kemahiran membaca

14
Kursus Orientasi Jurulatih Utama Bahasa Melayu Tingkatan Tiga Tahun 2004 Kemahiran Membaca TAJUK GAYA HIDUP SIHAT FOKUS UTAMA 7.7 Memahami laras bahasa bagi pelbagai bahan untuk memperoleh maklumat. Aras 3 iii. Merumuskan dan mengulas bahan dalam pelbagai laras bahasa. FOKUS SAMPINGAN 8.4 Mengolah maklumat secara koheren untuk tujuan tertentu. Aras 1 iii: Memindahkan maklumat kepada pelbagai bentuk. 7.2 Memahami dan menyatakan maksud perkataan sukar berdasarkan kontek. Aras 1 iii. Mentafsirkan dan menghuraikan maksud kata, rangkai kata, istilah, peribahasa, ayat dan perenggan. 7.5 Memahami dan meneliti maksud tersurat dan tersirat sesuatu bahan. Aras 3 iii.Menaakul maksud tersurat dan tersirat pelbagai aras 7.4 Membaca pantas secara imbasan dan luncuran untuk membuat rujukan pelbagai bahan bercetak dan bahan elektronik. Aras 2 ii. Membaca pantas secara imbasan dan luncuran untuk mendapat maklumat yang khusus. OBJEKTIF Pada akhir pelajaran, murid dapat: 1. Mencatat idea utama dalam rencana dengan menggunakan teknik PQRST 2. Menyenaraikan isi penting dan merumuskan rencana laras sains kesihatan yang dibaca. 3. Memparafrasa pernyataan yang dibaca dengan tepat. 4. Menghuraikan makna kata dan istilah dengan tepat. SISTEM BAHASA 1. Tatabahasa: Binaan ayat - subjek dan predikat 2. Kosa kata: 1

Upload: michael-reed

Post on 03-Sep-2015

65 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

contoh

TRANSCRIPT

SET MEMBACA

Kursus Orientasi Jurulatih Utama Bahasa Melayu

Tingkatan Tiga Tahun 2004

Kemahiran Membaca

TAJUK GAYA HIDUP SIHAT

FOKUS UTAMA 7.7 Memahami laras bahasa bagi pelbagai bahan untuk memperoleh maklumat.

Aras 3 iii. Merumuskan dan mengulas bahan dalam pelbagai laras bahasa.FOKUS SAMPINGAN 8.4 Mengolah maklumat secara koheren untuk tujuan tertentu.

Aras 1 iii: Memindahkan maklumat kepada pelbagai bentuk.

7.2 Memahami dan menyatakan maksud perkataan sukar berdasarkan kontek.

Aras 1 iii. Mentafsirkan dan menghuraikan maksud kata, rangkai kata, istilah,

peribahasa, ayat dan perenggan.

7.5 Memahami dan meneliti maksud tersurat dan tersirat sesuatu bahan.

Aras 3 iii.Menaakul maksud tersurat dan tersirat pelbagai aras

7.4 Membaca pantas secara imbasan dan luncuran untuk membuat rujukan pelbagai bahan bercetak dan

bahan elektronik. Aras 2 ii. Membaca pantas secara imbasan dan luncuran untuk mendapat maklumat yang khusus.OBJEKTIF Pada akhir pelajaran, murid dapat:

1. Mencatat idea utama dalam rencana dengan menggunakan teknik PQRST

2. Menyenaraikan isi penting dan merumuskan rencana laras sains kesihatan yang dibaca.

3. Memparafrasa pernyataan yang dibaca dengan tepat.

4. Menghuraikan makna kata dan istilah dengan tepat.

SISTEM BAHASA

1. Tatabahasa: Binaan ayat - subjek dan predikat

2. Kosa kata:

Disediakan oleh guru: Riadah, rekreasi, diet

Dalam teks: Kolesterol, risiko, konorari, kardiovaskular, obesiti, diabetes, nikotin, lipoprotein

PENGISIAN KURIKULUM1. Ilmu: Sains kesihatan

2. Nilai: Kebersihan

3. KBT:

Kemahiran berfikir meramal, membina hipotesis

BCB Metakognisi, memparafrasa, bacaan pantas dan intensif, membina peta minda

Konstruktivisme

Aktiviti Pengajaran dan PembelajaranPenilaian FormatifCatatan

1.

