program diploma pascasiswazah pendidikan (pdpp) … modul pdpm... · apa cara pun, sama ada secara...

63
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MODUL BAHASA MELAYU MPUD2032 KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 1-3, BLOK 2250 JALAN USAHAWAN 1 63000 CYBERJAYA Berkuat Kuasa Mulai November 2018 PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) MOD KURSUS DALAM CUTI (KDC)

Upload: doanthuan

Post on 17-Mar-2019

469 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MODUL BAHASA MELAYU

MPUD2032 KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 1-3, BLOK 2250 JALAN USAHAWAN 1 63000 CYBERJAYA Berkuat Kuasa Mulai November 2018

PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP)

MOD KURSUS DALAM CUTI (KDC)

Page 2: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

ii

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Hak Cipta

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Cetakan November 2018 Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Page 3: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

iii

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ii

Falsafah Pendidikan Guru ii

Notis Hak Pengarang iii

Kandungan iv

Panduan Pelajar v

Pengenalan vi

Agihan Tajuk vii

UNIT 1 ELEMEN-ELEMEN KOMUNIKASI 1 UNIT 2 PENGUCAPAN AWAM 6

UNIT 3 LARAS BAHASA (DALAM TALIAN) 42

UNIT 4 KOMUNIKASI DALAM PENGURUSAN DAN ATUR CARA 45

UNIT 5 ISU-ISU SEMASA KURIKULUM BAHASA MELAYU 47

Bibliografi

50

Panel

51

Simbol 52

KANDUNGAN MUKA SURAT

Page 4: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

iv

PENGENALAN

Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan pembelajaran

agar lebih berkesan. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada pelajar untuk

mendapatkan matlamat dan gaya pembelajaran terkini.

SASARAN KURSUS

Pelajar Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) yang mendaftar dengan Institut

Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran

yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri berkesan jika pelajar dapat

menentukan sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar mempunyai

autonomi dan bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri.

JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)

Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam

pembelajaran bagi setiap satu jam kredit. Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM)

dilaksanakan secara Sepenuh Masa dalam bentuk Kursus Dalam Cuti (KDC), di mana

interaksi bersemuka dilaksanakan pada cuti persekolahan dan hujung minggu. Jumlah

pembelajaran secara bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka secara

kuliah /tutorial/amali dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 40%

lagi adalah pembelajaran pelajar melalui modul pembelajaran.

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

Pembelajaran dalam talian ini menggunakan saluran media terkini yang sesuai.

Pensyarah dan pelajar akan ditentukan masa yang sesuai untuk berinteraksi secara

PANDUAN PELAJAR

Page 5: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

v

langsung dalam talian. Tajuk dan jumlah jam yang akan dipelajari diambil daripada

Maklumat Kursus (MK) mengikut kursus dan semester yang ditawarkan.

SUSUNAN UNIT MODUL

Modul ini ditulis dalam susunan Unit. Setiap unit mempunyai lima eleman asas yang

konsisten:

1. Hasil Pembelajaran Unit

2. Sinopsis

3. Kandungan Unit

4. Penulisan berkaitan kandungan unit

5. Refleksi/ Latihan

Panduan pelaksanaan interaksi bersemuka secara dalam talian bagi tajuk yang

berkaitan disediakan juga. Walau bagaimanapun, pensyarah mengajar perlu

menyediakan bahan bacaan atau nota tajuk tersebut untuk kegunaan pengajaran dan

pembelajaran.

Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui email atau alat

media yang sesuai jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

IKON

Pelajar akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian pelajar agar

pada sekali imbas pelajar akan tahu apa yang harus dibuat.

PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN

Pelajar juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus.

Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila pelajar mendaftar. Peperiksaan

bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Page 6: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

vi

Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam Maklumat Kursus (MK) yang pelajar

pelajari secara interaksi bersemuka, modul pembelajaran dan dalam talian.

PENGENALAN

Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menguasai kemahiran komunikasi dalam

pengajaran bahasa Melayu di sekolah rendah yang meliputi komunikasi lisan dan bukan

lisan.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menghuraikan aspek yang berkaitan dengan kemahiran komunikasi lingkungan

kesantunan berbahasa dengan jelas, berkesan dan penuh keyakinan. (C2, HP1)

2. Mengaplikasikan pengetahuan bahasa Melayu dan kemahiran komunikasi khalayak

dalam menghasilkan interaksi yang berkesan. (C3, HP6, LL7)

3. Membentangkan ciri-ciri bahasa dan laras bahasa mengikut konteks dalam

komunikasi lisan dan bertulis secara berkumpulan.

Page 7: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

vii

AGIHAN TAJUK

Panduan Kepada Pengguna

Modul pembelajaran ini dibina berdasarkan Maklumat Kursus (MK). Jumlah

pembelajaran secara bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka secara

kuliah /tutorial/amali dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 40%

lagi adalah pembelajaran pelajar melalui modul pembelajaran.

TAJUK/ TOPIK

JUMLAH JAM

KESELU-RUHAN

DALAM MK 26 JAM

INTERAKSI BERSEMUKA 60 % MODUL

40% (11 JAM)

KULIAH 40%

(10 JAM)

DALAM TALIAN 20%

(5 JAM)

1. Kemahiran Komunikasi

Takrif dan Fungsi Komunikasi

Bidang-bidang komunikasi

Intrapersonal

Interpersonal

Kumpulan kecil

Massa

Awam

2 1 - 1

2. Elemen-elemen Komunikasi (M) Modul

Penyampai

Penerima

Mesej

Saluran

Maklum balas

Gangguan

2 - 1

1

Page 8: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

viii

TAJUK/ TOPIK

JUMLAH JAM

KESELU-RUHAN

DALAM MK 26 JAM

INTERAKSI BERSEMUKA 60 % MODUL

40% (11 JAM)

KULIAH 40%

(10 JAM)

DALAM TALIAN 20%

(5 JAM)

3. Ciri-ciri Komunikasi Berkesan

Penggunaan bahasa secara positif

Bersifat empati

Pendengar yang baik

Penguasaan Teknik penyoalan dan mendapat maklumat

Penjagaan air muka orang lain

Bersikap terbuka

Bahasa tubuh yang berkesan

2

1

- 1

4. Bahasa dalam Komunikasi Bertulis

Surat rasmi

Memo

Laporan

Minit mesyuarat

3 2 -

- 1

5. Bahasa dalam Komunikasi Bertulis

Rencana

Teks ucapan

Skrip Pengacara

3

2

-

1

6. Pengucapan Awam (M) Modul

2 - 2 -

Page 9: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

ix

TAJUK/ TOPIK

JUMLAH JAM

KESELU-RUHAN

DALAM MK 26 JAM

INTERAKSI BERSEMUKA 60 % MODUL

40% (11 JAM)

KULIAH 40%

(10 JAM)

DALAM TALIAN 20%

(5 JAM)

Jenis-jenis Pengucapan awam

- Ucapan - Ceramah - Syarahan - Pengumuman - Taklimat

6. Pengucapan Awam

Jenis-jenis Pengucapan Awam

- Pidato - Debat

3 2 - 1

6. Pengucapan Awam

Jenis-jenis Pengucapan awam

- Forum

- Pengacaraan

majlis

3 2 - 1

7. Laras Bahasa (DT)

Jenis-jenis laras bahasa

- Laras Bahasa

umum - Laras bahasa

iklan

- Laras Bahasa klasik

- Laras bahasa kreatif

- Laras Bahasa

agama

3 - - 3

Page 10: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

x

TAJUK/ TOPIK

JUMLAH JAM

KESELU-RUHAN

DALAM MK 26 JAM

INTERAKSI BERSEMUKA 60 % MODUL

40% (11 JAM)

KULIAH 40%

(10 JAM)

DALAM TALIAN 20%

(5 JAM)

- Laras Bahasa undang-undang

- Laras Bahasa panggilan

8. Komunikasi dalam Pengurusan Majlis dan Atur Cara (M) Modul

Penyediaan Pentadbiran Majlis dan Atur Cara

Protokol dan etiket soaial dalam majlis

3 - 2 1

9. Isu-isu Semasa Kurikulum bahasa Melayu

Pendidikan Bertaraf Dunia (K)

Kepelbagaian sistem pendidikan bahasa Melayu (K)

Kesepaduan Ilmu (T)

JUMLAH 26 JAM 10 JAM 5 JAM 11 JAM

Nota: K - Kuliah, T - Tutorial, A - Amali, M - Modul, DT - Dalam Talian

Page 11: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

1

UNIT 1

ELEMEN-ELEMEN KOMUNIKASI

PENGENALAN Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dipelajari ialah elemen-elemen yang terdapat dalam komunikasi iaitu penyampai, penerima, mesej, saluran, maklum balas, dan gangguan. HASIL PEMBELAJARAN

KERANGKA TAJUK

1.0 Elemen-elemen Komunikasi

1.1 Penyampai

1.2 Penerima

1.3 Mesej

1.4 Saluran

1.5 Maklum balas

1.6 Gangguan

Di akhir topik ini, pelajar dapat :

1. Menghuraikan aspek yang berkaitan dengan kemahiran komunikasi lingkungan kesantunan berbahasa dengan jelas, berkesan dan penuh keyakinan. (C2, HP1)

2. Mengaplikasikan pengetahuan bahasa Melayu dan kemahiran komunikasi

khalayak dalam menghasilkan interaksi yang berkesan. (C3, HP6, LL7) 3. Membentangkan ciri-ciri bahasa dan laras bahasa mengikut konteks dalam

komunikasi lisan dan bertulis secara berkumpulan.

Page 12: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

2

1.0 Elemen-elemen Komunikasi

Komunikasi merupakan alat terpenting dalam kehidupan untuk menghubungkan

manusia. Perkara ini wajar kerana manusia perlu berinteraksi antara satu sama lain,

baik untuk menyampaikan ideaa, melahirkan perasaan mahupun menyampaikan

maklumat. Dalam konteks ini, komunikasi berlaku apabila mesej disampaikan oleh

penutur kepada pendengar dan disampaikan melalui saluran ataupun media, dan

mendapat respon sepertimana yang dikehendaki. Komunikasi yang berkesan

bergantung kepada banyak faktor dan gangguan yang ketara untuk menghalang

keberkesanan tersebut ialah gangguan ataupun campur tangan orang lain dalam

komunikasi tersebut.

1. 1 Penyampai (komunikator)

Komunikator merupakan orang yang menyampaikan mesejan, samada mereka itu

individu, kelompok ataupun sebuah organisasi. Penyampai mungkin seseorang yang

berbicara atas namanya sendiri, ataupun wakil sekumpulan individu ataupun sebuah

organisasi yang berbicara atas nama kelompok tersebut dan bukan untuk diri sendiri.

Seorang komunikator yang baik perlu mengmbil kira beberapa perkara utama seperti

penampilan diri, cara mengatasi masalah dan kebolehan berbahasa. Dalam aspek

penampilan, faktor ini menjadi asas pandangan menyeluruh penerima terhadap

penyampai. Seorang penyampai yang berperibadi buruk sukar untuk mendapat

kepercayaan daripada penerima dan sukar bagi mereka untuk menyampaikan mesejan

secara berkesan.

