modul praktikum pendidikan seni visual kbsr.pdf

18
PENDAHULUAN Pendidikan Seni Visual adalah salah satu bidang ilmu yang penting dalam agenda pendidikan di negara ini. Ianya merangkumi aspek teori dan amali dalam proses pembentukan insan yang bersepadu selain daya peningkatan kemahiran dan pengetahuan mengenai budaya, pemikiran kreatif, nilai estetika dan produktiviti. Bermula di zaman British lagi bidang ini telah lama diperkenalkan di negara kita. Ianya diajar di sekolah- sekolah Inggeris. Dizaman tersebut ianya dikenali sebagai mata pelajaran Lukisan dan Kerja Tangan (Art and Handicraft) Pendidikan Seni Visual banyak menyumbang ke arah perkembangan mutu peribadi pelajar melalui pendekatan daya persepsi, estetik dan kreativiti yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan seni sebagai media komunikasi, seni dalam kehidupan dan persekitaran disamping warisan kraf yang merupakan simbol peradaban bangsa yang perlu diwarisi dan dihargai. Umumnya mata pelajaran ini mampu untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian dan kesempurnaan dalam kehidupan seharian. Ianya juga diharapkan dapat mengenali dan menghargai sumbangan seni terhadap warisan budaya dan identiti bangsa. MATLAMAT PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH Melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif, dan produktif menerusi pemupukan Asas Seni Visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam sekitar, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat, dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. OBJEKTIF PENDIDIKAN SENI VISUAL i Memperkembangkan kefahaman dan kemahiran mengenai asas-asas senireka ii Memperkembangkan daya konsepsi visual dan kreatif melalui proses penerokaan dan inkuiri dengan menggunakan pelbagai teknik seni dan olahan bahan serta alat iii Memperkembangkan daya pengamatan melalui pemerhatian dan penyelidikan unsur-unsur seni dan organisasinya di dalam alam serta benda-benda buatan manusia iv Membuat interpretasi unsur-unsur seni dan mengolahnya dalam penghasilan karya seni v Memupuk sikap yakin dan disiplin di dalam proses penggubahan dan penghasilan seni vi Menghargai keadaan keindahan yang terdapat di alam sekitar dan berusaha ke arah pemeliharaan vii Menghargai ciri-ciri keistimewaan seni di dalam evolusi budaya kebangsaan viii Menghargai sumbangan seni terhadap tokoh-tokoh seni dan kraf daripada pelbagai bidang seni dalam negara ix Menghargai sumbangan seni terhadap pennigkatan pelbagai bidang kehidupan dan rekressi x Menyedari sumbangaa sains don teknologi dalwn perkembangan bidang seni dan kxaf xi Menyedari sumbangan seni tehadap perkembangan budaya di dalam tamadun dunia xii Menyedari tentang peluang kerjaya di dalam bidang seni

Upload: shantene-naidu

Post on 03-Dec-2015

69 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: MODUL PRAKTIKUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR.pdf

PENDAHULUAN

Pendidikan Seni Visual adalah salah satu bidang ilmu yang penting dalam agenda pendidikan di negara ini. Ianya merangkumi aspek teori dan amali dalam proses pembentukan insan yang bersepadu selain daya peningkatan kemahiran dan pengetahuan mengenai budaya, pemikiran kreatif, nilai estetika dan produktiviti.

Bermula di zaman British lagi bidang ini telah lama diperkenalkan di negara kita. Ianya diajar di sekolah-sekolah Inggeris. Dizaman tersebut ianya dikenali sebagai mata pelajaran Lukisan dan Kerja Tangan (Art and Handicraft)

Pendidikan Seni Visual banyak menyumbang ke arah perkembangan mutu peribadi pelajar melalui pendekatan daya persepsi, estetik dan kreativiti yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan seni sebagai media komunikasi, seni dalam kehidupan dan persekitaran disamping warisan kraf yang merupakan simbol peradaban bangsa yang perlu diwarisi dan dihargai.

Umumnya mata pelajaran ini mampu untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian dan kesempurnaan dalam kehidupan seharian. Ianya juga diharapkan dapat mengenali dan menghargai sumbangan seni terhadap warisan budaya dan identiti bangsa.

