keupayaan mengajar guru-guru kemahiran hidup … filedalam bahagian teras yang terdiri daripada...

25
KEUPAYAAN MENGAJAR GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP DALAM BAHAGIAN TERAS BAGI SUKATAN PELAJARAN BARU TINGKATAN SATU: SATU TINJAUAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KAWASAN SKUDAI. LIM AI HUI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vunguyet

Post on 05-Aug-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEUPAYAAN MENGAJAR GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP … filedalam bahagian teras yang terdiri daripada aspek teknikal, jahitan dan pertanian, keupayaan mengajar guru-guru Kemahiran Hidup

KEUPAYAAN MENGAJAR GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP DALAM

BAHAGIAN TERAS BAGI SUKATAN PELAJARAN BARU TINGKATAN

SATU: SATU TINJAUAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH

KAWASAN SKUDAI.

LIM AI HUI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KEUPAYAAN MENGAJAR GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP … filedalam bahagian teras yang terdiri daripada aspek teknikal, jahitan dan pertanian, keupayaan mengajar guru-guru Kemahiran Hidup

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: KEUPAYAAN MENGAJAR GURU-GURU KEMAHIRAN

HIDUP DALAM BAHAGIAN TERAS BAGI SUKATAN PELAJARAN BARU TINGKATAN SATU: SATU TINJAUAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KAWASAN SKUDAI.

SESI PENGAJIAN: 2003/2004

Saya LIM AI HUI

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

_____________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: 208, JALAN F, TONGKANG PECHAH, 83010 BATU PAHAT, PN. NOR FADILA BTE MOHD AMIN JOHOR DARUL TAKZIM. NAMA PENYELIA

Tarikh: March, 2004 Tarikh: March, 2004

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perLu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: KEUPAYAAN MENGAJAR GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP … filedalam bahagian teras yang terdiri daripada aspek teknikal, jahitan dan pertanian, keupayaan mengajar guru-guru Kemahiran Hidup

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).”

Tandatangan : ________________________________

Nama Penyelia : PN. NOR FADILA BTE MOHD AMIN

Tarikh : MARCH, 2004 .

Page 4: KEUPAYAAN MENGAJAR GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP … filedalam bahagian teras yang terdiri daripada aspek teknikal, jahitan dan pertanian, keupayaan mengajar guru-guru Kemahiran Hidup

KEUPAYAAN MENGAJAR GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP DALAM

BAHAGIAN TERAS BAGI SUKATAN PELAJARAN BARU TINGKATAN

SATU: SATU TINJAUAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH

KAWASAN SKUDAI.

LIM AI HUI

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi

serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MARCH, 2004

Page 5: KEUPAYAAN MENGAJAR GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP … filedalam bahagian teras yang terdiri daripada aspek teknikal, jahitan dan pertanian, keupayaan mengajar guru-guru Kemahiran Hidup

ii

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ________________________________

Nama Penulis : LIM AI HUI .

Tarikh : MARCH, 2004 .

Page 6: KEUPAYAAN MENGAJAR GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP … filedalam bahagian teras yang terdiri daripada aspek teknikal, jahitan dan pertanian, keupayaan mengajar guru-guru Kemahiran Hidup

iii

DEDIKASI UNTUK:

Nenek yang dihormati:

Ng Leh

Ayah dan ibu yang disanjungi:

Lim Kian Kah

Kek Kwee Tin

Adik-beradik yang dikasihi:

Lim Lian Heng

Lim Jin Nuan

Lim Ai Hun

Khas untuk kawan terbaik saya:

Wong Weng Kong

Page 7: KEUPAYAAN MENGAJAR GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP … filedalam bahagian teras yang terdiri daripada aspek teknikal, jahitan dan pertanian, keupayaan mengajar guru-guru Kemahiran Hidup

iv

PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada beberapa

pihak yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan serta menyempurnakan

Projek Sarjana Muda ini. Di sini saya mengambil kesempatan untuk merakamkan

jutaan terima kasih kepada penyelia saya, Pn. Nor Fadilah bte Mohd. Amin kerana

telah memberi tunjuk ajar, dorongan, bimbingan dan nasihat kepada saya sepanjang

tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Kajian ini tidak akan dapat dijalankan

dengan lancar tanpa bantuan seliaan daripada beliau.

