kementerian kewangan pekeliling kod hasil.pdf  dibuat atas pembelian tahunan bahan-bahan...

Download KEMENTERIAN KEWANGAN PEKELILING kod hasil.pdf  dibuat atas pembelian tahunan bahan-bahan makanan

Post on 09-May-2019

217 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

KEMENTERIAN KEWANGAN

PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 5 TAHUN 2004

PENJENISAN KOD BAGI HASIL DAN PERBELANJAAN

Kandungan:

1. Panduan Penggunaan Penjenisan

Kod Hasil Dan Perbelanjaan

2. Jadual Penjenisan Kod Bagi

Hasil Dan Perbelanjaan

Lampiran 1

(PP Bil. 5 Tahun 2004)

1. Panduan Penggunaan Penjenisan

Kod Hasil Dan Perbelanjaan

1. PANDUAN PENGGUNAAN PENJENISAN

KOD HASIL DAN PERBELANJAAN

PANDUAN AM

Secara am senarai kod mempunyai lima angka yang menggariskan lebih

banyak Objek Lanjut supaya memberi maklumat yang lebih terperinci.

Terdapat empat peringkat kod iaitu Objek Am, Objek Sebagai, Objek

Kumpulan Lanjut dan Objek Lanjut. Tafsiran-tafsiran mengenai Objek-objek

tersebut boleh dirujuk di dalam lampiran kepada jadual kod.

Untuk tujuan pekeliling ini, kakitangan perkhidmatan awam telah dibahagikan

kepada empat golongan yang berikut:-

Kakitangan Awam (termasuk Kakitangan Awam Ambilan Tempatan

Luar Negeri).

Pasukan Keselamatan yang terdiri daripada:-

Pasukan Polis yang berpakaian seragam

Pasukan Tentera yang berpakaian seragam

Anggota Pentadbiran dan Parlimen yang terdiri daripada Jemaah

Menteri, Setiausaha Parlimen, Setiausaha Politik, Ahli-ahli Parlimen

dan Ahli-ahli Majlis yang ditubuhkan oleh Kerajaan;

1

Pekerja kontrak, sambilan dan separuh masa yang diambil bekerja

sama ada di dalam atau di luar negeri yang tidak menyandang

jawatan-jawatan tetap.

Dalam konteks pekeliling ini kakitangan penjara dan bomba adalah

ditafsirkan sebagai kakitangan awam.

Untuk tujuan pekeliling ini, jawatan-jawatan tetap (established post)

adalah ditafsirkan sebagai jawatan-jawatan yang disenaraikan di dalam

Senarai Perjawatan Persekutuan. Kakitangan yang tidak menyandang

jawatan-jawatan tetap adalah ditafsirkan sebagai menyandang non-

established post.

Salah satu daripada tujuan pekeliling ini ialah untuk mengenal pasti

dan mengasingkan kos-kos berkenaan dengan kakitangan

perkhidmatan awam dan seboleh-bolehnya membezakan di antara

perbelanjaan untuk jawatan-jawatan tetap dengan yang lain dan oleh

yang demikian perubahan besar dalam pekeliling ialah:-

10000 Emolumen dihadkan hanya untuk jawatan-jawatan

tetap sahaja.

29300 Bayaran kepada pekerja-pekerja kontrak, sambilan

dan separuh masa yang tidak menyandang jawatan-

jawatan tetap sahaja.

21000 Perbelanjaan Perjalanan dan Sara Hidup dihadkan

untuk perbelanjaan bagi kakitangan perkhidmatan

awam sahaja. (tidak termasuk pengangkutan orang

awam).

2

22000 Pengangkutan Barang-barang dihadkan untuk

perbelanjaan bagi kakitangan perkhidmatan awam dan

jabatan-jabatan Kerajaan sahaja (tidak termasuk

pengangkutan barang orang awam).

10000 EMOLUMEN

Objek Am ini hanya boleh digunakan untuk merekod bayaran-bayaran

kepada kakitangan yang memegang jawatan-jawatan tetap (established post)

sahaja seperti berikut:-

11000 Gaji Dan Upahan

Objek Sebagai ini hendaklah digunakan untuk merekod elaun yang

dibayar sebagai ganti gaji seperti elaun memangku, elaun tanggungan

kerja dan seumpamanya.

12000 Elaun/Imbuhan Tetap

Tujuan Objek Sebagai ini ialah untuk merekod semua bayaran dalam

bentuk elaun/imbuhan tetap yang dibayar secara bulanan mengikut

senarai elaun/imbuhan yang diluluskan oleh Perbendaharaan Malaysia

dari masa ke semasa.

Elaun-elaun yang tidak termasuk di bawah Objek Sebagai ini ialah:-

i) Elaun yang dibayar secara bulanan sebagai gaji misalnya elaun

memangku, elaun tanggung kerja dan sebagainya yang

3

hendaklah direkodkan di bawah Objek Sebagai 11000 Gaji

dan Upahan.

ii) Elaun-elaun yang tercatit di dalam Perintah Am Bab B (kecuali

elaun di para (i) di atas) yang tidak dianggap sebagai

elaun/imbuhan tetap termasuk yang berikut:-

Elaun-elaun perjalanan kerana bertugas yang hendaklah

direkodkan di bawah Objek Sebagai 21000.

Elaun-elaun kerana bertukar/berpindah rumah yang

hendaklah direkodkan di bawah Objek Sebagai 21000

dan 22000 mengikut mana yang berkenaan.

Elaun-elaun bertugas di Seberang Laut yang hendaklah

direkodkan di bawah Objek Sebagai 21000 dan 15000

mengikut mana yang berkenaan.