MATLAMAT PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH

Melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif, dan produktif menerusi pemupukan Asas Seni Visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam sekitar, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat, dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

OBJEKTIF PENDIDIKAN SENI VISUAL

i Memperkembangkan kefahaman dan kemahiran mengenai asas-asas senireka

ii Memperkembangkan daya konsepsi visual dan kreatif melalui proses penerokaan dan inkuiri dengan menggunakan pelbagai teknik seni dan olahan bahan serta alat

iii Memperkembangkan daya pengamatan melalui pemerhatian dan penyelidikan unsur-unsur seni dan organisasinya di dalam alam serta benda-benda buatan manusia

iv Membuat interpretasi unsur-unsur seni dan mengolahnya dalam penghasilan karya seni

v Memupuk sikap yakin dan disiplin di dalam proses penggubahan dan penghasilan seni

vi Menghargai keadaan keindahan yang terdapat di alam sekitar dan berusaha ke arah pemeliharaan

vii Menghargai ciri-ciri keistimewaan seni di dalam evolusi budaya kebangsaan viii Menghargai sumbangan seni terhadap tokoh-tokoh seni dan kraf daripada pelbagai bidang seni dalam negara

ix Menghargai sumbangan seni terhadap pennigkatan pelbagai bidang kehidupan dan rekressi

x Menyedari sumbangaa sains don teknologi dalwn perkembangan bidang seni dan kxaf

xi Menyedari sumbangan seni tehadap perkembangan budaya di dalam tamadun dunia

xii Menyedari tentang peluang kerjaya di dalam bidang seni

Page 2: MODUL PRAKTIKUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR.pdf

KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN

Asas Senireka

i Fungsi dan sifat unsur-unsur seni ii Prinsip rekaan iii Struktur rekaan iv Penajaman persepsi v Aplikasi unsur-unsur seni

Organisasi rekaan

i Seni dan komunikasi - kegiatan menggambar - membentuk dan membuat binaan - mencorak dan merekabentuk

ii Barang-barang Kraf - tekstil - tenunan - anyaman - tembikar - ukiran kayu - kraf buku

iii Seni didalam persekitaraan - seni hiasan dalaman - Landskap dan persekitaraan

Pemahaman dan Penghargaan i Seni di dalam bidang kehidupan - komunikasi - Barang-barangan - Alam persekitaraan

ii Perkembangan seni di dalam budaya kebangsaan - Peralatan - Kraf - Kenderaan dan bangunan - Karya-karya seni

iii Seni di dalam budaya lain - Rekscorak - Teknik dan gaya - Nilai budaya

PANDUAN NILAI PENDIDIKAN SENI VISUAL

i. Menghargai keindahan dan keharmonian alam dan masyarakat serta berusaha memeliharanya

ii. Menyedari kemampuan diri di sisi keagungan ciptaan Tuhan dan bersikap sederhana

iii Peka terhadap keadaan keharmonian keindahan dan keselesaan dalam segala perbuatan

iv Sentiasa memberi perhatian kepada kehalusan kerja seperti menggunakan alat dan bahan dengan betul, merancang kerja dengan teratur, kesungguhan terhadap proses penghasilan dan memben perhatian kepada kemasan

v Menghargai hasil-hasil seni sebagai warisan budaya

vi Menghargai tokoh-tokoh seni dan sumbangan terhadap perkembangan budaya

Page 3: MODUL PRAKTIKUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR.pdf

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

i kaedah tunjukcara ii kaedah penyelesaian masalah iii kaedah inkuiri iv kaedah pengajaran rakan sebaya v kaedah kumpulan

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

i Pemusatan terhadap bahan ii Pemusatan terhadap tema iii Pemusatan terhadap teknik iv Pemusatan terhadap murid

PENGGUNAAN BAHASA SENI VISUAL

i Bahasa baku ii Bahasa seni visual

ASPEK-ASPEK PENTING DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

i Penggabungjalinan - Penggabungjalinan kemahiran dalam subjek itu contoh : melakar + menampal + mewarna

- Penggabungialinan kemahiran dalam subjek lain contoh : bercerita + mengukur + melukis

ii Penerapan

iii Penerapan nilai

iv Penerapan Nilai Alam Sekitar

PENGAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

i Pendidikan seni menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu

ii Dalam setiap kegiatan seni aspek pemupukan nilai dan pemahaman unsur seni dihubungkaitkan dengan kemahiran asas seni. Tegaskan cara bekerja teratur, cermat dan selamat

