kementerian pendidikan malaysia - ipbl.edu.my modul pdpm...unit 6 : etika dalam profesion keguruan...

64
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MODUL ASAS PENDIDIKAN EDUPD2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 1-3, BLOK 2250 JALAN USAHAWAN 1 63000 CYBERJAYA Berkuat Kuasa Mulai November 2018 PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM) KURSUS DALAM CUTI (KDC)

Upload: dinhquynh

Post on 10-Mar-2019

292 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MODUL ASAS PENDIDIKAN

EDUPD2013

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 1-3, BLOK 2250 JALAN USAHAWAN 1 63000 CYBERJAYA Berkuat Kuasa Mulai November 2018

PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM)

KURSUS DALAM CUTI (KDC)

Page 2: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

i

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Hak Cipta

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Cetakan November 2018 Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG

BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN

PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA

PERGURUAN MALAYSIA.

MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Page 3: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

ii

Falsafah Pendidikan Kebangsaan/ Falsafah Pendidikan Guru/ Notis Hak Pengarang

i

Kandungan ii Panduan Pelajar iii Pengenalan v Agihan Tajuk dan Unit vi

UNIT 2 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM, TIMUR DAN 1 BARAT UNIT 3 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN 5 FALSAFAH PENDIDIKAN GURU UNIT 4 : PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI 13 MALAYSIA UNIT 5 : PEMBENTUKAN DAN PELAKSANAAN 18 KURIKULUM UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel 52 Simbol 53

KANDUNGAN

Page 4: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

iii

PENGENALAN Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan pembelajaran agar

lebih berkesan. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan

matlamat dan gaya pembelajaran terkini.

SASARAN KURSUS

Pelajar Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) yang mendaftar dengan Institut

Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran yang

akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri berkesan jika pelajar dapat menentukan sasaran

yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar mempunyai autonomi dan bertanggung jawab

ke atas pembelajaran sendiri.

JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP) Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam pembelajaran

bagi setiap satu jam kredit. Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) dilaksanakan secara

Sepenuh Masa dalam bentuk Kursus Dalam Cuti (KDC), di mana interaksi bersemuka

dilaksanakan pada cuti persekolahan dan hujung minggu. Jumlah pembelajaran secara

bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka secara kuliah /tutorial/amali dan 20%

interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 40% lagi adalah pembelajaran pelajar

melalui modul pembelajaran.

PANDUAN PELAJAR

Page 5: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

iv

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

Pembelajaran dalam talian ini menggunakan saluran media terkini yang sesuai. Pensyarah dan

pelajar akan ditentukan masa yang sesuai untuk berinteraksi secara langsung dalam talian.

Tajuk dan jumlah jam yang akan dipelajari diambil dari Maklumat Kursus (MK) mengikut kursus

dan semester yang ditawarkan.

SUSUNAN UNIT MODUL

Modul ini ditulis dalam susunan Unit. Setiap unit mempunyai lima eleman asas yang konsisten:

1. Sinopsis

2. Hasil Pembelajaran Unit

3. Kandungan Unit

4. Penulisan berkaitan kandungan unit

5. Tugasan

6. Panduan pelaksanaan dalam talian bagi tajuk yang berkaitan

Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui email atau alat media

yang sesuai jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

IKON

Pelajar akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian pelajar agar pada

sekali imbas pelajar akan tahu apa yang harus dibuat.

PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN

Pelajar juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan

masa peperiksaan akan diberitahu apabila pelajar mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan

dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Page 6: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

v

Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam Maklumat Kursus (MK) yang pelajar

pelajari secara interaksi bersemuka, modul dan dalam talian.

PENGENALAN Kursus ini merangkumi konsep asas falsafah dan cabang falsafah, Falsafah Pendidikan Islam,

timur dan barat, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru,

perkembangan sistem pendidikan di Malaysia, pembentukan dan pelaksanaan kurikulum, etika

dalam profesion keguruan dan cabaran profesion keguruan.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menghuraikan konsep asas dan cabang falsafah, Falsafah Pendidikan Kebangsaan,

Falsafah Pendidikan Guru dan cabaran profesion keguruan.

2. Menganalisis falsafah pendidikan Islam, timur dan barat, perkembangan sistem

pendidikan di Malaysia, pembentukan kurikulum semasa dan isu-isu etika dalam

profesion keguruan.

3. Membincangkan dalam kumpulan isu-isu etika profesion keguruan.

Page 7: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

vi

AGIHAN TAJUK Panduan Kepada Pengguna

Modul pembelajaran ini dibina berdasarkan Maklumat Kursus (MK). Jumlah pembelajaran

secara bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka secara kuliah /tutorial/amali

dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 40% lagi adalah pembelajaran

pelajar melalui modul pembelajaran.

TAJUK/ TOPIK

JUMLAH JAM

KESELU

RUHAN

40 JAM

INTERAKSI BERSEMUKA

60%

24 JAM

MODUL

40%

16 JAM

KULIAH/

TUTORIAL

40%

16 JAM

DALAM

TALIAN

20%

8 JAM

1. Konsep Asas Falsafah dan Cabang Falsafah

Konsep asas falsafah (K)

Konsep falsafah pendidikan (K)

Cabang-cabang Falsafah (K) - Ontologi - Epistemologi - Aksiologi - Logik

3 3

Page 8: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

vii

2. Falsafah Pendidikan Islam, Timur dan Barat

Falsafah Pendidikan Islam (K)

Falsafah Pendidikan Timur (K)

Falsafah Pendidikan Barat Tradisional (K) - Perenialisme - Esensialisme

Falsafah Pendidikan Barat Moden (K) - Progresivisme - Rekonstruktivisme - Eksistensialisme

Implikasi falsafah pendidikan terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia (M)

5 4 1

3. Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru

● Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) (K)

● Falsafah Pendidikan Guru (FPG) (M)

● Amalan profesionalisme guru dalam pembentukan modal insan berlandaskan FPK dan FPG (M)

6

2

4

Page 9: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

viii

4. Perkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia

Sebelum merdeka (K) - Sebelum kedatangan

British - Semasa penjajahan

British

Selepas merdeka (K) - Laporan Razak 1956 - Laporan Rahman - Talib 1960 - Ordinan Pelajaran

1967 - Laporan

Jawatankuasa Kabinet 1979

- Akta Pendidikan 1996

Masa kini (M) - Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia (PPPM)

Implikasi perkembangan sistem terhadap pendidikan di Malaysia (DT)

8 3

2

3

5. Pembentukan dan Pelaksanaan Kurikulum

Konsep dan jenis kurikulum (K/M)

Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan kurikulum (K/M)

Model pembinaan kurikulum (K/M) - Model Objektif - Model Proses

Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum sekolah di Malaysia (DT)

8

1

2

5

Page 10: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

ix

6. Etika dalam Profesion Keguruan

Konsep etika (K/M)

Kod Etika Keguruan Malaysia (K/M)

Tonggak 12 (K/M)

Akauntabiliti guru (K/M)

Standard Guru Malaysia (SGM) (K/M)

Isu-isu etika dalam profesion keguruan (DT)

5 1 2 2

7. Cabaran Profesion Keguruan

Membina Negara Bangsa (K/M)

Memartabatkan profesion keguruan (K/M)

Stres dan Burnout dalam kalangan guru (M)

5 2 2 1

JUMLAH

40 JAM 16 JAM 8 JAM 16 JAM

Nota: K - Kuliah, T - Tutorial, A - Amali, M - Modul, DT - Dalam Talian

Page 11: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

1

SINOPSIS

Dalam tajuk ini, membincangkan tentang Falsafah Islam, Timur dan Barat serta pandangan ahli-

ahli falsafah tersebut. Di samping itu, implikasi falsafah pendidikan terhadap perkembangan

pendidikan di malaysia akan turut dikupas.

HASIL PEMBELAJARAN

KERANGKA TAJUK

1.1 Falsafah Pendidikan Islam

1.2 Falsafah Pendidikan Timur

1.3 Falsafah Pendidikan Barat

1.4 Implikasi falsafah pendidikan terhadap perkembangan pendidikan di malaysia

1.5 Tugasan

UNIT 2

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM, TIMUR DAN BARAT

Di akhir topik ini, pelajar dapat :

i. Menjelaskan Falsafah Islam, Timur dan Barat

ii. Menghuraikan pandangan ahli falsafah Islam, Timur dan Barat.

iii. Menjelaskan implikasi falsafah pendidikan terhadap perkembangan

pendidikan di Malaysia

i. Menghuraikan konsep, definisi, falsafah dan matlamat Pendidikan Islam.

ii. Menghuraikan matlamat Pendidikan Islam dari perspektif Sarjana Islam.

iii. Menjelaskan falsafah dan hasrat penggubalan Kurikulum Pendidikan

Islam.

Page 12: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

2

IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA Pendidikan di Malaysia berkembang dengan pesat sekali. Panduan utama pendidikan di

Malaysia ialah berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK digubal

untuk memberi panduan atau arah tuju untuk menentukan haluan, asas dan inspirasi kepada

semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Sebagai negara yang sedang

membangun, aspek utama yang ditekankan oleh kerajaan ialah pembangunan modal insan.

Pembangunan modal insan yang seimbang akan menjamin pembangunan sesebuah negara.

Dalam hal ini pendidikan memainkan peranan yang amat penting bagi merealisasikan hasrat

negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Penekanan yang diberikan untuk

menjana pembangunan modal insan yang seimbang ialah dari segi jasmani, emosi, rohani dan

intelek sepertimana yang terkandung dalam FPK.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini akan menjadi suluh yang memberi pedoman dan hala tuju

kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam institusi pendidikan atau di luar institusi

pendidikan. Sehubungan ini, FPK adalah digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar

pendidikan yang mengambil kira seluruh aspek yang berkaitan dengan keperluan-keperluan

individu, masyarakat dan negara.

Berlandaskan kepada FPK yang telah dihuraikan diatas, maka matlamat pendidikan negara

ialah bertujuan melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara

Malaysia yang berguna. Dengan perkataan lain, matlamat pendidikan negara bertujuan

melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut:

Percaya dan patuh kepada Tuhan.

Berilmu pengetahuan.

Berakhlak mulia.

Bertanggungjawab kepada diri sendiri, masyarakat, agama dan negara.

Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.

Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan sebuah dokumentasi yang murni dan luhur, dan

memerlukan penghayatan, pemahaman dan keprihatinan para pendidik untuk merealisasikan

tujuan dan cita yang tersurat dan tersirat dalam kandungannya. Falsafah Pendidikan

Kebangsaan yang menjadi pengetahuan umum pada tahun 1988, telah menjadi teras dan

tunjang kepada sistem pendidikan negara kita sejak sekian lama. Justeru itu, semua

Page 13: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

3

perancangan dan aktiviti pendidikan hendaklah merupakan hasil daripada nilai-nilai dan prinsip-

prinsip yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sememangnya kemunculan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan membawa implikasi-implikasi kepada sistem pendidikan

kebangsaan.

IMPLIKASI TEHADAP KURIKULUM

Apabila suatu falsafah itu dijalankan, maka terdapatlah implikasi yang berkemungkinan baik dan

juga buruk bagi satu-satu institusi pendidikan. Antaranya ialah dari segi kurikulum. Seperti yang

kita tahu, kurikulum di sekolah mengalami perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan

kepada prinsip kesepaduan atau bersepadu. Setiap sekolah menerima sukatan pelajaran yang

sama dan selaras. Ini kerana mengelakkan dari berlakunya ketidakselarasan di setiap sekolah

apabila pelajar akan belajar mengikut sukatan yang berlainan. Ini adalah bertentangan dengan

matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan individu yang seimbang dan

bersepadu.

Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang dibekalkan juga diserapkan di dalamnya nilai-

nilai murni dengan tujuan untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sistem

pendidikan juga digubal menjadi pendidikan yang umum untuk semua masyarakat. Semua

rakyat mampu untuk ke sekolah tidak seperti pada zaman dahulu hanya golongan berada

sahaja yang mampu untuk ke sekolah. Pelajaran untuk melatih pelajar mahir dalam teknologi

pula diserapkan bagi membawa Malaysia ke arah yang maju dan tidak ketinggalan.

