kemahiran belajar

29
KEMAHIRAN BELAJAR Strategi Dan Teknik Pembelajaran Berkesan Pengenalan : Setiap manusia dikurniakan otak yang sama bijak. Bergantung kepada manusia tersebut menggunakan otaknya dengan sebaik mungkin. Teknik belajar yang baik dapat membantu orang yang berkebolehan sederhana mencapai keputusan yang cemerlang berbanding dengan orang yang berkebolehan baik tetapi mempunyai teknik yang lemah. Sesuatu teknik / strategi belajar yang baik akan menjimatkan masa, memudahkan kerja, menambat minat dan boleh kita menguasai pelajaran kita. Semua orang ingin mencapai keputusan yang cemerlang tetapi tidak tahu bagaimana untuk mencapainya ? Seringkali ramai penuntut yang beranggapan bahawa keputusan cemerlang hanya untuk orang yang bijak pandai sahaja. Dengan demikian, mereka tak perlu lagi berusaha mencapai kecemerlangan kerana mereka bukan dari orang yang bijak pandai.. 2. Bagaimanakah caranya mencapai keputusan yang cemerlang ? Kebanyakan orang bukan bijak pandai, tetapi mereka masih boleh berjaya , mengapa ? Kita perlulah mempunyai perkara-perkara berikut untuk berjaya dalam pelajaran : 2.1 Suatu sistem yang teratur lagi tepat. 2.2 Keazaman yang tinggi untuk mencapai kejayaan.. 2.3 Pegangan hidup Kerjanya minima tetapi hasilnya maximum . 2.4 Peraturan yang teliti dan cekap. Ramai pelajar yang membuat jadual waktu untuk belajar tetapi tidak kurang juga yang hanya sekadar membuat jadual waktu untuk hiasan dinding tanpa dipatuhi. Bagi yang mematuhinya pula mereka lebih cenderong untuk membuat diri sibuk dengan membuat pelbagai ulangkaji dan sebagainya dalam jadual waktu itu. Keadaan seperti ini boleh kita ibaratkan seperti mendulang bijih timah. Banyak kerja yang hendak dilakukan tetapi perkara pokok yang dikehendaki di sana ialah bijih timah sahaja, bukannya tanah, batu, pasir, air dll yang terdapat dalam tanah yang telah digali tadi. Ramai pelajar gagal mencari bijih timah ini

Upload: shalu-shetty

Post on 18-Jan-2016

262 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

t54y54y

TRANSCRIPT

Page 1: KEMAHIRAN BELAJAR

KEMAHIRAN BELAJAR

Strategi Dan Teknik Pembelajaran Berkesan

Pengenalan :

Setiap manusia dikurniakan otak yang sama bijak. Bergantung kepada manusia

tersebut menggunakan otaknya dengan sebaik mungkin. Teknik belajar yang baik

dapat membantu orang yang berkebolehan sederhana mencapai keputusan yang

cemerlang berbanding dengan orang yang berkebolehan baik tetapi mempunyai

teknik yang lemah.

Sesuatu teknik / strategi belajar yang baik akan menjimatkan masa, memudahkan

kerja, menambat minat dan boleh kita menguasai pelajaran kita. Semua orang ingin

mencapai keputusan yang cemerlang tetapi tidak tahu bagaimana untuk

mencapainya ? Seringkali ramai penuntut yang beranggapan bahawa keputusan

cemerlang hanya untuk orang yang bijak pandai sahaja. Dengan demikian, mereka

tak perlu lagi berusaha mencapai kecemerlangan kerana mereka bukan dari orang

yang bijak pandai..

2. Bagaimanakah caranya mencapai keputusan yang cemerlang ?

Kebanyakan orang bukan bijak pandai, tetapi mereka masih boleh berjaya ,

mengapa ?

Kita perlulah mempunyai perkara-perkara berikut untuk berjaya dalam pelajaran :

2.1 Suatu sistem yang teratur lagi tepat.

2.2 Keazaman yang tinggi untuk mencapai kejayaan..

2.3 Pegangan hidup ” Kerjanya minima tetapi hasilnya maximum”.

2.4 Peraturan yang teliti dan cekap.

Ramai pelajar yang membuat jadual waktu untuk belajar tetapi tidak kurang juga

yang hanya sekadar membuat jadual waktu untuk hiasan dinding tanpa dipatuhi.

Bagi yang mematuhinya pula mereka lebih cenderong untuk membuat diri sibuk

dengan membuat pelbagai ulangkaji dan sebagainya dalam jadual waktu itu.

Keadaan seperti ini boleh kita ibaratkan seperti mendulang bijih timah. Banyak kerja

yang hendak dilakukan tetapi perkara pokok yang dikehendaki di sana ialah bijih

timah sahaja, bukannya tanah, batu, pasir, air dll yang terdapat dalam tanah yang

Page 2: KEMAHIRAN BELAJAR

telah digali tadi. Ramai pelajar gagal mencari bijih timah ini tetapi lebih gemar

mengali tanah yang mempunyai banyak bijih timah. Keadaan seperti ini telah

menyebabkan mereka tidak mampu mendapat keputusan yang baik kerana mereka

merasakan pelajaran tersebut terlalu berat untuk di bawa bersama. Untuk berjaya

dalam pelajaran, jawab soalan-soalan berikut kerana ia dapat membantu mencapai

kejayaan anda :

Benar-benarkah anda ingin mencapai kejayaan dalam peperiksaan.?

Adakah anda merasakan anda tidak mampu mencapai kejayaan ?

Selalukah anda bertanya tentang masalah-masalah pelajaran anda ?

Adakah anda mempunyai jadual waktu belajar yang jelas dan teratur ?

Adakah anda taat kepada jadual waktu yg telah dibuat ?

Adakah cara anda membaca memberi anda faedah yang sepenuhnya ?

Adakah cara anda mengulangkaji memberi faedah yang sepenuhnya ?

Tahukah anda cara hendak menimbulkan minat dalam pelajaran anda ?

Adakah anda merasakan kerja sekolah dan isi pelajaran anda terlalu banyak ?

Tahukah anda cara hendak mendapat faedah yang sepenuhnya dari perbincangan ?

Pernahkah anda menilai kemahuan diri sendiri ?

2. BERTANYA.

Bertanya adalah perlu di dalam pelajaran

Ia mungkin disebabkan kurang faham, tidak jelas, tidak ketahui dll.

Jangan biarkan apa yang tidak difahami tanpa bertanya atau merujuk kepada

kamus jika tidak fahami.

Jikalau pelajaran bertambah, kekeliruan anda juga akan bertambah dan mula

timbul kekeliruan. Otak mula berkecamuk.

Jika terus dibiarkan akan menyebabkan topik yang dipelajari sudah jauh dan

sukar ditarik balik (guru tidak akan mengulangi).

Ketinggalan ini akan menyebabkan kerja bertimbun untuk dipelajari sendiri.

Sebelum pelajaran melangkah lebih jauh, bertanyalah kepada rakan atau guru

bagi mengelak kekusutan dan ketidakfahaman anda dalam pelajaran

Faedah Bertanya :

Membuat anda berfikir

Penjelasan akan tersemat / kekal dalam fikiran kita.

Page 3: KEMAHIRAN BELAJAR

Menghilangkan perasaan malu dan takut.

Salah satu cara mengulangkaji pelajaran.

Masalah Bertanya:

– Pelajar sememangnya ingin bertanya

“TAK TAHU APA NAK TANYA”.

membuat persediaan sebelum sesuatu kelas dijalankan.

Baca buku teks dan bina soalan untuk disoal kepada guru / rakan.

Saya takut ?

