latihan kemahiran asas bola tampar

18
Latihan Kemahiran Asas Bola Tampar Latihan kemahiran asas bola tampar terbahagi kepada lima jenis, iaitu: 1.0 Servis 2.0 Menyangga 3.0 Merenjam 4.0 Menghadang 5.0 Mengumpan

Upload: anonymous-tsmgjjfswu

Post on 13-Dec-2015

1.510 views

Category:

Documents


67 download

DESCRIPTION

Latihan Kemahiran Asas Bola Tampar

TRANSCRIPT

Page 1: Latihan Kemahiran Asas Bola Tampar

Latihan

Kemahiran Asas

Bola Tampar

Latihan kemahiran asas bola tampar terbahagi kepada lima jenis, iaitu:

1.0 Servis

2.0 Menyangga

3.0 Merenjam

4.0 Menghadang

5.0 Mengumpan

Page 2: Latihan Kemahiran Asas Bola Tampar

1.0 Servis

Servis adalah sesuatu tindakan yang dibuat dalam sesuatu permainan

dengan tujuan memulakan permainan. Servis dilakukan dari bahagian

belakang luar gelanggang, bola akan dihantar oleh seorang pemain yang

memegang giliran untuk melakukan servis. Pemain yang melakukan servis

dikenali sebagai peservis. Servis merupakan salah satu kemahiran yang

terpenting dalam sesuatu permainan. Oleh hal yang demikian, servis perlu

dikuasai oleh semua pemain.

Antara kepentingan servis ialah semasa mengikut peraturan permainan

bola tampar, sesuatu pasukan mesti berada dalam kedudukan membuat

servis untuk mendapatkan skor. Oleh itu pasukan yang memiliki pemain

handal membuat servis berpeluang untuk mendapatkan skor dan

mengekalkan servis. Seterusnya, semasa seseorang pemain membuat servis

dengan darjah lontaran tertentu, pemain tersebut boleh menentukan di mana

kedudukan bola yang hendak dihantar olehnya. Satu servis yang kuat dan

pantas boleh membuatkan pemain yang lemah daripada pasukan lawan yang

menerima hantaran bola tersebut membuat kesilapan seperti terlepas bola,

membuat faul atau membuat hantaran lemah (poor pass).

Terdapat tiga jenis servis iaitu servis bawah tangan (servis

underhand), servis atas kepala (servis tennis) dan servis gelombang (servis

fluota).

1.1 Servis Bawah Tangan (underhand)

Servis bawah tangan atau dikenali sebagai servis underhand ini

merupakan servis yang senang dilakukan. Servis ini adalah tepat, sentiasa

konsisten dan hanya memerlukan sedikit keupayaan fizikal sahaja. Cara-cara

melakukan aktiviti servis bawah tangan melibatkan tiga fasa, antaranya ialah

fasa permulaan, fasa perlaksanaan dan fasa ikut lajak.

Fasa permulaan ini melibatkan posisi yang betul untuk melakukan

aktiviti servis bawah tangan. Semasa melakukan aktiviti ini, kita perlu berdiri

Page 3: Latihan Kemahiran Asas Bola Tampar

dengan kaki kangkang dan jaraknya lebih kurang luas bahu. Seterusnya, kaki

kiri ke hadapan untuk peservis yang biasanya menggunakan tangan kanan

serta kaki depan menuju ke arah di mana servis akan ditujukan. Bengkokkan

sedikit lutut, badan menghadap ke hadapan dan letak bola di tangan kiri untuk

peservis tangan kanan di depan dan sebelah kanan badan. Akhirnya, jangan

lupa berdiri berjauhan di antara 2 hingga 10 kaki daripada garisan belakang.

Seterusnya, fasa perlaksanaan yang merangkumi aktiviti

melambungkan bola. Semasa melakukan aktiviti ini, lutut dibengkokkan dan

kaki ke belakang sedikit. Pada masa yang sama bola dilambungkan terus ke

atas di hadapan dan tangan akan memukul bola tersebut (striking hand).

Semasa bola dilambungkan tangan yang membuat servis di tarik ke belakang

mengikut pergerakkan buah bandul jam. Apabila bola yang dilambungkan

telah mencapai puncaknya, pindahkan berat badan dan hayunan tangan ke

hadapan dimulakan. Kontak bola dimulakan tangan memukul (sama ada

dengan bahagian bawah tangan, tapak tangan atau buku lima), lalu bola

tersebut dipukul di tengah atau di bawah sedikit dengan lengan yang lurus.

Fasa yang ketiga ialah fasa ikut lajak. Penyervis perlu ikut lajak dengan

lengan servis yang dihadkan. Pergerakan tangan ditegarkan untuk

mengelakkan putaran bola serta memastikan mata sentiasa mengikut laluan

bola.