Aktiviti Kumpulan Dalam KBSR

i Satu tajuk berlainan aktiviti ii Satu tajuk berlainan bahan iii Satu tajuk berlainan teknik iv Pelbagai tajuk satu teknik

• Satu tajuk berlainan aktiviti contoh Bidang : Melukis dan membuat gambar Tajuk : Hari Kemerdekaan Aktiviti : i Kolaj ii Catan iii Melukis dan mewama

Nota : Pilih beberapa aktiviti di atas untuk disesuaikan dengan aktiviti kumpulan dalam pengajaran tajuk di atas

- Satu tajuk berlainan bahan contoh

Page 4: MODUL PRAKTIKUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR.pdf

Bidang : Melukis dan membuat gambar Tajuk : Hari Kemerdekaan Bahan : - pensel - pensel warna - krayon - charcoal - pastel - warna air - warna poster

Nota : Pilih beberapa bahan di atas untuk disesuaikan dengan aktiviti kumpulan dalam pengajaran tajuk di atas

- Satu tajuk berlainan teknik contoh

Bidang : Melukis dan membuat gambar Tajuk : Hari Kemerdekaan

Teknik : - titikan (pointilism) - garisan - mewama - campuran - tampalan Nota : Pilih beberapa teknik di atas untuk disesuaikan dengan aktiviti kumpulan dalam pengajaran tajuk di atas

- Pelbagai tajuk satu teknik contoh Bidang : Melukis dan menggambar Tajuk : - Hari Kemerdekaan - Hari Raya Puasa - Sukan Sekolah Teknik : - Mewama dengan warna air - Mewama dengan pensil warna - kolaj - Pointilism - Lain-lain teknik yang sesuai Nota : Pilih salah satu teknik untuk dijalankan dalam bilik darjah

BIDANG-BIDANG YANG TERKANDUNG DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

i melukis dan membuat gambar ii membuat rekaan don Corak iii membentuk dan membuat binaan iv memperkenalkan kraf tradisional

Nota : Setiap bidang ini mengandungi ketiga tiga aspek iaitu a) pemerhatian yang aktif b) interaksi yang kreatif dengan alat dan bahan c) apresiasi

Melukis dan membuat gambar - kolaj - catan - resis - gosokan - percikan - tipografi - montaj - melukis dan mewama

Membuat Rekaan dan Corak i Corak tidak sengaja - pualaman - tiupan - titisan

Page 5: MODUL PRAKTIKUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR.pdf

- ikat dan celup

ii Corak terancang - lukisan - catan - resis - mozek - kolaj - cetakan - kaligrafi - lipatan dan guntingan

Membentuk dan Membuat binaan - arca - ubin - model - mobail - topeng - boneka - diorama - asemblaj - seni lipatan kertas

Memperkenalkan Kraf Tradisional - ukiran - jahitan - tenunan - anyaman - tembikar - asas batik - alat domestik - alat hiasan diri - alat permainan

Nota : i Pengajaran dalam bidang di atas perlu dilakukan secara satu urutan yang bersepadu ii Kraf tradisional dilihat dari aspek kegunaan, cara buat, motif dan corak serta hiasan iii Apresiasi hasil kerja dalam semua bidang boleh dilakkan dalam bentuk bentuk seperti pernyataan puisi, lakonan, cerita dan sebagainya

CONTOH PENULISAN OBJEKTIF

contoh

Bidang : melukis dan membuat gambar Tajuk : senja di tepi laut

Di akhir pelajaran murid-murid dapat i menghasilkan sebuah catan bertajuk ‘Senia di tepi laut’ dengan menggunakan cat air ii menunjukkan penghayatan terhadap keindahan alam ciptaan Tuhan menerusi kegiatan melukis catan senja di tepi laut iii mengaplikasi unsur-unsur seni dalam melukis lakaran catan Senja di tepi laut

Page 6: MODUL PRAKTIKUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR.pdf

CONTOH

RANCANGAN PERSEDIAAN MENGAJAR HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

Butiran Am

Tahun : 5 merah

Bilangan murid : 40 orang

Tarikh : 7 Mac 2005

Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual

Bidang : Melulds dan membuat gambar

Tajuk : Hari Kemerdekaan

Masa : 9.45-10.45 pagi

Kemahiran : Melukis, mewama dan menyusun

Penggagungjalinan : Kemahiran melukis + mewarna + menampal atau melukis + kemahiran dalam sejarah

