kemahiran membaca

39
Kemahiran membaca Matlamat dan jenis bacaan Peringkat pengajaran bacaan Teknik bacaan 1. Intensif 2. Ekstensif 3. Luncuran/skimming 4. Imbasan/scanning Isu membaca tidak pernah lapuk untuk diperkatakan. Biarpun masyarakat kita mengalami arus perubahan dalam dunia globalisasi, serta bergelumang dengan dunia teknologi maklumat dan perkomputeran, namun hakikat kepentingan membaca tidak boleh diabaikan (Mohamad Sofee 2007). Kamaruddin (1990) menyatakan bahawa kelemahan murid dalam membaca dan memahami teks yang dibaca sememangnya menjadi masalah yang besar kepada murid-murid tersebut. Kelemahan-kelemahan itu boleh menimbulkan pelbagai kesukaran kepada mereka untuk mengikuti proses belajar seterusnya Kamaruddin Husin. 1990. Pedagogi bahasa 4. Petaling Jaya. Longmann. Mengikut Md. Daud (2005), terdapat ramai murid di Brunei yang tidak mampu bertutur dengan baik semasa mereka menyampaikan idea, pendapat dan sebagainya. Sikap sesetengah guru bahasa Melayu yang kurang memberikan perhatian terhadap kemahiran membaca dan bertutur sewaktu berada di bilik darjah berkemungkinan telah menyumbang terhadap keadaan sedemikian Md. Daud Taha. 2005. Bacaan mekanis dan hubungannya dengan kemahiran bertutur. Bandar Seri Begawan: Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah. Oleh itu, agensi-agensi bawah Kementerian Pelajaran Brunei seperti Pusat Perkembangan Kurikulum, Bahagian Buku Teks, Bahagian Pendidikan dan Latihan Guru, Jabatan Pendidikan Dearah dan lain-lain perlu mengenal pasti langkah-langkah untuk mengatasi masalah ketidakbolehan membaca dalam kalangan murid ini. Dalam kajian ini, telah dikenal pasti enam faktor utama yang

Upload: mohd-fauzi-zakaria

Post on 25-Dec-2015

188 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

as

TRANSCRIPT

Page 1: Kemahiran Membaca

Kemahiran membaca Matlamat dan jenis bacaan Peringkat pengajaran bacaan Teknik bacaan1. Intensif2. Ekstensif3. Luncuran/skimming4. Imbasan/scanning

Isu membaca tidak pernah lapuk untuk diperkatakan. Biarpun masyarakat kitamengalami arus perubahan dalam dunia globalisasi, serta bergelumang dengan duniateknologi maklumat dan perkomputeran, namun hakikat kepentingan membaca tidakboleh diabaikan (Mohamad Sofee 2007).

Kamaruddin (1990) menyatakan bahawa kelemahan murid dalam membaca danmemahami teks yang dibaca sememangnya menjadi masalah yang besar kepada murid-murid tersebut. Kelemahan-kelemahan itu boleh menimbulkan pelbagai kesukarankepada mereka untuk mengikuti proses belajar seterusnya

Kamaruddin Husin. 1990. Pedagogi bahasa 4. Petaling Jaya. Longmann.

Mengikut Md. Daud(2005), terdapat ramai murid di Brunei yang tidak mampu bertutur dengan baik semasamereka menyampaikan idea, pendapat dan sebagainya. Sikap sesetengah guru bahasaMelayu yang kurang memberikan perhatian terhadap kemahiran membaca danbertutur sewaktu berada di bilik darjah berkemungkinan telah menyumbang terhadapkeadaan sedemikian

Md. Daud Taha. 2005. Bacaan mekanis dan hubungannya dengan kemahiran bertutur.Bandar Seri Begawan: Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah.

Oleh itu, agensi-agensi bawah Kementerian PelajaranBrunei seperti Pusat Perkembangan Kurikulum, Bahagian Buku Teks, BahagianPendidikan dan Latihan Guru, Jabatan Pendidikan Dearah dan lain-lain perlu mengenal

Page 2: Kemahiran Membaca

pasti langkah-langkah untuk mengatasi masalah ketidakbolehan membaca dalamkalangan murid ini. Dalam kajian ini, telah dikenal pasti enam faktor utama yangmenyumbang kepada masalah membaca ini masih lagi berlaku. Faktor kegagalanmembaca ini memberi kesan negatif kepada murid-murid. Kesan masalah tidak bolehmembaca ini jika tidak diatasi akan menjejaskan pencapaian akademik murid-muridsecara keseluruhannya.

Sehubungan itu, membaca adalah proses yang memerlukan komitmenyang tinggi untuk dibudayakan. Sebagai satu proses yang kompleks, pembacaboleh mencetuskan pelbagai kesan terhadap dirinya sebagai pembaca dankualiti pemahaman (Yahya Othman & Ghazali Mustafa, 2010)

Yahya Othman & Ghazali Mustafa. (2010). “Comprehension Process in Metacognitive Perspectiveamong University Student” dalam EDUCARE: International Journal for Educational Studies, 2(2).Bandung, Indonesia: ASPENSI, ms.171-183. Abstrak dan artikel penuh dapat dilayari di: www.educare-ijes.com

Page 3: Kemahiran Membaca

Pengenalan

Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang penting

dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca adalah lanjutan

daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur. Melalui pembacaan,

seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi menerusi

pengalaman-pengalaman biasa yang lain.

Membaca merupakan satu kemahiran yang penting dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan

sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek

pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai

teknik membaca. Di samping itu, murid berupaya menghayati teks yang dibaca.

Kemahiran ini perlu diajar dan diterapkan dengan berkesan supaya setiap murid dapat

menguasai kemahiran ini. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2005), perkataan ‘membaca’

membawa maksud memerhatikan sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan

memahamkan makna kandungannya. Justeru membaca boleh ditakrifkan suatu proses yang

dilakukan pembaca bagi membentuk atau memberikan makna terhadap teks yang dibaca.

Membaca juga merupakan satu tindakan komunikasi, iaitu satu proses berfikir yang melibatkan

idea, kenyataan dan perasaan yang disampaikan oleh penulis kepada pembaca melalui

perantara lambang-lambang bahasa (Siti Hajar, 2009).

Matlamat Membaca

Secara umumnya, membaca dilaksanakan bagi mencapai matlamat yang berikut;

i. sebagai alat untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman setelah keluar dari

sekolah

ii. merapatkan lagi diri dengan masyarakat dan memudahkan mereka untuk mengikuti

perkembangan alam dan manusia

iii. meluaskan fahaman serta membetulkan idea-idea yang salah. Menjadikan bahanbahan

perbandingan dengan orang lain

Page 4: Kemahiran Membaca

iv. mendapat bahan fikiran untuk dijadikan panduan hidup, iaitu dengan meneladani

perkara-perkara yang baik yang dilakukan oleh orang lain

Jenis-jenis Bacaan

Selama ini kita tidak menyedari bahawa terdapat beberapa jenis bacaan. Selama ini kita hanya

sekadar membaca tetapi tiada kesedaran untuk mengkaji jenis bacaan yang kita gunakan.

Susulan daripada itu beberapa jenis bacaan boleh kita lihat seperti berikut:

1. Bacaan Mekanis (Bersuara)

Bacaan mekanis ialah bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas

dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan

menggerakkan alat-alat pertuturan. Bacaan bersuara biasanya dilaksanakan di kelas-kelas

rendah atau pada peringkat kelas permulaan. Gunanya adalah untuk latihan teknik supaya

kanak-kanak dapat menyembunyikan bunyi-bunyi sebutan dengan sebutan, gaya, dan rentak

irama yang sempurna.

Tujuan

Bacaan mekanis mempunyai beberapa tujuan:

(a) Membolehkan murid-murid membaca dengan cekap dan pantas dengan sebutan dan

intonasi yang betul dan jelas.

(b) Membolehkan murid-murid membaca dengan irama membaca yang betul.

(c) Mengembangkan atau mempelajari unsur bahasa seperti tatabahasa, kosa kata dan juga

apabila menggunakan kamus.

(d) Membolehkan murid-murid tahu menggunakan tanda-tanda baca serta tahu pula berhenti

pada tempat-tempat berhenti yang betul.

Page 5: Kemahiran Membaca

2. Bacaan Mentalis (Senyap)

Membaca senyap atau membaca dalam hati (silent reading) ialah kegiatan membaca yang

melibatkan ingatan visual (visual memory) dan pengaktifan mata dan ingatan. Tujuan utama

membaca jenis ini adalah untuk memperoleh informasi dan pemahaman. Dibandingkan dengan

membaca nyaring, membaca dalam hati atau membaca senyap adalah lebih ekonomis, dan

dapat dilakukan di mana-mana sahaja.

Biasanya, membaca dalam hati atau senyap ini melibatkan dua jenis bacaan, iaitu membaca

insentif dan membaca ekstensif. Kedua-duanya mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Oleh itu,

bacaan senyap atau bacaan akaliah ialah bacaan yang disuarakan dalam hati atau menukar isi

bacaan kepada maknanya tanpa mengeluarkan suara. Kelajuan bacaan senyap lebih pantas

daripada bacaan bersuara kerana beberapa perkara yang dilakukan dalam bacaan bersuara

seperti nada suara, sebutan yang jelas dan sebagainya tidak diperlukan dalam bacaan senyap.

Bacaan senyap ini dijalankan sesudah murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan

bacaan bersuara.

3. Bacaan Intensif (Pantas dan Imbasan)

Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangkan kebolehan

dalam meneliti, memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Di samping itu,

ia memberi tekanan kepada kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan

penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan.

Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada

guru-guru terutama dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-

murid.

Bacaan intensif boleh juga boleh dibaca dengan pelbagai cara iaitu :

i. bacaan pantas

ii. bacaan imbasan (scanning).

Bacaan pantas adalah satu bentuk kegiatan membaca yang dilakukan dengan kadar kelajuan

tertentu dan tujuannya adalah untuk menjimatkan masa. Walau bagaimanapun, membaca yang

terlalu laju tidak semestinya baik. Sebaik-baiknya, kadar kelajuan membaca haruslah

disesuaikan dengan apa yang dibaca dan tujuan membaca ketika itu.

Page 6: Kemahiran Membaca

Membaca yang dilakukan dalam keadaan yang terlalu pantas akan menyebabkan pembaca

kehilangan isi-isi penting yang diperlukan atau gagal menggarap keseluruhan konsep yang

cuba diketengahkan. Walau bagaimanapun, membaca yang terlalu perlahan tidak pula

menguntungkan kerana hanya akan membazirkan masa. Membaca pantas hanya boleh berlaku

melalui bacaan senyap atau membaca dalam.

Ini kerana dalam bacaan kuat atau bersuara, pembaca akan menurunkan keupayaan membaca

mereka pada kadar kelajuan bercakap. Sewaktu membaca kuat, pembaca akan melibatkan

pergerakan bibir dan lain-lain alat pengucapan manusia.

Bacaan imbasan yang juga dikenali sebagai scanning pula adalah kegiatan membaca yang

dilakukan secara sepintas lalu. Hal ini disebut sebagai membaca tinjauan. Biasanya.sebelum

kegiatan membaca itu dilakukan, pembaca akan meneliti terlebih dahulu bahagian-bahagian

buku atau apa sahaja yang harus ditelaah. Hal ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat awal

dan gambaran keseluruhan tentang buku tersebut sebelum ia menjadi pilihan untuk dibaca.

Membaca sepintas lalu ini melibatkan pembaca memeriksa, meneliti indeks, melihat daftar kata

yang terdapat dalam buku tersebut. Kadang kala proses melihat-lihat, memeriksa dan meneliti

judul-judul bab juga dilakukan. Hal ini juga berlaku pada skema, rangka kasar buku, bahagian

bibliografi, kandungan prakata, pendahuluan, sinopsis, abstrak dan sebagainya

4. Bacaan Ekstensif

Membaca ekstensif ialah kegiatan membaca secara luas. Objeknya meliputi sebanyak mungkin

teks dalam jangka waktu yang singkat. Tujuan atau tuntutan kegiatan membaca ekstensif

adalah untuk memahami isi yang penting-penting dengan cepat dan ia menganjurkan aktiviti

membaca yang berkesan. Membaca ekstensif biasanya melibatkan perkara-perkara yang

berikut:

a. Membaca tinjauan (survey reading)

b. Membaca sekilas (skimming)

c. Membaca dangkal (superticial reading)

Membaca tinjauan (survey reading) dilakukan sebelum kita memulakan sesuatu bacaan.

