instrumen lisan

Upload: patrick-baldwin

Post on 01-Mar-2016

74 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

lisan

TRANSCRIPT

1

INSTRUMEN CONTOH

LEMBAGA PEPERIKSAAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIAPENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT 3)BAHASA MELAYU 03UJIAN BERTUTUR

BilPerkaraKeterangan

1Jenis InstrumenUjian Bertutur

2Jenis ItemRespon Terbuka

3Bilangan SoalanPerbincangan berdasarkan satu tema atau tajuk

4Jumlah Markah30 markah

5Tempoh Ujian10 hingga 12 minit

6KonstrukKemahiran lisan Perbincangan

I. Tatabahasa dan kosa kata

II. Sebutan, intonasi dan nada

III. Fasih dan bermakna

IV. Bertatasusila

7Kaedah penskoranHolistik

TEMATajuk Perbincangan/Lisan

Kemasyarakatan Peranan hidup berjiran

Kepentingan gotong-royong

Kepentingan perpaduan antara kaum

Kebaikan rukun tetangga

Keremajaan Peranan dan cabaran remaja masa ini

Cara-cara menjadi remaja berdisiplin

Remaja berwawasan penjana kemajuan negara

Masalah remaja dan cara-cara mengatasinya

Kekeluargaan Cara-cara merapatkan hubungan kekeluargaan

Peranan ibu bapa dalam membentuk sahsiah anak-anak

Peranan anak-anak terhadap ibu bapa

Keluarga bahagia, negara sejahtera

Alam Sekitar Cara-cara mengatasi masalah banjir kilat

Pencemaran dan cara-cara mengatasinya

Kesan pembalakan terhadap alam sekitar

Cara-cara menjaga kebersihan alam sekitar

Teknologi Kebaikan dan keburukan Internet

Kebaikan dan keburukan telefon bimbit

Kepentingan teknologi dalam kehidupan seharian

Kemajuan teknologi dalam pembangunan negara

Kenegaraan Cara-cara menunjukkan semangat patriotik

Kepentingan sambutan kemerdekaan diadakan

Tokoh-tokoh negara yang anda kagumi

Cara-cara memupuk semangat patriotik dalam kalangan rakyat/pelajar

Manual Am Pelaksanaan Ujian Bertutur Ujian bertutur dijalankan sekali sahaja mengikut jadual yang ditetapkan.

Guru menentukan lebih awal kumpulan murid bagi setiap sesi ujian yang melibatkan 4-5 orang murid. Ujian ini dijalankan dalam bentuk kumpulan.

Ujian ini boleh dijalankan secara serentak dalam beberapa kumpulan.

Ujian ini dijalankan di dalam bilik yang disediakan.

Setiap kumpulan akan ditempatkan dalam bilik kuarantin terlebih dahulu secara bergilir sebelum menduduki ujian bertutur. Semasa di dalam bilik kuarantin murid perlu mengisi butiran peribadi yang terdapat di dalam borang penskoran. Mereka juga akan diberikan tugasan oleh guru berserta masa perbincangan selama 10 minit sebagai persiapan sebelum ujian dijalankan.

Semasa ujian dijalankan, guru berperanan sebagai fasilitator / pentaksir. Ujian dijalankan dalam tempoh 10 hingga 12 minit.

Setiap ahli dalam kumpulan perlu memperlihatkan kemampuan berlisan.

Pentaksir menilai calon dengan melengkapkan borang pemarkahan yang telah disediakan mengikut peringkat dan kriteria penskoran yang telah disediakan.

Walaupun ujian ini dijalankan secara kumpulan, markah diberikan secara individu.

Borang markah hendaklah ditandatangani oleh pentaksir dan calon.

Pentaksiran dijalankan sekali sahaja dan tidak boleh diulang-ulang. Contoh model aktiviti lisan dalam kumpulan ditunjukkan dalam rajah di bawah.

BILIK KUARANTIN

CALON

CALON

CALON

CALON

GURUBILIK UJIAN

Penskoran

Penskoran diberikan berdasarkan empat konstruk iaitu :

Tatabahasa dan kosa kata

Sebutan, intonasi dan nada

Kefasihan

Bermakna

Peringkat Pencapaian

Cemerlang

25 - 30

Kepujian

19 - 24

Baik

13 - 18

Memuaskan

07 - 12

Pencapaian tahap minimum01 - 06

GREDKONSTRUKPENERANGAN

A

CEMERLANG

(25-30)Tatabahasa dan Kosa KataBahasa gramatis, penggunaan perkataan dan kosa kata luas dan tepat.