Cubalah bertanya dengan rakan-rakan dahulu

Bertanya pula dengan guru secara perseorangan

Bertanya dalam kelas dengan yakin.

Ringkasan: Bertanya adalah penting dan jauh kesannya.

Banyak beban masalah dapat diselesaikan segera.

Sediakan pelajaran sebelum kelas dijalankan agar anda ada masa untuk bertanya

apa yang tidak difahami.

Anda terpaksa memberanikan diri

Bertanyalah kepada rakan,guru dll asalkan masalah anda diselesaikan.

3. CARA MEMBACA.

Tujuan :-

– Membaca adalah proses untuk mendapatkan gambaran yang jelas mengenai

bacaan

atau pelajaran kita itu.

– Dengan membaca bahan-bahan pokok serta keperincian yang penting dapat

dipetik

dan akhirnya hanya sedikit sahaja bahan yang mesti dihafal atau diulangkaji.

Pemahaman:-

– Matlamat membaca ialah untuk mendapatkan pemahaman.

Banyak masa akan terbuang jika apa yang dibaca tidak difahami.

Pelajar sering keliru semasa membaca tetapi tidak berusaha untuk mendapatkan

penjelasan.

Keadaan ini menjadikan mereka bosan dan malas membaca(putus asa).

Faedah pemahaman: (jika anda faham apa yang dibaca):

Pemahaman bacaan awak menolong memahami isi berikutnya.

Page 4: KEMAHIRAN BELAJAR

Tahu kedudukan isi pelajaran / fakta penting.

Rasa gembira dan berminat untuk membaca seterusnya.

Seronok dan aktif di kelas.

Mengambil nota dari guru sewaktu mengajar adalah mudah

Sewaktu membaca boleh membina soalan-soalan untuk disoal kepada guru sewaktu

mengajar nanti.

Menggalak anda meluaskan lagi bacaan anda.

Cara Membaca:

Menggaris

Membezakan isi-isi penting (Terpenting,penting dan keterangan)

Meneliti rajah-rajah

Membuat nota-nota dari bacaan anda. Ini akan meringankan beban anda.

Mengenal isi sepintas lalu seperti kandungan,tajuk utama,tajuk kecil dll.

Mengulangkaji bacaan anda daripada nota-nota yang dibuat

Mencuba soalan-soalan dan Latihan yang ada contoh jawapan dapat memperbaiki

kelemahan diri dengan membetulkan semula kesalahan itu.

Ringkasan :

Fahaman adalah unsur yang terpenting sekali dalam membaca. Kesulitan anda

haruslah mendapat penjelasan agar bacaan anda tidak membosankan.

Menanda dan membuat nota dari bahan bacaan besar faedahnya.

Ulangkaji bacaan anda. Hadkan kepada rajah-rajah dan nota-nota anda.

Fakta-fakta haruslah kerap diulangkaji ( 2-3 hari sekali).

4. RUJUKAN DAN PERLUASAN PEMBACAAN.

Faedah-Faedah Rujukan :

Meluaskan bacaan dan mendalami kefahaman terhadap sesuatu tajuk.

Proses ulangan dapat mengukuhkan ingatan anda.

Mengetahui topik pelajaran melebihi rakan-rakan.

Ada keyakinan diri pada diri pelajar.

Bilakah Masa Yang Sesuai:

Rujukan pada anda bersedia berbuat demikian

Jangan tangguh bila ingin membuat rujukan.

Ringkasan:

Merujuk meluaskan dan mendalamkan fahaman anda.

Page 5: KEMAHIRAN BELAJAR

Kecerdasan anda akan diasah .

Merujuk mendorong anda untuk terus maju dan kehadapan dalam kelas

Janganlah terlalu detail / mendalam dan menjela-jela untuk mengelakkan

kekeliruan dan kebosanan.

5. MEMBACA SEBELUM KE KELAS.

Membaca sebelum menghadiri ke kelas sering diabaikan oleh pelajar walaupun

sedar akan kepentingannya.

Kelebihan Membaca Sebelum Ke Kelas:

Berupaya melihat gambaran pelajaran anda dengan lebih jelas.

Boleh menentukan perkara-perkara uyang kurang difahami dan bersedia dengan

soalan untuk menyoal guru.

Merasa lebih aktif dan bersemangat dalam kelas.

Tahu lebih awal topik yang akan dipelajari.

Lebih yakin bila menjawab soalan guru. Mudah memetik / membuat nota dari

penerangan guru.

Menambah daya ingatan anda (proses ulangan)

Memudahkan anda memahami sesuatu topik.

Masa dan Cara Membuat Persediaan :-

Sebaiknya sehari sebelum guru mengajar.

Lihat tajuk besar dahulu dan diikuti dengan tajuk-tajuk kecil agar anda memahami

gambaran keseluruhan isi pelajaran topik berkenaan.

Cuba rujuk rajah, foto, graf dll jika terdapat.

Ulangi bacaan anda dan cuba membuat nota sendiri

Bandingkan nota anda dengan penerangan guru nanti.

Ringkasan :

Anda mesti membaca pelajaran anda sebelum ianya diajar oleh guru.

Anda mesti membaca kertas amali sebelum masuk makmal dan membuat rujukan

yang perlu.

Sewaktu membaca dalam persediaan, garis atau catat isi-isi pentingnya.

Sediakan soalan-soalan jika perlu.

Elakkan anda membaca terlalu jauh dari isi sukatan pelajaran bagi menghindarkan

kekeliruan.

Page 6: KEMAHIRAN BELAJAR

6. MEMBUAT NOTA.

1. Kejayaan seseorang pelajar banyak bergantung kepada keupayaan / kebolehan

membuat nota dengan kemas dan padat.

2. Susunan nota yang teratur, jelas, menarik serta mudah sangat penting.

3. Nota yang berjela-jela (panjang), berserabut, tidak teratur akan menyebabkan

anda juga lemah untuk membacanya.

Faedah-Faedah Membuat Nota :

Merupakan ulangkaji dan hafalan.

Memaksa anda memetik isi-isi / fakta-fakta penting pelajaran anda.

Nota amat penting dalam proses ulangkaji.

Tujuan membuat nota adalah untuk mengurangkan dan meringankan tugas kita bila

membuat ulangkaji nanti.

Nota yang teratur, kemas, menarik dan padat akan menambahkan minat anda untuk

belajar / ulangkaji.

Jenis-Jenis Nota :

Nota yang diberi oleh guru semasa pengajaran. Biasanya sudah cukup dan perlu

dicatat oleh setiap pelajar bila guru mengajar.

Nota-nota umun yang anda buat sendiri dari buku teks atau buku rujukan

Nota-nota isi / fakta penting sahaja. Ia berguna untuk rujukan kilat,

menghafal, dan mengulangkaji setiap hari atau 2-3 hari sekali.

Ringkasan :

Membuat Nota adalah penting. Ia membantu fahaman dan meringkaskan jumlah

pelajaran anda kepada isi-isi penting sahaja.

Guna sistem yang mudah, kemas dan pendek tetapi jelas dan menarik.

Nota terbahagi kepada 2 iaitu nota umum dan nota khusus (isi penting sahaja dari

sesuatu pelajaran)

Baca dan ulangkaji nota-nota anda selalu terutama nota khusus.

7. JADUAL WAKTU:

1. Ramai pelajar mempunyai jadual waktu tetapi tidak menepatinya. Seringkali

terabai begitu sahaja.

2. Ada yang mengikutinya tetapi tidak menyeluruh menjadikan jadual waktu tidak

begitu baik / merugikan.

Penyusunan Jadual Waktu – Satu Panduan.