Membaca dengan menggunakan strategi metakognisi untuk mendapatkan idea utama dan isi penting

a. Murid diminta membaca tajuk dan subtajuk, kemudian bertanya kepada diri sendiri dan mencatat ramalan mereka tentang kandungan rencana Motivasi diri pengawal penyakit terbaik (Lampiran A). Catat pada ruang atas borang PQRST. (Lampiran B)

b. Murid bertukar pandangan dengan rakan tentang ramalan kandungan rencana.

c. Murid diminta membaca secara luncuran selama 3 minit dan mencatatkan idea utama rencana dalam ruang P borang PQRST. (Lampiran B). Fokus pada para pendahuluan dan kesimpulan.

d. Murid diminta membaca secara imbasan subtopik selama 30 saat dan membina 5 soalan berdasarkan subtopik dalam ruang Q borang PQRST.

e. Sekali lagi murid berbincang dan membandingkan soalan dibina dengan dua orang rakan lain. Melalui perbandingan, baiki soalan jika kurang baik.

f. Minta murid baca sekali dengan teliti. Sambil membaca, ingat soalan yang dibina dan berikan jawapan bagi soalan dalam ruang R.

Penilaian kendiri

Semua ramalan diterima

Penilaian guru dan murid

Penilaian/tindakan susulan kendiri

Bahan:

Rencana akhbar Motivasi diri pengawal penyakit terbaik (Lampiran A)Penyerapan kemahiran berfikir: Meramal

Nota: Bertanya kepada diri sendiri dan meramal ialah proses metakognitif sebagai persediaan mental dan pembelajaran secara sedar/bermakna

Teknik/Kaedah Strategi metakognisi

Teknik bacaan pantas secara luncuran dan imbasan

Fikir-berpasangan-kongsi

Bahan: Borang PQRST (Lampiran B)

P

(Previu)

Q

(Soal)

R

(Baca)

S

(Ringkas)

T

(Uji)

Teknik: Bacaan intensif Berbalik/melambatkan bacaan bagi bahagian yang sukar/kabur

Membuat refleksi semasa membaca, kaitkan ayat dengan pengetahuan sedia ada

Terus membaca dan buat tekaan makna

Aktiviti Pengajaran dan PembelajaranPenilaian FormatifCatatan

g. Murid diminta dalam masa 3 minit menggarisi dan meringkaskan isi penting rencana dan catatkan dalam ruang S borang PQRST. Minta juga murid berfikir lantang (think aloud) dan bertanya kepada diri sendiri tentang ketepatan isi penting.

h. Murid menguji kendiri dengan mengingat semula bahan yang dibaca dengan mencatat sebanyak mungkin maklumat dalam ruang T borang PQRST. Semak balas rumusan yang telah dibuat sama ada idea utama yang dibina bertepatan dengan jawapan dan rumusan.

i. Minta murid membuat perbandingan hasilan mereka dengan dua orang rakan lain untuk penambahbaikan. Kemudian, beberapa murid menyebut hasilan mereka kepada kelas.

j. Secara individu murid diminta melakarkan peta minda yang sesuai bagi tajuk Ciri gaya hidup yang sihat yang memasukkan sebanyak mungkin konsep kesihatan yang relevan disaring dalam teks.

k. Bandingkan peta minda yang dihasilkan. Minta murid yang menghasilkan peta minda yang kurang relevan menjelaskan dan mempertahankan hasilan mereka. Minta murid membuat pengubahsuaian.

Langkah a-i bagi

Objektif 1

HP: 7.7 A3 iii. (FU)

Uji dan penilaian kendiri dan berpasangan

Objektif 2

HP 8.4 A1 iii. serta mengukuhkan kemahiran dalamn HP Fokus utamaStrategi metakognisi (memantau dan menyemak cara menentukan isi penting.

Teknik:

Berfikir lantang dan refleksi

BCB: Peta minda Ciri-ciri gaya hidup yang sihat

Guru menunjukkan beberapa contoh peta minda lain yang baik.

