pendidikan bahasa arab-kemahiran mengajar

22
1 Tajuk Pengunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Dengan Kemahiran-Kemahiran Yang Diperlukan Dalam Mempelajari Bahasa Arab Bagi Murid Tahun Satu. Dan Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Arab Komunikasi Berasaskan Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tutor: EN.Wan Anuar Bin Yaacob Dihasilkan oleh: Ibrahim Bin Md Salleh K/p : 700103 03 5191 Tel : 012-9632098 e-mel : [email protected] PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

Upload: akocuba2

Post on 11-Jun-2015

10.901 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru tidak dapat tidak mesti berkomunikasidengan murid kerana melalui komunikasilah guru dapat menyampaikan pengajaran dandidikan. Dengan erti kata yang lain, pencapaian objektif pengajaran adalah bergantungkepada sejauh mana keberkesanan komunikasi guru dengan murid. Semakin baikkomunikasi berlaku semakin banyak pula objektif pengajaran yang dapat di capai.Olehsebab itu guru digesa supaya menggunakan alat-alat bantu mengajar terutama alat-alatyang menggunakan berbagai pancaindera seperti alat-alat yang menggunakan warna danbentuk yang menarik, demikian juga alat-alat yang dapat didengar dan dirasa.Denganjalan ini murid-murid dapat membina konsep-konsep dengan tepat. Selain dari itu merekadapat mengaitkan konsep-konsep yang baru dengan pengalaman-pengalaman yang barudan dengan itu proses pembelajaran akan menjadi lebih terang dan bermakna.

TRANSCRIPT

Page 1: Pendidikan Bahasa Arab-Kemahiran mengajar

1

Tajuk

Pengunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Dengan Kemahiran-Kemahiran Yang Diperlukan Dalam Mempelajari Bahasa

Arab Bagi Murid Tahun Satu.

Dan Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Arab Komunikasi

Berasaskan Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Tutor: EN.Wan Anuar Bin Yaacob

Dihasilkan oleh: Ibrahim Bin Md Salleh

K/p : 700103 03 5191 Tel : 012-9632098

e-mel : [email protected]

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

Page 2: Pendidikan Bahasa Arab-Kemahiran mengajar

2

DAFTAR KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

Bahagian 1 Pendahuluan 1

Definisi Alat Bantu Mengajar 1

Matlamat ABM 2

Ciri-ciri Alat Bantu Mengajar (ABM) 2

Kesan Penggunaan ABM 3

Kemahiran Mendengar 4

Kemahiran Bertutur 4

Kaitan Kemahiran Mendengar dan Kemahiran

Bertutur 5

Bahasa Arab Tahun Satu 6

Rancangan Pengajaran Harian 7

Kesimpulan 11

Rujukan 12

Bahagian 2

Lampiran

- Manual penggunaan CD

- Gambar Pokok

- Contoh Lembaran Kerja

- Contoh Kad Gambar

- Contoh Kad Huruf

- CD Tugasan dan ABM (Powerpoint)

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

Page 3: Pendidikan Bahasa Arab-Kemahiran mengajar

3

Bahagian 1

Pendahuluan

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru tidak dapat tidak mesti berkomunikasi

dengan murid kerana melalui komunikasilah guru dapat menyampaikan pengajaran dan

didikan. Dengan erti kata yang lain, pencapaian objektif pengajaran adalah bergantung

kepada sejauh mana keberkesanan komunikasi guru dengan murid. Semakin baik

komunikasi berlaku semakin banyak pula objektif pengajaran yang dapat di capai.Oleh

sebab itu guru digesa supaya menggunakan alat-alat bantu mengajar terutama alat-alat

yang menggunakan berbagai pancaindera seperti alat-alat yang menggunakan warna dan

bentuk yang menarik, demikian juga alat-alat yang dapat didengar dan dirasa.Dengan

jalan ini murid-murid dapat membina konsep-konsep dengan tepat. Selain dari itu mereka

dapat mengaitkan konsep-konsep yang baru dengan pengalaman-pengalaman yang baru

dan dengan itu proses pembelajaran akan menjadi lebih terang dan bermakna.

Definisi Alat Bantu Mengajar

Tidak ada satu takrifan yang khusus bagi menjelaskan maksud sebenar alat bantu

mengajar . walau bagaimana pun, pada keseluruhannya ramai pendidik yang bersetuju

bahawa penggunaan bahan bantu pengajaran dalam situasi pengajaran dan pembelajaran

melibatkan penggunaan deria penglihatan dan pendengaran seseorang pelajar.