Biasanya, kita akan meneliti apa yang akan kita telaah itu terlebih dahulu. Hal ini mungkin

melibatkan kita memeriksa, meneliti indeks dan daftar kata yang terdapat dalam buku-buku

tersebut atau mungkin kita akan melihat-lihat atau meneliti judul, bab, rangka besar, kandungan

Page 7: Kemahiran Membaca

dan sebagainya. Latar belakang pengetahuan seseorang akan menentukan tepat atau tidaknya,

cepat atau lambatnya tinjauan dapat dilakukan.

Membaca sekilas (skimming) adalah sejenis kegiatan membaca yang melibatkan mata

bergerak dengan cepat melihat, memperhatikan bahan-bahan bertulis untuk mencari dan

mendapatkan maklumat dan penerangan.

Skimming adalah satu bentuk kegiatan membaca yang dilakukan secara sekilas pandang.

Biasanya, melalui proses skimming, mata bergerak dengan cepat, melihat memerhatikan bahan

bertulis untuk mendapatkan maklumat atau penerangan dengan serta-merta.

Satu daripada tujuan membaca sekilas adalah untuk mendapatkan kesan umum daripada

sesebuah teks yang akan ditelaah. Pembaca mungkin akan melakukannya dengan jalan

meneliti halaman judul, kata pengantar, daftar isi, gambar dan diagram, indeks dan sebagainya.

Daripada tindakan begini, pembaca akan mendapat satu pandangan atau gambaran yang lebih

baik dengan mempelajari sifat, hakikat dan jangkauan buku tersebut, susunan dan

organisasinya.

Satu lagi tujuan membaca sekilas adalah untuk menemukan hal-hal tertentu. Lazim juga

digunakan untuk menemukan bahan-bahan daripada pusat sumber atau perpustakaan.

Membaca sekilas merupakan satu keterampilan yang sangat berfaedah sekiranya tidak

disalahgunakan. Sekiranya kita dapat menggunakan dengan bijaksana, iaitu menggunakannya

secara tepat dan cerdas, kita akan kagum betapa banyaknya maklumat dan fakta yang boleh

perolehi dalam satu jangka masa yang singkat.

Membaca dangkal yang disebutkan juga sebagai superficial reading adalah bertujuan untuk

mendapatkan pemahaman yang dangkal yang bersifat luaran atau tidak mendalam daripada

sesuatu bahan bacaan. Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti–

aktiviti membaca yang dilakukan di luar kelas. Bacaan ekstensif biasanya menitikberatkan

aspek pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran memaham dan menaakul isi bacaan,

meningkatkan kepantasan membaca. Membina dan mengukuhkan minat membaca dan

kebolehan memetik isi-isi penting.

5. Bacaan Rekreasi

Membaca rekreasi adalah satu lagi bentuk kegiatan membaca yang tidak melibatkan perahan

otak yang begitu serius. Bacaan jenis ini adalah untuk tujuan bersenang-senang dan dilakukan

dalam keadaan bersantai. Bahan-bahan bacaannya adalah yang terdiri daripada bahan-bahan

ringan yang dapat merangsang kepuasan dan menghiburkan. Lazimnya bahan-bahan yang

dibaca ialah komik, cerita-cerita pendek, informasi tertentu, berita, bahan sastera dan pelbagai

bentuk pengetahuan yang menyenangkan.

Page 8: Kemahiran Membaca

6. Bacaan Kritis

Bacaan kritis ialah kegiatan membaca yang dilakukan secara bijaksana, penuh ketelitian,

mendalam, evaluatif serta analitis. Bacaan tersebut tidak hanya tertumpu kepada kesalahan-

kesalahan atau kelemahan yang terdapat dalam bahan-bahan yang dibaca. Membaca kritis

biasanya berdasarkan keupayaan memahami yang tinggi.

Proses bemula dengan penggalian yang mendalam di bawah permukaan untuk menemukan

bukan hanya keseluruhan kebenaran tentang apa yang diperkatakan, tetapi juga menemukan

alasan-alasan mengapa penulis mengetengahkan perkara yang dibincangkan itu.

Istilah membaca kritis ini biasanya disamaertikan dengan apa yang disebut oleh Dawson (1963)

sebagai interpretive reading atau membaca intepretif atau creative reading, iaitu membaca

kreatif oleh Anderson (1972).

Tujuan Membaca

1. Tujuan membaca mekanis:-

a) Membolehkan murid-murid membaca dengan cepat dan pantas dengan sebutan dan intonasi

yang betul dan jelas.

b) Membolehkan murid-murid membaca dengan irama membaca yang betul.

c) Membolehkan murid-murid tahu menggunakan tanda-tanda baca serta tahu pula berhenti

pada tempat berhenti yang betul.

d) Dapat menggunakan kemahiran membaca dalam mata-mata pelajaran yang lain.

e) Untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan untuk membaca

bersuara.

2. Tujuan membaca senyap:-

a) Melatih murid-murid supaya boleh membaca dengan sendiri.

b) Melatih murid-murid supaya boleh membaca dan memahami apa yang dibacanya.

c) Melatih murid-murid membaca senyap dengan pantas.

d) Dapat menggunakan kemahiran membaca senyap untuk mendapatkan pengetahuan.

e) Dapat menggunakan kemahiran membaca senyap untuk hiburan.

3. Tujuan Bacaan Intensif

b) Membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik, betul dari segi sebutan, intonasi, lancar

dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik.

c) Mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang bertulis dalam bacaan itu dengan mengkaji

susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus.

d) Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya.

e) Menilai atau mengulas isi-isi yang diperolehi daripada bahan-bahan yang dibaca.

Page 9: Kemahiran Membaca

f) Mengesan, memahami dan menikmati unsur-unsur estetik dalam bahasa.

g) Mengenal pasti laras bahasa yang berbagai-bagai.

h) Membuat rumusan atau kesimpulan daripada apa yang dibaca dan sebagainya.

4. Tujuan Bacaan Ekstensif :

a) Membolehkan pelajar-pelajar membaca dengan cara tersendiri tanpa bimbingan secara

langsung daripada orang lain.

b) Membolehkan pelajar-pelajar membaca dengan fasih dalam bahasa yang mereka pelajari.

c) Memperkayakan bahasa dan perbendaharaan kata, struktur ayat dan lain-lain.

d) Menambah minat membaca

e) Mempertingkatkan mutu dan kepantasan membaca.

f) Memperkembangan daya kreatif dalam penggunaan bahasa, baik dalam bentuk prosa atau

puisi.

Teknik Membaca SQ3R

SQ3R ialah teknik membaca kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961). Teknik

tersebut merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal

kesesuaian maklumat yang terdapat dalam sesuatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang

perlu diselesaikan. SQ3R adalah singkatan bagi :

S (survey) - tinjau

Q (question) - soal/tanya

R (read) - baca

R (recite) - imbas kembali atau nyatakan secara lisan

R (review) - baca semula

Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa

yang terkandung di dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-

tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, dan

perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks. Di sini juga pelajar sebenarnya

menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming dan scanning.

Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu siri

soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan

tugasannya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang

ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan ianya menjadi garis panduan semasa membaca kelak.

Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut.

Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif

serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah disenaraiakannya

Page 10: Kemahiran Membaca

sebelum ini. Ketika membaca, pelajar mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan

tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan

pembacaan. Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang

ditemuinya.

Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga.Setelah selesai membaca, pelajar cuba

mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Pemilihan

maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya. Pelajar juga boleh cuba menjawab

soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada kepada nota atau bahan

yang telah dibaca.

Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca bahagian-bahagian

buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada soalan yang

dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang tertinggal.

Peringkat Kemahiran Membaca

Ada lima peringkat mengajar bacaan yang harus diketahui oleh guru-guru:

1. Peringkat menyediakan murid.

Apabila guru- guru menerima murid- murid baharu dalam setahun, biasanya guru itu mengajar

terus dengan rasminya akan pelajaran membaca dan menulis kerana telah direncanakan di

dalam jadual waktu.

Guru-guru tidak menyiasat terlebih dahulu adakah murid- murid mereka berkeadaan “sedia’

untuk menerima pelajaran yang akan disampaikan. Keadaan akan menjadi bertambah buruk

lagi apabila latar belakang murid- murid itu kurang kerana datangnya daripada rumahtangga

yang miskin pengalamannya berhubung dengan buku-buku, gambar-gambar dan huruf-huruf

tulisan sangat kurang.

Oleh sebab itu, kenalah guru-guru menyiasat terlebih dahulu akan sifat kesediaan murid- murid

mereka sebelum memulakan pelajarannya. Pada peringkat menyediakan murid ini, guru

terpaksalah memberikan perhatian kepada dua perkara yang dikira penting:

a. Perasaan murid - murid

Murid- murid yang baharu masuk sekolah akan mengalami perubahan alam keliling. Mereka

mulai beraa bimbang kerana berpisah daripada ibu bapa atau penjaganya dan tinggal di tempat

dan dikawasan yang berlainan daripada rumah mereka. Ketika itu mereka bercampur gaul

dengan kawan- kawan sebaya yang kebanyakkannya yang mereka tidak kenali. Jadi guru

mestilah bertimbang rasa dan memahami kesulitan dan perasaan mereka. Dalam minggu

pertama itu guru- guru sepatutnya cuba sedaya upaya mencari langkah- lagkah yang baik bagi

Page 11: Kemahiran Membaca

menawan hati murid- urid hingga tertanam perasaan kasih kepadanya, mearuh kepercayaan

kepada kata- katanya dan tidak menganggapnya sebagai orang asing.

b. Bahasa murid- murid

Kesukaran setengah- setegah guru mengajar membaca adalah kerana mereka itu kurang

menyiasat tentang kebolehan dan keberanian murid-murid bertutur dan berbahasa, menyatakan

perasaan dan fikiran masing-masing dalam bahasa kandungya.

Soal bahasa ini penting kerana bacaan adalah menyuarakan lambang-lambang bahasa itu.

Sekiranya bahasa murid-murid itu belum lengkap, pertuturannya belum kemas, dan sebutan

serta fahamannya belum sempurna, akibatnya kelak menyusahkannya membaca dan menulis.

Oleh itu guru sepatutnya terlebih dahulu menyiasat tentang bahasa murid-murid itu khasnya

tentang bahasa yang akan digunakan dalam pelajaran bacaan. Sekiranya perbendaharaan kata

yang dikehendaki itu belum ada, patutlah diajarkan melalui pelajaran lisan, cerita dan

sebagainya.

2. Peringkat mendirikan asas bacaan

Asas beerti satu permulaan atau tapak bagi satu-satu binaan. Dalam soal mendirikan asas

bacaan rumi bahasa Malaysia perkara-perkara seperti pemilihan ayat, rangkai kata, perkataan,

huruf-huruf dan suku kata berkehendakkan kajian yang mendalam dan teliti daripada pihak guru

supaya pelajaran yang disampaikan itu tidak membosankan murid-murid. Hal-hal di atas ini

berhubung rapat dengan alatan mengajar dan buku- buku bacaan yang sesuai. Selain daripada

papan tulis dan kapur putih, guru juga mestilah menyediakan kapur yang berwarna, papan

magnet, kad-kad imbasan yang telah tersedia bertulis, kad-kad perkataan suku kata dan ayat

serta gambar-gambar berwarna untuk menarik hati dan minat mereka.

3. Peringkat melatih membaca dan memaham

Bahan atau isi bacaan hendaklah sesuai dengan peringkat umur dan kecenderungan kanak-

kanak.guru janganlah hanya mementingkan sebutan suara dan kelancaran sahaja tetapi

mestilah juga sekaligus menyediakan soalan- soalan yang mudah untuk kefahaman. Jadi kita

tidak boleh pisahkan pelajaran bacaan dengan pelajaran bahasa Malaysia pada

keseluruhannya. Dalam hal ini, bacaan senyap hendaklah juga digalakkan supaya murid- murid

dapat melatih diri sendiri untuk menangkap maksud isi pelajaran yang dibaca.

Sebagaimana yang telah ditegaskan, tidaklah ada gunanya kanak- kanak membaca kalau

mereka tidak faham apa yang dibaca.