Komunikator juga dituntut untuk menguasai masalah, sehingga mesej yang

disampaikan menjadi jelas dari pelbagai aspek dan tidak mengelirukan. Penguasaan

bahasa juga diperlukan, agar proses komunikasi berjalan lancar dan tidak terjadi

kesalahan persepsi. Bukan hanya bahasa, budaya setiap daerah juga berbeza

komunikator perlu memperhatikan hal tersebut agak komunikasi yang dilakukannya

berjalan dengan efektif.

Page 13: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

3

1.2 Penerima

Penyampai merupakan penerima mesej iaitu individu atau kelompok yang menjadi

sasaran mesej. secara umum ada tiga jenis penerima mesej, yaitu personal, kelompok

dan massa. Penerima mesej personal misalnya pada komunikasi yang terjadi lewat

tatap muka empat mata, lewat sms atau panggilan telepon kepada seseorang.

Sedangkan iklan di televisi misalnya, merupakan komunikasi yang penerima mesejnya

adalah massa (khalayak umum). Terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi

penyampai yaitu: keterampilan menangkap dan meneruskan mesej yang diterimanya;

pengetahuan yang cukup seputar mesej yang akan diterimanya, serta sikap yang siap

untuk menerima serta member mesej.

1.3 Mesej

Mesej merupakan ideaa atau gagasan yang disampaikan kepada penyampai. Ideaa

atau gagasan yang ingin disampaikan oleh penyampai harus diolah agar menjadi

sebuah mesej yang bukan hanya dapat dimengerti, tapi juga menarik bagi penyampai

yang menjadi sasaran mesej tersebut. Bergantung kehendak, materi mesej bisa bersifat

informatif (memberikan informasi), persuasif (meyakinkan), atau koersif (berupa

perintah).

Bagi memastikan mesejan dapat disampaikan dengan tepat dan difahami oleh

penerima, mesej yang hendak disampaikan perlu dirancang dengan baik bagi

memenuhi kehendak penyampai dan penerima. Bahasa yang digunakan dalam

menyampaikan mesej sebaiknya dapat dimengerti kedua belah pihak dan tidak

menimbulkan kesalahan persepsi. Dan yang paling penting adalah, mesej perlu

dirancang sedemikian rupa agar dapat menarik minat penyampai, memenuhi

kehendaknya dan menimbulkan kepuasan penyampai.

1.4 Saluran atau Media

Saluran atau media merupakan sarana yang digunakan oleh komunikator untuk

menyampaikan mesej kepada penyampai. Secara umum terdapat tiga macam media

komunikasi, yaitu media umum, media massa, dan media khusus. Media umum

Page 14: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

4

merupakan media yang dapat digunakan oleh semua orang, misalnya telefon, surat,

mesia sosial, dan lain-lain.

Media massa merupakan media yang digunakan untuk komunikasi massa (skala masal).

Contoh media massa misalnya akhbar, majalah, radio, televisi, dan sebagainya.

Sedangkan media khusus merupakan media yang hanya digunakan secara terbatas.

1.5 Maklum balas

Maklum balas merupakan reaksi atau respon yang diberikan penyampai untuk

menanggapi mesej yang diterima. Maklum balas ini bisa berupa maklum balas negatif

maupun maklum balas positif. Maklum balas dapat membantu komunikator untuk

menilai apakah komunikasi yang dilakukannya efektif atau tidak. Jika maklum balas

yang diberikan positif, berarti komunikasi yang dilakukan efektif (baca juga: komunikasi

yang efektif).

Maklum balas bisa diberikan secara langsung maupun tidak langsung. Maklum

balas langsung biasanya terjadi jika penyampai dan komunikator melakukan komunikasi

secara langsung, misalnya dalam pembicaraan tatap muka (baca juga: komunikasi antar

pribadi). Maklum balas langsung bisa berupa komentar maupun gesture tubuh.

Sedangkan maklum balas tidak langsung terjadi jika penyampai dan komunikator tidak

dapat melakukan kontak langsung dalam berkomunikasi. Biasanya terjadi

pada komunikasi yang melibatkan banyak orang didalamnya (komunikasi massa).

Maklum balas tidak langsung bisa berupa surat pembaca, atau undian.

1.6 Gangguan

Hambatan atau gangguan merupakan faktor-faktor yang menyebabkan terhambatnya

proses komunikasi (baca juga: hambatan-hambatan komunikasi). Gangguan ini bisa

menyebabkan kesalahan pemaknaan mesej oleh penyampai, sehingga mesej tidak

tersampaikan dengan baik, dan komunikasi tidak berhasil dilakukan. Gangguan tersebut

bisa berasal dari komunikator, mesej, saluran ataupun penyampai.

Gangguan yang berasal dari komunikator misalnya jika komunikator tidak

kompeten, tidak dapat menguasai situasi ketika menyampaikan mesej. gangguan mesej

Page 15: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

5

misalnya ketika mesej tidak sepenuhnya disampaikan atau terpotong, atau jika mesej

menggunakan bahasa yang kurang dimengerti oleh penerima.

Gangguan yang berasal dari saluran seringkali terjadi pada media elektronik,

misalnya gangguan telepon. Sedangkan gangguan pada penyampai misalnya

penyampai kurang mendengarkan atau pengetahuan penyampai mengenai mesej yang

disampaikan kurang memadai.

Bincangkan komunikasi secara efektif atau komunikasi berkesan yang

boleh dilaksanakan oleh pengetua atau guru besar dalam membentuk

pasukan kerja yang dinamik di sekolah.

Page 16: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

6

UNIT 2

PENGUCAPAN AWAM

SINOPSIS

Tajuk ini membincangkan jenis-jenis pengucapan awam seperti ucapan, ceramah,

syarahan, pengumuman dan taklimat.

HASIL PEMBELAJARAN KERANGKA TAJUK 2.0 Jenis-jenis Pengucapan Awam

2.1 Ucapan

2.2 Ceramah

2.3 Syarahan

2.4 Saluran

2.5 Pengumuman

2.6 Taklimat

2.0 Pengucapan Awam

Pengucapan awam ialah pelahiran bahasa dengan penuh bermakna melalui

komunikasi lisan (suara dan perkataan) dan bukan lisan (anggota tubuh

perucap). Pengucapan awam menggunakan komunikasi verbal dan bukan

verbal. (Abdul Mua’ti, 2000).

Pada akhir topik ini, pelajar dapat :

Menerangkan maksud pengucapan awam dan jenis-jenisnya.

Membanding beza antara pengucapan awam – ucapan, ceramah, syarahan,

pengumuman dan taklimat.

Menjelaskan kepentingan pengucapan awam- ucapan, ceramah, syarahan,

pengumuman dan taklimat kepada seseorang guru.

Page 17: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

7

Unsur-unsur Pengucapan Awam

Terdapat empat unsur pengucapan awam yang sekaligus menjadikannya

berbeza daripada lain-lain jenis komunikasi. Keempat-empat unsur tersebut

ialah:

i. Pengucap

Individu yang merupakan sumber atau punca datangnya sesuatu mesej.

Sesiapa sahaja yang mempunyai bahan atau maklumat untuk dikongsi

dengan orang lain sebenarnya boleh menjadi pengucap.

ii. Ucapan

Bahan atau isi bicara yang ingin disebarkan kepada orang lain. Bahan ini

merupakan isi kandungan atau maklumat yang disampaikan oleh pengucap

kepada pendengarnya. Isi bicara boleh terdiri dari sebarang topik yang

menyentuh sesuatu subjek asalkan disesuaikan dengan pendengarnya.

iii. Audiens/khalayak

Mereka yang merupakan sasaran pengucap. Pengucap seharusnya

menyelaraskan isi bicaranya agar bersesuaian dengan kelompok sasaran ini.

Dengan ini barulah mesej yang disampaikan dapat diterima dan

membuahkan hasil yang dihajati. Audien ini hendaklah terdiri daripada

sekurang-kurangnya lapan belas atau dua puluh orang.

iv. Situasi

Keadaan dalam sesuatu ucapan itu disampaikan. Lazimnya ucapan

disampaikan dalam situasi yang terancang.

2.1 Ucapan

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, ucapan bermaksud apa-apa yang

diucapkan, bunyi lafaz, sebutan kata dan ujaran. Selain itu, ucapan juga

bermaksud cara menyebut sesuatu kata, lafaz dan sebutan.

Page 18: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

8

Kemahiran bercakap dan berucap merupakan salah satu kemahiran

penting dalam hidup. Setiap kali kita membuka mulut, orang lain akan menilai

kebolehan dan penampilan kita. Kejayaan hidup dan berjaya kadangkala

ditentukan oleh penampilan dalam khalayak melalui ucapan. Tidak semua orang

mempunyai bakat besar dan boleh menjadi pemidato terkenal. Sebahagian besar

daripada mereka perlu menjalani latihan. Tidak dinafikan juga bahawa sesuatu

ucapan memerlukan persiapan yang rapi, tidak kira jenis ucapan lebih-lebih lagi

apabila ucapan memerlukan skrip.

Terdapat empat jenis ucapan, iaitu:

a) Ucapan impromptu

Ucapan jenis ini dibuat tanpa sebarang persediaan. Ucapan ini sukar

dilakukan dan ada kalanya boleh merosakkan kredibiliti seseorang.

Ucapan jenis ini tidak digalakkan, melainkan dalam keadaan-keadaan

yang tidak dapat dielakkan.

b) Ucapan yang dihafal

Pengucap menghafal keseluruhan ucapannya perkataan demi perkataan.

Ucapan jenis ini sukar dibuat kerana bergantung kepada kekuatan daya

ingatan dan penghafalan seseorang. Ucapan ini juga sukar diubah suai

berdasarkan perubahan situasi dan reaksi audiens. Apa-apa yang

diluahkan oleh pengucap hanyalah isi yang telah dihafalnya terlebih

dahulu.

c) Ucapan yang dibaca dari teks atau manuskrip

Pengucap membaca perkataan demi perkataan yang tertulis dalam teks

atau manuskripnya. Ucapan ini amat bergantung dan terhad kepada apa-

apa yang tertulis dalam teks sahaja. Penyampaian ucapan akan kelihatan

lebih baik sekiranya pengucap menyediakan sendiri teksnya.

Penyampaian akan menjadi hambar sekiranya pengucap membaca teks

orang lain kerana sukar untuk menghayati isi bicara yang ditulis oleh pihak

Page 19: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

9

lain. Pengucap juga akan menggunakan bahasa tulisan dan nada baca,

bukannya bahasa dan nada percakapan. Namun, ucapan ini sesuai

digunakan sekiranya perkara tersebut berkaitan dengan polisi dan

pembentangan seperti Pembentangan Belanjawan Negara.

d) Ucapan extemporaneous

Ucapan ini menggabungkan kesemua jenis ucapan. Pengucap membaca

idea-idea utama, kenyataan-kenyataan, petikan-petikan dan data-data

yang memerlukan ketepatan dari kad notanya. Pengucap juga menghafal

penghuraian idea-idea utama, contoh-contoh dan petikan-petikan yang

mudah. Pengucap boleh mengubah suai secara spontan untuk

diselaraskan dengan reaksi audiens dan perubahan situasi. Oleh itu,

ucapan jenis ini sangat menarik dan tidak hambar.