Sebutan, Intonasi, dan NadaSebutan betul dan sangat jelas.

Intonasi dan nada betul seperti penutur jati.

KepetahanKeseluruhan pengucapan sangat petah.

BermaknaKeseluruhan pengucapan mencapai maksud, sangat tepat, bertatasusila, dan idea yang logik, matang dan bernas.

B

KEPUJIAN

(19-24)Tatabahasa dan Kosa KataBahasa gramatis, penggunaan perkataan dan kosa kata luas.

Sebutan, Intonasi, dan NadaSebutan betul dan jelas.

Kebanyakan intonasi dan nada betul seperti penutur jati.

KepetahanKeseluruhan pengucapan petah.

BermaknaKeseluruhan pengucapan mencapai maksud, tepat, bertatasusila dan idea yang logik.

C

BAIK

(13-18)Tatabahasa dan Kosa KataBahasa masih gramatis, penggunaan perkataan dan kosa kata masih luas.

Sebutan, Intonasi, dan NadaSebutan masih betul dan masih jelas.

Kebanyakan intonasi dan nada masih betul.

KepetahanKeseluruhan pengucapan masih petah.

BermaknaKeseluruhan pengucapan masih mencapai maksud, masih tepat, masih bertatasusila dan idea yang masih sesuai.

D

MEMUASKAN

(07-12)Tatabahasa dan Kosa KataBahasa kurang gramatis, penggunaan perkataan serta kosa kata terhad.

Sebutan, Intonasi, dan NadaKebanyakan sebutan kurang betul, kurang jelas dan kurang tepat. Intonasi banyak yang salah.

KepetahanKeseluruhan pengucapan kurang petah.

BermaknaKebanyakan pengucapan tidak mencapai maksud, kurang tepat dan kurang bertatasusila.

E

MENCAPAI TAHAP MINIMUM

(01-06)Tatabahasa dan Kosa KataKeseluruhannya lemah.

Keseluruhan persembahan calon menggambarkan ketidakcekapan berbahasa.

Sebutan, Intonasi, dan Nada

Kepetahan

Bermakna

F

BELUM MENCAPAI TAHAP MINIMUM

Tatabahasa dan Kosa KataTidak memberikan sebarang respons.

Sebutan, Intonasi, dan Nada

Kefasihan

Bermakna

UJIAN BERTUTUR

BORANG PROFIL INDIVIDU

NOMBOR CALON

: 1 / 2 / 3 / 4 / 5

NAMA CALON

: _________________________________

NOMBOR KAD PENGENALAN: _________________________________

TAHUN

: _________________________________

SKOR CALON

TARIKH TAKSIRAN

PERINGKAT PENCAPAIANA Cemerlang

(25 30)B

Kepujian

(19 24)C

Baik

(13 18)D Memuaskan

(07 12)E Penguasaan Minimum

(01 06)

NAMA PENTAKSIRTANDATANGAN PENTAKSIRTANDATANGAN CALONTARIKHCATATAN PENTAKSIR

INSTRUMEN CONTOH

LEMBAGA PEPERIKSAAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIAPENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT 3)BAHASA MELAYU

KERTAS 03UJIAN MENDENGARBilPerkaraKeterangan

1Jenis InstrumenUjian Mendengar

2Jenis ItemObjektif Pelbagai Bentuk

Respon Terhad

3Bilangan SoalanBahagian A

Petikan 1 5 soalan

Petikan 2 5 soalan

Bahagian B

Soalan Tunggal - 5 soalan

4Jumlah

Markah

20 markah

5Tempoh Ujian 30 minit

6KonstrukKemahiran bahasa dan aplikasi maklumat

i. Kemahiran mendengar

ii. Kemahiran memahami

7Kaedah penskoranAnalitik

Manual Am Pelaksanaan Ujian Mendengar Murid dikumpulkan di dewan atau di dalam bilik darjah.

Kedudukan murid di dalam bilik ini sama seperti kedudukan semasa dalam ujian bertulis.

Ujian ini boleh dijalankan serentak di dalam bilik yang berasingan menggunakan bahan audio yang sama.

Guru mengedarkan kertas tugasan sebelum memperdengarkan sebelum memperdengarkan rakaman.

Masa untuk mendengar rakaman dan menjawab soalan ialah 30 minit.

Guru mengumpul semua jawapan murid.

