fitrah kejadian manusia menurut islam

22
Fitrah Kejadian Manusia Menurut Islam Pengenalan Manusia dapat diertikan berbeza-beza menurut biologi, rohani, dan istilah kebudayaan, atau secara campuran. Secara biologi, manusia dikelaskan sebagai Homo sapiens (Bahasa Latin untuk manusia bijak), sebuah spesies primat dari golongan mamalia yang dilengkapi otak berkemampuan tinggi. Dalam hal kerohanian, mereka dijelaskan menggunakan konsep jiwa yang bervariasi di mana, dalam agama, dikaikan dalam hubungannya dengan kekuatan ketuhanan atau makhluk hidup; dalam mitos, mereka juga seringkali dibandingkan dengan bangsa lain. Dalam antropologi kebudayaan, mereka dijelaskan berdasarkan penggunaan bahasanya, organisasi mereka dalam masyarakat majemuk serta perkembangan teknologinya, dan terutama berdasarkan kemampuannya untuk membentuk kelompok dan lembaga untuk dokongan satu sama lain serta pertolongan. Manusia mempunya dua jantina: lelaki dan perempuan.Terdapat pelabagai falsafah dalam kejadian manusia. Ini akan diterangkan seperti di bawah: Falsafah Penciptaan Manusia Menurut Islam MENURUT ISLAM Orang Islam meyakini rukun iman yang enam, umatnya mengakui bahwa Al Qur’an adalah satu-satunya literatur yang paling benar dan bersifat global bagi ilmu pengetahuan. Kompenen dan Proses Kejadian Manusia Terdapat banyak surah di dalam al-Quran yang menghuraikan tentang penciptaan manusia. Didapati kebanyakan ayat menerangkan bahawa kejadian manusia adalah daripada tanah ( turab ). Proses kejadian manusia ini melalui beberapa peringkat dengan

Upload: ziehanurul

Post on 15-Jun-2015

3.852 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Fitrah Kejadian Manusia Menurut Islam

Fitrah Kejadian Manusia Menurut Islam

Pengenalan

Manusia dapat diertikan berbeza-beza menurut biologi, rohani, dan istilah kebudayaan, atau secara campuran. Secara biologi, manusia dikelaskan sebagai Homo sapiens (Bahasa Latin untuk manusia bijak), sebuah spesies primat dari golongan mamalia yang dilengkapi otak berkemampuan tinggi. Dalam hal kerohanian, mereka dijelaskan menggunakan konsep jiwa yang bervariasi di mana, dalam agama, dikaikan dalam hubungannya dengan kekuatan ketuhanan atau makhluk hidup; dalam mitos, mereka juga seringkali dibandingkan dengan bangsa lain. Dalam antropologi kebudayaan, mereka dijelaskan berdasarkan penggunaan bahasanya, organisasi mereka dalam masyarakat majemuk serta perkembangan teknologinya, dan terutama berdasarkan kemampuannya untuk membentuk kelompok dan lembaga untuk dokongan satu sama lain serta pertolongan.

Manusia mempunya dua jantina: lelaki dan perempuan.Terdapat pelabagai falsafah dalam kejadian manusia. Ini akan diterangkan seperti di bawah:

Falsafah Penciptaan Manusia Menurut Islam

MENURUT ISLAM

Orang Islam meyakini rukun iman yang enam, umatnya mengakui bahwa Al Qur’an adalah satu-satunya literatur yang paling benar dan bersifat global bagi ilmu pengetahuan.

Kompenen dan Proses Kejadian Manusia

Terdapat banyak surah di dalam al-Quran yang menghuraikan tentang penciptaan manusia. Didapati kebanyakan ayat menerangkan bahawa kejadian manusia adalah daripada tanah ( turab ).

Proses kejadian manusia ini melalui beberapa peringkat dengan merujuk kepada beberapa ayat yang bersesuaian.

Pertama:Peringkat Saripati Tanah( طين من ساللة )

Pada peringkat ini didapati bahawa Allah S.W.T melakukan beberapa penyaringan debu tanah. Proses ini bertujuan untuk mendapatkan saripati tanah (sulālat min ţīn) yang bersih dan amat sesuai untuk dijadikan bahan sebagai salah satu unsur daripada penciptaan manusia. Ini

Page 2: Fitrah Kejadian Manusia Menurut Islam

menunjukkan bahawa tanah yang digunakan ini telah melalui proses penyaringan dan bukan daripada tanah biasa sebagaimana yang manausia pada hari ini fikirkan. Ini amat bersesuaian dengan kemuliaan yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada manusia. Dari aspek lain dipaparkan juga adalah kebesaran Allah S.W.T dalam penciptaan makhluqnya dan Dia sebagai Khāliqnya.

Manakala Dr. Maurice Bucaille menghuraikan dengan merujuk kepada Surah al-Furqan: 54 bahawa keturunan manusia juga berasal daripada air iaitu saripati sperma atau yang dipanggil secara sciencetific sebagai spermatozoon . Oleh itu beliau melihat saripati tanah yang dikemukakan di atas hendaklah dirujuk bersama pelbagai kompenen lain yang merangkumi saripati tanah dan saripati air yang menjadi elemen terpenting dalam penciptaan manusia.

Kedua: Peringkat Tanah Melakat ( الزب طين )

Pada peringkat ini dikenali sebagai peringkat tanah melekat. Sebagaimana diketahui tanah liat pada dasarnya mempunyai sifat melekat. Al-Qurtubiyy menghuraikan bahawa pada peringkat ini keadaan tanah melakat atau menempel di antara satu sama lain. Manalaka selepas itu tanah ini akan menjadi tanah yang keras .Pada peringkat ini Al-Qurtubiyy juga menerangkan di dalam tafsirnya bahawa manusia pertama iaitu yang dikaitkan dengan Adam dikatakan kekal sebagai satu lembaga yang berbentuk tanah liat. Selain itu tempuh ia berada dalam keadaan ini adalah selama empat puluh tahun sehingga sifat fizikalnya berubah menjadi keras dan kering .