IMPLIKASI TERHADAP PENDIDIK

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini menggalakkan guru memahami sistem pendidikan selain

daripada membimbing guru melaksanakan fungsi pendidikan. Ia boleh diperolehi di mana-mana

dan bila-bila diperlukan. Guru boleh menjadi agen perubahan untuk mendidik dan

mengeluarkan generasi yang bertanggungjawab membantu merealisasikan matlamat dan

aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Visi 2020. Guru mendedahkan sesuatu kepada

pelajar bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran terutamanya dalam ICT untuk

membolehkan pelajar mengikuti perubahan sistem pendidikan yang berteraskan teknologi.

Guru mempunyai sikap bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjadi guru yang baik, sentiasa

cuba berlatih dan mendapatkan apa yang telah dipelajari untuk memenuhi matlamat dan

Page 14: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

4

aspirasi falsafah ini. Pada masa yang sama guru bertindak sebagai pengawal kepada aktiviti

negatif. Guru memperkembangkan dan memperkayakan pendidikan melalui perkembangan

kurikulum bilik darjah, seperti, menjalankan aktiviti dan lembaran kerja yang diusahakan oleh

guru.

IMPLIKASI TERHADAP INSTITUSI PENDIDIKAN

Institusi pendidikan juga mengalami perubahan demi untuk merealisasikan matlamat Falsafah

Pendidikan Kebangsaan ini. Pelbagai perubahan telah dilakukan. Kemudahan-kemudahan di

sekolah diubah dan ditambah supaya pelajar mampu untuk memperkembangkan kemahiran

mereka dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ini adalah untuk melahirkan individu yang

sempurna dan seimbang. Budaya di sekolah juga diubah untuk memupuk nilai-nilai murni di

dalam diri pelajar supaya saling bekerjasama, toleransi dan mengamalkan sikap perpaduan.

Ini adalah matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan individu yang mampu

untuk menyumbangkan keharmonian kepada negara. Suasana di sekolah juga diubah untuk

melahirkan pelajar yang cintakan ilmu dan membentuk budaya membaca di kalangan mereka.

Kesimpulannya, Falsaah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan hala tuju atau garis

panduan yang menjadi tulang belakang yang jelas di dalam penggubalan sistem pendidikan

kebangsaan. Kewujudan FPK memberikan banyak implikasi kepada perkembangan sistem

pendidikan kebangsaan terutamanya di dalam aspek kurikulum, para pendidik dan institusi

pendidikan amnya.

1. Dapatkan maklumat atau bahan tentang tokoh Falsafah Islam, Timur dan Barat. Banding

beza falsfah pendidikan tokoh-tokoh tersebut menggunakan pengurusan grafik yang

sesuai.

TUGASAN

Page 15: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

5

SINOPSIS

Unit ini membincangkan tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), elemen-elemen

dalam FPK dan implikasi FPK terhadap sistem pendidikan negara. Selain daripada itu, unit ini

juga membincangkan tentang Falsafah Pendidikan Guru (FPG) serta implikasinya terhadap

peranan guru sebagai pendidik.

HASIL PEMBELAJARAN

KERANGKA TAJUK

3.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

3.2 Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

3.3 Amalan profesionalisme guru dalam pembentukan modal insan berlandaskan FPK dan

FPG

UNIT 3

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG)PENGENALAN KURIKULUM

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:

i. Menghuraikan elemen-elemen FPK dengan jelas.

ii. Menghuraikan Model Konseptual Pendidikan Guru dalam Falsafah Pendidikan

Guru (FPG).

iii. Membincangkan amalan profesionalisme guru dalam pembentukan modal insan

berlandaskan FPK dan FPG.

Page 16: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

6

3.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan dasar pendidikan yang telah

dilaksanakan di Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan dibentuk berdasarkan

ideologi dan falsafah yang termaktub dalam Laporan Pendidikan dan Akta

Pendidikan, Rukun Negara, serta ideologi dan budaya masyarakat Malaysia.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan diumumkan secara rasminya pada tahun 1988

yang berbunyi seperti yang berikut:

Penggubalannya adalah berdasarkan:

Penyata Razak 1956

Laporan Rahman Talib 1960

Akta Pelajaran 1961

Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974

Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979

Rukun Negara

Dasar Pendidikan Kebangsaan

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis

dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi

melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencari kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.

(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001)

Page 17: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

7

Jadual 1: Analisis elemen FPK.

Ciri-ciri FPK Analisis

Usaha berterusan Manusia perlu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan

seperti kemajuan dalam k-ekonomi dan ICT;

Perubahan menggalakkan pengurusan pengetahuan dengan

penekanan kepada kemahiran dan pengetahuan terkini;

Membayangkan pendidikan sepanjang hayat.

Memperkembangkan

lagi potensi individu

Individu memiliki bakat terpendam, potensi dan anugerah

daripada Tuhan yang mungkin tidak disedari;

Potensi dan kebolehan ini perlu dikembangkan dan

dimajukan sepanjang masa melalui interaksi dengan

persekitaran dan pendidikan bermutu.

Menyeluruh &

bersepadu

Potensi dan kebolehan perlu dimajukan secara bersepadu.

Seimbang dan harmonis Menghargai pengetahuan, memiliki sahsiah unggul, percaya

kewujudan Tuhan, sabar dan cekap menghadapi dugaan;

Rasional, sihat, bekerjasama, sentiasa berusaha

menyelesaikan masalah.

Intelek Pengetahuan sebenar, pemikiran kritikal dan kreatif;

Menggunakan pengetahuan untuk diri dan orang lain,

berkongsi dan menyebarluaskan pengetahuan.

Rohani Percaya kewujudan Tuhan, menganuti agama, nilai moral dan

norma masyarakat, berkelakuan baik, taat, sanggup

berkorban untuk bangsa dan negara.

Emosi Berdikari, tenang, berkelakuan baik, penyayang, espirit de

corp;

Menghargai keindahan dan seni.

Fizikal Tangkas dan sihat;

Mengembangkan bakat kemahiran teknikal/manipulatif

Kepercayaan dan

kepatuhan kepada

Tuhan

Hubungkaitkan kendiri, persekitaran dan Tuhan;

Mengakui tentang wujudnya Pencipta.

Rakyat Malaysia yang

berilmu pengetahuan

Budaya ilmu, teladan, dahagakan ilmu, membaca untuk

kendiri dan orang lain, minda terbuka:

Menyebarluaskan maklumat

Berketerampilan Cekap kerana memiliki pengetahuan dan kelulusan;

Memahami prosedur kerja.

Berakhlak mulia Berbudi bahasa dan berdisiplin;

Mampu membezakan nilai baik dan buruk dan memiliki nilai

terpuji;

Menghargai kemanusiaan, kewarganegaraan dan aspek

rohani.

Page 18: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

8

3.3 Amalan profesionalisme guru dalam pembentukan modal insan berlandaskan FPK

Sukatan pelajaran yang digubal memberi penekanan kepada aspek kesepaduan dan kesinambungan. Menitikberatkan konsep penggabungjalinan dan penyerapan.

Penekanan diberi kepada penerapan nilai-nilai murni yang harus diterapkan dalam setiap mata pelajaran yang diajar.

Program pendidikan disusun agar dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Pemupukan budaya sains dan teknologi.

Peningkatan pendedahan dan penguasaan Bahasa kedua.

Penekanan kepada melahirkan individu yang berkeyakinan diri dan bersikap berdikari.

Aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang menggalakkan penerapan nilai-nilai murni dilaksanakan dengan sepenuhnya.

Apa yang anda faham tentang FPK? Mengapakah anda perlu mengetahui tentang FPK?

Huraikan secara ringkas penyataan berikut yang berkaitan dengan FPK:

(i) Pendidikan ialah usaha berterusan.

(ii) Insan yang seimbang dan harmonis.

3.2 Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

Falsafah Pendidikan Guru (FPG) digubal dengan tujuan dapat dijadikan panduan

bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamat FPG adalah

Bertanggungjawab Cekap, jujur, boleh dipercayai, mematuhi undang-undang:

Berusaha memajukan kendiri, keluarga,masyarakat, agama,

bangsa dan Negara.

Berkeupayaan

menikmati

kesejahteraan

Mempunyai daya ketahanan untuk menghadapi cabaran,

waras dan tenang;

Sihat tubuh badan;

Mampu menjalin perhubungan baik dengan orang lain.

Menyumbang kepada

keharmonian dan

kemakmuran keluarga,

masyarakat dan negara

Kerjasama, toleransi, hormat;

Menjalin keluarga bahagia;

Patriotik dan cinta akan negara;

Menghargai dan mengamalkan Rukunegara;

Mematuhi dan melindungi perlembagaan;

Memajukan ekonomi melalui pelbagai cara.

Page 19: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

9

menghasilkan warga pendidik yang berkualiti. Berikut adalah Falsafah Pendidikan

Guru:

“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia

menunjukkan aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,

menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang

bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin”.

Jadual 2: Analisis elemen FPG.

Falsafah Pendidikan Guru boleh dilihat dalam Model Konseptual Pendidikan Guru.

Model ini mengutamakan akauntabiliti guru kepada 3 dimensi utama iaitu kendiri,

kemasyarakatan dan ketuhanan. Citra ketiga-tiga dimensi dijelmakan dalam rajah

seperti berikut.

Ciri-ciri FPG Analisis

Sahsiah Terpuji Berbudi bahasa dan berdisiplin;

Mampu membezakan antara baik dan jahat, dan memiliki nilai

terpuji;

Menghargai aspek kemanusiaan dan rohani

Pandangan saintifik dan

progresif

Pengetahuan berhubung kait dengan perkembangan; oleh itu

guru perlu berpengetahuan dan berkemahiran;

Memiliki kemahiran profesional serta menggunakan dan

menghasilkan pembelajaran dan bahan pengajaran untuk

mempertingkat kualiti pengajaran pembelajaran

Beriltizam mendukung

aspirasi negara

Cekap, jujur, amanah, dan mematuhi undang-undang;

Berusaha untuk menyuburkan kendiri, keluarga, masyarakat,

agama, bangsa dan negara

Menghargai warisan

kebudayaan kebangsaan

Guru perlu mengamalkan nilai murni, penyayang, inovatif,

kreatif, empati dan mematuhi etika profesion perguruan

Perkembangan diri dan

pengekalan masyarakat

yang bersatu padu,

demokratik, progresif dan

disiplin

Guru sebagai agen perubahan

Page 20: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

10

Rajah 1 Model Konseptual Pendidikan Guru

Model Konseptual Pendidikan Guru merangkumi 3 dimensi utama iaitu:

a) Ketuhanan

Peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu berteraskan kepercayaan

dan kepatuhan kepada ajaran agama.

b) Kemasyarakatan

Penekanan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan agen perubahan.

c) Kendiri

Penekanan peranan guru sebagai pembina daya kefahaman dan patriotisme,

pemupuk budaya ilmu serta pembentuk sahsiah dan pekerti mulia.

Di dalam 3 dimensi tersebut terdapat 3 aspek asas iaitu:

a) Pengetahuan

Merangkumi pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran; dan

pengetahuan ikhtisas keguruan.

b) Kemahiran

Merangkumi kemahiran ikhtisas yang menjurus kepada kemahiran

berkomunikasi, kemahiran berfikir, literasi komputer dan pedagogi.

Page 21: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

11

c) Nilai

Merujuk kepada penerapan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni keguruan

yang menampilkan sahsiah dan penampilan guru yang penyayang, berpekerti

mulia, berdaya tahan, patriotik, inovatif, kreatif dan berketrampilan.

Model Konseptual Pendidikan Guru ini juga menekankan matlamat mengembangkan

potensi guru secara seimbang dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan

jasmani.

Implikasi FPG kepada guru

Guru yang akan dibentuk hendaklah berpekerti mulia dan bersedia untuk menerima

murid tanpa syarat.

Guru yang berpandangan progresif dan inovatif. Mengamalkan pembelajaran

sepanjang hayat supaya sentiasa peka dengan perkembangan baharu dalam

pendidikan.

Guru yang peka dengan aspirasi negara dan sentiasa menekankan unsur

perpaduan, prihatin, berdaya saing dan berdikari.

Guru yang menekankan warisan kebudayaan negara dalam kurikulum sekolah.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang menekankan perkembangan

potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu yang merangkumi aspek intelek,

rohani, emosi dan jasmani.

