keburukan diet atkin

4
Keburukan Diet Atkin Tengok tajuk kat atas tu ada tulis tentang keburukan diet atkin kan? Ok, sebenarnya, di samping aku nak bagi maklumat mengenai kebaikan diet atkin yang dikatakan berhasil ni, ada sesetengah pihak melaporkan yang diet atkin ni boleh membawa kesan buruk kepada individu yang mengamalkannya.... Aku pun agak keliru sebenarnya.. Kejap kata ok.. Tup-tup ada yang cakap tak elok...Jom la kita tengok pulak apa keburukannya... 1. MEMBAWA KEPADA PENYAKIT JANTUNG makanan yang kita makan tu banyak berasal daripada protein tinggi dan mengandungi kolestrol seperti udang dan ikan . Dan apabila namanya kolestrol, faham-faham sendiri jelah.. risiko penyakit jantung sangat tinggi. 2. BENTUK BADAN KURUS-LEMBIK memang tak dinafikan melalui diet atkin, kita memang akan kurus dengan cepat, akan tetapi, kurus tersebut lebih kepada kurus-lembik disebabkan penurunan berat kita lebih kepada penurunan berat air dan otot. 3. TIDAK SELARI DENGAN PEMAKANAN HARIAN DI MALAYSIA sememangnya kita tawu bahawa pemakanan harian di Malysia ni memang mementingkan nasi. malah diet atkin telah dicipta oleh Dr Atkin iaitu orang barat yang berbeza pengambilan makananya berbanding negara kita. Salad, steak, dan daging merupakan pengambilan harian mereka berbanding kita yang lebih gemar memakan nasi. Malaysia ni. Aku sendiri pun pernah terbaca satu pendapat di blog-blog lain mengenai perbincangan diantara pakar diet dan pemakanan yang mana hanya 1 per 5 daripada pakar pemakanan ni yang bersetuju mengenai atkin diet ni. Yang selebihnya membantah dan tidak bersetuju mengenai diet atkin.

Upload: eim

Post on 31-Jan-2016

80 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

DIET

TRANSCRIPT

Page 1: Keburukan Diet Atkin

Keburukan Diet Atkin

          Tengok tajuk kat atas tu ada tulis tentang keburukan diet atkin kan? Ok, sebenarnya, di samping aku nak bagi maklumat mengenai kebaikan diet atkin yang dikatakan berhasil ni, ada sesetengah pihak melaporkan yang diet atkin ni boleh membawa kesan buruk kepada individu yang mengamalkannya.... Aku pun agak keliru sebenarnya.. Kejap kata ok.. Tup-tup ada yang cakap tak elok...Jom la kita tengok pulak apa keburukannya...

1. MEMBAWA KEPADA PENYAKIT JANTUNGmakanan yang kita makan tu banyak berasal daripada protein tinggi dan mengandungi kolestrol seperti udang dan ikan . Dan apabila namanya kolestrol, faham-faham sendiri jelah.. risiko penyakit jantung sangat tinggi.

2. BENTUK BADAN KURUS-LEMBIKmemang tak dinafikan melalui diet atkin, kita memang akan kurus dengan cepat, akan tetapi, kurus tersebut lebih kepada kurus-lembik disebabkan penurunan berat kita lebih kepada penurunan berat air dan otot.

3. TIDAK SELARI DENGAN PEMAKANAN HARIAN DI MALAYSIAsememangnya kita tawu bahawa pemakanan harian di Malysia ni memang mementingkan nasi. malah diet atkin telah dicipta oleh Dr Atkin iaitu orang barat yang berbeza pengambilan makananya berbanding negara kita. Salad, steak, dan daging merupakan pengambilan harian mereka berbanding kita yang lebih gemar memakan nasi. 

Malaysia ni. Aku sendiri pun pernah terbaca satu pendapat di blog-blog lain mengenai perbincangan diantara pakar diet dan pemakanan yang mana hanya 1 per 5 daripada pakar pemakanan ni yang bersetuju mengenai atkin diet ni. Yang selebihnya membantah dan tidak bersetuju mengenai diet atkin.

Page 2: Keburukan Diet Atkin

Jom ketahui kesan yang mengerunkan dalam amalan diet atkin di sini.. sebelum itu, baca dengan teliti dan fahamkan..

Kini, ramai yang berebut-rebut, terutamanya golongan wanita yang inginkan tubuh badan yang ramping. Mereka impikan tubuh yang ramping kerana untuk kepuasan diri sendiri, menjaga kesihatan dan ingin tampil cantik. Pelbagai cara yang dilakukan untuk mendapat tubuh yang ramping seperti bersukan dan memakan pil pelangsing.

Diet adalah mengawal pemakanan seharian dan mengikut kepada kuantiti kalori pada makanan yang dimakan.

Namun, pernahkah anda dengar istilah diet Atkins? Mungkin namanya asing didengar oleh khalayak ramai namun pasti ramai yang sudah mengamalkan diet ini.

Apa Itu Teknik Atkin Diet?

Teknik Atkin, ialah cara diet yang memerlukan seseorang itu menyingkirkan makanan yang berkabohidrat seperti nasi, roti, mee dan jenis makanan yang bergandum dari menu harian anda.

Malah anda disaranakan untuk memperbanyakkan makanan yang kaya dengan protein seperti ayam, daging dan ikan.

Adakah Teknik Atkin Diet Ini Berkesan?

