kebaikan dan keburukan

18
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PERNIAGAAN ANTARABANGSA

Upload: mrkay86

Post on 24-May-2015

4.613 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kebaikan Dan Keburukan

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PERNIAGAAN ANTARABANGSA

Page 2: Kebaikan Dan Keburukan

KEBAIKAN Memperoleh barang yang tidak dikeluarkan di

dalam negeri-Sesebuah negara tidak dapat mengeluarkan semua barang kerana terdapatnya pelbagai halangan seperti perbezaan iklim, tanah dan sebagainya.-Oleh itu, perdaganganantarabangsa membolehkan sesebuah negara memperoleh barang yang tidak dikeluarkanoleh negara berkenaan. Misalnya, Jepun yang tidak mempunyai gas asli cecair dapat menggunakan sumber tersebut apabila menjalankan perdagangan antarabangsa dengan Malaysia.

Page 3: Kebaikan Dan Keburukan

Menawarkan pilihan yang pelbagai -Melalui perdagangan antarabangsa, pelbagai jenis barang dapat diimport. Ini dapatmemberikan pilihan yang pelbagai kepada pengguna mengikut cita rasa dan kemampuannya. -Sebagai contoh, rakyat Malaysia dapat memilih pelbagai jenis kereta,sama ada model tempatan atau model import. Pilihan yang luas ini akan meningkatkan taraf hidup para pengguna.

Page 4: Kebaikan Dan Keburukan

Menikmati barang dengan harga yang murah-Perdagangan antarabangsa menggalakkan pengkhususan. Pengkhususan meningkatkan kemahiran dan kecekapan pengeluaran dan membolehkan pengeluaran barang dikeluarkansecara besar-besaran. -Pengeluaran secara besar-besaran ini membolehkan barang dikeluarkan pada harga yang lebih mudah dan dengan mutu yang lebih baik

Page 5: Kebaikan Dan Keburukan

Meluaskan pasaran -Perdagangan antarabangsa membolehkan lebihan penawaran dalam negara dieksport keluar negara. -Pasaran antarabangsa adalah lebih luas berbanding dengan pasaran tempatan. -Pasaran yang lebih luas membolehkan firma memperoleh keuntungan yang lebih tinggi dan seterusnya meningkatkan pendapatan negara.

Page 6: Kebaikan Dan Keburukan

Menggalakkan penggunaan teknologi -Melalui perdagangan antarabangsa, pengeluar tempatan boleh mengimport mesin dan alat-alat yang lebih moden untuk digunakan dalam proses pengeluaran. -Kemasukan teknologi moden dapat meningkatkan daya pengeluaran dan memesatkan perkembangan industri tempatan.

Page 7: Kebaikan Dan Keburukan

Meningkatkan kecekapan pengeluaran -Apabila sesebuah negara menjalankan perdagangan antarabangsa, maka wujudlah terhadap barang-barang yang dikeluarkan oleh negara berkenaan.

Persaingan ini akan menggalakkan pihak pengeluar menghasilkan barang yang lebih bermutu dengan kaedah pengeluaran yang lebih cekap.

Sebagai kesannya, persaingan dapat menghalang firma monopoli mengenakan harga yang lebih tinggi. Di samping itu, persaingan boleh juga menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan mempercepat penggunaan teknologi baru.

Page 8: Kebaikan Dan Keburukan

Menambah peluang pekerjaan -Dalam ekonomi dunia yang sedang berkembang, permintaan terhadap barang eksport sesebuah negara akan bertambah dari semasa ke semasa. -Ini akan menggalakkan pengeluar dan pelabur asing untuk membesarkan skala pengeluaran firmanya. -Justeru peluang pekerjaan yang lebih banyak akan dapat diwujudkan serta masalah pengangguran dalam negeri akan dapat dikurangkan.

