keracunan makanan

34
KERACUNAN MAKANAN Keracunan makanan merupakan sejenis gastroenteritis yang disebabkan oleh makanan yang telah dicemari racun, biasanya bakteria. Bergantung kepada jenis racun, kekejangan abdomen, demam, muntah dan cirit-birit akan berlaku dalam tempoh 3 hingga 24 jam. Jika makanan telah dicemari bakteria, bakteria akan menghasilkan racun yang dikenali sebagai toksin. Toksin memberi kesan langsung pada lapikan usus dan menyebabkan peradangan. Ada pelbagai jenis bakteria yang menyebabkan keracunan makanan tetapi yang biasa didapati ialah salmonella, shigella, staphylococcus dan E.coli yang merupakan punca utama keracunan makanan di kalangan bayi, terutamanya bayi yang menyusu botol. Bagi keracunan makanan yang berpunca daripada bahan bukan bakteria, tanda penyakit juga timbul jika anak termakan bahan kimia, racun serangga atau beberapa jenis tumbuh-tumbuhan. Adakah keadaan ini serius? Bagi bayi, keadaan ini serius kerana tanda-tanda penyakit yang menyusuli boleh menyebabkan penyahhidratan. Tanda-tanda Kekejangan otot. Demam. Kerap membuang air besar. Tinja cair dan mungkin disertai darah, nanah atau mukus. Muntah. Otot-otot lemah dan badan berasa seram sejuk. Hilang selera makan.

Upload: yanadeanajin339

Post on 18-Jun-2015

6.460 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Keracunan Makanan

KERACUNAN MAKANAN

 

               Keracunan makanan merupakan sejenis gastroenteritis yang disebabkan oleh makanan yang telah dicemari racun, biasanya bakteria. Bergantung kepada jenis racun, kekejangan abdomen, demam, muntah dan cirit-birit akan berlaku dalam tempoh 3 hingga 24 jam. Jika makanan telah dicemari bakteria, bakteria akan menghasilkan racun yang dikenali sebagai toksin. Toksin memberi kesan langsung pada lapikan usus dan menyebabkan peradangan. Ada pelbagai jenis bakteria yang menyebabkan keracunan makanan tetapi yang biasa didapati ialah salmonella, shigella, staphylococcus dan E.coli yang merupakan punca utama keracunan makanan di kalangan bayi, terutamanya bayi yang menyusu botol. Bagi keracunan makanan yang berpunca daripada bahan bukan bakteria, tanda penyakit juga timbul jika anak termakan bahan kimia, racun serangga atau beberapa jenis tumbuh-tumbuhan.

 

Adakah keadaan ini serius?

Bagi bayi, keadaan ini serius kerana tanda-tanda penyakit yang menyusuli boleh menyebabkan penyahhidratan.

Tanda-tanda

Kekejangan otot. Demam. Kerap membuang air besar. Tinja cair dan mungkin disertai

darah, nanah atau mukus. Muntah. Otot-otot lemah dan badan berasa seram sejuk. Hilang selera makan.

 

Apakah tindakan pertama?

1. Jika anak muntah dan mengalami cirit-birit, periksa suhu badan untuk menentukan sama ada anak demam.

2. Periksa tinja untuk menentukan sama ada terdapat darah atau nanah.

Page 2: Keracunan Makanan

3. Biar anak baring di atas katil dan jangan beri sebarang makanan tetapi pastikan dia kerap diberi minum air yang dicampur secubit garam dan 5ml glukos.

4. Cuba tentukan makanan yang dimakan oleh anak yang telah menyebabkan timbulnya tanda-tanda penyakit.

 

Perlukah saya berjumpa doktor?

Bawa anak berjumpa doktor dengan segera jika anak muntah atau cirit-birit berterusan selama lebih enam jam dan keadaan ini tidak boleh dikawal melalui pemakanan cecair sahaja. Bawa anak berjumpa doktor dengan segera jika keadaan anak masih tidak pulih dalam tempoh 24 jam, atau anda mengesyaki anak telah minum racun serangga atau tumbuh-tumbuhan yang beracun. Bawa racun tersebut bersama-sama anda.

 

Apakah tindakan doktor?

Biasanya, keracunan makanan tidak memerlukan rawatan khusus kecuali pemberian bendalir dan garam yang banyak hilang melalui cirit-birit dan muntah. Doktor mungkin akan memberi sejenis serbuk yang mengandungi glukos dan garam untuk dicampur dalam minuman. Bagi bayi yang menyusu botol, hentikan pemberian susu.

Jika anak mengalami penyahhidratan, doktor akan memasukkan anak ke hospital supaya bendalir dapat diberi secara intravena. Jika anak mengalami muntah yang teruk, doktor mungkin memberi anak suntikan dadah antiemetik untuk menghentikan muntah.

 

Bagaimankah saya boleh membantu?

Letakkan baldi di tepi katil supaya anak tidak perlu berjalan ke tandas.

Jika anak demam, gunakan pek ais atau tuala muka yang lembab untuk menyegarkan anak.

Jika anak muntah, bantu anak berkumur dengan air. Utamakan kebersihan. Keracunan makanan mudah berjangkit.

Oleh itu, pastikan anak sentiasa membasuh tangan setiap kali

Page 3: Keracunan Makanan

dia ke tandas. Basuh tangan anda selepas menukarkan lampin anak.

Bagi mengelak berlakunya keracunan makanan, masukkan setiap makanan yang telah dimasak kedalam peti sejuk. Semasa makanan ini dipanaskan semula, pastikan ini dilakukan dengan sepenuhnya. Salmonella hidup biak dalam makanan yang suam panas tetapi akan mati pada suhu yang tinggi.

Jika anak enggan minum air dengan secukupnya atau tidak menyukai rasa serbuk khas, beri anak potongan tembikai untuk dikicap.

Cair beku makanan dengan sempurna sebelum dimasak, terutamanya daging. Pastikan daging dimasak secukupnya.

Beri anak makanan yang mudah dihadam seperti bubur, yogurt, jeli dan makanan tanpa lemak sebaik sahaja anak mula mahu makan. Kesan penyakit biasanya akan hilang dalam tempoh seminggu.

Ikut arahan doktor bagi pemberian semula susu bayi yang menggunakan botol.

Periksa makanan yang dimakan oleh anak 24 jam sebelumnya. Buang sebarang makanan yang mungkin menjadi punca keracunan makanan seperti daging, ikan, bahan bersusu atau roti.

_____________________________________________________________________

 Keracunan makanan

DefinisiKeracunan merjuk kepada gangguan sistem fizikal badan manusia disebabkan samada terhidu, tersentuh atau termakan bahan kimia beracun daripada makmal, bengkel atau berpunca daripada makanan yang dimakan yang tidak bersih atau mengandungi racun.

PolisiBebas daripada insiden keracunan.

Objektif1. Mencegah daripada berlaku keracunan , dan mengambil tindakan betul jika berlaku keracunan di sekolah.2. Sedar bahaya kimia berracun dan berhati-hati setiapkali berada di makmal atau bengkel.3. Tahu tindakan yang perlu dibuat jika berlaku keracunan.

Tanggungjawab Pelajar1. Melaporkan serta-merta kepada guru jika insiden keracunan berlaku.2. Menyimpan sampel/contoh kimia atau makanan yang dipercayai punca keracunan.