Atan Long (1982:174) berpendapat,bahan-bahan pengajaran dan alat bantu mengajar ada

berbagai-bagai.Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku,carta atau slaid yang

dipancarkan pada layer. Alat-alat yang menyokong penyampaian pembelajaran diberi

nama ‘Alat Bantu Mengajar’.

Sebenarnya alat Bantu mengajar bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih daripada

proses pengajaran dan pembelajaran.Alat Bantu mengajar ialah satu bahagian yang padu

dalam proses tersebut.Alat itu bertujuan menambah kelancaran perhubungan antara guru

dengan pelajar dan sebaliknya,pelajar sesama pelajar dan membantu mempercepatkan

proses pemahaman mereka (Noraziah Abd.Hamid,1981)

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

Page 4: Pendidikan Bahasa Arab-Kemahiran mengajar

4

Walau apa pun takrifan yang diberi,semua definisi diatas jelas menekankan bahawa alat

bantu mengajar (ABM) merupakan benda atau alat yang digunakan bagi memudahkan

pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu.alat bantu mengajar bolehlah di

sifatkan sebagai sebarang alat atau bahan samada berbentuk bahan maujud,audio video

atau audio visual yang digunakan semasa berlangsungnya aktiviti pengajaran dan

pembelajaran.

Matlamat ABM

Matlamat penggunaan ABM ialah untuk membantu memudahkan proses mencapai

matlamat pengajaran dan pembelajaran. Ia merupakan penghubung antara pelajar dan

guru,antara pelajar dengan pelajar dan setiap orang yang terlibat dalam proses pengajaran

dan pembelajaran.

Ciri-ciri Alat Bantu Mengajar (ABM)

ABM yang baik digunakan tidak semestinya kerana harganya mahal.Malah satu ABM

yang baik mungkin dihasilkan oleh guru sahaja,guru dan pelajar atau pelajar-pelajar

dengan bimbingan guru dengan bahan –bahan terpakai atau kos yang murah. Apa yang

penting ,ianya mampu menyumbang kearah pencapaian objektif pengajaran. Antara ciri

ABM yang baik ialah:

1- Isi kandungannya berguna dan penting kepada pelajar serta boleh menarik minat

pelajar.

2- Format dan corak persembahan boleh memberi kesan kepada organisasi dan susun

atur aktiviti pelajar.

3- Isi kandungan dan persembahannys sesuai dengan keadaan dan nilai semasa.

4- Alat Bantu mengajar perlulah sederhana, mudah diguna dan mudah didapati.

5- Alat itu juga bersifat fleksibel iaitu boleh digunakan untuk lebih dari satu mata

pelajaran.Contohnya,Bahasa Arab dan Ulum Syar’iyah.

6- Boleh dipindah dari satu tempat ke satu tempat dengan mudah tanpa

mendatangkan gangguan pada fungsinya yang asal.Ini bermakna alat itu perlulah

tidak terlalu besar atau berat.

7- Boleh diganti dengan senang dan murah jika berlaku kerosakan.

8- Senang untuk disimpan dan tidak merbahaya.

9- Boleh digunakan berkali-kali.

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

Page 5: Pendidikan Bahasa Arab-Kemahiran mengajar

5

Menurut A.J. Romiszowki (1964:75) pula, media pengajaran yang sesuai harus

mempunyai ciri-ciri seperti kesesuaian,kewibawaan atau kredibiliti dan kemaskini,aspek-

aspek teknikal berkaitan dan dari segi ciri-ciri fizikal atau format.‘Kesesuaian’

bermaksud konsep mata pelajaran boleh diikuti oleh pelajar.Tajuk dan keterangan

berkaitan dengan mata pelajaran. Perbendaharaan kata dan bahasa yang digunakan boleh

difahami oleh pelajar samada individu atau kumpulan.Keterangan tentang isi pula

perlulah tepat ,tidak membosankan malah mampu menarik imaginasi,minat dan perasaan.

Kesan Penggunaan ABM

Manusia adalah makhluk yang istimewa,mereka dianugerahkan Allah kecerdasan yang

membolehkannya belajar dan menyesuaikan diri dengan alam sekeliling.Menyedari

hakikat ini maka dalam pengajaran, guru perlulah cuba melibatkan sebanyak mungkin

pancaindera murid agar proses pembelajaran mereka dapat berjalan dengan baik.