Jadual waktu yang baik perlulah disusun di antara membaca, membuat nota,

Page 7: KEMAHIRAN BELAJAR

membuat kerja rumah, mengulangkaji pelajaran lama dan pelajaran baru, melatih

menjawab soalan objektif dan subjektif serta menyediakan pelajaran untuk esoknya.

Perkara-perkara utama yang perlu ada (mengikut keutamaan) dalam jadual waktu

adalah seperti berikut :

Kerja Rumah- mesti diutamakan dahulu.

Membaca dan membuat nota sendiri.

Menyediakan pelajaran untuk hari esok.

Mengulangkaji pelajaran lepas / baharu.

Cuba menjawab soalan objektif

Cuba menjawab soalan subjektif / karangan.

Ringkasan :

Sains – perlu sebelah malam. Objektif sebelah siang.

Bahasa, matematik, soalan objektif – sebelah siang .

Geografi / P.Moral / PAI sebelah siang termasuk objektif.

Kerja rumah sebelah siang.

Latihan Objektif memadai 10 minit satu matapelajaran.

Pengubahsuaian jadual waktu adalah digalakkan .

8. MENGULANGKAJI.

Tujuan mengulangkaji ialah untuk mengingati semula isi pelajaran. Kekerapan

mengulangkaji pelajaran mencerahkan peluang anda untuk berjaya dalam

peperiksaan.

Kepentingan Mengulangkaji:

Menguatkan hafalan dan ingatan anda.

Menjadikan isi pelajaran lebih jelas.

Dapat memberi perhatian kepada bahagian-bahagian yang kurang difahami.

Dapat menambahkan fahaman anda secara keseluruhannya.

Jenis-Jenis Ulangkaji:

1. Mengulangkaji pelajaran harian.

-Ia mesti dilakukan pada hari itu juga selepas balik dari sekolah.

Mengulangkaji pelajaran yang telah seminggu atau lebih –

– Biasanya pelajaran ini masih bersangkut paut dengan pelajaran terdahulu.

– Ulangkaji ini mustahak bagi membolehkan anda mendapat pandangan secara

menyeluh tentang topik tersebut.

– Kita menapis nota-nota yang telah dibuat dan pilih yang terpenting sahaja

Page 8: KEMAHIRAN BELAJAR

– Ia bertujuan untuk menjadikan nota kita tidak banyak dan berat .

– Nota-nota penting inilah yang perlu diulangkaji selalu.

Mengulangkaji pelajaran sepenggal / setahun.

Gunakan nota-nota penting dalam bahagian 2 untuk mengulangkaji beberapa topik

sepanjang penggal atau tahun.

Anda masih boleh menyelidik mana-mana bahagian yang masih kurang difahami

dan cuba fahami bahagian tersebut.

Pembahagian Mata Pelajaran Dalam Mengulangkaji.

Pelajaran Lemah Sering diabaikan oleh pelajar.

Sepatutnya ianya perlu diberi keutamaan semasa membuat ulangkaji kecuali hampir

dengan peperiksaan.

Banyak bertanya untuk memudahkan anda memahaminya.

Cuba sedaya upaya untuk memahami dan menguasai pelajaran ini.

Mata Pelajaran Yang Memuaskan:

Jangan mengambil mudah jika anda memahami sesuatu pelajaran dan mas yang

lebih juga perlu diberi kepada pelajaran ini bagi memastikan keayaan anda.

Sewaktu peperiksaan, lebihkan masa untuk pelajaran seperti ini .

Cara-Cara Mengulangkaji / Kesannya :

Mencoret / mengaris rangkaikata penting dari nota.

Mengulangkaji nota dan buku teks.

Kerja Rumah/ Latihan.

Ulangkaji dengan soalan bentuk objektif

Mengulangkaji dengan contoh-contoh jawapan kertas peperiksaan tahun lepas

bersama skima jawapan.

Mengulangkaji melalui ujian-ujian yang diberi oleh guru.

Mengulangkaji secara lisan (soal jawab bersama-sama rakan)

Ringkasan:

Mengulangkaji nota-nota anda mesti dilakukan selalu.

2. Rangkumilah semua mata pelajaran anda dalam sesuatu masa yang tertentu.

Pisahkan antara nota umum dengan nota khusus (terpenting) Nota khusus perlulah

diulangi dalam masa sehari atau dua kerana ianya ringkas dan merupakan kunci

kepada topik pelajaran anda.

4. Tekankan fahaman anda terhadap isi-isi pokok pelajaran anda.

Page 9: KEMAHIRAN BELAJAR

9. MENIMBULKAN MINAT

Pelajaran anda akan terasa seronok, mudah dan ringkas sekiranya anda

mempunyai minat terhadapnya. Minat mementukan kejayaan anda.

Kepentingan Menimbulkan Minat:

1. Rajin memperlajari sesuatu pelajaran.

2. Lebih mudah untuk menangkap isi-isi penting sesuatu pelajaran.

3. Bersungguh-sungguh bila berada di dalam kelas.

4. Otak akan sentiasa berjalan. Ingatan akan bertambah kuat.

Bagaimana Menimbulkan Minat:

Sebab 1 :

Banar-benar ingin mengatahuinya contohnya bercinta.

Sebab 2 :

Anda telah biasa atau mempunyai kaitan dengan benda diajar.

Contoh : membuat umai..

Sebab 3 :

Perkara yang diajar itu telah anda ketahui terlabih dahulu.

Contohnya : perusahaan sago.

1. Untuk menimbulkan minat seseorang pelajar perlulah mengenal dahulu apa yang

hendak dipelajari terutama sebelum diajar oleh guru. Anda perlu membaca

mengenai topik tersebut lebih awal.

2. Tajuk yang sudah anda ketahui akan menyenangkan anda belajar kerana anda

lebih faham daripada rakan anda.

Anda mempunyai pengetahuan terhadap sesuatu tajuk sudah tentu akan

menimbulkan minat dalam diri anda contohnya perusahaan perikanan.

Tajuk yang anda minati perlulah diperdalami tajuk itu dengan segera sementara

minat anda masih ada.

5. Gunakan kemahiran yang anda perolehi di luar kawasan sekolah, seperti

memasang wayer eletrik.

Menghadapi Tajuk / Pelajaran Yang Tidak Diminati

1. Mata Pelajaran yang tidak kita minati masih boleh diusahakan untuk lulus dengan

cemerlang dengan cara menimbulkan minat semula .

2. Ubah iktikad / azam kita kepada pandangan yang positif contohnya, mengapa

orang lain boleh , aku tak boleh..

3. Hadkan kandungan pelajaran itu kepada isi-isi penting sahaja untuk menghadapi

Page 10: KEMAHIRAN BELAJAR

peperiksaan. Ambil topik-topik yang biasa keluar dalam peperiksaan dan belajar dari

sana.

Ringkasan :

Anda perlu menambah minat anda terhadap pelajaran anda.

Cara yang paling mudah ialah dengan membiasakan diri dengannya sebelum ia

diajar oleh guru anda.

Membiasakan diri mengenai sesuatu perkara itu boleh dilakukan melalui membaca

ringkas mengenainya, melihat, mendengar dan bertanya mengenainya secara

penggunaan hari-hari.

4. Luaskan bacaan mengenainya selepas menerima ajaran guru.

10. PERBINCANGAN

Faedah-Faedah Perbincangan:

1. Perbincangan boleh menyelesaikan atau mengurangkan kekeliruan atau

keraguan anda dalam pelajaran.

2. Perbincangan juga boleh membetulkan kesalahan kita terhadap sesuatu topik

yang kita anggap sudah tepat.