Page 4: Keracunan Makanan

3. Membaca dan mematuhi peraturan bilik makmal, stor atau bengkel, kantin dan dewan makan.4. Membantu menyelematkan pelajar yang mengalami keracunan.5. Jaga kebersihan diri.6. Makan makanan yang dimasak dan bersih.7. Patuhi arahan doktor.8. Jangan masuk ke bilik makmal, stor, atau bengkel tanpa arahan atau kehadiran guru.

Tanggungjawab guru1. Senantiasa mengingatkan pelajar tentang bahaya keracunan.2. Jangan benarkan pelajar masuk ke makmal, bengkel atau stor tanpa kehadiran guru terlebih dahulu.3. Menyediakan peraturan penggunaansetiap bilik makmal, bengkel, stor, atau dewan makan.4. Melaporkan kepada pihak pengurusan sekolah jika berlaku insiden keracunan.5. Menyiasat punca kejadian keracunan.6. Mengambil sampel kimia atau makanan yang dipercayai punca keracunan.7. Memberi rawatan awalan kepada mangsa jika perlu.8. Menghantar pelajar menadapatkan rawatan di hospital jika perlu.

Langkah Pencegahan1. Setiap Makmal, bengkel stor, kantin, dan dewan makan ada peraturan keselamatan keracunan dan dipaparkan untuk makluman umum/pengguna.2. Taklimat tentang bahaya keracunan oleh pegawai Perubatan dari hospital daerah Tambunan atau guru kesihatan.3. Label bilik yang mengandungi kimia berbahaya dengan perkataan beramaran ” Bahaya Kimia Beracun-Jangan Menghidu, Memakan atau Menyentuh Bahan Kimia”4. Taklimat langkah-langkah yang perlu diambil jika berlaku keracunan.5. Setiap bilik perlu pamerkan prosedur tindakan jika berlaku keracunan.

_____________________________________________________________________

Rabu lalu, 33 murid Tahun Lima SKSJ dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) selepas mengadu sakit perut dan muntah dipercayai selepas makan nasi lemak di kantin.

Pada hari sama, 17 murid SK Gong Nangka di Marang, Terengganu dirawat di Hospital Marang kerana masalah sama selepas dipercayai makan mi sup dan keropok lekor di kantin.

Selain itu, 36 murid SK Taman Aman, Anak Bukit, Alor Star, Kedah dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selepas muntah dan cirit-birit dipercayai kerana makan roti aiskrim tercemar.

Page 5: Keracunan Makanan

SEREMBAN: Kementerian Pelajaran akan mempertimbangkan cadangan melarang pengusaha kantin sekolah menjual makanan berisiko tinggi tercemar dalam usaha me Rabu lalu, 33 murid Tahun Lima SKSJ dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) selepas mengadu sakit perut dan muntah dipercayai selepas makan nasi lemak di kantin.

Pada hari sama, 17 murid SK Gong Nangka di Marang, Terengganu dirawat di Hospital Marang kerana masalah sama selepas dipercayai makan mi sup dan keropok lekor di kantin.

Selain itu, 36 murid SK Taman Aman, Anak Bukit, Alor Star, Kedah dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selepas muntah dan cirit-birit dipercayai kerana makan roti aiskrim tercemar.mastikan tiada lagi kes keracunan makanan.

Timbalan Menterinya, Datuk Hon Choon Kim, berkata cadangan itu akan dipertimbangkan secara serius berikutan beberapa kes keracunan di sekolah, termasuk dalam tempoh tidak sampai sebulan sejak sesi persekolahan 2008 bermula.

"Kita akan mendapatkan pandangan pakar pemakanan untuk mengenalpasti jenis makanan yang mudah tercemar atau rosak sehingga mendedahkan pelajar kepada risiko keracunan.

"Selepas itu, kita akan fikirkan sama ada melarang sepenuhnya pengusaha kantin menjual makanan seperti itu atau mengurangkannya," katanya selepas melawat kantin Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya (SKTSJ), di Senawang, dekat sini semalam.

Seramai 180 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Simpang Lima, Sungai Besar, di sini yang disahkan menghidap jangkitan saluran pernafasan atau influenza sehingga semalam, dikuarantin di asrama sekolah itu bagi mengelak jangkitan merebak.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datin Dr Ang Kim Teng, berkata mereka adalah 143 pelajar yang mengalami simptom influenza sehingga 30 Januari lalu dan 37 kes baru dikesan kelmarin.

Bagaimanapun, katanya, tidak ada kes baru dilaporkan sehingga lewat petang semalam.

"Seramai 25 pelajar dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) di Sabak Bernam antara 24 Januari hingga 30 Januari lalu. Lapan pelajar dibenar keluar pada 30 Januari, manakala dua pelajar semalamSungai Besar, di sini yang disahkan menghidap jangkitan saluran pernafasan atau influenza sehingga semalam, dikuarantin di asrama sekolah itu bagi mengelak jangkitan merebak.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datin Dr Ang Kim Teng, berkata mereka adalah 143 pelajar yang mengalami simptom influenza sehingga 30 Januari lalu dan 37 kes baru dikesan kelmarin.

Bagaimanapun, katanya, tidak ada kes baru dilaporkan sehingga lewat petang semalam.

Page 6: Keracunan Makanan

"Seramai 25 pelajar dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) di Sabak Bernam antara 24 Januari hingga 30 Januari lalu. Lapan pelajar dibenar keluar pada 30 Januari, manakala dua pelajar semalam

SUNGAI PETANI 4 Feb. – Kes keracunan makanan di kalangan pelajar di negeri ini berulang lagi dan kejadian terbaru berlaku di Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Kuala Muda dekat sini melibatkan 39 pelajar.

Kesemua mereka dipercayai keracunan makanan apabila mengalami pening, muntah dan cirit-birit selepas memakan bihun sup yang dibekalkan menerusi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di kantin sekolah itu hari ini.

KEPALA BATAS 5 Feb. - Kes keracunan makanan di kalangan pelajar berulang lagi dan kejadian terbaru berlaku di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Gebu, Penaga, di sini membabitkan 41 murid.

KEPALA BATAS 5 Feb. - Kes keracunan makanan di kalangan pelajar berulang lagi dan kejadian terbaru berlaku di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Gebu, Penaga, Murid berkenaan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Penaga, di sini selepas dilaporkan mengadu sakit perut, pening dan muntah-muntah dipercayai akibat keracunan makanan.

Kesemua murid tahun tiga, empat, lima dan enam berkenaan dilaporkan mengalami masalah itu selepas menikmati hidangan waktu rehat di kantin sekolah tersebut kira-kira pukul 10.30 pagi.

KUALA LUMPUR 7 Feb. - Pihak berkuasa tempatan (PBT) hari ini diberi kuasa

KUALA LUMPUR 7 Feb. - Pihak berkuasa tempatan (PBT) hari ini diberi kuasa

mengambil tindakan terhadap pengusaha kantin sekolah yang gagal mematuhi

piawaian kebersihan sehingga menyebabkan berlakunya kes keracunan makanan di

kalangan pelajar.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, kuasa itu

diberikan kepada PBT selepas mesyuarat bersama antara Kementerian Pelajaran dan

Kementerian Kesihatan semalam.

"PBT kini ada kuasa untuk membuat pemantauan dan menyaman pengusaha kantin

yang tidak mengikut piawaian kebersihan.

Page 7: Keracunan Makanan

"Lesen pengusaha kantin juga perlu dipohon daripada PBT dan kita yakin cara ini

akan memberi amaran kepada mereka selain mengelak kes baru daripada berlaku,"

katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beberapa kes keracunan makanan di kalangan pelajar sekolah dilaporkan berlaku

kebelakangan ini dan terbaru melibatkan 41 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir

Gebu, Penaga, Pulau Pinang.

