kemahiran membaca

58
1 A ) SASTERA Arahan: Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. 1. Apakah nilai yang terdapat dalam sajak di atas ? _______________________________________________________ ___________ _______________________________________________________ ___________ ( 2 markah ) 2. Apakah mesej yang ingin disampaikan oleh penyajak? Sajak Mulianya Tugasmu Engkau tidak pernah lelah, Mengintai setiap tabir susah, Angkara durjana yang saban hari mencetuskan gundah. Mulianya tugasmu, Untuk melihat negara aman, Biarpun jasadmu dikelar berkali- kali, Namun pantang sekali kamu undur,

Upload: bhavani-somasundram

Post on 17-Jan-2016

41 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

ujian

TRANSCRIPT

Page 1: KEMAHIRAN MEMBACA

1

A ) SASTERA

Arahan: Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

1. Apakah nilai yang terdapat dalam sajak di atas ? ____________________________________________________________________________________________________________________________________

( 2 markah )

2. Apakah mesej yang ingin disampaikan oleh penyajak?____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________ ( 4 markah )

Sajak Mulianya Tugasmu

Engkau tidak pernah lelah,

Mengintai setiap tabir susah,

Angkara durjana yang saban hari mencetuskan gundah.

Mulianya tugasmu,

Untuk melihat negara aman,

Biarpun jasadmu dikelar berkali-kali,

Namun pantang sekali kamu undur,

Walau ditakdirkan kamu gugur.

Page 2: KEMAHIRAN MEMBACA

2

3. Apakah maksud baris sajak di atas?__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

( 4 markah )

B ) BERITA

Arahan: Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang diberikan.

ALOR SETAR: Dua kanak-kanak bersaudara maut dalam satu kemalangan jalan raya setelah dirempuh sebuah kenderaan sewaktu melintas jalan untuk ke surau.

Mangsa Abdul Ghaffar Ibrahim, 9, dan sepupunya Azraie Mohamad Shariff, 8, baru sahaja keluar dari rumah mereka yang terletak kira-kira 150 meter dari tempat kejadian pada jam 8.30 malam untuk menunaikan solat Isyak di surau berdekatan di Jalan Datuk Kumbar, di sini.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, secara tiba-tiba muncul sebuah kenderaan dipandu laju dari arah Pendang menuju ke Alor Setar lalu merempuh kedua-dua mangsa sehingga terpelanting kira-kira 10 meter ke bahu jalan.

Bagaimanapun, pemandu kenderaan berkenaan bertindak melarikan diri dengan memecut laju meninggalkan lokasi kejadian.

Kedua-dua mangsa, yang juga pelajar Sekolah Rendah di Kuala Nerang maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan selain patah di beberapa bahagian tubuh.

Orang awam yang menyedari kejadian itu bertindak menghubungi polis sebelum mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar dengan sebuah ambulans.

Mayat kedua-dua mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik HSB untuk bedah siasat.

Walau ditakdirkan kamu gugur.

Page 3: KEMAHIRAN MEMBACA

3

Polis telah menahan pemandu kenderaan terbabit setelah wanita itu tampil membuat laporan sejurus kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar.

Kes disiasat mengukut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

(Astro Awani)

Dipetik dan diubah suai daripada Astroawani.com.“Langgar Lari: 2 Sepupu Maut Ketika Melintas ke Surau”,

4 Disember 2014.

1. Apakah yang menyebabkan dua kanak-kanak bersaudara maut?

A) Kemalangan jalan raya.

B) Dibunuh oleh abang mereka.

C) Didera oleh pengasuh mereka.

D) Terjatuh ketika bermain gelongsor.

2. Bilakah kejadian tersebut berlaku?

A) 5.30 petang.

B) 6.30 petang.

C) 7.30 petang.

D) 8.30 petang.

3. Bagaimanakah kejadian tersebut berlaku?

A) Pengasuh memukul kepala mangsa dengan kayu.

B) Mangsa tergelincir semasa mendaki tangga gelongsor.

C) Mangsa keluar untuk pergi ke surau kemudian dilanggar.

D) Mangsa sedang bermain di tengah jalan kemudian dilanggar.

4. Dimanakah kejadian tersebut berlaku?

A) Kampung Pendang.

B) Jalan datuk Kumbar.

C) Kampung Kuala Nerang.

Page 4: KEMAHIRAN MEMBACA

4

D) Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.

5. Pernyataan berikut adalah benar tentang petikan di atas, KECUALI

A) Pemandu tersebut mengalami cedera ringan.

B) Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.

C) Polis telah menahan pemandu kenderaan terbabit setelah wanita itu tampil membuat

laporan.

D) Pemandu kenderaan berkenaan bertindak melarikan diri dengan memecut laju

meninggalkan lokasi kejadian.

( 10 Markah )

C) PERBUALAN

JALUR GEMILANG

Ahmad :Hai, kawan-kawan! Lukisan Jalur Gemilang yang Cikgu Sani suruh buat,

dah siap? Saya ditugaskan mengumpulnya.

Balan :Jalurnya berbelas-belas. Belum siap warna lagi.

Chong :Eh, salah warna jalur tu, Balan! Kenapa warna merah jalur tu seakan-akan

warna ungu?

Ahmad :Yalah, Balan. Gunakan warna merah terang pada jalur dan diselang-selikan

dengan warna putih. Petak kiri pula warnakan dengan biru gelap. Bulan dan

bintangnya pula berwarna kuning.

Balan :Oh, terima kasih kerana menegur! Saya warnakan semula.

Chong :Nah, yang ini gambar bendera saya!

Ahmad :Awak dah kira bilangan bucu bintang tu? Betul tak?

Balan :Jangan lupa kira jalurnya sekali.

Ahmad :Sepatutnya, bucu dan jalur ada empat belas. Jalur-jalur ini mewakili 14 buah

negeri di Malaysia. Bulan dan bintang pula bermaksud agama Islam sebagai

agama rasmi.

Chong :Apa maksud warna kuning dan biru pula?

Balan :Saya tahu, kuning melambangkan warna diraja. Tapi maksud warna biru, saya

lupalah.

Page 5: KEMAHIRAN MEMBACA

5

Ahmad :Bukankah Cikgu Sani dah beritahu. Biru ertinya perpaduan.

Chong :Oh, baru saya ingat! Merah tanda berani dan putih pula tandanya suci.

Ahmad :Hah, pandai pun! Cepat letakkan lukisan masing-masing di atas.

1. Apakah tugasan yang diberi oleh Cikgu Sani?

________________________________________________________________

2. Siapakah yang belum menyiapkan tugasan?

_________________________________________________________________

3. Apakah kesalahan yang dilakukan oleh Balan?

________________________________________________________________

4. Pada pendapat kamu, bagaimana sikap Ahmad terhadap kawan-kawannya?

________________________________________________________________

5. Apakah maksud bulan dan bintang pada bendera?

________________________________________________________________

( 10 Markah )

Page 6: KEMAHIRAN MEMBACA

6

A ) KEMAHIRAN MEMBACA

( 50 MARKAH )

Hasil pembelajaran bagi kemahiran membaca ialah

i) membaca kuat,

ii) membaca dan memahami maklumat,

iii) membaca, menaakul dan menghayati teks.

