asas kemahiran komputer module

26
Sejarah Komputer Pengenalan Komputer adalah sebuah mesin pemprosesan data berelektronik yang menerima dan menyimpan data, melakukan operasi aritmetik (pengiraan) dan logik (membuat keputusan) ke atas data dan kemudian mengeluarkan keputusan ( maklumat ). Komputer memproses data secara automatik (tanpa pertolongan manusia) di bawah arahan program yang tersimpan dalam unit storan utama. Program (atau atur cara) mengandungi jujukan arahan- arahan yang mengarahkan komputer mengatasi sesuatu masalah dengan menggunakan unit- unit yang ada padanya. Generasi Komputer Perkembangan komputer bertambah rancak setelah memasuki dekad 40an. Beribu-ribu komputer telah dibina dan perkembangan komputer telah menghasilkan mesin yang tinggi kelajuan, storan dan ingatan. Zaman ini menandakan permulaan generasi komputer. Terdapat lima generasi komputer kesemuanya dan setiap generasi mempunyai cirinya tersendiri. Generasi Pertama ( 1942 - 1959 ) Komputer generasi pertama menggunakan teknologi tiub hampagas (vakum). Ia berupaya memproses beberapa ribu arahan sesaat; lebih pantas daripada pergerakan alat mekanik dan boleh menyimpan 10,000 - 20,000 aksara. Kelemahan Komputer Generasi Pertama i. Tiub hampagas adalah besar dan memerlukan penggunaan kuasa elektrik yang banyak dan dengan itu mengeluarkan haba serta cepat rosak serta sukar untuk mengawal suhunya. ii. Tiub-tiub vakum mudah rosak dan pengguna yang menggunakan komputer tersebut tidak tahu sama ada terdapat kesilapan dalam pengaturcaraan komputer atau kerosakan pada komputer tersebut apabila komputer yang mereka gunakan "seragam". iii. Bahasa yang digunakan merupakan bahasa mesin (machine language), yang menggunakan rangkaian nombor-nombor yang merupakan arahan-arahan yang diikuti oleh komputer untuk melaksanakan sesuatu tugas. Disebabkan proses penggunaan nombor untuk menulis atur cara komputer, ini menyukarkan proses pengaturcaraan komputer tersebut. iv. Ketidaktepatan pemprosesan data dan harganya tinggi. Generasi Kedua (1959 - 1964) Komputer generasi kedua menggunakan transistor menggantikan tiub hampa gas. Ia dicipta oleh tiga saintis di Bell Laboratories, iaitu J. Bardeen, H. W. Brittain dan W. Shockley. Transistor adalah sebuah alat elektronik yang kecil di mana fungsinya adalah untuk memindahkan isyarat-isyarat elektrik melalui perintang. Keserasiannya adalah terhad, oleh itu atur cara yang ditulis untuk satu komputer perlu diubah untuk dilaksanakan pada komputer lain. Contoh : IBM 1400 - Pencipta John Bardeen, William Shockley dan Walter Brattain. UNIVAC M460, IBM 7090, NCR 315 dan BURROUGHS 5000. Kelebihan komputer generasi kedua ialah kerana sifat transistor yang bersaiz kecil, penggunaan tenaga yang rendah dan kecekapan transistor yang lebih baik jika dibandingkan dengan tiub vakum.

Upload: check-mark

Post on 02-Jul-2015

331 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Asas Kemahiran Komputer Module

Sejarah Komputer

Pengenalan

Komputer adalah sebuah mesin pemprosesan data berelektronik yang menerima dan menyimpan data, melakukan operasi aritmetik (pengiraan) dan logik (membuat keputusan) ke atas data dan kemudian mengeluarkan keputusan ( maklumat ). Komputer memproses data secara automatik (tanpa pertolongan manusia) di bawah arahan program yang tersimpan dalam unit storan utama. Program (atau atur cara) mengandungi jujukan arahan-arahan yang mengarahkan komputer mengatasi sesuatu masalah dengan menggunakan unit-unit yang ada padanya.