Tujuan sesuatu ucapan yang disampaikan

Terdapat empat tujuan ucapan disampaikan, iaitu:

a) Untuk memberitahu sesuatu maklumat

Pengucap berhasrat untuk memberitahu sesuatu maklumat, perkara atau

fenomena kepada audiens. Ucapan jenis ini juga ada kalanya disebut ucapan

pemberitahuan atau informative. Kuliah, ceramah, syarahan, pembentangan kertas

kerja, taklimat dan sebagainya termasuk dalam ucapan jenis ini.

b) Untuk membujuk atau mempengaruhi

Pengucap berhasrat untuk mempengaruhi audiens supaya setuju dengan

cadangan yang diberi. Antara contoh ucapan jenis ini ialah kempen politik, kempen

keselamatan jalan raya, antidadah, kempen kebersihan, kempen jurujual dan

sebagainya. Pengucap akan mengubah kepercayaan audiens daripada tidak percaya

kepada percaya. Kemudian pengucap akan mengubah sikap audiens dari tidak suka

kepada sukakan barangan tersebut. Akhirnya, pengucap cuba mengubah perlakuan

audiens dari tidak mahu membeli kepada mahu membeli barangan tersebut. Terdapat

juga pengucap mahu mengubah ketiga-tiga aspek tadi dan ada ketikanya pengucap

Page 20: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

10

mahu mengubah satu aspek sahaja dalam satu masa. Hal ini bergantung kepada isu

dan keadaan psikologi audiens.

c) Untuk menghibur

Pengucap bertujuan untuk membuatkan audiensnya rasa seronok, riang atau

terhibur. Kebiasaannya ucapan ini terdapat dalam majlis-majlis keraian seperti majlis

makan malam, majlis jamuan tengahari dan sebagainya. Seorang tokoh akan diundang

untuk menyampaikan ucapan selepas hadirin selesai menjamu selera. Tujuannya

adalah untuk membangkitkan rasa riang ria dan seronok. Pengucap akan memberi

tumpuan kepada isi yang berkaitan perkara-perkara pelik dalam organisasi atau

kehidupan seharian.

d) Ucapan dalam majlis-majlis khas

Terdapat pelbagai jenis ucapan bagi pelbagai majlis-majlis khas dan tujuan yang

disampaikan di pelbagai tempat dan pada masa yang berlainan. Setiap jenis ucapan

mempunyai gaya dan isi ataupun penekanan yang berlainan.

1) Ucapan Majlis Anugerah

Terdapat dua jenis ucapan bagi majlis anugerah, hadiah ataupun pengiktirafan

awam yang lain bagi mengiringi majlis itu, iaitu ucap jasa daripada pihak yang

memberi anugerah dan ucapan balas daripada penerima anugerah. Ucap jasa

adalah sejenis ucapan khusus. Ucapan ini perlu kreatif dan disampaikan dengan

gaya yang menarik. Pengucap perlu mewawancara tokoh tersebut ataupun

mengkaji pencapaian dan latar belakangnya. Teks ucap jasa perlu memuatkan

sumbangan, pengorbanan, pencapaian dan keistimewaan tokoh tersebut dalam

sesuatu bidang. Ucapan jenis ini biasanya disediakan dalam bentuk teks.

Ucapan balas pula, perlu menyatakan pandangan dan harapan tokoh berkenaan

isi yang releven. Biasanya ucapan ini berkaitan bidang kepakarannya ataupun

organisasi yang menyampaikan anugerah kepadanya.

2) Ucapan Makluman

Page 21: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

11

Ucapan jenis ini bersifat informatif, padat dengan fakta, maklumat dan

penjelasan berkenaan sesuatu hal. Ucapan makluman menyentuh dasar negara,

negeri, syarikat, jabatan, kelab, persatuan, sekolah dan seumpamanya. Ucapan

jenis ini mungkin disampaikan oleh Perdana Menteri, ketua pegawai eksekutif,

pengarah, pengerusi, pengetua dan sebagainya.

3) Ucapan Perpisahan

Ada dua jenis ucapan bagi majlis perpisahan ini, iaitu ucapan penganjur dan

ucapan orang yang diraikan. Ucapan perpisahan disampaikan semasa

seseorang hendak berpisah sama ada berpindah kerja, berhenti kerja ataupun

kerana berakhirnya sesuatu projek seperti lawatan. Dalam ucapan seperti ini

dinyatakan rasa penghargaan, bangga dan sebagainya.

Pihak penganjur perlu menyatakan terima kasih atas jasa dan khidmat orang

yang diraikan. Imbas peristiwa menarik dan sikap mulia dengan memberikan

contoh yang sesuai. Dalam majlis seperti itu, orang yang diraikan pula perlu

menyediakan ucapan balas. Pengucap perlu memastikan meninggalkan kesan

positif yang akan menjadi ingatan mereka yang ditinggalkan.

4) Ucapan Politik

Ucapan jenis ini banyak disampaikan oleh ahli politik pelbagai peringkat bagi

pelbagai tujuan termasuk pada masa perhimpunan agong, kem motivasi ataupun

kempen pilihan raya dan parti. Pengucap perlu menguasai isu politik semasa,

kepemimpinan, strategi politik dan isu sosial, ekonomi, pendidikan dan

sebagainya. Ucapan jenis ini perlu banyak menggembleng strategi dan teknik

retorik.

5) Ucapan Penghargaan

Ucapan ini sering disampaikan bagi menyatakan penghargaan dan terima kasih.

Sumbangan individu mungkin dalam bentuk tenaga, wang ringgit ataupun

kepakaran. Lazimnya, ucapan jenis ini ringkas, pendek dan memuji individu itu.

Page 22: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

12

6) Ucapan Nasihat

Ucapan jenis ini menonjolkan panduan dan bimbingan dalam sesuatu perkara.

Tujuannya bagi membaiki peribadi, penampilan, pencapaian dalam sesuatu

perkara ataupun bidang dan sebagainya. Tujuannya adalah bagi mengubah

sikap supaya menjadi lebih positif. Si pengucap biasanya mempunyai kepakaran

ataupun wibawa dalam perkara yang disampaikan bagi meyakinkan khalayak.

Nasihat biasanya diberikan oleh mereka yang berjaya, orang dewasa kepada

golongan lebih muda, guru kepada murid, ibu bapa kepada pelajar, pemimpin

kepada ahli, ketua organisasi kepada kakitangan. Inti ucapan adalah bagi

mengajak mereka berhijrah ataupun berubah kepada yang lebih baik.

7) Ucapan di Dewan Undangan Negeri ataupun Parlimen

Wakil rakyat dikehendaki berucap di Dewan Undangan Negeri ataupun Parlimen

bagi menyampaikan masalah dan aspirasi rakyat yang diwakilinya. Komen dan

cadangan dikemukakan bagi memperbaiki keadaan. Ucapan jenis ini

memerlukan pemahaman yang mendalam berkenaan isu. Gaya dan formatnya

adalah berlainan, khususnya ucapan penghargaan ke atas ucapan ataupun titah

Yang di-Pertua Negeri ataupun titah Yang di-Pertuan Agong.

8) Ucapan Tahniah

Ucapan tahniah disampaikan bagi meraikan kejayaan ataupun pencapaian

individu serta majlis seperti meraikan pengantin. Kejayaannya mungkin dalam

bidang sukan, akademik, kerjaya dan lain-lain. Pujian perlu diberikan kerana

komitmen sehingga membawa kejayaan. Bagi ucapan ini, selalunya ucapan

berlegar sekitar sikap positif dan faktor yang menyumbang kejayaan.

9) Ucapan Motivasi

Ucapan bertujuan menaikkan semangat dalam mengusahakan sesuatu seperti

belajar, berlatih dalam sukan, berperang dan sebagainya. Ucapan jenis ini

bertujuan mendorong khalayak melakukan sesuatu seperti yang dicadangkan

dalam ucapan. Ucapan motivasi perlu meyakinkan dan bersifat persuasif.

Page 23: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

13

Ciri-ciri Ucapan

Terdapat beberapa ciri yang boleh digunakan untuk mengenali pengucapan awam.

Antaranya:

1) Berlaku di tempat awam

Ucapan umum biasanya berlaku di tempat awam seperti di dalam kelas, bilik

kuliah, dewan, auditorium atau di tempat-tempat orang ramai boleh berhimpun.

2) Melibatkan bilangan sasaran yang ramai

Dalam ucapan, penceramah ialah sumber penyampai dan audien yang

mendengar ceramah atau pidatonya ialah penerima maklumat yang ingin

disampaikan.

3) Interaksi antara sumber dengan penerima maklumat adalah rendah

Ucapan awam terjadi secara rasmi dan mempunyai struktur yang tertentu.

Pengucap tidak dapat berinteraksi dengan orang ramai seperti dalam komunikasi

antara individu kerana faktor jarak dan jumlah yang ramai. Ucapannya telah

dirancang lebih awal berdasarkan siapakah yang akan hadir untuk mendengar

ucapan tersebut. Begitu juga dengan penyampaian ucapan memang telah

distrukturkan dengan agenda-agenda tertentu.

Pengucapan Umum yang Berkesan

Terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi untuk mencapai pengucapan umum

yang berkesan untuk menghasilkan hubungan yang intim antara pengucap dengan

khalayak ramai.

1) Bersedia untuk menyesuaikan diri dengan khalayak

Pengucap mestilah belajar menyesuaikan ucapannya dengan keperluan

khalayak. Melalui maklum balas, pengucap yang menghantar maklumat dapat

mengawasi kesan mesejnya ke atas khalayak. Pengucap perlu memberi

perhatian kepada khalayak untuk menilai kesan penerimaan mesej secara tepat.

Page 24: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

14

2) Memberi perhatian kepada maklum balas khalayak

Maklum balas yang diterima daripada khalayak akan menentukan sama ada

pengucap berjaya atau tidak difahami dan diterima oleh khalayak. Maklum balas

boleh terjadi dalam bentuk lisan atau bukan lisan.

3) Sentiasa berwaspada terhadap paras kefahaman khalayak tentang sesuatu tajuk

Lazimya, pengucap tidak berupaya mengetahui paras kefahaman yang sesuai

untuk khalayaknya. Hal ini menyebabkan khalayak gagal memahami perkara

yang telah disampaikan. Pengucap mesti menganalisis khalayaknya lebih lanjut

tentang minat dan kefahaman mereka terhadap perkara yang diperkatakan.

4) Berucap dengan menggunakan paras sikap yang sama dengan khalayak

Sikap khalayak juga boleh mempengaruhi penerimaan mereka terhadap sesuatu

ucapan. Sebagai contoh, seorang tokoh agama yang menyampaikan ceramah

tentang balasan hari akhirat kepada sekumpulan penagih dadah di sebatang

lorong belakang di Kuala Lumpur, perbezaan sikap akan mempengaruhi

kemampuan mereka untuk memahaminya. Pengucap mestilah sampai ke suatu

tahap yang sama paras dengan khalayak supaya mesej yang disampaikan dapat

diterima dengan berkesan oleh khalayak.

Penulisan Teks Ucapan

Penulisan teks ucapan memerlukan persediaan yang teliti agar penyampai dan khalayak

tidak kecewa pada akhir penyampaian ucapan. Umumnya terdapat tiga tahap utama

dalam menulis teks ucapan iaitu prapenulisan, penulisan dan penyuntingan.

1) Prapenulisan

Penulis perlu mengenal pasti dahulu sumber dan seterusnya menentukan tajuk

ucapan pelbagai teknik yang boleh digunakan pada peringkat pencernaan idea

iaitu:

a) Penulisan bebas

Page 25: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

15

Penulis menulis apa-apa sahaja yang terlintas dalam fikirannya dalam

tempoh lima hingga sepuluh minit tanpa berhenti dan tidak memikirkan

sama ada susunannya itu logik ataupun tidak.

b) Penulisan berfokus

Penulis menumpukan kepada persoalan utama perbincangan dan

mengambil kira khalayak.

c) Percambahan fikiran

Penulis berbincang dalam kumpulan kecil dan saling bertukar-tukar idea.