Seterusnya penghargaan turut ditujukan kepada pihak JPN dan pihak Jabatan

Perancangan Bandar (MPJBT) yang sudi membantu dan bekerjasama dengan saya

dalam pembekalan maklumat yang saya perlukan untuk melengkapkan kajian ini.

Tidak ketinggalan juga penghargaan ditujukan kepada pengetua-pengetua,

penyelia petang, guru-guru terutama responden saya iaitu guru KHB yang mengajar

Tingkatan Satu di kawasan Skudai di mana mereka telah banyak memberi kerjasama

dan bantuan kepada saya untuk menyiapkan kajian ini.

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada rakan

seperjuangan dan pensyarah-pensyarah yang pernah memberi tunjuk ajar dan

bimbingan kepada saya sepanjang pengajian saya di Universiti Teknologi Malaysia.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang

pernah memberi sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak

langsung dalam proses menjayakan Projek Sarjana Muda.

Page 8: KEUPAYAAN MENGAJAR GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP … filedalam bahagian teras yang terdiri daripada aspek teknikal, jahitan dan pertanian, keupayaan mengajar guru-guru Kemahiran Hidup

v

ABSTRAK

Selaras dengan pembaharuan sukatan pelajaran KHB Tingkatan Satu,

perubahan dan penambahan isi kandungan dalam bahagian teras turut berlaku. Jadi,

dalam bahagian teras yang terdiri daripada aspek teknikal, jahitan dan pertanian,

keupayaan mengajar guru-guru Kemahiran Hidup menjadi satu persoalan yang perlu

dibincangkan. Dengan demikian, kajian dijalankan bertujuan untuk meninjau

keupayaan guru KHB yang mengajar bahagian teras dalam sukatan pelajaran baru

Tingkatan Satu di Kawasan Skudai, negeri Johor. Objektif utama bagi kajian ini

adalah menentukan tahap penguasaan pengetahuan dan kemahiran guru mencukupi

untuk mengajar bahagian teras dalam mata pelajaran KH serta menentukan tahap

kepentingan pengalaman guru dalam memberi pengajaran KHB. Keseluruhan

populasi dijadikan persampelan iaitu guru KHB yang mengajar bahagian teras

Tingkatan Satu seramai 30 orang di 7 buah sekolah menengah kawasan Skudai.

Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah tinjauan yang berbentuk kuantitatif.

Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang merangkumi dua bahagian

iaitu 10 item pada bahagian A yang mengenai demografi responden dan bahagian B

yang meliputi 76 item dari sembilan persoalan kajian. Data yang diperolehi dianalisis

dengan statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratusan, min dan perbandingan min.

Secara keseluruhannya, dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan guru-guru

KHB mempunyai tahap pengetahuan dan kemahiran yang tinggi. Selain itu, guru-

guru KHB ini juga menganggap bahawa pengalaman adalah sangat penting bagi

seseorang guru dalam melaksanakan pengajaran KHB dengan lebih efisyen.

Page 9: KEUPAYAAN MENGAJAR GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP … filedalam bahagian teras yang terdiri daripada aspek teknikal, jahitan dan pertanian, keupayaan mengajar guru-guru Kemahiran Hidup

vi

ABSTRACT

As syllabus of Integrated Living Skill subject amended, the content of the

core component of the subject was also modified and added. Thus, aspects in the

core component such as technical, sewing, and agriculture and the teaching ability

among the Living Skills teachers should be discussed. This research was conducted

in order to identify the ability of Living Skills teachers in teaching the core

component of Form One new Integrated Living Skills subject at secondary schools in

Skudai, Johor. The main objectives of sufficient knowledge and skills to teach the

core component of Living Skills subjects and the importance of teachers’ working

experience in teaching the subject effectively. This is quantitative survey research

where the sample was thirty Living Skills teachers from seven secondary schools in

Skudai. Questionnaire, as a research instrument, was developed into two major parts.

