marilah berfikir kebesaran allah dalam kejadian lidah manusia

5
 Marilah berfikir kebesaran Allah dalam kejadian lidah 1. Ketika di sekolah,kita dia jar mengenai 5 asas deria rasa.Rasa ma sam,manis,pahit dsb.Adakah semudah itu ?Sebenarnya saintis sendiri kurang pas ti mengenai deria rasa yang manusia ada.Fakta yang ada tidak sejelas fakta-fakta yang mereka ada mengenai deria penglihatan dan hidu manusia.Deria hidu pun baru difahami sebenar-benarnya pada tahun 1991.Benarlah kata Tuhan,ilmu manusia amatlah sedikit jika dibandingkan seluas air laut yang Tuhan ada. 2. Jika diteliti,deria hidu dan penglihatan jauh lebih kompleks dari deria rasa.Jadi,apa yang membuatkan pemahaman mengenai deria rasa belum dapat dijelaskan lagi?Sebelum pergi lebih jauh,marilah kita memahami istilah “rasa”.Di dalam bahasa Inggeris,”rasa” mempunyai dua istilah,iaitu “taste” dan “flavor”.  3. Taste dan flavor jika diterjemahkan akan membawa maksud yang sama dalam bahasa Malaysia,iaitu “rasa”.Sebenarnya,isti lah taste dan flavor mempunyai definisi yang eksklusif .Keduanya tidak sama,walaupun serupa. 4. Definisi taste bersifat saintifik iaitu,kepelbagaian rasa yang dikesan oleh sel-sel di tunas rasa. Manakala istilah flavor ialah rasa yang pelbagai.Untuk menentukan sesuatu rasa,otak manusia bukan sahaja memerlukan “gustary stimuli” / ransangan rasa, tetapi memerlukan juga “olfactory stimuli” / ransangan bau,deria sentuhan .  

Upload: fizikrmedia

Post on 23-Jul-2015

123 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Marilah berfikir kebesaran Allah dalam kejadian lidah

1. Ketika di sekolah,kita diajar mengenai 5 asas deria rasa.Rasa masam,manis,pahit dsb.Adakah semudah itu?Sebenarnya saintis sendiri kurang pasti mengenai deria rasa yang manusia ada.Fakta yang ada tidak sejelas fakta-fakta yang mereka ada mengenai deria penglihatan dan hidu manusia.Deria hidu pun baru difahami sebenar-benarnya pada tahun 1991.Benarlah kata Tuhan,ilmu manusia amatlah sedikit jika dibandingkan seluas air laut yang Tuhan ada. 2. Jika diteliti,deria hidu dan penglihatan jauh lebih kompleks dari deria rasa.Jadi,apa yang membuatkan pemahaman mengenai deria rasa belum dapat dijelaskan lagi?Sebelum pergi lebih jauh,marilah kita memahami istilah rasa.Di dalam bahasa Inggeris,rasa mempunyai dua istilah,iaitu taste dan flavor. 3. Taste dan flavor jika diterjemahkan akan membawa maksud yang sama dalam bahasa Malaysia,iaitu rasa.Sebenarnya,istilah taste dan flavor mempunyai definisi yang eksklusif .Keduanya tidak sama,walaupun serupa. 4. Definisi taste bersifat saintifik iaitu,kepelbagaian rasa yang dikesan oleh sel-sel di tunas rasa. Manakala istilah flavor ialah rasa yang pelbagai.Untuk menentukan sesuatu rasa,otak manusia bukan sahaja memerlukan gustary stimuli / ransangan rasa,tetapi memerlukan juga olfactory stimuli / ransangan bau,deria sentuhan .

Otot pada lidah manusia

1. Terdapat mitos mengatakan lidah ialah otot terkuat manusia.Itu tak betul.Tidak ada apaapa definisi kekuatan pun yang boleh disamakan dengan lidah sebab,lidah memang tidak kuat langsung.Ini untuk memperbetulkan persepsi,sebelum memasuki konten sebenar bagi tajuk lidah ini. 2. Walaupun lidah tidak kuat sebagaimana otot-otot lain,lidah memainkan peranan penting kepada manusia.Ia dicipta untuk memberi rasa dan persepsi kepada satu-satu makanan.Lidah juga membantu manusia membentuk perkataan-perkataan. 3. Lidah terdiri daripada otot rangka / skeletal muscle.Manusia mempunyai 3 jenis otot dalam badan mereka,iaitu skeletal muscle,smooth muscle dan cardiac muscle..Skeletal muscle mempunyai banyak saiz dan bentuk yang membolehkan manusia melakukan banyak fungsi-fungsi tertentu.Ia membentuk 40 hingga 50% daripada keseluruhan berat manusia. 4. Skeletal muscle tidak sama dengan 2 lagi rakannya kerana ia boleh dikawal pergerakannya.Ini membolehkan lidah manusia bergerak-gerak ,dan dengan gerakan yang pelbagai itu,membantu manusia untuk membentuk perkataan apabila bercakap. 5. Ini satu lagi perkara takjub yang Allah pamerkan pada manusia.Bayangkan kalau lidah diperbuat daripada smooth ataupun cardiac muscle yang tidak selincah cardiac muscle?Sukar hendak dibayangkan betapa payahnya manusia hendak bercakap,tidak begitu?