Ketiga: Peringkat Tanah Berbau ( مسنون حماء )

Mengikut tafsiran Dr. Maurice Bucaille مسنون حماء diertikan sebagai lumpur atau tanah berorganik dan tidak tertumpu kepada pengertian lain seperti lumpur yang berubah-ubah yang berwarna hitam serta mempunyai bau tersendiri . Ini adalah disebabkan proses penyebatian di anatara tanah dan air telah berlaku.

Keempat: Peringkat Tanah Keras ( الصلصال)

Perkataan ini tidak sempurna jika perumpamaannya tidak dijelaskan bersama iaitu كاالفخار yang membawa erti seperti tembikar. Maka jelas bahawa pada peringkat ini dari aspek fizikalnya manusia yang ingin diciptakan oleh Allah S.W.T berada dalam keadaan yang keras. Abū Hasan al-Tibrisī menerangkan bahawa dengan fizikal yang keras, ia dapat mengeluarkan

Page 3: Fitrah Kejadian Manusia Menurut Islam

dentingan bunyi yang gemerincing serta berulang-ulang di udara seperti suara besi yang dipukul angin . Pada peringkat ini menunjukkan bahawa masa untuk Adam menjadi lembaga manusia yang lengkap sudah tiba. Pada peringkat ini juga ianya dilihat sebagai peringkat terakhir penciptaan manusia dari aspek fizikalnya termasuk tiga peringkat yang terawal sebagaimana yang diterangkan sebelum ini.

Kelima: Peringkat Peniupan Roh

Peringkat yang kelima ini menunjukkan proses penciptaan manusia pertama(Adam) dari aspek spiritual, setelah aspek fizikalnya telah lengkap hingga ke tahap menjadi satu lembaga. Di dalam kitab Qisās al-Ambiyā’ penerangan tentang proses penciptaan manusia yang seterusnya dipaparkan dengan amat jelas. Dikatakan Allah S.W.T meniup roh ke dalam diri Adam melalui kepala dan selepas itu malaikat dengan perintah Allah telah mengajar Adam untuk memuji Allah iaitu ( لله الحمد ) lalu dia menyebut. Apabila roh memasuki bahagian matanya, Adam telah dapat melihat denga jelas buah-buah yang terdapat di dalam syurga. Selepas itu apabila sampai roh ke bahagi kerongkong Adam ingin makan. Dan sebelum roh sampai kebahagian kaki, maka Adam segera ingin menjankau buah tersebut.

Di sini terdapat dua persoalan yang dapat dijelaskan. Pertama, jika merujuk kepada huraian di atas bahawa proses peniupan roh ke dalam jasad Adam berlaku di dalam syurga maka boleh dibuat kesimpulan bahawa tempat penciptaan manusia pertama(Adam) adalah berlaku di dalam syurga. Ini adalah bertepatan dengan pendapat yang menyatakan Adam dicipta di syurga Ma’wa iaitu tempat kediaman kepada orang-orang sāleh sepertimana yang dihuraikan di dalam kitab Hayāt Ādam .

Persoalan kedua adalah berkenaan dengan sikap gopoh Adam dam proses penyempurnaan penciptaannya. Ia dapat dilihat dalam sikap manusia pada hari ini yang suka melaksanakan sesuatu perkara dalam keadaan yang tergesa-gesa atau inginkan sesuatu itu dalam kadar yang segera. Maka dengan berakhir proses peniupan roh ini sempurnalah kejadian Adam iaitu sebagai manusia pertama yang diciptakan oleh Allah S.W.T. Jika dilihat dengan teliti proses penciptaan manusia pertama yang dipaparkan di dalam al-Quran amat teliti dan huraiannya adalah bersifat kronologi.

Page 4: Fitrah Kejadian Manusia Menurut Islam

28

FITRAH MANUSIA BERAGAMA Posted by drkuzaki , on April 28, 2008 at 3:39 PMCategory: ISLAM

            Setiap manusia yang menghuni alam maya ini mempunyai fitrah beragama, sama ada mereka beragama Kristian, Hindu, Buddha, Islam dan sebagainya. Fitrah beragama ini sebenarnya telah pun wujud semenjak azali lagi. Perlu ditegaskan bahawa manusia selamanya tidak akan mencapai tahap ketamadunan yang tinggi dan kehidupan yang sejahtera jika tidak berpegang kepada agama.

            Sejarah telah membuktikan bahawa manusia semenjak dari dahulu lagi telah mencari sesuatu yang memiliki kuasa tertinggi yang telah mencipta mereka dan kehidupan alam ini. Walaupun manusia pada hakikatnya leka dan asyik dengan kemewahan dan pesona duniawi yang mewarnai kehidupan, namun di dalam kejauhan sudut hatinya masih ada ruang untuk beriman kepada Allah taala. Perkara ini diperkuatkan lagi dengan keadaan apabila manusia itu ditimpa kesusahan dan kesulitan dalam sesuatu masa tertentu, nescaya mereka akan memohon pertolongan daripada Allah taala. Sehubungan itu, Allah taala berfirman yang bermaksud: Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepada-Nya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepada-Nya. (Surah al-Ankabut, ayat 65)

            Jelas dari maksud ayat suci di atas betapa sifat semulajadi beragama di dalam diri manusia ini tidak dapat dipisahkan sama sekali dalam kehidupannya. Walau sedalam manapun manusia terbuai dalan keseronokan duniawi, manusia pasti tetap akan kembali kepada Tuhan mereka. Tegasnya, fitrah beragama ini amat penting dalam setiap detik kehidupan manusia sejagat. Pendek kata, dengan adanya agama melandasi kehidupan manusia, nescaya manusia dapat menelusuri pentas kehidupan ini dengan sempurna berasaskan kepada peraturan-peraturan dan nilai-nilai hidup yang telah digariskan oleh agama tersebut.