Part A consisted of ten demographical items of respondents and Part B comprised

seventy-six items which answered nine research’s questions. The data was analyzed

to get the value of frequency, percentage, mean and compare mean. The results

showed that the teachers have the high level of knowledge and skills in Living Skills

subject. Besides that, the teachers also agreed that working experience was very

important for them to teach the subject efficiently.

Page 10: KEUPAYAAN MENGAJAR GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP … filedalam bahagian teras yang terdiri daripada aspek teknikal, jahitan dan pertanian, keupayaan mengajar guru-guru Kemahiran Hidup

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN/ SIMBOL xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB I PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

1.2 Pernyataan Masalah 5

1.3 Objektif Kajian 6

1.4 Persoalan Kajian 6

1.5 Kepentingan Kajian 7

1.6 Batasan Kajian 9

1.7 Definisi Terminologi 9

1.8 Penutup 12

Page 11: KEUPAYAAN MENGAJAR GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP … filedalam bahagian teras yang terdiri daripada aspek teknikal, jahitan dan pertanian, keupayaan mengajar guru-guru Kemahiran Hidup

viii

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 13

2.1 Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM) 14

2.1.1 Prinsip KBSM 15

2.1.2 Kemahiran Hidup Bersepadu

(KHB) 17

2.1.3 Sukatan Pelajaran KHB Bahagian

Teras Tingkatan Satu Yang Sedia

Ada 18

2.1.4 Sukatan Pelajaran KHB Bahagian

Teras Tingkatan Satu Edisi

Penyemakan 21

2.1.5 Perubahan Dalam Sukatan Pelajaran

KHB Bahagian Teras Tingkatan Satu

Yang Sedia Ada Dengan Sukatan

Pelajaran KHB Bahagian Teras

Tingkatan Satu Edisi Penyemakan 23

2.2 Keupayaan Mengajar 24

2.2.1 Aspek Pengetahuan 25

2.2.2 Aspek Kemahiran 27

2.2.3 Aspek Pengalaman 29

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 32

3.1 Reka Bentuk Kajian 32

3.2 Populasi dan Sampel 33

3.3 Instrumen Kajian 34

3.3.1 Kajian Rintis 37

Page 12: KEUPAYAAN MENGAJAR GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP … filedalam bahagian teras yang terdiri daripada aspek teknikal, jahitan dan pertanian, keupayaan mengajar guru-guru Kemahiran Hidup

ix

3.4 Prosedur Kajian 38

3.5 Analisa Data 39

BAB IV ANALISIS DATA

4.0 Pengenalan 40

4.1 Analisis Bahagian A: Data Demografi

bagi 30 Responden 41

4.1.1 Taburan Responden Mengikut

Sekolah 41

4.1.2 Taburan Responden Mengikut

Jantina 42

4.1.3 Taburan Responden Mengikut

Pengkhususan 42

4.1.4 Taburan Responden Mengikut

Pengalaman Mengajar 43

4.1.5 Taburan Responden Mengikut

Pengalaman Mengajar KH 43

4.1.6 Taburan Responden Mengikut

Pengalaman Bekerja Di Sektor

Industri 44

4.2 Analisis Bahagian B: Data

Persoalan Kajian. 45

4.2.1 Analisis Data Persoalan

Kajian Pertama 46

4.2.2 Analisis Data Persoalan

Kajian Kedua 48

4.2.3 Analisis Data Persoalan

Kajian Ketiga 50

4.2.4 Analisis Data Persoalan

Kajian Keempat 52

Page 13: KEUPAYAAN MENGAJAR GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP … filedalam bahagian teras yang terdiri daripada aspek teknikal, jahitan dan pertanian, keupayaan mengajar guru-guru Kemahiran Hidup