SOALAN 1

Baca keratan berita ini dan pilih jawapan yang betul.

Kuala Lumpur (Ahad): Dua orang pelajar sebuah sekolah telah mendapat pujian selepas berjaya menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak kecil yang jatuh ke dalam sungai.

Asahari Awang, 14 dan Ismail Usman, 13 sedang berjalan pulang ke rumah mereka di Kampung Lama apabila mereka terdengar jeritan seorang budak. Mereka berlari ke arah sungai berdekatan dan ternampak Azizan Yahya, 6 tahun, di dalam air.

Menurut Ketua Polis Daerah Kampung Lama, Inspektor Azman Hassan, kedua-dua orang pelajar itu tidak membuang masa dan terus terjun ke dalam sungai itu dan menarik keluar kanak-kanak itu. Mereka kemudiannya memanggil ambulans yang membawa kanak-kanak itu ke hospital. “Tindakan segera oleh Asahari dan Ismail telah menyelamatkan nyawa Azizan,” kata Inspektor Azman. Kedua-dua ibu dan bapa Azizan, Yahya Umar dan Aishah Arof, mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kedua-dua orang pelajar itu.

“Azizan sedang bermain di luar rumah dan saya sedang masak di dapur semasa kejadian itu berlaku. Saya dengar Azizan menyanyi-nyanyi. Dia tidak pernah pergi ke sungai seorang diri sebelum ini. Selepas itu, seorang jiran saya memberitahu bahawa Azizan telah dibawa ke hospital. Saya sangat terkejut dan terus pergi ke sana. Kami sangat berterima kasih kepada pelajar-pelajar ini,” kata Aishah.

Menurut Inspektor Azman, kedua-dua orang pelajar itu akan menerima hadiah wang daripada Pegawai Daerah Kota Lama itu sebagai penghargaan.

Page 7: KEMAHIRAN MEMBACA

7

1. Apakah yang dilakukan oleh Asahari Awang dan Ismail Usman?

A) Berjalan ke sekolah.

B) Menyelamatkan kanak-kanak yang jatuh ke dalam sungai.

C) Memanggil polis ke sungai itu.

D) Meminta pertolongan daripada ibu bapa kanak-kanak itu.

2. Apakah sifat yang terdapat pada Asahari dan Ismail?

A) takut mati

B) murah hati

C) berani

D) pemalu

3. Apakah ibu kanak-kanak itu sedang buat semasa kejadian ini berlaku?

A) Dia sedang menyanyi di dapur.

B) Dia sedang melawat jirannya.

C) Dia sedang bermain dengan Azizan.

D) Dia sedang sibuk memasak.

4. Apakah perasaan ibu bapa Azizan?

A) Mereka bersyukur anak mereka selamat.

B) Mereka bersedih.

C) Mereka rasa bimbang.

D) Mereka rasa marah dengan Azizan.

Page 8: KEMAHIRAN MEMBACA

8

5. Apakah yang akan berlaku kepada Asahari dan Ismail?

A) Mereka akan dibawa ke balai polis.

B) Mereka akan diberi penghargaan.

C) Mereka akan balik ke sekolah.

D) Mereka akan ditegur kerana mandi dalam sungai.

( 10 Markah )

SOALAN 2

Arahan: Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan yang diberikan.

JOHOR BAHRU - Akibat lumba haram dua pelajar tingkatan 2 dan seorang mekanik

maut selepas motosikal yang ditunggang bertembung dalam satu kemalangan yang

berlaku di Kilometer 14 Jalan Simpang Lima-Parit Sulong di sini awal pagi ini.

Dua pelajar berkenaan Muhamad Sharul Ramadhan Maharami, 14, dan Syazwan

Muhammad Rosdi, 14, masing-masing dari Parit Haji Abdul Salam dan mekanik

Muhamad Fetri Kamsani, 21, meninggal dunia dalam kejadian yang berlaku kira-kira

1.45 pagi itu. Ketiga-tiga mangsa yang menunggang dua buah motosikal disyaki

sedang berlumba akibat kecederaan parah yang dialami.

Siasatan awal mendapati, motosikal yang ditunggang oleh Muhamad Fetri dari arah Parit

Sulong bertembung dengan motosikal yang ditunggang Muhamad Sharul dan dibonceng

oleh Syazwan sebelum melanggar kereta Toyota Unser yang berada di laluan sama.

Berikutan kemalangan itu, pihak polis akan meningkatkan operasi membanteras lumba

haram terutama di sekitar lokasi berisiko bagi mengelak aktiviti tidak sihat berleluasa di

daerah ini.

(Bernama)

Dipetik dan diubah suai daripada Sinar Harian,

Page 9: KEMAHIRAN MEMBACA

9

“Tiga Termasuk Pelajar Maut Dipercayai Lumba Haram”,11 November 2012

6. Apakah kegiatan yang dilaporkan dalam petikan di atas?

A) Samun.

B) Rompakan.

C) Lumba haram.

D) Pembunuhan.

7. Dimanakah kejadian yang menyebabkan kematian itu berlaku?

A) Kampung Parit Sulong.

B) Kampung Parit Haji Abdul Salam.

C) Kampung Simpang Lima.

D) Kilometer 14 Jalan Simpang Lima-Parit Sulong.

8. Apakah akibat yang ditanggung oleh pelaku kegiatan tersebut dalam petikan di atas?

A) Dibelasah oleh orang awam.

B) Ditembak mati oleh pihak polis.

C) Ditahan dan dibawa ke balai polis.

D) Terbabit dalam kemalangan yang boleh membawa maut.

9. Apakah tindakan yang akan dilakukan oleh pihak polis selepas kejadian itu berlaku?

A) Meningkatkan operasi membanteras lumba haram.

B) Melarang keluar menaiki kereta dan motosikal pada waktu malam.

C) Memasang kamera litar tertutup (CCTV) supaya rompakan tidak berlaku.

D) Menasihatkan pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati ketika memandu pada

waktu malam.

10. Pernyataan berikut adalah benar tentang petikan di atas, KECUALI

A) Dua pelajar tingkatan 2 dan seorang mekanik maut.

B) Dua pelajar tingkatan 2 terbabit kemalangan selepas pulang dari sekolah.

C) Mangsa meninggal dunia dalam kejadian yang berlaku kira-kira 1.45 pagi itu.

Page 10: KEMAHIRAN MEMBACA

10

D) Motosikal yang ditunggang oleh Fetri bertembung dengan motosikal yang

ditunggang Sharul dan dibonceng oleh Syazwan sebelum melanggar kereta Toyota

Unser.

( 10 Markah )

SOALAN 3

Arahan: Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang diberikan.

