kecekapan berbahasa yang diutamakan dalam kemahiran lisan

7
Kecekapan berbahasa yang diutamakan dalam kemahiran lisan

Upload: anis-izzati

Post on 27-Jun-2015

142 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

TRANSCRIPT

Kecekapan berbahasa yang

diutamakan dalam kemahiran lisan

Kemahiran lisan • Kemahiran lisan adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku

pada peringkat penerimaan (receptive level).

• Dalam kemahiran lisan terdapat dua aspek kemahiran kecil iaitu Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Bertutur.

• Kanak-kanak mula menguasai bahasa dari apa yang didengar dan dialaminya.

• Kemudian dia akan cuba meniru serta menuturkannya berulang-ulang.

• Seseorang pelajar yang telah dapat menguasai kemahiran mendengar harus dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain dan dapat pula memahami maksud serta boleh menafsirkan apa yang didengar itu dengan tepat.

PENGENALAN• Mendengar merupakan

aktiviti paling penting dan mempengaruhi fasa memahami dan mentafsir mesej dalam komunikasi.

• Wujud unsur-unsur yang mempengaruhi aspek semantik.

• Mendengar dalam proses komunikasi ialah mendengar dengan aktif.

Kecekapan berbahasa dalam

kemahiran mendengar• Pendengaran merupakan gabungan segala yang didengar, difaham dan diingat.

• Bagi menghasilkan kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar, aspek fizikal, psikologi dan neurologi mempengaruhi proses pendengaran.

Kemahiran mendengar• Seseorang yang mempunyai sistem pendengaran yang

sempurna (tidak pekak) akan dapat mendengar dengan baik.

• Namun, pendengaran tersebut haruslah mempunyai pemahaman baik daripada pendengar.

• Maklumat yang didengar itu akan lebih mudah difahami melalui pengalaman yang sedia ada pada pendengar.

• Proses mental akan cuba mentafsir maklumat-maklumat yang didengar oleh pendengar tersebut.

Kemahiran mendengar• Pendengaran berlaku melalui latihan-latihan khas

yang dilakukan secara berperingkat-peringkat.

• Individu lebih banyak belajar mendengar melalui pengalaman daripada melalui kecerdasan otaknya.

• Pendengaran yang cekap memerlukan penyatuan idea yang logik dan berkesan.

Kemahiran mendengar

• Pendengaran harus berlaku melalui fikiran dan bukan perasaan.

• Pendengaran untuk mengkritik memerlukan pendengaran yang berpusatkan idea utama, hujah dan bukti.

• Pendengaran untuk tujuan hiburan melibatkan tindak balas positif terhadap muzik, kesusasteraan, drama, dan lain-lain bahan kreatif.

• Pendengaran untuk tujuan apresiasi memerlukan analisis kritis terhadap bentuk dan isi.