kamus mini dakwah.docx

28
Kamus Mini Dakwah & Tarbiyyah: Panduan Anda Untuk Menjadi Perghh! Baik Punya! Perkataan/Frasa: Ikhwah/Akhawat Cara Sebutan: Ikh-waah. A-kho-watt Maksud skema: Ikhwah adalah jamak bagi 'akh' yakni saudara lelaki sedangkan akhawat adalah jamak untuk saudari perempuan. Tetapi kedua perkataan ini berbeza daripada perkataan saudara mahupun saudari kerana ia membawa konotasi ukhuwwah bersamanya. Jadi selalunya gelaran ikhwah dan akhawat ini adalah untuk mereka yang bersama-sama bergerak atas jalan dakwah, saling berkasih-sayang keranaNya. Maksud sebenar: Anda yang kool dan bergaya yang sanggup korbankan masa, tenaga, wang ringgit dan emosi untuk melalui jalan yang sumpah panjang ini. Boleh jadi anda memakai jeans, boleh jadi tidak. Boleh jadi anda nakal, boleh jadi anda tidak. Yang penting anda tahu kerja-kerja yang anda lakukan itu adalah demi mencari redhaNya dan mengajak orang ramai kembali kepada Islam. Sumpah osem.

Upload: iznie

Post on 21-May-2017

279 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kamus Mini Dakwah.docx

Kamus Mini Dakwah & Tarbiyyah: Panduan Anda Untuk Menjadi Perghh! Baik Punya!

Perkataan/Frasa: Ikhwah/AkhawatCara Sebutan: Ikh-waah. A-kho-wattMaksud skema: Ikhwah adalah jamak bagi 'akh' yakni saudara lelaki sedangkan akhawat adalah jamak untuk saudari perempuan. Tetapi kedua perkataan ini berbeza daripada perkataan saudara mahupun saudari kerana ia membawa konotasi ukhuwwah  bersamanya. Jadi selalunya gelaran ikhwah dan akhawat ini adalah untuk mereka yang bersama-sama bergerak atas jalan dakwah, saling berkasih-sayang keranaNya.Maksud sebenar: Anda yang kool dan bergaya yang sanggup korbankan masa, tenaga, wang ringgit dan emosi untuk melalui jalan yang sumpah panjang ini. Boleh jadi anda memakai jeans, boleh jadi tidak. Boleh jadi anda nakal, boleh jadi anda tidak. Yang penting anda tahu kerja-kerja yang anda lakukan itu adalah demi mencari redhaNya dan mengajak orang ramai kembali kepada Islam. Sumpah osem.Contoh penggunaan I: "Weyyy! Aku jumpa sorang mamat ni tadi kat Pasaraya Besar Giant. Nampak sempoi je dia. Tapi bila solat tadi, dia jadi imam! Kool seh! Ni mesti kes ikhwah pakai jeans ni!"Contoh penggunaan II: Baru-baru ini

Page 2: Kamus Mini Dakwah.docx

penduduk kampung Hatikeras gempar dengan kejadian akhawat jadian yang semakin menjadi-jadi. Mereka ini adalah wanita yang bertudung litup dan labuh di siang hari, bekerja, belajar dan menjalankan kehidupan sehari-hari seperti orang lain juga. Tetapi di malam hari aktif pula keluar ke sana sini untuk berdakwah. Eh mereka ini tidak penatkah..?

Perkataan/Frasa: Dai'eCara sebutan: Da-i' Maksud skema: Orang yang mengajak orang lain kepada Islam. Dengan kata lain, pendakwah.Maksud sebenar: Super Saiya sebenar yang sanggup bersusah-payah mahu merawat umat yang sedang sakit tenatContoh penggunaan: Abdul Halim Sapere adalah merupakan seorang dai'e yang sungguh menakjubkan. Siang dia berdakwah di pejabat tempatnya bekerja. Di malam hari dia berbulatan gembira bersama hadek-hadeknya pula.

Perkataan/Frasa: Bulatan gembiraCara sebutan: Boo-la-tan Ghem-bi-rrra Maksud skema: Usrah. Liqa' atau halaqah (secara literalnya bermaksud bulatan) yang dilakukan untuk duduk-duduk dan beriman sebentar.