Guru hendaklah sentiasa menekankan unsur perpaduan dalam aktiviti pengajaran

dan pembelajaran.

Guru yang mengamalkan sistem demokrasi seperti ketika pemilihan ketua kelas atau

ahli jawatankuasa dan membuat keputusan.

Guru menggunakan kaedah inkuiri-penemuan dalam pengajaran bagi menggalakkan

murid meneroka ilmu sendiri.

Guru menitikberatkan unsur disiplin dalam pengajaran dan pembelajaran seperti

menepati masa dan mematuhi undang-undang.

Implikasi FPK dan FPG terhadap peranan Guru dalam pembentukan modal insan

Setelah memahami kedua-dua FPK dan FPG, marilah kita membincangkan secara ringkas

implikasinya terhadap peranan kita sebagai pendidik. Pertamanya, dokumen falsafah ini

menggalakkan kita kaum guru untuk memahami dengan lebih mendalam sistem pendidikan

dan memandu kita dalam pelaksanaan fungsi pendidikan. Kedua, guru ialah agen

perubahan untuk mendidik dan menghasilkan generasi akan datang yang akan

bertanggungjawab merealisasikan tujuan dan aspirasi FPK dan Wawasan 2020. Jadi

bagaimana kita dapat melaksanakan peranan ini? Sebagai contoh, guru perlu meningkatkan

pengetahuan dan kemahiran, terutamanya dalam ICT agar dapat bergerak seiring dengan

perubahan dalam pengajaran dalam kelas.

Page 22: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

12

Ketiga, guru bertanggungjawab dan berkewajipan dalam melaksanakan tugas mereka.

Mereka perlu senantiasa cuba memiliki dan mengamalkan perkara yang telah dipelajari

mereka agar dapat mencapai tujuan dan aspirasi falsafah ini. Pada masa yang sama, guru

harus bertindak sebagai pengawal aktiviti-aktiviti negatif. Akhirnya, sebagai seorang yang

progresif dan saintifik, guru harus memajukan dan memperkaya pendidikan melalui

perkembangan kurikulum bilik darjah, seperti merancang aktiviti yang kreatif dan lembaran

kerja yang merangsangkan.

Imbas kembali tiga implikasi FPK dan FPG yang menggambarkan anda sebagai seorang

guru.

TUGASAN

Page 23: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

13

SINOPSIS

Unit ini membincangkan tentang sistem pendidikan di Malaysia pada zaman sebelum

kemerdekaan sehingga masa kini. Dasar pendidikan yang ada pada masa kini merupakan

lanjutan daripada cadangan dan laporan yang termaktub dalam penyata-penyata yang telah

dikemukakan selepas negara mencapai kemerdekaan. Laporan-laporan yang dihasilkan

akan turut dibincangkan supaya sistem pendidikan pada masa ini dapat difahami dengan

lebih mendalam.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:

i. Menghuraikan sejarah perkembangan pendidikan di malaysia sebelum merdeka,

selepas merdeka dan masa kini.

ii. Membanding beza sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka daripada

pelbagai aspek.

iii. Menjelaskan pendidikan masa kini.

KERANGKA TAJUK

3.1 Perkembangan sistem pendidikan di Malaysia sebelum merdeka

3.2 Perkembangan sistem pendidikan di Malaysia selepas merdeka

3.3 Perkembangan sistem pendidikan di Malaysia masa kini (PPPM)

3.4 Implikasi perkembangan sistem terhadap pendidikan di Malaysia

3.5 Tugasan

UNIT 4

PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Page 24: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

14

Pendidikan Masa Kini

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 – 2025)

PPPM merupakan pembaharuan yang bakal dilakukan kepada sistem pendidikan negara

yang akan bermula pada tahun 2013 sehingga tahun 2015. Pelan ini dibangunkan dengan

tiga objektif khusus, iaitu:

Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan

memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan, meningkatkan standard

(kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), mengukuhkan perpaduan dalam

kalangan murid serta mengoptimumkan kecekapan sistem

Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk setiap murid dan sistem pendidikan

secara keseluruhan bagi tempoh 13 tahun

Menggariskan transformasi sistem pendidikan yang komprehensif merangkumi

perubahan penting dalam kementerian bagi memenuhi permintaan baharu dan

harapan tinggi masyarakat serta mencetus dan menyokong transformasi

perkhidmatan awam.

PPPM telah menggariskan lima aspirasi sistem pendidikan seperti yang berikut:

Page 25: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

15

PPPM menggunakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi membangunkan pendidikan

seimbang sebagai asas pencapaian aspirasi murid melalui enam ciri utama yang diperlukan

oleh setiap murid agar mereka berupaya untuk bersaing pada peringkat global. Enam ciri

utama seperti berikut:

Page 26: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

16

Sebelas anjakan yang menjadi tunjang PPPM ialah:

pp

Page 27: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

17

Implikasi Transformasi PPPM

Murid akan mendapat manfaat yang signifikan dalam pendidikan tanpa mengira latar

belakang, belajar dalam persekitaran yang kondusif dan akan berasa terangkum serta

terdidik dengan pengalaman pembelajaran di sekolah. Murid akan belajar dalam

persekitaran yang mempunyai kepercayaan asas mereka boleh belajar dan berjaya serta

mempunyai lebih hak bersuara dalam membentuk pengalaman belajar.

Guru akan meningkatkan keupayaan bertaraf dunia yang diperlukan bagi membantu

mencapai keberhasilan murid yang dihasratkan dan memperoleh lebih keseronokan serta

kepuasan dalam menjalankan tugas. Dengan pakej kerjaya guru yang baharu, mereka akan

menikmati perkembangan profesional yang lebih memuaskan, laluan kerjaya yang lebih baik

dan proses penilaian yang telus serta berkait terus dengan keupayaan dan prestasi yang

relevan menerusi pemberian ganjaran.

Pemimpin sekolah akan menjadi pemimpin instruksional yang bertindak sebagai ejen

perubahan. Mereka akan menikmati sokongan yang lebih padu dan perkhidmatan yang

lebih baik daripada pegawai pendidikan persekutuan, negeri dan daerah.

Pegawai kementerian akan bertindak sebagai pemimpin perubahan dengan kemahiran dan

atribut yang diperlukan untuk menyokong sekolah.

Ibu bapa sebagai kumpulan penting akan menyaksikan penambahbaikan ketara dan lestari

dalam pengalaman pendidikan anak-anak mereka.

1. Sediakan jadual tentang laporan-laporan pendidikan selepas merdeka. Jelaskan

bagaimana laporan-laporan ini boleh mempengaruhi sistem pendidikan di Malaysia

pada masa kini.

TUGASAN

Page 28: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

18

SINOPSIS Unit ini membincangkan tentang konsep dan jenis-jenis kurikulum. Perbincangan tentang

faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan kurikulum juga akan dibuat dalam unit ini.

Selain daripada itu, unit ini akan membincangkan tentang model-model pembentukan

kurikulum iaitu model proses dan model objektif.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:

i. Membincangkan konsep dan jenis-jenis kurikulum.

ii. Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan kurikulum.

iii. Membezakan antara model proses dan model objektif dalam pembentukan

kurikulum.

KERANGKA TAJUK

5.1 Konsep dan jenis kurikulum.

5.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan kurikulum.

5.3 Model pembinaan kurikulum (Model Objektif dan Model Proses).

UNIT 5

PEMBENTUKAN DAN PELAKSANAAN KURIKULUM

Page 29: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

19

Konsep Kurikulum

Perkataan kurikulum berasal daripada perkataan Latin yang merujuk kepada ‘bidang yang

harus dilalui dalam sesuatu perlumbaan’. Oleh itu, kurikulum dikaitkan dengan “bidang”.

Sehingga awal abad ke 20, kurikulum dirujuk sebagai ‘kandungan dan mata pelajaran yang

berkembang yang berkaitan dengan ‘apa’ dalam dunia persekolahan.

Franklin Bobbit (1918) dalam ‘The Curriculum’ menghuraikan istilah ‘kurikulum’ sebagai :

(1) Keseluruhan pengalaman, terarah dan tidak terarah, yang berkaitan dengan hal

mencungkil kebolehan individu; atau

(2) Satu siri latihan pengalaman yang terarah secara sedar yang digunakan oleh

sekolah untuk melengkapkan dan menyempurnakannya. Justeru, kurikulum

menekankan kepentingan memupuk perkembangan individu melalui segala

pengalaman termasuk pengalaman sekolah yang terancang.

John Dewey (1902) mendefinisikan kurikulum sebagai “the course of study met in schools in

which present material stretching back indefinitely in time and extending outward indefinitely

in space”. Beliau seterusnya menghuraikan konsep ini sebagai “skema kurikulum yang

harus mengambil kira pengubahsuaian bidang selaras dengan keperluan kehidupan

komuniti; kurikulum perlu membuat pilihan untuk membaiki kehidupan agar masa depan

menjadi lebih cerah berbanding sekarang”.

Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, walau bagaimanapun, mendefinisikan kurikulum

dalam konteks Malaysia sebagai “segala rancangan pendidikan sama ada diuruskan oleh

sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan dalam dua aspek,

iaitu sukatan pelajaran dan kandungan mata pelajaran bersama aktiviti pembelajaran

pengajaran, dan kokurikulum seperti sukan, persatuan dan badan beruniform.

Konsep kurikulum boleh dijelaskan dengan menjawab soalan-soalan berikut:

1. Apa yang seharusnya diajarkan?

2. Kepada siapa seharusnya diajarkan?

3. Mengapa sesuatu harus diajarkan?

4. Bagaimana sesuatu harus diajarkan?

5. Bila sesuatu harus diajarkan?

6. Bagaimana kita akan tahu pembelajaran telah berlaku?

7. Sumber apa yang akan digunakan (buku teks, bahan, video, cakera padat)

8. Dalam keadaan apa kurikulum akan dilaksanakan? (kerja individu atau kumpulan)

9. Apakah aspek persekitaran bilik darjah (susunan meja kerusi, ekologi bilik darjah)

akan digunakan dalam kurikulum?

Page 30: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

20

Jenis-jenis kurikulum

Kurikulum Tersirat

Berada di luar konteks rasmi pengajaran, diajarkan secara tersirat,

Mengandungi peraturan tak bertulis, norma dan nilai budaya sekolah seperti

budi bahasa, kebersihan, dan amanah; dan

Dibentuk oleh faktor seperti status sosioekonomi dan latar belakang

pengalaman guru dan pelajar.

Kurikulum Yang Disarankan

Kurikulum yang disarankan oleh para ilmuan, pertubuhan profesional,

jawatankuasa pembaharuan dan para penggubal polisi.

Kurikulum Bertulis/Terancang

Kurikulum yang terkandung dalam panduan kurikulum peringkat negeri dan

daerah, seperti KBSR.

Kurikulum Sokongan

Kurikulum yang dicerminkan dan dibentuk oleh sumber yang disediakan bagi

menyokong atau menyampaikannya.

Kurikulum Yang Diajar

Kurikulum yang dapat diperhatikan oleh pemerhati ketika guru

menyampaikannya.

Kurikulum Teruji

Suatu set pembelajaran yang dinilai menerusi ujian yang digubal oleh guru

atau ujian peringkat daerah atau ujian-ujian piawai.

Kurikulum Pengalaman/Dipelajari

Semua perubahan nilai, persepsi dan tingkah laku hasil daripada pengalaman

sekolah.

Kurikulum Masa Depan

Memuatkan pendekatan berpusatkan pelajar yang membolehkan pelajar

memahami kekuatan dan kelemahan mereka sebagai pelajar dan

membolehkan pelajar diberi kuasa (empower) menjadi pelajar sepanjang

hayat;

Page 31: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

21

Pengalaman pembelajaran yang dirangka untuk membantu pelajar

mengintegrasikan semua pembelajaran baru serta memurnikannya ke arah

pemahaman baru dengan membanding dan membeza, membuat induksi dan

deduksi, serta membuat analisis;

Pengalaman pembelajaran menyediakan peluang kepada pelajar untuk

menggunakan ilmu pengetahuan yang bermakna bagi membuat keputusan,

berfikiran kreatif, kritis dan futuristik untuk penyelesaian masalah seperti yang

terdapat dalam Kajian Masa Depan; dan

Tiga pendekatan yang dapat digunakan bagi tujuan tersebut ialah:

(1) Kandungan pelajaran disampaikan melalui pelbagai strategi.

