tingkatan 1;kemahiran geografi:kedudukan · web viewmengumpul data dapat dilakukan melalui cara...

2
TINGKATAN 1: KEMAHIRAN GEOGRAFI Ismail Adnan UNIT 1: KEDUDUKAN Kedudukan ialah perletakan atau lokasi sesuatu tempat. Terdapat dua cara menyatakan kedudukan: Koordinat Titik rujukan Kedudukan relatif dinyatakan dengan merujuk titik rujukan.Contoh Wendy (objek) duduk di belakang Kavitha (titik rujukan). Titik rujukan ialah objek atau tempat yang dirujuk untuk menentukan kedudukan sesuatu objek atau tempat lain. KOORDINAT Koordinat ialah titik persilangan antara lajur dan baris. Koordinat dinyatakan dalam empat angka. Contohnya kedudukan Wendy ialah pada koordinat 0303, manakala kedudukan Kavitha ialah 0302. Nilai lajur dinyatakan terlebih dahulu diikuti oleh baris. UNIT 2: ARAH Arah merujuk kepada kedudukan sesuatu tempat dari tempat lain. Kita dapat menentukan arah berpandukan kedudukan matahari dan memerhatikan bintang di langit. Kompas dapat memberikan arah mata angin dengan tepat. Pada permukaan kompas ditunjukkan arah mata angin utama iaitu utara (U), timur (T), selatan (S), dan barat (B). Antara arah mata angin utama, terdapat arah mata angin perantaraan iaitu Timur Laut, Tenggara, Barat Daya dan Barat Laut. Jarum kompas sentiasa menunjuk ke magnet bumi. Kompas mesti dijauhkan daripada bahan bermagnet bagi mengelakkan jarum kompas terpesong. UNIT 3: SKALA DAN JARAK SKALA Skala ialah nisbah antara jarak yang dilukis pada peta dengan jarak sebenar di permukaan bumi. Skala yang biasa digunakan ialah skala lurus atau skala linear. Selain itu terdapat juga skala penyata. JARAK Jarak ialah ukuran jauh antara sesuatu tempat dengan tempat lain. Jarak dinyatakan dengan cara jarak mutlak (kilometer dan meter), dan jarak relatif (masa dan kos). MENGUKUR JARAK ATAS PETA Jarak lurus dapat diukur dengan menggunakan pembaris, jangka tolok atau jalur kertas.

Upload: others

Post on 13-Feb-2021

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

TINGKATAN 1;KEMAHIRAN GEOGRAFI:KEDUDUKAN

TINGKATAN 1:

KEMAHIRAN GEOGRAFI

Ismail Adnan

UNIT 1: KEDUDUKAN

Kedudukan ialah perletakan atau lokasi sesuatu tempat.

Terdapat dua cara menyatakan kedudukan:

· Koordinat

· Titik rujukan

Kedudukan relatif dinyatakan dengan merujuk titik rujukan.Contoh Wendy (objek) duduk di belakang Kavitha (titik rujukan).

Titik rujukan ialah objek atau tempat yang dirujuk untuk menentukan kedudukan sesuatu objek atau tempat lain.

KOORDINAT

Koordinat ialah titik persilangan antara lajur dan baris.

Koordinat dinyatakan dalam empat angka.

Contohnya kedudukan Wendy ialah pada koordinat 0303, manakala kedudukan Kavitha ialah 0302.

Nilai lajur dinyatakan terlebih dahulu diikuti oleh baris.

UNIT 2: ARAH

· Arah merujuk kepada kedudukan sesuatu tempat dari tempat lain.

· Kita dapat menentukan arah berpandukan kedudukan matahari dan memerhatikan bintang di langit.

Kompas dapat memberikan arah mata angin dengan tepat.

Pada permukaan kompas ditunjukkan arah mata angin utama iaitu utara (U), timur (T), selatan (S), dan barat (B).

Antara arah mata angin utama, terdapat arah mata angin perantaraan iaitu Timur Laut, Tenggara, Barat Daya dan Barat Laut.