            Di dalam Islam, fitrah merupakan satu kejadian yang diciptakan Allah taala kepada setiap yang dilahirkan sejak dari dalam rahim ibunya lagi. Menurut Kamus Dewan, istilah fitrah ditakrifkan sebagai satu sifat semulajadi atau bakat pembawaan and juga sebagai perasaan keagamaan. Ringkasnya, fitrah ialah satu sifat semulajadi yang berupa dorongan dan pembawaan yang ada pada setiap manusia sejak dilahirkan ke dunia ini. Sifat ini bagaimanapun boleh berubah dan diubah melalui corak asuhan, tahap pendidikan dan pengalaman hidup.

            Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda maksudnya: Setiap bayi itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci bersih). Maka lantaran ibu bapanyalah, anak itu menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi. (Hadis riwayat Bukhari)

            Dengan kata lain, manusia yang difitrahkan perlu dan berhajat kepada agama. Oleh itu, agama dan manusia tidak boleh dipisahkan. Sifat semulajadi manusia kepada agama sememangnya ada pada setiap manusia, bangsa dan umat yang menghuni alam semesta ini.

Page 5: Fitrah Kejadian Manusia Menurut Islam

Umumnya mengetahui bahawa sifat semulajadi yang wujud bagi seseorang amat banyak seperti makan, munum, tidur, bernafsu dan seumpamanya. Maka, beragama juga dikatakan antara sifat semulajadi bagi seseorang yang hidup di alam ini. Manusia inginkan agama sebagai tempat berlindung dan bergantung harapan serta tempat mencari ketenangan jiwa dari sebarang masalah dan kemelut yang menghantui kehidupan ini.

            Menurut Robert H. Thouless dalam bukunya An Introduction To The Psychology of Religion bahawa terdapat empat faktor mengapa seseorang itu perlu dan berhajatkan kepada agama dalam hidupnya, iaitu:

<!--[if !supportLists]-->                        ·      <!--[endif]-->pengaruh masyarakat

<!--[if !supportLists]-->                        ·      <!--[endif]-->Pengalaman

<!--[if !supportLists]-->                        ·      <!--[endif]-->Keperluan

<!--[if !supportLists]-->                        ·      <!--[endif]-->Proses pemikiran

            Kenyataan ini diperkuatkan lagi dengan pandangan seorang Orientalis Barat tersohor, Rene’ Descartes yang menyatakan bahawa dalam mencari Tuhan, beliau mengakui bahawa dirinya lemah dan tidak sempurna. Oleh itu, beliau mengakui bahawa ada yang lebih sempurna yang patut diketahui tetapi beliau hairan dari manakah datangnya tanggapan adanya yang sempurna itu.

            Tambah Descartes lagi, dalam dirinya ada sifat semulajadi yang sering membuat tanggapan adanya Tuhan dan sifat semulajadi itu adalah sesuatu yang sempurna. Jelasnya, terdapat banyak benda di luar seperti langit, bumi, matahari dan beribu benda lain yang tidak begitu susah untuk mengetahui dari mana semua itu datang kerana katanya: “Saya percaya ada kuasa yang mengaturnya”.

            Jadi jelas di sini kelihatan bahawa sifat semulajadi (fitrah) sememangnya wujud dalam diri manusia , lebih-lebih lagi dalam diri manusia itu sendiri terpendam perasaan takut atau bimbang apabila berdepan dengan gejala-gejala alam. Yang paling menarik sekali ialah pandangan Alexis Carell dalam bukunya Doa yang menyatakan bahawa doa merupakan upacara keagamaan yang paling agung bagi manusia kerana dalam keadaan itu, jiwa manusia akan terbang melayang kepada Tuhannya. Beliau berkata lagi: Adakalanya manusia dalam beberapa keadaan rohaniahnya akan dapat merasakan kebesaran dan betapa agungnya keagungan Tuhan.

            Dari satu sudut lain pula, ulama Islam menegaskan bahawa agama adalah satu jalan hidup kerana ia menggambarkan satu konsepsi kepercayaan yang diyakini dan dianuti oleh seseorang di dalam hidupnya. Seterusnya, agama memainkan peranan penting dalam menghubungkan antara manusia dengan Penciptanya, antara sesama manusia dan antara manusia dengan alam semesta.

            Ini jelas daripada kata-kata Syed Qutb dalam bukunya Islam dan Masa Depan yang menyatakan: Pada asasnya agama akan hilang seri dan ertinya kalau ia tidak mengatur kehidupan

Page 6: Fitrah Kejadian Manusia Menurut Islam

ini dengan konsepsi, penyerahan, pengertian dan perundangannya yang khusus. Teras kehidupan manusia ini sewajarnya berdiri di atas dasar konsepsi kepercayaan yang akan memberikan pentafsiran mengenai hakikat hidup ini, hubungannya dengan Penciptanya, kedudukan manusia di dalam pentas hidup ini, matlamat kewujudan manusia dan bentuk-bentuk hubungan yang akan merealisasikan matlamat kewujudannya itu. Hubungan itu berupa dalam bentuk hubungan manusia dengan Tuhannya, hubungan manusia dengan alam sekelilingnya, hubungan manusia dengan seluruh kehidupan makhluk dan juga hubungan manusia dengan sesama manusia.

            Berdasarkan fakta di atas, jelas bahawa setiap insan ada sifat semulajadi beragama, mencari satu kuasa tertinggi untuk disembah. Namun, Islam adalah satu-satunya al-Din yang selari dengan fitrah kemanusiaan sejagat selaras dengan firman Allah taala maksudnya: Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat keturunan anak-anak Adam (turun temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri (sambil Dia bertanya dengan firman-Nya: Bukankah Aku Tuhan kamu?. Mereka semua menjawab: Benar! (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini. (Surah al-A’raf, ayat 172)

            Kesimpulannya, agama itu sebenarnya bersifat spiritual yang perasaan semulajadi (fitrah) itu sememangnya benar selaras dengan kejadian asal manusia yang diciptakan Allah taala. Dari perasaan semulajadi inilah, manusia akan dapat merasakan kewujudan Pencipta alam ini dan seterusnya beriman kepada -Nya. Cuma manusia secara umumnya tidak menyedari akan keperluan kepada agama tersebut di dalam hidup ini. Hanya dalam jangka masa yang panjang, keperluan kepada agama akan dirasai secara langsung apabila manusia ditimpa musibah atau menyedari tempoh hidupnya semakin singkat meninggalkan dunia yang fana ini.

