kebudayaan melayu full

27
IPG KAMPUS KENT TUARAN BMM 3114 KEBUDAYAAN MELAYU NAMA PELAJAR: 1

Upload: aisya-humaira

Post on 04-Aug-2015

951 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kebudayaan Melayu Full

IPG KAMPUS KENT TUARAN

BMM 3114

KEBUDAYAAN MELAYU

NAMA PELAJAR:

UNIT:

1

Page 2: Kebudayaan Melayu Full

1.0 Pengenalan

Dalam Bahasa Melayu konsep ‘budaya’ itu berasal dari perkataan budi yakni kata

Sanskrit yang membawa maksud akal.Budaya itu juga merupakan perlakuan-perlakuan

manusia yang berkaitan dengan akal fikiran.Dengan kata lain difahamkan bahawa

budaya itu daripada rangkaian ‘daya’ dan ‘budi’ yang dapat dikatakan segala yang

berupa cipta, rasa dan penggunaan fikiran.Justeru, kebudayaan itu bermaksud segala

hasil dari ciptaan itu.

Menurut ahli antropologi, budaya adalah satu jalinan yang kompleks.Perlakuan

manusia yang mereka pelajari merupakan asas kepada pertumbuhan budaya.Pelbagai

konsep yang diberikan oleh sarjana-sarjana berhubung dengan pengertian

budaya.Terdapat dua orang tokoh antropologi iaitu A.L Kroeber dab C.Kluchohn telah

mengumpul sejumlah 160 definisi budaya yang telah digunakan oleh sarjana-

sarjana.Menurut Prof Dr Sidek Baba dalam Pengajian budaya sekat liberalisasi

Barat,beliau menyatakan bahawa budaya dalam pengertian yang luas adalah pancaran

daripada budi dan daya. Seluruh apa yang difikir, dirasa dan direnung diamalkan dalam

bentuk daya menghasilkan kehidupan. Budaya adalah cara hidup sesuatu bangsa atau

umat. Makna budaya pada hari ini dibatasi dengan maksud lagu, muzik, tarian, lakonan

dan kegiatan seumpamanya. Budaya tidak lagi dilihat sebagai pancaran ilmu dan

pemikiran yang tinggi dan murni dari sesuatu bangsa untuk mengatur kehidupan

berasaskan peradaban.

Budaya terbahagi kepada dua elemen iaitu budaya material dan juga budaya bukan

material.Budaya Material adalah bahan-bahan artifak yang dicipta oleh masyarakat

manakala budaya bukan material mencerminkan aspek intangible/idea abstrak iaitu

idea yang dibentuk oleh ahli dalam masyarakat.Walau apa pun definisi yang diberikan

berhubung dengan budaya ianya tetap menjurus kepada keseluruhan cara hidup

manusia sama ada dalam bentuk fikiran, kepercayaan, perlakuan ataupun penghasilan

dalam sesebuah masyarakat yang diterima oleh sebahagian besar anggota masyarakat

dan diwarisi secara turun-temurun yang meliputi aspek sosial, politi dan adat istiadat.

2

Page 3: Kebudayaan Melayu Full

2.0 Konsep Budaya

2.1 Konsep asimilasi

Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik

berlainanbudaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti

yang sama.Menurut Vander Zanden (seorang ahli sosiologi), asimilasi ialah satu proses

dalam mana kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara

berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama.Asimilasi

mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari

segi kebudayaan dan identiti. konsep ini diwakilidengan formula A+B+C =A, disini A

dalam hal ini mewakili golongan dominan smentara B dan C mewakili kumpulan etnik

minoriti.

Contohnya, orang melayu di Thailand telah mengalamiproses asimilasi yang

menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua aspek cara hidup mereka(kecuali

agama) telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai. Di Malaysia,

apayang berlaku keatas masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya

merupakan contoh berlakunya proses asimilasi. Namun, bagi etnik cina di Kelantan

serta Baba dan Nyoya, asimilasiberlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan

anutan kepercayaan atau agama. Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi

yang erat antara ahli kumpulan etnik etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang

lama. kejayaan asimilasi umumnya bergantung kepadakesanggupan etnik minoriti

menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulanetnik majoriti; terdapt

banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik; dan kesanggupankumpulan etnik

majoriti menerima kumpulan etnik minoriti.