Tangan tua Mak Hasmah sedang ligat mencuci pinggan di sebuah warung yang

terletak 500 meter dari rumahnya. Itulah pekerjaan wanita berusia 37 tahun sejak

ketiadaan suaminya. Kini, Mak Hasmah terpaksa bekerja bagi menyara anak-anaknya

lapan orang, iaitu Safri, Salina, Salleh, Zarul, Zakri, Zarina, Zafwan dan Zaidin.

Walaupun pendapatan Mak Hasmah hanya RM10 sehari, anak-anaknya tidak pernah

merungut kecuali Safri, anak sulungnya yang berusia 18 tahun. Dia bukan sahaja tidak

mengasihani emaknya, malahan dia pernah memalukan emaknya di hadapan penduduk

kampung.

Tiba-tiba Mak Hasmah teringat akan perbuatan anaknya yang memalukan dirinya,

iaitu ketika dia sedang sibuk mencuci pinggan di dapur tempat dia bekerja, datang

seorang pegawai polis ingin bertemu dengannya. Hati Mak Hasmah mula berasa

berdebar. Dia berasa tidak senang dengan kedatangan pegawai polis itu apabila semua

mata di warung itu memandangnya dengan perasaan pelik. Rupa-rupanya, pegawai polis

itu ingin memberitahu kepadanya bahawa anaknya, Safri, ditahan di Balai Polis Kota

Bharu kerana memecah masuk rumah dan mencuri beberapa barang berharga. Alangkah

terkejutnya Mak Hasmah apabila mengetahui perbuatan anaknya itu. Semenjak saat itu,

dia berasa malu untuk berhadapan dengan penduduk kampung.

Tanpa disedarinya, sekeping pinggan tercicir dari tangannya lalu pecah berderai.

Kejadian itu membuatkan segala perkara yang difikirkan oleh Mak Hasmah terbang

meninggalkan kotak fikirannya. Mak Senah, pemilik warung itu yang berusia 41 tahun

Page 11: KEMAHIRAN MEMBACA

11

terus memasuki halaman dapur untuk melihat hal yang terjadi.

(Suliana Ruhazif)

Dipetik dan diubah suai daripada Dewan Siswa.Duru-Duri Dalam Kehidupan.

16 Mac 2012.

11. Apakah pekerjaan Mak Hasmah?

A) Menjual kuih dan nasi lemak.

B) Tukang masak di sebuah warung.

C) Mencuci pinggan di sebuah warung.

D) Menjual kuih dan mencuci pinggan di sebuah warung.

12. Siapakah yang sering merungut terhadap pendapatan Mak Hasmah yang hanya

memperoleh RM10 sehari?

A) Salina.

B) Safri.

C) Salleh.

D) Zafwan.

13. Mengapakah pegawai polis datang menemui Mak Hasmah di warung?

A) Untuk makan di warung tersebut.

B) Untuk membuat pemantauan di sekitar kawasan tersebut.

C) Untuk menangkap Safri yang telah mencuri duit di warung.

D) Untuk memberitahu bahawa Safri telah ditahan di Balai Polis Kota Bharu kerana

mencuri di sebuah rumah.

14. Apakah perasaan Mak Hasmah ketika mengetahui anak sulungnya seorang pencuri?

A) Malu.

B) Teruja.

C) Bangga.

Page 12: KEMAHIRAN MEMBACA

12

D) Gembira.

15. Sekiranya anda ialah Safri, apakah yang akan anda lakukan untuk ibu anda yang

hanya berpendapatan RM10 sehari?

A) Menyuruh ibu bekerja lebih keras lagi.

B) Bekerja sendiri untuk membantu meringankan beban ibu.

C) Meminta pemilik warung supaya menaikkan upah ibunya.

D) Memarahi ibu kerana tidak mempunyai pendapatan yang lumayan.

( 10 Markah )

SOALAN 4

Arahan: Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan yang diberikan.

SHAH ALAM: Polis menyelesaikan kes penculikan seorang kanak-kanak lelaki berumur

lima tahun di Klang pada 22 Jan lepas, dengan tertangkapnya enam lelaki dalam dua

serbuan, awal pagi Sabtu.

Kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan khayal dan disyaki diberikan dadah supaya

mudah dikawal. Mangsa kini dirawat di Unit Rawatan Rapi, Bahagian Pediatrik, Hospital

Tuanku Jaafar Seremban dan keadaannya setakat ini stabil malah telah sedar daripada

pengaruh dadah.

Ketika dijumpai, tiada sebarang kesan kecederaan pada badan kanak-kanak itu dan

mangsa juga tidak diikat cuma berada dalam keadaan khayal namun jenis dadah yang

diberi padanya masih dalam siasatan.

Siasatan awal polis mendapati suspek ada menghubungi keluarga mangsa yang terlibat

dalam bidang perniagaan untuk meminta wang tebusan hampir RM850,000, malah

mengugut untuk mencederakan kanak-kanak itu jika wang tersebut gagal diserahkan.

Kanak-kanak itu diculik dua lelaki yang memecah masuk rumahnya di Taman Maznah,

Klang dalam kejadian 2.10 pagi pada 22 Jan lepas, ketika mangsa sedang tidur bersama

Page 13: KEMAHIRAN MEMBACA

13

ibu dan adiknya.

(BERNAMA)

Dipetik dan diubah suai daripada Astroawani.com“Polis Selesai Kes Culik Kanak-kanak di Klang, Enam Lelaki Ditahan”,

31 Januari 2015.

16. Apakah kes yang telah diselesaikan oleh pihak polis?

A) Kes rompakan bank.

B) Kes penderaan kanak-kanak.

C) Kes penculikan kanak-kanak.

D) Kes pembunuhan kanak-kanak.

17. Dimanakah kes tersebut berlaku?

A) Klang.

B) Seremban.

C) Shah Alam.

D) Hulu Langat.

18. Bagaimanakah keadaan kanak-kanak tersebut ketika ditemui oleh pihak polis?

A) Kaki dan tangannya diikat.

B) Berada dalam keadaan khayal.

C) Lebam seluruh badan kerana didera.

D) Meninggal dunia kerana telah dibunuh.

19. Apakah motif kepada kes tersebut.

A) Untuk menyuruh mangsa mengedar dadah.

B) Untuk membunuh mangsa kerana dendam.

C) Untuk dijual di luar negara dan dijadikan buruh.

D) Untuk meminta wang tebusan daripada keluarga mangsa.

Page 14: KEMAHIRAN MEMBACA

14

20. Pernyataan berikut adalah benar tentang petikan di atas, KECUALI

A) Seorang kanak-kanak lelaki telah diculik oleh enam orang lelaki.

B) Mangsa yang berjaya diselamatkan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban

untuk dirawat.

C) Kejadian berlaku pada pukul 2.10 petang, 22 Jan ketika mangsa sedang bermain

bersama ibu dan adiknya.

D) Kejadian berlaku pada pukul 2.10 pagi, 22 Jan lepas ketika mangsa sedang tidur

bersama ibu dan adiknya.

( 10 Markah )

SOALAN 5

Arahan: Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang telah

diberikan.

