20101230151214bab 6 kemahiran mikropengajaran

21
Kemahiran Mikropengajaran 56 BAB 6 KEMAHIRAN MIKROPENGAJARAN Dalam bab ini isi kandungan berikut dihuraikan: Sepuluh kemahiran mikropengajaran iaitu kemahiran memulakan pengajaran termasuk mencungkil idea, menyoal, menerang, memperkukuh, mengilustrasi dengan contoh, membuat demonstrasi, mengendali perbincangan dan eksperimen, menutup pengajaran dan membuat refleksi. HASIL PEMBELAJARAN 1. Menghuraikan sepuluh kemahiran mikropengajaran iaitu memulakan pengajaran (termasuk mencungkil idea), menyoal, menerang, memperkukuh, mengilustrasi dengan contoh, membuat demonstrasi, mengendali perbincangan dan eksperimen, menutup pengajaran, dan membuat refleksi. 2. Mengaplikasi pengetahuan tentang kemahiran mikropengajaran semasa membuat persembahan. ISI KANDUNGAN Apa itu kemahiran mikropengajaran? Pengajaran merupakan satu proses rumit yang memerlukan pelbagai kemahiran mengajar yang diintegrasi dan dilaksanakan secara bersepadu dan harmoni bagi membantu pembelajaran berlaku secara berkesan. Kemahiran mengajar boleh dibahagikan kepada sepuluh kemahiran asas yang dikenali sebagai kemahiran mikropengajaran. Dengan mengenal pasti beberapa kemahiran asas ini, guru pelatih lebih mudah dibantu

Upload: hana-anne

Post on 29-Jun-2015

3.465 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: 20101230151214BAB 6 Kemahiran Mikropengajaran

Kemahiran Mikropengajaran 56

BAB 6

KEMAHIRAN MIKROPENGAJARAN

Dalam bab ini isi kandungan berikut dihuraikan:

Sepuluh kemahiran mikropengajaran iaitu kemahiran memulakan pengajaran termasuk mencungkil idea, menyoal, menerang, memperkukuh, mengilustrasi dengan contoh, membuat demonstrasi, mengendali perbincangan dan eksperimen, menutup pengajaran dan membuat refleksi.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menghuraikan sepuluh kemahiran mikropengajaran iaitu memulakan pengajaran (termasuk mencungkil idea), menyoal, menerang, memperkukuh, mengilustrasi dengan contoh, membuat demonstrasi, mengendali perbincangan dan eksperimen, menutup pengajaran, dan membuat refleksi.

2. Mengaplikasi pengetahuan tentang kemahiran mikropengajaran semasa membuat persembahan.

ISI KANDUNGAN

Apa itu kemahiran mikropengajaran?

Pengajaran merupakan satu proses rumit yang memerlukan pelbagai kemahiran mengajar yang diintegrasi dan dilaksanakan secara bersepadu dan harmoni bagi membantu pembelajaran berlaku secara berkesan. Kemahiran mengajar boleh dibahagikan kepada sepuluh kemahiran asas yang dikenali sebagai kemahiran mikropengajaran. Dengan mengenal pasti beberapa kemahiran asas ini, guru pelatih lebih mudah dibantu menguasai kemahiran mengajar apabila dapat menguasai setiap satu kemahiran mikropengajaran tersebut.

Sepuluh kemahiran mikropengajaran tersebut adalah:

1. Memulakan pengajaran (termasuk mencungkil idea)

2. Menyoal

3. Menerang

4. Memperkukuh

5. Mengilustrasi dengan contoh

Page 2: 20101230151214BAB 6 Kemahiran Mikropengajaran

Kemahiran Mikropengajaran 57

6. Membuat demonstrasi

7. Mengendali perbincangan

8. Mengendali kerja amali

9. Menutup pengajaran

10. Membuat refleksi

1. Kemahiran memulakan pengajaran (termasuk mencungkil idea)

Tujuan fasa permulaan pengajaran:

Menarik perhatian pelajar

Membantu pelajar bersedia dari sudut kognitif dan afektif

Memperkenalkan objektif pembelajaran

Membina aliran pemikiran

Mengetahui pengetahuan sedia ada dan miskonsepsi pelajar

Elemen penting kemahiran memulakan pengajaran:

Menarik perhatian

o menggunakan suara, pergerakan, isyarat badan dan eye contact

o menggunakan bantuan alat pandang dengar

o mempelbagaikan interaksi antara guru dan pelajar

Menimbulkan motivasi pelajar

o mewujudkan hubungan baik

o menunjukkan keghairahan mengajar

o merangsang sifat ingin tahu

o bercerita

Menstruktur pengajaran dan pembelajaran

o menunjukkan hasil pembelajaran

o membuat ringkasan keseluruhan aktiviti P&P (overview)

o mencungkil idea pelajar tentang tajuk/konsep yang akan diajar

Page 3: 20101230151214BAB 6 Kemahiran Mikropengajaran

Kemahiran Mikropengajaran 58

Membuat perkaitan

o membanding dan membezakan antara pengetahuan sedia ada dengan

pengetahuan yang akan diajar

o menghubungkaitkan pengalaman pelajar atau kejadian semasa yang relevan

dengan topik yang akan diajar

Kemahiran mencungkil idea yang merupakan sebahagian kemahiran memulakan

pengajaran terkandung dalam elemen menstruktur P&P. Mengapakah guru perlu

mencungkil idea pelajar sebelum memulakan pengajaran? Menurut Ausubel (1978),

aktiviti mencungkil idea sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Beliau

mengatakan;

“If I had to reduce all of educational psychology to just one principle, I would say this: The most important single factor influencing learning is what the learner already knows. Ascertain this and teach him accordingly."

(ms. 163)

Mencungkil idea penting kerana ia merupakan langkah pertama ke arah memurni,

menstruktur semula, dan/atau mengatasi sebarang prakonsepsi/miskonsepsi yang

kemungkinan ada pada pelajar. Melalui aktiviti mencungkil idea ini, pelajar akan lebih

menyedari tentang idea asal mereka dan oleh itu lebih mudah membuat perkaitan

dengan maklumat baru atau menstruktur semula idea tersebut jika didapati ada

percanggahan. Guru pula akan mengetahui status idea atau pengetahuan sedia ada

pelajar dan dapat merancang tindakan susulan yang bersesuaian. Tindakan mencungkil

idea ini sebenarnya menyokong sepenuhnya premis asas teori pembelajaran

konstruktivisme.

Beberapa cara mencungkil idea pelajar

Soal jawab keseluruhan kelas

Perbincangan kumpulan

Demonstrasi guru

Kuiz pendek atau praujian

Ramal-Perhati-Terang (Predict-Observe-Explain, POE)

Peta konsep (Concept map)

Page 4: 20101230151214BAB 6 Kemahiran Mikropengajaran

Kemahiran Mikropengajaran 59

Kartun konsep (Concept Cartoon)

Peristiwa bercanggah (Discrepant event)

Interview about events

Interview about instances

2. Kemahiran Menyoal

Tujuan menyoal

Memulakan inkuiri

Melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran

Menarik perhatian pelajar dan menimbulkan sifat ingin tahu

Menumpukan perhatian pelajar kepada sesuatu idea atau konsep

Menggalakkan pelajar bertanya soalan

Membina kemahiran berfikir

Meminta penjelasan idea pelajar

Mengenal pasti dan menangani miskonsepsi

Mentaksir kefahaman pelajar

Terdapat 5 langkah utama menyoal:

Langkah 1- Ajukan soalan kepada seluruh kelas Dahului penyoalan dengan isyarat atau pemberitahuan peraturan menjawab (jika

perlu)

Tujukan soalan kepada keseluruhan pelajar, baik pelajar yang ingin menjawab

secara sukarela mahupun sebaliknya

Nyatakan soalan dengan tepat dan seberapa boleh menggunakan ayat yang

pendek

Elakkan soalan retorik

Seimbangkan penggunaan pelbagai jenis soalan . Lihat lampiran 4-9.

Setarakan soalan mengikut kebolehan pelajar

Ajukan soalan dengan cara yang tidak mengancam

Langkah 2 - Memberi masa berfikir yang sesuai (wait-time)

Page 5: 20101230151214BAB 6 Kemahiran Mikropengajaran

Kemahiran Mikropengajaran 60

Masa berfikir seharusnya diberi selepas soalan diajukan dan sebelum guru

memberi respon kepada jawapan pelajar

Masa berfikir yang sesuai adalah bergantung kepada jenis dan tahap soalan

yang diaju (3-5 saat untuk soalan biasa yang diaju guru, dan lebih panjang untuk

soalan yang lebih mencabar)