Langkah-langkah yang lebih positif untuk melibatkan lebih banyak pancaindera mereka

ialah dengan menggunakan alat-alat bantu mengajar. Untuk tujuan tersebut guru perlulah

mengetahui beberapa pengalaman dalam proses pembelajaran supaya dapat menggunakan

alat-alat tadi dengan berkesan dan menarik.

Satu kajian mendapati bahawa, seseorang guru yang sedang mengajar mungkin

mengucapkan antara 100-200 perkataan dalam masa seminit.Persoalannya,sebanyak

manakah perkataan-perkataan yang diucapkan itu dapat dicerap atau difahami oleh

pelajar ? Hal ini bergantung penuh kepada kemampuan mereka mendengar dan menyerap

apa yang didengar.Walau bagaimana pun,seorang pelajar yang mendengar dengan penuh

perhatian mungkin hanya mampu mendengar antara 50-100 perkataan atau separuh dari

ucapan guru.Penggunaan ABM mampu memberi kesan pengalaman yang lebih nyata

berbanding hanya kata-kata yang diucapkan.Kadar kefahaman juga dapat ditingkatkan

melalui pelbagai pengalaman pembelajaran yang menarik dan jelas diterap melalui

penggunaan ABM .

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

Page 6: Pendidikan Bahasa Arab-Kemahiran mengajar

6

Kemahiran Mendengar

Konsep Kemahiran Mendengar dalam pembelajaran bahasa ialah mendengar secara aktif

terhadap apa yang di pelajar serta berusaha memahami sebutan dan maknanya dengan

jelas. Proses pemahaman di kalangan kanak-kanak bermula daripada kemahiran

mendengar pertuturan orang di sekitarnya. Kemudian kalimah-kalimah / bahasa itu akan

mereka kuasai secara beransur-ansur dan seterusnya mengucapkan semula kalimah-

kalimah tersebut menjadi pertuturan yang mereka fahami(Abdullah Hassan,1984:290).

Dalam pengajaran bahasa Arab, kemahiran mendengar ini amat penting.Dengan

kemahiran mendengar, pelajar dapat memahami sesuatu yang didengar dengar betul dan

jelas.Kemampuan mendengar yang baik akan membantu mereka menghasilkan

pertuturan yang baik. Proses pengajaran untuk mendapatkan kemahiran mendengar ini

lazimnya melalui suara guru di dalam kelas.

Dari aspek penggunaan alat bantu mengajar,kemahiran ini akan lebih berkesan dan afektif

jika alatan seperti pita rakaman,slide video, persembahan powerpoint dan lain-lain

digunakan.Melalui alat bantu ini, isi pengajaran seperti sebutan huruf, cara pengucapan

kalimah,makhraj huruf dan sebagainya dapat disampaikan dengan pelbagai

variasi.Suasana ini akan menarik perhatian serta minat pelajar untuk terus mengikuti dan

menguasainya dengan mudah tanpa jemu.

Kemahiran Bertutur

Kemahiran bertutur adalah punca segala kemahiran. Ia merupakan satu daripada aspek

penting pengajaran Bahasa Malaysia di dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia

diperingkat sekolah rendah mahupun peringkat menengah (Hanapiah Sudin, 1982:1)

Pendapat ini juga adalah sesuai di aplikasikan dalam pendidikan bahasa arab.Justeru itu,

kemahiran bertutur ini mestilah dikuasai oleh pelajar sebelum kemahiran-kemahiran lain

seperti membaca dan menulis diperolehi.

Untuk membantu pengajaran bahasa dalam mencapai kemahiran bertutur di kalangan

pelajar, guru boleh menggunakan alat-alat seperti tayangan slide , persembahan

powerpoint, bahan-bahan bercetak, gambar-gambar menarik samada dalam bentuk nyata

atau elektronik, video dan sebagainya.Melalui penggunaan alat-alat ini, berbagai akiviti

untuk bertutur dapat dijalankan. Apa yang perlu di sini ialah kesediaan guru menentukan

aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan tahap kebolehan pelajar.

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

Page 7: Pendidikan Bahasa Arab-Kemahiran mengajar

7

Dalam konteks pengajaran bahasa arab, kemahiran bertutur menjadi elemen

penting.Setiap pelajar seharusnya diberi peluang dan galakan untuk bertutur sebebas

mungkin di dalam kelas.Hal sebegini akan mendedahkan pelajar dengan persekitaran

yang sihat untuk menguasai tatacara sebutan yang tepat dan pertuturan yang fasih.