2.Membaca, menaakul dan memparafrasa pernyataan

a. Murid diminta membaca pernyataan yang dipaparkan

satu persatu dan mengimbas dan menggarisinya dalam teks dengan pantas. Tunjukkan kepada rakan di sebelah apabila selesai menggarisi pernyataan.Pengukuhan kemahiran bacaan luncuran untuk mencapai

HP 7.4 A2 ii.Nota:

Maksud menaakul - membuat pertimbangan secara logik

Aktiviti Pengajaran dan PembelajaranPenilaian FormatifCatatan

b. Guru dan murid bersama-sama memparafrasa pernyataan 1. Kemudian, secara individu murid memparafrasa pernyataan lain yang berikut:

Ini ekoran daripada amalan hidup yang kurang sihat seperti makan

berlebihan, dan tidak simbang yang tidak dikuti dengan aktiviti

senaman.c. Murid dan guru membincangkan cara memparafrasa Kemudian, secara berpasangan, murid menukarkan pernyataan (Lampiran C1: LPG Parafrasa) menggunakan perkataan sendiri tanpa mengubah maksud:

i. Mencegah penyakit ataupun masalah seseorang tidak dapat

menolak peningkatan risiko yang ada jika berkaitan dengan sejarah

keluarga.

ii. Tidak ada cara terbaik untuk memiliki kehidupan yang sihat selain

kesedaran tentang kesihatan, serta kekuatan untuk mencapai dan

mengekalkannya.

iii. Oleh sebab berkait antara satu sama lain, pencegahan mahupun

pengawalan lebih mudah diambil terutama bagi mereka yang

berisiko tinggi.

d. Dalam kumpulan bertiga, murid membandingkan jawapan, diikuti

dengan perbincangan kelas. Bandingkan ketepatan jawapan

yang terbaik dan yang lemah; jika perlu berikan rasionalnya.

e. Secara individu murid diminta memparafrasa dua ayat lagi:i. Penyakit ini tidak mustahil berulang jika pesakit tidak berpantang

daripada mengambil makanan yang tinggi lemak dan gula.

ii. Hal yang menentukan penyakit tersebut mampu dikawal

dikurangkan, atau sebaliknya ialah pemantauan diri sendiri

secara berterusan.

Penilaian rakan dan guru

Penilaian bertulis

HP: 7.5 A3 i.

Penilaian diri, dan rakan sebayaTeknik

BCB: Teknik memparafrasa

Nota:

Apakah parafrasa?

Pernyataan semula teks asal menggunakan perkataan sendiri.

Bila memparafrasa?

Apabila idea asal yang ditekankan dan bahasa teks asal sukar difahami.

Bagaimana memparafrasa?

- Baca semula ayat- Kekalkan idea asal/penting

- Cari sinonim kata tertentu

- Susun semula ayat agar idea jelas.

Bahan:

Lampiran C1: LPG -Latihan parafrasa

Lampiran C2: LPG -Jawapan parafrasa

Aktiviti Pengajaran dan PembelajaranPenilaian FormatifCatatan

f. Guru memaparkan jawapan yang betul dan murid menyemak jawapan

sendiri. Jawapan lain yang betul diterima..

g. Guru dan murid membincangkan ketepatan nahu ayat dalam ringkasan, sama ada gramatis atau sebaliknya. Minta murid mengulas dan membetulkan ayat sendiri dan ayat rakan.

Penyerapan tatabahasa: Sintaksis

Aspek subjek-predikat

4. Membina pembayang dan menyelesaikan teka silang kata bertemakan gaya hidup sihat dengan merujuk atau tanpa kamus

a. Secara individu, murid menyelesaikan teka silang kata masing-masing dalam masa 5 minit. (Lampiran D1)

b. Murid bertukar-tukar jawapan dan menyemaknya berdasarkan perbincangan.

c. Dalam kumpulan bertiga, murid menyediakan pembayang teka silang kata set D2 (Lampiran D2)d. Paparkan jawapan (Lampiran D3). Minta kelas memberikan komen tentang mutu dan bahasa pembayang. Catatkan pembayang yang baik menggunakan transparensi/powerpoint.

e. Guru memaparkan ayat daripada teks rencana dan meminta murid menganalisis subjek dan predikat ayat. Paparkan ayat tergantung dan minta murid menjelaskan sebab ayat tidak gramatis dan membetulkannya.

f. Murid diminta membina ayat yang gramatis menggunakan lima istilah dan perkataan dalam jawapan teka silang kata. Murid dan guru membincangkan ketepatan ayat dari penggunaan kata dan istilah serta subjek dan predikatnya.Penilaian rakan.

Murid boleh juga menyemak jawapan sendiri.

Minta murid tambah dua klu sebagai pengukuhan.