Generasi Komputer

Perkembangan komputer bertambah rancak setelah memasuki dekad 40an. Beribu-ribu komputer telah dibina dan perkembangan komputer telah menghasilkan mesin yang tinggi kelajuan, storan dan ingatan. Zaman ini menandakan permulaan generasi komputer. Terdapat lima generasi komputer kesemuanya dan setiap generasi mempunyai cirinya tersendiri.

Generasi Pertama ( 1942 - 1959 )

Komputer generasi pertama menggunakan teknologi tiub hampagas (vakum). Ia berupaya memproses beberapa ribu arahan sesaat; lebih pantas daripada pergerakan alat mekanik dan boleh menyimpan 10,000 - 20,000 aksara.

Kelemahan Komputer Generasi Pertama i. Tiub hampagas adalah besar dan memerlukan penggunaan kuasa elektrik yang banyak dan

dengan itu mengeluarkan haba serta cepat rosak serta sukar untuk mengawal suhunya.ii. Tiub-tiub vakum mudah rosak dan pengguna yang menggunakan komputer tersebut tidak

tahu sama ada terdapat kesilapan dalam pengaturcaraan komputer atau kerosakan pada komputer tersebut apabila komputer yang mereka gunakan "seragam".

iii. Bahasa yang digunakan merupakan bahasa mesin (machine language), yang menggunakan rangkaian nombor-nombor yang merupakan arahan-arahan yang diikuti oleh komputer untuk melaksanakan sesuatu tugas. Disebabkan proses penggunaan nombor untuk menulis atur cara komputer, ini menyukarkan proses pengaturcaraan komputer tersebut.

iv. Ketidaktepatan pemprosesan data dan harganya tinggi.

Generasi Kedua (1959 - 1964)

Komputer generasi kedua menggunakan transistor menggantikan tiub hampa gas. Ia dicipta oleh tiga saintis di Bell Laboratories, iaitu J. Bardeen, H. W. Brittain dan W. Shockley. Transistor adalah sebuah alat elektronik yang kecil di mana fungsinya adalah untuk memindahkan isyarat-isyarat elektrik melalui perintang. Keserasiannya adalah terhad, oleh itu atur cara yang ditulis untuk satu komputer perlu diubah untuk dilaksanakan pada komputer lain. Contoh :

IBM 1400 - Pencipta John Bardeen, William Shockley dan Walter Brattain. UNIVAC M460, IBM 7090, NCR 315 dan BURROUGHS 5000.

Kelebihan komputer generasi kedua ialah kerana sifat transistor yang bersaiz kecil, penggunaan tenaga yang rendah dan kecekapan transistor yang lebih baik jika dibandingkan dengan tiub vakum.

Page 2: Asas Kemahiran Komputer Module

Generasi Ketiga (1964 - 1970) Teknologi litar bersepadu yang terdiri daripada beribu-ribu transistor yang diletakkan pada kepingan silikon digunakan dalam komputer generasi ketiga. Atur cara yang ditulis lebih serasi kerana konsep multi pengaturcaraan mula digunakan. Beberapa pengguna boleh berkongsi mesin melalui konsep baru iaitu perkongsian masa. Contoh :

IBM 360 ( 1964 ) Bermulanya era minikomputer - PDP-8 ( 1965 ) ICL 1900 ( International Computer Limited ) dan VAC 9000

Kelebihan komputer generasi ketiga yang menggunakan Cip IC(Integrated Curcuit) ialah kos yang rendah dalam pembuatan cip IC tersebut, penggunaan tenaga yang rendah, kepadatan cip IC tersebut (mengurangkan masa pengaliran elektrik dalam cip tersebut) dan kecekapan cip IC jika dibandingkan dengan transistor.

Generasi Keempat (1971 -1999)Komputer generasi keempat menggunakan litar bersepadu berskala besar. Istilah yang digunakan ialah Penyepaduan Skala-Besar (Large-Scale Intergration ataupun LSI). Dengan pengenalan storan maya, atur cara yang bersaiz beberapa kali saiz ingatan mesin boleh dilaksanakan.Contoh :

IBM 370 ( 1970 ) PDP-11 ( 1970 ) Mikrokomputer pertama ialah MITS ( Altair 8800 ) 1975. Selepas itu, Apple I dicipta oleh Steve

Mozniak dan Steve Jobs, Apple II ( 1977 ), Commodore PET. VisiCalc ( Visible Calculator ) - sebuah pukal hamparan elektronik oleh Dan Brickland. Super komputer yang popular ialah CRAY I.

