kemahiran mikropengajaran

26
KEMAHIRAN MIKROPENGAJARAN KPD 3026/EDU 3056

Upload: mazlan81

Post on 20-Jun-2015

10.736 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Mikro Pengajaran

TRANSCRIPT

Page 1: kemahiran mikropengajaran

KEMAHIRAN MIKROPENGAJARANKPD 3026/EDU 3056

Page 2: kemahiran mikropengajaran

HASIL PEMBELAJARAN Menghuraikan sepuluh kemahiran mikropengajaran

iaitu memulakan pengajaran (termasuk mencungkil idea), menyoal, menerang, memperkukuh, mengilustrasi dengan contoh, membuat demonstrasi, mengendali perbincangan dan eksperimen, menutup pengajaran, dan membuat refleksi.

Mengaplikasi pengetahuan tentang kemahiran mikropengajaran semasa membuat persembahan

Page 3: kemahiran mikropengajaran

Apa itu kemahiran mikropengajaran?

Kemahiran mengajar yang diintegrasi dan dilaksanakan secara bersepadu dan harmoni bagi membantu pembelajaran berlaku secara berkesan.

Page 4: kemahiran mikropengajaran

10 Kemahiran Mikropengajaran Memulakan pengajaran (termasuk mencungkil idea) Menyoal Menerang Memperkukuh Mengilustrasi dengan contoh Membuat demonstrasi Mengendali perbincangan Mengendali kerja amali Menutup pengajaran Membuat refleksi

Page 5: kemahiran mikropengajaran

1. Kemahiran memulakan pengajaran (termasuk mencungkil idea)

Tujuan fasa permulaan pengajaran: Menarik perhatian pelajar Membantu pelajar bersedia dari sudut kognitif

dan afektif Memperkenalkan objektif pembelajaran Membina aliran pemikiran Mengetahui pengetahuan sedia ada dan

miskonsepsi pelajar

Page 6: kemahiran mikropengajaran

Elemen penting kemahiran memulakan pengajaran

Menarik perhatian menggunakan suara, pergerakan, isyarat

badan dan eye contact menggunakan bantuan alat pandang dengar mempelbagaikan interaksi antara guru dan

pelajar

Page 7: kemahiran mikropengajaran

Elemen penting kemahiran memulakan pengajaran

Menimbulkan motivasi pelajarmewujudkan hubungan baik menunjukkan keghairahan mengajar merangsang sifat ingin tahu bercerita

Page 8: kemahiran mikropengajaran

Menstruktur pengajaran dan pembelajaran menunjukkan hasil pembelajaran membuat ringkasan keseluruhan aktiviti P&P

(overview) mencungkil idea pelajar tentang tajuk/konsep

yang akan diajar

Elemen penting kemahiran memulakan pengajaran

Page 9: kemahiran mikropengajaran

Membuat perkaitan membanding dan membezakan antara

pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan yang akan diajar

menghubungkaitkan pengalaman pelajar atau kejadian semasa yang relevan dengan topik yang akan diajar

Elemen penting kemahiran memulakan pengajaran

Page 10: kemahiran mikropengajaran

Mencungkil idea Sebahagian kemahiran memulakan pengajaran terkandung

dalam elemen menstruktur P&P. Langkah pertama ke arah memurni, menstruktur semula,

dan/atau mengatasi sebarang prakonsepsi/miskonsepsi yang kemungkinan ada pada pelajar.

Pelajar akan lebih menyedari tentang idea asal mereka dan oleh itu lebih mudah membuat perkaitan dengan maklumat baru atau menstruktur semula idea tersebut jika didapati ada percanggahan.

Mengetahui status idea atau pengetahuan sedia ada pelajar dan dapat merancang tindakan susulan yang bersesuaian.

Page 11: kemahiran mikropengajaran

Beberapa cara mencungkil idea pelajar

Soal jawab keseluruhan kelas Perbincangan kumpulan Demonstrasi guru Kuiz pendek atau praujian Ramal-Perhati-Terang (Predict-Observe-Explain, POE) Peta konsep (Concept map) Kartun konsep (Concept Cartoon) Peristiwa bercanggah (Discrepant event) Interview about events Interview about instances

Page 12: kemahiran mikropengajaran

Kemahiran MenyoalTujuan menyoal Memulakan inkuiri Melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran Menarik perhatian pelajar dan menimbulkan sifat ingin tahu Menumpukan perhatian pelajar kepada sesuatu idea atau

konsep Menggalakkan pelajar bertanya soalan Membina kemahiran berfikir Meminta penjelasan idea pelajar Mengenal pasti dan menangani miskonsepsi Mentaksir kefahaman pelajar

Page 13: kemahiran mikropengajaran

5 langkah utama menyoal: Langkah 1- Ajukan soalan kepada seluruh kelas Langkah 2 - Memberi masa berfikir yang sesuai