Penilaian guru dan rakan sebaya

Penyerapan kata umum dan istilah

Lampiran D1, D2, dan D3 Teknik

Membaca imbasan dan luncuran

Nota: Penyerapan konstruktivismeE: Engage - Cabaran menjawab teka silang kata

E: Explore - Mencipta pembayang menggalakkan

murid meneroka dan bereksperiman

tentang konsep, makna dan istilah

E: Explain - Menerangkan/menakrifkan konsep

dan maksud dan mempersolkan

kejituan penerangan

E:Elaborate - Mengaitkan pembayang dengan

konsep yang dipelajari dalam

Sains/ kemahiran bahasa/kehidupan

E: Evaluate - Perbincangan kelas dapat

membantu murid menilai mutu

hasilan (pembayang)

Penyerapan tatabahasa dan kosa kata

LAMPIRAN A: RENCANA

Motivasi diri

Pengawal penyakit terbaik

Seiring dengan pembangunan negara serta perkembangan ekonomi yang pesat, kemakmuran yang dinikmati secara tidak disedari turut meningkatkan masalah penyakit seperti jantung, diabetes dan obesiti di kalangan orang ramai. Ini ekoran daripada amalan hidup yang kurang sihat seperti makan berlebihan dan tidak simbang, yang tidak dikuti dengan aktiviti senaman serta mengalami tekanan emosi.

Peningkatan kes

Berdasarkan statistik, sekitar 1960-an jumlah mereka yang menghidap diabetes agak rendah iaitu antara 1.5 hingga 2.5 peratus sahaja daripada jumlah penduduk. Bagaimanapun, angka tersebut meningkat pada tahun 1983 sehingga 1986 kepada 3.9 hingga 6.6 peratus. Malahan dalam satu atau dua dekad lagi, rakyat Malaysia yang menghidap penyakit tersebut dianggarkan mencecah kepada 20 hingga 30 peratus. Begitu juga dengan obesiti iaitu hanya 2 peratus penduduk menghadapi masalah berkenaan pada 1960-an berbanding data terkini iaitu 6.5 peratus. Hampir 30 peratus kematian di Malaysia disebabkan penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung konorari dan angin ahmar atau strok.

Mengambil berat

Pensyarah dan perunding Kardiologis di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Dr. Tamil Selvan Mutuhsamy berkata, Penyakit jantung, diabetes dan obesiti hanya mampu dicegah dan dikawal dan melalui motivasi yang tinggi. Mencegah penyakit ataupun masalah seseorang tidak dapat menolak peningkatan risiko yang ada jika berkaitan dengan sejarah keluarga. Walau sehebat mana pun doktor yang merawat atau secanggih mana teknologi yang digunakan penyakit ini tidak akan menunjukkan perubahan jika pesakit sendiri tidak mengambil berat.Doktor mampu memberikan panduan dan ubat-ubatan untuk penyakit berkenaan jika mereka datang mendapatkan rawatan. Namun yang menentukan penyakit tersebut mampu dikawal dikurangkan, atau sebaliknya ialah pemantauan diri sendiri secara berterusan. Beliau berkata demikian dalam bengkel Latihan Kesihatan Untuk Media Tentang Kesihatan Penyakit Jantung-Pembunuh Utama, di Petaling Jaya baru-baru ini. Menurut Selvan, untuk mengubati penyakit seorang tiada boleh bergantung pada rawatan dan

pemantauan doktor semata-mata. Ini kerana mereka tidak mampu mengawal amalan cara hidup yang dijalani pesakit di rumah seperti pengambilan makanan yang tidak bersesuaian dan sebagainya.

Mencegah dan mengawal

Bagaimanapun, pelbagai langkah pencegahan boleh diambil seperti lebih mengambil berat tentang kesihatan serta menjauhi amalan yang menjadi pemangkin kepada masalah tersebut.Amalan pemakanan dan cara hidup yang tidak sihat menyebabkan obesiti. Malahan ini pula mengundang diabetes yang merupakan faktor utama penyakit jantung. Penyakit yang kronik memerlukan rawatan yang agresif iaitu pesakit sendiri perlu bertindak seperti mengambil ubat secara teratur, bersenam dan sebagainya. Sebagai contoh penyakit jantung seperti arteri koronari boleh dikawal dengan pembedahan pintasan jantung. Namun, penyakit tidak mustahil berulang jika pesakit tidak berpantang daripada mengambil makanan yang tinggi lemak dan gula. Apatah lagi masalah diabetes yang hanya boleh dikawal dan tidak boleh disembuhkan. Jelas Selvan, oleh sebab berkait antara satu sama lain, pencegahan mahupun pengawalan lebih mudah diambil terutama bagi mereka yang berisiko tinggi. Rawatan permulaan ialah membuat pemeriksaan kesihatan untuk mengesan penyakit dari peringkat awal.