(2) Kurikulum akan dibina dalam bentuk modul dan diakses melalui rangkaian

elektronik.

(3) Bahan, pengalaman dan sokongan pembelajaran diperoleh dari pelbagai

sumber dan diintegrasikan ke dalam struktur teras kurikulum.

Kurikulum Rasmi Kurikulum rasmi menjadi panduan asas untuk penulisan buku teks, persediaan ringkasan mengajar, aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta panduan dalam setiap peringkat persekolahan kebangsaan. Di Malaysia, Bahagian Pembangunan Kurikulum bertanggungjawab menggubal dan membentuk kurikulum rasmi bagi sekolah rendah dan sekolah menengah seperti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Kurikulum Formal Kurikulum formal adalah mengandungi segala isi pengajaran dan pembelajaran serta penilaian di dalam bilik darjah termasuk aktiviti-aktiviti kokurikulum seperti aktiviti-aktiviti persatuan, kelab, permainan dan unit beruniform. Kurikulum formal merupakan rancangan aktiviti pembelajaran supaya matlamat atau objektif pendidikan dan sekolah tercapai. Kurikulum formal mengandungi hal sebenar yang berlaku di bilik darjah dan apa yang telah disediakan dan dinilai.

Kurikulum Tak Formal Kurikulum tersembunyi meliputi segala pengalaman yang dipelajari secara tidak formal. Kurikulum tak formal merangkumi pembelajaran yang diperolehi daripada penerapan nilai-nilai murni melalui pelbagai mata pelajaran, peraturan sekolah, aktiviti bahasa dan budaya sekolah.

Page 32: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

22

Faktor yang mempengaruhi pembentukan kurikulum

Rajah 2 : Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dan perubahan kurikulum

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

PEMBENTUKAN DAN PERUBAHAN KURIKULUM

KERAJAAN:

Menentukan polisi untuk

melaksanakan kurikulum

MATLAMAT & KEUTAMAAN PROGRAM:

Nilai-nilai yang terdapat dalam tujuan, matlamat &

objektif yang berkaitan dengan program

pendidikan

KANDUNGAN KURIKULUM:

Pemilihan kandungan KEPERLUAN INDIVIDU:

minat, kemahiran asas (3M)

membolehkan para pelajar menguasai kemahiran sosial, mampu memahami diri sendiri, mengembangkan minat dan potensi; perkembangan karektor

KEPERLUAN NEGARA &

MASYARAKAT:

Memperoleh kemahiran asas, konsep & teknik untuk kehidupan daripada sudut pandangan politik, sosial & ekonomi

Memenuhi aspirasi masyarakat, cita-cita & ideologi negara

KEPERLUAN UNIVERSAL:

Menyebarkan ilmu pengetahuan & melatih pelajar supaya dapat disebatikan dengan kefahaman dan bekerjasama

Memperbaiki cara hidup rakyat

Penekanan terhadap nilai, sentimen, ilmu pengetahuan & kemahiran bagi memastikan kestabilan masyarakat, motivasi individu & kawalan tingkah laku

Page 33: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

23

Model Objektif (Tyler & Taba)

Model Kurikulum Tyler (1949)

Menurut Tyler, kurikulum ialah pembelajaran yang diarah, dirancang, dikelola

dan dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan

yang ditentukan. Kurikulum merangkumi objektif pendidikan, segala

pengalaman yang dirancang dan penilaian pelajar.

Jadual 3: Pembentukan Model Kurikulum Tyler

Model Kurikulum Taba (1962)

Kurikulum seharusnya digubal oleh guru; bukannya oleh pihak berkuasa

atasan. Guru perlu menggubal kurikulum bermula dengan membentuk unit -

unit pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar di sekolah terdahulu sebelum

membentuk kurikulum am. Model ini menggunakan pendekatan induktif dalam

pembentukan kurikulum. Model ini juga mengutamakan penyusunan bahan-

bahan pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

MODEL TYLER

Berdasarkan empat persoalan dasar: (1) Apakah tujuan pendidikan yang sekolah berusaha untuk mencapai? (2) Apakah pengalaman pendidikan yang boleh diberi supaya tujuan tersebut

dapat dicapai? (3) Bagaimanakah pengalaman pendidikan dapat diorganisasikan secara

efektif? (4) Bagaimanakah dapat kita tentukan sama ada tujuan-tujuan tersebut

dicapai?

Penekanan terhadap pembentukan objektif tingkah laku sebagai tujuan asal

proses pendidikan;

Membawa perubahan yang signifikan terhadap pola tingkah laku pelajar menjadi

penting untuk mengenal bahawa sebarang pernyataan objektif sekolah haruslah

pernyataan perubahan yang berlaku dalam kalangan pelajar

Kekuatan model ini dalam hal mendekati teori dan amali kurikulum : adalah amat sistematik dan mempunyai kekuatan untuk mengurus dengan pembentukan objektif tingkah laku – menyediakan idea jelas terhadap hasilan agar kandungan dan tatacara dapat disusun serta dinilai hasilannya.

Page 34: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

24

Jadual 4 : Pembentukan Kurikulum Model Taba

Model Proses

Model Kurikulum Stenhouse (1975)

Model ini menekankan pembentukan prinsip prosedur untuk pemilihan kandungan

kurikulum dan justifikasinya. Menurut model ini, kurikulum ialah satu perantaraan

untuk pelajar mendapatkan pengalaman pembelajaran yang menyeluruh.

Pendidikan adalah sebagai pengalaman yang berkembang dan hasilnya dilihat dari

aspek perkembangan kognitif. Model ini menekankan kebijaksanaan dan intervensi

guru untuk kemajuan pelajar.

Jadual 5: Model Kurikulum Stenhouse

MODEL STENHOUSE

Kurikulum sebagai proses;

Kurikulum bukan bersifat fizikal tetapi merupakan interaksi di antara guru,

pelajar dan ilmu pengetahuan;

Kurikulum merupakan apa yang sebenarnya berlaku di bilik darjah serta

persediaan-persediaan yang dilakukan, dan menilai;

Proses yang aktif dan dikaitkan dengan penaakulan praktikal yang

diperkenalkan oleh Aristotle;

Suatu percubaan untuk menerangkan prinsip-prinsip dan ciri-ciri usul

Pendidikan di dalam bentuk yang telus dan berupaya menterjemahkannya ke

dalam bentuk amalan.

Berupaya untuk menyediakan asas bagi merancang sesuatu kursus, meneliti

secara empiris serta dapat dijadikan asas menjustifikasikannya. Proses

MODEL TABA

Kurikulum sebagai pelan tindakan;

Pendekatan “Bawah-Atas’ (Bottom-up) terhadap kurikulum di mana guru

memainkan peranan utama;

Terdapat susunan yang tertib semasa membentuk kurikulum dan berpendapat

bahawa guru perlu terlibat sama membantu dalam proses pembentukan tersebut;

dan

Tujuh langkah pembentukan kurikulum :

(1) Mendiagnos keperluan

(2) Pembentukan objektif

(3) Pemilihan kandungan

(4) Menyusun kandungan

(5) Pemilihan terhadap pengalaman pembelajaran

(6) Mengurus aktiviti-aktiviti pembelajaran

(7) Penilaian

Page 35: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

25

MODEL STENHOUSE

Perancangan:

- prinsip pemilihan kandungan: apa yang perlu diajar dan dipelajari

- prinsip pembentukan strategi pengajaran: bagaimana ia patut diajar dan

dipelajari

- prinsip menentukan susunan pengajaran

- panduan secara praktis untuk melaksanakan kurikulum dalam konteks

sekolah yang berlainan, dalam konteks para pelajar, situasi rakan sebaya

dan persekitaran

- maklumat mengenai kepelbagaian kesan hasil daripada pelbagai konteks

situasi dan pelajar serta memahami faktor-faktor kepelbagaian tersebut.

Justifikasi : pembentukan matlamat kurikulum yang boleh dikawal selia;

Melihat kurikulum sebagai suatu bentuk spesifikasi tentang amalan pengajaran

(suatu cara menterjemahkan idea pendidikan kepada hipotesis yang boleh

diuji: menggalakkan pengujian secara kritis dan bukan menerima secara

membuta tuli ; ia bukan sebagai kurikulum pukal yang direkabentuk dengan

tujuan untuk disampaikan di mana-mana sahaja);

Hasilan bukan lagi merupakan ciri asas yang penting. Apa yang penting

menurut model teori dan amalan kurikulum ini ialah kandungan dan cara akan

berkembang maju apabila guru dan pelajar berinteraksi dan bukannya

menentukan objektif tingkah laku yang ketat.

Mengikut model ini, pelajar bukannya objek pasif untuk diajar. Mereka perlu

sama-sama menentukan bagaimana sesuatu sesi pengajaran dan

pembelajaran perlu dilaksanakan. Fokus utamanya ialah terhadap proses

interaksi.

TUGASAN

1. Jelaskan model kurikulum manakah yang mempengaruhi pembentukan KBSR dan

KSSR?

ppmmvghdfgsesssrsxgcgcggccgg

Page 36: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

26

SINOPSIS

Golongan guru hendaklah memastikan martabat dan profesionalisme keguruan sentiasa

dipertingkatkan dari semasa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati. Oleh yang

demikian guru harus memahami dan akur kepada konsep serta peraturan yang berkaitan

seperti Konsep Etika, Etika Kerja Kementerian Pendidikan, Tonggak dua belas, akauntabiliti

guru serta Standard Guru Malaysia (SGM) untuk menjadi garis panduan kepada guru dan

kaki tangan kerajaan yang lain dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan

demi menjayakan matlamat pendidikan negara.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:

i. Mengetahui dan memahami Konsep Etika dan Etika Kerja Kementerian Pendidikan

Malaysia untuk menjadi pegangan ketika menjalankan tugas rasmi sebagai seorang

guru yang profesional.

ii. Mengetahui dan memahami Tonggak dua belas, Akauntabiliti Guru dan Standard

Guru Malaysia sebagai nilai tambah kepada profesion keguruan.

iii. Mengetahui dan memahami kepentingannya ketika menjalankan tugas yang selari

dengan visi dan misi pendidikan negara.

iv. Mengetahui dan memahami Tonggak dua belas, Akauntabiliti Guru dan Standard

Guru Malaysia sebagai nilai tambah kepada profesion keguruan.

v. Mengetahui dan memahami kepentingannya ketika menjalankan tugas yang selari

dengan visi dan misi pendidikan negara.

KERANGKA TAJUK

6.1 Konsep etika

6.2 Kod Etika Keguruan Malaysia

6.3 Tonggak 12

6.4 Akauntabiliti guru

UNIT 6

ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN

Page 37: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

27

6.5 Standard Guru Malaysia (SGM)

6.6 Tugasan

6.1 Konsep Etika

Etika adalah aspek yang berkaitan dengan tingkah laku seseorang yang diterima dan

dipersetujui oleh sekumpulan masyarakat.

Konsep Etika:

sistem tingkah laku kumpulan manusia / organisasi.

nilai moral yang baik / buruk

masyarakat menganalisis, menilai, mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

guru perlu menjaga kod etika demi status, akhlak dan maruah.

Prinsip Etika Kerja Kementerian Pendidikan Malaysia

Sebagai seorang guru dan penjawat awam, Etika kerja Kementerian Pelajaran

Malaysia seharusnya difahami, dihayati dan dilaksanakan di dalam semua perlakuan

dan tindakan ketika menjalankan tugas berasaskan kepada prinsip-prinsip yang

berikut:

i. Niat yang betul

ii. Perlakuan yang baik

iii. Penggerak ke arah kebaikan

iv. Memperkotakan apa yang dikata

v. Berdisiplin dan beradab.

Di samping itu, tujuh nilai utama turut menjadi fokus Etika Kerja Kementerian

Pendidikan Malaysia. Nilai-nilai tersebut adalah seperti berikut:

Amanah

Amanah adalah sifat bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas tanpa

menyalahguna kuasa dan kedudukan. Contohnya tidak menggunakan waktu bekerja

rasmi untuk melakukan urusan peribadi.