4. Peringkat membaca untuk hiburan dan mencari pengetahuan

Kanak- kanak yang mahir membaca akan terdorong hatinya untuk menggunakan kemahiran

memebacanya untuk menghiburkan hatinya. Oleh hal yang demikian tersangatlah mustahak

Page 12: Kemahiran Membaca

pada peringkat ini disediakan pelbagai buku cerita untuk menyempurnakan kehendak ini. Buku-

buku yang biasanya digemari oleh kanak- kanak ialah buku- buku yang mengandungi cerita-

cerita dongeng, cerita-cerita bergambar, cerita- cerita binatang, cerita- cerita jenaka dan

sebagainya. Buku-buku cerita itu seharusnya janganlah terlalu panjang atau susah hendak

difahami. Kanak-kanak yang kurang tertarik dengan buku-buku yang bahasanya yang terlalu

tinggi dan susah dibaca.

Untuk mendapat pengetahuan pula, sekolah harus memperbanyakkan lagi buku- buku seperti

itu dan pemilihannya harus bersesuaian dengan minat dan umur murid. Amatlah mustahak

perkara- perkara ini dipertimbangkan kerana pemilihan yang tepat akan menggalakkan minat

murid untuk terus membaca.

5. Peringkat membina sikap gemar membaca

Sikap suka belajar patut ada pada murid- murid yang baharu datang ke sekolah tetapi hidup

matinya sikap itu adalah bergantung kepada pengajaran guru. Sikap ini bukanlah dipelihara

semasa murid- murid baharu belajar membaca tetapi sebenarnya berjalan sepanjang masa,

sama dengan peringkat- peringkat yang lain juga. Bahan- bahan pelajaran yang menarik dan

disusun dengan cermat, teknik mengajar yang baik, kaedaqh yang baik adalah di antara rahsia

bagi mendirikan sikap ini. Oleh itu tersangatlah mustahak guru- guru berhati- hati memilih

bahan –bahan pelajarannya, buku- buku bacaannya , kaedah mengajarnya dan lain- lain

supaya terbina dan terpelihara sikap’ sentiasa gemar membaca’ itu.

Peringkat Pemahaman

Terdapat beberapa peringkat pemahaman dalam kemahiran membaca ini. Peringkat tersebut

adalah seperti yang berikut :

1. Mengecam atau mengenal lambang atau perkataan yang dilihat.

2. mengaitkan lambang atau perkataan tersebut dengan bunyi atau makna.

3. Menterjemahkan makna perkataan itu dengan mengaitkan dengan maklumat yang sedia ada

dalam pemikiran.

4. mengumpul dan mencantumkan idea, perkataan dan ayat sehingga menjadi sebuah idea

yang lengkap.

5. Menghuraikan dan mengelaskan idea yang dibaca dalam bentuk penceritaan semula,

menjawab soalan pemahaman dan penulisan biasa dan penulisan kreatif.

Kecekapan Berbahasa dalam Kemahiran Membaca.

Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan pelajar membaca dengan sebutan, intonasi,

jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan

kemahiran menggunakan pelbagai teknik membaca untuk tujuan menimba ilmu pengetahuan

Page 13: Kemahiran Membaca

dan memperoleh maklumat daripada pelbagai bahan bacaan. Kecekapan berbahasa bagi

kemahiran membaca adalah seperti berikut:

a. Membaca secara bersuara/kuat dengan penyebutan dan intonasi yang betul dan juga

kelancaran yang sesuai.

b. Memetik isi-isi penting sama ada isi tersurat atau tersirat yang termuat dalam bahan bacaan

dengan cepat dan tepat.

c. Memperkaya dan memperluas perbendaharaan kata pelajar supaya meninggikan daya

mengerti dan juga menggunakan dengan betul perkataan/frasa dalam konteks ayat.

d. Mentafsir suatu bahan yang dibaca dengan tepat dan menyatakan tafsirannya dengan

menggunakan perkataan sendiri seberapa banyak yang mungkin dengan jelas.

e. Menghayati bahan sastera Melayu dalam bentuk prosa dan puisi.

Cara Meningkatkan Kemahiran Membaca.

Kegiatan pembelajaran yang sesuai dijalankan oleh guru untuk meningkatkan kemahiran

membaca dalam kalangan pelajar.

a. Membaca dengan nada yang kuat dan menegaskan penyebutan, intonasi yang betul, dan

lancar.

b. Membaca secara senyap dan pantas untuk memahami fakta, idea, isi penting, nilai

pengajaran, tema, dan rumusan yang terkandung dalam pelbagai bahan bacaan.

c. Mencari erti atau maksud perkataan, frasa, simpulan bahasa, dan peribahasa yang wujud

dalam sesuatu petikan.

d. Menjawab soalan sama ada dalam bentuk lisan atau bertulis untuk menguji

kebolehan mengerti dengan menggunakan perkataan sendiri.

e. Memberi tugasan kepada pelajar untuk membaca petikan (sama ada daripada akhbar, novel,

cerpen, majalah, dan sebagainya) dan membuat ulasan untuk menunjukkan pemahamannya ke

atas petikan tersebut.

f. Membaca petikan kesusasteraan Melayu (prosa dan puisi) untuk memahami dan menghayati

keindahannya.

Prinsip-prinsip Kemahiran Membaca.

Kegiatan membaca dan kefahaman haruslah dijalankan berasaskan prinsip berikut:

a. Penyebutan dan intonasi haruslah diberi penegasan yang wajar dalam latihan membaca

dengan bersuara, dan melibatkan pelajar dalam pengenalpastian dan pembetulan kesalahan.

b. Dalam latihan perbendaharaan kata, petikan berkenaan hanya digunakan sebagai konteks

sahaja, dan contoh-contoh patutlah dilanjutkan ke luar petikan. Penekanan yang wajar mestilah

Page 14: Kemahiran Membaca

diberi kepada penggunaan perkataan/frasa dalam ayat yang betul selain penentuan

erti/maksudnya.

c. Bacaan tambahan Bahasa Malaysia harus digalakkan dengan memperkenalkan sumber lain

seperti surat khabar, majalah, novel, cerpen, dan sebagainya kepada pelajar. Guru juga boleh

memperuntukkan satu masa khas untuk tujuan di atas dalam setiap minggu. Pelajar didorong

untuk mencatatkan perkataan/frasa baru yang dipelajari dalam kamus sendiri.

d. Untuk mengelakkan aktiviti bacaan dan kefahaman menjadi sesuatu yang membosankan,

isu-isu semasa dan topik-topik hangat juga harus dijadikan bahan bacaan.

e. Latihan penggunaan kamus dengan cekap untuk mencari erti atau penggunaan perkataan

tertentu harus dititik berat.

f. Soalan kefahaman mestilah juga menguji kebolehan pelajar untuk merumus, menganalisis

dan menilai dan boleh mengaitkan sesuatu di luar petikan misalnya memerlukan pelajar

mengemukakan pandangan terhadap sesuatu.

KEMAHIRAN LISAN, KEMAHIRAN MEMBACA, KEMAHIRAN MENULISObjektif mengajar kemahiran mendengar dan bertutur

Objektif kemahiran bertutur

(a) menyebut dengan jelas;

(b) menyampai atau melahirkan pendapat peribadi;

(c) melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian dengan tepat;

(d) memberi penerangan dan al asan;

(e) menunjuk arah;

(f) membina soalan untuk mencari maklumat;

(g) bertemu ramah;

(h) bertukar-tukar pendapat dan maklumat;

(i) bertutur secara bertatasusila; dan

(j) bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan situasi.

Objektif kemahiran mendengar

Page 15: Kemahiran Membaca

(a) memperoleh idea;

(b) mencari isi-isi penting;

(c) melakukan arahan/ tindak balas;

(d) mengenal pasti perkara yang berhubungan dan tidak berhubungan;

(e) mengenal pasti isi-isi yang tersirat;

(f) mentafsir makna-makna yang te rsirat,

(g) mengenal pasti ‘mood’ penutur, suasana, dan keadaan/ konteks, dan

(h) mengesan ‘pengaruh’ penutur sama ada menggunakan logik atau propaganda,

iaitu seperti memberi yang baik sahaja, menggunakan nama orang-orang

terkemuka atau mengulang sebut apa yang diperkatakan.

Faktor yg mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran mendengar dan bertutur

Ada beberapa faktor yang boleh mempengaruhi pertuturan iaitu :-

a)Faktor Kecerdasan: Ini bermaksud kecerdasan otak yang dihubungkan dengan kemampuan menghasilkan bahasa.

b)Faktor Kesihatan: Ini bermaksud jika seseorang kanak-kanak itu mendapat sakit berlanjutan di masa kecil, penguasaan bahasa mereka akan terganggu. Biasanya kanak-kanak yang lemah dan sakit tidak mempunyai kekuatan untuk berfikir dan bercakap.

c)Faktor Fizikal: Pertuturan biasanya terhasil daripada organ-organ vokal manusia. Jika secara fizikalnya didapati organ-organ ini rosak atau tidak lagi berfungsi maka sudah pasti kanak-kanak itu tidak boleh bertutur dengan baik.

d)Faktor Alam Sekeliling: Biasanya faktor taraf sosioekonomi dan perhubungan keluarga boleh mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak.

e)Faktor Jantina: Melalui kajian-kajian yang telah dijalankan didapati kanak-kanak perempuan lebih dahulu bercakap daripada kanak- kanak lelaki. Ini disebabkan oleh perkembangan jasmani kanak- kanak perempuan yang berkaitan dengan urat saraf pertuturan mereka berlaku lebih cepat daripada kanak-kanak lelaki.

Faktor mempengaruhi kemahiran mendengar:

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kemahiran mendengar.

Page 16: Kemahiran Membaca

Antaranya ialah faktor fizikal. Kanak-kanak normal mempunyai deria pendengaran yang semula jadi sejak ia dilahirkan. Peringkat kemahiran ini berbeza antara seseorang. Ada yang mempunyai pendengaran yang tajam dan ada yang sebaliknya walaupun mereka tidak tergolong dalam cacat pendengaran.

Faktor yang kedua ialah faktor jantina. Terdapat perbezaan kemahiran antara mendengar antara kanak-kanak lelaki dan perempuan, misalnya kanak-kanak lelaki yang berumur antara 7-9 tahun lebih lemah kefahaman mendengar berbanding dengan kanak-kanak perempuan yang sebaya dengannya.

Faktor yang ketiga ialah status sosioekonomi. Letar belakang keluarga, termasuk kemudahan di rumah dan interaksi antara ahli-ahli keluarga mempengaruhi kebolehan mendengar kanak-kanak. Latar belakang keluarga juga boleh mempengaruhi emosi kanak-kanak. Kanak-kanak yang terganggu emosinya tidak akan dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang didengar.

Fakor yang keempat ialah faktor bunyi. Semasa mendengar biasanya seseorang itu diganggu oleh pelbagai jenis bunyi seperti bunyi bising yang boleh mempengaruhi kebolehan mendengarnya.

Faktor yang kelima dan terakhir ialah faktor mental. Kemahiran mendengar berkait rapat dengan daya pemikiran seseorang kerana sesuatu yang didengar melalui deria telinga akan melalui proses mental untuk mendapat tindak balas. Tahap pemikiran kanak-kanak akan mempengaruhi kecekapan mereka mendengar.

Faktor yg perlu diambil kira sebelum membina bahan P&P

1. Kemahiran yang ingin diajarkan.2. kandungan pelajaran3. tujuan utama ABM tersebut di bina4. kepelbagaian fungsi ABM5. ABM kekal, tidak mudah rosak dan mesra murid

Murid dikehendaki melaporkan sesuatu peristiwa. Bagaimanakah caranya menyusun mengikut urutan?

1)kronologi (masa atau peristiwa)

2) keutamaan atau kepentingan

3) kata tanya (siapa,apa, dimana, bagaimana n mengapa)

4) kategori atau ciri

Nota tentang bacaan mentalis, mekanis, intensif dan ekstensif.

Bacaan Mentalis

Page 17: Kemahiran Membaca

Bacaan mentalis ialah bacaan yang disuarakan dalam hati atau menukarkan isi bacaan kepada maknanya tanpa mengeluarkan suara. Kelajuan bacaan mentalis lebih pantas daripada bacaan mekanis kerana beberapa perkara yang dilakukan dalam bacaan mekanis seperti nada suara, sebutan yang jelas dan sebagainya tidak diperlukan dalam bacaan mentalis. Bacaan mentalis ini dijalankan sesudah murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan bacaan mekanis.