Daripada perbincangan itu, dirumuskan idea yang boleh dijadikan

kandungan utama ucapan.

d) Dialog imaginasi

Penulis cuba mengupas sesuatu persoalan berdasarkan pendapat orang

lain. Dengan itu, idea tidak terhad kepada mengambil pandangan sendiri

sahaja tetapi melangkaui pandangan orang lain.

2) Penulisan

Terdapat tiga bahagian dalam sesuatu teks ucapan iaitu, pendahuluan, isi dan

penutup.

a) Pendahuluan

Pengucap perlu mengenal pasti hadirin dalam majlis. Bahagian pendahuluan

terdiri daripada beberapa perkara seperti salam dan ucap selamat,

penghormatan protokol dan teknik menarik perhatian. Terdapat beberapa

teknik yang boleh digunakan oleh pengucap untuk menarik perhatian

audiens, antaranya ialah:

1) Pendahuluan Soalan

Page 26: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

16

Pertanyaan bertujuan merangsang minda ataupun sekadar mencabar

pemikiran pembaca. Ianya dianggap berjaya apabila dapat mencabar

rasa ingin tahu ataupun pengetahuan pembaca.

2) Pendahuluan Petikan

Walaupun agak mudah digunakan tetapi tidak boleh digunakan sesuka

hati. Hal ini kerana sekiranya penggunannya tidak sesuai, khalayak

tidak akan berminat. Petikan yang menarik dan padat dapat menjadi

pendahuluan yang menarik seperti pemimpin terkemuka, petikan

pujangga dan sebagainya.

3) Pendahuluan Ringkasan

Banyak digunakan oleh pemberita semasa menghasilkan berita jenis

berat. Penulis mengemukakan fakta supaya khalayak terus mengetahui

persoalan yang diketengahkan. Ia juga meletakkan inti ucapan pada

bahagian paling awal bagi memberitahu khalayak supaya mereka terus

mengikuti ucapan .

4) Pendahuluan Penglibatan Peribadi

Pendahuluan jenis ini boleh digunakan apabila penulisnya terlibat

secara langsung peristiwa ataupun mengalami sendiri peristiwa itu.

5) Pendahuluan Latar Belakang

Pendahuluan jenis ini merujuk maklumat yang berkaitan dalam teks.

6) Pendahuluan Harapan

Pendahuluan ini menjurus kepada harapan tokoh sebaik sahaja kata-

kata aluan disampaikan.

7) Menyatakan Syukur

Ada masanya teks ucapan diselitkan dengan kata-kata syukur pada

permulaan ucapan.

Page 27: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

17

8) Pendahuluan Madah

Pendahuluan ini boleh dimulakan dengan madah, pantun, puisi,

perumpamaan ahasa yang sesuai.

9) Pendahuluan Imbasan Lalu

Penulis teks ucapan boleh memasukkan peristiwa yang berlaku

ataupun dialami oleh tokoh sebelum itu. Penulis juga boleh menyentuh

kejadian yang baru berlaku di tempat itu sama ada di dalam ataupun di

luar negara.

10) Memperkenalkan Tujuan

Pengucap boleh menjelaskan tujuan ucapan tersebut. Pengucap

menyatakan aspek yang akan disentuh terutama apabila bidang yang

hendak diliputi adalah luas.

11) Memuji Khalayak

Ada ucapan yang memuji khalayak dengan menyatakan rasa bangga

tokoh kerana sikap positif khalayak. Oleh itu, khalayak akan segera

dapat dimasukkan ke dalam ucapan.

12) Kaitkan dengan Tarikh

Pengucap boleh mengaitkannya dengan tema ucapan yang

dihasilkan itu.

13) Pendahuluan Latar Belakang Watak

Pengucap boleh melukiskan perwatakan ataupun keperibadian

seseorang. Ianya sesuai digunakan bagi ucap jasa dalam majlis

penyampaian anugerah kepada tokoh.

Page 28: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

18

14) Pendahuluan Lelucon

Pendahuluan humor juga digemari oleh pendengar. Pengucap tentu

rasa seronok apabila khalayak ketawa selepas mendengar

pendahuluan itu. Secara tidak langsung, hubungan antara pembicara

dengan khalayak akan dapat dijalin dan mengurangkan rasa

gementar pengucap.

15) Pendahuluan Gambaran

Pendahuluan jenis ini boleh digunakan bagi teks ucapan tertentu.

Sekiranya ditulis dengan baik, tentu dapat mencengkam minat

pendengar.

16) Menceritakan Pengalaman Peribadi

Pengalaman yang disampaikan perlu berkait rapat dengan tema, tajuk

ataupun fokus teks. Pengalaman itu boleh jadi baru berlaku

semalam, minggu lepas, bulan lepas, tahun lepas ataupun beberapa

puluhan tahun lepas. Isi ini akan menarik perhatian khalayak

b) Isi

Setiap isi ditulis dalam satu perenggan. Hal ini bertujuan membantu

khalayak agar lebih mudah memahami ucapan. Penyampai yang baik

akan menggunakan alat bantu semasa berucap bagi memastikan

khalayak mendapat maklumat dengan berkesan.

c) Penutup

Pengucap boleh menggunakan rangkai kata dan perkataan

secara hormat dan tidak terlalu banyak ataupun bertindan seperti

‘sebelum mengundurkan diri’, ’sebagai kesimpulan’, ’sebagai rumusan’,

’akhir sekali’, ’perkara terakhir yang hendak saya nyatakan’, ’sebagai

peringatan akhir’, ’sebelum saya akhiri ucapan ini, sekali lagi saya ingin

merayu…..’, ’sebentar tadi saya sudah menyentuh beberapa perkara.

Pertama….Kedua’ dan sebagainya. Selain itu, pengucap juga boleh

Page 29: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

19

mengulang kembali idea-idea utama, membuat kenyataan untuk diingati

seperti berpantun, memberi pesanan, membayangkan keadaan yang

akan berlaku pada masa akan datang dan merujuk tema program.

Penutup yang baik perlu langsung dan tidak berbeli-belit. Penutup

hanya sekitar 5 hingga 10 peratus daripada keseluruhan ucapan.

Penutup yang baik akan melekat dalam ingatan khalayak. Penutup

berperanan bagi memaklumkan kepada khalayak yang pengucap akan

berundur dan memperkukuhkan pemahaman dan komitmen khalayak

pada idea utama serta memastikan mereka mengambil tindakan yang

sesuai mengikut gesaan dalam penutup.

d) Penyuntingan

Penyuntingan dilakukan bagi memastikan teks ucapan tidak

terkeluar daripada tajuk, tidak mempunyai elemen-elemen yang tidak

sepatutnya serta tidak melangkaui tempoh masa yang ditentukan.

Penyuntingan perlu ditumpukan pada aspek idea keseluruhan, fakta,

statistik, pengolahan dan penyampaian serta organisasi karya, ketepatan

bahasa dan keberkesanan gaya.

Suntingan akan memastikan kesalahan dapat ditiadakan ataupun

diminimumkan. Suntingan juga akan meningkatkan mutu dan

kewibawaan pengucap dan menyebabkan pendengar seronok dan puas

hati. Penyuntingan adalah langkah terbaik bagi membersihkan dan

meningkatkan mutu teks ucapan.

2.2 Ceramah

Pengertian Ceramah

Mengikut Kamus Dewan (2005) ceramah bermaksud suka bercakap–cakap,

ramah atau banyak cakap. Ceramah juga membawa maksud ucapan

membicarakan sesuatu seperti bahasa, politik dan sebagainya.

Ceramah ialah ucapan yang disampaikan oleh seseorang yang dianggap

berpengalaman dari segi kepakaran dalam bidang tertentu dalam majlis formal.

Page 30: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

20

Bahagian pertama ceramah dibentangkan pendapat atau pengalamannya dalam

bidang tertentu. Bahagian akhir ceramah pula akan dibuka untuk para penonton

atau audien untuk mengemukakan soalan-soalan atau pandangan mereka dan

penceramah cuba menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.

Ceramah berlainan dengan pidato/syarahan kerana ceramah dapat

mengwujudkan komunikasi dua hala, iaitu penceramah dapat berkongsi

maklumat dan pengalaman dengan audien dan audien pula boleh mengemukan

soalan-soalan atau pandangan mereka sendiri terhadap sesuatu perkara atau

tajuk.

Persediaan Ceramah

Ceramah yang berkesan perlu disediakan secara rapi oleh penceramah yang

berkenaan. Pada peringkat persediaan, penceramah mesti mengenal pasti

beberapa perkara penting seperti yang berikut :

a) Siapakah audiennya?

b) Apakah yang diharapkan dan ingin didengar oleh audiennya?

c) Di manakah ceramah itu diadakan?

d) Bilakah ceramah itu diadakan?

Setelah mengenal pasti perkara-perkara tersebut, seseorang

penceramah boleh merancang isi kandungan dan penyampaian ceramahnya.

Pada peringkat ini, penceramah perlu melakukan perkara-perkara seperti yang

berikut :

a) Ketahui Skop Ceramah

Penceramah seharusnya mengetahui dengan secukupnya semua perkara yang

mungkin hendak diketahui oleh audien. Jika penceramah tampil ke depan tanpa

membuat persediaan tentang perkara-perkara yang hendak diperkatakan,

kemungkinan besar mutu ceramah itu akan terjejas kerana seseorang

penceramah bukan sekadar dikehendaki menyampaikan ceramahnya, tetapi

perlu menjawab segala pertanyaan yang bakal dikemukakan atau memberi

reaksi terhadap pandangan audiennya di akhir ceramahnya.

Page 31: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

21

Penceramah juga perlu melakukan penyelidikan tentang apa-apa yang

diharapkan oleh audiennya. Lazimnya tujuan dan objektif sesuatu ceramah

dimaklumkan kepada penceramah oleh pihak penganjur terlebih dahulu. Namun,

sekiranya penceramah kurang pasti tentang apa-apa yang dikehendaki, maka ia

perlulah menanya kepada pihak penganjur. Hal ini akan memberi gambaran

kepada penceramah untuk menentukan apakah yang dikehendaki dan setakat

mana tahap ceramahnya. Selain itu, penceramah juga perlu mengenal pasti

berapa lama ceramah yang dikehendaki bagi menentukan takat perician yang

perlu disediakan mengikut tajuk ceramah yang berkenaan. Dengan itu,

penceramah juga akan dapat gambaran tentang setakat mana formalnya

ceramah itu nanti.

b) Membuat Persediaan Yang Rapi

Setelah mengetahui secara kasar apa yang dikehendaki, penceramah hendaklah

memulakan persediaan. Persediaan yang lengkap boleh mengurangkan

gementar yang mungkin dirasai oleh penceramah dan audien juga akan lebih

yakin terhadap ceramah yang disediakan dengan rapi.

Penceramah boleh bermula dengan menulis nota tentang tajuk yang

berkenaan iaitu segala yang diketahui daripada pengalaman sendiri.

Penceramah boleh mendapatkan sebanyak mungkin bahan rujukan seperti buku,

rencana dan kertas kerja yang terkini tentang tajuk ceramah berkenaan. Amat

penting untuk mencari maklumat terkini tentang tajuk ceramah kerana

kemungkinan audien akan menanya penceramah tentang pendapatnya yang

mutakhir yang berkaitan dengan tajuk ceramah tersebut.