KOTA BHARU - Polis masih menjalankan siasatan bagi memburu suspek yang terlibat

dalam kes ragut dan menetak pergelangan tangan seorang wanita di hadapan kedai Pusat

Jualan Tudung, Jalan Sultanah Zainab di sini.

Rabu lalu, seorang pembantu klinik, Rohairani Abdullah, 36, ditetak tangan kirinya hingga

hampir putus oleh peragut yang cuba menarik begnya di Jalan Sultanah Zainab di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 petang itu, Rohairani baru sahaja keluar dari

keretanya untuk ke kedai tudung berhampiran sebelum beg tangannya diragut.

Bagaimanapun keengganannya melepaskan beg tersebut menyebabkan penjenayah

terbabit menetak tangan kirinya.

Ekoran daripada kes tersebut polis telah melancarkan gerakan besar-besaran untuk

mencegah jenayah ragut di daerah ini selain bagi menimbulkan kesedaran dalam kalangan

orang awam terutama wanita mengenai perkara yang boleh menyebabkan mereka diragut.

(Utusan Online)

Page 15: KEMAHIRAN MEMBACA

15

Dipetik dan diubah suai daripada Utusan Online,“Suspek Kes Ragut, Tetak Wanita Diburu”,

3 September 2014, Khamis.21. Siapakah mangsa kes ragut tersebut?

A) Zainab.

B) Abdullah.

C) Rohani Abdullah.

D) Rohairani Abdullah.

22. Bilakah kejadian ragut berlaku?

A) 1.00 pagi.

B) 1.20 pagi.

C) 1.20 petang.

D) 1.30 petang

23. Dimanakah kejadian ragut itu berlaku?

A) Di hadapan klinik.

B) Di hadapan bank.

C) Di hadapan kedai makan.

D) Di hadapan kedai pusat jualan tudung.

24. Mengapakah peragut bertindak menetak pergelangan tangan mangsa?

A) Mangsa enggan melepaskan begnya.

B) Peragut ingin mengambil gelang di tangan mangsa.

C) Mangsa bertindak memukul peragut menyebabkan peragut marah.

D) Mangsa memegang kaki peragut supaya tidak lari.

25. Pernyataan berikut adalah benar tentang petikan di atas, KECUALI

A) Peragut berjaya ditangkap dan dibawa ke balai polis.

B) Polis telah melancarkan gerakan besar-besaran untuk mencegah jenayah ragut.

C) Mangsa diragut ketika keluar dari keretanya untuk ke kedai tudung berhampiran.

Page 16: KEMAHIRAN MEMBACA

16

D) Polis masih menjalankan siasatan bagi memburu suspek yang terlibat dalam kes

ragut dan menetak pergelangan tangan seorang wanita.

( 10 Markah )

B) KEMAHIRAN BERTUTUR

( 40 MARKAH )

Hasil pembelajaran bagi kemahiran bertutur ialah

i) bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.

ii) bertutur tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk yang gramatis dalam sesuatu situasi secara bertatasusila.

SOALAN 1

Calon: anda

Guru: anggota polis

Semasa penerbangan ke Malaysia, anda tercicir dompet serta pasport anda dalam kapal terbang. Anda meninggalkan kapal terbang dan sebelum sampai ke meja pemeriksaan pasport, baru anda sedar bahawa anda tidak mempunyai dompet serta pasport anda.

1. Sambut salam anggota polis itu, perkenalkan diri anda dan kata bahawa anda tidak mempunyai pasport anda. ( 1 Markah )

2. Jelaskan bila dan di mana anda hilang pasport dan dompet anda dan beritahunya kerakyatan anda. ( 2 Markah )

3. Jawab soalan mengenai penerbangan.

(i) Beritahu dari mana anda datang . ( 1 Markah )

(ii) Berikan nombor penerbangan. ( 1 Markah )

(iii) Berikan masa ketibaan anda di Malaysia. ( 1 Markah )

4. Ceritakan sedikit tentang dompet anda dan kandungannya (2 butir maklumat).

( 2 Markah )

Page 17: KEMAHIRAN MEMBACA

17

5. Ucapkan terima kasih kepada anggota polis itu di atas budi baiknya dan kemudian minta kebenaran untuk menelefon keluarga yang anda akan menumpang tinggal di Malaysia. ( 2 Markah )

SOALAN 2

Calon: anda

Guru: pekedai

Anda sedang membeli barang-barang makanan di sebuah kedai runcit.

1. Sambut salam pekedai tersebut dan minta sejenis buah-buahan. Beritahu berapa banyak yang anda mahu. ( 2 Markah)

2. Minta sejenis buah-buahan lain dan beritahu berapa biji anda mahu. ( 2 Markah )

3. Minta 2 jenis minuman. ( 2 Markah )

4. Tanya berapa jumlah harga barang-barang tersebut. ( 2 Markah )

5. Anda mahu pergi ke kedai ubat. Tanya pekedai tersebut di mana terletaknya kedai ubat.

( 2 Markah )

SOALAN 3

Calon: anda

Guru: seorang kawan

Anda akan bercuti bersama kawan anda di rumahnya. Tetapi anda mahu tukar tarikh percutian anda. Anda menelefon kawan anda.

1. Sambut ucapan kawan anda dan jelaskan bahawa anda ingin menukar tarikh percutian anda. ( 2 Markah )

2. Jelaskan mengapa anda mahu menukar tarikh percutian. (Beri 1 alasan.)

( 2 Markah)

3. Cadangkan tarikh-tarikh lain untuk lawatan anda. Minta maaf. ( 2 Markah )

Page 18: KEMAHIRAN MEMBACA

18

4. Cadangkan 2 aktiviti yang anda ingin buat. ( 2 Markah )

5. Beritahu bagaimana anda akan pergi ke rumah kawan anda. ( 2 Markah )

SOALAN 4

Calon: anda

Guru: penyambut tetamu di hotel

Anda tiba di sebuah hotel bersama seorang kawan. Anda mahu 2 buah bilik.

1. Sambut salam penyambut tetamu tersebut dan beritahu bahawa anda mahu 2 buah bilik. ( 2 Markah )

2. Beritahu berapa malam anda mahu tinggal di hotel tersebut. ( 2 Markah )

3. Beritahu nama anda dan jawab soalan (pancur hujan? tab mandi?). ( 2 Markah )

4. Tanya harga bilik-bilik tersebut. ( 2 Markah )

5. Tanya 1 soalan mengenai hotel tersebut (misalnya lif? kolam renang? masa makan?). ( 2 Markah )

Page 19: KEMAHIRAN MEMBACA

19

C) KEMAHIRAN MENDENGAR

( 40 MARKAH )

Hasil pembelajaran bagi kemahiran mendengar ialah

i) mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan serta dapat memberikan respons.

ii) membolehkan murid menunjukkan kefahaman mereka melalui bahasa,aksi atau cara-cara lain yang berkesan.

iii) mengecam pelbagai bunyi respons dengan teliti dan betul.