Teknik akan berjaya jika anda terus konsisten melakukannya dan anda langsung tidak melibatkan makanan yang mempunyai kabohidrat di dalam makanan anda. Anda juga hendaklah mengikut rantaian makanan yang ditetapkan.

Jangan dilupakan untuk mengambil sedikit makanan yang mempunyai lemak untuk memberikan tenaga kepada anda dan juga membakar lemak tepu.

Pantang Larang Mengamalkan Atkin Diet

Bagi yang baru ingin memulakan teknik ini, mungkin sukar bagi anda untuk meninggalkan makanan ruji anda. Jadi mulakan diet anda ini dengan perlahan-lahan supaya hasilnya akan menjadi lebih konsisten dan anda tidak jemu.

Apa kata bagi yang baru ingin memulakannya, anda amalkan hanya 20 gram kabohidrat dalam sehari, iaitu daripada sayur-sayuran yang diambil. Pada sarapan pagi, anda boleh mengamalkan untuk memakan telur rebus atau telur goreng.

Pada makan tengah hari dan makan malam, perbanyakkan makanan yang kaya protein, seperti ayam, daging dan ikan. Selitkan sayur-sayuran di dalam setiap hidangan anda.

Page 3: Keburukan Diet Atkin

Sekali lagi ditegaskan, jangan ambil makanan yang kaya dengan kabohidrat seperti pasta, roti dan jeruk buah-buahan. Anda juga dilarang mengambil kafien dan makanan yang berkacang.

Apabila anda sudah dapat menyesuaikan cara pemakanan anda, cuba perbanyakkan sayuran dalam hidangan anda. Untuk peringkat ini anda juga dibenarkan untuk mengambil buah-buahan  dan kacang sebagai hidangan sampingan anda.

Impak Negatif Atkin Diet

Namun, tidak dapat dinafikan diet Atkins ini juga mempunyai kesan buruknya pada tubuh badan kita. Ia juga akan menjejaskan serba sedikit tubuh badan kita. Mungkin anda akan mengalami simptom seperti:

Nafas anda berbau Menjadi panas baran Sakit kepala Keletihan Sembelit

Tetapi ia hanyalah kesan sampingan dan hanya untuk jangka pendek sahaja. Setakat ini, tiada lagi bukti menunjukkan seseorang itu akan mengalami penyakit yang kronik dan serius apabila melakukan diet Atkins.

Jadi, diet Atkins adalah salah satu diet yang terbukti berkesan untuk menurun berat badan dengan kadar yang segera dan konsisten. Pastikan anda mengikut segala petua yang diberikan supaya mendapat impak melakukan diet ini.

Adakah anda sesuai dengan diet ini? Tepuk dada Tanya selera. Jaga pemakanan untuk menjamin kesihatan anda. Kongsikan juga artikel ini kepada rakan anda supaya mereka akan mendapat manfaat darinya..

<< Jom ketahui cara bagaimana cara untuk kuruskan badan di sini..

(Visited 22,880 times, 13 visits today)Tags:Atkin Diet

Read more: http://www.wom.my/kecantikan/kesan-menggerunkan-dalam-amalan-diet-atkin/#ixzz3bcI2JdZR Follow us: @WOMDOTMY on Twitter | womenonlinemagz on Facebook

http://www.wom.my/kecantikan/kesan-menggerunkan-dalam-amalan-diet-atkin/

Page 4: Keburukan Diet Atkin

http://news.yahoo.com/baik-buruk-diet-atkins-091949405.html

10 Jan – Diet Atkins mula diperkenalkan pada awal tahun 70an oleh Dr Robert C. Atkins di mana diet ini menggunakan teori diet Atkins mengatakan bahawa anda hanya perlu mengambil makanan yang mengandungi protein dan tidak boleh menyentuh makanan bersumber karbohidrat sama sekali.

Kebanyakan yang mengamalkan diet ini berjaya kurus kerana dengan mengurangkan dan menghadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula. 

Pada dua minggu pertama, tubuh badan akan menghasilkan ketosis iaitu keadaan di mana tubuh akan menggunakan lemak sebagai bahan bakar. Ini bererti berat badan anda akan mula turun. 

Dengan mengamalkan diet ini, karbohidrat disingkirkan dari pemakanan anda, bermakna kalori dapat dikurangkan dan membawa kepada penurunan berat badan. 

Bagaimanapun, diet Atkins juga ada kesan buruk juga iaitu tubuh badan anda menggunakan lemak sebagai bahan bakar oleh itu anda perlu mengambil banyak protein menyebabkan anda mengambil banyak kolesterol dalam seharian. 

Sebagai contoh, makanan laut seperti udang dan ikan mempunyai protein yang tinggi dan hampir kesemuanya mengandungi kolesterol yang menjadi punca kepada sakit jantung. Ketosis akan menyebabkan nafas berbau, menyebabkan osteoporosis dan merosakkan buah pinggang jika dilakukan dalam jangka masa panjang. 

Selain itu, ketosis juga membawa kepada penghasilan urik asid, iaitu penyebab kepada penyakit-penyakit seperti gout (sakit sendi), batu karang dan sembelit. 

Walaupun diet Atkins boleh menurunkan berat badan dengan pantas tapi usah terkejut apabila hasil bentuk tubuh anda akan lebih kepada kurus lembik dan bukannya berotot kerana penurunan pantas ini hanya melibatkan penurunan berat air dan otot!