Benar

Bercakap benar dan menepati janji. Sebagai penjawat awam kita perlu bercakap

benar dan tidak berbohong dalam urusan seharian untuk menjaga integriti

perkhidmatan.

Bijaksana

Page 38: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

28

Penjawat awam harus menggunakan pemikiran bijaksana dalam membuat

keputusan dan tidakan yang bersesuaian. Kita juga harus mempunyai pemikiran

yang rasional dan pertimbangan yang saksama.

Bersyukur

Setiap individu tidak kira pelajar, guru, pemimpin pendidikan mahupun penjawat

awam harus mempunyai perasaan dan perlakuan menghargai pemberian yang

diterima serta bersyukur.

Dedikasi

Amalan ini merujuk kepada sikap individu yang rela mengorbankan masa dan tenaga

secara berterusan dan menghasilkan kerja yang berkualiti. Misalnya, bekerja

dengan tekun dan rajin serta bersikap positif dalam melaksanakan tugas dan

memastikan hasil kerja sentiasa berkualiti.

Ikhlas

Warga Kementerian Pendidikan Malaysia harus sentiasa menekankan nilai ikhlas

sebagai amalan dan ketika menunaikan tanggungjawab bagi menghasilkan mutu

kerja yang terbaik tanpa mengharapkan ganjaran.

Penyayang

Sifat penyayang dan hubungan kekeluargaan harus dimiliki di kalangan penjawat

awam untuk mewujudkan permuafakatan serta jalinan keakraban yang lebih kukuh

sesama kita. Ini penting untuk mewujudkan semangat kekitaan yang lebih jitu.

6.2 Kod Etika Keguruan

Kod Etika profesion keguruan adalah sama seperti yang diamalkan oleh profesion

yang lain seperti peguam, jurutera, perubatan dan sebagainya. Bagi seseorang

guru, mereka perlu mematuhi kod etika ini bagi menjaga imej, status, akhlak dan

keperibadian mereka ketika menjalankan tugas. Di negara kita, ‘Tatasusila Profesion

Keguruan’ adalah merupakan garis panduan yang telah ditetapkan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjaga imej profesion guru.

Tanggungjawab terhadap pelajar

mengutamakan kebajikan dan dan keselamatan pelajar

bersikap adil terhadap pelajar

merahsiakan maklumat peribadi murid.

membimbing /mengajar pelajar tanpa sebarang bayaran

menunjukkan cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku

memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas

Page 39: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

29

Tanggungjawab terhadap ibu bapa

Menghormati tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

Mewujudkan hubungan yang mesra dan kerjasama.

Mengganggap semua maklumat yang diberi ibu bapa sulit.

Memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka.

Mengelakkan daripada menggunakan/dipengaruhi oleh kedudukan

sosial/ekonomi ibu bapa.

Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara

Tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkan pelajar, masyarakat atau

negara

Memupuk sikap dan nilai supaya menjadi warganegara yang taat setia,

bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang lebih tua dan menghormati

perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.

Menghormati masyarakat tempat berkhidmat.

Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa,

institusi pendidikan dengan masyarakat.

Berpegang pada tingkah laku yang sopan dan diterima masyarakat.

Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion

Mengelakkan diri daripada membuat kenyataan yang boleh mencemarkan nama

baik rakan sejawat di hadapan pelajar atau ibu bapa.

Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan

sebagai guru.

Berusaha menunaikan tanggungjawab.

Sentiasa membantu rakan yang baru dalam profesion perguruan.

Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion

perguruan.

Menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

6.3 Tonggak 12

Tonggak 12 ialah dasar, panduan dan pokok kepercayaan yang menjadi asas

sesuatu tindakan yang perlu diamalkan oleh semua peringkat kakitangan

perkhidmatan awam di semua peringkat. Tonggak 12 mengemukakan panduan-

panduan, contoh-contoh nilai dan etika serta amalan-amalan baik yang perlu

Page 40: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

30

diamalkan dan amalan-amalan negatif yang perlu dihentikan. Tumpuan utama setiap

tonggak adalah individu. Ini didasarkan kepada kepercayaan bahawa nilai-nilai yang

penting akau membentuk peribadi yang tertentu dan peribadi ini pula akan

mempengaruhi pembentukan sesebuah organisasi. Elemen-elemen dalam Tonggak

12 adalah:

1. Menghargai Masa

2. Ketekunan Membawa Kejayaan

3. Keseronokan Bekerja

4. Kemuliaan Kesederhanaan

5. Ketinggian Peribadi

6. Kekuatan Sifat Baik Hati

7. Pengaruh Teladan

8. Kewajipan Menjalankan Tugas

9. Kebijaksanaan Berhemat

10. Keutamaan Kesabaran

11. Peningkatan Bakat

12. Nikmat Mencipta

1. Menghargai Masa

Masa tidak ternilai harganya dan datangnya sekali sahaja seumur hidup. Maksudnya,

apabila hilang, tidak akan ada gantinya lagi. Dengan demikian, masa yang berIalu

secara yang tidak berfaedah merupakan modal yang telah lesap.

Di tempat kerja ada beberapa amalan positif untuk tidak membazirkan masa.

Misalnya, apabila membuat sesuatu kerja, "Do it right the first time", supaya tidak

perlu diulang sekali lagi. Perbincangan kerja yang teliti juga akan menjamin kerja

berjalan lancar dan masa dijimatkan. Oleh yang demikian, antara nilai yang

diutamakan dalam menghargai masa ialah:

Segerakan tindakan

Tepati masa

Rancang masa dan tugas

Menyelesaikan tugas pada masa yang tetapkan

Amalan-amalan negatif pula akan mengakibatkan pembaziran masa. Misalnya

mencuri tulang semasa bertugas atau berbual‑bual kosong.

2. Ketekunan Membawa Kejayaan Kakitangan yang tekun bersifat dedikasi dan berdisiplin. Orang yang berdisiplin,

bekerja apabila diperlukan bekerja, manakala mereka yang tidak berdisiplin pula

tidak bekerja atau curi tulang semasa mereka sepatutnya bekerja. Ketabahan

diperlukan apabila berhadapan dengan masalah, besar atau kecil. Setiap halangan

adalah cabaran dan bukannya pematah semangat.

Page 41: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

31

Dalam usaha melaksanakan inovasi, ketekunan juga diperlukan. Sikap

hangal‑hangat tahi ayam " tidak boleh dijadikan model, sebaliknya contohi semangat

"kaizen" (lakukan sesuatu secara berterusan dan berkesinambungan), seperti yang

diamalkan dalam budaya kerja Jepun. Secara ringkasnya, nilai-nilai yang perlu

dipupuk untuk memastikan kejayaan antaranya ialah:

(i) Bersemangat gigih dan tekun (ii) Berdisiplin (iii) Dedikasi (iv) Cekal (v) Berpandangan jauh (vi) Inovatif dan kreatif

3. Keseronokan Bekerja

Kerja jika dianggap sebagai ibadat, tidak akan menjadi perkara yang membeban dan

membosankan. Peneriman hakikat ini akan mendatangkan kepuasan kerja, dan

semangat untuk terus-menerus menjalankan tugas. Manusia yang seronok bekerja

bersifat proaktif (Covey, 1990: 66-44).

Bagi seorang ketua pula, minat dan pengharapan yang ditunjukkan kepada

usaha‑usaha pekerjanya akan menjadi punca motivasi. Antara nilai‑nilai yang perlu

dititik beratkan dalam mewujudkan keseronokan bekerja ialah:

(i) Kerja adalah ibadah (ii) Menghasilkan sesuatu yang berfaedah (iii) Komitmen terhadap kerja (iv) Sedia bekerjasama 4. Kemuliaan Kesederhanaan

Satu sifat terpuji ialah bersederhana dalam semua perkara; tidak keterlaluan, memilih

jalan pertengahan antara dua extremes. Orang Islam telah diperingatkan bahawa

sebaik‑baik pekerjaan itu yang sederhana. Kesederhanaan akan menjamin tidak

berlakunya pemborosan. Antara sifat yang patut diamalkan ialah:

(i) Sederhana dalam semua aspek kehidupan (ii) Tidak membazir (iii) Adil dalam tindakan (iv) Bersikap terbuka (v) Berjimat cermat Mereka yang bersikap keterlaluan dalam urusan, antara lainnya, suka menunjuk-nunjuk. Kerapkali pula mereka ini terdiri daripada golongan munafik yang suka berpura‑pura. 5. Ketinggian Peribadi

Page 42: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

32

Ketinggian peribadi mencerminkan harga diri seseorang. Antara petunjuk adalah

tutur kata yang sopan dan tingkah laku yang menyenangkan mata memandang.

Keikhlasannya juga nyata, bukan dibuat‑buat. Sekalipun dia menduduki tempat

sebagai ketua dalam sesuatu organisasi, dia tidak angkuh, boleh menegur dan

ditegur. Maruah orang bawahannya sentiasa dipelihara. Oleh itu antara sifat

ketinggian peribadi seseorang ialah:

(i) Bersopan santun (ii) Amanah (iii) Saling hormat‑menghormati (iv) Sedia membantu 6. Kekuatan Sifat Baik Hati Tersangat banyak sifat terpuji pada diri oang yang menghayati nilai ini. Sebagai

ketua dia kaya dengan sifat perikemanusiaan, simpati suka menolong orang

bawahannya, sedia memberi tunjuk-ajar dan adil dalam keputusannya. Salahuddin

AI‑Ayubi dikatakan dihormati oleh pengikut-pengikutnya dan dikagumi oleh

musuh‑musuhnya. Pernah dia menangguh serangan ke atas sebuah kubu orang

Kristian, kerana seorang knight sedang melangsungkan upacara perkahwinannya

pada ketika itu. Antara sifat baik hati yang perlu dipraktikkan ialah:

(i) Adil (ii) Sedia menerima teguran (iii) Bertimbang rasa (iv) Prihatin terhadap kebajikan 7. Pengaruh Teladan

Kerajaan kita pada hari ini berpandu kepada prinsip kepimpinan melalui teladan.

Lebih mudah mengajar melalui teladan yang baik daripada semata‑mata memberi

arahan. Oleh iti sifat‑sifat yang perlu diamalkan ialah:

(i) Berkelakuan baik (ii) Amanah (iii) Telus dalam prosedur (iv) Bermoral tinggi 8. Kewajipan Menjalankan Tugas Apabila seseorang telah menerima sesuatu tugas, maka wajiblah baginya

menyempurnakan tugas tersebut. Dalam menjalankan tugas pula sikap yang tepat

ialah beriltizam menyempurnakannya dengan penuh tanggungjawab,bukan sekadar

memenuhi syarat saja.