Apabila mengumpulkan segala maklumat, penceramah hendaklah

menulis ceramahnya. Catatlah seberapa banyak tajuk dan subtajuk sebagai

panduan dalam proses menulis teks ceramah tersebut. Jika penceramah

menyampaikan maklumat yang perlu diingati oleh audien, penceramah mungkin

dikehendaki menyediakan kertas ceramah untuk diedarkan sebelum ceramah

bermula atau semasa ceramah berlangsung. Kertas ceramah inilah yang

sepatutnya menjadi dasar ucapan ceramah dan memuatkan dengan segala

maklumat tambahan yang disertai rujukan dan tajuk yang sesuai. Setelah

menulis teks ceramah, penceramah hendaklah melafazkan teks tersebut itu di

hadapan cermin sebagai latihan. Latihan ini bertujuan untuk melatih diri

Page 32: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

22

penceramah disamping dapat meneliti air muka dan aksi-aksi yang kurang

sesuai dan seterusnya boleh memperbaiki secara sedar.

Penceramah perlu merakamkan ceramah yang diucapkan semasa

latihan tersebut sebagai persiapan yang lebih rapi lagi. Hal ini dapat membantu

penceramah mengesan gangguan-gangguan bahasa seterusnya

memperbaikinya.

c) Menyemak Setiap Ilustrasi

Penyediaan ilustrasi perlu dilakukan setelah teks ceramah siap

disediakan demi mempertingkatkan mutu ceramah di samping

mengekalkan minat audien. Namun begitu, penyediaan ilustrasi tersebut

mestilah jelas dan sesuai dengan tajuk ceramah yang ingin disampaikan.

Contohnya, penceramah perlulah menyediakan slaid dengan sempurna

dan tersusun mengikut urutan keutamaan. Bahagian-bahagian teks

ceramah yang perlu diilustrasikan dengan tayangan slaid perlu

ditandakan terlebih dahulu untuk mengelakkan kegopohan atau

ketidakaturan semasa menyampaikan ceramah tersebut.

Transparensi yang digunakan sebaik-baiknya disediakan dengan

menggunakan komputer. Semasa penyediaan transparensi tersebut,

penceramah perlulah mengelakkan menulis terlalu banyak dan lebih

menggunakan perkataan yang ringkas dan mudah difahami oleh audien.

Selain itu juga, penceramah digalakkan menggunakan gambar rajah, peta

minda atau graf yang boleh menarik perhatian audien. Dalam

penyampaikan ceramah, elakkan daripada membuang masa dengan

membaca butiran semata-mata dalam tranparensi yang disediakan itu

kerana ini akan membosankan audien. Penceramah cuma perlu

mengembangkan dan menghuraikan butiran yang ditayangkan tersebut.

d) Meninjau Tempat Ceramah

Meninjau tempat ceramah perlu dilakukan oleh penceramah terutama

sekali kepada penceramah yang kurang berpengalaman. Perkara ini

perlu dilakukan kerana penceramah dapat mengetahui semua perkara

dan keadaan yang penting seperti berikut :

Page 33: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

23

i) Adakah tempat itu dewan besar dan keadaan akustiknya tidak begitu

baik?

ii) Adakah tempat itu bilik yang kecik dan agak sempit?

iii) Adakah tempat itu berpentas atau hanya bercakap atau bercakap dari

atas lantai sahaja?

iv) Adakah tempat itu terlalu panas atau dingin. Penceramah boleh

menyesuaikan pakaiannya mengikut keadaan tempat berkenaan

v) Adakah peralatan seperti makrofon, projektor slaid, overhed,

komputer, meja dan kerusi disediakan?

Setelah meninjau keadaan tempat ceramah itu, penceramah boleh

bersedia dan bertindak mengikut keadaan yang sebenar dengan lebih

yakin.

e) Menyemak Setiap Peralatan

Penceramah perlu memeriksa terlebih dahulu sekiranya pihak menganjur

menyediakan peralatan berkenaan. Penceramah kena membuat catatan

tentang segala peralatan yang perlu dibawa seperti mentol ganti atau

wayar sambung jika perlu. Penceramah yang kurang mahir dengan

mengunakan peralatan slaid, projektor, overhed atau komputer, perlu

meluangkan sedikit masa untuk berlatih menggunakannya.

f) Memakai Pakaian yang sesuai

Penceramah haruslah berpakaian yang sesuai dengan majlis. Pakaian

hendaklah selesa mengikut suhu di tempat ceramah supaya tidak berasa

terlalu panas atau sejuk. Penceramah perlu mengelakkan daripada

menggunakan pakaian yang terlalu anggun atau selekeh dalam majlis

yang serius.

Page 34: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

24

Kemahiran melahirkan pendapat

Penceramah perlu melahirkan pendapat semasa menyampaikan ceramah sama ada

melalui pembentangan kertas kerja atau memberi tindak balas terhadap soalan-soalan

yang dikemukakan. Oleh itu, penceramah perlu menguasai kemahiran untuk melahirkan

pendapat yang meliputi aspek-aspek berikut:

i) Cara Melahirkan Pendapat

Dalam melahirkan pendapat, penceramah hendaklah mahir seperti berikut:

a) Menentukan aspek yang akan dibentangkan supaya perbincangan tidak

menyeleweng daripada tajuk dan tujuan ceramah

b) Mengemukan pendapat dalam bentuk kertas kerja

c) Memilih dan menyusun isi agar bertepatan dengan aspek yang akan

dihujahkan

d) Mengemukakan pendapat yang disokong dengan fakta, bukti statistik dan

contoh supaya hujah lebih konkrit, berkaitan dan meyakinkan.

e) Menjawab soalan dan memberi pendapat terhadap kemusykilan daripada

penonton dengan meyakinkan

f) Menggunakan bahasa yang bersesuaian dengan audien dan aras

pendapat

g) Mengelakkan penggunaan istilah-istilah yang bombastik dan sukar

difahami

h) Menggunakan laras bahasa yabg bersesuaian dengan majlis

i) Menggunakan istilah-istilah mengikut laras bahasa yang berkenaan

j) Menggunakan bahasa yang jelas, tepat dan tidak meleret-leret

k) Menyelitkan unsur kecindan/humor dalam penyampaian pendapat

l) Menunjukkan keyakinan diri

m) Mengwujudkan hubungan mata yang sesuai dengan penonton, iaitu

melihat mereka – ’dari mata turun ke hati’

n) Menggunakan bahasa tubuh iaitu gaya tangan, mata dan gerakan badan

untuk penekanan sesuatu fakta

o) Menunjukkan mimik muka yang meyakinkan iaitu senyum apabila

gembira, sedih apabila gundah dan marah apabila emosi tinggi

Page 35: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

25

ii) Cara Mempengaruhi Audien

Mempengaruhi audien sangat penting semasa melahirkan pendapat. Oleh itu

penceramah perlu menguasai kemahiran seperti berikut:

a) Mengkaji dan mengetahui peringkat pemikiran, taraf sosioekonomi, jantina

dan profesion audien

b) Menyelitkan ayat-ayat soalan untuk mengwujudkan rangsangan di

kalangan audien

c) Menggunakan bahasa yang sesuai denga audien termasuk teknik retorik

d) Menyelitkan unsur kecindan

e) Memastikan suara penceramah didengari oleh semua audien

f) Menjangka had/batasan tumpuan audien

iii) Nada dan Intonasi

Nada adalah keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu perkataan atau

suku kata sedang dilafazkan. Intonasi pula adalah keadaan bunyi yang manaik

atau menurun sewaktu sesuatu ayat diucapkan semasa berceramah.

Penggunaan nada dan intonasi yang sesuai akan membantu penceramah

menyampaikan ceramah dengan lebih sempurna.

Dipermulaan ceramah, nada dan intonasi penceramah biasanya mendatar

dan lembut ketika mengalu-alukan kedatangan audien. Akan tetapi, apabila tajuk

ceramah dinyatakan, nada suara akan dinaikan sedikit untuk menarik minat dan

perhatian audien.

Semasa menyampaikan pendapat, ciri-ciri nada dan intonasi yang wajar

diberi perhatian adalah seperti berikut:

a) Meninggikan suara apabila hendak menarik minat dan perhatian audien

b) Menggunakan nada suara perlahan atau rendah apabila merayu

c) Jangan berhujah dengan terlalu laju atau terlalu perlahan

d) Berhenti sebentar apabila perlu iaitu apabila hendak mendapatkan semula

buah fikiran atau memberi masa untuk penonton mengikuti dan

memahami hujah penceramah

e) Menggunakan sebuatan baku

f) Menggunakan bahasa yang jelas, indah dan tersusun

Page 36: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

26

g) Menggunakan nada yang mengembirakan apabila hendak menghidupkan

suasana yang hampar

h) Menggunakan nada dan intonasi yang mengambarkan keprihatinan

Semasa mengemukan soalan atau pandangan, penceramah sebaik-baiknya

menggunakan nada suara yang mengambarkan keprihatinan dan hormat kepada

ahli-ahli panel.

Kemahiran menutup ceramah

Penceramah juga perlu mahir untuk menutup ceramah. Antara kemahiran-kemahiran

yang perlu dikuasai oleh penceramah adalah seperti berikut:

a) Membuka majlis kepada penonton untuk mengemukakan soalan atau

pandangan. Dalam hal ini, pengerusi perlu mengwujudkan suasana yang

kondusif dan mengalakkan penonton untuk melibatkan diri.

b) Merumuskan keseluruhan idea yang telah diceramahkan. Dalam hal ini,

penceramah perlu membuat kesimpulan dengan menghubungkan idea-idea

yang telah dihujahkan dalam ceramah untuk menimbulkan suatu kepuasan

dalam kalangan audien

c) Menyampaikan kata-kata penutup dengan mengucapkan terima kasih

kepada pihak penganjur serta semua yang terlibat

d) Menyatakan harapan agar segala isu dan pandangan yang dikemukakan

boleh mendatangkan manfaat kepada semua yang terlibat

e) Memohon maaf dari para penonton atau audien sekiranya terdapat sebarang

kesilapan semasa menyampaikan ceramah.

Page 37: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

27

Format menulis ceramah

Bahagian Pengenalan

Bahagian pengenalan, penceramah mestilah memulakan penulisan dengan kata-kata

aluan kepada pengerusi majlis, pegawai yang hadir dan sebagainya mengikut

keutamaan ataupun pangkat. Selain itu, penceramah juga mestilah menyatakan tema

atau tajuk ceramah yang akan disampaikan. Dalam bahagian penulisan pendahuluan,

penceramah boleh mengucapakan ribuan terima kasih kepada pihak pelaksana yang

sudi menjemputnya untuk menyampaikan ceramah.

Bahagian IsI Penulisan ceramah

Bahagian ini memerlukan penceramah menghuraikan dan menjelaskan secara terperinci

tentang tajuk ceramah yang ingin disampaikan. Terdapar beberapa teknik dalam

Page 38: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

28

mengembangkan isi iaitu teknik deduktif, teknik induktif dan teknik elektif. Dalam teknik

deduktif, penceramah boleh memulakan dengan menyatakan idea utama secara amnya.

