kemahiran menerang ( kaedah mengajar)

Upload: zila-cute

Post on 05-Apr-2018

693 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Kemahiran Menerang ( Kaedah Mengajar)

    1/2

    kemahiran menerang

    1.3 KEMAHIRAN MENERANG1.3.1 PengenalanKemahiran ini tidak berasaskan kepada sesuatu teori dan teknik yang tertentu,sebaliknya bergantung kepada kebijaksanaan guru mengendalikannya danmengenal pasti sejauhmana pencapaian murid atau pelajar. Kemahiran inidigunakan di peringkat perkembangan sama ada untuk menyampaikan maklumat,konsep atau isi kandungan pelajaran kepada murid.

    Dalam kemahiran ini guru-guru disarankan supaya menggunakan danmemberi contoh, ilustrasi dan sumber pengajaran. Lihat contoh dibawah ini ;

    Guru menerangkan pengertian najis dengan memberikan beberapa contoh najisyang boleh ditemui disekeliling.

    Guru menerangkan sambil mendemonstrasikan cara-cara mencuci tangan yangbetul Guru menerangkan riwayat hidup seekor rama-rama dari peringkat pertama hinggaperingkat akhir dengan menggunakan ilustrasi bergambar.

    Guru menerangkan dan menghuraikan isi pelajaran dengan merujuk kepada cartadan buku teks.

    Guru bendaklah memilih cara dan bentuk penerangan serta alat bantumengajar yang sesuai. Guru juga boleh menggunakan kapur untuk menulis isipenting pada papan tulis supaya murid boleh memahami dan mencatat dalam bukuatau nota masing-masing.1.3.2 Objektif Penggunaan Kemahiran Menerang

    I. Menyampaikan maklumat atau menjelaskan isi pelajaran dalam masa yangsingkat.

    II. Memudahkan murid memahami konsep atau isi pelajaran dengan jelas.

    III. Menghuraikan sesuatu proses seperti langkah-langkah menjalankan projek,ujikaji atau masalah.

    IV. Menjelaskan sebab-sebab berlakunya sesuatu peristiwa atau meramalkankemungkinan berlakunya peristiwa tertentu.

    1.3.3 Prinsip-Perinsip Panduan Kemahiran Menerang

    Rancang satu aktiviti pengajaran dengan memilih cara dan bentukpenerangan yang sesuai.

    Contoh-contoh ilustrasi atau sumber pengajaran hendaklah ditentukan dandisediakan terlebih dahulu.

    Aktiviti menerangkan tidak terlalu lama kerana murid murid akan merasabosan jika mereka disuruh duduk dam mendengar penerangan guru dalam tempohmasa yang lama.

    Jika penerangan guru memakan masa yang lama, gunakan kemahiran variasirangsangan untuk mengekalkan minat murid terhadap penerangan guru.

    Perkataan dan istilah yang digunakan untuk menerangkan hendaklahberdasarkan kebolehan dan pengalaman murid yang lalu supya mereka dapat

    mengikutnya dengan mudah dan bermakna. Alat bantu mengajar yang digunakan dengan teknik yang berkesan.

    http://calleycreativeinfinity.blogspot.com/2010/10/kemahiran-menerang.htmlhttp://calleycreativeinfinity.blogspot.com/2010/10/kemahiran-menerang.html
  • 7/31/2019 Kemahiran Menerang ( Kaedah Mengajar)

    2/2

    Selepas aktiviti penerangan, galakkan murid bertanya perkara-perkara yangtidak faham.

    1.3.4 Kesan Penggunaan Kemahiran Menerang i. Murid-murid dapat memahami konsep atau isi pelajaran dengan lebih cepat, mudah

    dan tepat.

    ii. Murid dapat memahami sesuatu proses atau prosedur secara terperinci dan teratur.

    iii. Murid dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru jikapenerangan yang diberikan menarik dan bermakna.

    iv. Melalui contoh-contoh, ilustrasi dan alat bantu mengajar ia akan dapat membantumerangsang pelbagai jenis deria murid serta memudahkan kefahaman danmemperkukuhkannya dalam ingatan mereka.

    v. Aktiviti pengajaran guru dapat dijimatkan dan ini membolehkan guru menambahaktiviti pengajaran dan pembelajaran.

    1.3.5 Komponen Kemahiran Menerang

    1.3.5.1 Pengunaan Contoh Contoh sumber mencukupi supaya anda akan memberikan input dengan

    menyeluruh dan ada bahan bukti. Contoh sumber sesuai untuk peringkat umur dan tahap penerimaan murid.

    Contoh sumber jelas dan menarik kerana murid sukakan benda yang menarik danberwarna-warni.

    1.3.5.2 Pengurusan Kemahiran Menerang Idea dikembangkan secara teratur supaya murid tidak keliru dengan isi yang

    disampaikan. Variasi rangsangan berjaya digunakan dimana murid tekun dan dapat memberikan

    seratus peratus perhatian terhadap pelajaran. Penerangan lisan jelas dan tepat supaya murid tidak salah faham.

    1.3.5.3 Rumusan/ kesimpulan

    Isi-isi penting dinyatakan secara bertulis supaya murid akan ingat dengan lama Isi-isi disusun secara teratur untuk kesinambungan yang berturutan dan senang

    difahami. Penyataan penutup ringkas,tepat dan jelas.