Langkah 3 - Memilih pelajar untuk menjawab

Pilih pelajar yang hendak menjawab secara sukarela dan sebaliknya. Pemilihan

pelajar secara rawak berupaya mengekalkan perhatian pelajar sepanjang sesi

soal-jawab

Panggil nama pelajar tertentu walaupun kebanyakan pelajar menjawab secara

beramai-ramai

Ingatkan pelajar tentang peraturan menjawab soalan seperti mengangkat tangan,

dan sebagainya (jika perlu)

Langkah 4 - Memberi respon atau reaksi yang bersesuaian kepada jawapan pelajar

Pastikan pelajar lain memberi perhatian kepada jawapan pelajar

Beri respon atau reaksi tanpa mengadili jawapan pelajar (tidak mengatakan

salah atau betul) dengan cara mengolah jawapan pelajar menggunakan ayat

yang berbeza, jika guru ingin meneruskan perbincangan dan soal-jawab

berdasarkan soalan tersebut. Jika sebaliknya, hargai jawapan pelajar dengan

peneguhan positif

Jika jawapannya salah, kenal pasti bahagian yang betul (jika ada) serta tanya

lebih lanjut untuk mendapatkan penjelasan atau minta jawapan alternatif

daripada pelajar lain

Beri galakan jika pelajar tidak boleh menjawab (prompting). Misalnya dengan

memberi klu atau isyarat atau mengolah semula soalan dalam bentuk yang lebih

mudah difahami.

Tanya lebih lanjut (probing) bagi mendapatkan penjelasan tentang idea pelajar,

mencabar pelajar dan seterusnya menggalakkan pemikiran tahap tinggi.

Contohnya bertanya “Mengapa?”, “Bagaimana kamu tahu?”, “Boleh terangkan

lebih lanjut?”, “Apakah buktinya?” dan sebagainya.

Page 6: 20101230151214BAB 6 Kemahiran Mikropengajaran

Kemahiran Mikropengajaran 61

Tujukan soalan yang sama kepada pelajar lain (asking around) sebelum

menerima sesuatu jawapan atau tujukan soalan lain yang dibangkitkan pelajar

kepada pelajar lain (redirect)

Kaitkan semua jawapan dan idea pelajar untuk membantu pelajar membuat satu

kesimpulan (interrelating)

Langkah 5 - Memberi penekanan atau membuat ringkasan jawapan tepat/yang boleh

diterima

Nyatakan semula tujuan atau soalan utama selepas sesi soal jawab yang

panjang diikuti dengan jawapan tepat atau yang boleh diterima dengan seboleh-

bolehnya menggunakan jawapan pelajar

Gunakan alat pandang dengar di mana sesuai

Bagi penyoalan dengan tujuan mencungkil idea pada fasa permulaan

pengajaran, langkah 5 ini tidak perlu dilakukan. Sebaliknya ajak pelajar

menjalankan penyiasatan bagi mendapatkan jawapannya, jika soalan bersifat

inkuiri

3. Kemahiran Menerang

Tujuan menerang

Menyampaikan maklumat dengan cara yang berkesan

Membina pengetahuan dan kefahaman pelajar

Pelajar dapat mengikut arahan

Jenis-jenis penerangan

Penaakulan

o Menggunakan proses logik untuk menjawab soalan

o Menstruktur semula konsep atau idea

Interpretatif

o Menghuraikan maksud sesuatu istilah atau penyataan, idea, konsep,

prinsip, atau teori

Deskriptif

o Menghuraikan proses, struktur, dan prosedur

Page 7: 20101230151214BAB 6 Kemahiran Mikropengajaran

Kemahiran Mikropengajaran 62

o Arahan jelas langkah-langkah menjalankan sesuatu

Komponen penerangan

Ayat pembukaan: Mewujudkan kesediaan dan menarik perhatian, cthnya

dengan bertanya soalan

Isi kandungan: Intipati tentang apa yang hendak diterangkan

Penghubung: Perkataan dan frasa yang digunakan untuk menjadikan

penerangan berkesan, iaitu penanda wacana (cth: oleh itu, adalah

disebabkan oleh, Inilah sebabnya)

