kemahiran hidup

29
PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN ASSIGNMENT SUBMISSION AND ASSESSMENT ________________________________________________________________________ HBLS 1103 PENGENALAN KEMAHIRAN HIDUP JANUARY 2013 ________________________________________________________________ ________ NAMA MOHAMAD SALEHUDDIN BIN HAJI ZAINUDDIN MATRIX NO 810429075211001 TUTOR MAD ISA BIN MAMAT YEAR 2013

Upload: nur-hamizah-alhamim

Post on 09-Dec-2014

169 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

ha

TRANSCRIPT

Page 1: Kemahiran Hidup

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN

ASSIGNMENT SUBMISSION AND ASSESSMENT

________________________________________________________________________

HBLS 1103

PENGENALAN KEMAHIRAN HIDUP

JANUARY 2013

________________________________________________________________________

NAMA MOHAMAD SALEHUDDIN BIN HAJI ZAINUDDIN

MATRIX NO 810429075211001

TUTOR MAD ISA BIN MAMAT

YEAR 2013

BIL NO. TAJUK MUKA

Page 2: Kemahiran Hidup

SOALAN SURAT

1 - Pengenalan ms3

2 a)i) Pelan Lantai ms4

3 a)ii) ciri-ciri keselamatan dan pencegahan kemalangan bagi bengkel

tersebut.

ms5-8

4 a)iii) sistem pengurusan stor bengkel ms8-10

5 b)i) Memilih tahap ujian ms11

6 b)ii) langkah-langkah pembinaan JSU ms11-14

7 b)iii) Jadual JSU ms15

8 b)iv) Soalan-soalan JSU ms16-21

Rujukan ms22

ISI KANDUNGAN

Pengenalan pada subjek Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Page 3: Kemahiran Hidup

Kemahiran Hidup merupakan satu mata pelajaran bercorak amali yang diajar dalam Tahap II

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Mata pelajaran ini digubal untuk mengembangkan

keupayaan dalam bidang reka bentuk dan teknologi serta perniagaan dan keusahawanan. Bidang

ini dapat dikuasai melalui penguasaan kemahiran praktis, pengetahuan serta

pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan.

Mata pelajaran Kemahiran Hidup sekolah rendah bertujuan membolehkan murid

memperoleh kemahiran praktis asas dan pengetahuan berasaskan teknologi keusahawanan,

dan aspek pengurusan diri supaya mereka dapat menjalankan kerja buat-sendiri serta

cenderung berusahaniaga dan mereka cipta. Ia juga membolehkan murid memperolehi

kemahiran asas dan pengetahuan berasaskan teknologi dan keusahawanan,

Dalam mata pelajaran ini tumpuan utama adalah kepada penguasaan kemahiran dalam

Bidang Reka Bentuk dan Teknologi serta Perniagaan dan Keusahawanan. Kemahiran dalam

Bidang Reka Bentuk dan Teknologi membolehkan murid mengeluarkan idea yang kreatif,

inovatif dan inventif. Murid menjalankan aktiviti mengenal bentuk-bentuk asas, melakar,

memahami fungsi produk serta menghasilkan projek dengan menggunakan pelbagai bahan

seperti kayu, logam, bahan kitar semula, dan pengenalan komponen elektrik dan elektronik. Di

samping itu, murid berupaya menyenggara serta membaiki kerosakan kecil pada alatan, mesin

mudah dan perabot. Murid juga dilatih menjahit, membaiki pakaian, menanam dan menjaga

tumbuhan hiasan, memelihara ikan hiasan serta menanam sayur-sayuran. Bidang Perniagaan

dan Keusahawanan pula menitikberatkan unsur-unsur keusahawanan semasa menjalankan

aktiviti jual-beli. Aktiviti ini juga member peluang kepada murid mengamalkan sikap pengguna

yang bijak.

Dari segi perkembangan individu, KHSR dapat membantu murid memenuhi naluri ingin

Page 4: Kemahiran Hidup

tahu dan ingin mencuba khususnya mengenai alatan, bahan dan mesin yang ada di sekeliling

mereka. Ini memberi peluang kepada murid untuk mencuba, mereka cipta, mengubah suai,

mengendali dan meneliti pelbagai hasil teknologi yang sesuai dengan perkembangan intelek

mereka. Murid juga berpeluang menjalankan aktiviti jual beli. Melalui mata pelajaran ini juga

sikap yang positif di kalangan murid dapat dipupuk. Dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan

murid berpeluang mengamalkan budaya kerja yang baik seperti mengutamakan keselamatan,

bekerja secara bersistematik, bekerjasama, bertanggungjawab dan berdisiplin. Selain itu KHSR

juga dapat memberikan murid ruang untuk mengembangkan imaginasi dan daya kreativiti di

samping mendedahkan dan menggalakkan mereka ke arah keusahawanan. Mata pelajaran ini

juga memberi murid kesedaran tentang perlunya menjaga alam sekitar dan penghargaan

terhadap kerja dalam bidang kejuruteraan, reka bentuk dan perniagaan.