(wait-time) Langkah 3 - Memilih pelajar untuk menjawab Langkah 4 - Memberi respon atau reaksi yang

bersesuaian kepada jawapan pelajar Langkah 5 - Memberi penekanan atau membuat

ringkasan jawapan tepat/yang boleh diterima

Page 14: kemahiran mikropengajaran

Kemahiran MenerangTujuan menerang Menyampaikan maklumat dengan cara yang

berkesan Membina pengetahuan dan kefahaman

pelajar Pelajar dapat mengikut arahan

Page 15: kemahiran mikropengajaran

Jenis-jenis penerangan Penaakulan

Menggunakan proses logik untuk menjawab soalan Menstruktur semula konsep atau idea

Interpretatif Menghuraikan maksud sesuatu istilah atau penyataan,

idea, konsep, prinsip, atau teori Deskriptif

Menghuraikan proses, struktur, dan prosedur Arahan jelas langkah-langkah menjalankan sesuatu

Page 16: kemahiran mikropengajaran

Empat Prinsip Utama Kemahiran MenerangGunakan kejelasan

Tumpukan kepada aspek yang spesifik Gunakan contoh, illustrasi dan media yang

relevan dan menarik Fokus semula dengan membuat ringkasan Gunakan bahasa mudah dan sesuai dengan

pelajar Elak kekaburan dan ayat tidak relevan

Page 17: kemahiran mikropengajaran

Empat Prinsip Utama Kemahiran Menerang

Gunakan penegasan Intonasi berbeza Penunjuk/penyerlah Pergerakan, gerak isyarat

Page 18: kemahiran mikropengajaran

Empat Prinsip Utama Kemahiran Menerang

Urutan/Kesinambungan Induktif/deduktif Bantu ingat (prompts) Variasi dan kata penghubung Pelbagaikan kelajuan penyampaian

Page 19: kemahiran mikropengajaran

Empat Prinsip Utama Kemahiran Menerang

Dapatkan maklum balas Libatkan pelajar Wujudkan peluang pelajar menunjukkan

kefahaman, minat dan sikap

Page 20: kemahiran mikropengajaran

Kemahiran Menutup Pengajaran Aspek Kognitif

Melihat semula/memperkukuh dan meringkaskan hasil pembelajaran.

Menilai kefahaman pelajar. Beberapa soalan yang boleh diajukan pada sesi penutup:

Page 21: kemahiran mikropengajaran

Contoh soalan:Apakah yang telah anda pelajari hari ini?Bagaimana kita boleh meringkaskan perbincangan kita pada hari ini dalam beberapa ayat sahaja?Apakah idea atau konsep utama yang telah kita bincangkan hari ini?Bagaimana idea-idea utama yang kita bincangkan berkait antara satu sama lain?Bagaimanakah perbincangan hari ini berkait dengan apa yang kita pelajari semalam?Bagaimana agaknya idea atau konsep yang kita bincangkan hari ini boleh diaplikasi kepada situasi baru atau berbeza yang kamu mungkin hadapi pada masa hadapan?

Page 22: kemahiran mikropengajaran

Kemahiran Menutup Pengajaran Aspek Kognitif:

Pelajar membuat refleksi ke atas apa dan bagaimana mereka belajar dan membuat kesimpulan

Cuba jadikan pengakhiran pelajaran sesuatu yang tidak dapat dilupakan

Membuat perkaitan dengan pelajaran akan datang

Memberi kerja rumah/pembacaan yang sesuai

Page 23: kemahiran mikropengajaran

Aspek Sosial Nilai afektif: Perasaan mencapai kejayaan dan

keseronokan pengalaman belajar. Cuba jadikan pelajar berasa apa yang mereka pelajari itu penting dan istimewa. Contohnya bertanya:

Apakah kebaikan yang diperoleh daripada mengetahui bagaimana prinsip ini boleh diaplikasikan?

Kemahiran Menutup Pengajaran

Page 24: kemahiran mikropengajaran

Aspek Sosial: Bagaimana perasaan kamu tentang pengalaman

pembelajaran hari ini? Adakah kamu pelajari sesuatu yang baru? Adakah ia

menarik? Adakah pelajaran hari ini berguna di luar bilik darjah? Bagaimanakah pelajaran hari ini boleh membantu

kamu membuat keputusan atau menyelesaikan masalah dalam kehidupan kamu di luar bilik darjah?

Adakah kamu berasa seronok dengan pembelajaran hari ini?

Kemahiran Menutup Pengajaran

Page 25: kemahiran mikropengajaran

Ada 6 lagi Kemahiran Mikropengajaran

Memperkukuh Mengilustrasi dengan contoh Membuat demonstrasi Mengendali perbincangan Mengendali kerja amali Membuat refleksi

Page 26: kemahiran mikropengajaran

Tugasan Kumpulan Bagi setiap kemahiran yang diberikan, sila buat

demonstrasi di hadapan kawan-kawan anda. Peruntukan masa 15 minit bagi setiap kumpulan. Semasa demonstrasi dijalankan, pelajar-pelajar lain

perlu menganalisis tentang teknik dan kriteria-kriteria penting dalam kemahiran tersebut.

Perbincangan akan dijalankan selepas demonstrasi kemahiran dipersembahkan.