x

4.2.5 Analisis Data Persoalan

Kajian Kelima 54

4.2.6 Analisis Data Persoalan

Kajian Keenam 57

4.2.7 Analisis Data Persoalan

Kajian Ketujuh 60

4.2.8 Analisis Data Persoalan

Kajian Kelapan 61

4.2.9 Analisis Data Persoalan

Kajian Kesembilan 62

4.3 Analisis Keseluruhan 63

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN

CADANGAN

5.0 Pengenalan 66

5.1 Rumusan 67

5.2 Perbincangan 69

5.3 Cadangan Kajian 73

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 75

5.5 Kesimpulan 76

BIBLIOGRAFI 77

LAMPIRAN

Lampiran A - E 82-99

Page 14: KEUPAYAAN MENGAJAR GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP … filedalam bahagian teras yang terdiri daripada aspek teknikal, jahitan dan pertanian, keupayaan mengajar guru-guru Kemahiran Hidup

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Senarai sekolah-sekolah menengah di

kawasan Skudai 33

3.2 Taburan item-item soal selidik 35

3.3 Perubahan Markat dan Skala 39

3.4 Markat Skala 3 Mata 39

4.1 Taburan Responden Mengikut Sekolah 41

4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 42

4.3 Taburan Responden Mengikut Pengkhususan 42

4.4 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 43

4.5 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar

KH 44

4.6 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Bekerja Di

Sektor Industri 44

4.7 Taburan Responden Mengikut Sektor Industri Yang

Pernah Diceburi 44

4.8 Taburan No. Item Bagi Setiap Persoalan Kajian. 45

4.9 Tahap Pengetahuan Guru KHB Dalam Komponen

Reka Bentuk dan Penghasilan Projek Bagi Mata

Pelajaran KH. 47

4.10 Tahap Pengetahuan Guru KHB Dalam Komponen

Teknikal Bagi Mata Pelajaran KH 49

4.11 Tahap Pengetahuan Guru KHB Dalam Komponen

Jahitan Bagi Mata Pelajaran KH 51

4.12 Tahap Pengetahuan Guru KHB Dalam Komponen

Tanaman Hiasan Bagi Mata Pelajaran KH 53

Page 15: KEUPAYAAN MENGAJAR GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP … filedalam bahagian teras yang terdiri daripada aspek teknikal, jahitan dan pertanian, keupayaan mengajar guru-guru Kemahiran Hidup

xii

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.13 Tahap Penguasaan Kemahiran Teknikal Oleh

Guru Perempuan Dan Guru Lelaki KHB

(Bahagian Teras) 56

4.14 Tahap Penguasaan Kemahiran Menjahit Oleh

Guru Perempuan Dan Guru Lelaki KHB

(Bahagian Teras) 59

4.15 Tahap Penguasaan Kemahiran Mengawal Kelas

Amali Bagi Guru KHB (Bahagian Teras) 60

4.16 Kepentingan Pengalaman Mengajar Bagi Guru

KHB Dalam Pengajaran KHB 61

4.17 Kepentingan Pengalaman Bekerja Bagi Guru

KHB Dalam Pengajaran KHB 62

4.18 Analisis Keseluruhan Bagi Objektif Kajian 65

4.19 Analisis Keseluruhan Bagi Persoalan Kajian 66

Page 16: KEUPAYAAN MENGAJAR GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP … filedalam bahagian teras yang terdiri daripada aspek teknikal, jahitan dan pertanian, keupayaan mengajar guru-guru Kemahiran Hidup

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Skala 5 mata di Bahagian B soal selidik 36