3

Page 4: Kebudayaan Melayu Full

2.2. Konsep Akulturasi

Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan

individu ataukelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Akulturasi terjadi

apabila satu kelompok manusia dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur

dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu

akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri.Berbeza dengan proses

asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat

penerima. Dalam sejarah tamadun manusia, sering berlaku pertemuan atau

pertembungan antara dua atau lebih kebudayaan.Proses ini menyebabkan berlakunya

proses pinjam meminjam.

Pada peringkat awal, unsur pinjaman digunakan secara langsung dan kemudian

diolah serta dijadikan usur kebudayaan sendiri.Di Malaysia, beberapa kes boleh

dijadikan rujukan seperti penggunaan tali leher, angpau, makanan, hiburan dan

sebagainya.Tetapi, jika unsur budaya yang diambil itu tidak diolah dengan baik,

pastinya tindakan ini akan memberi kesan yang tidak baik kepada sesuatu masyarakat.

Tidak mudah untuk membentuk sebuah masyarakat yang mencapai tahap akulturasi.

Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifat kebendaan yang

mendatangkan manfaat seperti pakaian barat.Unsur-unsur budaya yang tidak

berbentuk kebendaan seperti ideologi dan pemikiran adalah lebih sukar diterima.

2.3 Konsep Akomodasi

Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari

serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan

budaya hidup masing-masing.Konsep ini diwakili oleh formula A + B + C = A + B + C,

disini A, B dan C merujuk kepada budaya.Pelbagai kumpulan etnik hidup secara

harmonis dan menghormati antara satu sama lain.

4

Page 5: Kebudayaan Melayu Full

Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil

dalam bidang ekonomidan pendidikan dan mereka saling bergantung. konsep ini begitu

meluas diamalkan di Malaysiakerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan

budaya mereka dalam keadaan harmoni. Jika dilihat di luar Malaysia, Switzerland ialah

negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik jerman,

perancis dan itali saling membuat penyesuaian antara mereka.

3.0 Masyarakat Melayu

Melayu adalah satu kelompok suku bangsa di sekitar kepulauan Melayu ataupun nama

am bagi pelbagai kelompok serumpun bahasa di kalangan kelompok bahasa Melayu-

Polinesia(Austromesia).Masyarakat Melayu di Malaysia terdiri daripada semua

kelompok penghuni kepulauan Melayu yang telah berhijrah ke Tanah Melayu sejak

ratusan tahun terdahulu seperti Aceh, Minangkabau , mandailing, Bengkulu, Rawa,

Palembang, Lampung, Jawa, Sunda dan Melanau.Walaupun pada dasarnya setiap

kelompok akan mengekalkan identiti asal mereka dalam kelompok kecil di kawasan

petempatan masing-masing namun pada tahap yang lebih luas batasan kelompok

perkampungan sendiri, identity Melayu digunakan secara subjektif, iaitu sebagai identiti

peribadi.

Pelbagai pendapat dikemukakan berhubung dengan erti perkataan ‘Melayu’.Ada

yang berpendapat perkataan Melayu berasal daripada perkataan ‘Malaju’. Perkataan ini

berasal daripada kata dasar laju yang bermakna cepat, deras dan tangkas.Daripada

sebutan tersebut dapat diberikan pengertian bahawa orang Melayu bersikap tangkas,

cerdas dan segala tindak tanduk mereka cepat dan deras.A.H Keane berpendapat

bahawa bangsa Melayu berasal daripada campuran antara bangsa Kaukasus dengan

bangsa Mongol.Pendapat ini berdasarkan teori yang mengatakan behawa orang

Melayu berasal dari daerah Utara Asia Tenggara yang mana jika dilihat dari segi sosial

dan budayanya yang lebih luas meliputi penduduk yang mendiami Semenanjung Tanah

Melayu dan gugusan pulau-pulau Melayu atau Nusantara.