Gambar rajah di atas menunjukkan aktiviti servis bawah tangan.

Page 4: Latihan Kemahiran Asas Bola Tampar

1.2 Servis Atas Kepala (Servis Tenis)

Servis ini adalah senang untuk dikuasai dan ia lebih kuat serta berat

berbanding dengan servis bawah tangan. Servis atas kepala atau dikenali

sebagai servis tenis ini dibahagikan kepada tiga fasa, iaitu fasa

permulaan,fasa perlaksanaan dan fasa ikut lajak.

Semasa fasa permulaan, penyervis berdiri menghadap jaring dengan

kaki seluas bahu dan kaki kiri di hadapan bagi peservis yang menggunakan

tangan kanan. Seterusnya, pegang bola dalam tangan lambungan (tossing

hand) lebih kurang satu kaki ke sebelah kanan muka peservis yang

menggunakan tangan kanan serta menyokong bola dengan tangan servis

(serving hand).

Semasa fasa pelaksanaan pula, penyervis dikehendaki melambungkan

bola lebih kurang tiga kaki ke atas kepala dan di hadapan bahu lengan yang

membuat servis. Berat badan dari belakang dipindahkan ke hadapan dan

menghayun lengan yang membuat servis seperti saksi membaling bola.

Seterusnya, memukul bola dengan tapak tangan dan jari di keliling bola.

Gunakan pergerakan pergelangan tangan yang cepat untuk melakukan putar

depan.

Fasa ketiga ialah fasa ikut lanjak. Penyervis ikut lajak dengan lengan

servis ke pertengahan badan dan memindahkan berat badan dari belakang

ke depan.

Gambar rajah di atas menunjukkan perlakuan servis atas kepala.

Page 5: Latihan Kemahiran Asas Bola Tampar

1.3 Servis gelombang (servis floata)

Servis gelombang atau dikenali sebagai servis fluota ini dilakukan

selepas memukul bola di tengahnya dengan tapak tangan yang terbuka,

tangan berhenti dengan serta-merta tanpa diteruskan lagi. Ini menyebabkan

bola terapung atau meluncur tanpa diteruskan lagi. Ini menyebabkan bola

terapung atau meluncur tanpa putaran langsung. Gelombang ini bergerak

dengan laju melintasi jaring dan tiba-tiba pecah atau mati jadi penerima

mungkin terganggu sementara imbangannya.

Cara-cara untuk melakukan servis gelombang dengan posisi bermula,

penyervis dikehendaki berdiri menghadap jaring dan kaki berjarak seluas

bahu. Kaki kiri di hadapan untuk peservis yang menggunakan tangan kanan.

Kaki depan harus menuju dengan tepat ke tempat di mana bola yang

diarahkan. Seterusnya, lutut dibengkokkan sedikit dan berdiri di antara 2

hingga 10 kaki jauh daripada garisan belakang.

Cara yang berikutnya ialah lambungan dan pemindahan berat badan.

Berat badan tertumpu di kaki belakang semasa dalam posisi bersedia dan

lengan lambungan dengan bola diletakkan di tapak tangan harus direntang ke

hadapan. Meletak tangan servis di atas bola menghadap ke bawah (untuk

menolong kawalan bola). Seterusya, bengkokkan lutut sedikit ke belakang,

pada masa yang sama naikkan lengan lambungan. Tangan servis pula masih

berkontak dengan bola selama yang boleh. Lambungan diteruskan dengan

lengan tangan bergerak ke atas secara berlanjutan dan lutut diluruskan. Tidak

ada pergerakan di pergelangan tangan yang membuat lambungan.

Melambungkan bola terus ke atas, di hadapan bahu tangan servis tidak lebih

daripada 18 inci tingginya. Akhirnya, berat badan dipindahkan dari kaki

belakang ke kaki depan apabila lambungan telah mencapai kemuncaknya.

Cara yang seterusnya ialah aksi tangan dan kontak. Penyervis

menghayun lengan memukul dengan mengunakan aksi membaling seperti

dalam perrmainan besbol serta memulakan hayunan lengan ke hadapan

apabila berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke kaki hadapan.

Memukul bola dengan bahagian bawah tapak tangan (heel of the hand) dan

memastikan pergelangan tangan adalah tegar. Bukan itu sahaja, kontak bola

dengan meletakkan tangan di tengah atau sedikit dibawah bahagian tengah

Page 6: Latihan Kemahiran Asas Bola Tampar

bola dengan lengan yang cukup lurus. Pastikan mata memandang bola

semasa servis dilakukan.