Jarum kompas sentiasa menunjuk ke arah Utara kerana tarikan medan magnet bumi.

Kompas mesti dijauhkan daripada bahan bermagnet bagi mengelakkan jarum kompas terpesong.

UNIT 3: SKALA DAN JARAK

SKALA

Skala ialah nisbah antara jarak yang dilukis pada peta dengan jarak sebenar di permukaan bumi.

Skala yang biasa digunakan ialah skala lurus atau skala linear.

Selain itu terdapat juga skala penyata.

JARAK

Jarak ialah ukuran jauh antara sesuatu tempat dengan tempat lain.

Jarak dinyatakan dengan cara jarak mutlak (kilometer dan meter), dan jarak relatif (masa dan kos).

MENGUKUR JARAK ATAS PETA

Jarak lurus dapat diukur dengan menggunakan pembaris, jangka tolok atau jalur kertas.

Jarak melengkung pula dapat diukur menggunakan benang, tali dan jalur kertas.

Kemudian jarak ini ditukarkan kepada jarak di permukaan bumi berpandukan skala peta.

UNIT 4: GRAF

Mengumpul data dapat dilakukan melalui cara pemerhatian, temu bual, banci, soal selidik atau tinjau siasat dan rujukan perpustakaan.

Data yang dikumpulkan perlu disusun menggunakan jadual kekerapan agar mudah ditafsir.

Jadual perlu dibina sebelum membina graf.

Terdapat pelbagai bentuk graf iaitu graf bar mudah dan graf garisan.

MENTAFSIR GRAF

Semasa mentafsir jadual dan graf, anda mesti meneliti tajuk, jumlah, nilai tertinggi dan nilai terendah.

PROSES MENGUMPUL DAN MEMPERSEMBAH MAKLUMAT

Memilih perkara-perkara tertentu untuk dikumpulkan maklumat

Memilih kaedah yang sesuai

Mengumpul dan merekod data

Menyusun maklumat dan data dalam bentuk jadual

Membina graf bar dan graf garisan berdasarkan jadual

Mentafsir jadual, graf bar mudah dan graf garisan.

UNIT 5: PETA

Peta ialah suatu gambaran atau lukisan tentang sesuatu kawasan di permukaan bumi yang dilihat dari udara.

Peta sering digunakan bagi melihat taburan ciri fizikal dan budaya sesuatu kawasan.

Simbol digunakan bagi mewakili ciri geografi bagi merekod maklumat dalam sesebuah peta.

SIMBOL FIZIKAL

Contohnya bentuk muka bumi, saliran, dan tumbuh-tumbuhan semulajadi.

SIMBOL BUDAYA

Contohnya petempatan, tanaman, perhubungan, perindustrian, dan perlombongan

Petunjuk digunakan bagi menerangkan ciri yang diwakili oleh setiap simbol.

Terdapat pelbagai jenis simbol seperti simbol titik, simbol garisan dan simbol lorekan.

Singkatan digunakan untuk menunjukkan lokasi sesuatu ciri, bentuk muka bumi dan kemudahan awam dalam peta.

A. Alur

B.P Balai Polis

Hosp. Hospital

Sek. Sekolah

Kg. Kampung

MELUKIS PETA LAKAR

Langkah-langkah melukis peta lakar:

1. Lukiskan sebuah peta rangka kawasan.

2. Pilih simbol yang sesuai bagi melambangkan ciri geografi.

3. Lukiskan ciri geografi dengan menggunakan simbol, warna dan singkatan yang sesuai.

4. Lengkapkan peta dengan petunjuk peta, arah mata angin, skala peta dan tajuk.

MENTAFSIR PETA

Peta Pekan Mawar dan kawasan sekitarnya.

Langkah-langkah mentafsir peta:

1. perhatikan tajuk peta.

2. perhatikan petunjuk arah mata angin.

3. perhatikan petunjuk peta.

4. perhatikan skala.

5. kenalpasti ciri fizikal dan ciri budaya.

6. tafsir saling kaitan antara ciri fizikal dan ciri budaya.

Selamat maju jaya