Page 3: Kamus Mini Dakwah.docx

Maksud sebenar: Satu kumpulan manusia yang berkumpul bukan sahaja untuk menambah keimanan di dada, tapi juga merancang bagaimana mahu mengembalikan kegemilangan Islam di muka bumi Allah ini. Dengan kata lain, mereka adalah ikhwah/akhawat dai'e yang cukup bergaya. Perkataan ini boleh jadi kata nama, boleh juga digunakan sebagai kata kerja.Contoh penggunaan I: "Ya Allllaaaahhh! Tolonglah aaakkuuu, Saparudin Ahmad... Tooolllooonnggg. Aku dah lama tak berbulatan gembira ni....! Kosong, kering sangggaatt hati aku sekarang ni...!" Rayu Fakarudin Sulaiman kepada rakan baiknya selepas dua minggu tiga hari tidak berbulatan gembira.Contoh penggunaan II: Nurazimah Baharuddin berasa sungguh bersyukur lagi berterima kasih kerana walaupon selama ini dia tidak sedar yang dia sebenarnya dibulatangembirakan, kini dia amat menghargai usaha-usaha memerangkapnya suatu ketika dahulu.

Perkataan/Frasa: Konferens riangCara sebutan: Konn-fe-rrrens ri-yangMaksud skema: Daurah (secara literalnya bermaksud konferens) yang menghimpunkan ikhwah dan akhawat untuk mendengar

Page 4: Kamus Mini Dakwah.docx

pengisian yang menggegar jiwa di samping berbincang tentang gerak kerja dakwah.Maksud sebenar:  Gabungan bulatan-bulatan gembira yang mengumpulkan manusia-manusia kool yang dari luarnya tampak seperti manusia biasa tetapi rupa-rupanya mereka adalah otromen yang sentiasa berjuang melawan raksasa gorgon. Seperti bulatan gembira, frasa ini boleh digunakan sebagai kata nama mahupon kata kerja.Contoh penggunaan: "Wahai Rosmah Jailani. Sudahkah engkau mendaftarkan diri untuk menghadiri konferens riang pada hujung minggu ini..? Rugilah seandainya engkau gagal menghadirkan diri kerana pengisian-pengisian yang bakal diberikan cukup mengujakan. Alangkah!"

Perkataan/Frasa: Jzkk (Jazakallahu khairan katheera)Cara sebutan: Ja-za-kawl-loh-hu khhay-rann kaa-tsi-ro Maksud skema: "Semoga Allah memberi kebaikan yang berlipat kali-ganda kepada anda." Kalau nak cakap pada perempuan, tukar jazakallah kepada jazakillah. Kalau ditujukan kepada sekumpulan manusia, tukarkan kepada jazakumullah.Maksud sebenar: "Heyy engkau manusia pelik! Aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyaaakkk atas jasa-jasa dan pengorbanan

Page 5: Kamus Mini Dakwah.docx

kau! Aku pon tak tahu kenapa kau nak tolong aku tapi ya, aku amat menghargainya! Oleh itu semoga Allah membalas kebaikan engkau dengan seosem-osem ganjaran! Aman!"Contoh penggunaan: "Ya Rabbi Mak Enon! Susah-susah je tolong belikan nasi kukus dan ayam berempah berkuahkan kari berlemak ni! Tahu-tahu je Mak Enon saya ada bulatan gembira malam ni tapi tak sempat nak belikan apa-apa untuk hadek-hadek saya. Terharulah saya macam ni Mak Enon oii! Jazakillahu khairan katheera!"

Perkataan/Frasa: Murabbi/ahCara sebutan: Moo-rob-biyy/yahMaksud skema: Seorang insan yang ditugaskan untuk membawa bulatan gembira. Secara literalnya bermaksud guru. Murabbi untuk ikhwah dan murabbiah untuk akhawat.Maksud sebenar: Kalau ikhwah itu sudah Super Saiya, seorang ikhwah yang menjadi murabbi, mungkin sudah boleh berjalan-jalan di atas air. Seorang insan mulia yang sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk mentarbiyah masyarakat sekitarnya untuk menjadi manusia yang berjiwa hamba. Ini.. Ini.. Ini sumpah mengharukan!Contoh penggunaan: Tertulis di ruangan iklan sebuah akhbar tempatan: "Jawatan kosong. Menjadi murabbi super kepada manusia yang

Page 6: Kamus Mini Dakwah.docx

dahagakan sentuhan tarbiyah dan kasih-sayang. Gaji adalah saham-saham sorga yang tidak akan habis-habis. Selain mendapat balasan di akhirat yang berlipat kali-ganda, anda juga akan merasakan kemanisan berukhuwwah dan bekerja dalam satu pasukan yang osem. Cepat! Anda tidak mahu melepaskan peluang ini!"