Tujuan

(a) Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dengan sendiri.

(b) Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dan memahami apa yang dibacanya,

(c) Untuk melatih murid-murid membaca senyap dengan pantas.

(d) Dapat menggunakan kemahiran membaca senyap untuk mendapatkan pengetahuan.

(e) Dapat menggunakan kemahiran membaca mentalis untuk hiburan.

Aktiviti bacaan mentalis

(a) Bacaan ini adalah bacaan untuk kefahaman.

(b) Bahan-bahan yang diajar mestilah berperingkat-peringkat daripada bahan-bahan yang sedikit dan senang kepada bahan-bahan yang banyak dan susah.

(c) Guru memberi dan menentukan bahan bacaan. Semasa pelajaran dijalankan guru membantu dan memandu murid-murid yang lemah.

(d) Guru bersoal jawab dan membincangkan perkataan dan rangkai kata yang susah.

Bacaan Mekanis

mekanis ialah bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan menggerakkan alat-alat pertuturan. Bacaan bersuara biasanya dilaksanakan di kelas-kelas rendah atau pada peringkat kelas permulaan. Gunanya adalah untuk latihan teknik supaya kanak-kanak dapat menyembunyikan bunyi-bunyi sebutan dengan sebutan, gaya, dan rentak irama yang sempurna.

Tujuan

Bacaan mekanis mempunyai beberapa tujuan:

(a) Membolehkan murid-murid membaca dengan cekap dan pantas dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.

Page 18: Kemahiran Membaca

(b) Membolehkan murid-murid membaca dengan irama membaca yang betul.

(c) Mengembangkan atau mempelajari unsur bahasa seperti tatabahasa, kosa kata dan juga apabila menggunakan kamus.

(d) Membolehkan murid-murid tahu menggunakan tanda-tanda baca serta tahu pula berhenti pada tempat-tempat berhenti yang betul.

(e) Dapat menggunakan kemahiran bahasa dalam mata-mata pelajaran yang lain.

(f) Untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan membaca bersuara.

(g) Dapat mengenal pasti laras bahasa yang pelbagai.

(h) Menikmati unsur estetik dalam bahan bacaan.

(i) Dapat mengulas isi yang terdapat dalam bahan bacaan.

Aktiviti bacaan mekanis

Antara cadangan aktiviti bacaan mekanis;

(a) Guru memberikan satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan, sesuai dengan kebolehan dan umur murid-murid.

(b) Bersoal jawab dan membantu murid-murid dengan perkataan-perkataan dan rangkai kata yang susah sama ada dari segi sebutan atau makna perkataan-perkataan itu.

(c) Guru membaca sebagai contoh dan murid-murid menyemak bacaan guru.

(d) Guru membaca dan murid-murid mengikut. Boleh dilakukan secara kelas atau kumpulan.

(e) Guru memandu murid-murid membaca secara individu bergilir-gilir.

(f) Guru berbincang dan bersoal jawab dengan murid-murid mengenai isu bacaan untuk menguji kefahaman mereka. Ini boleh dilakukan secara lisan dan bertulis.

Bacaan intensif

Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Di samping itu, ia memberi tekanan kepada kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan. Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru terutama dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid.

Page 19: Kemahiran Membaca

Konsep

(a) Ia merupakan satu kegiatan membaca yang dikaitkan dengan usaha melanjutkan lagi perkembangan pembelajaran bahasa pelajar di bawah pimpinan guru.

(b) Ia memberi asas untuk pengajar memberi penjelasan atau keterangan mengenai struktur yang sukar dan juga memberi asas untuk memperkembangkan perbendaharaan kata.

(c) Ia dikaitkan dengan aktiviti mengkaji ciri-ciri tatabahasa iaitu susunan kata dalam ayat dan pengertian menurut kamus yang ditemui oleh pelajar dalam bacaannya.

(d) Ia mengembangkan lagi usaha mengawal penggunaan bahasa dalam pertuturan dan tulisan.

(e) Gerak laju dan kelainan latihan adalah dianggap amat penting.

Tujuan

(a) Untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik. Betul dari segi sebutan, intonasi, lancar dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik.

(b) Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan itu dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus.

(c) Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya.

(d) Menilai atau mengulas isi-isi yang diperolehi daripada bahan-bahan yang dibaca.

(e) Mengesan, memaham dan menikmati unsure-unsur estetik dalam bahasa.

(f) Mengenalpasti laras bahasa yang berbagai-bagai.

(g) Membuat rumusan atau kesimpulan daripada apa yang dibaca dan sebagainya.

Aktiviti bacaan intensif

(a) Bahan-bahan bacaan intensif ini bolehlah dibincangkan bersama oleh pelajar-pelajar dalam kelas, kadang-kadang dianalisa dan seterusnya dijadikan asas untuk latihan-latihan menulis.

(b) Pelajar-pelajar patut dibenarkan menggunakan kamus atau sebuah buku teks rujukan tatabahasa.

(c) Aktiviti dalam kelas hendaklah ditukar setiap hari. Hari pertama misalnya, mengkaji perkataan dengan menggunakan imbuhan, hari kedua ‘latihan perkamusan’, hari

Page 20: Kemahiran Membaca

ketiga ‘latihan meneka maksud mengikut konteks’, hari keempat ‘membaca dengan laju’ dan sebagainya.

(d) Soalan-soalan untuk bahan Bacaan Intensif boleh dipelbagaikan iaitu bentuk objektif, bentuk salah betul, bentuk lisan ataupun bentuk jawapan bertulis.

(e) Segala kajian harus dibuat secara mendalam.

Bacaan Ekstensif

Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti membaca yang dilakukan di luar kelas. Bacaan ekstensif biasanya memberi tumpuan kepada beberapa aspek terutamanya menitikbemtkan aspek pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran memaham dan menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca, membina dan mengukuh minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting. Mengikut kebiasaannya, melalui bacaan ekstensif ini murid akan dapat kepuasan dan keseronokan di samping berpeluang menimba ilmu pengetahuan.

Nota tentang pendekatan induktif, deduktif, eklektik dan komunikatif

Pendekatan induktif bermula dariapada spesifik kepada umum . Menurut J.M Kierzek dan W.Gibson (1960), pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi. Pendekatan Induktif melibatkan pengumpulan dan pentafsiran maklumat-maklumat yang kemudiannya setiap maklumat ini akan berubah kepada kesimpulan. Murid dibimbing oleh guru bagaimana untuk berfikir, mengkaji, mengenalpasti seterusnya mentafsir maklumat untuk membuat generalisasi/kesimpulan. Pengajaran dan pembelajaran melibatkan seseorang guru boleh membanu pelajar menguasai konsep atau generalisasi berasaskan pemerhatian atau contoh-contoh yang diperoleh. Selain dalam matapelajaran Bahasa Melayu, matapelajaran lain juga menggunakan pendekatan ini iaitu seperti matapelajaran Matematik dan Sains banyak menggunakan pendekatan induktif.

Menurut B.Seaton(1982), pembelajaran melalui pendekatan ini disamakan dengan seorang murid mengalami proses mental yang mana ia memerhati peristiwa tertentu untuk memperoleh satu kesimpulan. Antara prinsip-prinsip penggunaan pendekatan induktif adalah menggunakan contoh-contoh yang relevan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah sebagai rujukan kepada murid untuk lebih memahami apa yang cuba disampaikan oleh guru. Setiap guru boleh menggunakan gambar, video ataupun hasil karya dalam penyampaian maklumat kepada murid-murid. Murid-murid juga digalakkan mengemukakan contoh-contoh yang diketahui oleh mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Selain itu, soalan-soalan akan disediakan untuk membimbing murid membuat kesimpulan. Soalan-soalan ini adalah berkaitan dengan contoh-contoh yang telah dipertunjukkan kepada murid-murid. Sebagai contoh, Bagaimanakah anda menghadapi situasi banjir di rumah?. Seterusnya, guru perlu memberikan peluang kepada pelajar untuk memerhati dan menganalisis contor agar generalisasi dapat dibuat. Untuk lebih memudahkan murid menguasai peraturan-peraturan umum yang diperoleh daripada

Page 21: Kemahiran Membaca

fakta ataupun contoh khusus, guru perlulah merancang aktiviti berkisar daripada contoh yang telah diberikan. Secara umumnya, jenis pendekaran induktif digunakan bergantung pada hasil pembelajaran yang diinginkan.

Pendekatan deduktif merupakan jenis pengajaran yang bermula daripada umum kepada spesifik. Pendekatan ini merujuk kepada satu pembelajaran dimana pelajar bermula dengan hukum yang umum dan digunakan dalam kes-kes tertentu. Strategi Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana murid perlu memperolehi kefahaman yang mendalam /mencukupi serta berupaya memilih rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi pada contoh-contoh khusus.

Pendekatan ini mengasaskan pengajaran dan pembelajaran murid kepada hukum-hukum atau tertentu. Pendekatan ini bermula dengan melihat hukum-hukum atau mempelajari peraturan tertentu dan dari sini pembelajaran akan diteruskan dengan menganalisis hukum-hukum melalui contoh atau mengaplikasikan peraturan yang telah diberikan. Secara ringkasnya, seorang guru akan mengemukakan satu konsep, hukum atau kesimpulan dengan menerangkan definisi sebelum memberikan beberapa contoh untuk memperjelas kefahaman. Pelajar perlu menaakul untuk mendapatkan contoh tertentu daripada peraturan umum.

Pendekatan eklektik menggunakan dua atau lebih kaedah yang menggabungkan segala ciri yang baik daripada pendekatan tersebut dan menggunakannya dalam satu-satu pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan eklektik dihasilkan dengan menggunakan gabungan pendekatan indukif dan deduktif. Pendekatan ini sesuai untuk kelas yang mempunyai pelajar pelbagai kebolehan. Ada kala kaedah induktif lebih sesuai digunakan untuk segelintir murid manakala ada pula murid yang akan memahami dengan jelas melalui kaedah deduktif.

Sebagai contoh, guru boleh memulakan P&P dengan memberikan contoh dan diikuti dengan kesimpulan. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran boleh diakhiri dengan memberikan contoh diikuti dengan generalisasi. Proses ini lebih menyerupai kepada pendekatan induktif. Jika guru memulakan pelajaran dengan memberikan peraturan atau generalisasi diikuti dengan contoh dan kemudian diakhiri dengan penerangan tentang peraturan, maka ianya lebih kepada pendekatan deduktif. Strategi pengajaran menggunakan pendekatan eklektik boleh dilakukan dengan dua cara iaitu mirip kepada pendekatan induktif ataupun P&P yang lebih mirip kepada pendekatan deduktif. Pendekatan ini banyak digunakan dalam pengajaran Sains danMatematik. Guru boleh mengaplikasikan strategi Pusatan guru, Pusatan murid, Pusatan bahan dalam P&P. Kebanyakkan guru akan menggunaka pendektan ini dalam aktiviti pemulihan dan pengayaan.

Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang berpusatkan murid iaitu berfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikasi iaitu seperti meminta maaf, bercerita ataupun melapor. Situasi ini berlaku dalam amalan masyarakat sehari-harian. Melalui pendekatan ini, penekanan tentang penyerapan bentuk gramatikal adalah untuk tujuan komunikasi.Pendekatan ini wujud kerana pendekatan lain lebih mementingkan penguasaan bahasa pada peringkat membina ayat-ayat yang betul secara pencilan yang terkeluar daripada konteks wacana. Hasilnya, pekajar tidak akan menguasai kecekapan berkomunikasi. Penguasaan komunikasi adalah perlu

Page 22: Kemahiran Membaca

agar pelajar dapat membuat pemilihan struktur ayat yang betul mengikut konteks bahasa.

Prinsip-prinsip pendekatan komunikatif ini adalah berkaitan dengan pengetahuan murid dalam aktiviti yang akan dilakukan . Setiap guru haruslah merancang terlebih dahulu aktiviti agar murid dapat menggunakan bahasa dalam berkomunikasi. Selain itu, pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana dan guru perlu mengajar bahasa yang melampaui batas ayat agar pelajar dapat berkomunikai secara berkesan. Pengajaran bahasa lebih mengikut proses komunikasi sebenar iaitu seperti perbualan dalam kehidupan sehari-harian.