Page 9: Kebaikan Dan Keburukan

Menggalakkan pelaburan -Apabila sesebuah negara menjalankan dasar ekonomi terbuka, maka negara tersebut dapat menggalakkan kemasukan pelaburan asing. -Malaysia membernarkan aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI), khasnya dalam sektor Eksport kerana FDI dapatmempercepat pertumbuhan ekonomi. -Malaysia membenarkan perkongsian ekuiti dengan pelabur asing seperti yang berlaku dalam industri kereta nasional dan penerbangan awam.

Page 10: Kebaikan Dan Keburukan

Mewujudkan hubungan baik dengan rakan dagang -Perdagangan antarabangsa dapat menggalakkan persefahaman dan kerjasama antara negara. - Ini dapat mewujudkan hubungan yang baik dari segi politik, sosial dan kebudayaan antara rakan dagang.

Page 11: Kebaikan Dan Keburukan

KEBURUKAN Merugikan negara membangun

-Perdagangan antarabangsa merugikan negara membangun yang mengeksport bahan mentah sebaliknya menguntungkan negara maju yang mengeksport barang perkilangan yang mempunyai harga tinggi -Maka negara maju memperoleh barang import yang lebih banyak jumlahnya denganhanya menukarkan barang eksport yang sedikit tetapi sama nilainya -Wujud perbezaan kakayaan antara negara maju dengan negara membangun

Page 12: Kebaikan Dan Keburukan

Terlalu bergantung kepada sektor eksport atau import -Pertumbuhan ekonomi negara yang terlalu bergantung kapada eksport terjejas jika harga barang dieksport jatuh. - Kadar pengangguran sektor terbabit meningkat.Pendapatan negara juga jatuh. -Negara yang terlalu bergantung kepada sektor import juga hadapi risiko tinggi seperti peperangan di negara pengeksport dan tindakan sabotaj negara pengeksport yang hentikan urusniaga pada bila-bila masa.

Page 13: Kebaikan Dan Keburukan

Mengamalkan pengkhususan berlebihan -Negara yang mengamalkan pengkhususan berlebihan terdedah kepada risiko seperti kejatuhan harga barang eksport -Negara pesaing menjadi semakin cekap dalam industri sama ( pengeluaran kereta jepun menjejaskan industri kereta Eropah) -Wujud barang pengganti yang kompetitif di pasaran dunia (getah tiruan yanglebih murah)

Page 14: Kebaikan Dan Keburukan

Kurang mobiliti sumber -Bila permintaan terhadap barang eksport sesebuah negara berkurang, buruh hadapi masalah mobiliti pekerjaan sebab pengalaman dan kemahirannya dalam industri tertentu tidak dapat diserap untuk kegunaan industri lain -Buruh juga hadapi masalah mobiliti geografi sebab negara asing mengenakan berbagai sekatan seperti permit kerja,levi dan visa

Page 15: Kebaikan Dan Keburukan

Mengamalkan dasar perlindungan -Kebebasan eksport dan import dihalang oleh sekatan perdagangan yang dikenakan untuk melindungi industri tempatan sesebuah negara -Perlindungan yang diberi kepada industri tempatan menyebabkan industri tempatan tidak cekap

Page 16: Kebaikan Dan Keburukan

Menimbulkan masalah lambakan -Melalui perdagangan antarabangsa, sesetengah negara pengeksport boleh melakukan lambakan -Lambakan ialah menjual barang keluaran dengan harga yang lebih rendah daripada keluaran industri tempatan - Tujuan lambakan adalah menghabiskan lebihan penawaran dalam negeri atau mengusir pesaing supaya wujud monopoli di pasaran dunia -Industri tempatan juga terjejas

Page 17: Kebaikan Dan Keburukan

Menyebarkan budaya tidak sihat -Melalui perdagangan antarabangsa, nilai dan budaya tidak sihat mudah tersebar -Mungkin wujudnya masalah sosial masyarakat tempatan -Pengambilan dadah, cara berpakaian dan pergaulan bebas

Page 18: Kebaikan Dan Keburukan

TERIMA KASIH