Perkataan/Frasa: Ukhuwwah fillah abadan abadaCara sebutan: Ooo-khuuw-waah feel-lah aba-daaann aba-daaaaMaksud skema: "Persaudaraan kerana Allah yang kekal abadi."Maksud sebenar: "Anda, saya mahu menjadi sahabat hoyeeaaahh anda bukan sahaja di dunia ini, tetapi sehingga kita melangkah ke dalam jannahNya nanti. Saya mahu berchenta dengan anda, keranaNya. Saya mahu rindu dan sayang pada anda, dalam mencari keredhaanNya. Sudikah anda menerima tangan ini dan berpimpinan bersama saya..?" Wajib dicakap dengan tanda seru.Contoh penggunaan: "Hazwani Mastur, ana tak tau nak cakap kat enti macam mana... Tapi.. Tapi.. Ana betul-betul sayangkan enti dunia akhirat! Sumpah..! Moga kekal ukhuwwah kita sampai ke sorga!Ukhuwwah

Page 7: Kamus Mini Dakwah.docx

fillah abadan abada! Ok..??" Kata Sharifah Soadah kepada rakan sebulatan gembiranya, sambil tersenyum lebar dan mata berair.

Perkataan/Frasa: MardhatillahCara sebutan: Maar-dho-teel-lah Maksud skema: Keredhaan Allah.Maksud sebenar: Err. Keredhaan Allah. Yang kekal abadi. Hakiki.Contoh penggunaan: "Awok jadi dai'e ni sebab apa..?? Sebab nak jadi glamor..?? Sebab nak terpampang muka awok di mukabuku dan kedengaran suara awok di Youtube tu..?? Kalau itulah niat awok, bukannya untuk mencari mardhatillah, lebih baik awok balik rumah dan buat udang goreng tepung sahajalah!" Berapi-api ceramah Dr. Yue Qiu Wai pada malam itu, yang ditujukan kepada tok-tok haji dan nek-nek hajjah di sekitar kawasan Pahang Tenggara.

Perkataan/Frasa: MujahadahCara sebutan: Moo-ja-ha-daahh Maksud skema: Bersungguh-sungguh. Berasal daripada perkataan jihad.Maksud sebenar: Pertarungan sengit antara diri yang suci dengan musuh-musuh yang cuba menjatuhkan diri ke dalam lumpur dosa yang hina. Musuh-musuh ini boleh jadi

Page 8: Kamus Mini Dakwah.docx

dalaman (internal) mahupon luaran (eksternal).Contoh penggunaan: Berbuih-buih mulut Anwar Lutfi dan sudah beberapa kali dia muntah ungu dek kuatnya mujahadahdirinya melawan nafsu diri yang membuak-buak untuk menonton cerita Korea terbaru lakonan Jang Dong Gun.

Perkataan/Frasa: Biah solehahCara sebutan: Bee-ah so-lé-haahhMaksud skema: Suasana atau persekitaran yang baikMaksud sebenar: Persekitaran yang bukan sahaja kool dan bergaya, malah dapat melajukan pula pergerakan dakwah kita. Maksudnya, persekitaran yang benar-benar positif, menjadikan kita lebih bersemangat untuk menjadi Super Saiya dalam dakwah ini!Contoh penggunaan: Humairah Syamilah kini terpaksa bergantung kepada harap kepada kekuatan dan kemampuan dirinya sendiri. Setelah hampir lapan tahun tinggal bersama akhawat di dalam biah yang solehah, kini setelah tercampak ke Uganda menjadi doktor pelatih, dia perlu kuat, sabar dan tabah bagi mengharungi hari-hari yang mendatang. Semoga berjaya! Eh.Perkataan/Frasa: HusnudzanCara sebutan: Hoos-nu-zhon