Sebanyak 11,226 kes keracunan makanan berlaku di sekolah di seluruh negara dari

Januari sehingga 15 September tahun lalu sekali gus mencatatkan peningkatan lebih

100 peratus berbanding 5,613 kes pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Sepanjang Januari tahun ini sehingga kelmarin sahaja, lebih lima kes keracunan

dicatatkan berlaku di sekolah seluruh negara.

Abdul Latiff berkata, beliau sendiri telah dilantik untuk menjadi pengerusi badan

bertindak teknikal sistem kendiri yang akan mengkaji semula pelbagai program

kebersihan makanan sekolah.

"Kali ini kita hendak lihat sudut kebersihan dari pelbagai aspek dalam sistem kendiri

yang pasti lebih sistematik.

"Kita akan tengok semua perancangan dan hasil yang akan diperoleh nanti. Kita juga

yakin masalah keracunan ini akan dapat diselesaikan segera," ujarnya.

Selain itu katanya, sistem baru itu akan menjadikan pengusaha kantin lebih

bertanggungjawab dan meletakkan kebersihan sebagai perkara terpenting yang

perlu diutamakan.

Tambahnya, satu jawatan kuasa bertindak yang memeriksa tahap kebersihan kantin

sekolah akan turut diwujudkan sama seperti yang dipraktikkan di kawasan Rehat dan

Rawat (R&R) di lebuh raya.

"Kita akan hantar garis panduan yang perlu diikut setiap pengusaha kantin. Hukuman

keras akan dikenakan jika mereka ingkar" kata beliau.

Page 8: Keracunan Makanan

Semua Pengarah Pendidikan NegeriY.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan,SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 5/1995 :KERACUNAN MAKANAN DI SEKOLAH-SEKOLAHKejadian keracunan makanan di sekolah pada waktu-waktu kebelakangan ini seringdilaporkan di media tempatan dan melibatkan ramai murid. Di antara punca keracunantersebut adalah daripada makanan yang dijual di kantin-kantin sekolah, asrama dandaripada program-program pemakanan seperti Rancangan Makanan Tambahan (RMT) danProgram Susu Sekolah.2. Kementerian Pendidikan memandang serius terhadap kejadian ini dan memintasemua pihak terutama sekolah, mengambil beberapa langkah tegas pengawalan danpencegahan, supaya keracunan makanan tidak lagi berulang di sekolah. Di antara langkahlangkahyang boleh diambil adalah seperti berikut :a. Pastikan pekerja atau pengendali makanan sentiasa mengamalkan kebersihandiri setiap masa sama ada semasa menyedia, memasak ataupun menghidangmakanan.b. Pastikan alat-alat ataupun perkakas-perkakas yang digunakan, seperti pingganmangkuk sentiasa dalam keadaan bersih.c. Pastikan bangunan dan semua kemudahan seperti tempat menyedia danmenghidang makanan dalam keadaan bersih dan kemas.d. Pastikan pekerja atau pengendali makanan mengamalkan amalan-amalan yangbaik seperti menjaga tubuh badan dan pakaian sentiasa dalam keadaan bersihdan kemas. (Sila lihat Bab V – ”Kawalan Kebersihan” m.s. 22-27 dalam Buku”Garis Panduan Kantin Sekolah”, Kementerian Pendidikan dan KementerianKesihatan, 1989 – untuk keterangan lanjut).2.1 Pihak sekolah juga adalah diminta untuk :a. Menggalakkan seboleh-bolehnya pengusaha/pengendali makanan,memasak makanan di dalam kawasan sekolah.b. Mempastikan makanan yang disediakan tidak dimasak terlalu awalsehingga semalaman, terutama makanan-makanan yang bersantan.c. Menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa khas di peringkat sekolah bagimenyelia dan mengadakan pemeriksaan harian.Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

d. Mengadakan kempen kesedaran mengenai kebersihan makanan dankebersihan premis makanan.e. Bekerjasasama dengan Jabatan Kesihatan bagi usaha-usahapeningkatan dan penggalakkan kebersihan dan kesihatan.3. Untuk maklumat pihak sekolah, di antara tanda-tanda dan simptom keracunanmakanan adalah seperti berikut :Rasa loya, muntah, sakit perut dan cirit-birit, rasa letih, kejang otot,sakit kepala dan pening.4. Pihak sekolah adalah diminta untuk mengambil tindakan berikut apabila mengesyakipelajar-pelajar/murid-murid mengalami masalah keracunan makanan.a. Laporkan dan bawa murid-murid/pelajar-pelajar yang disyaki ke klinik/hospitalyang paling hampir.b. Laporkan ke PPD/JPN.c. Maklumkan dan hubungi ibu bapa murid-murid/pelajar-pelajar yang terlibat.d. Sediakan laporan awal tentang kejadian tersebut dan hantarkan satu salinan keJPN dn Kementerian Pendidikan.e. Elakkan daripada membuat sebarang kenyataan akhbar.f. Dapatkan laporan lengkap kejadian dan sebab kejadian daripada Jabatan

Page 9: Keracunan Makanan

Kesihatan, dan hantarkan satu salinan laporan tersebut ke Jabatan PendidikanNegeri (u.p. KPP HEM) dan satu lagi salinan ke Kementerian Pendidikan (u.p.Pengarah Bahagian Sekolah).5. Dengan surat pekeliling ini semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah adalah dimintauntuk memberi perhatian serius dan mengambil langkah-langkah tegas pengawalan danpencegahan kejadian keracunan makanan di sekolah-sekolah. Surat pekeliling ikhtisasterdahulu Bil. 2/1983 dan Bil. 5/1988 dan Surat PendidikanKP(BS/UKS)8614/2B/1a/Jld.II(32) bertarikh 12 Januari 1989, juga berkaitan dan perlu jugadirujuk.Kerjasama Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan adalah dipohon bagi memanjangkan surat ini kepadasemua sekolah rendah dan menengah di negeri Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan.Sekian, terima kasih.“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”(TAN

Pada tahun 2007, isu keracunan makanan telah menjadi isu hangat yang dilaporkan oleh media.  Sehubungan itu, satu Jawatankuasa Bersama telah ditubuhkan di bawah 2 Kementerian iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia.  Di bawah Jawatankuasa tersebut, 2 Jawatankuasa Kecil telah ditubuhkan dan salah satunya Jawatankuasa Promosi.

Pelbagai aktiviti telah dirancang dan antaranya satu projek khas iaitu road show keselamatan makanan telah diadakan di sekolah rendah.  8 buah negeri telah menjalankan aktiviti ini bermula pada bulan Oktober sehingga November 2007 iaitu negeri Selangor, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sarawak, Sabah, Johor dan Perak.

Objektif program ini adalah untuk membudayakan amalan keselamatan makanan yang baik di kalangan warga sekolah.

Adalah diharapkan melalui program yang telah dirangka, rakyat Malaysia dapat menerapkan budaya mementingkan aspek keselamatan makanan sebagai satu cara hidup sihat.