Generasi Kelima ( 2000 sehingga kini) Komputer generasi kelima lebih canggih, lebih murah, lebih pantas dan lebih hebat daripada yang sedia ada dan kemampuan 'melihat', 'mendengar', 'bercakap', dan 'berfikir' seperti manusia.Ia memiliki kecerdikan buatan iaitu setakat mana manusia membuat komputer itu cerdik. Ia juga mampu melaksanakan tugas secara selari berbeza dengan caranya sekarang dan membolehkan tugas diselesaikan serentak.Pemprosesannya juga lebih cepat dan lebih kuasa untuk membuat penaakulan, belajar dan membuat kesimpulan. Contoh :

Pentium III Pentium III Xeon

Page 3: Asas Kemahiran Komputer Module

Komputer

Perkakasan Komputer

Perkakasan Dalam Perisian Sistem Operasi Perisian Utiliti___

Perisian__

Perkakasan Luar______

*contohHard DiskRAM

*contohMousePrinte

*contohMicrosoft Windows 98Linux

*contoh Adobe Photoshop

Jenis-jenis Komputer

Definisi KomputerMesin elektronik yang dapat menerima data dan arahan, memproses data dan seterusnya menghasilkan maklumat yang berguna kepada pengguna. Juga merupakan gabungan di antara perkakasan dan perisian. Merupakan satu alat elektronik yang digunakan untuk mendapatkan data dan memprosesnya.Satu mesin elektronik yang boleh melakukan operasi aritmetik, logik dan memproses data mengikut set arahan yang diprogramkan.

Perkakasan Komputer

Perkakasan komputer merujuk kepada bahagian-bahagian yang membentuk komputer yang lengkap. Perkakasan komputer juga dikenali sebagai peranti (device).

Pengkelasan komputer

MicrokomputerMinikomputer Komputer Kerangka Utama(Mainframe Computer)

Superkomputer

Komputer meja Komputer Mudah Alih(Portable Computer)

Komputer Riba(Laptop Computer)

Komputer notebook Komputer subnotebook

Komputer digital peribadi

Page 4: Asas Kemahiran Komputer Module

Perkakasan Dalam Komputer

Papan Induk

Papan induk Sony Playstation

Papan induk, juga dikenali sebagai papan utama (mainboard MoBo) atau papan sistem (systemboard), merupakan pusat atau papan litar bercetak (printed circuit b3ewoard) utama yang terdiri daripada sistem eletronik rumit, seperti komputer.

Papan utama

Kesemua peralatan elektrik mempunyai papan dimana pemproses logik bermula apabila ia dihidupkan. Secara umum, ini dikenali sebagai papan induk. Biasanya, hanya peranti yang mempunyai pengiraan panjang, rumit, pelbagai, mempunyai papan induk. Komputer, konsol permainan, dan PDA biasanya dikaitkan dengan papan induk, sementara televisyen, penerima set teater rumah, dan aplikasi rumah biasanya tidak dikaitkan dengan papan induk.

Komponen papan induk

Kesemua papan induk mempunyai sama ada komponen teras atau pilihan lain untuk berfungsi.

Page 5: Asas Kemahiran Komputer Module

soket CPU (direka untuk memegang CPU)

o Setiap CPU memerlukan soket yang berlainan. Oleh itu kita perlu tahu CPU yang dibeli

mesti mempunyai soket yang disokong oleh motherboard. Sebagai contoh CPU jenis

Intel Celeron mempunyai berbagai versi antaranya jenis soket 370 dan SECC Slot 1.

Soket 478 Pentium 4.

 

Soket A untuk Althon dan Duron.

 

Page 6: Asas Kemahiran Komputer Module

Soket 370 untuk Pentium III dan Celeron.

 

Soket jenis SECC untuk Pentium II dan Celeron.

Slot tambahan

Jumlah dan jenis slot tambahan ditentukan oleh pengilang papan induk bergantung kepada had set chip teras (core logic chipset). Jenis slot biasa termasuk:

ISA - PCI - AGP - PCI-Express -

Antaramuka tambahan pilihan

Komponen berikut adalah pilihan, walaupun ekonomi pasaran menjadikan sebahagiannya mesti ada dalam komputer moden.