Sebabnya sebagaimana yang diketahui umum,sebutan kalimah bahasa arab amat

bergantung kepada ketepatan makhraj huruf.Tanpa latihah yang cukup melalui kemahiran

bertutur seperti melalui kaedah latih tubi,ulang ajuk dan sebagainya kefasihan berbahasa

tidak akan dikuasai.

Kaitan Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Bertutur

Seperti yang telah di nyatakan,kemampuan mendengar yang baik akan membantu

seseorang menghasilkan pertuturan yang baik.Seorang kanak-kanak yang pekak seringkali

didapati menghadapi masalah untuk bertutur.Ramai dari golongan ini yang lambat

menguasai kemahiran bertutur jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal yang seusia

mereka.Perkataan yang mereka sebut pula tidak tepat atau ”pelat”.Ini membuktikan

antara kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur amat berkait rapat dan

mempengaruhi kebolehan individu menguasai kebolehan berbahasa.Mengikut kajian

pakar pendidik,proses pembelajaran melalui tiga peringkat pengalaman iaitu;

1- pengalaman verbal atau lisan

2- pengalaman pengganti penglaman nyata

3- pengalaman nyata.

Untuk memperkenalkan huruf-huruf hijaiyah arab misalnya, guru terlebih dahulu

memperdengarkan bunyi sebutan huruf dengan pelbagai cara melibatkan kemahiran

mendengar - ini dianggap sebagai pengalaman verbal.Rupa bentuk huruf juga ditunjuk

samada melalui kad imbasan atau alat visual berkaitan - langkah ini pula sebagai

pengalaman pengganti pengalaman nyata.Para pelajar kemudiannya dilatih menyebut

dengan betul intonasi dan makhraj huruf dengan kaedah ulang ajuk,hafazan,latih tubi

dan sebagainya melibatkan kemahiran bertutur- sebagai pengalaman nyata.Disini dapat

dilihat, dalam pengajaran bahasa wujud pertalian yang saling berkait antara penggunaan

kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur.

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

Page 8: Pendidikan Bahasa Arab-Kemahiran mengajar

8

Pendidikan Bahasa Arab Tahun Satu

Pendidikan Bahasa Arab Tahun satu diperkenalkan bersama program j-QAF bermula

pada tahun 2006.Sesuai dengan matlamat pengajaran iaitu sebagai langkah pengenalan

kepada bahasa Arab,sukatan pelajaran ini memberi penekanan kepada penguasaan

perkara asas seperti berikut:

Tajuk Pertama : Mengenal Huruf "حدیقة الحروف"

Tajuk Kedua : Ucapan selamat . ”اھال وسھال”

Tajuk Ketiga : Ta’aruf "التعارف"

Tajuk Keempat : Benda-benda Dalam Kelas "في الفصل "

Tajuk Kelima : Peralatan Belajar "ألدوات التعلم "

Tajuk Keenam : Di sekolah "المدرسة "

Tajuk Ketujuh : Keluarga Ku "اسرتي"

Tajuk Kelapan : Rumah ku "بیتي "

Tajuk Kesembilan : Anggota Badan "اعضأ الجسم"

Tajuk Kesepuluh : Pakaian ku

Pada umumnya,akativiti pengajaran dan pembelajaran dilaksana dengan menggunakan

tiga kemahiran asas berbahasa iaitu kemahiran mendengar,kemahiran membaca dan

kemahiran bertutur.

Untuk tugasan ini saya memilih tajuk pertama,iaitu "حدیقة الحروف" sebagai bahan

pengajaran.Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang akan dibina adalah berdasarkan

pengenalan kepada enam huruf hijiyyah tunggal iaitu ق ك ل م ن و . Aktiviti pengajaran dan

pembelajaran pula akan dijalankan dengan mengadaptasi kaedah kemahiran mendengar

dan bertutur .Kaedah ini dipilih kerana kesesuaiannya untuk dijadikan sebagai landasan

asas dalam mempelajari bahasa.