Dalam Islam, mengelak daripada menjalankan tugas bermakna lari daripada

tanggungjawab. Ada orang yang "mencuri" di waktu pejabat, berniaga secara

Page 43: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

33

sambilan, seperti menjadi pengedar barangan solek dan pinggan‑mangkuk. Dalam

hal menjalankan tugas ini, kecekapan dan ke profesionalisme adalah menjadi kayu

ukur yang dikehendaki. Oleh yang demikian antara sifal yang perlu diamalkan ialah:

(i) Bertanggungjawab (ii) Tekun dan sabar (iii) Mengutamakan kerja (iv) Peningkatan kualiti 9. Kebijaksanaan Berhemat Di tempat kerja, amalan berhemat dapat dipraktikkan dalam pelbagai situasi Misalnya dalam penggunaan alat tulis, dan elektrik. Kertas yang telah dipakai pada sebelah halaman boleh digunakan sebagai scratch paper; lampu bilik air ditutup selepas digunakan; kipas dan hawa dingin elok ditutup semasa waktu rehat. Oleh yang demikian antara sifat yang perlu dipupuk bagi menjayakan usaha berhemat ialah: (i) Tidak membazirkan harta kerajaan (ii) Bertanggungjawab terhadap harta kerajaan (iii) Menggunakan harta kerajaan mengikut keperluan 10. Keutamaan Kesabaran Kesabaran mempunyai kaitan dengan ketekunan. Orang yang sabar dapat menerima kegagalan sebagai cabaran untuk terus berjuang. Pemimpin yang sabar akan mewujudkan pentadbiran yang inovatif, kreatif dan dinamik. Dia tidak takut mencuba

dan tidak jemu mencari alternatif‑altematif. Dalam hubungan interpersonal pula, kesabaran adalah satu aset, terutama dalam menghadapi kerenah orang lain, Oleh itu kesabaran dalam mengusahakan sesuatu pekerjaan amat penting dengan mengambil kira pemupukankan sifat­sifat berikut: (i) Sedia menghadapi tekanan masa dan ruang (ii) Tidak mudah putus asa (iii) Sedia menyabut cabaran 11. Peningkatan Bakat Bakat sebenarnya adalah manifestasi kecerdikan, mengikut teori muhiple inleffigences. Orang yang berbakat dalam sesuatu lapangan akan dapat menghasilkan kerja yang bermutu. Bakat jika tidak dipupuk dan dipertingkatkan

menjadi sia‑sia. Sebaliknya, jika dipertingkatkan, individu itu sendiri dan organisasinya juga akan turut menerima. faedahnya. Di bawah konsep Persyarikatan Malaysia, negara juga akan turut mendapat keuntungan daripada peningkatan bakat individu‑individu; kejayaan sektor swasta akan mempengaruhi juga sektor awam. Ketua jabatan wajar mengenal pasti orang bawahannya yang berbakat serta

menggalakkan bakat tersebut dipertingkatkan. Idea‑idea baru janganlah disekat, lantaran hasad dengki, tetapi hendaklah digalakkan untuk dikembangkan. 12. Nikmat Mencipta

Page 44: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

34

Antara sifat-sifat utama yang diperlukan untuk mencipta ialah kreativiti. Idea‑idea lateral seperti dipelopori dan dikembangkan oleh Edward de Bono (Edward de Bono, 1990 dan 1996) dapat membantu mencipta sesuatu. Mencipta atau menghasilkan sesuatu yang baru dan bermanfaat adah sesutu keputusan dan puncak kepada sesuatu usaha. Orang yang mengetahui tentang nikmat mencipta, sentiasa mencari idea dan kaedah baru, bersifat dinamik, kreatif dan berani mencuba serta berasa puas dengan idea yang dimanfaatkan. Tidak takut kepada pembaharuan dan tidak takut gagal apabila mencuba sesuatu idea. Seterusnya tidak berpuas hati dengan keadaan yang ada dan mahukan sesuatu yang lebih baik.

6.4 Akauntabiliti guru

Konsep

Tanggungjawab kepada seseorang/sesuatu

Tanggungjawab kepada profesion perguruan

Leslie Kaplan & William Owings (2001) mendefinisikan akauntabiliti guru

sebagai;

● kualiti guru ● kualiti pengajaran Akauntabiliti terhadap diri / perlakuan

Berilmu pengetahuan dan berkemahiran menyampaikan maklumat.

Memiliki emahiran interpersonal.

Membentuk soalan penilaian.

Mahir dalam pengurusan bilik darjah

Memotivasikan pelajar

Kemahiran dalam pengurusan disiplin

Akauntabiliti terhadap murid-murid dan ibu bapa

Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.

Mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid-murid.

Bersikap adil dengan setiap murid.

Membimbing murid-murid tanpa mengenakan sebarang bayaran.

Memberi contoh yang terbaik kepada murid-murid.

Akauntabiliti terhadap profesion

Melaksanakan aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

Menjadi teladan yang baik kepada murid-murid.

Membantu rakan sejawat.

Tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang mencemarkan profesion perguruan.

Akauntabiliti terhadap bangsa dan negara

Page 45: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

35

Menjalankan tugas menyebarkan cita dan matlamat FPK dan Rukun Negara.

Memupuk nilai murni yang sesuai dengan masyarakat berbilang kaum.

Memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

Mengeratkan persefahaman dengan ikhlas dalam kalangan ibu bapa.

Memberi sumbangan sukarela kepada negara.

6.5 Standard Guru Malaysia(SGM)

Penggubalan Standard Guru Malaysia(SGM) adalah berlandaskan kepada matlamat

pembangunan modal insan yang berupaya untuk memberi sumbangan ke arah

mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Oleh kerana, pembangunan

modal insan berkualiti adalah bergantung kepada pendidikan berkualiti, maka

Standard Guru Malaysia menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai

oleh guru di negara kita. Ringkasnya, Standard Guru Malaysia boleh ditakrifkan

sebagai satu pernyataan yang patut dicapai oleh guru di Malaysia (standard) dan

pernyataan aspek yang patut disediakan serta dilaksanakan oleh agensi dan institusi

latihan perguruan (keperluan).

Standard Guru Malaysia ini digubal berdasarkan rasional yang berikut:

Guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan,

pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran

yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai guru profesional

dengan berkesan.

Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan yang jelas

dan lengkap seperti dasar, kurikulum, infrastruktur, tenaga pengajar, sumber

pengajaran dan pembelajaran, serta jaminan kualiti untuk membolehkan

proses latihan dijalankan dengan lancar, berkesan dan bermutu tinggi.

KPM sedang berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan

guru yang dapat dijadikan showcase. Justeru itu, adalah wajar standard bagi

institusi latihan perguruan diwujudkan.

Standard Guru Malaysia menggariskan kriteria dan standard am guru selaras

dengan Malaysian Qualifications Framework (MQF) yang menggariskan kriteria

dan standard am pendidikan tinggi.

Tujuan Penggubalan SGM

Penggubalan Standard Guru Malaysia merangkumi dua tujuan yang utama:

i. Mengenalpasti tahap kompetensi profesional guru dalam aspek nilai

profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman; dan kemahiran

pengajaran dan pembelajaran.

Page 46: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

36

ii. Mengenalpasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh

agensi dan institusi latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru

yang ditetapkan akan tercapai.

Penggunaan Standard Guru Malaysia

Penggunaan Standard Guru Malaysia melibatkan guru dan pihak-pihak

berkepentingan seperti berikut:

Guru

Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard.

Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri.

Pendidik Guru di Institusi Latihan Perguruan

Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard.

Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri.

Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih (guru

praperkhidmatan) atau peserta kursus (guru dalam perkhidmatan).

Mengenal pasti strategi bagi membantu guru pelatih atau peserta kursus

meningkatkan tahap pencapaian standard.

Pengurus dan Pentadbir Institusi Latihan Perguruan

Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta

kursus.

Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan

oleh institusi.

Mengenal pasti strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard

dan keperluan.

Guru Besar dan Pengetua Sekolah

Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru.

Menyediakan dan melaksanakan strategi bagi meningkatkan tahap

pencapaian standard oleh guru.

Agensi Latihan Perguruan

Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta

kursus di institusi latihan perguruan.

Page 47: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

37

Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan oleh

agensi dan institusi latihan perguruan.

Mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang

boleh ditambahbaik.

Kerangka SGM

Pengertian Standard Guru Malaysia

Standard Guru Malaysia ialah pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai

oleh guru (Standard) dan pernyataan aspek yang patut disediakan serta

dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan (Keperluan).

Standard merangkumi tiga aspek berikut:

Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan

Standard ini memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan

berdasarkan domain diri, profesion dan sosial yang patut ada pada seseorang guru.

Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman

Standard ini memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang

subjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang patut ada

pada seseorang guru.

Standard 3: Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran

Standard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang patut dikuasai oleh seseorang guru.

Keperluan

Bagi menyokong dan membantu guru mencapai tahap kompetensi amalan nilai

profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran

pengajaran dan pembelajaran yang diharapkan, agensi dan institusi latihan

perguruan patut menyediakan dan melaksanakan keperluan yang berikut:

Keperluan 1: Kelayakan dan Prosedur Pengambilan Calon Program Latihan

Perguruan

Page 48: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

38

Keperluan ini memperincikan syarat dan kriteria serta prosedur pengambilan calon

program latihan perguruan.

Keperluan 2: Latihan, Pentaksiran dan Penilaian

Keperluan ini memperincikan program latihan, sistem pemantauan, dan pentaksiran

dan penilaian.

Keperluan 3: Kolaborasi

Keperluan ini memperincikan permuafakatan antara agensi dan institusi latihan

perguruan dengan pihak sekolah, institusi pendidikan tinggi, tempatan dan luar

negara, badan bukan kerajaan serta lain-lain institusi yang boleh memantapkan lagi

latihan perguruan.

Keperluan 4: Infrastruktur dan Infostruktur

Keperluan ini memperincikan prasarana pengajaran dan pembelajaran, informasi

dan komunikasi bagi mengoptimum kecekapan dan keberkesanan program latihan.

Keperluan 5: Jaminan Kualiti

Keperluan ini memperincikan semua aspek perancangan dan pelaksanaan, dasar, strategi, prosedur serta aktiviti bagi mewujudkan keyakinan bahawa kualiti latihan sentiasa terpelihara dan ditingkatkan secara berterusan. Perincian standard dan keperluan yang digariskan amat penting bagi menjamin program latihan yang dilaksanakan akan menghasilkan guru yang kompeten, kreatif, inovatif, dan berketerampilan.

Perincian Standard

Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan

Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan digubal berlandaskan budaya Institut

Pendidikan Guru (IPG), Tatasusila Profesion Keguruan, nilai murni dalam kurikulum

sekolah, nilai utama dalam Perkhidmatan Awam, prinsip utama Etika Kerja KPM, dan

Tonggak Dua Belas. Standard ini mempunyai tiga domain utama iaitu:

S1.1Domain diri

Domain ini merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada dan patut

dikembangkan supaya guru boleh memberi sumbangan yang lebih berkesan kepada

profesion keguruan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara.

Nilai-nilai yang difokuskan dalam domain ini ialah kepercayaan kepada Tuhan,

amanah, ikhlas, berilmu, kasih sayang, sabar, budi bahasa, adil, bertimbang rasa,

daya tahan, daya saing dan, tahan lasak, cergas, aktif dan sihat, kemahiran

interpersonal dan intrapersonal, semangat sukarela, dan efisien.

Page 49: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

39

S1.2 Domain Profesion

Domain ini merujuk kepada pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus oleh

guru dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru yang profesional. Nilai-nilai

yang ditekankan dalam domain ini adalah kecintaan terhadap profesion,

berketerampilan, integriti, teladan, mengamalkan kerja sepasukan, proaktif, kreatif

dan inovatif.

S1.3 Domain Sosial

Guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam

masyarakat. Nilai-nilai utama yang patut diamalkan oleh guru adalah keharmonian,

kemahiran sosial, semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap

alam sekitar.

Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman

Guru yang memiliki dan menguasai ilmu yang mantap dapat meningkatkan

profesionalisme keguruan, melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan serta

menjadi lebih kreatif dan inovatif. Bidang pengetahuan yang patut dikuasai oleh guru

adalah seperti yang berikut:

S2.1 Falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam

pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

S2.2 Falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran,

dan keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang

diajarkan.

S2.3 Kandungan mata pelajaran yang diajarkan.

S2.4 Kandungan Ilmu Pendidikan

S2.5 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), media dan sumber pendidikan

dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum.

S2.6 Strategi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

S2.7 Kaedah pentaksiran dan penilaian, dan penyelidikan tindakan untuk

menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran.

S2.8 Potensi murid dan cara mengembangkannya secara menyeluruh dan

bersepadu.

Page 50: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

40

Standard 3: Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran Standard ini memfokuskan kebolehan guru untuk membuat perancangan,

pelaksanaan dan penilaian pengajaran dan pembelajaran akademik dan

kokurikulum. Kemahiran yang patut ada pada semua guru adalah seperti yang

berikut:

S3.1 Kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran

berdasarkan Sukatan Pelajaran dan takwim dengan mengambil kira

perbezaan kebolehan, pengetahuan sedia ada, serta jangkaan pencapaian

murid.

S3.2 Kemahiran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan

menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik serta

mengintegrasikan kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran teknologi

maklumat dan komunikasi, kemahiran pemudah cara dan kemahiran

mentaksir dan menilai.

S3.3 Kemahiran memantau, mentaksir dan menilai keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran bertujuan memperbaik pengajaran guru dan meningkatkan

pencapaian murid.

S3.4 Kemahiran mengurus bilik darjah; melibatkan pengurusan hubungan

kemanusiaan, masa, ruang, dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang

bermakna dan berkesan.