5

Page 6: Kebudayaan Melayu Full

Kebudayaan Melayu dari aspek politik dapat dilihat seawal tahun 1941-1945 iaitu

lebih kurang 3 tahun 8 bulan telah menggalakkan kemunculan dan kemajuan semangat

Kebangsaan di Negara ini.Kesedaran anti penjajahan yang tersebar selepas perang

dunia kedua telah melahirkan nasionalis golongan Melayu yang membabitkan diri

dalam politik, sama ada dalam pendekatan yang radikal atau sederhana.Pengalaman

menjawat jawatan kanan seperti pegawai daerah serta pelbagai tekanan ekonomi di

zaman Jepun ini telah menimbulkan rasa kendiri dalam diri orang Melayu itu untuk

memerintah Negara sendiri

Pemerintah Malaysia mendefinisikan Melayu sebagai penduduk pribumi yang

bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam, dan yang menjalani tradisi dan adat-

istiadat Melayu. Tetapi dari segi definisi budaya (cultural definition), Melayu itu

merangkumi seluruh penduduk pribumi di Dunia Melayu (Nusantara), yaitu penduduk

serumpun tidak kira agama, bahasa, dan adat istiadat masing-masing yang diikuti oleh

masing-masing kelompok serumpun tersebut. Walau bagaimana pun jua, dalam artikel

ini, definisi Melayu mengikuti definisi Pemerintah Malaysia.

Di Malaysia, penduduk pribumi dari keturunan Minang, Jawa, Aceh, Bugis,

Mandailing, dll, yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam dan mengikuti

adat istiadat Melayu, semuanya dianggap sebagai orang Melayu. Bahkan orang bukan

pribumi yang berkawin dengan orang Melayu dan memeluk agama Islam juga diterima

sebagai orang Melayu.

3.1 Sistem ekonomi masyarakat Melayu

Bagi masyarakat Melayu yang tinggal di desa,majoriti daripada penduduknya

menjalankan aktiviti seperti pertanian dan juga menangkap ikan.Aktiviti pertanian ini

termasuklah mengusahakan tanaman padi, kelapa sawit dan kelapa manakala orang

Melayu yang tinggal di Kota kebanyakkannya berkerja dalam sektor

perindustrian,perdagangan, pengangkutan dan lain-lain. Penguasaan ekonomi di

kalangan orang Melayu

6

Page 7: Kebudayaan Melayu Full

Bagi orang Melayu yang tinggal di desa, kebanyakkan menjalankan aktiviti

pertanian dan menangkap ikan. Aktiviti pertanian termasuk mengusahakan tanaman

padi, kelapa sawit dan kelapa.Orang Melayu yang tinggal di kota kebanyakannya

bekerja di sektor perindustrian, perdagangan, pengangkutan, dan lain-lain. Penguasaan

ekonomi di kalangan orang Melayu di Kota relatif masih rendah dibandingkan dengan

penguasaan ekonomi oleh penduduk non-pribumi, terutamanya orang Tionghoa.Tetapi

kini telah ramai orang Melayu yang telah berjaya dalam bidang perniagaan dan menjadi

ahliperniagaan.Ramai yang tinggal di bandar-bandar besar dan mampu memiliki kereta

mewah dan rumah banglo. Selain itu itu juga, ramai orang Melayu yang mempunyai

pendidikan yang tinggi, samada melanjutkan pelajaran di dalam maupun di luar negara.

3.2 Sistem politik masyarakat Melayu

Sistem politik masyarakat Melayu tradisional sebelum campur tangan British

dibahagikan kpd tiga unit politik yg utama.Unit politik yang paling besar ialah negeri

yang diketuai oleh seorang raja, sultan ataupun Yang Dipertuan Besar. Ini diikuti oleh

unit politik seterusnya, iaitu daerah yang diketuai oleh seorang pembesar daerah. Unit

politik yang paling kecil ialah kampung yang diketuai oleh seorang penghulu atau

penggawa.Dalam sistem politik masyarakat Melayu tradisional, unit politik yang paling

besar ialah negeri. Pada abad ke-19, negeri merujuk kepada satu kawasan yang

merdeka di bawah pemerintahnya sendiri. Secara umumnya, sesebuah negeri tertaluk

di kawasan muara sungai besar. Kedudukan yang strategik ini sangat berguna untuk

membolehkan seseorang pemerintah mengawal setiap pergerakan keluar masuk

penduduk ataupun pedagang luar.