Ayat penutup: Ringkasan isi kandungan penerangan

Soalan bagi menilai kefahaman: soalan pendek untuk menilai kefahaman

pelajar

Empat Prinsip Utama Kemahiran Menerang

Gunakan kejelasan

o Tumpukan kepada aspek yang spesifik

o Gunakan contoh, illustrasi dan media yang relevan dan menarik

o Fokus semula dengan membuat ringkasan

o Gunakan bahasa mudah dan sesuai dengan pelajar

o Elak kekaburan dan ayat tidak relevan

Gunakan penegasan

o Intonasi berbeza

o Penunjuk/penyerlah

o Pergerakan, gerak isyarat

Urutan/Kesinambungan

o Induktif/deduktif

o Bantu ingat (prompts)

o Variasi dan kata penghubung

o Pelbagaikan kelajuan penyampaian

Dapatkan maklum balas

o Libatkan pelajar

o Wujudkan peluang pelajar menunjukkan kefahaman, minat dan sikap

Page 8: 20101230151214BAB 6 Kemahiran Mikropengajaran

Kemahiran Mikropengajaran 63

4. Kemahiran memperkukuh (secara positif)

Tujuan memperkukuh

Meningkatkan interaksi bilik darjah

Memperbaiki disiplin bilik darjah

Memotivasi pelajar

Meningkatkan keyakinan pelajar

Mengubah atau mengubah suai kelakuan pelajar secara positif

Meningkatkan kefahaman pelajar

Komponen Kemahiran Memperkukuh (secara positif)

Penggunaan bahasa lisan

o unakan perkataan dan frasa yang positif seperti bagus, baik, tepat sekali,

dan sebagainya

o Gunakan kiu lisan tambahan seperti um, aha, teruskan, fikir sekali lagi,

untuk galakkan pelajar berfikir lebih lanjut

Penggunaan tindakan bukan lisan

o Gunakan bahasa isyarat seperti mengangguk kepala, senyum,

mengangkat ibu jari, menepuk tangan, menepuk belakang, menghampiri

pelajar dan mendengar dengan tekun atau memberi perhatian penuh

Penggunaan ganjaran

o Sekali-sekala beri peluang pelajar menjalankan projek, lawatan, mencari

maklumat di perpustakaan, bermain permainan yang mendidik, atau

membatalkan kerja rumah jika pelajar mencapai tahap masteri

Penggunaan jawapan pelajar

o Struktur semula atau susun semula jawapan pelajar

o Ulang jawapan pelajar

o Bina idea atau konsep selanjutnya berdasarkan jawapan pelajar

o Tulis jawapan pelajar di papan tulis

Prinsip Memperkukuh (secara positif)

Page 9: 20101230151214BAB 6 Kemahiran Mikropengajaran

Kemahiran Mikropengajaran 64

Tunjukkan kemesraan, keghairahan/semangat kesungguhan, dan masukkan

unsur kecindan

Berfikiran terbuka terhadap kelakuan pelajar

Pelbagaikan kaedah, media, teknologi dan aktiviti

Bersifat ikhlas

5. Kemahiran Mengilustrasi dengan Contoh

Tujuan mengilustrasi dengan contoh

Membimbing pelajar dari konsep yang mudah kepada yang lebih rumit

Menjelaskan peraturan, konsep, prinsip, dan teori

Menjadikan idea yang abstrak atau sukar lebih mudah difahami

Prinsip kemahiran mengilustrasi dengan contoh

Gunakan contoh mudah melalui penggunaan analogi, cerita, objek konkrit

dan/atau gambar rajah yang berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar

Gunakan contoh yang relevan yang boleh diaplikasikan kepada konsep,

prinsip, atau teori tertentu yang hendak diajar

Gunakan media bersesuaian berdasarkan umur dan kebolehan pelajar serta

konsep dan prinsip yang hendak diajar

Gunakan contoh yang menarik yang mampu merangsang sifat ingin tahu dan

minat pelajar

Libatkan pelajar secara verbal atau membuat lakaran

Sediakan sebelum pengajaran

Perhatikan kelakuan dan respon lisan pelajar untuk memastikan contoh yang

diberi bersesuaian

Sediakan contoh yang mencukupi dan pelbagai

6. Kemahiran Membuat Demonstrasi

Tujuan membuat demonstrasi

Mengajak pelajar menjalankan inkuiri terbimbing

Membantu pelajar membina kefahaman

Page 10: 20101230151214BAB 6 Kemahiran Mikropengajaran

Kemahiran Mikropengajaran 65

Merangsang pemikiran kritis dan kreatif

Komponen Membuat Demonstrasi

Membuat persediaan awal

o Tentukan konsep, prinsip, proses, yang hendak diajar

o Tentukan aktiviti dan bahan serta peralatan yang sesuai

o Jana beberapa soalan penting yang akan digunakan

o Lakukan latihan sekurang-kurangnya sekali sebelum kelas bagi

memastikan demonstrasi berjaya

Menjalankan demonstrasi: jenis-jenis demonstrasi

o Demonstrasi guru

o Demonstrasi guru-pelajar

o Demonstrasi pelajar

o Demonstrasi tetamu jemputan

Prinsip Menjalankan Demonstrasi

Seboleh-bolehnya libatkan pelajar dengan menjalankan demonstrasi

interaktif (misalnya teknik demonstrasi POE)