3. Perbincangan juga dapat menghilangkan rasa malu dan memupuk sifat aktif anda.

4. Perbincangan akan mendorong anda bekerja kuat dan menambah minat terhadap

pelajaran anda. Persediaan awal dan bacaan telah menjadikan satu ulangkaji yang

berulang.

11. MEMADATKAN SUKATAN PELAJARAN.

1. Ramai pelajar tidak mengetahui akan sukatan pelajaran.

2. Secara umum sukatan pelajaran ialah isi kandungan yang dipelajari dari awal

tahun hingga akhir tahun.

3. Soalan peperiksaan akan diambil dari sukatan pelajaran ini.

4. Biasanya muka depan buku teks adalah sukatan pelajaran.

Bagaimana Hendak Memadatkan Sukatan Pelajaran ?

Dapatkan sukatan pelajaran bagi peperiksaan ini (T1-3 / T4-5).

Dapatkan soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas (5 tahun atau lebih).

Buat analisa daripada soalan yang pernah ditanya keluar.

Dari sini kita akan dapat melihat pola soalan. Maksudnya bukan semua perkara

dalam sukatan pelajaran yang banyak itu akan keluar dalam peperiksaan.

Hanya sebahagian kecil sahaja.

Page 11: KEMAHIRAN BELAJAR

Kita dapat membuat andaian soalan yang akan keluar semasa pep.

Nota-nota yang berkaitan topik yang biasa soalan keluar perlulah kita perincikan dan

fahami betul-betul.

Nota-nota terpenting topik yang jarang keluar, jadikan sebagai simpanan.

Dengan itu, tidak semua topik dalam sesuatu mata pelajaran perlu anda kuasai

dengan betul-betul.

Ini bermakna anda telah memadatkan sukatan pelajaran anda. Kita akan merasa

selesa apabila mengatahuinya. Kita hanya akan mengulangkaji topik-topik yang

telah dikenalpasti .

Topik-topik simpanan juga perlu diulangkaji tapi jarak masanya adalah berkainan.

12. MENILAI KEMAJUAN:

Menguji kemajuan ,merupakah langkah yang boleh diambil untuk menentukan tahap

keupayaan kita. Penilaian ini boleh memperlihatkan akan maju mundurnya akdemik

kita.

Cara Menggunakan Penilaian :

1. Ujian dan Latihan Darjah.

a) Ujian / Peperiksaan yang dijalankan dalam kelas merupakan satu bentuk

penilaian terhadap keupayaan kita.

b) Dari keputusan peperiksaan dapat kita tentukan tahap kita terhadap penguasaan

pelajaran / mata pelajaran.

c) Bukan setakat penguasaan pelajaran, jawapan yang diberi juga perlukan

penilaian.

d) Mungkin kita sudah memahami tetapi cara jawab yang salah menjadikan

keputusan kita merosot.

e) Kita masih boleh memperbaiki kelemahan ini (diri / cara menjawab soalan)

sebelum peperiksaan sebenar tiba.

2. Penilaian Dari Contoh Jawapan.

a) Kita boleh membuat latihan dari soalan-soalan tahun lepas berpandukan contoh

jawapan di dalam buku rujukan.

b) Cuba jawab soalan dan bandingkan jawapan kita dengan contoh jawapan.

Dimanakah kelemahan kita.

c) Penilaian ini perlulah dilakuan secara berterusan dari masa ke semasa hingga

hari peperiksaan.

Page 12: KEMAHIRAN BELAJAR

3. Penilaian Secara Lisan

a) Penilaian ini biasanya dijalankan secara tidak formal dan jarang diamalkan oleh

pelajar.

b) Ia boleh dilakukan di mana sahaja.

c) Contohnya, seorang pelajar menyoal kawannya dan meminta beliau

menghuraikan secara lisan sehingga satu pihak lagi berpuas hati.

Mengatasi Kelemahan.

Setelah anda menilai diri sendir, sudah pasti anda tahu kelemahan dan kekuatan diri

anda dalam pelajaran. Kelemahan anda boleh diatasi dengan cara :-

Segera / selalu bertanya kepada guru/rakan tentang masalah anda dalam pelajaran.

Dapatkan jawapan-jawapan / penjelasan yang betul bagi jawapan yang salah.

Kerapkali mengulangkaji dan membaca nota-nota anda.

Mahirkan diri dengan teknik menjawab soalan berpandukan kepada contoh jawapan.

13. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR:

Masalah Cara Mengatasi:

1Takut & Cemas Ikuti langkah-langkah yang telah diterangi sebelum ini.

2Terlalu Banyak Kerja1. Memadatkan sukatan pelajaran, buang topik-topik

yang tidak penting dalam sukatan pelajaran.

Hentikan amalan suka menengguh-nangguh atau membuang masa. Guna waktu

dengan baik. Sewaktu anda malas, tidak tenang buatlah soalan objektif

dan bila sudah tenang- buatlah aktiviti lain seperti mengulangkaji,

membuat nota, latihan karangan dan sebagainya. Tumpuan anda hanya pada

pelajaran.

3 Patuhilah jadual waktu seperti yang telah disarankan dan ubah jadual

waktu jika tidak sesuai.

3Guru Tidak MemuaskanTerima sahaja guru sama ada baik atau tidak.Apa yang

penting sekarang anda sendiri mampu untuk bergerak tanpa bantuan cikgu.

Guru hanyalah sebagai tempat rujukan agar anda tidak tersesat. Lain-lain

hal atas usaha pelajar sendiri.

4Kegiatan Luas Sekolah Yang Banyak.Pelajaran adalah paling utama . Jangan

biarkan kegiatan luar mengganggu anda. Buang kegiatan luar yang tidak

berfaedah.

5Tiada RujukanKamus jarang digunakan dalam kehidupan pelajar. Amalkannya

Page 13: KEMAHIRAN BELAJAR

dan selalu merujuk kamus jika tidak faham.

6Kerunsingan

Ada 2 langkah yang boleh dipraktikan :

1) Bila anda runsing- buat soalan objetkif dan bandingkan denga jawapan

sebenar.

2) Mencoretkan pada sehalai kertas fakta-fakta / perkataan kunci semasa

mengulangkaji / membaca

7Perasaan Rendah Diri1) Membaca sebelum ke kelas. Ini menjadikan anda

lebih mahir daripada rakan kelas anda.

2) Kerap bertanya kepada rakan / guru secara perseorangan.

3) Selalu bergaul dengan rakan-rakan yang lebih pandai dan bersoal jawab

dengan mereka.

4) Mendapat kelulusan peperiksaan yang lebih baik dapat menyakinkan dan

memberanikan diri anda di hadapan rakan anda.

14. MEREHATKAN DIRI

Belajar tanpa rehat akan menyebabkan anda jatuh sakit, otak tidak cergas dan

seterusnya keputusan anda merosot. Disarankan beberapa langkah untuk berehat :-

4

1) Melihat keindahan alam semula jadi.

2) Berihat dalam belajar- berhenti sekejap (1-2 minit)

3) Tidur di tengah hari ( 30 minit sahaja).

4) Tidur malam (6-8 jam).

5) Aktiviti agama – spt: membaca al-quran, sembahyang dll.

6) Bermain & bersenaman ( 1 jam sehari).

http://kaunselorsmkst.wordpress.com/kemahiran-belajar/

Page 14: KEMAHIRAN BELAJAR

DEFINISI KEMAHIRAN BELAJAR

Sebelum merujuk kepada definisi kemahiran belajar, kita terlebih dahulu perlu

merujuk kepada pengertian kemahiran dan juga pengertian belajar.