Page 9: Kamus Mini Dakwah.docx

Maksud skema: Bersangka baik (Hasan - Baik, Dzan - Sangkaan) Lawan kepada bersangka buruk (Su'udzan)Maksud sebenar: Berlapang dada dengan sesiapa sahaja tanpa menaruh sebarang syak wasangka kecuali mempunyai bukti yang nyata. Serpihan cokolat di mulut belum tentu lagi si dia curi-curi makan donut Dankins itu tahu..?? Tapi tidak juga bermakna kita redha dengan semua perkara yang kita lihat dan nampak. Dah takkan nampak Pak Aji Samdolah bertepuk tampar dengan Hafizah Buang, kita bersangka baik yang kononnya mereka sudah kahwin lari hari sebelumnya...? Adeh.Contoh penggunaan: "Eh kau ni Syurabil Saifullah.. Cubalah husnudzan dengan aku sket. Aku tak ke bulatan gembira hari tu, bukannya aku ponteng. Aku ada urusan penting masa tu! Haish.." dengus Mikael Berahim kepada rakan serumahnya. "Eleh, kau pon tak husnudzan yang aku takhusnudzan pada kau.. Pigidaaahh!" Jawab Syurabil Saifullah dengan selamba pula.

Perkataan/Frasa: BiidznillahCara sebutan: Bi-iz (lidah terkeluar sedikit) - nil-lahMaksud skema: Dengan izin Allah

Page 10: Kamus Mini Dakwah.docx

Maksud sebenar: Kita buat apa-apa pon, macam mana pon, kalau Allah tak izinkan, memang tak jalan. Jadi, kita berusaha dan lebihnya serahkan padaNya. Tapi janganlah langsung tak buat apa-apa dan mengharapkan apa-apa daripadaNya! Itu hampas kelapa!Contoh penggunaan: "Kita mohon dan berdoalah kepada Allah, dengan limpah rahmat dan berkatNya, projek ternakan badak air Afrika ini akan berjalan dengan lancar dan sempurnanya, biidznillah," ucap Penghulu Kampung Kembang Setalam, Tuan Haji Iskandar Amrullah sambil disambut oleh tepukan gemuruh penduduk kampung.

Perkataan/Frasa: Barakallahu fikCara sebutan: Ba-ro-kal-lahu feekMaksud skema: Semoga Allah memberkati kamu, Selalunya digunakan sebagai jawapan kepada ucapan Jzkk (boleh rujuk kamus yang terdahulu). Kalau ditujukan kepada ramai, ucapan ini akan menjadi, "Barakallahu fikumMaksud sebenar: Saya suka pada anda. Sumpah. Jadi saya mendoakan agar Allah mengurniakan anda dengan segala macam kebaikan dan keberkatan!Contoh penggunaan: "Ya Rahman Ahmad Xylophone! Jay-zack-kay-kay la sebab belikan aku al-Quran diari ni. Kaler pink lagi, memang kaler peberet aku..!" Teriak Suhaimi

Page 11: Kamus Mini Dakwah.docx

Saxophone yang jelas gembira dengan pemberian rakan baiknya itu."Tadehal. Barakallahu fik." Jawab Ahmad Xylopohone dengan penuh kool sambil membuat tanda aman.

Perkataan/Frasa: QawiyyCara sebutan: Qo-weeMaksud skema: Kuat, mantapMaksud sebenar: Seorang yang mempunyai kehebatan tahap otromen Daina atau lebih tinggi lagi, mahadewa Kaiou dalam arena dakwah dan tarbiyahContoh penggunaan: Mak Cik Asmawati Seripah adalah seorang akhawat yang sumpah qawiyy. Setiap malam, selepas pulang bekerja dari kilang membuat inti pau kacang, pastilah dia akan berbulatan gembira atau pergi menjalankan kerja-kerja dakwah. Pendek kata, setiap masanya yang terluang akan dipenuhinya dengan perkara-perkara yang mendatangkan faedah kepada ummah.

Perkataan/Frasa: Tadabbur al-QuranCara sebutan: Tadab-bur al-Kur-anMaksud skema: Membaca dan menghayati al-Quran (Sumber: Surah Muhammad, 47:24)Maksud sebenar: Membaca, menelaah dan cuba memahami al-Quran dengan sehabis baik sehingga hidung kembang-kempis

Page 12: Kamus Mini Dakwah.docx

kerana begitu terkesan dengan pemahaman yang diperolehi atau air mata bercucuran laju dek terasa dibakar hidup-hidup oleh al-Quran itu.Contoh penggunaan: Pak Cik Osman Zailani begitu bengkek dan geram dengan sesetengah golongan yang melarangnya daripada mentadabbur al-Quran. Katanya,"Haish dah tu, al-Quran ni bukan ke diturunkan untuk setiap manusia dan makhluk yang boleh memahaminya..? Bukan untuk ustaz-ustazah dan pak-mak syaikh je! Kalau macam tu, tak gunalah Allah turunkan al-Quran sebagai rahmat lil a'lamin!"