Utamakan proses induktif berbanding deduktif dan mulakan dengan soalan

Tunjukkan keterujaan supaya demonstrasi kelihatan ‘hidup’

Pastikan semua pelajar boleh dengar dan lihat dengan jelas

Sentiasa bertanya soalan berorientasi inkuiri

Dengan satu siri soalan, bantu pelajar menemui konsep yang hendak diajar

Beri pengukuhan positif

Lakukan penilaian demonstrasi untuk penambahbaikan

7. Kemahiran Mengendali Perbincangan

Tujuan mengadakan perbincangan

Melibatkan pelajar secara aktif dalam pembelajaran

Melibatkan pelajar dalam proses menyelesaikan masalah saintifik berbanding

mengajar isi kandungan

Memperkukuhkan pembelajaran

Meransang kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

Page 11: 20101230151214BAB 6 Kemahiran Mikropengajaran

Kemahiran Mikropengajaran 66

Memberi maklum balas pantas kepada guru tentang kefahaman pelajar

Langkah-Langkah Mengendali Perbincangan Kumpulan Besar

Langkah 1: Perancangan

o Tetapkan tujuan dan objektif

o Senaraikan soalan utama yang boleh membawa kepada pencapaian

objektif

o Rancang penggunaan demonstrasi yang menarik untuk memotivasi dan

merangsang sifat ingin tahu pelajar (jika sesuai)

Langkah 2: Pelaksanaan

o Mulakan dengan satu persoalan saintifik

o Galakkan pelajar menjana hipotesis dan menyatakan bukti

o Gunakan pendekatan pembelajaran yang menekankan persoalan “Apa

pendapat kamu?”

o Aplikasi langkah-langkah menyoal

o Akhiri perbincangan dengan meminta pelajar membuat refleksi tentang

apa yang telah dibincangkan dan meringkaskan isi-isi penting

o Gunakan soalan reflektif sekerap yang mungkin. Soalan reflektif adalah

mirip soalan probing. Lihat Lampiran 10 dan 11.

o Wujudkan persekitaran pembelajaran di mana soalan bukan sahaja

dialu-alukan bahkan diharapkan

o Sentiasa gunakan pengukuhan positif apabila diperlukan

o Puji pelajar yang memberi perhatian sehingga mampu mengenal pasti

kesilapan guru atau pelajar lain

o Cuba ingat semua idea yang dilontar pelajar dan gabungkan di mana

sesuai dengan menyebut nama pelajar yang menyumbang idea

tersebut

o Tunjukkan sikap positif dan terbuka

o Ingatkan pelajar peraturan berbincang seperti mendengar apabila

pelajar lain sedang memberi idea, dan mengelak daripada

memburukkan idea atau soalan pelajar lain

Page 12: 20101230151214BAB 6 Kemahiran Mikropengajaran

Kemahiran Mikropengajaran 67

o Pastikan semua pelajar dilibatkan dengan memerhati semua pelajar

dan mengelak daripada seolah-olah bercakap dengan pelajar yang

bertanya sahaja

8. Kemahiran Mengendali Kerja Amali

Tujuan menjalankan kerja amali

Meningkatkan penguasaan isi kandungan

Memberi peluang pelajar mengalami tabii, kaedah, dan semangat sains

Membina kemahiran dan sikap saintifik

Membina kemahiran berfikir kritis dan kreatif

Membina kemahiran praktik yang generik

Membina pengetahuan sains secara empirik

Membina kemahiran bekerja dalam kumpulan

Prinsip mengendali kerja amali

Tentukan objektif kerja amali

Tumpukan kepada sebilangan kecil kemahiran sahaja bagi satu-satu

pengajaran

Sediakan bahan, peralatan, dan sumber secukupnya sebelum amali hendak

dijalankan

Sebaiknya bahagikan pelajar secara berpasangan atau bertiga (kumpulan

kecil)