Pengawal IDE Pengawal ATA selari (serial ) Port USB Port FireWire Bluetooth - Standard terbaru industri ICT yang membolehkan peranti mudah alih berkomunikasi

di antara satu sama lain sama ada peranti tersebut digunakan di dalam rumah atau perniagaan. Antaramuka Ethernet

Port USB

Page 7: Asas Kemahiran Komputer Module

Penyambung USB jenis A

Penyambung USB jenis B, mini and saiz penuh, pandangan sisi dan depan, berbanding dengan 5¢ U.S.

Bas Bersiri Sejagat (USB) memberikan piawai bas bersiri untuk peranti penyambung, biasanya untuk komputer peribadi dan Apple Macintosh, dan semakin juga untuk konsol permainan video seperti Microsoft Xbox 360, Nintendo Wii, Sony PlayStation 2, dan PDA, serta untuk perkakas seperti televisyen dan kelengkapan stereo rumah. Pelaksanaan USB berdasarkan spektrum radio dikenali sebagai USB Wayarles atau WUSB.

Bekalan Kuasa

Peti kuasa yang mengandungi transformer, pengawal voltan dan kipas. Bekalan Kuasa (Power Supply) merupakan bersifat sebagai alat penurun arus dari bekalan elektrik 240 Volt kepada kuasa 12 volt dan 5 volt khas untuk kegunaan komputer.

Dalam setiap casing terdapat unit bekalan kuasa. Unit bekalan kuasa ini diukur dengan kekuatan kuasa atau dikenali juga sebagai watt. Formula kiraan untuk watt adalah P = IV, dimana P adalah Power (watt), I adalah Current (Amp) dan V untuk Voltan (volt). Kuasa setiap bekalan kuasa berbeza mengikut saiz casing. Semakin besar saiz casing, unit bekalan kuasa yang dibekalkan semakin besar. Ini kerana casing yang besar membolehkan lebih banyak peralatan dipasang ke dalam casing tersebut. Terdapat dua jenis unit bekalan kuasa yang sering digunakan iaitu: 

1. Jenis AT –  2. Jenis ATX – 

Page 8: Asas Kemahiran Komputer Module

Contoh ATX power supply

  

Suis ON/OFF untuk jenis AT.

Sebelah kiri berlabel P8 dan disebelah kanan berlabel P9.

Page 9: Asas Kemahiran Komputer Module

Pemasangan kabel kuasa ke papan induk.

 

Soket kuasa jenis ATX.

 

Soket kuasa jenis ATX

 

Page 10: Asas Kemahiran Komputer Module

Pemasangan soket kuasa ke papan induk perlu dilakukan dengan berhati-hati terutama pada jenis AT. Ini

kerana jenis ini mempunyai dua soket yang perlu disambung pada papan induk. Soket ini dilabel dengan

P8 dan P9, oleh itu pastikan wayar hitam kedua-dua soket tersebut diletakkan bersebelah dan pastikan

kesemua pin dimasukkan sepenuhnya. Pemasangan soket kuasa untuk jenis ATX tidak membawa

sebarang masalah kerana kesilapan pemasangan tidak mungkin berlaku.

 

Menunjukkan perbezaan voltan untuk warna berlainan.

 

Penyambung untuk CDROM dan Cakera Keras.

Penyambung ini untuk Pemacu Cakera Liut.

 

Page 11: Asas Kemahiran Komputer Module

Satu soket berpecah menjadi dua. Sekiranya kita kekurangan soket untuk bekalan kuasa, pemasangan alat splitter seperti rajah 12 dapat membantu. Ini amat diperlukan sekiranya penambahan peralatan seperti cakera keras ketiga atau pemasangan CDROM kedua dilakukan Rajah 13 pula menunjukkan alat penukar dari soket jenis besar kepada soket yang kecil.

Menukar dari penyambung jenis besar kepada kecil.

  

Kipas untuk bekalan kuasa.