Perkataan/Frasa: FuturCara sebutan: Foo-turrMaksud skema: GugurMaksud sebenar: Berasa malas dan culas untuk membuat dakwah dan tarbiyah. Contohnya apabila murabbi/ah menelefon untuk mengajak ke bulatan gembira, terdetik di dalam hati kita, "Aish malasnya nak drive jauh-jauh ke Bangi tu untuk berbulatan gembira." Itulah futur namanya. Tetapi yang lebih marabahaya apabila berlaku futur, kita berasa syiookk dengannya. Contoh apabila konferens riang kita dibatalkan akibat gempa bumi besar, kita terus melompat kegirangan sambil berkata, "Hoyeeaaahhh takde konferens riang minggu ni sayugia bolehlah

Page 13: Kamus Mini Dakwah.docx

aku ke Alam Disney..!!" Err.. Itu futur yang dihiasi namanya.Contoh penggunaan: "Mail, setiap kali kau nampak aku macam nak futur, aku malas nak mujahadah ke, berat punggung nak ke bulatan gembira ke, aku bagi kau lesen besar untuk pelempang Jepun aku sepuluh kali terus-menerus, okayh..??" kata Sazali Bujang kepada rakan baiknya, Semail Kamus. Sebulan selepas itu Sazali Bujang dimasukkan ke dalam wad kecemasan akibat dilempang dengan begitu bersemangat sekali oleh Semail Kamus.

Perkataan/Frasa: Amal jamai'eCara sebutan: A-mal jama-i'Maksud skema: Beramal dalam satu jamaah atau satu saff (satu pasukan). Boleh rujuk surah as-Saff, 61:4Maksud sebenar: Bersungguh-sungguh melakukan kerja-kerja dakwah dan tarbiyah dalam satu pasukan yang osem lagi bergaya heyyy! Tiada manusia yang diciptakan berseorangan (Baca: No man is an island) maka tidak lojik lagi mustahillah seseorang itu dapat melaksanakan tugas syahadatul haq*nya secara individu.Contoh penggunaan: Pasukan dakwah dan tarbiyah di Kolej Maha Busy mendapat penganugerahan tertinggi daripada Kementerian Agama Zimbabwe Timur selepas

Page 14: Kamus Mini Dakwah.docx

mereka berjaya menunjukkan semangat beramal jamai'e yang begitu berkualiti lagi bermutu, sehinggakan hampir seratus peratus para pelajar di sana berjaya ditangkap untuk berbulatan gembira. Wahahaha. Eh.

*Syahadatul haq = akan diterjemahkan pada sesi terbitan akan datang. Hohoho...

Perkataan/Frasa: Qudwah hasanahCara sebutan: Ku-dewah Hasa-nahMaksud skema: Contoh yang baik, i.e. menjadi contoh ikutan yang terpujiMaksud sebenar: Weyy anda kata anda buat dakwah dan tarbiyah, tetapi kenapa malas bersolat jemaah? Mengapa susah nak bangun malam..? Mengapa banyak beri alasan bila diajak berpuasa sunat..? Anda adalah dai'e yang sungguh hampagas cap tenggiling hutan!Contoh penggunaan: "Aku malas lah nak berbulatan gembira macam ni. Murabbiah aku tu langsung tak tunjukkan qudwah hasanah. Dia dok sibuk suruh orang tutup aurat bertudung labuh bagai, tapi pesen tudung dia ala-ala Hana Tajima gitu. Baik aku berbulatan gembira dengan Kak Wardiana

Page 15: Kamus Mini Dakwah.docx

kalau macam tu!" Ngomel Farah Fauzani sendirian.

Perkataan/Frasa: 'IzzahCara sebutan: 'Iz-zaahhMaksud skema: Kemuliaan, berasa bangga dan mulia dengan sesuatuMaksud sebenar: Holoi sungguh bangga dan mulialah! Tak tahulah nak diskeraip macam mana!Contoh penggunaan: Antara tujuan pengisian Ini Sungguh Kool (ISK) adalah mahu menerapkan rasa 'izzah para pendengar kepada Islam; dengan harapan mereka akan bersemangat untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam yang suatu ketika dahulu pernah memerintah seluruh alam dan berazam untuk menjadi seperti Sultan Muhammad al-Fateh yang sumpah bergaya itu.