7

Page 8: Kebudayaan Melayu Full

Negeri dikawal oleh seseorang pemerintah yang biasanya digelar Raja, Sultan

ataupun Yang Dipertuan Besar mengikut negeri masing-masing. Contohnya, gelaran

Raja digunakan untuk negeri Perlis dan gelaran Yang Dipertuan Besar untuk Negeri

Sembilan. Negeri-negeri Melayu yang lain menggunakan gelaran sultan. Mereka

merupakan pemimpin negeri yang paling penting.Mereka berfungsi sebagai lambang

perpadauan rakyat serta kebajikan negeri. Mereka selalunya dibantu oleh kerabat diraja

ataupun sekumpulan pembesar.Mereka mempunyai keistimewaan tertentu untuk

bezakan daripada rakyat biasa.Misalnya, warna kuning, cop mohor, permainan nobat,

penggunaan bahasa istana, serta alat kebesaran yang hanya dikhaskan untuk mereka.

Rakyat biasa tidak dibenarkan sama sekali menggunakannya.Kesemua benda ini

adalah untuk mengukuhkan kedaulatan mereka sebagai ketua unit politik negeri.

Mereka adalah lambang perpaduan rakyat.Oleh sebab konsep daulat dan derkaha,

rakyat sentiasa menjalankan perintah mereka tanpa sebarang persoalan.Rakyat tidak

berani menderhaka kerana takut akan terkena tulah.Rakyat sangat taat kepada mereka.

Unit politik yang kedua ialah daerah.Daerah merupakan kawasan yang

dihadkan oleh penggunaan sungai sebagai alat perhubungan.Sesebuah daerah

mungkin meliputi sebelah atau kedua-dua belah tebing sungai negeri itu.Unit politik

daerah selalunya diletakkan dibawah kawalan seorang pemerintah yang bergelar

pembesar daerahPembesar daerah ini akan membentuk satu kumpulan pemerintah

yang bersatu bagi seluruh negeri. Pembesar daerah ini diberikan kuasa mentadbir oleh

Sultan yang memerintah negeri tersebut melalui surat tauliah. Penganugerahan

kawasan pentadbiran ini merupakan ini merupakan satu cara Sultan mengukuhkan

sokongan pembesar daerah terhadap baginda. Selain mentadbir, pembesar daerah

mejalankan tugas menjaga keamanan dan keselamatan daerah, mengutip cukai,

menjalankan perdagangan, dan merupakan penghubung antara rakyat biasa dengan

Sultan.

8

Page 9: Kebudayaan Melayu Full

Terdapat juga pembesar daerah yang mempunyai kuasa politik yang jauh lebih

besar daripada Sultan sendiri. Sebagi contoh, pembesar di Negeri Perak yang terlalu

berkuasa disebabkan kekayaan ekonomi mereka. Majlis Pembesar Negeri Perak

terlalu berpengaruh sehingga pembesar daerah boleh campur tangan dalam sistem

pewarisan takhta negeri Perak. Mereka boleh meletakkan calon sendiri ataupun

mengenepikan seseorang calon. Walau bagaimanapun, pembesar daerah yang dilantik

oleh Sultan tetap memerlukan institusi kesultanan kerana mereka memerlukan

sokongan Sultan untuk penganugerahan lencana dan gelaran.Unit politik yang paling

kecil ialah kampung. Sesebuah kampung boleh merupakan satu unit penguasaan

politik, tempat tinggal biasa, atau sebagai satu unit kerjasama ekonomi dan

kekeluargaan. Ketua kampong ialah penggawa atau penghulu kecuali di Negeri

Sembilan. Ketua Kampung ini merupakan orang yang penting kerana mereka

merupakan orang perantaraan antara orang kampung dengan pembesar daerah.

Mereka selalunya dipilih daripada golongan rakyat yang mempunyai darjat yang lebih

tinggi. Ketua kampung dicalonkan oleh pembesar daerah dan Sultan akan melantik

mereka melalui surat tauliah.