Pengetabuan Sedia Ada : i murid-murid pemah menyaksi atau menyertai sambutan Hari Kemerdekaan

ii murid-murid telah biasa melukis, mewarna, menampal dan menyusun

Alat Dan Bahan : • gam • pensil • cat air • krayon • gunting • pembaris • pemadam • surat khabar • kertas lukisan • pelbagai kertas warna

Nilai : i berkaitan dengan aktiviti (contoh : kebersihan, berdisiplin dan bekerjasama) ii berkait dengan tajuk (contoh : patriotik)

Nilai PAS : i menghargai bahan-bahan buangan seperi surat khabar lama ii menghargai keindahan alam sekitar

KB : Prosedur penyelesaian masalah

Objektif tingkahlaku : Pada akhir pelajaran murid-murid dapat menghasilkan lebih daripada 70% (atau nyatakan peratusannya mengikut kesesuaian)

Kumpulan 1 : menghasilkan satu lukisan bertajuk Hari kemerdekaan dengan menggunakan krayon pada kertas lukisan

Kumpulan 2 : membuat satu kolaj bertajuk Hari kemerdekaan dengan menggunakan cat air pada kertas lukisan

Kumpulan 3 : mengcipta satu kolaj bertajuk Hari kemerdekaan dengan menggunakan pelbagai kertas wama atau surat khabar

Page 7: MODUL PRAKTIKUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR.pdf

Induksi Set (3 minit)

Langkah 1 (5 minit)

Langkah 2 (10 minit)

Langkah 3 (30 minit)

Langkah 4 (7 minit)

Penutup (5 minit)

• Jenis jenis perayaan di Malaysia

• Penerangan secara umum mengenai Hari Kemerdekaan: – tema – tarikh – sambutan – tempat – peserta – logo dan lain-lain

• Tunjuk cara guru mengenai teknik dan proses menghasilkan lukisan poster

• Aktiviti membuat i. lukisan ii. poster iii. kolaj mengikut kumpulan

• Penilaian ulasan hasil kerja murid berdasarkan kriteria penilaian Pendidikan Seni Visual KBSR

1 Kemahiran 2 Kesedaran dan kepekaan 3 Unsur-unsur seni 4 Kreatif, imaginatif dan ekspresif 5. Pengetahuan sedia ada

• Rumusan isi pelajaran

Gambar

Nilai: • Cintakan Tanah Air

• Logo • Poster

Nilai: • bekerjasama

• Poster • Lukisan

Nilai: • kebersihan

• Poster • Lukisan

Nilai: • kebersihan • kerjasama

• Hasil kerja murid

1. Guru menyoal murid jenis jenis perayaan di Malaysia – sediakan contoh-contoh soalan

2. Murid-murid memberikan pelbagai reaksi melalui pengalaman mereka

1. Guru mencungkil pengalaman murid melalui perbincangan

2. Berdasarkan pengetahuan sedia ada, murid-murid menjelaskan apa yang diketahui

1. Guru menerang/menunjuk cara asas-asas penting dalam gubahan sesebuah kolaj, poster dan likisan.

2. Murid-murid mendengar dan bertanya mengenai aspek-aspek berkaitan

1. Guru membimbing murid-murid membuat aktiviti tersebut mengikut kumpulan

2. Murid-murid membuat aktiviti tersebut mengikut prosedur yang telah diterangkan

1. Guru mengambil secara rawak hasil kerja dari 3 kumpulan yang berlainan dan mempamerkan hadapan kelas (Hasil kerja tidak semestinya siap)

2. Murid-murid diberi ulasan dengan bimbingan guru

1. Guru merumuskan isi pelajaran dengan cara bersoaljawab dengan murid-murid.

LANGKAH MASA ISI PELAJARAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABM/NILAI

Page 8: MODUL PRAKTIKUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR.pdf

Pernyataan hasil pembelajaran dalam bentuk pelaksanaan pelatih:

1. Menyatakan objektif pembelajaran secara eksplisit meliputi aspek kognitif, psikomotor dan afektif di mana sesuai.

PENJELASAN DAN CONTOH

Perkataan-perkataan berikut dianggap tidak eksplisit: • mengetahui • memahami • menyedari

Contoh ungkapan eksplisit ialah: • menyebut • melakar • melukis • menyusun • menghasilkan • membuat dan sebagainya.