Selepas itu, penceramah boleh menghuraikannya dengan contoh-contoh atau bukti

untuk menyokong isi tersebut. Manakala menurut teknik induktif, isi, contoh dan isi

dikemukakan menurut urutan. Hal ini merupakan teknik yang berlawanan dengan teknik

deduktif yang mengemukakan isi terlebih dahulu dan diikuti dengan huraian dan contoh.

Seterusnya menurut teknik elektif, penceranah boleh mendahului isi dengan idea utama,

huraian dan contoh. Selepas itu, diakhiri sekali dengan penyataan idea. Jadi,

penceramah boleh ingat bahawa teknik yang terakhir ini merupakan gabungan antara

teknik deduktif dengan teknik induktif.

Kata-kata Penghadapan

Kata-kata penghadapan bermaksud kata-kata yang diletakkan di hadapan bagi

mengwujudkan kesinambungan ceramah yang disampaikan tersebut. Contohnya seperti

hadirin sekalian, hadirin dan hadirat sekalian, guru-guru dan para pelajar sekalian, anak-

anak yang dikasihi sekalian, dan sebagainya. Pengunaan kata-kata penghadapan ini

perlu ada dalam ceramah.

Bahagian Penutup

Bahagian ini merupakan bahagian rumusan bagi semua isi dan huraian ceramah yang

disampaikan tersebut. Isi-isi ceramah yang baru tidak sepatutnya dikemukan lagi dalam

bahagian ini. Sebaliknya penceramah dikehendaki menyatakan pendirian tentang tajuk

ceramah yang disampaikan tersebut. Selain itu, penceramah juga boleh membuat

ulasan atau rumusan ringkas mengenai tajuk tersebut dan ceramah juga perlu diakhiri

dengan harapan, kemaafan dan ucapan terima kasih.

2.3 Syarahan

Syarahan bermaksud ceramah, pidato atau ucapan (Kamus Dewan Edisi

Keempat). Syarahan disampaikan secara individu kepada khalayak untuk

menghuraikan dan menjelaskan sesuatu tajuk. Syarahan merupakan aktiviti

berkomunikasi sehala, iaitu penyampai ucapan akan menjelaskan sesuatau tajuk

dalam masa yang ditentukan untuk mempengaruhi khalayak agar bersetuju

dengan apa-apa yang disampaikannya.

Page 39: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

29

Tujuan syarahan

a) Memberikan penerangan tentang sesuatu tajuk dan menjelaskan aspek-

aspek penting tentang tajuk syarahan.

b) Memberitahu khalayak tentang sesuatu perkara baharu seperti peristiwa

atau hal ehwal semasa yang menarik hati.

c) Memberi keyakinan kepada pendengar tentang pendiriannya terhadap

sesuatu perkara.

d) Mempengaruhi khalayak supaya memberikan perhatian yang serius

terhadap sesuatu isu.

Binaan Teks Syarahan

i. Pembukaan kata.

Bahagian ini menyatakan penghargaan kepada para hadirin dan pihak yang-

pihak tertentu yang mengundang pemidato untuk menyampaikan syarahan

yang berkenaan.

ii. Menarik minat atau membina keyakinan pendengar.

Bahagian ini merupakan permulaan atau pendahuluan kepada isi syarahan.

Takrif atau penjelasan tajuk syarahan perlu diberikan pada bahagian ini.

iii. Isi atau amanat

Isi merupakan bahagian penting syarahan dan perlu diberikan penekannan

yang sewajarnya. Isi yang dikemukakan mesti bersesuaian dengan tajuk

dan disusun dengan baik dan bernas. Isi-isi dihuraikan dengan memberi

alasan-alasan yang konkrit serta diolah dengan menggunakan ragam-ragam

bahasa yang pelbagai.

iv. Penutup isi atau amanat

Penutup isi ialah kesimpulan yang dibuat berdasarkan isi yang terdapat

dalam syarahan.

Page 40: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

30

v. Penutup syarahan

Bahagian ini merupakan bahagian terakhir syarahan. Pemidato perlu

merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur,

melafazkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur,

melafazkan kemaafan serta menyampaikan harapan agar syarahan tersebut

dapat memberikan manfaat kepada khalayak.

Kemahiran Menyampaikan Syarahan

i. Kemahiran memulakan syarahan

Peringkat Persediaan

Peringkat ini sangat penting kerana peringkat ini dapat menentukan

kejayaan atau keberkesanan sesuatu syarahan. Pada peringkat ini,

pemido perlu mengetahui tujuan syarahan, iaitu sama ada untuk

memberikan penerangan, menyampaikan maklumat, memberi inspirasi

atau untuk memujuk/mempengaruhi para pendengar. Pada peringkat ini,

pemidato perlu:

1. Menganalisis khalayak dan majlis daripada aspek-aspek yang

berikut;

a) Apakah jenis dan tujuan majlis?

b) Siapakah khalayak?

c) Saiz khalayak

d) Apakah minat mereka?

e) Apakah tahap ilmu pengetahuan, kelulusan atau kelayakan

mereka?

f) Bagaimanakah sikap khalayak terhadap pemidato?

g) Jantina khalayak

h) Umur khalayak

2. Mengumpul maklumat yang sesuai mengikut tujuan majlis dan jenis

khalayak.

Page 41: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

31

3. Menyusun maklumat kepada tiga kategori:

i. Fakta yang wajib disampaikan untuk mencapai tujuan syarahan.

ii. Fakta yang harus dimasukkan untuk memantapkan syarahan

iii. Fakta yang boleh dimasukkan jika perlu dan jika masa

mengizinkan.

4. Menganggarkan jangka masa yang diperlukan untuk menyampaikan

syarahan

5. Meneliti tempat bersyarah, iaitu di dalam dewan atau di luar dewan;

ada rostrum atau tidak.

Peringkat Permulaan Ucapan

Pada peringkat ini, pemidato harus mahir:

1. Menyampaikan salam mengikut kesesuaian majlis.

2. Menyampaikan kata alu-aluan kepada pengerusi majlis, dif-dif kehormat,

jemputan khas, pihak penganjur dan khalayak mengikut susunan

protokol.

3. Menarik minat dan membina keyakinan khalayak melalui:

a) Pernyataan fakta yang merangsangkan

b) Kenyataan yang provokatif

c) Soalan yang membangkitkan minat dan perasaan ingin tahu dalam

kalangan khalayak

d) Data atau petikan yang memeranjatkan khalayak

4. Menyatakan tajuk syarahan dan memperkenalkan tajuk keseluruhan

dengan mengetengahkan beberapa idea utama yang akan dihuraikan

agar khalayak bersedia untuk mengikuti syarahan.

Page 42: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

32

ii. Kemahiran melahirkan pendapat

Kesepaduan

Pidato yang berkesan harus menampakkan unsur kesepaduan, iaitu:

1. Pokok persoalan diketengahkan dan diberi penekanan.

2. Hujah-hujah mesti berhubung kait dengan pokok persoalan tersebut.

3. Hujah-hujah yang tidak berkaitan atau menyeleweng perlu dielakkan.

4. Hujah-hujah yang penting perlu disusun untuk memantapkan pokok

persoalan.

5. Sekiranya pokok persoalan tidak diketengahkan, idea-idea sokongan

harus disusun dalam bentuk yang membolehkan pendengar mencapai

satu kesimpulan.

Koheren

Setiap hujah perlu mempunyai pertalian antara satu sama lain sehingga

menampakkan satu pola atau corak keseluruhan syarahan.

Pertautan

Hujah yang mengandungi unsur pertautan memperlihatkan idea-idea

utama yang didukung dengan bukti, contoh dan fakta sokongan yang

jelas dan bernas serta mempunyai pertalian pokok persoalan. Pemidato

yang kurang mahir sering memasukkan perkara-perkara yang tidak

berkaitan dengan tajuk dan perbuatan ini akan menjejaskan kualiti

pertautan syarahannya.

Ringkas dan tepat

Setiap hujah perlu diolah dengan jelas tanpa diulang-ulang kecuali untuk

penegasan pada peringkat rumusan atau kesimpulan. Pemidato perlu

mengehadkan skop hujahnya dalam masa yang diperuntukkan. Hujah

yang terlalu luas skopnya akan menyebabkan idea-idea penting sering

ditinggalkan dan pokok persoalan menjadi kabur.

Page 43: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

33

iii. Kemahiran penyampaian yang menarik

Kelancaran

1. Memulakan syarahan dengan keyakinan yang tinggi terhadap diri

dan pengetahuan yang sedia ada.

2. Pandangan tepat ke arah khalayak semasa menyampaikan pidato.

3. Pengaliran idea berterusan tanpa terlalu kerap merujuk kepada nota.

4. Berhenti seketika pada akhir penyampaian sesuatu fakta atau pada

mana-mana bahagian yang perlu untuk pendengar memahami dan

mengikuti hujah.

5. Kawalan masa, iaitu memulakan sayarahab pada waktu yang

ditetapkan dan menamatkannya tepat pada waktunya.

6. Elakkan gangguan wacana seperti ”eh”, “em” ayau “ya”.

7. Menyampaikan syarahan mengikut tempo yang sederhana; elakkan

penyampaian yang terlalu laju atau terlalu perlahan.

Nada dan intonasi

1. Nada tinggi dan bersemangat apabila hendak menarik perhatian.

2. Nada perlahan sedikit apabila hendak merayu dan meminta simpati..

3. Nada sederhana tetapi mesra apabila memujuk.

4. Nada propaganda apabila hendak mempengaruhi pendengar.

5. Nada tinggi dan suara lantang apabila membakar emosi.

Kecekapan berbahasa

1. Pemilihan perkataan yang tepat dan penggunaan ayat gramatis.

2. Aras bahasa yang bersesuaian dengan khalayak.

3. Menyelitkan unsur-unsur keindahan bahasa seperti pantun, bahasa

kiasan, peribahasa dan perumpamaan.

4. Penggunaan ayat-ayat yang mampu mempengaruhi emosi dan

menarik simpati.

5. Penggunaan laras yang sesuai dengan tajuk dan khalayak.

6. Penggunaan bahasa yang bertatasusila dan beradab.

Page 44: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

34

Gaya penyampaian

1. Gaya tangan, mata dan gerak badan hendaklah diselaraskan untuk

menekankan fakta.

2. Jangan kaku atau beraksi berlebihan.

3. Mimik muka hendaklah mengikut penekanan suara, iaitu senyum

apabila gembira dan lain-lain.

4. Pandangan tepat ke arah khalayak untuk mewujudkan interaksi mata

(eye contact) yang sesuai.

5. Menyelitkan unsur humor dalam penyampaian dan jangan

menunjukkan wajah yang terlalu serius.

6. Pakaian hendaklah kemas dan sesuai dengan majlis.

iv. Kemahiran menutup ucapan

1. Sebelum mengakhiri syarahan, pemidato hendaklah membuat

rumusan keseluruhan dan menegaskan pendiriannya terhadap tajuk

yang disampaikan untuk menyakinkan para pendengar.

2. Menggunakan nada suara yang lantang serta menyakinkan.

3. Menggunakan unsur-unsur keindahan bahasa yang menyerikan

majlis seperti kata-kata hikmat dan pantun apabila mengakhiri

syarahan.

4. Mengakhiri syarahan dengan meninggalkan satu soalan rangsangan

kepada khalayak untuk renungan dan penilaian bersama.