Ketua kampung menjalankan tugas menjaga keamanan dan keselematan

kampong. Mereka juga akan mengutip cukai dan membekalkan tenaga kerah bagi

pembesar daerah atau Sultan semasa peperangan. Merekalah yang mendorong rakyat

untuk taat setia kepada pemerintah. Biasanya, orang kampung lebih rapat dengan

ketua kampung berbanding pembesar daerah.Sistem politik masyarakat Melayu

tradisional sebelum campur tangan British sememangnya kemas dan teratur dengan

lapisannya yang mencerminkan kedudukan dan tanggungjawab pemerintahan sendiri.

Setiap unit politik ini saling melengkapi dan saling bergantung antara satu sama lain

dalam menjalankan tugas. Namun, sistem politik ini melalui banyak perubahan selepas

British campur tangan. Misalnya, tanggungjawab pembesar daerah telah diambil oleh

pegawai daerah yang merupakan pegawai British.

9

Page 10: Kebudayaan Melayu Full

3.3 Sistem sosial Masyarakat Melayu

Dari aspek sosial,masyarakat Melayu hampir seluruhnya beragama

Islam.Namun demikian, sisa-sisa unsur agama Hindu dan animisme masih dapat dilihat

dalam sistem kepercayaan mereka. Islam tidak dapat menghapuskan seluruh unsur

kepercayaan tersebut. Proses sinkretisme terjadi di mana unsur kepercayaan sebelum

Islam ada secara laten atau disesuaikan dengan unsur Islam. Proses ini jelas dapat

ditemukan dalam ilmu perbomohan Melayu (pengobatan tradisional), dan dalam

beberapa upacara adat.

Adat istiadat Melayu banyak memperlihatkan campuran unsur lokal dan unsur

luar selaras dengan kedatangan pengaruh Hindu, Islam, dan Barat ke Alam Melayu.

Dalam pemerintahan Malaysia, unsur-unsur adat yang tidak bertentangan dengan

ajaran Islam dibenarkan. Melalui “principle of co-existence” ini orang Melayu dapat

menyesuaikan adat dan agama secara harmonis, walaupun ada aspek-aspek tertentu

yang bertentangan tapi terus diamalkan.

Dalam masyarakat Melayu seni dapat dibagi menjadi dua seni persembahan

(tarian, nyanyian, persembahan pentas seperti makyong, wayang kulit, ghazal, hadrah,

kuda kepang) dan seni tampak (seni ukir, seni bina, seni hias, pertukangan tangan,

tenunan, anyaman dll). Permainan tradisi seperti gasing, wau, congkak, juga termasuk

dalam kategori seni persembahan. Kegiatan seni Melayu mempunyai identitas

tersendiri yang juga memperlihatkan gabungan berbaga-bagai unsur tempatan dan luar.

Sebelum penjajahan, orang Melayu mendapat pendidikan agama. Semasa

penjajahan, peluang pendidikan sekular adalah terbatas, dan lebih terpusat di daerah

perkotaan. Pendidikan sekular hanya dikembangkan selepas merdeka. Kini, pendidikan

sekular menjadi saluran mobilitas sosial yang utama di kalangan orang Melayu.

Kewujudan kelas menengah Melayu di Malaysia paling utamanya melalui saluran

pendidikan.Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar di

semua institusi pengajian awam di Malaysia.Bahasa Melayu yang menjadi lingua franca

penduduk Dunia Melayu (Nusantara) sejak sekian lama juga telah dipilih oleh

pemerintah Indonesia menjadi bahasa resmi negara tersebut.

10

Page 11: Kebudayaan Melayu Full

4.0 Pengaruh luar dalam masyarakat Melayu

Alam Melayu telah menerima budaya luar bagi memantapkan budaya sendiri

pada era awal pembukaan alam Melayu lagi, mereka mengganggap perkembangannya

sebegini yang banyak dipengaruhi reaksi terhadap pertembungan dengan budaya luar

khususnya di Semenanjung sebagai Wilayah yang tidak mempunyai dasar Melayu yang

kuat.Justeru, ia tidak boleh di panggil Tanah Melayu.Tidak dinafikan pertembungan

dengan India banyak meninggalkan kesan budaya dan politi dalam struktur sosial dan

politik alam Melayu.Sehubungan dengan pengaruh Hindu, ketua dalam masyarakat

Melayu feudal dijadikan raja yang mana takhtanya adalah diwarisi.