6. Ketika kita senyum,mengerdipkan mata dsb,kita memerlukan banyak otot-otot untuk melakukannya.Contohnya,ketika senyum,kita memerlukan 14 jenis otot untuk melakukan senyuman.Sesetengah otot yang terlibat mungkin mempunyai panjang kurang daripada setengah inci. 7. Lidah adalah accessory digestive organ. Accessory digestive organ bermaksud,lidah bukanlah anggota pencernaan bagi manusia.Tetapi hanya organ yang membantu / sebagai accessories bagi organ utama pencernaan.Contoh-contoh lain bagi accessory digestive organ ialah seperti pundi hempedu / gall bladder, pancreas,kelenjar air liur,hati dsb.Lidah membantu makanan untuk kekal berada di tengah mulut ketika dikunyah oleh gigi.

Anatomi lidah

1. Lidah berupaya bergerak kemana saja arah yang kita hendaki samada ke atas,bawah,kiri,kanan dsb.Lidah juga boleh diubah saiznya untuk dikembangkan,dikecilkan dan pelbagai lagi.Ada sesetengah orang malah mampu untuk menggulung dan melipatkan lidah mereka.Apa-apa pun,ini adalah tanda betapa fleksibelnya lidah manusia. 2. Bagaimana lidah mempunyai keupayaan-keupayaan ini?Lidah sebenarnya terbahagi kepada dua otot,iaitu otot luar / extrinsic muscle ataupun otot dalam,iaitu intrinsic muscle 3. Extrinsic muscle membolehkan lidah untuk bergerak dalam banyak arah,atas,bawah,kanan,kiri dsb.Otot ini bersambung dibahagian-bahagian tertentu dalam badan dan terus ke lidah.

4. Instrinsic muscle pula terdapat di dalam lidah.Ia membolehkan lidah untuk mengembang ,mengecut,dan berubah kepada pelbagai bentuk dan saiz.Otot dalam ini terdiri daripada longitudinalis superior, longitudinalis inferior, transversus linguae dan verticalis lingua yang membolehkan manusia untuk bercakap,dan menelan makanan.

Salah faham mengenai deria rasa

1. Lidah manusia bukan sahaja mempunyai deria rasa untuk menilai sesuatu makanan lazat atau tidak.Ia juga mempunyai reseptor untuk berasa sakit.Reseptor ini juga penting untuk menilai makanan,umpamanya apabila sesuatu makanan itu berasa pedas,itu disebabkan reseptor sakit yang terdapat pada lidah manusia.Istilah inggeris bagi reseptor ini ialah pain receptor. 2. Ramai orang tersalah faham dengan fungsi tunas rasa / taste bud yang mereka pelajari di sekolah.Ini adalah misconception yang kita pernah pelajari ketika pendidikan rendah.Umpama Michael Jordan yang tidak layak mewakili universiti dalam sukan bola keranjang,Albert Einstein seorang pelajar yang bodoh ketika sekolah,dsb.Ini semua adalah antara kesilapan-kesilapan yang telah diajar ketika belajar dahulu. 3. Apa yang kita belajar dulu?Menurut buku teks,lidah mempunyai kawasan-kawasan tertentu yang peka kepada rasa-rasa tertentu.Umpamanya,di hujung lidah berfungsi merasa benda manis,pahit di bahagian belakang,masam dan manis pula di spanjang kanan dan kiri lidah.Malah guru di sekolah mengajar murid-muridnya,untuk mengurangkan rasa pahit sebiji pil doktor,letakkannya di bahagian hujung lidah,jadi pil akan menjadi kurang pahit kerana di hujung lidah mengesan rasa manis.

4. Ini semua gara-gara kajian 1901 yang pernah dibuat oleh seorang saintis Jerman bernama Herr Hanig yang mendakwa demikian.Menurutnya bahagian tertentu lidah peka terhadap rasa tertentu.Kajiannya dikukuhkan lagi dengan kajian 1942 seorang saintis bernama Edwin Boring yang menghasilkan sebuah buku bertajuk Sensation and Perception in the History of Experimental Psychology. 5. Walaubagaimanapun,dakwaan kedua-dua saintis ini disangkal oleh satu kajian yang dibuat pada tahun 1974 oleh Virginia Collings.Kajian Collings adalah kajian yang menyeluruh dan diterima oleh sainis-saintis sehingga ke hari ini.Selari dengan penemuan semasa,kajian sains menunjukkan,tunas rasa tidak hanya merasa sesuatu benda secara spesifik.Mereka sebenarnya boleh merasa semua jenis rasa.

Bagaimana lidah mengesan rasa?1. Di bahagian tunas rasa terdapatnya sel-sel rasa yang dikenali sebagai papillae.Papillae adalah struktur yang bertanggungjawab dalam merasa sesuatu makanan.Terdapat beberapa bentuk papillae yang terdapat di lidah iaitu Vallate papillae,Follate papillae, dan fungi papillae.Rujuk rajah :

FizikrMedia.com //Marilah berfikir kebesaran Allah dalam kejadian telinga manusia