 

Penambahan kipas tambahan di dalam kotak casing amatlah baik untuk mengeluarkan haba panas. Semasa memasang kipas tambahan pastikan: 

Page 12: Asas Kemahiran Komputer Module

1. Angin mestilah menghembus keluar dari casing. Sekiranya pemasangan kipas menyedut angin dari luar casing masuk ke dalam maka semua habuk dari luar akan disedut.

 2. Kipas menggunakan 12 volt. Kabel pada kipas berwarna merah dan hitam. Tetapi kabel merah

perlu disambungkan dengan kabel kuning yang datang dari unit bekalan kuasa PC sebab kabel kuning membekalkan 12 volt. Sekiranya kita menyambung ke kabel merah maka hanya cas 5 volt dibekalkan. Ini menyebabkan kipas akan berputar dengan perlahan.

Pengawal Storan

Bagi IDE, SCSI dan storan lain, yang mengawal Cakera keras, Cakera Liut, CD-ROM dan pemacu lain. Pengawal storan boleh didapati pada motherboard, atau kad tambahan.

Pengawal Grafik

Pengawal grafik ialah komponen yang mengeluarkan output untuk Monitor

Penyambung 

Penyambung papan kekunci jenis IBM.

Jenis penyambung yang ada pada PC jenis ATX

 

Page 13: Asas Kemahiran Komputer Module

Penyambung pada kad bunyi.

 

Menukar soket papan kekunci PS/2 kepada IBM.

 

Pemacu cakera liut menggunakan kabel rata 34 pin.

 

Menggunakan kabel rata 34 pin jenis ini untuk disambung kepada cakera liut.

Page 14: Asas Kemahiran Komputer Module

Cakera keras menggunakan kabel rata 40 pin.

 

Walaupun jumlah pin yang ada pada cakera keras adalah 40 pin tetapi terdapat dua jenis kabel rata untuk cakera keras iaitu mempunyai 40 dan 80 wayar. Kabel jenis 80 wayar boleh menyokong kelajuan yang lebih tinggi. Pastikan kita hanya menggunakan kabel jenis 80 wayar untuk cakera keras dan 40 wayar untuk pemacu CDROM.

Senibina komputer

Unit Pemproses Pusat

CPU atau Unit Pemproses Pusat ialah salah satu bahagian di dalam Komputer yang menterjemah dan melaksanakan arahan dalam perisian. Dalam kebanyakan Unit Pemproses Pusat, tugas perlaksanaan ini dibahagi kepada Unit Pengawal (Control Unit) (yang mengawal aliran aturcara), dan satu atau lebih Unit Pelaksana (Execution Units) yang melakukan operasi terhadap data. Selalunya, satu koleksi daftar(register) disertakan sekali bagi menyimpan operator(operands) dan hasil proses.

Cip Unit Pemproses Pusat

Istilah Unit Pemprosesan Pusat juga merujuk kepada bahagian-bahagian pusat yang penting di dalam komputer, seperti cache dan pengawal input/output. Ini merujuk kepada komputer yang menggunakan cip Mikropemproses moden. Fungsi-fungsi tersebut (cache, dan kawalan input/output) disertakan di dalam Litar Bersepadu(intergrated circuit).

Kebiasaanya, pembekal/pengeluar komputer desktop sering menggunakan istilah CPU untuk merujuk kepada Kotak atau Badan Komputer (computer case) dan kandungannya. Penggunaan CPU di sini adalah kurang tepat dan mengelirukan.

Rekabentuk CPU sering disebut sebagai Arkitektur CPU.

Contoh-contoh arkitektur CPU:

Intel x86

Page 15: Asas Kemahiran Komputer Module

Zilog z80 IBM System/360 DEC PDP-11, yang kemudiannya diganti oleh VAX Motorola 6800 SPARC keluaran Sun Microsystem MIPS keluaran MIPS Computer System PA-RISC keluaran HP Alpha keluaran DEC PowerPC keluaran AIM Alliance ARM(Advanced RISC Machine), dan StrongARM/XScale SuperH Siri UNIVAC 1100/2200 (pada masa ini disokong oleh Unisys ClearPath IX Computer) 1750A, komputer piawai Badan Ketenteraan Amerika Syarikat AP-101, komputer dalam Kapal Angkasa