Page 17: KEUPAYAAN MENGAJAR GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP … filedalam bahagian teras yang terdiri daripada aspek teknikal, jahitan dan pertanian, keupayaan mengajar guru-guru Kemahiran Hidup

xiv

SENARAI SIMBOL/SINGKATAN

% - Peratus

f - Frekuensi/ Kekerapan

ABM - Alat Bantu Mengajar

EPRD - Bahagian Penyelidikan Dasar Pendidikan

ERT - Ekonomi Rumahtangga

ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi

J.I.P - John Innes Potting Compost

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri Johor

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KH - Kemahiran Hidup

KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu

KHSR - Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

KLSM - Kurikulum Lama Sekolah Menengah

KMT - Kemahiran Manipulatif Teknikal

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

PPD - Pejabat Pendidikan Daerah

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

PSM - Projek Sarjana Muda

PTV - Pendidikan Teknik dan Vokasional

PVC - Polivinil-klorida

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

SPN - Sains Pertanian

Page 18: KEUPAYAAN MENGAJAR GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP … filedalam bahagian teras yang terdiri daripada aspek teknikal, jahitan dan pertanian, keupayaan mengajar guru-guru Kemahiran Hidup

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Surat kebenaran daripada Universiti 82

B Surat kebenaran menjalankan kajian daripada

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan (EPRD) 83

C Surat kebenaran menjalankan kajian daripada

Jabatan Pendidikan Negeri Johor 85

D Surat pengesahan soal-selidik 86

E Borang soal-selidik 91

Page 19: KEUPAYAAN MENGAJAR GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP … filedalam bahagian teras yang terdiri daripada aspek teknikal, jahitan dan pertanian, keupayaan mengajar guru-guru Kemahiran Hidup

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Dalam era globalisasi yang begitu pesat ini, negara kita kian mengorak

langkah untuk menuju ke arah pembangunan negara yang lebih sempurna. Salah satu

perancangan pembangunan negara adalah idea Wawasan 2020 yang telah

dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Dalam idea Wawasan 2020, terdapat 9 cabaran yang perlu direalisasikan.

Salah satu daripada 9 cabaran Wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat yang

memberi penekanan kepada sains, berdaya cipta serta berpandangan jauh (Paimah

Atoma, et.al, 2001). Cabaran ini telah menegaskan bahawa rakyat Malaysia perlu

menghasilkan sebuah masyarakat yang maju dalam sains dan teknologi. Dengan itu,

kurikulum baru Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) diwujudkan dan bermatlamat

untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta

kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah

untuk kehidupan harian (Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, 2002).

Salah satu objektif Kurikulum KHB adalah untuk mengamalkan daya usaha,

kreatif dan inovatif dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada

pelbagai bahan seperti kayu, papan lapis dan bahan komposit (Sukatan Pelajaran

Kemahiran Hidup Bersepadu, 2002). Ini telah mendorong pelajar-pelajar menjadi

seorang pencipta dan bukannya pengguna lagi.

Page 20: KEUPAYAAN MENGAJAR GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP … filedalam bahagian teras yang terdiri daripada aspek teknikal, jahitan dan pertanian, keupayaan mengajar guru-guru Kemahiran Hidup

2

Mata pelajaran KHB merupakan sebahagian usaha pendidikan ke arah

mempertingkatkan kemahiran teknologi dan keusahawanan (Sukatan Pelajaran

Kemahiran Hidup Bersepadu, 2002). Maka, ia digubal untuk menuju ke arah

membekalkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir dalam teknologi dan

ekonomi serta sanggup bekerjasama dan sentiasa bersedia untuk belajar dalam

suasana bekerja (Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, 2002).

Jadi, pekerja yang berpengetahuan (K-Pekerja) dan berkemahiran akan dipupuk

dengan penggubalan kurikulum yang sesuai seperti kurikulum baru KHB Tingkatan

Satu supaya dapat memenuhi inspirasi, aspirasi dan keperluaan negara yang sedang

membangun dalam zaman yang sedang menyaksikan kemajuan teknologi maklumat

dan komunikasi (ICT).