Menurut Kamus Dewan Bahasa (Edisi ke3), kemahiran diertikan sebagai kecekapan

atau kepandaian. Manakala, belajar diertikan sebagai memperoleh ilmu pengetahuan dan

kemahiran. Hal ini kerana adanya rangsangan-rangsangan, pemilihan rangsangan yang

sesuai dengan organ deria, pemikiran makna sesuatu rangsangan di dalam otak,

membentuk pengalaman atau ilmu pengetahuan dan mengamalkan dalam situasi yang

sepadan serta perubahan tingkah laku seseorang.

Dengan kata lain, belajar adalah satu proses tindakan yang dilakukan oleh seseorang

untuk mendapatkan suatu perubahan tingkah laku yang baru secara keseluruhan. Selain itu,

belajar juga adalah merupakan satu proses yang melibatkan seseorang itu memproses

maklumat yang diperolehi dan mengaplikasikannya kepada perubahan atau peningkatan

pengetahuan, kebolehan dan kemahiran.

Di samping itu, belajar adalah cara memproses maklumat yang membawa kepada

perubahan pengetahuan, tingkah laku dan juga kemahiran seseorang. Pelbagai sifat boleh

didapati dalam diri manusia. Cara belajar, mahupun persepsi manusia terhadap belajar juga

turut berlainan. Walaupun belajar telah menjadi satu kebiasaan dan kewajipan bagi manusia

pada zaman ini, namun masih terdapat segelintir manusia yang menganggap belajar itu

adalah suatu proses yang susah.maka secara tidak langsung wujudlah kelompok masyarakat

yang tidak gemar belajar dan seterusnya tidak belajar sehingga mana-mana peringkat

kelulusan pun.

Namun, dalam keadaan sedar atau pun tidak, belajar bukan sahaja untuk golongan

bijak pandai, golongan kaya dan ia juga tidak dijalankan pada setiap hari dan setiap masa

secara formal. Sebenarnya, tiada alasan bagi sesiapa pun untuk tidak belajar kerana

manusia mengalami proses belajar pada bila-bila masa sahaja termasuklah belajar dari

pengalaman hidup.

Page 15: KEMAHIRAN BELAJAR

Ramai yang menganggap belajar hanya boleh berlaku di dalam kelas, bersama guru yang

mengajar, mengambil nota, dan mengulangkaji untuk peperiksaan. Hakikatnya, belajar

boleh berlaku dimana-mana dan bila-bila malahdengan sesiapapun. Contohnya, sejak kecil

lagi manusia telah mula belajar. Belajaruntuk bertatih, berjalan dan bercakap. Proses awal

ini berlaku apabila manusia belajar mendengar suara ibu bapa, mengenal persekitaran dan

seterusnya belajar menggunakan sentuhan, pandangan, pendengaran, bau dan rasa.

Manakala, definisi bagi kemahiran belajar adalah proses untuk memperolehi teknik

belajar sama ada bersama guru atau tanpa guru. Terdapat pelbagai kajian dan pendapat

terhadap kemahiran belajar yang telah diketengahkan. Menurut Abdul Razak Habib (2002),

kemahiran belajar merujuk kepada gaya pembelajaran yang merangkumi motif dan strategi

tertentu yang diamalkan oleh pelajar bagi memperolehi hasil pembelajaran tertentu.

Seterusnya, Dunn dan Dunn (1992) menyatakan pelajar-pelajar yang mempunyai

pencapaian akademik yang lebih cemerlang, lebih berdisiplin dan mempunyai sikap yang

positif apabila mereka mempunyai teknik belajar yang berkesan.Justeru itu,kaedah dan

pendekatan kemahiran belajar yang lebih praktikal adalah wajar untuk diketengahkan

kepada para pelajar.

Menurut Selmes (1987), Kemahiran Belajar adalah kemahiran yang membolehkan

seseorang pelajar itu mencari, menilai, memilih, menyusun, menyimpan dan menyampaikan

ilmu pengetahuan. Kemahiran Belajar merupakan keupayaan dan kecekapan yang dikuasai

oleh seseorang pelajar untuk mengumpul, memproses dan menyimpan maklumat serta

menuju kearah pembelajaran seumur hidup.

Kesimpulannya, dalam usaha untuk mendapatkan kejayaan akademik, kajian lalu

telah menegaskan bahawa seseorang pelajar perlu menitikberatkan gaya pembelajaran dan

Kemahiran Belajar yang diamalkan supaya dapat mengurangkan masalah belajar setiap

pelajar.

http://cheguuafinur.blogspot.com/2012/08/definisi-kemahiran-belajar.html

Page 16: KEMAHIRAN BELAJAR

 KONSEP KEMAHIRAN  BELAJAR

Kemahiran belajar ditakrifkan sebagai keupayaan atau kecekapan yang perlu

dikuasai oleh setiap pelajar untuk membolehkannya mengumpul, memproses dan

merumus maklumat secara kendiri dan seterusnya menuju ke arah pembelajaran

seumur hidup.

Cara belajar yang berkesan sebenarnya merupakan satu kombinasi berbagai strategi

dan kemahiran belajar. Setiap cara dan kemahiran adalah berguna dan sesuai

dengan konteks, suasana, masa dan tempat yang tertentu.

2. KEPENTINGAN KEMAHIRAN BELAJAR

Banyak kepentingan dan faeedah yang diperolehi oleh pelajar yang dapat

menguasai kemahiran belajar.  Antaranya ialah:

2.1      Memudahkan seseorang pelajar untuk mendapatkan ilmu secara

sistematik dan bermakna.

2.2      Memupuk minat dan amalan suka belajar dan sentiasa meningkatkan

pengetahuan dan daya intelek sepanjang hayat.

2.3      Mengaplikasikan kemahiran belajar yang dikuasai dalam pelbagai situasi.

2.4      Memupuk didplin kendiri pelajara.

2.5      Melatih pelajar membaca dengan cepat dan tepat.

2.6      Melatih pelajar mengumpul maklumat dengan cekap.

2.7      Melatih pelajar memproses maklumat dengan berkesan.

2.8      Meningkatkan daya ingatan pelajar.

2.9      Mencungkil serta mengasah bakat serta potensi seseorang.

2.10   Membantu pelajar memperolehi kemahiran membuat rujukan kepada pelbagai

sumber media.

2.11   Melatih individu menghadapi cabaran pembelajaran dan

seterusnya bermotivasi menghayati pembelajaran sepanjang hayat.

Page 17: KEMAHIRAN BELAJAR

2.12   Melatih dan membantu pelajar supaya dapat menguruskan masa dengan 

sebaiknya.

 

3. TEKNIK MEMBACA BERKESAN

3.1 KEMAHIRAN MEMBACA PANTAS

SKIMMING:  membaca secara pantas bahan bacaan untuk tujuan memahami idea

utama  atau tema bahan bacaan berkenaan.  Dalam membaca sesuatu  petikan, kita

hanya memberi perhatian kepada idea penting sesuatu perenggan untuk

mendapatkan fahaman umum.  Dalam membaca  sesebuah buku, fokus kita ialah

kepada bahagian tertentu buku berkenaan seperti bahagian pengenalan, daftar isi

kandungan, prakata, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan indek untuk

mendapatkan gambaran umum tentang buku yang dibaca.

SCANNING:  Pembacaan cepat untuk mendapatkan maklumat yang khusus sesuatu

bahan bacaan.  Pembaca boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu yang

difikirkan kurang penting.  Ketika membaca kita akan menggerakkan mata kita dari

atas ke bawah petikan muka surat yang dibaca sambil memberi tumpuan kepada

maklumat yang dicari.

3.2 KEMAHIRAN MEMBACA KRITIS

SQ4R:  Merupakan satu teknik membaca yang dapat membantu pelajar memahami

dan mengingat maklumat yang dibaca melalui satu siri tindakan yang berurutan. 