Gaya hidup

Memandangkan penyakit jantung dan diabetes tidak berkembang dalam masa yang singkat, maka penyakit ini boleh dirawat dengan lebih mudah jika belum sampai di tahap serius. katanya. Langkah tersebut perlu dikuti dengan menjauhi amalan berisiko seperti merokok serta mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam secara teratur mengikut keperluan dan kemampuan. Rokok mengandungi bahan kimia yang berbahaya seperti tar, nikotin dan karbon monoksida. Menghisap rokok meningkatkan risiko penyakit barah paru-paru dan jantung konorari. Aktiviti senamrobik, berjoging dan berenang meningkatkan bekalan oksigen kepada kulit dan otot dan menambah tahap lippprotein berkepadatan tinggi iaitu lemak pembawa kolesterol yang baik untuk jantung, justeru menguatkan otot jantung serta meningkatkan kecergasan dan daya tahan badan. Pada masa yang sama, pengambilan ubat-ubatan yang boleh menjejaskan kesihatan harus dielakkan. Pergaulan bebas tanpa batasan agama dan moral boleh membibitkan jangkitan penyakit seksual serta berlawanan dengan prinsip gaya hidup sihat.Amalan pemakanan

Amalan pemakanan yang baik ialah mengurangkan pengambilan karbohidrat serta makanan yang berkalori dan kolesterol tinggi.

Masalah yang dihadapi oleh rakyat Malaysia bukan jenis makanan yang ada, tetapi amalan makanan yang silap dengan mengambil lebih karbohidrat seperti nasi, mi, roti canai berbanding dengan protein.Dalam masa yang sama, kita kurang melakukan senaman untuk membakar kalori tersebut yang akhirnya mengundang obesiti, diabetes dan penyakit jantung dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan masyarakat hari ini bukan sahaja tidak berusaha mencegah malah hanya mengetahui mereka menghidap penyakit tersebut apabila berada di tahap serius. Sehubungan dengan itu, tambah Selvan, tidak ada cara terbaik untuk memiliki kehidupan yang sihat selain kesedaran tentang kesihatan, serta kekuatan untuk mencapai dan mengekalkannya.

Diubahsuaikan daripada rencana Utusan Malaysia, Selasa 3 Jun 2003 hlm. 5

LAMPIRAN B: BORANG PQRST

Ramalan sebelum bacaan: ________________________________________________________________________________

P (PREBIU)

Idea utama berdasarkan tajuk dan subtajukQ (SOAL)

Mengemukakan soalan berdasarkan subtajukR (BACA)

Baca dan mencari jawapan bagi soalanS (RUMUS)

Mencatatkan isi penting

Bagi rencanaT (UJI)

Menyoal dan menjawab kendiri

Lampiran C1: BORANG LATIHAN PARAFRASA

Pernyataan AsalPernyataan parafrasa

1.Ini ekoran daripada amalan hidup yang kurang sihat seperti makan berlebihan dan tidak simbang, yang tidak dikuti dengan aktiviti senaman serta mengalami tekanan emosi.

2.Mencegah penyakit ataupun masalah seseorang tidak dapat menolak peningkatan risiko yang ada jika berkaitan dengan sejarah keluarga. Seseorang berisiko tinggi mendapat penyakit kerana faktor keturunan.

3.Tidak ada cara terbaik untuk memiliki kehidupan yang sihat selain kesedaran tentang kesihatan, serta kekuatan untuk mencapai dan mengekalkannya.

4.Oleh sebab berkait antara satu sama lain, pencegahan mahupun pengawalan lebih mudah diambil terutama bagi mereka yang berisiko tinggi.

5.Penyakit ini tidak mustahil berulang jika pesakit tidak berpantang daripada mengambil makanan yang tinggi lemak dan gula.