Guru memberikan skor kepada jawapan murid berdasarkan skema jawapan yang disediakan.

Contoh lakaran bilik ujian mendengar Contoh 1 : Dewan

Contoh 2 : Bilik Darjah

BAHAGIAN A

Petikan 1 - Dialog

Haikal:Apa khabar Farah? Lama tak nampak.

Farah:Khabar baik. Saya masih ada di kawasan taman ni juga, tapi saya baru

sahaja balik dari melancong bersama-sama keluarga.

Haikal:Wah, mesti seronok sebab awak melancong dengan keluarga! Awak

sekeluarga melancong ke mana?

Farah:Kami melancong ke Sabah. Sudah lama keluarga merancang untuk pergi melancong ke sana tapi ayah saya selalu sibuk dan tidak dapat pergi. Tapi kami bernasib baik sebab ayah mendapat cuti baru-baru ini dan peluang itu kami gunakan untuk pergi melancong.

Haikal:Berapa lama awak dan keluarga berada di Sabah? Tentu banyak tempat menarik yang awak lawati.

Farah:Kami berada lima hari di sekitar Kota Kinabalu dan dua hari kami

melawat daerah Sandakan. Banyak juga tempat menarik yang kami lawati. Antaranya Pantai Tanjung Aru dan kami sempat juga melawat Taman Sepilok dan Taman Buaya di Sandakan.

Awak dan keluarga tidak merancangkah untuk melancong ke mana-mana?

Haikal:Siapa yang tidak mahu pergi melancong, tapi apakan daya keluarga saya

masih belum mampu dari segi kewangan. Lagipun, emak saya kurang

sihat dan memerlukan wang yang banyak untuk kos rawatannya.

Farah:Oh, yakah? Tapi awak tidak perlu risau sebab awak seorang murid yang

bijak. Mesti satu hari nanti awak akan berpeluang juga untuk melawat

negeri-negeri lain diMalaysia. Perkara yang penting sekarang ialah

awak kena menjaga kedua-dua ibu bapa awak dahulu.

Haikal:Terima kasih. Saya memang berazam untuk belajar bersungguh-sungguh

bagi membantu meringankan beban kedua-dua ibu bapa saya. Selain itu,

saya juga berazam untuk membawa kedua-dua ibu bapa saya

melancong pada satu hari nanti.

Soalan Ujian Mendengar Petikan 1

Arahan : Pilih dan tandakan satu jawapan yang tepat berdasarkan maklumat daripada petikan dialog yang telah anda dengar.

1. Di manakah Farah dan keluarganya pergi melancong?A. Johor

B. Kedah

C. Sabah

D. Sarawak

2. Berapa harikah Farah dan keluarganya pergi melancong di Sabah ?A. 5 hari

B. 6 hari

C. 7 hari

D. 8 hari

3. Pilih tempat-tempat yang dilawati oleh Farah dan keluarganya?A. Pantai Tanjung Aru, Taman Sepilok dan Taman Buaya

B. Pantai Tanjung Lipat, Taman Sepilok dan Taman Burung

C. Pantai Tanjung Aru, Taman Sepulut dan Taman Burung

D. Pantai Tanjung Aru, Lembah Gunung Kinabalu, Taman Sepilok dan Taman Buaya

4. Mengapakah Haikal dan keluarganya tidak dapat pergi melancong?A. Ayah Haikal terlalu sibuk dan belum mendapat cuti

B. Haikal perlu menyimpan wang untuk melanjutkan pelajaran

C. Ibu Haikal kurang sihat dan ayahnya memerlukan wang untuk rawatan

D. Keluarga Haikal belum mampu, ibunya juga kurang sihat dan memerlukan wang untuk rawatan

5. Apakah azam dan cita-cita Haikal pada satu hari nanti?A. Ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara

B. Ingin membawa keluarganya melancong ke luar negara

C. Ingin mengurangkan beban kedua-dua ibu bapanya dan membawa mereka melancong

D. Ingin memelihara kedua-dua ibu bapanya dan membawa ibunya mendapatkan rawatan BORANG JAWAPAN UJIAN MENDENGARPetikan 1 - Dialog

Arahan : Pilih jawapan yang paling tepat dan tandakan jawapan pada kertas jawapan yang disediakan.Soalan 1 :A. Johor