Perkataan/Frasa: TsiqahCara sebutan: Si (Lidah terkeluar sedikit)- qohhMaksud skema: Terpercaya, boleh dipercayaiMaksud sebenar: Heyy kau buat apa-apa pon konfem aku akan ikut dan percaya, sebab kau terlalu amat boleh dipercayai sebab perbuatan, akhlak dan percakapan kau membuktikan apa yang kau perjuangkan!

Page 16: Kamus Mini Dakwah.docx

Contoh penggunaan: Sebastian Musa al-Baraqi tidak pernah ragu-ragu dengan murabbinya, Alejandro Phillippe Ahmad kerana dia begitu tsiqah pada murabbinya itu, walaupon kadangkala dia pelik dengan sikap murabbinya itu yang suka makan aiskrim di tengah malam. Setelah disiasat bertambahlah tsiqahnya pada murabbinya kerana rupa-rupanya dia makan aiskrim untuk mengekalkan stamina ketika qiamullail nanti.

Perkataan/Frasa: JaulahCara Sebutan: Jau-lahMaksud Skema: Rombongan sekumpulan manusia yang berjalan-jalan makan anginMaksud Sebenar: Sekumpulan manusia (sama ada sekumpulan ikhwah, atau sekumpulan akhawat atau keluarga) yang mengembara sama ada berjalan kaki, menaiki kereta, bas, keretapi, kapal terbang atau kapal layar untuk merapatkan ukhuwwah sesama mereka sambil mencari keredhaanNya! Hoyeeaahhh!Contoh Penggunaan: Pada tahun ini, sekumpulan ikhwah dari Devangere, India bercadang untuk berjaulah musim sejuk ke Pualau Galapagos untuk tadabur alam sambil bermain osom gergasi di tepi pantai berbatu bersama biawak-biawak komodo yang ada.

Page 17: Kamus Mini Dakwah.docx

Perkataan/Frasa: Liqa'/HalaqahCara Sebutan: Li-qok/Ha-la-qohMaksud Skema: BulatanMaksud Sebenar: Duduk-duduk berbulatan gembira sambil beriman sejenak dengan penuh riang dan meriahContoh Penggunaan: "Eh Irma Hasmie, aku rasa macam hati aku kering la, kosong je. Aku pon tak tahu la kenapa. Sejak kebelakangan ni la jadi macam ni. Kau tahu tak kenapa..?" Tanya Saleha Wakiman kepada rakan serumahnya.

"Ekele, buat-buat tak tahu pula. Mana tak kering dan kosong hati kau tu. Dah nak dekat sebulan kau ponteng halaqah!Memang la tak tenang hati kau tu! Haish.."

Perkataan/Frasa: RehlahCara Sebutan: Reh-lahMaksud Skema: Berkelah, berliburMaksud Sebenar: Menghabiskan masa bersama ikhwah/akhawat atau hadek-hadek terchenta di taman-taman atau tepi pantai atau mana-mana tempat yang dirasakan sesuai dengan satu niat yang suci yakni ukhuwwah fillah.Contoh Penggunaan: Setelah kebuntuan untuk mencari tempat rehlah yang paling sesuai untuk aktiviti ukhuwwah bulan itu, Razi Saliman selaku pengarah program

Page 18: Kamus Mini Dakwah.docx

memilih aktiviti berenang bersama ikan paus di lautan Pasifik. Namun hanya dua orang ikhwah sahaja (termasuk Razi sendiri) yang berani menyahut seruan cabaran itu. Perkataan/Frasa: Mutarabbi/Mad'uCara Sebutan: Mu-ta-rob-bi/Ma-de-u'Maksud Skema: Anak buah, orang yang ditarbiyah, sasaran dakwahMaksud Sebenar: Hadek buah sayang chenta hati yang disayangi tahap suria perkasa hitam kerana merekalah yang akan menjadi pewaris dakwah kita heyy!Contoh Penggunaan: "Ana tensen btollah Maria al-Muhandisi. Ana dah buat macam-macam dah kat mad'u-mad'u ana tu, tapi mereka masih liat lagi nak ke bulatan gembira ana. Apa yang perlu ana buat..?" tanya Susan Salamander yang jelas runsing sambil menggaru kepalanya yang hampir botak itu.