Beberapa Arkitektur CPU yang baru muncul termasuk:

Intel Itanium AMD x86-64

CPU yang penting dalam sejarah:

EDSAC, arkitektur pertama yang boleh menyimpan aturcara komputer Apollo Guidance Computer, yang digunakan dalam penerbangan kapal angkasa ke bulan

Arkitektur CPU boleh juga dikelaskan mengikut rekabentuk CPU, seperti saiz daftar. Pada hari ini, kebanyakan komputer Desktop mempunyai pemproses 32-bit, dan pemproses 64-bit juga semakin digunakan. Peralatan yang kecil seperti Telefon bimbit(telefon mudahalih), PDA, dan Permainan Video mudahalih menggunakan pemproses 16-bit, atau 8-bit.

Unit Storan

1. DVD

Page 16: Asas Kemahiran Komputer Module

menulis DVD-R/sebelah ditulis

DVD-R dengan dye ungu, 4.7 GB

DVD ialah sejenis format media penyimpan data dalam bentuk cakera digital yang digunakan untuk menyimpan data termasuk filem dengan video dan suara berkualiti tinggi. DVD menyerupai cakera padat: DVD mempunyai dimensi fizikal yang sama—12cm atau saiz mini 8cm— tetapi di encode di dalam format yang berbeza dan pada kepadatan yang lebih tinggi. DVD mempunyai sistem fail yang di panggil UDF, yang mana ianya merupakan peningkatan kepada piawaian ISO 9660 yang digunakan pada CD-ROM.

Sekeping DVD boleh mengandungi:

DVD-Video (mengandungi filem (video dan bunyi)) DVD-Audio (mengandungi bunyi definisi tinggi) DVD-Data (cuma mengandungi data)

Media dalam DVD boleh disimpan melalui:

DVD-ROM (baca sahaja, disediakan oleh pengeluar/penerbit media)

Page 17: Asas Kemahiran Komputer Module

DVD-R/RW (R = Boleh dirakam sekali sahaja, RW = Boleh dirakam semula) DVD-RAM (kebolehan dirakam semula, capaian rawak) DVD+R/RW DVD-R DL (dwilapisan) DVD+R DL (dwilapisan)

Dua jenis DVD yang berlainan jenis.

Cakera DVD boleh mempunyai sebelah atau kedua belah, dan data boleh ditulis pada satu atau dua lapisan setiap belah; jumlah permukaan dan lapisan menentukan kapasiti cakera DVD.

DVD-5: sebelah, selapis, 4.7 gigabait (GB), atau 4.38 gibibytes (GiB) DVD-9: sebelah, dwilapis , 8.5 GB (7.92 GiB) DVD-10: dwibelah, selapis dikeduanya, 9.4 GB (8.75 GiB) DVD-14: dwibelah, selapis dan dwi lapis, 13.3 GB (12.3 GiB) DVD-18: dwibelah, dwi lapis dikedua belah, 17.1 GB (15.9 GiB)

Pemancu dan kepala pembaca DVD.

2. Cakera keras

Bentuk cakera keras yang umum pada pertengahan 1990-an.

Page 18: Asas Kemahiran Komputer Module

Cakera keras (hard disk) merujuk kepada komponen yang digunakan bagi menyimpan data, yang terpasang di dalam komputer dan dapat menyimpan data dengan lebih banyak berbanding dengan penyimpan data mudah alih seperti cakera liut, cakera mini, CD-ROM, atau pita.

2. Mekanik

Data-data dalam cakera keras disimpan di permukaan piring magnetik yang berputar. Maklumat disimpan dengan menghantar fluks elektromagnet melalui satu antena atau kepala tulis (write head) yang amat berdekatan dengan permukaan piring, yang menjadikan permukaan magnetik itu menukar polarisasinya. Begitu juga maklumat dapat dibaca, apabila medan magnetik piring menghasilkan cas elektrik pada kepala baca (read head) yang menghampirinya.

3. Cakera liut

Pemacu cakera liut

Cakera liut (floppy disk) adalah peranti menyimpan data yang terdiri dari kepingan bulat nipis mudah lentur (liut) medium storan bermagnet disarung oleh bekas plastik segi empat sama atau segi empat bujur. Cakera liut dibaca atau ditulis dengan menggunakan pemacu cakera liut.