SOALAN 1

KANAK-KANAK LIMA TAHUN DIJUMPAI SELAMAT

Johor Bharu: Seorang kanak-kanak yang berumur lima tahun, Nora Usman, telah dijumpai oleh keluarganya selepas ia dilaporkan hilang selama lima jam. Nora telah terpisah daripada ibu bapanya apabila mereka membeli-belah di sebuah pasar malam pada hari Selasa. Bapa Nora, Encik Usman Yahaya serta isterinya, Puan Munah Ali, telah membuat laporan kepada polis mengenai kehilangan anak mereka.

Mereka sangat khuatir apabila mereka mendapati bahawa Nora tidak bersama mereka semasa mereka berjalan pulang ke kereta. Mereka terus mencari-cari Nora di kawasan pasar malam itu sambil bertanya kepada orang ramai. Nora pada masa itu memakai seluar panjang berwarna kelabu serta baju tangan pendek berwarna hitam dan berbunga putih. Rambutnya yang panjang diikat dengan reben berwarna merah.

Selepas puas mencari dan tidak berjumpa dengan Nora, mereka terus membuat laporan di balai polis.

Page 20: KEMAHIRAN MEMBACA

20

Kedua-dua ibu bapa itu disuruh pulang dan polis terus pergi mencari Nora di kawasan pasar itu. Puan Munah tidak mahu pulang kerana masih mahu mencari anak tunggalnya itu dan dia terus mengikut polis.

Semasa mereka pulang ke gerai-gerai yang sudahpun tutup di kawasan pasar malam itu, Puan Munah terdengar seekor kucing mengiau. Dia tahu bahawa Nora memang suka kucing. Dia terus pergi ke sebuah gerai yang sudah ditutup dan ternampak Nora sedang tidur nyenyak. Dia telah mengikut kucing itu ke arah itu dan bermain dengan kucing itu sehingga tertidur.

Puan Munah dan Encik Usman sangat bersyukur kerana Nora selamat.

1. Berapa lamakah Nora hilang?

____________________________________________________________________

2. Di manakah Nora hilang?

____________________________________________________________________

3. Bilakah dia hilang?

____________________________________________________________________

4. Bilakah ibu bapa Nora sedar bahawa dia tidak bersama mereka?

____________________________________________________________________

5. Terangkan serba sedikit tentang pakaian Nora.

(i) ____________________________________________________________________

(ii) ____________________________________________________________________

6. Selepas gagal bertemu dengan Nora, apakah yang dilakukan oleh ibu bapa Nora?

____________________________________________________________________

7. Apakah nasihat polis kepada ibu bapa Nora?

Page 21: KEMAHIRAN MEMBACA

21

____________________________________________________________________

8. (a) Apakah yang Nora sedang buat semasa dia dijumpai?

____________________________________________________________________

(b) Mengapakah dia berada di gerai itu?

____________________________________________________________________( 10 Markah )

SOALAN 2

Baca laporan berikut dan jawab soalan-soalannya:

Anggota-anggota kesatuan perumahan di Taman Intan bertemu dua bulan sekali untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan tempat tinggal mereka. Pada malam Sabtu lepas, pengerusi kesatuan ini, Encik Isa Din memanggil semua penduduk di kawasan itu untuk membincangkan isu keselamatan. Dalam beberapa minggu sebelum itu, telah berlaku beberapa kejadian kecurian di tiga buah rumah. Penduduk di situ juga telah melaporkan beberapa kejadian di mana mereka telah diganggu.

Seramai seratus orang hadir pada malam mesyuarat ini. Mereka semua ingin tahu sebab tahap keselamatan telah merosot. Mereka juga ingin tahu tindakan jawatankuasa perumahan akan buat untuk menjaminkan keselamatan rumah mereka dan penduduk-penduduk di situ. Ramai, terutama sekali yang menjadi mangsa kejadian kecurian, nampaknya sangat marah. Mereka tidak mahu kejadian itu berulang lagi.

Tidak seperti mesyuarat-mesyuarat lain, mesyuarat kali ini agak riuh rendah sebab semua orang mahu bercakap. Masing-masing mahu menceritakan apa yang berlaku pada diri mereka. Keadaan menjadi tenteram apabila Encik Isa memberitahu bahawa dua orang pegawai polis akan hadir untuk menyiasat dan juga memberi nasihat mengenai keselamatan mereka.

Pegawai polis yang hadir bercakap tentang langkah-langkah keselamatan yang mungkin diambil untuk mencegah kecurian. Misalnya, pastikan semua tingkap tertutup semasa keluar dari rumah. Tingkap yang sentiasa terbuka memang ‘menjemput’ orang untuk masuk dan mencuri barang-barang. Kalau seseorang itu mahu pergi bercuti, dia mestilah batalkan pesanan surat khabar sebab surat khabar yang bertimbun di luar rumah menandakan orang tidak ada di dalamnya.

Pegawai polis itu juga memberitahu bahawa mereka mensyaki sekumpulan pemuda yang mungkin bertanggungjawab melakukan jenayah ini. Polis sedang memerhatikan

Page 22: KEMAHIRAN MEMBACA

22

gerak-geri pemuda-pemuda itu. Mereka masih memerlukan banyak lagi maklumat sebelum tindakan diambil.

Turut hadir di mesyuarat itu juga ialah ketua syarikat yang menyediakan pengawal untuk kawasan perumahan itu. Dia yang bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan di kawasan perumahan itu sebab penduduk-penduduk di situ membayar sebanyak RM200 setahun. Ramai penduduk yang mencadangkan supaya syarikat ini diganti dengan syarikat lain.

1. Berapa kerapkah mesyuarat penduduk Taman Intan diadakan?

____________________________________________________________________

2. Apakah yang berlaku dalam masa beberapa minggu sebelum mesyuarat pada malam Sabtu itu?

(i) ____________________________________________________________________

(ii) ____________________________________________________________________

3. Apakah yang penduduk di situ ingin tahu?

(i) ____________________________________________________________________

(ii) ____________________________________________________________________

4. Apakah perasaan sesetengah penduduk yang hadir itu?

____________________________________________________________________

5. Mengapakah keadaan riuh rendah menjadi tenteram?

____________________________________________________________________

6. Berikan satu nasihat pegawai polis itu kepada penduduk Taman Intan?

____________________________________________________________________

Page 23: KEMAHIRAN MEMBACA

23

7. (a) Siapakah yang polis syaki melakukan jenayah ini?

____________________________________________________________________

(b) Apakah yang polis perlu sebelum tindakan diambil terhadap mereka?

____________________________________________________________________ ( 10 Markah )

SOALAN 3

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Selaku Ketua Kampung Paya Dalam, Tuk Mat sering mengingatkan anak-anak

buahnya agar sentiasa berwaspada. Beliau berasa bimbang kalau-kalau kejadian pecah

rumah akan berlaku di kampungnya. Suatu hari, Tuk Mat mengadakan mesyuarat

tergempar dengan memanggil penduduk kampung ke rumahnya untuk membincangkan

cara terbaik bagi mengatasi masalah kejadian pecah rumah di kampung itu.