TarikhKejadianKeracunan di Sekolah-sekolah Malaysia Tahun 2002 Bilangan27/3 Sekolah Menengah Teknik Seri Pelindung, Kuantan 603/5 Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Seremban 6017/5 Sekolah Menangah Agama Al-Attas, pekan 6529/6 Sek. Kuala Abang, Dungun 8012/7 Sek. Keb. Bunohan, Tumpat, Kelantan 694/8 Sekolah Menengah Agama Al Ehsan, Kuantan 6025/9 Kolej Sultan Ismail, Kota Bharu 3631/10 Sek. Men, Kok Lanas, Kota Bharu 5023/10 Sekolah Rendah, Seremban 26Sumber: Maklumat dari Berita Harian & NST tahun 2002

Page 10: Keracunan Makanan

Rekod-rekod mungkin tidak sampai ke tahap kematian tetapi bahayapersekitaran tidak sihat terbukti mampu memberi kesan kerosakan dankecacatan jangka pendek dan jangka panjang terhadap kesihatan kanak-kanakseperti kecacatan anggota badan, kerosakan sistem pembiakan, kanser, penyakitmental dan lain-lain. Kanak-kanak amat mudah terdedah kepada bahayapersekitaran tidak sihat berbanding orang dewasa kerana faktor semula jaditubuh badan dan sikap mereka. Kejadian cirit-birit dan muntah-muntah akibatkeracunan makanan masih lagi berlaku. Hampir setiap bulan pada musimpersekolahan ada sahaja kejadian keracunan makanan di sekolah-sekolah diMalaysia. Keracunan adalah antara penyebab kepada kanak-kanak. Kekotoran,pencemaran bakteria dan kuman serta tiada kebersihan diri adalah merupakansebab-sebab yang tersohor.

KERACUNAN – SIMPTOM DAN RAWATAN

ONG KOK MENG

Pengenalan .

Definisi Keracunan .

Keracunan ialah kesan kemasukan bahan "substance" sama ada semulajadi atau sintetik ke dalam tubuh manusia . Racun boleh memasuki tubuh melalui penelanan , penghiduan , penyerapan melalui kulit atau tersuntik ke bawah lapisan kulit ( seperti akibat sengatan serangga berbisa seperti tebuan dan kala jengking atau patukan ular kapak / tedung ) . Racun mungkin juga berpunca dari dalam badan itu sendiri . Sebagai contoh , bakteria boleh menghasilkan endotoksin , enterotoksin atau eksotoksi beracun . Penyakit ginjal , kegagalan hepar (organ hati ) dan gangguan metabolik mungkin boleh menyebabkan bahan-bahan beracun terhasil terkumpul dalam badan . Keracunan tidak terhad kepada jenis-jenis racun yang dikenali sebagai sianida dan plumbum . Kes keracunan yang dilaporkan di negara ini membabitkan penggunaan paraguat dan minyak angin yang mengandungi salisilat .

Keracunan mungkin bersifat ringan ( contohnya rasa mual atau sakit kepala ) atau berat (contohnya demam panas atau sawan ) sehingga boleh menyebabkan maut . Satu dos merujuk kepada jumlah sesuatu bahan kimia yang dapat memasuki tubuh pada sesuatu masa . Dos yang mengakibatkan keracunan ialah dos beracun atau dos toksik . Dos ambang merupakan jumlah terkecil yang menyebabkan keracunan . Jikalau jumlah

Page 11: Keracunan Makanan

sesuatu bahan kimia yang memasuki tubuh lebih daripada dos ambang , bahan kimia itu tidak akan menyebabkan keracunan . Sebaliknya , ia mungkin mendatangkan kesan yang baik seperti ubat-ubatan . Ia akan mendatangkan kebaikan sekiranya diambil mengikut dos yang betul sebagaimana disyorkan oleh doktor .

Keracunan mungkin bersifat akut atau kronik . Dalam keracunan akut , sejumlah racun yang banyak memasuki atau dihasilkan dalam badan dalam tempoh masa yang singkat (selama beberapa saat , minit , jam atau dalam masa sehari ) . Keracunan akut melibatkan keracunan makanan dan ubat-ubatan moden kerana dibuat daripada sintesis kimia . Keracunan kronik merujuk kepada keracunan yang dialami untuk beberapa hari , bulan atau tahun . Ia berpunca daripada pengumpulan sedikit demi sedikit racun yang tidak dapat dikeluarkan dengan cepat .

Tiga Faktor Penyebab Keracunan .

Agen , perumah dan persekitaran merupakan tiga punca utama berlakunya keracunan . Keracunan berlaku apabila ketiga-tiga punca ini saling bertindakbalas . Pengasingan ketiga-tiga punca ini boleh menghindarkan keracunan .

Agen .

Agen merupakan bahan aktif atau media (biasanya kimia ) yang mengakibatkan keracunan . Menurut satu kajian , 1/3 daripada kes keracunan yang telah dirujuk ke sebuah hospital tempatan membabitkan bahan-bahan kegunaan rumah tangga ( Rujuk lampiran A ) .

Perumah .

Perumah merujuk kepada individu yang terdedah kepada kemungkinan keracunan . Faktor ini merangkumi umur , jantina , kematangan fizikal dan mental serta peribadi individu . Satu kajian menunjukkan lebih daripada 90% kes keracunan melibatkan kanak-kanak berusia antara satu hingga 11 tahun . Dalam hal ini , 80% kes melibatkan kanak-kanak berusia di bawah enam tahun dan merupakan keracunan akibat kecuaian .

Kes keracunan melibatkan orang dewasa adalah kurang berbanding kanak-kanak . Kebanyakannya bertujuan untuk membunuh diri melalui campuran dadah dengan alkohol yang menambahkan ketoksidan beberapa jenis dadah . Mereka biasanya diberikan rawatan keracunan dan khidmat psikatri atau kaunseling . Pembabitan orang tua dalam kejadian keracunan biasanya serius dan mangsa mengalami komplikasi serta maut . Keracunan berlaku apabila dos ubat-ubatan atau suplemen vitamin diambil secara berlebihan untuk merawat penyakit seperti sakit jantung , darah tinggi dan diabetes .

Persekitaran .

Persekitaran melibatkan kawasan rumah dan luar rumah . Kebanyakan kejadian keracunan berlaku di rumah . Menurut satu kajian , kes keracunan di kalangan kanak-

Page 12: Keracunan Makanan

kanak lumrahnya berlaku di dapur ( 55%) , tandas ( 20%) dan bilik tidur (10%) . Kanak-kanak menghadapi risiko yang tinggi kerana pembentukan hati dan ginjal yang belum sempurna . Kawasan luar rumah melibatkan alam sekitar mengalami pencemaran pelbagai bahan kimia toksin daripada sumber asli atau bahan buangan . Agen-agen ini didapati dalam air , tanah , udara dan makanan . Pencemaran udara menjadi contoh yang paling nyata . Karbon monoksida , hidrokarbon dan nitrogen dioksida adalah agen toksik yang biasa terdapat di udara .

Kaedah pendedahan kepada keracunan .

Kaedah pendedahan atau penyerapan merujuk kepada cara di mana racun memasuki tubuh . Ia dibahagikan kepada :

Pendedahan melalui mulut dengan menelan ( ingesi ) .

Keracunan sebegini kerap berlaku di kalangan kanak-kanak dan menjadi punca utama dalam kejadian keracunan pestisid . Racun yang ditelan akan dibawa ke perut . Malah sesetengah racun boleh menembusi dinding perut dan meresap ke dalam saluran darah . Keracunan yang lebih serius akan dialami sekiranya racun berada lebih lama di usus yang seterusnya banyak yang memasuki saluran darah . Keracunan tidak akan berlaku sekiranya racun tidak menembusi dinding usus dan tidak dapat meresap ke dalam darah . Sebaliknya , ia bergerak mengikut saluran usus dan keluar melalui najis . Sebagai contoh , logam raksa .

Pendedahan melalui paru-paru dengan cara bernafas ke dalam mulut atau hidung .