Kebolehan pelajar melibatkan diri dalam situasi pengajaran dan pembelajaran bermakna di dalam bilik darjah merupakan kehendak standard untuk setiap warganegara yang bertanggungjawab dalam masyarakat moden dan demokratik.Kita harus melahirkan pelajar sebagai pemikir berkesan dan ini merupakan matlamat penting dalam dunia pendidikan. Jika kita inginkan murid bertidak secara efektif dalam setiap aktiviti yang dianjurkan, maka kita perlu menyesuaikan pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Bacaan skimming

Bagaimana Melakukan skimming?

Skimming dilakukan dengan cara membaca judul bab, sub bab, dan beberapa alinea pertama dalam setiap bab-nya. Jika buku tersebut memuat kesimpulan dalam tiap bab, maka anda dapat pula membaca sekilas ringkasan tadi.

Fungsi skimming adalah mendapatkan idea utama tentang topik bacaan, bukan detailnya. Jadi skimming dapat dikatakan berhasil jika anda boleh mendapatkan idea pokok dan boleh membayangkan apa yang dibahas dalam keseluruhan isi buku secara umum.

Proses skimming ini sangat berharga sebelum anda membaca secara mendalam halaman demi halaman. Dengan skimming anda mempersiapkan otak untuk menghadapi bahan bacaan yang sesungguhnya. Selain itu skimming juga berguna menciptakan rasa ingin tahu, memastikan apakah buku yang akan dibaca sesuai dengan yang diharapkan, dan mendapatkan pokok cerita.

Fungsi Skimming

Selain untuk melakukan pembacaan sekilas, skimming juga berguna dalam banyak proses membaca lainnya. Adapun beberapa alasan mengapa skimming dapat dilakukan tanpa harus terlalu khawatir kehilangan makna adalah:

-Kebanyakan kalimat hanya memiliki beberapa kata penting yang menjadi pembentuk strukturnya. Dengan menghilangkan kata-kata lain yang tidak terlalu penting, maka makna kalimat sudah dapat ditangkap tanpa harus kehilangan makna sesungguhnya. Pada kesempatan yang akan datang saya akan membahas hal ini yang dikenal pula dengan nama telegraphic reading.

Page 23: Kemahiran Membaca

- Dalam bahan bacaan yang cukup tebal, tidak semua bahagian memiliki tingkat kesulitan yang sama. Ada bahagian tertentu yang memang relatif lebih ringan dan mudah dipahami dibandingkan dengan bagian yang lain. Bahagian yang ringan dapat dibaca dengan sangat cepat lewat skimming sedangkan bagian yang lebih sulit dibaca secara lebih lengkap dan teliti.

- Ada kata-kata tertentu yang sangat penting dan berperan dalam membentuk struktur kalimat yakni subjek dan predikat. Masing ingat pelajaran bahasa Indonesia dulu? Subjek-Predikat-Objek-Keterangan (SPOK)? Dengan menguasai struktur kalimat dalam bahan bacaan dan menguasai terutama Subjek dan Predikat, maka inti bacaan sudah dapat dikenali. Karena itu, berfokuslah pada kata benda dan kata kerja. Selain itu, kuasai pula kata-kata penghubung yang bisa mengubah makna kalimat secara nyata jika kata-kata tersebut dihilangkan. Kata-kata tersebut antara lain: tidak, bukan, meskipun, akan tetapi, sebaliknya, pada sisi yang lain, dst.

Proses Skimming

Karena skimming berguna untuk mendapatkan gambaran umum suatu bahan bacaan, maka perlu koordinasi yang baik ketika melakukan skimming dengan otak yang aktif bertanya, menganalisa, membandingkan, serta membuat kesimpulan.

Oleh karena itu, jangan dianggap skimming seperti membaca sambil lalu. Sebaliknya, dibutuhkan proses membaca aktif di mana semua indera yang terlibat bekerja, mulai dari mata, otak, bahkan indra lain seperti penciuman dan pendengaran. Membaca aktif adalah ketika Anda seolah-olah masuk ke dalam bahan bacaan itu sendiri dan bisa mendengar, mencium serta merasakan apa-apa yang dituliskan.

Berikut adalah bagian-bagian penting yang perlu diperhatikan ketika melakukan skimming:

• Baca cover atau jacket buku yang biasanya menjelaskan tema besar buku tersebut dan mengapa buku tersebut penting buat Anda

• Baca kata pengantar. Banyak orang malas membaca pengantar karena dianggap basa-basi. Hal tersebut keliru. Kata pengantar seringkali sangat penting karena penulis biasanya menjelaskan proses penulisan buku tersebut dari awal sampai selesai serta pendekatan yang digunakannya. Dari kata pengantar Anda bisa mendapat gambaran apakah buku yang sedang dipegang memang layak untuk dibaca sampai selesai atau sebenarnya tidak penting buat Anda. Bagian yang berupa ucapan terima kasih, penghargaan dan sejenisnya bisa dilewatkan.

• Baca daftar isi. Ya, banyak orang juga melewati bagian ini dan langsung melompat ke bab pertama. Ingat, daftar isi memberi gambaran struktur pembahasan dalam buku. Ini akan membantu Anda menguasai bahan bacaan dalam konteks yang besar dan lengkap. Selain itu, tidak setiap bab penting untuk dibaca. Ada bab-bab yang bisa jadi sudah Anda pahami dari buku-buku yang pernah dibaca sebelumnya sehingga bisa dilewatkan atau dibaca sekilas saja. Energi yang lebih besar nantinya dapat difokuskan pada informasi baru yang memang perlu Anda kuasai dari bahan bacaan tersebut.

Page 24: Kemahiran Membaca

• Baca judul bab, sub judul dan heading. Amati diagram, gambar dan keterangan tambahan. Secara cepat baca setiap halaman hanya 1-2 detik saja. Baca judul bab, sub judul, heading serta amati secara singkat gambar atau diagram yang menjadi penjelas bab tersebut. Dapatkan ide pokok hanya dari judul tadi. Ingat, Anda juga telah menguasai struktur penulisan ketika mempelajari daftar isi sebelumnya.

Kaedah ini mementingkan membunyikan bunyi-bunyi bacaan dan bunyi ayat melalui gambar. Apakah nama kaedah tersebut.

Kaedah pandang sebut - kaedah membunyikan perkataan dan membunyikan ayat melalui gambar

Tujuan teknik KWLH

1) Tujuan teknik KWLH ialah membaca secara kritis

2) mengaitkan pengalaman yang sedia ada dengan perkara yang dibaca.

3) mengaitkan minat membaca perkara-perkara yang hendak diketahui.

4) mengenal pasti perkara-perkara yang sudah dipelajari dan perkara-perkara tambahan yang perlu diketahui lagi.

5) meningkatkan pemahaman pembaca berkenaan sesuatu bahan yang dibaca.

Tujuan objektif pengajaran di dalam kelas. Tujuan guru mengajar:

Tujuan objektif pengajaran :

1) menyedarkan semua pihak yang terlibat dalam pendidikan bahawa segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan itu tidak dilakukan secara sambil lewa atau sewenang-wenangnya.

2) Objektif pengajaran menggariskan dengan jelas arah pengajaran dan memberi panduan kepada penggubal soalan peperiksaan dari segi bentuk dan kandungannya.

3) membantu guru mengenalpasti apa yang hendak diajar dan memandu mereka dalam membuat pemilihan kaedah/strtegi pengajaran-pembelajaran termasuk jenis-jenis bantuan teknologi pendidikan yang sesuai digunakan.

4) memberi asas kepada guru dalam menilai pelaksanaan rancangan pengajaran, keberkesanan pengajaran dan pencapaian (prestasi) pelajar-pelajar, memberi asas kepada guru dalam melaksanakn pengajaran pemulihan atau penggayaan kepada pelajar-pelajar yang memerlukannya.

Page 25: Kemahiran Membaca

5) menyedarkan pelajar-pelajar tentang apa yangdiharapkan dicapai oleh mereka pada akhir pembelajaran, justeru diharap mereka akan lebih peka dalam mempertingkatkan pembelajaran.

Tujuan penentuan langkah:

-Mengurangkan pembaziran masa

-Memfokuskan guru kepada bidang diajar dan isi yang cukup dalam tempoh waktu yang diperuntukkan;

- Membolehkan guru menghadapi murid dengan yakin dan

-Membantu guru mengingati isi pelajaran yang disampaikan.

Binaan instrument penilaian (ujian &peperiksaan)

Penilaian pendidikan adalah proses pengumpulan dan pengolahan informasi untuk menentukan pencapaian hasil belajar peserta didik. Untuk itu, diperlukan standar penilaian. Standar penilaian pendidikan adalah standar nasional pendidikan yang berkaitan dengan mekanisme, prosedur, dan instrumen penilaian hasil belajar peserta didik.

Tulisan tentang Standar Penilaian Pendidikan ini saya dasarkan pada lampiran permendiknas 20/2007. Ada 4 (empat) tulisan/judul posting yang merupakan satu rangkaian:

Jenis Penilaian

Prinsip Peniliaian

Teknik dan Instrumen Penilaian

Mekanisme dan Prosedur Penilaian

Teknik dan Instrumen Penilaian

1. Penilaian hasil belajar oleh pendidik menggunakan berbagai teknik penilaian berupa tes, observasi, penugasan perseorangan atau kelompok, dan bentuk lain yang sesuai dengan karakteristik kompetensi dan tingkat perkembangan peserta didik.

2. Teknik tes berupa tes tertulis, tes lisan, dan tes praktik atau tes kinerja.

3. Teknik observasi atau pengamatan dilakukan selama pembelajaran berlangsung dan/atau di luar kegiatan pembelajaran.

4. Teknik penugasan baik perseorangan maupun kelompok dapat berbentuk tugas rumah dan/atau proek.

Page 26: Kemahiran Membaca

5. Instrumen penilaian hasil belajar yang digunakan pendidik memenuhi persyaratan (a) substansi, adalah merepresentasikan kompetensi yang dinilai, (b) konstruksi, adalah memenuhi persyaratan teknis sesuai dengan bentuk instrumen yang digunakan, dan (c) bahasa, adalah menggunakan bahasa yang baik dan benar serta komunikatif sesuai dengan taraf perkembangan peserta didik.

6. Instrumen penilaian yang digunakan oleh satuan pendidikan dalam bentuk ujian sekolah/madrasah memenuhi persyaratan substansi, konstruksi, dan bahasa, serta memiliki bukti validitas empirik.

7. Instrumen penilaian yang digunakan oleh pemerintah dalam bentuk UN memenuhi persyaratan substansi, konstruksi, bahasa, dan memiliki bukti validitas empirik serta menghasilkan skor yang dapat diperbandingkan antarsekolah, antardaerah, dan antartahun.

Tujuan penulisan (sebab guru mengajar di sekolah)

Terbahagi kepada 2

1. Tujuan serta merta2. Tujuan lanjut

TUJUAN SERTA MERTA

1. Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak menulis dengan baik, cekap dan pantas

2. Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan dengan pantas dan menyusun ayat-ayat dengan betul dan boleh difahami oleh pembaca

3. Kanak-kanak mengulangi pelajarannya dengan cara membaca tulisan-tulisan yang tercatat atau mebaca buku-buku luar untuk menambahkan lagi isi bacaannya.

TUJUAN LANJUT

1. Meluaskan pengetahuan, pengalaman, perhubungan dan matlamat menerusi penulisan2. Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan perasaan3. Menyediakan mereka dengan pengetahuan

Matlamat utama penulisan

Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif yang menggunakan bahasa yang gramatis dan laras yang tepat , serta memperlihatkan pertautan idea dan wacana yang kemas dengan pemikiran yang kritis dan analitis.

Tujuan menulis karangan

Page 27: Kemahiran Membaca

Tujuan Mengarang

Tujuan utama menulis atau mengarang adalah sebagai sarana komunikasi tidak langsung. Tujuan menulis banyak sekali ragamnya. Tujuan menulis secara umum adalah memberikan arahan, menjelaskan sesuatu, menceritakan kejadian, meringkaskan, dan menyakinkan (Semi, 2003:14-154). Menurut Syafie’ie (1988:51-52), tujuan penulisan dapat diklasifikasikan sebagai berikut.