"Tuk Ketua, saya mencadangkan rondaan diadakan pada waktu malam secara

berkumpulan, " kata Pak Jusoh.

“Saya menyokong saranan Pak Jusoh, Tuk, ” ujar Pak Mail.

Tuk Mat menganggukkan kepalanya. Semua yang hadir pada malam itu turut

bersetuju dengan usul yang dikemukakan oleh Pak Jusoh. Penduduk Kampung Paya

Dalam akan membuat rondaan mengikut jadual yang ditetapkan. Langkah itu mula

diadakan pada minggu yang berikutnya. Mereka akur akan keputusan yang ditetapkan

oleh ketua mereka.

Selang beberapa malam, penduduk Kampung Paya Dalam digemparkan oleh suatu

kejadian ganjil. Kanak-kanak yang pulang daripada mengaji telah terserempak dengan

lembaga hitam berkepala anjing. Penduduk kampung, terutama kaum wanita dan kanak-

kanak mulai takut hendak keluar malam. Walau bagaimanapun, kejadian itu tidak

mematahkan semangat Tuk Mat dan anak buahnya untuk meneruskan rondaan.

Page 24: KEMAHIRAN MEMBACA

24

Suatu malam, hujan turun dengan lebat. Namun, Tuk Mat dan anak buahnya

membuat rondaan seperti biasa. Tepat pada pukul 2.00 pagi, mereka melihat sebuah

perahu terdampar di pantai Kampung Paya Dalam. Tiga orang lelaki dengan gerak-geri

yang mencurigakan melangkah tergesa-gesa meninggalkan perahu itu menuju ke

Kampung Paya Dalam. Tuk Mat dan anak buahnya berjaya memberkas ketiga-tiga lelaki

berkenaan. Setelah disoal siasat, rupa-rupanya merekalah yang selama ini menjalankan

kegiatan pecah rumah di Kampung Kaki Bukit dan menakut-nakutkan penduduk

Kampung Paya Dalam. Ketiga-tiga penjenayah itu kemudian diserahkan kepada pihak

polis untuk dibawa ke muka pengadilan.

1. Mengapakah Ketua Kampung Paya

Dalam sering mengingatkan anak buahnya supaya berwaspada setiap masa ?

A) Terdapat lembaga hitam berkeliaran di kampung itu pada waktu malam.

B) Kemungkinan akan berlaku kejadian pecah rumah di kampung itu.

C) Kampung itu sering didatangi oleh orang yang mencurigakan.

D) Ada penduduk yang telah terserempak dengan lembaga hitam berkepala anjing.

2. Apakah langkah yang diambil oleh penduduk Kampung Paya Dalam untuk

menangani masalah kemungkinan berlakunya kejadian pecah rumah di kampung

itu ?

A) Melaporkan perkara itu kepada pihak polis.

B) Mengadakan kawalan pada waktu malam.

C) Membuat jadual rondaan.

D) Menangkap orang yang bersalah.

3. Di manakah kejadian pecah rumah telah berlaku ?

Page 25: KEMAHIRAN MEMBACA

25

A) Di rumah Ketua Kampung Paya Dalam.

B) Di Kampung Kaki Bukit.

C) Di Kampung Paya Dalam.

D) Di pantai Kampung Paya Dalam.

4.Rangkai kata mematahkan semangat dalam petikan bermaksud

A) mengalahkan kuasa.

B) membuat keputusan.

C) mengalihkan pendapat.

D) mengalahkan kemahuan.

5. Apakah kesalahan ketiga-tiga orang lelaki yang diberkas oleh Tuk Mat dan anak buahnya ?

A) Menjalankan kegiatan menyamun.

B) Menjalankan kegiatan pecah rumah.

C) Menjalankan kegiatan menakut-nakutkan penduduk kampung.

D) Menjalankan kegiatan pecah rumah dan menakut-nakutkan penduduk Kampung.

( 10 Markah )

SOALAN 4

Baca catatan harian Salleh Hassan, pelajar di Sekolah Menengah Raja Muda, mengenai aktivitinya setiap hari.

Page 26: KEMAHIRAN MEMBACA

26

Isnin Nov. 8: Jam sepuluh pagi. Mesti temubual Presiden Kelab Fotografi untuk majalah sekolah. Janji untuk bertemu di kantin sekolah. Ravi Chandran ialah Presiden baharu untuk kelab ini. Antara soalan yang mesti ditanya ialah “Apakah cadangannya untuk masa depan kelab ini?” Ravi terlambat sedikit sebab dia ada kerja tambahan.

Selasa Nov. 9: Ikut rombongan sekolah ke Dewan Perhimpunan Kuala Langat untuk pertandingan tenis antara sekolah. Lima orang kawan menyertai pertandingan ini. Dua menang dan yang lain kalah di peringkat akhir. Berita penting untuk majalah.

Rabu Nov. 10: Guru Besar memanggil semua presiden kesatuan untuk mesyuarat bulanan untuk mengetahui rancangan setiap kesatuan untuk sepanjang tahun. Mesti sediakan senarai cadangan untuk tahun ini. Mesyuarat selepas sekolah di Bilik 4E selama satu jam lima belas minit. Semua presiden kesatuan hadir.

Khamis Nov 11: Banyak kerja rumah yang belum selesai, seperti kerja rumah untuk mata pelajaran Sejarah dan Ekonomi. Mesti batalkan perjumpaan dengan Ahmad untuk membincangkan rancangan jawatankuasa majalah sekolah untuk tahun ini. Kerja sekolah lebih penting dan perlu diberi kepada guru pada hari Jumaat. Tidur lewat.

Jumaat Nov 12: Bangun agak lewat dan terlepas bas pertama ke sekolah. Tidak sempat makan sarapan. Nasib baik loceng belum berbunyi dan guru Sejarah juga lambat sedikit. Kerja rumah diserahkan kepada guru. Nasib baik semua lengkap. Dalam kelas sentiasa mengantuk dan tidak sabar untuk pulang ke rumah untuk tidur dan berehat.

Tandakan betul atau salah.

11. Salleh tiba lambat untuk bertemu Ravi. [ ]

12. Salleh ikuti rombongan untuk pertandingan tenis. [ ]

13. Pada 11 November,Salleh terpaksa membatalkan perjumpaan dengan Ahmad.[ ]

14. Pada hari Jumaat, Salleh berasa segar. [ ]

15. Presiden Kesatuan berjumpa seminggu sekali. [ ]

( 10 Markah )

Page 27: KEMAHIRAN MEMBACA

27

D) UJIAN MENULIS

( 60 MARKAH )

Hasil pembelajaran bagi kemahiran menulis ialah

i) menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana,

ii) mencatat dan menyusun maklumat,

iii) menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif,

iv) membuat ulasan.

SOALAN 1

Arahan: Lengkapkan suku kata tersebut menjadi satu perkataan.