Page 5: Kemahiran Hidup

a)(i) dala

Page 6: Kemahiran Hidup

Ciri-ciri yang penting yang harus terdapat dalam sesebuah pelan lantai ialah ruangan yang luas dan

jauh dari sebarang bahaya supaya murid atau pelajar senang dan selesa melakukan sebarang kerja .

(ii) Menjaga keselamatan semasa bekerja bukan sahaja dapat menjamin keselamatan diri

sendiri bahkan juga rakan-rakan setugas dan harta benda yang digunakan. Setiap

gerakerja yang dilakukan mempunyai peraturan dan kaedah yang patut diikuti supaya

setiap kerja terlaksana dengan teratur, cermat dan selamat. Kerja-kerja yang dilakukan

tanpa mengikut peraturan dan lalai, berkemungkinan menyebabkan kemalangan yang

tidak diingini. Biasanya seseorang itu akan insaf dan menyedari kepentingan menjaga

keselamatan setelah ditimpa kemalangan yang serius. Dalam hal ini mencegah adalah

lebih baik dari mengubati.

Peraturan dan langkah keselamatan hendaklah sentiasa diamal dan dipatuhi setiap kali

menjalankan kerja amali. Organisasi bengkel dan pengurusan kerja yang mudah boleh

dilakukan secara bergilir-gilir di kalangan murid bagi memberi mereka pengalaman tambahan

serta menanamkan semangat bekerjasama, bertanggungjawab dan berdisilpin. Semasa

menjalankan kerja praktis, guru hendaklah memastikan tempat kerja bebas daripada perkara

yang boleh mendatangkan bahaya. Guru hendaklah mengambil segala langkah keselamatan

sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah :

1. Tunjukkan teladan kerja yang selamat kepada murid

2. Pastikan peraturan keselamatan dipatuhi oleh semua pihak dan tanamkan rasa

tanggungjawab terhadap keselamatan diri dan orang lain.

3. Bimbing murid mengenal pasti perkara yang boleh mendatangkan bahaya

4. Pastikan keadaan tempat kerja mempunyai cahaya yang cukup, pengudaraan yang baik, dan

lantai tidak licin .Paparkan poster, ilustrasi, dan peringatan tentang keselamatan

supaya dapat difahami oleh semua murid.

5. Pastikan penjagaan alatan, bahan, perkakas, dan mesin hendaklah dilakukan berterusan

supaya berkeadaan baik dan selamat digunakan.

Page 7: Kemahiran Hidup

6. Adakan tempat yang sesuai dan selamat untuk menyimpan alatan dan bahan yang mudah

terbakar, pecah, dan merbahaya.

7. Labelkan semua alatan dan bahan.

8. Pastikan projek yang dijalankan tidak menggunakan kuasa elektrik arus ulang alik.

9. Jangan menggunakan bekas bahan beracun, bahan kimia, dan bahan yang mudah terbakar

10. Sediakan kit pertolongan cemas serta alat memadam api;

11. Ambil tindakan keselamatan apabila berlaku kemalangan; dan

12. Sediakan buku log untuk mencatat kemalangan yang berlaku.

Keselamatan Diri

Perkara berikut hendaklah diambil perhatian untuk menjaga keselamatan diri semasa

menjalankan kerja:

1. Patuhi peraturan keselamatan sepanjang masa.

2. Pakailah pakaian yang sesuai dan kemas serta kasut yang bertutup.

3. Ikat rambut yang panjang dengan kemas atau ikat hujung tudung bagi murid dan

guru perempuan.

Page 8: Kemahiran Hidup

4. Elakkan bermain atau bergurau di empat kerja.

5. Gunakan alatan dan bahan dengan betul dan selamat

6. Gunakan air dan sabun untuk mencuci

Pelajar- pelajar harus mempelajari and mematuhi peraturan keselamatan yang telah ditetapkan

bagi mengelakkan kemalangan yang tidak di ingini berlaku. Setiap peralatan atau mesin yang di

gunakan mempunyai langkah keselamatan yang di berikan sabagai contoh:

a)Mesin gerudi perlu dikendalikan dengan berhati-hati untuk mengelakkan sebarang kemalangan

yang boleh berlaku semasa mengendalikan proses menggerudi. Berikut adalah beberapa panduan

yang perlu diikuti semasa menggunakan mesin gerudi.