Mata pelajaran KHB terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian teras dan

bahagian pilihan elektif. Dalam bahagian teras, pengetahuan dan kemahiran asas

teknologi yang membolehkan pelajar mereka bentuk dan menghasilkan produk yang

kreatif dan inovatif disediakan. Produk yang dihasilkan boleh berfungsi secara

berkesan khususnya di tempat tinggal dan di tempat kerja. Selain itu, bahagian teras

ini merangkumi teknik, operasi dan proses pembuatan yang melibatkan aktiviti

seperti pemasangan, penyenggaraan dan baik pulih dalam kerja elektrik dan paip

(Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, 2002). Pelajar juga berpeluang

mereka bentuk dan menghasilkan artikel jahitan dengan menggunakan mesin jahit, di

samping menghiaskan kawasan persekitarannya dengan tumbuhan hiasan yang

dihasilkan. (Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, 2002).

Manakala bahagian pilihan elektif bertambah dari 3 kepada 4 komponen iaitu

Kemahiran Teknikal, Ekonomi Rumah Tangga, Pertanian dan Perdagangan dan

Keusahawanan. Daripada kandungan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu,

bahagian teras meliputi banyak aspek maka guru yang mengajarnya perlulah

berkeupayaan supaya dapat menjadikan seorang penyampai maklumat yang baik dan

pembelajaran yang berkesan dapat dihasilkan.

Page 21: KEUPAYAAN MENGAJAR GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP … filedalam bahagian teras yang terdiri daripada aspek teknikal, jahitan dan pertanian, keupayaan mengajar guru-guru Kemahiran Hidup

3

1.1 Latar Belakang Masalah

Dalam sukatan pelajaran KHB baru (Tingkatan Satu), tajuk besar bahagian

teras “Kemahiran Manipulatif” diubah kepada “Reka Bentuk dan Teknologi”, yang

meliputi Organisasi Bengkel dan Keselamatan, Reka Bentuk dan Penghasilan Projek,

Elektrik, Kerja Paip, Jahitan dan Tanaman Hiasan. Sebahagian besar isi kandungan

dalam bahagian teras adalah gabungan daripada topik-topik bahagian teras dan

elektif Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua dalam kurikulum KHB yang lama

(Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, 2002). Jadi, dalam bahagian teras

yang terdiri daripada aspek teknikal, jahitan dan pertanian, persoalan timbul iaitu

adakah guru-guru Kemahiran Hidup berkeupayaan melaksanakan pengajarannya

dengan baik dalam mengajar bahagian teras KHB?

Dalam Seminar Kebangsaan Pendidikan Guru Ke-10 pada tahun 1995, Siva

Subramaniam telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk “Mempertingkatkan

Martabat Profesion Keguruan.” Menurutnya dalam kertas kerja tersebut, terdapat

kes-kes opsyen guru tidak diambil kira semasa sesi penempatan dan pertukaran guru

dan ini telah menyebabkan guru-guru terpaksa mengajar mata pelajaran di luar

bidang pengkhususannya. Guru-guru tersebut tidak pakar dan tidak mempunyai

pengetahuan dalam mata pelajaran yang diajarnya maka masalah-masalah akan

timbul dan pengajaran yang berkesan tidak akan tercapai.

Menurut Abd. Rahim (1995) dalam kertas kerja yang bertajuk

“Perkembangan Profesionalisma Keguruan Dalam Konteks Sekolah”, guru yang

pakar dalam mata pelajaran yang diajar biasanya dapat menguasai pengetahuan dan

mampu menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan. Tambahan lagi, cara

penyampaian guru pakar dalam mata pelajaran yang diajarnya adalah lebih mudah

difaham dan menarik minat pelajar. Dalam kajiannya, majoriti guru iaitu 82.8%

berpendapat bahawa amat penting guru menguasai pengetahuan dalam mata

pelajaran yang diajarnya. Dengan demikian, guru-guru yang kurang pengetahuan

dalam mata pelajaran yang diajarnya tidak dapat menjalankan pengajaran yang

berkesan terutamanya dalam bahagian teras KHB yang merangkumi pelbagai aspek.