Penghiduan racun berlaku semasa pengendalian bahan racun di dalam bangunan yang kurang udara segar atau ketika penyemburan pestisid tanpa pemakaian pakaian lindung diri secukupnya . Pengeluaran wasap beracun seperti karbon monoksida daripada alat pemanas minyak atau bergas dan api boleh mencapai kepekatan tahap bahaya jika sirkulasi udara tidak sempurna yang menyebabkan asap tidak dapat keluar .

Racun yang berada dalam paru-paru akan meresap ke dalam saluran darah dengan cepat . Hal ini disebabkan ruang udara dalam paru-paru berdinding nipis dan mempunyai aliran darah yang baik . Hanya zarah yang terlalu kecil boleh meresap ke dalam paru-paru manakala zarah yang lebih besar akan tersekat di bahagian mulut , tekak dan hidung serta berkemungkinan ditelan .

Pendedahan melalui kulit akibat sentuhan dengan cecair , semburan atau kabus .

Individu yang menggunakan pestisid boleh diracuni jika tersembur bahan tersebut ke atas kulit ataupun memakai pakaian yang tercemar dengan bahan kimia . Ada sesetengah racun yang boleh menembusi kulit . Kulit yang panas , basah , dan berpeluh lebih cepat ditembusi berbanding kulit yang sejuk dan kering . Kulit yang rosak akibat terbakar atau tercalar juga lebih cepat ditembusi berbanding kulit yang tidak rosak . Justeru ,

Page 13: Keracunan Makanan

pembasuhan kulit disyorkan untuk mengeluarkan racun di samping mencegah kemasukan dos beracun ke dalam tubuh .

Pendedahan dengan suntikan melalui kulit .

Suntikan melalui penggunaan jarum , pistol tekanan ( semasa melukis tatoo ) ataupun gigitan atau sengatan serangga , ular berbisa dan ikan boleh menyebabkan keracunan . Tindakan racun adalah lebih lambat sekiranya racun disuntik di bawah kulit atau ke dalam otot . Hal ini disebabkan racun perlu menembusi beberapa lapisan tisu sebelum sampai ke saluran darah . Suntikan secara terus ke dalam saluran darah mendatangkan kesan yang lebih cepat . Sejurus selepas racun memasuki tubuh , racun akan disebarkan ke seluruh bahagian tubuh . Implikasinya bergantung kepada jenis-jenis racun yang terbabit .

Simptom keracunan .

Simptom-simptom dalam keracunan biasanya tidak khusus . Beberapa sistem organ manusia mungkin terjejas pada satu masa bergantung kepada jenis bahan racun yang terbabit . Pesakit akan menemui ajal sekiranya saluran darah tersekat , penekanan fungsi pernafasan atau apabila mangsa tersedak dengan bahan racun yang masuk ke dalam paru-paru . Sebab utama kematian akibat keracunan ialah kesukaran bernafas .

Kanak-kanak yang mengalami keracunan akan mempunyai tahap asid yang tinggi dalam darahnya sekiranya punca lain tidak dapat dikenalpasti . Sekiranya kesukaran bernafas berlaku , keracunan harus disyaki terutama apabila pesakit seorang yang tidak siuman , pesakit dikenalpasti mengalami stres yang teruk , koma atau pesakit muda yang mengalami degupan jantung tidak menentu tanpa diketahui punca sebenar .

Senarai bahan-bahan berserta dengan simptom keracunan .

Ubat-ubatan

Antidepresi(imipramine, triptylines )

Sawan , nadi tidak menentu dan perlahan , koma , pengsan , nadi pantas , pupil mata mengembang , kejutan .

Ubat sakit sendi seperti aspirin atau minyak gosok panas yang mengandungi salisilat metil

Muntah-muntah , bernafas dalam – dalam dan pantas , demam

Ubat selsema(anthistamina )

Pening , bingung , meracau , pergerakan terhuyung-hayang, tiada kordinasi , pupil mata mengembang , kulit merah padam dan demam .

Ubat tidur/sawan yang mengandungi barbiturat

Tidak bernafas atau pernafasan yang perlahan , koma atau pengsan .

Page 14: Keracunan Makanan

Ubat sakit jantung yang mengandungi digoksin

Rasa loya , muntah-muntah , nadi tidak menentu dan perlahan serta demam .

Zat besi Muntah-muntah , kejutan .

Narkotik seperti morfin dan kodein dalam ubat batuk

Koma atau pengsan , tidak bernafas atau pernafasan yang perlahan , pupil mata mengecil .

Ubat penenang Pergerakan terhuyung-hayang , tiada kordinasi , tidak bernafas atau pernafasan yang perlahan , koma atau pengsan , sawan .

Tumbuh-tumbuhan Simptom keracunan

Cendawan Muntah-muntah .

Kecubung Pupil mata mengembang , kulit merah padam , demam , nadi pantas , pening ,bingung , meracau , sawan .

Bahan-bahan yang disimpan di rumah Simptom keracunan

Bahan asid / alkali seperti pencuci longkang, pengkakis

Melepuh di bahagian mulut , rasa pedih / panas seperti terbakar di bahagian mulut , perut , kejutan .

Peluntur-natrium hipoklorit Muntah-muntah , rasa pedih / panas seperti terbakar di bahagian mulut , perut , kejutan .

Asid borik Rasa loya , muntah-muntah , kulit merah padam .

Kamfor Rasa loya , muntah-muntah , pening , bingung , meracau , sawan , kejutan .

Disinfektan-fenol Melepuh di bahagian mulut , rasa pedih / panas seperti terbakar di bahagian mulut , perut , pening , bingung , meracau , koma atau pengsan , kejutan .

Minyak tanah dan cecair pemetik api Rasa loya , muntah-muntah , sukar bernafas .

Ubat gegat Rasa loya , muntah-muntah .

Pengilap perabot dan pelarut- penipis cat Muntah-muntah , sukar bernafas .

Turpentin Rasa pedih / panas seperti terbakar di bahagian mulut , perut , sukar bernafas , pergerakan terhuyung-hayang , tiada kordinasi dan sawan .

Page 15: Keracunan Makanan

Penyembur-freon Kejutan .

Alkohol-metil, alkohol gosok Rasa loya , sakit kepala , koma atau pengsan .

Alkohol - minuman arak, minyak wangi Rasa pedih/ panas seperti terbakar di bahagian mulut , perut , sawan , koma atau pengsan .

Racun Makhluk Perosak Simptom keracunan

Racun serangga Hidrokarbon: klordane, lindane

Muntah-muntah , sakit kepala , pening , bingung , meracau , sawan , sukar bernafas , nadi tidak menentu dan perlahan , kejutan .

Fosfat: diazinon, parathion Muntah-muntah , rasa pedih / panas seperti terbakar di bahagian mulut , perut , pergerakan terhuyung-hayang , tiada kordinasi , nadi tidak menentu dan perlahan , warna kebiruan di bahagian mulut .

Fluorid-racun semut, lipas dan tikus Muntah-muntah , rasa pedih / panas seperti terbakar di bahagian mulut , perut , tidak bernafas atau pernafasan yang perlahan , nadi tidak menentu dan perlahan , sawan

Arsenik-racun tikus, herbisid Rasa loya , muntah-muntah , sakit kepala , kejutan .

Striknin-racun tikus Sawan , koma atau pengsan .

Karbon tetraklorid Muntah-muntah , tidak bernafas atau pernafasan yang perlahan dan kejutan .