1. gunakan pakaian yang selamat dan sentiasa menggunakan cermin mata keselamatan.

2. pastikan kawasan sekeliling mesin bersih dan tidak menyebabkan jurumesin terjatuh.

Bersihkan minyak, bendalir pemotong dan tatal pada lantai.

3. pastikan hanya seorang jurumesin yang bekerja sewaktu mesin beroperasi.

4. gunakan berus dan bukannya kain untuk membersihkan tatal selepas mata gerudi berhenti.

5. pastikan mata gerudi dengan benda kerja mempunyai ruang kelegaan sebelum memulakan

kerja.

6. pastikan spindal tidak berputar semasa kerja pengukuran atau pengujian dilakukan

7. matikan suis ketika menukar mata gerudi dan selepas operasi menggerudi dilakukan

b) Langkah keselamatan semasa membuat semburan cat

Gunakan “mask” topeng pernafasan semasa membuat semburan cat.

Pakai pakaian yang sesuai

Pakai sarung tangan

Pakai kasut keselamatan

Suis “on” exzos fan dan buka tingkap bagi membolehkan peredaran udara

Jangan bermain semasa membuat semburan cat.

Pastikan rakan anda berada jauh dari kawasan semburan.

Page 9: Kemahiran Hidup

Memberi tumpuan semasa membuat kerja semburan cat.

Kedua contoh langkah keselamatan semasa mengendalikan peralatan atau mesin memnunjukkan

bahawa disiplin dalam bengkel kemahiran hidup adalah penting bagi mengelakkan kejadian

yang tidak di ingini dari berlaku.

(iii) Stor di definisikan sebagai tempat bagi melaksanakan penerimaan,perekodan,penyimpanan,

penyelenggaraan, pengendalian dan pengeluaran stok, iaitu barang-barang yang telah dibeli dan

di simpan di dalam stor supaya dapat digunakan apabila perlu. Setiap bengkel Kemahiran Hidup

haruslah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah stor untuk menyimpan bahan- bahan yang

akan di gunakan dalam pelajaran seperti, papan,wayar, alat-alatan, dan sebagainya. Alatan –

alatan dan bahan-bahan yang di simpan di dalam stor haruslah selalu di pelihara supaya sentiasa

dalam keadaan yang baik dan tidak mudah berkarat atau rosak. Oleh itu ahli jawatan kuasa

dalam kalangan pelajar untuk membersihkan stor mesti di wujudkan , tujuannya bukan hanya

untuk menjaga kebersihan stor malah memberi pengetahuan kepada murid cara-cara memelihara

alat-alatan. Di bawah adalah contoh carta organisasi pengurusan stor:

Page 10: Kemahiran Hidup

Terdapat beberapa jenis borang yang selalu di gunakan bagi merekod sebarang tindakan atau

keluar masuk barang-barang atau alat-alatan. Sebagai contoh borang KEW-PA dan KEW-PS:

CTH BORANG KEW-PA

Page 11: Kemahiran Hidup

CTH BORANG KEW-PS

Page 12: Kemahiran Hidup

Soalan 2

Jadual Spesifikasi Ujian menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta

memberikan panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan. Kepentingan JSU Dapat

mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapatdilakukan secara terancang dan

rapi. Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau

objektif pelajaran Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian. Membolehkan ujian

yang sama dibina oleh orang lain. Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari

setahun ke setahun. Perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain. JSU

selalunya mengandungi maklumat tentang bentuk dan panjangnya ujian Aras kesukaran dan juga

aras kemahiran yang diuji JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan

kesahan dan kebolehpercayaan ujian itu. Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan

mesti sama dengan penegasan yang diberi dalam pengajaran. Kepentingan aras mesti

bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan diuji. Terdapat dua jenis soalan yang

boleh digunakan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif. Penggubal soalan mesti menentukan

jumlah soalan untuk ujian itu.Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat

menjawab soalan. Aspek-aspek yang dikaji:

1) Mengkaji sukatan pelajaran

© Skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk

© Pendekatan yang telah diambil dalam sesuatu tajuk

© Kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain

© Kompleksitisesuatu tajuk

© Masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk.

2) Menganalisis Objektif Pengajaran.