1) mengubah keyakinan pembaca;

2) menanamkan pemahaman sesuatu terhadap pembaca;

3) merangsang proses berpikir pembaca;

4) menyenangkan atau menghibur pembaca;

5) memberitahu pembaca; dan

6) memotivasi pembaca.

Selain itu, Hugo Harting (dalam Tarigan, 1994:24-25) mengkalasifikasikan tujuan penulisan, antara lain tujuan penugasan (assingnment purpose), tujuan altruistik (altruistic purpose), tujuan persuasi (persuasive purpose), tujuan penerangan (informational purpose), tujuan penyataan (self-expressive purpose), tujuan kreatif (creative purpose), dan tujuan pemecahan masalah (problem-solving purpose).

Tujuan-tujuan penulisan tersebut kadang-kadang berdiri sendiri secara terpisah, tetapi sering pula tujuan ini tidak berdiri sendiri melainkan merupakan gabungan dari dua atau lebih tujuan yang menyatu dalam suatu tulisan. Oleh karena itu, tugas seorang penulis tidak hanya memilih topik pembicaraan yang sesuai atau serasi, tetapi juga harus menentukan tujuan yang jelas. Penentuan tujuan menulis sangat erat hubungannya dengan bentuk atau jenis-jenis tulisan atau karangan.

Tujuan ejaan diajar:

1. Dapat melatih murid-mrid mendengar perkataan dengan baik dan menulisnya dengan tepat

2. Dapat melatih dan meningkatkan pengamatan murid-murid melalui deria telinga3. Dapat melatih murid-murid menulis melalui pendengaran dan bukan melalui peniruan4. Melatih murid-murid mengenali dan mempertingkatkan kepekaan mereka terhadap

perkataan-perkataan tertentu5. Meningkatkan kefahaman murid-murid terhadap makna atau konteks perkataan dan

boleh menggunakannya dalam konteks situasi yang betul6. Menigkatkan perbendaharaan kata murid-murid

Kaedah mengeja yang betul

Page 28: Kemahiran Membaca

i) Kaedah mengeja

-mengeja dan membatang suku kata seperti b, a, = ba; t, u = tu. Kemudian suku-suku kata ini digabungkan menjadi perkataan, misalnya ba, tu = batu.

- Mengeja terus sesuatu perkataan seperti b, a, t, u = batu

ii) Kaedah bunyi

-Membunyikan suku kata dan menyambungkan dengan suku kata yang lain,misalnya ba, tang = batang

-Membunyikan huruf-huruf dahulu, lepas itu menjadikannya suku kata danakhirnya perkataan. Misalnya ,- b (beh), a (ah) = ba- t (teh), u (uh) = tu- ba + tu = batu

iii) Kaedah Huruf

-Kaedah ini yang tertua dijalankan dari semenjak kerajaan Greek dan Rom. Kaedah ini mementingkan mengenal nama-nama huruf dan bunyi huruf-huruf itu

-Kaedah ini dimulakan dengan mengenal nama-nama huruf ± a, b, c, d ± y, z,vokal dan konsonan

-Di dalam bahasa Malaysia yang dibunyikan ialah:vokal - a, e, i, o, uvokal dan konsonan ba, be, bi, bo, bu diftong ai, au, oi.

-Kemudian bunyi-bunyi itu disambung supaya menjadi suku kata, misalnya ba +tu = batu, a + ku =aku dan sebagainya.

-Kemudian mengenal rangkai kata, ayat dan seterusnya diajar membaca

iv) Kaedah Pandang Sebut

-Kaedah ini mementingkan dua perkara:- Membunyikan perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melaluigambar.- Membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita

Peringkat pengajian menulis:

Peringkat pengajian menulis terbahagi kepada 3 :

a) Peringkat pramenulis (persediaan)

b) Peringkat mendirikan asas (peringkat mekanis)

c) Peringkat untuk pelahiran

Page 29: Kemahiran Membaca

Peringkat Pramenulis

Peringkat pramenulis ialah tempoh masa murid – murid disediakan dengan aktiviti – aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf – huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini latihan otot – otot, tangan dan jari serta kordinasi tangan dan mata diberi kepada murid – murid dari awal – awal lagi. Keadaan ini membolehkan mereka menguasai kemahiran membentuk lambang – lambang yang kemas, dan jelas. Pelajaran tulisan yang dirancangkan haruslah sistematik, bertitik – tolak daripada aktiviti – aktiiviti pramenulis yang berbentuk bebas. Latihan – latihan pratulisan ini mementingkan perkara – perkara berikut .

• Melakukan latihan – latihan pergerakan tangan

• Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna

• Melakukan latihan – latihan pergerakan mata

• Melakukan latihan – latihan kordinasi tangan dan mata

Contoh latihan

1) Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri

2) Latihan mengikut garisan – garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan

3) Latihan – latihan membentuk garisan lurus

4) Latihan membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir tanpa menggunakan alat tulis (lukis bulatan dari kecil ke besar)

5) Latihan melukis gambar – gambar yang mengandungi garisan – garisan lurus dan bulat,

6) Latihan membentuk corak – corak campuran bulatan dan garisan lurus dan ia dilakukan dengan bebas

Peringkat mendirikan asas (peringkat tulisan mekanis)

Setelah murid – murid menjalankan latihan pratulisan, faham dan tahu memegang pensel serta boleh duduk dengan cara yang betul. Mereka boleh dilatih membentuk lambang – lambang tulisan. Pada peringkat awal, dicadangkan murid membentuk huruf di kertas kosong yang tidak mempunyai sebarang garisan. Setelah didapati memuaskan, barulah murid tersebut dilatih membentuk huruf pada halaman yang bergaris. Apabila murid mula membentuk huruf pada kertas bergaris, kawalan tulisan perlu dilakukan. Ia harus bermula daripada garisan yang lebar hingga kepada lembaran satu garis.

Contoh latihan menulis terkawal dari mula hingga ke lembaran satu garis

Page 30: Kemahiran Membaca

1) Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dlaam keadaan yang terkawal

2) Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua

3) Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris Saturday latihan membentuk lambing tulisan dengan cara yang betul untuk mendapat keseragaman cara menulis bagi menghasilkan tulisan yang seragam dan mudah dibaca.

Semasa menyampaikan kemahiran tersebut, guru haruslah memberikan perhatian kepada beberapa perkara.

a) Kanak – kanak harusdiperkenalkan pada lambang – lambang huruf dengan menggunakan gambar

b) Sebelum dilatih menulis, latihan bebas perlu diberikan untuk membentulkan urat – urat daging kanak – kanak

c) Kanak – kanak menulis dengan mengeja dan menyebut nama – nama huruf

d) Menggunakan kertas, mula – mula tidak bergaris dan selepas itu barulah menggunakan buku yang bergaris

e) Setelah kanak – kanak dapat menggunakan alat – alat dengan baik, barulah dilatih menggunakan buku dan alat – alat lain yang sesuai

Contoh latihan

1) Menekap huruf mengikut urutan yang ditetapkan

2) Menulis huruf mengikut urutan yang ditetapkan

3) Memadankan dan menyalin dua suku kaata supaya menjadi perkataan yang bermakna

4) Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan

5) Menyalin perkataan yang mudah

6) Menyalin ayat – ayat yang mudah

Peringkat Menulis untuk kelahiran

Setelah menguasai tulisan mekanis, murid- murid patut digalakkan melahirkan fikiran mereka secara bertulis. Cara – cara yang dicadangkan ialah bermula daripada yang terkawal iaitu berpandukan gambar – gambar dan perkataan, mengisi tempat kosong, melengkapkan ayat – ayat dan perenggan sehingga murid – murid itu boleh menghasilkan tulisan tanpa panduan.

Contoh latihan1) Mengisi silang kata

Page 31: Kemahiran Membaca

2) Mengisi tempat kosong dalam ayat

3) Melengkapkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai

4) Menuliskan ayat yang lengkap dengan perkataan yang diberikan

5) Memanjangkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai

6) Membentuk ayat – ayat bagi menyudahkan ayat

7) Menulis ayat – ayat berdasarkan gambar – gambar yang disediakan

8) Menulis jawapan – jawpaan kefahaman

9) Menulis rencana daripada bahan yang diperlihatkan

10) Menulis karangan daripada tajuk yang disediakan (rujuk sukatan pelajaran BM sekolah rendah)

Peringkat permulaan karangan

Sebelum membuat sesebuah karangan, kita hendaklah memilih dan mamahamkan tajuk karangan. Selepas itu, kita hendaklah fikirkan tentang

a) Pengenalan

b) Isi karangan

c) Penutup

Peringkat permulaan

Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau pengenalan. Dalam pengenalan ini, kita hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau tidak faham. Kita haruslah berusaha untuk menarik perhatian pembaca supaya untuk terus ingin membaca karangan itu. Pengenalan karangan tersebut tidak perlu panjang dan memadai dibuat secara ringkas dan secara umum sahaja.

Peringkat-peringkat Mengajar Bacaan

Pengajaran bacaan yang dijalankan boleh guru bahasa tertumpu kepada dua kemahiran iaitu bacaan secara kuat (bacaan mekanis) dan bacaan secara senyap (bacaan mentalis/akaliah). Kemahiran membaca kuat lebih menumpukan kepada kemahiran sebutan, intonasi, dan gaya membaca (membaca berita). Manakala bacaan senyap merupakan kemahiran membaca untuk memaham dan juga kepantasan membaca petikan sesuatu bahan.

Page 32: Kemahiran Membaca

Mengajar kemahiran membaca kepada kanak-kanak hendaklah dibuat secara berperingkat-peringkat supaya mereka dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik. Kamarudin Hj. Husin (1988) membahagikan pengajaran bacaan kepada lima peringkat:

i. peringkat menyediakan murid

ii. peringkat mendirikan asas

iii. peringkat melatih membaca dan memaham

iv. peringkat melatih membaca untuk hiburan atau mencari maklumat

v. peringkat membina dan mengukuhkan sikap gemar membaca.

Apabila kanak-kanak memasuki tahun satu persekolahan, guru perlu menyiasat terlebih dahulu tahap kesediaan murid terutamanya penguasaan bahasa dan juga emosi murid. Pengetahuan guru tentang tahap kesediaan membaca murid dan juga kemahiran sedia ada murid akan dapat membantu guru untuk menyediakan murid bagi pelajaran membaca.

Peringkat mendirikan asas bacaan sangat penting dalam pengajaran kemahiran membaca kepada murid-murid. Pada peringkat ini guru perlu menggunakan pelbagai alat bantu mengajar dan juga bahan bacaan yang sesuai. Bahan bacaan yang digunakan hendaklah ringkas, menarik, dan bermakna. Kemahiran asas bacaan bermula dengan mengenal abjad, suku kata, perkataan, frasa, dan seterusnya ayat. Pada peringkat ini juga galakan dan dorongan perlu diberikan kepada murid secara berterusan.

Peringkat seterusnya adalah melatih membaca dan memaham. Pada peringkat ini bahan bacaan yang digunakan hendaklah dipilih dengan baik. Selain menekankan aspek sebutan dan kelancaran, guru juga mula menekankan aspek pemahaman. Kebiasaan murid membaca nyaring boleh dikurangkan kepada bacaan senyap secara beransur-ansur. Soalan-soalan guru berkaitan bahan yang dibaca akan membantu murid membina kemahiran memaham.

Setelah kanak-kanak sudah boleh membaca dengan lancar dan seterusnya memahami isi bahan yang dibaca, mereka akan menggunakan kemahiran ini untuk memilih bahan bacaan lain untuk mencari maklumat dan juga untuk mengisi masa lapang. Guru boleh membantu kanak-kanak dengan mengajar mereka kemahiran mencari maklumat di pusat sumber dan juga internet.

Akhir sekali adalah peringkat membina sikap suka membaca. Sikap suka membaca hendaklah dipupuk di peringkat sekolah lagi supaya sebati dengan jiwa kanak-kanak. Kebiasaannya sekolah kerap mengadakan pertandingan membaca, pameran buku, peraduan mengarang, dan sebagainya.