Gas Simptom keracunan

Karbon monoksid Sakit kepala , pening ,bingung ,meracau , koma atau pengsan , kulit merah padam .

Sianid-fumigant Sakit kepala , muntah-muntah , sukar bernafas , nadi pantas , sawan , koma atau pengsan .

Bisa sengatan serangga Simptom keracunan

Himenoptera – lebah Sukar bernafas , rasa mual , muntah-muntah dan tekanan darah menurun yang boleh menyebabkan kematian .

Makanan tercemar Sakit perut , muntah dan cirit-birit selepas 3-24 jam terkemudian . Demam , muntah-muntah , lemah dan hilang selera makan melebihi tempoh 6 jam .

Plumbum Kesakitan usus , abdomen , diarea , muntah teruk , tanda anemia , kurang selera makanan , garisan gusi kebiruan / hitam / kebiruan ,

Page 16: Keracunan Makanan

anggota lumpuh / lemah , halusinasi , seizur , koma , mungkin kematian .

 

Simptom Gastrousus dan Simptom Neurologi .

Simptom keracunan boleh dibahagikan kepada simptom gastrousus dan simptom neurologi . Simptom gastrousus melibatkan penyakit radang lapisan perut dan usus . Simptom utamanya ialah sakit bahagian perut , loya , muntah dan cirit – birit . Simptom kerap muncul setelah satu - 6 jam setelah tertelan bahan kimia beracun .Simptom neurologi melibatkan sistem saraf dengan simptom utamanya seperti gangguan penglihatan , kebas-kebas dan lumpuh , kebingungan , halusinasi ( meracau ) dan koma . Simptom ini muncul setelah beberapa jam mangsa tertelan bahan racun seperti raksa dan cendawan beracun .

Pendekatan rawatan keracunan .

Antara pendekatan rawatan keracunan ialah bantuan sokongan yang bertujuan menstabilkan keadaan mangsa diikuti pengeluaran racun daripada perut , usus di samping pada kulit dan mata . Pendekatan seterusnya ialah pemberian penawarnya jika ada , penyingkiran bahan beracun yang telah diserap oleh tubuh dan rawatan sokongan serta pemerhatian . Ia termasuk pengenalpastian sistem jantung , pernafasan , peredaran darah dan aliran udara berfungsi dengan sempurna . Tindakan yang boleh diambil untuk menangani keracunan bergantung kepada kaedah pendedahan kepada keracunan .

Racun yang ditelan .

Mangsa tidak harus diberi apa-apa melalui mulut sekiranya racun itu adalah kategori ubat-ubatan sehinggalah nasihat doktor diperoleh terlebih dahulu . Mangsa harus diberikan setengah gelas susu atau air biasa dengan segera sekiranya racun tersebut bahan kimia yang digunakan dalam rumah ( umpamanya sabun ) melainkan sekiranya tidak sedar diri , tidak berupaya menelan atau mengalami sawan . Ia bergantung kepada kepekatan kandungan bahan pencuci dalam perut . Kanak-kanak disyorkan minum lebih daripada 60 ml ( 1 cawan ) dan orang dewasa pula kurang 150 ml ( 2 .5 cawan ) . Mangsa patut disuruh muntah jika keracunan melibatkan dadah , racun serangga dan tumbuhan beracun . Mangsa keracunan produk petroleum dan produk kaustik tidak digalakkan untuk muntah kerana mendatangkan kesan yang lebih buruk .

Racun yang dihidu ( asap / gas ) .

Tindakan segera ialah membawa mangsa ke kawasan lapang . Tingkap dan pintu harus dibuka luas . Mangsa yang terhidu gas beracun seperti karbon tetraklorid harus dipindahkan ke tempat berudara bersih atau segar . Kepala dan dada mangsa yang masih sedar harus diangkatkan sedikit untuk memudahkan pernafasan . Pakaian ketat harus

Page 17: Keracunan Makanan

dilonggarkan dan bantuan pernafasan diberikan jika mangsa tidak dapat bernafas dengan baik sebelum pemerolehan bantuan lanjut . Kebiasaannya , mangsa keracunan gas perlu diuruskan dengan cermat agar badannya tidak bergoncang . Sekiranya perlu , penolong mangsa boleh menggunakan alat seperti topeng gas .

Racun yang terkena pada mata .

Biasanya , mata menjadi merah dan rasa pedih . Langkah yang diambil ialah mencuci mata dengan menuangkan air suam dari bekas ( umpamanya gelas ) pada jarak 2-3 inci dari mata . Langkah ini perlu dilakukan terus-menerus sekurang-kurangnya selama 15 minit . Mangsa harus mengelip - gelipkan mata seberapa banyak kali yang boleh . Kelopak mata tidak harus dibuka apabila mata dibasahi dengan air . Seterusnya mangsa dibawa ke hospital rawatan dan penilaian selanjutnya .

Racun yang terkena pada kulit .

Langkah segera ialah penanggalan pakaian yang tercemar diikuti pembilasan kulit dengan sebanyak mungkin air selama sekurang-kurangnya 10 minit . Seterusnya , bahagian yang terkena racun harus dicuci dengan sabun sekiranya kulit tidak melecur dan dijirus dengan air sebelum rawatan lanjut di hospital .Sekiranya perlu , penolong mangsa boleh menggunakan pakaian pelindung khusus ( sarung tangan ) .

Langkah-langkah rawatan awal bila berlaku keracunan .

Ubat-ubatan Rawatan awal

Antidepresi(imipramine, triptylines ) Ubat tidur/sawan yang mengandungi barbiturat

Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak sedar diri atau mengalami sawan .Berikan campuran arang teraktif dengan sedikit air. Pernafasan bantuan diberikan jika perlu .

Ubat selsema(anthistamina )

Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak sedar diri atau mengalami sawan .

Berikan campuran arang teraktif dengan sedikit air .

Terapkan dengan air sejuk .

Ubat sakit jantung yang mengandungi digoksin

Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak sedar diri atau mengalami sawan .Berikan campuran arang teraktif dengan sedikit air.

Zat besi Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak sedar diri atau mengalami sawan .

Page 18: Keracunan Makanan

Berikan campuran satu sudu teh natrium bikarbonat dalam ½ gelas air .

Gunakan julap .

Narkotik seperti morfin dan kodein dalam ubat batuk

Pernafasan bantuan diberikan jika perlu .

Ubat penenang Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak sedar diri atau mengalami sawan .

Berikan campuran arang teraktif dengan sedikit air .

Gunakan julap .

Tumbuh-tumbuhan Rawatan awal

Cendawan Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak sedar diri atau mengalami sawan .

Berikan campuran arang teraktif dengan sedikit air.

Gunakan julap .

Kecubung Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak sedar diri atau mengalami sawan .Terapkan dengan air sejuk .

Bahan-bahan yang disimpan di rumah

Rawatan awal

Bahan asid / alkali seperti pencuci longkang , pengkakis

Berikan air dan susu pada ketika ini .

Jiruskan air ke bahagian mata atau kulit jika terkena racun .

Dapatkan nasihat doktor jika hendak membuatkan mangsa keracunan muntah .

Peluntur-natrium hipoklorit Berikan air dan susu pada ketika ini .Dapatkan nasihat doktor jika hendak membuatkan mangsa keracunan muntah .

Asid borik Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak sedar diri atau mengalami sawan .

Page 19: Keracunan Makanan

Kamfor Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak sedar diri atau mengalami sawan .Pernafasan bantuan diberikan jika perlu .

Disinfektan-fenol Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak sedar diri atau mengalami sawan .

Berikan campuran arang teraktif dengan sedikit air.