Menerusi ajaran Islam yang serba lengkap ini, manusia akan dapat menginsafi hakikat dirinya yang sebenar, hakikat Penciptanya Yang Maha Agung dan juga hakikat-hakikat lain yang menghiasi pentas hidup ini. Menerusi Islam jugalah, manusia akan terselamat dari terjerumus ke kancah kesesatan dan kejahilan dan seterusnya meniti landasan hidup yang disuluhi sinaran iman dan hidayah Ilahi.

 KEMBALI KEPADA FITRAH

 OLEH:

MUHAMMAD UTHMAN EL-MUHAMMADY

Page 7: Fitrah Kejadian Manusia Menurut Islam

  Fitrah

Fitrah dalam erti kejadian asal insan sebagaimana asalnya sebagaimana yang terkandung dalam maksud hadith "Setiap orang bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah yang suci bersih; kedua ibu bapanyalah yang menjadikan dia yahudi ... (dan

seterusnya)"

Dan dalam erti sebagaimana yang terkandung dalam ayat yang bermaksud: "Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada ugama Allah (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah (itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui"

(Surah ar-Rum: Ayat 30).

 

Erti Kembali Kepada Fitrah

Kembali kepada akidah yang betul dan benar dalam Ahlis-Sunnah wal-Jamaah yang

datang dari Nabi s.a.w.

Kembali kepada mengabdikan diri kepada Allah dalam seluruh kegiatan hidup sebagaimana yang terkandung dalam iftitah dalam sembahyang: "Sesungguhnya sembahyangku, pengorbananku, hidupku dan matiku adalah bagi Allah Tuhan Yang

Mentadbir sekelian alam".

Kembali kepada kehidupan menjaga suruhan-suruhanNya dan menjauhi larangan-laranganNya yang semuanya berupa batasan-batasan sesuai dengan fitrah kejadian

asal dirinya.

Kembali kepada sifat-sifat manusia yang bersih sesuai dengan fitrah asal bagi

dirinya.

Dengan kembali kepada sifat-sifat yang sesuai dengan fitrah itu maka manusia mencapai keselamatan hidupnya, kejayaan sebenarnya, kebahagiaan dan kepuasan

serta makna hidupnya.

Yang berlawanan dengan itu adalah kebalikan daripada semuanya itu: kecelakaan,

kegagagalan hakiki, penderitaan, rasa tidak puas, ketiadaan makna hidupnya.

 

Sifat-sifat Kembali Kepada Fitrah

Kembali kepada sifat-sifat yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. kerana suruhan Allah bermaksud "Sesungguhnya bagi kamu ada contoh yang sebaiknya pada Rasulullah …"

(Surah al-Ahzab: Ayat 21).

Iaitu mengenali dan menghayati sifat sidik - ertinya benar dalam niat, azam,

perbuatan, janji, matlamat.

Iaitu mengenali sifat amanah dalam semua perkara dan tidak melakukan pengkhianatan dalam semua perkara. (Dalam usuluddin amanah merujuk kepada sifat tidak melakukan dosa; dalam akhlak merujuk kepada sifat menjaga amanah

Page 8: Fitrah Kejadian Manusia Menurut Islam

dalam segala perkara: berhubungan dengan Tuhan, diri sendiri, orang lain,

pekerjaan, tugas-tugas.)

Amanah perlu dikenali kedudukannya sebagai sifat yang mentakrifkan manusia sebagaimana yang ditunjukkan oleh ayat 72 Surah al-Ahzab yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami bentangkan AMANAH kepada langit dan bumi dan bukit bukau, tetapi semuanya tidak mahu memikulnmya kerana takut kepadanya, walhal manusia memikulnya; ia zalim lagi jahil (bila ia mengkhianati amanah dalam

hidupnya);

Bila amanah dilihat sebagai sifat yang mentakrifkan manusia maka

pengkhianatannya merupakan sesuatu yang menjatuhkan darjah kemanusiaannya;

Dalam tafsir-tafsir “amanah” itu metrujuk kepada kewajipan-kewajipan dalam agama; seperti rukun Iman dan rukun Islam; kewajipan-kewajipan dalam akhlak dan

muamalah; pergaulan; pekerjaan;

Tabligh atau sifat menyampaikan maklumat yang betul dan benar serta berfaedah - ini perlu dilakukan dalam hubungan dengan diri sendiri, keluarga, jiran, termasuk

rakan sejawat dan seterusnya.

Tabligh boleh menjangkau persoalan dalam zaman teknologi maklumat. Ertinya maklumat hendaklah disampaikan kepada sasarannya, baik yang bersifat

keagamaan atau yang bersifat bukan keagamaan.

Sifat fatanah atau kebijaksanaan dalam erti sifat memahami persoalan-persoalan yang dihadapi dalam hendak mempertahankan kebenaran agama sehingga kebenarannya boleh dipertahankan dengan berkesan, sampai kepada perkara-

perkara lain yang menjadi kewajipan manusia memahami dan menghayatinya.

Ertinya manusia Muslim mesti mempunyai “fatanah” dalam hubungan dengan ajaran untuk menjayakan kedudukannya sebagai “khalifah Tuhan di bumi dan hambaNya” dalam semua urusan hidupnya, termasuk ibadatnya, akhlaknya, etika kerjanya, tadbirannya, pengurusannya, demikian seterusnya.

