kemahiran lisan

30
KEMAHIRAN LISAN NUR IZZUDDIN BIN ASNOR MOHD FARHAN BIN MOHAMAD TAHAR MUHAMMAD ZHAFIR BIN MUSTAFA

Upload: izzuddin-asnor

Post on 28-Sep-2015

121 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

  • KEMAHIRAN LISANNUR IZZUDDIN BIN ASNORMOHD FARHAN BIN MOHAMAD TAHARMUHAMMAD ZHAFIR BIN MUSTAFA

  • DEFINISI KEMAHIRAN LISAN

    Lisan adalah pertuturan atau percakapan. Apabila seseorang bertutur, ia bukan hanya melibatkan kemahiran bertutur sahaja tetapi juga melibatkan kemahiran mendengar. Ini bermakna kemahiran lisan merangkumi dua kemahiran penting iaitu mendengar dan bertutur

  • DEFINISI KEMAHIRAN LISANBagi menguasai kemahiran lisan dengan baik, seseorang itu perlu menguasai kedua-dua kemahiran ini. Sebagai contoh, kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran akan mengalami masalah pertuturan juga. Malah bagi kes masalah pendengaran yang teruk (pekak), kanak-kanak tersebut tidak dapat bertutur langsung atau dikatakan sebagai bisu.

  • DEFINISI KEMAHIRAN LISANMendengar:Mendengar adalah kemahiran awal yang dikuasai oleh kanak-kanak dalam perkembangan pemerolehan bahasanya. Lundsteen (1979) telah mendefinisikan mendengar sebagai satu proses minda yang memberi makna kepada bahasa pertuturan.

  • Jalongo (1992) menyatakan bahawa kemahiran lisan melibatkan tiga perkara penting, iaitu:Pendengaran (Hearing) iaitu proses fisiologikal yang merangkumi ketajaman pendengaran atau keupayaan mendengar, dan persepsi pendengaran iaitu keupayaan untuk membezakan bunyi-bunyi, mengadun bunyi-bunyi, dan menyimpan urutan bunyi dalam ingatan,

  • Mendengar (Listening) merupakan bentuk tingkah laku persepsi iaitu memberi tumpuan, menjadi peka, dan memilih petunjuk-petunjuk isyarat (cues) daripada persekitaran,

  • Auding iaitu tingkah laku pemahaman yang bermula daripada pendengaran dan mendengar. Auding termasuklah memperoleh makna daripada apa yang diudengar, menghubungkan bunyi sesuatu yang sudah diketahui, menyusun, membayangkan, dan menghargai apa yang didengar

  • Bertutur:Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan (artikulator) ,ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa manusia ( Kamarudin Hj. Husin, 1978). Kemahiran bertutur dikuasai oleh kanak-kanak hasil daripada meniru atau mengajuk pertuturan orang dewasa di sekelilingnya

  • Rangsangan dan ganjaran yang diterimanya akan menggalakkannya mengulang-ulang perkataan yang disebutnya sehingalah ia dapat menguasai pertuturan yang lebih kompleks. Apabila kemahiran bertutur sudah dikuasai, kanak-kanak akan mula berinteraksi dengan orang lain di sekelilingya. Sebab itulah orang dewasa perlu menunjukkan model pertuturan yang baik kepada kanak-kanak bagi membolehkan mereka bertutur dengan berkesan.

  • Masalah Mendengar

    Dikriminasi auditori menyebabkan sukar belajar menggunakan kaedah fonetik.Ketidakupayaan membahagikan perkataan kepada suku kata atau bunyi.Tidak dapat membunyikan semula dan mengingati huruf dalam perkataan serta tidak boleh menyebut perkataan bermakna.Kesukaran memahami bunyi berurutan dan mengubah urutan huruf semasa menulis

  • Strategi Mengatasi Masalah Mendengar

    Membezakan bunyi:Mengenalpasti bunyi sama ada ia sama atau berbeza dengan bunyi yang lain:Membeza bunyi suara manusia dengan bunyi yang lain. Kemahiran suprasegmental seperti nada panjang, pendek, tinggi, rendah kekuatan bunyi yang kuat dan perlahan mula dipelajari. Mengguna dua atau tiga benda maujud.

  • Strategi Mengatasi Masalah MendengarMembezakan bunyi bunyi binatang / kenderaan / benda yang mengeluarkan bunyi. Contoh, ayam kucing Nama ahli keluarga/anggota badan / binatang / tumbuhan / benda persekitaran (1 suku kata) bas, jam,pen,bom 1-2 suku kata mata, ibu dan ayah 1-3 suku kata kereta, kerusi, kelapa 1-4 suku kata matahari, serigala.

  • Strategi Mengatasi Masalah MendengarMengecam bunyi/perkataan:Memahami bahawa setiap bunyi membawa maksud tertentu. Sudah mengenal objek yang diminta dan memahami arahan ringkas. Menggunakan 4 hingga 8 benda maujud / gambar bunyi binatang / kenderaan / benda yang mengeluarkan bunyi. Contoh: miaw, kok kok

  • Strategi Mengatasi Masalah MendengarNama ahli keluarga / tumbuhan / benda persekitaran / anggota tubuh (1-2 suku kata), sama ada (1-3 suku kata) telefon, sama ada (1-4 suku kata) pembaris, matahari.Benda yang mempunyai 2 perkataan / frasa, contoh: surat khabar, cermin mata, baju kotor, pen biru, bola kecil dan lain-lain.