PETUNJUK

Satu pernyataan hasilembelajaran yang lengkap mengandungi 3 kriteria iaitu: • apa • bagaimana, dan • sejauh mana.

Hasil pembelajaran yang memenuhi dua kriteria yang pertama dianggap lengkap.

Hasil pembelajaran yang tepat, jelas dan spesifik adalah seperti berikut:

i) Murid-murid dapat menggunting kertas untuk menghasilkan kepingan kecil rupa bentuk asas geometrik.

ii) Menghasilkan dua jenis ulangan susunan corak berdasarkan motif tempatan mengunakan teknik capan.

Hasil pembelajaran yang dinyatakan mestilah bersesuaian dengan tempoh pebgajaran 30 minit atau 1 jam.

2. Objektif pembelajaran tepat, jelas dan spesifik

3. Objektif yang boleh dicapai dalam tempoh sesuatu pelajaran.

PENULISAN HASIL PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Page 9: MODUL PRAKTIKUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR.pdf

Tahun : 2 Pelangi

Bilangan Murid : 40 orang

Tarikh : 1 April 2005

Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual

Bidang : Membuat Corak dan Rekaan

Tajuk : Garisan dan corak

Aktiviti : Lukisan

Masa : 9.45 pagi - 10.45 pagi (60 minit)

Pengetahuan Sedia Ada : i. Murid-murid pernah meraikan majlis hari jadi.

ii. Murid-murid pernah melihat corak pada kertas pembalut hadiah.

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pelajaran murid dapat:

Aras 1: • menggunakan pelbagai jenis garisan untuk menghasilkan corak secara terancang. • mengenali dan melukis corak dengan menggunakan motif rupa organik dan geometri.

Aras 2: • menghasilkan garisan yang selari dengan menggunakan dua atau lebih alat tulis berlainan saiz yang diikat • melakar garisan mengikut tempo atau iringan muzik di atas kertas kitar semula • mewarna corak dengan menggunakan pensel warna atau krayon

Aras 3: • membuat hiasan dan kemasan kertas pembalut hadiah • memperlihatkan pelbagai rupa corak hiasan kertas pembalut hadiah • menghasilkan kertas pembalut hadiah dengan corak garisan ciptaan sendiri • menyatakan dan mempamerkan hasil kerja sendiri

ABM : Radio/Pemain CD

Alat dan Bahan : Bahan • Gelang getah, kertas yg telah dikitar semula

Alat • Pensel • marker • pen • pensel warna • krayon

Nilai : • kebersihan • berdisiplin, dan • bekerjasama.

Pendidikan Alam Sekitar : • menggunakan bahan-bahan kitar semula

KB : • Menjana idea secara kreatif

CONTOH RANCANGAN PERSEDIAAN MENGAJAR HARIANPENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

Page 10: MODUL PRAKTIKUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR.pdf

Induksi set (3-5 minit)

LANGKAHMASA

ISI PELAJARAN/FOKUS

AKTIVITI PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN

STRATEGI P&P/NILAI/CATATAN

• Soalan berkaitan hadiah Majlis Hari Jadi dan corak pada pembungkus

1. Guru memperdengarkan lagu ‘Selamat Hari Jadi’ dan menyoal murid tentang apa yang biasa mereka dapat apabila mengadakan

2. Murid-murid memberikan pelbagai reaksi melalui pengalaman mereka.

3. Guru mencungkil pengalaman murid melalui perbincangan.

4. Berdasarkan pengetahuan sedia ada, murid- murid menjelaskan apa yang diketahui.

1. Guru menunjukkan beberapa contoh kertas pembalut hadiah yang dihasilkan dengan lukisan bergarisan menggunakan dua atau lebih alat yang diikat.

2. Guru meminta murid membuat garisan dengan menggunakan marker yang berlainan saiz.

3. Murid diminta meneroka garisan dengan menggunakan dua alat tulis yang diikat.

1. Murid membuat lakaran garisan mengikut tempo atau iringan muzik di atas kertas kitar semula.

2. Guru membimbing murid membuat garisan mengikut tempo atau iringan muzik.

• CD Lagu ‘Selamat Hari Jadi’ • Individu

• Penerangan secara umum mengenai corak-corak yang terdapat pada kertas pembalut hadiah.