Page 7: Latihan Kemahiran Asas Bola Tampar

2.0 Menyangga

Menyangga boleh dibahagikan kepada dua jenis,iaitu menyangga

sendirian dan menyangga berpasangan.

2.1 Menyangga sendirian

Semasa menyangga sendirian,kita perlu lambungkan bola dan terus

menyangga. Ulang beberapa kali sehingga yakin boleh melakukan aktiviti

menyangga. Seterusnya, lambung bola dengan tinggi dan cuba menyangga

semasa bola menurun serta menguji sejauh manakah kita boleh mengelakkan

bola daripada jatuh ke tanah. Kita boleh melakukan aktiviti menyangga bola

ke dinding berulang-ulang. Pastikan selepas sahaja memukul bola, tetapkan

kedudukan badan untuk melakukan sanggaan yang baik.

Gambar rajah di atas menunjukan aktiviti menyangga bersendirian.

2.2 Menyangga berpasangan

Page 8: Latihan Kemahiran Asas Bola Tampar

Semasa menyangga berpasangan, lakukan aktiviti menyangga dengan

rakan dan bola disangga ke dinding. Untuk memudahkan aktiviti ini, biar bola

melantun terlebih dahulu sebelum disangga bergilir-gilir. Seterusnya, lakukan

sanggaan berpasangan ke dinding tanpa menjatuhkan bola ke tanah.

Gambar rajah di atas menunjukan menyangga berpasangan.

Pukulan menyangga digunakan apabila bola berada di bawah paras

mata. Kebanyakan pemain belakang gelanggang menggunakan kemahiran ini

sewaktu menerima bola servis atau bola rejaman. Bahagian tangan yang

sesuai untuk menyangga ialah antara tangan hingga ke siku. Lutut perlu

dibengkokkan untuk mendapatkan kuasa hayunan menyangga dengan baik.

Page 9: Latihan Kemahiran Asas Bola Tampar

Gambar rajah di atas menunjukkan pukulan menyangga.

Terdapat dua jenis hantaran boleh dilakukan sama ada melalui atas

kepala (overhead) atau bawah tangan (underarm). Posisi pemain, posisi bola

dan kelajuannya akan menentukan jenis hantaran yang akan dibuat.

Page 10: Latihan Kemahiran Asas Bola Tampar

2.3 Hantaran atas kepala (overhead)

2.4 Hantaran Bawah Tangan

Page 11: Latihan Kemahiran Asas Bola Tampar

3.0 Merenjam

Kemahiran ini digunakan untuk mendapat skor. Merenjam adalah bola

yang dihantar dengan menbuat smesy ke bawah dalam gelanggang lawan.

Perenjam berdiri dekat dengan jaring, menghadap arah daripada mana bola

akan datang. Semasa bola mula menurun, perenjam melompat tinggi ke

udara dan menghayunkan tangan kanan atau kiri ke atas untuk memukul bola

ke bawah seterusnya ke dalam gelanggang pihak lawan. Merejam terbahagi

kepada dua jenis,iaitu renjam berdiri dan renjam sambil berlari.

3.1 Renjam Berdiri

Renjam berdiri tidak ada run-up dan melonjak dengan kedua-dua kaki

bertolak dari setempat. Semasa merejam, bengkokkan lutut dan menolak ke

atas dengan tangan dihayunkan ke belakang dan ke atas. Seterusnya,

menaikkan tangan kanan atau kiri di atas kepala atau di belakang bahu untuk

merejam bola. Pukulan boleh dibuat dengan pukulan buku lima tangan, tapak

tangan terbuka atau menadahkan tangan. Bagi pengetahuan semua,

pergerakan pergelangan tangan adalah penting untuk menbawa bola turun.

Gambar di atas menunjukkan renjam berdiri.

Page 12: Latihan Kemahiran Asas Bola Tampar

3.2 Renjam sambil berlari

Renjam sambil berlari pula, perejam dikehendaki berdiri dua hingga

tiga meter dari jaring. Perenjam perlulah berlari tiga langkah. Langkah

pertama adalah bermasa manakala langkah kedua akan membawa perejam

di bawah bola dan kedua-dua belah kaki akan hampir bersama. Akhirnya,

perenjam akan memukul bola dengan buku lima, tapak tangan terbuka

atau menadah tangan.

Gambar di atas menunjukkan renjam sambil berlari.

Cara-cara merenjam adalah penting bagi perenjam. Semasa

merenjam, perenjam haruslah berada dalam posisi yang bersedia. Berat

badan juga perlu diagihkan dengan seimbang. Selain itu, perenjam perlulah

bongkokkan lutut, gendurkan bahagian tubuh badan serta bahu ke hadapan.

