kejadian manusia

10
MOHAMAD TAHA KEJADIAN MANUSIA

Upload: biani-mawal

Post on 08-Aug-2015

24 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kejadian Manusia

MOHAMAD TAHA

KEJADIAN MANUSIA

Page 2: Kejadian Manusia

Kejadian Manusia

Kejadian manusia merangkumi unsur –unsur fizikal dan spiritual, dan mengalami proses-proses yang telah ditentukan oleh Penciptanya yang Maha berkuasa melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya.Tiada seorang pun yang akan kekal,semuanya akan menemui ajal yang telah ditentukan.

Proses kejadian manusia dapat dijelaskan di dalam maksud ayat-ayat Al-Quran seperti berikut:

“ Dan sesungguhnya Kami telah mencipta manusia daripada suatu saripati (berasal) daripada tanah. Kemudian kami jadikan saripati air mani (yang disimpan) di tempat yang tetap dan kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah,lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging,lalu segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang,lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.” (Al-Mu’minun 23:12-14).

“Kemudian dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalam (tubuhnya) ruh (ciptaan)-Nya, dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran,pengelihatan dan hati : (tetapi) kamu sedikit sekali yang bersyukur.” (Al-Sajadah 32:9).

“.......kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi,kemudian (dengan beransur-ansur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (ada juga) di atara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai nyanyuk hinggakan dia tidak mengetahui lagi sesuatu pun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering,kemudian setelah Kami turunkan air ke atasnya,hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah (menunjukkan bahawa Tuhan berkuasa mencipta sesuatu daripada tiada kepada ada dan berkuasa menghidupkan semula selepas mati ).” (Al-Hajj 22:5).

Page 3: Kejadian Manusia

Berdasarkan daripada ayat Al-Quran :

Manusia mempunyai dua sifat iaitu :

i. Sukakan kebendaan atau keduniaan seperti harta dan sebagainya.

ii. Sukakan kerohanian atau keakhiratan seperti akhlak mulia,perasaan beragama dan sebagainya.

Sungguhpun seseorang itu jauh daripada agama dan mengejar kebendaan semata-mata,nalurinya tetap rindukan agama walaupun sedikit.

Page 4: Kejadian Manusia

Sudut Biologi Sudut Falsafah

Melihat manusia sebagai “haiwan”. Diperlakukan sebagai mamalia Mempunyai sifat yang berbeza kerana

manusia bersifat abstrak. Sungguhpun haiwan mempunyai

sedikit akal,emosi,jiwa atau roh,tetapi jauh berbesza daripada manusia.

Tidak diterimapakai oleh ahli psikologi dan lain-lain tidak menerima pandangan sudut biologi.

Melihat manusia sebahai “haiwan” natiq iaitu yang dapat berbicara secara logik (mantiq),makhluk yang bermasyarakat dan sebagai “alam kecil”.

Kelebihan akal,manusia dapat mengeluar dan menyusun secara logik setiap butir perkataan.

Sungguhpun haiwan boleh mengeluarkan bunyi untuk berkomunikasi,tetapi sangat terhad dan tidak “fleksible”.

Walaupun ada haiwan yang boleh bertutur seperti burung kakaktua tetapi sekadar sepatah dua yang diajar kepadanya,dan ia sendiri tidak memahami apa yang diperkatakannya,apatah lagi menyusunnya secara logik.

Kedudukan Manusia

Page 5: Kejadian Manusia

Sudut Makhluk Bermasyarakat-Ibn Khaldun-

Pandangan Saidina Ali,khalifah ke-4 kerajaan Khulafa’ Al-Rasyidin

Bermaksud; seseorang manusia memerlukan manusia lain di dalam kehidupannya,tidak seperti kebanyakan haiwan yang boleh hidup walaupun yanpa haiwan sejenisnya.

Ibn Khaldun (33) mengatakan “manusia adalah madani secara semulajadi”.

Madani berasal daripada madaniyyah yang bermaksud “peradaban dan kemakmuran hidup”, “organisasi sosial”.

Manusiaperlukan,perkumpulan,bekerjasama,berkomunikasi, bersistem,bersifat maju dan lain-lain sifat yang aktif dan ‘hidup”.

Manusia mempunyai nilai tamadun yang tidak ada pada makhluk yang lain.

Menyifatkan manusia sebagai “alam kecil” (microcosmos), iaitu sebagai “mewakili” seluruh alam yang disifatkan sebagai “alam besar” (macrocosmos).

Berdasarkan konsep ini, unsur alam yang ada pada makhluk lain,samada berbentuk material,halus atau rohani dipercayaai ada dalam diri manusia.