Walau bagaimanapun, pengaruh Hindu ini tidak menguasai struktur asas

masyarakat Melayu, sama ada yang bersifat politik mahupun sosial.Pengaruh Hindu ini

adalah lapisan budaya semata-mata dan tidak sama sekali mengubah struktur feudal

masyarakat Melayu dulu dalam apa cara sekalipun.Ia masih wujud dengan utuh dalam

hierarki raja dan rakyat.Islam tiba di rantau ini pada abad 11 dan didapati sudah

bertapak dengan mantapnya pada abad ke-13. Pada masa itu, Pasai dan kemudian

Aceh di Sumatera menjadi pusat penyebaran Islam yang masyhur. Walaupun Sumatera

Utara adalah pusat pengajian Islam di Asia Tenggara pada bahagian awalnya,

sesungguhnya Melaka adalah pusat di mana Islam tersebar ke seluruh alam Melayu

kemudian.

Sehubungan pengaruh Islam yang kuat di rantau ini melalui Melaka, ia menjadi

pelabuhan yang dikunjungi pelbagai jenis pedagang.Walaupun banyak bahasa

dituturkan di sana namun bahasa Melayu ialah lingua franca yang paling banyak

digunakan.Ia digunakan untuk tujuan komunikasi bukan saja antara penduduk tempatan

dengan pedagang, tetapi sesama pedagang asing dari segenap pelosok

dunia.Kemunculan dan kejatuhan kekuasaan Aceh dan Bugis ini sebenarnya

memperlihatkan jatuh bangunnya pusat kuasa alam Melayu, khususnya di

Semenanjung.Namun,tamadun Melayu terus berkembang tanpa sebarang pengaruh

Barat.

11

Page 12: Kebudayaan Melayu Full

5.0 Tasawur dan Kosmologi masyarakat Melayu

Sejarah Melayu, menyebut gunung Si guntang-guntang di Palembang, Sumatera

mewakili konsep gunung Mahameru yang menurunkan anak raja kayangan yang

kemudiannya menjadi raja di Minangkabau.Kisah ini kemudiannya diungkapkan dalam

mentera oleh pawang Melayu untuk dibacakan bagi tujuan tertentu.Setiap bangsa

dalam dunia, walaupun primitif, mempunyai kosmologi tersendiri.Setiap bangsa, sama

ada berdasarkan kitab wahyu, mitos, atau falsafah pemikiran warisan turun temurun,

mempunyai tanggapan tersendiri tentang penciptaan alam semesta dan pemikiran yang

berkaitan dengannya.Walaupun kosmologi Melayu moden lebih dipengaruhi oleh

kosmologi Islam, meskipun tamadun Melayu pernah berada dibawah pelbagai

pengaruh budaya sebelum, maka kosmologi tersebut turut mengambil tempat dicelah-

celah pentafsiran kosmologi Melayu Islam.

Orang Melayu Asli di negara ini ada yang menganut kepercayaan animism yang

mempercayai kuasa ghaib atau semangat yang mengawasi tempat-tempat tertentu

seperti sungai, bukit, gunung, paya, tasik, pokok dan yang seumpamanya.Kejadian

alam seperti gerhana matahari dan bulan dilihat oleh mereka sebagai kemurkaan

semangat tertentu.Mereka percaya bahawa ada semangat yang baik dan ada pula

semangat yang jahat.Mereka mempercayai bahawa alam ini dijadikan dalam bentuk

yang berlapis-lapis.Ada suku kaum Melayu Asli yang mempercayai bahawa dunia ini

dijadikan dalam tiga lapisan iaitu Tanah Julang, Tanah Kelam dan Tanah

Lirang.Manusia, semangat, dan nenek moyang menurut mereka, mendiami Kelam

manakala Lirang pula didiami oleh roh orang yang telah mati.Mereka mempercayai

alam roh dan alam akhirat.

Orang Melayu silam turut mempunyai konsep kosmologi yang dipengaruh oleh

budaya animisme, Hindu dan Buddha.Mereka memuja semangat, dan

penunggu.Mereka membaca mentera yang menyebut asal kejadian alam dan

makhluknya.Mereka memohon perlindungan daripada penunggu pokok dan gua.

