kemahiran belajar

Upload: nor-rozitaaini-yaacob

Post on 05-Oct-2015

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Kemahiran Belajar

KEMAHIRAN BELAJAR adalah merujuk kepada kemahiran untuk menyediakan diri bagi menerima ilmu ketika belajar. Kemahiran ini amat penting bagi memastikan apa yang diajar dapat diterima dan difahami oleh pelajar.

KEPENTINGAN KEMAHIRAN BELAJAR

1. Meningkatkan daya belajar dan daya intelek.2. Memupuk disiplin belajar.3. Mengumpul dan memproses maklumat dengan tepat.4. Meningkatkan daya ingatan.5. Pengurusan masa yang berkesan.6. Memantapkan pembelajaran individu.7. Mencapai cita-cita dan matlamat diri.8. Membina budaya belajar yang betul dan berkesan.9. Meningkatkan pencapaian individu.

Kaedah Belajar Berkesan

1. Semasa di kelas, berikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran guru.2. Sentiasa bersoal-jawab dengan guru dalam hal-hal pelajaran.3. Membaca setiap nota yang diberikan oleh guru.4. Membuat latihan-latihan yang disediakan oleh guru serta mencari latihan-latihan tambahan dari buku-buku latihan.5. Memahami apa yang dibaca.6. Membuat nota ringkas untuk semua mata pelajaran.7. Menggunakan kaedah, simbol dan tanda-tanda tertentu untuk memudahkan pembelajaran.8. Belajar menggunakan komputer untuk mendapatkan kefahaman tambahan.9. Mengadakan kumpulan perbincangan bagi semua mata pelajaran.10. Mendapatkan pengetahuan daripada pelbagai bahan rujukan sama ada buku,majalah, akhbar dan internet.11. Mempelajari teknik-teknik menjawab soalan setiap mata pelajaran.12. Meneliti dan menganalisis trend soalan-soalan peperiksaan yang lalu.13. Berfikir secara kreatif dan berani memberi idea.14. Mendapatkan nasihat guru dalam segala masalah yang dihadapi tentang pelajaran dan pembelajaran.