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

Page 9: Pendidikan Bahasa Arab-Kemahiran mengajar

9

Rancangan Pengajaran Harian

منوزج التدريس اليومية

ابراهيم بن حممد صاحل: األسم

كواال كراي, سكولھ كبغسأن فاسیر ضاجھ: املدرسة

األوىل: السنة

22/02/2009: ريخالتا

9.15 -8.15: الوقت

اللغة العربية: املادة

)و ن م ل ق ك( احلروف اهلجائية : املوضوع

ف-قد يتعرف التالميذ احلروف اهلجائية من ا: املعلومات السابقة

:يتمكن التالميذ ايل ,يف آخر الدرس : نتائج التعليم

.ئية التعرف علي احلروف اهلجا: املستوى األوىل

)و ن م ل ق ك( نطق احلروف املعينة : املستوى الثاىن

.تلوين احلروف املناسبة : املستوى الثالث

.يرتب احلروف لتكون الكلمات حبسب الصور: مهارة التفكري

األستماع والكالم: التركيز على املهارة

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

Page 10: Pendidikan Bahasa Arab-Kemahiran mengajar

10

القواعد العربية: الترابط والتكامل

املاليويةاللغة: الربط باملواد األخرى

)تألحترام األخرين والتسامح(اخلالق : ربط الدرس بالقيم األسالمية

ملحوظة األنشطة التعليمية والتعلمية احملتويات اخلطوات

املقدمة

)دقيقتني(

:السالم والدعاء

اللهم افتح علينا حكمتك

وانشر علينا من خزائن رمحتك

)يا أرحم الرامحني

يلقى املعلم السالم امام -

ويشجع املعلم , الفصل

مث اقرأ .التالميذ يرددون عنها

.الدعاء مجاعيا

يطلب املعلم احد من التالميذ *

.لقراءة الدعاء وألخرى يتابعون

التمهيد

) دقيقات3(

:الصورة

. باحلروف املعينةاألشجار حتتو

يعرض املعلم الصورة األشجار -

.والتالميذ يتاملون عنها

.ةاألستجوابة عن الصور -

يزكر املعلم املوضوع الدرس اليوم -

وهو احلروف اهلجائية

الشريط -

واملسجل

)الصورة(

اخلطوة األوىل

) دقيقة15(

بطاقة احلروف اهلجائية

)املسالط الثالث(

يعرض املعلم البطاقات احلروف -

.اهلجائية امام الفصل

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

Page 11: Pendidikan Bahasa Arab-Kemahiran mengajar

11

يسمع املعلم اىل األصوات -

.احلروف واحدا بعد واحد

من التالميذ لنطق يطلب املعلم -

= احلروف املعينة بعد نطق املعلم

.مجاعيا وفؤيا وفرديا

اخلطوة الثاين

) دقيقات10(

احلروف اهلجائية-

يستمع املعلم نطق احلروف -

.عشوائيا

يطلب املعلم من التالميذ ألستماع -

مث يطلب املعلم من التالميذ .اليه

, ليختار احلروف الصحيحة

.راتيذكرها عدة م,وبعد

اخلطوة الثالث

) دقيقات12(

الصورة املناسبة للحروف

وبطاقات احلروف

)املسالط الثالث وفروعه(

يعرض املعلم الصورة املناسبة -

للحروف وبطاقاط احلروف يف

.امام الفصل

يطلب املعلم من التالميذ ألماكن -

الفراغ باحلروف املعينة لتكون

الكلمات املناسبة للصور

.روضةاملع

املسالط -

الشريط /

واملسجل

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

Page 12: Pendidikan Bahasa Arab-Kemahiran mengajar

12

يطلب املعلم من التالميذ لنطق -

احلروف والكلمات بارشاده

.واحدا بعد واحد

يطلب املعلم من التالميذ لقراءة -

.احلروف والكلمات مجاعيا

اخلطوات

الرابع

) دقيقات10(

الصورةاحلروف وبطاقاا

م ي ___ ص

س ا __ رف ق__ ن

رق__ ت __

ش اف __ ف ة

يقسم املعلم تالميذه اىل ستة قسم -

يسمع املعلم اىل أصوات احلروف -

املعينة

يطلب املعلم من التالميذ ألستماع -

مث خيتار احلروف املعينة ,اليه

. ويلصفون ىف املكتب كل

األنشطة

مجاعيا

اخلطوات

اخلامس

) دقيقات10(

:التقييم

كراسة / األنشطة األيضافية -

العمل

نطق املعلم األصوات احلروف -

ويطلب املعلم من التالميذ لتلوين

.احلروف كما ىف كراسة العمل

اخلامتة

) دقيقات3(

:األغن

األناشيد على نغم

..ح..ج..ث..ت..ب..ا"