Perincian Keperluan

Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan latihan dengan

mengambil kira dasar kerajaan, peruntukan kewangan, pekeliling am dan arahan

pentadbiran, tuntutan serta perkembangan semasa. Lima keperluan penting latihan

perguruan telah dikenalpasti bagi memastikan guru mencapai tahap kompetensi

yang diharapkan iaitu:

Keperluan 1: Kelayakan Masuk dan Prosedur Kemasukan Program Latihan

Perguruan

Untuk memastikan permohonan yang layak sahaja ditawarkan mengikuti program

latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut mematuhi syarat dan

prosedur berikut:

K1.1 Mengiklankan permohonan

K1.2 Menapis semua permohonan dan memanggil calon yang layak untuk

menduduki Ujian kelayakan

K1.3 Memanggil calon guru yang melepasi ujian kelayakan pada tahap yang

ditetapkan untuk menghadiri temu duga

Page 51: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

41

K1.4 Melaksanakan sesi temu duga calon guru

K1.5 Membuat tawaran kepada calon guru yang berjaya

K1.6 Mendaftar calon guru berpandukan buku panduan pendaftaran

K1.7 Menandatangani perjanjian latihan perguruan

Keperluan 2: Latihan, Pentaksiran dan Penilaian

Bagi memenuhi keperluan latihan, pentaksiran dan penilaian latihan perguruan,

agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan perkara berikut:

K2.1 Kurikulum latihan

K2.2 Sumber manusia yang berkelayakan, kompeten, dan mencukupi

K2.3 Program terancang bagi guru pelatih memperoleh pengetahuan dan

pengalaman di sekolah

K2.4 Sumber pengajaran dan pembelajaran

K2.5 Pentaksiran dan penilaian berdasarkan peraturan peperiksaan dan penilaian

yang sedang berkuatkuasa.

Keperluan 3: Kolaborasi

Bagi meningkatkan lagi kualiti latihan perguruan, agensi dan institusi latihan

perguruan patut mewujudkan permuafakatan dengan pelbagai pihak seperti yang

berikut:

K3.1 Sekolah

K3.2 Institusi pengajian tinggi tempatan dan luar Negara

K3.3 Badan bukan kerajaan seperti persatuan, unit beruniform serta sukan dan

permainan.

Keperluan 4: Infrastruktur dan Infostruktur

Bagi menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan,

bermakna dan menyeronokkan, agensi dan institusi latihan perguruan patut

menyediakan prasarana dan sumber yang lengkap dan terkini seperti yang berikut:

Page 52: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

42

K4.1 Menyediakan kemudahan fizikal yang sesuai dan mencukupi bagi memenuhi

keperluan kurikulum dan kokurikulum, pengurusan dan pentadbiran, serta

kebajikan pelajar dan staf berdasarkan spesifikasi standard dan kos yang

sedang berkuatkuasa.

K4.2 Menyediakan rangkaian infostruktur yang bersepadu untuk menyokong

aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan dan pentadbiran.

Keperluan 5: Jaminan Kualiti

Mekanisme jaminan kualiti merupakan aspek penting bagi memastikan latihan

perguruan yang dilaksanakan kekal bermutu tinggi. Pemantauan, penilaian, dan

pelaporan perlu dibuat terhadap perkara-perkara berikut bagi menjamin kualiti latihan

perguruan:

K5.1 Pemastian jaminan kualiti terhadap Standard

K5.2 Pemastian jaminan kualiti terhadap Keperluan

K5.3 Penandaarasan latihan perguruan

K5.4 Pemastian Kod Amalan Jaminan Kualiti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Kesimpulannya, Standard Guru Malaysia menetapkan tahap pencapaian kompetensi

profesional yang patut dicapai oleh guru untuk menjamin dan mengekalkan

pendidikan yang berkualiti kepada warganegara Malaysia kini dan akan datang.

Buku Standard Guru Malaysia, bersama-sama dengan buku Panduan Standard Guru

Malaysia dan Manual Instrumen Standard Guru Malaysia akan dapat memastikan

guru yang dihasilkan mempunyai kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai

profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran

dan pembelajaran.

TUGASAN

11Memiki 1. Sejauh manakah kefahaman terhadap prinsip etika dapat

meningka meningkatkan profesionalisme keguruan.

2. Bincangkan bagaimana Standard Guru Malaysia boleh

memberikan impak positif dalam bidang pendidikan negara.

Page 53: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

43

SINOPSIS

Tanggungjawab guru kini kian mencabar bukan sahaja melalui profesion keguruan itu

sendiri tetapi juga dari masyarakat yang telah meletakkan harapan yang tinggi terhadap

guru dan sekolah. Justeru, kestabilan emosi guru sangat diperlukan untuk mengelakkan

sebarang tekanan dalam melaksanakan amanah yang telah ditetapkan. Sewajarnya

seseorang guru mempunyai keupayaan untuk menjalankan semua tanggungjawab yang

diberi tanpa sebarang tekanan. Ini kerana guru mempunyai peranan yang penting untuk

membangunkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan

sosial. Sehubungan itu, sangatlah penting seseorang guru mengurus tugas dan

tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka tanpa stres dan tekanan.

Sekiranya guru gagal mengurus emosi dan stres yang dihadapi, maka sukarlah baginya

untuk membentuk modal insan sebagaimana yang diharapkan melalui Dasar Pendidikan

Kebangsaan.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:

iv. Mengenal pasti punca-punca stres dan burnt out.

v. Menghuraikan tanda-tanda stres dan burnt out.

vi. Membincangkan implikasi burnt out kepada individu khususnya guru.

vii. Membezakan antara stres dan burnt out.

viii. Membincangkan langkah-langkah mengatasi tekanan emosi dalam kalangan guru.

KERANGKA TAJUK

7.1 Membina Negara Bangsa

7.2 Memartabatkan profesion keguruan

7.3 Stres dan Burnout dalam kalangan guru

7.4 Tugasan

UNIT 7

CABARAN PROFESION KEGURUAN

Page 54: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

44

STRES

Konsep Stres

Stres adalah satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental dan kerap

menyerang masyarakat pada masa kini. Dari sudut bahasa stres membawa maksud

tekanan di mana tekanan ini adalah fitrah kehidupan (Harunsani,2004 dalam Mohd

Taib dan Hamdan 2006). Menurut Mohd Salleh (1994) stres adalah reaksi fizikal dan

mental seseorang akibat sesuatu situasi yang menyebabkan ketidakselesaan dalam

hidup. Ketidakselesaan ini boleh memberi dua kesan berbeza kepada individu iaitu

sama ada kesan positif atau negatif. Stres pada kadar rendah adalah positif kerana

ia boleh menggerakkan individu untuk mencapai apa yang ingin dicapai. Sebaliknya

stres pada kadar tinggi boleh mendatangkan kemudaratan seperti kemerosotan

kesihatan atau perhubungan.

Di Malaysia masalah stres dalam kalangan guru memang hebat dibincangkan dan

banyak kajian yang telah dijalankan untuk mengkaji aspek ini. Mengikut Kyriacou

(2000) stres guru ialah pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingini seperti

tekanan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan kemurungan akibat daripada

tugasnya sebagai seorang guru. Bebanan tugas guru dan perubahan yang berlaku

dalam sistem pendidikan adalah antara faktor yang menyumbang kepada masalah

stres dalam kalangan guru.

Jenis-Jenis Stres

Mengikut Cockburn (1996) terdapat lima jenis stres yang dialami oleh guru iaitu;

Stres ‘here and now’

Stres ‘here and now’ didefinisikan sebagai stres yang wujud pada sesuatu masa atau

ketika. Contohnya; ketika peperiksaan, pertengkaran atau ketika berlaku

kemalangan.

Stres ‘anticipation’

Stres ‘anticipation’ merujuk kepada situasi di mana guru bertindak balas terhadap

sesuatu perkara yang dijangkakan. Contohnya; apabila guru baharu dilantik untuk

menjadi guru kelas dan terpaksa berjumpa dengan ibubapa dalam perjumpaan

PIBG. Sebagai guru baharu yang tiada berpengalaman, situasi ini boleh

menimbulkan perasaan stres ‘anticipation’.

Stres imaginatif

Stres imaginatif wujud apabila individu akan berimaginasi tentang sesuatu yang

menakutkan atau negatif. Sebagai contoh; anda tinggal bersendirian di rumah dan

anda mendengar pelbagai bunyi di luar. Secara tidak langsung anda akan mula

mengandaikan bahawa terdapat pencuri di luar yang sedang mencuba untuk

menceroboh rumah anda.

Page 55: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

45

Stres Reaktif

Stres reaktif ialah stres yang wujud akibat daripada peristiwa atau pengalaman

lampau. Ia berlaku secara semulajadi. Contohnya ialah apabila seseorang individu

baharu sahaja kehilangan orang yang disayangi. Proses mengimbas semula

pengalaman lampau ini akan menyebabkan stres reaktif berlaku.

Stres Negatif

Stres negatif ialah sesuatu yang memuncak dalam tempoh masa sama ada hari,

minggu, bulan atau tahun. Ia boleh disebabkan satu punca sahaja seperti masalah

kewangan atau rumah tangga.

Punca-Punca Stres

Menurut Faizah dan Mazlan (2010), Punca stres kehidupan merangkumi lapan

faktor iaitu :

Gaya Hidup

a. Disiplin pemakan yang tidak sihat.

b. Gemar berbelanja menggunakan kad kredit walaupun ada kalanya barangan

yang dibeli tidak diperlukan.

c. Tidak dapat membezakan antara waktu bekerja dengan waktu berehat

bersama-sama keluarga.

d. Kurang melakukan senaman bagi menjaga kesihatan diri.

e. Tidak dapat menyusun ritma tidur yang sistematik.

Kewangan

a. Mempunyai masalah disiplin kewangan yang teruk.

b. Sifat individu yang tidak pernah merancang sebelum berbelanja.

c. Gaji yang tidak mencukupi untuk menampung kehidupan peribadi dan

keluarga.

d. Perancangan kewangan yang buruk.

e. Kerap terganggu dengan masalah kewangan.

Personaliti

a. Sukar untuk melahirkan perasaan gembira.

b. Tabiat terlalu banyak bercakap daripada mendengar.

c. Kerap tergesa-gesa untuk menyiapkan sesuatu kerja.

d. Kerap mengambil keputusan tanpa berfikir secara rasional.

e. Mudah marah walaupun terhadap perkara-perkara yang remeh dan kecil.

Spiritual.

a. Tidak redha terhadap apa yang telah berlaku ke atas diri sendiri.

b. Mudah menyalahkan orang lain.

c. Sukar untuk berasa tenang apabila menghadapi sesuatu masalah

atau dugaan hidup.

d. Sukar menjalinkan hubungan persahabatan.

e. Kurang bersabar dalam menghadapi sesuatu keadaan terutamanya

yang melibatkan perkara-perkara yang sukar.

Page 56: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

46

Peristiwa Hidup

a. Berasa diri tidak berguna. Keadaan ini berlaku akibat sikap yang terlalu

melihat kelemahan diri dan aspek negatif berbanding aspek yang positif.

b. Seseorang yang mempunyai kenangan pahit yang sentiasa membelenggu

kehidupan.

c. Berasa Tuhan tidak adil terhadap dirinya.

d. Kerap berasa kesunyian. Keadaan ini telah membuatkan individu itu merasa

bosan dan stres.

e. Masalah sejarah perpisahan yang telah membuatkan diri merana dan sentiasa

mengalami stres.

Persekitaran

a. Berasa lemas dan sesak kerana terlalu ramai anggota keluarga

tinggal bersama-sama di dalam sebuah rumah.

b. Mempunyai masalah dengan jiran.

c. Individu yang berasa bilik tidur tidak selesa dan tidak sesuai untuk

dijadikan tempat berehat.

d. Mempunyai masalah dengan suasana kehidupan keluarga yang

bising dan menyebabkan fikiran seseorang kusut.

e. Berasa tempat tinggal sekarang terlalu sesak dan tidak selesa.

Perhubungan

a. Mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan rakan sekerja.

b. Berasa rakan-rakan sukar untuk mendengar luahan perasaan yang

hendak dikongsi.

c. Mempunyai masalah sukar berasa gembira apabila bersama rakan.

d. Berasa orang yang rapat dengan anda sukar untuk memahami diri

anda.

e. Mempunyai sikap tidak selesa apabila bergaul dengan masyarakat

setempat.