Allah menciptakan manusia dalam keadaan fitrah dengan dibekali beberapa potensi yakni potensi yang ada dalam jasmani dan rohani. Bekal yang dimiliki manusia pun tidak hanya berupa asupan positif saja, karena dalarn diri manusia tercipta satu potensi yang diberi nama nafsu. Dan nafsu ini yang sering membawa manusia lupa dan ingkar dengan fitrahnya sebagai hamba dan khalifah Allah di bumi. Untuk itu manusia perlu mengembangkan potensi positif yang ada dalam dirinya untuk rnencapai fitrah tersebut. Dan sebagai pendidik pertama di bumi, orang tua adalah yang berkewajiban memberikan pengetahuan pertama kepada anak-anaknya.Berdasarkan latar belakang masalah diatas, maka masalah yang akan diungkap dalam penelitian ini adalah bagaimana Implikasi antara Fitrah Manusia dalam Pendidikan Islam, yakni dilihat menurut kasat mata al-Qur’an dan Sunnah.Penelitian ini bertujuan untuk merumuskan tentang Implikasi Fitruh Manusia Terhadap Pendidikan

Page 9: Fitrah Kejadian Manusia Menurut Islam

Islam. Dalam kerangka berfikir Ilmu Pendidikan Islam, diharapkan dapat mengurai untuk mengetahui dan memperoleh data secara rinci tentang konsep fitrah manusia menurut Islam, mengetahui keterlibatan pendidikan Islam dalam rangka mengembangkan fitrah manusia, mengetahui Implikasi Manusia, Fitrah dan lingkungan terhadap Pendidikan Islam. Setelah dilakukan analisa dan kajian terhadap implikasi fitrah manusia terhadap pendidikan, maka penulis mengemukakan beberapa kesimpulan bahwa Pendidikan Islam adalah usaha bimbingan jasmani dan rohani pada tingkat kehidupan individu dan sosial untuk mengembangkan fitrah manusia berdasarkan hukum-hukum Manusia merupakan makhluk pilihan Allah yang mengembangkan tugas ganda, yaitu sebagai khalifäh Allah dan Abdullah (Abdi Allah). Untuk mengaktualisasikan kedua tugas tersebut, manusia dibekali dengan sejumlah potensi didalam dirinya. Potensi-potensi tersebut berupa ruh, nafs, akal, qalb, dan fitrah. Sejalan dengan itu, Zakiyah Darajat mengatakan, bahwa potensi dasar tersebut berupa jasmani, rohani, dan fitrah namun ada juga yang menyebutnya dengan jismiah, nafsiah dan ruhaniah. Potensi yang ada pada manusia adalah untuk dikembangkan dan masing-masing pribadi manusia sebagai karunia Tuhan. Potensi ini merupakan potensi mental-spiritual dan fisik yang diciptakan Tuhan sebagai fitrah yang tidak bisa diubah atau dihapuskan oleh siapapun, akan tetapi dapat diarahkan perkembangannya dalam proses pendidikan sampai titik optimal yang berakhir pada takdir Tuhan. Disaat mereka mengalami ketidakberdayaan ketika musibah menghampirinya, secara naluriah, mereka akan meminta pertolongan dan segala yang Maha, yang bisa mernbebaskan mereka dan ketidakberdayaan itu.Manusia secara insting akan berbuat semacam itu sebagai ungkapan jiwanya yang pada fitrahnya adalah suci, bertuhan, dan mengakui kebenaran. Proses pendidikan manusia dan waktu ke waktu akan mengembangkan fitrab manusia itu sendini. Oleh karena itu mengapa pendidikan sangat diperlukan bagi manusiaFitrah Manusia Yang Rosak Punca Segala Fasad...

Apabila Allah berfirman kepada para malaikat "Aku akan cipta di bumi

(manusia) sebagai khalifah (pentadbir)" maka Malaikat pun bertanya

"Adakah Kau akan cipta didalamnya (dunia) orang yang akan

merosakkannya (melakukan fasad) serta menumpahkan darah?". Allah

menjawab "Aku tahu apa yang kamu tidak tahu..." (surah al-Baqarah 2:29-

31)

Page 10: Fitrah Kejadian Manusia Menurut Islam

Dengan berbekalkan ilmu maka Allah muliakan Adam. Tugasnya adalah untuk

memelihara dunia serta beribadat pada Allah. "Aku tidak jadikan jin dan manusia

selain untuk beribadat kepada Ku" (surah al-Zariyat 51:56). Selain ilmu, Adam dan

zuriatnya (kita semua anak cucu Adam) juga dibekalkan dengan fitrah untuk

memelihara sifat kemanusiaan. Sabda Nabi s.a.w bermaksud "Setiap anak yang

lahir itu, lahir dalam fitrah". Maksudnya tidak ada manusia yang dilahirkan jahat

kerana semua manusia lahir dengan sifat baik (fitrah - suci). Tidak cukup dengan

itu, manusia juga di bekalkan dengan Islam, agama fitrah, sebagai panduan.

Bila fitrah (sifat baik) manusia dijaga dengan ilmu dan agama, selamatlah

dunia ini tapi sebaliknya jika manusia mengenepikan ilmu dan agama,

maka rosaklah fitrah (dia jadi jahat) dan binasalah dunia...

Hari ini kita berdepan dengan kerosakan (fasad) dalam berbagai bentuk - fasad

dalam sosial, ekonomi, dan politik. Fasad itu tidak terbatas kepada isu alam sekitar

sahaja malah meliputi segala sistem yang mengatur kehidupan kita termasuk fasad

(kerosakan) dalam sistem perundangan, kehakiman malah keselamatan.

Sebenarnya segala yang berlaku hari ini bukan sekadar krisis sosial, ekonomi atau

politik tetapi ianya adalah krisis kemanusiaan. Manusia hilang kemanusiaan akibat

fitrah yang rosak dan diganti dengan fitrah kebinatangan juga kesyaitanan.

Manusia yang rosak fitrah itu sanggup melakukan apa saja - menipu, merasuah,

menculik, mengugut, melakukan kejahatan dan kezaliman hingga sanggup

membunuh dengan kejam...

Ketahuilah! Selagi manusia tidak kembali kepada fitrah manusiawi, dia akan gagal

berperanan sebagai 'pentadbir' 'pengurus' 'pemakmur' dunia (khalifah) dan selagi

itulah kerosakan (fasad) akan terus berlaku...

Page 11: Fitrah Kejadian Manusia Menurut Islam

Marilah kita bersama memelihara fitrah insani dengan ilmu dan agama...