"Err.. Cuba enti terai kek cokolat indalgen dari Restoran Resipi Rahsia tu. Bagi sorang satu tanpa sebab-musabab yang kukuh lagi jitu. Konfem cair la diorang tu sambil mata bersinar-sinar akak nak bulatan gembira akak nak bulatan gembira! Wahahahaha. Eh."

Perkataan/Frasa: ShuyukhCara Sebutan: Shu-yukhhh

Page 19: Kamus Mini Dakwah.docx

Maksud Skema: Berasal daripada perkataan 'Syaikh' yakni orang tua yang dihormati. Shuyukh adalah jamak kepada syaikh.Maksud Sebenar: Selalunya merujuk kepada manusia Super Saiya yang hebat lagi mempunyai ilmu yang tinggi atas jalan dakwah ini (tidak semestinya tua). Sangat-sangat dihormati dan disayangi juga pada masa yang sama. Selalunya digandingkan dengan perkataan qudama' dan asatizah.Contoh Penggunaan: Rombongan Cik Kiah berhenti di kawasan perumahan Taman Seladang Gemok untuk menziarahi beberapa orang tokoh shuyukh yang tinggal di kawasan itu  untuk mendapat pencerahan agung di samping menyedut seberapa banyak nasihat dan ilmu yang berguna. Perkataan/Frasa: HamasahCara Sebutan: Ha-ma-sah (dengan bunyi 'ah' yang nipis)Maksud Skema: Semangat yang berkobar-kobar. Selalunya dikaitkan dengan pemuda.Maksud Sebenar: Semangat yang berkobar-kobar dalam berdakwah, berjihad dan menyebarkan risalah Allah ibarat otromen Taro yang tekad mahu mengalahkan raksasa gorgon.Contoh Penggunaan: Setelah hampir-hampir pupus, dakwah dan tarbiyah akhirnya subur kembali di Ulu Klang setelah beberapa orang

Page 20: Kamus Mini Dakwah.docx

pemuda yang mempunyai hamasah tahap gaban berjaya dikumpulkan di samping mendapat panduan daripada shuyukh yang amat berhikmah. Memang terbaaeekkk.Perkataan/Frasa: TajmikCara Sebutan: Ta-je-meekMaksud Skema: MengumpulkanMaksud Sebenar: Aktiviti-aktiviti riang gembira lagi mengujakan yang dianjurkan untuk mengumpulkan mad'u-mad'u yang berpotensi untuk dibulatan-gembirakan. Ala-ala perangkap menangkap rusa di hutan gitu. Wahahaha.Contoh Penggunaan: "Tak gunalah kamu berpenat-lelah basah ketiak, mengajurkan program pum pam pum pam, tapi takde niat untuk mentajmik hadek-hadek! Setakat buat program bagi makan percuma, tunjuk video dan bagi hadiah lagi, lepas tu takde follow-up, lebih baik gunakan duit tu untuk kegunaan dakwah yang lain! Adoila!" ujar Pak Cik Toyota Okinawa kepada sekumpulan pemuda-pemudi di sebuah daerah di Jepun setelah menganjurkan progam sambutan pelajar baru, 'Lai lai lai Selamat Sampai!' 

Perkataan/Frasa: Dakwah fardhiah a.k.a. DFCara Sebutan: Dak-wah Far-Dhi-yah (Dee-Eff)Maksud Skema: Berdakwah kepada seorang sasaran dakwah. Boleh jadi secara satu

Page 21: Kamus Mini Dakwah.docx

kepada satu atau ramai kepada satu. Tujuan DF adalah untuk membulatangembirakan mad'u yang disasarkan itu.Maksud Sebenar: Melakukan apa sahaja yang termampu termasuklah membelanja makan ayam goreng berempah Radix, berjoging bersama-sama di tepi Taman Tasik Titiwangsa walaupon anda dah sebulan tidak bersukan, menghadiahkan al-Quran zip cap Darul Iman, menghantar mesej-msej pesanan ringkas yang manis lagi menyegarkan serta datang menziarahi di rumah ketika mad'u sedang sakit walaupon hanya gatal-gatal kulit sahaja, untuk menambat hatinya dan membina tsiqah agar dia teruja untuk menyertai bulatan gembira. Fuh tarik nafas.Contoh Penggunaan:  Setelah mendengar nasihat Maria al-Muhandisi, akhirnya Susan Salamander akur dan membeli tujuh biji kek cokolat indalgen daripada Restoran Resipi Rahsia, setiap satunya untuk hadek-hadeknya yang terchenta. Usaha dakwah fardhiahnya ternyata berjaya, apabila seminggu selepas itu, kehadiran ke bulatan gembira melonjak sebanyak dua ratus empat puluh lapan peratus, kerana rupa-rupanya orang lain turut tertarik dan terkesan sama melihatkan usaha Susan Salamander itu. Syabas!Perkataan/Frasa: Allahu musta'an!