Teknik ini dibangunkan oleh Thomas & Robinson (1972) berasaskan sistem SQ3R

yang dibina oleh Robinson (1961).  Teknik ini diakui berkesan untuk membantu

pembelajaran dan ingatan pelajar.  Langkah-langkah penggunaan SQ4R:

SQR

R

R

R

 SURVEYQUESTIONREAD

REFLECT

RECITE

REVIEW

Skim bahan bacaan.  Gunakan tajuk

sebagai panduanBina soalan mengenai

bahan bacaan.Baca.  Gunakan soalan

sebagai panduan.

Fikirkan apa yang dibaca.  Hubungkan

idea dengan apa yang telah diketahui.

Page 18: KEMAHIRAN BELAJAR

Jawab soalan.  Hubungkan maklumat

dengan sesuatu tajuk.

Susun maklumat. Belajar semula

maklumat yang sukar.

Survey (Tinjauan):  Skim bahan bacaan secara cepat untuk mendapatkan idea

secara keseluruhan.  Beri perhatian kepada tajuk/sub-tajuk, sinopsis, daftar isi

kandungan dan kenal pasti apa yang hendak anda baca atau pelajari.

Question (Bina Soalan): Bina soalan kepada diri sendiri mengenai bahan yang

hendak dibaca.  Gunakan tajuk / sub-topik sebagai panduan. Gunakan kata tanya

siapa, apa, mengapa dan di mana.

Read (Baca):  Baca bahan. Tidak perlu mengambil nota secara ekstensif.  Cuba

jawab soalan-soalan yang telah dibina.  Tambah soalan-soalan baru sekiranya perlu.

Reflect (Refleksi):  Cuba fahami secara bermakna maklumat yang dibaca dengan

(i) menghubungkannya dengan apa yang telah anda ketahui (ii) menghubungkan

sub-topik dengan konsep dan prinsip sebelumnya (iii) cuba menyelesaikan maklumat

yang berkongflik dalam teks (iv) cuba gunakan maklumat yang dibaca untuk

menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dalam bahan bacaan (sekiranya

ada).

Recite (Mengimbas kembali):  Praktiskan ingatan anda mengenai apa yang

dibaca dengan cara menyatakan idea-idea utama bahan bacaan, mengemukakan

dan menjawab soalan sendiri – gunakan tajuk, perkataan yang ditonjolkan / kata

kunci dan nota untuk membina soalan kepada diri anda sendiri.

Review (Bacaan Semula): Secara aktif semak semula pembacaan anda dengan

berfokus kepada soalan-soalan yang ditujukan kepada diri anda sendiri bagi

mengesahkan ingatan dan kefahaman anda.  Nota atau catatan ringkas anda juga

boleh dirujuk.  Baca semula bahan berkenaan sekiranya anda tidak pasti dengan

ketepatan jawapan yang anda berikan kepada soalan-soalan yang anda kemukakan.

KWLH:  Teknik ini memberi penekanan kepada pengetahuan sedia ada pelajar,

tujuan pelajar membaca dan sumber lain pembelajaran. Taknik KWLH adalah kata

singkatan perkataan Bahasa Inggeris yang memberi maksud:

K  (know)       – Apa yang telah diketahui

W (want)        – Apa yang ingin diketahui

Page 19: KEMAHIRAN BELAJAR

L  (learned)   – Apa yang didapati selepas membaca

H (how)          – Bagaimana maklumat tambahan berkenaan tajuk, boleh diperolehi.

Teknik ini bertujuan memberikan pelajar (i)  peluang   membaca secara

kritis(ii)mengaitkan pengalaman sedia ada dengan perkara yang dibaca (iii)

pertingkatkan minat untuk membaca perkara-perkara yang hendak   diketahui (iv)

mengenal pasti perkara-perkara yang telah dipelajari dan perkara-    perkara

tambahan yang perlu diketahui lagi (v) peningkatan pemahaman membaca sesuatu

bahan yang dibaca.

Langkah-langkah membaca menggunakan Teknik KWLH

1. Kenal pasti bahan yang hendak dibaca. Adakah bahan itu artikel,

rencana, petikan, buku atau sebagainya. Lihat sepintas lalu bahan itu, cuba buat 

jangkaan isi bahan itu.

2. Cuba catatkan maklumat yang telah diketahui berkenaan tajuk itu. Atau cuba

sebutkan perkara-perkara yang telah diketahui tentang tajuk. Cuba binaan soalan-

soalan yang ingin anda dapatkan maklumat daripada teks berkenaan.

3. Baca teks berkenaan dan catatkan maklumat-maklumat yang anda dapati.

4. Semak kembali apa yang telah anda ketahui, apa yang baru anda dapati daripada

teks dan jika anda memerlukan maklumat tambahan yang lain, cuba cadang dan

sebutkan, bagaimanakah cara untuk anda dapatkan meklumat tambahan itu.

 http://ustazkenali.wordpress.com/2012/04/30/p-am-kemahiran-belajar/

Page 20: KEMAHIRAN BELAJAR

Kemahiran Belajar

KEMAHIRAN BELAJAR adalah merujuk kepada kemahiran untuk

menyediakan diri bagi menerima ilmu ketika belajar. Kemahiran ini amat penting

bagi memastikan apa yang diajar dapat diterima dan difahami oleh pelajar.

KEPENTINGAN KEMAHIRAN BELAJAR

1. Meningkatkan daya belajar dan daya intelek.

2. Memupuk disiplin belajar.

3. Mengumpul dan memproses maklumat dengan tepat.

4. Meningkatkan daya ingatan.

5. Pengurusan masa yang berkesan.

6. Memantapkan pembelajaran individu.

7. Mencapai cita-cita dan matlamat diri.

8. Membina budaya belajar yang betul dan berkesan.

9. Meningkatkan pencapaian individu.

10 tabiat yang menyebabkan kerosakan otak

1. Tidak mengambil sarapan pagi

Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah

akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak

dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan

Page 21: KEMAHIRAN BELAJAR

Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa

mental otak.

3. Perokok

Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh

menga kibatkan penyakit ‘Alzheimer’.

4. Penggunaan gula yang berlebihan

Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein

dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara

Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran

udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan

otak.

6. Terlebih tidur

Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang

boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur

Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih

banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan

kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat

Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak

dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi

Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya

berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir

Page 22: KEMAHIRAN BELAJAR

Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu,

perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

http://smkbbest.wordpress.com/bimbing/kemahiran-belajar/

Page 23: KEMAHIRAN BELAJAR

KEMAHIRAN BELAJAR

BELAJAR CARA BELAJAR (BCB)

Belajar cara belajar (BCB) merupakan satu bentuk kemahiran memperoleh teknik

pembelajaran secara efektif dengan atau tanpa guru. Pelajar perlu belajar cara belajar

supaya mereka dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan dalam proses pembelajaran

sama ada di dalam kelas atau luar kelas dan seterusnya berusaha untuk mencari jalan

untuk mengatasi kelemahan dan menggunakan kelebihan atau kekuatan yang ada untuk

memaksimumkan pencapaian dalam pelajaran.

Penguasaan kemahiran BCB amat penting bagi pelajar lantaran masa pengajaran

dan pembelajaran (P&P) dalam kelas adalah amat terhad. Hal ini menyebabkan ilmu

pengetahuan yang diterima oleh pelajar juga terhad. Oleh itu, pelajar harus belajar cara

untuk memperoleh maklumat tambahan dan meningkatkan penguasaan mereka dalam

mempelajari sesuatu. Dalam erti kata lain, BCB akan membantu pelajar supaya mampu dan

berupaya untuk belajar sendiri tanpa guru.Dengan menguasai kemahiran BCB, pelajar juga

mampu menilai tahap pembelajarannya sendiri dan seterusnya membuat sesuatu untuk

meningkatkan prestasinya dalam pelajaran.