Elaun-elaun kerana berkursus. (Sila rujuk ke

Lampiran A)

iii) Bayaran lebih masa yang hendaklah direkodkan di bawah

Objek Sebagai 14000.

Elaun/Imbuhan Tetap Yang Lain adalah elaun/imbuhan yang

dibayar hanya untuk keadaan-keadaan istimewa atau keadaan

tertentu. Senarai elaun-elaun/imbuhan-imbuhan ini boleh

didapati daripada Bahagian Pentadbiran, Kementerian

Kewangan.

4

Bagi Badan-badan Berkanun, elaun-elaun/imbuhan-imbuhan

tetap yang dibayar kepada ahli-ahli Lembaga Pengarah boleh

direkodkan di bawah Objek Kumpulan Lanjut tambahan iaitu

Objek Kumpulan Lanjut 12400 Elaun/Imbuhan Tetap

Kakitangan Lain dan Objek Kumpulan Lanjut 12900

Tunggakan Elaun/Imbuhan Tetap Kakitangan Lain.

13000 Sumbangan Berkanun Untuk Kakitangan

Tajuk Objek Sebagai ini telah diubah daripada Tambahan Kos

Kakitangan kepada Sumbangan Berkanun Untuk Kakitangan tetapi

tujuan Objek Sebagai ini tidak diubahkan.

Objek Sebagai ini bertujuan merekodkan semua bayaran yang kena

dibuat untuk faedah Kakitangan Awam, Pasukan Keselamatan dan

Anggota Pentadbiran dan Parlimen mengikut Undang-undang Pekerja

seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Insurans dan

sumbangan-sumbangan lain.

Objek Sebagai ini termasuk bayaran-bayaran pencen dan ganjaran

untuk kakitangan yang meninggal perkhidmatan awam yang hendaklah

dijeniskan di bawah Objek Sebagai 46000 Pencen dan Objek

Sebagai 47000 Ganjaran.

14000 Bayaran Lebih Masa

Objek Sebagai ini hendaklah digunakan untuk merekod bayaran-

bayaran berkenaan dengan kerja yang dilakukan di luar waktu pejabat.

15000 Faedah-faedah Kewangan Yang Lain

Objek Sebagai ini merekodkan bayaran-bayaran selain daripada gaji

atau upahan, elaun tetap, sumbangan berkanun dan elaun lebih masa

5

untuk faedah kakitangan, misalnya bayaran-bayaran balik dan bantuan-

bantuan yang dibenarkan oleh Perbendaharaan.

Termasuk dalam kategori ini ialah bayaran-bayaran balik bil-bil utiliti

dan perhubungan (seperti air, elektrik dan telefon) paspot, lesen

memandu, yuran badan profesional.

Juga termasuk ialah elaun perkakas, elaun pakaian, elaun dobi,

bayaran bonus, bayaran yuran persekolahan anak-anak pegawai dan

bayaran-bayaran balik yang lain berkenaan dengan kursus yang lain.

(Sila rujuk ke Lampiran A).

INGATAN - Bayaran-bayaran seumpama untuk gaji dan upahan, elaun-elaun tetap,

sumbangan berkanun, elaun lebih masa dan faedah-faedah kewangan yang lain untuk

Pekerja-pekerja Kontrak, Sambilan dan Separuh Masa yang tidak menyandang

jawatan-jawatan tetap hendaklah direkodkan di bawah Objek Kumpulan Lanjut

29300.

20000 PERKHIDMATAN DAN BEKALAN

Objek Am ini bertujuan merekodkan semua perbelanjaan perkhidmatan dan

bekalan yang dibeli termasuk bayaran-bayaran kepada penyandang non-

establised posts.

21000 Perbelanjaan Perjalanan Dan Sara Hidup

Objek Sebagai ini adalah untuk merekodkan tuntutan perbelanjaan

untuk perjalanan dan sara hidup yang dibuat oleh semua kakitangan

dalam Perkhidmatan Awam sama ada untuk menjalankan tugas-tugas

rasmi ataupun mengikuti latihan. (termasuk tuntutan oleh pekerja-

6

pekerja kontrak, sambilan dan separuh masa yang hendaklah

direkodkan di bawah kategori untuk tuntutan Kakitangan Awam).

Tafsiran perbelanjaan perjalanan dan sara hidup di luar negeri adalah

termasuk semua perbelanjaan berkaitan dengan perjalanan ke luar

negeri dan di dalam luar negeri. Misalnya tuntutan untuk perbelanjaan

perjalanan termasuk sara hidup oleh seorang pegawai dari Malaysia ke

Jepun dan tuntutan seumpama oleh seorang pegawai yang

ditempatkan di Osaka, Jepun untuk perjalanannya dari Osaka ke

Tokyo, kedua-duanya hendaklah direkodkan sebagai perjalanan di luar

negeri.

Untuk perbelanjaan perjalanan dan sara hidup untuk tujuan

kursus/latihan, sila rujuk ke Lampiran A.

Perbelanjaan kos perjalanan untuk para jemputan hendaklah

direkodkan di bawah Objek Lanjut 29401 dan 29402 mengikut

mana yang berkenaan.

22000 Pengangkutan Barang-barang

Tujuan Objek Sebagai ini adalah untuk merekod kos perbelanjaan

pengangkutan barang-barang yang dimiliki oleh jabatan-jabatan

kerajaan dan pengangkutan barang-barang semasa berkursus,

bertukar/berpindah rumah untuk semua kakitangan perkhidmatan

awam (termasuk pekerja-pekerja kontrak, sambilan dan separuh masa

yang tidak menyandang jawatan-jawatan tetap yang hendaklah

direkodkan bayarannya di bawah kategori kakitangan awam).

7

Objek Sebagai ini tidak termasuk pengangkutan barang untuk oran

Recommended

View more >