Oleh:

Prof. Madya Datin Dr. Paizah Hj Ismail

Pendahuluan

Wanita merupakan salah satu subjek yang mendapat perhatian serius dalam Islam. Dalam al-Quran sendiri terdapat satu surah yang diberi nama dengan 搘 anita?(al-Nisa?. Di samping itu perkataan wanita juga disebut sebanyak 100 kali dalam dua puluh surah. Dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w., apatah lagi, terdapat huraian-huraian yang begitu banyak sekali tentang wanita ini. Sehingga boleh dikatakan, dalam bab apa sahaja ada-ada sahaja hadis tentang wanita.

Sedangkan pada waktu al-Quran dan al-Hadith ia diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w., kaum wanita di seluruh dunia, sama ada di timur mahupun di barat begitu sekali terabai, sehingga boleh dikatakan mereka dianggap sebagai barang dagangan atau alat pemuasan nafsu semata-mata.

Berasaskan kepada fakta sejarah ini, Islam telah dicatat sebagai agama yang membebaskan kaum wanita daripada belenggu kehinaan.

Dengan dasar yang begitu maju tentang wanita ini Islam telah memainkan peranan yang sangat besar dalam mempertingkatkan kedudukan kaum wanita sama ada dalam bidang kemanusiaan, sosial, undang-undang dan sebagainya. Hasilnya kaum wanita telah dihormati sama ada sebagai seorang peribadi, seorang isteri, seorang ibu dan seorang anggota masyarakat yang berkesan.

Bagaimanapun, dalam perkembangan masyarakat Islam seterusnya, terutama sesudah kejatuhan tamadun Islam, kedudukan mereka mula terabai semula sehingga akhirnya menyebabkan mereka tidak lagi berpeluang menunaikan tanggungjawab sosial mereka sepertimana yang digariskan oleh Islam.

Menyedari hakikat ini telah timbul kesedaran baru di kalangan sesetengah para ulama di bawah semangat pembaharuan (al-Islah). Tujuannya untuk memberikan kembali perhatian kepada kaum wanita berasaskan prinsip-prinsip Islam yang terdapat dalam al-Quran dan al-Sunnah dengan mengambil kira keperluan merialisasikan prinsip-prinsip berkenaan dalam realiti nilai intelektual dan persekitaran hidup semasa, iaitu apa yang biasa dikenali sebagai pandangan kontemporari.

Page 12: Fitrah Kejadian Manusia Menurut Islam

Pandangan Kontemporari

Syed Qutb, dalam tafsir beliau Fi Zilal al-Quran, menegaskan bahawa wanita dari segi fitrah kejadian dan kemanusiaan adalah berasal daripada manusia yang pertama, iaitu Adam. Ia dicipta dengan tujuan untuk dijadikan isteri kepada Adam sendiri bagi meneruskan kesinambungan generasi manusia, lelaki dan wanita. Berasaskan kepada hakikat ini, kata beliau, tidak ada perbezaan langsung di antara dua jenis manusia ini.

Selanjutnya beliau menegaskan bahawa wanita adalah salah satu daripada dua bahagian manusia yang saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Bahagian yang satu lagi ialah lelaki. Oleh kerana itu kedua-dua lelaki dan perempuan ini tidak serupa, agar sesuai untuk menjadi sepasang yang seling lengkap melengkapi antara satu sama lain.

Penegasan yang berasaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah ini sudah cukup untuk menolak beberapa gambaran negatif tentang wanita di kalangan sesetengah orang, seperti anggapan bahawa wanita sebagai manusia kelas dua atau merupakan punca kepada segala keburukan dan kejahatan.

Selaras dengan persamaan dari segi kemanusiaan dan asal kejadian ini, wanita dan lelaki mempunyai peluang yang sama untuk melakukan apa sahaja amal kebajikan dan untuk mendapat ganjaran daripada Allah berasaskan amal berkenaan. Berasaskan ayat 124 surah al-Nisa? Syed Qutb menegaskan bahawa dari segi beragama dan beramal soleh wanita sama dengan lelaki. Masing-masing akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya dengan setiap kebaikan dan keburukan yang mereka lakukan.

Kata Syed Qutb lagi, berasaskan kepada ayat-ayat al-Quran yang menyebut tentang amal soleh, sama sekali tidak ada perbezaan berasaskan jantina dalam penerimaan amal soleh dan menentukan pembalasan di akhirat nanti.

Lama sebelum beliau penegasan yang hampir sama telah dibuat oleh al-Qurtubi dalam tafsir beliau al-Jami` Li Ahkam al-Quran. Kata beliau, setiap kebaikan atau kejahatan yang dilakukan oleh lelaki atau perempuan, tetap ada ganjarannya.

Mustafa al-Suba`i pula, dalam buku beliau al-Mar 抋 h Baina al-Fiqh Wa al-Qanun menegaskan tentang persamaan hak bagi lelaki dan perempuan dalam mencari ilmu dan membina intelektual. Berasaskan kepada persamaan ini, kata beliau, mempelajari ilmu yang berkaitan dengan agama secara khususnya, seperti akidah, ibadat, halal-haram dan sebagainya wajib atas kedua-dua kaum lelaki dan perempuan tanpa pengecualian.

Dalam nada yang sama penegasan juga dibuat oleh al-Imam Mahmood Syaltut, Syekh al-Azhar pada waktu itu dalam buku beliau al-Islam Aqidah Wa Syariah. Kata beliau, dari segi memikul tanggungjawab agama dan keupayaan seseorang dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut, tidak ada apa-apa perbezaan di antara kaum lelaki dan wanita. Malah, kaum wanita lebih cepat memikul tanggungjawab berkenaan sebelum lagi ia dipikul oleh kaum lelaki. Ini kerana pencapaian umur kelayakan memikul tanggungjawab beragama, dari segi tabiat kejadian

Page 13: Fitrah Kejadian Manusia Menurut Islam

manusia, lebih cepat di kalangan kaum wanita, berbanding kaum lelaki. Maksudnya wanita lebih cepat baligh daripada lelaki.