B. Kedah

C. Sabah

D. Sarawak

Soalan 2 :A. 5 hari

B. 6 hari

C. 7 hari

D. 8 hari

Soalan 3 :A. Pantai Tanjung Aru, Taman Sepilok dan Taman Buaya

B. Pantai Tanjung Lipat, Taman Sepilok dan Taman Burung

C. Pantai Tanjung Aru, Taman Sepulut dan Taman Burung

D. Pantai Tanjung Aru, Lembah Gunung Kinabalu, Taman Sepilok dan Taman Buaya

Soalan 4 :A. Ayah Haikal terlalu sibuk dan belum mendapat cuti

B. Haikal perlu menyimpan wang untuk melanjutkan pelajaran

C. Ibu Haikal kurang sihat dan ayahnya memerlukan wang untuk rawatan

D. Keluarga Haikal belum mampu, ibunya juga kurang sihat dan memerlukan wang untuk rawatan

Soalan 5 :A. Ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara

B. Ingin membawa keluarganya melancong ke luar negara

C. Ingin mengurangkan beban kedua-dua ibu bapanya dan membawa mereka melancong

D. Ingin memelihara kedua-dua ibu bapanya dan membawa ibunya mendapatkan rawatan

SKOR

BAHAN UJIAN MENDENGAR

Petikan 2 - Petikan Umum

Hampir saban hari kita didedahkan dengan isu rokok. Isu ini bagaikan tiada penyudahnya. Media massa sama ada media cetak ataupun media elektronik banyak membangkitkan hal ini. Pada masa dahulu, kebanyakan mereka yang mengamalkan tabiat merokok terdiri daripada golongan lelaki, namun pada hari ini berlainan pula. Sejak akhir-akhir ini sudah banyak wanita yang terlibat dalam gejala merokok. Hal ini demikian kerana mereka mudah terpengaruh oleh cara hidup yang bebas dan ingin melepaskan tekanan.

Wanita yang merokok lebih berisiko mendapat penyakit berbanding dengan kaum lelaki. Hal ini demikian kerana dalam sebatang rokok, terkandung 4000 bahan kimia yang berbahaya terutama nikotin dan karbon monoksida. Bahan kimia ini menjejaskan kesihatan dan mendedahkan mereka kepada risiko penyakit kronik seperti barah payu dara dan barah pangkal rahim. Bukan itu sahaja, seorang perokok yang mengambil lebih daripada 20 batang rokok dalam sehari akan menghadapi 10 hingga 15 kali ganda risiko maut akibat serangan jantung.

Ketika mengandung, berat bayi bagi wanita merokok kemungkinan tiga kali lebih ringan daripada bayi normal. Kelahiran juga boleh berlaku lebih awal dari tarikh yang sepatutnya. Bayi yang dilahirkan lebih tinggi risiko mendapat penyakit serta kematian pada tahun pertama kelahirannya. Kualiti susu badan juga berkurangan jika bakal ibu ini mula merokok semasa bayi dalam kandungan.

[Rencana ini dipetik daripada Dewan Siswa November 2011 oleh Zamilah Zahid]

Soalan Ujian Mendengar Petikan 2Arahan : Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan yang telah anda dengar.

1. Golongan manakah yang lebih berisiko jika terlibat dalam gejala merokok?

2. Berikan satu punca yang menyebabkan seseorang mudah terlibat dalam gejala merokok.3. Berapa jeniskah bahan kimia yang terkandung dalam sebatang rokok?

4. Jika seseorang wanita merokok, apakah dua jenis penyakit kronik yang mungkin dihidapinya?

5. Apakah kesan kepada bayi dalam kandungan apabila ibunya merokok?

CONTOH BORANG JAWAPAN UJIAN MENDENGARPetikan 2 - Petikan Umum

Arahan : Dengar petikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang

diperdengarkan pada borang jawapan yang disediakan.

Soalan 1 : Golongan manakah yang lebih berisiko jika terlibat dalam gejala merokok?

________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Soalan 2 : Berikan satu punca yang menyebabkan seseorang mudah terlibat dalam gejala merokok.__________________________________________________________________________________________________________________________________________________Soalan 3 : Berapa jeniskah bahan kimia yang terkandung dalam sebatang rokok?

__________________________________________________________________________________________________________________________________________________Soalan 4:Jika seseorang wanita merokok, apakah dua jenis penyakit kronik yang mungkin dihidapinya?

__________________________________________________________________________________________________________________________________________________Soalan 5: Apakah kesan kepada bayi dalam kandungan apabila ibunya merokok?

__________________________________________________________________________________________________________________________________________________SKOR

BAHAGIAN B

SOALAN 1:

Lihat pelan lokasi rumah pengantin perempuan dan lelaki dengan teliti. Kemudian dengar arahan soalan dengan teliti.