Seimbangkan amali tradisional dengan amali berbentuk inkuiri mengikut

kebolehan pelajar

Wujudkan persekitaran yang mengujakan, meransang sifat ingin tahu, dan

bersemangat sains di makmal

Beri peringatan tentang peraturan keselamatan di makmal

Ajar terlebih dahulu kemahiran asas kerja amali bagi mengelak kemalangan

dan cara bertindak apabila berlaku kemalangan

Kemahiran asas kerja amali:

o Mengendali tiub kaca – memotong, membengkok, memasukkan tiub ke

dalam penutup getah, dan mengeluarkannya.

Page 13: 20101230151214BAB 6 Kemahiran Mikropengajaran

Kemahiran Mikropengajaran 68

o Memanas tabung uji mengandungi bahan kimia – pengetahuan tentang

kadar pemanasan yang sesuai, arah, penggunaan rak tabung ujio Mengendali asid – menuang, penggunaan penutup bagi mengelak

pencemaran, mencairkannya dalam air, meletakkan semula di tempat asal

o Menguji kehadiran gas beracun dengan selamat

o Merawat tumpahan asid atau bakaran larutan kaustik

o Mengoperasi pemadam api

o Menyediakan generator gas dengan betul

o Menggunakan alatan tukang kayu yang biasa

o Menggunakan alatan bedah serta scalpel

o Menggunakan sumber kuasa

o Melupuskan bahan buangan

9. Kemahiran Menutup Pengajaran

Aspek Kognitif

o Melihat semula/memperkukuh dan meringkaskan hasil pembelajaran.

o Menilai kefahaman pelajar. Beberapa soalan yang boleh diajukan pada

sesi penutup:

Apakah yang telah anda pelajari hari ini?

Bagaimana kita boleh meringkaskan perbincangan kita pada hari

ini dalam beberapa ayat sahaja?

Apakah idea atau konsep utama yang telah kita bincangkan hari

ini?

Bagaimana idea-idea utama yang kita bincangkan berkait antara

satu sama lain?

Bagaimanakah perbincangan hari ini berkait dengan apa yang kita

pelajari semalam?

Bagaimana agaknya idea atau konsep yang kita bincangkan hari

ini boleh diaplikasi kepada situasi baru atau berbeza yang kamu

mungkin hadapi pada masa hadapan?

o Pelajar membuat refleksi ke atas apa dan bagaimana mereka belajar dan

membuat kesimpulan

o Cuba jadikan pengakhiran pelajaran sesuatu yang tidak dapat dilupakan

Page 14: 20101230151214BAB 6 Kemahiran Mikropengajaran

Kemahiran Mikropengajaran 69

o Membuat perkaitan dengan pelajaran akan datang

o Memberi kerja rumah/pembacaan yang sesuai

Aspek Sosial

o Nilai afektif: Perasaan mencapai kejayaan dan keseronokan pengalaman

belajar. Cuba jadikan pelajar berasa apa yang mereka pelajari itu penting

dan istimewa. Contohnya bertanya:

Apakah kebaikan yang diperoleh daripada mengetahui bagaimana prinsip ini boleh diaplikasikan?

Bagaimana perasaan kamu tentang pengalaman pembelajaran hari ini?

Adakah kamu pelajari sesuatu yang baru? Adakah ia menarik? Adakah pelajaran hari ini berguna di luar bilik darjah? Bagaimanakah pelajaran hari ini boleh membantu kamu membuat

keputusan atau menyelesaikan masalah dalam kehidupan kamu di luar bilik darjah?

Adakah kamu berasa seronok dengan pembelajaran hari ini?

10. Kemahiran Membuat refleksi

Tujuan membuat refleksi

Mengenal pasti isu/masalah yang mungkin dihadapi bagi tujuan

penambahbaikan

Mengenal pasti kekuatan yang boleh dimanfaatkan

Merangka tindakan penambahbaikan dari sudut peribadi dan profesionalisme

Komponen kemahiran membuat refleksi

Mengenal pasti isu/masalah yang signifikan

Mengenal pasti sumber masalah

Melihat masalah dari sudut berbeza dan mengambil kira/mengaplikasi teori

dan prinsip pendidikan bagi menerang masalah yang dihadapi

Mengenal pasti kekuatan yang boleh dimanfaatkan

Menyatakan pengajaran yang diperoleh atau kesedaran baru yang timbul

Menyatakan langkah-langkah atau tindakan yang boleh diambil untuk

menyelesaikan masalah atau menambahbaik amalan

Page 15: 20101230151214BAB 6 Kemahiran Mikropengajaran

Kemahiran Mikropengajaran 70

CADANGAN KAEDAH P&P, TEKNOLOGI, DAN PENAKSIRAN

Gunakan kaedah penerangan interaktif di mana penerangan secara langsung dengan bantuan