Perkara yang diperlukan dalam penulisan karangan oleh murid

Page 33: Kemahiran Membaca

Sebelum penulisan:

1. Mencari dan memahami kata kunci bagi soalan atau tajuk karangan

2. Perancangan penulisan – penyusunan isi-isi penting serta huraian atau contoh

3. Mengetahui format penulisan karangan yang dikehendaki

Semasa penulisan:

1. Penghuraian isi-isi penting – bagi menguatkan isi atau fakta yang hendak dinyatakan

2. Menggunakan laras bahasa yang sesuai

3. Memberikan tumpuan kepada isi-isi yang tertinggal

Selepas penulisan:

1. Membuat semakan terhadap kesilapan penggunaan tatabahasa – kata hubung, tanda baca, kata ganti diri dan ejaan

2. Memastikan format karangan adalah betul

Prinsip pemilihan bahan.

Prinsip pemilihan Bahan Bantu Mengajar.

Terdapat beberapa garis panduan pemilihan bahan pengajaran, dan prinsip-prinsip pemilihan bahan pengajaran bahasa dirumuskan seperti yang berikut :

1. Sesuai

Perkataan sesuai itu sendiri membawa maksud bertepatan, di mana konsep sesuatu mata pelajaran boleh diikuti oleh pelajar. Tajuk dan juga keterangan berkaitan dengan mata pelajaran. Perbendaharaan kata dan bahasa yang digunakan boleh difahami oleh pelajar menepati seperti yang dikehendaki oleh kumpulan atau individu. Pemilihan bahan hendaklah mempunyai hubungan kesesuian dengan perkara-perkara seperti berikut :

a) objektif dan matlamat pengajaran bahasa

b) Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran

c) Keadaan pelajar

d) Suasana pembelajaran

Page 34: Kemahiran Membaca

e) Minat pelajar

Bahan pengajaran yang dipilih hendaklah sesuai dengan matlamat dan objektif pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menentukan objektif pengajaran terlebih dahulu sebelum memilih sesuatu bahan. Dengan objektif pengajaran yang tertentu, guru boleh memilih bahan-bahan yang sesuai dan dapat membantu kearah pencapaian objektif tersebut. Bahan yang dipilih juga hendaklah sesuai dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara dan juga bersesuaian dengan kebudayaan, adat resam, kepercayaan dan situasi tempatan.

Guru juga sepatutnya mengambil kira keadaan pelajarnya yang datang daripada pelbagai latar belakang pengalaman sosial, pendidikan, ekonomi, taraf pencapaian dan sebagainya ketika menyediakan bahan. Bahan-bahan yang sesuai dengan segolongan pelajar, mungkin tidak sesuai dengan segolongan pelajar yang lain. Faktor lain adalah suasana pembelajaran, dimana bahan yang sesuai dengan suasana pembelajaran akan meninggalkan kesan yang baik. Elemen penting dalam suasana pembelajaran ialah pelajar, isi pelajaran, bahan dan guru. Dalam proses pembelajaran pula, rangsangan yang mengarah pada pemikiran dan seterusnya mewujudkan tingkah laku tertentu merupakan tiga konsep yang penting.

2. Mencabar

Terdapat tiga konsep penting yang perlu wujud dalam proses pembelajaran iaitu rangsangan, pemikiran dan tingkah laku. Oleh yang demikian, bahan-bahan yang dipilih dapat memberikan rangsangan untuk pelajar berfikir dan mendorong mereka untuk terus belajar.

Satu strategi pemeringkatan bahan pembelajaran yang dapat mencabar pemikiran pelajar ialah bahan-bahan yang dipilih itu mesti terdiri daripada bahan-bahan yang mengandungi ciri-ciri berikut :

a) bahan yang konkrit kepada bahan yang abstrak.

b) Bahan yang mudah kepada yang kompleks.

c) Bahan yang mengandungi fakta terasing kepada bahan yang mempunyai hubungan yang bersepadu.

d) Bahan yang khusus kepada bahan yang umum (induktif)

e) Bahan yang umum kepada yang khusus (deduktif)

f) Bahan yang umum kepada teori.

g) Bahan masakini kepada masa akan datang.

3. Menepati

Page 35: Kemahiran Membaca

Ketepatan bahan pengajaran dimaksudkan sebagai isi kandungan bahan pengajaran yang menepati kandungan kurikulum pengajaran. Bahan pengajaran yang dipilih mestilah menunjukkan perkaitan antara aspek kandungan bahasa, proses pembelajaran dan pengajaran. Ketepatan sesuatu bahan dengan kurikulum pengajaran bahasa adalah berdasarkan ciri-ciri yang berikut:

a) Isi kandungan sesuai dengan kemampuan dan kehendak pelajar.

b) Susunan bahan

c) Mengandungi maklumat atau fakta yang yang tepat.

d) Maklumat yang kemaskini

e) Perbendaharaan kata yang sesuai

f) Bahan pengajaran yang diperakui.

4. Menarik

a) Reka letak ; peta, lukisan, carta, jadual, graf, rajah, gambar atau kartun mestilah disusun berhampiran dengan sesuatu maklumat yang berkaitan. Ini akan memydahkan pelajar membuat rujukan atau memahami sesuatu konsep.

b) Saiz huruf cetak atau saiz huruf haruslah sesuai dengan peringkat umur pelajar.

c) Ilustrasi dan bahan grafik bukan sahaja menghiasi bahan pengajaran, tetapi berfungsi sebagai manifestasi visual sesuatu maklumat yang akan dapat menambah atau mengukuhkan pembacaan pemahaman.

d) Kualiti kulit dan cara buku dijilid

e) Bahan pengajaran mengandungi arahan yang jelas.

5. Jimat dan mudah

Sekiranya untuk menghasilkan bahan bantu mengajar tersebut dibeli,tidak semestinya mahal.sebaliknya bahan tersebut boleh dihasilkan dengan kreativiti guru contohnya dengan menggunakan bahan terbuang.

6. Praktikal

Bahan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seharusnya praktikal sama ada kepada guru atau pelajar. Bahan pengajaran seharusnya sederhan dan mudah digunakan serta menggunakan bentuk bahasa yang yang berdasarkan situasi sebenar. Ini dapat membantu pelajar menggunakan bahasa dalam komunikasi. Selain itu, bahan tersebut seharusnya tahan lasak jika digunakan

Page 36: Kemahiran Membaca

berulang-ulang kali dan sekiranya digunakan untuk lebih dari satu mata pelajaran dan juga sesuai pada masa dan mata pelajaran lain.

7. Mudah alih

Bahan pengajaran yang dipilih hendaklah sentiasa berfungsi, boleh dibawa kemana-mana dan tidak terlalu berat atau besar.

Pemilihan bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang terdiri daripada bahan-bahan teks atau sumber-sumber lain semestinya dilihat daripada tiga perspektif iaitu perspektif komunikatif atau fungsional, perspektif struktural dan perspektif kemahiran. Ketiga-tiga aspek ini biasanya lebih ditumpukan ke atas murid-murid itu sendiri.

Kawalan bahan pengajaran bertujuan supaya pengajaran dapat disampaikan dengan seimbang. Mengapa perlu kawalan bahan?

Tujuannya supaya bahan-bahan pelajaran bahasa dapat disampaikan secara berseimbangan. Ini bermakna guru harus dapat mengawal masa dan bahan-bahan yang hendak disampaikan sesuai dengan satu-satu waktu mengajar yang ditentukan.

Guru harus:

Mengawal masa dan bahan-bahan yang hendak disampaikan.

Memastikan kecukupan masa dan kesesuaian bahan dengan waktu pengajaran.

Apa yang dirancangkan itu hendaklah dilaksanakan sepenuhnya.

Bahan-bahan yang tidak selesai disampaikan dalam pelajaran pertama hendaklah disempurnakan dalam pelajaran berikutnya.

Dikawal supaya bahan-bahan tersebut tidak diajar berulang kali.

Kesalahan yang biasa oleh murid-murid semasa menulis karangan

Kesalahan pertama ialah kesalahan memilih tajuk. Kesalahan memilih tajuk biasanya berlaku kerana murid tidak memahami apa yang dikehendaki oleh soalan. Keadaan ini terjadi mungkin murid terburu-buru menyiapkan karangan. Mereka menulis karangan asalkan siap sahaja.

Kesalahan kedua ialah kekurangan isi. Oleh sebab kekurangan isi, sesetengah murid menghuraikan isi secara mendatar atau meleret-leret. Ini juga boleh menyebabkan terjadinya pengulangan isi yang sama. Hal ini berlaku kerana murid kurang membaca dan terhadnya pengetahuan.

Page 37: Kemahiran Membaca

Kesalahan ketiga ialah pembahagian perenggan. Ada murid meletakkan beberapa isi dalam satu perenggan. Ini menyebabkan sesuatu isi tidak dapat dihurai secara mendalam. Malah ada murid menulis hanya satu perenggan untuk satu karangan!

Kesalahan keempat ialah tidak merangka karangan. Ada murid yang terus menulis tanpa mencari isi terlebih dahulu. Murid yang tidak merangka bererti murid tersebut tidak menyusun isi. Ini menyebabkan karangan tidak kemas dan bercelaru. Ia juga menyebabkan susunan isi tidak berturutan. Terdapat juga isi yang sama diulang. Malah ada murid yang menulis sambil mengharapkan isi datang kemudian ( terlintas di fikiran ).

Kesalahan kelima ialah kesalahan tatabahasa. Murid perlu tahu , penguasaan bahasa terkini amat penting bagi memastikan karangan mendapat ‘A’. Pada tahap Tahun 6 , sepatutnya masalah kesalahan ejaan tidak lagi timbul. Masih ada murid yang tidak dapat membezakan antara "pada" dengan "di", "dari" dengan "daripada", "bila" dengan "apabila" dan pelbagai lagi. Ramai yang tidak menggunakan imbuhan dengan betul. Lebih malang lagi murid tidak menggunakan imbuhan langsung untuk karangannya.

Kesalahan keenam ialah kesuntukan masa. Masa membina karangan sangat terhad. Pengurusan masa memainkan peranan penting. Murid yang tidak peka akan terburu-buru menyiapkan karangan. Ini menyebabkan tiada masa untuk menyemak kesalahan tatabahasa. Malah nombor soalan pun tidak sempat ditulis. Terdapat kes murid yang cemerlang, hanya menjawab satu soalan sahaja dengan baik dan mendapat markah penuh. Tetapi tidak menjawab satu soalan lagi. Akibatnya beliau hanya mendapat 50 % ( ‘C’ ) sahaja.

Kesalahan-kesalahan lain ialah seperti tidak mengikut jumlah perkataan yang ditetapkan, tidak dapat mengenal pasti format yang diperlukan dan Masih ada yang menggunakan bahasa dialek daerah ( bahasa kampung / bahasa Kelantan ).

Cara berkesan menghasilkan karangan yang baik

Sebelum membuat sesuatu karangan, murid hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak soalan karangan itu. Selepas itu murid fikirkanlah pula tentang Pengenalan, isi-isi dan penutup.

Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau pengenalan. Dalam pengenalan murid hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau faham. Murid hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin membaca karangan itu. Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat ayat. Pembukaan karangan yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan mendalam pada pemeriksa. Oleh itu pastikanlah terlebih dahulu pembukaan karangan hendaklah bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan.

Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai empat isi. Isi yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan lain. Isi-isi itu

Page 38: Kemahiran Membaca

dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan. Sebaik-baiknya satu isi, satu perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat. Tiap-tiap perenggan tidak semesti sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang daripada perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh murid-murid biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain. Jaga isinya supaya tidak terkeluar dari tajuk yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi yang bercanggah dengan tajuk. Isi karangan hendaklah asli tidak ditiru bulat-bulat dari karangan lain. Untuk mendapat isi yang baik dan banyak, murid hendaklah banyak membaca surat khabar, majalah-majalah, makalah-makalah, rencana-rencana, buku-buku cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari pengalaman sendiri. Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam perenggan yang sama. Catatkan setiap isi sebelum menulis.

Kalau pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti karangan tersebut maka penutupnya juga hendaklah memberi suatu kepuasan kepada pembaca. Penutuplah yang menjadi kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu karangan. Dalam penutup digambarkan juga pendapat murid dengan ringkas tentang sesuatu perbincangan atau tajuk. Elakkan menamatkan karangan secara mengejut atau tergantung. Oleh itu penutup juga adalah penting dalam tiap-tiap karangan.