Sehubungan dnegan ini Dr. Ali Ab Wahid Wafi dalam buku beliau al-Musawat Fi al-Islam telah menyebut bahawa sesungguhnya Islam telah memberi peluang yang secukupnya kepada kaum wanita untuk mendapat pendidikan yang tinggi. Sekiranya peluang ini dimanfaatkan oleh kaum wanita tentunya mereka akan dapat menyaingi kaum lelaki. Sesungguhnya, kata beliau apa yang menyebabkan kaum wanita dahulunya dikatakan bodoh dan tidak berilmu bukanlah disebabkan oleh sistem pendidikan Islam, tetapi sebaliknya berpunca daripada penyelewengan umat Islam sendiri terhadap apa yang sebenarnya dikehendaki oleh sistem pendidikan Islam itu sendiri. Kata beliau lagi, apa yang dilakukan oleh umat Islam pada hari ini dengan membuka peluang kepada kaum wanita untuk menceburi bidang pendidikan secara lebih jauh dan mendalam bukanlah suatu ciptaan baru dalam Islam. Malah ia adalah suatu penghayatan semula terhadap sunnah Rasulullah s.a.w. yang pernah digariskan oleh baginda dan diterima oleh para fuqaha sesudahnya.

Dalam hal pemilikan harta dan kekayaan, al-Syekh Mahmood Syaltut menegaskan bahawa tiada seorang pun para fuqaha Islam yang berpendapat bahawa segala nas yang berkait dengan urusan kehartaan hanya khusus untuk kaum lelaki sahaja, dan tidak melibatkan kaum wanita. Berasaskan kepada ayat-ayat al-Quran yang ada, kata beliau ternyata bahawa Islam menghormati hak milik wanita dalam hal-hal mengenai harta kekayaan. Begitu juga Islam mengiktiraf keupayaan dan kelayakan mereka dalam pengurusan harta sepertimana yang diberikan kepada kaum lelaki.

Mengenai kekeluargaan pula Syed Qutb dalam mentafsirkan ayat pertama surah al-Nisa?dalam kitab tafsir beliau Fi Zilal al-Quran menjelaskan bahawa sesungguhnya pembentukan keluarga yang pertama di muka bumi ini adalah hasil gandingan bersama suami isteri yang bernama Adam dan Hawa, di mana kedua-dua mereka berasal daripada diri yang satu, tabiat yang satu dan fitrah yang satu. Kesemuanya ini, kata beliau berlaku dengan kehendak Allah s.w.t. yang mengetahui segala sesuatu hikmahnya, walaupun ia mampu untuk mencipta rangkaian generasi manusia dengan beberapa buah keluarga di peringkat awal lagi, namun itu tidak dilakukannya.

Apa yang dimaksudkan oleh beliau, berasaskan kepada ayat berkenaan, lelaki dan wanita sama-sama menjadi asas kepada perkembangan generasi manusia sejagat.

Dalam mentafsirkan ayat 13 surah al-Hujurat pula beliau menegaskan bahawa manusia itu dicipta daripada gandingan lelaki dan wanita secara bersama. Kesemuanya dengan tujuan mengerat dan memperkukuhkan ikatan sesama mereka, bermula dengan ikatan ketuhanan dan kemudian disusuli dengan ikatan kekeluargaan.

Mengenai politik pula al-Syaikh Muhammad Rasyid Redha dipetik sebagai berkata bahawa kaum lelaki dan wanita sama-sama berganding bahu dalam masalah masyarakat, politik atau negara. Penegasan yang sama dibuat oleh ramai para ulama Islam semasa, termasuk Muhammad Sa`id Ramadhan al-Buti. Antara hujah yang mereka kemukakan ialah penyertaan tokoh-tokoh wanita awal Islam, seperti `Aisyah, Ummu Salamah, Hind binti Abu Umaiyah dan ramai lagi.Dalam aspek sosial pula Syed Qutb menjelaskan bahawa walaupun al-Quran menyebut wanita

Page 14: Fitrah Kejadian Manusia Menurut Islam

perlu berada di rumah tetapi tidak bererti mereka tidak dibenarkan keluar sama sekali. Kata beliau, apa yang difahami daripada ayat berkenaan ialah rumahtangga adalah tempat sebenar bagi mereka, dan apa-apa yang selain daripada itu adalah suatu pengecualian yang boleh diberi apabila diperlukan dan dengan kadar yang tertentu. Ini, kata beliau, kerana rumahtangga satu-satunya tempat yang menjamin nilai-nilai kewanitaan terpelihara seperti yang dikehendaki oleh Allah.

Menyentuh masalah ini al-Syekh Muhammad al-Ghazali tleaha memberi pandangan dnegan berkata Islam sebenarnya menolak adat sesetengah umat yang mengurung kaum wanitanya di dalam rumah dan mengikat mereka dengan berbagai-bagai hak dan tanggungjawab, sebagaimana juga Islam menolak adat-adat yang menjadikan mereka sebagai makanan atau hidangan yang boleh dinikmati oleh siapa sahaja sesuka hati dengan membelakangkan segala prinsip ini. Kata beliau, kaum wanita boleh bekerja samada di dalam rumahtangga atau di luar rumahtangga. Cuma apa yang diperlukan ialah jaminan agar masa depan keluarga terjaga dan terpelihara. Di samping itu, diperlukan juga kepada suasana yang boleh menjamin diri wanita terpelihara dari segala fitnah semasa mereka menjalankan kerja-kerja berkenaan dan tidak melanggar segala batas-batas yang ditetapkan oleh Allah s.w.t., seperti tidak berhias, tidak mendedahkan aurat dan tidak bergaul secara bebas.