© Obejktif pengajaran dianalisis untuk menentukan pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji

dan pada tahap kesukaran mana ia perlu diuji.

© Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh

Bloom .

Page 13: Kemahiran Hidup

3) Menentukan jenis soalan.

© Domain objektif pengajaran (kognitif, afektif, psikomotor) dan peringkat objektif pengajaran

perlu dtentukan terlebih dahulu sebelum menentukan jenis soalan.

4) Menentukan Bilangan Soalan

© Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran, domain objektif

pengajaran, dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur.

© Jumah soalan mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan suatu ujian.

© Penentuan jumlah soalan perlu mengambil kira jangka masa ujian, jenis soalan dan kesukaran

soalan, yang bergantung kepada peringkat objektif pengajaran, panjang soalan dan kemampuan

bahasa pelajar.

Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian

© Kertas ujian dapat digubal secara sistematik

© Kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin

© Taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang

© Ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran

© Aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item dibina oleh pembina soalan lain.

Enam elemen yang perlu diketahui sebelum membina jadual spesifikasi ujian bagi ujian adalah :

(1) keseimbangan sasaram ujian

(2) keseimbangan tahap pembelajaran

(3) format ujian

(4) jumlah item

(5) bilangan item ujian bagi setiap sasaran tahap pembelajaran

(6) kebolehan kemahiran yang dipilih bagi setiap rangka kerja

Page 14: Kemahiran Hidup

Jadual spesifikasi Ujian di laksanakan mengikut model Taksonomi Bloom yang sudah biasa di

gunakan dalam bidang pendidikan. Model Taksonomi Bloom bermaksud Istilah kajian tentang

prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma hidup berdasarkan persamaan dan

perbezaan sifat organisma itu. Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan

bidang-bidang seperti pengetahuan,kesikapan dan psikomotor. 

ü Terdapat tiga domain utama dalam pendidikan iaitu :-

Domain Kognitif melibatkan perkembangan pemikiran pelajar.

Domain Afektif melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar

Domain Psikomotor melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar

TAKSONOMI BLOOM 

ü Dalam tahun 1956, Pr. Benjamin Bloom, daripada Universiti of Chicago, memperkenalkan

Taksonomi

Objektif Pendidikan ( Taxonomy Of Educational Objectives) yang termasyhur itu.

ü Taksonomi Objektif Pendidikan menyediakan satu kerangka untuk keseluruhan panorama

objektif 

pendidikan. Taksonomi ini menyediakan satu skema kemahiran yang bertingkat-

tingkat(hierarki).

ü Keseluruhan Objektif Pendidikan ini terbahagi kepada tiga domain yang besar iaitu:

1. Kognitif

2. Afektif

3. Psikomotor

KAWASAN KOGNITIF

Bloom membahagikan domain kognitif kepada enam tahap. Domain ini terdiri dari dua tahap iaitu:

1. Pengetahuan

2. Kemampuan dan Keterampilan Intelektual

Page 15: Kemahiran Hidup
Page 16: Kemahiran Hidup

Soalan Jadual spesifikasi Ujian

1.            Murid yang disenaraikan berkemungkinan sukar untuk mengalami kecederaan dalam bengkelkecuali

a)      murid yang berkasut getah.

b)      murid yang patuh kepada peraturan keselamatan.

c)      murid yang merancang kerja yang akan dilakukan.

d)     murid yang ingin menyiapkan projek dengan cepat tanpa mempedulikan peraturan.

2.            Alatan yang digunakan perlu dibersihkan dan disimpan supaya

a)      selamat dan tidak mudah hilang

b)      sentiasa bersih dan mudah digunakan

c)      berkilat dan menarik

d)     tidak berbau busuk

3.            Gergaji besi digunakan untuk memotong bahan daripada ___________.

a)      getah                                       c)   kayu

b)      plastik                                      d)   besi

4.            Yang berikut adalah tujuan organisasi bengkel, kecuali

                                    a)      mengelakkan kemalangan.

                                    b)      menyiapkan kerja dengan cepat.

                                    c)      menentukan alatan tangan tersusun.

                                   d)      memastikan bengkel dalam keadaan bersih.

5.            Apakah yang perlu dilakukan oleh murid sebelum memasuki bengkel?

                                    a)      Beratur dan bersedia untuk berebut masuk.

                                    b)      Masuk tanpa mendapat kebenaran.

Page 17: Kemahiran Hidup

                                    c)      Beratur di luar bengkel dengan senyap.

                                   d)      Membuat bising di luar bengkel.