• Definisi dan jenis-jenis garisan. -garisan halus, tebal, putus-putus, dll.

.

• Melukis garisan dengan menggunakan dua alat tulis yang diikat.

• Penghasilan garisan mengikut tempo atau iringan muzik.

• Tunjuk cara/ Demonstrasi

• Seluruh kelas

KBKK • Membuat hipotesis (kreatif)

Teori Kecerdasan Pelbagai • Kecerdasan Visual Ruang.

Nilai PAS • mengitar semula kertas

• Kumpulan

KBKK • Menjanakan idea (Kreatif)

Teori Kecerdasan Pelbagai • Kecerdasan Visual Ruang.

1. Guru meminta murid menghiasi garisan dengan melukis corak.

2. Murid menghiasi garisan dengan corak bebas mengikut idea sendiri.

Aktiviti membuat corak bebas mengikut idea sendiri

Langkah 1 (10 minit)

Langkah 2 (10 minit)

Langkah 3 (10 minit)

Page 11: MODUL PRAKTIKUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR.pdf

LANGKAHMASA

ISI PELAJARAN/FOKUS

AKTIVITI PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN

STRATEGI P&P/NILAI/CATATAN

Langkah 4 (15 minit)

Aktiviti mewarna dengan memenuhi ruang.

1. Murid mewarna (media kering) lakaran yang dibuat dengan memenuhi seluruh ruang.

2. Guru membimbing murid menjalankan aktiviti.

Teori Kecerdasan Pelbagai • Kecerdasan Visual Ruang

Langkah 5 (15 minit)

Penutup (3 minit)

Sesi apresiasi dan refleksi 1. Guru meminta murid mempamer dan seterusnya menceritakan tentang hasil kerja mereka.

2. Murid membuat pameran hasil kerja

3. Murid lain bertindak sebagai panel pemerhati dan penilai yang boleh menceritakan tentang hasil kerja seni visual yang telah dibuat..

3. Guru membimbing murid untuk membuat Wpenilaian kerja rakan.

Sesi Apresiasi dan Refleksi kerja murid berdasarkan kriteria penilaian Pendidikan Seni Visual KBSR:

1. Kemahiran 2. Kesedaran dan kepekaan 3. Unsur-unsur seni 4. Kreatif, imaginatif dan ekspresif 5. Pengetahuan sedia ada.

Teori Kecerdasan Pelbagai • Kecerdasan Visual Ruang

Teori Kecerdasan Pelbagai • Kecerdasan Verbal Linguistik

KBKK • Menganalisis (kritis) • Mensintesis (kreatif)

1. Guru merumuskan isi pelajaran dengan cara bersoaljawab dengan murid-murid.

2. Guru memberi maklumat tentang laman web yang berkaitan dengan tajuk untuk rujukan lanjut.

Rumusan isi pelajaran • Individu

• ICT

Ulasan Guru Pembimbing/Pensyarah Pembimbing:

Refleksi Guru Pelatih:

Page 12: MODUL PRAKTIKUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR.pdf

PENDAHULUANPendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu. Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri.

Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain.

Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.

Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran befikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri.

Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik, interpersonel dan intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya, berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang. Proses ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna.

MATLAMATMatlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

OBJEKTIFSetelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah murid boleh:

1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan,

2. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan meyeronokkan,

3. menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera,

4. mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya,

5. mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual,

6. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat,

7. memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab,

8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air,

9. menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual, dan

10. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah.

Page 13: MODUL PRAKTIKUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR.pdf

ORGANISASI KURIKULUMSukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun bertujuan melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif.

Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual.

Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual.

Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan.

Organisasi kurikulum ini merangkumi empat aspek utama yang dipentingkan iaitu:

a. pemerhatian secara aktif

b. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan

c. apresiasi seni visual secara mudah

d. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

a. Pemerhatian secara aktifPemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Selain memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini.

Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.

b. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahanPeringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah.

Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni di masa akan datang.

Page 14: MODUL PRAKTIKUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR.pdf

c. Apresiasi seni visual secara mudahApresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pelbagai cara seperti lisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan dan puisi.Murid diperkenalkan tokoh-tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka.

d. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupanSelain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan.

KANDUNGANSukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu:

1. Menggambar

2. Membuat Corak dan Rekaan

3. Membentuk dan Membuat Binaan

4. Mengenal Kraf Tradisional

Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu.

1. MENGGAMBARBidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi.

Antara kegiatan dalam bidang ini ialah:

1.1 Lukisan 1.2 Catan 1.3 Kolaj 1.4 Montaj 1.5 Cetakan 1.6 Resis 1.7 Gosokan 1.8 Stensilan 1.9 Percikan 1.10 Gurisan 1.11 Capan 1.12 Mozek 1.13 Poster

Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran menjadi fokus kegiatan menggambar. Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Ini akan membolehkan murid menyelaras apa yang dilihat dan dialami dengan apa yang dilakukan

Page 15: MODUL PRAKTIKUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR.pdf

melalui gubahan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

2. MEMBUAT CORAK DAN REKAANBidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada manamana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti:

2.1 Corak tidak terancang secara:

2.1.1 Pualaman 2.1.2 Tiupan 2.1.3 Titisan 2.1.4 Ikatan dan celupan 2.1.5 Renjisan dan percikan

2.2 Corak terancang secara:

2.2.1 Lukisan 2.2.2 Catan 2.2.3 Cetakan 2.2.4 Capan 2.2.5 Lipatan dan guntingan 2.2.6 Resis 2.2.7 Kolaj 2.2.8 Kaligrafi

Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan.

3. MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANBidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni.

Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti:

3.1 Arca timbul 3.2 Asemblaj 3.3 Mobail 3.4 Stabail 3.5 Model 3.6 Diorama 3.7 Boneka 3.8 Topeng 3.9 Origami

Page 16: MODUL PRAKTIKUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR.pdf

Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

4. MENGENAL KRAF TRADISIONAL

Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti: 4.1 Alat domestik 4.2 Alat permainan 4.3 Alat pertahanan diri 4.4 Perhiasan diri (ornamen) 4.5 Batik 4.6 Tekat 4.7 Ukiran 4.8 Tenunan 4.9 Anyaman 4.10 TembikarBidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

Page 17: MODUL PRAKTIKUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR.pdf

SUKATAN PELAJARAN

Bidang hendaklah menyatakan salah satu daripada empat bidang dalam Pendidikan Seni Visual KBSR.

Hasil Pembelajaran hendaklah memuatkan skop pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Di samping itu, pencapaian yang boleh dikuasai oleh murid mengikut kebolehan mereka diperinci mengikut aras.

Aktiviti Pembelajaran hendaklah memaparkan beberapa aktiviti yang sesuai yang boleh dijalankan di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual mengikut bidang tertentu. Guru pelatih boleh memilih tajuk yang sesuai dengan kebolehan murid masing-masing.

Penjelasan tentang aras adalah seperti berikut:

Aras 1 Pemahaman yang jelas tentang konsep dan fungsi. Aras ini harus dicapai oleh semua murid.

Aras 2 Penggunaan alat, bahan dan teknik yang sesuai untuk penghasilan bahan

Aras 3 Aktiviti di aras ini menitikberatkan peningkatan penghasilan bahan yang berkualiti serta bersifat kreatif.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

• strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersepadu dengan mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain.

• Penggunaan strategi yang sesuai dengan isi kandungan pengajaran adalah digalakkan bagi memupuk minat murid.

• Pengenalan strategi pengajaran dan pembelajaran seperti:

– Teori Kecerdasan Pelbagai – Kajian Masa Depan – Pembelajaran Kontekstual – Konstruktivisme – Pembelajaran Akses Kendiri – Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) – Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif – Belajar Cara Belajar, dan – Pembelajaran Masteri adalah selaras dengan visi dan misi Pendidikan yang berhasrat untuk menyempurnakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

• Pemilihan dan penentuan aktiviti seni visual hendaklah yang terdekat dengan murid dari segi pengalaman, imaginasi, alat dan bahan.

• Sesuatu projek yang diperkenalkan perlu selaras dengan kesediaan, kemampuan, kebolehan, penumpuan, pengalaman dan pemerhatian murid.

• Kegiatan yang menarik minat seperti kegiatan yang mencetus idea melalui aktiviti penerokaan amatlah digalakkan sama ada secara manual atau berbantukan komputer.