Jarak dari jaring adalah berada di antara dua hingga tiga meter.

Semasa membuat pergerakan, perenjam perlu bergerak ke arah bola

dan melangkah kaki kiri bagi pemain yang menggunakan tangan kanan.

Perenjam harus bergerak sambil melihat kelajuan bola. Seterusnya, lengan-

lengan mula digerakkan ke belakang dan turunkan badan secara beransur-

ansur dalam persediaan untuk melakukan lompatan. Gerakan lengan-lengan

ke belakang dan ke hadapan dengan seberapa yang boleh. Selain itu,

Page 13: Latihan Kemahiran Asas Bola Tampar

melangkah dengan kaki kanan yang mengambil kebanyakan berat badan

serta menghayunkan lengan-lengan ke bawah di sisi badan.

Bukan itu sahaja, kontak mesti dilakukan diatas bahagian bola dan

kontak bola dengan mengunakan hujung tangan. Seterusnya, pergelangan

tangan bengkok dengan serta-merta ke depan dengan tapak tangan dan jari-

jari melindungi bola. Mendepakan jari seluas-luas yang boleh untuk

mengawal spike atau menadah tangan untuk mendapatkan kuasa. Hayunan

lengan perlu megikut lajak sehingga ke pertengahan badan.

Semasa membuat daratan, mendarat di atas jari. Perejam perlu

membengkokkan lutut sedikit untuk menyerap tekanan. Akhirnya, mendarat di

tempat yang sama semasa tempat menbuat lonjakan.

Page 14: Latihan Kemahiran Asas Bola Tampar

4.0 Menghadang

Lazimnya tindakan menghadang diamalkan untuk menentang rejaman

atau smesy oleh pihak lawan. Hadangan (blocking) yang berkesan akan

menyebabkan bola mati dalam gelanggang pihak yang merejam atau smesy.

Seterusnya, menyentuh jaring semasa hadangan adalah satu kesalahan.

Terdapat dua jenis aktiviti menghadang iaitu, menghadang bersendirian dan

menghadang Berpasangan.

4.1 Menghadang Bersendirian

Semasa membuat latihan menyangga bersendirian, lakukan lonjakan

menegak dan sentuh jaring bola tampar dengan kedua-dua belah tangan

serta tolak sedikit jaring ke hadapan. Lakukan aktiviti ini berulang-ulang.

4.2 Menghadang Berpasangan

Semasa membuat latihan menghadang berpasangan, kita perlu berdiri

berhadapan rakan dengan jaring berada di tengah-tengah. Lakukan lonjakan

menegak serentak dengan rakan dan cuba tepuk tangan rakan dengan

kedua-dua belah tangan. Lakukan berulang-ulang di sepanjang jaring.

Page 15: Latihan Kemahiran Asas Bola Tampar

Dalam aktiviti yang berikut pula, seorang rakan merejam bola dan kita

cuba menghadang bola yang direjam itu.

Gambar rajah di atas menunjukan latihan menghadang berpasangan.

Page 16: Latihan Kemahiran Asas Bola Tampar

Cara-cara menghadang ialah semasa menghadang, lonjakan kedua-

dua belah kaki dan tangan dihulurkan lurus ke atas. Bahagian lengan dan

tapak tangan pula condong ke sebelah pihak lawan.

Page 17: Latihan Kemahiran Asas Bola Tampar

5.0 Mengumpan

Mengumpan adalah salah satu teknik dalam bola tampar. Mengumpan

juga boleh disifatkan sebagai membuat umpanan atau lebih dikenali sebagai

“SETING”. Selain itu juga, mengumpan juga menghasilkan satu pengerakan

di mana pemain yang dikenali sebagai SETTER akan menghantar bola

mengikut ketinggian dan arah tertentu kepada rakannya bertujuan untuk

mendapat mata dengan membuat rejaman. Disamping itu, tanpa umpanan

yang baik dan tepat daripada setter, ini akan menyukarkan atau menyulitkan

perejam untuk membuat rejaman. Pengumpan dan perejam haruslah memiliki

persefahaman yang tinggi dan pengumpan juga haruslah tahu corak

lambungan bola serta tahu arah yang ingin ditujukan kepada perejam untuk

membuat rejaman. Hal yang demikaian kerana pengumpan haruslah

mengetahui kemahiran asas yang tinggi. Sebagai contoh, terdapat dua jenis

pengerakan untuk membuat umpanan ialah pengerakan kaki dan badan

haruslah selesa dan seimbang dan tangan haruslah meletak di hadapan

muka dengan ibu jari serta jari-jari lain mengucup.