Pekerjaan

a. Mempunyai sikap suka melambat-lambatkan kerja.

b. Mempunyai masalah dengan kawalan pelajar semasa mengajar.

c. Berasa jadual waktu mengajar yang diberikan kepadanya adalah

membebankan.

d. Berasa kurang dihargai oleh pihak sekolah.

e. Seseorang yang beranggapan bahawa dasar pelajaran membebankan dan

terlalu banyak perubahan dilakukan.

Tanda-Tanda Stres

Psikologikal

Ciri-ciri Psikologikal

Mudah berasa bimbang, tertekan, keliru dan mudah meradang.

Timbulnya perasaan kecewa, marah dan kebencian.

Page 57: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

47

Emosi terlalu sensitif dan sangat pasif.

Memendam perasaan, menarik diri dan kemurungan.

Kurangnya komunikasi yang berkesan.

Timbulnya perasaan tidak mahu bergaul dan suka mengasingkan diri.

Rasa bosan dan tiada kepuasan kerja.

Keletihan pada mental, penurunan fungsi intelektual dan kehilangan

tumpuan.

Kehilangan sifat spontaneity dan kreativiti.

Menurunya rasa harga diri.

Tingkah laku

Ciri-ciri Tanda Tingkah Laku

Suka melengah-lengahkan kerja, mengelak bekerja dan suka ponteng kerja.

Menurunnya prestasi dan produktiviti kerja.

Meningkatnya penggunaan alkohol, penyalahgunaan dadah dan bahan-bahan

terlarang.

Kerap menunjukkan tingkah laku sabotaj dalam pekerjaan.

Tabiat makan yang melampau dan peningkatan berat badan.

Tingkah laku makan yang tidak normal sebagai bentuk penarikan diri dan kehilangan

berat badan dengan tiba-tiba dan kemungkinan hal berkombinasi dengan tanda-

tanda kemurungan.

Meningkatnya tingkah laku berisiko tinggi, termasuk cuai dalam memandu dan

berjudi.

Meningkatnya tingkah laku agresif, vandalisme dan jenayah.

Menurutnya kualiti hubungan dengan keluarga dan rakan.

Membunuh diri atau cuba membunuh diri.

Tanda Fizikal

Ciri-ciri Tanda Fizikal

Meningkatnya denyutan jantung, tekanan darah dan kecenderungan mengalami

penyakit kardiovaskular.

Meningkatnya rembesan hormon stres (contohnya, adrenaline dan nonadrenaline)

Mengalami masalah gangguan gastrointestinal termasuklah irritable bowel

syndrome, radang dinding usus besar dan ulser.

Meningkatnya kecederaan dan kemalangan pada tubuh badan

Keletihan fizikal dan berkemungkinan mengalami sindrom keletihan yang kronik.

Gangguan pernafasan, termasuklah gangguan keseluruhan bahagiannya.

Gangguan pada kulit.

Sakit kepala, sakit pada bahagian bawah punggung dan ketegangan otot.

Rosaknya fungsi imunisasi badan, termasuklah mempunyai risiko tinggi untuk

menghidapi kanser.

Rumusan

Stres boleh menjejaskan banyak aspek kehidupan individu. Bagi mengelakkan stres

individu itu perlu mengenal pasti situasi yang menimbulkan stres dan bagaimana

Page 58: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

48

individu itu boleh mengendalikannya. Lebih banyak seseorang itu memahami

tentang dirinya, maka pengendaliannya akan lebih baik.

BURNT OUT DALAM KALANGAN GURU

Konsep Burnt out

Burnt out diperkenalkan oleh Freudenberger (Wood, 2000). Burnt out didefinisikan

sebagai satu keadaan yang disebabkan oleh depersonalisasi, keletihan dan suatu

pencapaian yang semakin menurun. Keadaan ini menunjukkan keletihan dari segi

emosi, mental, fizikal yang disebabkan stres yang melampau dan berpanjangan.

Keadaan ini akan menyebabkan seseorang individu menjadi hilang minat dan

motivasi untuk terus melaksanakan kewajipan serta tugas dalam kehidupan

seharian.

Implikasi Burnt out

Burnt out akan menyebabkan individu jadi :

- pemarah

- bersifat sinis

- lemah semangat

- berasa tidak berguna

- berasa tidak berupaya

- kurang daya produktivitinya

Kesan terakhir yang lebih teruk adalah individu tidak boleh berfungsi dengan baik lagi.

Tanda fizikal

– rasa letih sepanjang masa, imuniti rendah, perubahan masa tidur dan cara

pemakanan, sakit kepala, sakit belakang dan otot.

Tanda tingkah laku

– menarik diri daripada tanggungjawab, mengasingkan diri daripada orang lain,

menangguhkan tugas dan mengambil masa yang lama untuk menyempurnakannya,

menggunakan bahan ubat atau alkohol untuk menangani masalah, memindahkan

kekecewaan kepada orang lain, mengabaikan tugas, datang kerjalewat tetapi balik

awal.

Tanda emosi

– berasa diri gagal, ragu-ragu pada diri sendiri, kurang motivasi, tidak berupaya,

kurang berpuas hati, mengasingkan diri, imej semakin negatif dan sinis.

Punca-Punca Burnt out Guru

Selepas membaca bahagian ini anda akan tahu punca-punca yang menjadikan

seseorang itu burnt out.

Punca-puncanya:

1. berasa tidak dihargai walaupun telah bekerja dengan penuh komitmen

2. Kehendak pelanggan melebihi keupayaan guru, contohnya tekanan memenuhi

target peperiksaan sangat tinggi sedangkan jumlah guru kurang).

3. kurangnya budaya mentor misalnya guru-guru baru biasanya memerlukan

bimbingan daripada rakan yang lebih senior. Namun budaya membimbing

Page 59: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

49

kurang dilaksanakan akibat setiap guru dibebani oleh pelbagai tugasan

perkeranian.

4. tiada pengiktirafan dan ganjaran, ekspektasi tugas yang tidak jelas, suasana

kerja yang tidak bersistematik.

5. dari segi sosial kerja yang terlalu kuat tanpa rehat, tiada masa untuk bersosial,

diberi tugas yang banyak tanpa bantuan, tidak cukup tidur dan kurangnya

sokongan.

6. personaliti guru sendiri juga menjadi penyebab kepada burnt out.

7. mengalami stres dalam tempoh yang panjang.

Perbezaan antara Stres Dan Burnt out

Jadual 6 Perbezaan antara Stres dan Burnt out

STRES BURNT OUT

Penglibatan diri yang keterlaluan Pelepasan dari melibatkan diri

Menyebablkan perasaan cemas dan

hiperaktif

Menghasilkan ketidakupayaan dan berputus

asa

Kehilangan tenaga Kemerosotan motivasi dan harapan

Mengakibatkan kegelisahan Mengakibatkan pengasingan dan

kemurungan

Kecederaan secara fizikal Terhiris perasaan

Mungkin menyebabkan maut terlalu awal Mungkin menyebabkan perasaan seperti

hidup tidak bermakna

Cara-Cara Mengatasi Burnt out

Peningkatan profesionalisme dalam pengurusan stres perlu dilaksanakan. Antara aktiviti

yang boleh dilaksanakan ialah:

- bengkel pengurusan masa

- bengkel pengurusan stress

- bengkel pengurusan kewangan

- latihan rekreasi dan pemakanan

- peningkatan tahap ketahanan diri

- membentuk budaya saling memahami

- membentuk suasana kerja yang kondusif

- meningkatkan kecerdasan emosi guru

- sambutan perayaan mengikut kaum yang terdapat di sekolah.

Rumusan

Dengan membaca modul ini sedikit sebanyak membantu anda lebih memahami

konsep burnt out, tanda-tandanya, punca-punca yang menyebabkan burnt out, serta

cara-cara mengatasinya. Guru yang berkesan adalah guru yang dapat menangani

masalah sendiri dan dapat terus melangkah dengan melaksanakan tanggungjawab

dengan cemerlang serta membahagiakan diri sendiri.

Page 60: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

50

TUGASAN

Pernahkah anda mengalami keadaan-keadaan seperti tersebut? Jika ya,

anda mungkin tergolong dalam kalangan mereka yang mengalami burnt

out.

Bincang secara berpasangan langkah-langkah untuk mengelakkan diri

daripada mengahadapi burnt out.

Page 61: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

51

BIBLIOGRAFI

Ab. Rahim Selamat (2000). Pengurusan Sekolah Bestari. (Satu Pengenalan). Johor Bahru. Badan Cemerlang Sdn. Bhd.

Azizi Jaafar, Abd. Razak Abdul Kadir & Awang Abdullah (2015). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Selangor: Penerbit Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2008). Standard Guru Malaysia (SGM). Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia Bailey, R. (2014). The Philosophy of Education: An Introduction. London: Bloomsbury Publishing. Johnston Derek (2007). A brief History of Philosophy. Continuum, London. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Journey to Excellence. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Nodding, N. (2006). Philosophy of Education (2nd ed.), Westview Press, Colorado. Mohd Zain Kosnon, Marina Abdul Majid, Maszuria A. Ghani, Mohd Fu’ad Sam & Wan Noor Siah Wan Abdullah (2014). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Selangor: Penerbit Multimedia Sdn. Bhd. Mohd. Daud Hamzah (1993). Penerokaan Teori Kurikulum. Dewan Bahasa dan Pustaka,

K.L. Mohd. Janib Johan. (2001). Etika profesional. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi

Malaysia. Mook Soon Sang (2008). Pengurusan Kurikulum. Puchong. Penerbitan Multimedia Sdn.

Bhd. Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkifli Mahayudin & Zakiah Nordin (2016). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Shah Alam:Penerbit Oxford Fajar Sdn. Bhd. Orstein, A.C.& Hunkins, F.P (2016). Curriculum: Foundations, Principles, and Issues (7th

ed). Boston: Pearson Education, Inc. Ragbir Kaur Joginder Singh (2012). Falsafah dan etika: Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon (2015). Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional. Petaling Jaya: Penerbit Sasbadi Sdn. Bhd.

Page 62: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

52

PENYELARAS MODUL PDPM (ASAS PENDIDIKAN)

Nama Pegawai Akademik

Saadah binti Sumrah

Bidang Asas Pendidikan

PANEL PENGGUBAL EDUD2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Bil. Nama Kelayakan Akademik

1.

RAFIDAH RUHANI Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur

M.Sc. (Psikologi Pendidikan) , UPM B.Ed (TESL) Hons., UPM

2.

AMIRUDDIN BIN ZAINUDIN Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur

MBA(Pengurusan Pendidikan),UKM B.Mass Comm.,UiTM Diploma Perguruan KPLI (BM) ,IBKL

3.

NOOR FITRIYATI BINTI ABDUL SAMAD Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur

M. Sc. (Sains Pengurusan) (UUM) B. Ed (Pengurusan Perniagaan) (UUM) Diploma Lanjutan Sains Pengurusan (UUM)

Page 63: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

53

SIMBOL PEMBELAJARAN

Sila gunakan simbol-simbol berikut bagi tujuan / maksud seperti yang dinyatakan

Gunakan pita rakaman audio atau radio.

Dokumen atau tugasan perlu juga disimpan atau diserahkan kepada

pensyarah dalam bentuk ‘soft copy’.

Masa rehat (panduan sebelum dan selepas sesi pembelajaran).

Gunakan bahan-bahan multimedia.

Rancangkan jadual aktiviti mengikut masa yang ditentukan.

Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir.

Buatkan ujikaji.

Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi.

Senarai semak.

Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam

penyediaan modul.

Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting

dengan membuat ulasan.

Buatkan catatan atau nota-nota penting.

Akses CD-Rom untuk bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam

modul.

Senarai penerangan makna bagi sesuatu istilah.

Page 64: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel ... dilaksanakan pada

54

Akses bahan pembelajaran dalam bentuk video atau VCD.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Rujukan surat khabar.

Panduan kepada pengguna.

Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat

sumber yang berdekatan.

Sediakan geraf yang sesuai supaya dapat memberi gambaran yang

lebih jelas.

Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untuk

membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.

Hasilkan interpretasi anda mengenai sesuatu bahagian yang telah

dibaca dengan cara lukisan atau lakaran (peta konsep, rajah, jadual,

lukisan).

Aktiviti Tutorial

Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.