Pandangan yang sama juga diberikan oleh Dr. Abd. Wahid Wafi dalam buku beliau al-Musawat Fi al-Islam. Kata beliau, wanita boleh melakukan kerja-kerja kebajikan yang termampu dilakukan olehnya dan yang sesuai dengan sifat kewanitaannya, dengan syarat penglibatan tersebut tidak menimbulkan apa-apa fitnah, samada daripada atau ke atas dirinya, dan tidak menimbulkan apa-apa kemudaratan samada dari segi sosial atau akhlak. Untuk mematuhi segala ketetapan hukum sepertimana yang terdapat dalam Islam, misalnya dengan menutup aurat dan tidak bergaul dengan terlalu bebas. Adalah penting juga, kata beliau bahawa kerja-kerja tersebut tidak menganggu tugas-tugasnya dalam rumahtangga sebagai isteri dan ibu.

Dalam aspek undang-undang dan keadilan juga para ulama berpendapat tiada apa-apa perbezaan yang dibuat oleh Islam antara lelaki dan perempuan. Kata al-Syekh Mahmood Syaltut, dalam hal-hal kekeluargaan dan urusan sivil tidak ada perbezaan kapasiti hukum dan undang-undang yang berasaskan jantina. Dengan erti, perempuan boleh mengurus sendiri dengan sepenuh kuasa segala harta bendanya. Mereka juga boleh ikut campur dalam segala aktiviti pengadilan, guaman boleh menjadi pendakwa dan terdakwa, boleh menjadi saksi atau pihak tertuduh, samada secara bersendirian atau secara berkelompok, boleh menjadi pewasiat atau penerima wasiat, boleh menjadi nazir wakaf, ejen atau penerima sedekah atau hadiah, penjaga atau sebagainya mengikut apa yang boleh dilakukan oleh lelaki. Hal yang sama juga berlaku dalam perkara mengenai jenayah.Persoalan Semasa

Apa yang tersebut di atas adalah pandangan-pandangan para ulama kontemporari terhadap berbagai aspek penting dalam kehidupan wanita, samada sebagai seorang individu atau satu anggota dalam masyarakat. Selain daripada itu terdapat juga berbagai-bagai isu yang dibincangkan oleh para ulama berkenaan sejauh mengenai wanita yang mendokong kenyataan-kenyataan di atas, atau yang boleh memperjelaskan lagi prinsip-prinsip di atas tentang kaum wanita. Antara isu-isu yang selalu menarik perhatian ialah mengenai hijab, kepimpinan wanita

Page 15: Fitrah Kejadian Manusia Menurut Islam

dan peranan mereka dalam pembangunan masyarakat dan negara.

Supaya perbincangan tidak menjadi terlalu panjang, dalam tulisan ini hanya akan dimuatkan pandangan-pandangan al-Syekh Muhamad al-Ghazali tentang isu-isu berkenaan sebagai contoh yang mewakili pandangan ulama kontemporari. Sebagaimana dimaklumi beliau adalah ulama kontemporari yang sangat dihormati dan mempunyai repotasi keulamaan yang tinggi.

Sehubungan dengan hal ini ada dua buah buku al-Syaik Muham0

Teori DarwinManusia merupakan salah satu makhluk ciptaan untuk melengkapi kehidupan di muka bumi ini. Manusia mempunyai keistimewaan yang tersendiri berbanding kehidupan lain kerana manusia dikurniakan dengan akal fikiran untuk berfikir dan bertanggungjawab untuk mentadbir alam ini. Manusia terdiri daripada tiga unsur, antaranya ialah: mind, body, dan spiritual. Dengan kata lain, manusia terdiri daripada akal/minda, biologikal/fizikal, dan roh. Dengan adanya otak yang dapat berfikir dengan baik, manusia menjadi pemimpin di kalangan semua haiwan/makluk yang ada di alam/bumi. Komponen fizikal merangkumi semua organ/anggota tubuh manusia serta bahagian lain yang zahir/dapat dilihat dan dipegang secara langsung. Manakala komponen roh(hani) pula komponen yang wujud tetapi tidak dapat diperhatikan secara zahir/fizikal yang kekal ada dalam setiap manusia. Roh yang mendorong manusia mencipta/mencari sistem kepercayaan. Fikiran pula merupakan kebolehan untuk menilai dan bertindak secara logik/rasional. Terdapat dua teori yang membincangkan falsafah kejadian manusia. Antaranya ialah teori mengikut agama Islam dan teori evolusi Darwin dari Barat. Kedua-dua teori ini mempunyai pandangan yang berbeza berkaitan dengan falsafah kejadian manusia. Teori mengikut agama Islam telah dijelaskan di atas. Seterusnya pula kita bincangkan teori evolusi Darwin dari Barat.

Di Barat, falsafah kejadian manusia dikaji melalui teori Darwin. Charles Darwin adalah dari lingkungan orang yang taat beragama Kristian dan merupakan sarjana muda teologi. Charles Darwin mengemukakan teori proses evolusi makhluk hidup sehingga menghasilkan makhluk tertinggi yang disebut manusia. Teori evolusi ini ditunjang oleh bukti-bukti yang kukuh, cukup banyak dan menyakinkan. Bukti berupa fosil adalah makhluk yang berupakan antara beruk dan manusia. Ini menunjukkan bukti bahawa evolusi demikian pernah terjadi. Pada saat manusia meragui teori tersebut, di Trinil, Ngawi menemui fosil manusia kera yang merupakan penghubung antara bentuk kera dengan manusia sempurna yang selama ini dicari. Ini terjadi pada tahun 1891. Dunia ilmu pengetahuan menjadi gempar, kerana dengan demikian cukuplah bukti yang diperlukan untuk melengkapi teori Darwin.

Page 16: Fitrah Kejadian Manusia Menurut Islam

Manusia Trinil ini bentuknya adalah gabungan manusia dan kera. Oleh sebab itu ia disebut Pithecantrophus erectue (Pithecus bermaksud kera, antrophus adalah manusia manakala erectus bermaksud berdiri.). Jelas di sini, makhluk ini berdiri tegak seperti manusia dan tingginya kurang dari manusia kerdil namun otaknya jenis kera kerana ia kurang dari 1000cc. Demikianlah fosil tersebut melengkapi bukti teori bahawa manusia itu marupakan hasil evolusi. Sesudah itu, fosil demi fosil yang ditemui memperkuatkan teori Darwin.