6.

Playar muncung tirus dalam gambar di atas digunakan untuk ______________.

a)      mencengkam benda kerja

b)      memutarkan skru

c)      memegang benda-benda kecil

d)     mengetuk paku

7.        Litar _________ digunakan untuk pendawaian elektrik di rumah.

a)      sesiri                                        c)  dua siri

b)      selari                                        d)  dua selari

8.        Menjalur wayar adalah membuang _____________ pada wayar.

a)      kulit                                         c)  plastik

b)      getah                                       d)  penebat

9.        Bateri mempunyai kekutuban ___________ dan negatif.

a)      utara                                        c)  barat

b)      positif                                      d)  selatan

10.        Pemotong sisi digunakan untuk ____________ wayar dalam projek elektrik.

Page 18: Kemahiran Hidup

a)      menjalur                                  c)  mengerat

b)      memotong                               d)  memutuskan

11.              Berikut merupakan beberapa kumpulan tanaman hiasan kecuali

a)      pokok naungan                        c)  pokok kaktus

b)      pokok renek                            d)  pokok kelapa

Berikut merupakan ciri - ciri dan contoh tanaman hiasan yang tergolong dalam kumpulan

a)      Pokok Renek                                                   c)  Pokok Palma

b)      Tumbuhan memanjat atau menjalar                    d)  Rumput

13.              Apakah yang dimaksudkan dengan komisen?

a)    Barangan yang diterima oleh pengguna

b)   Bayaran yang dibayar kepada peniaga oleh pembeli

c)    Bayaran yang dibuat oleh peniaga kepada pemborong

d)   Bayaran yang diterima oleh peniaga kerana menjual barang milik pembekal berdasarkan kadar yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak

 14.              Apakah tindakan pengguna jika telah tersalah beli barang jualan yang telah tamat tarikh luputnya?

a)    Memulangkan kembali barang tersebut kepada peniaga

12.

· Mempunyai sulur untuk memaut.

· Contoh tumbuhan ini ialah Pokok Bunga Kembang Pagi.

 

Page 19: Kemahiran Hidup

b)    Mendiamkan perkara tersebut

c)    Membuat laporan polis

d)   Membeli barangan yang baharu

15.              Apakah sebab tanda harga perlu diletakkan pada setiap jenis barang jualan?

a)    Supaya pembeli mengetahui harga barangan

b)    Untuk mendorong pembeli membeli barang dalam kuantiti yang banyak

c)    Untuk meningkatkan kualiti barangan

d)   Untuk memenuhkan ruang kosong yang ada

16.              Antara berikut, yang manakah ciri-ciri barang yang telah rosak?

                                            i.     Telah berkulat

                                          ii.     Berubah menjadi warna gelap

                                        iii.     Rasa masam

                                        iv.     Bau wangi dan segar

a)    i, ii, dan iii

b)    i, ii, dan iv

c)    i, iii dan iv

d)   ii, iii, dan iv

17.              Apakah yang harus dilakukan oleh peniaga semasa melayan pelanggan di kedainya?

a)    Bercakap dengan sopan dan lemah lembut

b)    Bermasam muka dengan pelanggan

c)    Meletakkan harga yang tinggi

d)   Menghalau pelanggan yang datang

Page 20: Kemahiran Hidup

18.              Apakah maklumat yamg biasa terdapat pada label barang?

                                       i.     kandungan

                                     ii.     tarikh luput

                                   iii.     keburukan barangan

                                   iv.     berat kandungan

a)      i, ii, dan iii

b)      i, ii dan iv

c)      i, iii dan iv

d)     ii, iii dan iv

19.        Lukisan kerja yang menggunakan simbol dinamakan lukisan __________.

a)      kejuruteraan                            c)  skematik

b)      simbol                                      d)  seni

20.

Gambar rajah di atas menunjukkan satu lukisan litar sesiri .Apakah yang berlaku sekiranya suis disambungkan.

a)      Mentol A menyala manakala mentol B tidak menyala

b)      Mentol A tidak menyala manakala mentol B menyala

c)      Mentol A menyala dengan terang manakala mentol B menyala dengan malap

Page 21: Kemahiran Hidup

d)     Mentol A dan mentol B tidak menyala

subjektif

NAMA ALATAN KEGUNAANNYA

Page 22: Kemahiran Hidup

Rujukan

1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Kemahiran_Hidup

2. http://blogrohanaana.blogspot.com/2011/12/contoh-rph-kh.html

3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Taksonomi

4. http://www.salmiahjaba.com/page25/