• Pembelajaran boleh dirangsang dengan kegiatan yang menyeronokkan seperti lisan, simulasi, lakonan, muzik, nyanyian, karangan, puisi, lawatan dan kegiatan ini juga boleh dilakukan secara bersepadu.

• Proses penghasilan karya dan peningkatan pembelajaran yang berterusan perlu diberi penekanan dan penilaian.

• Hasil kerja murid hendaklah dipamerkan sebagai penghargaan.

• Murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan hasil kerjanya sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri. Rekod ini juga akan membolehkan guru membantu dan menilai perkembangan pembelajaran murid.

Page 18: MODUL PRAKTIKUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR.pdf

PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

• Penilaian dalam Pendidikan Seni Visual bukan hanya melibatkan pengujian dan pengukuran tetapi penilaian secara keseluruhan. Penilaian secara keseluruhan membolehkan murid mengabungkan kefahaman mereka kepada aspek kognitif, psikomotor dan afektif. Secara tidak langsung, ia menitikberatkan fokus kepada perbuatan murid yang mencungkil kemahiran berfikir serta melahirkan murid yang mampu membuat keputusan.

• Keberkesanan program mata pelajaran ini dapat diukur melalui Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah yang dilaksanakan di peringkat sekolah.

• Penilaian Pendidikan Seni Visual KBSR mempunyai empat unsur iaitu:

– penilaian berasaskan sekolah – penilaian yang fleksibel – penilaian yang mempunyai akauntabiliti, dan – penilaian yang adil.

Penilaian berasaskan sekolah – perlu dirancang dan dikendalikan secara berterusan dari segi pembinaan alat penilaian dan pentadbirannya.

Penilaian yang fleksibel – menitikberatkan penilaian yang mengambil kira keperluan sekolah serta ciri murid itu sendiri dari segi gaya pembelajaran dan kecerdasan murid. Penilaian boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan.

Penilaian yang mempunyai akauntabiliti – guru bertanggungjawab sepenuhnya untuk melaksanakan penilaian yang mempunyai akauntabiliti seperti perancangan, penentuan instrumen serta pelaksanaannya. Selain daripada itu, guru juga harus merekod pencapaian murid, menganalisa markah tersebut serta membuat laporan untuk membuat tindakan susulan yang berkaitan.

Penilaian yang adil – penilaian dalam Pendidikan Seni Visual bersifat adil kerana cara, bentuk dan kandungannya harus mengikut keadaan dan ciri murid. Murid dinilai dari segi apa yang mereka tahu, cara mereka berfikir dan kemampuan psikomotor mereka.

• Terdapat tiga kaedah penilaian dalam Pendidikan Seni Visual secara khususnya, iaitu:

– pemerhatian – lisan dan interaksi, dan – penulisan.

– Kaedah pemerhatian melibatkan pemerhatian proses dan pemerhatian hasil kerja. Pemerhatian yang dilakukan oleh guru semasa murid membuat kerja adalah dikenali sebagai pemerhatian proses berguna kerana guru dapat menilai penguasan kemahiran amali dan perkembangan bakat murid. Selain daripada itu, guru juga dapat menilai penguasan kemahiran sosial, amalan murid serta memerhati penglahiran emosi dan perasaan. Tahap kreativiti murid juga dapat di kesan melalui pemerhatian. Pencapaian kebolehan dan kemahiran murid yang diperlihatkan pada hasil kerja dilakukan dengan melihat kriteria-kriter ia tertentu pada hasil kerja bagi tujuan penilaian. Antara kriteria yang dipilih untuk penilaian ialah gubahan, interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti dan kemasan. Ini dikenali sebagai pemerhatian hasil kerja.

– Kaedah lisan dan interaksi menolong guru menilai penguasan mur id terhadap aspek seni melalui aktiviti yang dijalankan seperti soal jawab, kuiz, perbincangan, sumbangsaran, puisi, temubual, bercerita, lakonan dan nyanyian.

– Kaedah penilaian secara penulisan pula berbentuk ujian pensil dan kertas. Penilaian ini boleh ditadbirkan secara formal dan tidak formal dengan instrumen yang berbentuk objektif dan subjektif. Tugasan dan portfolio yang diberikan selepas pengajaran satu atau sebilangan tajuk/tema Pendidikan Seni Visual adalah satu kaedah penilaian secara penulisan.