Kemahiran belajar meliputi keseluruhan kemahiran yang biasanya cuba diterapkan

oleh guru Bahasa Melayu ( sama ada peringkat sekolah rendah mahupun sekolah

menengah) dalam P&P mereka (terkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu) iaitu

meliputi kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, kemahiran menulis dan

mencatat nota dan kemahiran menghafal

1. Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Kemahiran mendengar dan bertutur merujuk kepada keupayaan murid memahami

perkara yang didengar dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang

kritis dan kreatif secara lisan dalam pelbagai situasi pengucapan sama ada dalam perbualan

harian atau situasi formal. Kemahiran mendengar dan bertutur sememangnya saling

berkaitan.

Page 24: KEMAHIRAN BELAJAR

Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan kemahiran utama yang perlu

dikuasai oleh pelajar. Malangnya, pelajar sering mengabaikan penguasaan kemahiran ini

kerana menganggap kemahiran mendengar kurang relevan dalam meningkatkan

penguasaan dalam pelajar. Begitu juga pelajar kurang melibatkan diri secara aktif dalam

perbincangan di dalam atau di luar bilik darjah. Sangkaan tersebut ternyata meleset.

Sebenarnya, mendengar dan bertutur merupakan elemen penting dalam proses

komunikasi yang berkesan antara manusia. Dalam komunikasi yang efektif, pelajar perlu

menjadi pendengar yang baik. Pelajar perlu mendengar dengan teliti dan memberi perhatian

terhadap perkara yang disampaikan. Selepas itu, pelajar juga harus mampu mengeluarkan

pendapat atau pandangan terhadap sesuatu isi pelajaran yang dipelajari

Tujuan kita mendengar sesuatu adalah untuk mendapat maklumat, fakta atau

pengetahuan daripada perkara yang didengar. Tidak kira siapapun penyampainya, yang

pentingnya ialah orang tersebut mampu memberikan maklumat, memberi penjelasan

tentang sesuatu yang bermakna kepada kita supaya kita lebih memahami hal terebut..

Begitu juga halnya dalam P&P di bilik darjah. Pelajar perlu memberikan perhatian

yang sepenuhnya terhadap perkara yang disampaikan oleh guru. Caranya, pelajar perlu

mendengar dan memandang ke arah guru serta memberi fokus terhadap perkara yang

diajarkan oleh guru. Amat perlu untuk pelajar mendengar penjelasan guru tentang sesuatu

perkara yang dipelajari supaya pelajar dapat memahami isi pelajaran.

Sekiranya ditanya oleh guru, pelajar harus berkemampuan untuk memberi jawapan.

Begitu juga halnya ketika pelajar tidak jelas atau memahami sesuatu isi pelajaran. Dalam hal

ini pelajar berupaya mengaju soalan kepada guru atau rakan-rakan bagi memperoleh

maklumat yang dikehendaki.

Page 25: KEMAHIRAN BELAJAR

2. Kemahiran Membaca

Pelajar perlu menguasai kemahiran membaca untuk memperoleh infomasi , ilmu

pengetahuan dan maklumat tentang sesuatu perkara. Membaca juga merupakan satu

bentuk komunikasi iaitu komunikasi antara pembaca dan penulis.

Terdapat 4 tahap kemahiran membaca iaitu:

a. Skimming

Skimming merupakan satu bentuk kemahiran membaca untuk mendapat gambaran

keseluruhan atau idea utama dalam sesuatu bahan atau teks bacaan . Misalnya, apabila kita

membaca surat khabar, tentunya kita tidak akan membaca perkataan demi perkataan,

sebaliknya kita akan melakukan imbasan terhadap petikan yang terdapat dalam surat

khabar tersebut.

Skimming dilakukan 3 atau 4 kali lebih cepat daripada pembacaan normal.

Kebanyakan orang melakukan pembacaan secara skimming apabila mereka mempunyai

banyak bahan yang perlu dibaca dalam masa yang terhad. Kemahiran skimming wajar

dikuasai pelajar supaya pelajar dapat menjimatkan masa ketika mencari maklumat atau

informasi tertentu melalui pembacaan artikel di internet atau bacaan buku rujukan. Skimming

amat berguna kepada pelajar terutamanya ketika pelajar ingin mencari informasi melalui

internet. Pelajar perlu membuat pembacaan secara skimming untuk melihat sama ada

sesuatu bahan tersebut memenuhi keperluan pelajar atau berkaitan dnegan maklumat yang

ingin diperoleh oleh pelajar.

Ada terdapat beberapa strategi yang boleh dilakukan ketika skimming. Pelajar boleh

membaca tajuk, sub-tajuk atau melihat gambar rajah atau carta. Pelajar boleh membaca

perenggan pendahuluan dan penutup seuatu teks. Selain itu, baca juga hanya ayat pertama

setiap perenggan. Biasanya ayat pertama ini memberi idea utama yang ingin disampaikan

oleh penulis.

Cara bacaan ini adalah lebih sesuai sekiranya pelajar ingin mencari maklumat

tertentu bukannya untuk pemahaman teks. Paling sesuai sekiranya pelajar ingin mengetahui

Page 26: KEMAHIRAN BELAJAR

tentang sesuatu tarikh, nama, tempat dan maklumat-maklumat yang spesifik seperti data

atau fakta ringkas. Malah skimming boleh digunakan untuk melihat graf, jadual atau carta.

b. Scanning

Scanning atau imbasan ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan informasi

yang lebih terperinci daripada bacaan skimming. Biasanya, melalui kemahiran membaca

secara scanning pelajar mampu mencari jawapan kepada pelbagai persoalan yang timbul

dalam sesuatu topik pelajaran. Dalam erti kata lain, dalam kebanyakan situasi, pelajar tahu

perkara yang ingin dicari. Lantaran itu, fokus pembacaan ialah mencari kata-kata kunci yang

tertentu dalam mencari jawapan tersebut. Membaca secara imbasan melibatkan tindakan

menggerakkan anak mata dengan cepat untuk mencari perkataan khusus atau frasa-frasa

tertentu.

Sebenarnya, pembacaan secara scanning atau imbasan ini merupakan satu

kaedah cepat untuk mendapatkan fakta tertentu dalam buku teks atau buku rujukan.

Scanning juga merupakan satu langkah awal bacaan kerana melalui cara ini, pelajar boleh

mengetahui istilah-istilah baru dan seterusnya mencari maknanya dalam kamus atau

glossari dan menjimatkan masa ketika membuat pembacaan sebenar atau bacaan berat

untuk pemahaman.

Menguasai kemahiran membaca secara scanning melibatkan masa yang tidak lebih

daripada beberapa minit. Hal ini membantu pelajar menjimatkan masa dan dalam masa

yang sama mendapat jawapan kepada persoalan-persoalan yang berkaitan. Hanya selepas

itu, pelajar boleh membuat keputusan dalam menentukan tahap kepentingan sesuatu istilah,

konsep dan bahagian dalam teks atau buku teks mahupun buku rujukan yang memerlukan

perhatian khusus ketika pelajar membuat ulang kaji atau membaca untuk belajar

c. Baca Laju

Kemahiran bacaan laju merupakan kemahiran membaca secara cepat tetapi dalam

masa yang sama memahami bahan yang dibaca. Dalam bacaan laju, tumpuan utama kepda

idea utama atau isi-isi penting dalam sesuatu bahan bacaan. Penguasaan kemahiran

bacaan laju banyak membantu pelajar menggunakan masa yang terhad secara optimum.