Unsur Rohani terletak pada roh,akal, dan hati kalbunya, unsur halus pada mental dan unsur fizikal pada badannya.

Sifat-sifat haiwan samada material atau spiritual,unsur-unsur halus ada pada jin dan unsur-unsur rohani pada malaikat dikatakan juga ada pada manusia.

Kedudukan Manusia

Page 6: Kejadian Manusia

Keseimbangan Manusia

Unsur –unsur dalam diri manusia perlu seimbang untuk melahirkan keseimbangan perlembagaan dirinya seperti :

i. Keseimbangan sebagai individu dan sebagai anggota masyarakat.

ii. Keseimbangan diantara hak dan tanggungjawabnya.

iii. Keseimbangan diantara konsep manusia sebagai khalifah Tuhan dan sebagai hamba

Tuhan.

iv. Keseimbangan diantara keduniaan dan keakhiratan.

Page 7: Kejadian Manusia

Keistimewaan Akal Manusia

“sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia di dalam (bentuk) yang sebaik-baiknya.” (Terjemaah al-Tiin 95 : 4).

Akal membezakan manusia dari makhluk lain dan kegagalan menggunakannya dengan cara yang betul boleh menjadikannya makhluk yang paling hina.

Manusia adalah kejadian yang paling sempurna (ahsanu-taqwim), dan di kuriakan akal untuk mentadbir/menguasai alam ini.

Manusia mampu membezakan antara yang baik dan yang buruk.

Page 8: Kejadian Manusia

Kelemahan Akal Manusia

Dikenali sebagai al-Insaan (makhluk perlupa) iaitu Mempunyai sifat lupa ; semakin tua

semakin pelupa apatah lagi yang sudah nyanyuk juga apabila semakin banyak masalah

datang, sifat lupa juga boleh terjadi.

Manusia tidak mampu manjangkau perkara yang tesembunyi daripada derianya yang

lima,jauh sekali daripada perkara-perkara yang ghaib. Disinilah timbulnya keperluan

kepada wahyu. Tanpa wahyu,manusia tercari-cari dalam kegelapan siapa

penciptanya,apa yang disuruhNya dan dilarangNya,apa terjadi selepas mati,apakah

makhluk-makhluk di samping manusia,apakah peranan dan kesan terhadap manusia dan

sebagainya.

Page 9: Kejadian Manusia

Manusia Sebagai Khalifah

Sebagai seorang khalifah, dua perkara yang diberi perhatian oleh manusia iaitu :

Keperibadian (syakhsiah)

Dan

Tindakannya sebagai pemimpin terhadap alam ini.

Kedua-dua perkara ini dibentuk didalam acuhan aqidah (Tauhid),syraiah dan akhlak Islam.

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat : “sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata :”Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah,padahal kami sentiasa bertasbih dan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?”. Tuhan berfirman :”Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (Terjemaah al-Baqarah 2:30).

“Tidakkah kamu memerhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan untuk (kepentingan ) mu apa yang di langit dan yang di bumi dan menyempurnakan untukmu nikmat-Nya zahir dan batin. Dalam pada itu ada juga di antara manusia yang membantah dalam perkara-perkara yang berhubung dengan Allah tanpa berdasarkan sebarang pengetahuan atau petunjuk,dah tidak juga berdasarkan mana-mana kitab Allah yang memberi penerangan.” (Terjemaah Luqman 31:20).

“Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa darjat,untuk mengujimu tentang apa yang diberikanNya kepadamu. Sesugguhnya Tuhanmu amat cepat seksaanNya,dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Terjemaah al-An’aam 6:165).

Page 10: Kejadian Manusia

Penutup

Sebagai ciptaan terbaik, manusia diberi Tuhan keistimewaan, paling utamanya

akal, yang tiada pada makhluk lain,untuk membolehkan ia muncul di bumi

sebagai khalifah yang dapat menguasai isi alam ini. Dengan nafsu dan hati,

manusia tidak boleh melakukan sesuka hati terhadap alam ini, ia perlu di

kawal oleh akal yang dipimpin oleh iman. Kekhalifahan manusia begitu luas

meliputi kedudukannya sebagai hamba Tuhan,sebagai “rakan sejawat”

manusia lain dan sebagai penguasa ke atas alam sekitar. Alam ini adalah

amanah Tuhan kepada manusia yang perlu menjaga

kesejahteraan,keseimbangan ekologi,flora dan fauna dan sebagainya. Atas

dasar inilah mengapa manusia perlu dijadikan subjek utama dalam

pembangunan alam ini.