Po

Page 28: KEMAHIRAN MEMBACA

28

ri

Ba

Ka

tol

Lo

Page 29: KEMAHIRAN MEMBACA

29

( 6 Markah )

SOALAN 2

Arahan: Tulis semula dengan menyusun suku kata tersebut menjadi satu perkataan.

Ban duan

Sepangna

raPenja

Page 30: KEMAHIRAN MEMBACA

30

(

4 Markah )

SOALAN 3

Arahan: Baca dan bina jawapan berdasarkan gambar bagi melengkapkan ayat.

1. Tugas polis adalah untuk ________________

penjahat.

2. Hukuman _______________ akan dikenakan kepada

mereka yang didapati bersalah dalam kes

membunuh.

Detektif

Page 31: KEMAHIRAN MEMBACA

31

3. Orang ramai diminta _____________ pihak polis

sekiranya melihat sebarang kejadian jenayah.

4. Bilik ______________ juga terdapat di balai polis.

Bilik tersebut digunakan untuk menyoal suspek atau

orang yang disyaki bersalah.

( 4 Markah )

SOALAN 4

Arahan: Mengimlak frasa yang betul bagi melengkapkan petikan di bawah.

Page 32: KEMAHIRAN MEMBACA

32

KOTA BHARU 9 Jun - Polis menembak mati seorang penjenayah, manakala rakannya berjaya meloloskan diri ketika mereka yang __________________ dan pisau cuba merompak sebuah kedai emas di Jalan Temenggong di sini pagi ini.

Dalam kejadian pada pukul 11 pagi itu, kedua-dua suspek yang menaiki sebuah kereta Proton Waja berhenti di hadapan kedai sebelum ________________ ke dalam premis. Kedua-dua suspek termasuk seorang daripadanya memakai topi keledar kemudian ________________ ke arah pemilik premis dan pistol ke arah seorang kerani lalu mengarahkan mereka membuka ruang pameran barangan kemas. Secara kebetulan tiga anggota polis sedang _____________________ berhampiran kedai emas berkenaan dan terserempak dengan suspek.

Anggota itu kemudian menyerbu masuk dan sebaik sahaja menyedari kehadiran pihak berkuasa, kedua-dua suspek cuba melarikan diri menyebabkan seorang anggota ____________ amaran di udara meminta mereka _________________.

Seorang daripada suspek yang bersenjatakan pisau cuba ___________ anggota itu menyebabkan dia ditembak di bahagian paha kiri. Suspek __________ di lorong belakang kedai emas itu sebelum rebah kira-kira 15 meter dari tempat dia ditembak.

Anggota polis lain yang sampai tidak lama selepas itu __________ kecemasan dengan mengikat paha suspek menggunakan kain bagi menghentikan pendarahan. Kira-kira 20 minit kemudian ambulans sampai dan doktor mengesahkan suspek telah meninggal dunia.

Dipetik dan diubah suai daripada Utusan Online:

“Perompak Ditembak Mati”,

(10 Jun 2013: Isnin)

menjalankan rondaan memberi bantuan menyerah diri

melepaskan tembakan bersenjatakan pistol melarikan diri

menyerang meluru masuk mengacukan pisau

( 9 Markah )

SOALAN 5

Arahan: Catat maklumat yang betul berdasarkan gambar bagi melengkapkan petikan di bawah.

parang

bank pistol

suspek

balai

kereta polis

Page 33: KEMAHIRAN MEMBACA

33

KUALA LUMPUR: Polis hari ini menembak mati seorang ___________

kes rompakan sebuah _________

yang kerugian RM202,800. Seorang lagi rakan suspek, berjaya ditangkap dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi tadi.

Kejadian berlaku apabila pasukan khas __________ yang

dibentuk untuk menyiasat kes itu mengesan sebuah _________ BMW putih di Greenwood, Gombak, yang digunakan dalam rompakan bank di Seri Damansara itu.  Polis menghampiri kereta berkenaan sebelum seorang daripada mereka

Page 34: KEMAHIRAN MEMBACA

34

mengeluarkan sepucuk _________ seolah-olah mahu melepaskan tembakan ke arah polis.

Suspek dan polis berbalas tembakan ketika kereta itu dikejar sejauh 15km. Dalam keadaan kelam kabut itu, kereta tersebut terbabas sebelum merempuh tembok sebuah madrasah di lokasi kejadian.

Hasil pemeriksaan terhadap kereta itu, polis menemui selaras pump gun yang dirampas daripada pengawal keselamatan bank serta sebilah ____________

yang dipercayai digunakan

dalam rompakan itu. Suspek yang berjaya ditangkap dibawa ke _________ untuk disoal siasat.– BERNAMA

Dipetik dan diubah suai daripada Berita Harian,

“Suspek kes rompakan bank di Sri Damansara ditembak mati.”

(10 Nov 2012: Sabtu)

( 7 Markah )

SOALAN 6

Page 35: KEMAHIRAN MEMBACA

35

Arahan: Tulis maklumat yang betul berdasarkan pernyataan dan gambar yang diberikan.

1. __________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

2. __________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

3. __________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

4. ______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

( 4 Markah )

Lokap ialah bilik kurungan di sesebuah balai polis. Semua tahanan atau suspek akan ditahan di lokap untuk memudahkan siasatan lanjut.

Balai polis ialah bangunan yang berfungsi sebagai pusat operasi untuk pegawai polis dan ahli-ahli kakitangan lain.

Pistol digunakan untuk menembak penjenayah sekiranya penjenayah membahayakan nyawa orang lain.

Penjenayah yang didapati bersalah akan dikenakan hukuman yang setimpal dengan jenayah yang dilakukan.

Page 36: KEMAHIRAN MEMBACA

36

SOALAN 7

Arahan: Susun dan tulis ayat menjadi cerita lengkap. Kemudian, hasilkan sebuah penulisan.

SusunanNombor

Cerita

Tetapi malang tidak berbau, kegiatan merompak tersebut telah berjaya ditumpaskan apabila mereka ditangkap oleh pihak polis yang sedang membuat rondaan di kawasan tersebut.Pada suatu hari, Sazali dan rakannya telah membuat satu rancangan untuk merompak di sebuah kedai emas yang berdekatan dengan taman perumahan mereka.Sazali dan rakannya dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.Mereka didapati bersalah dan dikenakan hukuman penjara. Di dalam penjara, Sazali telah insaf akan perbuatannya.Mereka pergi merompak kedai emas itu pada waktu malam selepas memastikan semua orang dan pemilik kedai tersebut telah nyenyak tidur.

____________________________________________

____________________________________________

_____________________________________________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

( 6 Markah )

Page 37: KEMAHIRAN MEMBACA

37

SOALAN 8

Lihat gambar di bawah, kemudian tulis satu karangan berdasarkan turutan gambar tersebut. Panjang karangan mestilah 50-70 patah perkataan.

Hello, polis!