  • MASALAH BERTUTUR

  • Auditori VisualVisual dan pemprosesan pendengaran adalah proses pengakuan dan menafsirkan maklumat yang diambil dalam melalui indera penglihatan dan suara. Istilah, pemprosesan "visual dan pendengaran" dan "persepsi visual dan pendengaran", seringkali digunakan bergantian

  • 2 Jenis GangguanVisual pemprosesan gangguanSebuah pemprosesan visual, atau persepsi, gangguan merujuk pada kemampuan terhalang untuk memahami maklumat yang diambil melalui mata. Hal ini berbeza dari masalah yang melibatkan penglihatan atau ketajaman visi. Kesulitan dengan pemprosesan visual mempengaruhi bagaimana maklumat visual diinterpretasikan, atau diproses oleh otak.

  • 2 Jenis GangguanMemori AuditoriKemampuan untuk memproses maklumat diterima secara lisan, menganalisis secara mental dan menyimpannya menjadi ingatan kemudian. Mereka yang mempunyai kapasiti yang kuat untuk memori pendengaran disebut pelajar pendengaran.

  • Kanak-kanak lemah pendengaran sering mengalami kesulitan memahami maksud kata-kata, dan menjadikan pemahaman bahasayang tertunda. Murid yang menghadapi, masalah auditori ini, cenderung kepada lambat untuk belajar membaca, dan turut menghadapi masalah kemahiran menulis.

  • Strategi Pengajaran-Pembelajaran Bertutur

  • Latih tubiTeknik latih tubi adalah merupakan pengulangan fakta- fakta atau kecekapan yang diajar. Tujuannya teknik ini diajar ialah untuk mencapai taraf kemahiran tersebut atau untuk melekatkan sesuatu perkaitan supaya menjadi kekal

  • Soal jawabStrategi soal jawab merupakan strategi yang berpusatkan pelajar iaitu berfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikatif seperti meminta maaf, bercerita, melapor dan lain-lain. Situasi ini berlaku dalam amalan masyarakat sehari-hari. Melalui pendekatan ini, penekanan tentang penyerapan bentuk gramatikal adalah bagi tujuan komunikasi.

  • NyanyianStrategi ini merupakan strategi yang berpustkan pelajar iaitu menyerapkan bahasa yang hendak diajar kepada lirik muzik yang digemari oleh murid. Ini dapat membolehkan murid lebih mengingati tentang pengajaran yang diajar seterusnya lebih berfokus kepadan apa yang diajar. Strategi ini juga dapat mengukuhkan peringatan murid

  • Choral SpeakingMerupakan kompetisi paduan suara yang bertujuan untuk menggalakkan dan meningkatkan penggunaan bahasa dalam kalangan pelajar. Hal ini membangun rasa percaya diri pelajar untuk bercakap, membuat, menghafal dan pelahiran bahasaIni melibatkan penggunaan penuh dan bervariasi dari suara individu membentuk kumpulan.

  • PerbualanAktiviti perbualan kebiasaannya dilakukan berdasarkan sesuatu tajuk.Teknik perbualan bertujuan melatih murid berkomunikasi secara sosial seperti berbual melalui telefon. Perbualan hendaklah berkisar tentang perkara yang berlaku dalam kehidupan mereka setiap hari.

  • Murid-murid boleh diminta bercakap tentang ibu atau bapa, kawan, hobi, permainan, dan sebagainya. Perbualan boleh berlangsung antara guru dengan murid atau sesama murid. Tajuk yang guru tetapkan hendaklah sesuai dengan pengalaman murid supaya mereka dapat berbual tentang tajuk itu.

  • Ketika murid bercerita atau selesai bercerita, guru menyusun strategi: 1. Menyenaraikan isi-isi yang telah disebutkan oleh murid-murid dalam perbualan itu. 2. Pilih satu daripada isi penting yang terdapat dalam senarai itu untuk dibincangkan dengan secara lebih mendalam. Guru bolehlah kemukakan soalan yang boleh menerbitkan tajuk yang dirancangkan itu.

  • PuppetTeknik Boneka dikenali juga sebagai teknik patung atau puppet. Teknik ini adalah antara teknik yang sangat digemari oleh kanak-kanak kerana pergerakan boneka dan dialog dalam lakonan boneka ini sangat menarik dan menghiburkan.

  • Guru boleh menyediakan berbagai-bagai jenis boneka seperti boneka kayu, boneka sarung tangan, boneka tali, boneka piring dan sebagainya. Boneka yang dibuat oleh murid sendiri adalah lebih baik. Bagi mencapai objektif pengajaran lisan, guru hendaklah memberi peluang muridnya bercakap atau berlakon dengan menggunakan boneka sesama mereka.

  • Pemintal LidahLatih tubi pemintal lidah sangat penting untuk melatih kanak-kanak menyebut sesuatu bunyi dengan betul dan tepat. Latih tubi jenis ini hanya menumpukan kepada bunyi tertentu yang menjadi masalah kepada kanak-kanak menyebutnya.