kegagalan membentuk kemahiran – kemahiran s osial tertentu akan

17
Kegagalan membentuk kemahiran – kemahiran sosial tertentu akan membawa kepada perasaan rendah diri dan tiada keupayaan. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pandangan ini. KUMPULAN 3 Oleh : Saliza bt Abdul Samad Sabariah bt Yatini

Upload: zaiti-samah

Post on 21-Mar-2017

359 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kegagalan membentuk kemahiran – kemahiran s osial tertentu akan

Kegagalan membentuk kemahiran – kemahiran sosial

tertentu akan membawa kepada perasaan rendah diri dan tiada keupayaan. Sejauh manakah

anda bersetuju dengan pandangan ini.

KUMPULAN 3

Oleh :Saliza bt Abdul SamadSabariah bt YatiniZaiti bt Samah

Page 2: Kegagalan membentuk kemahiran – kemahiran s osial tertentu akan

Definisi Kemahiran Sosial

Philip(1991) - kemahiran sosial membawa maksud tingkah laku yang

prihatin untuk melakukan perhubungan interpersonal yang efektif.

Thacker (1996) pula mendefinisikan kemahiran sosial sebagai keupayaan untuk berkomunikasi

secara efektif dengan individu lain dalam situasi sosial atau kerja.

Page 3: Kegagalan membentuk kemahiran – kemahiran s osial tertentu akan

Kemahiran Sosial ialah hubungan interpersonal dan proses interaksi sesama

manusia yang positif dan kemudiannya membawa manafaat kepada semua pihak

sama ada dalam bentuk material, kestabilan emosi, peningkatan kekuatan

fizikal, intelek atau spiritual.

Rumusan

Page 4: Kegagalan membentuk kemahiran – kemahiran s osial tertentu akan

Satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain

mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya.

Melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak

mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial dalam sesuatu persekitaran atau lingkungan

sosial

Kemahiran sosial kanak – kanak

Page 5: Kegagalan membentuk kemahiran – kemahiran s osial tertentu akan

Kemahiran – kemahiran sosial

Kemahiran berinteraksi

Pembentukan kendiri

Penghargaan kendiri

Kawalan kendiri

Page 6: Kegagalan membentuk kemahiran – kemahiran s osial tertentu akan

Interaksi positif dengan rakan membolehkan kanak-kanak memperolehi semangat bersaing serta kemahiran penyesuaian dengan orang lain (Kajian Harlow 1962).

Interaksi antara kanak-kanak boleh mempercepatkan perkembangan kognitif seseorang kanak-kanak.

Contohnya – Seorang kanak-kanak pendiam akan mengalami perubahan hampir 80% apabila belajar bercakap daripada rakan yang gemar bercakap.

Kemahiran Interaksi

Page 7: Kegagalan membentuk kemahiran – kemahiran s osial tertentu akan

Kanak-kanak suka untuk mencuba dan melakukan pelbagai aktiviti fizikal secara bersendirian seperti memakai kasut, mencantum butang , memakai stoking dan sebagainya.

Kanak-kanak yang diberikan sokongan untuk meneroka perlakuan fizikal ini akan merasa mempunyai keyakinan diri dan menjadikan mereka lebih berani untuk melakukannya di masa hadapan.

Pembentukan Kendiri

Page 8: Kegagalan membentuk kemahiran – kemahiran s osial tertentu akan

Penghargaan Kendiri keupayaan seseorang kanak-kanak menilai

diri sendiri dari aspek kebolehan, pencapaian , kepentingan dan nilai yang dipegangnya.

Contohnya – seorang kanak-kanak yang cerdik dan pintar, akan mempunyai perkembangan sosial yang baik memandangkan dia selalu dihargai dan dipuji sama ada oleh guru, ibu bapa dan rakan-rakan. Dia juga mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi dan sentiasa yakin untuk mencuba dan melakukan sesuatu perkara.

Page 9: Kegagalan membentuk kemahiran – kemahiran s osial tertentu akan

Kawalan Kendiri Faktor kawalan kendiri yang baik dipengaruhi

oleh perkembangan sosial yang sihat. Kanak-kanak mempunyai sifat penyabar, rendah diri, tahan menerima kritikan serta memahami emosi dan perasaan orang lain.

Contohnya - Kanak-kanak yang sedang melakukan aktiviti berkumpulan, akan mengamalkan sifat bekerjasama, tidak tamak, bertolak-ansur semasa menjalankan aktiviti.

Page 10: Kegagalan membentuk kemahiran – kemahiran s osial tertentu akan

Gagal !!!Perasaan rendah

diriTiada

keupayaan

Page 11: Kegagalan membentuk kemahiran – kemahiran s osial tertentu akan

seseorang kanak-kanak menjadi pendiam, suka menyendiri, serta tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan rakan-rakan yang baru.

Gagal kemahiran interaksi

Page 12: Kegagalan membentuk kemahiran – kemahiran s osial tertentu akan

menyebabkan kanak-kanak merasa rendah diri, kurang berkeyakinan untuk mencuba dan melakukan sesuatu.

tidak berani mengeluarkan pendapat.Mementingkan diri sendiri. bersifat negatif terutama pada sesuatu

yang tidak diminati.

Gagal pembentukan kendiri

Page 13: Kegagalan membentuk kemahiran – kemahiran s osial tertentu akan

menyebabkan kanak-kanak cepat berputus asa, kecewa dan suka mengaku kalah sebelum mencuba.

rasa seolah – olah tidak diiktiraf. rendah diri, kurang yakin dan takut dikritik.

Gagal penghargaan kendiri

Page 14: Kegagalan membentuk kemahiran – kemahiran s osial tertentu akan

menjadikan seseorang kanak-kanak suka memberontak, suka bergaduh dengan rakan, tidak sabar dalam menunggu giliran, suka membuli orang lain.

susah mengawal emosi dan mental. tidak mudah menyayangi orang lain.

Gagal kawalan kendiri

Page 15: Kegagalan membentuk kemahiran – kemahiran s osial tertentu akan

Filem “ BULI ”http://youtu.be/_rpUb4OZxDs

Page 16: Kegagalan membentuk kemahiran – kemahiran s osial tertentu akan

ibu bapa dan guru perlu bekerjasama mewujudkan interaksi dan asuhan yang efektif, konsisten dan responsif.

mewujudkan perapatan yang selamat antara ibu bapa dan guru dengan kanak – kanak.

memberi sokongan sosial dan emosi kepada kanak – kanak.

Memberi peluang kepada kanak – kanak mengasah kemahiran bersosialisasi melalui aktiviti menyanyi, membaca , menulis dan berinteraksi.

Kesimpulan

Page 17: Kegagalan membentuk kemahiran – kemahiran s osial tertentu akan

Ee Ah Meng.( 1991). Psikologi Perkembangan (Aplikasi Dalam Bilik Darjah).Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang.(2008).Psikologi Pendidikan Dan Pedagogi Murid dan Alam Belajar. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009).Siri Pendidikan Guru Murid dan Alam Belajar. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

(Kemahiran Sosial Kanak – Kanak Prasekolah)http://researchipbmm2008.blogspot.com/2011/11/abstrak-kajian-tindakan-pismp-sem-8-b.html

 (Perkembangan Sosial Kanak – Kanak)http://www.slideshare.net/normalaprasekolah/m1-perkembangan-sosial-kanakkanak

Bibliografi