Kaedah pandang sebut (proses kaedah)

KAEDAH PANDANG DAN SEBUT

Kaedah pandang dan sebut datang dalam keadaan ramai kanak-kanak tidak boleh membaca dengan menggunakan kaedah abjad. Berpadanan dengan namanya, kaedah ini meminta kanak-kanak menghafal pola-pola sukukata yang ada dalam bahasa Malaysia. Uniknya bahasa Malaysia adalah kerana pola-pola suku katanya jelas dan pola-pola sukukata yang ada dalam bahasa malaysia ada lebih daripada 1000 pola-pola untuk dihafal. Mengikut kajian, jumlah 2000 ke 3000 adalah satu jumlah yang masih boleh diterima hafal oleh anak kecil kita.

Sama dengan kaedah mengeja, kaedah pandang dan sebut juga tidak termasuk antara kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengajar kanak-kanak membaca bahasa Inggeris. Sebabnya bahasa Inggeris tidak mempunyai sukukata yang jelas. Kaedah pandang dan sebut tidak memerlukan kanak-kanak untuk mengeja atau membatangkan ejaan. Kanak-kanak hanya perlu mengecam dan menghafal tulisan dan gabungan bunyi dua, tiga atau empat huruf lalu menyebut terus contohnya:-

• ba bi bu be bo (untuk 2 huruf )

• ban bin bun ben bon (untuk 3 huruf)

• bang bing bung beng bong (untuk 4 huruf)

Kaedah ini adalah lebih mudah untuk mengajar kanak-kanak menggunakan kad-kad imbasan seperti cara yang diperkenalkan oleh Glen Doman. Pola-pola sukukata

Page 39: Kemahiran Membaca

ditulis di atas kad-kad imbasan dan diimbaskan kepada kanak-kanak. Setiap perkataan ditulis di atas kad-kad manila yang dipotong kecil dan diimbaskan kepada kanak-kanak dengan cepat. Rasionalnya,kanak-kanak dikatakan mempunyai ingatan foto "photographic memory" . Sebab itulah, ia hanya perlu diimbas dan setiap perkataan yang diimbaskan akan disimpan di dalam ingatan dan dikeluarkan bila masanya tiba.

Langkah pengajaran

• Murid diajar menyebut ‘seluruh perkataan’ selepas guru menyebutnya dan menulisnya di papan tulis.

• Perkataan seperti ‘meja’ dan ‘cawan’ kemudian dicerakinkan menjadi suku kata, seperti ‘me ja’ dan ‘ca wan’. Murid membaca suku kata.

• Kemudian perkataan ‘meja’ dan ‘cawan’ ini dicerkain lagi menjadi huruf. Seperti ‘m e j a’ ‘c a w a n’.

• Murid mengeja dan menUlis huruf dan perkataaan

• Kaedah seluruh perkataan ini sesuai untuk bahasa yang sistem ejaannya logografik eg. Bahasa Cina dan bahasa Mesir Tua.

Kelebihan dan kelemahan kaedah pandang sebut.

Kajian menunjukkan beberapa kelemahan dalam kaedah ini

Kanak-kanak cuba mengcam dan membaca perkataan dengan cara ‘meneka’ dari bentuknya.

Kanak-kanak tidak dapat mengguna kemahiran membaca perkataan yang lalu untuk ‘attack’ membaca perkataan baru.

Murid perlu ‘mengecam’ dan ‘menghafal’ banyak perkataan sebelum ia boleh membaca sesuatu cerita.

KELEBIHAN

Oleh sebab, murid-murid telah menguasai sejumlah kosa kata, maka pengajaran prabacaan hendaklah bermula dengan pengalaman tersebut.

Pengajaran tidak akan seronok sekiranya tidak menghubungkan dengan pengalaman murid.

Mengecam huruf dan menghafaz bunyi akan berkesan sekiranya murid-murid telah menguasai sejumlah perkataan.

Menurut Goodman : Pengalaman pembacaan murid akan lebih bermakna jika yang dibacanya merupakan sesuatu yang telah dikenali atau diketahui mereka.

Page 40: Kemahiran Membaca

Membaca secara mekanis dan ciri pelaksanaannya

Pembacaan mekanis adalah proses yang dapat membantu peningkatan pencapaian akademik murid-murid. Aktiviti membaca secara nyaring kepada murid secara terkawal akan meningkatkan minat murid dalam kadar masa yang segera teruamanya dalam bidang sastera. Guru haruslah prihatin terhadap pembacaan murid dengan cara memerhati wajah mereka sambil mengawal keadaan. Guru juga seharusnya pandai memilih bahan bacaan yang menarik supaya dapat menghadapi masalah untuk mengawal disiplin murid. Membaca kepada murid dengan nyaring merupakan aktiviti yang penting bagi semua peringkat murid bermula dari peringkat pra-sekolah hinggalah ke peringkat universiti. Aktiviti membaca secara nyaring dapat meningkatkan suasana yang menarik di dalam bilik darjah bagi tujuan pembelajaran murid di sekolah.

Selain itu, bagi menambahkan minat murid untuk membaca, guru perlulah menyediakan persekitaran yang selesa dan dapat menggalakkan pembelajaran murid. Ini dapat dilakukan dengan menyediakan sudut bacaan di dalam kelas dengan pelbagai jenis buku yang menarik. Lebih banyak buku yang disediakan, lebih banyak peluang kepada murid dalam membuat pilihan mengikut minat dan kegemaran mereka. Kajian yang pernah dibuat oleh pihak University Of Southern California menunjukkan murid yang kurang bahan bacaan di dalam kelas mereka memperolehi skor yang rendah jika dibandingkan dengan murid yang memiliki bahan bacaan yang agak banyak di sudut kelas mereka.

Langkah seterusnya, guru melakukan bacaan nyaring untuk pemahaman. Ketika membuat bacaan nyaring, kemudian berhenti di tempat-tempat tertentu untuk berbincang mengenai sesuatu yang terdapat dalam bahan bacaan itu sebenanya secara tidak langsung mengajar murid-murid cara-cara membaca dengan betul dan cara-cara untuk memahami maklumat yang terdapat dalambahan bacaan itu. Contohnya, guru ingin membincangkan sesuatu mengenai gambar hiasan yang terdapat pada muka surat tertentu atau ingin menjelaskan makna perkataan tertentu, bertanya tentang sesuatu kepada murid, berbincang tentang sesuatu peryataan dan sebagainya. Selain daripada itu, terdapat tiga contoh strategi yang dapat dilaksanakan dalam pengajaran pemahaman membaca.

Pertama iaitu berfikir tentang cerita yang dibaca. Guru berhenti membaca lalu meminta murid berfikir tentang sesuatu yang berkaitan dengan cerita tersebut seperti kemungkinan kesudahan cerita tersebut. Kedua ialah dengan membuat peta minda. Sambil membaca guru dan murid membuat peta minda seperti perwatakan watak-watak penting yang terdapat dalam bahan bacaan yang dibaca. Sumber maklumat ditambah satu demi satu sepanjang bacaan yang dibuat. Ketiga ialah dengan membuat nota ringkas. Nota rigkas ini digunakan untuk membuat ulangkaji sebelum membuat bacaan pada bab seterusnya. Antara aspek yang dapat dicatatkan termasukah unsur konfik atau masalah yang terdapat dalam cerita atau bacaan tersebut, maklumat mengenai watak-watak, peristiwa penting, nilai,pengajaran, tema, persoalan, gaya bahasa dan sebagainya.

Langkah seterusnya dengan penglibatan perpustakaan. Pertama, membantu pihak sekolah mempromosi kempen membaca serta menjadi penyelaras dalam apa-apa program membaca yang diadakan di sekolah dan menyediakan bahan bacaan yang

Page 41: Kemahiran Membaca

mencukupi termasuklah bahan bacaan bagi murid-murid inklusif bermasalah penglihatan serta membuat promosi untuk menambah ahli di perpustakaan. Kedua, dengan menyediakan bahan-bahan yang mencukupi terutamanya bahan dalam bentuk komputer dan perisian yang sesuai. Ketiga, menganjurkan program atau aktiviti untuk membantu ibu bapa yang tidak mempunyai kemahiran membaca, terutamanya bagi sekolah-sekolah di luar bandar dan mendapatkan bantuan daripada pihak luar untuk membantu dalam menjayakan program tersebut. Keempat, memberikan pengiktirafan atau hadiah kepada murid-murid yang menunjukkan kecenderungan dan minat untuk membaca bahan-bahan yang terdapat di perpustakaan.

Pihak media juga dapat membantu dengan memberikan ruang iklan secara percuma bagi apa-apa iklan yang berkaitan dengan program membaca. Secara umumnya, kanak-kanak perlu memiliki kemahiran membaca dan menulis selewat-lewatnya ketika mereka berada di tahun tiga sekolah rendah. Pihak pengurusan sekolah perlu sedar bahawa usaha yang mencabar ini tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan mudah tanpa sokongan daripada masyarakat luar sekolah.

Kesimpulan, sekiranya guru kerap membuat bacaan secara nyaring untuk murid-murid maka akan timbul kesedaran dalam diri murid-murid bahawa membaca itu merupakan sesuatu yang menyeronokkan. Mereka juga sedar bahawa gambar hiasan yang terdapat dalam bahan bacaan itu merupakan sesuatu yang berkait rapat dengan maklumat yang hendak disampaikan. Mereka juga memahami bahawa buku dibaca dari kiri ke kanan dan apa yang dicetak pada buku itu melambangkan perkataan serta setiap cerita itu terdapat permulaan dan pegakhiran. Dengan mendengar bacaan guru dan mengemukakan soalan, daya pemahaman dan perbendaharaan kata mereka akan meningkat. Begitulah pentingnya membaca bahan bacaan secara mekanis itu penting kepada murid

Perlaksanaan membaca secara mentalis.

Aplikasi dalam kelas bacaan

Guru yang mengaplikasikan teori ini dalam pengajaran dan pembelajaran akan melakukan perancangan dengan membuat pemeringkatan kemahiran. Ini bermakna, murid akan memperoleh sesuatu kemahiran itu secara berperingkat-peringkat sesuai dengan kemahiran dan penguasaan mereka. Kemahiran membaca akan dimulakan dengan kemahiran paling asas iaitu mengenal suku kata, dan seterusnya kemahiran itu dipertingkatkan kesukarannya sehinggalah murid berkenaan dapat membaca sebuah ayat yang lengkap. Sebagai contoh, dalam pelaksanaan pengajaran ini, guru menetapkan 10 kriteria yang perlu dikuasai oleh murid sebagai bukti mereka telah menguasai kemahiran membaca yang telah ditetapkan. Pada pembelajaran pertama, guru mungkin menetapkan dua kriteria yang perlu dicapai, kemudian dua lagi pada pembelajaran akan datang dan begitulah seterusnya sehingga semua murid berjaya mencapai kriteria tersebut.

Teori Pembelajaran Mentalis (Pelopor – Noam Chomsky)

Page 42: Kemahiran Membaca

Teori ini menekankan fungsi mental seseorang manusia itu. Menurut Chomsky, kanak-kanak akan mengalami beberapa peringkat perkembangan dalam pemikiran iaitu bermula dari peringkat terendah deria motor, kemudian kepada pra-operasi, operasi konkrit dan operasi formal. Sebagai contoh, dalam pembelajaran bahasa, kanak-kanak akan menguasai kemahiran memahami terlebih dahulu sebelum mereka belajar bertutur.

1.Kebaikan

1.1 Menekankan kepada proses perkembangan pemikiran kanak-kanak. Oleh itu pembelajaran bahasa akan diajar secara berperingkat-peringkat mengikut kematangan murid berkenaan. Dengan itu proses pembelajaran berlaku secara sistematik dan guru dapat mengawal kadar kemajuan pembelajaran murid secara berperingkat-peringkat.

1.2 Menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar kendiri, di mana murid berpeluang belajar sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri.

1.3 Menekankan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar. Pengajaran berpusatkan pelajar bermaksud pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan penggunaan bahan-bahan pembelajaran berbanding guru. Oleh itu ia amat sesuai digunakan untuk mengajar kemahiran berbahasa.

2. Kelemahan

2.1 Teori ini mementingkan kemahiran tulisan, yang kemudiannya diikuti dengan kemahiran bacaan. Manakala kemahiran lisan pula kurang diberikan perhatian. Ini akan menyebabkan sesetengah murid hanya mahir menggunakan bahasa dalam tulisan dan bacaan, tetapi lemah dalam lisan (mendengar dan bertutur)