Page 38: KEMAHIRAN MEMBACA

38

Page 39: KEMAHIRAN MEMBACA

39

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Page 40: KEMAHIRAN MEMBACA

40

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

( 20 Markah )

SKEMA JAWAPAN

A) SASTERA ( 10 Markah )

1. Apakah nilai yang terdapat dalam sajak? ( 2 Markah )- Pengorbanan.- Tanggungjawab.- Setia kepada negara.- Cinta akan negara.

2. Apakah mesej yang ingin disampaikan oleh penyajak? ( 4 Markah )- Tugas polis adalah berat.- Polis sanggup menggadaikan nyawa untuk menjaga keamanan negara.- Polis bertanggungjawab memastikan negara harmoni.- Hargailah pengorbanan pihak polis kerana tugasnya sangat mulia.

3. Apakah maksud baris sajak di atas? ( 4 Markah )- Sanggup menggadai nyawa.- Mempertaruhkan nyawa untuk pertahankan keamanan negara.

B) BERITA ( 10 Markah )1.A2.D3.C4.B5.A

C) PERBUALAN ( 10 Markah )1. Lukisan Jalur Gemilang.2. Balan.3. Mewarna jalur merah dengan warna ungu.4. Prihatin.

Walau ditakdirkan kamu gugur.

Page 41: KEMAHIRAN MEMBACA

41

5. Bulan dan bintang bermaksud agama Islam sebagai agama rasmi.

A)KEMAHIRAN MEMBACA ( 50 Markah )

SOALAN 1 ( 10 Markah )

1. B

2. C

3. D

4. A

5. B

SOALAN 2 ( 10 Markah )

1.C

2.D

3.D

4.A

5.B

SOALAN 3 ( 10 Markah )

1. C

2. B

3. D

4. A

5. B

SOALAN 4 ( 10 Markah )

Page 42: KEMAHIRAN MEMBACA

42

1.C

2.A

3.B

4.D

5.C

SOALAN 5 ( 10 Markah )

1.D

2.C

3.D

4.A

5.A

Page 43: KEMAHIRAN MEMBACA

43

B) KEMAHIRAN BERTUTUR ( 40 Markah )

Mana-mana jawapan yang munasabah diterima. Terdapat 4 set soalan. Setiap set 10 markah.

C) KEMAHIRAN MENDENGAR ( 40 Markah )

SOALAN 1 ( 10 Markah )

1. 5 jam

2. Di sebuah pasar malam

3. Malam pada hari Selasa

4. Semasa ke pulang berjalan ke kereta

5. A) Seluar panjang berwarna kelabu

B) Baju tangan pendek berwarna hitam dan berbunga putih

6. Membuat laporan polis

7. Meminta ibu bapa pulang ke rumah

8. Tidur dengan nyenyak

9. Suka akan kucing

SOALAN 2 ( 10 Markah )

1. 2 bulan sekali

2. A) beberapa kejadian kecurian berlaku di 3 buah rumah

Page 44: KEMAHIRAN MEMBACA

44

B) penduduk melaporkan bahawa mereka telah diganggu.

3. A) sebab tahap keselamatan merosot

B) ingin tahu tindakan jawatankuasa perumahan akan buat untuk menjaminkan keselamatan rumah mereka

4. Ingin menceritakan apa yang berlaku kepada mereka

5. Apabila mendapat tahu 2 orang pegawai polis bersama dalam mesyuarat tersebut.

6. Menerangkan langkah-langkah keselamatan yang mungkin diambil untuk mencegah kecurian.

7. A) mensyaki sekumpulan pemuda

B) polis masih memerlukan banyak lagi maklumat sebelum tindakan diambil

SOALAN 3 ( 10 Markah )

1. B

2. C

3. C

4. D

5. D

SOALAN 4 ( 10 Markah )

1. SALAH

2. BETUL

3. BETUL

4. SALAH

5. BETUL

Page 45: KEMAHIRAN MEMBACA

45

D) KEMAHIRAN MENULIS ( 60 Markah )

SOALAN 1 ( 6 Markah )

1. Polis

2. Gari

3. Balai

4. Kawad

5. Pistol

6. Lokap

SOALAN 2 ( 4 Markah )

1. Banduan

2. Senapang

3. Penjara

4. Detektif

SOALAN 3 ( 4 Markah )

1. menangkap

2. gantung

3. menelefon

Page 46: KEMAHIRAN MEMBACA

46

4. gelap

SOALAN 4 ( 9 Markah )

1. bersenjatakan pistol

2. meluru masuk

3. mengacukan pisau

4. menjalankan rondaan

5. melepaskan tembakan

6. menyerah diri

7. menyerang

8. melarikan diri

9. memberi bantuan

SOALAN 5 ( 7 Markah )

1. suspek

2. bank

3. polis

4. kereta

5. pistol

6. parang

7. balai

SOALAN 6 ( 4 Markah )

3 Lokap ialah bilik kurungan di sesebuah balai polis. Semua tahanan atau suspek akan ditahan di lokap untuk memudahkan siasatan lanjut.

Page 47: KEMAHIRAN MEMBACA

47

1 Balai polis ialah bangunan yang berfungsi sebagai pusat operasi untuk pegawai polis dan ahli-ahli kakitangan lain.

4 Pistol digunakan untuk menembak penjenayah sekiranya penjenayah membahayakan nyawa orang lain.

2 Penjenayah yang didapati bersalah akan dikenakan hukuman yang setimpal dengan jenayah yang dilakukan.

SOALAN 7 ( 6 Markah )

3 Tetapi malang tidak berbau, kegiatan merompak tersebut telah berjaya ditumpaskan apabila mereka ditangkap oleh pihak polis yang sedang membuat rondaan di kawasan tersebut.

1 Pada suatu hari, Sazali dan rakannya telah membuat satu rancangan untuk merompak di sebuah kedai emas yang berdekatan dengan taman perumahan mereka.

4 Sazali dan rakannya dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. 5 Mereka didapati bersalah dan dikenakan hukuman penjara. Di dalam penjara,

Sazali telah insaf akan perbuatannya. 2 Mereka pergi merompak kedai emas itu pada waktu malam selepas memastikan

semua orang dan pemilik kedai tersebut telah nyenyak tidur.

SOALAN 8 ( 20 Markah )

Gambar 1:

- Saya melihat kejadian ragut.

- Satu kejadian ragut telah berlaku.

- Seorang perempuan telah diragut.

- Lelaki itu meragut beg seorang perempuan.

Gambar 2:

- Saya telefon polis untuk maklumkan kejadian itu.

- Perempuan itu telefon polis.

- Orang yang melihat kejadian itu menghubungi polis.

- Buat aduan atau laporan kepada pihak polis.

Gambar 3:

Page 48: KEMAHIRAN MEMBACA

48

- Polis mengejar peragut.

- Polis menangkap peragut.

- Peragut melarikan diri

- Peragut berjaya ditangkap oleh polis.

Gambar 4.

- Peragut dibawa ke balai polis.

- Peragut ditahan di balai polis.

- Peragut dimasukkan ke dalam lokap/penjara.

-Peragut dikenakan hukuman oleh polis.