Page 22: KEUPAYAAN MENGAJAR GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP … filedalam bahagian teras yang terdiri daripada aspek teknikal, jahitan dan pertanian, keupayaan mengajar guru-guru Kemahiran Hidup

4

Menurut Robiah Sidin (1998), guru harus mempunyai pengetahuan yang

kukuh sekurang-kurangnya dalam satu pengkhususan. Pernyataan ini telah disokong

oleh Zaidatol Akmaliah dan Ramlah (1995). Menurut mereka, pengajaran yang

berkesan memerlukan seseorang guru yang mempunyai pengetahuan yang mendalam

tentang mata pelajaran yang akan diajar. Menurut Zulkiflee (1997), pengetahuan

yang mendalam mengenai isi kandungan adalah penting dalam mengajar sebarang

mata pelajaran. Dengan itu, pengetahuan seseorang guru amat penting dalam

menjayakan pengajarannya.

Sebagai penyinar ilmu, guru juga perlu dibekalkan dengan kemahiran supaya

dapat menjadi penyampai ilmu yang berkesan, mampu memilih kaedah pengajaran

yang sesuai dengan kebolehan dan minat pelajar (Abd. Main dan Abdulah Mohd.

Noor, 1995). Menurut Marsh (1996), guru perlu mempunyai kemahiran yang

mencukupi untuk mempraktikannya dalam situasi yang baru dengan berkesan

khasnya dalam kurikulum baru. Dengan mempunyai kemahiran yang mencukupi,

barulah guru dapat memberi pengajaran yang lebih jelas dan berkesan.

Menurut Zulkiflee (1997), kemahiran amat diperlukan oleh seseorang guru

untuk memantapkan lagi kebolehan guru mengembangkan isi kandungan mata

pelajaran semasa mengajar. Isi kandungan mata pelajaran KH kebanyakannya

mengandungi aspek mengenai kemahiran teknikal. Oleh itu, guru bukan sahaja

memerlukan pengetahuan mengenai kemahiran tersebut malah mereka perlu mahir

dan berkeyakinan menunjukkannya kepada murid-murid (Ramlah Hamzah, 1992).

Berdasarkan kajiannya, guru lelaki lebih berkeupayaan mengajar topik yang

mengenai Kerja Paip dan Logam, Elektrik dan Elektronik berbanding dengan guru

wanita. Sementara itu, guru wanita lebih berkeupayaan mengajar topik mengenai

pengurusan diri termasuk jahitan.

Selain itu, pengalaman seseorang guru juga memainkan peranan penting

untuk menguji keupayaan pengajaran mereka. Guru-guru yang berpengalaman luas

lebih mudah dan yakin memberi contoh atau penerangan yang senang untuk

kefahaman pelajar. Menurut Lim Ah Juan (2002), seseorang guru yang

berpengalaman lebih senang menimbulkan minat belajar bagi pelajarnya. Contohnya

seseorang guru yang pernah terlibat dalam latihan industri atau bekerja di kedai

Page 23: KEUPAYAAN MENGAJAR GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP … filedalam bahagian teras yang terdiri daripada aspek teknikal, jahitan dan pertanian, keupayaan mengajar guru-guru Kemahiran Hidup

5

menjahit baju maka guru itu lebih faham dengan topik Jahitan yang akan diajarnya

serta mempunyai cara penyampaian topik pengajaran secara berkesan. Dengan

pengajaran yang berkesan, pelajar akan lebih faham mengenai isi pelajaran yang

disampaikan guru. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat

diwujudkan di antara guru dan pelajar.