5. Menyatakan harapan agar maklumat yang disampaikan boleh

dimanfaatkan oleh khalayak

6. Mengamalkan adab atau tatacara majlis dengan mengucapkan

terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

7. Memohon maaf daripada para hadirin sekiranya tersilap kata semasa

berpidato.

2.4 Pengumuman

Ucapan yang disampaikan untuk tujuan memberitahu atau memaklumkan

sesuatu mesej kepada khalayak. Pengumuman biasanya dibuat secara spontan

dan mengandungi sesuatu maklumat terkini atau perkembangan sesuatu

Page 45: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

35

peristiwa yang terbaharu. Pengumuman biasanya dibuat untuk kumpulan

sasaran yang tertentu sahaja.

Format Pengumuman

Pengenalan

Dinyatakan terlebih dahulu bagi menarik perhatian khalayak. Isinya

menekankan kepentingan atur cara atau isi pengumuman

Perbincangan

Perkara yang perlu diberitahu dalam bahagian ini ialah:

i. Nama acara yang akan berlangsung

ii. Hari dan tarikh

iii. Masa

iv. Tempat atau lokasi

v. Kawasan (jika perlu)

vi. Hal-hal istimewa berkenaan acara tersebut. Contohnya, tentang

tetamu undangan dan sebagainya.

vii. Perkara penting tentang acara tersebut seperti keperluan yang perlu

dibawa, jenis pakaian yang sesuai dan sebagainya.

viii. Keterangan tambahan lain (sekiranya perlu) seperti pengangkutan,

tempat penginapan dan sebagainya.

Diulang sebut sekali lagi bahagian perbincangan tadi. Sertakan dengan

kenyataan untuk diingati seperti pesanan, rayuan dan sebagainya.

Cara menyampaikan taklimat

i. Permulaan

Mulakan taklimat dengan menarik perhatian pendengar.

ii. Pertengahan

Sampaikan fakta-fakta dan maklumat berkaitan tajuk taklimat.

iii. Penutup

Page 46: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

36

Ringkaskan maklumat-maklumat yang telah diberitahu kepada

pendengar.

Tekankan maklumat yang penting.

Nasihatkan tindakan yang wajar dilakukan

Ciri-ciri Pengumuman Yang Berkualiti

a) Mengandungi isi yang tegas dan tepat kepada maksud.

b) Sekurang-kurangnya mengandungi satu atau dua perkara penting sahaja

c) Bersifat ringkas tetapi padat (satu atau dua perenggan sahaja)

d) Penggunaan bahasa yang jelas, mudah difahami dan dapat diterima oleh

umum

e) Disampaikan dengan lancar, tidak meleret-leret dan berbalik-balik

f) Sebutan, intonasi dan gaya pengucapan yang baik

g) Ayat pasif sering digunakan semasa menyampaikan pengumuman bagi

memelihara sifat keobjektifannya.

Contoh Pengumuman

.

Tuan-tuan dan puan-puan.

Sila ambil perhatian,

Keretapi Ekspres Rakyat yang menuju ke utara akan bertolak dalam tempoh 10

minit lagi.

Penumpang-penumpang yang belum menaiki kereta api tersebut sila turun ke

platform1.

Harap maklum

Page 47: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

37

Perkara-perkara yang perlu diambil perhatian ketika membuat pengumuman

a. Buat persediaan secukupnya.

b. Gunakan kad-kad nota supaya tidak terlupa maklumat yang akan

disampaikan.

c. Dibuat seberapa ringkas yang boleh.

d. Berdiri berucap dengan penuh keyakinan

e. Gunakan alat-alat bantu seperti papan tulis, lcd atau sebagainya

f. Pastikan jika ada sebarang kemusykilan dari audiens

2.5 Taklimat

Taklimat ialah penerangan ringkas tentang sesuatu yang dihasilkan atau

sesuatu yang berlaku. Taklimat juga boleh ditakrifkan sebagai ucapan untuk

memaklumkan dan disampaikan secara dua hala dalam situasi formal atau

kombinasi formal dan tidak formal. Dalam taklimat, terdapat sesi soal jawab

antara komunikator (perucap) dengan khalayak(hadirin).

Penyediaan Taklimat

Penyampaian taklimat memerlukan persediaan yang rapi dengan pertimbangan

beberapa faktor sebelum menyediakannya. Antaranya ialah pertimbangan

khalayak atau hadirin, pertimbangan suasana serta taraf khalayak.

Pertimbangan khalayak atau hadirin

i. Penentuan siapakah khalayakk yang boleh membantu untuk menentukan

jenis taklimat yang mereka perlukan.

ii. Penentuan taraf khalayak dapat menjelaskan bahasa, suasana dan

kandungan taklimat.

iii. Menentukan bilangan khalayak yang dapat membantu dalam penyediaan

nota, tempat, jamuan dan lain-lain lagi.

Pertimbangan Suasana

i. Suasana dikatakan formal apabila khalayak terdiri daripada orang kenamaan

pegawai kerajaan atau swasta dan pelawat luar negara dan ada ketikanya

Page 48: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

38

dihadiri oleh dif-dif kehormat seperti DYMM Sultan, DYMT Tengku Mahkota

atau Raja Muda

ii. Situasi dianggap kombinasi formal dan tidak formal jika khalayaknya terdiri

daripada ibu bapa, murid, belia, penduduk kampung, buruh, petani dan

sebagainya.

iii. Suasana formal memerlukan teks taklimat yang kompleks manakala teks

taklimat bagi suasana kombinasi formal dan tidak formal adalah ringkas dan

mudah.

Taraf Khalayak

Pengetahuan tentang taraf khalayak dapat menolong perucap dalam

penyediaan sapaaan atau salutasi.

i. Satu taraf khalayak

Tetamu yang hadir terdiri daripada pemimpin-pemimpin peringkat menteri,

orang kenamaan, orang bergelar, ketua-ketua jabatan dan sebagainya.

ii. Dua taraf khalayak

Tetamu yang hadir terdiri daripada DYMM Sulatan, DYTM Raja Muda atau

Tengku Mahkota dan orang kenamaan tertentu.

Format Taklimat

Taklimat Satu Khalayak

a) Tajuk

b) Salam, sapaan biasa atau salutasi berprotokol

c) Kata-kata aluan

d) Pengenalan diri/organisasi/jawatan dan ringkasan takimat.

e) Kandungan Taklimat

f) Penutup

g) Sesi soal jawab

Taklimat Dia Khalayak

a) Tajuk

b) Salam, salutasi berprotokol dan sapaan biasa

Page 49: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

39

c) Puji-pujian

d) Ringkasan sembah taklimat

e) Kandungan

f) Sesi soal jawab

Kandungan Taklimat

Kandungan taklimat bergantung kepada:

i. Apa yang hendak dimaklumkan

Takimat ini mempunyai tujuan untuk memberitahu maklumat tentang pihak yang

menyampaikan taklimat ini.

ii. Apa yang khalayak ingin tahu

Taklimat ini memerlukan penyediaan yang teliti terlebih dahulu; seperti membuat

penyelidikan, pengumpulan data dari soal selidik atau temu bual serta menyusunnya

dengan baik.

Cara Menyampaikan Taklimat

1. Untuk memastikan taklimat dapat disampaikan secara berkesan, perucap

perlumemiliki atau perlu mempunyai beberapa kemahiran seperti:

i. Kemahiran mentakrif diperlukan dalam sesi taklimat yang memaklumkan idea-

idea. Contohnya menjelaskan maknna-makna yang tepat tentang istilah-istilah

dan idea-idea yang sedang dibincangkan.

ii. Kemahiran menjelaskan diperlukan bagi menjelaskan perkara-perkara baharu

dengan menggunakan hujah-hujah yang lengkap terutamanya kepada maklumat

asas.

iii. Kemahiran menunjukkan diperlukan semasa membuat demonstrasi atau tunjuk

arah.

iv. Kemahiran membezakan digunakan untuk membezakan atau membandingkan

dua perkara atau keadaan untuk menyedarkan khalayak antara yang sama dan

yang berbeza.

v. Kemahiran menceritakan digunakan bagi memerikan penjelasan yang terperinci

bagi sesuatu situasi.

Page 50: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

40

vi. Kemahiran melaporkan diperlukan kerana ada ketikanya taklimat perlu

disampaikan dalam bentuk laporan. Oleh itu, kemahiran perucap

memnyampaikan laporan yang baik, jelas, objektif, lengkap dan tepat sangat

diperlukan.

2. Penggunaan bahan atau alat bantu yang menarik juga diperlukan bagi menjelaskan

penyampaian sesuatu taklimat di samping dapat menarik audiens dan mengawal minat

khalayak. Antara bahan bantu yang boleh diguanakan semasa menyampaikan taklimat

ialah:

a) Maklumat edaran bertulis ini mengandungi perkara yang sama seperti yang

ditaklimatkan untuk dibawa pulang supaya kesannya lebih kuat setiap kali bahan-bahan

tersebut dibaca. Namun, edaran maklumat bertulis yang diberikan selepas taklimat lebih

berkesan kerana kurang mengganggu taklimat.

b) Projektor overhead (OHP/lcd) merupakan alat pandang yang paling popular

digunakan untuk menyampaikan taklimat. Pelbagai maklumat yang dipaparkan pada

skrin berguna untuk membuat penghuraian visual, demonstrasi, penerangan konsep

yang abstrak atau ilustrasi tertentu. Lcd dapat membantu perucap menyampaikan

taklimat dengan lebih jelas dan menarik.

c) Carta dan gambar rajah dapat menyokong maklumat yang disampaikan oleh

perucap dan membantu meninggalkan tanggapan yang lebih lama kepada khalayak.

d) Filem slaid dapat menjelaskan secara visual dan segera segala maklumat yang

hanya sebahagiannya sahaja dapat diucapkan menerusi perkataan.

e) Pita video boleh diguanakan sebagai bantuan dua dimensi, iaitu sewaktu taklimat

disampaikan. Video dapat membantu taklimat disampaikan dengan lebih jelas serta

lebih mudah untuk difahami oleh khalayak.

3. Nada dan intonasi perucap sangat mempengaruhi taklimat yang disampaikan. Nada

dan intonasi yang mendatar akan menyebabkan khalayak berasa mengantuk atau

bosan untuk mendengarnya. Yang sebaiknya, perucap memulakan taklimat dengan

nada dan intonasi yang rendah,, kemudian meninggi ketika menjelaskan sesuatu

maklumat penting. Selepas itu kembali menurun apabila sampai ke penghujung taklimat.

Nada dan intonasi juga boleh ditinggikan ketika sesi soal jawab untuk menarik perhatian

khalayak terhadap jawapan yang diberikan.

Page 51: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

41

1. Bincangkan perbezaan antara ucapan, ceramah dan

syarahan.

2. Jelaskan kepentingan ucapan, ceramah, syarahan,

pengumuman dan taklimat kepada seseorang guru.

Page 52: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

42

UNIT 3

PENGURUSAN MAJLIS DAN ATUR CARA

PENGENALAN

Tajuk ini membincangkan tentang kepentingan penyediaan atur cara pentadbiran yang

tepat merujuk kepada atur cara majlis yang disusun dengan sempurna berdasarkan

elemen-elemen penting dalam protokol pengurusan majlis.

Hasil Pembelajaran

Menerangkan kepentingan menyediakan maklumat yang berkaitan dengan

pengurusan majlis dan atur cara (termasuklah senarai nama jawatankuasa dan

fungsi tugas setiap jawatankuasa).

Menyediakan dokumen berkaitan dengan pentadbiran majlis dan atur cara.

