Bacon.