Gunakan julap .

Minyak tanah dan cecair pemetik api Dapatkan nasihat doktor jika hendak membuatkan mangsa keracunan muntah .

Berikan campuran arang teraktif dengan sedikit air.

Gunakan julap .

Ubat gegat Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak sedar diri atau mengalami sawan .

Berikan campuran arang teraktif dengan sedikit air.

Gunakan julap .

Pengilap perabot dan pelarut- penipis cat , turpentin

Dapatkan nasihat doktor jika hendak membuatkan mangsa keracunan muntah .

Berikan campuran arang teraktif dengan sedikit air.

Gunakan julap .

Penyembur-freon Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak sedar diri atau mengalami sawan .Pernafasan bantuan diberikan jika perlu .

Alkohol-metil , alkohol gosok Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak sedar diri atau mengalami sawan .

Berikan campuran satu sudu teh natrium bikarbonat dalam ½ gelas air .

Pernafasan bantuan diberikan jika perlu .

Alkohol - minuman arak, minyak Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak sedar

Page 20: Keracunan Makanan

wangi diri atau mengalami sawan .Pernafasan bantuan diberikan jika perlu .

Racun Makhluk Perosak Rawatan awal

Racun serangga Hidrokarbon: klordane, lindane

Dapatkan nasihat doktor jika hendak membuatkan mangsa keracunan muntah .

Gunakan julap .

Rawat kejutan .

Fosfat: diazinon, parathion Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak sedar diri atau mengalami sawan .

Dapatkan nasihat doktor jika hendak membuatkan mangsa keracunan muntah .

Rawat kejutan .

Pernafasan bantuan diberikan jika perlu .

Fluorid-racun semut, lipas dan tikus Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak sedar diri atau mengalami sawan .

Dapatkan nasihat doktor jika hendak membuatkan mangsa keracunan muntah .

Rawat kejutan .

Arsenik-racun tikus, herbisid Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak sedar diri atau mengalami sawan .Gunakan julap .

Striknin-racun tikus Pernafasan bantuan diberikan jika perlu .

Karbon tetraklorid Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak sedar diri atau mengalami sawan .

Dapatkan nasihat doktor jika hendak membuatkan mangsa keracunan muntah .

Rawat kejutan .

Gas Rawatan awal

Page 21: Keracunan Makanan

Karbon monoksid , sianid-fumigant Pernafasan bantuan diberikan jika perlu .

  Rawatan awal

Plumbum Penceghan pendedahan seterusnya . Doktor mungkin mempreskrib ejen kelat Penicillamine untuk ikat plumbum dan menolong badan mengumuhkannya pada kadar yang lebih cepat .

 

Pengkategorian jenis pendedahan dan implikasi rawatan .

Pendedahan kepada bahan racun boleh dibahagikan kepada tiga jenis . Kategori pertama melibatkan pendedahan sebenar tetapi tidak memerlukan rawatan tertentu . Pengesahan boleh dilakukan jika bahan tersebut bahan tidak toksik . Ia juga merangkumi keracunan bahan toksik tetapi diambil pada amaun yang sedikit . Mangsa dalam kategori ini biasanya tidak menunjukkan sebarang simptom . Adalah lebih baik jika mangsa mendapat pengesahan doktor di hospital atau laporkan kepada Pusat Racun Negara .

Kategori kedua meliputi pendedahan keracunan yang boleh dirawat di rumah . Pemahaman dan mengikut arahan doktor adalah penting . Keracunan kategori ini dianggap minor dan tidak mengugat nyawa . Jenis bahan racun , jumlah dan simptomnya perlu diketahui . Muntah merupakan alternatif terbaik jika bahan racun ditelan . Cara ini popular di Amerika Syarikat kerana rawatan keracunan yang menjimatkan . Namun , di Malaysia cara ini tidak digalakkan kerana permuntahan yang selamat belum dapat dilakukan di rumah .

Kategori ketiga melibatkan pendedahan kepada bahan racun yang memerlukan rujukan dari hospital untuk membolehkan pemeriksaan doktor . Kategori ini merangkumi kes-kes keracunan yang disengajakan , jika simptom serius dijangkakan berlaku dan apabila bahan racun yang diambil terlalu toksik .

Kesimpulan .

Pengenalpastian pengambilan bahan racun sebenar dalam kebanyakan kes keracunan adalah rumit dan memakan masa . Pengesahan biasanya dibuat di hospital atau setelah mangsa menemui ajal . Hal ini disebabkan ubat-ubatan tidak mencatatkan kandungannya . Pencegahan adalah amat penting . Bahan racun patut dilabelkan dan diletakkan dalam bekas yang asal dan perlu disimpan di tempat yang tidak dapat dicapai oleh kanak-kanak . Sememangnya , kes keracunan harus dirujuk pada Pusat Racun Negara dan doktor yang bertauliah . Antidot biasanya diambil untuk mengurangkan kesan buruk sesuatu racun .

LAMPIRAN A .

Page 22: Keracunan Makanan

Bahan-bahan kegunaan rumah tangga yang sering menyebabkan keracunan .

 Sabun dan bahan pencuci

 Sabun dan bahan pencuci biasanya menyebabkan rasa tidak selesa dan kesan terbakar pada kulit .

 Kosmetik

 Bedak bayi boleh menyebabkan penyakit radang paru-paru yang serius . Kebanyakan deodoran dan pewangi mengandungi alkohol yang tinggi iaitu sebanyak 90% . Ia boleh menyebabkan keracunan alkohol dalam bentuk penindasan sistem saraf pusat , jika tertelan oleh kanak-kanak .

 Hidrokarbon

Banyak kes terminum minyak tanah dan lain-lain bahan petroleum secara tidak sengaja . Ini berpunca daripada penggunan botol sebagai bekas minuman .

 Ubat gegat

 Ubat gegat atau naftalin seakan-akan gula-gula atau coklat sering dimakan kanak-kanak .

 Racun serangga

 Aerosol racun serangga yang disimpan dalam tin yang tidak tahan panas dan boleh meletup . Sesetengah kanak-kanak berupaya menyembur racun dengan hanya menekan butang semburannya .

 Pencil warna

 Pengharaman beberapa keluaran pencil , krayon dan warna air kerana didapati mengandungi logam berat yang berlebihan pada awal 1995 menunjukkan keracunan boleh berlaku terhadap kanak-kanak sekolah .

 Ubat-ubatan

Ubat-ubatan aspirin dan ubat selsema seperti antihistamin merupakan bahan yang biasa terdapat dirumah dalam pelbagai bentuk , saiz dan warna yang menarik seperti gula-gula atau coklat .

 Makanan tercemar

 Makanan yang telah dicemari oleh kuman tertentu boleh menyebabkan keracunan yang parah . Sebagai contoh , bakteria seperti Staphylococcus , Aureus , Salmonella , vibro cholerae dan bahan kimia seperti racun tuba , racun perosak , cendawan berkulat dan makanan laut beracun .

 Tumbuh-tumbuhan

 Tumbuh-tumbuhan banyak mengandungi bahan beracun .

Contohnya seperti pokok kecubung yang banyak terdapat di persekitaran kita . Pokok ini mengandungi racun alkaloida

belladonna yang mudah diperolehi di persekitaran kita .

Page 23: Keracunan Makanan

 

Sumber : Dr. Rahmat Awang , 1996, Mengendalikan kes keracunan , Dewan Kosmik ,

Februari , hlm .39

BIBLIOGRAFI .