يسمع املعلم التالميذ النشيد بنغم -

ويطلب املعلم من ..." ت.ب.ا"

. ان يطبع النشيد معاالتالميذ

املسالط-

بالفديو

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

Page 13: Pendidikan Bahasa Arab-Kemahiran mengajar

13

Kesimpulan

Setiap pembelajaran memerlukan rangsangan dan kecerdasan fikiran.Untuk merangsang

murid,guru harus mencuba untuk melibatkan sebanyak mungkin pancaindera murid

dengan menggunakan alat-alat bantu mengajar.Supaya matlamatnya tercapai, guru

perlulah pula mengetahui jenis-jenis alat bantu mengajar dan bagimana pula cara-cara

hendak menyedia dan menggunakannya.Alat-alat bantu yang berguna dan berkesan ialah

alat-alat yang mudah disediakan dan menarik minat murid.Alat –alat yang complicated

dan sophisticated , walaupun kebanyakannya lebih menarik,tetapi tidak akan bermakna

jika penggunaannya amat terbatas.Oleh itu guru tidak seharusnya memikirkan masalah

kewangan dan sebagainya semasa hendak menyediakan alat-alat bantu mengajar. Apa

yang penting bahan itu mudah disediakan dan mudah pula menggunakannya sementara

kesannya sangat besar kepada murid.

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

Page 14: Pendidikan Bahasa Arab-Kemahiran mengajar

14

Rujukan

Abdullah Hassan (1984), Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysiia,

Kuala Lumpur:Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Atan Long (1982),Pedagogi Kaedah Am Mengajar,

Petaling Jaya :Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Dr.Ismail Abas,Fadzilah Mustafa,Abu Hisham Yusof ( 2007). “Pengenalan Pendidikan

Islam” , Seri Kembangan : Meteor Doc.Sdn.Bhd.

Hanapian Sudin (1982),Pengajaran –Pembelajaran Lisan,

Kuala Lumpur : Utusan Publications

Noraziah Abd.Hamid (1981), “Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa”,

Kertas Kerja Seminar Perguruan pada 28-30 disember,1981 di Universiti Malaya.

Mat Nor Hussin & Ab.Rahman Ab.Rashid (1990). “Alat Bantu Mengajar

Dalam Pengajaran Bahasa”, Petaling Jaya : Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Romiszowski,A.J. (1964),The Selection and Use of Instructional Media,

London : Kogan Page

Ustaz Zawawi bin Ismail,Ustaz Mohd Abdul Nasir bin Abdul Latif,

Ustaz Wan Nordin bin Wan Abdullah (2007). “Pengenalan Pendidikan Bahasa

Arab”. , Seri Kembangan : Meteor Doc.Sdn.Bhd.

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

Page 15: Pendidikan Bahasa Arab-Kemahiran mengajar

15

Manual Penggunaan CD Untuk menggunakan CD ABM persembahan Pwrpoint ini sila ikuti langkah berikut: - Masukkan CD ke dalam pemacu CD-Rome dan jalankan. - Pilih fail bertajuk “huruf11”.

Paparan seperti di bawah akan muncul

(Slid 1-Persembahan untuk Set Induksi) Sila klik pada paparan untuk ke slid seterusnya

Slid 2-Set Induksi

Slid 3- untuk aktiviti langkah 1-4

- Sila klik pada mana-mana bahagian untuk dapatkana paparan huruf satu persatu berserta bunyi sebutannya.

- Klik pada huruf berkenaan untuk melihat contoh perkataan yang bermula dengan huruf tersebut berserta sebutan huruf dan perkataan satu persatu.

Akhir sekali klik pada perkataan nasyid untuk persembahan penutup

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

Page 16: Pendidikan Bahasa Arab-Kemahiran mengajar

16

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

Page 17: Pendidikan Bahasa Arab-Kemahiran mengajar

17

LEMBARAN KERJA

NAMA : ____________________________________________

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

Page 18: Pendidikan Bahasa Arab-Kemahiran mengajar

18

Contoh Kad

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

Page 19: Pendidikan Bahasa Arab-Kemahiran mengajar

19

__

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

Page 20: Pendidikan Bahasa Arab-Kemahiran mengajar

20

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

Page 21: Pendidikan Bahasa Arab-Kemahiran mengajar

21

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

Page 22: Pendidikan Bahasa Arab-Kemahiran mengajar

22

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com