Merujuk kepada konteks tersebut, keupayaan guru KHB yang mengajar

bahagian teras perlu dilihat daripada beberapa aspek iaitu pengetahuan, kemahiran

dan pengalaman guru itu sendiri.

1.2 Pernyataan Masalah

Pelaksanaan sesuatu kurikulum bergantung kepada keupayaan guru

melaksanakannya dengan berkesan. Guru harus memahami perubahan yang berlaku

dan sekaligus bersedia melaksanakan tuntutan daripada perubahan tersebut (Noor

Azlan dan Mat Jizat, 1995). Dengan demikian, keupayaan mengajar guru amat

penting dalam melaksanakan kurikulum baru dan pengajaran yang berkesan khasnya

dalam bahagian teras sukatan pelajaran KHB Tingkatan Satu yang meliputi bidang

teknikal, jahitan dan pertanian. Dengan itu, kajian ini dijalankan untuk meninjau

keupayaan mengajar guru-guru Kemahiran Hidup dalam bahagian teras bagi sukatan

pelajaran baru Tingkatan Satu. Kajian ini mengkaji guru KHB yang mengajar

bahagian teras Tingkatan Satu sahaja kerana sukatan pelajaran bagi mata pelajaran

KHB Tingkatan Satu baru sahaja disemak semula dan digantikan dengan sukatan

pelajaran baru iaitu Sukatan Pelajaran KHB Tingkatan Satu Edisi Penyemakan pada

tahun 2002.

Page 24: KEUPAYAAN MENGAJAR GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP … filedalam bahagian teras yang terdiri daripada aspek teknikal, jahitan dan pertanian, keupayaan mengajar guru-guru Kemahiran Hidup

6

1.3 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk meninjau keupayaan mengajar guru Kemahiran

Hidup Bersepadu dalam bahagian teras bagi sukatan pelajaran baru Tingkatan Satu di

sekolah-sekolah menengah kawasan Skudai, negeri Johor. Objektif kajian ini adalah

untuk:-

1.3.1 Menentukan tahap penguasaan pengetahuan guru mencukupi untuk mengajar

bahagian teras dalam mata pelajaran KH.

1.3.2 Menentukan tahap penguasaan kemahiran guru mencukupi untuk mengajar

bahagian teras dalam mata pelajaran KH mengikut jantina.

1.3.3 Menentukan tahap kepentingan pengalaman guru dalam mengajar bahagian

teras bagi mata pelajaran KH.

1.4 Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang dikemukakan oleh penyelidik dalam kajian ini ialah:

1.4.1 Adakah pengetahuan guru KHB mencukupi untuk mengajar komponen Reka

Bentuk dan Penghasilan Projek dalam mata pelajaran KH?

1.4.2 Adakah pengetahuan guru KHB mencukupi untuk mengajar komponen

Teknikal dalam mata pelajaran KH?

1.4.3 Adakah pengetahuan guru KHB mencukupi untuk mengajar komponen

Jahitan dalam mata pelajaran KH?

1.4.4 Adakah pengetahuan guru KHB mencukupi untuk mengajar komponen

Tanaman Hiasan dalam mata pelajaran KH?

1.4.5 Adakah kemahiran teknikal dikuasai oleh guru perempuan dan guru lelaki

KHB (bahagian teras)?

Page 25: KEUPAYAAN MENGAJAR GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP … filedalam bahagian teras yang terdiri daripada aspek teknikal, jahitan dan pertanian, keupayaan mengajar guru-guru Kemahiran Hidup

7

1.4.6 Adakah kemahiran menjahit ada pada guru perempuan dan guru lelaki KHB

(bahagian teras)?

1.4.7 Adakah guru KHB (bahagian teras) berkemahiran untuk mengawal kelas

amali?

1.4.8 Adakah pengalaman mengajar bagi guru penting dalam pengajaran KHB

(bahagian teras)?

1.4.9 Adakah pengalaman bekerja bagi guru penting dalam pengajaran KHB

(bahagian teras)?