Mereka meminta pertolongan jin dan syaitan dalam perubatan dan sihir.Mereka juga

mempunyai banyak mitos yang menyebut balik tentang mitos kayangan ini seperti

peranan yang dimainkan oleh Sri Rama, Siti Dewi, Raja Muda Laksmana, Hanuman

12

Page 13: Kebudayaan Melayu Full

Kera Putih. Di dalam plot ceritanya yang jelas menunjukkan terdapat unsur kehinduan

di dalam persembahan itu.Wayang kulit yang merupakan warisan budaya silam

menjadikan watak tersebut sebagai latar belakang persembahannya.Pandangan

masyarakat tentang penciptaan alam bukanlah timbul tanpa asal usul yang

tersendiri.Mereka kebanyakannya menerima perkhabaran tentang alam dan manusia

menerusi generasi terdahulu.

Generasi ini pula mewarisinya daripada generasi yang lebih awal.Seseorang

pengkaji akan dapat memerhatikan bahawa dalam falsafah kosmologi antara kaum dan

masyarakat di dunia ini terdapat banyak persamaan konsep khususnya tentang

kewujudan kuasa mutlak yang menciptakan alam semesta.Walau apa pun nama yang

diberikan kepada kuasa itu, kesemua ahli falsafah bersetuju bahawa kuasa itu

berbentuk ghaib dan maha berkuasa.Orang Melayu tradisional menghayati satu cara

hidup yang dianggap unggul dari segi kaca mata pandangan moden semasa. Antara

manifestasi keunggulan tersebut ialah apa yang terkandung dalam pandangan alam)

dan budaya alam bangsa Melayu.Bagi orang Melayu tradisional, mereka melihat alam

tabii ini sebagai penuh dengan makna, simbolisme, gurindam dan syair.Pandangan

mereka sekali-kali tidak terhad kepada manifestasi material alam, bahkan bagi mereka

dimensi fizikal yang amat penting bagi sains dan teknologi moden hanyalah satu

manifestasi kecil fenomena alam ini yang kewujudannya sebenarnya bergantung

kepada dimensi hakikat dan rohyang maha seni. Penghayatan pandangan ini, misalnya,

dapat diperhatikan secara praktis dalam kehidupan seharian dan kemasyarakatan

mereka.

13

Page 14: Kebudayaan Melayu Full

Ritual dan manifestasi kebudayaan biasanya digariskan oleh semiotik tabii dan

kosmologi kebudayaan yang diwarisi dan dimantapkan generasi demi

generasi.Perkembangan semiotik tabii dan kosmologi kebudayaan generasi-generasi

tersebut menyerap pelbagai unsur yang datang dari luar ruang budaya Melayu

asli.Unsur-unsur luar tersebut datang daripada timur dan barat. Hindu, Buddhis, Islam

dan Barat merupakan pengaruh yang memberi kesan kepada pembentukan semiotic

dan kosmologi Melayu.Namun demikian, intipati semiotik dan kosmologi Melayu masih

terpelihara.Pada asasnya intipati semiotik Melayu ada hubungannya dengan pelbagai

dimensi pandangan alam Melayu.Intipati ini, antara lain, ialah mengenai kepercayaan

bahawa alam fizikal ini hanyalah manifestasi kecil atau hijab bagi alam metafizik.Dalam

kosmologi Melayu, alam tabii dianggap penuh dengan unsur-unsur ghaib dan

mistik.Haiwan, tumbuh-tumbuhan, dan bahkan batu-batan dilihat lebih daripada sudut

simbolisme berbanding daripada sudut manifestasi fizik dan duniawinya.

Oleh itu dalam "alam Melayu," haiwan, tumbuh-tumbuhan dan batu-batan

mampu bercakap, bahkan bermadah secara bernas setanding dengan sebarang

pujangga manusia. Alam Melayu juga dimana manusia contohnya pawang,bomoh, sufi

dan wali Allah berinteraksi dengan haiwan, tumbuhan dan batu-batan padatingkatan

yang sukar diterima dan untuk dibayangkan oleh manusia sekular.Kemampuan

bertinterkasi tersebut juga merupakan landasan yang membuka jalan bagi manusia

Melayu mampu hidup berharmoni dengan alam tabii. Bagi kebanyakan manusia moden,

khususnya dari barat, bercakap dengan mahluk lain selain sesama manusia hanyalah

dalam cerita dongeng. Dalam dunia Melayu, hal tersebut tidak dianggap dongeng atau

fiksyen. Hampir tidak ada langsung manusia Melayu tradisional yang akan menidakkan

kosmologi mereka.Walaupun kepercayaan dan pandangan alam mereka dianggap

bertentangan dengan kenyataan moden atau pandangan sains.