Anda dari Bandar Jengka ingin ke rumah pengantin perempuan. Di simpang pertama, anda perlu membelok ke kanan. Setelah beberapa ketika, anda berhenti berehat sebentar di tepi jalan berhadapan dengan balai polis.

Dimanakah lokasi anda ketika ini?

Bulatkan A atau B atau C atau D pada pelan bagi menunjukkan lokasi anda.SOALAN 2:

Dengar pengumuman berikut dengan teliti.

Jadual Latihan

1. Pada hari Isnin Rumah Merah akan menjalani latihan lompat tinggi manakala Rumah Hijau akan menjalani latihan lompat jauh.

2. Pada hari Selasa Rumah Kuning akan menjalani latihan lompat jauh manakala Rumah Biru akan menjalani latihan lompat tinggi.

Soalan:

Acara apakah yang akan dijalani oleh ahli Rumah Merah pada hari Isnin?

AcaraJawapan

Lompat tinggiA

Lompat jauhB

Lempar cakeraC

Lontar peluruD

SOALAN 3:ARAHAN: Dengar dengan teliti cara menyediakan nasi goreng.

RESEPI NASI GORENG

Cara-cara menyediakan nasi goreng

1. Kisar tiga ulas bawang putih, lima ulas bawang merah, tiga biji cili merah dan ikan bilis .

2. Panaskan minyak masak. Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga garing.

3. Pecahkan satu biji telur, masukkan ke dalam bahan-bahan tumisan.

4. Masukkan sayur kubis.

5. Masukkan garam secukup rasa dan seterusnya masukkan semangkuk nasi putih.

6. Kacau sehingga sebati.

Soalan:

Apakah langkah yang perlu dilakukan sebelum menumis bahan-bahan yang dikisar?.

JawapanLangkah

AKisar tiga ulas bawang putih, lima ulas bawang merah, tiga biji cili merah dan ikan bilis.

BPanaskan minyak masak

CMasukkan garam secukup rasa

DPecahkan sebiji telur

SOALAN 4.

Soalan:

Berikut ialah syarat-syarat kelayakan untuk mengisi jawatan operator pengeluaran atau pekerja pasar raya, kecuali:

JawapanKelayakan

AWarganegara Malaysia

BLulus sekurang-kurangnya SPM

CHad umur 16-40 tahun

DBoleh bekerja syif 12 jam

Soalan 5:

Tahukah anda bagaimana seekor rama-rama terbentuk? Proses pembentukannya amat istimewa. Siapa sangka seekor rama-rama yang cantik asalnya daripada seekor ulat beluncas yang menetas daripada sebutir telur . Kemudian beluncas akan bertukar menjadi kepompong yang akhirnya keluarlah seekor rama-rama.

Soalan:

Berdasarkan petikan kitaran hidup rama-rama yang telah anda dengar, pilih urutan proses hidup seekor rama-rama yang betul?

A. Telur ----beluncas----kepompong----rama-rama

B. Beluncas-----telur-------kepompong-----rama-rama

C. Rama-rama------beluncas-----telur------kepompong

D. Rama-rama------telur------kepompong----beluncas

BORANG JAWAPAN

BAHAGIAN B

SOALAN 1:

SOALAN 2:JawapanAcara

ALompat tinggi

BLompat jauh

CLempar cakera

DLontar peluru

SOALAN 3:JawapanLangkah

AKisar tiga ulas bawang putih, lima ulas bawang merah, tiga biji cili merah dan ikan bilis.

BPanaskan minyak masak

CMasukkan garam secukup rasa

DPecahkan sebiji telur

SOALAN 4.

JawapanKelayakan

AWarganegara Malaysia

BLulus sekurang-kurangnya SPM

CHad umur 16-40 tahun

DBoleh bekerja syif 12 jam

Soalan 5:A. Telur ----beluncas----kepompong----rama-rama

B. Beluncas-----telur-------kepompong-----rama-rama

C. Rama-rama------beluncas-----telur------kepompong

D. Rama-rama------telur------kepompong----beluncas

D

C

A

B

Pengumuman

Kitaran hidup rama-rama

D

C

A

B

CALON 1

PENTAKSIR / FASILITATOR

CALON 2

CALON 4

CALON 3

PEMBESAR SUARA

PEMBESAR SUARA

PEMBESAR SUARA

PEMBESAR SUARA

RADIO