4. RAM

RAM merupakan salah satu perkakasan yang terdapat di dalam komputer.

Page 19: Asas Kemahiran Komputer Module

Ingatan pengguna kerana pengguna boleh membaca dan menulis data pada ingatan ini menggunakan atur cara tertentu.

• Ingatan meruap kerana data akan hilang apabila bekalan kuasa diputuskan.• Data yang disimpan pada ingatan hanya sementara waktu sahaja.

Cip memori (RAM - Random Access Memory) boleh dikatakan paling banyak terdapat pada papan induk terutamanya pada komputer jenis Pentium.

Terdapat RAM yang mempunyai kemampuan setinggi:

128 MB 256 MB 512 MB 1024 MB (1GB) 4GB

5. Read Only Memory (ROM)• Ingatan sistem kerana kandungannya tidak boleh diubah oleh pengguna.• Menyimpan data dan arahan sistem secara tetap dan tidak akan hilang datanya jika bekalan diputuskan.• Disebut sebagai perkukuhan iaitu sifat di antara perisian dan perkakasan.• Terdapat banyak jenis ROM iaitu PROM, EEROM, EPROM, EAROM dam EEPROM.

Unit Input

Semua data / arahan dimasukkan sistem komputer melalui unit input untuk diproses oleh CPU. Bertindak sebagai perantara muka.Contoh Unit Input : Papan Kekunci, tetikus, pengimbas, kayu-ria (joystick), pendigit (digitizer), mikrofon,pen cahaya (light pen), OCR (Optical Character Recognition), OMR (Optical Magnetic Reader/ Recognition) dan MICR (Magnetic Ink Reader/ Recognition).

Page 20: Asas Kemahiran Komputer Module

1. Tetikus

Jenis-jenis tetikus bebola berwayar.

Tetikus merupakan peranti input ke komputer yang berfungsi mengawal gerakan penunjuk atau cursor pada skrin paparan. Ia merupakan peranti kecil yang bergerak di atas permukaan keras dan rata. Pada masa kini terdapat beberapa jenis tetikus yang dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan ciri ciri fizikal dan keupayannya seperti:-

Tetikus bebola dengan wayar. Tetikus bebola tanpa wayar. Tetikus optik dengan wayar. Tetikus optik tanpa wayar.

2. CD-ROM

Pemacu Cakera Padat-Memori Boleh Baca, (CD-ROM Drive). Pada asasnya pemacu cakera padat boleh membaca data yang terkandung di dalam sesebuah cakera padat. Kini, dengan teknologi terbaru pemacu cakera padat bukan sahaja boleh membaca malah ia juga boleh merekodkan data ke dalam cakera padat melalui teknologi laser.

CD-R

Pemacu cakera padat terdiri daripada 3 jenis:

i. Pemacu cakera padat yang hanya boleh membaca memori (CD-ROM), ii. Pemacu cakera padat yang boleh merekod sekali dan membaca memori (CD-R) dan iii. Pemacu cakera padat yang boleh merekod serta memadamkan memori berkali-kali

mengikut keperluan pengguna dan membaca memori (CD-RW).

Page 21: Asas Kemahiran Komputer Module

3. Papan kekunci

Papan kekunci jenama BenQ

Papan kekunci merupakan peranti yang selalu digunakan dan paling popular untuk memasukkan data ke dalam komputer.

Papan kekunci hari ini pada amnya menggunakan litar bersepadu untuk menjalankan empat fungsi-fungsi tertentu seperti di bawah.

menentukan gabungan 1 dan 0,iaitu kod perduaan, untuk dihantar ke CPU bergantung kepada kekunci yang ditekan.

bersaling tukar antara kekunci besar dan kekunci kecil. mengulangi kod kekunci jika kekunci tersebut ditekan lama. menyimpan secara sementara atau "menimbal" input jika kekunci ditaip terlalu pantas.

Penyusunan papan kekunci yang memberikan piawaian kepada kebanyakan papan kekunci adalah penyusunan QWERTY, yang diberi nama mengikut huruf pertama pada baris atas di sebelah kiri. Ia biasanya mempunyai 101 kekunci.