Menerangkan elemen penting protokol.

Menghuraikan perkara-perkara penting dalam etiket sosial.

Menghuraikan pengurusan majlis dan atur cara majlis berdasarkan contoh yang

relevan secara kritis

KERANGKA TAJUK

5.0 Pengurusan Majlis dan Atur cara

5.1 Penyediaan Pentadbiran Majlis dan Atur Cara

5.2 Etiket Sosial

Pengurusan Majlis dan Atur Cara

Majlis merupakan satu projek yang dirancang dan dilaksanakan dengan sistematik oleh

sekumpulan individu dalam sesuatu organisasi, bagi mencapai matlamat tertentu. Majlis

dilaksanakan untuk mencapai objektif tertentu bagi memberi manfaat atau faedah

kepada warga organisasi, perkhidmatan, masyarakat ataupun negara. Dalam konteks

perkhidmatan awam, matlamat penganjuran majlis boleh dilihat dalam bentuk:

Page 53: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

43

Memberi kefahaman dan pengetahuan mengenai sesuatu

Menyebarkan sesuatu dasar atau polisi

Menyampaikan mesej atau amanat

Meningkatkan kecekapan perkhidmatan

Kolaboratif antara agensi

Membincangkan dan mencapai sesuatu resolusi

Mengatasi sesuatu permasalahan

Membuat perancangan dan hala tuju

5.1 Penyediaan Pentadbiran Majlis dan Atur Cara

5.1.1 Atur Cara Pentadbiran

Atur cara pentadbiran ialah senarai tindakan yang perlu dilaksanakan dalam

sesuatu majlis mengikut susunan masa oleh pegawai-pegawai yang ditugaskan.

Dalam pentadbiran sesuatu majlis, beberapa aspek persediaan perlu diberikan

perhatian iaitu:

Penubuhan jawatankuasa

Atur cara majlis

Penyediaan senarai jemputan, penulisan dan pengedaran kad jemputan

Pemilihan dan persiapan tempat

Sambutan dan protokol - susunan keutamaan, susunan tempat duduk

dan panggilan hormat

Peranan penyambut tetamu dan pengiring

Pemilihan menu dan penyediaan makanan VIP/tetamu

Persediaan multimedia dan sistem siar raya

Persembahan dan pengurusan peserta

Penyampaian hadiah, sijil dan cenderamata

Pengacaraan majlis formal

Nilai-nilai Islam

Raptai

Pasca nilai

Page 54: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

44

5.1.2 Atur Cara Majlis

Atur cara majlis ialah jadual pelbagai acara yang telah ditetapkan untuk

dilaksanakan dalam sesuatu majlis. Atur cara majlis sentiasa mengambil kira

waktu bermulanya sesuatu majlis kerana jika majlis bermula terlalu awal, maka

sukar bagi tetamu menghadiri majlis tersebut. Oleh itu, sesuatu majlis yang ingin

dilaksanakan perlulah mengambil kira beberapa faktor untuk memudahkan

semua pihak yang menghadiri majlis tersebut.

5.2 Etiket Sosial

Pengenalan kepada Etiket Sosial - Takrif Etiket Sosial - Amalan etiket

dahulu dan masa kini - Etiket dalam pelbagai majlis - Kepentingan

pengetahuan etiket sosial

Etiket Dalam Pertemuan dan Perkenalan - Peraturan memperkenalkan

diri - Perilaku dan lafaz menerima perkenalan dan memperkenalkan

orang lain - Situasi di mana perkenalan tidak perlu

Kesopanan Dalam Perbualan Sosial - Tajuk perbualan yang sesuai dan

tidak sesuai - Cara yang baik dan berkesan untuk berbual dan

mendengar perbualan - Tatalaku ketika berbual

Etiket Menghadiri Majlis - Persiapan bagi menghadiri majlis - Ketibaan di

tempat majlis - Tertib dalam majlis - Majlis tamat

Etiket Menjadi Tuan Rumah - Persiapan majlis dan tempat - Menyambut

dan melayan tetamu

Personaliti dan Keterampilan Diri - Personaliti dan ketrampilan diri yang

sesuai - Perilaku - Cara pemakaian - Pelbagai teknik melayan tetamu -

Kemahiran berkomunikasi

Tertib Di Meja Makan - Mengenali peralatan jamuan, susunan dan cara

menggunakannya - Tertib sebelum, ketika dan selepas mak

Atur cara merupakan urutan acara dalam sesuatu majlis dari mula hingga

akhir. Berikan pendapat anda mengenai kesan-kesan yang mungkin timbul

sekiranya sesuatu majlis itu tidak dirancang dengan teliti.

Page 55: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

45

UNIT 4

LARAS BAHASA

PENGENALAN

PdPc bagi tajuk ini dilaksanakan secara dalam talian. Pensyarah dan pelajar perlu

bersemuka menggunakan aplikasi Facebook untuk membincangkan takrif laras, ciri-

ciri laras bahasa, contoh laras bahasa dan membuat perbandingan antara laras.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:

1. menjelaskan takrif laras bahasa,

2. menyenaraikan ciri-ciri laras bahasa,

3. memberi contoh-contoh yang sesuai bagi setiap jenis laras yang

dipelajari.

4. membuat perbandingan antara laras.

KERANGKA TAJUK

Laras Bahasa

Jenis-jenis laras bahasa

- Laras bahasa umum

- Laras bahasa iklan

- Laras bahasa klasik

- Laras bahasa kreatif

- Laras bahasa agama

Page 56: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

46

- Laras bahasa undang-undang

- Laras bahasa panggilan

Panduan perbincangan:

1. Apakah maksud laras bahasa?

2. Nyatakan ciri-ciri laras bahasa – umum, iklan, klasik, kreatif, agama, undang-

undang dan panggilan

3. Menjelaskan contoh-contoh laras-laras berkenaan.

4. Membuat perbincangan perbezaan antara laras-laras berkenaan.

Page 57: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

47

SINOPSIS

Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah isu-isu semasa kurikulum

Bahasa Melayu.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:

i Menghuraikan Pendidikan bertaraf dunia

ii Kepelbagaian sistem Pendidikan Islam

ii Kesepaduan ilmu

KERANGKA TAJUK

6.1 Pendidikan bertaraf dunia

6.2 Kepelbagaian sistem Pendidikan Bahasa Melayu

6.3 Kesepaduan Ilmu

6.4 Refleksi/ Tugasan

6.5 Pembelajaran dalam talian. (bagi yang ada PnP dalam talian seperti

dinatakan dalam Agihan Tajuk)

6.1 Pendidikan Bertaraf Dunia

Sektor industri pendidikan di negara sedang berubah secara dinamis dan dikira akan

mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke-21. Matlamat

menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (center for academic

excellence) di rantau asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke 21 ini nanti

memerlukan negara ini meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke

taraf dunia atau memperolehi status "World Class Education".

Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta

dinamis pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard,

kecemerlangan dan kredentialiti yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa

UNIT 5

Isu-isu Semasa Kurikulum Bahasa Melayu

Page 58: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

48

atau dunia. Dilihat dari perspektif yang luas, ‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ bermaksud

kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor

pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan

KESIMPULAN

Dalam menuju ke arah pendidik dan pendidikan bertaraf dunia setiap lapisan

masyarakat mahupun individu haruslah memainkan peranan masing-masing. Kita perlu

bekerjasama dan berganding bahu dalam melaksanakan dan merealisasikan wawasan

negara demi untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab,

inovatif, kreatif, progresif dan berakhlak mulia selaras dengan falsafah pendidikan

negara. Sebagai golongan bukan pendidik, kita janganlah meletakkan seluruh

tanggungjawab ini hanya kepada golongan pendidik sahaja, tetapi haruslah memberikan

komitmen yang menyeluruh dan bersepadu. (http://sarjana.tripod.com/taraf1.html)

Bincangkan secara terperinci aspek kesediaan guru dalam menangani isu pendidikan

sebagai seorang pendidik dalam abad ini.

Page 59: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

49

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

A. Media Digunakan

i. WhatsApp

ii. Masa 3 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekurang-kurangnya 1 jam bagi satu

sesi. (rujuk Agihan Tajuk)

B. Tajuk Pembelajaran: Laras Bahasa (rujuk dalam Agihan Tajuk)

- Laras bahasa umum

- Laras bahasa iklan

- Laras bahasa klasik

- Laras bahasa kreatif

- Laras bahasa agama

- Laras bahasa undang-undang

- Laras bahasa panggilan

C. Cadangan Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:

i. Semakan kehadiran

ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk

iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk

iv. Kesimpulan

D. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi

pembelajaran dalam talian

Page 60: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

50

BIBLIOGRAFI

Abdul Mua’ti Azamri Ahmad. (2016). Panduan pengucapan awam edisi kedua. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Maimunah Osman. (2000). Komunikasi berkesan: hubungan interpersonal. Kuala Lumpur: Institut Tadbir Awam Negara (INTAN). Roselan Baki. (2014). Kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Selangor. Universiti Putra Malaysia. Yahya Othman. (2005). Trend dalam pengajaran bahasa Melayu. Bentong, Pahang: PTS Publications Sdn. Bhd. Zamri Mahamod. (2007). Psikolinguistik dalam pengajaran dan pemerolehan bahasa pertama dan kedua. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd. Zawiyah Mohammad Yusof. (2009). Kemahiran komunikasi. Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka Zulkifli Yusof. (2003). Sukarkah komunikasi Anda? Seni Berhubung Dengan Orang Lain. Kuala Lumpur, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Page 61: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

51

PENYELARAS MODUL PDPP

Bil. Nama Pegawai Akademik

1 Dr. Abdul Karim bin Mansor Bidang Bahasa Melayu

PANEL PENGGUBAL PDPP

MPUD2032

KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN MELAYU

Bil. Nama Kelayakan Akademik

1 Munsyi Sarimah Ahmad Sarjana Pendidikan (PdP Berbantukan Komputer) UKM Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Melayu) USM

2 Noor Sham Sabtu Sarjana Kajian Bahasa Melayu (UKM) Ijazah Sarjana Muda Sebaran Am (Kewartawanan) UiTM

Page 62: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

52

SIMBOL PEMBELAJARAN Sila gunakan simbol-simbol berikut bagi tujuan/ maksud seperti yang dinyatakan

Gunakan pita rakaman audio atau radio.

Dokumen atau tugasan perlu juga disimpan atau diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft copy’.

Masa rehat (panduan sebelum dan selepas sesi pembelajaran).

Gunakan bahan-bahan multimedia.

Rancangkan jadual aktiviti mengikut masa yang ditentukan.

Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir.

Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi.

Senarai semak.

Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul.

Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat ulasan.

Buatkan catatan atau nota-nota penting.

Akses CD-Rom untuk bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam modul.

Senarai penerangan makna bagi sesuatu istilah.

Akses bahan pembelajaran dalam bentuk video atau VCD.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Page 63: PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) … MODUL PDPM... · apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat ... Rencana

53

Rujukan surat khabar.

Panduan kepada pengguna.

Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.

Sediakan geraf yang sesuai supaya dapat memberi gambaran yang lebih jelas.

Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untuk membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.

Hasilkan interpretasi anda mengenai sesuatu bahagian yang telah dibaca dengan cara lukisan atau lakaran (peta konsep, rajah, jadual, lukisan).

Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA. Bahan Pembelajaran Pembelajaran dalam talian

Media Sosial