Page 22: Kamus Mini Dakwah.docx

Cara Sebutan: Al-lohu Mus-ta-'anMaksud Skema: Moga pertolongan Allah bersama anda!Maksud Sebenar: Err.. Moga Allah membantu anda, memudahkan urusan anda dan mengurniakan anda dengan kejayaan yang diredhaiNya, kerana saya tahu anda buat kerja ikhlas keranaNya! Wahai!Contoh Penggunaan: "Selamat maju jaya Alif Azam bin Arif dalam menDF hadek-hadek yang baru sampai itu. Jangan lupa, mesti ada mentaliti untuk mentajmik mereka tu! Semua hebat-hebat tu, hasamah semua tahap dewa! Bawalah mereka berjaulah ke, rehlah.. Apa-apa sahajalah! Kalau tak tahu boleh tanya pak-pak syaikh kabeer kita.Allahu musta'an!" Kata murabbi kepada Alif Azam bin Arif, Hartono Wibukubuwo sambil membuat tanda aman dan mengenyit matanya. Perkataan/Frasa: Uhibbuka fillahCara Sebutan: Oo-hibb-buka fil-laaahhMaksud Skema: Saya chenta anda kerana Allah! Kalau 'Uhibbukum' digunakan untuk ramai; 'Uhibbuki' kalau penerima ucapan adalah perempuan.Maksud Sebenar: Ohoi! Anda tahu tak, dalam banyak-banyak manusia kat galaksi bimasakti ni, saya chenta anda kerana Allah..?? Sebab anda buat dakwah hebat,

Page 23: Kamus Mini Dakwah.docx

anda seorang sahabat hoyeaaahhh yang saya amat sayang dan percayai dan saya nak masuk sorga dengan anda! Tahu...???Contoh Penggunaan: Tenet net net tenenet. Telefon iPong Augusto Hanifah al-Andalus berbunyi menandakan ada mesej baru yang masuk. Augusto membaca mesej tersebut, yang dihantar oleh sahabat baiknya, Sebastiano Mustafa Alagundro lantas mengalirlah air mata yang mencurah-curah. Mesej itu berbunyi:

"Ke hadapan saudara seIslamku Augusto Hanifah al-Andalus. Takde apa, saja nak bagitahu kat hang yang uhibbuka fillahjiddan jiddan! Jom masuk sorga sama-sama..?" 

Bagaimana..? Menarik bukan pelajaran kita hari ini murid-murid..?

Baiklah, cukuplah setakat ini dahulu. Khuatir juga kalau ada yang berbuih mulut atau muntah cokelat nanti. Gelak keji. Insha-Allah akan dikongsikan di lain masa. Oh sekiranya ada mana-mana perkataan yang anda mahu saya terjemahkan, silalah tinggalkan komen nanti ya?

Yang paling dan lebih penting bukanlah apa

Page 24: Kamus Mini Dakwah.docx

yang anda belajar, tetapi bagaimana anda boleh mengaplikasikan apa yang telah anda belajar di dalam kehidupan anda sehari-hari. Makanya, besarlah harapan saya, segala tok nenek ilmu baru yang anda perolehi pada hari ini digunakan sebaiknya untuk kebaikan Islam dan ummah ini.

Apa yang anda tunggu lagi..?? Pergi tambahkan berganda-ganda saham-saham sorga anda dan saya sekarang juga..! Wahahaha. Gelak Action Kamen tapi gaya lebih Islamik.

Oh sedikit diskelemer. Saya bukanlah seorang yang fasih berbahasa Arab, apatah lagi pakar dalam nahu mahupon balaghah. Apa yang saya kongsikan di sini adalah berdasarkan pemahaman saya dari sudut kontekstual selama pengalaman saya yang hingusan di atas jalan yang sumpah panjang ini.

Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan,

Saya budak baru dan masih mahu belajar,Kalau salah jangan segan-segan tolong

tegur, kritik dan betulkan!