4. Pengimbas

Sebuah pengimbas jenama Canon

Peranti pengimbas imej (image scanner) atau grafik (grafik scanner) merupakan peranti yang menukarkan semua teks, lukisan, gambar dan lain-lain ke bentuk digital.Teknologi sistem pengimejan telah mencetuskan industri imej dokumen elektronik (electronic document imaging) dengan menggabungkan penggunaan pengimbas (scanner), kamera digital (digital camera) dan lain-lain.

Page 22: Asas Kemahiran Komputer Module

Unit Output

1. Monitor

Sebuah Monitor berjenama Philips.

Monitor komputer merupakan sejenis peranti persisian output yang berupaya memaparkan askara dan/atau imej, baik diam atau bergerak, yang dijanakan oleh komputer dan diproseskan oleh kad grafik.Tedapat empat jenis Monitor, iaitu

Monitor monokrom Monitor warna Monitor segerak berbilang Monitor ELD (Elektro Luminescent Display)

Setiap Monitor mempunyai ciri-ciri dan sejarah tersendiri.Mutu Monitor tergantung kepada beberapa faktor. Yang terutama ialah bilangan piksel yang dipaparkan

2. Emboss Braille

Page 23: Asas Kemahiran Komputer Module

3. Pencetak

Pencetak berjenama Epson Stylus C84 inkjet

Pencetak adalah salah satu peranti keluaran yang berkeupayaan untuk menghasilkan laporan dan dokumen perniagaan. Pencetak telah dibangunkan dan berkebolehan mencetak sehingga 150 hingga lebih 20,000 baris per minit dengan setiap baris mempunyai hingga 150 aksara. Kiraan ringkas menunjukkan kelajuan cetakan maksimum adalah dalam anggaran 50,000 aksara persaat.

Pencetak boleh dibahagikan kepada dua kategori besar iaitu:

3.1 Pencetak hentaman

Pencetak berjenama Canon

Dengan pencetak hentaman, cetakan berlaku disebabkan oleh tukul yang mengetuk bentuk aksara dan bentuk aksara ini kemudiannya mengetuk reben berdakwat, menyebabkan reben menekan imej aksara tersebut ke atas kertas.

Page 24: Asas Kemahiran Komputer Module

3.2 Pencetak tanpa hentaman

Pencetak laser berjenama Hp

Pencetak baris tanpa hentaman yang menggunakan kaedah laser, elektrostatik atau kaedah dakwat pancut adalah pencetak yang terlaju dan paling senyap. Pencetak laser Xerox 9700 misalnya, berkeupayaan mencetak lebih daripada 18,000 baris per minit. Sebelum pembangunan pencetak dakwat pancut dan laser, pencetak tanpa hentaman tidak banyak digunakan kerana beberapa sebab:

ii. Memerlukan kertas khas yang lebih mahal iii. Output bercetak tidaklah seterang dan sejelas percetakan pencetak hentaman.

4.1 Seni bina pemacu

Untuk menggunakan kad bunyi, sesetengah sistem pengendalian biasanya memerlukan pemacu peranti khas.

Unit Aritmetik dan Logik

• Menjalankan operasi aritmetik seperti tolak, campur, bahagi, darab, pengiraan formula dan sebagainya.• Menjalankan operasi iaitu membandingkan dua nilai / menentukan sama syarat itu benar atau palsu.

Unit Kawalan

• Menerima arahan dari ingatan komputer dan seterusnya menterjemahkannya serta menggerakkan perkakasan komputer untuk melaksanakan arahan tersebut.• Mengawal sistem bas iaitu bas data, bas alamat dan bas kawalan.

Bas Data

• Bertugas dalam 2 hala ( menghantar & menerima data berupa kandungan ingatan / masukan dari unit masukan dan unit keluaran).

Bas Alamat

• Penghantaran data sehala (dari alamat di lokasi ingatan ke CPU).

Bas Kawalan

• Menghantar isyarat pengawalan aliran data seperti penghantaran data dari CPU ke unit keluaran atau unit masukan untuk mempercepatkan proses pemindahan data.

Page 25: Asas Kemahiran Komputer Module