14

Page 15: Kebudayaan Melayu Full

6.0 Dasar Kebudayaan Kebangsaan

6.1 Konsep Kebudayaan kebangsaan

Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah Negara

membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia.Dasar ini

nanti akan dapat menjadi Garis panduan dalam membentuk, mewujud dan

mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.Penggubalan dasar ini

perlu dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan sejarah serantau

dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun dan

perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. Peranannya sebagai sebuah pusat

pertemuan, telah melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan

penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari

pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia.

6.2 Rasional Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Penwujudan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur-

unsur dan tiga prinsip yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan

Kebangsaan iaitu Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal rantau ini yang

merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan

Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania)

sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun atau

budaya Melayu. Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan warisan

Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan

keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa

Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (linguafranca).

15

Page 16: Kebudayaan Melayu Full

Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh persamaan-persamaan di bidang

bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu - Austronesia, kedudukan geografi,

pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya. Budaya

Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran

keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun

bahasa yang sama. Dengan yang demikian, kebudayaan rakyat asal rantau ini dalam

pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada

Kebudayaan Kebangsaan.Prinsip kedua Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai

dan Wajar boleh diterima Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa

berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Prinsip

ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai

budaya. Dengan itu unsur-unsur budaya Cina, India Arab, Barat dan lain-lain yang

sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam pembentukan

Kebudayaan Kebangsaan. Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah

bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan Perlembagaan dan prinsip-

prinsip Rukun Negara dan kepentlngan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian

sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya.

Prinsip dasar kebudayaan kebangsaan seterusnya ialah Islam Menjadi Unsur

Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan, Agama atau

kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan

negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia. Agama Islam

memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi

mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal dan kerana itu patut menjadi unsur yang

penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya

sebagai agama rasmi negara, di samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai

Islam yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini. Ketiga-tiga

prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan

Kebangsaan 1971.

16

Page 17: Kebudayaan Melayu Full

7.0 Kesimpulan

Secara tuntas, Kebudayaan Melayu sememangnya budaya yang sedia ada yang

meliputi aspek sosial, ekonomi dan politik.Kebudayaan Melayu siwarisi sejak zaman

berzaman lagi yang mana ianya telah diperkenalkan seawall pembukaan Tanah melayu

meskipun terdapat unsusr-unsur asing seperti pengaruh dari luar yang datang ke Tanah

Melayu.Justeru dasar kebudayaan kebangsaan diperkenalkan agar kebudayaan

Melayu terus dipelihara selain daripada dasar ini akan dapat menjadi Garis panduan

dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia

antarabangsa.

17

Page 18: Kebudayaan Melayu Full

Bibliografi

Ishak bin Saat.2005.Sejarah Sosial Masyarakat Melayu.Karisma Publication

Sdn.Bhd:Shah Alam

Ismail said.2009.Pengajian sosial II.Karisma Publication Sdn.Bhd: Shah Alam

Mohd Taib Osman.1989.Masyarakat melayu;Struktur, organisasi dan

manifestasi.Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Yusoff Hashim.1992.Pensejarahan Melayu:Kajian Tentang Tradis Sejarah

Melayu Nusantara.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan pustaka.

R.O.Winstedt. 1938. The Malay Annuals or Sejarah Melayu, London: JMBRAS.

Yusuf Iskandar dan Abd Rahman Kaeh.1983. Sejarah Melayu: Satu Perbincangan Kritis

dan Pelbagai Bidang, Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd.

18

Page 19: Kebudayaan Melayu Full

Lampiran

Peta 1:Kesultanan Islam Nusantara

19

Page 20: Kebudayaan Melayu Full

Gambar 1:Kebudayaan Masyarakat Melayu

20