6.Hal yang menentukan penyakit tersebut mampu dikawal, dikurangkan, atau sebaliknya ialah pemantauan diri sendiri secara berterusan

LAMPIRAN C2: JAWAPAN LATIHAN PARAFRASA

Aktiviti menaakul maksud dan memparafrasa pernyataan

Pernyataan AsalPernyataan Parafrasa

1.Ini ekoran daripada amalan hidup yang kurang sihat seperti makan berlebihan dan tidak simbang, yang tidak dikuti dengan aktiviti senaman serta mengalami tekanan emosi.Hal ini berpunca daripada amalan hidup yang kurang sihat seperti makan berlebihan dan tidak seimbang, tidak bersenam dan mengalami tekanan emosi.

2.Mencegah penyakit ataupun masalah seseorang tidak dapat menolak peningkatan risiko yang ada jika berkaitan dengan sejarah keluarga. Pencegahan tidak dapat mengelakkan peningkatan risiko serangan penyakit sekiranya pesakit ada sejarah penghidapan dalam keluarga.

Risiko diserang penyakit sukar dicegah sekiranya berkaitan dengan sejarah keluarga.

3.Tidak ada cara terbaik untuk memiliki kehidupan yang sihat selain kesedaran tentang kesihatan, serta kekuatan untuk mencapai dan mengekalkannya. Cara yang terbaik ke arah kehidupan yang sihat ialah memiliki kesedaran tentang kesihatan dan berusaha mencapai dan mengekalkannya.

4.Oleh sebab berkait antara satu sama lain, pencegahan mahupun pengawalan lebih mudah diambil terutama bagi mereka yang berisiko tinggi.

Cara yang mudah bagi individu yang berisiko tinggi ialah melalui pengawalan dan pencegahan.

5.Penyakit ini tidak mustahil berulang jika pesakit tidak berpantang daripada mengambil makanan yang tinggi lemak dan gula.Jika tidak berpantang daripada makan makanan yang tinggi kadar lemak dan gula, penyakit mungkin berulang.

6.Hal yang menentukan penyakit tersebut mampu dikawal, dikurangkan, atau sebaliknya ialah pemantauan diri sendiri secara berterusan

Pemantauan kendiri secara berterusan menentukan sama ada penyakit dapat dikawal atau sebaliknya.

LAMPIRAN D1 :TEKA SILANG KATA

LAMPIRAN D4: PEMBAYANG TEKA SILANG KATA KUMPULAN B

LAMPIRAN D2: CONTOH KLU SILANG KATA

Melintang

1. Satu daripada bahan kimia bahaya dalam rokok

2. Hal yang berkaitan dengan jantung dan

pembuluh darah

3. Bentuk pergaulan yang negatif

4 Jarang dapat dilakukan jika tiada waktu lapang

5. Darah membawanya ke seluruh badan

Ke bawah

1. Si putih yang membahayakan kesihatan

2. Penyakit angkara gula

3. Rugi dan bahaya yang menanti

4. Gedempong

5. Menjejaskan bentuk badan jika berlebihan

1

N

A

1

I

4

A

E

4

5

3

3

I

A

U

5

2

2

1A

E

3P

2B

H

M

E

1L

O

R

E

5T

S

E

L

O

1K

E

M

R

4J

E

R

A

J

4K

T

2K

A

A

R

D

I

H

O

B

R

A

K

N

G

R

O

N

I

S

N

T

4K

A

L

O

R

I

A

A

U

N

N

A

A

5R

T

A

W

A

N

G

N

G

Ke bawah

1. Angin merah yang membawa penyakit; strok

2. Berlari-lari anak

3. Lakukan ini awal dan tekal untuk menjaga kesihatan

4. Pintasan dibuat apabila mengalami arteri koronari

5. Antara punca penyakit berbahaya

2.

3.

4.

5.

Melintang

1. Mempunyai kesan buruk kepada jantung

jika berlebihan/ Komponen asid lemak tepu

2. Kandungan ini perlu dikurangkan bagi tujuan diet

3. Unit ukuran atau nilai bagi tenaga makanan

4 Sukar untuk sembuh

5. Tidak diperlukan jika sihat

2.

3.

4

5.

K

N

Melintang

1.

2.

3.

4

5.

Ke bawah

1.

2.

3.

4.

5.

2.

3.

4.

5.

G

N

G

N

A

W

A

T

5R

A

A

N

N

U

A

A

I

R

O

L

A

4K

T

N

S

K

I

O

R

G

N

K

A

R

B

O

H

I

D

R

A

A

2K

T

3K

J

A

R

E

4J

R

M

1E

1K

O

L

E

S

5T

E

R

O

1L

E

M

H

2B

1A

E

3P

PAGE 1