Dr. Mohamed Isa Abd. Majid . 1996 . Keracunan ubat-ubatan moden . Dewan Kosmik .

Mac : 38-39 & 48 .

Dr. Rahmat Awang . 1996 . Mengendalikan kes keracunan . Dewan Kosmik . Februari :

18 , 38 & 39 .

Kamilah Beran . 1996 . Bahaya bahan sediaan di rumah . Dewan Kosmik . November :

41-43 .

Rosman Ahmad . 1996 . Racun dan anda . Dewan Kosmik . Januari : 22-24 .

E.J. Ariens , E. Mutschler , A.M. Simanis .1986 . Toksikologi Umum : pengantar .

Yogyakarta : Gadjah Mada University Press .

Fokus : Racun dan Anda . 1998 . Buletin Utama Pusat Racun Negara , USM . 20 Mei

Internet . http://prn.usm.my/prnnet.html

1995 . Ensiklopedia Malaysiana ( Jilid 7 ) . Kuala Lumpur : Anzagain Sdn. Bhd.

1991 . The New Book Of Knowledge . Connecticut : Grolier Incorporated .

 

Apa yang patut anda lakukan semasa serangan asma?

Ikut panduan pelan tindakan asma yang diberi. Dudukkan anak secara menegak dan tenangkan nya. Minta bantuan segera daripada orang sekeliling anda Untuk serangan yang tidak teruk beri anak ubat pelega 4 hingga 6 jam sekali atau bergantung

kepada gejalanya. Sekiranya anak anda perlu ubat pelega lebih kerap dan kurang dari 4 jam, bawa anak anda

berjumpa doctor dengan segera. Teruskan pemberian ubat pencegah seperti yang telah disarankan

[Atas]

Page 24: Keracunan Makanan

Bagaimana mencegah serangan asma?

Ambil ubat sebagaimana arahan doktor. Pesakit mesti sentiasa membawa ubat pelega pada setiap masa. Elakkan terdedah kepada faktor pencetus. Ambil ubat sebelum bersenam bagi mengelakkan serangan akibat bersenam Buat bacaan peak flow seperti arahan doktor. Ambil ubat pelega apabila mengalami asma yang ringan

Apa yang patut anda lakukan semasa serangan asma?

Ikut panduan pelan tindakan asma yang diberi. Dudukkan anak secara menegak dan tenangkan nya. Minta bantuan segera daripada orang sekeliling anda Untuk serangan yang tidak teruk beri anak ubat pelega 4 hingga 6 jam sekali atau bergantung

kepada gejalanya. Sekiranya anak anda perlu ubat pelega lebih kerap dan kurang dari 4 jam, bawa anak anda

berjumpa doctor dengan segera. Teruskan pemberian ubat pencegah seperti yang telah disarankan

[Atas]

Bagaimana mencegah serangan asma?

Ambil ubat sebagaimana arahan doktor. Pesakit mesti sentiasa membawa ubat pelega pada setiap masa. Elakkan terdedah kepada faktor pencetus. Ambil ubat sebelum bersenam bagi mengelakkan serangan akibat bersenam Buat bacaan peak flow seperti arahan doktor. Ambil ubat pelega apabila mengalami asma yang ringan Mata menjadi merah apabila salur-salur darah pada lapisan  yang menyelaputi bahagian

putih mata (konjunktiva) sesak atau membengkak, yang mengakibatkan lebih banyak lagi darah mengalir ke bahagian itu dan menjadikannya kelihatan merah.

Untuk Informasi Lanjut, Sila Klik Sini.....

Keadaan-keadaan Umum PentingPengendalian kendiri mata merah yang mudahPengguanan ubat-ubat mataTabiat-tabiat untuk diikutiElakkan

Keadaan-keadaan Umum

 Konjuktivitis iritasi, kimia atau toksik – Ini disebabkan oleh iritasi dari habuk, tembakau,     klorin dari kolam mandi, minuman beralkohol yang melampau, pancaran matahari atau     menggosok. Gejala-gejala - gatal, pengeluaran air mata dan kadang-kala terasa

Page 25: Keracunan Makanan

seperti     terdapat pasir. Konjunktivitis Alahan – Disebakan oleh bahan alah di udara, alahan kepada kosmetik, bulu    dari haiwan peliharaaan dll.  Mata menjadi terlalu sakit/pedih dan gatal serta mula     mengeluarkan air mata. Lazimnya, ia disertai oleh bersin, terengah-engah dan ruam pada     kulit.  Mata yang dijangkiti (Konjunktivitis berjangkit) – Konjunktivitis jenis ini adalah disebabkan     oleh jangkitan bakteria atau virus.  Mata terlekat bersama, terutamanya apabila bangun     dari tidur di awal pagi. Terdapat nanah dan rasa pedih dan berpasir. Konjunktivitis jenis ini     boleh merebak kepada ahli-ahli keluarga dan kenalan-kenalan yang lain.   Mata yang kering. Ini disebabkan olah kurangnya penghasilan air mata yang mencukupi. Ia     lebih biasa dijumpai pada warga tua dan boleh disebabkan oleh pengambilan ubat-ubat     tertentu. Mata yang merah tidak harus diabaikan. Anda harus dirawat. Runding dengan     doktor atau pegawai farmasi anda.

Penting

Oleh kerana mata merah boleh menjadi tanda amaran untuk penyakit-penyakit mata yang serius, runding dengan seorang doktor jika mana-mana keadaan yang biasa berlanjutan melebihi dua hari atau jika terdapat mana-mana di antara gejala-gejala berikut :-

 Ketidakselesaan di cahaya terang (fotofobia). Pandangan yang kabur. Kemerahan serta-merta sekeliling iris (bahagian mata yang hitam) berbanding seluruh bahagian putih pada mata. Sakit . Pengeluaran nanah. 

Pengendalian kendiri mata merah yang mudah

 Rehatkan mata dan elakkan cahaya terang. Masukkan beberapa titisan ubat titis mata untuk melegakan kepedihan atau iritasi (runding     dengan pegawai farmasi anda). Mata yang kering – jika mata masih kering untuk 3 hari walaupun dengan penggunaan ubat     titis mata selepas berunding dengan pegawai farmasi anda, runding dengan doktor anda.

Pengguanan ubat-ubat mata

 Bersihkan mata. Basuh tangan. Dongakkan kepala ke belakang. Tarik kelopak mata ke bawah. Pandang ke atas dan titiskan satu titis. Untuk salap, picitkan lebih kurang 4mm. Jangan     biarkan bekas menyentuh mata. Letakkan salap pada sudut dalaman mata. Tutup mata secara lembut untuk beberapa minit. Basuh tangan semula.

Page 26: Keracunan Makanan

Tabiat-tabiat untuk diikuti

 Pakai cermin mata berenang di kolam yang berklorin atau kotor. Pakai cermin mata gelap untuk melindungi dari pancaran matahari yang terang. Gunakan kawasan tidak merokok di restoran-restoran, kapal terbang dan di tempat kerja. Cuba kenalpasti dan elakkan benda-benda yang menyebabkan alahan. Organisma boleh membiak di dalam produk mata yang terbuka. Jangan gunakan cecair     dan salap yang telahpun dibuka melebihi sebulan, kecuali dinasihat sebaliknya oleh     pegawai farmasi anda.

Elakkan

 Menggosok mata anda. Merokok dan bilik yang berisi asap. Menggunakan produk mata yang dipreskripsi untuk orang lain. Pengambilan minuman beralkohol yang melampau Mengabaikan gejala-gejala yang serius.

Jaga diri anda dan penglihatan anda.