slaid PowerPoint diselangseli dengan demosntrasi kemahiran mikropengajaran terpilih yang

sesuai dilakukan spontan seperti kemahiran memulakan pengajaran, menyoal, mencungkil

idea, menerang, memperkukuh, dan menutup pengajaran. Pelajar diminta menganalisis

demonstrasi tersebut dengan merujuk kepada teknik dan kriteria yang telah diterangkan.

Kemudian pelajar diberi masa berbincang dalam kumpulan di mana wakil setiap kumpulan perlu

mempersembahkan satu daripada kemahiran mikropengajaran tersebut. Pensyarah bersama-

sama dengan pelajar lain memberi maklum balas terhadap persembahan wakil kumpulan

tersebut.

Bagi mendalami cara mencungkil idea, pelajar bekerja dalam kumpulan untuk mencari

maklumat menggunakan enjin pencarian internet (jika ada). Bagi tujuan ini hadkan cara

mencungkil idea kepada beberapa cara tertentu yang bersifat inovatif seperti POE, konsep

kartun, pemetaan konsep, dan peristiwa bercanggah. Interview about events dan interview

about instances merupakan cara mencungkil idea yang dijalankan di luar waktu pembelajaran

iaitu sebelum kelas dimulakan. Kemudian pelajar diminta membuat pembentangan dengan

memberi contoh spesifik berdasarkan mata pelajaran tertentu serta menghuraikan bagaimana

cara tersebut dapat digunakan untuk mencungkil idea pelajar. Pelajar boleh menggunakan slaid

PowerPoint, kertas mahjung, atau imager untuk memaparkan hasil kerja berkumpulan mereka.

Penaksiran bagi tujuan memberi gred boleh dijalankan menggunakan rubrik yang

bersesuaian seperti menggunakan prinsip dan komponen bagi setiap kemahiran itu sebagai

kriteria. Penaksiran seperti ini dicadangkan dijalankan pada kursus lanjutan (KPD3026). Setiap

pelajar bertanggungjawab mendemonstrasi satu atau dua kemahiran mikropengajaran

(bergantung kepada saiz kelas) dan diberi masa selama 5 hingga 7 minit seorang.

Pembahagian ini perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum pelajar dinilai

secara formal supaya mereka mempunyai masa yang mencukupi untuk bersedia. Selain

daripada itu, kemahiran mikropengajaran juga boleh ditaksir semasa pelajar mengajar satu fasa

daripada empat fasa pengajaran penuh dan semasa makropengajaran yang mengambil masa

antara 30 – 35 minit (satu pengajaran penuh).

Page 16: 20101230151214BAB 6 Kemahiran Mikropengajaran

Kemahiran Mikropengajaran 71

Dalam menilai prestasi pelajar, beberapa perkara perlu diberi perhatian:

Beri komen yang spesifik dan konkrit

Beri komen dengan menggunakan perkataan ‘saya’ dan bukannya ‘awak’,

contohnya: saya suka bila anda mengaitkannya dengan ..., atau saya keliru bila

anda mengatakan ...

Tumpukan kepada perlakuan semasa mengajar yang boleh diubah dan bukannya

kepada ciri-ciri peribadi yang tidak boleh diubah. Contohnya: Saya lebih suka jikalau

terdapat eye contact yang lebih kerap, dan bukannya komen tentang kegagapan

atau sifat-sifat fizikal yang lain

Komen positif dan negatif yang seimbang

Dapatkan komen daripada pelajar lain

RUJUKAN

Ausubel, D. et al. (1978). Educational Psychology: A cognitive view. Holt, Rinehart & Winston.

Chiappetta, E. L. et al. (1998). Science Instruction in the Middle and Secondary Schools (4th

Ed.). New Jersey: Merill Publishing Company

Trowbridge, L. W., Bybee, R. W. & Powell, J. C. (2008). Teaching secondary school science:

Strategies for developing scientific literacy.(9th ed.). New Jersey: Merill