Page 27: KEMAHIRAN BELAJAR

Hal ini disebabkan oleh pemerolehan maklumat atau fakta yang diperlukan oleh pelajar

dapat dilakukan dalam masa yang singkat dan dengan kadar yang cepat.

d. Bacaan berat atau bacaan intensif

Bacaan berat atau bacaan intensif ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan

informasi secara terperinci. Bacaan intensif memerlukan fokus yang mendalam dan

penelitian terhadap bahan atau teks yang dibaca. Dalam menguasai kemahiran membaca

intensif ini , pelajar perlu memiliki ketekunan dalam pembacaan yang tinggi. Pelajar juga

perlu memperuntukan masa yang panjang untuk melakukan bacaan berat kerana bacaan

berat melibatkan masa yang lebih lama supaya pelajar boleh mendapat maklumat dan

memahami teks atau bahan bacaan secara jitu dan mantap.

3. Kemahiran Menulis dan Mencatat Nota

BCB tidak sahaja memerlukan pelajar itu menguasai kemahiran bertutur, mendengar

dan membaca tetapi yang lebih penting ialah menguasai kemahiran menulis terutama

kemahiran menulis nota dan menulis cepat.

Kemahiran mencatat nota melibatkan aktiviti merekodkan data, maklumat, informasi,

fakta atau isi-isi penting daripada sesuatu bahan sama ada bahan yang dibaca, didengar

atau dilihat. Cataran nota akan membantu pelajar untuk lebih memahami isi pelajaran.

Selain itu, nota tersebut berguna sebagai bahan rujukan dalam mengulang kaji pelajaran

pada masa-masa mendatang.

Kemahiran menulis cepat ialah kemahiran menulis dengan kadar yang laju dan cepat

dalam tempoh masa yang terhad. Walau bagaimnapun, tulisannya mestilah boleh dibaca

dan difahami. Penguasaan kemahiran menulis cepat akan membantu pelajar menulis

sebanyak mungkin maklumat dalam jangka masa yang terhad dan hal ini membantu peljar

menjimatkan masa. Selain itu, seseorang yang menguasai kemahiran ini akan mampu

memberikan jawapan yang mengandungi banyak isi ketika menjawab soalan peperiksaan.

4. Kemahiran Mengingat atau Menghafal

Mengingat dan menghafal merupakan satu bentuk kemahiran yang perlu dikuasai

oleh pelajar jika ingin berjaya dalam pelajaran. Kemahiran mengingat atau menghafal

merupakan kemahiran mengingati semula isi-isi pelajaran dan fakta-fakta yang telah

dipelajari sebelum ini.

Faktor penting yang membantu proses mengingat atau menghafal ialah kefahaman

tentang sesuatu bahan yang dibaca dan dipelajari. Kemahiran mengingat atau menghafal

banyak dibantu oleh deria pendengaran dan penglihatan yang baik. Dalam hal ini, maklumat

Page 28: KEMAHIRAN BELAJAR

atau informasi diterima daripada deria dan disimpan dalam otak. Kemahiran mengingat dan

menghafal membantu informasi yang diterima disimpan dalam ingatan kekal dan mampu

digunakan semula pada masa yang diperlukan.

5. Kemahiran Mengumpul Maklumat

Kemahiran maklumat merupakan satu aspek kemahiran BCB yang paling utama.

Dalam hal ini, pelajar bukan sahaja mampu mengenal pasti maklumat yang perlu dicari,

tetapi juga mampu mengumpul, mengurus dan mengolah maklumat supaya maklumat

tersebut dapat digunakan bagi memenuhi keperluan dalam pembelajaran.

Kemahiran ini perlu dikuasai pelajar supaya pelajar mampu memperoleh maklumat

tambahan dalam pelajaran. Hal ini disebabkan pelajar tidak boleh semata-mata bergantung

kepada maklumat yang diberikan oleh guru-guru. Apabila pelajar menguasai kemahiran

maklumat, bermakna pelajar berupaya mengenal pasti sumber pembelajaran, kaedah atau

teknik mendapatkan maklumat sama ada melalui rujukan buku, rujukan kamus atau rujukan

melalui sumber internet.

Tuntasnya, dengan menguasai kemahiran cara belajar sama ada dengan atau tanpa

kehadiran guru, pelajar dapat memaksimumkan usaha dan mengoptimumkan pemerolehan

ilmu pengetahuan . Dalam masa yang sama, penguasaan kemahiran cara belajar mampu

membantu pelajar menggunakan masa secara berkesan. Bukan sahaja pelajar dapat

mengenal pasti kelemahan dan kekuatan dalam proses pembelajaran pelajar sendiri serta

cuba untuk mengatasinya namun yang lebih penting pelajar mampu membuat pembelajaran

kendiri secara efektif bersesuaian dengan penekanan aspek pembelajaran sepanjang hayat

oleh Kementerian Pelajaran.

http://cikguaniza-kemahiranbelajar.blogspot.com/

Page 29: KEMAHIRAN BELAJAR

ULASAN SENDIRI

Strategi dan teknik pembelajaran berkesan adalah salah satu sub topik

dalam kemahiran belajar. Teknik belajar yang baik dapat membantu orang yang

berkebolehan sederhana mencapai keputusan yang cemerlang berbanding dengan

orang yang berkebolehan baik tetapi mempunyai teknik yang lemah bagaikan

belakang parang diasah lagikan tajam. Oleh sebab itu, ada beberapa cara untuk

belajar dengan berkesan. Antaranya:

KEMAHIRAN BELAJAR

Strategi Dan Teknik

Pembelajaran Berkesan

CARA MEMBACA

BERTANYA

RUJUKAN DAN

PERLUASAN PEMBACAAN.

MEMBACA SEBELUM KE KELAS.

MEMBUAT NOTA.

JADUAL WAKTU

MENGULANGKAJI

MENIMBULKAN MINAT

PERBINCANGAN

MEREHATKAN DIRI

Page 30: KEMAHIRAN BELAJAR

Dengan mengikuti cara- cara di atas lita boleh menjadi pelajar yang berkebolehan dan berfikiran matang.

Kemahiran merujuk kepada kecekapan atau kepandaian dan belajar

dimaksudkan sebagai memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran. Kemahairan

belajar merujuk kepada kecekapan untuk memperolreh ilmu pengetahuan dan

kemahiran. Dangan erti kata lain , definisi bagi kemahiran belajar adalah proses

untuk memperolehi teknik belajar sama ada bersama guru atau tanpa guru. Pada

masa sekarang, hampir semua rakyat malaysia telahpun sedar betapa pentingnya

kemahiran belajar untuk berdepan dengan cabaran global dunia. Belajar juga

adalah cara untuk memproses maklumat yang membawa kepada perubahan

pengetahuan, tingkah laku dan juga kemahiran seseorang. Untuk menimbah ilmu

kita, kita tidak tertakluk kepada apa-apa peraturan. Kita tidak mempunyai had umur,

status seperti kaya dan miskin serta golongan bijak pandai untuk menimba ilmu.

Ramai daripada kita mengangap bahawa pembelajaran hanya berlaku di dalam

kelas tetapi pandangan itu tidak benar kerana kita telah pun bermula belajar dari

sejak kecil lagi dengan pengajaran tidak formal. Beberapa kajian telah membuktikan

bahawa semua pelajar haruslah mengutamakan gaya pembelajaran dan kemahiran

belajar kerana boleh mengurangkan kekangan pelajar untuk mengatasi masalah

pembelajaran.